The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-06-09 02:58:28

SKOR A UASA KSSM BAHASA MELAYU - TG 2 WC232013

KM1–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 2 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit KERTASMODEL 1


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Segala titah perintah akan patik laksanakan,” kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Muzaffar. A beta B hamba C tuanku D tuan hamba 2. Adik berasa kecewa kerana keropok yang dibelinya telah . A rangup B lemau C hangit D rapuh Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Seluruh rakyat berdiri bulat di belakang pemimpin yang jujur itu. II Kakak menaruh kepercayaan yang bulat kepada rakan sebiliknya. III Ular itu menelan bulat seekor anak kambing. IV Usul parti pembangkang itu ditolak bulat. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Izwan bimbang kerana wang simpanannya telah licin. II Perniagaan ibu berjalan dengan licin sejak tiga tahun lalu. III Rambut Aaron disisir licin sebelum dia ke sekolah. IV Amira seorang yang licin kerana sering menggunakan orang lain untuk mencapai matlamatnya. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Cikgu Juwairiyah mengajarkan para muridmurid 2 Terampil mata pelajaran Bahasa Melayu. A mengajar para murid B mengajarkan para murid C mengajar para murid-murid D mengajarkan para murid-murid 6. Perompak itu bersenjatakan dengan pistol ketika memecah masuk bank itu. A bersenjata dengan pistol B bersenjatakan pada pistol C bersenjatakan pistol D bersenjatakan dengan pistol Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Keadaan Dahlia kusut-masai sekali ketika dijumpai sesat di hutan. II Kebun durian kepunyaan datuk terluas sekali di daerah ini. III Mahasiswa berkaca mata itu sungguh pintar sekali. IV Adira merupakan murid yang terawal sampai di sekolah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8. I Chan baru sudah makan semasa kejadian itu berlaku. II Rohaya masih sedang dalam perjalanan ke hospital. III Syaniza sudah pernah ke Jepun semasa musim luruh yang lalu. IV Abang telah akan bertolak ke Kuala Lumpur petang nanti. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera, guru-guru terutamanya guru mata pelajaran Bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang berkesan. A Karya sastera yang diminati oleh murid akan mendatangkan kesan untuk meningkatkan minat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. B Para guru terutamanya guru-guru Bahasa Melayu perlulah memainkan peranan yang efektif untuk menarik minat murid terhadap karya sastera. C Bagi memupuk minat terhadap karya sastera, tidak dapat dinafikan bahawa peranan berkesan murid adalah penting. D Minat guru terhadap karya sastera pastinya dapat memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Pengerusi syarikat terkemuka itu sering mengingatkan pekerjanya supaya saling bekerjasama bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai dengan pernyataan di atas? A Masa itu emas B Ilmu penyuluh kehidupan C Hidup bahasa hiduplah bangsa D Bersekutu bertambah mutu Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan sajak di bawah. 1 2 3 Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan. Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi kupandang rendah. Anak udang meniti batang, Berasa dahan terlampai; Melihat bulan dipagar bintang, Bagaikan rasa hendak dicapai. Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Bila masa dipanggil maut, Cinta tidak berharga lagi; Asam di darat ikan di laut, Sampai masa berjumpa lagi. Dipetik daripada Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 4 5 PANTUN KASIH SAYANG


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 11. Berdasarkan pantun, rangkai kata ekor mata membawa maksud A sisi pandangan. B mengikut jejak. C belakang anggota. D masa silam. 12. Apakah maksud rangkap kelima pantun? A Perbezaan darjat antara pasangan B Perwatakan menarik akan disukai ramai orang C Cita-cita yang dianggap mustahil D Perpisahan yang menjanjikan pertemuan semula 13. Apakah kata-kata hikmat yang sesuai dengan maksud pantun di atas? A Usaha tangga kejayaan B Bangsa membaca bangsa berjaya C Bersekutu bertambah mutu D Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman 14. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam pantun kecuali A kasih sayang. B keikhlasan. C ketabahan. D kesetiaan. 15. Pernyataan yang benar tentang pantun tersebut ialah A kita harus menerima kekalahan sebelum berjuang. B kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain. C kita seharusnya tidak percaya akan janji seseorang teman. D kita sewajarnya mengutamakan kejujuran dalam kehidupan. Bahagian B [30 markah] 1. Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Intitusi pengajian tinggi di Malaysia boleh bertindak mengadakan program celik kewangan sekurangkurangnya setahun sekali. Bagi menarik perhatian dan minat golongan anak muda, pihak penganjur boleh menyelitkan aktiviti pertandingan dan kuiz ataupun memberikan hadiah dan buah tangan kepada perserta. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ancaman Jenayah Penipuan Siber’ oleh Sylvia Chan, dewanmasyarakat.jendeladbp.my (i) (ii) [2 markah] 2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Nian indah pemandangan di tepi laut pada waktu senja. (ii) Jawapan yang diberikan oleh peserta pertandingan itu ialah benar. [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan. Cerakinkan ayat majmuk di bawah supaya menjadi ayat tunggal tanpa mengubah susunan dan maksud asalnya. (i) Adelia ke Kota Tinggi kemudian ke Nusajaya. (ii) Qaisara sedang menggoreng telur manakala adiknya sedang membasuh pinggan. [4 markah] 4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. (i) (ii) [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Bahu jalan biasanya lebih sempit daripada lorong lalu lintas biasa. Bagi sesetengah kes, terutamanya di luar bandar, bahu jalan tidak diturap dengan asfalt atau konkrit. Bahu jalan mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya termasuklah sebagai laluan untuk ambulans, trak bomba, dan kereta polis memintas kesesakan lalu lintas sekiranya berlaku kecemasan. Walaupun bahu jalan dibina untuk tujuan kecemasan, pemandu jarang menjangkakan adanya kereta di tepi jalan. Kekeliruan ini dapat menyebabkan sesetengah pemandu cenderung untuk mengabaikan kehadiran pemandu dan dapat menyebabkan perlanggaran tragis. Selain itu, apabila kenderaan diperlahankan untuk bergerak ke bahu jalan, kenderaan di belakang mungkin akan merempuh kenderaan tersebut. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Meminimumkan Risiko Kemalangan di Bahu Jalan’ oleh Suzielah Rahmad dan Nur Izzi Md Yusoff, dewankosmik.jendeladbp.my BAHAN 2 PEGUAM BELA: Yang arif, saya sambung kembali hujah saya. Adapun kambing yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya sehingga matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang berjoging menghampiri … kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit pisang dan jatuh … sampailah ajalnya, dia pun mati.. Dipetik daripada prosa tradisional ‘Mahkamah’, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia 5. (a) Berdasarkan bahan 1, nyatakan risiko yang dihadapi oleh pemandu kenderaan yang berhenti di bahu jalan. [3 markah] (b) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam bahan 1 dan bahan 2. [3 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (c) Keselamatan merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang. Pada pendapat anda, apakah impak buruk jika seseorang mengabaikan keselamatan ketika berada di jalan raya? [4 markah] 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2. (i) Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi (ii) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani (iii) Meniti Impian, karya Osman Ayob (iv) Jejak Monpus, karya Zulaiha Paikon Nilai merupakan unsur ketinggian pekerti yang dapat dikesan oleh pembaca. Nilai juga merupakan rumusan terhadap sesuatu gagasan penulis dan tindakan watak. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan tiga contoh peristiwa yang bersesuaian dengan nilai yang diberikan. Peristiwa yang dikemukakan mestilah berkait dengan watak utama novel tersebut. Jalan ke Puncak NOVEL Darah Titik di Semantan Meniti Impian Jejak Monpus NILAI Kegigihan [10 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesankesan penggunaan media sosial terhadap bahasa kebangsaan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kemunculan pelbagai aplikasi media sosial menyebabkan komunikasi semakin rancak melewati batasan jarak dan waktu. Pelantar media sosial ternyata membawa dampak perubahan terhadap cara berkomunikasi daripada bentuk konvensional kepada bentuk digital. Dalam konteks perkembangan bahasa, media sosial dapat membantu seseorang penutur untuk menguasai bahasa lebih daripada satu atau dua bahasa. Misalnya, drama yang dipertontonkan dalam bahasa asing melalui saluran Youtube mampu mempengaruhi pengguna untuk mempelajari dan menguasai bahasa asing. Selain membantu penguasaan bahasa asing, aplikasi media sosial yang tersedia juga dapat membantu untuk meningkatkan pembinaan kosa kata baharu dalam berbahasa. Sebagai contohnya, perkataan ‘ciap’ yang makna asalnya adalah daripada bunyi anak ayam telah diangkat maknanya kepada mesej yang dihantar melalui aplikasi Twitter. Penggunaan media sosial juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti pengguna dalam penggunaan bahasa. Melalui media sosial, penggunaan bahasa yang bersahaja dan penuh lelucon dilihat dapat menarik perhatian pengguna yang lain berbanding dengan penggunaan bahasa baku dalam penulisan yang kadangkala mengundang rasa bosan dalam kalangan pembaca. Kemunculan media sosial juga dikhuatiri memberikan impak negatif terhadap perkembangan bahasa termasuklah berlaku kecelaruan bahasa yang menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Selain bahasa rojak, penggunaan bahasa yang tidak formal, seperti bahasa basahan, dan bahasa kasar dilihat sering membanjiri laman media sosial. Bahasa kasar dan lucah juga wewenang digunakan melalui media sosial oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab untuk memperkatakan hal yang bersifat sensitif serta menjatuhkan dan mengaibkan orang lain. Golongan remaja turut cenderung untuk menggunakan bahasa singkatan ketika membuat hantaran melalui media sosial tertentu. Intihanya, kewujudan pelbagai pelantar media sosial pada masa ini sebenarnya memberikan kesan dan cabaran yang besar terhadap pengembangan bahasa Melayu kerana berupaya mempengaruhi perubahan sikap pengguna media sosial. Sebagai pengguna media sosial, kita seharusnya bijak untuk mengimbangi kekangan pesanan teks yang terhad dengan penyampaian mesej yang berkesan melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Bahasa dalam Media Sosial: Antara Pro dan Kontra’ oleh Zamimah Osman, Pelita Bahasa, Bil. 11/2022


KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 2 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam KERTASMODEL 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Pameran Orang berbudi kita berbahasa Majlis penyampaian hadiah Pelbagai aktiviti Memupuk perpaduan Majlis perasmian KEMPEN BUDI BAHASA KEBANGSAAN


KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PERPADUAN ISNIN SENARAI TUGAS PAMERAN ELEMEN KEPIMPINAN GERAI JUALAN 1. Anda telah menyertai Karnival Keusahawanan di sekolah. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai program tersebut. 2. Program Karnival Keusahawanan dapat memberikan banyak manfaat kepada murid. Huraikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat program Karnival Keusahawanan. 3. Bidang keusahawanan dapat menjanjikan pulangan dan masa depan yang gemilang. Jelaskan peranan pihak sekolah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTASMODEL 1 Kertas 1 Bahagian A 1. C: Kata ganti nama diri yang betul apabila bercakap dengan sultan/raja ialah tuanku. 2. B: Kata adjektif yang sesuai dengan konteks ayat ialah lemau bagi menggambarkan keadaan keropok yang tidak garing dan lembik. 3. A: Dalam ayat III dan IV, kata bulat seharusnya digandakan menjadi bulat-bulat/bulat-mulat. 4. C: Kata licin dalam ayat IV seharusnya diganti dengan licik, iaitu sifat seseorang yang pandai menipu dan memperdaya orang lain. 5. A: Kata mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain manakala mengajarkan bermaksud mengajar atau memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan. Kata murid-murid tidak perlu digandakan kerana telah ada kata bilangan para sebelumnya. 6. C: Kata kerja tak transitif bersenjatakan mesti diikuti oleh unsur pelengkap bagi menyempurnakan kata kerja itu, iaitu pistol. 7. B: Bagi ayat I, kata sekali tidak perlu digunakan kerana kusut-masai telah menunjukkan keadaan sangat kusut. Ayat II salah kerana kata imbuhan teR- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. 8. C: Dalam ayat IV, hanya kata bantu akan sepatutnya digunakan (kata bantu telah tidak perlu). 9. B: Jawapan ini paling sesuai bagi menyatakan ayat sama maksud serta menepati konteks ayat yang terdapat dalam soalan tersebut. 10. D: Maksud kata-kata hikmat Bersekutu Bertambah Mutu ialah bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan. 11. A: Maksud sisi pandangan ialah dari sudut mata kiri atau kanan yang di sebelah luar. 12. D: Petunjuk jawapan tergambar dalam baris terakhir, rangkap terakhir sajak. 13. D: Maksud kata-kata hikmat Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman ialah hendaklah mengambil gula dalam makanan dan minuman dengan sedikit sahaja kerana akan mendatangkan bahaya dari sudut kesihatan sekiranya diambil berlebihan, tetapi selalulah tersenyum supaya kelihatan manis dan mesra. 14. C: Nilai kasih sayang, keikhlasan, dan kesetiaan berkaitan dengan tema sajak, iaitu kasih sayang antara teruna dengan dara. 15. B: Pernyataan ini bertepatan dengan tema sajak, iaitu kasih sayang antara teruna dengan dara. Bahagian B 1. (i) Institusi (ii) peserta 2. (i) Indah nian (ii) adalah 3. (i) Adelia ke Kota Tinggi. Adelia ke Nusajaya. (ii) Qaisara sedang menggoreng telur. Adiknya sedang membasuh pinggan. 4. (i) Bersatu teguh, bercerai roboh (ii) Muafakat membawa berkat • Bersekutu bertambah mutu [Jawapan lain yang relevan boleh diterima.] [Bahan menunjukkan situasi sekumpulan penduduk yang bergotong-royong membersihkan padang permainan. Keadaan ini bersesuaian dengan amalan kerjasama. Oleh itu, jawapan yang paling sesuai ialah kata-kata hikmat yang berkaitan dengan amalan kerjasama.] 5. Kriteria bagi soalan 3 markah Markah Kriteria 3 markah Isi cukup/lengkap dan ayat gramatis 2 markah • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1 markah • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis (a) • terlibat dalam perlanggaran tragis • apabila kenderaan diperlahankan untuk bergerak ke bahu jalan, kenderaan di belakang mungkin merempuh kenderaan itu [Petunjuk jawapan dalam ayat keempat hingga keenam petikan umum.] Berdasarkan bahan 1, risiko yang dihadapi oleh pemandu kenderaan yang berhenti di bahu jalan ialah terlibat dalam perlanggaran tragis. Apabila kenderaan diperlahankan untuk bergerak ke bahu jalan, kenderaan di belakang mungkin merempuh kenderaan itu. JAWAPAN


Click to View FlipBook Version