The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM31.95 (WM)
RM32.95 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-08-17 03:42:10

Q & A STPM 2022 - Pengajian Am

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM31.95 (WM)
RM32.95 (EM)

Format: 146mm X 216mm Extent= confirm 472 pgs (22.74mm) 70gsm Status: 3imp_CRC
Q A EC059772 PELANGI BESTSELLER



&



STPM
A


. .
Penggal 1 2 3 Q & A STPM Q



Pengajian Am [900] &


Q & A STPM ialah siri yang memuatkan SOALAN dan
JAWAPAN yang menepati piawai STPM. Siri ini disediakan
khas untuk membantu pelajar menguasai teknik-teknik
menjawab soalan dengan baik.



CIRI-CIRI ISTIMEWA JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Pengajian Am
• Berdasarkan sukatan pelajaran terbaharu ■ Pengajian Am
• Soalan mencabar dan berkualiti yang ■ Bahasa Melayu
disediakan mengikut subtopik ■ Sejarah
• Jawapan cadangan yang berkualiti untuk ■ Geografi
melatih pelajar menjawab soalan dengan ■ Ekonomi
berkesan ■ Pengajian Perniagaan
• Tip Pemeriksa disediakan untuk ■ Mathematics (T) STPM
membantu pelajar menjawab soalan ■ Physics
dengan baik ■ Chemistry
• Kesalahan Lazim menunjukkan kesilapan ■ Biology
umum yang sering dilakukan oleh pelajar . .
Pengajian Am Ekonomi Physics semasa menjawab soalan Penggal 1 . 2 . 3 Penggal 1 2 3
Bahasa Melayu Pengajian Perniagaan Chemistry • Kertas Model yang mengikut format
Sejarah Mathematics (T) Biology pentaksiran STPM terbaharu disediakan
Pengajian Am
Geograf sebagai ujian persediaan

Dapatkan
versi
eBook!
[900]

W.M: RM31.95 / E.M: RM32.95
EC059772
ISBN: 978-967-2878-02-5

Hisham Abdul • Amran Ahmad • Zaleha Othman
PELANGI Riduan Md. Noh • Zainul Alifah Mohamed




CVR_Q&A_STPM_2022.indd 8-9 7/27/21 11:48 AM

KANDUNGAN
KANDUNGAN


Skim Pentaksiran STPM iii

Penggal 1

BAB Negara Berdaulat 1
1 Bahagian A Soalan Objektif 1
Bahagian B Soalan Struktur   11


BAB Perlembagaan Persekutuan 21
2 Bahagian A Soalan Objektif 21

Bahagian B Soalan Struktur   35

BAB Tadbir Urus Negara 49

3 Bahagian A Soalan Objektif 49
Bahagian B Soalan Struktur   61


BAB Kedaulatan Malaysia 67
4 Bahagian C Soalan Esei 67


Kertas Model STPM 900/1 112


Penggal 2

BAB Alih Bentuk Komunikasi 118

1 Bahagian Soalan Alih Bentuk Komunikasi 118



BAB Petunjuk Negara Maju dan Sejahtera 189
2 Bahagian Soalan Struktur 189





v





00 KANDUNGAN.indd 5 3/28/19 12:26 PM

BAB Ideologi, Wawasan, dan Dasar Pembangunan Negara 194
3 Bahagian Soalan Struktur 194



BAB Karangan 202
4 Bahagian Soalan Esei 202



Kertas Model STPM 900/2 267



Penggal 3

BAB Alih Bentuk Komunikasi 271
1 Bahagian Soalan Alih Bentuk Komunikasi 271



BAB Hubungan Diplomatik 340
2 Bahagian Soalan Objektif 340



BAB Penglibatan, Peranan, dan Sumbangan Malaysia 358
3 Bahagian Soalan Objektif 358



BAB Isu dan cabaran 377

4 Bahagian Soalan Esei 377


Kertas Model STPM 900/3 445

Jawapan 451











vi





00 KANDUNGAN.indd 6 3/28/19 12:26 PM

Bab
1 Negara Berdaulat








1.1 Konsep dan Ciri

1.2 Pembentukan Negara Malaysia Penggal


Bahagian A Soalan Objektif 1

Soalan 1

• Berkecuali
• Sebuah negara Islam
• Bersahabat dengan semua negara

Elemen-elemen yang berikut melambangkan Malaysia sebagai sebuah
negara
A merdeka C berwibawa
B beridentiti D berkuasa sendiri

Cadangan jawapan: B
Ulasan:
Elemen berkecuali, sebuah negara Islam, dan bersahabat dengan
semua negara melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara
beridentiti. Identiti sesebuah negara dilihat daripada aspek hubungan
diplomatik, lambang-lambang negara, serta sifat cinta akan keamanan
dan kesejahteraan. Merdeka merujuk negara yang bebas daripada
cengkaman penjajah dalam membuat sesuatu keputusan. Berwibawa
pula dapat dilihat daripada aspek memiliki kuasa politik yang kuat,
mampu menguasai dan mempengaruhi rakyat, mampu menjamin
keselamatan rakyat, serta mempunyai kekuatan ekonomi dan sosial.
Berkuasa sendiri pula dilihat daripada aspek berkuasa membuat
keputusan sendiri, mengamalkan doktrin pengasingan kuasa, dan tidak
dipengaruhi oleh mana-mana kuasa dalam urusan mentadbir negara.



1





P1 BAB 1.indd 1 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 2
Negeri-negeri yang berikut terlibat dalam pembentukan Malaysia.

• Sabah
• Sarawak
• Singapura

Yang manakah kelebihan pembentukan Malaysia kepada negeri-negeri
tersebut?
A Merdeka dengan lebih cepat
B Menyeragamkan pentadbiran
Penggal
1 C Menamatkan pertelingkahan kaum
D Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran


Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, maka negeri yang
bersatu dengan Tanah Melayu akan turut merdeka dan bebas daripada
penjajah. Oleh itu, kelebihan pembentukan Malaysia kepada negeri-
negeri tersebut ialah dapat merdeka dengan lebih cepat.

Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
Calon mestilah mengetahui kelebihan pembentukan Malaysia kepada negeri-
negeri yang terlibat. Antara kelebihan tersebut termasuklah merdeka dengan
lebih cepat, dapat mengelakkan ancaman komunis, dapat berkongsi faedah
ekonomi, dan membela masyarakat bumiputera.


Soalan 3
Yang manakah ciri-ciri asas sebuah negara?
I Raja yang berdaulat
II Mempunyai penduduk yang tetap
III Mempunyai sempadan yang tetap
IV Pemerintah yang berkuasa penuh dalam negara itu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV



2





P1 BAB 1.indd 2 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Antara ciri negara yang berdaulat ialah mempunyai penduduk yang
tetap dan mempunyai sempadan yang diiktiraf. Misalnya, Malaysia
mempunyai penduduk tetap, iaitu penduduk yang berbilang kaum.
Begitu juga dengan sempadan yang tetap dan diiktiraf. Sempadan
Malaysia diiktiraf oleh semua negara dunia dan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Malaysia mempunyai kuasa penuh terhadap kawasan
perairan dan ruang udara Malaysia. Penggal

Soalan 4 1
Yang manakah boleh menyebabkan kedaulatan sesebuah negara
tergugat?
A Kehadiran pelabur asing
B Kehadiran tenaga pakar asing
C Penyebaran media secara terbuka
D Kemasukan pendatang asing tanpa izin


Cadangan jawapan: D
Ulasan:
Kemasukan pendatang asing tanpa izin dapat menggugat kedaulatan
negara. Hal ini berlaku apabila pihak berkuasa tidak dapat menyekat
kemasukan jumlah pendatang asing tanpa izin yang terlalu ramai. Selain
itu, kebanyakan jenayah yang berlaku di sesebuah negara melibatkan
pendatang asing tanpa izin. Pertambahan kes jenayah melibatkan
pendatang asing tanpa izin ini sememangnya menggugat kedaulatan negara.


Soalan 5
Semua pernyataan yang berikut adalah salah tentang sistem kerajaan
kecuali
A Kerajaan Kesatuan lebih kukuh dan stabil pertahanannya
B Kebanyakan kuasa pemerintahan dikekalkan oleh negeri-negeri
dalam sistem Kerajaan Kesatuan
C Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan
tertentu dalam sistem Kerajaan Persekutuan
D Kerajaan Konfederasi merupakan penyusunan politik yang
membolehkan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pentadbiran


3





P1 BAB 1.indd 3 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu
dalam sistem Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan merupakan
gabungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan
Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap Kerajaan Negeri, begitu
juga dengan Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa
mutlak dalam bidang-bidang tertentu dan berkongsi kuasa dalam
sesetengah bidang. Bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
dalam Kerajaan Persekutuan seperti gambar rajah yang berikut.
Penggal
1
Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
Kerajaan Kerajaan Calon mestilah dapat membezakan
Pusat Negeri sistem-sistem kerajaan, iaitu Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Konfederasi,
dan Kerajaan Kesatuan.

Soalan 6

Yang manakah ciri-ciri sesebuah negara demokrasi?
I Segala kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Pusat
II Presiden ialah ketua negara
III Hak dan kebebasan rakyat terjamin
IV Pilihan raya yang bebas dijalankan untuk memilih kerajaan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

Cadangan jawapan: D
Ulasan:
Negara yang mengamalkan demokrasi mempunyai kerajaan yang
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Wakil-wakil yang dipilih
oleh rakyat itu pula merupakan
anggota parti-parti politik yang Kesalahan Lazim
berlainan. Parti politik yang Calon tidak mengetahui ciri-ciri
mendapat sokongan majoriti rakyat, sesebuah negara demokrasi.
iaitu mempunyai wakil yang paling


4





P1 BAB 1.indd 4 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat
banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan berkuasa
untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, melalui sistem demokrasi, hak
dan kebebasan rakyat terjamin.


Soalan 7

Yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?
I Rakyat bebas memilih Ketua Negara
II Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan Penggal
III Perdana Menteri dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum
IV Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan
negara 1
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen. Parlimen Malaysia
berbentuk dwidewan, iaitu terdapat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Parti yang
menang undi majoriti dalam pilihan raya umum akan membentuk
kerajaan. Pemimpin parti politik yang mendapat kepercayaan majoriti
ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.



Soalan 8
Yang manakah benar tentang konsep Kerajaan Konfederasi?
A Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah seimbang dalam
semua aspek pemerintahan
B Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri
mempunyai kuasa yang lebih rendah
C Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi
masing-masing dalam bidang tertentu
D Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat amat terhad dan kebanyakan
kuasa terletak dalam tangan Kerajaan Negeri



5





P1 BAB 1.indd 5 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Cadangan jawapan: D
Ulasan:
Kerajaan Konfederasi merupakan sistem pemerintahan yang banyak
memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kerajaan Pusat
mempunyai kuasa yang terhad. Kerajaan pusat kurang berfungsi kerana
banyak kuasanya disekat oleh Kerajaan Negeri. Persefahaman antara
Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dibuat melalui perjanjian yang
longgar. Bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam
Kerajaan Konfederasi seperti gambar rajah yang berikut.
Penggal
1 Kerajaan Negeri Kesalahan Lazim


Kerajaan Calon keliru tentang kuasa yang
Pusat dimiliki oleh Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Pusat bagi sistem Kerajaan
Konfederasi.


Soalan 9
Jadual yang berikut menunjukkan beberapa ciri kerajaan.

I Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang amat
terhad
II Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak
dalam bidang-bidang tertentu.
III Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan

IV Kebanyakan kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Negeri

Padankan ciri-ciri kerajaan di atas dengan sistem kerajaan yang
berkenaan.

Persekutuan Kesatuan Konfederasi
A I dan II IV sahaja II dan IV
B II sahaja III sahaja I dan IV
C IV sahaja II dan IV I dan III
D I sahaja III dan IV II dan IV





6





P1 BAB 1.indd 6 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Cadangan jawapan: B
Ulasan:
Kerajaan Persekutuan merupakan gabungan antara Kerajaan
Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai
kuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu dan berkongsi kuasa
dalam sesetengah bidang. Kerajaan Kesatuan ialah gabungan
antara beberapa buah Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan. Kerajaan Konfederasi Penggal
pula merujuk sistem pemerintahan yang banyak memberikan kuasa
kepada Kerajaan Negeri. Oleh Tip Pemeriksa
itu, Kerajaan Pusat mempunyai Tip Pemeriksa 1
kuasa yang terhad. Kerajaan Calon mestilah mengetahui ciri-ciri
Pusat kurang berfungsi kerana sistem Kerajaan Persekutuan, Kerajaan
banyak kuasanya disekat oleh Kesatuan, dan Kerajaan Konfederasi.
Kerajaan Negeri.

Soalan 10

Yang manakah antara ciri di bawah ini sesuai bagi menunjukkan sistem-
sistem kerajaan yang diberikan?

Persekutuan Kesatuan Konfederasi
A Kerajaan Pusat Kerajaan Pusat Kerajaan Pusat lebih
mempunyai berkongsi kuasa berkuasa daripada
kuasa eksekutif di pemerintahan Kerajaan Negeri
seluruh negara dengan Kerajaan
Negeri
B Raja menjadi Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri
ketua negara memegang memiliki kuasa
semua kuasa pemerintahan yang
pemerintahan terhad

C Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri Kerajaan Pusat
mempunyai kuasa mempunyai kuasa memiliki segala kuasa
pembatal perundangan
D Kerajaan Pusat Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri
memiliki memiliki segala memiliki banyak
autonomi dalam kuasa kuasa
perkara-perkara
tertentu

7





P1 BAB 1.indd 7 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Cadangan jawapan: D
Ulasan:
Kerajaan Persekutuan merujuk pembahagian kuasa yang seimbang
antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat
memiliki autonomi dalam perkara-perkara tertentu. Begitu juga
dengan Kerajaan Negeri. Dalam sistem Kerajaan Kesatuan, Kerajaan
Pusat boleh membatalkan undang-undang negeri. Hal ini demikian
kerana, dalam sistem kerajaan ini, Kerajaan Pusat memiliki segala
kuasa pemerintahan. Dalam sistem
Kerajaan Konfederasi, Kerajaan Kesalahan Lazim
Penggal
1 Pusat mempunyai kuasa yang Calon tidak dapat mengenal pasti
terhad. Kuasa autonomi dalam ciri yang sesuai bagi sistem-sistem
sistem kerajaan ini dimiliki oleh kerajaan yang diberikan.
Kerajaan Negeri.



Soalan 11
Yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?
I Badan yang sama menjalankan kuasa kerajaan
II Sesuatu pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan lebih daripada
satu bidang kuasa pemerintahan
III Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu tindakan yang
diambil oleh sesuatu komponen kerajaan
IV Setiap komponen dibenarkan untuk mengendalikan kuasa yang
dimiliki oleh pihak yang lain
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV


Cadangan jawapan: C
Ulasan:
Antara tujuan doktrin pengasingan kuasa adalah untuk mengelakkan
pertindihan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat
dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa. Selain itu, doktrin
ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan
kuasa pada sesebuah badan tertentu. Doktrin pengasingan kuasa
juga membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau
dipengaruhi oleh badan yang lain.

8





P1 BAB 1.indd 8 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 12

• Gabungan beberapa buah negeri membentuk Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri
• Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi oleh Kerajaan Pusat
dan Kerajaan Negeri
Pernyataan di atas merujuk Kerajaan
A Kesatuan C Konfederasi
B Gabungan D Persekutuan Penggal


Cadangan jawapan: D 1
Ulasan:
Kerajaan Persekutuan merupakan gabungan antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam
bidang-bidang tertentu dan berkongsi kuasa dalam sesetengah bidang.


Soalan 13
Yang manakah merupakan faktor pembentukan Malaysia?
A Mengimbangi penduduk
B Menstabilkan persaingan
C Keamanan dan ketenteraman
D Kemajuan ekonomi di Tanah Melayu

Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Satu daripada faktor pembentukan Malaysia adalah untuk mengimbangi
jumlah penduduk. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura
sahaja akan menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum kerana
tiga per empat daripada
Tip Pemeriksa
penduduk Singapura berbangsa Tip Pemeriksa
Cina. Oleh itu, kemasukan Calon mestilah mengetahui faktor-
Sabah, Sarawak, dan Brunei faktor pembentukan Malaysia, iaitu
dapat mengatasi masalah ini senario politik di Singapura, senario
politik di Sarawak, mengimbangi
kerana 70 peratus daripada jumlah penduduk, menikmati
penduduk Borneo Utara ialah kemajuan ekonomi bersama, dan
bumiputera. mempercepat proses kemerdekaan.


9





P1 BAB 1.indd 9 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 14
Yang manakah bentuk kerajaan bagi sesebuah negara?
A Monarki
B Kesatuan
C Konfederasi
D Persekutuan


Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Monarki ialah bentuk kerajaan di sesebuah negara. Monarki
Penggal
1 bermaksud negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau
sultan. Pentadbiran negara pula
Tip Pemeriksa
ditadbir oleh kaum kerabat raja Tip Pemeriksa
atau sultan. Raja atau sultan Calon mestilah dapat membezakan
menjadi pentadbir utama dan antara bentuk kerajaan dengan sistem
kerajaan. Monarki ialah bentuk
memonopoli kuasa eksekutif. kerajaan manakala Konfederasi,
Konfederasi, Kesatuan, dan Kesatuan, dan Persekutuan ialah sistem
Persekutuan pula merupakan kerajaan.
sistem kerajaan.




Soalan 15
Ciri-ciri monarki ialah
A Raja berkuasa mutlak
B Ketua negara digelar Presiden
C Setiap rakyat mempunyai hak yang sama
D Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya


Cadangan jawapan: A
Ulasan:
Monarki ialah bentuk negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja
atau sultan. Pentadbiran negara pula ditadbir oleh kaum kerabat raja
atau sultan. Oleh itu, raja mempunyai kuasa mutlak.





10





P1 BAB 1.indd 10 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Bahagian B Soalan Struktur


Soalan 1
Jelaskan empat ciri sesebuah negara yang berdaulat. [4]


Cadangan jawapan:
Tip Pemeriksa
(a) Sesebuah negara yang Tip Pemeriksa
berdaulat mestilah Calon hendaklah menulis jawapan Penggal
mempunyai warganegara dengan menggunakan ayat yang
atau rakyat yang tetap lengkap. 1
dan sah.
(b) Sesebuah negara yang berdaulat mestilah mempunyai sempadan
wilayah yang tertentu dan diiktiraf.
(c) Sesebuah negara yang berdaulat mestilah mempunyai kerajaan
yang teratur dan sistematik.
(d) Sesebuah negara yang berdaulat mestilah mempunyai lambang
atau simbol kedaulatan negara.


Soalan 2
Berikan tiga jenis kerajaan yang terdapat dalam sistem Kerajaan
Persekutuan. [3]


Cadangan jawapan: Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
(a) Kerajaan Pusat
(b) Kerajaan Negeri Soalan Kemahiran Berfikir Aras
Rendah biasanya menggunakan
(c) Kerajaan Tempatan kata kunci “Nyatakan”, “Berikan”,
atau ‘Senaraikan”. Calon tidak perlu
mengemukakan huraian.

Soalan 3

Huraikan tiga ciri pemerintahan berbentuk Demokrasi Berparlimen. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Pemerintahan berbentuk Demokrasi Berparlimen mempunyai
raja yang menjadi ketua negara.

11





P1 BAB 1.indd 11 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat
(b) Pemerintahan berbentuk Demokrasi Berparlimen mengamalkan
doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan, eksekutif,
dan kehakiman.
(c) Pemerintahan berbentuk Demokrasi Berparlimen mempunyai
institusi perundangan, iaitu Parlimen yang ahlinya dipilih melalui
pilihan raya.

Soalan 4

Nyatakan tiga komponen dalam badan eksekutif. [3]
Penggal
1
Cadangan jawapan:
(a) Yang di-Pertuan Agong
(b) Perdana Menteri
(c) Menteri-menteri


Soalan 5
Nyatakan tiga komponen dalam kerajaan. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Badan kehakiman
(b) Badan eksekutif
(c) Badan perundangan

Soalan 6

Terangkan empat peranan sesebuah kerajaan. [4]

Cadangan jawapan:
(a) Kerajaan berperanan untuk menyediakan keperluan asasi rakyat
seperti pendidikan dan kesihatan.
(b) Kerajaan perlu memastikan keamanan dan kesejahteraan negara
dan rakyat dengan memastikan keadaan negara sentiasa terkawal.
(c) Kerajaan wajar menyediakan kemudahan untuk pembangunan
ekonomi rakyat.
(d) Kerajaan berperanan untuk melaksanakan pentadbiran dan
pengurusan negara yang baik dan teratur.

12





P1 BAB 1.indd 12 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 7
Terangkan dua keadaan saling kebergantungan antara ketiga-tiga badan,
iaitu eksekutif, perundangan, dan kehakiman. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua kepada ketiga-tiga badan.
(b) Perdana Menteri dan Menteri-menteri menjalankan fungsi
eksekutif dan dalam masa yang sama menjadi ahli Parlimen Penggal
yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
1
Soalan 8

Huraikan dua cara bagi mewujudkan sebuah negara demokratik. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Sesebuah negara demokratik wujud dengan pengamalan doktrin
pengasingan kuasa.
(b) Pilihan raya yang adil perlu dijalankan bagi membentuk kerajaan
yang dipilih oleh rakyat.

Soalan 9

Nyatakan tiga elemen dalam sistem pemerintahan demokrasi
berpresiden. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Ketua eksekutif dikenal sebagai presiden.
(b) Tidak mempunyai raja atau ratu.
(c) Ketua negara dilantik daripada kalangan rakyat dengan cara
bergiliran.


Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
Calon mestilah mengetahui elemen-elemen dalam sistem demokrasi
berpresiden. Antaranya ialah presiden merupakan ketua eksekutif negara,
tidak mempunyai raja atau ratu, dan orang awam memilih presiden melalui
pilihan raya yang bebas dan adil.



13





P1 BAB 1.indd 13 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 10
Huraikan tiga sebab doktrin pengasingan kuasa diwujudkan. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Doktrin diwujudkan bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh
sesuatu badan tertentu sahaja.
(b) Doktrin diwujudkan bagi menghindari berlakunya pertindihan
kuasa pentadbiran sesuatu badan.
(c) Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu dan
Penggal
1 dipengaruhi oleh badan lain.



Soalan 11

Terangkan tiga kuasa badan perundangan. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Badan perundangan mempunyai kuasa dalam hal-hal penggubalan
undang-undang.
(b) Badan perundangan mempunyai kuasa dalam hal-hal pembuatan
undang-undang.
(c) Badan perundangan berkuasa dalam hal-hal pemansuhan undang-
undang.



Soalan 12
Terangkan dua keadaan Kerajaan Pusat boleh menggubal undang-undang
Kerajaan Negeri. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Kerajaan pusat boleh menggubal undang-undang yang berada
dalam Senarai Bersama seperti kebajikan masyarakat dan biasiswa.
(b) Kerajaan Pusat boleh menggubal undang-undang Kerajaan Negeri
jika diminta oleh Dewan Undangan mana-mana negeri.





14





P1 BAB 1.indd 14 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 13
Nyatakan tiga komponen dalam Parlimen. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Yang di-Pertuan Agong
(b) Dewan Rakyat
(c) Dewan Negara Penggal




Soalan 14 1
Huraikan dua keadaan Kerajaan Negeri akan membuat undang-undang
tanpa merujuk Kerajaan Pusat. [4]

Cadangan jawapan:
(a) Kerajaan Negeri menggubal undang-undang yang berada dalam
Senarai Negeri.
(b) Kerajaan Negeri akan membuat undang-undang bagi perkara-
perkara yang tidak terdapat dalam mana-mana senarai.




Soalan 15
Jelaskan empat perkara yang bukan menjadi tanggungjawab Kerajaan
Pusat. [4]


Cadangan jawapan:
Tip Pemeriksa
(a) Membuat undang-undang Tip Pemeriksa
yang berkaitan dengan hal Calon mestilah mengetahui
ehwal agama Islam. bidang kuasa Kerajaan Negeri,
(b) Menggubal undang-undang iaitu meliputi adat istiadat, hal
tanah negeri. ehwal agama, tanah pertanian,
(c) Menggubal dan menentukan kerajaan tempatan, kerja-kerja
air, hari kelepasan am negeri,
hari kelepasan am atau cuti dan sebagainya.
negeri.
(d) Menggubal hal-hal berkenaan dengan perkhidmatan kerajaan
tempatan.


15





P1 BAB 1.indd 15 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat


Soalan 16

Berikan empat ciri negara Malaysia. [4]

Cadangan jawapan:
(a) Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen yang mempunyai
Parlimen Dwidewan dan bercorak Westminster.
(b) Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan, iaitu
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang menjalankan
kuasanya atas nasihat Perdana Menteri.
Penggal
1 (c) Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan, iaitu
terdapat pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri.
(d) Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa bagi
mengelakkan pemusatan kuasa oleh sesuatu badan.


Soalan 17
Jelaskan tiga jenis sistem kerajaan yang wujud di dunia kini. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Kerajaan Kesatuan, iaitu Kerajaan Pusat mempunyai semua kuasa
pemerintahan negara.
(b) Kerajaan Konfederasi, iaitu Kerajaan Pusat mempunyai kuasa
yang amat terhad berbanding dengan kuasa Kerajaan Negeri.
(c) Kerajaan Persekutuan pula mempunyai pembahagian kuasa yang
seimbang antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri.


Soalan 18
Jelaskan empat manfaat amalan pemerintahan demokrasi kepada
rakyat. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Rakyat menikmati kebebasan, persamaan, dan hak-hak asasi.
(b) Rakyat dapat terlibat dalam pemerintahan negara dengan
melaksanakan pilihan raya.

16





P1 BAB 1.indd 16 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat
(c) Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat kerana individu
yang cemerlang mampu mempengaruhi kerajaan dan pemerintahan.
(d) Demokrasi berbentuk semangat kerjasama melalui amalan
pungutan suara untuk mendapat sokongan dan akhirnya
membentuk perpaduan.

Soalan 19

Jelaskan empat tanggungjawab Kerajaan Pusat yang tersenarai dalam Penggal
Senarai Persekutuan. [4]


Cadangan jawapan: 1
(a) Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal
dan hubungan luar negeri.
(b) Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk menguruskan dan
mentadbir hal-hal berkenaan dengan keselamatan negara.
(c) Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk menguruskan dan
mentadbir perkara-perkara berkenaan dengan undang-undang
sivil dan jenayah.
(d) Kerajaan Pusat bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal
berkenaan dengan kewarganegaraan.

Soalan 20

Terangkan dua keadaan yang membolehkan badan kehakiman
mengisytiharkan sesuatu undang-undang itu tidak sah. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Badan kehakiman boleh mengisytiharkan sesuatu undang-undang
tidak sah jika undang-undang
Tip Pemeriksa
tersebut bercanggah dengan Tip Pemeriksa
Perlembagaan. Soalan Kemahiran Berfikir
(b) Badan kehakiman boleh Aras Tinggi menggunakan kata
mengisytiharkan sesuatu kunci soalan seperti “Jelaskan”,
“Huraikan”, atau “Terangkan”.
undang-undang tidak sah Calon perlu menjawab dengan
jika undang-undang tersebut idea yang tepat berserta huraian.
diluluskan di luar Parlimen.



17





P1 BAB 1.indd 17 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 21
Huraikan tiga elemen untuk mewujudkan sesebuah kerajaan demokrasi
yang berjaya. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Rakyat yang berpendidikan dan berminat dalam hal ehwal negara.
(b) Kepimpinan yang baik dan berkesan.
(c) Media massa yang memainkan peranan dengan adil.

Penggal
1 Soalan 22
Berikan empat kuasa mutlak Kerajaan Negeri. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Perkara-perkara yang berkaitan dengan perhutanan.
(b) Hal-hal yang berkaitan dengan tanah.
(c) Hal-hal yang berkaitan dengan air.
(d) Perkara-perkara yang berkenaan dengan hukum syarak.

Soalan 23

Nyatakan empat sebab pembentukan Malaysia dilaksanakan. [4]


Cadangan jawapan: Tip Pemeriksa
Tip Pemeriksa
(a) Menjamin keselamatan negara
daripada ancaman komunis Calon mestilah mengetahui
yang kian bergiat aktif di faktor-faktor pembentukan
Malaysia, iaitu senario politik
Wilayah Borneo dan Singapura. di Singapura, senario politik
(b) Mengimbangi masalah di Sarawak, mengimbangi
ketidakseimbangan kaum yang jumlah penduduk, menikmati
terdapat di Tanah Melayu, kemajuan ekonomi bersama,
Singapura, Sabah, Sarawak, dan dan mempercepat proses
kemerdekaan.
Brunei.
(c) Mempercepat proses mencapai kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak,
Singapura, dan Brunei daripada British.
(d) Mencapai kemajuan ekonomi bersama dan sumber alam yang
banyak dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ekonomi.


18





P1 BAB 1.indd 18 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 24
Terangkan dua situasi yang menyebabkan British yakin untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Penerimaan prinsip jus soli oleh tiga kaum terbesar di Tanah
Melayu.
(b) Penubuhan parti perikatan yang disertai oleh tiga parti utama Penggal
yang mewakili kaum masing-masing.
1
Soalan 25
Nyatakan tiga perkara utama yang terkandung dalam perjanjian Akta
Malaysia 1963. [3]


Cadangan jawapan:
(a) Hal-hal berkaitan dengan agama persekutuan ialah Islam kecuali
di Sabah dan Sarawak.
(b) Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa
Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
(c) Sabah dan Sarawak diberikan kuasa untuk mengawal hal-hal
imigresen dan perkhidmatan awam.


Soalan 26

Jelaskan empat peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Mengumpulkan pandangan penduduk Tanah Melayu terhadap
pembentukan Malaysia.
(b) Memberikan penerangan tentang konsep penubuhan gagasan
Malaysia kepada rakyat.
(c) Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
(d) Menyediakan memorandum yang menjadi asas kepada empat
perlembagaan yang dirancang.




19





P1 BAB 1.indd 19 3/28/19 12:27 PM

Pengajian Am Penggal 1 STPM Bab 1 Negara Berdaulat

Soalan 27
Nyatakan empat ciri pemimpin sebuah negara yang berdaulat. [4]

Cadangan jawapan:
(a) Bijaksana dalam mentadbir negara.
(b) Berpandangan jauh dan berwawasan.
(c) Berani menghadapi cabaran globalisasi yang boleh mengancam
kedaulatan negara.
(d) Mempunyai daya intelektual yang tinggi.

Penggal
1 Soalan 28
Nyatakan empat elemen untuk membentuk sesebuah negara. [4]


Cadangan jawapan:
(a) Rakyat (c) Kerajaan
(b) Tanah air (d) Kedaulatan

Soalan 29

Jelaskan tiga masalah yang timbul di awal penubuhan Malaysia. [3]

Cadangan jawapan:
(a) Tuntutan Indonesia terhadap Malaysia untuk membentuk
Indonesia raya/ konfrontasi.
(b) Tuntutan Sabah oleh Filipina.
(c) Penentangan rakyat Brunei terhadap gagasan Malaysia.


Soalan 30
Huraikan dua cara konsep Raja Berperlembagaan dilaksanakan dalam
sistem Kerajaan Persekutuan di Malaysia. [4]

Cadangan jawapan:
(a) Raja/ Sultan/ Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dan
kuasa pemerintahan mengikut peruntukan yang diberi dalam
perlembagaan.
(b) Yang di-Pertuan Agong dijadikan ketua negara yang mempunyai
kuasa pemerintahan tetapi Perdana Menteri dan kabinetnya yang
akan melaksanakan kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong atas
nama Yang di-Pertuan Agong.
20





P1 BAB 1.indd 20 3/28/19 12:27 PM

Jawapan





Kertas Model STPM 900/1

Bahagian A
1. D 2. B 3. D 4. B 5. B
6. A 7. B 8. A 9. A 10. A
11. B 12. D 13. D 14. C 15. B

Bahagian B
16. (a) Membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya
dan lebih berkesan.
(b) Membolehkan ahli Parlimen berbincang dengan bebas tanpa khuatir
dikenakan tindakan undang-undang.
17. (a) Mengawasi/ memastikan persidangan dewan berjalan lancar.
(b) Mengatur perbahasan dewan agar tidak menyimpang/menyeleweng
daripada isu yang sedang dibahaskan.
(c) Membuat keputusan terhadap peraturan persidangan sekiranya berlaku
perbalahan antara ahli dewan.

18. (a) Berkuasa untuk menjalankan siasatan awal untuk kes jenayah yang
membawa hukuman mati untuk Mahkamah Tinggi.
(b) Berkuasa untuk membicara dan menjatuhkan hukuman bagi semua kes
jenayah kecuali yang membawa hukuman mati.
(c) Mengendalikan kes-kes sivil yang tuntuannya tidak melebihi RM250 000.
(d) Berkuasa untuk menyemak rekod dan keputusan mahkamah di bawahnya.
19. (a) (i) Menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan
komunikasi sektor awam.
(ii) Pakar runding dalam pengurusan organisasi sektor awam.
(b) (i) Meningkatkan tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi.
(ii) Membangunkan sistem aplikasi e-program yang berkesan.
(iii) Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan
penjawat awam.
(iv) Pemudah cara dalam pelaksanaan program pemodenan dan
transformasi perkhidmatan awam.
Bahagian C
20. Pendahuluan:
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kini semakin meluas
disebabkan oleh kemudahan Internet yang mudah dan murah
451





00 Jawapan.indd 451 3/28/19 12:25 PM

Pengajian Am Penggal 1,2,3 STPM Jawapan
Isi-isi:
(a) Jurang digital (isi wajib)
• Kawasan pedalaman masih kurang capaian Internet
• Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi masih kurang
disebabkan oleh bentuk muka bumi yang sukar
• Penduduk di bandar lebih terdedah kepada teknologi maklumat dan
komunikasi berbanding dengan penduduk di luar bandar
(b) Kadar literasi komputer
• Kadar literasi komputer masih rendah
• Berpunca daripada kemampuan dan taraf hidup penduduk luar
bandar
• Golongan tua paling rendah menguasai komputer
(c) Kos yang tinggi
• Kos menyediakan kemudahan komputer yang tinggi
• Kos penyelenggaraan juga mahal
• Kos memberikan latihan dan kursus
• Melambatkan penguasaan rakyat terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi
(d) Penerimaan masyarakat
• Masyarakat lebih mengutamakan keperluan seharian
• Masyarakat menganggap teknologi maklumat dan komunikasi banyak
membawa impak negatif
• Menjejaskan nilai-nilai murni dalam masyarakat
(e) Pengaruh budaya negatif
• Kemasukan pemikiran atau ideologi baharu yang merosakkan
• Rakyat tidak menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara positif
• Tidak berfikir, kurang inovasi, dan kurang kreatif
• Terjebak dalam masalah salah laku, penyebaran fitnah, dan khabar
angin
Kesimpulan:
Teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan dengan sebaik
mungkin kerana banyak ilmu yang boleh diperoleh sekiranya dimanfaatkan
dengan baik

21. Pendahuluan:
Malaysia sering menggalakkan sebarang penciptaan atau inovasi untuk
meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan. Inovasi pula menjurus kepada
penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran atau idea yang sedia
ada sehingga memberikan nilai tambah baharu yang boleh diguna pakai dan
dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan


452





00 Jawapan.indd 452 3/28/19 12:25 PM

Format: 146mm X 216mm Extent= confirm 472 pgs (22.74mm) 70gsm Status: 3imp_CRC
Q A EC059772 PELANGI BESTSELLER



&



STPM
A


. .
Penggal 1 2 3 Q & A STPM Q



Pengajian Am [900] &

Q & A STPM ialah siri yang memuatkan SOALAN dan
JAWAPAN yang menepati piawai STPM. Siri ini disediakan
khas untuk membantu pelajar menguasai teknik-teknik
menjawab soalan dengan baik.



CIRI-CIRI ISTIMEWA JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Pengajian Am
• Berdasarkan sukatan pelajaran terbaharu ■ Pengajian Am
• Soalan mencabar dan berkualiti yang ■ Bahasa Melayu
disediakan mengikut subtopik ■ Sejarah
• Jawapan cadangan yang berkualiti untuk ■ Geografi
melatih pelajar menjawab soalan dengan ■ Ekonomi
berkesan ■ Pengajian Perniagaan
• Tip Pemeriksa disediakan untuk ■ Mathematics (T) STPM
membantu pelajar menjawab soalan ■ Physics
dengan baik ■ Chemistry
• Kesalahan Lazim menunjukkan kesilapan ■ Biology
umum yang sering dilakukan oleh pelajar . .
Pengajian Am Ekonomi Physics semasa menjawab soalan Penggal 1 . 2 . 3 Penggal 1 2 3
Bahasa Melayu Pengajian Perniagaan Chemistry • Kertas Model yang mengikut format
Sejarah Mathematics (T) Biology pentaksiran STPM terbaharu disediakan
Pengajian Am
Geograf sebagai ujian persediaan


Dapatkan
versi
eBook!
[900]
W.M: RM31.95 / E.M: RM32.95
EC059772
ISBN: 978-967-2878-02-5

Hisham Abdul • Amran Ahmad • Zaleha Othman
PELANGI Riduan Md. Noh • Zainul Alifah Mohamed



CVR_Q&A_STPM_2022.indd 8-9 7/27/21 11:48 AM


Click to View FlipBook Version