The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-11-15 22:22:41

Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Ekonomi

Format: 190mm X 260mm Extent= 232 pgs (11.94 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp

PRA-U PELANGI BESTSELLER
TeksSTPM Semester 3 ditulis berdasarkan PRA-U
R60% PRA-U Teks STPM Ekonomi CC039082c


sukatan pelajaran terbaharu Ekonomi
Ekonomi STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Ekonomi Malaysia) Ekonomi STPM Kertas 3 sebagai

rujukan.

SEMESTER 3 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Ekonomi
› Success with MUET
› MUET My Way

CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Semester 1, 2, & 3 (Ekonomi Malaysia)
› Bahasa Melayu Semester 1, 2, & 3
› Biology Semester 1, 2, & 3
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Semester 1, 2, & 3
SEMESTER
■ Peta Konsep › Chemistry Semester 1, 2, & 3 Lim Kien Kwok
Safriza Abd Hamid
■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Semester 1, 2, & 3 Mohamad Shukri Seman 3
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Semester 1, 2, & 3
Petunjuk STPM › Geografi Semester 1, 2, & 3 Ekonomi Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
■ Rumusan › Ekonomi Semester 1, 2, & 3
› Pengajian Perniagaan Semester 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Semester 3
■ Jawapan Lengkap

■ Glosari


SEMESTER
3



Beli eBook
di sini!




1





W.M: RM29.95 / E.M: RM30.95
CC039082c
ISBN: 978-967-2720-47-8


PELANGI




28/10/2021 3:27 PM
CVR_Pra U_STPM_2022 Ekonomi (Semester 3).indd 1-3
CVR_Pra U_STPM_2022 Ekonomi (Semester 3).indd 1-3 28/10/2021 3:27 PM

KANDUNGAN







Bab Pengangguran, Guna Tenaga, Bab
1 dan Upah 1 4 Perusahaan Kecil dan Sederhana 109
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
1.1 Pengangguran 2 4.1 Unit Perniagaan 110
1.2 Pengangguran di Malaysia 7 4.2 Perusahaan Kecil dan Sederhana 115
1.3 Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran 10 4.3 Perusahaan Kecil dan Sederhana
1.4 Upah 19 di Malaysia 116
Rumusan 26 4.4 Peranan Kerajaan 129
Praktis STPM 1 27 Rumusan 135
Praktis STPM 4 136
Bab
2 Inflasi dan Kos Sara Hidup 29 Bab
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 5 Institusi Kewangan 139
2.1 Indeks Harga dan Inflasi 30 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
2.2 Inflasi di Malaysia 37 5.1 Institusi Kewangan 140
2.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Inflasi 41 5.2 Institusi Kewangan di Malaysia 146
2.4 Kos Sara Hidup 43 5.3 Institusi Pemberi Kredit 156
2.5 Kesan Inflasi 43 Rumusan 162
2.6 Langkah-langkah Mengawal Inflasi 47 Praktis STPM 5 163
2.7 Belanjawan Negara Malaysia 52
Rumusan 61 Bab Kemiskinan dan Agihan 165
6
Pendapatan
Praktis STPM 2 63 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
6.1 Ukuran Kemiskinan 166
Bab Perdagangan Antarabangsa dan 6.2 Kemiskinan di Malaysia 170
3 Imbangan Pembayaran 65
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 6.3 Agihan Pendapatan 175
3.1 Perdagangan Antarabangsa dan Keterbukaan 6.4 Dasar Membasmi Kemiskinan dan
Ekonomi 66 Ketaksetaraan Pendapatan 178
3.2 Arah Aliran Perdagangan Antarabangsa Rumusan 184
di Malaysia 67 Praktis STPM 6 185
3.3 Kesan Perdagangan Antarabangsa 74
3.4 Langkah Mengawal Perdagangan Kertas Model STPM (944/3) 187
Antarabangsa 79
3.5 Imbangan Akaun Semasa di Malaysia 94 Panduan Kerja Kursus 190
3.6 Kadar Pertukaran Asing 99 Jawapan 197
Rumusan 105
Praktis STPM 3 107 Glosari 219




vi

BAB PENGANGGURAN, GUNA
1 TENAGA, DAN UPAH










Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
PENGENALAN

Pengangguran merupakan isu ekonomi yang penting. Setiap tahun, dalam Laporan Ekonomi negara,
pelbagai data berkaitan dengan pengangguran, guna tenaga, dan tenaga buruh akan diumumkan
untuk perhatian orang ramai. Setiap negara akan cuba merendahkan kadar pengangguran di negara
mereka kerana kadar pengangguran yang tinggi bermaksud penurunan dalam kadar guna tenaga dan
seterusnya penurunan dalam keluaran negara. Dalam bab ini, tajuk pengangguran akan dibincangkan
dengan lebih mendalam dengan melihat jenis-jenis pengangguran, sebab wujudnya pengangguran,
kesan pengangguran kepada sosioekonomi negara, dan cara-cara mengurangkan pengangguran.
Selain itu, konsep upah dan faktor yang membezakan upah antara individu dan sektor ekonomi juga
dibincangkan dalam bab ini.





Peta Konsep




Pengangguran, Guna
Tenaga, dan Upah













Pengangguran Pengangguran Faktor Upah
di Malaysia Mempengaruhi
• Takrif tenaga buruh, Pengangguran • Upah wang
guna tenaga, dan Arah aliran • Upah bukan wang
pengangguran pengangguran, guna • Sebab • Upah benar
• Cara menghitung tenaga, dan tenaga pengangguran • Faktor yang
kadar buruh • Kesan membezakan upah
pengangguran pengangguran mengikut pekerjaan
• Jenis pengangguran • Cara dan sektor
mengurangkan
pengangguran

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

Hasil Pembelajaran 1.1 Pengangguran
BAB Mentakrifkan tenaga
1 buruh, guna tenaga, dan
pengangguran. Takrif Tenaga Buruh, Guna Tenaga, dan Pengangguran
Tenaga Buruh

1 Tenaga buruh merupakan penduduk di sesebuah negara yang
berumur 15 hingga 64 tahun sama ada yang bekerja atau yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
menganggur.
2 Walau bagaimanapun, bukan semua penduduk dalam lingkungan
umur tersebut adalah tenaga buruh. Berikut adalah golongan yang
tidak termasuk sebagai tenaga buruh:
(a) Mereka yang cacat anggota atau mental dan tidak berkeupayaan
Siapakah bukan tenaga buruh?
untuk bekerja
(b) Pelajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi
(c) Suri rumah dan kanak-kanak
(d) Pesara
3 Penentuan umur minimum seseorang penduduk yang boleh
digolongkan sebagai tenaga buruh atau tidak adalah bergantung
Pengangguran
kepada undang-undang di sesebuah negara.
INFO
4 Di Malaysia, had umur minimum sebagai tenaga buruh ialah 15 tahun.
Oleh itu, jika terdapat majikan yang mengambil penduduk bawah
daripada 15 tahun sebagai tenaga buruh, maka majikan tersebut telah
dianggap melanggar undang-undang.
5 Manakala umur maksimum tenaga buruh di Malaysia pula ialah
60 tahun. Ini bermakna penduduk di Malaysia yang berumur melebihi
60 tahun bukan lagi tenaga buruh.
Guna Tenaga

’17 1 Guna tenaga ialah tenaga buruh yang bekerja, iaitu penduduk yang
aktif bekerja bertujuan untuk mendapatkan upah atau gaji. Ini
bermakna guna tenaga merupakan tenaga buruh yang menjalankan
kegiatan ekonomi.
2 Terdapat tiga golongan penduduk yang dikategorikan sebagai guna
tenaga. Mereka terdiri daripada:
(a) Penduduk yang bekerja untuk mendapatkan upah atau gaji
(b) Penduduk yang ada pekerjaan walaupun buat sementara waktu
mereka sedang bercuti atau sebab-sebab lain
(c) Pekerja yang tidak bergaji tetapi membantu menjalankan aktiviti
ekonomi keluarga
3 Guna tenaga penuh merujuk keadaan apabila semua tenaga buruh
digunakan sepenuhnya dalam kegiatan ekonomi.

Jelaskan maksud guna tenaga 4 Walau bagaimanapun, dalam keadaan sebenar adalah sukar untuk
penuh. mencapai keadaan penggunaan tenaga buruh seratus peratus. Oleh




2

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
itu, suatu keadaan ekonomi yang mengalami kadar pengangguran
4 % atau kurang telah dikatakan sudah mencapai guna tenaga penuh. BAB
Pengangguran ’15 1

1 Penganggur ialah tenaga buruh yang sepatutnya bekerja tetapi tidak
bekerja.
Jumlah
2 Pengangguran pula merupakan satu situasi apabila terdapat orang yang Penduduk
sanggup bekerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan. Pengangguran
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
merupakan suatu masalah ekonomi negara.
Penduduk Penduduk Penduduk
3 Dalam hal ini, terdapat tiga perkara yang perlu diberikan perhatian yang yang yang
berumur
berumur
berumur
bagi menjelaskan konsep pengangguran iaitu: kurang 15 tahun melebihi
(a) Seseorang itu mestilah layak bekerja. Jika seseorang itu tidak daripada hingga 64 64 tahun
tahun
15 tahun
layak bekerja, dia tidak dikatakan sebagai penganggur. Misalnya
seorang pemandu bas, tetapi dia tiada lesen memandu bas, maka
dia bukan penganggur.
(b) Seseorang itu tidak boleh dikatakan sebagai penganggur jika Bukan Tenaga buruh
tenaga
dia tidak mahu mencari pekerjaan dan tidak bersetuju dengan buruh
(orang
gaji yang ditawarkan. Misalnya seorang lulusan Ijazah Sarjana cacat,
Muda Ekonomi yang tidak sanggup menerima tawaran gaji pelajar Guna tenaga Pengangguran
sekolah dan
RM1500 sebulan sebagai pembantu kedai runcit, maka dia bukan pelajar IPT,
penganggur. suri rumah,
kanak-kanak
(c) Seseorang yang sedang dalam proses mencari pekerjaan yang dan pesara
sesuai dengan upah atau gaji yang sesuai juga tidak dianggap
sebagai penganggur.
Cara Menghitung Kadar Pengangguran
Hasil Pembelajaran
1 Jumlah pengangguran merupakan perbezaan antara jumlah tenaga Mengilustrasi cara
buruh dengan jumlah guna tenaga. Jumlah pengangguran dapat menghitung kadar
dihitung dengan menggunakan rumus berikut: pengangguran.

Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga

Galeri Info
2 Kadar pengangguran merupakan peratusan jumlah tenaga buruh Jadual di bawah menunjukkan
yang tidak bekerja berbanding dengan jumlah tenaga buruh. Kadar perbandingan kadar
pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut: pengangguran antara Malaysia
dengan beberapa buah negara
Jumlah pengangguran maju pada tahun 2011.
Kadar pengangguran = × 100 Kadar
Jumlah tenaga buruh Negara pengangguran (%)
Malaysia 3.1
Amerika
3 Contoh Syarikat 9.0
4.5
Jepun
Jumlah penduduk di Negara A ialah 28 juta orang. 10 juta daripadanya Jerman 6.0
merupakan tenaga buruh. Daripada 10 juta tenaga buruh, 9 juta United
merupakan guna tenaga. Berapakah kadar pengangguran di Negara Kingdom 8.0
A? Sumber: Laporan Ekonomi
2012/2013



3

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Petua Pemeriksa Penyelesaian:
BAB Kadar pengangguran Jumlah tenaga buruh –
Jumlah guna tenaga
1 merupakan peratusan jumlah Kadar pengangguran = Jumlah tenaga buruh × 100
tenaga buruh yang tidak
bekerja berbanding dengan
jumlah tenaga buruh dan = 10 juta – 9 juta × 100
bukan jumlah penduduk. 10 juta
= 10%
Ini bermakna di Negara A, 10% daripada tenaga buruh menganggur
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
atau tidak mendapat pekerjaan.
Jika kadar pengangguran di 4 Pengiraan kadar pengangguran adalah penting dalam analisis
Negara B ialah 5%. Tafsirkan makroekonomi kerana penurunan kadar pengangguran bermakna
nilai 5% ini. suatu peningkatan kadar guna tenaga dan seterusnya peningkatan
dalam keluaran negara.
5 Kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang adalah dianggap
sebagai kadar pengangguran semula jadi atau disebut guna tenaga
penuh.


’10 / ’12 / ’16 Jenis-jenis Pengangguran

Hasil Pembelajaran 1 Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara dapat dibezakan
mengikut punca atau sebab yang mewujudkan pengangguran tersebut.
Mengelaskan jenis
pengangguran. 2 Terdapat enam jenis pengangguran, iaitu:
(a) Pengangguran struktur
(b) Pengangguran bermusim
(c) Pengangguran geseran
(d) Pengangguran kitaran
(e) Pengangguran teknologi
(f) Pengangguran tak ketara
Faktor yang menyebabkan
perubahan struktur ekonomi Pengangguran Struktur
Malaysia boleh dilihat dari dua
aspek, iaitu faktor tolak dan 1 Pengangguran struktur ialah pengangguran yang berlaku disebabkan
faktor tarik: oleh perubahan struktur ekonomi sesebuah negara.
Faktor tolak ialah kemerosotan
sektor pertanian: 2 Misalnya apabila sesebuah negara mengalami perubahan struktur
(a) Ketidakstabilan harga ekonomi daripada sektor berasaskan sektor utama berubah kepada
komoditi utama
(b) Daya produktiviti rendah sektor pembuatan, maka pekerja-pekerja di sektor utama yang
(c) Penyerapan guna tenaga tidak mempunyai kemahiran dan tidak mempunyai mobiliti akan
rendah menganggur.
(d) Pendapatan rendah
(e) Kepupusan sumber asli 3 Pengangguran struktur merupakan jenis pengangguran jangka
Faktor tarik ialah peningkatan panjang dan sukar diatasi kerana pengangguran ini memerlukan masa
sumbangan sektor kedua dan
ketiga: yang panjang untuk membolehkan buruh di pasaran memperoleh
(a) Kestabilan harganya kemahiran tertentu.
(b) Produktiviti tinggi
(c) Penyerapan guna tenaga 4 Di Malaysia, perubahan struktur ekonomi telah berlaku mulai
tinggi tahun 1980an apabila Malaysia yang pada asalnya adalah sebuah
(d) Pendapatan tinggi negara berasaskan pertanian telah mula mengembangkan sektor
(e) Pelaburan meningkat
perindustriannya. Kesannya, guna tenaga dalam sektor pertanian telah
merosot dan pengangguran dalam sektor ini semakin meningkat.


4

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Pengangguran Bermusim Jenis-jenis pengangguran:
(a) Pengangguran struktur BAB
1 Pengangguran bermusim ialah pengangguran yang berlaku akibat (b) Pengangguran bermusim
(c) Pengangguran geseran
berlakunya perubahan musim. (d) Pengangguran kitaran 1
2 Misalnya apabila musim hujan, penoreh getah tidak dapat menjalankan (e) Pengangguran teknologi
(f) Pengangguran tak ketara
pekerjaannya. Apabila musim tengkujuh pula, nelayan-nelayan di
Pantai Timur tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan kerana
laut bergelora. Jadi pada musim-musim begitu, mereka tidak boleh
menjalankan aktiviti ekonomi dan terpaksa menganggur.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3 Biasanya pengangguran ini berlaku di sektor utama seperti pertanian
dan perikanan.

4 Pengangguran bermusim merupakan pengangguran jangka pendek
dan dapat diramalkan. Oleh itu, persediaan awal dapat dibuat untuk
mengurangkan kesan buruk pengangguran ini.
Pengangguran Geseran

1 Pengangguran geseran merupakan pengangguran yang berlaku
disebabkan oleh pekerja-pekerja secara sukarela berhenti bekerja
untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Jelaskan dua jenis
pengangguran yang bersifat
2 Pengangguran ini juga disebabkan oleh pekerja kurang mobiliti dan sementara.
tiada maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan. Apabila keadaan
ini berlaku, mereka tidak menjumpai peluang pekerjaan yang dicari.
3 Pengangguran ini berlaku dalam jangka masa pendek sahaja dan
bukan menjadi masalah yang besar kepada sesebuah negara kerana Jenis-jenis
mereka yang menganggur tidak akan menganggur dalam tempoh pengangguran
masa yang lama dan biasanya pengangguran jenis ini sentiasa wujud. INFO
Oleh itu, pengangguran ini juga dikenal sebagai pengangguran
normal.
Pengangguran Kitaran

1 Pengangguran kitaran merupakan pengangguran yang berlaku
kesan daripada perubahan ekonomi global yang tidak stabil. Ini
bermaksud, pengangguran yang berlaku akibat kemelesetan ekonomi
dunia.
2 Semasa kemelesetan ekonomi dunia, tingkat permintaan agregat adalah
rendah. Hal ini mendorong pengeluar mengurangkan pengeluaran
barang dan tenaga buruh yang digunakan. Maka, ramai tenaga buruh
terpaksa menganggur.
3 Pengangguran jenis ini sukar diramal dan biasanya berlaku dalam Galeri Info
jangka waktu yang panjang. Pengangguran kitaran juga
dikenal sebagai pengangguran
4 Misalnya keadaan kemelesetan ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987 besar-besaran kerana
yang disebabkan kenaikan harga minyak dunia serta pengangguran pengangguran ini melibatkan
semua faktor pengeluaran yang
yang berlaku pada akhir tahun 1990an akibat krisis kewangan telah ada dalam ekonomi secara
menyebabkan banyak firma atau kilang terpaksa mengurangkan besar-besaran.
penggunaan buruh.



5

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Pengangguran Teknologi
BAB Pengangguran yang manakah 1 Pengangguran yang berlaku akibat daripada penggantian buruh
1 berpunca daripada penggunaan dengan penggunaan mesin dan alatan moden dalam proses
mesin dalam proses
pengeluaran? pengeluaran.

2 Apabila mesin dan alatan moden banyak digunakan, maka penggunaan
buruh terutamanya buruh kurang mahir semakin kurang digunakan.
Oleh itu, mereka menjadi penganggur.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
3 Pengangguran jenis ini pasti berlaku dalam sebuah ekonomi yang
dinamik yang sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran serta
meningkatkan taraf hidup rakyat.

4 Penciptaan alatan-alatan moden dan canggih seperti mesin, jentera,
robot, dan komputer telah mengambil alih tugas yang sebelumnya
dilakukan oleh buruh.
5 Golongan yang paling ketara mengalami kesan daripada perkembangan
teknologi ialah buruh tidak mahir dan separuh mahir kerana tugas
mereka mudah diambil alih oleh penggunaan alatan-alatan atau
teknologi moden.
6 Manakala golongan buruh mahir dan profesional biasanya kurang
menerima kesan daripada perubahan ini kerana tugas mereka tidak
mudah digantikan oleh perkembangan teknologi.
7 Pengangguran ini berlaku ketara di negara maju atau negara-negara
Jenis Sebab
pengangguran utama perindustrian apabila banyak sektor perindustrian telah menggantikan
(a) Struktur – Perubahan buruh dengan mesin automatik.
struktur
ekonomi Pengangguran Tak Ketara
(b) Bermusim – Perubahan
musim 1 Pengangguran tak ketara berlaku apabila penggunaan buruh
(c) Geseran – Mencari lebih banyak daripada bilangan yang sepatutnya digunakan. Maka
kerja yang lebihan buruh ini sebenarnya tidak menyumbang kepada jumlah
lebih baik keluaran kerana keluaran sut mereka adalah sifar atau negatif.
(d) Kitaran – Kemelesetan
ekonomi 2 Pengangguran jenis ini juga dikenal sebagai pengangguran tidak
dunia nampak atau pengangguran tersembunyi.
(e) Teknologi – Penggunaan 3 Misalnya projek membina jambatan yang hanya perlu menggunakan
teknologi
moden seramai lima puluh orang buruh, tetapi buruh yang diambil ialah
(f) Tak ketara – Penggunaan seramai enam puluh orang. Maka sepuluh orang daripadanya
lebihan merupakan penganggur tak ketara.
tenaga buruh
4 Pengangguran jenis ini biasa berlaku dalam sektor pertanian di
negara-negara kurang maju yang mengalami kadar pertumbuhan
penduduk yang tinggi kerana daya pengeluaran sut buruh bukan
menjadi ukuran penting.











6

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

1.2 Pengangguran di Malaysia Hasil Pembelajaran
Memerihalkan arah aliran BAB
pengangguran, guna tenaga, 1
Arah Aliran Pengangguran, Guna Tenaga, dan Tenaga dan tenaga buruh.
Buruh

1 Jadual 1.1 menunjukkan pengangguran, guna tenaga, dan tenaga Galeri Info
buruh di Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2016 secara agregat. Jadual siri masa kadar
pengangguran di Malaysia:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Jadual 1.1 Pengangguran, guna tenaga, dan tenaga buruh di Malaysia dari tahun Kadar
2013 hingga tahun 2016 Tahun pengangguran
Butiran 2013 2014 2015 2016 (%)
Tenaga buruh (’000 orang) 13 980.5 14 263.6 14 518.0 14 667.8 1970 7.5
– (2.0) (1.8) (1.0) 1975 5.0
Guna tenaga (’000 orang) 13 545.4 13 852.6 14 067.7 14 163.7 1980 5.0
– (2.3) (1.6) (0.7) 1985 5.6
Kadar pengangguran (%) 3.1 2.9 3.1 3.4 1990 4.5
1995
3.1
Kadar penyertaan tenaga buruh (%) 2000 3.0
Jumlah 67.3 67.6 67.9 67.7 2005 3.5
Lelaki 81.0 80.6 80.6 80.2 2010 3.4
Perempuan 52.6 53.7 54.1 54.3 2011 3.1
2012 3.0
Pekerja asing (’000 orang) 2 250.3 2 073.4 2 135.0 1 866.4 2013 3.1
2014 2.9
2015 3.1
Nota: Angka dalam kurungan adalah peratus perubahan tahunan 2016 3.4
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)
Sumber: Jabatan Perangkaan
Malaysia
(a) Berdasarkan Jadual 1.1, didapati jumlah tenaga buruh telah
meningkat dari tahun 2013 ke tahun 2016 dalam tempoh
berkenaan, iaitu 13 980.5 ribu orang (2013), 14 263.6 ribu orang
(2014), 14 518.0 ribu orang (2015), dan 14 667.8 ribu orang
(2016).
(b) Secara umumnya, didapati arah aliran jumlah tenaga buruh
meningkat setiap tahun dalam tempoh berkenaan. Namun,
peratus pertumbuhannya semakin berkurang iaitu 2.0% (2014),
1.8% (2015), dan 1.0% (2016).
(c) Manakala jumlah guna tenaga dalam tempoh 2013 hingga 2016 Galeri Info
juga menunjukkan peningkatan, iaitu 13 545.4 ribu orang (2013), Jumlah pekerja asing sah
13 852.6 ribu orang (2014), 14 067.7 ribu orang (2015), dan dan PATI yang telah didaftar
14 163.7 ribu orang (2016). menerusi program 6P (sehingga
31 Ogos 2011).
(d) Didapati arah aliran jumlah guna tenaga juga menunjukkan
peningkatan dalam tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, Kategori Jumlah
(orang)
peratus pertumbuhannya mengalami penurunan iaitu 2.3% Pekerja asing 1 016 908
(2014), 1.6% (2015), dan 0.7% (2016). sah
(e) Sementara itu, kadar pengangguran dalam tempoh 2013 hingga PATI 1 303 126
2016 pula mengalami keadaan turun naik. Kadar pengangguran Pekerja asing 2 310 034
telah menurun daripada 3.1% pada tahun 2013 kepada 2.9% pada sah + PATI
tahun 2014, kemudian meningkat sebanyak 0.2% kepada 3.1% Nota: PATI (Pendatang Asing Tanpa
pada tahun 2015 dan terus meningkat kepada 3.4% pada tahun Izin)
2016. Sumber: Jabatan Imigresen
Malaysia




7

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Kadar penyertaan tenaga (f) Walaupun begitu, Malaysia masih mengalami keadaan guna
BAB buruh ialah peratusan jumlah tenaga penuh. Keadaan ini berlaku kerana peluang pekerjaan yang
tenaga buruh berbanding
1 dengan jumlah penduduk diwujudkan oleh pihak kerajaan dan swasta mampu menampung
pertambahan tenaga buruh yang berlaku.
dalam lingkungan umur antara
15 – 64 tahun. (g) Sesungguhnya peluang pekerjaan di Malaysia amat banyak. Oleh

Tenaga
Kadar buruh itu, tidak menghairankan jika terdapat berjuta-juta orang pekerja
penyertaan = Jumlah × 100 asing yang bekerja di Malaysia. Mereka sanggup bergadai nyawa
buruh penduduk datang ke sini sama ada secara sah atau secara haram.
15 – 64 (h) Jumlah pekerja asing adalah sebanyak 2 250.3 ribu orang (2013).
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Jumlah ini berkurang kepada 2 073.4 ribu orang (2014). Namun,
jumlahnya meningkat sebanyak 2.97% kepada 2 135 ribu orang
(2015) sebelum menurun sebanyak 12.58% kepada 1 866.4 ribu
orang (2016).
(i) Kadar penyertaannya meningkat daripada 67.3% pada tahun 2013
Sektor manakah yang memberi kepada 67.6% pada tahun 2014. Kemudian, kadar penyertaannya
sumbangan yang tertinggi terus meningkat kepada 67.9% pada tahun 2015 sebelum
dalam guna tenaga? mengalami sedikit kejatuhan kepada 67.7% pada tahun 2016.
(j) Berdasarkan Jadual 1.1 juga didapati secara keseluruhannya
penyertaan tenaga buruh penduduk lelaki lebih tinggi daripada
penyertaan penduduk perempuan dalam tempoh berkenaan.

2 Manakala guna tenaga mengikut industri di Malaysia pula dapat dilihat dengan berpandukan jadual
berikut.
Jadual 1.2 Guna tenaga mengikut industri * (’000 orang) di Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2016
Industri 2013 2014 2015 2016
Sektor utama
Pertanian, perhutanan dan perikanan 1 758.9 1 694.2 1 753.9 1 609.9
Perlombongan dan pengkuarian 89.9 84.7 104.4 96.3
Sektor kedua
Pembuatan 2 315.8 2 372.5 2 322.7 2 390.6
Pembinaan 1 292.1 1 277.7 1 309.9 1 251.7
Sektor ketiga
Perkhidmatan 8 088.6 8 422.1 8 575.1 8 814.3
Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara 61.5 65.6 61.7 77.9
Bekalan air, pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti 83.7 81.2 72.1 76.4
pemulihan
Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan 2 261.4 2 324.4 2 361.4 2 428.5
bermotor dan motosikal
Pengangkutan dan penyimpanan 626.5 598.2 615.0 630.4
Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 1 041.5 1 149.3 1 150.8 1 260.7
Maklumat dan komunikasi 194.1 213.2 214.2 208.7
Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 318.9 329.1 354.4 346.9
Aktiviti hartanah 72.7 79.7 71.2 82.4
Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 306.8 328.8 359.3 361.8
Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 566.9 654.3 634.8 657.0
Pentadbiran awam dan pertahanan, aktiviti keselamatan 761.4 741.7 751.0 748.2
sosial wajib
Pendidikan 816.6 871.4 899.0 928.7
Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 490.0 532.9 573.1 570.3
Kesenian, hiburan dan rekreasi 79.4 94.1 81.7 80.9
Aktiviti perkhidmatan lain 192.4 199.1 233.1 230.8
Aktiviti isi rumah sebagai majikan 214.8 159.1 142.3 124.7
Jumlah 13 545.3 13 851.2 14 066.0 14 162.8
* Industri dikelaskan mengikut ’Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008’
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)


8

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(a) Berdasarkan Jadual 1.2, kita dapat kategorikan industri-industri
tersebut kepada tiga sektor iaitu sektor utama, sektor kedua, dan BAB
sektor ketiga.
(b) Sektor utama merupakan sektor yang berasaskan sumber alam. 1
Sektor kedua pula melibatkan aktiviti pemprosesan iaitu sektor
pembinaan dan pembuatan. Manakala sektor ketiga ialah sektor
yang berasaskan perkhidmatan.
3. Guna tenaga mengikut sektor dapat dilihat dengan berpandukan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
jadual berikut.
Jadual 1.3 Guna tenaga mengikut sektor (diubah suai berdasarkan Jadual 1.2)
2013 2014 2015 2016
Sektor
’000 orang % ’000 orang % ’000 orang % ’000 orang %

1 778.9 1 858.3 1 706.2
Utama 1 848.8 13.7 12.8 13.2 12.1
(–3.8%) (4.5) (–8.2)
Kedua 3 607.9 26.6 3 650.2 26.4 3 632.6 25.8 3 642.3 25.7
(1.2%) (–0.5) (0.3)
8 422.1 8 575.1 8 814.3
Ketiga 8 088.6 59.7 60.8 61.0 62.2
(4.1%) (1.8) (2.8)
13 851.2 14 066.0 14 162.8
Jumlah 13 545.3 100.0 (2.3%) 100.0 (1.6%) 100.0 (0.7%) 100.0

Nota: Angka dalam kurungan menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan



(a) Berdasarkan Jadual 1.3, didapati dalam tempoh 2013 hingga
2016, sektor ketiga telah memberikan sumbangan yang terbesar
berbanding sektor lain terhadap guna tenaga di Malaysia.
(b) Pada tahun 2013, peratus sumbangan sektor ketiga menunjukkan
peningkatan dari tahun 2013 hingga tahun 2016, iaitu 59.7%
(2013), 60.8% (2014), 61.0% (2015), dan 62.2% (2016).
(c) Sektor yang kedua penting dalam menyumbangkan guna
tenaga ialah sektor kedua yang terdiri daripada pembuatan
dan pembinaan. Walau bagaimanapun, peratus sumbangannya
menunjukkan kemerosotan dalam tempoh 2013 hingga 2016.
Misalnya pada tahun 2013, sumbangannya merosot daripada
26.6% kepada 26.4% (2014), 25.8% (2015), dan 25.7% (2016).
(d) Manakala sektor yang memberikan sumbangan paling sedikit
dalam penggunaan guna tenaga ialah sektor utama. Pada tahun
2013, sumbangan sektor ini dalam penggunaan guna tenaga
hanya 13.7%. Sumbangannya merosot kepada 12.8% pada tahun
2014. Walau bagaimanapun, sumbangannya telah meningkat
semula kepada 13.2% pada tahun 2015 sebelum kembali merosot
kepada 12.1% pada tahun 2016.






9

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(e) Situasi ini menunjukkan bahawa kerajaan telah mentransformasi
BAB negara Malaysia ke arah mencapai sebuah negara maju.
1 Peningkatan dalam penggunaan guna tenaga dalam sektor kedua
dan ketiga menunjukkan bahawa kerajaan telah mengalihkan
ekonomi daripada berasaskan sektor utama kepada sektor yang
lebih efektif dan berkemahiran iaitu sektor kedua dan ketiga.
(f) Namun begitu, sektor utama tidak diabaikan oleh kerajaan. Ini
terbukti dengan perbelanjaan yang besar diperuntukkan oleh
kerajaan dalam sektor pertanian dan pembangunan luar bandar.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Misalnya, perbelanjaan mengurus kerajaan persekutuan terhadap
sektor ini ialah RM19 310 juta (2014), RM20 157 juta (2015), dan
RM18 861 juta (2016). Manakala perbelanjaan pembangunan
terhadap sektor ini ialah RM23 337 juta (2014), RM23 286 juta
(2015), dan RM25 113 juta (2016).
(g) Dari segi kadar pertumbuhan guna tenaga, didapati sektor utama
mengalami pertumbuhan yang negatif sebanyak 3.8% pada
tahun 2014 sebelum meningkat sebanyak 4.5% pada tahun 2015.
Kemudian kembali mengalami kadar pertumbuhan yang negatif
sebanyak 8.2% pada tahun 2016.
(h) Bagi sektor kedua pula, jika berdasarkan peratus pertumbuhan,
kadar pertumbuhan guna tenaga meningkat sebanyak 1.2% pada
tahun 2014, kemudian mengalami kadar pertumbuhan yang
negatif sebanyak 0.5% pada tahun 2015 dan kembali meningkat
sedikit sebanyak 0.3% pada tahun 2016.
(i) Di samping itu, kadar pertumbuhan guna tenaga sektor ketiga
masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1% pada
tahun 2014 dan 1.8% pada tahun 2015. Kemudian pada tahun
2016 kadar pertumbuhan terus meningkat sebanyak 2.8%.





1.3 Faktor yang Mempengaruhi
Pengangguran



Hasil Pembelajaran Faktor yang Mempengaruhi Pengangguran
Membincangkan sebab Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
berlaku pengangguran. pengangguran. Antara ialah:
(a) Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
(b) Kehendak majikan yang berbeza
’10 / ’15
(c) Kitaran perniagaan / kemelesetan ekonomi
(d) Persaingan dengan pekerja asing
(e) Sikap tenaga buruh
Adakah pengangguran (f) Musim
kitaran semestinya berlaku di (g) Kekurangan maklumat pekerjaan
sesebuah negara? (h) Perkembangan ekonomi





10

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
BAB
1 Apabila berlaku kadar pertumbuhan tenaga buruh yang pesat
berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi, maka peluang 1
pekerjaan yang tersedia tidak mencukupi bagi menampung
pertumbuhan tenaga buruh.
2 Misalnya di negara kita puluhan ribu lepasan sekolah menengah atau
lepasan universiti dikeluarkan setiap tahun. Mereka tergolong dalam
kalangan tenaga buruh kerana berumur antara 15 hingga 64 tahun,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
sedangkan peluang pekerjaan yang ada tidak sepadan dengan jumlah
lepasan sekolah dan universiti seperti itu.

3 Maka, mereka sukar mendapatkan pekerjaan dan terpaksa menganggur
dalam tempoh tertentu.


Kehendak majikan yang berbeza

1 Ketidaksepadanan antara kehendak majikan dengan kemahiran tenaga
buruh yang ada menyebabkan tenaga buruh terpaksa menganggur.
2 Misalnya sebuah firma memerlukan tenaga buruh yang mempunyai
kemahiran dalam reka bentuk bangunan, tetapi tenaga buruh yang
tersedia ialah hanya setakat kemahiran asas komputer. Maka tenaga
buruh tersebut tidak memenuhi keperluan firma dan tidak akan
mendapat pekerjaan.
3 Begitu juga dari segi kelayakan akademik, ada firma yang memerlukan
tenaga buruh yang berkelulusan ijazah perakaunan, tetapi tenaga
buruh yang ada hanya berkelulusan diploma perakaunan. Jadi
mereka tidak akan diterima untuk bekerja kerana kelulusannya tidak
memenuhi kehendak majikan.


Kitaran perniagaan / kemelesetan ekonomi

1 Pengangguran juga boleh berlaku apabila berlakunya kitaran
perniagaan, iaitu semasa ekonomi meleset.
Senaraikan tiga faktor yang
2 Apabila ekonomi dunia meleset, keadaan ekonomi Malaysia juga membawa kepada masalah
turut meleset kerana Malaysia mengamalkan ekonomi terbuka dengan pengangguran.
negara lain.
3 Apabila keadaan ini berlaku, permintaan agregat berkurang dan firma-
firma akan mengurangkan pengeluaran dan pengambilan buruh. Di
samping itu, terdapat firma-firma yang menamatkan perkhidmatan
tenaga buruhnya.
4 Ini menyebabkan tenaga buruh yang ditamatkan perkhidmatannya
terpaksa menganggur.








11

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

Galeri Info Persaingan dengan pekerja asing
BAB Statistik Jabatan Imigresen 1 Di Malaysia sekarang terdapat ramai tenaga buruh asing sama ada
1 Malaysia setakat 30 Jun 2017 berstatus sah atau tidak sah.
lalu menunjukkan seramai
1 781 598 orang pekerja
asing sah berada di Malaysia. 2 Mereka bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, perladangan,
Indonesia mencatatkan keselamatan dan sebagainya.
pekerja asing tertinggi disusuli
Nepal, Bangladesh, Myanmar, 3 Mereka sanggup menerima upah yang rendah daripada majikannya.
India, Pakistan, dan Vietnam. Ini adalah disebabkan negara mereka agak sukar untuk menjalani
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Terdapat juga pekerja berasal kehidupan.
dari China, Thailand, Sri Lanka,
Kemboja, dan Laos. 4 Keadaan ini berbeza dengan tenaga buruh tempatan yang tidak
sanggup bekerja dengan upah yang rendah.
5 Persaingan dengan pekerja asing ini dan ketidaksanggupan menerima
upah yang rendah menyebabkan tenaga buruh tempatan terpaksa
menganggur.

Sikap tenaga buruh

1 Pengangguran juga berlaku disebabkan sikap tenaga buruh itu sendiri
yang bermobilliti rendah.

2 Ada sesetengah tenaga buruh yang tidak mahu berhijrah ke tempat
yang mempunyai banyak peluang pekerjaan seperti di bandar-bandar
atau kawasan perusahaan. Ini disebabkan oleh faktor keluarga, tiada
kemudahan pengangkutan, tidak mahu meninggalkan kampung
halaman dan sebagainya.
3 Oleh itu, mereka tidak akan mendapat pekerjaan yang sepatutnya dan
sanggup menganggur serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
4 Di samping itu, terdapat juga tenaga buruh yang terlalu memilih
kerja. Mereka mahukan pekerjaan yang tidak berat, bergaji tinggi,
persekitaran kerja yang berdingin hawa dan sebagainya sedangkan
kelayakan serta kelulusannya tidak seberapa.
Musim

1 Walaupun Malaysia tidak mengalami empat musim seperti di
sesetengah negara lain, tetapi negara kita juga menghadapi musim
tengkujuh seperti di perairan Pantai Timur Semenanjung pada bulan
November hingga Mac.
2 Pada masa tersebut, umumnya laut bergelora dan taburan hujan adalah
tinggi yang boleh mengakibatkan banjir.
3 Pada musim tersebut, nelayan tidak dapat turun ke laut untuk
menangkap ikan, berada di daratan dan tidak mempunyai pekerjaan
yang tetap. Oleh itu, mereka terpaksa menganggur.

4 Begitu juga di negeri yang mengusahakan penanaman padi. Selepas
musim menuai, pesawah akan menganggur buat sementara waktu
untuk menunggu musim kedua.




12

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Kekurangan maklumat pekerjaan
BAB
1 Walaupun dunia serba moden dan alat telekomunikasi menjadi lebih
canggih, namun tidak dapat dinafikan masih berlaku kekurangan 1
sebaran maklumat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan
kawasan pedalaman.
2 Penduduk yang berada di kawasan terbabit tidak semuanya boleh
mengakses Internet seperti merekan yang berada di kawasan bandar-
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
bandar besar dan kawasan yang membangun.
3 Di samping itu, terdapat juga penduduk terutamanya dalam kawasan
pedalaman di Malaysia Timur yang tidak mempunyai rangkaian jalur
lebar yang sempurna serta jalinan jalan raya yang tidak banyak seperti
di Semenanjung.

4 Maka sebaran maklumat tentang pekerjaan tidak diperolehinya
dan mereka mengambil masa yang lama untuk mendapat sesuatu
pekerjaan.

Perkembangan teknologi

1 Perkembangan teknologi yang semakin moden juga turut menyumbang
kepada masalah pengangguran.

2 Penggunaan alatan yang lebih moden dan cekap dapat meningkatkan
daya pengeluaran dengan kos purata yang rendah berbanding dengan
penggunaan tenaga buruh.
3 Oleh itu, firma akan cenderung menggunakan teknologi moden
dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga
buruh. Justeru, tenaga buruh akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa
menganggur.


Kesan Pengangguran terhadap Sosioekonomi
’11
1 Pengangguran bukan sahaja memberikan kesan kepada penganggur
itu sendiri, tetapi juga memberikan kesan terhadap sosioekonomi Hasil Pembelajaran
keseluruhannya. Membincangkan kesan
pengangguran terhadap
2 Apabila berlaku pengangguran, penganggur menghadapi masalah sosioekonomi.
kewangan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Manakala di
peringkat negara, pengangguran akan menyebabkan kegiatan ekonomi
terjejas. Antara kesan sosioekonomi ialah:
(a) Pembaziran sumber
(i) Apabila berlaku pengangguran, ini bermakna terdapat
sumber pengeluaran atau buruh yang tidak digunakan
dalam proses pengeluaran. Oleh itu, keluaran negara yang
dihasilkan lebih kecil daripada yang sepatutnya.
(ii) Keadaan ini menyebabkan ekonomi tidak berada pada
tingkat guna tenaga penuh.



13

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(b) Pertumbuhan ekonomi terjejas
BAB (i) Pengangguran dikaitkan dengan lompang deflasi. Semakin
1 besar lompang deflasi, maka semakin serius masalah
pengangguran dan semakin besar perbezaan antara
pendapatan negara potensi dengan pendapatan negara
yang sebenarnya dicapai. Pendapatan negara potensi ialah
pendapatan negara semasa guna tenaga penuh.
’15(U) (ii) Oleh itu, apabila pengangguran berlaku, kegiatan ekonomi
menjadi lembap, permintaan agregat berkurang dan berlaku
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
lebihan penawaran barangan.
(iii) Ini akan menyebabkan keupayaan sesebuah negara untuk
menikmati pertumbuhan ekonomi yang lebih baik tidak
tercapai dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas.
(c) Pendapatan per kapita berkurangan
(i) Pendapatan per kapita diperoleh apabila pendapatan negara
dibahagi dengan jumlah penduduk.
(ii) Apabila pendapatan negara berkurang disebabkan berlaku
pengangguran, maka dengan jumlah penduduk yang sama,
pendapatan per kapita juga akan berkurang.
Kesan pengangguran (d) Taraf hidup akan merosot
terhadap sosioekonomi: (i) Biasanya taraf hidup diukur dengan menggunakan
(a) Pembaziran sumber
(b) Pertumbuhan ekonomi pendapatan per kapita benar. Pendapatan per kapita benar
terjejas diperoleh apabila pendapatan negara benar dibahagikan
(c) Pendapatan per kapita dengan jumlah penduduk.
berkurangan
(d) Taraf hidup jatuh (ii) Akibat daripada pengangguran, pendapatan negara akan
(e) Kemahiran buruh hilang merosot dan pendapatan negara benar juga merosot. Ini
(f) Kadar kemiskinan menyebabkan taraf hidup masyarakat juga merosot.
meningkat
(g) Masalah sosial (e) Kemahiran buruh akan hilang
(h) Ketidakstabilan politik (i) Pengangguran yang berlaku menyebabkan kemahiran buruh
semakin hilang.
(ii) Ini kerana pengekalan kemahiran buruh boleh dilakukan
jika buruh terus bekerja. Jika buruh tidak bekerja atau
menganggur, lama-kelamaan kemahiran yang sedia ada
akan hilang.
(f) Kadar kemiskinan meningkat
(i) Pengangguran menyebabkan kadar kemiskinan meningkat.
(ii) Kadar kemiskinan yang tinggi akan menjejaskan usaha
kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara kerana
sebahagian daripada perbelanjaan kerajaan yang sepatutnya
disalurkan untuk pembangunan negara telah digunakan
untuk mengatasi masalah kemiskinan.
(g) Masalah sosial
(i) Pengangguran menyebabkan individu hilang pendapatan
Jelaskan bagaimana masalah bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga.
pengangguran boleh (ii) Hal ini akan membawa pelbagai masalah sosial seperti
menyebabkan masalah sosial.
kecurian, rompakan, ragut, penipuan, dan sebagainya
apabila penganggur tidak dapat memenuhi keperluan asas
hidupnya. Mereka sanggup melakukan kegiatan anti sosial
ini untuk mendapatkan punca kewangan.



14

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(iii) Selain itu, hubungan kekeluargaan juga terjejas kerana
kehilangan pendapatan membawa masalah kewangan BAB
kepada keluarga. Pelbagai masalah keluarga adalah berpunca
daripada masalah kewangan. 1
(iv) Masalah tekanan jiwa dan kehilangan keyakinan diri juga
berlaku dalam kalangan para penganggur itu sendiri.
(h) Ketidakstabilan politik
(i) Masalah pengangguran pada kadar yang tinggi dan tidak
terkawal akan mengancam ketenteraman dan kestabilan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
politik negara.
(ii) Hal ini kerana ada golongan tertentu akan mengambil
kesempatan ini untuk mempengaruhi pemikiran rakyat
supaya menentang kerajaan. Mereka mungkin menganjurkan
demonstrasi, rusuhan, dan sebagainya untuk mencapai
tujuan mereka.

Cara Mengurangkan Pengangguran dan Meningkatkan ’10
Peluang Pekerjaan

1 Dasar fiskal mengembang
(a) Masalah pengangguran yang berlaku menunjukkan perbelanjaan Hasil Pembelajaran
agregat kurang daripada penawaran agregat.
(b) Salah satu cara untuk meningkatkan perbelanjaan agregat ialah Membincangkan
dengan menjalankan dasar fiskal mengembang melalui dasar cara mengurangkan
pengangguran dan
belanjawan kurangan. meningkatkan peluang
(c) Melalui dasar ini, pihak berkuasa boleh mengurangkan cukai pekerjaan.
tanpa kenaikan dalam perbelanjaan kerajaan atau menambahkan
perbelanjaan kerajaan tanpa mengubah cukai atau kedua-
duanya sekali secara serentak, iaitu mengurangkan cukai dan
menambahkan perbelanjaan kerajaan.
(d) Apabila kerajaan menjalankan dasar di atas, tingkat perbelanjaan
penggunaan (C), pelaburan (I), dan perbelanjaan kerajaan (G)
akan meningkat. Kesannya perbelanjaan agregat akan meningkat.
(e) Apabila pebelanjaan agregat meningkat, kegiatan ekonomi akan
berkembang dan permintaan buruh bertambah seterusnya
pengangguran dapat dikurangkan.
(f) Langkah ini sesuai untuk mengatasi masalah pengangguran
kitaran.
(g) Walau bagaimanapun, perubahan dalam dasar fiskal merupakan Bagaimanakah dasar fiskal
langkah berbentuk jangka pendek dan pelengkap kepada dasar- dapat mengatasi masalah
pengangguran?
dasar lain.
2 Dasar kewangan mengembang
(a) Operasi pasaran terbuka.
(i) Kerajaan melalui bank pusat akan membeli semula surat-
surat jaminan kerajaan daripada bank-bank perdagangan
dan masyarakat. Tindakan ini menambahkan tunai di bank-
bank perdagangan.





15

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(ii) Peningkatan baki tunai di bank-bank perdagangan
BAB membolehkan bank-bank perdagangan menambahkan
1 jumlah pinjaman kepada masyarakat dan pelabur akan
cenderung meningkatkan pelaburan kerana kos pinjaman
yang rendah.
(iii) Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berkembang, jumlah
tenaga buruh yang digunakan semakin bertambah, kadar
pengangguran dapat dikurangkan.
(b) Nisbah rizab berkanun
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(i) Kerajaan melalui bank pusat akan mengurangkan rizab
berkanun. Ini bermakna jumlah rizab yang perlu disimpan
di bank negara semakin kecil. Maka, lebihan rizab yang ada
di bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar
bertambah.
(ii) Keadaan ini membolehkan institusi-institusi kewangan
Secara ringkas, terangkan
bagaimana dasar kewangan tersebut meningkatkan jumlah pinjaman kepada masyarakat
dapat mengurangkan masalah dan pelabur. Pelaburan akan meningkat dan kegiatan
pengangguran. ekonomi berkembang dan pengangguran dapat dikurangkan.
(c) Nisbah rizab tunai
(i) Untuk meningkatkan bekalan wang, nisbah rizab tunai perlu
dikurangkan. Apabila rizab tunai dikurangkan, bermakna
semakin sedikit daripada deposit pelanggan yang perlu
dijadikan rizab tunai.
(ii) Rizab tunai tidak boleh digunakan sebagai pinjaman,
sebaliknya perlu disimpan dalam bank untuk memenuhi
tuntutan pendeposit. Oleh itu, bank perdagangan
mempunyai banyak wang untuk memberi pinjaman kepada
pelanggan.
(iii) Apabila pinjaman bertambah, pelaburan juga akan
meningkat. Dengan itu, kegiatan ekonomi akan
berkembang, tenaga buruh yang digunakan bertambah,
kadar pengangguran dapat dikurangkan.
(d) Kadar diskaun
(i) Salah satu fungsi bank pusat terhadap bank perdagangan
ialah sebagai pusat pinjaman terakhir apabila bank
perdagangan menghadapi masalah kewangan. Pinjaman
dari bank pusat dikenakan kadar diskaun.
(ii) Dalam hal ini, kadar diskaun perlu dikurangkan. Dengan
pengurangan kadar diskaun, maka kos meminjam bank
perdagangan di bank pusat berkurang. Maka, kadar bunga
yang dikenakan oleh bank perdagangan kepada peminjam
atau pelabur juga jatuh.
(iii) Oleh itu pelaburan bertambah, kegiatan ekonomi akan
berkembang, tenaga buruh yang digunakan bertambah,
kadar pengangguran dapat dikurangkan.
(e) Kadar bunga semalaman
(i) Kadar bunga semalaman yang ditetapkan oleh kerajaan harus
lebih rendah daripada kadar bunga pasaran. Oleh itu, kadar





16

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
bunga yang dikenakan oleh bank perdagangan terhadap
pengguna atau peminjam lebih rendah dari kebiasaannya. BAB
(ii) Peminjam dan pelabur cenderung untuk membuat pinjaman
dan menambahkan pelaburan. 1
(iii) Kesannya wang yang beredar di pasaran akan bertambah
dan kegiatan ekonomi berkembang dan kadar pengangguran
dapat dikurangkan.
(f) Kawalan kredit terpilih
(i) Dalam usaha kerajaan mengatasi masalah pengangguran,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
bank pusat seharusnya tidak menjalankan dasar diskriminasi
dalam menentukan sektor mana yang patut diberikan
pinjaman. Sebaliknya semua sektor perlu diberikan
pertimbangan untuk mendapatkan pinjaman.
(ii) Jadi apabila perkara ini dilaksanakan, kegiatan ekonomi bagi
semua sektor boleh berkembang.
(iii) Kesannya permintaan tenaga buruh bertambah dan kadar
pengangguran dapat dikurangkan.
(g) Pujukan moral
(i) Bagi mengatasi masalah pengangguran, bank negara akan
mengadakan pertemuan secara langsung dengan pihak
bank perdagangan untuk memujuk bank perdagangan agar
menyokong usaha dan dasar kerajaan untuk meningkatkan
bekalan wang di pasaran.
(ii) Misalnya meluaskan kredit kepda sektor-sektor yang menjadi
tumpuan kerajaan, tidak menjalankan diskriminasi terhadap
projek-projek tertentu dan memudahkan urusan kredit yang
bakal dilakukan oleh peminjam atau pelabur.
(iii) Sektor-sektor ekonomi akan mudah berkembang,
penggunaan tenaga buruh bertambah dan kadar
pengangguran dapat dikurangkan.
3 Menambahkan peluang pekerjaan
(a) Peluang perkerjaan dapat ditambah dengan mewujudkan
peluang-peluang pekerjaan baharu atau mengembangkan
sektor-sektor ekonomi yang berpotensi.
(b) Misalnya kerajaan membuka tanah baharu untuk pertanian dan
penternakan.
(c) Selain itu, kerajaan juga boleh menyediakan tapak-tapak
perindustrian yang baharu dan menyediakan insentif-insentif Cara mengurangkan
tertentu seperti taraf printis dan elaun cukai pelaburan. pengangguran:
(d) Hal ini bukan sahaja dapat menggalakkan perkembangan sektor (a) Dasar fiskal mengembang
perindustrian malah lebih banyak peluang pekerjaan baharu (b) Dasar kewangan
mengembang
dapat diwujudkan. (c) Menambahkan peluang
pekerjaan
4 Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia (d) Perancangan pembangunan
(a) Perancangan dalam bidang ini penting terutamanya untuk sumber tenaga manusia
menangani masalah pengangguran struktur. (e) Kemahiran dan latihan
buruh
(b) Pengangguran struktur wujud akibat daripada kekurangan (f) Penyebaran maklumat yang
kemahiran yang diperlukan terutamanya dalam sektor ekonomi lengkap
yang sedang berkembang. Jadi perlunya perancangan yang (g) Reformasi tanah
(h) Perancangan keluarga


17

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
sistematik dalam pembangunan sumber tenaga manusia agar
BAB sektor ekonomi yang sedang berkembang mendapat sumber
tenaga buruh yang mencukupi.
1 (c) Perancangan yang baik dan rapi dari segi penyediaan kemahiran
Galeri Info dan pembentukan modal insan di institusi pengajian tinggi
Dalam belanjawan tahun 2011, atau di institusi kemahiran tertentu baik yang dikelolakan
kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM40.1 bilion untuk oleh pihak kerajaan atau swasta perlu sesuai dengan keperluan
program pembangunan modal kemahiran yang diperlukan oleh pasaran kerja. Jika perkara
insan di peringkat sekolah dan ini dilaksanakan dengan betul, nescaya tidak akan wujud
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
institusi pendidikan tinggi.
pengangguran dalam kalangan siswazah atau lepasan dari institusi
kemahiran tertentu.
5 Kemahiran dan latihan buruh
(a) Latihan kemahiran dalam bidang teknik dan vokasional yang
bersesuaian diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Galeri Info (b) Apabila buruh tidak mempunyai latihan kemahiran yang
Antara langkah yang sesuai, maka mereka susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi
dijalankan oleh kerajaan untuk pihak berkuasa atau kerajaan perlu menambah bilangan
meningkatkan latihan dan
kemahiran buruh ialah: institusi kemahiran teknik dan vokasional serta meningkatkan
(a) Program Latihan 1 Malaysia pengambilan pelajar dalam bidang ini agar bakal buruh mendapat
telah diperkenalkan dalam latihan yang bersesuaian untuk diserapkan dalam pekerjaan
Belanjawan Tahun 2011.
Sebanyak RM200 juta tertentu.
diperuntukkan kepada (c) Langkah kerajaan dengan menyediakan dan menambahkan
217 Pusat GIATMARA, 72 institusi-institusi kemahiran baharu seperti politeknik-politeknik,
Kolej Komuniti, 28 Institusi
Latihan Jabatan Tenaga Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia
Manusia, dan 20 Institut Negara (IKBN), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut
Kemahiran Belia Negara. Kemahiran Mara (IKM) merupakan langkah yang sesuai bagi
(b) Program latihan
siswazah. Kerajaan telah mengurangkan pengagguran.
memperuntukkan RM330 (d) Apabila para belia atau buruh mendapat kemahiran-kemahiran
juta untuk pelbagai program yang sesuai, maka mobiliti buruh akan bertambah. Hal ini dapat
latihan siswazah. Ini membantu mereka mendapat pekerjaan.
melibatkan 101 program
dalam pelbagai bidang 6 Penyebaran maklumat yang lengkap
termasuk robotik dan (a) Pengangguran geseran berlaku disebabkan oleh kekurangan
automasi, pemeriksaan
kimpalan dan teknologi maklumat tentang pekerjaan.
pembangunan kandungan (b) Oleh itu, pihak berkuasa perlu memastikan para majikan
kreatif yang telah menyediakan dan menyebarkan maklumat yang secukupnya
memberikan manfaat
kepada lebih daripada tentang sesuatu pekerjaan seperti jenis pekerjaan, tempat,
24 000 siswazah kelulusan atau kemahiran yang diperlukan, gaji, serta
kejuruteraan. kemudahan lain yang ditawarkan.
(c) Latihan semula buruh yang
menganggur. (c) Maklumat ini boleh disebarkan melalui media cetak, media
elektronik, atau internet.
7 Reformasi tanah
(a) Sektor pertanian merupakan sektor yang penting kepada ekonomi
terutamanya di negara-negara sedang membangun. Dalam pada
itu, terdapat juga golongan petani yang tidak mempunyai tanah
yang mencukupi untuk diusahakan yang menyebabkan mereka
menganggur.
(b) Lantaran itu, pihak berkuasa perlulah menambahkan lagi
pembukaan tanah-tanah baharu untuk diusahakan oleh
golongan tersebut.


18

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(c) Langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia merupakan
langkah yang sesuai dengan membuka tanah-tanah baharu untuk BAB
peneroka seperti yang telah dilaksanakan oleh FELDA, FELCRA,
KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, dan sebagainya. 1
(d) Kesannya berpuluh ribu golongan petani dan peneroka telah
mendapat pekerjaan sekali gus menutup masalah pengangguran.
Faedahnya tidak terhenti untuk generasi pertama sahaja, malah
untuk generasi kedua dan generasi-generasi yang akan datang,
banyak peluang-peluang pekerjaan tersedia bukan kerja meneroka
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
tanah sahaja tetapi juga kerja-kerja hiliran seperti pemprosesan,
pembuatan dan perkhidmatan lain yang berkait dengan sektor
pertanian dan perladangan.
(e) Selain itu, pemodenan sektor pertanian perlu dijalankan supaya
para petani dapat meningkatkan kemahiran dan teknik-teknik
pengeluaran yang baharu.

8 Perancangan keluarga
(a) Langkah ini sesuai dilaksanakan di negara-negara yang mengalami
kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sedangkan peluang
pekerjaan adalah terhad.
(b) Perancangan keluarga mengurangkan pertambahan bilangan
penduduk dan mengurangkan penawaran tenaga buruh. Apabila
penawaran tenaga buruh dapat dikawal, maka pengangguran juga
dapat dikawal.
(c) Walau bagaimanapun, langkah ini merupakan kaedah yang akan
menunjukkan kesannya dalam masa jangka panjang.



1.4 Upah


Upah Wang, Upah Bukan Wang, dan Upah Benar Hasil Pembelajaran

Upah Wang Mentakrifkan upah wang,
upah bukan wang, dan
upah benar.
1 Upah wang merupakan jumlah wang yang diterima oleh buruh atas
sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
atau kegiatan ekonomi.
’14
2 Contohnya, seorang guru mendapat gaji sebanyak RM5 000 sebulan,
maka upah wang guru tersebut ialah RM5 000.
Upah Bukan Wang

1 Upah bukan wang pula merupakan upah yang diterima oleh buruh Upah
dalam bentuk selain daripada wang.
INFO
2 Upah bukan wang lebih dominan pada masa dahulu. Ini bermakna
pada masa dahulu majikan lebih cenderung membayar upah dalam
bentuk barang-barang yang dikeluarkan. Misalnya seorang buruh di
sektor penanaman padi, majikannya cenderung memberikan padi
sebagai upah.



19

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
3 Walau bagaimanapun, upah bukan wang juga diamalkan pada zaman
BAB sekarang. Misalnya pekerja di sektor perkilangan, selain mendapat gaji
1 bulanan dalam bentuk wang, mereka juga mendapat upah bukan wang
seperti pakaian seragam, tempat tinggal, pengangkutan, perubatan,
dan sebagainya.
Upah Benar
1 Upah benar ialah kemampuan atau keupayaan upah wang untuk
mendapatkan barang dan perkhidmatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
2 Upah benar juga merupakan kuasa beli upah wang , iaitu upah benar
mengukur berapa banyak barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli
dengan menggunakan upah wang tersebut.
3 Upah benar dapat dihitung dengan menggunakan rumus berikut:
Indeks harga pengguna tahun asas
Upah benar = × Upah wang
Indeks harga pengguna tahun semasa

4 Upah benar berkait rapat dengan perubahan harga barang dan
perkhidmatan di pasaran. Upah benar berhubung secara songsang
dengan harga barang di pasaran.
(a) Apabila harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan upah
wang yang sama, maka upah benar turun.
(b) Sebaliknya, apabila harga barang dan perkhidmatan turun dengan
upah wang yang sama, maka upah benar meningkat.
5 Contoh 1
Andaikan pada tahun 2012, gaji yang diterima oleh seorang guru ialah
Jadual di bawah menunjukkan RM5 000 sebulan. Manakala pada tahun 2013, berlaku kenaikan harga
upah wang dan indeks harga
pada tahun 2010 dan 2012. barang 20%. Ini bermakna indeks harga pengguna pada tahun 2012
Upah Indeks dan 2013 ialah 100 dan 120. Berapakah upah benar guru tersebut
Tahun pada tahun 2013?
wang harga
2010 RM1 200 100 Penyelesaian:
2012 RM1 500 120 Indeks harga pengguna tahun asas
Upah benar = × Upah wang
Hitung upah benar pada tahun Indeks harga pengguna tahun semasa
2012. = 100 × RM5 000
120
= RM4 166.67
6 Berdasarkan contoh di atas, ini bermakna gaji yang diterima oleh
guru sebanyak RM5 000 sebenarnya boleh digunakan untuk membeli
barang dan perkhidmatan yang berjumlah RM4 166.67.
7 Contoh 2
Andaikan pada tahun 2011, gaji yang diterima oleh seorang buruh
ialah RM5 000 sebulan. Manakala pada tahun 2013, gaji buruh
tersebut ialah RM6 000 sebulan. Indeks harga pengguna pada tahun
2011 ialah 100 dan indeks harga pengguna tahun 2013 ialah 110.
(a) Hitung upah benar pada tahun 2011 dan 2013.
(b) Apakah rumusan yang boleh dibuat terhadap taraf hidup buruh
tersebut?
(c) Hitung kadar perubahan upah benar.



20

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
Penyelesaian:
Indeks harga pengguna BAB
tahun asas
(a) Upah benar = × Upah wang ’13
Indeks harga pengguna 1
tahun semasa

Upah benar pada tahun 2011 ialah:
Upah benar = 100 × RM5 000
100
= RM5 000
Upah benar pada tahun 2013 ialah:

Upah benar = 100 × RM6 000
110
= RM5 454.54 Kenaikan upah wang
bermaksud kenaikan taraf
(b) Taraf hidup buruh meningkat kerana upah benar meningkat. hidup?
Upah benar meningkat akibat daripada kenaikan upah wang Setujukah anda dengan
pernyataan di atas?
(20%) adalah lebih tinggi daripada kenaikan harga (10%).
Kadar kenaikan upah wang = RM6 000 – RM5 000 × 100
RM5 000
= 20.00%

Kadar kenaikan harga = 110 – 100 × 100
100
= 10.00%

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(c) Kadar kenaikan upah benar = RM5 454.54 – RM5 000 × 100
RM5 000
= 9.09%

Faktor-faktor yang Membezakan Upah Mengikut Hasil Pembelajaran
Pekerjaan Membincangkan faktor

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbezaan upah antara yang membezakan upah
mengikut pekerjaan.
pekerjaan, iaitu:
1 Permintaan dan penawaran buruh
(a) Jika permintaan terhadap buruh bagi sesuatu pekerjaan lebih ’17
tinggi daripada penawarannya, upah cenderung untuk meningkat.
(b) Sebaliknya, jika permintaan terhadap buruh bagi sesuatu
pekerjaan lebih rendah daripada penawarannya, upah cenderung
untuk jatuh.
(c) Contohnya, pekerjaan seperti doktor pakar dan jurutera
petroleum mempunyai permintaan yang tinggi berbanding
dengan penawarannya, maka pekerjaan ini akan menerima kadar
upah yang tinggi.
2 Perbezaan tanggungjawab
(a) Semakin besar tanggungjawab yang dipikul oleh buruh bagi
sesuatu jenis pekerjaan, maka semakin tinggi upah yang diterima
oleh buruh.



21

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(b) Sebaliknya, semakin rendah tanggungjawab yang dipikul oleh
BAB buruh bagi sesuatu jenis pekerjaan, maka semakin rendah upah
yang diterima oleh buruh.
1 (c) Misalnya, tanggungjawab sebagai ketua jabatan lebih besar
berbanding dengan pegawai bawahan. Oleh itu, upah yang
diterima oleh ketua jabatan lebih tinggi daripada pegawai
bawahan.
3 Perbezaan masa bekerja
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(a) Jika masa bekerja bagi sesuatu pekerjaan panjang, upah yang
diterima adalah tinggi. Sebaliknya, jika masa bekerja bagi sesuatu
pekerjaan pendek, upah yang diterima lebih rendah.
(b) Di Malaysia, masa bekerja yang normal ialah lapan jam sehari.

Faktor yang mempengaruhi Oleh itu, apabila seseorang buruh bekerja lebih masa, maka
perbezaan tingkat upah mereka akan mendapat bayaran tambahan lebih masa.
antara pekerjaan: (c) Walau bagaimanapun, tidak semua jenis pekerjaan akan mendapat
(a) Permintaan dan penawaran bayaran tambahan atau elaun lebih masa. Elaun lebih masa
buruh
(b) Perbezaan tanggungjawab biasanya dilaksanakan dalam pekerjaan di sektor perkilangan
(c) Perbezaan masa bekerja dan pembuatan.
(d) Perbezaan risiko yang
ditanggung 4 Perbezaan risiko yang ditanggung
(e) Perbezaan taraf pendidikan (a) Sesuatu pekerjaan yang berisiko tinggi biasanya menerima upah
dan pengalaman
(f) Ganjaran bukan wang yang lebih tinggi berbanding dengan sesuatu pekerjaan yang
(g) Kekuatan kesatuan sekerja berisiko rendah.
(h) Perbezaan kemahiran (b) Misalnya upah yang diterima oleh pencuci bangunan adalah lebih
(i) Perbezaan mobiliti buruh
tinggi berbanding pencuci longkang atau tukang sapu.
5 Perbezaan taraf pendidikan dan pengalaman
(a) Semakin tinggi taraf pendidikan dan pengalaman yang diperlukan
bagi sesuatu pekerjaan, semakin tinggi upah yang diterima oleh
buruh dalam pekerjaan tersebut.
(b) Sebaliknya, semakin rendah taraf pendidikan dan pengalaman
yang diperlukan bagi sesuatu pekerjaan, semakin rendah upah
yang diterima oleh buruh yang terlibat.
(c) Misalnya upah yang diterima oleh buruh di bidang pendidikan
seperti guru atau pensyarah lebih tinggi daripada upah yang
diterima oleh pekerja am rendah. Ini kerana guru atau pensyarah
memerlukan taraf pendidikan yang lebih tinggi berbanding
dengan pekerja am rendah.
6 Ganjaran bukan wang
(a) Ganjaran bukan wang merujuk kepada faedah selain upah wang
seperti kemudahan tempat tinggal, kemudahan pengangkutan,
elaun makan, perubatan percuma, jaminan pekerjaan, keselesaan
tempat kerja, dan sebagainya.
(b) Apabila terdapat banyak ganjaran bukan wang dalam sesuatu
pekerjaan, pekerja lebih sanggup menerima kadar upah yang
rendah.
(c) Misalnya pekerja kilang beras, sebahagian upahnya dibayar dalam
bentuk beras, jadi upah dalam bentuk wang yang diterima adalah
rendah.



22

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
7 Kekuatan kesatuan sekerja
(a) Biasanya kesatuan sekerja bagi sesuatu jenis pekerjaan adalah BAB
berbeza dengan kesatuan pekerjaan yang lain. Begitu juga
dari segi kewujudan kesatuan sekerja, ada pekerjaan yang 1
mempunyai kesatuan sekerja dan ada pekerjaan yang tiada
kesatuan sekerja.
(b) Bagi pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja yang baik
dan kuat, ahli-ahlinya atau buruh yang menganggotai kesatuan
sekerja cenderung mendapat upah yang tinggi kerana hak dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
kebajikan mereka sentiasa dibela oleh kesatuan sekerja.
(c) Sebaliknya, bagi pekerjaan yang tidak mempunyai kesatuan
sekerja atau mempunyai kesatuan sekerja yang tidak kuat, upah
yang diterima oleh ahli-ahlinya atau buruh cenderung lebih
rendah kerana tidak ada badan yang kuat untuk memperjuangkan
hak atau kebajikan mereka.
8 Perbezaan kemahiran
(a) Semakin tinggi kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu
jenis pekerjaan, semakin tinggilah upah diterima oleh buruh.
Hal ini kerana bukan semua buruh dapat melakukannya tetapi
hanya buruh yang terlatih dan memiliki kemahiran tertentu dapat
melakukan pekerjaan tersebut.
(b) Sebaliknya, semakin rendah kemahiran yang diperlukan dalam
sesuatu jenis pekerjaan, semakin rendah upah yang diterima oleh
buruh. Hal ini kerana tugas buruh ini dapat digantikan dengan
mudah oleh buruh yang lain.
9 Perbezaan mobiliti buruh Galeri Info
(a) Mobiliti buruh boleh dibahagikan kepada mobiliti tempat
(geografi) dan mobiliti kegunaan (pekerjaan). Seseorang buruh mempunyai
mobiliti tempat yang terhad
(b) Apabila sesuatu pekerjaan memerlukan buruh bergerak dari kerana dipengaruhi oleh kos
suatu tempat ke tempat yang lain, buruh tersebut cenderung pengangkutan yang tinggi, tidak
menerima kadar upah yang lebih tinggi berbanding dengan mahu berpisah dengan ahli
keluarga atau rakan, dan lain-
sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan buruh bergerak dari lain faktor sosial.
suatu tempat ke tempat yang lain.
(c) Apabila buruh dalam sesuatu pekerjaan mudah berpindah
daripada satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain, upah yang
diterima oleh buruh cenderung lebih tinggi berbanding dengan
buruh yang sukar berpindah daripada satu pekerjaan ke pekerjaan
yang lain.
(d) Buruh yang kurang mobiliti pekerjaan dipengaruhi oleh
faktor tidak memiliki kemahiran lain atau terikat dengan tradisi
atau kebiasaan hidup mereka yang bersifat tetap dan tiada Senaraikan tiga faktor yang
perubahan. menyebabkan upah yang
(e) Kesimpulannya, semakin tinggi mobiliti buruh dalam sesuatu diterima oleh seorang pengurus
jenis pekerjaan, semakin tinggi kadar upah yang diterima oleh lebih tinggi daripada seorang
pekerja am.
buruh.






23

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

Hasil Pembelajaran Faktor-faktor yang Membezakan Upah Mengikut Sektor
BAB Membincangkan faktor 1 Di Malaysia, umumnya upah di sektor pertanian adalah lebih rendah
1 yang membezakan upah berbanding dengan upah di sektor perindustrian.
mengikut sektor.
2 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan upah yang diterima oleh
buruh di kedua-dua sektor ini berbeza, iaitu:
’14 (a) Perbezaan keanjalan penawaran
(i) Biasanya keanjalan penawaran bagi keluaran di sektor
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
pertanian adalah kurang anjal berbanding dengan keluaran
di sektor perindustrian.
(ii) Hal ini kerana proses pengeluaran keluaran di sektor
Faktor-faktor yang pertanian mengambil masa yang panjang berbanding dengan
membezakan keluaran di sektor perindustrian yang hanya memerlukan
upah mengikut masa yang singkat untuk dikeluarkan.
INFO sektor
(iii) Maka, sebarang kenaikan harga keluaran di sektor pertanian,
keluarannya tidak dapat diubah dengan cepat walaupun
pengeluar ingin meningkatkan keluaran bagi mendapat hasil
yang tinggi.
(iv) Sebaliknya, sebarang kenaikan harga keluaran di sektor
perindustrian, keluarannya dapat diubah dengan cepat
yang membolehkan pengeluar mendapatkan hasil yang tinggi.
(v) Maka, pengeluar di sektor perindustrian sanggup membayar
upah yang lebih tinggi kepada buruh berbanding pengeluar
di sektor pertanian.
(b) Kekuatan kesatuan sekerja
(i) Bagi sektor pekerjaan yang mempunyai kesatuan sekerja,
biasanya upah lebih tinggi berbanding dengan sektor
pekerjaan yang tidak mempunyai kesatuan sekerja.
(ii) Biasanya kesatuan sekerja di sektor perindustrian mempunyai
pengaruh yang kuat menyebabkan upah yang diterima oleh
buruh di sektor tersebut lebih tinggi.
(iii) Berbanding dengan buruh di sektor pertanian yang buruh
tidak mempunyai kesatuan sekerja atau tiada langsung
kesatuan sekerja menyebabkan upah yang diterima oleh
buruh di sektor ini lebih rendah.

(c) Mobiliti buruh
(i) Biasanya buruh di sektor pertanian kurang mobiliti
berbanding dengan buruh di sektor pembuatan atau
perindustrian.
(ii) Buruh di sektor pembuatan atau perindustrian mudah
berpindah dan bergerak mencari peluang pekerjaan yang
baharu serta mempunyai tawaran upah atau gaji yang lebih
tinggi.
(iii) Oleh itu, jika terdapat tawaran pekerjaan yang baharu
dengan gaji yang lebih tinggi, buruh di sektor ini akan
memperolehinya.



24

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(iv) Berbanding dengan buruh di sektor pertanian yang tidak
mudah berpindah menyebabkan mereka tidak mempunyai Faktor yang menyebabkan BAB
peluang untuk menikmati upah yang lebih tinggi. perbezaan upah antara sektor
pertanian dengan sektor 1
(d) Harga keluaran perindustrian:
(i) Walaupun pada umumnya harga barangan di pasaran (a) Perbezaan keanjalan
penawaran
ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran, tetapi (b) Kekuatan kesatuan sekerja
keadaan ini berbeza dengan keluaran di sektor pertanian. (c) Mobiliti buruh
(ii) Di sektor pertanian, firma atau pengeluar hanya bertindak (d) Harga keluaran
(e) Peranan orang tengah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
sebagai pengambil harga yang wujud di pasaran dan mereka (f) Daya pengeluaran sut
tidak mempunyai kuasa menentukan harga keluaran. Maka
pendapatan yang diperoleh pengeluar di sektor ini lebih
rendah.
(e) Peranan orang tengah
(i) Sememangnya kepentingan peranan orang tengah dalam
pemasaran hasil keluaran pertanian, penternakan dan
perikanan tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun,
tindakan orang tengah kadang-kadang tidak banyak
mendatangkan keuntungan kepada petani dan nelayan.
(ii) Oleh sebab para petani dan nelayan tidak mempunyai
pengetahuan yang sempurna tentang harga di pasaran, maka
orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli hasil Berikan tiga faktor yang
menyebabkan upah buruh di
keluaran pada harga yang rendah. Maka hasil yang diperoleh sektor perindustrian lebih tinggi
petani dan nelayan adalah rendah. daripada upah buruh di sektor
(iii) Ini berbeza dengan keadaan pemasaran bagi keluaran pertanian.
perindustrian. Keluaran perindustrian tidak terikat dengan
orang tengah. Firma bebas melakukan pemasaran barang
untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Maka
pendapatan yang diterima pengeluar adalah tinggi. Oleh
itu, pengeluar sektor perindustrian boleh membayar buruh
dengan upah yang lebih tinggi daripada sektor pertanian.
(f) Daya pengeluaran sut
(i) Umumnya daya pengeluaran sut buruh di sektor pertanian
lebih rendah daripada daya pengeluaran sut buruh di sektor
perindustrian.
(ii) Keadaan ini berlaku kerana tingkat teknologi yang
digunakan dalam sektor pertanian adalah rendah dan lebih
berintensifkan buruh.
(iii) Daya pengeluaran sut yang rendah menyebabkan buruh di
sektor pertanian mendapat upah yang rendah.
(iv) Keadaan ini berbeza di sektor perindustrian. Sektor
perindustrian lebih berintensifkan modal dan tingkat
teknologi yang digunakan lebih moden dan canggih. Oleh
itu, daya pengeluaran sut buruh di sektor perindustrian lebih
tinggi.
(v) Daya pengeluaran sut yang tinggi menyebabkan buruh di
sektor perindustrian mendapat upah yang lebih tinggi.



25

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

Rumusan
BAB
1 1 Tenaga buruh ialah penduduk negara yang berumur 15 tahun hingga 64 tahun sama ada yang bekerja
atau yang menganggur.
2 Guna tenaga ialah tenaga buruh yang bekerja dan berada dalam lingkungan umur 15 tahun hingga
64 tahun.
3 Pengangguran pula merupakan satu situasi apabila terdapat orang yang sanggup bekerja tetapi tidak
memperoleh pekerjaan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
4 Terdapat enam jenis pengangguran, iaitu:
(a) Pengangguran struktur (d) Pengangguran kitaran
(b) Pengangguran bermusim (e) Pengangguran teknologi
(c) Pengangguran geseran (f) Pengangguran tak ketara
5 Antara sebab berlakunya pengangguran:
(a) Kitaran perniagaan (c) Kejatuhan dalam penawaran agregat
(b) Permintaan agregat yang rendah (d) Sebab lain
6 Kesan pengangguran terhadap sosioekonomi:
(a) Pembaziran sumber (e) Kemahiran buruh hilang
(b) Pertumbuhan ekonomi terjejas (f) Kadar kemiskinan meningkat
(c) Pendapatan per kapita berkurangan (g) Masalah sosial
(d) Taraf hidup jatuh (h) Ketidakstabilan politik
7 Cara mengurangkan masalah pengangguran:
(a) Dasar fiskal mengembang (e) Kemahiran dan latihan buruh
(b) Dasar kewangan mengembang (f) Penyebaran maklumat yang lengkap
(c) Menambahkan peluang pekerjaan (g) Reformasi tanah
(d) Perancangan pembangunan sumber tenaga manusia (h) Perancangan keluarga
8 Upah wang merupakan jumlah wang yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental
dalam proses pengeluaran.
9 Upah bukan wang pula merupakan upah yang diterima oleh buruh dalam bentuk selain daripada wang.
10 Upah benar merupakan kuasa beli upah wang.
11 Faktor yang mempengaruhi perbezaan tingkat upah antara pekerjaan:
(a) Permintaan dan penawaran buruh (f) Ganjaran bukan wang
(b) Perbezaan tanggungjawab (g) Kekuatan kesatuan sekerja
(c) Perbezaan masa bekerja (h) Perbezaan kemahiran
(d) Perbezaan risiko yang ditanggung (i) Perbezaan mobiliti buruh
(e) Perbezaan taraf pendidikan dan pengalaman
12 Faktor yang menyebabkan perbezaan upah antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian:
(a) Perbezaan keanjalan penawaran
(b) Perbezaan keanjalan permintaan harga
(c) Perbezaan keanjalan permintaan pendapatan
(d) Musim dan bencana
(e) Harga keluaran
(f) Peranan orang tengah
(g) Daya pengeluaran sut
13 Rumus penting:
(a) Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga
Jumlah pengangguran
(b) Kadar pengangguran = × 100
Jumlah tenaga buruh
Indeks harga pengguna tahun asas
(c) Upah benar = × Upah wang
Indeks harga pengguna tahun semasa





26

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah

PRAKTIS STPM 1 BAB

1
BAHAGIAN A Soalan Esei

Jawab semua soalan.

1 Terangkan tiga jenis pengangguran. [6]
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
2 Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlaku pengangguran di Malaysia. [6]

3 Huraikan kesan buruk pengangguran kitaran terhadap:
(a) Taraf hidup masyarakat [3]
(b) Pertumbuhan ekonomi [3]

4 Huraikan tiga alat dasar kewangan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan
kadar pengangguran. [6]
5 Encik Zamri bekerja sebagai pekerja am pejabat yang menerima gaji sebanyak RM1 500 sebulan,

manakala Encik Zuhair bekerja sebagai pegawai tentera yang menerima gaji sebanyak RM6 000
sebulan.

Huraikan tiga faktor yang membezakan gaji Encik Zamri dan Encik Zuhair. [6]

6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan upah wang dan upah benar? [2]
(b) Terangkan dua faktor yang membezakan upah yang diterima dalam sektor pertanian berbanding
upah buruh dalam sektor perkilangan. [4]





BAHAGIAN B Soalan Kuantitatif

Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan pengiraan dan berikan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

1 Jadual di bawah menunjukkan data tenaga buruh, guna tenaga mengikut sektor ekonomi, dan jumlah
penduduk dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

2014 2015 2016
Butiran
(ribu orang) (ribu orang) (ribu orang)
Tenaga buruh 14 263.6 14 518.0 14 667.8
Guna tenaga Pertanian, perhutanan dan perikanan 1 694.2 1 753.9 1 609.9
mengikut Perlombongan dan pengkuarian 84.7 104.4 96.3
sektor Pembuatan 2 372.5 2 322.7 2 390.6
Pembinaan 1 277.7 1 309.9 1 251.7
Perkhidmatan 8 422.1 8 575.1 8 814.3
Jumlah penduduk 30 709 31 186 31 634
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)






27

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 1 Pengangguran, Guna Tenaga, dan Upah
(a) Apakah maksud tenaga buruh dan guna tenaga? [2]
BAB (b) (i) Hitung jumlah guna tenaga bagi tahun 2014, tahun 2015, dan tahun 2016. [2]
1 (ii) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2014, tahun 2015, dan tahun 2016. [3]
(iii) Hitung peratus jumlah penduduk yang dikategorikan sebagai “di luar tenaga buruh” bagi
tahun 2014, tahun 2015, dan tahun 2016. [3]


2 Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, tenaga buruh, dan kadar pengangguran pada
tahun 2015 dan tahun 2016.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Tahun 2015 2016
Jumlah penduduk (ribu orang) 31 186 31 634
Tenaga buruh (ribu orang) 14 518.0 14 667.8
Kadar pengangguran (%) 3.1 3.4
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)

(a) Hitung jumlah penganggur pada tahun 2015 dan tahun 2016. [3]
(b) Hitung jumlah guna tenaga pada tahun 2015 dan tahun 2016. [3]
(c) Hitung kadar pertambahan guna tenaga pada tahun 2016. [2]
(d) Nyatakan jenis pengangguran yang berlaku pada tahun 2015 hingga tahun 2016. Mengapakah
pengangguran tersebut berlaku? [2]


3 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia pada tahun 2014 hingga tahun
2016 dengan menggunakan tahun 2010 sebagai tahun asas.

Tahun
Perkara
2014 2015 2016
Indeks harga pengguna 110.5 112.8 115.2
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)

Berdasarkan jadual di atas,
(a) Andaikan upah nominal pada tahun 2015 ialah RM5 000 dan pada tahun 2016 ialah RM5 920.
(i) Hitung upah benar bagi tahun 2015 dan tahun 2016. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (a)(i)? [2]
(b) (i) Hitung peratus kenaikan upah nominal dan upah benar antara tahun 2015 dengan tahun
2016. [3]
(ii) Apakah rumusan anda berdasarkan jawapan pada (b)(i)? [2]
















28

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
BAB KEMISKINAN DAN
6 AGIHAN PENDAPATAN










Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
PENGENALAN
Kemiskinan merupakan satu fenomena yang dihadapi oleh negara dunia ketiga termasuklah negara
kita, Malaysia. Kemiskinan boleh diukur berdasarkan pendekatan kemiskinan relatif dan kemiskinan
mutlak. Atas usaha kerajaan, kadar kemiskinan negara kita di kawasan bandar mahupun luar bandar
telah beransur turun. Kebanyakan negeri di negara kita juga mencatat kadar penurunan kemiskinan
yang menggalakkan pada kebelakangan tahun. Antara punca kemiskinan termasuklah akses pasaran,
modal, teknologi, dan pendidikan. Agihan pendapatan dapat diukur dengan kaedah Persentil. Pekali
Gini daripada pengukuran tersebut akan memberi gambaran keserataan atau ketakserataan pendapatan
pada suatu kawasan atau negara tertentu. Ketakserataan pendapatan merupakan satu fenomena yang
perlu ditangani. Dasar-dasar dan program-program tertentu telah dilaksanakan oleh agensi-agensi
kerajaan, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan agar masalah kemiskinan dan ketakserataan
pendapatan dapat diatasi.




Peta Konsep



Kemiskinan dan Agihan
Pendapatan






Ukuran Kemiskinan Agihan Dasar Membasmi
Kemiskinan di Malaysia Pendapatan Kemiskinan dan
Ketidaksetaraan
• Kemiskinan mutlak Punca: Kaedah pengukuran: Pendapatan
• Kemiskinan relatif • Akses pasaran • Kaedah Persentil
• Kemiskinan tegar • Modal • Pekali Gini Dasar:
• Teknologi Sumber pendapatan: • DEB • DWN
• Pendidikan • Upah • DPN • DPN
• Pendapatan bukan (pembangunan) (pendidikan)
upah Agensi:
• Harta pusaka • JKM • Baitulmal
• Bayaran pindahan • AIM • APW
• FAMA
Program:
• PPRT • SPBT
• RMT • SBT BAB
6




165

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Hasil Pembelajaran 6.1 Ukuran Kemiskinan
Mentakrifkan kemiskinan.
Takrif Kemiskinan

1 Kemiskinan ditakrifkan sebagai suatu keadaan seseorang tidak
berkemampuan memenuhi piawaian minimum keperluan asas yang
meliputi keperluan makanan dan bukan makanan seperti pakaian,
tempat perlindungan, pendidikan, dan kesihatan. Dalam masyarakat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
moden, kemiskinan biasanya disamakan dengan masalah kekurangan
wang.
2 Kemiskinan boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam
keadaan yang susah untuk memenuhi keperluan-keperluan hidup
Apakah maksud kemiskinan? yang mencukupi. Kemiskinan juga disifatkan sebagai ketidakcukupan
Jelaskan dua pendekatan bagi memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk
mengukur kemiskinan. mempertahankan kecekapan fizikal.

3 Biasanya kita mengaitkan kemiskinan ini dengan keadaan yang
mundur, ketinggalan, kekurangan kemudahan fizikal, dan keadaan
kesihatan yang kurang sempurna.
4 Ukuran kemiskinan adalah suatu yang sangat subjektif dan normatif.
(a) Ukuran ini adalah subjektif sebab tiada satu garis panduan
yang lengkap dan tepat yang dapat mengukur apakah yang
dimaksudkan dengan kemiskinan sebenarnya.
(b) Manakala kemiskinan itu dikatakan normatif kerana kita
menetapkan garis kemiskinan dengan berpandukan norma
atau nilai masyarakat. Ukuran yang biasanya dibuat adalah
berpandukan pendapatan selepas cukai dan perbelanjaan
pengguna.
5 Terdapat dua kategori ukuran kemiskinan, iaitu kemiskinan mutlak
dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merupakan konsep cukup
hidup dan kemiskinan relatif merupakan konsep ketidaksamaan
pendapatan.

Kemiskinan Mutlak
Galeri Info
1 Kemiskinan mutlak dapat ditakrifkan sebagai keadaan yang mana
Kemiskinan mutlak
diperkenalkan oleh Seebohm pendapatan seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
Rowntree. minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan
(PGK).

’13(U) 2 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang setakat
mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan,
pakaian, dan tempat tinggal.

3 Ini bermakna kemiskinan mutlak menggunakan satu asas ukuran yang
BAB dianggap piawai untuk membolehkan perbandingan antara tempat
dan masa.
6




166

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
4 Kaedah ukuran kemiskinan ini menggunakan pendekatan biologi yang Galeri Info
berteraskan kepada keperluan minimum untuk memenuhi keperluan
asasi manusia yang melibatkan makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Kemiskinan mutlak sering
berlaku di luar bandar
terutamanya di kampung-
5 Maka, mengikut tafsiran ini, sesiapa yang tidak mampu untuk kampung terpencil yang
memenuhi keperluan asasi ini dikategorikan sebagai miskin. sememangnya menghadapi
masalah kekurangan
6 Misalnya, jika kerajaan menetapkan kadar pendapatan RM930 sebulan kemudahan sekolah dan
guru terlatih yang sesuai
sebagai PGK di Semenanjung Malaysia, maka sesebuah isi rumah serta persekitaran yang baik
di Semenanjung Malaysia dianggap miskin sekiranya pendapatan untuk pembelajaran. Hal ini
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
bulanannya kurang daripada RM930. menyebabkan tahap dan
kualiti pendidikan di kawasan
Kemiskinan Relatif luar bandar kekal rendah dan
peluang bagi golongan miskin
memperbaiki kedudukan
1 Kemiskinan relatif mengukur perbezaan pendapatan atau kewangan mereka melalui
ketidaksamaan agihan pendapatan antara kaum, bandar, luar bandar, pendidikan adalah tipis.
kawasan kediaman dan lain-lain.
2 Dengan kata lain, kemiskinan relatif adalah kemiskinan yang wujud
akibat daripada perbezaan pendapatan antara etnik, antara kawasan,
dan juga negeri.
3 Misalnya taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan Petua Pemeriksa
20 peratus terendah dibandingkan dengan taraf hidup kumpulan Pelajar harus tahu
isi rumah yang berpendapatan 10 peratus tertinggi. Taraf hidup membezakan kemiskinan
kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20% terendah adalah secara mutlak dengan kemiskinan
relatifnya miskin jika dibandingkan dengan kumpulan isi rumah relatif.
berpendapatan 10 peratus tertinggi.

4 Punca-punca kemiskinan relatif: ’13 / ’13(U)
(a) Perbezaan status sosioekonomi.
(b) Proses pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan.
(c) Migrasi luar bandar ke bandar.
(d) Akses pemasaran.
(e) Modal.
(f) Teknologi.
(g) Taraf pendidikan.
5 Kemiskinan relatif tidak mungkin dapat dihapuskan kecuali terdapat
agihan pendapatan yang saksama. Maka, untuk mengurangkan
kemiskinan relatif, agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat
perlu diperbaiki melalui dasar-dasar negara yang dilaksanakan.

Prinsip Penentuan Garis Kemiskinan Hasil Pembelajaran

1 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang setakat Menggariskan prinsip
mencukupi untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan, penentuan garis kemiskinan.
pakaian, dan tempat tinggal.

2 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) terdiri daripada dua komponen BAB
iaitu PGK makanan dan PGK bukan makanan. 6




167

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Galeri Info 3 PGK ditentukan secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam
Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS -Household Income Survey)
Objektif utama HIS (Household mengikut:
Income Survey) adalah untuk
mengumpul maklumat tentang (a) Saiz isi rumah
pola taburan pendapatan isi Isi rumah yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai
rumah mengikut pelbagai ciri memerlukan lebih perbelanjaan untuk makanan dan bukan
dan menilai kesan pelaksanaan
rancangan pembangunan makanan bagi mencapai taraf hidup yang memuaskan untuk
negara. Penyiasatan yang semua ahli keluarganya.
terakhir dijalankan ialah pada (b) Komposisi demografi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
tahun 2016.
Keperluan kalori adalah berbeza mengikut jantina, umur, berat,
dan kadar metabolik basal atau basal metabolic rate (BMR), maka
PGK makanan akan berbeza mengikut komposisi demografi isi
rumah.
(c) Lokasi (negeri dan strata)
HIS (Household
Income Survey) Harga makanan dan bukan makanan adalah berbeza secara ketara
INFO antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar.
4 Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan bulanan
isi rumah tersebut kurang daripada PGKnya, iaitu pendapatan
yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi
keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang
membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Secara
ringkas, isi rumah dianggap miskin sekiranya:
Pendapatan purata bulanan < PGK (makanan dan bukan makanan)

5 Sesebuah isi rumah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya
pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada PGK
Apakah perbezaan kemiskinan makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan
dengan kemiskinan tegar?
isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi
makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya
mempunyai tubuh badan yang sihat. Secara ringkas, isi rumah
dianggap miskin tegar sekiranya:
Pendapatan purata bulanan < PGK makanan

Kaedah Penentuan PGK Makanan
1 Komponen makanan bagi PGK adalah berasaskan pandangan pakar
pemakanan, pakar diet, dan pakar perubatan.
2 Keperluan harian kilo kalori setiap individu mengambil kira
pemakanan seimbang yang terdiri daripada:
(a) Bijirin dan produk bijirin
(b) Ayam, telur, dan ikan
(c) Susu
(d) Minyak dan lelemak
(e) Gula
(f) Sayur-sayuran dan buah-buahan
BAB (g) Kekacang
6 Kategori makanan di atas adalah berdasarkan kepada Komposisi
Nutrisi Makanan Malaysia, IMR1997.



168

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Jadual 6.1 menunjukkan komponen asas makanan untuk penentuan Kaedah Penentu PGK
PGK makanan. Makanan berdasarkan lima
kumpulan makanan
Jadual 6.1 Komponen asas makanan untuk penentuan PGK makanan 1 Bijirin dan hasil
Jenis makanan bijirin serta ubi-ubian
menyumbangkan zat
(a) Bijirin dan produk bijiran: (e) Gula: karbohidrat.
• Beras • Gula halus 2 Buah-buahan dan
• Tepung gandum sayur-sayuran
• Biskut kering menyumbangkan zat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
karbohidrat (juga mineral
(b) Ayam, telur dan ikan: (f) Sayur-sayuran dan buah-buahan: dan vitamin serta serat).
• Ayam • Sayur hijau
• Telur • Buah-buahan 3 Ikan, ayam, daging
• Ikan dan kekacang
menyumbangkan zat
(c) Susu: (g) Kekacang: protein (juga lemak).
• Susu tepung • Kacang hijau 4 Hasil tenusu
• Susu lemak manis • Dal menyumbangkan zat
karbohidrat, protein dan
(d) Minyak dan lelemak: lemak.
• Minyak masak
• Marjerin 5 Lemak dan minyak
menyumbangkan zat
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi) lemak.
4 Jumlah keperluan harian kilo kalori bagi satu keluarga seramai 5 Komposisi nutrisi ialah:
orang ialah sebanyak 8 725 sehari. Keperluan kilo kalori seterusnya Karbohidrat 58%
ditukarkan kepada nilai Ringgit Malaysia mengikut harga runcit setiap Lemak 26%
kawasan. Protein 16%


Kaedah Penentuan PGK Bukan Makanan
1 PGK bukan makanan adalah menggunakan kiraan Bank Dunia
dalam menentukan keperluan minimum perkhidmatan dan bukan
makanan yang membolehkan sesebuah isi rumah berfungsi di dalam
masyarakat.
2 Keperluan ini dikira berdasarkan corak perbelanjaan isi rumah
berpendapatan rendah yang dikenal pasti melalui Penyiasatan Galeri Info
Perbelanjaan Isi Rumah (HES- Household Expenditure Survey). Objektif utama HES

3 PGK bukan makanan akan dikira berdasarkan keperluan setiap (Household Expenditure
Survey) ialah untuk
isi rumah dan Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan dan bukan mengemaskini wajaran Indeks
makanan mengikut negeri dan strata (bandar dan luar bandar). Harga Pengguna (IHP). IHP
merupakan pengukur kepada
4 Komponen PGK bukan makanan ialah: kadar perubahan purata harga
(a) Pakaian dan kasut bagi sekumpulan barangan dan
perkhidmatan yang tetap yang
(b) Sewa, minyak, dan elektrik mewakili corak perbelanjaan isi
(c) Perkhidmatan asas rumah di Malaysia.
(d) Pengangkutan dan komunikasi
(e) Lain-lain perkara bukan makanan

BAB
6




169

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
5 Jadual 6.2 menunjukkan PGK mengikut wilayah di Malaysia pada
tahun 2014.

Jadual 6.2 PGK mengikut wilayah, Malaysia 2014 (RM bulanan)
Miskin Miskin tegar
Wilayah
Isi rumah Isi rumah
Semenanjung Malaysia 930 580
Bandar 940 580
Luar bandar 870 580
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Sabah/Labuan 1 170 710
Bandar 1 160 690
Luar bandar 1 180 760
Sarawak 990 660
Bandar 1 040 700
Luar bandar 920 610

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

(a) Berdasarkan jadual di atas, PGK makanan yang telah ditetapkan
untuk isi rumah miskin tegar berdasarkan cara penghitungan di
atas adalah
(i) RM580 seisi rumah bagi Semenanjung Malaysia,
(ii) RM710 seisi rumah bagi negeri Sabah, dan
(iii) RM660 seisi rumah bagi negeri Sarawak.
(b) Manakala PGK makanan dan bukan makanan yang telah
ditetapkan untuk isi rumah miskin berdasarkan cara penghitungan
di atas adalah
(i) RM930 seisi rumah bagi Semenanjung Malaysia,
(ii) RM1 170 seisi rumah bagi negeri Sabah, dan
(iii) RM990 seisi rumah bagi negeri Sarawak.


Hasil Pembelajaran 6.2 Kemiskinan di Malaysia

Memerihalkan profil
kemiskinan di Malaysia. 1 Kemiskinan merupakan satu masalah sosioekonomi yang wujud di
Malaysia walaupun pelbagai dasar diusahakan untuk membasmikannya.
Hal ini merupakan satu fenomena yang wujud di merata-rata tempat,
sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, di setiap negeri, dan
merangkumi semua kumpulan etnik.

2 Jadual 6.3 menunjukkan kadar kemiskinan mengikut etnik di Malaysia
bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.

Jadual 6.3 Kadar kemiskinan mengikut etnik di Malaysia
Galeri Info Butiran 2004 (%) 2009 (%) 2012 (%)
Malaysia 5.7 3.8 1.7
Kaum lain-lain termasuklah
orang-orang Asli seperti Etnik
Negrito dan Senoi. Kumpulan Bumiputera 8.3 5.3 2.2
orang asli ini biasanya tinggal Cina 0.6 0.6 0.3
BAB di kawasan pedalaman dan India 2.9 2.5 1.8
kawasan pinggir.
6.7
6.9
Lain-lain
1.5
6
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
170

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
(a) Secara keseluruhannya, Jadual 6.3 menunjukkan kadar Galeri Info
kemiskinan nasional telah menurun daripada 5.7% pada tahun
2004 kepada 1.7% pada tahun 2012. Kaum bumiputera dan Rancangan Malaysia
kesepuluh (2011–2015)
kaum India mencatat kadar kemiskinan yang melebihi kadar menyasar untuk mengurangkan
kemiskinan nasional pada tahun 2012. kadar kemiskinan daripada
(b) Berdasarkan data tahun 2012, kadar kemiskinan yang 3.8% pada tahun 2009 kepada
2.0% pada tahun 2015.
paling tinggi ialah kaum bumiputera dan diikuti oleh
kaum India, kaum lain-lain dan kaum Cina. Kaum
Cina merupakan kaum yang paling rendah kadar
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
kemiskinannya.
(c) Kaum bumiputera merupakan kumpulan kaum yang
mencapai penurunan kadar kemiskinan yang paling besar
dari tahun 2004 hingga tahun 2012, iaitu penurunan sebanyak 6.1%.
Ini diikuti oleh kaum lain-lain, iaitu sebanyak 5.4% dan kaum
India, iaitu penurunan sebanyak 1.1%. Kaum Cina mencatat
penurunan yang paling rendah, iaitu sebanyak 0.3% sahaja.

3 Jadual 6.4 menunjukkan kadar kemiskinan tegar mengikut etnik
di Malaysia bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.


Jadual 6.4 Kadar kemiskinan tegar mengikut etnik di Malaysia
Galeri Info
Butiran 2004 (%) 2009 (%) 2012 (%)
Kadar kemiskinan
Bil. isi rumah miskin
Malaysia 1.2 0.7 0.2 = Jumlah isi rumah × 100
Etnik Kadar kemiskinan tegar
Bumiputera 1.9 1.1 0.3 Bil. isi rumah
Cina 0.0 0.1 0.0 miskin tegar
India 0.3 0.3 0.2 = Jumlah isi rumah × 100
Lain-lain 1.2 1.3 –

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)

(a) Secara keseluruhannya, jadual di atas menunjukkan kadar
kemiskinan tegar nasional telah menurun daripada 1.2% pada
tahun 2004 kepada 0.2% pada tahun 2012. Kaum bumiputera
sahaja mencatat kadar kemiskinan tegar yang melebihi kadar
kemiskinan tegar nasional.
(b) Pada tahun 2012, kadar kemiskinan tegar yang paling tinggi ialah
kaum Bumiputera dan diikuti oleh kaum India dan kaum Cina.
(c) Kaum bumiputera merupakan kumpulan kaum yang mencapai Petua Pemeriksa
penurunan kadar kemiskinan tegar yang paling besar dari tahun
2004 hingga tahun 2012, iaitu penurunan sebanyak 1.6%. Kaum Untuk soalan pengiraan
mesti:
India mencatat penurunan kadar kemiskinan tegar, sebanyak 0.1% (a) Tulis rumus
manakala kaum Cina tidak mencatat perubahan pada dua tahun (b) Tunjuk langkah pengiraan
dengan jelas
tersebut. (c) Tulis unit yang tepat bagi
jawapan
BAB
6




171

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Galeri Info 4 Jadual 6.5 menunjukkan kadar kemiskinan mengikut strata di Malaysia
bagi tahun 2009, 2012, dan 2014.
Penurunan kadar kemiskinan
dan kadar kemiskinan tegar Jadual 6.5 Kadar kemiskinan mengikut strata di Malaysia
menunjukkan Malaysia
telah berjaya memerangi Butiran 2009 (%) 2012 (%) 2014 (%)
kemiskinan. Kejatuhan Malaysia 3.8 1.7 0.6
kadar ini juga menunjukkan
keberkesanan dasar kerajaan Strata
dalam mengurangkan kadar Bandar 1.7 1.0 0.3
kemiskinan di bandar atau luar Luar bandar 8.4 3.4 1.6
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
bandar sehingga kemiskinan
tegar hampir terhapus, iaitu (Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
hanya 0.6% pada tahun 2014.
(a) Secara amnya, jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan
di luar bandar adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan
nasional.
(b) Selain itu, kadar kemiskinan luar bandar adalah jauh lebih
tinggi daripada bandar. Dengan erti kata lain, terdapat jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk bandar dengan
luar bandar.
(c) Pada tahun 2012, kadar kemiskinan di luar bandar telah merosot
sebanyak 5% berbanding dengan tahun 2009 manakala kadar
kemiskinan di bandar telah berkurang sebanyak 0.7% pada tahun
yang sama.
(d) Pada tahun 2014, jurang perbezaan pendapatan antara penduduk
bandar dengan luar bandar menjadi lebih kecil. Kadar kemiskinan
di luar bandar dan bandar masing-masing mencapai 1.6% dan
0.3%.
5 Jadual 6.6 menunjukkan kadar kemiskinan tegar mengikut strata di
Malaysia bagi tahun 2009, 2012, dan 2014.
Jadual 6.6 Kadar kemiskinan tegar mengikut strata di Malaysia
Butiran 2009 (%) 2012 (%) 2014 (%)
Malaysia 0.7 0.2 0.1

Strata
Bandar 0.2 0.1 0.0
Luar bandar 1.8 0.6 0.2
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
(a) Secara amnya, jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan tegar
di luar bandar adalah lebih tinggi daripada kadar kemiskinan
tegar kebangsaan.
(b) Selain itu, kadar kemiskinan tegar di luar bandar juga lebih tinggi
daripada kadar kemiskinan tegar di bandar.
(c) Pada tahun 2012, kadar kemiskinan tegar di luar bandar telah
merosot sebanyak 1.2% berbanding dengan tahun 2009 manakala
kadar kemiskinan tegar di bandar telah berkurang sebanyak 0.1%
pada tahun yang sama.
(d) Pada tahun 2014, kadar kemiskinan tegar di luar bandar turut
BAB merosot sebanyak 0.4% manakala kadar kemiskinan tegar di
6 bandar telah berkurang sebanyak 0.1% berbanding dengan tahun
2012.



172

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
6 Jadual 6.7 menunjukkan kadar kemiskinan mengikut negeri di
Malaysia bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.
Jadual 6.7 Kadar kemiskinan mengikut negeri di Malaysia
Butiran 2004 (%) 2009 (%) 2012 (%)
Malaysia 5.7 3.8 1.7
Negeri
Johor 2.0 1.3 0.9
Kedah 7.0 5.3 1.7
Kelantan 10.6 4.8 2.7
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Melaka 1.8 0.5 0.1
Negeri Sembilan 1.4 0.7 0.5
Pahang 4.0 2.1 1.3
Pulau Pinang 0.3 1.2 0.6
Perak 4.9 3.5 1.5
Perlis 6.3 6.0 1.9
Selangor 1.0 0.7 0.4
Terengganu 15.4 4.0 1.7
Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan 23.0 19.7 8.1
Sarawak 7.5 5.3 2.4
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.5 0.7 0.8
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
(a) Berdasarkan jadual di atas, terdapat empat buah negeri yang Galeri Info
mempunyai kadar kemiskinan melebihi kadar kemiskinan
nasional pada tahun 2012, iaitu negeri Kelantan, Perlis, Sabah, Kerajaan telah berjaya
mengurangkan kadar
dan Sarawak. kemiskinan dengan ketara,
(b) Negeri Sabah adalah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan iaitu dari 49.3% pada tahun
1970 kepada hanya 3.8%
yang paling tinggi pada tahun 2012, iaitu dengan catatan 8.1%. pada tahun 2009. Oleh itu,
Rancangan Malaysia ke-10
7 Jadual 6.8 menunjukkan kadar kemiskinan tegar mengikut negeri di akan beralih tumpuan ke arah
Malaysia bagi tahun 2004, 2009 dan 2012. menangani isu berkaitan isi
rumah berpendapatan 40%
Jadual 6.8 Kadar kemiskinan tegar mengikut negeri di Malaysia terendah yang berjumlah 2.4
Butiran 2004 (%) 2009 (%) 2012 (%) juta. Antara kumpulan sasaran
Malaysia 1.2 0.7 0.2 ini ialah bumiputera di Sabah
dan Sarawak, terutamanya,
Negeri etnik minoriti (Bisaya, Orang
Johor 0.3 0.1 0.1 Sungei, Rungus, Suluk, Tidong,
Kedah 1.3 0.8 0.1 Penan, Kajang, Kedayan,
Kelantan 1.3 1.0 0.3 dan Kelabit), Orang Asli di
Melaka 0.2 0.1 – Semenanjung Malaysia,
penduduk di Kampung Baru
Negeri Sembilan 0.2 0.1 0.1 Cina, dan pekerja ladang
Pahang 1.0 0.3 0.2 yang sebahagian besarnya
Pulau Pinang – 0.1 0.0 berketurunan India.
Perak 1.1 0.5 0.2
Perlis 1.7 0.8 0.5
Selangor 0.04 0.1 0.0
Terengganu 4.4 0.5 0.2
Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan 6.5 4.8 1.6
Sarawak 1.1 1.0 0.3
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.2 0.1 0.1
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)
(a) Berdasarkan jadual di atas, terdapat empat buah negeri yang BAB
mempunyai kadar kemiskinan tegar melebihi kadar kemiskinan
6




173

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
tegar nasional pada tahun 2012. Antaranya ialah negeri Kelantan,
Perlis, Sabah dan Sarawak.
(b) Negeri Sabah adalah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan
tegar yang paling tinggi pada tahun 2012, iaitu dengan catatan
1.6%.

Punca-Punca Kemiskinan
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan punca Akses Pasaran
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
kemiskinan.
1 Pasaran adalah tempat urus niaga berlangsung. Dalam pasaran, harga
output dan kuantiti output akan ditentukan melalui mekanisme harga,
’15 / ’17 iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran. Dalam dunia sebenar,
terdapat kesulitan tertentu bagi sesebuah firma akses dalam pasaran
tertentu.
2 Antara kekangannya termasuklah kekangan maklumat, kekangan
input, kekangan kemahiran pengurusan perniagaan, kekangan polisi
kerajaan, dan kekangan modal. Output firma mungkin tidak dapat
dijual beli sekiranya firma gagal mengakses pasaran barang tersebut
dan ini akan menjejaskan pendapatan firma.

Modal
1 Modal merupakan wang yang diperlukan untuk memperoleh sumber
ciptaan manusia untuk tujuan proses pengeluaran.
2 Sumber ciptaan manusia ini termasuklah jentera, kilang, peralatan dan
kelengkapan pengangkutan untuk memastikan proses pengeluaran
dapat berjalan dengan lancar.
3 Tanpa modal untuk memulakan aktiviti pengeluaran, individu tersebut
kekal terkongkong dalam tahap pendapatan yang sama.

Teknologi

Empat punca kemiskinan: 1 Teknologi merupakan ilmu pengetahuan yang diterapkan ke dalam
(a) Akses pasaran industri pekerjaan. Selain itu, teknologi juga merangkumi alat-alat
(b) Modal yang diperlukan untuk tujuan pelaksanaan sesuatu pekerjaan.
(c) Teknologi
(d) Pendidikan 2 Untuk menguasai teknologi yang terkini, pengetahuan untuk
mengoperasikan alat-alat yang berteknologi tinggi ini amat penting.
3 Tanpa teknologi, hasil pengeluaran adalah terhad dan tidak optimum.
Keadaan ini akan menyebabkan kos pengeluaran menjadi tinggi dan
firma sukar mendapat keuntungan daripada keluarannya. Firma
seterusnya menghadapi risiko disingkirkan daripada industrinya.

4 Di negara dunia ketiga, tingkat teknologi adalah rendah. Oleh itu,
tingkat pendapatan yang diperoleh juga rendah.

Pendidikan
BAB
6 1 Kekurangan pendidikan merupakan salah satu punca utama kepada
masalah kemiskinan.



174

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
2 Sebahagian daripada negara mundur atau sedang membangun
tidak mempunyai kemudahan sekolah awam yang lengkap untuk Setujukah anda pendidikan
memberikan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak merupakan suatu punca
bangsa mereka. kemiskinan di negara dunia
3 Tambahan pula, anak bangsa ini tidak mementingkan persekolahan ketiga? Jelaskan.
atau sanggup melepaskan peluang persekolahan untuk bekerja di
ladang demi mendapat upah yang minimum.
4 Tanpa pendidikan, seseorang tidak mudah mendapat pekerjaan
yang berpendapatan tinggi pada masa kelak kerana tidak memiliki
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam alam pekerjaan.
Oleh itu, mereka hanya dapat menyumbang tenaga sebagai pekerja
tidak mahir yang dibayar gaji minimum.

6.3 Agihan Pendapatan


1 Dalam ekonomi, agihan pendapatan adalah bagaimana jumlah
Keluaran Dalam Negeri Kasar diagihkan dalam kalangan
penduduknya.
2 Konsep ketakserataan pendapatan ini adalah berbeza daripada
kemiskinan. Kaedah ketakserataan pendapatan sering digunakan
oleh ahli-ahli sains sosial untuk mengukur taburan pendapatan dan
ketidaksamaan ekonomi di negara-negara tertentu atau dunia secara
umum.
Kaedah Pengukuran Agihan Pendapatan

1 Kaedah Persentil merupakan suatu kaedah statistik untuk mengira Hasil Pembelajaran
nilai pemboleh ubah yang kurang daripada peratus yang diperhatikan.
2 Dengan erti kata lain, skor persentil memberitahu kita nilai peratus Menggariskan kaedah
skor lain yang kurang daripada nilai data yang sedang kita siasat. pengukuran agihan
pendapatan.
3 Sebagai contoh, persentil ke-20 adalah nilai di bawah 20 peratus
daripada nilai yang kita perhatikan.
4 (a) Contoh: satu kawasan bandar mempunyai 20 isi rumah yang
mempunyai pendapatan sebulan (dalam RM) seperti berikut:
2750, 3770, 3780, 3780, 3800, 3810, 3810, 3820, 3830, 4840, 4840,
4840, 4850, 5870, 5870, 6880, 7880, 7880, 8890, 9900.
(b) Kegunaan skor persentil adalah sebagai asas perbandingan
pendapatan bagi semua isi rumah yang terlibat dalam penyiasatan
kita.
(c) Bagi sesebuah isi rumah, pendapatan bulanan sebanyak RM3800
merupakan pendapatan yang agak lumayan. Sesungguhnya,
pendapatan ini menjadi tidak begitu lumayan atau memuaskan
apabila kita mengetahui bahawa RM3800 adalah persentil 20, iaitu
hanya 20% isi rumah berpendapatan bulanan kurang daripada
RM3800.

5 Pekali Gini adalah suatu ukuran serakan statistik yang dikembangkan BAB
oleh ahli statistik dan ahli sosiologi Itali yang bernama Corrado Gini.
6




175

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Galeri Info 6 Nilai Pekali Gini berada antara 0 dan 1 iaitu nilai 0 menunjukkan
agihan pendapatan yang saksama manakala nilai 1 menunjukkan
Pekali Gini ialah ukuran
pemusatan pendapatan agihan pendapatan yang paling tidak saksama.
berdasarkan keluk Lorenz. 7 Sebagai contoh jika pekali Gini negara A ialah 0.34 dan pekali Gini
negara B ialah 0.73, maka agihan pendapatan di negara A adalah lebih
adil atau serata berbanding dengan negara B.

Pekali Gini Sumber Pendapatan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
INFO 1 Sumber pendapatan boleh diperoleh daripada
(a) upah
(b) pendapatan bukan upah (sewa, dividen, bunga, untung)
Hasil Pembelajaran (c) harta pusaka
(d) bayaran pindahan
Memerihalkan sumber
pendapatan.
2 Upah merupakan ganjaran yang diterima oleh seseorang individu
apabila menyumbangkan tenaga fizikal atau mental dalam proses
pengeluaran. Upah termasuklah gaji, elaun, komisen, dan bonus.
3 Pendapatan bukan upah merupakan pendapatan selain daripada
upah seperti sewa, dividen, bunga, dan untung.
(a) Sewa merupakan pendapatan yang diperoleh akibat membenarkan
pihak lain menggunakan hartanya. Sewa merupakan ganjaran atas
faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran yang terhad, iaitu
Empat sumber pendapatan: tanah.
(a) Upah
(b) Pendapatan bukan upah (b) Dividen merupakan bahagian keuntungan syarikat yang dibayar
(i) Sewa kepada setiap pemegang saham syarikat pada suatu tempoh
(ii) Dividen tertentu. Seseorang individu akan dibayar dividen sekiranya
(iii) Bunga
(iv) Untung dia memegang saham syarikat atau memegang amanah saham
(c) Harta pusaka syarikat tertentu. Pendeposit dalam Sistem Perbankan Islam juga
(d) Bayaran pindahan akan diberi dividen sebagai ganjaran simpanannya pada suatu
tempoh masa tertentu.
(c) Bunga merupakan ganjaran kepada pemilik wang yang
sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang.
Pendeposit dalam Sistem Perbankan Konvensional akan diberi
bunga sebagai ganjaran simpanannya pada suatu tempoh masa
tertentu.
(d) Untung merupakan ganjaran kepada seseorang usahawan
yang sanggup menanggung risiko ketidakspastian. Di samping
itu, untung juga merupakan ganjaran kepada usahawan
atas kecekapan pengurusannya menggabungkan sumber-
sumber ekonomi untuk menghasilkan output yang paling optimum.
4 Harta pusaka merupakan harta yang diwarisi daripada datuk dan nenek
moyang seperti tanah, rumah, dan barang antik yang bernilai tinggi.
5 Bayaran pindahan merupakan pendapatan yang diperoleh tanpa
sebarang sumbangan dalam proses pengeluaran. Peningkatan
bayaran pindahan akan meningkatkan jumlah pendapatan dan taraf
BAB hidup seseorang. Bayaran pindahan kepada golongan miskin akan
6 merapatkan ketidaksamaan agihan pendapatan masyarakat. Contoh
bayaran pindahan adalah subsidi, pencen, dan biasiswa.



176

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
Agihan Pendapatan di Malaysia

1 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan kasar bulanan isi rumah
purata dan pekali Gini mengikut kumpulan etnik, strata, Malaysia
bagi tahun 2004, 2009, dan 2012.

Jadual 6.9 Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata dan Pekali Gini mengikut
kumpulan etnik, strata, Malaysia bagi tahun 2004, 2009, dan 2012
Pendapatan isi rumah Hasil Pembelajaran
Butiran purata Pekali Gini
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(RM) Memerihalkan profil agihan
pendapatan di Malaysia.
Tahun 2004 2009 2012 2004 2009 2012
Malaysia 3 249 4 025 5 000 0.462 0.441 0.431
Bumiputera 2 711 3 624 4 457 0.452 0.440 0.421
Cina 4 437 5 011 6 366 0.446 0.425 0.422
India 3 456 3 999 5 233 0.425 0.424 0.443
Lain-lain 2 312 3 640 3 843 0.462 0.495 0.435
Bandar 3 956 4 705 5 742 0.444 0.423 0.417
Luar bandar 1 875 2 545 3 080 0.397 0.407 0.382
(Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia)
(a) Jadual di atas menunjukkan pekali Gini yang menggambarkan
jurang agihan pendapatan di Malaysia terus mengecil dari 0.462
pada tahun 2004 ke 0.431 pada tahun 2012. Hal ini memberi satu
gambaran bahawa agihan pendapatan yang semakin saksama.
(b) Agihan pendapatan di kawasan bandar dan luar bandar juga
semakin saksama kerana kedua-dua sekali gini juga mengecil
pada tahun 2012 berbanding tahun 2004.
(c) Bagi kumpulan etnik pula, kesemua etnik kecuali kaum India
melaporkan pekali gini yang semakin mengecil. Dengan erti
kata lain, hanya kaum India yang menghadapi jurang perbezaan
pendapatan yang semakin besar pada tahun 2012 berbanding
tahun 2004.

2 Jadual 6.10 menunjukkan pendapatan kasar bulanan isi rumah purata
bagi kumpulan isi rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan, dan
40% terendah mengikut etnik di Malaysia bagi tahun 2007, 2009 dan
2012.
Jadual 6.10 Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan isi rumah
20% tertinggi, 40% pertengahan, dan 40% terendah mengikut etnik di
Malaysia bagi tahun 2007, 2009, 2012.

Kumpulan isi rumah 20% tertinggi
Etnik
2009 2012 2014
Bumiputera 8 976 10 666 12 630
Cina 2 152 15 254 17 981
India 9 974 13 127 14 604
Lain-lain 10 123 9 741 14 732

Malaysia 9 987 12 159 14 305 BAB
6




177

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Galeri Info Kumpulan isi rumah 40% pertengahan
Etnik
Berikut adalah indikator 2009 2012 2014
pendapatan dan pengagihan Bumiputera 3 272 4 123 5 190
terpilih bagi tahun 2004, 2009, Cina 4 560 5 836 7 049
dan 2012 di Malaysia: India 3 569 4 589 5 646
Lain-lain 2 875 3 341 5 510
Indikator 2004 2009 2012
Pendapatan Malaysia 3 631 4 573 5 662
per kapita 16 616 23 850 30 667 Kumpulan isi rumah 40% terendah
(RM) Etnik
Pekali Gini 0.462 0.441 0.431 2009 2012 2014
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Kadar 5.7% 3.8% 1.7% Bumiputera 1 300 1 686 2 367
kemiskinan Cina 1 897 2 455 3 127
(Sumber: Kualiti Hidup Malaysia, 2011) India 1 547 1 937 2 672
Lain-lain 1 187 1 472 2 234
Semua indikator di atas
menunjukkan aliran positif, iaitu Malaysia 1 440 1 847 2 537
(a) pendapatan per kapita
meningkat (pertumbuhan (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)
ekonomi yang
menggalakkan) (a) Secara umumnya, pendapatan kasar bulanan isi rumah purata
(b) Pekali Gini semakin bagi semua kumpulan didapati meningkat pada tahun 2014
mengecil (jurang agihan berbanding tahun 2009.
pendapatan semakin kecil)
(c) kadar kemiskinan menurun (b) Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata bagi kumpulan
(kejayaan program 20% tertinggi secara keseluruhannya telah meningkat daripada
pembasmian kemiskinan). RM9 987 pada tahun 2009 kepada RM14 305 pada tahun 2014.
(c) Bagi kumpulan 40% pertengahan pula, pendapatan kasar bulanan
isi rumah purata secara keseluruhannya telah bertambah daripada
RM3 631 pada tahun 2009 kepada RM5 662 pada tahun 2014.
(d) Manakala bagi kumpulan 40% terendah, secara keseluruhannya
telah meningkat daripada RM1 440 pada tahun 2009 kepada
RM2 537 pada tahun 2014.
(e) Bagi tempoh 2009 hingga 2014, pendapatan kasar bulanan isi
rumah purata semua kumpulan etnik bagi semua kumpulan telah
mencatat peningkatan.

6.4 Dasar Membasmi Kemiskinan

dan Ketaksetaraan
Pendapatan


Hasil Pembelajaran Dasar Kerajaan
Mengenal pasti dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB)
kerajaan yang membasmi
kemiskinan. 1 DEB merupakan satu dasar jangka panjang (1971-1990) yang bertujuan
untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan
dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua lapisan
’16
masyarakat tanpa mengira kaum.
BAB 2 Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum serta antara
6 bandar dan luar bandar juga merupakan matlamat dasar ini.




178

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Melalui peningkatan kemudahan infrastruktur, kesihatan, latihan dan Galeri Info
pelajaran, taraf dan kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Strategi Pembasmian DEB
4 Menurut laporan Rancangan Malaysia keenam, kadar kemiskinan • Mewujudkan peluang
negara telah merosot dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada pekerjaan untuk semua
tahun 1990. lapisan masyarakat yang
menganggur dengan
5 Selain itu, DEB juga dilaksanakan untuk menyusun semula mewujudkan projek
pembangunan awam.
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara kita. • Menawarkan peluang
Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menyebabkan wujudnya perpindahan buruh dari sektor
ketakserataan pendapatan antara kaum. Dengan pelaksanaan DEB, kurang produktif kepada
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
ketakserataan pendapatan antara kaum telah dirapatkan. sektor yang lebih produktif.
• Memodenkan keadaan
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) kehidupan di luar bandar
1 DPN (1991 – 2000) diperkenalkan pada tahun 1991 dan merupakan dengan penambahan dan
peningkatan perkhidmatan
dasar yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru. sosial seperti bekalan elektrik
2 Salah satu matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional adalah dan air, sistem pengangkutan
dan rumah awam.
sama dengan Dasar Ekonomi Baru, iaitu membasmi kemiskinan • Menawarkan bantuan seperti
dan menyusun semula masyarakat. Selain itu, DPN juga bertujuan latihan kemahiran dan modal
membentuk pembangunan seimbang dalam sektor ekonomi dan sosial. agar meningkatkan daya
pengeluaran dan pendapatan
3 Strategi pembasmian kemiskinan DPN: buruh di bandar dan luar
(a) Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin bandar.
dan mengurangkan kemiskinan relatif.
(b) Mempertingkatkan latihan kemahiran kepada belia luar
bandar untuk menggantikan pemberian subsidi kerajaan agar Galeri Info
mereka boleh mendapat kerja-kerja yang berkemahiran dan DPN menandakan bermulanya
berpendapatan lebih tinggi. era baru dalam usaha untuk
(c) Menggalakkan kemasukan pelabur asing untuk meningkatkan menjadikan Malaysia sebuah
pertumbuhan ekonomi. negara maju menjelang tahun
(d) Memberi insentif kepada pelabur tempatan agar mempertingkatkan 2020.
daya saingan produk tempatan di pasaran antarabangsa. Secara
tidak langsung, peluang pekerjaan akan diwujudkan.
4 Walau bagaimanapun, pemberian subsidi dan sokongan terus
diberi kepada golongan penanam padi dan nelayan dengan tujuan
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
5 Tumpuan program dalam pembasmian kemiskinan diberi kepada
pendidikan, latihan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar, pengangkutan,
perumahan, bekalan air dan elektrik.
6 Kadar kemiskinan negara pada tahun 1999 telah berjaya dikurangkan
kepada 8.5%.
7 Ketidakserataan pendapatan turut diberi penekanan dalam DPN dan
kadar ketakserataan pendapatan antara kaum telah diturunkan.
Dasar Wawasan Negara (DWN)
1 DWN (2001 – 2010) menggabungkan teras kritikal dasar
pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama pembasmian Bagaimanakah Dasar Wawasan
kemiskinan tanpa mengira kaum. Negara membasmi kemiskinan
2 Dasar ini juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 dalam kalangan golongan BAB
yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara miskin? 6
maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.



179

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Pelbagai usaha kerajaan memberi suntikan kepada ekonomi akan
mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan miskin untuk
Namakan tiga dasar kerajaan
yang bertujuan membasmi meningkatkan lagi pendapatan mereka dan membawa mereka keluar
kemiskinan. daripada belenggu kemiskinan.
4 Strategi pembasmian kemiskinan DWN
(a) Teras pembasmian kemiskinan ditumpukan ke arah membasmi
Galeri Info kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan
terpencil, Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di
Objektif DWN
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
• Menggalakkan pewujudan Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti
masyarakat yang saksama hidup kumpulan pendapatan 30% terendah.
melalui pembasmian (b) Di samping itu, di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan
kemiskinan dan pengurangan Rakyat (SPKR), Program Pembangunan Rakyat Termiskin
ketidakseimbangan di
kalangan kumpulan etnik (PPRT) dan program pembasmian kemiskinan yang lain
wilayah. dilaksanakan di kawasan dan dalam kalangan golongan yang
• Mengekalkan pertumbuhan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi dengan menggunakan
ekonomi yang tinggi dengan satu pakej bersepadu yang mengandungi komponen ekonomi,
mengukuhkan sumber
pertumbuhan institusi sosial, dan fizikal untuk membasmi kemiskinan.
kewangan dan korporat serta 5 Dasar ini telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran. Kadar
pengurusan ekonomi mikro.
• Mengukuhkan pembangunan penggangguran pada tahun 2009 mencatat 3.8%, iaitu pengurangan
sumber manusia bagi sebanyak 4.7% berbanding tahun 1999.
menghasilkan tenaga kerja 6 Jadual di bawah menunjukkan rancangan pembangunan negara
yang cekap, produktif, dan
pengetahuan. mengikut tempoh pelaksanaanya.
Jadual 6.11 Rancangan pembangunan negara
Rangka Rancangan Jangka Dasar Rancangan Catatan
Panjang (RRJP) Malaysia (RMK)
RRJP I (1971 – 1990) DEB RMK 2 (1971 - 1975)
RMK 3 (1976 - 1980)
RMK 4 (1981 - 1985)
Galeri Info RMK 5 (1986 - 1990)
Malaysia perlu mencapai RRJP II (1991 – 2000) DPN RMK 6 (1991 - 1995) Fasa I Wawasan
pendapatan per kapita RMK 7 (1996 - 2000) 2020
sekurang-kurangnya RRJP III (2001 – 2010) DWN RMK 8 (2001 - 2005) Fasa II Wawasan
RM48 000 untuk memperoleh
status negara maju RMK 9 (2006 - 2010) 2020
berpendapatan tinggi Wawasan 2020 (1991 – 2020) DPN dan RMK 6 (1991 - 1995)
menjelang tahun 2020. DWN RMK 7 (1996 - 2000)
RMK 8 (2001 - 2005)
RMK 9 (2006 - 2010)
RMK 10 (2011 - 2015)
RMK 11 (2016 - 2020)

Dasar Pendidikan Negara

1 Dasar Pendidikan Negara bermula pada tahun 1956 mempunyai
peranan menjurus ke arah membasmi kemiskinan masyarakat.
2 Pendidikan merupakan suatu alat yang paling berkesan untuk
membasmi atau mengurangkan kemiskinan masyarakat.
3 Secara amnya, jika taraf pencapaian dalam pelajaran meningkat
BAB bagi golongan miskin, kemiskinan dapat dibasmikan atau sekurang-
kurangnya dikurangkan.
6




180

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
4 Dengan peningkatan pendidikan dan kemampuan golongan miskin,
ketakserataan pendapatan antara golongan miskin dengan golongan
kaya dapat dikurangkan. Hal ini penting agar negara turut aman,
damai, dan terus makmur.

Agensi yang Membantu Membasmi Kemiskinan Hasil Pembelajaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mengenal pasti agensi
1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan pada tahun 1946. JKM yang membantu membasmi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
berperanan dan berfungsi untuk memberi perkhidmatan pencegahan kemiskinan.
dan pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
2 Antara objektifnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan
meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasaran mereka. Kumpulan
sasarannya ialah kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang
papa, keluarga, pertubuhan sukarela kebajikan, dan mangsa bencana.
3 Strategi pembasmian kemiskinan JKM Jabatan
(a) Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri kumpulan sasaran. Kebajikan
(b) Memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasaran agar Masyarakat
meringankan kesulitan kewangan mereka sehingga mereka dapat INFO (JKM)
berdikari.
(c) Memberi perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
1 Sebuah badan amanah yang berusia kira-kira 28 tahun dan
telah ditubuhkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Namakan agensi yang
membasmi kemiskinan dengan
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), kerajaan negeri Selangor serta memberi pembiayaan kepada
disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. masyarakat miskin.
2 Objektif AIM
(a) Membantu golongan yang kurang berkemampuan menambahkan
pendapatan sampingan.
(b) Menyediakan kemudahan pembiayaan ikhtiar terhadap Galeri Info
masyarakat miskin di kawasan luar bandar. AIM telah menawarkan
(c) Memberi latihan dan kaunseling secara berterusan kepada lima jenis produk dalam
golongan miskin dan usahawan ikhtiar. perkhidmatan mereka, iaitu:
(d) Membantu golongan yang berpendapatan rendah menjana potensi • Ikhtiar Rezeki
• Ikhtiar Penyayang
untuk bekerja sendiri. • Ikhtiar Bestari
Baitulmal • Ikhtiar Sejahtera
• Program Kewangan Mikro
1 Institusi Baitulmal ditubuhkan bertujuan: Bandar
(a) Memantau dan prihatin terhadap permasalahan kemiskinan umat
Islam.
(b) Mengurus hal ehwal orang miskin hasil daripada kutipan zakat
daripada umat Islam agar mengurangkan kemiskinan tegar dalam
kalangan umat Islam.

2 Kerajaan menggalakkan umat Islam supaya memotong gaji bulanan
mereka untuk pembayaran zakat dan selebihnya untuk pembayaran BAB
cukai hasil pendapatan. Pengagihan wang zakat daripada Baitulmal
yang mewah akan disalur kepada penduduk Islam miskin agar 6
masalah kemiskinan umat Islam dapat dikurangkan.


181

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan

Galeri Info Agensi-agensi Pembangunan Wilayah
Peranan Agensi-agensi 1 Agensi-agensi Pembangunan Wilayah memainkan peranan masing-
Pembangunan Wilayah: masing dalam mengurangkan kemiskinan dalam kalangan golongan
• Memajukan,
menggalakkan, membantu miskin khasnya di kawasan luar bandar. Antaranya ialah:
dan mengusahakan (a) FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) menjalankan
pembangunan ekonomi dan program pembangunan tanah.
sosial.
• Mengawal dan menyelaras (b) FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)
pelaksanaan program- penyusunan semua kampung.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
program agar tujuan (c) RISDA (Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)
pembangunan ekonomi dan
sosial tercapai. menggalakkan tanaman semula getah.
(d) KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) dengan kelas
bimbingannya untuk membasmi buta huruf.
(e) KARYANEKA untuk memasarkan kraftangan dan hasil industri
kampung.
2 Selain itu, Agro Bank menyelesaikan masalah keperluan modal bagi
masyarakat tani, penternak, dan nelayan.
3 Jabatan Perikanan pula telah menyediakan program Angkatan Nelayan
Laut Dalam untuk melatih belia supaya berani menerokai bidang ekonomi
perikanan dengan bergiat menjadi nelayan di laut dalam.

FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority)

Namakan agensi yang 1 Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenal
membasmi kemiskinan dengan sebagai FAMA ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di
membantu petani memasarkan
hasil tani mereka. bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
2 FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan:
(a) Membantu petani memasarkan hasil tani mereka.
(b) Menyediakan kemudahan kredit kepada petani yang miskin.
(c) Menyediakan keperluan serta peralatan pertanian asas untuk
meningkatkan pendapatan golongan miskin terutamanya di luar
bandar.
(d) Menjalankan aktiviti promosi agar memperluaskan pasaran para
petani.
3 Selain itu, mereka juga menyediakan keperluan serta peralatan
pertanian asas untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin
terutama di luar bandar.

Hasil Pembelajaran Program yang Membantu Membasmi Kemiskinan

Mengenal pasti program Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
yang membantu membasmi
kemiskinan. 1 Program ini diperkenal dalam tempoh Dasar Pembangunan Negara.
Pakej projek yang bersesuaian dengan keperluan kursus golongan
miskin diwujudkan.

Bagaimanakah Program 2 Program ini diperkukuhkan dengan melaksanakan Skim Pembasmian
BAB Pembangunan Rakyat Kesejahteraan Rakyat Termiskin (SPKR) dalam menangani isu
Termiskin (PPRT) membantu
ketermiskinan, kemiskinan am serta kumpulan mudah miskin di
6 membasmi kemiskinan? kawasan bandar dan luar bandar.



182

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
3 Peranan PPRT
(a) Membantu keluarga termiskin di seluruh negara agar lebih berdikari.
(b) Membantu rakyat miskin menjayakan diri dalam arus
pembangunan negara.
(c) Membasmi kemiskinan di kawasan dan kalangan kumpulan yang
mempunyai kadar kemiskinan tinggi
4 Strategi pembasmian kemiskinan PPRT ialah:
(a) Meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan
pendapatan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(b) Menyediakan perumahan yang lebih baik di bawah program
perumahan PPRT.
(c) Membekalkan makanan tambahan dan bantuan pendidikan
kepada kanak-kanak
(d) Menjalankan Pelan Pembagunan Komprehensif Masyarakat
Orang Asli untuk mengatasi kadar kemiskinan yang tinggi dan
meningkatkan kualiti hidup.
(e) Menjalankan Program Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil
bagi membantu kemiskinan tinggi dalam kalangan masyarakat
orang asli.

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
1 RMT bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan murid Galeri Info
supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam
pembelajaran di sekolah. Kriteria pemilihan bagi program
RMT ialah murid sekolah
2 Program ini dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental rendah terutama dari luar
dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu bandar dan keluarga yang
berpendapatan bulanan RM400
murid mendapat makanan yang seimbang. dan kurang, iaitu RM800 per
3 Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976. Pada peringkat awal, kapita.
tumpuan diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar bandar.
4 Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil
alih sepenuhnya pengurusan program, program ini telah diperluaskan
ke semua kawasan di seluruh negara.
5 Sejak tahun 1990an, taraf sosioekonomi keluarga menjadi kriteria
utama pemilihan murid.

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

1 SPBT merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah
dilaksanakan bermula tahun 1975. Program ini dilancarkan untuk
semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
2 Tujuan skim ini adalah
(a) meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa
atau penjaga yang kurang mampu
(b) memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak
tercicir dalam persekolahan mereka.
3 Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah BAB
Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama
Rakyat. 6



183

Ekonomi Semester 3 STPM Bab 6 Kemiskinan dan Agihan Pendapatan
4 Mulai tahun 2008, SPBT diperluaskan kepada semua murid
warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan
bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan, dan sekolah menengah agama rakyat.
Skim Baucar Tuisyen (SBT)

1 SBT mula dilaksanakan pada tahun 2004. Skim ini bertujuan untuk
memberi peluang bimbingan tuisyen secara berstruktur dan
terancang kepada murid miskin Tahun 4, 5, dan 6 yang lemah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
dan Sains bagi membolehkan murid tersebut menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas dalam mata pelajaran berkenaan.
2 Kelas tuisyen skim ini merupakan usaha tambahan dalam memulihkan
kelemahan murid di samping usaha yang dilaksanakan oleh guru
Siapakah yang menikmati semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam kelas.
kebaikan Skim Baucar Tuisyen?
Melalui skim ini, kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin
pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi akan meningkat.
3 SBT merupakan satu skim bersumber tahunan tetap yang membantu
sekolah dalam memberikan kelas tuisyen kepada murid miskin yang
lemah, terutamanya bagi sekolah yang kekurangan sumber dan
sokongan luar seperti sekolah di luar bandar dan di kawasan penduduk
miskin.


Rumusan



1 Kemiskinan didefinisikan sebagai suatu keadaan seseorang tidak berkemampuan memenuhi piawaian
minimum keperluan asas yang meliputi keperluan makanan dan bukan makanan seperti pakaian, tempat
perlindungan, pendidikan dan kesihatan.
2 Kemiskinan mutlak dapat ditakrifkan sebagai keadaan yang mana pendapatan seseorang tidak mencukupi
untuk memenuhi keperluan minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).
3 Kemiskinan relatif mengukur perbezaan pendapatan atau ketidaksamaan agihan pendapatan antara kaum,
negeri, bandar, luar bandar, kawasan kediaman dan lain-lain.
4 Pendapatan garis kemiskinan (PGK) ialah pendapatan yang setakat mencukupi untuk memperoleh
keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
5 Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan isi rumah tersebut kurang daripada PGK. Sesebuah
isi rumah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada
PGK makanan.
6 Punca kemiskinan ialah:
(a) Akses pasaran
(b) Modal
(c) Teknologi
(d) Pendidikan
7 Agihan pendapatan adalah bagaimana jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar diedarkan dalam kalangan
penduduknya.
BAB 8 Kaedah Persentil merupakan suatu kaedah statistik untuk mengira nilai pemboleh ubah yang kurang
daripada peratus yang diperhatikan. Skor persentil dapat memberitahu nilai peratus skor lain adalah
6 kurang daripada nilai data yang sedang disiasat.




184


Click to View FlipBook Version