Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 1 drpd 31
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA SLW 03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE ( PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA PW4)
CODE AND NAME
SEMESTER 4
KOD DAN NAMA SLW 3424 PEPASANGAN DAN PENYELENGGARAAN KAWALAN
SUBJEK / SUBJECT’S MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA
CODE & NAME
BAB 05. KAEDAH PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN
MEMBERI KEFAHAMAN MENGENAI SENGGARAAN,
PEMERIKSAAN DAN MENGUJI MOTOR ARUHAN A.U. TIGA FASA
OBJEKTIF /OBJECTIVE YANG TELAH DISENGGARA.
TAJUK/TITLE SENGGARAAN DAN MENGUJI MOTOR TIGA FASA
TUJUAN/PURPOSE KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BERKAITAN
DENGAN :
1. MENERANGKAN TUJUAN SENGGARAAN MOTOR.
2. MENYATAKAN JENIS-JENIS SENGGARAAN MOTOR
3. MEMERIKSA DAN MENGUJI MOTOR
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 2 drpd 31
Pengenalan
Seperti peralatan elektrik yang lain, motor juga memerlukan pemeriksaan dan
senggaraan yang terancang bagi menjamin motor berupaya berkendali dengan baik dan
selamat. Tempoh pemeriksaan dan senggaraan mestilah dirancang dengan sempurna supaya
dapat mengurangkan kerosakan pada motor dan dapat digunakan dalam jangkamasa yang
lebih lama.
Tujuan Senggaraan
Tujuan motor-motor elektrik perlu dilakukan pemeriksaan dan senggaraan adalah
seperti berikut :
I. Pemeriksaan dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal kerosakan, kesan-kesan
haba yang boleh menyebabkan kebakaran kabel dan motor.
II. Senggaraan yang dilakukan bagi memastikan keupayaan motor sentiasa berkendali
dengan baik dan selamat.
III. Jangka hayat motor berkendali lebih lama dan menjimatkan kos.
IV. Motor-motor yang tidak disenggarakan dengan baik akan menyebabkan sering
berlakunya kerosakan dan mengganggu kepentingan pengguna-penggunanya.
Senggaraan Cegahan (Pemeriksaan Menggunakan Seluruh Pancaindera)
Seluruh pancaindera manusia boleh digunakan untuk tujuan senggaraan cegahan,
pancaindera tersebut ialah :
❖ Hidung boleh menghidu bau penebat terbakar atau sebarang kesan panas dan terbakar
di sekeliling motor dan peranti kawalannya.
❖ Tangan boleh merasa bahagian yang panas pada motor.
❖ Telinga boleh mendengar dan membezakan bunyi getaran atau kelajuan motor yang
luar biasa.
❖ Mata boleh melihat kerosakan mekanik pada motor, kesan-kesan kelecuran pada kabel,
kesan bunga api atau arka, kerosakan kabel dan peranti kawalannya.
Senggaraan Bertempoh/Berjadual
Senggaraan bertempoh dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal kerosakan dan
mengelakkan motor dan peranti kawalannya mengalami kerosakan dan jangka hayat motor
dapat bertahan lebih lama.
Satu borang atau format senggaraan hendaklah disediakan dan diisi oleh pekerja-
pekerja senggaraan. Spesifikasi senggaraan hendaklah dirujuk mengikut Piawaian/Standard
yang ditetapkan oleh pembuat atau pengeluar motor. Format senggaraan mungkin berbeza-
berbeza mengikut jenis kegunaan motor tersebut dan tempat persekitaran ianya dipasangkan.
Contohnya tempat yang terdedah kepada bahan-bahan kimia, lembapan (pam air),
persekitaran yang berhabuk, terdedah kepada cuaca dan sebagainya.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 3 drpd 31
Format yang telah diisi boleh dijadikan bahan analisis oleh Jurutera Senggaraan atau
pekerjanya, diantara analisis tersebut adalah seperti berikut :
1. Ketahanan dan kelasakan motor mengikut jenis beban yang digunakan, motor yang
kelasakan dan ketahanannya rendah mungkin kerap menjejaskan sesuatu operasi
penggunaanya.
2. Kesesuaian persekitaran motor tersebut dipasangkan seperti tempat berhabuk,
tempat yang terdedah pada bahan kimia, tempat bersuhu panas dan sebagainya.
3. Kos senggaraan yang lebih ekonomik bagi motor yang digunakan.
4. Keupayaan motor mengikut jenis beban yang digunakan. Contohnya penggunaan
beban yang tetap atau berubah-ubah.
5. Jenama pembuat dan pengeluar motor juga penting kerana kualiti pembuatan dari
segi ketahanan dan kelasakan juga mungkin berbeza-beza.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 4 drpd 31
TAJUK : PEMERIKSAAN DAN PENYELENGGARAAN KE ATAS
PENYAMBUNGAN DAN KOMPENEN-KOMPONEN MOTOR TIGA FASA
BERBEBAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar kaedah-
kardah
pemeriksaan dan penyelenggaraan keatas penyambungan dan kompenen-kompenen
motor tiga fasa berbeban.
PENERANGAN:
Pemeriksaan dan penyelenggaraan ke atas penyambungan dan kompenen-kompenen motor tiga
fasa adalah bertujuan untuk mmastikan motor tersebut dapat berfungsi dengan betul.Selain
daripada itu ianya juga dapat memastikan motor tersebut selamat digunakan. Pemeriksaan dan
penyelenggaraan ke atas kompenen-kompenen motor tiga fasa berbeban akan dapat menjaga
tempoh jangka hayat motor tersebut. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk
membuat pemeriksaan seperti gegaran,habuk dan kekotoran,kelembapan ,beban berlebihan dan
suhu sekeliling. Pengujian perlu juga dilakukan ke atas motor tiga fasa.Antara pengujian seperti
• Mengukur rintangan penebatan
• Menggunakan growler bagi mengesan gelung yang berlitar pintas.
• Menguji kesenjaran litar terbuka pada gelung.
• Menguji imbangan bagi mengesan arus fasa semasa berbeban.
• Mengukur kelajuan.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 5 drpd 31
JANGKAMASA UNTUK SUATU PEMERIKSAAN
Tujuan utama mengadakan satu jadual yang teratur ialah untuk mengahalang mesin dari berlaku
kerosakan, menghalang adalah lebih baik dari membaiki mesin yang telahpun rosak.
Setiap motor yang dipasang di dalam sesebuah kilang hendaklah dipastikan mempunyai rekod-
rekod seperti yang berikut oleh pengilangnya :
i. Tarikh pemeriksaan
ii. Butir-butir senggaraan
iii. Kos
Faktor-faktor yang diambilkira dalam suatu pemeriksaan adalah seperti :
i. Kepentingan motor tersebut bagi skim pengeluaran
ii. Peratus motor tersebut beroperasi dalam masa sehari
iii. Kendalian
iv. Persekikitaran
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 6 drpd 31
1. JENIS-JENIS TEMPOH PEMERIKSAAN
A. TIAP-TIAP 3 MINGGU
a. Periksa komutator dan set brush, samada AC atau DC.
b. Periksa paras minyak pada bearing
c. Lihat samada cincin minyak bergerak bersama shaft
d. Pastiakn Shaft yang terdedah bebas dari terken grease dan minyak dari bearing.
e. Periksa juga suis pemula, fius, dan bahagian lain kawalan samada terdapat
bahagian yang longgar.
f. Pastikan kelajuan sesebuah motor berada di dalam keadaan yang normal, serta
masa yang ditetapkan.
B. TIAP-TIAP 6 BULAN
a. Cuci dan bersihkan motor secara menyeluruh, tiupkan segala habuk yang terdapat pada
lilitan gelung dan bersihkan juga permukaan komutator dan berus karbon.
b. Periksa cincin pengapit komutator
c. Periksa keadaan berus karbon, jika didapati haus lebih dari setengah, hendaklah
digantikan.
d. Periksa pemegang berus karbon, jika kotor, bersihkan. Pastikan kedudukan berus karbon di
dalam tempat pemegangnya.
e. Periksa daya tekanan terhadap berus karbon.
f. Periksa kedudukan berus pada komutator
g. Buangakan (keringkan), basuhkan, dan gantikan dengan minyak yang baru pada sarung
bearing.
h. Periksa minyak dalam bearing atau roller bearing.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 7 drpd 31
i. Periksa kelajuan operasi atau kelajuan motor.
j. Pastikan kedudukan shaft adalah normal
k. Periksa serta ketatkan mana-mana bahagian yng longgar pada motor atau alat
kawalannya.
l. Periksa arus kemasukan dan bandingkn dengan keadaan yang normal.
m. Mengesan bahagian-bahagian yang memutar, samada keadaan lariannya licin, tanpa
grgaran, dan kerosakan pada bearing, rantai atau tali putar.
n. Periksa bolt dan nut pada tapk motor, dikedua penutup tepi, pulley, penyambung, gear
dan semua bahagian yang melibatkan pepasangan skru dan kekunci.
o. Pastikan semua penutup atau pengadang motor di tempatkan pada tempatnya dengan
betul dan pastikan ianya dipasang dengan selamat.
C. SEKALI SETAHUN
a. Bersihkan serta tukarkan grease baru ke dalam bearing bebola atau pengelak.
b. Uji penebat dengan alat penguji Megaohmeter.
c. Periksa ruang udara
d. Bersihkan benda halus yang terlekat dipermukaan tersebut.
e. Bersihkan jarak antara shaft dan lubang penutup motor supaya bearing tidak rosak.
f. Bersihkan lurah pada komutator supaya tidak terdapat bendasing didalamnya.
Menyebabkan segmen komutator melintas antara satu dengan yang lain. Periksa kelicinin
permukaan komutator.
g. Periksa penyambungan antara komutator dan gelung angker.
h. Periksa angker samada ianya bengkok.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 8 drpd 31
MENGUKUR RINTANGAN PENEBAT MOTOR
Keadaan penebat adalah satu factor yang paling penting dalam penyenggaran sebuah motor.
Motor yang beroperasi dalam keadaan kurang elok memerlukan satu ujian bagi memastikan
penggunaan berterusan dan memuaskan. Nilai rintangan suatu penebat adalah dalam unit
Megaohm(1000000ohm) digunakan sebagai penunjuk keupayaan penebat. Megaohmeter
lazimnya disebut sebagai Megger, sila rujuk Rajah 1 dan 2.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 9 drpd 31
• Bagi kebanyakan pengeluar motor-motor menggunakan cara menguji penebat bagi daya
tekanan 660V untuk motor yang berkadar di bawah 600V.
• Formula yang digunakan bagi mencari nilai rintangan penebat adalah seperti berikut:
Megaohm = KadarVol tan Mesin + 1000
Kadar(KVA)
100
UJIAN UNTUK GELUNG YANG BERLITAR PINTAS
• Gelung-gelung yang berlitar terbuka pada Rotor dan Stator boleh dikesan dengan cara
keselenjaran.(continuity)
• Alat Growler mengandungi yoke dan lilitan gelung yang diuji melalui bekalan luar AC.
• Yoke Growle tadi diletakkan melintang pada lurah Stator atau Rotor yang
mengandungi gelung yang sedang diuji.
• Gelung yang ada pada Growler bertindak sebagai gelung prima seperti di dalam alat
ubah dan gelung yang sedang diuji bertindak sebagai gelung Sekunder. Lihat Rajah 3.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 10 drpd 31
• Jika arus tersebut dibiarkan mengalir seketika, gelung yang rosak akan dikesan dengan
mudah,iaitu hanya membuat sentuhan pada bahagian yang panas, kerana ianya
mengeluarkan haba.
• Berpandukan gambarajah 4 di bawah, kita mempelajari bagaimana Gelung Medan
Alternator diuji.
• Ianya boleh diuji dengan cara Voltan Cicir sepertimana yang diterangkan untuk menguji
voltan DC.
• Dengan nilai arus dalam medan diketahui, voltan cicir dalam setiap gelung diketahui,
voltan cicir dalam setiap gelung adalah hamper sama.
• Jika voltn didapati tercicicr pada sesuatu gelung jauh bezanya dari yang lain, iaitu 5%
lebih dari kadar persamaan, gelung tersebut perlukan perhatian dan ianya harus diuji bagi
mengesan kerosakan.
• Kehadiran voltan penuh pada gelung tersebut menunjukkan yang gelung tersebut
mengalami litar pintas.
SELAIN ITU:
• Gelung Medan Alternator juga dapat diuji dengan cara membuat perkiraan IImpedan,
dengan mengalir voltan berfrekuensi tinggi ke dalam semua gelung dan pengukuran arus
dicatit.Arus yang mengalir ke dalam semua gelung sepatutnya sama nilainya
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 11 drpd 31
UJIAN IMBANGAN
Nilai arus bagi tiap fasa individu Motor Tiga Fasa dianggap sama. Rajah 5 menunjukkan
bagaimana penyambungan harus dibuat untuk membuat ujian Imbangan.
• Fius Suis Tig Kutub yang terletak disebelh kiri, digunakan untuk memulakan motor.
• Fius Suis Tiga Kutub yang kedua digunakan untuk mengasingkan Ammeter dari litar, bila
suis tersebut ditutup semasa motor dimulakan kerana arus mula didapati tinggi.
• Fius Suis Utama ditutup sebelum Motor dimulakan lagi.
• Apabila sudah mencapai kelajuan yang dikadarkan, suis kedua pula dibuka.
• Oleh itu, arus fasa paa tiap-tiap individu dicatit oleh Ammeter.
• Bagi operasi motor yang normal, sudah tentulah arus yang dicatit oleh Ammeter adalah
sama.
Jika terdapat satu fasa yang tinggi arusnya, ini bermakna lilitan dalam fasa tersebut berlitar
pintas. Jika salah satu fasa tidak menunjukkan
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 12 drpd 31
• Tunggal.
• Jika ketga-tig Ammeter tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi pada ketiga-tiga fasa
tetapi bacaan sama, ini menunjukkan motor tersebut berfungsi pada beban yang
berlebihan.
• Rajah 6 dan 7 menunjukkan cara yng lebih selesa membuat ujian imbangan dengan
menggunakan Ammeter jenis kepit (Clamp-on-meter). Ianya digunakan untuk mengambil
bacaan pada tiap-tiap fasa, di mna keadaan motor tersebut beroperasi secara normal.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 13 drpd 31
MENGUKUR PELBAGAI KELAJUAN
Sisihan ( deviation) yang terdapat pada kelajun yang dikadarkan, apabila berbeban, ini
menunjukkn bahawa terdapat salah guna di pihak beban ataupun terdapat kerosakan pada
motor tersebut. Sejenis alat untuk mengukur kelajuan motor dinamakan Tacho-meter. Sila
lihat rajah 8 di bawah:
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 14 drpd 31
Meter tacho yang ditunjukkan dalam rajah 9 pula mengandungi sebatang keluli karbon yang lurus
dan dapat menghasilkan getaran di mana ianya turut bergegar mengikut pusingan / minit oleh
motor di bawah ujian. Ianya boleh mencatit kelajuan sehingga 25 pusingan seminit.
ROTOR SANGKAI TUPAI.
Bilah-bilah pengalir berkemungkinan putus,jika motor tersebut bis amengalami kejutan parah,
gegarannya tinggi atau panas berlebihan.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 15 drpd 31
Bilah-bilah yang putus tadi boleh dikesan dengan menggunakan Growler (Rotor hendaklah
dipisahkan dari stator semasa ujian ini dibuat)
Terdpat juga ujian yang sering dibuat terhadap rotor tanpa diasingkan dari stator, bagi menesan
bilah-bilah yang terbuka. Caranya ialah dengan membekalkan voltan yang rendah. (lebih kurang
25% dari kadar voltan yang sebenar.)
Voltan ini mencukupi digunakan bgi memberi bacaan pada ammeter yang sememangnya
disambung secara siri pada gelung stator(bagi satu fasa sahaja).kemudiannya dengan
menggunakan tangan, putar rotor perlahan-lahan, perhatikn bacaan pada Ammeter jika terdpat
apa-apa perbezaan nilai arus didlam gelung stator,jika terdapat perbezaan bacaan meter
sebanyak 3% dari bacaan yang lain. Ini menunjukkan bilah-bilah pengalir dalm rotor putus.
BEARING
Jenis bearing pada motor bergantung pada kos dan sifat-sifat bahan yang digunakan. Bearing
terdiri daripada binaan sarung dan bebola adalah jenis yang popular digunakan untuk motor.
Penggunaan berlebihan pada bearing juga mengakibatkan kesan kelinciran pergerakan rotor dan
kefungsian stator.bagi motor kuasa kecil, kerosakan pada bearing dapat dikesan dengan cara
membuat pergerakan shaft ulang alik, ianya mengeluarkan satu bunyian yang agak berbeza
dengan bunyian yang normal. Bagi motor-motor yang berkuasa besar, kerosakan pada bearing
dapat dikesan dengan cara mengukur kedudukan jarak ruangan antara rotor dan stator pad
beberapa poin sekeliling.
Bilah-bilah yang putus tadi boleh dikesan dengan menggunakan Growler (Rotor hendaklah
dipisahkan dari stator semasa ujian ini dibuat)
Terdpat juga ujian yang sering dibuat terhadap rotor tanpa diasingkan dari stator, bagi menesan
bilah-bilah yang terbuka. Caranya ialah dengan membekalkan voltan yang rendah. (lebih kurang
25% dari kadar voltan yang sebenar.)
Voltan ini mencukupi digunakan bgi memberi bacaan pada ammeter yang sememangnya
disambung secara siri pada gelung stator(bagi satu fasa sahaja).kemudiannya dengan
menggunakan tangan, putar rotor perlahan-lahan, perhatikn bacaan pada Ammeter jika terdpat
apa-apa perbezaan nilai arus didlam gelung stator,jika terdapat perbezaan bacaan meter
sebanyak 3% dari bacaan yang lain. Ini menunjukkan bilah-bilah pengalir dalm rotor putus.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 16 drpd 31
BEARING
Jenis bearing pada motor bergantung pada kos dan sifat-sifat bahan yang digunakan. Bearing
terdiri daripada binaan sarung dan bebola adalah jenis yang popular digunakan untuk motor.
Penggunaan berlebihan pada bearing juga mengakibatkan kesan kelinciran pergerakan rotor dan
kefungsian stator.bagi motor kuasa kecil, kerosakan pada bearing dapat dikesan dengan cara
membuat pergerakan shaft ulang alik, ianya mengeluarkan satu bunyian yang agak berbeza
dengan bunyian yang normal. Bagi motor-motor yang berkuasa besar, kerosakan pada bearing
dapat dikesan dengan cara mengukur
Kerosakan yang teruk samada bagi motor besar atau motor kecil boleh menyebabkan sentuhan
sebenar antara rotor dengan stator. Bahagian-bahagian rotor mestilah diasingkan antara satu
sama lain bagi tujuan senggaraan. Senggaraan bagi jenis ini memelutan alatan yang khas.
Tanpa alat-alat tersebut dilarang sama sekali mencuba untuk membaikinya.
Asingkan dahulu sarung bearing, dengan mengeluarkan baffle di dalam kedua-dua sisi pelindung,
dan keluarkan tempat isian minyak (oil cover plate) dan juga pengepit cincin minyak (oil ring clip).
Seterusnya keluarkan lining bearing dengan cara menggunakan sebatang paip yang pendek atau
alat belah (split fitting) di mana ianya terkunci sendiri dalam lurah cincin minyak.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 17 drpd 31
BEARING BEBOLA
Bearing bebola dipasang secara di tekan pada shaft motor dan ianya hanya dikeluarkan dari shaft
tersebut apabila perlu diganti dengan batng bearing yang baru.
Bagi membuat pemeriksaan pada bearing bebola, pertama loceng sisi hendaklah dikeluarkan dari
rotor shaft dan pemasangan bearing tersebut dikeluarkan dari stator. Bagi sesetengah jenis
motor, bearing bebola dikeluarkan tanpa menyalurkan sisi loceng , kerana bearing tersebut
diletakkan dalam satu tempat khas dan dipasang penutup bearing, jadi bila bearing tersebut
mengalami kerosakan, hanya dengn mengeluarkan penutup tersebut, bearing dapat dikeluarkan
dari shaft rotor.
Jika bering bola perlu dibuat gentian, alat penarik bering digunakan untuk mengelak shaft dari
menglami kerosakan. Gelang dalam sesebuah bearing yang hendak dipasang, pastikan yang
gelang tersebut dipasang kedudukannya betul di atas shaft. Ia amat penting kerana jika terdapat
sedikit sahaja ketidaktepatan pada shaft, ianya akan menebabkan bering rosak. Daya tekanan
yang dibuat pada gelang luar bearing hendaklah sama, ketika kemasukan bearing atau pada
gelang bearing. Ketukan yang ringan disyorkan. Sebatang paip yang besar sedikit dari garis pusat
shaft digunakan bagi menahan daya tekan ke atas bearing baru. Lihat rajah 11.
Suhu yang dibenarkan untuk proses ini adalah 150 Farenheit. Bearing yang baru janganlah
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 18 drpd 31
dibersihkan semasa pepasangan dibuat. Habuk dan kekotoran jangan dibiarkan masuk ke dalam
bearing semasa pepasangan dibuat.
PELINCIRAN
Beberapa cara pelinciran pada motor digunakan, motor-motor kecil sememangnya disediakan
sarung yang mempunyai lubang tempat minyak dengan penutupnya sekali. Motor hendaklah
diletak minyak apabila ianya harus diganti.
Bagi motor berkuasa besar, bearingnya di sediakan cincin minyak yang dipasang longgar pada
lurah bearing. Cincin tersebut mengambil minyak dari tempat simpanan minyak yang dipasang
secara terus ke cincin tersebut. Untuk kerja-kerja yabg normal, pertukaran minyak hendaklah
dilakukan setahun sekali. Jika motor digunakan untuk kerja berat, lebih kerap minyak harus
ditukar.
Bagaimanapun, semasa membuat pertukaran pada minyak, jangan biarkan minyak tersebut
berlebihan atau tidak cukup minyak kerana boleh menyebabkan bearing tersebut rosak.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 19 drpd 31
PEMERIKSAAN DAN SENGGARAAN MOTOR
1.0 OBJEKTIF
Di akhir kuliah ini, pelatih pelatih berupaya melakukan pemeriksaan senggaraan serta pelarasuain
ringan dan pembaikan berdasarkan jadual penyenggaraan biasa yang diberi.
2.0 MAKLUMAT
Terdapat beberapa sebab bagi menjalankan kerja penyenggaraan biasa pada motor :
a) Menentukan motor tersebut dikendalikan dengan ckap.
b) Untuk keselamatan
c) Mengelakkan keosakan yang musykil dan mengurangkan kos penyenggaraan.
Tempoh dan kekerapan bagi melakukan penyenggaraan motor adalah bergantung kepada
:
a) Keadan tempat dimana motor tersebut dikendalikan
b) Tempoh motor dikendalikan
Pemeriksaan secara pandang dengar ( visual inspection) akan dibuat terlebih dahulu
sebelum mematikan motor semasa r penyenggaraan.
Perkara yang harus diperhatikan semasa pemeriksaan secara pandang dengar adalah :
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 20 drpd 31
a) Memastikn tiada gegaran dan aci berputar dengan betul
b) Bunyi bising pada rotor tersebut
c) Arka-arka dan bunga api di komutator tersebut
Pelurusan mesti dijalankan jika aci tidak berputar dengan betul.
Keseimbangan pada rotor perlu dibuat sekiranya terdapat gegaran pada motor tersebut.
Menukarkan alas jika motor berbunyi bising. Betulkan kipas motor jika ia terkena badan.
Arka-arka bunga apidikomutator boleh dielakkan dengan:
a) Membersihkan komutator
b) Meratakan komutator
c) Membersihkan alur-alur komutator
d) Menentukan berus-berus karbon cukup panjang dikomutatoratau gelang arus.
e) Berus-berus karbon mestilah bergerak dengan bebas di komutator atau gelang arus.
f) Berus –berus mestilah dikedudukan neutral pada komutator
Selepas pemeriksaan di atas dijalankan, matikan motor tersebut dan keluarkan fius untuk
keselamatan, kemudian lakukan pemeriksan penyenggaraan biasa yang lain.
Menentukan tiada minyak pelinciran atau grease yang berlebihan di merata tempat dan lilitan
mesti bebasdari grease dan minyak. Membersihkan kotoran dengan armaclean, paraffin atau
Karbon Tach.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 21 drpd 31
Selepas lilitan dibersihkan keringkannya dengan kepanasan.
Bagaimanapun, alasdan semua grease nipple mesti dimasukkan dengan baru.
Bersihkan segala habuk dan kotoran pada motor
Bolt dan nut mesti diketatkan.
Skru, bolt dan nut bagi punca pengalir mesti diketatkan supaya tiada litar susutan voltan atau
berlaku bungapi.
Pelurusan kapeling hendaklah dirasa dengan tolok perasa
Suis centrifugal diperiksa supaya sesentuhnya akan buka semasa kendalian motor fasa
tunggal.
Frame atau badan motor diperiksa supaya tiada kerosakan mekanikal
Hindari motor dari berkarat dan catkin bila perlu.
Litar atau punat ON dan OFF kawalan jauh diperiksa
Periksa sambungan atau keterusan bumi dan tentukan keadaan baik terutama apabila conduit
mudah lentur digunakan.
Lakukan ujian rintangan secara keseluruhan penebatan dan tentukan bacaannya tidak kurang
dari 1M ohm.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 22 drpd 31
Kelembapan mungkin menyebabkan rintangan penebatannya rendah dan boleh diatasi
dengan menutup ruang udara apabila motor dalam kendalian. Suhunya mesti diperhatikan
agar tidak berlebihan.
Letak balik fius dan kendalikan motor tersebut.
Selepas setiap penyenggaraan, rekod disimpan dan buat catatan. Tarikh dan jenis senggaraan
hendaklah dicatatkan.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 23 drpd 31
BAIKI KEROSAKAN PADA MOTOR
1.0 OBJEKTIF
Di akhir kuliah, pelatih dapat melakukan perkara seperti berikut:
a. Mengesan serta mengenal jenis-jenis kerosakan pada motor
b. Bertindak membaiki kerosakan
2.0 MAKLUMAT
Kerosakan elektrik dapat dikesan sekiranya terdapat perkara seperti berikut :
a. Motor tidak dapat dihidupkan
b. Bunyi bising dan gegaran yang kuat
c. Motor menjadi panas apabila beroperasi dan mungkin berasap
d. Pemutus litar akan terlantik dan fius terputus sebaik saja dihidupkan.
e. Motor tidak mencapai kelajuan yang sepatutnya
f. Bagi motor AT, terdapat arka-arka diberus karbon.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 24 drpd 31
3.0 JADUAL 1 :BAIKI KEROSAKAN BAGI MOTOR-MOTOR ARUHAN
3.1 KEROSAKAN 1 :
MOTOR ARUHAN JENIS SANGKAR TUPAI TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN
BIL SEBAB –SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Pemutus litar pelantik atau fius terputus
Rujuk kepada carta
disebabkan oleh lebihan beban mekanikal yang tertentu
untuk mengesan punca
2 Voltan rendah lebihan beban. Kurangkan
beban kepada peringkat
3 Litar terbuka atau litar pintas di lilitan motor yang boleh dikawal.
4 Grease di dalam alas menjadi kejal
5 Sambungan tidak kemas di punca sambungan Periksa nilai voltan pada
6 Rotor dan stator bersentuhan pelit nama. Naikkan voltan
7 Kerosakan pada alas kepada peringkat yang
diperlukan dengan
beberapa cara.
Jika ini disahkan dengan
beberapa ujian, lilitan baru
pada motor hendaklah
dilakukan.
System pelinciran
dibersihkan dan dan grease
baru dimasukkan ke dalam
alas.
Periksa di punca
sambungan serta ketatkan
sambungan yang tidak
kemas.
Perbetulkan kelawasan
antara rotor dan stator
menurut nilai yang
tersebut.
Pastikan alas digantikan
dengan yang baru atau
remetalling bagi alas jernal.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 25 drpd 31
3.2 KEROSAKAN 2 :
MOTOR MENGELUARKAN BUNYI YANG BISING DAN KUAT
BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Motor beroperasi dalam satu fasa Matikan motor, jika ia
beroperasi dalam satu fasa,
ia tidak dapat dihidupkan
semula. Periksa jika ada
litar terbuka.
2 Aci tidak berputar dengan betul di atas alas(sleeve Periksa pelurusan
bearing) (alignment) aci
3 Gegaran disebabkan oleh rotor tidak seimbang atau Asingkan motor dari mesin
gegaran yang berpunca dari mesin yang dipandu yang dipandu, jika masih
ada bunyi bising atau
gegaran ketika dijalankan
bersendirian, rotor
hendaklah diseimbangkan
semula. Periksa bar-bar
yang longgar dan patah.
4 Kelawasan tidak sama disekeliling antara rotor dan Perhatikan rotor samada ia
stator terletak betul-betul di
pusatnya. Gantikan alas
baru, jika perlu untuk
mendapatkan pemusatan
yang betul.
5 Motor memandu mesin melalui kapelling yang tidak Periksa pelarasan
kemas. (alignment) dengan
menngunakan tolok perasa
(feeler gauge) dengan
memutarkan kapeling
perlahan-lahan. Ketatkan
kapeling jika perlu.
6 Kemasukan bendasing Keluarkan bendasing dari
motor dan pastikan sesekat
berkeadaan baik
7 Kerosakan pada alas Pastikan punca kerosakan
pada alas dan gantikan
dengan yang baru
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 26 drpd 31
3.3 KEROSAKAN 3:
MOTOR PANAS DAN KADANGKALA BERASAP
BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Motor beroperasi dalam lebihan yang berat Rujuk kepada bahagian
mekanikal yang mempunyai
penerangan mengenai lebihan
beban. Kurangkan beban jika
terdapat lebihan beban yang
berat
2 Motor beroperasi dalam satu fasa Periksa semua litar tersebut.
Bagi mengetahui motor
beroperasi dalam satu fasa ialah
bilamana motor tidak dapt
dihidupkan semula setelah
dimatikan.
3 Kedudukan motor yang tidak sesuai dimana Baiki kawasan sekeliling motor
peredaran udara tersekat atau ruang udara supaya dapat peredaran udara
melalui motor tersumbat yang baik serta bersihkan ruang
udara motor
4 Motor beroperasi dalam voltan dan ulanangan Perbetulkan voltan dan ulangan
yang tidak sesuai seperti yang tercatat di pelit
motor
5 Alas terlalu keras Catat suhu alas. Periksa geseran
ketika rotor diputar dengan
tangan serta perbetulkannya.
Sahkan jenis pelincir pada alas.
6 Jika motor tersebut memandu melalui tali Periksa ketegangan tali.
(belt), mungkin tali terlalu ketat Longgarkan jika ianya terlalu
ketat
7 Grease berbeza dari yang disyorkan pereka Besihkan system pelinciran dan
motor grease semula dengan bahan
yang ditentukan.
8 Geris berlebihan di alas Keluarkan geris lama dan
gantikan geris baru sebanyak ½
hingga ¾ isipadu ruang.
9 Kelunturan sifat pelincir Kelunturan disebabkan oleh
suhu alas yang tinggi,
bendasing dalam geris dan geris
tidak ditukar pada jadual yang
ditetapkan. Tukar geris baru.
10 Kapeling yang tidak kemas Pastikan kapeling dijajar dan
diikat dengan kemas.
11 Daya tujah dari mesin yang dipandu Pastikan aci mempunyai
kelawasan untuk bergerak
sepnjang paksinya
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 27 drpd 31
3.4 KEROSAKAN 4:
MOTOR JENIS ROTOR BERLILITAN BEROPERASI KURANG DARIPADA KELAJUAN
YANG DITETAPKAN WALAUPUN TANPA BEBAN
BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Periksa setiap litar. Perbiki
litar setelah mengesan
Teradapat litar terbuka di rotor termasuk kabel ke kerosakan tersebut.
panel kawalan.
3.5 KEROSAKAN 5: TINDAKAN
GETARAN YANG KUAT Penjajaran kapeling
dibetulkan dan kapeling
BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN diikat kemas
1 Kapeling yang tidak kemas Periksa punca masalah ini
dan rotor dikeluarkan untuk
2 Rotor tidak disambung diimbang semula.
Periksa nombor alas dan
3 Alas tidak dipasang dengan betul betulkan kedudukan alas
4 Voltan bekalan tidak seimbang Ini mungkin disebabkan
ketidakseimbangan beban.
Pastikan semua sambungan
adalah kemas dan voltan
bekalan seimbang semula.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 28 drpd 31
3.6 KEROSAKAN 6:
KENAIKAN SUHU YANG TINGGI DALAM GELUNG STATOR DAN BADAN MOTOR
BIL SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Lebihan beban Uji geganti lebihan beban
dan laraskannya semula
2 Kenaikan arus disebabkan oleh voltan rendah jika perlu. Kurangkan beban
mekanikal mengikut
3 Voltan bekalan tak seimbang keupayaan motor.
Periksa punca bekalan dan
4 Kendalian dalam satu fasa naikkan semula voltan
5 Suhu sekeliling yang tinggi mengikut kadaran
Pastikan punca bekalan
6 Peredaran udara sejuk yang tersekat oleh selaput adalah kemas dan voltan
habuk bekalan diimbang semula.
Perisa jika ada litar terbuka
Pastikan peredaran udara
disekitar motor beredar
dengan baik dan pastikan
sesekat tidak tersumbat.
Cuci bersih saluran
penyejuk dan pastikan ia
tidak tersumbat
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 29 drpd 31
4.0 JADUAL 2 BAIKI KEROSAKAN BAGI MOTOR SEGERAK
4.1 KEROSAKAN :
MOTOR TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN
BIL SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Litar terbuka di satu fasa Uji tiap-tiap fasauntuk
mengesan kerosakan dan
2 Motor yang tidak dapat mengatasi geseran yang baikinya.
terlalu kuat ketika ia mula dihidupkan. Periksa geseran alas motor
serta pelinciran alas
3 Voltan rendah (bearing lubricant). Periksa
pelurusan kapeling antara
motor dengan mesin
Periksa voltan yang tercatat
di pelit nama dengan voltan
bekalan. Jika ada
perbezaan, voltan bekalan
hendaklah ubah supaya
sama dengan voltan di
motor.
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 30 drpd 31
4.2 KEROSAKAN :
PEMUTUS LITAR TERPELANTIK SEBAIK SAHAJA DIHIDUPKAN
BIL SEBA-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Voltan penguja (exiter) rendah. Tinggkan nilai
2 Litar terbuka atau litar pintas di medan motor pengujaannya
Uji untuk memgesan litar
3 Perubahan beban terlalu ketara terbuka atau litar pintas
dan perbetulkannya.
Gunakan penunjuk kutub
untuk mengesan litar
pintas.
Rujuk pada bahagian
mekanikal bagi mengawal
beban.
4.3 KEROSAKAN :MOTOR PANAS DI BAHAGIAN- BAHAGIAN TERTENTU
BIL SEBAB-SEBAB YANG MUNGKIN TINDAKAN
1 Panas di stator yang mungkin disebabkan oleh Periksa kedudukan rotor.
rotor yang terkeluar dari titik pusatnya (off-center) Alas ditukar jika perlu.
2 Litar terbuka di satu fasa Periksa di fasayang rosak
dan perbetulkan
3 Panas bertumpu pada satu atau lebih gelung motor
4 Panas bertumpu di gelung medan
SOALAN
1. Apakah Tujuan Senggaraan dilakukan ?
2. Apakah maksud ROTOR
SANGKAI TUPAI ?
3. Nyatakan beberapa punca bagi kerosakan getaran yang kuat?
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW 3424/KP(5/5) Muka surat : 31 drpd 31
Rujukan :
1. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik
-Pengarang oleh Abd Samad Hanif
Cetakan Edisi Kedua
2. Buku Akta Bekalan Elektrik 1994
SLW 3424 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)