The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-11 04:32:05

Focus KSSR 2024 Sejarah Tahun 5

Harga - WM: RM13.95 EM:RM13.95

PELANGI BESTSELLER Sejarah • Norizan Noordin • Zaiton Haron 5 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN RESOS DIGITAL PERCUMA UASA INFO VIDEO KUIZ GAMIFIKASI BANK SOALAN


CAMPUR TANGAN DAN PENJAJAHAN KUASA ASING Menaungi Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Siam Portugis menakluk dan menjajah Melaka. Belanda 1641 Belanda menyerang Portugis di Melaka. British menduduki Pulau Pinang. British 1786 Portugis 1511 GARIS MASA


British 1874 Menguasai Sarawak. Menggunakan gelaran “Rajah Putih”. James Brooke 1841 Jepun 1942 Mentadbir Sabah setelah mendapat Piagam Diraja daripada kerajaan British. SBUB 1881 British campur tangan di Perak dan meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. British 1945 Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. British kembali menjajah Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.


iv KANDUNGAN Institusi Raja Payung Negara 1 1 UNIT 1.1 Raja Berdaulat Tonggak Kerajaan 2 1.2 Raja Ditaati dan Dihormati Info 3 1.3 Raja Berdaulat 3 1.4 Perubahan pada Institusi Raja 4 1.5 Institusi Raja di Dunia 5 Peta Konsep 5 Praktis UASA 1 6 2 Agama Islam di Malaysia 8 UNIT 2.1 Agama Dianuti Kepercayaan Dihormati 9 2.2 Kedatangan Agama Islam pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka 10 2.3 Agama Islam dalam Pentadbiran Info 11 2.4 Agama Persekutuan Malaysia 12 2.5 Islam dan Perpaduan Masyarakat 13 Peta Konsep 14 Praktis UASA 2 15 3 Bahasa Melayu Warisan Kita 17 UNIT 3.1 Susun Galur Bahasa Melayu 18 3.2 Taburan Wilayah Penutur Bahasa Melayu 19 3.3 Peranan Bahasa Melayu 20 Peta Konsep 22 Praktis UASA 3 22 4 Kedaulatan Negara Dicabar 24 UNIT 4.1 Kuasa Asing di Tanah Airku 25 4.2 Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Asing 26 4.3 Bumi Bertuah Menjadi Rebutan 28 4.4 Kesan terhadap Pentadbiran Akibat Penjajahan 29 4.5 Kesan Sosial dan Ekonomi Akibat Penjajahan 30 Peta Konsep 32 Praktis UASA 4 33 Info Info Kuiz Kuiz Kuiz Kuiz


v Info Kuiz Kuiz Kuiz Kuiz Video 5 Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang 35 UNIT 5.1 Pahlawan Tempatan Video Info 35 Peta Konsep 44 Praktis UASA 5 45 6 Sejarah Kemerdekaan 47 UNIT 6.1 Pejuang Kemerdekaan 48 6.2 Ke Arah Menuntut Kemerdekaan 50 6.3 Detik Kemerdekaan 52 6.4 Pemasyhuran Kemerdekaan 53 Peta Konsep 53 Praktis UASA 6 54 7 Yang di-Pertuan Agong Teras Kedaulatan Negara 56 UNIT 7.1 Ketua Utama Negara 57 7.2 Majlis Raja-Raja 57 7.3 Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong 58 7.4 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong 59 7.5 Alat Kebesaran Yang di-Pertuan Agong 59 7.6 Daulat Tuanku 62 Peta Konsep 64 Praktis UASA 7 65 8 Jata Negara 67 UNIT 8.1 Kenali Jata Negara 68 8.2 Sejarah Jata Negara 68 8.3 Lambang dan Makna pada Jata Negara 69 8.4 Bersekutu Bertambah Mutu 70 Peta Konsep 70 Praktis UASA 8 71


vi 9 Bendera Kebangsaan Malaysia 73 UNIT 9.1 Sejarah Bendera Negara Kita 74 9.2 Jalur Gemilang Bendera Kita 75 9.3 Kenali Identiti Jalur Gemilang 75 9.4 Hormat Bendera Harmoni Negara 76 9.5 Bendera Kebangsaan Negara Asia Tenggara 77 Peta Konsep 79 Praktis UASA 9 80 Lagu Kebangsaan Malaysia 82 10 UNIT 10.1 Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia 83 10.2 Negaraku Lagu Kebangsaan Malaysia 83 10.3 Menghayati Maksud Lagu Kebangsaan 84 10.4 Etika Nyanyian Lagu Kebangsaan 85 10.5 Lagu Negaraku Membentuk Jati Diri 85 Peta Konsep 86 Praktis UASA 10 87 Bahasa Kebangsaan 89 11 UNIT 11.1 Kedudukan Bahasa Kebangsaan 90 11.2 Peranan Bahasa Kebangsaan 90 11.3 Institusi yang Mempertahankan Kedudukan Bahasa Kebangsaan 91 11.4 Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 93 11.5 Bahasa Jiwa Bangsa 94 Peta Konsep 94 Praktis UASA 11 95 Bunga Raya Bunga Kebangsaan 97 12 UNIT 12.1 Istimewanya Bunga Raya 98 12.2 Bunga Raya Merah Membara 99 12.3 Bunga Raya dan Rukun Negara 100 12.4 Megahnya Lambang Bunga Raya 101 Peta Konsep 102 Praktis UASA 12 103 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 105 JAWAPAN 110 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ FocusKSSR/SejarahThn5/BankSoalanUASA.pdf Bank Soalan UASA Video Video Info Info Kuiz Kuiz Kuiz Kuiz


Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 1 UNIT Warisan Negara Kita 1 Kata Kunci Daulat Derhaka Warisan Waadat Institusi raja Payung negara Tonggak kerajaan Pemerintah tertinggi Institusi raja yang diasaskan pada zaman Kerajaan Melayu Awal terus diwarisi dan menjadi simbol warisan negara yang dihormati serta disanjungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Tahukah anda pengertian raja dan peranan raja-raja Melayu pada hari ini?


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 2 Unit 1 Raja Berdaulat Tonggak Kerajaan 1.1 INFO Kepentingan institusi raja 1. Pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan berdaulat ialah raja atau sultan. 2. Kerajaan bermaksud negeri atau negara yang ditadbir secara sah. 3. Negara kita telah mewarisi institusi raja sejak zaman Kerajaan Melayu Awal. 4. Dalam sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Awal, kedudukan raja terletak pada hierarki yang paling atas. 5. Raja atau sultan adalah ketua negeri yang mentadbir rakyat dan kerajaan baginda. 6. Selepas kedatangan agama Islam, hampir semua raja Melayu menggunakan gelaran sultan. 7. Selepas merdeka, negara kita terus mewarisi institusi raja yang menjadi identiti negara. 8. Oleh itu, kita perlu menghormati dan menghargai institusi raja sebagai warisan negara. Payung Negeriku 1. Ketua negeri ditadbir oleh raja atau sultan. 2. Ketua negeri berperanan memastikan keamanan dan keharmonian dalam negeri sentiasa terjamin. 3. Pada hari ini, terdapat sembilan buah negeri yang mengamalkan institusi raja di negara kita. 4. Ketua negeri-negeri tersebut menggunakan gelaran yang berbeza-beza seperti berikut: Negeri Gelaran raja Perlis Raja Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Sultan Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar PERLIS KEDAH PERAK SELANGOR JOHOR PAHANG MELAKA KELANTAN TERENGGANU PULAU PINANG NEGERI SEMBILAN Sultan Sultan Sultan Sultan Raja Sultan Sultan Sultan Yang di-Pertuan Besar Negeri-negeri yang mempunyai raja atau sultan Nilai Mengekalkan warisan institusi beraja. Menghormati raja atau sultan. Patriotisme PAK-21 Kerja Berkumpulan Jom Aktiviti Secara berkumpulan, nyatakan kepentingan rakyat Malaysia menghargai institusi raja. Info Sejarah • Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah tidak mempunyai institusi raja. • Yang di-Pertuan Agong melantik Yang di-Pertua Negeri sebagai ketua negeri di negerinegeri yang tidak mempunyai raja. • Yang di-Pertuan Agong mengetuai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. • Raja di Negeri Sembilan digelar sebagai Yang di-Pertuan Besar. • Di Perlis, gelaran raja dikekalkan untuk pemerintahnya.


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 3 Unit 1 Raja Ditaati dan Dihormati 1.2 1. Sejak zaman dahulu, sikap taat setia rakyat terhadap raja telah terjalin. 2. Asas pembentukan sikap taat setia tersebut dikisahkan dalam buku Sulalatus Salatin. 3. Menurut buku tersebut, waadat atau perjanjian termeterai antara raja, iaitu Seri Teri Buana dengan rakyat, iaitu Demang Lebar Daun. 4. Waadat tersebut menyaksikan rakyat berjanji untuk memberikan taat setia kepada raja manakala raja pula berjanji untuk memerintah rakyat dengan adil dan saksama. 5. Kandungan waadat tersebut ialah: (a) Rakyat memohon kepada raja supaya tidak difadihatkan atau dinista sekiranya rakyat disabitkan kesalahan, tetapi dihukum bunuh mengikut hukum syarak sekiranya perlu. (b) Raja meminta janji daripada rakyat supaya tidak derhaka walaupun raja tersebut zalim. 6. Konsep waadat tersebut dimaktubkan dalam prinsip kedua Rukun Negara, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. 7. Kita sebagai rakyat hendaklah mencurahkan taat setia yang sepenuhnya terhadap raja atau sultan. INFO Waadat Raja Berdaulat 1.3 1. Ketua bagi sesebuah kerajaan adalah raja atau sultan yang perlu ditaati dan disanjungi oleh rakyat jelata. 2. Wujud konsep daulat dan derhaka melalui waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun. Daulat • Melambangkan kekuasaan tertinggi raja atau sultan terhadap kerajaannya. • Raja atau sultan yang berdaulat mempunyai sifat peribadi yang unggul, berwibawa dan bijaksana yang tinggi untuk memerintah. Derhaka • Rakyat ingkar terhadap titah dan perintah raja atau sultan. • Rakyat yang menderhaka akan dijatuhi hukuman yang setimpal. PAK-21 Drama Jom Aktiviti Bentukkan kumpulan seramai empat orang murid. Lakonkan semula mengenai waadat secara kreatif. Nilai Menunjukkan taat setia kepada Raja dan negara. Menghormati pemimpin negara. Mempertahankan negara. Patriotisme


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 4 Unit 1 Perubahan pada Institusi Raja 1.4 1. Warisan institusi raja dikekalkan oleh negara Malaysia. Institusiraja menjadi simbol kedaulatan dan kebanggaan kita sejak zaman Kerajaan Melayu Awal. 2. Institusi raja mengalami beberapa fasa perubahan dari semasa ke semasa. Institusi raja pada zaman Kerajaan Melayu Awal • Ketua kerajaan negeri baginda ialah raja atau sultan. • Kuasa mutlak dalam pemerintahan berada di bawah kuasa raja atau sultan. • Baginda menentukan dasar berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, kehakiman dan hubungan diplomatik. • Para pembesar membantu raja atau sultan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Perbincangan pembesar dan sultan di balairung seri Institusi raja pada zaman pendudukan Jepun • Raja atau sultan masih dikekalkan sebagai ketua negeri. • Baginda tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. • Baginda hanya merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri baginda. • Pentadbiran negeri-negeri Melayu diuruskan oleh Gabenor Jepun. Pada Disember 1941, tentera Jepun telah memasuki Kota Bharu Institusi raja pada zaman penjajahan British • Raja atau sultan dikekalkan sebagai ketua negeri. • Baginda tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. • Baginda merupakan ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri baginda. • Bagi setiap negeri, Penasihat British dilantik untuk menguruskan pentadbiran negeri. Durbar yang dihadiri oleh Raja dan pembesar Melayu serta pegawai British Institusi raja selepas merdeka hingga kini • Memperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan. • Kuasa raja atau sultan tertakluk di bawah Perlembagaan Negeri. • Menteri Besar mengetuai pentadbian negeri yang dibantu oleh Majlis Eksekutif. • Selepas merdeka, institusi Yang di-Pertuan Agong diperkenalkan. • Sembilan orang raja Melayu dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong secara bergilir. • Perdana Menteri mengetuai pentadbiran negara dan beliau dibantu oleh Jemaah Menteri. Melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 5 Unit 1 Institusi Raja di Dunia 1.5 1. Pemerintahan beraja merupakan corak pentadbiran yang tertua di dunia. 2. Institusi raja menjadi lambang perpaduan dan kemakmuran negara dan raja menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan beraja. 3. Kini terdapat 43 buah negara di dunia, termasuk Malaysia masih mengamalkan institusi raja. Bendera Ratu United Kingdom Bendera Ratu Denmark Bendera Yang di-Pertuan Agong Bendera Raja Maghribi Bendera Raja Thailand Peta Konsep Raja atau sultan adalah pemerintah tertinggi. Sikap taat setia rakyat terhadap raja atau sultan. Kuasa raja atau sultan tertakluk kepada perlembagaan. Lahir konsep daulat dan derhaka. Terdapat beberapa negara yang mengamalkan institusi beraja. Institusi Raja Payung Negara


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 6 Bahagian A 1. Apakah gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Melayu selepas kedatangan agama Islam? A Sultan B Tuanku C Presiden D Yang di-Pertuan Agong 2. Mengapakah kita perlu menghormati dan menghargai institusi raja sebagai warisan negara? A Identiti negara B Undang-undang negara C Sistem pemerintahan terbaik D Masih diamalkan oleh negara lain 3. Bagaimanakah sultan memainkan peranan dalam memastikan keharmonian dalam negeri sentiasa terjamin? A Memelihara identiti B Menguasai kekayaan C Sebagai ketua negeri D Pemerintah berkuasa mutlak 4. Apakah kepentingan institusi raja sebagai warisan negara? A Raja berkuasa mutlak B Memelihara keamanan C Menjamin kemakmuran negara D Menjadi asas pembentukan negara 5. Apakah prinsip Rukun Negara yang berkaitan dengan konsep waadat? A Keluhuran Perlembagaan B Kesopanan dan Kesusilaan C Kepercayaan kepada Tuhan D Kesetiaan kepada Raja dan Negara 6. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun? I Wasiat II Daulat III Derhaka IV Warisan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7. Apakah kepentingan institusi raja kepada negara kita semenjak diwarisi daripada Kerajaan Melayu Melaka? A Simbol kedaulatan B Bukti kemakmuran C Tanda kemerdekaan D Lambang kebanggaan 8. Apakah peranan sultan pada zaman penjajahan British? A Ketua pentadbir B Penasihat British C Ketua adat istiadat Melayu D Penggubal undang-undang 9. Bilakah sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan di negara kita? A Kesultanan Melayu Melaka B Zaman penjajahan British C Zaman pendudukan Jepun D Selepas kemerdekaan negara 10. Antara berikut, negara yang manakah masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja? A Jepun C Korea Selatan B Thailand D Amerika Syarikat Unit Praktis UASA 1 1


Sejarah KSSR Tahun 5 Unit 1 Institusi Raja Payung Negara 7 Unit 1 Bahagian B 1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah. (a) Pada zaman Kerajaan Melayu Awal, raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan. (b) Raja dilucutkan peranan sebagai ketua negeri semasa penjajahan British. (c) Semasa pendudukan Jepun, raja berperanan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat orang Melayu di negeri baginda. (d) Sistem raja berkuasa mutlak dikekalkan selepas negara mencapai kemerdekaan. (e) Selepas kemerdekaan, kuasa raja tertakluk di bawah Perlembagaan Negeri. [5 markah] Bahagian C 1. (a) Nyatakan dua negara di dunia yang mengamalkan institusi raja. [2 markah] (b) Jelaskan peranan institusi raja di Malaysia. [3 markah] Kuiz Gamifikasi


105 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan 1. Apakah maksud perkataan “daulah”? A Kerajaan C Perpaduan B Kesetiaan D Penghormatan 2. Apakah institusi raja yang diperkenalkan selepas negara kita mencapai kemerdekaan? A Raja B Sultan C Majlis Raja-Raja D Yang di-Pertuan Agong 3. Gambar berikut menunjukkan batu bersurat yang ditemui di Sungai Teresat, Kuala Berang. Apakah kepentingan batu bersurat tersebut? A Alat pameran di Muzium Negara B Mencatatkan tatacara pentadbiran C Membuktikan kedatangan agama Islam D Menyenaraikan salasilah keturunan raja Melayu 4. Maklumat berikut mengenai institusi yang ditubuhkan semasa zaman pendudukan Jepun. Majlis Agama Islam Apakah tanggungjawab institusi tersebut? A Berdakwah B Pentadbiran Islam C Pengukuhan kedudukan raja D Undang-undang keluarga Islam 5. Mengapakah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 diwujudkan? A Mempelbagaikan penggunaan bahasa B Memantapkan kedudukan bahasa kebangsaan C Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan D Memperkaya perbendaharaan kata bahasa kebangsaan 6. Mengapakah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menghantar Bunga Mas sebagai ufti kepada pemerintah Siam? I Mengakui ketuanan II Tanda persahabatan III Menjamin keselamatan IV Memohon perlindungan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 7. Mengapakah kuasa asing bersaing untuk campur tangan di negara kita? A Memberi perlindungan B Menyediakan pekerjaan C Meningkatkan taraf hidup D Mengeksploitasi kekayaan 8. Siapakah tokoh tempatan yang menentang James Brooke di Sungai Skrang? A Rentap B Mat Salleh C Syarif Masahor D Dato’ Maharaja Lela 9. Mengapakah Tok Janggut menentang British di Kelantan? I Sistem cukai baharu II Mempertahankan adat resam III Menuntut British meninggalkan Kelantan IV Peraturan baharu menimbulkan kesulitan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)


Sejarah KSSR Tahun 5 Ujian Akhir Sesi Akademik 106 10. Siapakah Yang Dipertua pertama United Malays National Organisation (UMNO)? A Dato’ Onn bin Ja’afar B Dr. Burhanuddin al-Helmi C Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj D Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein 11. Di manakah Tunku Abdul Rahman mengumumkan secara rasmi bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan? A Padang Banda Hilir, Melaka B Istana Negara, Kuala Lumpur C Stadium Merdeka, Kuala Lumpur D Pada Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur 12. Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara? A Memayungi badan kerajaan B Menentukan hala tuju negara C Mengetuai pentadbiran negara D Menjadi ketua agama Islam di setiap negeri 13. Siapakah yang memilih Yang di-Pertuan Agong? A Rakyat B Parlimen C Perdana Menteri D Majlis Raja-Raja 14. Apakah maksud lambang harimau pada Jata Negara? A Perpaduan B Keberanian C Patriotisme D Asal usul negara 15. Ilustrasi berikut berkaitan dengan cogan kata Jata Negara. Apakah mesej yang hendak disampaikan? A Perpaduan menjamin kekuatan negara B Tanggungjawab memahami sejarah tanah air C Mempertahankan kedaulatan negara tanggungjawab semua D Bekerjasama bagi melahirkan negara yang sejahtera dan gemilang 16. Siapakah pereka Jalur Gemilang? A Dato’ Onn bin Ja’afar B Encik Mohamed bin Hamzah C Tun Dr. Mahathir bin Mohamad D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 17. Keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran Apakah lambang yang membawa maksud tersebut dalam Jalur Gemilang? A Warna biru B Warna merah C Bintang pecah 14 D 14 Jalur merah putih 18. Siapakah yang mengesyorkan supaya irama lagu kebesaran negeri Perak dijadikan lagu kebangsaan? A Sultan Perak B Majlis Raja-Raja C Yang di-Pertuan Agong D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 19. Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? I Meluluskan akta II Membakukan ejaan III Menerbitkan bahan bacaan IV Memperkukuh bahasa Inggeris A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20. Mengapakah bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan negara kita? I Keunikan II Kecantikan III Warna merah IV Mudah didapati A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


Sejarah KSSR Tahun 5 Ujian Akhir Sesi Akademik 107 Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan 1. Gariskan jawapan yang betul. (a) Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, ( Undang-Undang adat , Hukum Kanun Melaka ) menjadi rujukan dalam pentadbiran. (b) Semasa penjajahan British, Sultan menjadi ( ketua agama Islam / ketua pentadbir ) di negeri baginda. (c) Pada masa tersebut, undang-undang Islam digunakan dalam hal berkaitan dengan ( pentadbiran / kekeluargaan ). (d) Pada zaman pendudukan Jepun, ( Majlis Raja-Raja / Majlis Agama Islam ) dibentuk bagi melaksanakan undang-undang keluarga Islam. (e) Kini, agama Islam termaktub sebagai agama Persekutuan dalam ( Perlembagaan Persekutuan / Perjanjian Kemerdekaan ). [5 markah] 2. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah. (a) Pada awal abad ke-20, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menghantar ufti kepada raja Siam sebagai tanda persahabatan. (b) Gabenor dilantik untuk membantu pemerintah tempatan mengurus pentadbiran. (c) Penjajahan ke atas Melaka dilakukan oleh Portugis, Belanda dan China. (d) Sarawak mula dijajah oleh James Brooke pada tahun 1841. (e) Pada tahun 1881, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mula mentadbir negeri Sabah dan Sarawak. [5 markah]


Sejarah KSSR Tahun 5 Ujian Akhir Sesi Akademik 108 3. Nyatakan lambang-lambang pada Jalur Gemilang yang membawa maksud berikut. Warna putih Bulan sabit Warna kuning Warna merah Warna biru tua Maksud Lambang (a) Agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia (b) Perpaduan rakyat yang berbilang kaum (c) Kedaulatan Raja Berperlembagaan (d) Keberanian dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran (e) Kesucian dan keikhlasan [5 markah] 4. Padankan langkah-langkah bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. (a) Memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu. Sistem pendidikan (b) Penyata Rahman Talib (1960) menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti. Dewan Bahasa dan Pustaka (c) Memartabatkan bahasa Malaysia, Memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI). Universiti Kebangsaan Malaysia (d) Menerbitkan bahan bacaan serta membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang. Bulan Bahasa Kebangsaan (e) Diadakan pada setiap bulan Oktober untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat. Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) [5 markah]


Sejarah KSSR Tahun 5 Ujian Akhir Sesi Akademik 109 Bahagian C [10 markah] Jawab semua soalan 1. (a) Nyatakan dua peranan raja atau sultan. [2 markah] (b) Jelaskan tiga cara anda menghormati raja atau sultan. [3 markah] 2. (a) Nyatakan dua lambang yang terdapat pada Jata Negara. [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan Jata Negara sebagai identiti negara. [3 markah]


JAWAPAN Institusi Raja Payung Negara 1 UNIT Praktis UASA 1 Bahagian A 1. A 2. A 3. C 4. D 5. D 6. C 7. A 8. C 9. D 10. B Bahagian B 1. (a) ✓ (b) ✗ (c) ✓ (d) ✗ (e) ✓ Bahagian C 1. (a) (i) United Kingdom (ii) Denmark (iii) Maghribi (iv) Thailand (Mana-mana dua) (b) (i) Ketua negeri atau pemerintah tertinggi negeri. (ii) Memastikan keamanan dan keharmonian dalam negeri sentiasa terjamin. (iii) Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri baginda. 2 Agama Islam di Malaysia UNIT Praktis UASA 2 Bahagian A 1. B 2. C 3. C 4. A 5. D 6. B 7. C 8. A 9. D 10. B Bahagian B 1. (a) Terengganu (b) dakwah (c) Syeikh Abdul Aziz (d) 44 fasal (e) perdagangan Bahagian C 1. (a) (i) Pedagang Islam dari negara Arab dan India menyebarkan agama Islam melalui kegiatan dakwah. (ii) Ulama dari Mekah yang bernama Syeikh Abdul Aziz telah mengislamkan raja, pembesar dan rakyat Melaka. (iii) Sultan Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam kemudian diikuti oleh rakyat Melaka. (Mana-mana dua) (b) (i) Toleransi (ii) Kasih sayang (iii) Kesederhanaan (iv) Perdamaian (Mana-mana tiga) 3 Bahasa Melayu Warisan Kita UNIT Praktis UASA 3 Bahagian A 1. D 2. B 3. D 4. B 5. B 6. B 7. A 8. C 9. D 10. B Bahagian B 1. (a) ✓ (b) ✓ (c) ✗ (d) ✗ (e) ✓ Bahagian C 1. (a) (i) Nagara (ii) Rajha (iii) Putra (Mana-mana dua) (b) (i) Menguasai nahu bahasa Melayu. (ii) Sentiasa menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. (iii) Sentiasa membaca buku dalam bahasa Melayu. 110


W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM13.95 / E.M: RM13.95 CRC295064 ISBN: 978-629-470-373-5 Sejarah • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI FOCUS KSSR Tahun 5 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! Beli eBook di sini! 5 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN › Garis Masa › Kata Kunci › Induksi Bab › Peta Konsep REVISI PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Praktis UASA › Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) › Jawapan Lengkap CIRI-CIRI EKSTRA › Tokoh Kita › Jom Aktiviti › Nilai Patriotisme › Info Sejarah


Click to View FlipBook Version