3. 3.1 Pengukuhan kepada akademik. 3.2 Pembentukan sikap positif. 3.3 Penerapan dan pengukuhan nilai –nilai murni. 3.4 Mengeratkan perpaduan , rasa muhibbah dan berbaik sangka antara kaum berlainan , keturunan dan sosial ekonomi. 3.5 Menyemai dan memupuk keyakinan diri dan jati diri. 3.6 Memupuk dan mempertingkat semangat patriolisma dan nationalisma. 3.7 Mendedahkan kemahiran asas pengurusan masa , kemahiran belajar , teknik berfikir dan kepimpinan. 3.8 Peka kepada budaya saintifik , ternikal dan isu – isu semasa. UNSUR RANCANGAN AKTIVITI SETAHUN
PANDUAN PENGURUSAN GERAKERJA KOKURIKULUM. 1. PERANAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH: 1.1 Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan. 1.2 Menyemai dan memupuk disiplin , Nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. 1.3 Memberi pengalaman kepada murid – Muris berhubug , bergaul, dan bersatu padu dalam masyarakat. 1.4 Mengukuh dan Mengayakan pengalaman yang murid-murid pelajari dalam bilik darjah. 1.5 Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan Kemahiran murid-murid dalam bidag tertentu. 1.6 Melatih murid-murid mengisi Masa lapang dengan kerja yang berfaeah di samping Membina kesihatan dan Kesejahteraan diri. 1.7 Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepaa sekolah. 1.8 Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat keja-kerja Khidmat kepada masyarakat. 2. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN GURU SEBELUM MENJALANKAN GERAKERJA KOKURIKULUM: 2.1 Menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Kokurikulum Sekolah. 2.2 Menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras mengikut kumpulan. 2.3 Menubuhkan Jawtankuasa mengikut aktiviti.
3. PANDUAN UNTUK MENGELOLAKAN AKTIVITI KO-KURIKULUM. 3.1 Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti ko kurikuum , keselamatan murid-murid hendaklah sentiasa diutamakan. 3.2 Sebarang perkara yng tidak di ingini sekiranya berlaku di atas kecuaian guru,ia boleh mendatangkan risiko yang besar kepda guru berkenaan. 3.3 Jadual latihan yang telah di tetapkan tdak boleh dipinda ataupun di ubah suai oleh guru. 3.4 Guru- guru hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan di dalam aktiviti kokurikulum. 3.5 Kehadiran setiap aktiviti kokurikulum adalah dimestikan . Murid disoal siasat dan tindakan hendaklah di ambil oleh guru-guru berkenaan sekiranya tidak hadir. 3.6 Semua guru mesti hadir pada aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan mengikut jadual. 3.7 Guru permainan pasukan sekolah dikehendaki menyediakan satu pasukan pelapis yang terdiri daripada murid- Murid tahun Empat dan juga tahun Lima. 3.8 Setiap pasukan rumah atau Pasukan Permainan sekolah dimestikan melantik beberapa orang murid untuk dipertanggungjawabkan mengambil dan meenyimpan segala alatan permainan , diiringi oleh seorang guru. 3.9 Sebelum guru-guru mennggalkan kawasan sekolah kumpulan murid dan pastikan semua murid meninggalkan kawasan sekolah. 3.10 Murid- murid tidak dibenarkan membawa sebarang alatan permainan ke rumah. Semua alatan permainan mesti disimpan di dalam stor yang dsediakan.
TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM 1. Memastikan semua kegiatan mempunyai fail atau buku laporan yang lengkap. 2. Memastikan semua fail atau buku laporan aktiviti dilengkapkan dengan perkara yang berikut: a. Rancangan Tahunan b. Senarai AJK c. Laporan Aktiviti: i. Nyatakan tarikh ii. Masa iii. Tempat iv. Kehadiran murid v. Objektif vi. Aktiviti vii. Ulasan guru viii. Tandatangan guru. 3. Memastikan semua aktiviti berjalan lancar dan memastikan rekod dan data-data kokurikulum diselengarakan dengan sempurna. 4. Menyelaraskan pembahagian murid-muris di dalam Kelab ataupun Persatuan atau Badan Beruniform. 5. Menentukan pengibatan semua Murid di dalam aktiviti kokurikulum. 6. Menyertai aktiviti didalam dan di luar sekolah. 7. Mengadakan masyuarat atau perbincangan dengan guru-guru untuk mengatasi sebarang masalah. 8. Memeriksa Buku Laporan Aktiviti atau Fail kegiatan untuk memastikan ianya telah dikemaskinikan. 9. Menguruskan peralatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum dan menyelaraskan supaya isi kandungan fail/ buku Laporan aktiviti dapat di seragamkan. 10. Mengumpul Fail/ buku laporan aktiviti di Bawah jagaan supaya senang untuk di buat penyemakan pada bila-bila masa yang diperlukan.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN 1. Mengatur jadual sukan sekolah sesuai dengan perancangan MSSK cawangan dan MSSK negeri. 2. Menentukan penempatan murid-murid baru mengikut rumah atau pasukan. 3. Mengatur jadual latihan dan pertandingan antara rumah dan mengatur perlawanan persahabatan antara sekolah. 4. Memastika gelanggang pemainan dan sukan adalah mengikut ukuran yang betul dan mengurus persiapan dan penjagaan padang. 5. Mengawas dan menyelia kegiatan sukan dan permainan. 6. Bertanggungjawab menyimpan segala alat-alat sukan , memperbaiki dan memperbaharui mana-mana yang perlu dan menyimpan serta menganggarkan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini. 7. Menyimpan rekod yang lengkap . Segala jenis perlawanan yag disertai oleh sekolah pada peringkat sekolah , MSSK,cawangan dan negeri. Ia mengandungi tarikh,jenis pertandingan , pasukan yang terlibat , tempat pertandingan dan keputusannya. 8. Mambantu penolong Kanan Ko Kurikulum menetapkan ketua- ketua Rumah Sukan dan Guru Permainan. 9. Membantu Penolong Kanan ko Kurikulum menyelaras pelajaran pendidikan Jasmani dan memastikan setiap Murid berpakaian lengkap semasa pendidikan Jasmani dijalankan. TUGAS KETUA RUMAH SUKAN 1. Mengurus latihan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. 2. Mengagihkan tugas kepada guru penolong rumah. 3. Menyediakan atau memastikan adanya buku kedatangan ahli-ahli rumah dan mengambil tindakan ke atas ahli-ahli yang tidak hadir semasa latihan. 4. Membentuk pasukan rumah mengikut peringkat umur. 5. Menentukan kegiatan-kegiatan rumah. 6. Menubuhkan jawatankuasa pengurusan rumah. 7. Menjadi pengerusi jawatankuasa pemilihan pemain untuk perlawanan antara rumah. 8. Menganggotai Majlis Sukan Sekolah. 9. Menjadi Pengurus peserta semasa Hari Sukan Sekolah. 10. Menbuat laporan kegiatan rumah kepada Setiausaha Sukan .
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang di arahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. BIDANG TUGAS GURU PERMAINAN. 1. Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara melatoh mereka mengikut jadual yang ditentukan atau pada Bila-bila masa yang difikirkan sesuai. 2. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan untuk pertandingan peringkat sekolah/zon /cawangan dan MSSK melihatnya. 3. Mengurus pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar dan menguruskan surat kebenaran ibu bapa. 4. Menginringi dan menjaga disiplin di dalam sesuatu perlawanan. 5. Bertanggunjawab atas kedatangan pemain-pemain pada masa latihan dan perlawanan. 6. Bertanggungjawab atas membahagi alat-alat dan pakaian permainan dan memungut Balik alat-alat dan pakaian yang dipinjamkan. 7. Menyimpan rekod perlawanan yang disrtai pada semua peringkat dengan mencatat butir-butir seperti tarikh ,pasukan lawan ,tempat perlawanan dan keputusan. 8. Menjaga kebajikan pemain-pemain kalau sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan. 9. Menentukan peralatan dan gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan. 10. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan. 11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Guru Besar dari masa ke semasa.
BIDANG TUGAS GURU-GURU PENASIHAT / KETUA (PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM) 1. Menubuhkan jawatankuasa bagi unit yang terdiri daripada murid dan juga guru. 2. Merancangkan aktiviti , persatuan , kelab dan badan berunform yang akan dijalankan bagi satu tahun dengan kerjasama jawatankuasa murid. 3. Memastikan satu laporan aktiviti disediakan dan kedatangan ahli direkodkan selepas sahaja selesai menjalankan sesuatu aktiviti didalam buku Lappran. 4. Merancang dengan teliti dan melaksanakan kegiatan sepanjang tahun bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. 5. Memastikan jawatankuasa yang dipilih menjalankan tugas dengan betul. 6. Memajukan unit-unit yang dinasihatinya dengan cara yang difikirkan sesuai. 7. Mengadakan mesyuarat untuk ahli-ahli jawatankuasa . 8. Menyelia dan menjadi penasihat pengurusan kewangan persatuan. 9. Mendapatkan kebenaran ibu bapa penjaga apabila murid- murid terlibat untuk sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah. 10. Bertanggungjawab ke atas keselamatan ahli-ahlinya , semasa menjalankan aktiviti. PERATURAN MENGGUNAKAN PERALATAN DALAM STOR SUKAN. 1. Murid- murid di tegah memasuki setor sukan kecuali dengan kebenaran guru. 2. Semua peralatan yang dikeluarkan hendaklah di rekodkan dalam buku keluar masuk peralatan. 3. Peralatan yang sudah digunakan hendaklah disimpan balik di tempat asalnya supaya barada dalam keadaan kemas dan tersusun. 4. jika ada peralatan yang rosak hendaklah di laporkan kepada setiausaha sukan/ penolong Kanan Ko kurikulum. 5. Murid- murid yang didapati mencuri peralatan dalam setor sukan akan di ambil tindakan. 6. Setor sukan hendaklah sentiasa bersih pada setiap masa.
PERATURAN PAKAIAN SUKAN / PENDIDIKAN JASMANI. Murid – Murid Lelaki / Perempuan. 1. Baju T yang menutup aurat / yang bersesuaian berwarna putih /baju pasukan rumah sukan masing- masing. 2. Seluar Trek berwarna gelap. 3. Berkasut hitam dan juga berstokin hitam. 4. Berselipar adalah dilarang sama sekali.