Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 1 drpd 11
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS TUGASAN
(ASSINGMENT SHEET)
KOD DAN NAMA SLW 03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE CODE (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA– PW4)
AND NAME
SEMESTER 4
KOD DAN NAMA
SUBJEK / SUBJECT’S SLW 3413 PEPASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN
CODE & NAME INDUSTRI TIGA FASA
BAB 1. PENGENALAN KABEL, KOD WARNA DAN PENGGUNAAN
2. SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
NAMA CALON/ 3. FAKTOR KEPELBAGAIAN 3 FASA
CANDIDATE’S NAME 4. PERLINDUNGAN DAN PEMBUMIAN
NO. KAD 5. UJIAN PEMASANGAN
PENGENALAN/NRIC 6. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR PVC
NUMBER 7. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR GI
PENILAIAN KALI KE
1 2 3 4 MARKAH/SCORE ________ %
TARIKH/DATE KEPUTUSAN/RESULT LULUS GAGAL
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 2 drpd 11
PERHATIAN : Kertas Tugasan ini merupakan soalan pengetahuan sebenar bagi menilai
tahap kefahaman anda sesuai dengan kehendak Suruhanjaya Tenaga.
ARAHAN : Jawab semua soalan, tandakan jawapan anda dalam kertas soalan ini.
MASA : 1 Jam 45 minit
SOALAN/QUESTION :
BAHAGIAN A (25 SOALAN ANEKA PILIHAN – 25 MARKAH)
1. Suatu Perakuan hendaklah diperakukan oleh seorang Pendawai apabila pendawaian
elektrik dalam suatu pepasangan yang di bawah penyeliaan langsungnya apabila telah
siap. Apakah perakuan tersebut?
A. Perakuan Ujian
B. Perakuan Penyiapan
C. Perakuan Penyeliaan
D. Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan
2. Seseorang itu boleh dipertimbangkan sebagai layak untuk menduduki peperiksaan
Penjaga Jentera Elektrik ialah:
I. Warganegara Malaysia
II. Berumur tidak kurang 20 tahun
III. Pengalaman kerja tidak lebih daripada tiga tahun
IV. Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan
A. I, II dan III sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 3 drpd 11
3. Apakah jenis tindakan yang akan diambil apabila disabitkan bersalah sekiranya pihak
majikan gagal melaporkan kebakaran akibat litar pintas sehingga meragut nyawa
seorang pekerja kepada Suruhanjaya Tenaga?
A. Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
B. Didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit
C. Penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun
D. Mengendors perakuan kekompetenan orang kompeten yang menjaga
pepasangan tersebut
4. Berikut adalah langkah-langkah untuk memulihkan pernafasan seseorang yang
terhenti pernafasan akibat renjatan elektrik kecuali …
A. longgarkan semua pakaian di badannya.
B. keluarkan benda asing dari dalam mulut mangsa.
C. bangunkan pesakit dan sandarkan dengan selesa.
D. terlentangkan pesakit dan letakkan benda lembut di bawah tengkoknya.
5. Semua penyataan berikut adalah berkaitan dengan keadaan terkena bahan kimia. Pilih
kenyataan yang salah.
A. Bersihkan mangsa dengan ubat penawar
B. Tanggalkan pakaian yang terkena bahan kimia
C. Mandikan dengan air pancutan selama 15-20 minit
D. Mencuci mata dengan menggunakan air (eyes flush)
6. Apakah sifat bahan penebat yang baik?
A. Bahan yang boleh menghadkan pengaliran arus elektrik
B. Mempunyai sifat kerintangan yang rendah sebaiknya 0 Ω
C. Mempunyai rintangan yang tinggi dan menghalang pengaliran arus
D. Mempunyai sifat menghalang pengaliran elektron dan mengurangkan kejatuhan
voltan dalam pemasangan
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 4 drpd 11
7. Seorang Pendawai menggunakan pengalir kuprum (PVC/PVC), mempunyai luas keratan
rentas 4mm2 sebagai litar akhir untuk disambungkan ke tiga set lampu pendaflour yang
tiap satunya 4 x 36 Watt. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai
perbuatannya itu?
A. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Elektrik 1994
B. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana litar tersebut boleh berfungsi
dengan sempurna
C. Litar akhir bagi lampu mesti menggunakan pengalir yang mempunyai luas
keratan rentas 1.5mm2
D. Kebenaran khas dari Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen mesti
diperolehi terlebih dahulu sebelum bekalan disambung ke litar tersebut
walaupun ianya tidak melibatkan penambahan beban yang banyak
8. Setiap bengkel kerja perlu dilengkapkan dengan suis kecemasan yang dipasang pada
dinding bengkel. Apakah kegunaan suis kecemasan tersebut?
A. Untuk membunyikan loceng
B. Untuk membunyikan siren kecemasan
C. Untuk mematikan bekalan elektrik kepada bengkel berkaitan
D. Untuk memanggil bomba dan ambulan ke tempat/bengkel tersebut
9. Pilih kenyataan berkaitan kebaikan miniature circuit breaker.
I. Litar-litar yang rosak senang dikesan
II. Sifat terpelantik beban lebihan boleh ditukar ganti
III. Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar
IV. Boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pemasangan domestik
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 5 drpd 11
10. Kenapakah Pelindung Arus Baki pada sesuatu litar pepasangan tidak terpelantik apabila
berlaku arus bocor ke bumi?
A. Nilai voltan bekalan rendah
B. Nilai arus yang mengalir tinggi
C. Nilai impedan gelung ke bumi tinggi
D. Nilai impedan gelung ke bumi rendah
11. Pilih cara yang baik dan boleh digunakan untuk membaiki rintangan elektrod bumi yang
tinggi pada suatu pemasangan bangunan .
I. Menanam elektrod bumi pada tanah yang kering
II. Menanam elektrod bumi pada tanah yang lembap
III. Menanam beberapa batang elektrod bumi secara selari
IV. Menabur serbuk besi, arang batu atau larutan sulfat disekeliling elektrod
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
12. Bagaimanakah kaedah yang betul apabila menggunakan Clamp On Meter untuk
mengambil bacaan arus?
A. Litar hendaklah dalam keadaan litar mati
B. Litar hendaklah dalam keadaan litar hidup
C. Merangkumkan (clamping) semua pengalir fasa sekaligus
D. Beban dicabut terlebih dahulu sebelum mengambil bacaan bagi menjaga hayat
beban
13. Sebuah rumah bungalow yang menerima bekalan tiga fasa empat dawai 400 V, 50 Hz
akan dipasang 3 unit pemanas air 3.6 kW/230 V jenis serta-merta. Berapakah arus
anggaran bagi beban-beban tersebut?
A. 11.74 A
B. 18.34 A
C. 35.21 A
D. 46.95 A
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 6 drpd 11
14. Pilih kenyataan-kenyataan yang benar mengenai pengujian ke atas pendawaian.
I. Ujian kekutuban dilakukan sebelum bekalan disambungkan.
II. Multimeter digunakan dalam membuat pengujian rintangan penebatan.
III. Jangka voltan perlu disambung secara selari bagi mengukur voltan pada litar
yang diuji.
IV. Ujian untuk mengetahui kepekaan sesuatu Peranti Arus Baki (RCD) hendaklah
dilakukan apabila voltan bekalan telah disambung.
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
15. Kenapakah pembumian perlu dilakukan ke atas semua pepasangan dan peralatan
elektrik?
A. Memberi perlindungan keselamatan peralatan elektrik dan pengguna
B. Memberi perlindungan keselamatan dari arus lampau bagi peralatan elektrik
C. Memberi perlindungan keselamatan dari beban lampau bagi peralatan elektrik
D. Memberi perlindungan keselamatan dari bahaya renjatan arus bocor bagi
peralatan dan pengguna
16. Sebuah pengubah mempunyai 200 belitan utama dan 150 belitan sekunder. Jika voltan
bekalan utama berkadaran 240V, berapakah nilai arus di belitan primer sekiranya nilai
rintangan di belitan sekunder 1.5 kΩ?.
A. 0.09 A
B. 1.09 A
C. 2.09 A
D. 3.09 A
17. Apakah alatuji yang perlu disetkan nilai voltannya lebih daripada nilai voltan bekalan
pepasangan yang diuji?
A. Multimeter
B. Clip-On meter
C. Earth tester
D. Insulation tester
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 7 drpd 11
18. Apakah punca yang menyebabkan sesebuah jangka pengukuran dan pengujian jenis
analog menjadi ralat (error) bacaan?
I. Cara meletak meter tidak betul
Ii. Akibat geseran jarum penunjuk
Iii. Bacaan yang salah pada penunjuk
Iv. Tidak dilaraskan kepada sifar atau kosong sebelum digunakan
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
19. Apakah jenis pemula bagi Pemula Talian Terus (Direct On Line Starter)?
A. Pemula tanpa voltan
B. Pemula voltan penuh
C. Pemula pengurangan voltan
D. Pemula penyongsangan voltan
20. Apakah beban yang memberi kesan pada faktor kuasa?
A. kapasitif dan induktif
B. rintangan arus terus
C. kapasitif dan arus terus
D. rintangan arus ulang alik
21. Apakah komponen yang sesuai digunakan untuk membaiki faktor kuasa 0.7 kepada
0.85?
I. Kapasitor
II. Motor Segerak
III. Auto Transformer
IV. Pemaju Putaran Fasa
A. I, II dan III sahaja Versi 3.0 (2018)
B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 8 drpd 11
22. Pengubah ini mempunyai satu set belitan yang dikongsi oleh belitan utama dan
sekundernya. Ia dijadikan pengubah langkah naik dan langkah turun bergantung pada
bilangan belitan yang dibuat pada belitan sekundernya. Biasanya digunakan pada
pemalap lampu, cok lampu nyah-cas dan pemula motor aruhan. Apakah nama
pengubah ini?
A. Pengubah Auto
B. Pengubah Arus
C. Pengubah Kuasa
D. Pengubah Penggalak
23. Sebuah pengubah turun mempunyai 600 belitan pada primer dan 30 belitan pada
sekunder. Berapakah nilai voltan primer jika keluaran pengubah ini ialah 15 V pada
faktor uniti?
A. 0.45 V
B. 0.75 V
C. 300 V
D. 1200 V
24. Apakah jenis pendawaian yang sesuai bagi sambungan pada beban bergetar atau
bergegar?
A. Pendawaian sesalur
B. Pendawaian dulang kabel
C. Pendawaian pembuluh logam jenis tegar
D. Pendawaian pembuluh mudah lentur/berpilin
25. Apakah maksud “ In / I∆n ” yang terdapat pada peranti perlindungan?
A. Arus kadaran / Arus kepekaan
B. Arus kepekaan / Arus kadaran
C. Arus pembekal / Arus ulang-alik
D. Arus ulang-alik / Arus pembekal
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 9 drpd 11
BAHAGIAN B (10 SOALAN PADANAN – 10 MARKAH)
Berdasarkan Rajah 1 namakan komonen-komponen mengikut nombor yangdiberi.
1. 6. Versi 3.0 (2018)
2. 7.
3. 8.
4. 9.
5. 10.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 10 drpd 11
BAHAGIAN C (2 SOALAN KAJIAN KES, JAWAB 1 SAHAJA – 15 MARKAH)
1. Seorang warganegara asing membina sebuah rumah kediaman 2 tingkat dan
memerlukan bekalan elektrik tiga fasa 400V. Anda ditugaskan untuk mendapatkan
bekalan elektrik daripada pihak berkuasa bekalan, dengan berpandukan Garis Panduan
Pendawaian Elektrik Bangunan Kediaman. Apakah langkah-langkah yang perlu anda
ambil sehingga bekalan elektrik dapat disambungkan ke rumah tersebut.
[15 markah]
2. Sebuah rumah banglo satu tingkat memerlukan pendawaian elektrik Tiga Fasa 400
VAC dan faktor kuasa 0.85. Beban yang diperlukan pada pepasangan adalah seperti
berikut:
i. 32 x 36 Watt lampu nyahcas.
ii. 8 x 18 Watt lampu nyahcas.
iii. 16 x 100 Watt lampu pijar.
iv. 18 x 13A soket alir keluar.
v. 5 x 1.5 KK pendingin udara.
vi. 1 x 4.5 kW pemanas air berlaras suhu.
Berpandukan jadual faktor kepelbagaian dan jadual saiz kabel (lampiran), tentukan
perkara berikut :-
a) Permintaan arus maksimum beban dan arus anggaran selepas faktor
kepelbagaian
[7 markah]
b) Lukis gambarajah skematik bagi pendawaian diatas dengan mengambil kira :-
i. Semua litar hendaklah dilengkap dengan peranti perlindungan yang
sesuai.
ii. Setiap kelengkapan elektrik yang digunakan perlu dilabel dengan nama
dan kadaran yang betul seperti Voltan, Arus, Saiz Kabel dan sebagainya.
[8 Markah]
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KT(1/2) Muka Surat : 11 drpd 11
MARKAH KESELURUHAN _____________________%
*KEPUTUSAN
LULUS GAGAL
NAMA DAN TANDATANGAN ULANG NILAI
PENGAJAR ELEKTRIK (PE)
TARIKH
ULASAN PE
NAMA DAN TANDATANGAN
KETUA PENGAJAR
ELEKTRIK (KPE)
TARIKH
Catatan:
Bulatkan pada yang bertanda (*)
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)