Cuaca petang ini cerah. Sara
berada di ruang tamu dengan
sepupunya. Nama sepupunya
Azim.
Ibu menghampiri Azim dan Sara.
“Mari kita ke taman,” kata ibu.
“Saya mahu menunggang
basikal,” kata Sara.
“Saya juga mahu menunggang
basikal,” kata Azim.
Perkataan baharu:
2 ruang ta mu se pupunya A zim me nunggang
3
Ibu, Sara dan Azim memakai
topi keledar. Kemudian,
mereka mengambil basikal
masing-masing. Mereka
mengayuh basikal ke taman.
Di taman, ada kanak-kanak
yang bermain bola. Ada juga
kanak-kanak yang bermain
buaian.
Perkataan baharu:
4 buaian
5
Selepas satu jam menunggang
basikal di sekeliling taman, ibu,
Sara dan Azim pulang ke
rumah. Semasa hampir sampai
ke rumah, basikal Azim
terlanggar seketul batu di
tengah jalan.
“Tolong!” jerit Azim.
Azim terjatuh.
Perkataan baharu:
6 sekeliling ter langgar se ketul ba tu to long je rit ter jatuh
7
Azim terduduk di atas jalan.
“Aduh, sakitnya tangan saya!”
jerit Azim.
Tangan kiri Azim tercedera.
Azim memegang pergelangan
tangan kirinya.
Ibu dan Sara membantu Azim
untuk bangun. Azim bangun
perlahan-lahan. Azim menahan
sakit.
Perkataan baharu:
terduduk a duh sa kitnya tercedera per gelangan
8
kirinya perlahan-lahan me nahan
9
Ibu dan Sara membawa Azim
ke hospital yang berhampiran.
Azim cuba menggerakkan
pergelangan tangannya. Dia
berasa sangat sakit. Dia
menangis kesakitan.
“Jangan bimbang. Doktor akan
merawat kamu,” kata Sara.
Perkataan baharu:
10 berhampiran meng gerakkan ta ngannya ke sakitan