The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-06-09 03:01:03

SKOR A UASA KSSM GEOGRAFI - TG 3 WC233053

Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 20 2 10 3 10 C 1 10 2 10 3 10 4 10 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 3 Geografi [23] 2 jam KERTASMODEL 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 2 Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 1. Maklumat di bawah tentang faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. • Kawasan tanah pamah di Malaysia dan Amazon di Brazil dilitupi Hutan Hujan Tropika • Tanah pamah di Tasik Great St. Lawrence dilitupi Hutan Konifer Apakah faktor tersebut? A Iklim B Tanih C Saliran D Bentuk muka bumi 2. Kombinasi yang manakah betul tentang tanih yang mempengaruhi pertumbuhan Hutan Mediterranean dan Hutan Hujan Tropika? Hutan Mediterranean Hutan Hujan Tropika A Tanih latosol Tanih podzol B Tanih aridisols Tanih terra rossa C Tanih terra rossa Tanih latosol D Tanih permafrost Tanih aridisols 3. Kombinasi yang manakah betul tentang iklim dan hidupan liar? Iklim Hidupan Liar A Iklim Gurun Panas Unta, musang fennec, tikus jerboa B Iklim Monsun Tropika Harimau, gajah, beruang kutub C Iklim Laurentia Oryx, gazelle, cerpelai D Iklim Siberia Beavar, chipmunk, wood duck 4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan hutan terhadap manusia? A Kawasan tadahan hujan B Menyederhanakan suhu C Habitat flora dan fauna D Sumber perubatan 5. Apakah kesan negatif kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi? I Penghutanan semula II Mewartakan hutan simpan III Kepupusan flora dan fauna IV Hakisan tanih A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 6. Apakah jenis spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Hutan Pantai? I Pokok ru II Rafflesia III Periuk kera IV Tapak kuda A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 7. Mengapakah tumbuh-tumbuhan di lantai Hutan Hujan Tropika jarang? A Tanah kurang subur B Kurang mendapat air C Kurang mendapat cahaya matahari D Terdapat musim kering yang nyata 8. Peta 1 menunjukkan lokasi taman negara di Malaysia. U R Q P Peta 1 Malaysia Taman Negara yang bertanda P dalam peta di atas ialah A Taman Negara Endau Rompin B Taman Negara Gunung Mulu C Taman Negara Kinabalu D Taman Negara Niah Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan.


KM1 – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 9. Mengapakah kerajaan menjalankan pelbagai usaha memelihara dan memulihara hidupan liar di negara Malaysia? A Daya tarikan pemburu B Sumber pendapatan utama negara C Sumber makanan penduduk tempatan D Mengekalkan keseimbangan ekosistem 10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber boleh baharu di Malaysia? A Petroelum B Gas Asli C Emas D Tanih 11. Apakah kegiatan ekonomi yang sesuai dijalankan di kawasan yang berikut? • Pulau Sipadan • Taman Negara Bako A Pertanian C Pelabuhan B Perikanan D Pelancongan 12. Gambar 1 menunjukkan sejenis tanaman di Malaysia. Gambar 1 Tanaman dalam gambar di atas ditanam di kawasan bertanih A aluvium B gambut C laterit D pasir 13. Apakah yang berikut, yang manakah tergolong dalam sektor tertier? I Pertanian II Kesihatan III Pendidikan IV Perindustrian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14. Apakah faktor fizikal yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi di Malaysia? A Terdapat kemudahan infrastruktur yang banyak B Tenaga buruh tempatan dan asing yang banyak C Pasaran domestik dan antarabangsa yang luas D Tanah pamah dan rata yang luas 15. Peta 2 menunjukkan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia. P R Q U S Peta 2 Dunia • Kanopi pokok berbentuk kon • Batang pokok berkulit tebal, lurus dan tinggi • Daun bersaiz kecil, halus dan berbentuk jarum Maklumat di atas merujuk kepada tumbuhtumbuhan semula jadi di kawasan bertanda A P C R B Q D S 16. Gambar 2 menunjukkan logo salah satu kerjasama ekonomi antarabangsa. asean Gambar 2


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 4 Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 Penyataan yang manakah dapat dikaitkan dengan kerjasama ekonomi tersebut? I Ditubuhkan pada tahun 1967 II Mengendalikan sistem perdagangan global III Menggalakkan kerjasama dalam industri asas tani IV Dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 17. Maklumat di bawah menunjukkan peranan agensi dalam pengurusan hutan di Malaysia. • Melindungi dan memelihara kepelbagaian biologi yang kaya secara berkesan • Memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan Agensi yang manakah berperanan melaksanakan pengurusan hutan dalam maklumat di atas? A The Wildlife Trade Monitoring Network (TRAFFIC) B Global Environment Centre (GEC) C Malaysian Nature Society (MNS) D Sahabat Alam Malaysia (SAM) 18. Apakah usaha pemuliharaan sumber hutan yang dijalankan di Malaysia? A Penebangan terpilih B Mewartakan taman negara C Mewujudkan ladang hutan D Mengadakan pendidikan alam sekitar 19. Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Sweden untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik? A Penggunaan beg plastik biodegradasi B Pemasangan mesin optibag di kawasan perumahan C Pembekalan tong sampah kitar semula di kawasan perumahan D Penduduk digalakkan untuk memilih makanan mengikut keperluan sahaja 20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sisa kebun? A Lampin pakai buang B Ranting kayu C Botol plastik D Sisa dapur


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Kadar kitar semula Malaysia bertambah baik dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2018 hingga tahun 2022 lanjutan daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui pengasingan sisa pepejal di punca. Pada tahun 2018, kadar kitar semula Malaysia ialah 25% manakala pada tahun 2019 ialah 28%. Pada tahun 2020 pula, kadar kitar semula Malaysia ialah 31%, 32% bagi tahun 2021 dan 33% bagi tahun 2022. (Sumber: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp) 1. (a) Bina sebuah jadual yang lengkap berdasarkan petikan di atas. [6 markah] (b) Berdasarkan jadual yang dibina, lukis graf garisan mudah untuk menunjukkan kadar kitar semula Malaysia antara tahun 2018 hingga 2022. Guna skala 1 cm mewakli 5 peratus. [8 markah] (c) Merujuk kepada graf garisan mudah yang anda lukis, jelaskan pola kadar kitar semula Malaysia antara tahun 2018 hingga 2022. [6 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 6 Untuk Kegunaan Pemeriksa


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Gambar 1 menunjukkan hidupan liar di Malaysia. Gambar 1 2. (a) Mengapakah populasi hidupan liar dalam gambar di atas diancam pupus? [4 markah] (b) Kepelbagaian hidupan liar penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Berikan alasan anda. [2 markah] (c) Kemukakan usaha pengurusan kepelbagaian hidupan liar di Malaysia. [2 markah] (d) Berikan dua contoh lokasi pusat konservasi hidupan liar di Malaysia. [2 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 8 Untuk Kegunaan Pemeriksa Gambar 2 menunjukkan sumber tenaga alternatif. Gambar 2 3. (a) Apakah jenis sumber tenaga alternatif yang digunakan dalam gambar di atas? [1 markah] (b) Mengapakah Malaysia berpotensi memajukan sumber tenaga alternatif dalam gambar di atas? [4 markah] (c) Mengapakah produk solar dalam Gambar 3 semakin mendapat sambutan orang ramai? Gambar 3 [3 markah] (d) Berikan dua contoh sumber tenaga alternatif selain dalam Gambar 2. [2 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian C [20 markah] Jawab dua soalan. Gambar 1 menunjukkan kawasan perlombongan di perairan Malaysia. Gambar 1 1. (a) Jelaskan sumbangan aktiviti perlombongan dalam gambar di atas terhadap pembangunan sosioekonomi negara. [6 markah] (b) Aktiviti perlombongan dalam gambar di atas memberi kesan terhadap alam sekitar. Bincangkan. [4 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 10 Untuk Kegunaan Pemeriksa 2. (a) Jelaskan faktor fizikal yang menggalakkan kegiatan pelancongan di Malaysia. [6 markah] (b) Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan kegiatan pelancongan di Malaysia. [4 markah] 3. (a) Terangkan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi di Hutan Konifer. [6 markah] (b) Tafsirkan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di dunia terhadap manusia. [4 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1 – 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Untuk Kegunaan Pemeriksa 4. (a) Jelaskan maksud elemen kitar semula 3R. [5 markah] (b) Terangkan contoh amalan kitar semula yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia. [5 markah]


Geografi Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 12 Untuk Kegunaan NAMA: ......................................................................................................................... Pemeriksa ..... KELAS: ............................................................................................................................ BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A ANSWER SHEET FOR SECTION A 1 11 5 15 3 13 7 17 9 19 2 12 6 16 4 14 8 18 10 20 A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D


J1 Geografi Tingkatan 3 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTASMODEL 1 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. D Faktor persekitaran fizikal yang berkaitan dengan pernyataan yang diberi ialah bentuk muka bumi, iaitu tanah pamah. 2. C Tanih terra rossa merupakan campuran tanah liat dan pasir di kawasan Hutan Mediterranean, manakala tanih latosol mempunyai pelbagai bentuk sama ada berpasir, liat atau lembap di kawasan Hutan Hujan Tropika. 3. A Iklim Gurun Panas sesuai untuk hidupan liar seperti unta, musang fennec dan tikus jerboa. 4. D Kepentingan hutan terhadap manusia ialah sumber perubatan, iaitu herba daripada daun, batang atau akar tumbuh-tumbuhan tertentu. Manakala kepentingan hutan kepada alam sekitar ialah kawasan tadahan air, menyederhanakan suhu serta sebagai habitat flora dan fauna. 5. D Kesan negatif kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah berlakunya hakisan tanih kerana tiada akar tumbuhan mencengkam tanih serta kepupusan flora dan fauna kerana kemusnahan habitat. 6. B Jenis spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Hutan Pantai ialah pokok kelapa, pokok ru dan tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, dan kelat jambu laut. 7. C Lapisan kanopi yang tebal menghalang pancaran matahari terus sampai ke lantai hutan. 8. B Taman Negara yang bertanda P ialah Taman Negara Gunung Mulu. 9. D Hidupan liar di Malaysia perlu dipelihara agar dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan. 10. D Tanih merupakan sumber boleh baharu. Petroleum, gas asli dan emas merupakan sumber tidak boleh baharu. 11. D Pulau Sipadan, Sabah dan Taman Negara Bako, Sarawak merupakan kawasan pelancongan. 12. A Tanaman padi ditanam di kawasan bertanih aluvium. 13. C Pendidikan dan kesihatan tergolong dalam sektor tertier, manakala pertanian merupakan sektor primer dan perindustrian merupakan sektor sekunder. 14. D Faktor fizikal yang menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi di Malaysia ialah tanah pamah dan rata yang luas. 15. A Maklumat yang diberi merujuk kepada ciri-ciri tumbuh-tumbuhan di Hutan Konifer (kawasan bertanda P). 16. B Logo menunjukkan ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara. 17. C Malaysian Nature Society (MNS) berperanan melindungi dan memelihara kepelbagaian biologi yang kaya secara berkesan dan memberi kesedaran alam sekitar melalui pendidikan. 18. C Usaha pemuliharaan sumber hutan adalah dengan mewujudkan ladang hutan. 19. D Langkah yang dilakukan oleh negara Sweden untuk mengurangkan pembuangan sisa domestik ialah memilih makanan mengikut keperluan sahaja. 20. B Ranting kayu merupakan sisa kebun. Bahagian B 1. (a) Kadar Kitar Semula Malaysia pada tahun 2018 hingga 2022 Tahun Kadar kitar semula Malaysia (%) 2018 25 2019 28 2020 31 2021 32 2022 33 [Maks. 6m] JAWAPAN


Click to View FlipBook Version