Sekolah
                    Berhantu
                      Rabbit Rose
                     Pelangi Novel Sdn. Bhd.  (379269-A)
 Prelims Sekolah Berhantu.indd   1                             3/9/17   11:43 AM
Diterjemahkan daripada Suicide,
                            karya Rabbit Rose
                       Copyright © 2013 Sofa Publishing
                             Diterbitkan oleh
                    Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
                              Ibu Pejabat:
                        66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
                            80400 Johor Bahru,
                        Johor Darul Takzim, Malaysia.
                     Tel: (60)7-3316288  Faks: (60)7-3329201
                     E-mel: [email protected]
                             Pejabat Jualan:
                  Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
                       Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
                        Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
                   Tel: (60)3-8922 3993  Faks: (60)3-8926 1223
                    E-mel: [email protected]
                         Hak cipta bahasa Malaysia
                        © Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2017
                          ISBN 978-967-0973-16-6
                          eISBN 978-967-0973-17-3
             Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
           diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
           apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
            elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran
                  daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
           Perpustakaan Negara Malaysia    Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
           Rabbit Rose
             SEKOLAH BERHANTU / Rabbit Rose ; Penterjemah: Yuppharaet a/p
             Ai Muak.
             ISBN 978-967-0973-16-6
             1. Thai fiction--Translations into Malay  2.  Malay fiction--Translations
             from Thai.  I. Yuppharaet Ai Muak.  II.  Judul.  III.  Judul: Suicide.
             895.913
           Dicetak di Malaysia oleh
           The Commercial Press Sdn. Bhd.
           Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi,
           43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
 Prelims Sekolah Berhantu.indd   2                             3/9/17   11:43 AM
Bagi  ibu  dan  bapa,  anak  umpama  hadiah  yang
                              tidak  ternilai,
               suatu  ikatan  kasih  yang  tidak  akan  terputus.
                       Namun,  ikatan  ini  diremehkan,
                  hanya kerana  mengikut  hawa  nafsu  dan
                            kemahuan  sendiri.
                  Nasihat  tidak  diendahkan,  hati  dilukakan
              Apabila  kesedihan,  kebuntuan,  akhirnya  putus  asa
                       dan  hidup  enggan  diteruskan,
                        nekad…  MEMBUNUH  DIRI
                         pengakhiran  yang  sia-sia
                 tanpa  memikirkan  perasaan  ibu  dan  bapa.
                      Kita  sebenarnya  PESALAH  itu
                    Bukan  terhadap  diri  sendiri  sahaja,
                     malahan  terhadap  ibu  dan  bapa
                       yang  sangat  menyayangi  kita.
 Prelims Sekolah Berhantu.indd   3                             3/9/17   11:43 AM
Dari meja editor
            Manusia sering mengimbau kenangan silam,
            mengenang kisah  suka duka, merasakan
            begitu banyak perkara yang perlu diperbetul.
            Namun, tidak  semua orang mendapat
            ‘peluang kedua’ untuk membetulkan kesilapan
            lalu.
                  Maka     itu,  jangan     terburu-buru
            membuat keputusan kerana jika ‘nyawa
            sudah tiada’, kita tidak akan mampu
            mengubah apa-apa pun lagi, walau sekuat
            mana  kita  mahu  mengubahnya.
 Prelims Sekolah Berhantu.indd   4                             3/9/17   11:43 AM
Prolog
 Sekolah Berhantu.indd   1                                     3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
            Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi sepanjang
            laluan berbumbung yang menghala ke blok
            bangunan sekolah. Cuaca semakin dingin tatkala
            matahari  terbenam.  Tiada  lagi  cahaya  yang
            menyinari laluan itu.
                Lung Dam  baru memulakan rondaan
                           1
            malamnya sebagai pengawal keselamatan baharu
            di  Sekolah Menengah St  Maria  Convent itu.
            Waktu bertugasnya sepatutnya jam 9.00 malam.
            Bagaimanapun,    disebabkan   beberapa   hari
            kebelakangan ini, entah mengapa, rakan bertugas
            yang bekerja pada syif siang kerap pulang awal,
            seawal jam 6.00 petang, terpaksalah dia datang
            awal.
                Lung Dam tidak kisah datang awal. Lagipun
            rumahnya terletak tidak jauh dari sekolah.
                Hari itu Lung Dam memulakan kerja lebih
            awal, seperti selalu. Sebenarnya pada dua hari
            pertama dia bertugas di sekolah itu dia sudah
            berasa pelik apabila pengawal sebelumnya asyik
            pulang sebelum senja. Hendak dikatakan ada
              1   ‘Lung’ dalam Bahasa Thailand bermaksud ‘pak cik’.
                                  2
 Sekolah Berhantu.indd   2                                     3/10/17   8:16 AM
Prolog
             perkara  aneh berlaku di sekolah,  tidak juga.
             Hanya sekolah itu agak sunyi. Pada lewat petang
             segelintir pelajar sahaja masih berada  di padang
             dan dewan sekolah untuk aktiviti kokurikulum
             mereka. Ada yang berlatih sukan dan ada juga
             yang saja-saja melepak bersama-sama kawan-
             kawan selepas waktu sekolah. Begitulah yang
             sering difikirkan Lung Dam.
                 Setelah semua pelajar pulang ke asrama dan
             kawasan sekeliling mulai gelap, suasana menjadi
             sunyi sepi. Hanya pengawal keselamatan itu yang
             masih berada di kawasan sekolah, dilimpahi cahaya
             lampu jalan yang samar-samar, bertemankan
             lampu suluh di tangan.
                 Lung Dam bersenandung kecil sambil
             bersiul senang  hati ketika  meronda dari satu
             blok ke satu blok bangunan. Tugas hakiki yang
             dirasakan mudah. Mudah berbanding kerja
             sebagai pengawal keselamatan di kilang-kilang
             dan bangunan pejabat. Sekolah Menengah
             St Maria Convent itu terdiri daripada pelajar
             perempuan. Jadi, kejadian pelajar memanjat
             pagar sekolah untuk curi-curi keluar atau
             seumpamanya, boleh dikatakan tidak berlaku.
             Kalau di kilang, seribu satu kemungkinan,
             terutama kejadian pencuri memecah masuk dan
             mencederakan pengawal keselamatan.
                                   3
 Sekolah Berhantu.indd   3                                     3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
                Pagar sekolah perempuan itu agak tinggi.
            Untuk memanjat keluar dan masuk dengan
            mudah,  memang  agak  mustahil.  Kawasan  utama
            yang perlu diawasi, laluan keluar masuk.
                Hari itu Lung Dam terpaksa meronda jauh
            ke bangunan belakang sekolah apabila mendapati
            lampu salah sebuah bangunan di  situ terpasang.
            Bangunan yang sepatutnya sudah dikosongkan
            dan gelap pada waktu-waktu seperti itu. Sebagai
            pengawal keselamatan, tugasnya untuk memeriksa
            dan mengambil tahu apa-apa yang berlaku.
                “Siapa pulak yang lupa padam lampu ni?
            Memang  tak  ada  kesedaran  siviks  langsung!
            Tak tahu nak jimatkan tenaga…” pengawal
            keselamatan  itu  mulai  membebel  sendiri  ketika
            berjalan ke arah bangunan tersebut.
                Bangunan     gimnasium      rupa-rupanya.
            Kedengaran bunyi bola dilantunkan ke lantai…
            dam… dum… dam! Mungkin masih ada pelajar
            yang berlatih sehingga lewat malam. Lung Dam
            memutuskan untuk masuk dan melihat sendiri.
                Ketika Lung Dam menolak pintunya, dia
            terpandang tiga orang pelajar perempuan yang
            berpakaian sukan sedang bermain bola keranjang.
            Dia  berasa  hairan  kerana  hari  sudah  lewat  dan
            semua pelajar sepatutnya sudah pulang ke asrama.
                Dilihatnya ketiga-tiga pelajar itu begitu leka
                                  4
 Sekolah Berhantu.indd   4                                     3/10/17   8:16 AM
Prolog
             bermain sehingga langsung tidak menoleh ke
             arahnya yang datang. Mungkin disebabkan itulah
             juga mereka tidak sedar hari sudah lewat.
                 “Kamu  semua…  dah  malam  ni!  Kamu
             sepatutnya dah balik asrama. Nanti warden
             risau…” tegur Lung Dam.
                 Ketiga-tiganya serentak menoleh.
                 “Sekejap lagi ya, pak cik,” jawab salah seorang
             daripada mereka. Mereka kemudian meneruskan
             permainan.
                 “Cepat sikit. Pak  cik  tunggu  nak tutup
             lampu,” kata Lung Dam lagi sambil berjalan ke
             tempat duduk penonton di bahagian bawah untuk
             memeriksa keadaan sekeliling tempat itu.
                 Lung Dam terpandang pintu di suatu penjuru
             bangunan itu terbuka lalu berjalan ke arah pintu
             itu. Manalah tahu ada pelajar lain lagi sedang
             berlatih di ruang bersebelahan. Belum sempat dia
             sampai ke pintu itu, tiba-tiba…
                 Duk… duk… duk duk, duk, duk! Sebiji bola
             bergolek ke arahnya.
                 “Pak cik, tolong ambilkan bola!” kedengaran
             suara seorang pelajar perempuan meminta
             bantuannya.
                 Lung Dam menoleh ke arah ketiga-tiga
             pelajar tadi sambil tersenyum.
                 “Yalah…” katanya lalu membongkok untuk
                                   5
 Sekolah Berhantu.indd   5                                     3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
            mengutip bola yang berhenti bergolek di suatu
            sudut yang agak gelap.
                Seketika itu  juga,  Lung Dam  berasa  agak
            pelik. Bola yang sepatutnya berbentuk bulat
            dan berwarna putih itu kelihatan tidak bulat
            sepenuhnya… dan berbulu.
                Hu… hu… huuuuuu!
                Sayup-sayup kedengaran bunyi lolongan
            anjing
                Dum!
                Tiba-tiba daun pintu berdentum tertutup
            membuat Lung Dam tersentak.
                ‘Hisy… bunyi anjing melolong pulak malam-
            malam begini! Angin pun kuat. Nak hujan ke?’
            Lung Dam menggerutu dalam hati. Mujurlah dia
            tidak  keseorangan,  fikirnya.  Kalau  tidak,  sudah
            lama dia cabut lari.
                “Cepatlah, pak cik! Habis satu game ni kami
            dah nak balik asrama…” gesa pelajar tadi.
                “Ya.. ya… pak cik kutip…”
                Tangannya yang mencapai bola yang tergeletak
            di lantai itu terhenti. Benda dalam tangannya itu
            bukan bola!
                “Ini…?!” Lung Dam tergamam. “Aaaargh!”
            dia memekik.
                Benda  yang disangkanya  bola  rupa-rupanya
            kepala manusia. Matanya besar memandang
                                  6
 Sekolah Berhantu.indd   6                                     3/10/17   8:16 AM
Prolog
             dengan mulut menyeringai.
                 “Hi… hi… hi!”
                 “… ha… hantuuuu…!”
                 Lung Dam memekik sekuat-kuat hati
             lalu melontarkan kepala di tangannya itu. Dia
             berundur pantas sehingga tersandung dan jatuh
             terduduk dengan punggung menghentam lantai
             simen yang keras. Kesakitan tidak terasa ketika
             matanya memandang gerun ke arah kepala yang
             masih bergolek itu. Perasaan takutnya semakin
             tidak terkawal apabila dia melihat kepala itu
             bergoleh semula ke arahnya.
                 Duk… duk… duk!
                 “Hi…  hi…  hi!”
                 Dengan sedikit kesedaran yang masih
             tersisa, pengawal keselamatan itu menggagahkan
             diri untuk bangun, bersedia untuk cabut lari.
             Belum sempat dia berdiri, tiga pasang kaki
             menghadangnya. Dia mendongak dan melihat
             tiga orang pelajar perempuan yang berlatih bola
             keranjang tadi, berdiri di depannya… tanpa
             kepala!
                 “Aaahhh!” Lung Dam memekik.
                 Tiga batang tubuh yang tidak berkepala itu
             melangkah perlahan ke arahnya. Satu daripadanya
             semakin mendekat. Baju yang dipakai berlumuran
             darah dan darah itu seperti keluar dari bahagian
                                   7
 Sekolah Berhantu.indd   7                                     3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
            leher yang terpenggal.
                Walaupun  lemah  longlai seluruh badan,
            Lung Dam sedaya upaya mengumpulkan segenap
            tenaga yang tersisa untuk bangun dan lari sekuat-
            kuat hati dari bangunan gimnasium itu ke pintu
            utama sekolah. Sayup-sayup kedengaran suara
            mengilai ketiga-tiga pelajar dari arah belakang.
                Jantung Lung Dam berdegup kencang.
            Dengan usia yang agak lanjut Lung Dam hampir
            tidak percaya dia mampu lari sepantas itu.
                Hi…  hi…  hi!
                Suara ketawa yang didengar semakin
            mendekat, seolah-olah berada betul-betul di
            belakangnya. Lebih menyeramkan lagi, rambut
            yang berjurai dirasakan mengenai tengkuknya.
            Sudah tentu bukan rambut sendiri kerana
            kepalanya hampir botak.
                “Tolongggg! Ha… hantu!”
                Lung Dam terus memekik-mekik. Puluhan
            tahun  tidak pernah menangis, kini  air matanya
            membasahi pipi. Dia bernasib baik kerana kedua-
            dua belah kakinya masih mampu berfungsi
            walaupun dia hampir mengalah kerana tidak
            mampu lagi mengawal perasaan takut.
                Seketika kemudian, pengawal tua itu sampai
            di pintu pagar utama dalam keadaan tercungap-
            cungap. Dia terus memanjat pintu pagar tanpa
                                  8
 Sekolah Berhantu.indd   8                                     3/10/17   8:16 AM
Prolog
             membuang  masa  mencari  anak  kunci  untuk
             membuka pintu pagar. Belum sempat dia
             melompat keluar, sebelah kakinya ditarik dari
             bawah. Walaupun sudah dapat mengagak apa
             yang berlaku, pengawal tua itu memberanikan
             diri untuk menoleh ke belakang.
                 “Pak  cikkkk…”
                 “Aaaaaaaaa!”
                 Lelaki itu terpaku, tidak mampu bergerak.
                 “Pak cikkk… pak cik dah jumpa kepala
             saya…  kenapa  tak  pulangkan…?”
                 Satu badan tidak berkepala mencengkam kuat
             kaki pengawal keselamatan itu. Jari-jarinya yang
             berkuku tajam menembusi kain seluar pengawal
             keselamatan itu. Suara yang memanggil-manggil
             itu bukan datang dari arah badan tidak berkepala
             itu tetapi dari arah belakang.
                 Lung Dam menahan nafas lalu memandang
             ke arah suara. Nafasnya tersekat seketika ketika
             dia terpandang sebiji kepala terkatung-katung
             di udara. Matanya tersembul keluar sementara
             mulutnya terkoyak sampai ke telinga.
                 Wajah  yang mengerikan itu  menyeringai
             memandang Lung Dam… sebelum menerpa laju
             ke arah lelaki tua itu.
                 “Arghhhh!”
                 Lung Dam menepis kepala yang datang itu,
                                   9
 Sekolah Berhantu.indd   9                                     3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
            yang kemudian jatuh berdebuk berhampiran
            dengan batang tubuhnya. Tanpa berlengah, Lung
            Dam  segera  melompat  melepasi  pagar,  sebelum
            jatuh berdebuk di atas tanah di luar pagar.
                Lung Dam bingkas bangun walau badannya
            terasa  sakit.  Dia  menoleh  ke  balik  pagar. Badan
            tidak berkepala itu sudah tiada.
                “Ke mana…?”
                Belum sempat dia menghabiskan ayatnya
            tiba-tiba suara ketawa tadi berderai lagi. Lung
            Dam  mendongak  dan  terpandang  badan  tubuh
            itu  duduk  berjuntai  kaki  di  atas  pintu  pagar,
            dengan sebelah tangannya memegang kepala
            sendiri. Seketika kemudian lembaga itu ghaib…
            diiringi deruan angin dingin.
                Lung Dam tidak menunggu lebih lama.
            Dia terus cabut lari tanpa menoleh ke belakang,
            bertekad untuk tidak menjejakkan kaki ke sekolah
            itu lagi!
                                 10
 Sekolah Berhantu.indd   10                                    3/10/17   8:16 AM
Tidak Ingat
                           Siapa
 Sekolah Berhantu.indd   11                                    3/10/17   8:16 AM
Sekolah Berhantu
            Cahaya petang yang menyuluh masuk melalui
            cermin, menyapu muka gadis belasan tahun
            itu  yang  terbaring  tidak  sedarkan  diri  di katil.
            Kedinginan seolah-olah mengejutkannya sehingga
            terjaga.
                Gadis itu mula menggerakkan badan.
            Kepalanya terasa sangat berat. Dia cuba membuka
            mata. Kelopak matanya juga terasa berat.
                Perlahan-lahan  matanya    terbuka.  Dia
            memandang sekeliling. Tempat itu kelihatan asing.
            Kelihatan  seperti  bilik  asrama  kerana  katil-katil
            disusun berderetan ke dinding. Hanya katilnya
            sahaja ditempati.
                Gadis itu terpinga-pinga, cuba mengingat.
            Tempat itu tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
            Adakah otaknya bergegar disebabkan hentakan
            kuat sehingga dia tidak mampu mengingati apa-
            apa? Kepalanya berdenyut-denyut, seolah-olah
            dia bukan dirinya sendiri.
                “Aduhhhh!”
                Gadis bertubuh kecil itu mengerang ketika
            cuba menggagahkan badan untuk bangun. Dia
                                 12
 Sekolah Berhantu.indd   12                                    3/10/17   8:16 AM
Tidak Ingat Siapa
             berasa berat, terlalu berat seolah-olah kepalanya
             dihempap bongkah batu yang besar.
                 Bagaimana dia boleh berada di tempat yang
             asing itu?
                 Dia memandang sekeliling. Bilik itu besar.
             Lima buah katil tersusun rapat ke dinding. Langsir
             biru tingkap kelihatan sudah pudar warnanya
             sementara jaring kecil yang menutupi lubang
             tingkap dipenuhi sawang labah-labah. Tilam
             tempat dia berbaring pula agak kotor kalau mahu
             dipanggil tempat tidur. Cat pada besi kepala katil
             juga sudah mengelupas, mendedahkan besi yang
             sudah berkarat. Cadar katil yang sepatutnya putih
             pun sudah kekuningan. Nampak sangat sudah
             lama tidak digunakan.
                 Seluruh tubuhnya terasa lemah lesu. Rasa
             pusing memaksanya baring semula. Bilik siapa ni?
                 Gadis itu bangun untuk melihat-lihat lagi,
             tetapi gagal berdiri. Dia mengeluh dan menghela
             nafas dalam-dalam sebelum sekali lagi cuba
             menggagahkan diri untuk bangun.
                 Tiba-tiba suatu suara memecah kesunyian…
                 “Eh, Ton Liu! Awak dah sedar?”
                 Seorang gadis bangun dari sebuah meja
             belajar yang terletak di suatu penjuru yang
             agak terlindung, tidak jauh dari katil tempat dia
             berbaring. Gadis itu berjalan laju ke arahnya lalu
                                  13
 Sekolah Berhantu.indd   13                                    3/10/17   8:17 AM
Sekolah Berhantu
            memapahnya duduk.
                “Di… di mana saya ni?” dia bertanya sambil
            memicit kepala sendiri. Dia semakin kebingungan.
                “Bilik asramalah. Awak tak ingat ke?” jawab
            gadis tadi dengan riak wajah risau.
                “Bilik asrama? Macam mana saya boleh
            berada di sini?”
                Ton  Liu semakin  keliru,  dan sedaya upaya
            cuba mengingat kejadian yang berlaku sebelum
            ini.  Kepalanya    masih    berdenyut-denyut,
            menghalangnya daripada berfikir jauh.
                “Awak pitam di dalam bilik air. Saya dan
            kawan-kawan kita yang bawa awak ke sini.”
                “Saya pitam?”
                “Yalah!”
                Ton    Liu   terdiam   sejenak   sebelum
            mengucapkan  terima  kasih  walaupun  dia  masih
            tidak ingat apa-apa. Seribu satu tanda tanya
            bermain  di  fikirannya.  Siapa  budak  perempuan
            di depannya itu? Dia tidak mampu mengingat
            meskipun orang yang bersama-samanya ketika itu
            kelihatan begitu mesra terhadapnya.
                “Maaf,  ya! Er… awak  siapa?”  akhirnya  Ton
            Liu menebalkan muka untuk bertanya dengan
            suara separuh berbisik. Dia sebenarnya rasa
            bersalah bertanya begitu tetapi terpaksa.
                “Hei, Ton… teruk sangat ke awak terhantuk
                                 14
 Sekolah Berhantu.indd   14                                    3/10/17   8:17 AM
Tidak Ingat Siapa
             sampai tak ingat kawan sendiri? Saya Yoyaylah! Itu
             katil saya. Katil kita sebelah-menyebelah,” jawab
             Yoyay. Nada suaranya kedengaran bersahaja,
             menunjukkan yang dia tidak berkecil hati dengan
             pertanyaan Ton Liu tadi.
                 “Yoyay… maaflah… saya tak ingat. Kepala
             saya ni rasa berat sangat!”
                 “Tak pelik pun kalau awak tak ingat. Lagipun
             awak kan masih baharu di sekolah ini. Baru
             beberapa hari! Kebetulan kepala awak terhantuk,
             jadi awak  blur  sikit. Berehatlah dulu. Kalau
             perlukan apa-apa, panggil saya. Saya nak baca
             buku sekejap.”
                 “Terima kasih,Yoyay.”
                 Ton Liu merebahkan badan semula,
             memikir-mikir. Apa sebenarnya yang terjadi?
             Kenapa… bagaimana… bila…? Akhirnya dia
             dapat mengingat.
                 Ya, dia Ton Liu, pelajar tingkatan empat yang
             baru berpindah ke Sekolah Menengah St Maria
             Convent. Ibu dan ayahnya kerap ke luar daerah
             atas urusan kerja, maka dia dihantar belajar di
             sekolah berasrama.
                 “Yoyay… dah berapa lama saya tak sedarkan
             diri?”
                 Yoyay meletakkan buku yang dibacanya lalu
             menoleh ke arah Ton Liu.
                                  15
 Sekolah Berhantu.indd   15                                    3/10/17   8:17 AM
Sekolah Berhantu
                “Sejak petang semalam. Awak lapar tak?
            Awak kan belum makan apa-apa lagi?”
                Tepat sangkaannya. Ton memang belum
            makan. Tetapi dia tidak berasa lapar.
                “Tak… saya tak lapar…”
                “Tak lapar pun awak kena makan, baru
            bertenaga. Nanti saya ambilkan makanan dari
            dewan makan untuk awak.”
                “Tak payah susah-susah. Saya tak apa-apa.”
                “Kalau tak apa-apa kenapa masih baring aje?
            Tak usah cakap lagi. Awak tunggu di sini.”
                Yoyay terus bangun lalu berjalan keluar,
            meninggalkan Ton seorang diri di dalam bilik itu.
            Dia melihat jarum yang tergantung di dinding.
            Mungkin rakan-rakan yang lain baru habis kelas.
                Tiba-tiba Ton terpandang bayang-bayang
            hitam muncul di suatu penjuru bilik itu. Bayang-
            bayang yang semakin lama semakin jelas.
            Disebabkan hari hampir senja dan lampu masih
            belum dinyalakan, keadaan agak samar-samar
            ketika itu menyebabkan Ton tidak dapat melihat
            dengan jelas.
                Siapa?
                Ton mengamati lagi dan kali ini melihat
            seorang pelajar perempuan berambut panjang
            mengurai, yang menutup sebahagian mukanya.
            Wajahnya tertunduk memandang lantai. Gadis itu
                                 16
 Sekolah Berhantu.indd   16                                    3/10/17   8:17 AM
