The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-03-25 00:22:44

Ranger PT3 2022 - Bahasa Melayu

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat

Model 2

Gambar / Gambar Foto
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam piramid makanan tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

PIRAMID MAKANAN









Bab 3


























Jawapan

Piramid makanan merupakan panduan amalan pemakanan yang dapat meningkatkan
kesihatan kita. Kita dicadangkan agar membanyakkan pengambilan makanan yang terdiri
daripada nasi, mi, roti, dan bijirin. Hal ini demikian kerana semua makanan tersebut
diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada kita. Selain itu, kita dicadangkan agar
banyak makan sayur dan buah untuk mendapatkan vitamin serta membantu penghadaman
kita. Kita juga dicadangkan untuk makan ikan, ayam, daging, dan kekacang yang merupakan
sumber protein untuk tubuh badan kita secara sederhana. Akhir sekali, kita patut
mengurangkan pengambilan minyak, gula, dan garam supaya terhindar daripada risiko
penyakit berbahaya. Kesimpulannya, kita harus mematuhi amalan dalam piramid makanan
demi mendapatkan kesihatan yang ideal.


215





03 RANGER BM PT3.indd 215 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat

Model 3

Poster
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


HARI BUMI












Bab 3







HARI BUMI
HARI BUMI
HARI BUMI






Jawapan

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Hari Bumi mengingatkan kita agar
berusaha untuk melestarikan bumi agar dapat kita wariskan kepada generasi yang akan
datang dengan baik. Kita harus memperindah panorama alam dengan membanyakkan
penanaman pokok selain menyejukkan suhu bumi. Selain itu, kita patut mengelak
daripada melakukan pencemaran kerana pencemaran akan memusnahkan
bumi akibat pemanasan global dan bencana alam. Undang-undang
tentang pemeliharaan alam sekitar harus kita kuatkuasakan
untuk memelihara bumi agar tidak dieksploitasi oleh pihak yang
rakus mengaut keuntungan. Kesimpulannya, Hari Bumi harus menjadi
peringatan kepada kita tentang pentingnya kita melestarikan bumi demi
kesejahteraan bersama.







216





03 RANGER BM PT3.indd 216 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat

Model 4

Carta
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat carta pai di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta
pai tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

FAKTOR KEDATANGAN PELANCONG ASING KE MALAYSIA



5%

15%


40%
15% Bab 3



25%
Kepentingan
Industri
Pelancongan
INFO

Destinasi menarik Layanan mesra
Keindahan infrastruktur Harga berpatutan
Perkhidmatan pelancongan




Jawapan

Malaysia antara destinasi pilihan pelancong asing. Sebahagian besar
pelancong datang kerana negara kita mempunyai destinasi yang menarik
untuk dikunjungi. Antaranya ialah pantai dan pulau yang indah, tempat
bersejarah, dan pusat beli-belah. Di samping itu, rakyat Malaysia
memberikan layanan mesra kepada pelancong asing sehingga mereka
jatuh hati terhadap masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.
Pelancong asing juga melawat Malaysia kerana terdapat pelbagai
kemudahan infrastruktur dan harga barangan pula berpatutan. Hal ini
menyebabkan mereka berpuas hati semasa melancong ke negara kita.
Kesimpulannya, pelancong memilih Malaysia kerana kelebihan yang terdapat
di negara kita.




217





03 RANGER BM PT3.indd 217 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat

Model 5

Rajah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Memupuk
MEMPERKUKUH AMALAN Perpaduan
Komuniti dalam
KEJIRANAN Kebiasaan Baharu
INFO COVID-19








Bab 3





Kunjung- Menghulurkan Meraikan majlis
mengunjung bantuan penting







Jawapan
Amalan kejiranan penting untuk memupuk perpaduan masyarakat.
Amalan kejiranan dapat diperkukuh dengan melakarkan senyuman
dan bertegur sapa dengan jiran. Hal ini penting demi menunjukkan
rasa kasih sayang dan muhibah sesama jiran. Selain itu, amalan
kunjung-mengunjung juga dapat memperkukuh amalan kejiranan
kerana menunjukkan keprihatinan dan perpaduan yang utuh. Di samping
itu, kita patut menghulurkan bantuan kepada jiran demi meringankan
beban kesusahan mereka. Kita juga boleh meraikan majlis-majlis penting
bersama jiran sebagai tanda menghormati majlis yang diadakan oleh
mereka. Kesimpulannya, amalan kejiranan harus diperkukuh supaya
masyarakat hidup dengan sentosa dan bahagia.









218





03 RANGER BM PT3.indd 218 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat




PRAKTIS FORMATIF 3.3.1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



AMALAN 3R
AMALAN 3R





GUNA KITAR
KURANGKAN
SEMULA SEMULA Bab 3




Mengurangkan Guna barang Asingkan
sampah yang dapat barangan
digunakan yang dapat
lagi dikitar
semula
































219





03 RANGER BM PT3.indd 219 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
3.3.2 Ringkasan

Model 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ringkasan tentang kepentingan pelancongan di Malaysia. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Industri pelancongan di negara kita berpotensi besar untuk menjadi sumber ekonomi
yang berdaya maju. Terdapat banyak faktor tarikan di negara kita seperti keindahan
alam sekitar dan pembangunan pesat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kerajaan terus
memperkasa industri ini agar membawa impak yang lebih besar kepada rakyat dan
negara.

Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan pelancong
asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan mudah dan banyak.
Pelancongan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara kita.
Pekerja diperlukan dalam industri hotel, pengangkutan, makanan, dan cenderamata.
Bab 3
Selain itu, perkembangan industri pelancongan akan meningkatkan permintaan tenaga
kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri ini pada peringkat pengurusan
dan penyeliaan. Golongan pekerja mahir dan separa mahir akan mendapat
peluang untuk bekerja dalam sektor ini. Malahan, kemajuan sektor ini
juga akan melahirkan lebih ramai usahawan terutama dalam
kalangan bumiputera. Mereka berkecimpung dalam industri inap
desa, makanan ringan, dan pengangkutan.

Sektor pelancongan juga mampu menarik pelabur asing ke
negara kita. Kemasukan pelabur asing ini mampu memberikan pulangan
cukai kepada negara di samping merancakkan industri pelancongan negara.
Sektor pelancongan juga memangkinkan kepesatan perniagaan di negara
kita. Para pelancong yang datang ke negara kita akan berbelanja
untuk membeli produk kraf tangan sebagai oleh-oleh. Namun
demikian, para peniaga jangan pula mengambil jalan singkat dengan
mengenakan harga yang mahal kepada para pelancong. Industri pelancongan juga akan
membolehkan Malaysia mempromosikan produk tempatan agar dikenali ke serata dunia.
Produk keluaran tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan daripada industri kecil dan
sederhana (IKS), dan pelbagai lagi akan terkenal pada peringkat antarabangsa melalui
pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang penting
untuk menjana kemajuan ekonomi negara. Oleh itu, usaha yang padu antara semua
pihak termasuk masyarakat amatlah diperlukan kerana industri ini mampu memberikan
pulangan yang besar kepada pembangunan ekonomi individu, keluarga, rakyat, dan negara.








220





03 RANGER BM PT3.indd 220 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
Jawapan
Industri pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing dengan mudah dan
banyak. Di samping itu, industri ini juga menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat. Malahan, industri ini memerlukan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pada peringkat pengurusan dan penyeliaan. Selain itu, industri ini juga melahirkan lebih
ramai usahawan khususnya bumiputera dalam pelbagai bidang. Tambahan pula, sektor
pelancongan juga mampu menarik pelabur asing ke negara kita dan memangkinkan
kepesatan perniagaan di negara kita. Malaysia dapat mempromosikan produk tempatan
agar dikenali ke serata dunia.





Model 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan Bab 3
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, kumpulan
belajar, halaqah, ataupun usrah. Secara umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan
sekumpulan individu atau beberapa orang individu yang ditubuhkan untuk berbincang
dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu untuk manfaat anggota
kumpulan tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan ilmu dan mematangkan individu yang
terlibat.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk yang lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali
kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan
kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-
pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu
kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita
miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu
mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh
orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita belajar secara berkumpulan, kadar kepantasan belajar
kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur
persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang
terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demkian, kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh
untuk menjayakan perbincangan itu.
Belajar secara berkumpulan juga mampu meningkatkan motivasi
belajar dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana murid yang kurang



221





03 RANGER BM PT3.indd 221 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
berminat belajar akan mudah terpengaruh dengan semangat belajar yang terdapat
dalam kalangan mereka. Mereka akan berasa cemburu akan rakan yang rajin belajar dan
berusaha untuk bersaing dengan mereka. Persaingan secara sihat sebegini sudah tentu
memberikan kesan yang baik terhadap prestasi murid.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Jawapan
Belajar secara berkumpulan membolehkan murid bertukar-tukar pendapat tentang
sesuatu topik pelajaran. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat
dipertingkatkan dan nota hasil perbincangan dapat disusun dengan rapi. Belajar secara
berkumpulan juga mampu meningkatkan kepantasan belajar kerana wujud persaingan
sesama ahli kumpulan. Malahan, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara
yang sukar difahami oleh ahli lain. Belajar secara berkumpulan juga dapat meningkatkan
semangat belajar dalam kalangan ahlinya. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat
meningkatkan keberkesanan belajar setiap ahli kumpulan.
Bab 3


PRAKTIS FORMATIF 3.3.2


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia. Ideologi ini telah dibentuk pada
31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Terdapat lima prinsip Rukun Negara,
iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan. Namun
demikian, kesedaran rakyat tentang Rukun Negara belakangan ini semakin terhakis.
Kerajaan disarankan agar melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana
penghayatan terhadap Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia.
Malahan, ada dalam kalangan generasi muda sekarang yang tidak mengetahui kandungan
prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak berpuluh-puluh
tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun
Negara kerana beranggapan bahawa Rukun Negara tidak penting disebabkan negara
sudah aman dan makmur.
Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Hampir
lima dekad negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina
tapak yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara menjadi
panduan bagi rakyat untuk memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup
bermasyarakat serta bernegara. Selain itu, Rukun Negara bermatlamat untuk membentuk
masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.



222





03 RANGER BM PT3.indd 222 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat

Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan
kepada Tuhan antara lain menerapkan kepercayaan beragama dapat mengukuhkan
ikatan semua bangsa, seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya
mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran
perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima,
dipatuhi, serta dipertahan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberikan
keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Sehubungan dengan itu, rakyat harus sedar bahawa Rukun Negara mampu
menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai
agama dan budaya di negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat
tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan
dan keharmonian negara dapat terus dipelihara.

Bab 3

3.3.3 Rumusan
Model 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti
harian dapat dijalankan dengan baik dan cekap. Dewasa ini, kita sering
mendengar berita tentang murid yang terjerumus dalam kancah
maksiat ataupun penyalahgunaan dadah. Hal ini mungkin berlaku
disebabkan murid itu terpengaruh oleh anasir-anasir buruk.
Mereka tidak dapat menguruskan masa mereka dengan cekap.
Untuk mengendalikan masa secara berkesan, murid-murid mestilah
menyediakan jadual belajar peribadi di rumah. Jadual ini membantu
murid-murid menguruskan masa dengan berkesan. Mereka juga dapat
memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran dan bersiap
siaga untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan
mereka daripada kesuntukan masa apabila peperiksaan sudah hampir. Murid yang
berjaya biasanya membuat persediaan awal. Bagi murid yang tidak membuat persediaan
awal, tentulah tidak dapat menghabiskan semua silibus sebelum peperiksaan. Di samping
itu, masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca
bahan ilmiah dan melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pelajaran. Masa
jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana masa itu amat berharga. Murid bukan
sahaja dapat menggunakan masa dengan berfaedah, tetapi juga dapat menambahkan
ilmu pengetahuan.
Tambahan pula, murid dapat memanfaatkan masa dengan keluarga bagi memupuk
perasaan berkasih sayang sesama ahli keluarga. Hal ini dilihat apabila masa diperuntukkan


223





03 RANGER BM PT3.indd 223 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
bersama-sama keluarga melakukan aktiviti sampingan seperti bersenam dan menonton
televisyen. Murid juga dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang
sihat dan otak yang cerdas. Keadaan ini dapat menanamkan sifat bertanggungjawab
dan berdisiplin dalam diri mereka. Melalui cara ini, murid dapat mengamalkan hidup
yang berdisiplin dan bermakna. Faedah menguruskan masa ialah murid-murid berupaya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
untuk menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk membaiki
kelemahan diri dalam pelajaran dengan membuat latihan dan menghadiri kelas
tambahan. Mereka boleh membuat kerja kebajikan seperti melibatkan diri
dalam kerja gotong-royong, aktiviti membersihkan kawasan perumahan,
dan membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Sebagai murid, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran
tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, agama,
dan aktiviti kemasyarakatan. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan
betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya
melahirkan modal insan yang berjaya.

Jawapan
Petikan membincangkan kepentingan pengurusan masa secara berkesan
Bab 3
terhadap murid-murid. Antaranya, murid dapat memanfaatkan masa untuk mengulang
kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Mereka juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan memanfaatkan masa bersama-sama keluarga bagi memupuk kasih
sayang. Mereka juga dapat menjalankan kegiatan riadah untuk menyihatkan badan.
Antara cabaran pengurusan masa ialah kesibukan murid dengan aktiviti di sekolah dan
kegiatan kokurikulum. Selain itu, disiplin kendiri yang lemah menyebabkan murid gagal
menguruskan masa. Kesimpulannya, semua pihak haruslah meningkatkan pengurusan masa
murid agar dapat melahirkan generasi yang berketerampilan.

Model 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Iklim bilik darjah yang kondusif amat penting untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini, iklim bilik darjah amat bergantung kepada
penstrukturan kelas dengan memberikan perhatian terhadap pembangunan potensi murid
secara holistik dan bersepadu.
Iklim bilik darjah yang kondusif juga memberikan penekanan terhadap kelas
bercampur tanpa pengasingan murid berdasarkan jurang kepandaian. Setiap murid
mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Sehubungan
dengan itu, percampuran murid cemerlang dengan murid lemah dalam satu kelas yang
sama tanpa diskriminasi jurang kepandaian mampu memperlihatkan pelbagai implikasi
yang positif terhadap budaya pembelajaran murid berdasarkan kelebihan yang dimiliki.





224





03 RANGER BM PT3.indd 224 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat
Percampuran murid dalam satu kelas tanpa mengambil kira keupayaan akademik
mampu meningkatkan motivasi pembelajaran dalam kalangan murid. Melalui usaha ini juga
sebarang peningkatan dalam pencapaian pendidikan secara langsung dapat meningkatkan
imej dan harga diri murid yang lemah. Peningkatan dalam dua elemen ini pula memberikan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ruang kepada pembentukan persaingan yang positif dalam kalangan murid yang kurang
menyerlah untuk bertapak ke hadapan mengejar murid cemerlang.
Melalui sistem kelas bercampur, murid yang bermasalah dalam pendidikan dan
aspek disiplin dapat dipecahkan kumpulannya berbanding mengelompokkan mereka
dalam kelas yang lemah. Daripada mereka terus bergaul dengan kelompok murid yang
mempunyai personaliti yang sama, lebih baik jika mereka diasingkan bagi mendorong
mereka bersaing dengan murid cemerlang.
Murid lemah tidak lagi berhadapan dengan label negatif akibat pencapaian mereka
yang rendah dalam peperiksaan. Pelaksanaan kelas bercampur juga menyediakan ruang
pergaulan yang baik antara murid cemerlang dengan murid lemah dalam bilik darjah. Pada
masa yang sama, murid yang lemah dapat membangunkan sikap yang positif terhadap
ilmu dan memberikan perhatian yang lebih serius kepada kerja sekolah. Bab 3
Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan semua aspirasi yang
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025, peranan dan tanggungjawab guru adalah penting. Guru
perlu menterjemahkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi
aktiviti yang berkualiti yang mampu menarik minat serta penglibatan
yang tinggi dalam kalangan murid.


Jawapan

Petikan membincangkan kebaikan kelas bercampur kepada murid-murid. Antaranya,
kelas bercampur mampu meningkatkan motivasi murid. Persaingan dengan murid yang
pandai dapat meningkatkan imej murid yang lemah dan mereka tidak lagi dilabel negatif.
Malahan, situasi ini membolehkan mereka bergaul dengan murid cemerlang sekali gus
membangunkan sikap positif agar serius belajar. Antara cabaran pembentukan kelas ini
ialah tentangan daripada sesetengah ibu bapa. Selain itu, guru sukar menerapkan elemen
pengajaran kerana kebolehan murid tidak sama. Kesimpulannya, semua pihak harus
menyokong idea ini demi melahirkan generasi yang mampu bersaing.

















225





03 RANGER BM PT3.indd 225 14/03/2022 9:11 AM

Bahasa Melayu PT3 Bab 3 Pemindahan Maklumat




PRAKTIS FORMATIF 3.3.3
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan.
Unsur utama dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari.
Elemen ini menjadikan tarian yang dipersembahkan lebih harmoni.
Terdapat berbagai-bagai jenis tarian di Malaysia yang dapat dibanggakan. Antaranya
termasuklah tarian tradisional, tarian rakyat, dan tarian kontemporari. Setiap tarian
mengandungi nilai seni dan kreativiti yang tinggi. Tarian akan menjadi lebih menarik
apabila penari menggayakan busana, tatarias, dan aksesori yang memiliki keindahan
tersendiri. Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan
kepentingan pelibatan remaja dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan
Bab 3
yang dijalankan di sekolah.
Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri
remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri
mereka yang lahir secara semula jadi. Secara tidak langsung kebolehan ini dapat digilap
dan dibangunkan agar menyambung tradisi pada masa depan. Seterusnya, aktiviti tarian
dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang untuk tampil di hadapan semasa
membuat persembahan. Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan
individu menghafal gerakan serta memahami dan menghayati sesuatu tarian.
Tarian juga berupaya untuk melahirkan keupayaan remaja menguasai sesuatu
gerakan kreatif. Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap
menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam sesuatu perkara. Melalui penglibatan
ini, remaja juga dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional
di Malaysia. Hal ini memberikan nilai tambah terhadap pengetahuan am seseorang
remaja. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang disertai dapat menyatukan
murid berbilang bangsa tanpa mengira kaum.
Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang
berdisiplin tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana persembahan tarian memerlukan
penari yang berdisiplin, menepati masa, dan memberikan sepenuh komitmen semasa
latihan, persediaan sebelum persembahan, semasa persembahan ataupun selepas
persembahan. Dengan adanya tarian, remaja akan lebih berdikari dan terdidik untuk
mengimbangi diri dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disertai. Hasil kejayaan
yang dicapai dalam pertandingan tarian akan menyuntik semangat kepada golongan
remaja ini untuk terus maju dan berjaya.
Bagi menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting
dengan memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian.




226





03 RANGER BM PT3.indd 226 14/03/2022 9:11 AM

Jawapan
Jawapan



Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
BAB 1 Sistem Bahasa 2. kerajaan baiki – dibaiki oleh kerajaan
3. balik kampung – balik ke kampung
PRAKTIS FORMATIF 1.3.3
A
PRAKTIS FORMATIF 1.1.1
1. C PRAKTIS FORMATIF 1.3.4
2. B B
3. (i) kaseh – kasih
(ii) wajip – wajib PRAKTIS FORMATIF 1.4.1
(iii) cikgu – Cikgu A 1. FN + FN
2. FN + FSN
PRAKTIS FORMATIF 1.1.2 3. FN + FK
1. B 4. FN + FA
2. B B 1. Kakitangan syarikat swasta pemuda itu.
3. sudah disidai oleh saya – sudah saya sidai 2. Sudah membaiki keretanya yang rosak ayah.
3. Menyambung pelajaran ke peringkat doktor
PRAKTIS FORMATIF 1.1.3 falsafah Irfan Hadi.
1. D C 1. (a) Ayah membuat kerja.
2. ketat – kuat / erat (b) Ayah mendengar radio di beranda rumah.
2. (a) Fazura ingin membeli kebaya batik itu.
PRAKTIS FORMATIF 1.1.4 (b) Harganya sangat mahal.
1. A 3. (a) Murid-murid itu senyap.
2. B (b) Kaunselor sedang menyampaikan ucapan.
3. di atas – atas 4. (a) Usahawan itu gembira.
(b) Perniagaannya kian maju.
PRAKTIS FORMATIF 1.2.1 (c) Perniagaannya dikenali ramai.
1. mengurang – mengurangkan
2. dipereratkan – dipererat PRAKTIS FORMATIF 1.4.2
3. menasihatkan – menasihati A 1. Pasu yang berat itu kami angkat ke tengah
4. dilengkap – dilengkapi halaman.
5. menyerang – diserang 2. Bola itu ditendang oleh Zaquan ke luar
6. meningkat – meningkatkan padang.
3. Pokok-pokok sayur disiram oleh kakak
PRAKTIS FORMATIF 1.2.2 menggunakan air tadahan hujan.
1. D B 1. Saya mengangkat guni pasir itu ke dalam stor
2. tanggung jawab – tanggungjawab di belakang rumah saya.
2. Zikri membeli baju yang mahal itu di sebuah
PRAKTIS FORMATIF 1.2.3 pasar raya terkenal.
1. D 3. Kamu menjawab latihan matematik yang
2. A sukar itu dengan jayanya.
3. pelbagai lauk-pauk – pelbagai lauk
PRAKTIS FORMATIF 1.4.3
1. Ayat perintah
PRAKTIS FORMATIF 1.3.1
1. cili sos – sos cili 2. Ayat penyata
2. mini popia – popia mini 3. Ayat tanya
3. seni mempertahankan diri – seni pertahanan diri 4. Ayat seruan
4. Saji Restoran – Restoran Saji 5. Ayat perintah
5. kaedah memandu berhemah – kaedah
pemanduan berhemah PRAKTIS FORMATIF 1.5
1. C
2. (i) Bersatu teguh, bercerai roboh
PRAKTIS FORMATIF 1.3.2
1. akan disiapkan oleh kami – akan kami siapkan (ii) Bersekutu bertambah mutu


291





Jawapan Ranger BMelayu PT3.indd 291 14/03/2022 10:58 AM

Bahasa Melayu PT3 Jawapan
PRAKTIS FORMATIF 2.1.8
BAB 2 Pemahaman Teks 1. A
2. C
3. • haiwan merupakan makhluk Tuhan yang
mempunyai kepentingan kepada manusia
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
PRAKTIS FORMATIF 2.1.1 • haiwan makhluk yang lemah dan memerlukan
1. B perlindungan daripada manusia
2. D • haiwan menjadi sumber hiburan dan
3. • merugikan kita kerana sikap malas akan keseronokan kepada manusia
menyebabkan kita hidup miskin, ketinggalan, PRAKTIS FORMATIF 2.1.9
dan dipandang rendah 1. C
• menyebabkan potensi diri kita tidak dapat 2. C
dikembangkan untuk manfaat diri, bangsa, dan 3. • kerana guru mendidik murid-murid dengan
agama ilmu dan akhlak
PRAKTIS FORMATIF 2.1.2 • kerana guru telah berkorban masa dan tenaga
1. B untuk membantu kejayaan murid-murid pada
2. A masa hadapan
3. • mewujudkan masyarakat yang harmoni PRAKTIS FORMATIF 2.1.10
• memajukan ekonomi negara 1. B
• menarik minat pelancong dari luar negara untuk 2. A
datang ke negara ini 3. • kita perlu berani bersemuka untuk
PRAKTIS FORMATIF 2.1.3 menjernihkan keadaan
1. C • kita harus berani meminta maaf dan tidak
2. B mengulangi kesalahan jika kita yang bersalah
3. • kerana ada pihak yang sangat memerlukan
pertolongan kita PRAKTIS FORMATIF 2.1.11
1. C
• bakti ini akan dikira sebagai pahala dan amalan 2. A
baik yang dapat memberikan ganjaran kepada 3. • kita mengenal pasti punca masalah tersebut
kita dan segera mengatasi punca tersebut
PRAKTIS FORMATIF 2.1.4 • meminta pertolongan daripada pihak tertentu
1. B • haruslah berdoa kepada Tuhan agar
2. D memudahkan usaha untuk menyelesaikan
3. • dengan jasa itu, kita memperoleh nikmat masalah itu
kehidupan PRAKTIS FORMATIF 2.1.12
• membolehkan kita menjalani kehidupan dengan
aman dan makmur 1. Pelari Muda
• pentingnya perubahan sikap untuk mencapai
PRAKTIS FORMATIF 2.1.5 kejayaan – Kamarul mengubah sikap
1. A sombong dan biadab terhadap rakan-rakan
2. D dan jurulatihnya kepada sikap yang lebih
3. • tidak mencemarkan alam sekitar positif – hasilnya, dia mencapai kejayaan
• mengelakkan peperangan yang dapat dalam acara olahraga dalam kejohanan
membinasakan alam Sukan SEA
• hubungan persahabatan yang tulus – Saridah
PRAKTIS FORMATIF 2.1.6 membina hubungan persahabatan yang
1. C tulus dengan Kamarul – apabila Kamarul
2. A melakukan kesilapan dengan bersikap
3. • melambangkan peribadi kita sombong, Saridah menegur Kamarul supaya
• disenangi oleh orang ramai Kamarul tidak bersikap sedemikian lagi
• mudah mendapat pertolongan daripada orang • kesungguhan untuk mencapai kejayaan
lain – Kamarul gigih menjalani latihan bawah
bimbingan Encik Kadir selepas dia pulih
PRAKTIS FORMATIF 2.1.7 daripada kecederaan akibat ditimpa
1. C kemalangan jalan raya sehingga muncul
2. A sebagai pemenang pingat emas dalam acara
3. • tidak wajar 100 meter dan 400 meter dalam kejohanan
• kerana perkara itu dilarang oleh agama Sukan SEA di Bangkok
• menampakkan sikap kita yang tidak jujur dan
menipu orang lain


292





Jawapan Ranger BMelayu PT3.indd 292 14/03/2022 10:58 AM

Bahasa Melayu PT3 Jawapan
Destinasi Impian 2. Pelari Muda
• kebijaksanaan menyelesaikan sesuatu • watak utama: Kamarul Baharuddin
masalah – datuk Firdaus, Azlina, dan Johari • pemberani – berani mengakui kesilapannya
bijak dalam mengatur satu rancangan untuk yang bersikap sombong dan tidak berdisiplin
menjadikan cucu-cucunya tahan lasak – kepada Encik Kadir – berani meminta maaf
beliau mahu cucunya terutama Firdaus atas kesilapannya itu
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bersemangat dan tahan lasak seperti dirinya • bersikap positif – Kamarul bersikap positif
– Johari juga bijak menangani setiap kerenah untuk membaiki kelemahan dirinya dan
Firdaus sepanjang ekspedisi berbasikal dari bersedia untuk menerima tunjuk ajar dan
Kelang ke Morib bimbingan Encik Kadir semula
• jiwa remaja yang mudah memberontak – • gigih berusaha – selepas pulih daripada
Firdaus anak muda yang cepat mengalah dan kecederaannya, Kamarul gigih berlatih
tidak tahan menerima cabaran – akibatnya, bawah bimbingan Encik Kadir sehingga dia
dia selalu sahaja merungut dan memberontak memenangi pingat emas dalam acara 100
apabila mengalami kesusahan meter dan 400 meter dalam temasya Sukan
• kasih sayang adik kepada abang – Azlina SEA
sayang akan abangnya, Firdaus – oleh itu, dia Destinasi Impian
mahu abangnya yang berperwatakan lembut • watak utama: Firdaus
itu mengubah sikapnya menjadi lelaki sejati • perwatakannya agak lembut dan gemar
kerana dia tidak mahu abangnya menjadi melakukan aktiviti yang dilakukan oleh remaja
bahan sendaan rakan-rakan abangnya perempuan
Formula Termodinamik • pemberani – berani menyahut cabaran
• tanggungjawab melakukan inovasi demi Azlina dan Johari untuk berbasikal sejauh 50
kepentingan masyarakat – Amir dan Usamah kilometer dari Klang ke Morib walaupun dia
berusaha untuk mengubah suai mesin tidak pernah melakukan aktiviti lasak
rumput terpakai bagi memudahkan nenek • pendendam – enggan membantu Azlina yang
mereka dan penduduk kampung membajak cedera kerana membalas dendam terhadap
tanah untuk pertanian tindakan adiknya itu yang suka menyakiti
• ketabahan untuk mencapai kejayaan – hatinya
Amir dan Usamah tabah menghadapi • pembohong – membohongi rakan-rakannya
pelbagai cabaran dalam usaha mencipta mengenai sikap Azlina sepanjang ekspedisi
mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai berbasikal itu – membohongi rakan-rakannya
pemotong rumput dan pencangkul tanah – bahawa dia pandai berenang
apabila formula untuk menghasilkan mesin Formula Termodinamik
tersebut hilang, mereka terus tabah untuk • watak utama: Amir
mendapatkan formula itu semula di pejabat • bijak – kebijaksanaannya itu membolehkan
bapa Amir dia menghasilkan mesin 2 dalam 1 yang
• kasih sayang nenek kepada cucu-cucunya – berfungsi sebagai pemotong rumput dan
nenek sayang akan Amir dan Usamah serta pencangkul tanah
sentiasa menyokong usaha cucu-cucunya itu • penyayang – sayang akan neneknya –
untuk menghasilkan mesin mereka menyebabkan dia mencipta mesin yang
Sejambak Bakti dapat memudahkan pekerjaan neneknya
• pentingnya pembentukan disiplin kepada • gigih untuk menjayakan projeknya – bekerja
murid-murid – pengetua sekolah merotan keras untuk menghasilkan mesin pemotong
Munir sewaktu perhimpunan demi membentuk rumput 2 dalam 1 – apabila formula untuk
disiplin Munir yang semakin buruk – hukuman menghasilkan mesin itu hilang, Amir gigih
itu berjaya menginsafkan Munir lalu berubah mendapatkan formula yang baharu
menjadi baik Sejambak Bakti
• kesanggupan memaafkan kesalahan pihak • watak utama: Razali
lain – Razali sedia memaafkan Munir yang • penyayang – menyayangi ibu bapanya,
telah memfitnahnya – dia juga sanggup terutama ibunya – sabar tinggal di rumah Pak
memberikan tunjuk ajar dalam hal pelajaran Zakaria walaupun dia selalu dimarahi oleh
kepada Munir kerana Munir digantung ayah tirinya itu demi kasih sayangnya kepada
sekolah ibunya
• kasih sayang dalam keluarga – Mak Sopiah, • bijak dalam pelajaran – kerap mengajar
ibu Razali mempertahankan Razali ketika Ramlah, Swee Lan, dan Saridavi tentang topik
dia dimarahi oleh Pak Zakaria – Mak Sopiah yang tidak difahami oleh mereka
tahu akan kejujuran dan kebenaran Razali • amanah dan jujur dalam menjalankan
sehingga dia rela diusir bersama dengan tanggungjawabnya – menjalankan tugasnya
Razali di kedai koperasi dengan baik sehingga
mendapat kepercayaan guru
293





Jawapan Ranger BMelayu PT3.indd 293 14/03/2022 10:58 AM

PT3 KC117012 PELANGI







Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Revisi Cepat Tingkatan Ranger
Revisi Cepat


1.2.3 KSSM
Halaman
Berwarna! PT3
Revisi Cepat
✔ Bahasa Melayu
Nota Padat Revisi Cepat
• English
Praktis Formatif • Matematik PT3


Kertas Model PT3 • Mathematics Revisi Cepat

• Sains
Jawapan
• Science
Info & Video
KOD QR • Sejarah Bahasa

• Geografi

• Reka Bentuk dan Teknologi Bahasa Melayu
Dapatkan Melayu
versi
eBook! • Pendidikan Islam




Tingkatan
www.PelangiBooks.com
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • 1.2.3 KSSM
W.M: RM18.95 / E.M: RM18.95
KC117012
ISBN: 978-967-2457-07-7 Azahar Bahari
PELANGI Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H) (Penulis Buku Teks)
PELANGI
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)



02.indd 1 14/03/2022 2:29 PM


Click to View FlipBook Version