The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-11 04:17:44

Focus KSSR 2024 Sejarah Tahun 6

Harga - WM: RM13.95 EM:RM13.95

PELANGI BESTSELLER Sejarah • Lee Sin Lian • Akashah Ismail 6 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN RESOS DIGITAL PERCUMA UASA INFO VIDEO KUIZ GAMIFIKASI BANK SOALAN


Perdana Menteri Kebanggaan Negara 1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Memegang jawatan dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970 2 Tun Abdul Razak Hussein Memegang jawatan dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976 7 Tun Dr. Mahathir Mohamad Memegang jawatan buat kali kedua pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 3 Tun Hussein Onn Memegang jawatan dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981 8 Tan Sri Mahiaddin Md Yassin Memegang jawatan dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 GARIS MASA


6 Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Memegang jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018 4 Tun Dr. Mahathir Mohamad Memegang jawatan dari 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003 9 Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob Memegang jawatan dari 20 Ogos 2021 hingga November 2022 10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim Memegang jawatan dari 24 November 2022 hingga kini 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Memegang jawatan dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009


iv KANDUNGAN 1.1 Idea dan Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 2 1.2 Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia 4 1.3 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia 6 1.4 Kajian Dokumen 8 1.5 Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia 9 Peta Konsep 10 Praktis UASA 1 Kuiz 11 2.1 Nama Negeri-negeri di Malaysia Info 14 2.2 Ketua-ketua Negeri di Malaysia 16 2.3 Ibu Negeri dan Bandar Diraja 17 2.4 Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri 17 Peta Konsep 20 Praktis UASA 2 Kuiz 20 3.1 Latar Belakang Rukun Negara 23 3.2 Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara 23 3.3 Matlamat dan Prinsip Rukun Negara Info 24 3.4 Peranan Rukun Negara 27 Peta Konsep 28 Praktis UASA 3 Kuiz 28 Pembentukan Malaysia 1 1 UNIT 2 Negeri-negeri di Malaysia 13 UNIT 3 Rukun Negara 22 UNIT


v 4.1 Kepelbagaian Kaum di Malaysia 31 4.2 Petempatan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Malaysia Dahulu dan Kini 34 4.3 Alat Muzik dan Tarian Tradisional dalam Masyarakat Malaysia Info Video 35 4.4 Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia 40 4.5 Cerita Rakyat Berunsur Tempatan dalam Masyarakat Malaysia Video 43 Peta Konsep 44 Praktis UASA 4 Kuiz 45 5.1 Agama dan Kepercayaan di Malaysia Info 48 5.2 Agama Islam dalam Perlembagaan 52 5.3 Kedudukan Agama Lain dalam Perlembagaan Info 52 5.4 Rumah Ibadat di Malaysia 53 Peta Konsep 55 Praktis UASA 5 Kuiz 56 6.1 Perayaan Utama Masyarakat di Malaysia Video 59 6.2 Tujuan Perayaan Masyarakat di Malaysia 62 6.3 Cara Sambutan Perayaan Dahulu dan Kini 62 Peta Konsep 64 Praktis UASA 6 Kuiz 65 7.1 Kenali Perdana Menteri Kita 68 7.2 Perdana Menteri Kebangaan Negara Info 68 7.3 Tugas-tugas Perdana Menteri 72 7.4 Pencapaian Negara di Bawah Kepimpinan Perdana Menteri Info 72 Peta Konsep 74 Praktis UASA 7 Kuiz 75 4 Kaum di Malaysia 30 UNIT 5 Agama dan Kepercayaan 47 UNIT 6 Perayaan Masyarakat di Malaysia 58 UNIT 7 Pemimpin Negara Malaysia 67 UNIT


vi 8.1 Perkembangan Awal Ekonomi Malaysia 78 8.2 Kegiatan Ekonomi Pemacu Kemajuan Negara 79 8.3 Pencapaian Ekonomi Malaysia 83 Peta Konsep 84 Praktis UASA 8 Kuiz 85 9.1 Pencapaian Sukan Kebanggaan Malaysia 88 9.2 Sukan Alat Perpaduan dan Keharmonian Kaum 93 9.3 Sukan Antarabangsa di Malaysia 94 9.4 Tokoh Inspirasi Sukan Negara Info 96 Peta Konsep 98 Praktis UASA 9 Kuiz 99 10.1 Malaysia dalam Pertubuhan Serantau dan Antarabangsa 102 10.2 Malaysia dan Association of Southeast Asian Nations Info 103 10.3 Malaysia dan Komanwel 105 10.4 Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam 107 10.5 Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 108 Peta Konsep 110 Praktis UASA 10 Kuiz 111 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 113 JAWAPAN 119 8 Kemajuan Ekonomi Malaysia 77 UNIT 9 Sukan Kebanggaan Malaysia 87 UNIT Malaysia dan Dunia 101 10 UNIT https://plus.pelangibooks.com/Resources/ FocusKSSR/SejarahThn6/BankSoalanUASA.pdf Bank Soalan UASA


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia Unit 1 Pembentukan Malaysia 1 UNIT Negara Malaysia 1 Pembentukan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pemimpin tempatan bagi mencapai pembentukan Malaysia. Tahukah anda tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia? Kata Kunci Tokoh Referendum Keselamatan Keseimbangan Kemerdekaan Kesejahteraan Sosioekonomi


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 2 Unit 1 Idea dan Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 1.1 1. Pemimpin tempatan dan pihak British mencadangkan idea awal pembentukan Malaysia yang melibatkan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei. 2. Cadangan awal pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Lord Brassey, Pengarah British North Borneo Company (Syarikat Borneo Utara British) pada tahun 1887. Mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat digabungkan. Lord Brassey (1887) 3. Pada tahun 1938, tokoh-tokoh tempatan seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Harun Aminurrashid memperjuangkan idea penggabungan melalui konsep Melayu Raya. 4. Konsep Melayu Raya menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, seluruh Kalimantan, Kepulauan Filipina dan Kepulauan Indonesia. 5. Pada tahun 1951, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara, iaitu Malcolm MacDonald turut mencadangkan idea penggabungan ini. Mengadakan beberapa perbincangan dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura berkaitan dengan idea penggabungan wilayah tersebut. Sir Malcom MacDonald (1951) 6. Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman yang merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan idea penggabungan. Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman (1955) 7. Kebijaksanaan tokoh dan para pemimpin yang mencadangkan idea pembentukan Malaysia wajar kita hargai. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga tahun 1970. Tokoh Kita Nilai Menghargai kegigihan para pemimpin. Mencontohi kebijaksanaan para pemimpin. Patriotisme


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 3 Unit 1 Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 1. Para pemimpin tempatan dan pihak British telah lama mengemukakan idea pembentukan Malaysia. 2. Kemunculan idea pembentukan Malaysia disebabkan oleh cabaran dan keadaan pada ketika itu. 3. Oleh itu, kita hendaklah menghargai jasa dan kebijaksanaan pemimpin yang mencetuskan idea pembentukan Malaysia. 4. Antara sebab pembentukan Malaysia ialah: Menjamin keselamatan negara • Singapura dan Sarawak sedang menghadapi ancaman komunis pada masa itu. • Ancaman komunis tersebut boleh menggugat keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. • Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam usaha membanteras ancaman komunis. • Oleh yang demikian, ancaman komunis boleh dibendung melalui pembentukan Malaysia. Pasukan keselamatan sedang bertugas untuk membanteras ancaman komunis Mencapai keseimbangan kaum • Penyertaan Singapura sahaja dalam Persekutuan Tanah Melayu akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara kaum. • Bilangan penduduk mencapai keseimbangan antara kaum apabila Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak, Sabah dan Brunei. Kepelbagaian masyarakat Mempercepat kemerdekaan • Kemerdekaan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dipercepat melalui pembentukan Malaysia. • Permuafakatan dan sokongan daripada semua pihak diperlukan bagi merealisasikan kemerdekaan. Permuafakatan antara pemimpin Membangunkan sosioekonomi • Pembentukan Malaysia akan mempercepat pembangunan infrastruktur, sosial dan ekonomi. • Taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui penggabungan Persekutuan Malaysia. Pembangunan infrastruktur


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 4 Unit 1 Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia 1.2 1. Para pemimpin telah mengambil beberapa langkah bagi menjayakan pembentukan Malaysia. 2. Antara langkah yang dilakukan termasuklah mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat, menubuhkan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM), menubuhkan Suruhanjaya Cobbold, penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dan mengadakan referendum. 3. Pembentukan Malaysia telah memberikan iktibar kepada kita. Kegemilangan dan kemakmuran dicapai oleh negara kita apabila terdapat permuafakatan dan keprihatinan semua pihak. • Cadangan pembentukan Malaysia diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Hotel Adelphi, Singapura. • Tujuan penubuhan JSKM ialah meyakinkan pemimpin Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. • Laporan reaksi tersebut diserahkan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. • Dua pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong pembentukan Malaysia. 27 Mei 1961 Julai 1961 23 Julai 1961 17 Januari 1962 21 Jun 1962 • Siri lawatan ke Sarawak diadakan oleh Tunku Abdul Rahman. • Menerangkan idea pembentukan Malaysia kepada pemimpin tempatan. • Pembentukan Suruhanjaya Cobbold bertujuan mendapatkan reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah. Anggota Suruhanjaya Cobbold Nilai Mencontohi semangat permuafakatan pemimpin negara. Kesungguhan para pemimpin merealisasikan pembentukan Malaysia. Patriotisme


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 5 Unit 1 • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). • Dianggotai oleh wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. • JAK peranan menyediakan rangka perlembagaan bagi melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. • Perjanjian Malaysia ditandatangani di Malborough House, London oleh wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. • Pemasyhuran Malaysia diadakan di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan City Hall, Singapura. 30 Ogos 1962 9 Julai 1963 16 September 1963 1 September 1962 12 Ogos 1963 • Mengadakan rundingan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. • Keputusan referendum menunjukkan bahawa rakyat Singapura bersetuju dengan pembentukan Malaysia. • United Nations Malaysia Mission (UNMM) diwujudkan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). • Bertujuan mengesahkan persetujuan penduduk Sarawak dan Sabah. Ahli Perwakilan Penilai Bangsa-Bangsa Bersatu Referendum Singapura Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 PAK-21 Kerja Berkumpulan Dokumen Pemasyhuran Malaysia Jom Aktiviti Secara berkumpulan, kumpulkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM). Info Sejarah Selain meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia, Suruhanjaya Cobbold juga dipertanggungjawabkan untuk menyusun semula perlembagaan untuk dijadikan Perlembagaan Malaysia.


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 6 Unit 1 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia 1.3 1. Kejayaan pembentukan Malaysia hasil daripada permuafakatan antara pemimpin. 2. Kegigihan dan kerjasama semua pihak membawa kejayaan pembentukan Malaysia. 3. Setiap warganegara perlulah menghormati tokoh-tokoh pembentukan Malaysia. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj • Menjadi pemimpin United Malays National Organisation (UMNO). • Menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. • Mengetuai perwakilan Persekutuan Tanah Melayu dalam Perjanjian Malaysia di London. Tun Temenggung Jugah anak Barieng • Menjadi pemimpin Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). • Menganggotai Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM). • Pada tahun 1963, beliau terlibat dalam menandatangani Perjanjian Malaysia di London. Lee Kuan Yew • Menjadi pemimpin People’s Action Party (PAP) di Singapura. • Menyokong idea pembentukan Malaysia untuk menghalang ideologi komunis di Singapura. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein Tun Datu Mustapha Datu Harun • Menjadi pemimpin United Malays National Organisation (UMNO). • Menjadi Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. • Berperanan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). • Menjadi pemimpin United Sabah National Organisation (USNO). • Berperanan menjelaskan kepada penduduk Sabah tentang pembentukan Malaysia.


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 7 Unit 1 Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens) • Menjadi pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO). • Menjayakan rancangan pembentukan Malaysia dengan mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM). Tun V.T. Sambanthan • Menjadi pemimpin Malayan Indian Congress (MIC). • Berperanan meneliti draf laporan Suruhanjaya Cobbold bersamasama Jawatankuasa Kabinet Persekutuan Tanah Melayu. Tun Muhammad Ghazali Shafie • Menjadi pemimpin United Malays National Organisation (UMNO). • Menganggotai Suruhanjaya Cobbold. • Semasa bertugas sebagai Ketua Setiausaha tetap Kementerian Luar, beliau berperanan penting dalam pembentukan Malaysia. Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Tan Sri Wong Pow Nee Datu Bandar Abang Haji Mustapha • Menjadi pemimpin Sarawak National Party (SNAP). • Berperanan dalam pembentukan Perikatan Sarawak bagi menyokong usaha pembentukan Malaysia. • Menjadi pemimpin Malayan Chinese Association (MCA). • Menjadi wakil Persekutuan Tanah Melayu dalam Suruhanjaya Cobbold. • Berperanan menemu ramah dan meneliti memorandum penduduk Sarawak dan Sabah mengenai pembentukan Malaysia. • Menjadi pemimpin Parti Negara Sarawak (PANAS). • Menyokong pembentukan Malaysia. • Terlibat dalam menandatangani Perjanjian Malaysia di London pada tahun 1963.


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 8 Unit 1 Kajian Dokumen 1.4 1. Dokumen Pemasyhuran Malaysia terdapat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi. 2. Pemasyhuran Malaysia ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. 3. Menurut Pemasyhuran Malaysia, Persekutuan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. 4. Pembentukan Malaysia telah berjaya mengekalkan kemakmuran negara hingga hari ini. Pemasyhuran Malaysia Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammod dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya. Bahawasanya oleh kerana suatu perjanjian yang diperbuat pada sembilan hari bulan Julai tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak, dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa persekutuan itu hendaklah dinamakan “MALAYSIA”. Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalm perjanjian yang tersebut telah bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah negeri itu: Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu perlembagaan bagi Malaysia yang akan menjadi kanun yang maktamad di dalamnya: Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu diadakan syarat bagi menjaga keselamatan hak-hak asasi dan kebebabasan sekalian rakyat dan bagi menggalakkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai kerajaan yang mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara berparlimen. Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuat kuasa perlembagaan itu pada enam belas hari bulan September tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga. Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan Negara Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama Gabenor Negeri Sarawak dengan ini MENGISYTIHAR dan MEMASYHURKAN bagi pihak umat Malaysia bahawa mulai dariapda enam belas hari bulan September tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga bersamaan dengan dua puluh lapan hari bulan Rabiulakhir tahun Hijrah seribu tiga ratus lapan puluh tiga, Malaysia yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terenggaru, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak Allah Rabbul Alamin akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara segara bangsa di diunia ini. Dokumen Pemasyhuran Malaysia dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi Transliterasi Pemasyhuran Malaysia dalam tulisan Rumi Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 6 PAK-21 Kajian dokumen Jom Aktiviti Murid dikehendaki membaca dokumen tersebut dan jawab soalan berikut. • Apakah dokumen tersebut? • Siapakah yang mengisytiharkan dokumen tersebut?


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 9 Unit 1 Mengadakan Mesyuarat Ketiga JSKM Negeri-negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia 1. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura telah membentuk Malaysia pada 16 September 1963. 2. Kemakmuran negara kekal sehingga hari ini hasil daripada pembentukan Malaysia. 3. Rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun sebagai tanda syukur dan bangga atas permuafakatan serta perpaduan rakyat Malaysia. LAUT CHINA SELATAN U Singapura PETUNJUK: Persekutuan Tanah Melayu Sarawak Sabah Negeri yang menyertai Malaysia 1963 Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia 1.5 1. Pelbagai cabaran yang dihadapi semasa proses pembentukan Malaysia. 2. Cabaran bermula dengan usaha untuk menjelaskan matlamat pembentukan Malaysia. 3. Malaysia turut menghadapi penentangan daripada negara Indonesia dan Filipina. Namun, para pemimpin telah menggunakan kebijaksanaan untuk menangani cabaran tersebut. • Tunku Abdul Rahman dan pemimpin negara tidak berputus asa meyakinkan masyarakat tentang tujuan pembentukan Malaysia. • Sarawak United People’s Party (SUPP) menolak pembentukan Malaysia. • SUPP mahu membentuk sebuah persekutuan sendiri yang terdiri daripada Sarawak, Borneo Utara dan Brunei.


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia Unit 1 Keratan akhbar berkaitan dengan konfrontasi • Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari tahun 1963 hingga tahun 1966. • Indonesia menganggap pembentukan Malaysia mengancam kedudukan negaranya. • Filipina pula mendakwa Sabah menjadi sebahagian daripada wilayahnya. 4. Hubungan tegang Malaysia dengan Indonesia dan Filipina semakin pulih apabila para pemimpin mengadakan permuafakatan. 5. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya pembentukan Malaysia dicapai pada 16 September 1963. 10 Peta Konsep Cabaran ke arah pembentukan Malaysia • Sarawak United People’s Party (SUPP) menolak rancangan pembentukan Malaysia. • Indonesia mengisytiharkan konfrontasi. • Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya. Tokoh dan negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj • Datu Bandar Abang Haji Mustapha • Tun Abdul Razak Hussein • Tun Muhammad Ghazali Shafie • Tun Temenggung Jugah anak Barieng • Tan Sri Wong Pow Nee • Tun Datu Mustapha Datu Harun • Tun V.T. Sambanthan • Lee Kuan Yew • Persekutuan Tanah Melayu, • Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Sarawak, Sabah dan Singapura • Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens) Pembentukan Malaysia Idea pembentukan Malaysia • Pemimpin tempatan dan tokoh British mencadangkan idea pembentukan Malaysia. Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia • Mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat. • Penubuhan JSKM. • Penubuhan Suruhanjaya Cobbold. • Penubuhan JAK. • Mengadakan referendum. • Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963. • Menandatangani Perjanjian Malaysia di London. • Pembentukan UNMM.


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 11 1. Pada tahun 1887, Lord Brassey, Pengarah SBUB mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan . A Brunei C Kalimantan B Singapura D Negeri-negeri Selat 2. Apakah yang menyebabkan keselamatan Persekutuan Tanah Melayu tergugat? A Ancaman komunis B Penentangan British C Penutupan sempadan D Persaingan perdagangan 3. Apakah faedah yang diperoleh Sarawak, Sabah dan Singapura melalui pembentukan Malaysia? A Perlindungan British B Kemajuan pelabuhan C Mempercepat kemerdekaan D Pengiktirafan negeri berdaulat 4. Di manakah Tunku Abdul Rahman mengumumkan idea pembentukan Malaysia pada tahun 1961? A Padang Banda Hilir, Melaka B Hotel Adelphi, Singapura C Kota Kinabalu, Sabah D Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 5. Apakah peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) dalam pembentukan Malaysia? A Menyusun perlembagaan baharu B Mengeratkan perpaduan penduduk C Meninjau reaksi penduduk Sarawak D Meyakinkan pemimpin Sarawak dan Sabah 6. Antara berikut, pihak yang manakah bertanggungjawab menyediakan laporan tentang reaksi penduduk Sarawak dan Sabah? A Kerajaan British B Suruhanjaya Cobbold C Jawatankuasa Antara Kerajaan D Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia 7. Gambar berikut merupakan tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia. Tun Muhammad Ghazali Shafie Apakah peranan tokoh tersebut? A Menyokong idea pembentukan B Menggubal perlembagaan baharu C Menganggotai Suruhanjaya Cobbold D Menghadapi bantahan daripada Indonesia 8. Siapakah yang menandatangani dokumen Pemasyhuran Malaysia? A Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj B Tun Temenggung Jugah anak Barieng C Datu Bandar Abang Haji Mustapha D Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan 9. Bagaimanakah Indonesia melancarkan penentangan terhadap pembentukan Malaysia? A Mengadakan rundingan B Mengisytiharkan konfrontasi C Membuat tuntutan ke atas Sabah D Melancarkan peperangan terbuka 10. Mengapakah Filipina menentang pembentukan Malaysia? A Mendakwa Sabah milik Filipina B Bimbang kedaulatan negara terjejas C Memperkenalkan Konsep Filipina Raya D Ingin mendapatkan kemerdekaan sendiri Bahagian A Praktis UASA 1 Unit 1


Sejarah KSSR Tahun 6 Unit 1 Pembentukan Malaysia 12 Unit 1 Bahagian B 1. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah tentang proses pembentukan Malaysia. (a) Siri lawatan ke Sarawak diadakan oleh Tunku Abdul Rahman bagi menerangkan idea pembentukan Malaysia kepada pemimpin tempatan. (b) Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan untuk meyakinkan pemimpin Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. (c) Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) bertujuan untuk mendapatkan reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah. (d) Referendum diadakan untuk meninjau pendirian penduduk Singapura tentang penyertaan dalam Malaysia. (e) Penubuhan United Nations Malaysia Mission (UNMM) oleh PBB adalah untuk menggubal perlembagaan baharu. [5 markah] Bahagian C 1. (a) Namakan dua wilayah yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam pembentukan Malaysia. [2 markah] (b) Jelaskan cabaran yang dihadapi dalam proses ke arah pembentukan Malaysia. [3 markah] Kuiz Gamifikasi


113 Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Siapakah yang mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia? A Lee Kuan Yew B Malcolm MacDonald C Tun Datu Mustapha Datu Harun D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 2. Apakah peranan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) bagi menjayakan pembentukan Malaysia? A Menggubal perlembagaan baharu B Meyakinkan pemimpin Sarawak dan Sabah C Melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah D Mendapatkan reaksi penduduk Sarawak dan Sabah 3. Lambang berikut merupakan jata negeri. Apakah negeri yang mempunyai jata tersebut? A Johor C Selangor B Melaka D Negeri Sembilan 4. Maklumat berikut merupakan lagu rasmi. Allah Lanjutkan Usia Sultan Apakah negeri yang menggunakan lagu rasmi tersebut? A Johor C Pahang B Perak D Kelantan 5. Siapakah yang mengisytiharkan Rukun Negara pada tahun 1970? A Perdana Menteri B Majlis Gerakan Negara C Yang di-Pertuan Agong D Majlis Perundangan Negara 6. Apakah perkara yang terkandung dalam prinsip pertama Rukun Negara? A Jauhi gejala sosial B Sentiasa menuntut ilmu C Agama menjadi pegangan rakyat D Mempertahankan kedaulatan negara 7. Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu kaum yang terdapat di Malaysia. Wujud hasil perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan di Melaka. Apakah kaum tersebut? A Sikh C Kadazandusun B Serani D Baba dan nyonya 8. Gambar berikut menunjukkan alat muzik masyarakat Sarawak, iaitu sape. Apakah kaum yang memainkan alat muzik tersebut? I Bajau II Kayan III Kenyah IV Rungus A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Siapakah pengasas ajaran Konfusius? A Lao Tzu B Kung Fu Tze C Guru Nanak D Siddharta Gautama Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)


Sejarah KSSR Tahun 6 Ujian Akhir Sesi Akademik 114 10. Apakah rumah ibadat penganut agama Sikh? A Kuil B Gereja C Tokong D Gurdwara 11. Mengapakah perayaan Hari Gawai disambut setiap tahun? A Tanda kesyukuran B Memuja semangat padi C Memulakan tahun baharu D Menghormati jasa pengasas 12. Gambar berikut menunjukkan tarian sumazau. Bilakah tarian tersebut dipersembahkan? A Vaisakhi B Hari Gawai C Pesta Kaamatan D Hari Genggulang 13. Apakah peranan Perdana Menteri? A Ketua negara B Ketua tentera C Ketua kerajaan D Ketua masyarakat 14. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang bergelar Bapa Kemerdekaan? A Tun Hussein Onn B Tun Dr. Mahathir Mohamad C Tun Abdullah Ahmad Badawi D Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 15. Antara berikut, yang manakah merupakan kegiatan ekonomi komersial? I Mendulang II Kapal korek III Perladangan IV Memungut hasil laut A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Gambar berikut menunjukkan kempen “Beli Barangan Buatan Malaysia”. BELI BARANGAN MALAYSIA PILIHANBIJAK BUATAN MALAYSIA Mengapakah kempen tersebut diperkenalkan? A Meningkatkan daya saing B Menyeru rakyat berjimat cermat C Memulau barangan dari luar negara D Menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan 17. Antara berikut, program manakah yang dapat menyatupadukan penduduk pelbagai kaum di Malaysia? I 1Murid 1Sukan (1M1S) II Beli Barangan Buatan Malaysia III Program Transformasi Kerajaan (GTP) IV Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18. Gambar berikut merupakan tokoh pemimpin sukan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Apakah sumbangan tokoh tersebut? A Penolong Setiausaha Agung FAM B Presiden Persekutuan Hoki Malaysia C Ahli Kehormat Persekutuan Sukan SEA D Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia


Sejarah KSSR Tahun 6 Ujian Akhir Sesi Akademik 115 19. Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)? I Kestabilan politik II Keamanan serantau III Persaingan ekonomi IV Kekuatan ketenteraan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20. Komanwel dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan British. Apakah sumbangan Malaysia dalam Komanwel? A Penyelesaian isu Palestin B Bank Pembangunan Islam C Membantu menamatkan amalan Aparteid D Meredakan konflik politik di sempadan Filipina Bahagian B [20 markah] Jawab semua soalan. 1. Padankan pernyataan berikut berkaitan dengan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. Pernyataan Langkah (a) Menerangkan idea pembentukan Malaysia kepada pemimpin di Sarawak. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) (b) Meyakinkan pemimpin Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) (c) Mendapatkan reaksi penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. Siri lawatan (d) Menyediakan rangka perlembagaan bagi melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia. United Nations Malaysia Mission (UNMM) (e) Mengesahkan persetujuan penduduk Sarawak dan Sabah dalam pembentukan Malaysia. Suruhanjaya Cobbold [5 markah]


Sejarah KSSR Tahun 6 Ujian Akhir Sesi Akademik 116 2. Nyatakan amalan agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia yang betul. Ajaran Tao Ajaran Konfusius Agama Buddha Agama Hindu Agama Kristian Amalan dan kepercayaan Jawapan (a) Penganut mempercayai Hukum Karma. (b) Penganut percaya kepada kepentingan keharmonian hidup dengan alam semesta. (c) Penganut melakukan aktiviti keagamaan di gereja pada hari Ahad. (d) Ajarannya menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibu bapa. (e) Ajarannya berasaskan Empat Kebenaran Mulia yang dapat dicapai melalui Jalan Lapan Lapis Mulia. [5 markah] 3. Tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah. (a) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditubuhkan untuk membangunkan sukan bola sepak negara kita. (b) Pemain berbakat seperti Poon Fook Look, Sarjit Singh dan Mirnawan Nawawi telah berjaya dalam bidang sukan badminton. (c) Datuk Nicol Ann David berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memegang gelaran pemain skuasy wanita nombor satu dunia paling lama. (d) Pandelela Rinong anak Pamg telah berjaya menyumbangkan pingat gangsa pertama kepada negara dalam Sukan Olimpik London 2012. (e) Abdul Latif bin Romly memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru dalam Sukan Paralimpik RIO 2016. [5 markah]


Sejarah KSSR Tahun 6 Ujian Akhir Sesi Akademik 117 4. Padankan sumbangan Malaysia berikut dengan pertubuhan antarabangsa yang betul. (a) Mengecam dasar Aparteid di Afrika Selatan. (b) Menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel. Komanwel (c) Mendesak usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (d) Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (e) Memperjuangkan prinsip “Pendidikan untuk Semua” melalui UNESCO. [5 markah] Bahagian C [10 markah] Jawab semua soalan. 1. Cerita rakyat merupakan cerita yang wujud dan berkembang dalam masyarakat pada zaman dahulu. (a) Senaraikan dua cerita rakyat berunsur tempatan dalam masyarakat Malaysia. [2 markah] (b) Jelaskan kepentingan cerita rakyat. [3 markah]


Sejarah KSSR Tahun 6 Ujian Akhir Sesi Akademik 118 2. Gambar berikut menunjukkan tempat-tempat menarik di Malaysia. (a) Namakan dua tempat peranginan di negara kita yang mempunyai keindahan alam semula jadi. [2 markah] (b) Mengapakah pelancong asing berminat untuk datang ke negara kita? [3 markah]


Sejarah KSSR Tahun 6 Jawapan JAWAPAN Pembentukan Malaysia 1 UNIT Praktis UASA 1 Bahagian A 1. D 2. A 3. C 4. B 5. D 6. B 7. C 8. A 9. B 10. A Bahagian B 1. (a) ✓ (b) ✓ (c) ✗ (d) ✓ (e) ✗ Bahagian C 1. (a) (i) Persekutuan Tanah Melayu (ii) Singapura (iii) Sarawak (iv) Sabah (v) Brunei (Mana-mana dua) (b) (i) Sarawak United People’s Party (SUPP) menolak rancangan pembentukan Malaysia. (ii) Indonesia mengisytiharkan konfrontasi. (iii) Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya. 2 Negeri-negeri di Malaysia UNIT Praktis UASA 2 Bahagian A 1. B 2. C 3. D 4. D 5. D 6. A 7. A Bahagian B 1. (a) Selangor (b) Sabah (c) Terengganu (d) Sarawak (e) Johor Bahagian C 1. (a) (i) Raja (ii) Sultan (iii) Yang di-Pertuan Besar (iv) Yang di-Pertua Negeri (Mana-mana dua) (b) (i) Mengetahui latar belakang / mendapatkan maklumat tentang ketua negeri. (ii) Menyambut hari keputeraan ketua negeri dengan penuh kemeriahan. (iii) Menghormati potret ketua negeri. 3 Rukun Negara UNIT Praktis UASA 3 Bahagian A 1. B 2. A 3. D 4. B 5. D 6. B Bahagian B 1. (a) kegiatan ekonomi (b) pertanian sara diri (c) terbatas (d) rusuhan (e) Rukun Negara Bahagian C 1. (a) (i) Sebagai identiti negara / ideologi kebangsaan. (ii) Mengukuhkan perpaduan / semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat. (iii) Menjamin keharmonian / kesejahteraan masyarakat. (Mana-mana dua) (b) (i) Taat setia kepada raja dan negara. (ii) Bersemangat patriotik. (iii) Sanggup berkorban demi negara. (iv) Menghormati lambang kedaulatan negara. (Mana-mana tiga) 119


W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM13.95 / E.M: RM13.95 CRC296064 ISBN: 978-629-470-375-9 Sejarah • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI FOCUS KSSR Tahun 6 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! Beli eBook di sini! 6 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN › Garis Masa › Kata Kunci › Induksi Bab › Peta Konsep REVISI PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Praktis UASA › Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) › Jawapan Lengkap CIRI-CIRI EKSTRA › Tokoh Kita › Jom Aktiviti › Nilai Patriotisme › Info Sejarah


Click to View FlipBook Version