Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(b) Hal ini menyebabkan Aswan berasa tercabar. Dia mahu menghasilkan mesin
ciptaan baharu semata-mata untuk menyaingi Amir dan Usamah.
(c) Aswan, Fikri, dan Majibon datang ke tempat Amir dan Usamah melakukan
projek ciptaan mereka. Amir menyambut kedatangan mereka dengan baik
dan memberikan penerangan mengenai projek itu. Namun begitu, Aswan lebih
tertarik untuk melihat bilik operasi Amir.
3. Klimaks
Amir terkejut apabila mendapati Formula Termodinamik untuk menghasilkan mesin
hilang daripada storan data.
4. Peleraian
(a) Amir dan Usamah berusaha untuk memperoleh formula itu
Bab 2
semula di pejabat ayah Amir di Putatan. Mereka berjaya
mendapatkannya dan berjaya menghasilkan mesin tersebut.
(b) Amir dan Usamah gembira apabila melihat penduduk kampung
menggunakan mesin tersebut.
(c) Kejayaan penghasilan projek itu menyebabkan Amir dan Usamah
terpilih sebagai penerima Anugerah Saintis Muda dan berpeluang
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Watak dan Perwatakan
1. Amir (Watak utama)
(a) Amir penuntut politeknik di Putatan.
(b) Amir bijak. Kebijaksanaannya itu membolehkan dia menghasilkan mesin 2 dalam
1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan pencangkul tanah.
(c) Amir penyayang. Dia sayang akan neneknya. Kasih sayangnya kepada neneknya
mendorongnya untuk mencipta mesin yang dapat memudahkan pekerjaan
neneknya.
(d) Selain itu, dia gigih untuk menjayakan projeknya. Dia bekerja keras untuk
menghasilkan mesin pemotong rumput 2 dalam 1. Apabila formula untuk
menghasilkan mesin itu hilang, Amir gigih mendapatkan formula yang baharu.
(e) Dia juga prihatin terhadap kesulitan orang lain. Dia membantu mangsa-
mangsa banjir kilat di kampung neneknya termasuklah Aswan yang telah
bersikap buruk terhadapnya.
(f) Amir juga pemaaf. Dia bersedia untuk memaafkan Aswan yang mencuri
formula menghasilkan mesin 2 dalam 1 miliknya. Dia tidak berdendam
terhadap Aswan.
2. Usamah
(a) Usamah sepupu Amir. Dia penuntut politeknik di Perak.
(b) Dia sedia bekerjasama. Usamah bekerjasama erat dengan Amir untuk
menghasilkan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan
pencangkul tanah.
(c) Usamah penyayang. Dia sayang akan neneknya dan menjaga neneknya di
hospital sehinggalah neneknya sembuh.
84 85
02a RANGER BM PT3.indd 84 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
3. Aswan
(a) Aswan ialah remaja yang tinggal di kampung nenek Aswan dan Usamah.
(b) Dia bekas pelajar politeknik yang gagal menamatkan pengajiannya.
(c) Aswan pencemburu. Dia cemburu akan Amir dan Usamah yang mahu menghasilkan
mesin pemotong rumput dan pencangkul tanah. Oleh itu, dia mahu menghasilkan
mesin inovasi juga.
(d) Aswan tamak. Dia mahu memindahkan wang Syarikat Bahagia ke dalam akaun
banknya apabila mendapati syarikat itu mempunyai wang yang banyak.
(e) Pada akhir cerita, Aswan insaf akan perbuatannya mencuri formula Termodinamik
kepunyaan Amir. Bab 2
(f) Dia juga pemberani. Aswan berani mengakui kesalahannya apabila Amir dan
Usamah menyelamatkannya semasa dia dihanyutkan oleh banjir. Dia mengakui
kesalahannya mencuri formula Termodinamik dan berani meminta maaf daripada
Amir serta Usamah.
Latar
1. Latar masa
(a) Pagi – Hujan turun dengan lebat sehingga paras air
meningkat. Penduduk kampung terpaksa berpindah ke balai
raya.
(b) Malam
(i) Amir dan kawan-kawannya melakukan strategi untuk menangkap
penjenayah di sebuah pondok.
(ii) Arus banjir sangat kuat sehingga hampir menghanyutkan
Aswan, Majibon, dan Fikri.
(c) Tengah malam – Amir dan Usamah mendapati ada penggodam yang sedang
mencuba untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
2. Latar tempat
(a) Di kampung – Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di kampung
nenek mereka. Di sinilah juga mereka berusaha untuk mencipta mesin 2
dalam 1 untuk kemudahan penduduk kampung.
(b) Di sawah nenek – Penduduk kampung bergotong-royong di sawah nenek.
Nenek terjatuh ke dalam paya sehingga tidak sedarkan diri.
(c) Di wad hospital – Nenek ditempatkan di wad hospital untuk menerima rawatan.
Nenek dikunjungi oleh anak cucunya.
(d) Di pejabat bapa Amir – Pejabat ini terletak di rumah Amir di Putatan. Di sini,
Amir dapat mengesan data syarikat milik bapanya diceroboh oleh individu
tertentu.
(e) Di lapangan terbang – Amir dan Usamah berada di sini sebelum mereka ke luar
negara. Asma memberikan kuntuman bunga yang berbeza warna kepada Amir
dan Usamah.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat remaja – Mereka terdiri daripada Amir, Usamah, Asma, Aswan,
dan Fikri. Amir, Usamah, dan Asma merupakan pelajar manakala Aswan dan
Fikri tidak belajar lagi.
84 85
02a RANGER BM PT3.indd 85 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(b) Masyarakat kampung – Mereka hidup bersatu padu dan saling bekerjasama untuk
menyiapkan sesuatu pekerjaan. Mereka juga bekerjasama untuk menangani
masalah kecurian.
(c) Masyarakat tua – Masyarakat ini diwakili oleh nenek. Nenek memberikan
sokongan kepada Amir dan Usamah untuk menjayakan projek ciptaan mereka.
(d) Masyarakat terpelajar – Amir dan Usamah ialah penuntut politeknik. Mereka
mahu menghasilkan mesin 2 dalam 1 yang dapat digunakan untuk kebaikan
masyarakat.
Nilai
1. Kasih sayang – Nenek menunjukkan kasih sayang kepada semua anak dan cucunya.
Demikian juga dengan anak-anak dan cucu-cucunya yang turut menyayangi nenek.
Bab 2
2. Kerjasama – Penduduk kampung bekerjasama bagi menyiapkan kerja-kerja di sawah
nenek. Mereka juga bekerjasama bagi menyelesaikan kes kecurian yang kerap
berlaku di kampung mereka.
3. Kerajinan – Amir dan Usamah rajin dan gigih berusaha untuk mengubah suai
mesin pemotong rumput agar dapat menjadi mesin pembajak juga bagi kemudahan
penduduk kampung.
4. Berdikari – Amir dan Usamah berupaya untuk bertindak sendiri dalam usaha
mencipta mesin 2 dalam 1. Apabila formula untuk menghasilkan mesin itu hilang,
mereka segera ke rumah Amir di Putatan bagi mendapatkan formula Termodinamik
itu.
5. Keberanian – Amir dan Usamah berani mencuba untuk menghasilkan alat yang
inovasi melalui projek 2 dalam 1.
6. Rasional – Fikri dan Majibon menentang tindakan Aswan yang mahu memindahkan
RM1.3 juta milik Syarikat Bahagia ke dalam akaunnya kerana sedar bahawa
perbuatan tersebut salah dari segi agama dan undang-undang.
Pengajaran
1. Kita mestilah menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua
daripada kita. Amir, Usamah, dan Asma hormat dan sayang akan
nenek mereka.
2. Kita haruslah berani mempertahankan kebenaran. Fikri dan Majibon
berani mempertahankan kebenaran bahawa tindakan Aswan yang mahu
mengambil wang syarikat tersebut adalah salah.
3. Kita janganlah mudah berputus asa. Amir dan Usamah tidak mudah
berputus asa apabila formula untuk menghasilkan mesin pemotong
rumput dan pembajak 2 dalam 1 hilang.
4. Kita haruslah bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Amir dan rakan-rakannya berjaya menangkap penjaga pondok yang menyimpan
barang curi, iaitu Lahop dan Oyong.
5. Kita janganlah berperasaan hasad dengki terhadap orang lain. Sikap Aswan yang
dengki akan Amir dan Usamah sehingga mencuri formula milik Amir janganlah kita
turuti.
6. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan. Amir dan Usamah membantu
Aswan yang terperangkap dalam banjir walaupun Aswan pernah mencuri formula
Termodinamik di bilik operasi mereka.
86 87
02a RANGER BM PT3.indd 86 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
2.1.15 Sejambak Bakti
Sinopsis
Novel ini mengisahkan pengalaman sekumpulan murid Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan yang mengusahakan kedai koperasi. Razali, Ramlah, Swee
Lan, dan Saridevi bertugas di kedai koperasi itu. Terdapat juga seorang pembantu
kedai bertugas di kedai koperasi tersebut. Mereka melayan murid-murid yang
membeli barangan di kedai koperasi itu dengan baik.
Dalam mesyuarat pemilihan jawatankuasa, Razali dipilih sebagai naib setiausaha. Bab 2
Hal ini menyebabkan Munir cemburu. Dengan sokongan dua orang rakan karibnya,
iaitu Leong dan Silvam, Munir merancang untuk melakukan sesuatu terhadap Razali.
Mereka juga benci apabila melihat Razali berkawan rapat dengan Ramlah, Swee Lan,
dan Saridevi. Munir bertambah sakit hati apabila ajakannya menonton wayang telah
ditolak oleh Ramlah.
Kedai koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan
mengusahakan penternakan ayam telur. PIBG sekolah turut menyokong aktiviti
tersebut. Pengetua sekolah juga menyediakan bilik bacaan yang dikendalikan oleh
koperasi sekolah. Cikgu Robeah bersama-sama dengan Ramlah, Rozita, Harun, Silvam,
dan Leong mengemas bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Pada masa yang sama,
Munir bermain bola di padang. Cikgu Zulkifli berjumpa dengan Munir untuk menegur
sikap Munir yang sepatutnya menolong rakan-rakan yang lain. Munir berjanji kepada
Cikgu Zulkifli bahawa dia akan menjalankan tugasnya dengan baik di kedai koperasi
sekolah. Namun begitu, Munir tidak menepati janjinya.
Munir sering mengganggu rakan-rakan lain di kelas. Cikgu Muniam, guru
kaunseling mengadakan sesi kaunseling dengan Munir menyebabkan Munir tidak
berpuas hati. Dia beranggapan bahawa Razalilah yang membuat aduan mengenai
halnya kepada guru kaunseling. Dia, Silvam, dan Leong memukul Razali dengan teruk.
Perkara tersebut sampai kepada pengetahuan pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin.
Beliau memanggil Munir, Silvam, dan Leong lalu merotan mereka. Razali pula terpilih
untuk mengikuti kursus koperasi di bangunan Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling
Jaya, Selangor. Sekembalinya daripada berkursus, Razali membentangkan informasi
yang diperoleh kepada para peserta.
Pengetua menyampaikan berita bahawa koperasi sekolah akan memasuki
Pertandingan Koperasi Terbaik yang dianjurkan oleh ANGKASA. Persiapan yang rapi
dilakukan untuk menghadapi pertandingan tersebut. Pada setiap petang, ahli lembaga
pengarah bergilir-gilir menguruskan projek dengan penuh bertanggungjawab.
Sementara itu, Munir terus merancang untuk menimbulkan kekecohan. Dia mencuri
kunci bilik koperasi dan menyepah-nyepahkan barang yang sudah tersusun rapi di
dalam bilik itu. Ahli lembaga koperasi terkejut dan kecewa. Mereka juga resah
kerana para hakim akan melihat pengurusan koperasi itu dalam tempoh dua minggu
lagi.
Cikgu Zulkifli membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Munir membuat
fitnah bahawa Razalilah yang menceroboh kedai koperasi itu. Munir menyampaikan
fitnah itu kepada ayah tiri Razali, iaitu Pak Zakaria. Akibatnya, Razali dimarahi dan
dihalau dari rumah tetapi ibunya, Mak Sopiah membela Razali. Razali sangat sedih.
86 87
02a RANGER BM PT3.indd 87 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Cikgu Syamsudin dan Cikgu Zulkifli meminta semua guru memeriksa beg
dan pakaian murid. Daripada pemeriksaan itu, mereka akhirnya dapat menangkap
penceroboh kedai koperasi sekolah, iaitu Munir. Munir akan dirotan dalam
perhimpunan sekolah. Ibu bapa Munir diberitahu mengenai hukuman ini terlebih
dahulu. Mereka akur akan keputusan itu kerana Munir sudah semakin sukar dibentuk.
Selepas dirotan, Munir menjadi murid yang baik. Dia meminta maaf daripada Razali.
Razali sanggup memberikan tunjuk ajar kepada Munir yang digantung persekolahan
kerana peperiksaan semakin hampir.
Tiga orang juri Pertandingan Koperasi Sekolah datang ke kedai koperasi
sekolah. Tuan Pengetua, Cikgu Zulkifli, dan Razali menyambut kedatangan mereka.
Apabila keputusan pertandingan diumumkan, koperasi sekolah itu telah diumumkan
Bab 2
sebagai Johan Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu
untuk menyaksikan penyampaian hadiah.
Peristiwa yang di luar jangkaan berlaku pada hari itu kerana Razali dapat
berjumpa dengan ayah kandungnya, iaitu Encik Ramli. Berlaku kejutan lagi apabila
mereka mendapat tahu bahawa ayah kandung Razali juga merupakan ayah Ramlah.
Cikgu Syamsudin menyebut pertemuan dua beranak itu sebagai jasa koperasi untuk
menemukan mereka selepas terpisah selama 16 tahun.
Tema
Novel ini bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai koperasi
di sekolah. Tuan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, Cikgu
Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Setiausaha
koperasi, iaitu Cikgu Zulkifli pula mengemukakan beberapa usul untuk menjayakan kedai
koperasi. Bersama-sama dengan ahli koperasi sekolah, Cikgu Zulkifli bergotong-royong
untuk mengemas bilik bacaan dan membersihkan reban ayam hasil kedai
koperasi. Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi
Sekolah-sekolah melawat Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju
untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik
pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru
bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat
mereka. Hasil daripada usaha guru-guru dan murid-murid, akhirnya
Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama.
Persoalan
1. Pentingnya pembentukan disiplin kepada murid-murid – Pengetua
sekolah merotan Munir sewaktu perhimpunan demi membentuk
disiplin Munir yang semakin buruk. Hukuman rotan ini telah berjaya
menginsafkan Munir lalu berubah menjadi baik.
2. Kesanggupan memaafkan kesalahan pihak lain – Razali sedia memaafkan Munir
yang telah memfitnahnya. Dia juga sanggup memberikan tunjuk ajar dalam hal
pelajaran kepada Munir kerana Munir digantung persekolahan.
3. Kasih sayang dalam keluarga – Mak Sopiah mempertahankan Razali ketika dia
dimarahi oleh Pak Zakaria. Mak Sopiah tahu akan kejujuran dan kebenaran Razali.
88 89
02a RANGER BM PT3.indd 88 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
4. Kebenaran mengatasi penipuan – Munir memfitnah Razali kononnya Razali menceroboh
kedai koperasi. Akibatnya, Razali dimarah dan dihalau oleh Pak Zakaria. Namun
begitu, perbuatan Munir diketahui akhirnya.
5. Pertemuan ayah dan anak yang lama terpisah – Razali dapat berjumpa dengan ayah
kandungnya, iaitu Pak Ramli semula dalam satu majlis di sekolahnya.
6. Kesabaran menempuh cabaran hidup – Razali sabar menempuh pelbagai cabaran dalam
hidupnya. Antaranya, dia tidak mendapat kasih sayang daripada ayah kandungnya
manakala ayah tirinya pula kerap memarahinya dan pernah menghalaunya. Dia juga
menghadapi fitnah yang dilakukan oleh Munir.
Plot Bab 2
1. Permulaan
Kedai koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan menjual
barangan keperluan murid-murid. Kedai ini diuruskan oleh pembantu kedai koperasi
dan beberapa orang murid. Antaranya ialah Razali, Ramlah, Swee Lan, Saridavi,
Munir, Leong, dan Silvam. Guru koperasi pula ialah Cikgu Zulkifli.
2. Perkembangan
(a) Munir tidak berpuas hati dengan pelantikan Razali sebagai penolong setiausaha
koperasi. Dia mendapat sokongan daripada dua orang rakannya, iaitu Silvam dan
Leong. Munir juga cemburu akan hubungan baik Razali dengan Ramlah, Swee
Lan, dan Saridavi.
(b) Kedai koperasi akan mempelbagaikan aktiviti seperti penternakan ayam telur
dan bilik bacaan.
(c) Pengetua mengumumkan bahawa koperasi sekolah itu akan menyertai
Pertandingan Koperasi anjuran ANGKASA.
(d) Munir dipanggil oleh Cikgu Zulkifli kerana tidak menjalankan tugas di kedai
koperasi. Dia berjanji akan memberikan khidmatnya tetapi tidak dilaksanakannya.
(e) Munir menceroboh kedai koperasi sekolah dan menuduh Razali sebagai
penceroboh. Cikgu Zulkifli melaporkan hal itu kepada pihak polis.
3. Klimaks
(a) Munir memberitahu ayah tiri Razali, Pak Zakaria bahawa Razali telah
menceroboh kedai koperasi sekolah
(b) Razali dimarahi dan dihalau oleh Pak Zakaria kerana memalukan
keluarga.
4. Peleraian
(a) Pengetua mengarahkan guru memeriksa beg murid-murid.
(b) Di dalam beg Munir ditemukan bukti bahawa dialah penceroboh
kedai koperasi. Munir mengakui kesalahannya. Dia dijatuhkan
hukuman rotan sewaktu perhimpunan sekolah dan digantung
persekolahan.
(c) Koperasi sekolah dipilih sebagai pemenang koperasi terbaik.
(d) Razali bertemu dengan ayah kandungnya, Pak Ramli.
88 89
02a RANGER BM PT3.indd 89 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Watak dan Perwatakan
1. Razali (Watak utama)
(a) Razali murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
(b) Dia anak tunggal Mak Sopiah dan Pak Ramli serta anak tiri Pak Zakaria.
(c) Razali penyayang. Dia menyayangi ibu bapanya, terutama ibunya.
Demi kasih sayangnya kepada ibunya, dia sabar tinggal di rumah
Pak Zakaria walaupun dia selalu dimarahi oleh ayah tirinya itu.
(d) Razali juga bijak dalam pelajaran. Razali kerap mengajar Ramlah,
Swee Lan, dan Saridavi tentang topik yang tidak difahami.
(e) Selain itu, dia amanah dan jujur dalam menjalankan
tanggungjawabnya. Razali menjalankan tugasnya di kedai koperasi
Bab 2
dengan baik sehingga mendapat kepercayaan guru.
(f) Razali tabah menghadapi cabaran hidupnya. Dia difitnah oleh
Munir dan dimarahi oleh Pak Zakaria, namun dia tabah.
(g) Di samping itu, Razali pemaaf. Dia memaafkan Munir yang telah
memfitnahnya.
(h) Razali juga prihatin terhadap kesulitan orang lain. Dia membantu
Munir mengulang kaji pelajaran ketika Munir menjalani hukuman
penggantungan sekolah kerana peperiksaan semakin hampir.
2. Munir
(a) Munir murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
serta sekelas dengan Razali, Ramlah, dan Swee Lan.
(b) Munir anak orang kaya.
(c) Dia pemalas. Ketika Cikgu Saiful mengajar Prinsip Akaun, Munir tidak
menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya itu, sebaliknya dia
mengganggu murid lain.
(d) Dia juga pendendam. Munir berdendam terhadap Razali yang dilantik sebagai
naib setiausaha koperasi dan disenangi oleh kawan-kawan perempuan lalu
memfitnah Razali dan sanggup memukul Razali.
(e) Munir juga pengkhianat. Munir berlaku khianat terhadap amanah yang diberikan
kepadanya. Dia mencuri kunci kedai koperasi dan menyelerakkan barangan di
kedai koperasi itu serta mengambil wang sebanyak RM200.00 di kedai itu.
(f) Dia pemberani. Munir berani mengakui kesalahannya dan meminta maaf daripada
Razali. Dia juga berani berjumpa dengan Pak Zakaria untuk mengakui fitnah
yang dilakukannya terhadap Razali.
(g) Pada akhir cerita, Munir insaf akan kesalahannya. Selepas menjalani hukuman
rotan dan penggantungan sekolah, Munir berubah menjadi murid yang baik.
3. Cikgu Zulkifli
(a) Cikgu Zulkifli ialah guru di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Beliau mengajar Prinsip Akaun dan memegang jawatan sebagai guru koperasi
sekolah juga.
(b) Beliau guru yang berdedikasi. Cikgu Zulkifli gigih memajukan koperasi sekolah
itu. Antaranya, beliau mempelbagaikan aktiviti koperasi seperti menternak
ayam telur.
90 91
02a RANGER BM PT3.indd 90 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(c) Beliau bijak berfikir dan bertindak. Cikgu Zulkifli bijak merangka strategi
untuk memerangkap penceroboh koperasi sekolah.
(d) Beliau juga amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya. Beliau
menjalankan tugas sebagai guru Prinsip Akaun dan guru kedai koperasi
dengan penuh amanah dan jujur. Hasilnya, koperasi sekolah itu
muncul sebagai koperasi terbaik.
Latar
1. Latar masa
(a) Pagi – Razali dan beberapa orang kawannya terkejut apabila Bab 2
melihat keadaan di dalam kedai koperasi berselerak kerana telah
diceroboh.
(b) Petang – Munir, Leong, dan Silvam menunggu Razali pulang dari
sekolah lalu memukul Razali.
(c) Malam – Satu lembaga hitam membuka pintu kedai koperasi dan
menyelerakkan barang-barang di kedai koperasi itu.
2. Latar tempat
(a) Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, Perlis
(i) Munir menceroboh ke dalam kedai koperasi sekolah dan menuduh Razali
yang melakukannya.
(ii) Pihak juri koperasi menjalankan pemeriksaan di kedai koperasi sekolah
itu dan mengumumkan sekolah itu sebagai johan Pertandingan Koperasi
Sekolah.
(b) Pondok di tengah sawah – Tempat Razali gemar mengulang kaji pelajaran dan
menenangkan diri apabila dimarahi oleh bapa tirinya.
(c) Maktab Kerjasama, Petaling Jaya – Tempat azali dan wakil-wakil sekolah lain
menjalani kursus koperasi sekolah Malaysia.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat murid – Kebanyakan mereka mematuhi peraturan sekolah seperti
Razali, Ramlah, Swee Lan, dan Saridavi tetapi segelintirnya melanggar disiplin
sekolah, seperti Munir, Silvam, dan Leong.
(b) Masyarakat guru – Mereka terdiri daripada pengetua sekolah seperti Cikgu
Syamsuddin, guru-guru seperti Cikgu Zulkifli, Cikgu Muniam, dan Cikgu Hassan.
Mereka komited terhadap tugas mereka.
(c) Masyarakat yang bekerjasama dan bermuafakat – Razali,
Ramlah, Swee Lan, Saridavi, Cikgu Zulkifli, dan Cikgu Syamsuddin
mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan jualan koperasi
sekolah. Mereka juga sama-sama mengemas koperasi dan bilik
bacaan untuk menyertai Pertandingan Koperasi.
90 91
02a RANGER BM PT3.indd 91 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Nilai
1. Kasih sayang – Mak Sopiah sayang akan anaknya, Razali. Razali juga menyayangi
ibunya.
2. Baik hati – Razali sedia memaafkan Munir yang telah mencederakannya dan
memfitnahnya.
3. Keberanian – Razali berani menempuh segala cabaran hidupnya walaupun dia
membesar tanpa kasih sayang ayah kandungnya dan kerap dimarahi oleh ayah
tirinya.
4. Kerajinan – Seluruh ahli lembaga pengarah koperasi sekolah dan guru-guru sekolah
itu rajin dan gigih memajukan koperasi sekolah mereka.
Bab 2
5. Kerjasama – Ahli lembaga pengarah koperasi dan guru-guru bekerjasama untuk
memastikan kemenangan koperasi sekolah mereka.
6. Kejujuran – Ahli lembaga pengarah koperasi menjalankan tugas mereka dengan
jujur dan amanah.
Pengajaran
1. Kita haruslah jujur dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberi. Razali, Swee
Lan, Ramlah, dan Saridavi jujur dan amanah menjalankan tugas sebagai ahli koperasi
sekolah mereka.
2. Kita mestilah membantu orang lain. Razali yang bijak dalam pelajaran membantu
Swee Lan, Ramlah, dan Saridavi dalam mata pelajaran Prinsip Akaun yang tidak
difahami oleh mereka.
3. Kita janganlah cepat berputus asa apabila menghadapi dugaan dalam kehidupan kita.
Razali tidak mudah berputus asa dengan dugaan dalam kehidupannya.
4. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu
kejayaan. Ahli lembaga pengarah koperasi sekolah dan guru sekolah itu berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan
koperasi.
5. Kita haruslah memaafkan kesalahan orang lain. Razali memaafkan Munir dan
bersedia untuk membantu Munir mengulang kaji pelajarannya.
6. Kita usahlah berdendam terhadap orang lain. Tindakan Munir yang berdendam
dengan Razali kerana dilantik sebagai naib setiausaha dan disenangi oleh rakan
perempuan sehingga sanggup memukul Razali dan memfitnahnya usahlah kita ikuti.
92 93
02a RANGER BM PT3.indd 92 28/06/2019 9:17 AM
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
PRAKTIS FORMATIF 2.1.12
Jawab soalan-soalan yang berikut.
1. Persoalan ialah sesuatu hal atau perkara kecil yang hendak diperkatakan dalam
sesebuah novel dan berkaitan dengan tema.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga persoalan yang dikemukakan
dalam novel tersebut. Bab 2
2. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesebuah novel manakala perwatakan ialah
pemaparan tentang seseorang watak.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama.
3. Latar tempat merupakan semua jenis keterangan tentang keadaan, suasana,
peristiwa, ciri-ciri, dan sejarah di sesuatu tempat dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
92 93
02a RANGER BM PT3.indd 93 28/06/2019 9:17 AM
Jawapan
Jawapan
PRAKTIS FORMATIF 1.3.1
BAB 1 Sistem Bahasa
1. cili sos; sos cili
2. mini popia; popia mini
PRAKTIS FORMATIF 1.1.1
1. C 3. seni mempertahankan diri; seni pertahanan diri
2. B 4. Saji Restoran; Restoran Saji
3. (i) kasih 5. kaedah memandu berhemah; kaedah
(ii) wajib pemanduan berhemah
(iii) Cikgu
PRAKTIS FORMATIF 1.3.2
PRAKTIS FORMATIF 1.1.2 1. akan disiapkan oleh kami; akan kami siapkan
1. B 2. kerajaan baiki; dibaiki oleh kerajaan
2. B 3. balik kampung; balik ke kampung
3. sudah disidai oleh saya; sudah saya sidai
PRAKTIS FORMATIF 1.3.3
PRAKTIS FORMATIF 1.1.3 A
1. D
2. ketat; kuat / erat PRAKTIS FORMATIF 1.3.4
B
PRAKTIS FORMATIF 1.1.4
1. A PRAKTIS FORMATIF 1.4.1
2. B A 1. FN + FN
3. di atas; atas
2. FN + FSN
PRAKTIS FORMATIF 1.2.1 3. FN + FK
1. mengurang; mengurangkan 4. FN + FA
2. dipereratkan; dipererat B 1. Kakitangan syarikat swasta pemuda itu.
3. menasihatkan; menasihati 2. Sudah membaiki keretanya yang rosak
4. dilengkap; dilengkapi ayah.
5. menyerang; diserang 3. Menyambung pelajaran ke peringkat
6. meningkat; meningkatkan doktor falsafah Irfan Hadi.
C 1. (a) Ayah membuat kerja.
PRAKTIS FORMATIF 1.2.2 (b) Ayah mendengar radio di beranda
1. D rumah.
2. tanggungjawab 2. (a) Fazura ingin membeli kebaya batik itu.
(b) Harganya sangat mahal.
PRAKTIS FORMATIF 1.2.3 3. (a) Murid-murid itu senyap.
1. D (b) Kaunselor sedang menyampaikan
2. A ucapan.
3. pelbagai lauk-pauk; pelbagai lauk 4. (a) Usahawan itu gembira.
(b) Perniagaannya kian maju.
(c) Perniagaannya dikenali ramai.
288 289
Jawapan Ranger BMelayu PT3.indd 288 27/06/2019 5:13 PM
Bahasa Melayu PT3 Jawapan
PRAKTIS FORMATIF 1.4.2 • menarik minat pelancong dari luar negara
untuk datang ke negara ini
A 1. Pasu yang berat itu kami angkat ke tengah
halaman.
PRAKTIS FORMATIF 2.1.3
2. Bola itu ditendang oleh Zaquan ke luar 1. C
padang.
2. B
3. Pokok-pokok sayur disiram oleh kakak
menggunakan air tadahan hujan. 3. • kerana ada pihak yang sangat memerlukan
pertolongan kita
B 1. Saya mengangkat guni pasir itu ke dalam • bakti ini akan dikira sebagai pahala dan
stor di belakang rumah saya. amalan baik yang dapat memberikan
2. Zikri membeli baju yang mahal itu di ganjaran kepada kita
sebuah pasar raya terkenal.
PRAKTIS FORMATIF 2.1.4
3. Kamu menjawab latihan matematik yang
sukar itu dengan jayanya. 1. B
2. D
PRAKTIS FORMATIF 1.4.3
3. • dengan jasa itu, kita memperoleh nikmat
1. Ayat perintah kehidupan
• membolehkan kita menjalani kehidupan
2. Ayat penyata dengan aman dan makmur
3. Ayat tanya
PRAKTIS FORMATIF 2.1.5
4. Ayat seruan
1. A
5. Ayat perintah
2. D
PRAKTIS FORMATIF 1.5 3. • tidak mencemarkan alam sekitar
• mengelakkan peperangan yang dapat
1. C membinasakan alam
2. (i) Bersatu teguh, bercerai roboh
(ii) Bersekutu bertambah mutu PRAKTIS FORMATIF 2.1.6
1. C
2. A
BAB 2 Pemahaman Teks 3. • melambangkan peribadi kita
• disenangi oleh orang ramai
• mudah mendapat pertolongan daripada
PRAKTIS FORMATIF 2.1.1 orang lain
1. B
PRAKTIS FORMATIF 2.1.7
2. D
1. C
3. • merugikan kita kerana sikap malas
akan menyebabkan kita hidup miskin, 2. A
ketinggalan, dan dipandang rendah 3. • tidak wajar
• menyebabkan potensi diri kita tidak dapat • kerana perkara itu dilarang oleh agama
dikembangkan untuk manfaat diri, bangsa, • menampakkan sikap kita yang tidak jujur
dan agama dan menipu orang lain
PRAKTIS FORMATIF 2.1.2 PRAKTIS FORMATIF 2.1.8
1. B 1. A
2. A 2. C
3. • mewujudkan masyarakat yang harmoni 3. • haiwan merupakan makhluk Tuhan yang
• memajukan ekonomi negara mempunyai kepentingan kepada manusia
288 289
Jawapan Ranger BMelayu PT3.indd 289 27/06/2019 5:13 PM
Tingkatan 16.5mm
. . . .
1 2 3 3 Halaman
1 2
Halaman
Berwarna!
PT3 KSSM Berwarna! KC117010
Nota Padat Ranger
Praktis Berorientasikan PT3 PT3
Kertas Model PT3 PT3
Ranger
Jawapan Lengkap Revisi Cepat
Tingkatan
.
.
. .
1 2 3
1 2 3
Bahasa Melayu Science
Sejarah
Bahasa Inggeris Geografi KSSM
Matematik Reka Bentuk dan Teknologi
Mathematics Pendidikan Islam
Sains Bahasa Melayu Bahasa
Melayu
Azahar Bahari
W.M: RM18.95 / E.M: RM18.95
KC117010
ISBN: 978-983-00-9776-3