Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 1 drpd 11
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS TUGASAN
(ASSINGMENT SHEET)
KOD DAN NAMA SLW 03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE CODE (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA– PW4)
AND NAME
SEMESTER 4
KOD DAN NAMA
SUBJEK / SUBJECT’S SLW 3413 PEPASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PENDAWAIAN
CODE & NAME INDUSTRI TIGA FASA
BAB 1. PENGENALAN KABEL, KOD WARNA DAN PENGGUNAAN
2. SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
NAMA CALON/ 3. FAKTOR KEPELBAGAIAN 3 FASA
CANDIDATE’S NAME 4. PERLINDUNGAN DAN PEMBUMIAN
NO. KAD 5. UJIAN PEMASANGAN
PENGENALAN/NRIC 6. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR PVC
NUMBER 7. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR GI
PENILAIAN KALI KE
1 2 3 4 MARKAH/SCORE ________ %
TARIKH/DATE KEPUTUSAN/RESULT LULUS GAGAL
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 2 drpd 11
PERHATIAN : Kertas Tugasan ini merupakan soalan pengetahuan sebenar bagi menilai
tahap kefahaman anda sesuai dengan kehendak Suruhanjaya Tenaga.
ARAHAN : Jawab semua soalan, tandakan jawapan anda dalam kertas soalan ini.
MASA : 1 Jam 45 minit
SOALAN/QUESTION :
BAHAGIAN A (25 SOALAN ANEKA PILIHAN – 25 MARKAH)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Pendawai” mengikut tafsiran Peraturan-peraturan
Elektrik 1994?
A. Orang yang mahir dalam kerja-kerja pendawaian
B. Orang yang akan menduduki peperiksaan pendawai
C. Orang pengalaman yang bekerja dengan syarikat elektrik yang berdaftar
D. Orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai yang
dikeluarkan di bawah peraturan 50
2. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990, tidak seorang pun boleh memasang apa-apa
pendawaian baru atau pertambahan pendawaian yang ada pada mana-mana premis,
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada ...
A. Suruhanjaya Tenaga
B. Jurutera penyelia yang berdaftar
C. Kontraktor elektrik yang berdaftar
D. Pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan
3. Berapakah had umur bagi seseorang pemegang Perakuan Kekompetenan Pendawai
untuk membuat apa-apa kerja, tindakan atau perkara-perkara di bawah Peraturan-
Peraturan Elektrik 1994?
A. 60 tahun
B. 65 tahun
C. 70 tahun
D. 75 tahun
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 3 drpd 11
4. Alat yang digunakan untuk menyukat keamatan berkilau bagi sesuatu cahaya yang
belum diketahui nilainya ialah…
A. Fotokopi
B. Telemetri
C. Fotometri
D. Fotosensor
5. Mengapakah perlu berdiri di atas bahan yang bertebat semasa bekerja pada litar
elektrik hidup?
A. Mengelak daripada berlakunya kebocoran arus
B. Untuk mengelakkan renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus
C. Mengelak daripada berlakunya kerosakan pada peralatan elektrik
D. Supaya kedudukan lebih stabil dan tidak mudah tergelincir semasa bekerja
6. Suis fotosel yang dipasang didalam sesuatu pepasangan elektrik digunakan untuk….
A. menyambung litar elektrik apabila hujan.
B. menyambungkan litar elekrik apabila gelap
C. menyambungkan litar elektrik apabila terdapat kilat
D. menyambungkan litar elektrik apabila terdapat cahaya
7. Apakah fungsi peranti perlindungan di dalam sistem pepasangan elektrik?
A. Melindungi dari kesan kerosakan penebatan
B. Melindungi dari beban dan lebihan pada voltan bekalan
C. Melindungi dari kesan lebihan arus dan kerosakan penebatan
D. Melindungi dari kesan kilat atau petir yang menyambar dikawasan rumah
8. Berikut adalah sistem pembumian yang diiktiraf oleh MS-IEC 60364, kecuali …
A. sistem IT
B. sistem TT
C. sistem TN-S
D. sistem TN-N
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 4 drpd 11
9. Pilih perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya lebihan arus.
I. Litar pintas
II. Pertambahan beban
III. Pertambahan voltan bekalan
IV. Kerosakan pendawaian dan peralatan pengguna
A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
10. Apakah tujuan utama semua peralatan elektrik yang berbingkai logam perlu dibumikan?
A. Supaya sebarang arus bocor dapat dihapuskan
B. Supaya arus bocor dapat dihadkan seberapa kecil
C. Supaya arus bocor tidak mudah mengalir ke tangan pengendali alat
D. Agar arus bocor dapat dikecilkan dan dihadkan kepada nilai tidak melebihi
30 mA
11. Apakah kesan kepada pepasangan jika nilai galangan bumi melebihi nilai yang
dibenarkan?
A. Menyebabkan litar pintas
B. Kerosakan pada alat-alat elektrik
C. Peranti pelindung tidak berfungsi
D. Arus tinggi dan kabel akan menjadi panas
12. Seorang pekerja kontraktor elektrik membuat pendawaian dan memasang sebuah pam
air elektrik satu fasa jenis rendaman di dalam kolam hiasannya yang sedang dibina.
Berapakah kadaran peranti arus baki yang perlu dipasangkan?
A. 10 mA
B. 30 mA
C. 100 mA
D. 300 mA
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 5 drpd 11
13. Pilih sistem pendawaian di bawah yang paling sesuai untuk ciri-ciri seperti berikut:
I. Bekalan voltan satu fasa
II. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar
III. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik
IV. Memerlukan penambahan litar pada masa yang akan datang
V. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak
A. Salur (trunking)
B. Perisai (armoured)
B. Pembuluh (conduit)
D. Salur memanjat (rising main)
14. Jika sebuah motor tiga fasa yang mempunyai keupayaan 3 kW dibekalkan dengan
voltan 240 volt, apakah akan terjadi pada motor tersebut ?
A. Tiada apa-apa kesan terhadap motor tersebut.
B. Motor itu mempunyai kelajuan separuh dari kelajuan asal.
C. Motor tersebut akan berdengung (humming) dan kelajuannya bukan kelajuan
sebenar.
D. Motor itu beroperasi dengan normal tetapi keupayaannya hanya separuh dari
keupayaan asal iaitu 1.5 kW.
15. Halangan sebagai satu kesalahan di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 adalah seperti
berikut, kecuali…
A. Dengan tidak disedari memberi maklumat palsu.
B. Enggan memberi maklumat kepada pegawai-pegawai berkenaan apabila
dikehendaki.
C. Menyerang, menghalang atau melengahkan tugas pegawai-pegawai yang
diberikuasa.
D. Tidak membenarkan mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis tidak rendah
dari Inspektor akses mana-mana tempat.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 6 drpd 11
16. Diantara peralatan elektrik berikut, yang manakah tidak termasuk didalam kumpulan
beban berperintang (resistive load)?
A. Seterika (iron)
B. Pemasak nasi (rice cooker)
C. Pemanas air (water heater)
D. Lampu kalimantang (pendaflour lamp)
17. Sebuah rumah menggunakan tenaga elektrik pada kadar 2000 watt selama 60 jam.
Kira kos yang perlu dibayar jika tarif menetapkan 100 unit pertama 20 sen dan
selebihnya 24 sen.
A. RM 24.00
B. RM 24.80
C. RM 28.00
D. RM 28.80
18. Apakah sifat bahan penebat yang baik?
A. Bahan yang boleh menghadkan pengaliran arus elektrik
B. Mempunyai sifat kerintangan yang rendah sebaiknya 0 Ω
C. Mempunyai rintangan yang tinggi dan menghalang pengaliran arus
D. Mempunyai sifat menghalang pengaliran elektron dan mengurangkan kejatuhan
voltan dalam pemasangan
19. Seorang Pendawai menggunakan pengalir kuprum (PVC/PVC), mempunyai luas keratan
rentas 4mm2 sebagai litar akhir untuk disambungkan ke tiga set lampu pendaflour yang
tiap satunya 4 x 36 Watt. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai
perbuatannya itu?
A. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Elektrik 1994
B. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana litar tersebut boleh berfungsi
dengan sempurna
C. Litar akhir bagi lampu mesti menggunakan pengalir yang mempunyai luas
keratan rentas 1.5mm2
D. Kebenaran khas dari Pihak Berkuasa Bekalan atau Pemegang Lesen mesti
diperolehi terlebih dahulu sebelum bekalan disambung ke litar tersebut
walaupun ianya tidak melibatkan penambahan beban yang banyak
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 7 drpd 11
20. Setiap bengkel kerja perlu dilengkapkan dengan suis kecemasan yang dipasang pada
dinding bengkel. Apakah kegunaan suis kecemasan tersebut?
A. Untuk membunyikan loceng
B. Untuk membunyikan siren kecemasan
C. Untuk mematikan bekalan elektrik kepada bengkel berkaitan
D. Untuk memanggil bomba dan ambulan ke tempat/bengkel tersebut
21. Pilih kenyataan berkaitan kebaikan miniature circuit breaker.
I. Litar-litar yang rosak senang dikesan
II. Sifat terpelantik beban lebihan boleh ditukar ganti
III. Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar
IV. Boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pemasangan domestik
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
22. Kenapakah Pelindung Arus Baki pada sesuatu litar pepasangan tidak terpelantik apabila
berlaku arus bocor ke bumi?
A. Nilai voltan bekalan rendah
B. Nilai arus yang mengalir tinggi
C. Nilai impedan gelung ke bumi tinggi
D. Nilai impedan gelung ke bumi rendah
23. Bagaimanakah kaedah yang betul apabila menggunakan Clamp On Meter untuk
mengambil bacaan arus?
A. Litar hendaklah dalam keadaan litar mati
B. Litar hendaklah dalam keadaan litar hidup
C. Merangkumkan (clamping) semua pengalir fasa sekaligus
D. Beban dicabut terlebih dahulu sebelum mengambil bacaan bagi menjaga hayat
beban
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 8 drpd 11
24. Pilih kenyataan-kenyataan yang benar mengenai pengujian ke atas pendawaian.
I. Ujian kekutuban dilakukan sebelum bekalan disambungkan.
II. Multimeter digunakan dalam membuat pengujian rintangan penebatan.
III. Jangka voltan perlu disambung secara selari bagi mengukur voltan pada litar
yang diuji.
IV. Ujian untuk mengetahui kepekaan sesuatu Peranti Arus Baki (RCD) hendaklah
dilakukan apabila voltan bekalan telah disambung.
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
25. Apakah punca yang menyebabkan sesebuah jangka pengukuran dan pengujian jenis
analog menjadi ralat (error) bacaan?
I. Cara meletak meter tidak betul
Ii. Akibat geseran jarum penunjuk
Iii. Bacaan yang salah pada penunjuk
Iv. Tidak dilaraskan kepada sifar atau kosong sebelum digunakan
A. I, II dan III sahaja
B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 9 drpd 11
BAHAGIAN B (5 SOALAN SUBJEKTIF PENDEK – 15 MARKAH)
1. Apakah tujuan utama ujian kekutuban dijalankan selepas sesuatu pendawaian
dijalankan sebelum bekalan sebenar di masukan?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[3 markah]
2. Apakah alat uji yang boleh digunakan untuk menjalankan ujian kekutuban secara litar
hidup dan litar mati?
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[3 markah]
3. Ada 3 tujuan utama ujian rintangan penebatan dijalankan selepas sesuatu pendawaian
dijalankan sebelum bekalan sebenar di masukan. Apakah 3 tujuan tersebut?
i. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[3 markah]
4. Sebuah rumah kediaman Berikan dua (2) jenis pendawaian yang sesuai bagi kabel-kabel
yang bersaiz besar.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
[3 markah]
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 10 drpd 11
5. Terangkan fungsi pada kabel seperti di bawah;
i. Pengalir :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[1 markah]
ii. Penebat :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[1 markah]
iii. Pelindungan mekanikal :
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
[1 markah]
BAHAGIAN C (SOALAN KAJIAN KES – 10 MARKAH)
1. Sebuah rumah banglo satu tingkat memerlukan pendawaian elektrik Tiga Fasa 400
VAC dan faktor kuasa 0.85. Beban yang diperlukan pada pepasangan adalah seperti
berikut:
i. 32 x 36 Watt lampu nyahcas.
ii. 8 x 18 Watt lampu nyahcas.
iii. 16 x 100 Watt lampu pijar.
iv. 18 x 13A soket alir keluar.
v. 5 x 1.5 KK pendingin udara.
vi. 1 x 4.5 kW pemanas air berlaras suhu.
Anda dikehendaki melukis gambarajah skematik bagi pendawaian diatas dengan
mengambil kira :-
i. Semua litar hendaklah dilengkap dengan peranti perlindungan yang
sesuai.
ii. Setiap kelengkapan elektrik yang digunakan perlu dilabel dengan nama
dan kadaran yang betul seperti Voltan, Arus, Saiz Kabel dan sebagainya.
[10 Markah]
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3413/KT(2/2) Muka Surat : 11 drpd 11
MARKAH KESELURUHAN _____________________%
*KEPUTUSAN
LULUS GAGAL
NAMA DAN TANDATANGAN ULANG NILAI
PENGAJAR ELEKTRIK (PE)
TARIKH
ULASAN PE
NAMA DAN TANDATANGAN
KETUA PENGAJAR
ELEKTRIK (KPE)
TARIKH
Catatan:
Bulatkan pada yang bertanda (*)
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)