The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2025-12-15 04:24:15

Strategic STPM Sem 2 (2026) Pengajian Perniagaan

> Info > VideoPEMBELAJARAN DIGITALTeks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER22022 – 2024• Sukatan Pelajaran STPM yang Dimurnikan• Skema Pentaksiran Mulai Peperiksaan Semester 1 STPM 2026Baharu! Berdasarkan2022 – 2024• Shanthi SubramaniamPENGAJIAN PERNIAGAAN(Fungsi-fungsi Perniagaan)


PENDAHULUANiiiStrategic STPM Pengajian Perniagaan Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciriciri berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.vKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Pentaksiran946/2Pengajian Perniagaan Semester 2Ujian BertulisBahagian A:4 soalan berbentuk esei diberikan.Jawab 2 soalan sahaja.Bahagian B:1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentuk prinsip atau konsep berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam semester berkenaan.100(33.33%)60402 jam 30 minitPentaksiran berpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 20a Skema [STPM BM P1].indd 5 28/11/2025 2:14 PM1PENGELUARANBABPengeluaranPeta KonsepSkop dan proses pengeluaranEvolusi pendekatan pengeluaranPerkaitan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan lainProses pengeluaranKawalan inventoriJenis-jenis inventoriAlat/kaedah kawalan inventori1Jenis-jenis pengeluaranLokasi kilangSusun atur pengeluaranProses kawalan kualitiStandardPengeluaranKaedah pemeriksaanPendekatan kawalan kualitiKawalan kualitiPerancangan pengeluaranPengurusan Kualiti Menyeluruh[Total QualityManagement(TQM)]01 PraU Pnigan P1.indd 1 Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran2BAB1 BAB1Skop dan Proses Pengeluaran 1.1Pengeluaran merupakan proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilai output.1.1.1 Evolusi Pendekatan PengeluaranEvolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan:Revolusi industri• Pengurusan pengeluaran bermula dan berkembang pesat sejak revolusi industri di England pada tahun 1760-an.• Pengenalan enjin stim oleh James Watt telah meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran.• Ekonomi yang berasaskan tenaga manual digantikan dengan penggunaan mesin.• Pengkhususan kerja yang dikemukakan oleh Adam Smith pada 1776 telah dipraktikkan di kilang-kilang dan mewujudkan buruh mahir serta pengeluaran secara besar-besaran.Pendekatan saintifik• Pendekatan ini diperkenalkan oleh Frederick Winslow Taylor. Beliau telah menetapkan satu piawaian untuk pekerja bagi melakukan setiap kerja.• Frederick Winslow Taylor yang dikenali sebagai Bapa Pengurusan Saintifik telah memperkenalkan prinsip pengurusan saintifikyang terdiri daripada:– Penentuan pergerakan yang membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja agar lebih efisien.– Pengkhususan kerja yang dapat meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang yang khusus.– Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi perlu dibuat supaya kakitangan yang diambil dapat menjalankan tugas.– Insentif upah, iaitu membayar upah mengikut jenis atau tahap kerja.• Menjelaskan evolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan revolusi industri, pendekatan saintifik, hubungan manusia, penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi, dan revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Hasil PembelajaranEvolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan• Revolusi industri• Pendekatan saintifik• Hubungan manusia• Penyelidikan operasi• Kualiti• Globalisasi• Revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)01 PraU Pnigan P1.indd 2 02/12/2025 8:34 AMPengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran3BAB1 BAB1Hubungan manusia• Pengurusan berbentuk gelagat telah diperkenalkan oleh Elton Mayo, Maslow, dan McGregor sekitar tahun 1930-an yang menekankan hubungan manusia dengan pengurusan.• Elton Mayo menjalankan Kajian Hawthorne (manusia dimotivasikan oleh keperluan sosial). Manusia akan lebih bekerjasama dengan pihak pengurusan apabila keperluan sosialnya dipenuhi.Penyelidikan operasi• Bermula pada tahun 1940-an, pendekatan ini membantu menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif / pengiraan.• Alat penyelidikan operasi seperti simulasi, teori giliran, teori keputusan, CPM/PERT, pengurusan inventori diperkenalkan.• Antara tokoh-tokoh yang terlibat:– George B. Dantzig telah memperkenalkan pengaturcaraan linear.– W. Skinner pula memberi penekanan kepada strategi perkilangan.– Pengurusan pengeluaran sebelum tahun 1935 berfokus kepada peningkatan produktiviti pengeluaran, tetapi mulai tahun 1935, penekanan telah diberi terhadap kualiti dalam proses pengeluaran.Kualiti• Kualiti telah diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh pengilang Jepun di mana tumpuan pengurusan telah beralih kepada kualiti, fleksibiliti, dan kepentingan pelanggan.• Kualiti dalam produktiviti diberi penekanan terutamanya aplikasi robotik serta CAD dan CAM dalam pengeluaran.• Orang-orang Jepun mengubah falsafah pengeluaran orang Amerika dengan mengutamakan kualiti dan bukan kuantiti.• Mereka menggantikan kaedah pengeluaran besar-besaran (massa) dengan kaedah pengeluaran kecil-kecilan yang lebih mengutamakan fleksibiliti dan kepentingan pelanggan.• Teknik-teknik pengeluaran moden seperti JIT, Sistem Pembuatan Luwes, Pengeluaran Condong (Lean Production), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), dan Penambahbaikan Berterusan (Kaizen) menjadi semakin penting di Jepun dan telah mempengaruhi proses pengeluaran di Amerika. Teknik-teknik moden ini telah merevolusikan proses pengeluaran.Kaizen ialah budaya kerja harian yang memfokus kepada usaha menambah baik secara berterusan di dalam sesuatu proses atau cara kerja di setiap keseluruhan bahagian dan ia melibatkan semua pekerja.Info PerniagaanINFOUntuk mendapatkan maklumat tentang Kajian Hawthorne, layari• https://www.collegesidekick.com/study-docs/21530045Akses Ilmu01 PraU Pnigan P1.indd 3 02/12/2025 8:34 AM Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran12BAB1 BAB1 Masuk(In)Keluar(Out)Rajah 1.3 Susun atur secara produkSusun atur secara proses 1 Penyusunan input mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu. Sesuai untuk penghasilan produk yang tidak seragam dan dalam kuantiti yang kecil.2 Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop.3 Susun atur ini memerlukan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi secara lebih fleksibel.4 Masa pelaksanaan adalah panjang dan perlu penyediaan yang kerap.5 Contoh organisasi yang menggunakan susun atur ini ialah sekolah, hospital, pasar raya, bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, dan restoran.Contoh: Bengkel membaiki keretaProses membaiki kereta akan melalui urutan kerja peringkat demi peringkat. Proses pertama merupakan aktiviti mengesan dan mengenal pasti kerosakan, kemudian aktiviti pembaikan kerosakan enjin. Sekiranya terdapat kerosakan pada badan kereta, aktiviti melurus dan melicinkan badan kereta akan dijalankan. Akhirnya, aktiviti mengecat badan kereta. Pada setiap peringkat, input khusus digunakan untuk melaksanakan setiap aktiviti dengan sempurna.Calon harus membezakan setiap jenis susun atur pengeluaran.Tip Pemeriksa01 PraU Pnigan P1.indd 12 25/11/2025 11:42 AMPeta KonsepMemberi gambaran menyeluruh kandungan bab.Hasil PembelajaranObjektif pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.Tip PemeriksaTip atau petua daripada pemeriksa berkenaan teks.NotaBerdasarkan Sukatan Pelajaran terbaharu.Skema Pentaksiran STPMSistem pentaksiran baharu STPM mulai tahun 2026.berkaitan dengan teks. Imbas kod QR dengan peranti mudah alih pintar untuk mengakses maklumat.Info PerniagaanMaklumat tambahan berkaitan teks.


iv Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 3 Kewangan98BAB3 BAB3(b) Aliran keluar tunai (Pembayaran tunai)(i) Unjuran ataupun perancangan penggunaan tunai dalam sesebuah firma untuk pembayaran.(ii) Pembayaran dibuat bagi item seperti akaun belum bayar, upah/gaji, kos pentadbiran, perbelanjaan modal, pembayaran dividen, cukai pendapatan, dan faedah.(c) Aliran tunai bersihPerbezaan jumlah aliran masuk dengan jumlah aliran keluar tunai bagi setiap tempoh.(d) Lebihan tunaiAliran masuk tunai yang besar berbanding dengan aliran keluar merupakan lebihan tunai.(e) Kurangan tunaiAliran keluar tunai lebih besar daripada aliran masuk merupakan kurangan tunai. (f) Baki awal (b/b)Jumlah tunai yang dimiliki oleh perniagaan sama ada di bank atau di tangan pada awal tempoh tertentu.(g) Baki akhir (h/b)(i) Jumlah tunai yang dimiliki oleh perniagaan sama ada di bank atau di tangan pada akhir tempoh tertentu.(ii) Contoh: Baki h/b = (Baki b/b + Penerimaan – Pembayaran)Contoh Bajet TunaiSyarikat Rino telah menyediakan anggaran kewangan bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2026. Anggaran tersebut adalah seperti yang berikut:(i) Baki tunai di bank pada 1 Oktober 2026 ialah RM20 250.(ii) Anggaran belian tunai:BulanOktoberJumlah (RM)November8 000Disember9 50010 000(iii) Anggaran jualan bagi bulan Oktober ialah RM36 000. Jualan dijangka meningkat sebanyak 10% pada bulanbulan berikutnya.(iv) Pembaikan premis perniagaan berjumlah RM20 000 akan dimulakan pada bulan Oktober dan kos perbelanjaannya dibayar pada bulan Disember.(v) Pada bulan November, beli perabot baharu yang dianggarkan berharga RM5 000.(vi) Anggaran belanja bulanan ialah:KuizApakah langkah yang boleh diambil oleh seorang pengurus untuk mengatasi kurangan tunai?• Mengaplikasikan bajet tunai.Hasil Pembelajaran03 PraU Pnigan P1.indd 98 27/11/2025 12:04 PMPengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 4 Sumber Manusia115BAB4 BAB44 Penamatan perkhidmatan(a) Merujuk kepada pesaraan wajib, pesaraan sukarela atau pembuangan pekerja menyebabkan pengambilan pekerja baharu.(b) Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan staf atas sebab persaraan apabila telah mencapai umur bersara wajib.(c) Pekerja mungkin berhenti secara sukarela kerana telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik daripada syarikat lain.(d) Penamatan perkhidmatan pekerja boleh berlaku apabila pekerja dikenakan tindakan disiplin kerana pecah amanah.(e) Bilangan pekerja yang bersara pada satu tempoh akan mempengaruhi keperluan sumber manusia yang perlu diganti dalam sesebuah organisasi.4.2.3 Penentuan Keperluan Sumber Manusia1 Langkah-langkah dalam proses pengambilan sumber manusia yang melibatkan beberapa langkah, iaitu:Perekrutan Pemilihan Penawaran kerja InduksiPerekrutan1 Perekrutan merupakan proses mencari individu yang layak dan memilih calon terbaik mengisi jawatan kosong.2 Perekrutan terdiri daripada:(a) Sumber dalaman(i) Mendapatkan calon pekerja dari kalangan pekerja sedia ada dalam organisasi bagi mengisi sesuatu kekosongan jawatan.(ii) Calon pekerja boleh diperoleh melalui kaedah notis, buletin, atau intranet.(iii) Contoh: Apabila terdapat kekosongan jawatan Pengurus Pemasaran di Jabatan Pemasaran, Eksekutif Pemasaran yang layak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan tersebut.(b) Sumber luaran(i) Mendapatkan calon pekerja dari pelbagai sumber luar organisasi atau orang awam bagi mengisi jawatan yang kosong.(ii) Boleh dilakukan melalui kaedah seperti headhunting dan temu duga terbuka.(iii) Contoh: Apabila Pengurus Sumber Manusia meletakkan jawatan, kekosongan tersebut diisi oleh calon dari luar organisasi yang memohon untuk menyertai organisasi.• Menjelaskan langkahlangkah dalam proses pengambilan sumber manusia yang merangkumi perekrutan, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi.• Menghuraikan tindakan perekrutan termasuk iklan, hebahan umum, headhunting, dan walk-in.Hasil PembelajaranPerekrutan merupakan proses mencari individu yang layak dan memilih calon terbaik mengisi jawatan kosong.Dua jenis perekrutan:• Sumber dalaman• Sumber luaran04 PraU Pnigan P1.indd 115 28/11/2025 8:05 AMKuizSoalan-soalan yang berfungsi menguji kefahaman pelajar.Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran31BAB1 1 Pengeluaran merupakan proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilai output.Rumusan2 Evolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan revolusi industri, pendekatan saintifik, hubungan manusia,penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi, dan revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).3 Langkah-langkah dalam proses pengeluaran terdiri daripada input, proses transformasi, dan output.4 Sistem pengeluaran berbantu komputer adalah seperti reka bentuk berbantu komputer [Computer aided design (CAD)], pembuatan berbantu komputer [Computer aided manufacturing (CAM)], dan pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)].5 Jenis-jenis susun atur ialah susun atur secara tetap, susun atur secara produk, susun atur secara proses, dan susun atur secara bersel (Cellular). 6 Susun atur secara tetap bermaksud proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap.7 Susun atur secara produk pula melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.8 Susun atur secara proses melibatkan penyusunan input mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu.9 Susun atur secara bersel (Cellular) ialah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk denganmenggunakan bahan dan alatan yang sedikit. 10 Kawalan kualiti ialah proses semakan produk untuk memastikan ia mematuhi standard tertentu.11 Kitaran PDCA merupakan salah satu alat kualiti yang digunakan untuk menganalisis kualiti, iaitu Plan, Do, Check, Act.12 Kaedah pemeriksaan termasuk pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan.13 Pendekatan kawalan kualiti ialah kawalan awalan atau input, kawalan semasa atau proses, dan kawalan selepas atau output.14 Pengurusan kualiti menyeluruh [(Total Quality Management (TQM)] merupakan satu proses pengurusan kualitiyang berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, dan penglibatan semua orang di setiapbahagian dan setiap proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.15 Amalan pengeluaran baik ialah Amalan Pembuatan [Good Manufacturing Practices (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), dan Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI).16 Standard pengeluaran ialah satu ukuran yang konsisten daripada peraturan, garis panduan, dan tindakan dalam menghasilkan sesuatu produk supaya kualiti produk boleh diterima.17 ISO ialah badan yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard atau piawai di negara masing-masing.18 Kawalan inventori merupakan sistem kawalan yang mengawasi jenis-jenis inventori seperti bahan mentah, barang siap, dan barang separuh siap.19 Jenis-jenis inventori terdiri daripada bahan mentah, kerja dalam proses, dan produk siap.20 Alat/kaedah kawalan inventori terdiri daripada Kuantiti Pesanan Ekonomi [Economic Order Quantity (EOQ)], Titik Pesanan Semula [Reorder Point (ROP)], Tepat Pada Masa [Just-in-Time (JIT)].21 EOQ digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan.22 ROP pula ialah tingkat minimum inventori di mana pesanan baharu dibuat. 23 JIT merupakan pendekatan yang meminimumkan kos pegangan dengan hanya menempah inventori yang perlu sahaja.01 PraU Pnigan P1.indd 31 25/11/2025 11:42 AMKertas Model STPM (946/ 2)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAPENGAJIAN PERNIAGAANKERTAS 22 JAM 30 MINITArahan kepada calon:Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Calon dikehendaki menjawab dua soalan dalam Bahagian A.Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian B.Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian B5Jumlah946/2 STPM14406 KModel PraU Pnigan P1.indd 144 28/11/2025 12:42 PM Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran32BAB1 PRAKTIS STPM 1Bahagian A1 (a) Jelaskan empat jenis susun atur kilang. [16] (b) Jelaskan proses kawalan kualiti. [14]2 (a) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses pengeluaran bagi pengeluaran kasut sukan. [16] (b) Jelaskan tiga jenis pengeluaran. [10] (c) Huraikan dua kaedah pemeriksaan dalam kawalan kualiti. [4]3 (a) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang. [20] (b) Huraikan tiga jenis inventori. [10]4 (a) Huraikan maksud pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan huraikan lima prinsip. [9] (b) Huraikan dan berikan dua tujuan/kepentingan bagi setiap amalan pengeluaran baik. (i) Good Manufacturing Practices (GMP) [3] (ii) Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) [3] (iii) Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI) [3] (c) Huraikan tiga hubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan: (i) Jabatan Pemasaran [6] (ii) Jabatan Sumber Manusia [6]Bahagian BFARM FRESH SUSU SEGAR NO. 1 DI MALAYSIAFarm Fresh merupakan sebuah syarikat yang bernaung di bawah The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. dan telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pengasas Farm Fresh, En. Loi Tuan Ee menjalankan perniagaan menghasilkan susu segar di Malaysia. Beliau telah membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia untuk menubuhkan Syarikat Holstein Milk Company Sdn. Bhd.. Untuk mengembangkan operasi perniagaannya, beliau mendapatkan bantuan kawannya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi serta membawa masuk Khazanah Nasional, agensi pelaburan strategik pelaburan kerajaan sebagai pelabur. Kolaborasi ini telah meletakkan asas yang kuat dalam perkembangan Farm Fresh.Rahsia kecemerlangan Farm Fresh ialah mengeluarkan dan menghasilkan baka lembu yang istimewa, iaitu Australian Friesian Sahiwal (AFS) yang merupakan kacukan baka lembu Friesan dan baka lembu Sahiwal dari Pakistan. Malah Farm Fresh turut mempunyai bank air mani (semen) lembu yang menggabungkan genetik baka lembu. Hal ini dapat meningkatkan jumlah penghasilan lembu dan menguatkan sistem imuniti lembu. Baka jenis AFS mampu hidup dalam suasana iklim Malaysia dan dapat dieksport ke negara beriklim tropika.Produk Farm Fresh merupakan hasil tenusu segar dan semula jadi yang diproses daripada susu segar daripada lembu yang sihat yang memakan rumput ditanam di ladang serta bebas daripada bahan 01 PraU Pnigan P1.indd 32 02/12/2025 8:34 AM148BABPengeluaran 1Bahagian A 1 (a) Empat jenis susun atur kilang ialah: (i) Susun atur secara tetap• Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap.• Input seperti buruh, mesin, bahan mentah, dan jentera dibawa ke tempat lokasi.• Susun atur ini sesuai untuk pengeluaran produk bersaiz besar, berat, dan mudah pecah.• Melibatkan kos yang tinggi bagi menghasilkan produk.• Pengeluaran produk ini juga memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan teknologi yang canggih.• Contohnya, pembinaan rumah. (ii) Susun atur secara produk• Melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.• Juga dikenali sebagai lini pengeluaran (assembly lines) di mana terdapat barisan berbentuk S, O, U, dan L.• Sesuai untuk menghasilkan produk seragam dan pengeluaran massa.• Contohnya dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen pemasangan komponen seperti enjin, tempat duduk badan kereta, dan sebagainya. Setiap pengeluaran bermula dengan satu aktiviti, misalnya pemasangan badan kereta dan diikuti dengan proses lain sehinggalah kereta siap dipasang.• Susun atur ini digunakan dalam pemasangan kereta, stesen cuci kereta, kafeteria, pembuatan kasut, dan komputer. (iii) Susun atur secara proses• Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop.• Input disusun mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu.• Sesuai untuk penghasilan produk yang tidak seragam dan kuantiti kecil.• Susun atur ini memerlukan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi dan ia lebih fleksibel.• Masa pelaksanaan adalah panjang dan perlu penyediaan yang kerap.• Contohnya di sekolah, hospital, pasar raya, bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, dan restoran. (iv) Susun atur secara bersel (Cellular)• Satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Ini disebabkan, mesin dan pekerja disusun dalam sel kecil yang boleh menangani pelbagai variasi produk tanpa perlu menukar keseluruhan proses pengeluaran.• Melibatkan produk yang memerlukan gabungan pelbagai komponen. Dalam sistem ini, JAWAPAN07 Jaw PraU Pnigan P1.indd 148 25/11/2025 7:42 AMRumusanRingkasan bab dalam bentuk nota padat.Kertas Model STPMKertas soalan mengikut format pentaksiran STPM terbaharu.JawapanJawapan lengkap bagi setiap Praktis STPM dan Kertas Model STPM. Praktis STPMSoalan-soalan mengikut format pentaksiran terbaharu di akhir setiap bab.Konsep PerniagaanMenyatakan konsep berkaitan teks yang dibincangkan.


vKod Kertas dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Pentaksiran946/2Pengajian Perniagaan Semester 2Ujian BertulisBahagian A:4 soalan berbentuk esei diberikan.Jawab 2 soalan sahaja.Bahagian B:1 soalan kajian kes dan termasuk sebahagiannya soalan berbentuk prinsip atau konsep berkaitan dengan tajuk-tajuk dalam semester berkenaan.100(33.33%)60402 jam 30 minitPentaksiran berpusatSkema Pentaksiran STPMSemester 2


KANDUNGANviBabPengeluaran 1 1Bab Bab1.1 Skop dan Proses Pengeluaran 1.2 Perancangan Pengeluaran 1.3 Kawalan Kualiti 1.4 Kawalan Inventori Rumusan Praktis STPM 1 BabPemasaran 2Bab Bab2.1 Pendekatan Pemasaran 2.2 Campuran Pemasaran (4P) 2.3 Gelagat Pengguna 2.4 Penyelidikan Pemasaran 2.5 Segmentasi, Sasaran Pasaran, dan Pemposisian (positioning) Rumusan Praktis STPM 2 Bab 3.1 Peranan Pengurus Kewangan 3.2 Penyata Kewangan 3.3 Sumber Pembiayaan dan Penggunaan Dana 3.4 Perancangan Kewangan 3.5 Pengurusan Risiko dan Insurans Rumusan Praktis STPM 3 BabSumber Manusia 4Bab Bab4.1 Pengurusan Sumber Manusia 4.2 Perancangan Sumber Manusia 4.3 Pengurusan Prestasi 4.4 Ganjaran Pekerja 4.5 Pengurusan Disiplin Pekerja 4.6 Pengurusan Stres Rumusan Praktis STPM 4 Kertas Model STPM (946/2) Jawapan 148


1 PENGELUARANBABPengeluaranPeta KonsepSkop dan proses pengeluaranEvolusi pendekatan pengeluaranPerkaitan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan lainProses pengeluaranKawalan inventoriJenis-jenis inventoriAlat/kaedah kawalan inventori1Jenis-jenis pengeluaranLokasi kilangSusun atur pengeluaranProses kawalan kualitiStandardPengeluaranKaedah pemeriksaanPendekatan kawalan kualitiKawalan kualitiPerancangan pengeluaranPengurusan Kualiti Menyeluruh[Total QualityManagement(TQM)]


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran2BAB11.1 Skop dan Proses PengeluaranPengeluaran merupakan proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilai output.1.1.1 Evolusi Pendekatan PengeluaranEvolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan:Revolusi industri• Pengurusan pengeluaran bermula dan berkembang pesat sejak revolusi industri di England pada tahun 1760-an.• Pengenalan enjin stim oleh James Watt telah meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran.• Ekonomi yang berasaskan tenaga manual digantikan dengan penggunaan mesin.• Pengkhususan kerja yang dikemukakan oleh Adam Smith pada 1776 telah dipraktikkan di kilang-kilang dan mewujudkan buruh mahir serta pengeluaran secara besar-besaran.Pendekatan saintifik• Pendekatan ini diperkenalkan oleh Frederick Winslow TaylorBeliau telah menetapkan satu piawaian untuk pekerja bagi melakukan setiap kerja.• Frederick Winslow Taylor yang dikenali sebagai Bapa Pengurusan Saintifik telah memperkenalkan prinsip pengurusan saintifikyang terdiri daripada:– Penentuan pergerakan yang membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja agar lebih efisien.– Pengkhususan kerja yang dapat meningkatkan kemahiran pekerja dalam bidang yang khusus.– Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi perlu dibuat supaya kakitangan yang diambil dapat menjalankan tugas.– Insentif upah, iaitu membayar upah mengikut jenis atau tahap kerja.• Menjelaskan evolusipendekatan pengeluaranbermula dengan revolusiindustri, pendekatansaintifik, hubunganmanusia, penyelidikanoperasi, kualiti, globalisasi,dan revolusi TeknologiMaklumat dan Komunikasi(ICT).Hasil PembelajaranEvolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan• Revolusi industri• Pendekatan saintifik• Hubungan manusia• Penyelidikan • Kualiti• Globalisasi• Revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran3 Hubungan manusia• Pengurusan berbentuk gelagat telah diperkenalkan oleh Elton Mayo, Maslow, dan McGregor sekitar tahun 1930-an yang menekankan hubungan manusia dengan pengurusan.• Elton Mayo menjalankan Kajian Hawthorne (manusia dimotivasikan oleh keperluan sosial). Manusia akan lebih bekerjasama dengan pihak pengurusan apabila keperluan sosialnya dipenuhi.Penyelidikan operasi• Bermula pada tahun 1940-an, pendekatan ini membantu menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif / pengiraan.• Alat penyelidikan operasi seperti simulasi, teori giliran, teori keputusan, CPM/PERT, pengurusan inventori diperkenalkan.• Antara tokoh-tokoh yang terlibat:– George B. Dantzig telah memperkenalkan pengaturcaraan linear.– W. Skinner pula memberi penekanan kepada strategi perkilangan.– Pengurusan pengeluaran sebelum tahun 1935 berfokus kepada peningkatan produktiviti pengeluaran, tetapi mulai tahun 1935, penekanan telah diberi terhadap kualiti dalam proses pengeluaran.Kualiti• Kualiti telah diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh pengilang Jepun di mana tumpuan pengurusan telah beralih kepada kualiti, fleksibiliti, dan kepentingan pelanggan.• Kualiti dalam produktiviti diberi penekanan terutamanya aplikasi robotik serta CAD dan CAM dalam pengeluaran.• Orang-orang Jepun mengubah falsafah pengeluaran orang Amerika dengan mengutamakan kualiti dan bukan kuantiti.• Mereka menggantikan kaedah pengeluaran besar-besaran (massa) dengan kaedah pengeluaran kecil-kecilan yang lebih mengutamakan fleksibiliti dan kepentingan pelanggan.• Teknik-teknik pengeluaran moden seperti JIT, Sistem Pembuatan Luwes, Pengeluaran Condong (Lean Production), Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), dan Penambahbaikan Berterusan (Kaizen) menjadi semakin penting di Jepun dan telah mempengaruhi proses pengeluaran di Amerika. Teknik-teknik moden ini telah merevolusikan proses pengeluaran. harian yang memfokuskepada usaha menambah secara berterusan di dalamsesuatu proses atau carakerja di setiap keseluruhanbahagian dan ia melibatkansemua pekerja.INFOUntuk mendapatkan maklumattentang Kajian Hawthorne,layari• https://www.collegesidekick.com/study-docs/21530045Akses Ilmu


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran4BAB1Globalisasi• Dalam era globalisasi, penggunaan komputer semakin penting kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan produktiviti, kualiti, dan mengurangkan kos.• Teknologi komputer yang baharu juga mempengaruhi reka bentuk produk, membolehkan pengeluaran dalam pelbagai bentuk dan saiz yang berlainan, serta memberikan pengguna pilihan yang banyak.• Penggunaan teknologi kini juga mempercepatkan proses pengeluaran terutamanya dengan penggunaan robotik dan jentera.• Segala proses dalam pengeluaran yang bermula dengan pesanan pelanggan sehingga peringkat kawalan inventori dan kualiti menjadi lebih produktif dengan penggunaan robot dan komputer.Revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)• Penggunaan Internet secara meluas bermula pada tahun 1990.• Sektor pengurusan pengeluaran perlu selari dengan perubahan teknologi agar lebih berdaya saing.• Penggunaan teknologi mempercepatkan proses pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.• Teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan lahirnya era perdagangan yang berkonsepkan e-dagang, e-pemasaran, dan e-perolehan.• Pembangunan teknologi ICT dan Internet yang pesat pada masa kini telah membawa kepada Revolusi Industri 4.0. (IR4.0). Pengeluaran pintar digabungkan dengan IoT(Internet of Thingsteknologi pengkomputeran awan, dan data besar.1.1.2 Proses PengeluaranLangkah-langkah dalam Proses PengeluaranInput• Sumber yang diperlukan untuk menghasilkan output.• Input terdiri daripada bahan mentah, teknologi, modal, modal insan, dan keusahawanan.• Contoh: Dalam pengeluaran perabot, input ialah kayu, rotan span, kain, skru.Revolusi Industri 4.0 merujukkepada integrasi teknologicanggih seperti Internet of Things (IoT), kecerdasanbuatan (AI), robotik, dandata besar (big data)dalam industri. Revolusiini membawa perubahanketara dalam cara kerja operasi perniagaan, sertamenggalakkan automasi penggunaan teknologi pintar.Info Perniagaan• Menjelaskan langkahlangkah dalam prosespengeluaran yangmerangkumi input, prosestransformasi, dan output.• Menghuraikan sistempengeluaran berbantukomputer, sepertireka bentuk berbantukomputer [Computer aided design (CAD)],pembuatan berbantukomputer [Computer aided manufacturing (CAM)],dan pembuatan berbantukomputer bersepadu[Computer integrated manufacturing (CIM)].Hasil Pembelajaran


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran5Proses transformasi• Proses mengubah input pengeluaran kepada produk siap dan separuh siap melalui proses tambah nilai ke atas input menggunakan teknologi dan modal insan. Aktiviti tambah nilai menyebabkan nilai input meningkat.• Input diubah dari segi bentuk, rupa, warna, saiz kepada bentuk baharu. • Contoh: Pekerja menjalankan aktiviti tambah nilai seperti memotong kayu, mengecat kayu, dan membengkok kayu.Output• Produk siap atau produk separuh siap yang dipasarkan kepada pengguna industri atau pengguna akhir. • Contoh: Kerusi kayu atau meja yang dihasilkan untuk dijual kepada pengguna.Proses tambah nilaiInput• Bahan mentah• Teknologi• Modal• Modal insan• KeusahawananProses TransformasiOutput• Produk siap• Produk separuh siap Rajah 1.1 Proses pengeluaranSistem Pengeluaran Berbantu KomputerReka bentuk berbantu komputer [Computer aided design (CAD)]• Sistem perisian yang menggunakan grafik komputer untuk membantu dalam penciptaan, pengubahsuaian, dan modifikasi sesuatu reka bentuk.• Contonya, arkitek menggunakan CAD dalam mereka bentuk bangunan.• Kebaikan CAD:– Memendekkan masa mereka bentuk produk yang baharu.– Memudahkan pengubahsuaian dan semakan dilakukan.– Memperbaiki teknologi pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.– Menjamin kualiti produk dan meningkatkan keuntungan.Langkah-langkah dalam proses pengeluaran• Input• Proses transformasi• OutputObjektif CAD & CAM:(a) Menjimatkan masa memastikan produk dihasilkan adalah tepat.(b) Memudahkan penyemakandan pengubahsuian bentuk.Info Perniagaan


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran6BAB1Pembuatan berbantu komputer [Computer aided manufacturing(CAM)]• Penggunaan komputer dalam sistem pengeluaran untuk tujuan reka bentuk pengeluaran produk.• Contohnya, penggunaan teknologi robotik dalam industri kereta.• Kebaikan CAM:– Mengurangkan penggunaan tenaga buruh untuk menjalankan proses pengeluaran dengan menggunakan teknologi.– Menjamin kualiti produk dan meningkatkan keuntungan.Pembuatan berbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)]• Sistem automasi kilang di mana semua proses berfungsi di bawah kawalan komputer dan bersumberkan maklumat digital.• Ianya bergantung kepada data dan teknologi komputer untuk mengawal dan menyelaraskan semua proses di dalam kilang.• CIM digunakan dalam industri untuk mengautomasi proses pengeluaran dan meningkatkan kecekapan.• Contohnya, penggunaan robot dalam pemasangan kereta, seperti pemasangan enjin, kimpalan badan kereta, dan cat automatik.• Kebaikan CIM ialah memberikan kelebihan daya saing kepada firma dengan menekankan aspek kepantasan, fleksibiliti, kualiti yang tinggi, dan kos yang rendah.Sistem dan Subsistem Pengeluaran serta Kemudahan Sistem Sokongan Keputusan Pembuatan Pengeluaran [Manufacturing Decision Support System (MDSS)]Sistem pengeluaran1 Sistem pengeluaran ialah satu set pemboleh ubah yang saling berinteraksi untuk mencapai sesuatu objektif.2 Fungsi pengeluaran merupakan satu sistem yang mentransformasikan input kepada output.3 Bagi memastikan sesuatu sistem berfungsi dengan baik, maklum balas daripada pengguna adalah penting.4 Sistem pengeluaran merangkumi semua komponen, proses, dan sumber yang terlibat dalam pembuatan barangan.5 Matlamat sistem pengeluaran adalah untuk mengubah bahan mentah menjadi produk siap dengan cekap dan berkesan.6 Sistem pengeluaran melibatkan pelbagai sistem lain yang mempengaruhi proses pengeluaran seperti sistem pemasaran, kewangan, kawalan inventori, kawalan kualiti, dan sebagainya. sistem dansubsistem pengeluaran sertakemudahan sistem sokongankeputusan pembuatanpengeluaran [Manufacturingdecision support system(MDSS)].


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran7Subsistem pengeluaran1 Dalam sistem pengeluaran, terdapat sistem-sistem yang lebih kecil dikenali sebagai subsistem seperti subsistem pembelian, inventori, logistik, kawalan kualiti, dan sebagainya.2 Subsistem ialah komponen atau unit khusus dalam sistem pengeluaran yang lebih besar. Setiap subsistem memberi tumpuan kepada aspek tertentu dalam proses pengeluaran dan menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan keseluruhan sistem pengeluaran.3 Setiap subsistem mempunyai objektif yang lebih sempit. Oleh itu, pengurus harus memastikan hubungan antara subsistem diselaraskan dan objektif subsistem adalah selari dengan matlamat keseluruhan organisasi.4 Contohnya, bahagian kewangan ingin memegang inventori yang minimum, manakala bahagian jualan ingin menyimpan inventori yang banyak. Kewujudan percanggahan objektif ini akan menyebabkan sesebuah firma tidak dapat beroperasi pada tingkat yang optimum.Contoh sistem dan subsistem dalam kilang pembuatan kereta:Sistem pengeluaran kilang kereta merangkumi keseluruhan proses pembuatan dari menggunakan bahan mentah (keluli, plastik, elektronik) sehingga aktiviti pemasangan untuk menghasilkan kereta. Subsistem kilang kereta terdiri daripada pengurusan inventori, perancangan, penjadualan pengeluaran, kawalan kualiti, penyelenggaraan, pengurusan sumber manusia, dan sebagainya.Sistem sokongan keputusan pembuatan pengeluaran [Manufacturing design support system (MDSS)]1 Merupakan sistem sokongan keputusan yang dirancang khusus untuk membantu dalam pembuatan.2 Sistem ini membantu organisasi dalam merancang, mengoptimumkan dan mengurus operasi pengeluaran secara cekap, berdaya saing, dan kos efektif.3 Sistem sokongan keputusan pembuatan pengeluaran (MDSS) adalah sejenis sistem maklumat yang menyokong proses membuat keputusan dalam operasi pembuatan. MDSS mengintegrasikan data dari pelbagai sumber, menganalisisnya, dan memberikan pandangan. Sistem ini membantu pengurus mengoptimumkan proses pengeluaran, meningkatkan kecekapan, dan meningkatkan prestasi pembuatan secara keseluruhan.4 Kepentingan MDSS:(a) Mengoptimumkan perancangan pengeluaran dengan menganalisis data mengenai permintaan, inventori, dan faktor


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran8BAB1lain. Dengan menganalisis data ini, pengeluar dapat membuat keputusan yang lebih tepat mengenai jadual pengeluaran, tahap inventori, dan operasi pengeluaran.(b) Membantu dalam kawalan kualiti. Dengan menganalisis data ini, pengeluar dapat mengenal pasti masalah kualiti dan mengambil tindakan pencegahan.(c) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti operasi pembuatan serta mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti produk.Contoh penggunaan MDSS:Penyusunan penjadualan:Menyusun semula jadual pengeluaran untuk memenuhi permintaan mendadak tanpa peningkatan kos.1.1.3 Perkaitan antara Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan lainHubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Pemasaran1 Jabatan Pengeluaran bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.2 Jabatan Pemasaran mendapatkan tempahan produk daripada pelanggan dan memaklumkan kepada Jabatan Pengeluaran yang akan mengeluarkan produk berdasarkan tempahan tersebut.3 Jabatan Pemasaran memberi maklum balas tentang kehendak pengguna kepada Jabatan Pengeluaran yang akan membuat penambahbaikan berdasarkan perubahan cita rasa pelanggan yang dikenal pasti.4 Jabatan Pemasaran akan menjalankan promosi dan memasarkan produk. Jabatan Pengeluaran menghasilkan produk berdasarkan jumlah perancangan jualan dari Jabatan Pemasaran.Hubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Kewangan1 Jabatan Pengeluaran merancang pembelian input pengeluaran dan kos pengeluaran yang terlibat. Jabatan Kewangan membekalkan modal dan menyediakan belanjawan untuk pembelian input dan menanggung kos pengeluaran.2 Jabatan Pengeluaran menyediakan bajet untuk aktiviti operasi pengeluaran dan menyerahkan kepada Jabatan Kewangan untuk diluluskan. Jabatan Kewangan menyediakan penyata kewangan untuk Jabatan Pengeluaran.3 Jabatan Pengeluaran mengemukakan cadangan kepada Jabatan Kewangan untuk memperoleh sumber kewangan bagi meningkatkan pelaburan. Jabatan Kewangan menerima cadangan daripada Jabatan • Menjelaskan hubunganantara jabatan pengeluarandengan jabatan-jabatanlain, seperti jabatanpemasaran, kewangan,dan sumber manusia.Hasil Pembelajaran


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran9Pengeluaran untuk penambahan pelaburan seperti pembelian peralatan.4 Jabatan Pengeluaran memberi maklumat berkaitan keperluan kewangan untuk aktiviti pengeluaran dan Jabatan Kewangan bertanggungjawab menyediakan sumber kewangan yang cukup berdasarkan keperluan Jabatan Pengeluaran.Hubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan Jabatan Sumber Manusia1 Jabatan Pengeluaran menyediakan unjuran keperluan sumber manusia kepada Jabatan Sumber Manusia. Jabatan Sumber Manusia akan menyediakan sumber manusia yang bersesuaian dari segi kualiti dan kuantiti.2 Jabatan Pengeluaran memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia apabila berlaku keperluan latihan. Jabatan Sumber Manusia akan menyediakan latihan dan pembangunan yang diperlukan.3 Jabatan Pengeluaran memaklumkan kepada Jabatan Sumber Manusia apabila berlaku pengurangan dalam bilangan pekerja. Jabatan Sumber Manusia akan merekrut, memilih, mengadakan program orientasi serta program latihan.1.2 Perancangan Pengeluaran1.2.1 Jenis-jenis PengeluaranMengikut Tempahan1 Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk yang unik mengikut spesifikasi pelanggan dalam volum yang kecil.2 Modal dan pelaburan yang besar diperlukan kerana memerlukan tenaga pakar dalam bidangnya.3 Penghasilan produk mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan.4 Dihasilkan atas permintaan atau tempahan pengguna dan dalam kuantiti yang kecil. Nilai produk adalah tinggi.5 Contohnya, projek pembinaan jambatan, hotel, tempahan kabinet dapur, dan sebagainya.Secara Massa1 Pengeluaran ini menghasilkan sejumlah produk seragam untuk pasaran umum, dalam kuantiti yang besar. jenispengeluaran mengikuttempahan, secara massa,dan secara berkelompok.Jenis-jenis pengeluaran• Mengikut tempahan• Secara massa• Secara berkelompok


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran10BAB12 Pengeluaran adalah dalam satu barisan yang panjang. Proses pengeluaran melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang dikawal oleh komputer.3 Pengeluaran adalah berterusan dan kadang kala melibatkan operasi 24 jam.4 Contohnya, pengeluaran makanan ringan, kasut, sabun, kereta, dan telefon pintar.Secara Berkelompok1 Pengeluaran dibuat mengikut satu kelompok dan diikuti dengan kelompok yang lain.2 Produk dikeluarkan dalam kuantiti kecil atau berubah-ubah serta spesifikasi produk ditentukan oleh pelanggan.3 Melibatkan pengeluaran barangan yang sama fungsi.4 Segala peralatan disusun untuk mengeluarkan produk yang berbeza.5 Contohnya, pemprosesan makanan seperti roti, kek, pengeluaran ubat, pemasangan barangan elektronik, dan penghasilan majalah.1.2.2 Susun Atur Pengeluaran1 Penyusunan mesin, jabatan, dan stesen kerja untuk memastikan satu pengaliran kerja atau bahan secara efisien serta penggunaan ruang dengan baik.2 Objektif susun atur:(a) Meminimumkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang.(b) Menggunakan ruang dan sumber secara berkesan.(c) Meminimumkan inventori kerja dalam proses.(d) Mengurangkan masa pembuatan dan menggalakkan fleksibiliti dalam proses pengeluaran.(e) Memudahkan pergerakan keluar masuk bahan mentah dan produk dari kilang serta mengelakkan pergerakan yang membazir masa dan tenaga.Jenis-jenis Susun AturTerdapat empat jenis susun atur kilang, iaitu secara tetap, secara produk, secara proses, dan secara bersel (cellular).Susun atur secara tetap1 Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap.2 Input pengeluaran seperti buruh, mesin, jentera, dan bahan mentah dibawa ke lokasi pengeluaran.• Menjelaskan objektif susunatur dan jenis-jenis susunatur secara tetap, prproduk, dan cellular.Hasil PembelajaranSusun atur pengeluaran penyusunan mesin, jabatan,dan stesen kerja untukmemastikan satu pengalirankerja atau bahan secaraefisien serta penggunaanruang dengan baik.Jenis-jenis susun atur• Susun atur secara tetap• Susun atur secara produk• Susun atur secara proses• Susun atur secara bersel (cellular)


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran113 Susun atur ini sesuai untuk pengeluaran produk bersaiz besar, berat, dan mudah pecah. 4 Pengeluaran produk ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan teknologi yang canggih.5 Contohnya, projek pembinaan rumah. Input yang digunakan seperti bahan mentah (simen batu, kayu, pasir, besi, dan sebagainya), mesin (pembancuh simen, pemotong kayu/besi) tenaga kerja (jurutera, buruh, pengurus projek), dan peralatan dibawa ke tempat pembinaan.Peralatan/ MesinProdukPeralatan/MesinBahanBuruhBuruhBahanRajah 1.2 Susun atur secara tetapSusun atur secara produk1 Melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.2 Juga dikenali sebagai lini pengeluaran (assembly lines) di mana terdapat barisan berbentuk S,O,U, dan L.3 Sesuai untuk menghasilkan produk seragam dan pengeluaran massa.4 Contohnya dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen pemasangan komponen seperti enjin, tempat duduk, badan kereta, dan sebagainya. Setiap pengeluaran bermula dengan satu aktiviti, misalnya pemasangan badan kereta dan diikuti dengan proses lain sehingga kereta siap dipasang.5 Susun atur ini digunakan dalam pemasangan kereta, stesen cuci kereta, kafeteria, pembuatan kasut, dan komputer.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran12BAB1Masuk(In)Keluar(Out)Rajah 1.3 Susun atur secara produkSusun atur secara proses1 Penyusunan input mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu. Sesuai untuk penghasilan produk yang tidak seragam dan dalam kuantiti yang kecil.2 Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop.3 Susun atur ini memerlukan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi secara lebih fleksibel.4 Masa pelaksanaan adalah panjang dan perlu penyediaan yang kerap. ontoh organisasi yang menggunakan susun atur ini ialah sekolah, hospital, pasar raya, bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, dan restoran.Contoh: Bengkel membaiki keretaProses membaiki kereta akan melalui urutan kerja peringkat demi peringkat. Proses pertama merupakan aktiviti mengesan dan mengenal pasti kerosakan, kemudian aktiviti pembaikan kerosakan enjin. Sekiranya terdapat kerosakan pada badan kereta, aktiviti melurus dan melicinkan badan kereta akan dijalankan. Akhirnya, aktiviti mengecat badan kereta. Pada setiap peringkat, input khusus digunakan untuk melaksanakan setiap aktiviti dengan sempurna.Calon harus membezakansetiap jenis susun aturpengeluaran.Tip Pemeriksa


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran13 Produk ALangkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4Produk BLangkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4Produk CLangkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4Rajah 1.4 Susun atur secara prosesSusun atur secara bersel (Cellular)1 Satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Ini disebabkan, mesin dan pekerja disusun dalam sel kecil yang dapat mengendalikan pelbagai variasi produk tanpa perlu menukar keseluruhan proses pengeluaran.2 Proses ini menyebabkan pengeluaran menjadi lebih kecil serta mampu mengeluarkan produk dengan cepat dan dapat menjimatkan kos.3 Melibatkan produk yang memerlukan gabungan pelbagai komponen. Dalam sistem ini, produk yang dihasilkan sering kali terdiri daripada beberapa bahagian atau komponen yang dibuat dalam sel berbeza sebelum digabungkan menjadi satu produk akhir.4 Merupakan susun atur yang menyusun peralatan dan kerja yang sama dalam sel sama.5 Terdapat lini pengeluaran yang kecil dalam setiap sel. Stesen kerja disusun dalam susun atur tertentu untuk memudahkan aliran dan pemprosesan produk yang cekap.6 Sistem ini direka untuk mengoptimumkan pengeluaran dengan mengelompokkan tugas, proses, dan mesin yang serupa atau berkaitan ke dalam “sel”. Setiap sel biasanya bertanggungjawab untuk bahagian tertentu proses pembuatan. Susun atur ini mengambil kira kecekapan proses pengeluaran yang dapat meminimumkan kos per unit.7 Susun atur ini menjimatkan ruang kerja serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan.8 Contohnya klinik pergigian, bilik bedah, dan pengeluaran telefon bimbit.KuizApakah perbezaan antara atur proses dengansusun atur bersel (cellular)?


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran14BAB15 6 73 2 1OutputInput4Rajah 1.5 Susun atur secara cellular1.2.3 Lokasi Kilang1 Lokasi kilang merujuk kepada keputusan mengenai tapak lokasi yang strategik dan sesuai bagi menjalankan aktiviti pengeluaran.2 Objektif:(a) Meminimumkan kos operasiLokasi dipilih berdasarkan keupayaan untuk mengurangkan kos tetap dan berubah seperti kos tenaga buruh, pengangkutan, dan sewa.(b) Memudahkan pengurusan logistikKilang perlu berdekatan dengan sumber bahan mentah untukmengurangkan kos logistik dan memastikan bekalan konsisten.Faktor–faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Lokasi KilangFaktor–faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang ialah:(a) Bekalan tenaga buruh/sumber manusia(b) Sistem pengangkutan dan logistik(c) Pengguna/pelanggan sasaran(d) Pembekal bahan mentah(e) Faktor geografi(f) Kemudahan infrastruktur/prasarana(g) Peraturan dan kawalan undang-undang(h) Saiz dan kos tanah(i) Faktor ekonomi dan sosial/sosiobudaya(j) Insentif pelaburanBekalan tenaga buruh/sumber manusia1 Lokasi yang dipilih harus memudahkan syarikat mendapatkan tenaga buruh untuk melaksanakan proses pengeluaran.2 Pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan kos buruh, kuantiti penawaran buruh, dan tahap kemahiran buruh.• Menjelaskan faktor-faktoryang mempengaruhipemilihan lokasi kilang.Hasil Pembelajaran


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran15Sistem pengangkutan dan logistik1 Kemudahan pengangkutan dan sistem jalan raya yang baik seperti lebuh raya, akses ke pelabuhan yang sesuai serta kemudahan pengangkutan udara termasuk lapangan terbang perlu diambil kira bagi memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan mudah dan segera.2 Sistem pengangkutan dan logistik yang baik akan menjimatkan kos pengeluaran serta mengurangkan kos penyimpanan inventori.Pengguna/pelanggan sasaran1 Pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yang berhampiran dengan pengguna/pelanggan supaya produk mudah dipasarkan kepada pengguna/pelanggan.Pembekal bahan mentah1 Pengeluar harus memastikan kilang yang akan dibina adalah berdekatan dengan pembekal bahan mentah bagi memastikan proses pengeluaran sentiasa lancar dan tidak tergendala.2 Pembekal yang cekap dan dapat memenuhi jadual proses pengeluaran harus dipertimbangkan sebelum pembinaan sesebuah kilang.Faktor geografi1 Iklim yang stabil dan tidak terdedah kepada bencana alam seperti banjir atau kemarau dapat memastikan aktiviti pengeluaran tidak terganggu dan berjalan secara berterusan.2 Keadaan muka bumi yang sesuai serta bebas daripada bencana alam gempa bumi menjadikan kilang lebih selamat dan efisien.Kemudahan infrastruktur/prasarana1 Kos utiliti seperti tarif air, elektrik, dan gas yang berpatutan dapat mengurangkan kos pengeluaran.Peraturan dan kawalan undang-undang1 Peraturan dan kawalan undang-undang yang stabil membolehkan perniagaan berjalan tanpa gangguan.2 Pengusaha perlu mengelakkan pemilihan lokasi di kawasan yang mempunyai tadbir urus yang tidak stabil terutamanya yang kerap berlaku pertukaran peraturan dan undang-undang berkaitan perniagaan.3 Perlindungan hak milik seperti jaminan kerajaan untuk tidak memiliknegarakan operasi pengeluaran mempengaruhi pengeluar dalam memilih lokasi bagi mengembangkan operasi perniagaan.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran16BAB14 Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan alam sekitar perlu diberi perhatian.5 Firma perlu mengambil kira keadaan persekitaran, iaitu memastikan tidak berlaku pencemaran dan mengutamakan keselamatan. Misalnya, industri petrokimia mestilah ditempatkan jauh dari kawasan perumahan.Saiz dan kos tanah1 Kos tanah yang terlalu tinggi menyebabkan pemilik perniagaan membuat keputusan membeli atau menyewa di lokasi lain.2 Lokasi perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan ramai mempunyai kos tanah yang tinggi.3 Lokasi perniagaan dipilih kerana saiz tanah yang luas dengan kos yang murah atau mampu dibeli.Faktor ekonomi dan sosial/sosiobudaya1 Ciri seperti pendapatan penduduk, budaya, kualiti hidup, kadar upah, keperluan latihan, produktiviti pekerja, taraf kesihatan, dan kesatuan sekerja juga akan mempengaruhi pemilihan lokasi sesebuah kilang.2 Contohnya, pengusaha kilang pengeluar makanan halal akan lebih mengutamakan lokasi di negara Islam.Insentif pelaburan mengembangkan sektor perindustrian.2 Hal ini membolehkan sebuah kilang yang didirikan mendapat insentif seperti elaun cukai pelaburan, kemudahan kredit, taraf perintis bagi mengurangkan kos operasi kilang.3 Pengenaan cukai yang tidak membebankan dan perlindungan tarif bagi lokasi kilang di dalam zon galakan perdagangan menjadi faktor penarik dalam pemilihan lokasi kilang.1.3 Kawalan Kualiti1 Kawalan kualiti ialah proses semakan produk untuk memastikan ia mematuhi standard tertentu.2 Objektif kawalan kualiti:(a) Objektif kos dan syer pasaran.Kualiti yang baik dapat meningkatkan syer dan mengurangkan kos.(b) Meningkatkan imej syarikat.Produk yang berkualiti dapat membentuk imej yang baik.(c) Liabiliti produk. semakan produk untukmemastikan ia mematuhistandart tertentu.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran17Produk yang dikeluarkan mestilah selamat, tidak menjejaskan kesihatan pengguna dan merupakan liabiliti kepada pengguna.(d) Dapat bersaing di pasaran antarabangsa.Produk mendapat pengiktirafan dari badan kualiti antarabangsa. Jika produk berkualiti rendah, ini boleh menjejaskan keuntungan firma.1.3.1 Proses Kawalan Kualiti1 Kitaran PDCA merupakan salah satu alat kualiti yang digunakan untuk menganalisis kualiti, iaitu Plan, Do, Check, Act.2 Kitaran PDCA ialah empat langkah yang sering digunakan dalam syarikat sebagai alat mengawal dan menambah baik secara berterusan. PDCA digunakan secara meluas dalam pelbagai industri, terutamanya dalam pengurusan kualiti dan proses penambahbaikan.3 Konsep kitaran PDCA pertama kali diperkenalkan oleh Dr Walter A. Shewhart pada tahun 1930 dan dikenali sebagai Shewhart Cycle. Konsep ini dikembangkan oleh Dr. Walter Edward Deming sehingga ke negara Jepun dalam sektor pembuatan yang kemudiannya dikenali sebagai The Deming Wheel.4 Contohnya, Syarikat Toyota menggunakan kitaran PDCA untuk meningkatkan proses pengeluarannya, memastikan kualiti dan kecekapan pada setiap tahap. Toyota melaksanakan kitaran PDCA dengan mengenal pasti ketidakcekapan pengeluaran dan membangunkan rancangan untuk menanganinya.5 Langkah-langkah dalam PDCA:(a) Rancang (Plan)(i) Mengenal pasti masalah dan mencadangkan jalan penyelesaian.(ii) Contohnya, Syarikat Toyota mengenal pasti ketidakcekapan dalam proses pengeluarannya dan membangunkan rancangan untuk mengatasinya. Ini termasuk menetapkan sasaran khusus untuk peningkatan kualiti dan kecekapan.(b) Buat (Do)(i) Melaksanakan tindakan seperti yang dirancang.(ii) Contohnya, Syarikat Toyota melaksanakan perubahan dengan melatih pekerja dalam kaedah pengeluaran condong. Syarikat menetapkan standard prosedur kerja serta mengintegrasikan teknologi canggih.(c) Semak (Check)(i) Mengukur pencapaian dengan membandingkan kedudukan sebelum dan selepas cadangan dilaksanakan.(ii) Contohnya, Syarikat Toyota sentiasa memantau pengeluaran untuk menilai keberkesanan setelah perubahan dibuat. Ini melibatkan analisis terperinci data kawalan kualiti dan kecekapan pengeluaran.• Menghuraikan langkahlangkah dalam proseskawalan kualiti yangmerangkumi rancang,buat, semak, danbertindak [Plan, Do, Check, Act (PDCA)].Hasil PembelajaranVIDEOUntuk mendapatkan tentang kitaran • https://www.youtube.com/watch?v=bO3GpAjVvD8Akses IlmuLangkah-langkah dalam PDCA• Rancang (Plan)• Buat (Do)• Semak (Check)• Bertindak (Act)


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran18BAB1(d) Bertindak (Act)(i) Mengambil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baharu dilaksanakan dengan berkesan dan memberikan hasil yang memuaskan.(ii) Mengambil tindakan pembetulan dan membuat penambahbaikan yang berterusan.(iii) Contohnya, Syarikat Toyota membuat pelarasan yang diperlukan untuk prosesnya. Strategi yang berjaya diperkukuhkan dan sebarang isu segera ditangani.1.3.2 Kaedah PemeriksaanPemeriksaan Menyeluruh1 Kaedah ini melibatkan pengambilan setiap produk untuk dikaji dan diperiksa satu demi satu.2 Kaedah ini sesuai untuk pengeluaran produk secara tempahan yang kuantitinya adalah kecil.3 Melibatkan masa yang lama dan kos yang tinggi.Pelan Pensampelan1 Pemeriksaan satu sampel kecil yang akan digunakan untuk buat kesimpulan umum mengenai keseluruhan lot produk yang dikeluarkan. Sampel akan mewakili lot produk yang telah diperiksa.2 Sampel item akan dipilih secara rawak dan seterusnya menjalankan AQL (Acceptable Quality Level) atau had terima kualiti ditentukan, iaitu bilangan unit maksimum yang rosak/cacat bagi setiap satu lot pengeluaran. Jika bilangan unit cacat melebihi AQL, maka keseluruhan lot pengeluaran akan ditolak.3 Contohnya, AQL ditetapkan 1% daripada 1 000 unit lot produk. Hanya 10 unit maksimum yang cacat boleh diterima, Jika lebih daripada 10, keseluruhan lot akan ditolak. Jika kecacatan sampel melebihi AQL, seluruh lot produk akan ditolak.4 Sesuai untuk pengeluaran produk secara massa atau pengeluaran kelompok.5 Kaedah ini membantu menjimatkan masa.6 Contohnya, pengeluaran mentol dan makanan ringan.1.3.3 Pendekatan Kawalan KualitiKawalan awalan (input)• Kawalan yang dijalankan sebelum aktiviti pengeluaran dilaksanakan.• Juga dikenali sebagai kaedah awalan di mana organisasi memastikan input yang digunakan memenuhi piawaian yang ditetapkan.• Kawalan dilakukan ke atas input pengeluaran sama ada dari segi proses mendapatkan kualiti input yang dikehendaki.• Menghuraikan kaedahpemeriksaan termasukpemeriksaan menyeluruhdan pelan pensampelan.Hasil PembelajaranPeringkat pensampelan adalah seperti yang berikut:(a) Pilih pelan pensampelanyang sesuai.(b) Tentukan peratusan (c) Tentukan parameter pensampelan.(d) Nyatakan saiz sampel,kriteria yang diterima ditolak.(e) Pilih bahagian secararawak.(f) Memeriksa setiapbahagian denganberdasarkan ciri-ciri yangdiberikan.(g) Terima atau tolakbahagian yangselebihnya.Info Perniagaan• Menjelaskan pendekatankawalan kualiti, iaitukawalan awalan atauinput, kawalan semasaatau proses, dan kawalanselepas atau output.Hasil Pembelajaran


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran19 Kawalan semasa (proses)• Dilakukan semasa proses pengeluaran berlaku untuk memastikan proses pengeluaran dilaksanakan mengikut perancangan.• Pembetulan dilakukan apabila kualiti produk tidak mengikut piawaian.• Pengurus akan memastikan operasi berjalan dengan lancar dan sekiranya berlaku sebarang masalah, tindakan pemulihan dan penambahbaikan akan dilakukan.Kawalan selepas (output)• Kawalan yang dibuat selepas produk telah siap, iaitu kawalan ke atas hasil sesuatu pengeluaran.• Pengurus pengeluaran akan memantau kualiti produk yang dihasilkan bagi memastikan piawaian hasil tercapai sebelum produk dipasarkan.• Produk yang tidak mematuhi standard tidak akan dipasarkan.1.3.4 Pengurusan Kualiti Menyeluruh [Total Quality Management (TQM)]1 TQM merupakan satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, dan penglibatan semua orang di setiap bahagian dan setiap proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.2 Ciri-ciri TQM:(a) Matlamat TQM - Memberi kepuasan kepada pelanggan.(b) Fokus TQM - Memberi fokus kepada pembangunan sistemsistem dan proses kerja yang berkualiti.(c) Strategi TQM - Menekankan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen).3 Latar belakang TQM:(a) Konsep TQM telah mula diperkenalkan di Amerika Syarikat oleh W.A. Shewhart sejak tahun 1920-an lagi, apabila carta kawalan statistik digunakan untuk mengawal kualiti proses pengeluaran di kilang-kilang.(b) Konsep ini kemudian telah dibawa ke Jepun dan mendapat sambutan dalam kalangan pengurus Jepun untuk membangunkan industri mereka selepas Perang Dunia Kedua.(c) Mulai tahun 1980-an, konsep TQM mula berkembang pesat di seluruh dunia setelah terbukti dapat membantu ke arah kecemerlangan prestasi organisasi melalui penjimatan kos, peningkatan kecekapan operasi, dan menghasilkan produk yang menepati kehendak pelanggan.(d) Konsep ini telah berjaya diamalkan oleh Toyota Motors di Jepun.• Menjelaskan maksudpengurusan kualitimenyeluruh dan prinsipprinsipnya.Hasil PembelajaranTQM merupakan satu prpengurusan kualiti yangberorientasikan pelanggan,penambahbaikan secaraberterusan, dan penglibatansemua orang di setiapbahagian dan setiap prosesdalam organisasi sertapenyelesaian masalahsecara berpasukan.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran20BAB14 Prinsip-prinsip TQM:(a) Memfokuskan penambahbaikan kualiti produk dan perkhidmatan mengikut keperluan pengguna. Fokus utama TQM adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Setiap organisasi perlu mengetahui kehendak pelanggan serta mengeluarkan output yang dapat memuaskan hati pelanggan.(b) Menggalakkan semangat kerjasama dan kepercayaan antara ahli organisasi. TQM menekankan semangat kerja berpasukan yang mengalakkan kerjasama dan kepercayaan antara ahli-ahli.(c) Pekerja diberi autoriti untuk membuat keputusan.(d) Amalan berkualiti oleh pihak pengurusan menjadi contoh kepada pekerja.(e) Pekerja sentiasa diberi galakan oleh pengurus untuk meningkatkan kualiti.(f) Menekankan aspek penambahbaikan berterusan (kaizendalam aktiviti pengeluaran produk dan perkhidmatan melalui semakan dan pemantauan proses kualiti.5 Matlamat TQM:(a) Memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang lebih baik.(b) Meningkatkan keberkesanan dengan menghasilkan output yang tepat.(c) Menghasilkan output tanpa cacat (zero defect).(d) Meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif.Amalan Pengeluaran BaikAmalan Pembuatan Baik [Good Manufacturing Practices (GMP)]1 Amalan Pembuatan Baik (GMP) adalah satu set peraturandan garis panduan untuk sektor pembuatan makanan, produk farmaseutikal, dan kosmetik.2 GMP adalah satu sistem yang mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis melalui perlaksanaan amalan-amalan yang baik untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti.3 GMP memastikan bahawa produk yang dihasilkan seperti makanan, kosmetik, dan barangan farmaseutikal dihasilkan dan dikawal secara konsisten mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan.4 Pelaksanaan GMP boleh membantu mengurangkan kerugian dan pembaziran. amalanpengeluaran baik, sepertiGood Manufacturing Practices (GMP), HazarAnalysis Critical Control Point (HACCP), danMalaysia Food Protection Scheme (MeSTI)Amalan Pembuatan Baik(GMP) adalah satu setperaturan, kod, dan garispanduan untuk sektorpembuatan makanan,produk farmaseutikal, dankosmetik.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran215 Faedah GMP:(a) Keselamatan produkMemastikan bahawa produk selamat untuk digunakan atau digunakan.(b) Jaminan kualitiMenyediakan rangka kerja untuk kualiti produk yang konsisten.(c) Pematuhan peraturanMembantu pengeluar mematuhi peraturan nasional dan antarabangsa.(d) Keyakinan penggunaMembina kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap keselamatan dan kualiti produk.(e) Mengurangkan risikoMeminimumkan risiko penarikan balik produk, pencemaran, dan kesilapan yang berlaku dalam proses pembuatan. GMP adalah aspek penting dalam proses pembuatan, terutamanya dalam industri di mana kualiti dan keselamatan produk adalah penting. Pematuhan kepada GMP membantu memastikan pengguna menerima produk yang selamat, berkesan, dan berkualiti tinggi.Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)1 Satu pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan produk yang dihasilkan selamat dan berkualiti.2 HACCP diwujudkan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mengamalkan elemen-elemen HACCP sekali gus memenuhi kehendak pengguna dan keselamatan makanan.3 Tujuan HACCP adalah untuk mengesan, menilai, dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. Pensijilan ini akan memenuhi keperluan dan kehendak global dalam isu keselamatan makanan dan membolehkan pengusaha untuk mempromosikan produk makanan Malaysia dalam negara dan di luar negara.4 HACCP juga dikenali sebagai Program Jaminan Keselamatan Makanan dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai jaminan untuk menghasilkan makanan yang berkualiti dan selamat.5 Kelebihan HACCP:(a) Meningkatkan keyakinan pengguna.(b) Meningkatkan kredibiliti dan imej industri makanan.(c) Menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran domestik dan antarabangsa, logo GMP boleh diletakkan pada label bungkusan makanan.(d) Mendapatkan sijil MeSTI dan GMP sebagai pelengkap pensijilan.(e) Pensijilan HACCP dapat mempercepatkan penyenaraian untuk eksport dan pengeluaran Sijil Kesihatan.INFOUntuk mendapatkan maklumattentang GMP, layari• https://hq.moh.gov.my/fsq/gmpAkses IlmuINFOUntuk mendapatkan maklumattentang HACCP, layari• https://hq.moh.gov.my/fsq/haccpAkses Ilmu


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran22BAB1(f) Memudahkan industri mendapat insentif atau bantuan kewangan lain.Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI)1 Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI) adalah skim pensijilan pengurusan keselamatan makanan di Malaysia yang bertujuan untuk memastikan bahawa produk makanan yang dihasilkan di Malaysia memenuhi standard keselamatan dan kualiti makanan yang diperlukan.2 Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M).3 Skim Pensijilan MeSTI merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan pengusaha makanan terutamanya industri kecil dan sederhana bagi memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.4 Skim ini membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam melaksanakan program jaminan keselamatan makanan agar tahap keselamatan makanan dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kemajuan dan pendapatan pengusaha makanan. 5 Skim ini juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk PKS demi meningkatkan sistem Jaminan Keselamatan Makanan pada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa seperti pengiktirafan GMP dan HACCP.6 Melalui pensijilan MeSTI, pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan.7 Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan.8 Antara elemen-elemen utama di dalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi, dan kebolehkesanan.1.3.5 Standard Pengeluaran1 Standard pengeluaran ialah satu ukuran yang konsisten daripada peraturan, garis panduan, dan tindakan dalam menghasilkan sesuatu produk supaya kualiti produk boleh diterima.2 Standard pengeluaran merupakan ukuran prestasi yang perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran.3 ISO ialah badan yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard atau piawai • Menjelaskan maksudstandard pengeluaran International Organisation for Standardisation (ISO)seperti ISO9001:2015(Sistem PengurusanKualiti – QMS) danISO14001:2015 (SistemPengurusan Alam Sekitar– EMS).Hasil PembelajaranINFOUntuk mendapatkan maklumattentang MeSTI, layari• https://hq.moh.gov.my/fsq/mestiAkses Ilmu


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran23di negara masing-masing. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pewujudan piawai antarabangsa.IS0 9001:2015 [(Sistem Pengurusan Kualiti–QMS) (Quality Management System)]1 ISO 9001:2015 adalah standard antarabangsa yang menentukan keperluan untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Sistem Pengurusan Kualiti adalah satu sistem kerja yang terancang di mana proses-proses dikawal bagi menghasilkan perkhidmatan yang konsisten kualitinya.2 Organisasi menggunakan standard untuk menunjukkan keupayaan mereka bagi menyediakan produk dan perkhidmatan secara konsisten yang memenuhi keperluan pelanggan serta peraturan.3 Standard juga dapat meningkatkan kepuasan pelanggan melalui aplikasi sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan, dan jaminan kepatuhan kepada syarat-syarat yang ditetapkan.4 Faedah ISO 9001: 2015 QMS:(a) Kepuasan pelanggan yang lebih baikOrganisasi meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memenuhi keperluan pelanggan secara konsisten dan meningkatkan kualiti.(b) Kecekapan operasiMenyeragamkan proses dan memberi tumpuan kepada kualiti boleh membawa kepada operasi yang lebih cekap dan penjimatan kos.(c) Penglibatan pekerjaSemangat dan penglibatan pekerja boleh ditingkatkan dengan melibatkan pekerja dalam QMS dan memberi tumpuan kepada kualiti.(d) Membuat keputusan yang lebih baikMembuat keputusan berdasarkan data mampu meningkatkan kemampuan untuk bertindak balas terhadap masalah kualiti.(e) Pengurusan risikoMengenal pasti serta menangani risiko dan peluang dapat mengatasi ketidakpastian.(f) Penambahbaikan berterusanTumpuan kepada penambahbaikan berterusan menggalakkan peningkatan berterusan proses, produk, dan perkhidmatan.ISO14001:2015 [(Sistem Pengurusan Alam Sekitar – EMS)(Environmental Management System)]1 ISO 14001:2015 ialah satu standard bertulis bagi penjagaan dan pengurusan alam sekitar.2 ISO 14001:2015 ialah piawaian antarabangsa yang menyediakan rangka kerja bagi organisasi untuk:INFOUntuk mendapatkan maklumatlanjut tentang ISO 9001:2015,layari: https://www.iso.org/standard/62085.htmlAkses IlmuINFOUntuk mendapatkan maklumatlanjut tentang ISO 14001:2015,layari:• https://www.iso.org/standard/60857.htmlAkses Ilmu


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 PengeluaranBAB1(i) Mengenal pasti, mengawal, dan mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasi mereka. (ii) Mematuhi peraturan dan undang-undang alam sekitar. (iii) Menggunakan sumber dengan lebih cekap dan mengurangkan pembaziran.(iv) Meningkatkan imej syarikat dalam aspek kelestarian alam sekitar.3 Faedah Pensijilan ISO 14001: 2015 di Malaysia:(a) Prestasi alam sekitarPrestasi alam sekitar yang lebih baik dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.(b) PematuhanPeningkatan keupayaan untuk memenuhi keperluan undangundang dan peraturan.(c) Kecekapan operasiPeningkatan kecekapan operasi melalui pengurusan sumber yang lebih baik.(d) ReputasiImej dan reputasi korporat yang dipertingkatkan dalam kalangan pelanggan dan masyarakat.(e) Pengurusan risikoPengenalpastian dan pengurusan risiko alam sekitar yang lebih baik.1.4 Kawalan Inventori1 Kawalan inventori merupakan sistem kawalan yang mengawasi jenis-jenis inventori seperti bahan mentah, barang siap, dan barang separuh siap.2 Kawalan inventori merujuk kepada pengurusan stok/inventori dalam sesebuah perniagaan.3 Kawalan inventori adalah penting bagi memastikan proses pengeluaran berjalan dengan lancar dan permintaan pengguna dapat dipenuhi sepanjang masa.4 Objektif kawalan inventori:(a) Menentukan inventori berada pada aras yang mencukupi.(b) Mengelakkan penyimpanan stok yang berlebihan.(c) Mengelakkan gangguan semasa proses pengeluaran dengan menyimpan stok bahan yang diperlukan.(d) Meminimumkan kos penyimpanan inventori.(e) Memenuhi keperluan pasaran secara berterusan.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran251.4.1 Jenis-jenis Inventori1 Jenis-jenis inventori:(a) Bahan mentahTerdiri daripada bahan langsung dan tak langsung yang dimiliki dan disimpan oleh firma untuk proses pengeluaran.Contohnya, tepung gandum yang digunakan dalam pengeluaran roti.(b) Kerja dalam prosesTerdiri daripada produk separa siap yang disimpan untuk proses seterusnya dalam pengeluaran.Contohnya, tepung gandum yang telah diadun.(c) Produk siapOutput yang telah melalui proses pengeluaran dan siap untuk dijual kepada pengguna.Contohnya, roti yang telah siap dan boleh dijual kepada pengguna.1.4.2 Alat/Kaedah Kawalan InventoriKuantiti Pesanan Ekonomi [Economic Order Quantity (EOQ)]1 EOQ digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimumyang meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan.2 EOQ dapat mengawal kos inventori, menentukan jumlah pesanan optimum, mengelakkan kelebihan atau kekurangan stok serta meningkatkan kecekapan operasi.3 Andaian-andaian EOQ:(a) Kadar permintaan diketahui dan bersifat konsisten.(b) Lead time atau masa menunggu merujuk kepada jarak masa yang tetap di antara tarikh pesanan dibuat dan tarikh inventori diterima. Dalam konteks ini, masa menunggu adalah malar, iaitu tidak berubah-ubah.(c) Kekurangan tidak dibenarkan berlaku.(d) Semua tempahan dibuat pada satu masa.(e) Hanya terlibat dua kos yang relevan, iaitu kos pegangan (holding cost) dan kos pesanan (ordering cost).(f) Contoh kos pegangan ialah ruang sewa, insurans, bunga atas modal, dan kos pengurusan manakala contoh kos pesanan ialah kos pengangkutan, pemprosesan, dan perkeranian.• Menjelaskan danmengklasifikasikan jenisjenis inventori, iaitu bahanmentah, kerja dalamproses, dan produk siap.Hasil Pembelajaran• Mengaplikasikan alat ataukaedah kawalan inventori,iaitu Kuantiti PesananEkonomi [Economic Order Quantity (EOQ)], TitikPesanan Semula Point (ROP)], dan TPada Masa [Just-in-Time(JIT)]Hasil Pembelajaran


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 PengeluaranBAB14 Pendekatan rajah:Tingkat inventoriKuantiti pesanan = QTingkat inventorimaksimumQ/2ROP Qr0Inventori minimumPesanan dibuatLeadtimePesanan diterimaMasaPurata kitaraninventori Q/2Kadar penggunaanRajah 1.6 Pendekatan rajah Berdasarkan Rajah 1.6, inventori akan dipesan pada satu nilai yang konsisten, iaitu Q. Tahap inventori akan semakin berkurangan dan akhirnya menjadi kosong. Katakan Q adalah sebanyak 100 baju yang tiba di sebuah kedai pakaian. Oleh kerana kuantiti pesanan tiba sekali gus, aras inventori naik secara mendadak dari 0 hingga ke 100. Aras inventori meningkat dari 0 hingga Q unit apabila lot inventori baharu tiba. Oleh kerana permintaan adalah konstan, kadar inventori berkurangan secara seragam (rujuk pada garis mencerun ke bawah). Pesanan baharu akan dibuat apabila inventori mencecah tingkat Qr (pada ROP). Apabila pesanan diterima, aras inventori akan meningkat ke Q unit (ditunjukkan oleh garis lurus menegak). Maka purata kitaran inventori adalah Q/2 unit.5 Pendekatan graf:Kos tahunanTC = hQ/2 + DO/QEOQKos pesananTitik persilanganmenentukan EOQKos pegangan hQ/2Kuantiti pesananRajah 1.7 Pendekatan graf


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran27Formula/rumusJumlah kos inventori, TC = hQ2+ DOQEOQ = √2DO/h Contoh 1:Permintaan (D) = 5 000 unit setahunKos pesanan (O) = RM80 setiap pesananKos pegangan (h) = RM5 per unitHitung:(a) EOQ(b) Berapa kalikah pesanan dibuat dalam setahun?Jawapan(a) EOQ = √2DO/hEOQ = √ 2 × 80 × 5 0005= 400 unit(b) DDEOQ = 5 000400= 13 kaliContoh 2:setiap minggu. Syarikat ini beroperasi 5 hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kos memesan ialah RM45.00 setiap pesanan dan kos pegangan ialah RM10 bagi setiap gulung. Syarikat memesan 400 ela gulung kain bagi setiap pesanan.(a) Hitung jumlah kos tahunan, iaitu kos pegangan dan pesanan.(b) Hitung EOQ bagi syarikat.Jawapan(a) Jumlah kos tahunan ialah kos pesanan + kos peganganhQ/2 + DO/Q = 10 400/400 × 45 + 400/2 × 10= RM3 170(b) EOQ = √ 2DO/h= √ 2 × 10 400 × 4510= 305.94 unit


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 PengeluaranBAB1Titik Pesanan Semula [Reorder Point (ROP)]1 Stok keselamatan (buffer stock) ialah inventori yang disimpan untuk memenuhi sebarang keperluan atau permintaan luar jangkaan dan untuk memenuhi sebarang keperluan jika berlakunya kelewatan dalam menerima pesanan yang dibuat.2 ROP pula ialah tingkat minimum inventori di mana pesanan baharu dibuat. Berdasarkan Rajah 1.6, apabila kedai pakaian itu membuat pesanan baharu sebelum inventori mencapai 0, pesanan tersebut mungkin akan mengambil masa untuk sampai. Waktu menunggu dikenali sebagai lead time. Jadi, kedai pakaian tersebut mesti membuat pesanan baharu sebelum sampai tingkat stok keselamatan. Titik pesanan = [Permintaan harian (d) × Lead time semula (ROP)Contoh 3Andaikan tiada stok keselamatan, Syarikat Sintex mempunyai permintaan inventori Z sebanyak 8 000 unit setahun. Syarikat ini mengamalkan 200 hari bekerja setahun. Secara purata, penghantaran pesanan mengambil masa tiga hari bekerja. Hitung titik pesanan semula bagi syarikat tersebut.JawapanPermintaan harian (d) = Permintaan tahunanBilangan hari bekerja setahun = 8 000200 = 40Lead time (L) = Tiga hariROP = d × L= 40 × 3= 120 unitApabila tingkat inventori jatuh ke 120 unit, pesanan baharu dibuat. Pesanan akan sampai dalam masa 3 hari.Contoh 4Diberi permintaan tahunan kipas untuk Syarikat Elektrik XYZ ialah2 500 unit dalam setahun. Diberi kos pegangan seunit ialah RM1.50, manakala kos pesanan seunit ialah RM18.75. Syarikat ini mengamalkan 250 hari bekerja dalam setahun. Setiap pesanan mengambil masa 2 hari bekerja.(a) Cari EOQ.(b) Cari jumlah kos pegangan pada EOQ.(c) Jumlah kos pesanan pada EOQ.(d) Jumlah kos tahunan pada EOQ.(e) Kira lead time dan ROP.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran29Jawapan(a) EOQ = √2DO/h= √ 2 × 2 500 × RM18.75RM1.50= 250 unit(b) Jumah kos pegangan = Qh2= 250 × RM1.502= RM187.50(c) Jumlah kos pesanan = DOQ= 2 500 × RM18.75250= RM187.50(d) Jumlah kos tahunan = RM187.50 + RM187.50 = RM375(e) ROP = d × LPermintaan harian (d) = Permintaan tahunanBilangan hari bekerja= 2 500250= 10 hariROP = 10 × 2 = 20 unitTepat Pada Masa [Just-in-Time (JIT)]1 Dikenali sebagai sistem inventori sifar.2 Merupakan pendekatan yang meminimumkan kos pegangan dengan hanya menempah inventori yang perlu sahaja.3 Sistem ini memerlukan pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada masa dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin.4 Konsep JIT diamalkan oleh Toyota Motors di Jepun.5 Objektif JIT:(a) Meminimumkan kos inventori agar dapat mengelakkan pembaziran.(b) Menambah baik sistem pengeluaran secara berterusan dan menjadikannya lebih fleksibel.(c) Memenuhi permintaan tepat pada masa.(d) Menyediakan produk atau perkhidmatan pada masa yang tepat dan dalam jumlah yang diperlukan.(e) Kualiti produk yang lebih baik.VIDEOUntuk mendapatkanmaklumat tentang JIT, layarihttps://www.youtube.com/watch?v=zCTmN17ZDek


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran30BAB1(f) Mengurangkan kadar produk cacat dengan memantau dan meningkatkan proses.(g) Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori untuk setiap kali proses pengeluaran.6 Ciri-ciri JIT:(a) Penambahbaikan berterusan.Sistem JIT menekankan penambahbaikan berterusan dalam proses pengeluaran.(b) Pengekalan kualiti yang tinggi untuk menghasilkan pengaliran kerja yang licin.Penekanan pada saiz lot yang kecil (jimatkan masa). Produk hanya dihasilkan apabila terdapat permintaan daripada pelanggan, sekali gus mengurangkan lebihan stok.(c) Kualiti konsisten.Memberi tumpuan kepada pengeluaran produk berkualiti tinggi untuk mengelakkan kesilapan yang boleh menyebabkan pembaziran masa dan sumber.(d) Hubungan rapat dengan pembekal.Kerjasama rapat dengan pembekal untuk memastikan bahan mentah dihantar tepat pada masanya.(e) Penggunaan ruang yang efisien.Ruang simpanan dikurangkan kerana inventori disimpan pada tahap minimum.(f) Penyelenggaraan pencegahan, iaitu penjagaan mesin dan peralatan adalah baik.KuizBagaimanakah JITdilaksanakan?Alat/kaedah kawalan inventori• Kuantiti Pesanan Ekonomi [Economic Order Quantity (EOQ)]• Titik Pesanan Semula [Reorder Point (ROP)]• Tepat Pada Masa [Just-inTime (JIT)]


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran31Rumusan 1 Pengeluaran merupakan proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilai output.2 Evolusi pendekatan pengeluaran bermula dengan revolusi industri, pendekatan saintifik, hubungan manusia,penyelidikan operasi, kualiti, globalisasi, dan revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).3 Langkah-langkah dalam proses pengeluaran terdiri daripada input, proses transformasi, dan output.4 Sistem pengeluaran berbantu komputer adalah seperti reka bentuk berbantu komputer [Computer aided design (CAD)], pembuatan berbantu komputer [Computer aided manufacturing (CAM)], dan pembuatanberbantu komputer bersepadu [Computer integrated manufacturing (CIM)].5 Jenis-jenis susun atur ialah susun atur secara tetap, susun atur secara produk, susun atur secara prdan susun atur secara bersel (Cellular).6 Susun atur secara tetap bermaksud proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap.7 Susun atur secara produk pula melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.8 Susun atur secara proses melibatkan penyusunan input mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu.9 Susun atur secara bersel (Cellular) ialah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk denganmenggunakan bahan dan alatan yang sedikit.10 Kawalan kualiti ialah proses semakan produk untuk memastikan ia mematuhi standard tertentu.11 Kitaran PDCA merupakan salah satu alat kualiti yang digunakan untuk menganalisis kualiti, iaitu Plan, Do, Check, Act.12 Kaedah pemeriksaan termasuk pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan.13 Pendekatan kawalan kualiti ialah awalan atau input, semasa atau output.14 Pengurusan kualiti menyeluruh [(Total Quality Management (TQM)] merupakan satu proses pengurusan yang berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, dan penglibatan semua orang di bahagian dan setiap proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.15 Amalan pengeluaran baik ialah Amalan Pembuatan [Good Manufacturing Practices (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), dan Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI).16 Standard pengeluaran ialah satu ukuran yang konsisten daripada peraturan, garis panduan, dan tindakandalam menghasilkan sesuatu produk supaya kualiti produk boleh diterima.17 ISO ialah badan yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkanstandard atau piawai di negara masing-masing.18 Kawalan inventori merupakan sistem kawalan yang mengawasi jenis-jenis inventori seperti bahan mentah,barang siap, dan barang separuh siap.19 Jenis-jenis inventori terdiri daripada bahan mentah, kerja dalam proses, dan produk siap.20 Alat/kaedah kawalan inventori terdiri daripada Kuantiti Pesanan Ekonomi [Economic Order Quantity (EOQ)],Titik Pesanan Semula [Reorder Point (ROP)], Tepat Pada Masa [Just-in-Time (JIT)].21 EOQ digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan kos pegangan dan pesanan.22 ROP pula ialah tingkat minimum inventori di mana pesanan baharu dibuat.23 JIT merupakan pendekatan yang meminimumkan kos pegangan dengan hanya menempah inventori perlu sahaja.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran32BAB1 PRAKTIS STPM 1Bahagian A1 (a) Jelaskan empat jenis susun atur kilang. (b) Jelaskan proses kawalan kualiti. 2 (a) Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan proses pengeluaran bagi pengeluaran kasut sukan. (b) Jelaskan tiga jenis pengeluaran. (c) Huraikan dua kaedah pemeriksaan dalam kawalan kualiti. 3 (a) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang. (b) Huraikan tiga jenis inventori. 4 (a) Huraikan maksud pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan huraikan lima prinsip. (b) Huraikan dan berikan dua tujuan/kepentingan bagi setiap amalan pengeluaran baik. (i) Good Manufacturing Practices (GMP) (ii) Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) (iii) Malaysia Food Protection Scheme (MeSTI) (c) Huraikan tiga hubungan antara Jabatan Pengeluaran dengan: (i) Jabatan Pemasaran (ii) Jabatan Sumber Manusia Bahagian BFARM FRESH SUSU SEGAR NO. 1 DI MALAYSIAFarm Fresh merupakan sebuah syarikat yang bernaung di bawah The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. dan telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pengasas Farm Fresh, En. Loi Tuan Ee menjalankan perniagaan menghasilkan susu segar di Malaysia. Beliau telah membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu Holstein Jersey dari Australia untuk menubuhkan Syarikat Holstein Milk Company Sdn. Bhd.. Untuk mengembangkan operasi perniagaannya, beliau mendapatkan bantuan kawannya Azmi Zainal sebagai rakan kongsi serta membawa masuk Khazanah Nasional, agensi pelaburan strategik pelaburan kerajaan sebagai pelabur. Kolaborasi ini telah meletakkan asas yang kuat dalam perkembangan Farm Fresh.Rahsia kecemerlangan Farm Fresh ialah mengeluarkan dan menghasilkan baka lembu yang istimewa, iaitu Australian Friesian Sahiwal (AFS) yang merupakan kacukan baka lembu Friesan dan baka lembu Sahiwal dari Pakistan. Malah Farm Fresh turut mempunyai bank air mani (semen) lembu yang menggabungkan genetik baka lembu. Hal ini dapat meningkatkan jumlah penghasilan lembu dan menguatkan sistem imuniti lembu. Baka jenis AFS mampu hidup dalam suasana iklim Malaysia dan dapat dieksport ke negara beriklim tropika.Produk Farm Fresh merupakan hasil tenusu segar dan semula jadi yang diproses daripada susu segar daripada lembu yang sihat yang memakan rumput ditanam di ladang serta bebas daripada bahan


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Bab 1 Pengeluaran33pengawet dan pencemar. Semua lembu diberi perhatian dan penjagaan rapi setiap hari, rawatan kesihatan seperti vaksin dan sebagainya demi memastikan setiap lembu berada pada tahap kesihatan yang baik. Justeru, lembu yang sihat menghasilkan susu yang lazat dan berkualiti. Farm Fresh menitikberatkan aspek keselamatan dan kebersihan dalam keseluruhan proses kitaran kerja. Semasa proses perahan susu dipastikan peralatan, lantai, dan pekerja sentisa berada dalam keadaan bersih. Sebaik sahaja susu diperah, susu disejukkan dan dihantar ke kilang pemprosesan. Susu yang diperah disimpan di bawah suhu 4 darjah Celsius dan susu juga dipasteurkan untuk memusnahkan pathogen yang boleh mencemarkan susu. Setiap titik susu diuji untuk mengenal pasti komposisinya. Demi mengekalkan kesegaran produk, semua produk tenusu dibotolkan dan dihantar ke pasar raya tempatan dalam tempoh 48 jam. Bahan pengawet tidak digunakan dalam pengeluaran susu Farm Fresh kerana susu dihasilkan di ladang tempatan dan bebas daripada sebarang hormon pertumbuhan.Farm Fresh mengeluarkan pelbagai susu segar dan minuman yogurt yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lazat. Antara produk keluaran Farm Fresh ialah susu penuh krim, susu rendah lemak, susu coklat, susu kurma, Susu Kambing Nubian, dan juga yogurt. Produk Farm Fresh kini boleh didapati di semua pasar raya di Malaysia.Farm Fresh tetap komited untuk mengelakkan pengawet dan pewarna tiruan di seluruh barisan produknya, dengan menggunakan susu segar dan bukannya formulasi berasaskan serbuk. Tambahan pula, syarikat itu telah membangunkan produk tenusu pelengkap, seperti susu berasaskan tumbuhan, tanpa menjejaskan kualiti dan komitmen pemakanannya.Farm Fresh mendirikan kilangnya di bandar Muadazam Shah, Pahang dan Larkin di Johor. Farm Fresh memastikan lokasi berhampiran dengan ladang tenusu untuk memudahkan penghantaran susu segar dengan cepat. Ini juga memastikan kualiti susu mentah terjaga dan kos pengangkutan dikurangkan. Farm Fresh memastikan syarikat memperoleh bekalan tenaga buruh yang murah untuk menjalankan proses pengeluaran. Ramai penduduk di sekitar Muadzam Shah yang boleh dilatih untuk bekerja di ladang dan kilang bagi memastikan kelancaran operasi harian dan pemprosesan produk. Larkin sudah mempunyai infrastruktur yang lengkap untuk aktiviti perindustrian termasuk bekalan air, elektrik, jalan raya, dan kemudahan logistik.Farm Fresh mempunyai kilang di Larkin, Johor kerana ia berdekatan dengan Singapura. Ini memudahkan Farm Fresh untuk memasuki pasaran Singapura dan sekitar Asia Tenggara. Lokasi Larkin membolehkan Farm Fresh memproses dan mengeksport produk ke pasaran Singapura dengan lebih cepat dan efisien.(Disesuaikan daripada https://www.farmfresh.com.my/ dan https://www.farmfresh.com.my/wpcontent/uploads/2023/08/Sustainability-Report-2023.pdf)Berdasarkan kajian kes Farm Fresh,(a) terangkan pendekatan kawalan kualiti yang diamalkan oleh Farm Fresh. (b) jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang Farm Fresh.


Kertas Model STPM (946/ 2)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAPENGAJIAN PERNIAGAANKERTAS 22 JAM 30 MINITArahan kepada calon:Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Calon dikehendaki menjawab dua soalan dalam Bahagian A.Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian B.Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian B5Jumlah946/2 STPM144


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Kertas Model STPM (946/2)Bahagian A[60 markah]Jawab dua soalan sahaja.1 (a) Jelaskan tiga alat kawalan inventori. (b) Huraikan langkah-langkah dalam proses pemasaran. 2 (a) Jelaskan tiga pengantara dalam saluran agihan produk. (b) Huraikan lima kaedah dalam mengurus stres dari aspek organisasi. (a) Jelaskan strategi dalam penentuan harga yang berikut: (i) Harga berasaskan ekonomi (ii) Harga dinamik (ii) Harga penembusan pasaran (b) Huraikan empat langkah dalam proses pengambilan pekerja. 4 (a) Jelaskan empat asas segmentasi pasaran. (b) Jadual di bawah menunjukkan maklumat yang dipetik daripada penyata kewangan dua perniagaan kasut bagi tempoh enam bulan yang pertama. Butiran Kedai Kasut Meera(RM)Kedai Kasut Joyce(RM)Kos jualan 40 000 60 000Untung bersih 25 000 45 000Modal awal 100 000 150 000Aset semasa 25 000 50 000Liabiliti semasa 20 000 25 000Inventori purata 12 000 15 000Jualan bersih 80 000 100 000 Perniagaan manakah menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan menggunakan analisis nisbah? Hitungkan nisbah-nisbah yang terlibat untuk membandingkan prestasi kedua-dua syarikat. [15]


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Kertas Model STPM (946/2)146Bahagian B[40 markah]Jawab semua soalan.CUCKOO5 CUCKOO jenama barangan rumah terunggul di Korea Selatan dengan pengkhususan terhadap penapis air bermineral, penapis udara, periuk multi-fungsi tekanan tinggi, dan produk kesihatan. Kewujudan jenama ini bagi memenuhi standard dan keinginan pengguna yang ingin meningkatkan taraf kehidupan dalam penggunaan barangan rumah.Sejarah penubuhan Cuckoo bermula sejak 1978 oleh Koo Jia Shin, menerusi Syarikat Cuckoo Electronics atau lebih dikenali sebagai Sungkwang Electronics Co LTD. Pada 1998, jenama Cuckoo dilancarkan dan berkembang perlahan-lahan pada tahun seterusnya. Koo Bon Hak (Brian) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada 2006.Di Korea Selatan, setiap unit periuk multi-fungsi tekanan tinggi ini terjual setiap 10 saat dan penapis air Cuckoo terjual setiap 1 minit. Penapis udara terdiri daripada Model R, Model K, Model C, Model C+, dan Model D manakala penapis air bermineral terdiri daripada IRIS TOP, KING TOP 2, dan XCEL. Terdapat pelbagai periuk multi-fungsi tekanan tinggi seperti P10, Q10, dan JHT10 serta produk penjagaan kesihatan seperti Cuckoo A-Series Mattress dan A-Series Massage Chair.Dengan perkembangan yang baik, jenama itu menerusi Cuckoo International (MAL) melaksanakan kerjasama pertama kalinya dengan syarikat luar yang diasaskan KC Hoe. Jenama itu kini, berkembang ke seluruh dunia dan telah bertapak di lebih 30 negara merentasi lima benua.Pada 2015, jualan Cuckoo di seluruh dunia mencapai lebih daripada AS$500 juta. Harga yang dikenakan berpatutan kerana kualiti produk memang baik dan semakin banyak pengguna yang beralih untuk memilih jenama ini. Harga penapis airnya antara RM3 000 - RM4 000 untuk seunit. Cuckoo berjaya mengukuhkan jenamanya di Malaysia pada Oktober 2014, melalui rakan niaganya, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.. Dalam jangka masa dua tahun, Cuckoo memperkenalkan penapis air dengan skim sewaan, periuk multi-fungsi tekanan tinggi, dan penapis udara Cuckoo ke pasaran tempatan. Pelanggan boleh membeli produk Cuckoo dengan bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding membeli secara penuh. Cuckoo menyediakan pelbagai pilihan dengan harga yang kompetitif untuk pelbagai golongan pengguna.Semenjak itu, Cuckoo menjadi saingan hebat dengan jenama penapis air sedia ada di negara ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya. Selain itu, Cuckoo juga menawarkan pakej promosi menarik seperti penghantaran percuma, pemasangan percuma, memberikan servis percuma setiap 4 bulan selama 5 tahun, menukar penapis secara percuma setiap 4 bulan selama 5 tahun dan memberi waranti sepenuh selama 5 tahun. Bagi skim sewaan, penapis air kontrak selama 3 tahun dan produk menjadi hak milik selepas 5 tahun.Cuckoo juga mengumumkan versi baharu CUCKOO+. Aplikasi ini membolehkan pengguna memeriksa bil tanpa masalah, selain memudahkan berhubung dengan wakil khidmat pelanggan. Cuckoo memperkenalkan pelbagai lagi fungsi istimewa ke dalam aplikasi ini seperti sistem ganjaran baharu di mana pengguna mengumpul mata ganjaran bagi pertukaran pelbagai barangan dan hadiah menarik.


Pengajian Perniagaan Semester 2 STPM Kertas Model STPM (946/2)Di samping itu, Cuckoo International telah melantik artis Korea Selatan, Lee Min Ho sebagai duta jenama baharunya, yang akan berganding dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi mewakili Cuckoo dan sama-sama memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan baik.Selain itu, penggunaan Facebook, Instagram, dan YouTube juga digunakan untuk meningkatkan kesedaran jenamanya serta memperkenalkan produk baharu.Terdapat juga kedai dan kiosk di pusat beli-belah utama untuk memudahkan pelanggan membeli produknya. Produk Cuckoo boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi dan platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.Menjelang Ogos 2016, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. mencapai peningkatan jualan 600 peratus dalam masa setahun. Syarikat itu juga membuka kedai yang ke-100 secara rasmi pada November 2016.Cuckoo International kini memberikan komitmen penuh untuk membuka 150 lagi kedai di Malaysia, seiring sasaran Cuckoo International dominasi pasaran global.(Disesuaikan daripada https//www.sinarharian.com.my/ dan http://www.cuckoo.com.my)Berdasarkan kajian kes Cuckoo,(a) huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Cuckoo. (b) terangkan lini produk Syarikat Cuckoo dari aspek kedalaman dan kelebaran produk.


148BAB1 PengeluaranBahagian A1 (a) Empat jenis susun atur kilang ialah: (i) Susun atur secara tetap• Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga produk siap.• Input seperti buruh, mesin, bahan mentah, dan jentera dibawa ke tempat lokasi.• Susun atur ini sesuai untuk pengeluaran produk bersaiz besar, berat, dan mudah pecah.• Melibatkan kos yang tinggi bagi menghasilkan produk.• Pengeluaran produk ini juga memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan teknologi yang canggih.• Contohnya, pembinaan rumah(ii) Susun atur secara produk• Melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.• Juga dikenali sebagai lini pengeluaran (assembly lines) di mana terdapat barisan berbentuk S, O, U, dan L.• Sesuai untuk menghasilkan produk seragam dan pengeluaran massa.• Contohnya dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen pemasangan komponen seperti enjin, tempat duduk badan kereta, dan sebagainya. Setiap pengeluaran bermula dengan satu aktiviti, misalnya pemasangan badan kereta dan diikuti dengan proses lain sehinggalah kereta siap dipasang.• Susun atur ini digunakan dalam pemasangan kereta, stesen cuci kereta, kafeteria, pembuatan kasut, dan komputer.(iii) Susun atur secara proses• Dikenali sebagai susun atur fungsian atau jobshop.• Input disusun mengikut fungsi kerja/jabatan tertentu.• Sesuai untuk penghasilan produk yang tidak seragam dan kuantiti kecil.• Susun atur ini memerlukan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi dan ia lebih fleksibel.• Masa pelaksanaan adalah panjang dan perlu penyediaan yang kerap.• Contohnya di sekolah, hospital, pasar raya, bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, dan restoran. (iv) Susun atur secara bersel (Cellular• Satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan menggunakan bahan dan alatan yang sedikit. Ini disebabkan, mesin dan pekerja disusun dalam sel kecil yang boleh menangani pelbagai variasi produk tanpa perlu menukar keseluruhan proses pengeluaran.• Melibatkan produk yang memerlukan gabungan pelbagai komponen. Dalam sistem ini, JAWAPAN


W.M: RM28.95 / E.M: RM30.95AAMVPN2675031A2ISBN: 978-629-498-743-2Beli eBook di sini!Strategic STPM Pengajian Perniagaan Semester 2 ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM yang dimurnikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan akan dilaksanakan mulai STPM Semester 1 tahun 2026. Buku ini direka letak dengan telitinya dan disusun dengan baiknya serta mengandungi ciri-ciri yang berikut untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep yang dipelajari.Judul-judul Strategic STPM Teks Pra-U:› Pengajian Am Semester 2 › Bahasa Melayu Semester 2 › Biology Semester 2 › Physics Semester 2 › Chemistry Semester 2 › Mathematics Semester 2 › Sejarah Semester 2 › Geografi Semester 2 › Ekonomi Semester 2 › Pengajian Perniagaan Semester 2Juga tersedia:› MUET My Way Teks Pra-UStrategicSTPMSEMESTER2REVISI★ Nota Komprehensif★ Hasil Pembelajaran★ Konsep Perniagaan★ RumusanPENGUKUHAN & PENTAKSIRAN★ Kuiz★ Praktis STPM★ Kertas Model STPM Semester 2★ JawapanCIRI-CIRI EKSTRA ★ Info Perniagaan★ Tip Pemeriksa★ Resos Digital KOD QRCIRI-CIRI ISTIMEWAPENGAJIAN PERNIAGAAN(Fungsi-fungsi Perniagaan)


Click to View FlipBook Version