The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ABM Model Bandar Teknologi Hijau SMK Bukit Kuang 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaiksyahman, 2023-10-21 23:29:26

Modul Bandar Teknologi Hijau SMK Bukit Kuang 2023

Modul ABM Model Bandar Teknologi Hijau SMK Bukit Kuang 2023

1 SMK BUKIT KUANG, 24000 KEMAMAN, TERENGGANU D`LEAF CITY MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU BERASASKAN KONSEP BIOMIMIKRI NAMA PESERTA: MUHAMMAD ADAM MUHKRIZ BIN ABDULLAH (090604110393) NUR SYAZRINA IZZATI BINTI SYAIFUL IZANI(092225110422) AIDIL MUHAIMIN BIN MOHAMMED ASHIK(080721101825)


2 ISI KANDUNGAN Abstrak 3 Penghargaan 5 BAB 1 7 Pengenalan 7 1.1 Latar belakang Projek 7 1.2 Penyataan Masalah 9 1.3 Objektif Projek 10 BAB 2 12 Carta Organisasi 12 2.1 Struktur Carta Organisasi 12 BAB 3 13 Carta Gantt 13 3.1 Carta Gantt Projek Model Bandar Teknologi Hijau 13 BAB 4 15 Projek Bandar Teknologi Hijau 15 4.1 Lakaran Awal Bandar Teknologi Hijau (D`Leaf City) 15 4.2 Bahan Binaan Model Bandar Teknologi Hijau 17 4.3 Elemen Teknologi Hijau 20 4.3.1 Tenaga Boleh Diperbaharui 23 4.3.2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 26 4.3.3 Bangunan 29 4.3.4 Pengangkutan 32 4.3.5 Industri 35 4.3.6 Pertanian dan Perhutanan 36 4.3.7 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 38 4.3.8 Penjagaan Kesihatan 40 BAB 5 41 Rujukan 41


3 ABSTRAK Pembangunan bandar yang lestari dan mampan semakin penting dalam era moden ini. Dalam usaha untuk menggabungkan konsep teknologi hijau dan kebijaksanaan alam semulajadi, sebuah model bandar yang inovatif telah direka bentuk dengan menggunakan pendekatan biomimikri. Objektif utama model bandar teknologi hijau yang diberi nama D`Leaf City ini adalah untuk menggabungkan prinsip-prinsip pembangunan lestari dengan inspirasi dari alam semulajadi, yang membawa kepada pembentukan sebuah bandar hijau yang efisien dan seimbang. Antara matlamat utama projek yang dijalankan ini adalah untuk mencari pendekatan terbaik bagi membangunkan bandar pelbagai sektor berasaskan teknologi hijau supaya memberi kesan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat dengan menggunakan bahanbahan kitar semula. Model ini dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan kitar semula seperti sisa elektronik dari komponen komputer riba yang telah rosak, kayu terpakai, kotak barang runcit, botol minuman, penyedut minuman, kertas terpakai, lidi, span, polisterin dan permaidani terpakai. Ia menggambarkan beberapa sektor utama dalam pembangunan bandar hijau termasuk tenaga, pengurusan sisa dan air sisa, bangunan, pengangkutan, industri, pertanian dan perhutanan, teknologi maklumat dan komunikasi serta penjagaan kesihatan. Model ini juga menampilkan dua komponen yang boleh bergerak, iaitu kincir angin menegak dan empangan janakuasa hidroelektrik. Kajian ini memberikan pandangan terperinci tentang bagaimana model bandar teknologi hijau dengan konsep biomimikri dapat memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan lestari dan menjana pemahaman tentang


4 hubungan erat antara teknologi, alam dan masyarakat. Diharapkan bahawa hasil kajian ini akan memberikan panduan kepada pembangunan bandar masa depan yang lebih mampan dan menyokong kehidupan manusia serta kelestarian alam semulajadi.


5 PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan sumbangan penting dalam pembangunan model D’Leaf City ini. Projek ini tidak akan tercapai tanpa usaha bersama dan bantuan dari pelbagai pihak. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan penghargaan kepada guru dan staf sokongan SMK Bukit Kuang yang telah memberikan sumbangan tenaga, masa, dan kepakaran dalam melaksanakan projek ini. Usaha gigih dan komitmen mereka merupakan asas kejayaan projek ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Penaung Projek, Pengetua SMK Bukit Kuang iaitu En Mohd Akhir bin Tompang yang telah memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan dalam usaha mewujudkan model bandar teknologi hijau ini. Seterusnya, rasa terima kasih kepada Pn. Mastura binti Ahmad, Penyelaras Projek, yang telah mengurus dan mengkoordinasikan projek ini dengan teliti dan berkesan. Usaha beliau telah membantu membimbing projek ke arah kejayaan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai guruguru lain seperti Cikgu Saadiah dan Cikgu Zahidah Saila yang turut memberikan sokongan dan pandangan berharga dalam pembangunan projek ini.


6 Kami menghargai semua usaha dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak. Projek ini adalah hasil usaha bersama dan kerjasama yang baik.Kami berharap bahawa model bandar teknologi hijau ini akan memberikan inspirasi dan sumbangan kepada pembangunan lestari pada masa hadapan. Terima kasih atas segala sokongan dan usaha yang diberikan.


7 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar belakang Projek Dalam era globalisasi, perkembangan bandar di dunia semakin pesat seiring dengan peningkatan jumlah penduduk dan perkembangan ekonomi. Namun, pertumbuhan bandar yang tidak terkawal juga memberikan impak negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia. Dalam usaha untuk menghadapi cabaran ini, konsep bandar teknologi hijau telah muncul sebagai satu pendekatan yang membolehkan pembangunan yang mampan, berfokus pada kelestarian alam sekitar dan pengurangan kebergantungan terhadap sumber-sumber alam. Sehubungan dengan itu, model bandar teknologi hijau yang dibangunkan ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan keseimbangan di antara pembangunan dan penjagaan alam sekitar. Di samping itu, idea-idea pembangunan berasaskan teknologi hijau dapat diperkenalkan untuk menggalakan budaya inovasi yang menyumbang kepada pembangunan yang bersifat holistik. Bagi memastikan pembangunan yang holistik di dalam sesebuah bandar, model yang dibangunkan ini merangkumi beberapa sektor penting. Di antara sektor-sektor yang menjadi tumpuan di dalam pembinaan model bandar teknologi hijau ini adalah [1]:


8 (a) Tenaga (b) Sektor pengurusan sisa dan air sisa (c) Bangunan (d) Pengangkutan (e) Industri (f) Pertanian dan perhutanan (g) Teknologi maklumat dan komunikasi (h) Penjagaan kesihatan Pembangunan yang holistik berasaskan teknologi hijau yang diperkenalkan ini dapat mewujudkan ekosistem yang seimbang di antara manusia dan alam sekitar. Untuk merealisasikan cita-cita ini, setiap reka bentuk model bandar yang dibangunkan ini adalah berasaskan konsep biomimikri. Biomimikri ialah idea untuk mendapatkan inspirasi daripada reka bentuk alam semulajadi untuk mencipta inovasi buatan pada teknologi bagi memberi menafaat kepada manusia dan alam sekitar [2]. Bersesuaian dengan pembangunan teknologi hijau yang holistik, bahan kitar semula telah digunakan dalam pembangunan model bandar teknologi hijau. Di antara bahan kitar semula yang digunakan adalah seperti sisa elektronik dari komponen komputer riba yang telah rosak, kayu terpakai, kotak barang runcit, botol minuman, penyedut minuman, kertas terpakai, polisterin


9 terpakai, lidi,span dan permaidani terpakai. Bahan-bahan kitar semula yang dikumpul telah diubahsuai dengan menggunakan daya imaginasi yang kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan model-model seperti rumah, bangunan pencakar langit, bukit, sekolah, masjid, balai polis, balai bomba, pusat membeli belah, stadium dan lain-lain mercu tanda di dalam model bandar teknologi hijau ini. 1.2 Penyataan Masalah Dalam konteks projek ini, terdapat beberapa permasalahan utama yang perlu diatasi: (a) Kecekapan penggunaan sumber tenaga: Sumber tenaga adalah sangat penting di dalam pembangunan sesebuah bandar bagi memastikan sosioekonomi sesebuah bandar dapat berkembang dengan pesat dan mampan. Pembaziran penggunaan tenaga perlu diatasi supaya penggunaan sumber tenaga dapat dijimatkan dan mengurangkan pembebasan karbon ke alam sekitar [3]. Perancangan yang rapi perlu dibuat supaya penjimatan boleh dibuat dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan, operasi industri, penggunaan tenaga elektrik dan lain-lain. (b) Pengurangan sisa pepejal: Bandar-bandar moden menghadapi masalah yang serius dalam pengurusan sisa pepejal. Kebanyakan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan yang akhirnya menjejaskan alam


10 sekitar. Oleh itu, pendekatan yang berfokus pada pengurangan dan penggunaan semula sisa pepejal dalam konteks bandar hijau [4]. (c) Pengurangan kebergantungan terhadap sumber-sumber alam semulajadi: Pembangunan bandar tradisional bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi seperti kayu dan batu. Ini boleh menyebabkan penebangan hutan dan kemusnahan sumber alam semulajadi. Dalam model bandar hijau ini, perkara yang diberikan penekanan adalah pada penggunaan bahan-bahan kitar semula dan alternatif pembangunan yang mampan terhadap kelestarian alam sekitar [5]. 1.3 Objektif Projek Objektif utama projek ini adalah untuk merancang dan membangunkan sebuah model bandar hijau yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Objektif-objektif khusus termasuk: (a) Menyelidik dan menganalisis pendekatan terbaik untuk pembangunan bandar hijau berdasarkan konsep kitar semula dan kesan positifnya terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat. (b) Membangunkan kerangka konseptual untuk model bandar hijau yang merangkumi pengurusan sumber tenaga, kawasan hijau, pengangkutan, dan pengurusan sisa pepejal.


11 (c) Mereka bentuk model bandar teknologi hijau yang diperbuat daripada bahan kitar semula dengan menggunakan pendekatan biomimikri untuk menunjukkan kesan pembangunan bandar hijau tersebut terhadap persekitaran dan masyarakat.


12 BAB 2 CARTA ORGANISASI 2.1 Struktur Carta Organisasi Penaung En Mohd Akhir bin Tompang Penyelaras Pn Mastura binti Ahmad Aidil Muhaimin bin Mohammed Ashik Muhammad Adam Mukhriz bin Abdullah Nur Syazrina Izzati binti Syaiful Izani


13 BAB 3 CARTA GANTT 3.1 Carta Gantt Projek Model Bandar Teknologi Hijau Untuk menjayakan projek model bandar hijau, satu perancangan yang teliti telah dibuat bagi menyusun gerak kerja yang perlu dilaksanakan. Projek ini mula dilancarkan pada 26 Jun 2023 melalui sesi perbincangan bersama Pengetua SMK Bukit Kuang. Tugas-tugas telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kerja-kerja pembinaan model,penyediaan laporan dan persiapan pembentangan. Hasil daripada perancangan yang telah dibuat dengan menggunakan carta gantt, tempoh masa yang diperlukan untuk membina model ini adalah selama 55 hari berkerja. Perincian perancangan yang dilaksanakan adalah seperti didalam Rajah 3.1.


14 Rajah 3.1: Carta gantt pembinaan model bandar teknologi hijau SMK Bukit Kuang.


15 BAB 4 PROJEK BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 4.1 Lakaran Awal Bandar Teknologi Hijau (D`Leaf City) Proses lakaran awal D’Leaf City merupakan proses yang amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan model bandar hijau dapat memenuhi objektif projek ini. Sebelum lakaran awal dibuat, bentuk muka bumi model bandar hijau perlu ditentukan untuk memastikan kesemua elemen penting yang diperlukan boleh diketengahkan dengan mudah dan melancarkan proses penerangan berkenaan teknologi hijau yang terdapat di dalam model ini. Kemudian, lakaran awal dibuat dengan menentukan lokasilokasi penting di dalam model bandar yang bakal dibangunkan seperti kawasan perumahan, perhutanan, perindustrian, pusat bandar, pelancongan dan komersial. Setiap kawasan-kawasan penting di dalam bandar ini dihubungkan melalui sistem jalan raya yang di reka bentuk berasaskan konsep semulajadi atau dikenali sebagai kejuruteaan biomimikri. Rekabentuk jalan raya dibuat dengan meniru sifat semula jadi organisma ringkas “slime mould” yang tersebar mencari sumber makan melalui laluan yang paling efektif seperti contoh di dalam Rajah 4.1 [6]. Disamping itu juga bentuk lingkaran yang sering terdapat di alam semulajadi juga digunakan pada bulatan jalan raya bagi


16 melancarkan aliran lalulintas dan menjimatkan penggunaan ruang seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.2 dan Rajah 4.3 [7]. Rajah 4.1: a) Bentuk pergerakan "slime mould" di alam semulajadi. b) Kajian universiti pergerakan “slime mould” terhadap sistem jalanraya di Malaysia. Rajah 4.2: Lakaran awal berasaskan pergerakan "slime mould" mencari sumber makanan. a) b)


17 Rajah 4.3: Lakaran sistem aliran jalan raya berasaskan "biomimicry engineering" yang diadaptasi dari pergerakan “slime mould” dan bentuk lingkaran. 4.2 Bahan Binaan Model Bandar Teknologi Hijau Model bandar teknologi hijau dibangunkan dengan menggunakan bahan terpakai. Bahan-bahan utama yang digunakan di dalam model ini adalah seperti berikut: (a) Papan terpakai. (b) Baki polisterin yang telah digunakan. (c) Sisa elektronik (e-Waste) dari komponen komputer riba yang telah rosak. (d) Kertas terpakai. (e) Kotak barang runcit. Kaw. Industri Pusat Bandar Kaw. Komersial Kaw. Pelancongan Kaw. Pertanian & Perhutanan


18 (f) Lebihan tali terpakai. (g) Botol dan kotak minuman. (h) Penyedut minumam (i) Permaidani terpakai (j) Lidi Bahan-bahan terbuang ini telah dikumpul dan digunakan untuk membina model-model seperti bangunan, laluan keretapi, kenderaan, kilang, kincir angin, stesen janakuasa ombak, empangan hidroelektrik, loji biomass dan lain-lain.Rajah 4.4 menunjukan sebahagian daripada proses kerja pembinaan model bandar teknologi hijau oleh pelajar-pelajar yang dibantu oleh guru-guru dengan menggunakan bahan kitar semula.


19 Rajah 4.4.4: Proses kerja-kerja pembinaan model bandar teknologi hijau, (a)- (c) Pengumpulan e-waste dan kotak-kotak terpakai, (d)-(e) proses lakaran jalan raya diatas tapak model,(f) Pelajar-pelajar mendapat bimbingan dari guru-guru yang berpengalaman, (g) – (o) Pelajar-pelajar menggunakan kreativiti masing-masing untuk membina model bangunan, h) Laluan jalan raya yang telah siap dibina daripada lakaran awal, i) Sebahagian daripada hasil kerja pelajar dengan menggunakan bahan kitar semula. a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n) o)


20 4.3 Elemen Teknologi Hijau Konsep bandar teknologi hijau yang diketengahkan di dalam model yang dibina ini merangkumi lapan sektor utama, iaitu sektor tenaga, pengurusan sisa dan air sisa, bangunan, pengangkutan, industri, pertanian dan perhutanan, teknologi maklumat dan komunikasi, dan penjagaan kesihatan. Di dalam Rajah 4.5 dapat dilihat bagaimana reka bentuk model bandar teknologi hijau yang dinamakan D`Leaf City dibangunkan mengikut skala 1:750 dangan ukuran 100x70x29 cm. Penggunaan teknologi hijau, seperti tenaga suria dan kenderaan elektrik memberikan kesan positif terhadap pengurangan pencemaran alam. Ini menjadikan bandar sebagai kawasan yang mempunyai kualiti udara yang lebih baik.Oleh itu,dapat mengurangkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan hidupan. Penggantian sumber tenaga bahan api fosil dengan tenaga boleh diperbaharui seperti suria, angin, dan hidroelektrik membantu mengurangkan pencemaran alam semulajadi dan kesan negatif terhadap alam sekitar [8].


21 Rajah 4.5: Reka bentuk model bandar teknologi hijau berskala 1:750 (100x70x29cm) yang diberi nama D`Leaf City. Kawasan Perumah an Kawasan Industri Kolam Tadahan Stadium BIOECODS Menara ICT Kincir Angin Menegak Stesen Janakuasa Ombak Empangan Hidroelektrik Stesen Pengecas Kereta Elektrik Hospital Sekolah Pusat Kitar Semula Kawasan Agrikultur & Perhutanan Loji Tenaga Biojisim Loji Rawatan Air Kumbahan Pusat Perlancongan Kompleks Pengangkutan Awam Bersepadu Masjid


22 Teknologi hijau membolehkan pengurusan sumber alam yang lebih berkesan. Sistem penapisan air dan kitar semula air membantu menjaga sumber air yang semakin terhad. Pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien, termasuk kitar semula dan penggunaan sisa pepejal untuk tenaga, membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sampah yang berisiko. Pembinaan bangunan hijau dengan teknologi penjimatan tenaga membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan kos perbelanjaan tenaga. Penggunaan sistem pemanas dan penyejukan yang canggih serta bahan binaan yang berkesan memberikan impak positif terhadap keperluan tenaga bandar. Teknologi hijau dapat digunakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran asap kenderaan. Pengembangan pengangkutan awam yang canggih seperti keretapi elektrik atau bas elektrik membantu mencipta bandar yang lebih mesra alam. Disamping itu, teknologi hijau dapat meningkatkan ruang hijau di dalam bandar melalui memaksimakan penggunaan dan pemeliharaan kawasan taman dan landskap bandar. Sistem pengairan dan teknologi pengurusan tanaman pintar membantu menghijaukan kawasan bandar. Pembangunan teknologi hijau juga dapat membantu di dalam pertumbuhan ekonomi lestari. Pelaburan dalam teknologi hijau mencipta peluang pekerjaan dalam sektor-sektor seperti tenaga boleh diperbaharui dan


23 pengurusan alam sekitar. Ini membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan di samping memelihara alam sekitar. Teknologi hijau memainkan peranan penting dalam membentuk pembangunan bandar yang lestari. Dari pengurangan pencemaran hingga pengurusan sumber daya yang efisien, kesan positif teknologi hijau memberi impak yang signifikan terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar. Melalui penggunaan teknologi hijau, bandar dapat menjadi tempat yang seimbang antara perkembangan manusia dan perlindungan alam semulajadi. 4.3.1 Tenaga Boleh Diperbaharui 4.3.1.1 Tenaga Solar Penggunaan tenaga solar di dalam bandar ini berfokuskan di kawasan perumahan (Rajah 4.6), bangunan-bangunan komersial dan lampu jalan raya. Tenaga solar yang dikumpulkan dari cahaya matahari akan disimpan di dalam bateri untuk digunakan apabila diperlukan terutamanya pada waktu malam. 4.3.1.2 Turbin Angin Kawasan bandar yang terletak di tepi pantai mempunyai tiupan angin yang sesuai untuk mendapatkan sumber tenaga angin. Selain daripada itu, angin yang terhasil daripada pergerakan kenderaan juga boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Dengan menggunakan reka bentuk turbin angin menegak, ini dapat meningkatkan kecekapan penghasilan tenaga


24 elektrik kerana turbin angin menegak (Rajah 4.6) boleh berputar apabila menerima angin dari pelbagai arah. Rajah 4.6: Contoh tenaga boleh diperbaharui, a) sistem tenaga solar dikawasan perumahan, b) kincir angin menegak, c) solar panel dipasang pada model kawasan perumahan dan bangunan, d) Model kincir angin menegak D’Leaf City. 4.3.1.3 Tenaga Hidroelektrik Bentuk muka bumi di dalam D’Leaf City yang berbukit membolehkan kawasan tadahan air dijadikan sebagai empangan air untuk bekalan penduduk di dalam kawasan bandar. Dengan terdapatnya empangan ini, tenaga hidroelektrik dapat dihasilkan daripada tenaga keupayaan air yang tersimpan. Model empangan tenaga hidroelektrik telah dibina dengan menggunakan sisa elektronik dari komponen komputer riba dan polisterine terpakai seperti yang ditunjukan didalam Rajah 4.7 a) b) c) d)


25 Rajah 4.7: Model empangan hidroelektrik yang dibina menggunakan sisa elektronik dari komponen komputer riba dan polisterine terpakai. 4.3.1.4 Tenaga Ombak Ombak merupakan salah satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui telah digunakan di dalam model bandar teknologi hijau kerana berdekatan dengan laut. Tenaga dari pergerakan ombak boleh ditukar kepada tenaga elektrik dan dibekalkan ke seluruh bandar. Reka bentuk tenaga ombak yang dicadangkan adalah diinspirasikan daripada pergerakan rumpai laut di dasar laut seperti Rajah 4.8. Pergerakan ayunan ini dapat dimanipulasi untuk menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Rajah 4.8: a)Konsep tenaga ombak yang diinspirasikan dari pergerakan rumpai laut di dasar laut, b) Reka bentuk model tenaga ombak D’Leaf City. a) b)


26 4.3.1.5 Tenaga Biojisim Loji tenaga biojisim yang terdapat di dalam bandar ini dapat membantu mengurangkan beban pengurusan sampah di dalam bandar. Sisa kumbahan pepejal dan bahan buangan yang boleh dibakar akan diasingkan dan digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Gambaran keseluruhan bagaimana proses sumber tenaga biojisim adalah seperti di dalam Rajah 4.9. Rajah 4.9: Sistem pengurusan sisa dan air sisa yang terdapat didalam D'Leaf City. 4.3.2 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 4.3.2.1 Pusat Kitar Semula Sistem pengasingan sisa dilaksanakan bermula daripada peringkat sumber sisa. Setiap rumah perlu menyediakan tong sampah mengikut kategori Loji Rawatan Air Kumbahan Kolam tadahan BIOECODS Loji Kitar Semula Sisa Air dari sistem saliran Air dari sistem kumbahan Sisa pepejal dari kawasan perumahan Air bersih Air bersih phosphorus Sisa pepejal Sungai / Laut Kilang baja kompos Loji Biojisim Sisa pepejal dari loji rawatan air kumbahan


27 sampah seperti sisa makanan, kaca, plastik, kertas dan lain-lain. Sampah yang telah diasingkan akan dihantar ke pusat kitar semula atau ke loji tenaga biojisim untuk menghasilkan tenaga elektrik atau ke pusat agrikultur untuk dijadikan baja kompos seperti yang ditunjukan di dalam Rajah 4.9. Melalui program kitar semula, proses pemuliharan alam semulajadi menjadi lebih mudah dan cepat. Secara tidak langsung ekosistem alam sekitar akan lebih terpelihara di masa akan datang. Selain daripada itu, kos pelupusan sisa dapat dijimatkan apabila sebahagian besar sisa dapat dikitar semula. 4.3.2.2 Loji Rawatan Air Kumbahan Loji rawatan air kumbahan akan mengumpulkan sisa kumbahan daripada bandar untuk dirawat sebelum dibebaskan ke alam sekitar. Loji ini dibina dengan menggunakan teknologi hijau untuk merawat air yang tercemar. Teknologi hijau yang digunakan adalah Membrane Bioreactor, di mana ia mampu membersihkan air kumbahan dengan lebih cekap berbanding sistem rawatan air konvensional seperti yang ditunjukan didalam Rajah 4.10 [9]. Sistem Membrane Bioreactor ini adalah gabungan di antara ultrafiltration dengan prosess rawatan air kumbahan secara biologi. Sistem kumbahan berteknologi hijau ini akan menghasilkan air bersih untuk dibebaskan ke alam sekitar, dan sisa pepejal dihantar ke loji tenaga biomass.Phosphorous pula dijadikan baja untuk industri pertanian seperti yang ditunjukan didalam Rajah 4.9.


28 Rajah 4.10: Perbandingan sistem pengurusan sisa air, a) Sistem pengurusan sisa air konvensional, b) Sistem pengurusan sisa air membrane bioreactor. 4.3.2.3 Bio-Ecological Drainage System (BIOECODS) Fungsi utama BIOECODS adalah untuk menyerap air hujan daripada bangunan, jalan raya dan lain-lain kawasan di dalam bandar yang mempunyai tanah yang tidak telap air seperti yang ditunjukan di dalam Rajah 4.11. Selain itu, sistem ini dapat memperlahankan limpahan air sekiranya berlaku sewaktu hujan lebat dan dalam masa yang sama merawat air dari sistem perparitan di dalam bandar. BIOECODS akan menyerap air hujan ke dalam longkang yang berumput dan mengalirkan ke kawasan kolam tadahan dan seterusnya dilepaskan ke sungai dan laut seperti yang ditunjukan di dalam Rajah 4.9. Secara tidak langsung dapat mengelakkan sampah sarap daripada memasuki sistem perparitan di dalam bandar, sungai dan laut [10]. a) b)


29 Rajah 4.11: Pelbagai reka bentuk lakaran sistem saliran BIOECODS dan contoh penggunaan sistem ini di dalam bandar. 4.3.3 Bangunan 4.3.3.1 Rekabentuk Bangunan Hijau Di dalam model yang dibangunkan, struktur utama bangunan di reka bentuk dengan mengadaptasi prinsip biomimikri dari sifat hidupan laut yang dikenali sebagai “Venus Flower Basket Sponge” seperti didalam Rajah 4.12. Struktur eksoskeleton kekisi dan bentuk span memberikan kekutan dan kestabilan kepada bangunan. Sistem ini membolehkan pelan lantai terbuka , sokongan menegak tanpa tiang dalaman, rintangan kepada angin dan pengudaraan di semua tingkat. Rekabentuk ini dapat membantu menjimatkan penggunaan bahan binaan dan tenaga untuk menyejukan bangunan [11].


30 Rajah 4.12: a) Hidupan laut yang dikenali sebagai "Venus Flower Basket Sponge" mempunyai struktur yang unik mampu menahan arus didasar laut, b) Model bangunan ICT yang berkonsepkan kejuruteraan biomimikri. Sebahagian bangunan di dalam model bandar teknologi hijau yang dibangunkan ini menggunakan teknologi semulajadi yang ditiru daripada reka bentuk sistem penyejukan busut anai-anai seperti di dalam Rajah 4.13. Di dalam sistem ini, udara akan memasuki bangunan melalui aras bawah dan dialirkan ke atas, keluar melalui corong sekaligus menyingkirkan udara panas di dalam bangunan [12]. Bangunan di reka bentuk dengan kedudukan tingkap yang strategik dapat membantu menjimatkan penggunaan lampu dan melancarkan pengaliran udara di dalam bangunan. Di samping itu, bangunan yang dibina menggunakan mentol jenis LED memancarkan lebih banyak cahaya dan menjimatkan tenaga elektrik. a) b)


31 Rajah 4.13: a) Konsep kejuruteraan biomimikri berdasarkan reka bentuk busut anai-anai untuk menyejukkan udara di dalam bangunan, b) Model bangunan hotel yang diilhamkan daripada konsep kejuruteraan biomimikri. Bangunan dan rumah dipasang solar panel bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dari sumber tenaga bahan api fosil. Pokok-pokok ditanam sekeliling bangunan supaya dapat menyejukkan bangunan dan menjimatkan penggunaan pendingin hawa. Seterusnya, laluan pejalan kaki dipasang sistem penuaian tenaga elektrik piezoelektrik untuk membekalkan tenaga elektrik bagi lampu di kawasan pejalan kaki. Perancangan bandar dan susun atur kemudahan awam yang cekap dan strategik, seperti sekolah, pengangkutan awam, hospital dan lain-lain kemudahan awam dapat menjimatkan penggunaan tenaga untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. a) b)


32 4.3.3.2 Program Penuaian Air Hujan Untuk menggalakkan penggunaan sistem penuaian air hujan seperti Rajah 4.14, rumah-rumah yang mempunyai sistem penuaian air hujan akan diberi pengurangan cukai kerana membantu menjimatkan penggunaan air yang dibekalkan oleh kerajaan. Air hujan yang dikumpul boleh digunakan untuk tandas, membasuh kenderaan dan menyiram pokok di halaman rumah. Rajah 4.14: Contoh sistem penuaian air hujan (SPAH) 4.3.4 Pengangkutan 4.3.4.1 Kenderaan Elektrik Kenderaan elektrik merupakan kenderaan utama yang digunakan di dalam bandar ini. Prasarana seperti stesen pengecasan dan pusat servis kenderaan elektrik disediakan di dalam bandar bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (Rajah 4.15).


33 Rajah 4.15: Model stesen pengecasan kenderaan elektrik dan contoh kenderaan elektrik yang terdapat di dalam model bandar teknologi hijau. Kawasan perumahan yang dibangunkan juga akan disediakan dengan tempat mengecas kenderaan elektrik di luar rumah. Pengguna boleh mengecas kenderaan pada waktu malam setelah pulang berkerja. Kawasan tempat letak kereta di tempat kerja dan kawasan komersial dilengkapi dengan tempat pengecasan elektrik berbayar. Kemudahan ini akan mengelakkan pengguna daripada terpaksa beratur panjang di stesen pengecasan kenderaan elektrik pada waktu puncak. 4.3.4.2 Keretapi Elektrik Untuk mengurangkan kesesakan di jalan raya, kemudahan keretapi elektrik disediakan. Kemudahan ini akan memudahkan penduduk untuk bergerak dari kawasan perumahan ke pusat bandar dengan lebih mudah dan cepat. Laluan kereta api ini akan melalui kawasan-kawasan utama di dalam bandar seperti kawasan penempatan penduduk, bandar utama dan industri seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.5.


34 4.3.4.3 Laluan Basikal & Pejalan Kaki Bagi pergerakan dekat dan sederhana jauh, laluan basikal dan pejalan kaki disediakan di kawasan yang strategik seperti didalam Rajah 4.16. Penggunaan kemudahan ini bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran dan menjimatkan tenaga, malah menggalakan gaya hidup yang sihat di kalangan warga penduduk setempat. Laluan pejalan kaki dan basikal yang sibuk akan dipasang dengan alat menyerap getaran bertujuan untuk menukarkan tenaga kinetik yang terhasil kepada tenaga elektrik sewaktu pejalan kaki atau basikal melalui kawasan tersebut [13]. Rajah 4.16: Laluan pejalan kaki dan basikal yang terdapat didalam model bandar hijau D'Leaf City Laluan Pejalan kaki & basikal


35 4.3.5 Industri 4.3.5.1 Program Pemulihan Tenaga Program ini akan mewajibkan setiap industri yang beroperasi di dalam bandar untuk mengurangkan pembaziran tenaga yang dibebaskan seperti, penggunaan semula tenaga haba dari dandang, sistem pembakaran, relau, sistem pendingin hawa dan lain-lain. 4.3.5.2 Sistem Pemantauan Perlepasan Air Kumbahan Data sistem air kumbahan daripada setiap bangunan perindustrian akan disalurkan kepada penguatkuasa alam sekitar secara langsung untuk tujuan pemantauan sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Melalui sistem ini, pemantauan akan dapat dijalankan dengan lebih cekap bagi mengelakkan ketidakpatuhan pelepasan air kumbahan daripada industri. 4.3.5.3 Sistem Pemantauan Perlepasan Gas Setiap kilang, perlu memasang alat penganalisa gas pada cerobong asap untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Maklumat ini akan disalurkan kepada penguatkuasa alam sekitar bagi tujuan kawalan pembebasan karbon. Data ini akan dikongsi dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Insentif berbentuk pengurangan cukai akan diberikan bergantung kepada indeks karbon yang berjaya dikurangkan oleh sistem yang digunakan.


36 Insentif ini bertujuan untuk menggalakan pihak pelabur menggunakan dan membangunkan teknologi hijau di dalam sektor industri. 4.3.6 Pertanian dan Perhutanan 4.3.6.1 Kawasan Hutan Simpan Hutan simpan digazetkan bagi mengekalkan kawasan tadahan air, flora dan fauna seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.17. Pokok-pokok di kawasan hutan simpan dapat membantu menyerap gas karbon dioksida yang terbebas ke udara dengan lebih pantas. Data menunjukkan, sebatang pokok dewasa mampu menyerap sebanyak 10kg gas karbon dioksida setahun [14]. Selain daripada itu, kawasan hutan simpan dibangunkan sebagai pusat eco-tourism dan pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti mendaki, berkelah dan berkhemah. Rajah 4.17: Kawasan perhutanan dan agrikultur menjadi kawasan tadahan air dan stesen janakuasa hidroelektrik.


37 4.3.6.2 Program Penanaman Pokok Sekitar bandar ditanam dengan pokok-pokok bertujuan untuk mengurangkan pencemaran yang berlaku secara semula jadi. Antara pencemaran yang boleh diatasi oleh pokok adalah pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Selain daripada itu, pokok juga boleh membantu menyejukkan bangunan dan menjimatkan penggunaan sistem pendingin hawa dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. 4.3.6.3 Penggunaan Baja Kompos Pusat agrikultur yang dibangunkan adalah menggunakan baja kompos yang dikumpul dari loji rawatan air kumbahan dan loji kitar semula seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.9. Melalui penggunaan baja kompos, beban untuk menguruskan sisa dapat dikurangkan dengan menjadikan bahan organik yang dibuang sebagai baja untuk kawasan tanaman. 4.3.6.4 Kebun Menegak Kawasan agrikultur yang diusahakan adalah berbentuk kebun menegak seperti yang ditunjukan didalam Rajah 4.18. Tujuan konsep ini digunakan adalah bagi menjimatkan penerokaan tanah dengan menebang pokok untuk dijadikan kawasan pertanian. Banyak pokok dapat diselamatkan dan membantu menyelamatkan alam daripada dimusnahkan.


38 Rajah 4.18: Kawasan agrikultur yang berdekatan dengan kilang baja kompos. 4.3.7 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 4.3.7.1 Rangkaian Internet Bandar Keseluruhan bandar dilengkapi dengan kemudahan rangkaian internet yang cekap bagi menghubungkan kesemua masyarakat di dalam bandar melalui menara pemancar wifi yang terdapat di dalam bandar (Rajah 4.19). Sistem rangkai internet yang cekap menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian masyarakat seperti perniagaan, pendidikan, kecemasan dan penyampaian maklumat semasa.


39 Rajah 4.19: Model Menara ICT (bangunan berwarna biru) sebagai pusat pemancar isyarat wifi didalam D’Leaf City. 4.3.7.2 Aplikasi Informasi Trafik Melalui sistem capaian internet yang cekap, aplikasi pemantauan lalulintas di dalam bandar dapat dibangunkan dengan menyalurkan status lalulintas di dalam bandar kepada masyarakat. Maklumat ini dapat membantu pengguna jalanraya untuk membuat perancangan perjalanan dan menjimatkan penggunaan tenaga. 4.3.7.3 Aplikasi Informasi Cuaca Aplikasi penyampaian maklumat ramalan cuaca di dalam bandar membantu masyarakat untuk membuat perancangan aktiviti harian dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti bandar. Persiapan awal dapat dibuat oleh para peniaga dan penduduk sekiranya amaran banjir atau ribut dikeluarkan. Melalui penyampaian maklumat yang cekap seperti ini, akan mengurangkan risiko kerosakan harta benda sekiranya bencana alam berlaku di dalam bandar.


40 4.3.8 Penjagaan Kesihatan 4.3.8.1 Sistem Temujanji Dalam Talian Melalui sistem ICT yang cekap, aplikasi temujanji secara dalam talian dibuat bagi memudahkan urusan temujanji pesakit dengan pegawai perubatan. Kesan daripada sistem temujanji yang cekap, dapat membantu pihak hospital merancang dan membuat persediaan keperluan bilangan pegawai perubatan, mengawal bilangan pengunjung dan keperluan tempat letak kenderaan. Di samping itu, pesakit dapat merancang jadual perjalanan dengan lebih baik dan mengurangkan tekanan menunggu giliran berjumpa dengan pegawai perubatan. 4.3.8.2 Sistem Pemberian Ubat Pintar Sistem ini dibangunkan adalah bertujuan memudahkan proses penghantaran bekalan ubat kepada pesakit sama ada di dalam kawasan hospital sendiri atau terus ke rumah pesakit. Pesakit tidak perlu lagi menunggu angka giliran di kaunter, sebaliknya boleh terus pulang ke rumah setelah berjumpa pegawai perubatan dan menunggu ubat yang dihantar tiba. Khidmat nasihat panduan pengambilan ubat akan dibuat secara atas talian. Melalui kaedah ini, bilangan pengunjung di hospital dapat dikurangkan dan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik seperti penghawa dingin dan lampu kerana ruang menunggu yang diperlukan boleh dikurangkan.


41 BAB 5 RUJUKAN [1] Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE), Modul Teknologi Hijau: Sains (Aktiviti Murid), Pulau Pinang: CETREE, 2018. [2] Biomimicry Institute, Ogos 2023. [Online]. Available: https://biomimicry.org/. [3] M. R. R. &. A. A. Sharif Shofirun Sharif Ali, "TREN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN PEMBEBASAN GAS RUMAH HIJAU DI MALAYSIA," Asian Journal of Environment, History and Heritage, vol. 3, no. 1, pp. 39-45, 2019. [4] P. M. D. H. A. Rahman, "BH Online - Urus sisa pepejal secara mampan, elak alam sekitar terbeban," 3 Fenruari 2022. [Online]. Available: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2022/02/918371/urussisa-pepejal-secara-mampan-elak-alam-sekitar-terbeban. [Accessed July 2023]. [5] P. I. D. M. F. M. Din, "Tinta Minda - KERANGKA ALAM SEKITAR MODEL KELESTARIAN SUMBER DAN KETERJAMINAN PERUBAHAN BUMI," 8 May 2023. [Online]. Available: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2186988. [Accessed July 2023]. [6] D. Parr, "The Guardian - Cities in motion: how slime mould can redraw our rail and road maps," 18 Feb 2014. [Online]. Available: https://www.theguardian.com/cities/2014/feb/18/slime-mould-rail-roadtransport-routes. [Accessed July 2023]. [7] A. S. Dr. Eleni Christofa, "Impact of S-Curves on Speed in a," SAFERSIM, Amherst, 2018.


42 [8] Berita Harian, "BH Online," 12 September 2017. [Online]. Available: https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/324362/strategicekap-tenaga-demi-kelestarian-alam. [Accessed July 2023]. [9] PCI Membranes Filtration Group, "Membrane Bioreactors (MBR) for Wastewater Treatment," 15 April 2022. [Online]. Available: https://www.pcimembranes.com/articles/membrane-bioreactors-mbr-forwastewater-treatment/. [Accessed July 2023]. [10] A. S. Abdurrasheed, K. W. Yusof, H. Takaijudin, A. A. Ghani, M. Muhammad and A. Taofeeq, "Advances and Challenging Issues in Subsurface Drainage Module Technology and BIOECODS: A Review," in MATEC Web of Conferences, 2018. [11] K. GREENBERG-NYU, "FUTURITY - SPONGE’S CLEVER STRUCTURE COULD IMPROVE OUR BUILDINGS," 23 July 2021. [Online]. Available: https://www.futurity.org/venus-flower-basketsponge-structures-2601022-2/. [Accessed July 2023]. [12] M. Pearce, "asknature - Passively Cooled Building Inspired by Termite Mounds," [Online]. Available: https://asknature.org/innovation/passivelycooled-building-inspired-by-termite-mounds/. [Accessed July 2023]. [13] M. M. Euklidiadas, "PIEZOELECTRICITY: USING CITIZENS’ FOOTSTEPS TO GENERATE ELECTRICITY," Tomorrow City, 8 July 2022. [Online]. Available: https://tomorrow.city/a/piezoelectricitymovements-generate-electricity. [Accessed July 2023]. [14] R. Bernet, "HOW MUCH CO2 DOES A TREE ABSORB?," One Tree Planted, 25 July 2023. [Online]. Available: https://onetreeplanted.org/blogs/stories/how-much-co2-does-treeabsorb. [Accessed August 2023].


Click to View FlipBook Version