PELANGI
Radzemah Bolhassan
Prayudi Q.
Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
Sumpahan Kayong
© Radzemah Bolhassan 2016
Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: [email protected]
© Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
eISBN 987-967-0973-06-7
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran
daripada Pelangi ePublishing Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Manusia suka menyingkap
apa-apa sahaja rahsia yang
tersembunyi, yang misteri
sumpahan… kutukan…
rahsia yang sepatutnya kekal
rahsia
seperti kuburan yang menyimpan
mayat
Sembunyilah…
ketakutan dalam hati dan fikiran
bukan untuk dipelihara
sembunyilah bersama-sama sepi dan
kidung malam
lantarkanlah misteri di tempatnya.
Kandungan
Pr olog . . . 1
Resah . . . 3
Kampung Bangkit . . . 21
Amarah . . . 42
Rendan . . . 55
Dilanda Misteri . . . 83
Dibunuh Kejam . . . 98
Kayong . . . 111
Seram . . . 125
Mengamuk . . . 157
Sumpahan Kayong . . . 183
Kesal . . . 201
Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tiada
kaitan dengan yang hidup ataupun yang
sudah meninggal dunia. Sekiranya mempunyai
persamaan, hal itu hanya secara kebetulan.
Prolog
Sumpahan Kayong
K“
au tak akan berjaya!”
“Sampai bila-bila aku akan berusaha.”
“Kau menyeksa kami!”
“Aku tak peduli.”
“Hari k e-40… kau boleh tebang kami
pada hari k e-40.”
“Tiap-tiap hari aku akan berusaha!”
“Tiap-tiap hari itu juga kami seperti mati
hidup k embali… kau akan menyeksa kami.”
“Aku hanya mahu kau mati!”
“Hari k e-40…”
“Setiap hari aku akan berusaha… demi
penduduk kampung!”
Pokok kedondong itu tidak bersuara. Keadaan
senyap sepi.
“Kalau benar itu tujuan kau, sediakan badung
emas. Dengan itu saja aku akan tumbang.”
“Esok aku akan buat badung emas…” tekadnya.
“Hari k e-40.”
Anak muda itu diam. Kali ini tidak berkeras.
“… Hari ke-40.”
“Ya… hari k e-40. Tetapi ingat! 40 hari
selepas k ematian, barulah k eturunanmu akan
tenang.”
Moha tercari-cari maksud kata-kata itu.
2
Resah
Sumpahan Kayong
Detik 12.00 malam sudah lama berlalu. Namun
pemandu van yang bernama Abang Ramas masih
belum dapat menyampaikan hasrat mereka untuk
berada di Kampung Bangkit. Punggung sudah
berkematu – sudah sebelas jam mereka di dalam
perut van! Perut yang meragam semakin membuat
keadaan tidak keruan. Hendak ke tandas tetapi
perasaan takut mengatasi segala rasa. Ketika itulah
timbul rasa kesal kerana menerima pelawaan
Jair untuk menghadiri majlis perkahwinan adik
bongsunya.
Mahu sahaja Moha berhenti di situ dan
membatalkan niat asal. Tetapi nampaknya semua
itu sudah terlambat. Moha sendiri yang beriya-
iya hendak pergi, malah meuar-uarkan berita itu
sehingga kawan-kawan yang lain ingin turut serta.
Perjalanan dari bandar Kuching ke Kampung
Bangkit sudah mengambil masa sebelas jam
namun tidak ada tanda-tanda mereka akan sampai.
Wajah hutan tebal yang diselubungi kepekatan
malam tanpa sebatang lampu jalan, semakin
mencengkam perasaan. Dia hanya mampu diam
4
Resah
menahan rasa geram.
Moha bukan lelaki jenis penakut. Antara
mereka, dia malah yang paling berani. Tetapi
malam itu perutnya terasa kecut. Matanya sentiasa
merenung ke luar ke arah jalan sempit yang
berlekuk-lekak dan gelap pekat. Sesekali ketika
cahaya lampu sorot van menyorot kelibat entah
apa melintas dalam gelap, tumpuannya terganggu.
“Betul ke jalan ni, Bang Ramas?” tanya Moha
keresahan. Entah yang ke berapa kali pertanyaan
itu diajukannya. Seolah-olah rasa percayanya
terhadap pengakuan Abang Ramas bahawa lelaki
itu tahu jalan ke Kampung Bangkit, semakin
pudar.
“Aku pernah ke sana sekali. Kau takut sesat,
ke?” Jawapan yang kedengaran agak kasar. Suara
ramah berserta senyum ketawanya siang tadi
sudah hilang.
“Bukanlah macam tu, tapi…”
Bicara Moha tiba-tiba terhenti. Degupan
jantungnya juga terasa terhenti. Sesuatu yang
melintas, mencuri tumpuannya. Matanya buntang
memandang. Mahu sahaja dia berteriak menyuruh
Abang Ramas berhenti tetapi lidahnya kelu. Van
Abang Ramas terus menderum.
“Takut?” Abang Ramas seolah-olah
menempelak.
5
Sumpahan Kayong
Moha masih membisu ketika minda resah
mengenangkan apa-apa yang dilihatnya tadi.
Memang ada sesuatu melintas di depan dan dia
pasti Abang Ramas telah pun merempuh benda
itu.
Abang Ramas tak nampak ke apa yang aku
nampak? Fikiran yang meresahkan menghentam
mindanya.
Moha yang duduk di sebelah pemandu,
menoleh ke belakang. Wajah kawan-kawannya
tidak kelihatan kerana masing-masing sudah
tersandar dan terlentok tidur. Ketika memulakan
perjalanan tadi mereka begitu seronok dan teruja.
Suasana meriah dengan dendangan lagu dangdut,
sesi menjamu selera dengan bekalan makanan
yang dibawa, serta telatah usik-mengusik. Namun
selepas lebih tujuh jam perjalanan suasana
menjadi hambar apabila masing-masing banyak
berdiam seperti kehabisan bateri, dan mengisi
masa dengan tidur. Celik mata sahaja, pertanyaan
yang keluar, sudah sampai atau belum. Akhirnya
mereka meluahkan kebosanan dan rasa kesal,
sama seperti yang bergolak dalam hati Moha.
Moha yang tenang orangnya bagaimanapun tidak
meluahkan rasa tidak senangnya. Sebagai orang
yang merancang perjalanan itu, Moha seumpama
ketua rombongan, jadi perlu bijak mengawal
6
Resah
suasana. Lagipun dia yang beriya-iya hendak
menghadiri majlis perkahwinan adik Jair, kawan
baiknya semasa belajar di UNIMAS dahulu.
Jair berasal dari Kampung Bangkit, sebuah
kampung di daerah Matu Daro. Selepas setahun di
UNIMAS, Jair menamatkan pengajian atas sebab
yang masih dirahsiakan. Puas Moha dan kawan-
kawan memujuk ketika itu tetapi Jair tetap dengan
keputusannya. Sejak itu mereka tidak pernah
bersua muka. Moha yang bekerja di Kuching
selepas tamat pengajian, baru-baru ini dihubungi
oleh Jair. Jair mengirimkan surat jemputan,
mengundang Moha ke majlis perkahwinan adik
bongsunya, Satik.
Surat jemputan untuk Moha begitu
istimewa. Surat jemputan yang hanya ditulis
tangan itu menarik perhatian Moha. Tambahan
pula Jair menyatakan di dalam atur acara majlis
untuk memperkenalkan tetamu luar dengan
adat-adat lama yang semakin dilupakan oleh
generasi baharu. Ada majlis bermukun, makan
nasi temuan, acara membuang sial.... Sesuatu
yang baharu buat Moha, membuat Moha teruja
untuk melihat sendiri. Majlis yang menjanjikan
kemeriahan, dan Moha nekad untuk datang.
Pada masa yang sama, dapatlah melampias rasa
rindu terhadap Jair.
7
Sumpahan Kayong
Bagi Moha, Jair merupakan seorang sahabat
yang sangat baik. Kenangan susah senang semasa
di kampus membuat mereka akrab, menyebabkan
Moha rasa kehilangan. Oleh sebab itulah Moha
beriya-iya mengajak Akun, Runai, Munti, dan
Dumang, bekas rakan sekampus, untuk turut serta.
“Kita dah salah ni.”
Bicara Abang Ramas itu membuat Moha yang
resah, pantas menoleh, semakin risau. Hati yang
marah sedaya upaya cuba ditenangkan. Moha
sedar bahawa tidak bijak untuk bertengkar pada
saat-saat genting seperti itu. Persefahaman sangat
penting. Tambahan pula, tidak ada sesiapa lagi
yang dapat diharapkan selain Abang Ramas. Yang
lain tidak secerdik Abang Ramas.
“Aku baru dapat info yang feri ke Daro
dah tak ada. Kena tunggu esok,” kata Abang
Ramas dengan nada bersahaja. Selamba sahaja
muka lelaki 40-an itu ketika menyampaikan
berita buruknya sedangkan seminggu lepas dia
mengaku yang dia mengetahui semua selok-
belok hendak ke Kampung Bangkit yang terletak
jauh di kawasan pedalaman itu. Mengingatkan
pengakuan bohongnya itu, mahu sahaja Moha
menumbuk muka lelaki itu untuk melepaskan
geram. Namun ibarat nasi yang sudah menjadi
bubur, Moha hanya mengunci mulut, memujuk
8
Resah
hati sendiri.
“Kita kena tidur di sini malam ini,” Abang
Ramas sengaja menghidupkan lampu limpah
untuk menunjukkan apa-apa yang ada di hadapan
mereka sebelum memberhentikan vannya.
Dalam marah, Moha memandang juga ke
depan. Sebuah feri kelihatan berbalam-balam
di kejauhan, tertambat tidak bergerak. Keadaan
sekeliling sunyi sepi. Sepi yang menyeramkan.
Hanya bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan
menerobos ke telinga dari tingkap yang terbuka.
Tiba-tiba Moha terpandang kelibat di balik
rimbunan semak dan belukar. Dadanya pantas
berdebar-debar. Dia pasti kelibat itulah yang
dilanggar oleh van Abang Ramas sampai terasa
gegarnya tadi. Abang Ramas yang peliknya,
selamba sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku.
“Baru 1.30 pagi,” kata Abang Ramas sambil
memandang jam pada papan pemuka.
“Pukul berapa feri bergerak?”
“6.00 pagi.”
“Adoiii! Habis… kita kena tunggu di sini
sampai pagi ke? Cuma kita?”
Abang Ramas terdiam, tidak menjawab.
Adakah Abang Ramas juga sudah mulai takut dan
cuak? Kalau beberapa jam tadi ketika dia berhenti
9
Sumpahan Kayong
di stesen minyak terakhir untuk mengisi minyak
semuanya turun untuk pelbagai tujuan, kali ini
tidak ada sesiapa yang melangkah keluar.
“Kenapa berhenti ni?” Akun yang baru
tersedar, bertanya.
“Kita dah sampai,” jawab Moha.
“Dah sampai?” Munti pula mahukan
kepastian.
“Sampai depan feri. Perjalanan masih jauh.
Kita tidur saja di sini. Yang lain-lain jangan
tanya… tak ada jawapan,” jawab Moha. “… dan
tak nak dengar soalan!” tambahnya lagi. Hatinya
terasa bengkak terhadap Abang Ramas. Tetapi
sekarang bukan masa untuk menunjukkan rasa.
Jair langsung tidak dapat dihubungi sejak
mereka melintas bandar Sibu. Panggilan telefon
langsung tidak dijawab. Entah ke mana-mana
menghilangnya. Untuk mempercayai Abang
Ramas, Moha sudah berasa cuak.
“Amboi! Dah tak boleh tanya?!” tempelak
Munti.
Runai hanya membisu. Hatinya juga resah.
Bermacam-macam bunyi aneh yang didengar
sebaik sahaja enjin van Abang Ramas dimatikan
dan kegelapan mengepung, membuat bulu
romanya meremang. Untuk tidak menambahkan
rasa seram, dia langsung tidak mahu memandang
10
Resah
keluar.
“Apa susah? Kalau tak dapat teruskan, kita
tidur sajalah,” Akun memberi pandangan.
“Macam mana nak tidur? Panas ni! Aircon
dah tutup. Lemaslah!” rungut Munti.
“Tak nak panas jom tidur kat luar. Boleh
juga jadi hidangan nyamuk hutan… derma darah.
Lagipun kita ni belum pernah derma darah, kan?”
Dumang pula berseloroh sambil ketawa kecil.
“Sekarang bukan masa nak melawak. Aku
tengah bengang ni! Tadi masa nak pergi tak sebut
pun semua masalah ini. Sekarang tiba-tiba tak
ada jawapan untuk setiap soalan… malah tanya
pun dah tak boleh. Apa ni?!” Munai meluahkan
kemarahan.
Moha tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya.
Dia cuba menulikan telinga lantas memejamkan
matanya. Sudah tiba masanya untuk dia pula tidur.
Sepanjang perjalanan hanya dia dan Abang Ramas
bersengkang mata. Yang lain asyik membuta.
Kalau difikir-fikirkan, bukan salahnya
keadaan jadi begitu. Ketika dimaklumkan tentang
undangan ke majlis perkahwinan Jair itu masing-
masing beriya-iya hendak turut serta, kononnya
hendak berjumpa dengan Jair yang sudah lama
terputus hubungan. Jair yang dirindui. Kononnya
begitulah. Apabila menghadapi keadaan genting
11
Sumpahan Kayong
seperti itu, baru hendak mempersoalkan itu ini.
Moha buat-buat tidak peduli. Abang Ramas
pun begitu juga. Kedua-duanya memejamkan mata
yang sememangnya sudah sangat mengantuk.
Tiba-tiba Moha dikejutkan oleh suara separuh
berteriak-teriak memanggil-manggil namanya dari
tempat duduk belakang van. Hampir melompat
dia akibat terkejut. Dia segera memperbetulkan
cermin mata yang sudah menyenget di batang
hidung, sebelum melihat jam tangannya. Baru
pukul 4.00 lebih, hatinya terasa berat. Mereka
perlu menunggu dua jam lagi.
“Janganlah bising sangat,” dia mengingatkan
Munti dengan suara separuh memujuk.
“Peduli apa? Biar sampai semua yang di luar
sana dengar,” bebel Munti.
“Mulut… mengalahkan murai.”
“Jangan nak kutuk-kutuk aku! Kau tu yang
tidur mati… orang panggil-panggil, tak dengar.
Ni… mak we kau ni… nak ke tandas,” Munti
membebel lagi.
Moha berasa rimas, bukan semata-
mata disebabkan keadaan di dalam van yang
sememangnya terasa melemaskan itu kerana alat
penghawa dingin tidak terpasang dan semua
pintu dan tingkap ditutup rapat.
Moha melirik ke arah Abang Ramas yang
12
Resah
juga sudah terjaga. Dia yang pada mulanya mahu
meminta tolong Abang Ramas, tidak jadi kerana
keegoaannya. Dengan lagak berani dia membuka
pintu van, bersedia untuk keluar.
“Nai, jom, aku temankan,” ajak Moha.
Runai bagaimanapun tidak mahu berganjak.
Lagi-lagi dia menarik tangan Munti yang ketika
itu sudah menyandarkan kepala ke tepi tingkap.
“Apa nak takut?” sergah Munti dengan suara
yang kasar. “Kau pergilah dengan dia! Tak akan
dia nak apa-apakan kau pulak?” Munti memang
sudah dikenali dengan sifat kasarnya. Namun
begitu, semua kawannya tahu bahawa dia baik
hati orangnya.
Mahu tidak mahu Runai mengengsot untuk
keluar. Tetapi melihat Moha masih belum keluar,
dia kembali membatu. Mahunya, Moha membuka
pintu untuknya.
Melihat Runai diam, Moha sudah dapat
membaca itu. Pengalaman mengajarnya.
Moha mendengus resah. Kepalanya kembali
memikirkan kelibat yang dilanggar oleh Abang
Ramas tadi. Bagaimana kalau benda itu masih di
luar? Mungkin juga benda itu telah diseret sejak
tadi sehingga sampai ke jeti itu.
Moha memejamkan mata. Dadanya berdebar-
debar. Nafasnya terasa sesak. Perlahan-lahan dia
13
Sumpahan Kayong
mencapai lampu suluh. Kaki yang terasa berat,
dipaksa melangkah. Tombol pintu van ditarik lalu
pintu terbuka. Pintu van dikuak sedikit, namun
kakinya masih belum berani menginjak dada
jalan yang masih gelap pekat.
Moha mencari kekuatan. Sebaik sahaja
semangat sudah terkumpul, dia menjuntaikan
kaki kirinya keluar. Sebaik sahaja mencecah
tanah, kakinya tiba-tiba terasa dipaut, membuat
Moha tersentak. Jantungnya berdegup kencang
dan nafasnya semakin sesak. Dia terdiam seketika,
mahu mengembalikan semangat yang sejenak
hilang. Belum sempat dia menunjukkan sebarang
reaksi, Abang Ramas sudah terlebih memboloskan
diri dari dalam van dengan wajah bersahaja.
Moha menjadi berani. Ketakutannya seketika
tadi serta-merta terbang disebabkan Abang
Ramas. Disebabkan egonya sebagai lelaki. Dia
melangkah keluar kemudian terus ke pintu tempat
duduk tengah dan membuka pintu van untuk
Runai. Runai masih kelihatan takut-takut ketika
turun walaupun ada pemuda bertubuh sasa Moha
menunggu di luar untuk memimpin tangannya.
“Tandas ada kat depan sana. Macam mana
rupanya, itu aku tak tahu,” kata Abang Ramas.
Moha menyuluh ke arah yang ditunjukkan
oleh Abang Ramas. Gelap-gelita. Hanya kelip-kelip
14
Resah
kelihatan pada pokok bakau sepanjang sungai.
Bunyi cengkerik bersahut-sahutan, seolah-olah
serangga itu juga takut seperti mereka, membuat
bulu roma meremang.
Beberapa minit kemudian, Moha berdiri
menunggu Runai di balik pintu yang kopak-kapik.
Dia memicingkan mata, melihat jam tangannya.
Hampir ke pukul 5.00 pagi. Hari sudah hampir
siang. Cepatlah siang!
Agak lama Moha menunggu Runai selesai. Dia
berasa lega melihat jalur-jalur cahaya keputihan
di ufuk barat tidak lama kemudian. Tidak lama
lagi fajar akan mula menampakkan diri.
“Serik,” luah Runai ketika mereka berjalan
seiringan menuju ke van.
“Apa yang serik?”
“Alah… sudah gaharu cendana pula. Sudah
tahu, bertanya pula,” balas Runai dengan nada
merajuk.
“Mana aku tahu apa yang kau fikir? Apa yang
serik?”
Runai memuncungkan muka mendengar
jawapan mudah lelaki itu.
Moha dan Runai memang sudah lama
bercinta. Lamanya masa, sudah empat kali mereka
memutuskan hubungan, kemudian berbaik-baik
semula. Semuanya berpunca daripada sikap
15
Sumpahan Kayong
Moha yang dianggap Runai sebagai acuh tak
acuh terhadapnya sedangkan dia mengharapkan
perhatian yang lebih daripada lelaki itu.
Langkah Moha semakin pantas sehingga
Runai terpaksa mempercepat langkah untuk
menyainginya. Dia kemudian menarik tangan
Moha tetapi lelaki itu kelihatan tidak acuh.
Abang Ramas sedang menghisap rokok
sambil bersandar di depan van. Teringat akan
kelibat yang dilanggar van itu beberapa jam tadi,
Moha mendapatkan Abang Ramas, berkira-kira
untuk bertanya kepada pemandu van itu tentang
kejadian tersebut.
“Bang…”
Tiba-tiba mulutnya terasa berat.
Dipandangnya sahaja Abang Ramas ketika asap
berkepul-kepul keluar dari hidung lelaki itu di
bawah cahaya lampu suluh di tangan Moha.
“Diam. Jangan tanya apa-apa. Sekejap lagi
subuh. Buat tak tahu. Tenang-tenang saja.”
Abang Ramas seolah-olah tahu apa yang ada
dalam pemikiran Moha dan caranya menghadapi
situasi itu sangat tepat sehingga pertanyaan Moha
terbantut. Mungkin bukan masa yang sesuai
untuk bercerita.
Moha masuk ke dalam van untuk mengambil
botol air mineralnya untuk membasahkan tekak
16
Resah
yang terasa kering. Kawan-kawan yang lain masih
seperti sebelumnya – tidur di dalam van. Runai
juga turut memejamkan matanya. Moha tidak
pasti adakah kawan-kawannya itu benar-benar
tidur atau sekadar memejamkan mata untuk
memujuk hati masing-masing.
Selesai membasahkan tekak, Moha kembali
menemani Abang Ramas di depan van. Lelaki itu
masih belum menghabiskan sebatang rokoknya,
masih asyik menyedut rokoknya sebelum
menghembuskan asapnya melalui mulut dan
hidung.
Moha diam, masih keresahan. Dia masih
belum dapat melupakan kejadian yang dialaminya
sebelum ini. Van itu memang melanggar sesuatu di
tengah jalan tadi. Kakinya pula rasa dipaut ketika
dia hendak turun dari van. Semuanya meruntun
jiwa. Apa semua itu? Abang Ramas sudah
mengingatkannya supaya tidak bertanya apa-
apa. Adakah Abang Ramas mengetahui sesuatu?
Adakah lelaki itu sekadar mahu menduganya
apabila mengingatkannya supaya tidak membuat
sebarang pertanyaan?
Moha perlu tahu. Keresahannya perlu dijawab.
Dia lantas membongkok, berpura-pura mengikat
tali kasut. Abang Ramas hanya memandang tanpa
melepaskan rokok di tangan.
17
Sumpahan Kayong
Tiba-tiba Moha melompat terkejut, sehingga
hampir tersungkur. Mujurlah Abang Ramas sempat
memautnya. Lelaki itu hanya merenung wajah
Moha yang kelihatan cemas di bawah cahaya
lampu picit yang samar-samar. Kedua-duanya
saling berpandangan dengan mulut terkunci.
Abang Ramas hanya mengangkat sedikit bahunya
dan mencebik. Mungkin kecewa terhadap Moha
yang mengabaikan peringatannya supaya jangan
ambil peduli.
Tetapi aku bukan tanya apa-apa? Fikir Moha.
Beberapa minit kemudian Abang Ramas
memberi isyarat kepada Moha supaya mereka
sama-sama menjengah ke bawah van. Dahi
Moha berkerut, antara mahu atau tidak.
Melihat pandangan Abang Ramas, seolah-olah
mengisyaratkan kepadanya supaya jangan takut,
dia memberanikan diri.
Kedua-duanya tunduk menjengah ke bawah
van. Gelap. Kosong. Tiada apa-apa yang pelik.
Moha percaya bahawa itulah pandangan
yang sebenar. Yang dilihatnya seketika tadi, suatu
lembaga hitam bermata besar dan merah sedang
merangkak di bawah van, pandangan ilusinya
semata-mata, berpunca daripada perasaan takut.
Moha ingin menjengah lagi untuk memastikan
lembaga yang sedang menyeringai seolah-olah
18
Resah
menunggu peluang untuk menerkamnya itu
benar-benar tiada, namun membatalkan niatnya
apabila Abang Ramas kembali bersikap acuh tak
acuh.
Kedua-duanya berbicara dengan pandangan
mata, masih mengunci mulut. Abang Ramas
masih menyedut rokoknya sehingga Moha
membuat andaian bahawa begitulah cara Abang
Ramas menyembunyikan rasa takutnya.
Selepas beberapa minit diam, Moha
memutuskan untuk memecahkan keheningan.
“Jair langsung tak dapat dihubungi. Sekejap
tak ada line… kalau ada nasib baik ada line, dia
tak angkat telefon pulak. Dari semalam! Patutnya
telefonlah balik,” gumam Moha, meluahkan rasa
kecewanya. Jantungnya masih berdegup kencang.
Abang Ramas hanya memasang telinga.
Lagipun dia tidak mengenali Jair. Dia hanya diupah
oleh Moha dan yang lain untuk menghantar
mereka ke kampung Jair. Walaupun sekarang
khidmatnya seperti diperlekehkan oleh Moha
kerana dianggap tidak cekap, dia tidak mahu
mengakui tuduhan itu memandangkan memang
sejak awal perjalanan lagi dia sudah berasa tidak
sedap hati.
Tidak sampai setengah jam kemudian,
kedengaran bunyi enjin feri dihidupkan dan bunyi
19
Sumpahan Kayong
rantai bergemerencing, menandakan feri bakal
memulakan operasinya hari itu.
“Moha… Abang Ramas… apa tunggu lagi?
Cepatlah!” laung Dumang dari dalam van.
Sepantasnya juga mereka berdua masuk
ke dalam perut van. Tiada lagi bicara. Hanya
menunggu saat untuk masuk ke dalam feri agar
perjalanan mereka ke Kampung Bangkit dapat
diteruskan dengan visi dan misi yang sudah
dirancang.
20
Kampung
Bangkit