SUKSES
SUKSES
SUKSES
JC108212
SUKSES MODEL
SUKSES
SUKSES MODEL
MODEL
4 5
KARANGAN SPM
KARANGAN Tingkatan SUKSES MODEL
•
sememangnya buku yang berkualiti dan mantap
untuk pembelajaran yang berkesan bagi membantu
KARANGAN
murid menghadapi Kertas 1 SPM Bahasa Melayu. SUKSES MODEL KARANGAN
Dengan kandungan yang intensif dan efektif, buku KARANGAN
Model Karangan SPM sewajarnya dijadikan buku
pilihan murid untuk meningkatkan pemahaman dan
memperkukuh keyakinan dan seterusnya mencapai
4 5
•
kecemerlangan dalam peperiksaan. SPM Tingkatan
Nawi Ismail KSSM
(Tokoh Guru
SPM
Beli eBook Kebangsaan 2019)
di sini! Nazli Ali Format SPM Baharu
Azahar Bahari Mulai 2021
• Panduan Menulis Karangan dalam SPM
www.PelangiBooks.com
• Koridor Peribahasa
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
PelangiBooks
WM:RM18.95 / EM:RM18.95 • Sudut Kata
JC108212 • Model Karangan SPM
ISBN 978-967-2720-02-7 • Galeri Ungkapan Menarik
SUKSES
SUKSES
SUKSES
MODEL
MODEL
KARANGAN
KARANGAN
4 5
SPM Tingkatan
•
Nawi Ismail KSSM
(Tokoh Guru
Kebangsaan 2019)
Nazli Ali
Azahar Bahari Format SPM Baharu
Mulai 2021
Kandungan
Panduan Umum 1
Bahagian B Karangan Umum 79
Karangan Berdasarkan
Bahagian A Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan 7 BAB Surat Kiriman Rasmi 80
BAB Kombinasi Kepelbagaian Bahan
Rangsangan 8 Tip Mengarang 80
Model 31 Kadar Jenayah dan Gejala Sosial 81
Model 1 Lindungi Diri daripada Covid-19 8 Model 32 Perlumbaan Motosikal Haram 84
Model 2 Cara-cara Mengelakkan Penipuan Model 33 Pengaruh Siaran Televisyen 87
Internet 12
Model 3 Punca-punca Jerebu 15
Model 4 Usaha Memajukan Industri Desa 18
Model 5 Cara-cara Mengisi Masa Lapang 20 BAB
Model 6 Obesiti dalam Kalangan Masyarakat 22 Surat Kiriman Tidak Rasmi 91
Model 7 Langkah-langkah untuk Membanteras
Penggunaan Rokok Elektronik 24 Tip Mengarang 91
Model 8 Aduan tentang Perkhidmatan Model 34 Kepentingan Menguasai Pelbagai
Syarikat Bas 27 Bahasa 92
Model 9 Ciri-ciri Generasi Berwawasan 29 Model 35 Balik ke Pangkal Jalan 98
Model 10 Faedah Gotong-royong 31 Model 36 Perpaduan 101
Model 11 Faedah Memajukan Bidang Sukan 34 Model 37 Kesan-kesan Gejala Rasuah 104
Model 12 Faktor-faktor Kecemerlangan Murid Model 38 Cara-cara Belajar Secara Berkesan 107
dalam Akademik 36 Model 39 Kesan-kesan Merokok 110
Model 13 Kepentingan Semangat Kejiranan 38
Model 14 Cara-cara Murid Menyayangi Sekolah 40
Model 15 Perpaduan 42
Model 16 Wabak Penyakit Berbahaya 44 BAB
Model 17 Kenaikan Harga Barangan 46 Laporan 114
Model 18 Faedah Berekreasi 48
Model 19 Penggunaan Bahasa Melayu 51 Tip Mengarang 114
Model 20 Kepentingan Industri Pelancongan 53 Model 40 Sambutan Hari Raya 115
Model 21 Pembinaan Lebuh Raya 56 Model 41 Lawatan ke Dewan Bahasa dan
Model 22 Tempat Rekreasi 58 Pustaka 119
Model 23 Penderaan Kanak-kanak 60 Model 42 Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 122
Model 24 Penggunaan Telefon Pintar 63 Model 43 Lawatan ke Pulau Langkawi 126
Model 25 Melestarikan Alam Sekitar 64 Model 44 Hari Ulang Tahun Kemerdekaan
Model 26 Keistimewaan Malaysia 67 Negara 129
Model 27 Kongsi Gelap 70 Model 45 Pesta Pantun 132
Model 28 Program Inap Desa 72 Model 46 Aktiviti Persatuan Sepanjang Tahun 134
Model 29 Aktiviti Kokurikulum 74 Model 47 Punca-punca Kesesakan Lalu Lintas 138
Model 30 Ceramah Motivasi 76 Model 48 Pemanasan Global 140
iii
BAB Model 75 Amalan Membaca 239
242
Model 76 Pencemaran Alam Sekitar
Berita / Rencana 143 Model 77 Manfaat Globalisasi 245
Model 78 Aktiviti Penebangan Hutan 247
Tip Mengarang 143 Model 79 Faedah Bersukan 250
Model 49 Kesan Penggunaan Laman Sosial 144 Model 80 Gaya Hidup Masyarakat 253
Model 50 Program Gotong-royong 149 Model 81 Perpaduan Kaum 255
Model 51 Keharmonian dan Kestabilan Negara 153 Model 82 Dasar 1 Murid 1 Sukan 258
Model 52 Permasalahan Vandalisme 156
Model 53 Kesan-kesan Program Televisyen BAB
Realiti 159 Pendapat / Perbincangan /
Model 54 Industri Pelancongan Negara 162 Ulasan 261
Model 55 Aktiviti Bersukan 165
Tip Mengarang 261
BAB Model 83 Kemalangan Jalan Raya 262
Model 84 Implikasi Pembacaan Bahan Picisan 266
Wawancara / Dialog 169 Model 85 Kesan Penggunaan Robot 270
Model 86 Perubatan Tradisional 273
Tip Mengarang 169 Model 87 Punca-punca Obesiti 275
Model 56 Aktiviti Bersukan 169 Model 88 Aktif dalam Kokurikulum 278
Model 57 Penyakit Kencing Manis 174 Model 89 Tahap Keselamatan Negara 281
Model 58 Murid Cemerlang 179
Model 59 Kepentingan Hutan 182 BAB
Model 60 Aktiviti Kokurikulum 186 Perbahasan 284
Model 61 Bidang Sukan 189
BAB Tip Mengarang 284
Ucapan / Syarahan / Ceramah 192 Model 90 Kebaikan Internet 284
Model 91 Pelancongan Lebih Penting daripada
Tip Mengarang 192 Pertanian 289
Model 62 Bidang Sukan 193 Model 92 Penduduk yang Berlebihan 295
Model 63 Penyalahgunaan Dadah 198 Model 93 Jenayah dalam Kalangan Remaja 297
Model 64 Cabaran-cabaran Remaja Kini 203 Model 94 Pencemaran Udara 300
Model 65 Masyarakat Penyayang 206
Model 66 Majlis Persaraan Pengetua 209 BAB
Model 67 Persediaan Remaja dalam Peribahasa / Cogan Kata 303
Menghadapi Cabaran Hidup 212
Model 68 Kesihatan Asas Kecemerlangan Diri 215 Tip Mengarang 303
Model 69 Panduan Penggunaan Jalan Raya 218
Model 70 Bidang Teknologi dan Maklumat 220 Model 95 Berfikir Sebelum Berkata,
Berunding Sebelum Dibuat 303
BAB Model 96 Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, 307
Manakan Dapat Sagunya
Fakta 224
Model 97 Sebab Nila Setitik, Rosak Susu
Sebelanga 312
Tip Mengarang 224 Model 98 Rezeki Kalau Secupak Takkan
Model 71 Gaya Hidup Sihat 224 Jadi Segantang 315
Model 72 Ceti Haram 229 Model 99 Ilmu Pelita Hidup 318
Model 73 Faedah Aktiviti Kokurikulum 233 Model 100 Rumahku, Syurgaku 320
Model 74 Tuan Rumah Kejohanan Sukan
Antarabangsa 236 Galeri Ungkapan Menarik 324
iv
m
Panduan Umum
m
P
an U
andu
u
Format Kertas (1103/1) Bahasa Melayu SPM
Markah: 30 Markah: 70
Kertas
1103/1
Masa yang
Masa yang BAHAGIAN Kertas BAHAGIAN
dicadangkan: A 1 B dicadangkan:
1 jam
40 minit
20 minit
Karangan
berdasarkan Karangan
kombinasi esei
kepelbagaian Mencakupi semua standard kandungan
bahan dan standard pembelajaran dalam
rangsangan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) KSSM
Bahagian A Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian
Bahan Rangsangan
Panduan Menulis Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan
1. Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang dikemukakan antaranya ialah:
(a) gambar foto (e) iklan
(b) gambar (f) petikan
(c) gambar rajah (g) e-mel
(d) ilustrasi kartun (h) jadual
2. Anda dikehendaki meneliti kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang
diberikan dan menulis karangan berdasarkan tugasan soalan, contohnya
menulis surat rasmi, memberikan pendapat, menulis e-mel, dan lain-lain.
3. Panjang karangan anda itu hendaklah antara 150 hingga 200 patah
perkataan.
1
0ii Panduan KM SPM.indd 1 15/03/2021 2:46 PM
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
4. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi karangan ini.
5. Teliti setiap bahan rangsangan yang diberikan. Setiap bahan rangsangan
mengandungi atau memperlihatkan perkara dan skop yang berbeza tetapi
berdasarkan isu yang sama. Pastikan setiap perkara daripada setiap bahan
rangsangan tersebut dinyatakan dalam karangan yang ditulis.
6. Bagi karangan ini, anda dicadangkan menulis pendahuluan, tiga isi, dan
kesimpulan dengan setiap satunya dalam satu perenggan. 5 perenggan
kesemuanya.
7. Pendahuluan dan penutup atau kesimpulan karangan cukup sekadar 15 hingga
20 patah perkataan yang ditulis dalam dua atau tiga ayat.
8. Setiap isi dihuraikan sekadar 35 hingga 45 patah perkataan tetapi huraian isi
haruslah diolah dengan baik.
9. Rangkai kata yang menarik dan peribahasa atau cogan kata yang berkaitan
hendaklah dimasukkan dalam karangan ini untuk memperoleh markah yang
maksimum.
10. Setelah selesai menulis karangan, anda hendaklah membuat semakan tentang
aspek bahasa, terutama ayat, imbuhan, ejaan, dan tanda baca. Jika ada
kesalahan, potong kesalahan itu dengan satu garisan lurus dan tulis pembetulan
di atas garisan lurus itu dengan teliti.
11. Cadangan bilangan perkataan bagi setiap perenggan adalah seperti yang
berikut:
Pendahuluan 20 patah perkataan
Isi 1 45 patah perkataan
Isi 2 45 patah perkataan
Isi 3 45 patah perkataan
Penutup 20 patah perkataan
Jumlah 175 patah perkataan
12. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan bahagian ini ialah 40 minit,
seperti yang berikut:
Memahami soalan dan menulis rangka karangan 7 minit
Menulis karangan 30 minit
Menyemak karangan 3 minit
Jumlah 40 minit
2
0ii Panduan KM SPM.indd 2 15/03/2021 2:46 PM
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Bahagian B Karangan Esei
Panduan Menulis Karangan Esei
1. Dalam Bahagian B dikemukakan 4 soalan mencakupi semua standard
kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Anda dikehendaki untuk menjawab
satu soalan sahaja.
2. Setiap soalan diberikan pernyataan dan arahan soalan berdasarkan domain-
domain tertentu, seperti domain awam, domain peribadi, domain kerjaya, dan
domain pendidikan. Murid harus memilih satu pernyataan berdasarkan domain
tersebut dan menulis karangan berpandukan arahan soalan.
3. Untuk Bahagian B, markah yang diperuntukkan ialah 70 markah.
4. Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
5. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 20 minit.
6. Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan esei, iaitu:
Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat
• Surat kiriman rasmi • Pendapat / Perbincangan / Ulasan
• Surat kiriman tidak rasmi • Fakta
• Laporan • Peribahasa / Cogan kata
• Wawancara / Dialog
• Berita / Rencana
• Wawancara
• Perbahasan
• Syarahan / Ceramah / Pidato / Ucapan
7. Setiap jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat
mempunyai format yang berbeza-beza yang harus anda patuhi. Kegagalan
anda menulis karangan berdasarkan format boleh menyebabkan markah anda
dipotong.
8. Bentuk karangan tidak berformat pula ialah karangan yang tidak mempunyai
format tertentu yang harus anda patuhi. Namun begitu, karangan yang ditulis
haruslah mempunyai perenggan pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
Ketiga-tiga komponen ini haruslah mempunyai kesinambungan dari segi idea
dan isi yang dikemukakan.
3
0ii Panduan KM SPM.indd 3 15/03/2021 2:46 PM
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Panduan Memulakan Karangan
Memilih Tajuk
1. Anda hendaklah memilih domain dan soalan yang bersesuaian dengan
pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda untuk menulis karangan itu
dengan padat, tepat, dan bernas.
2. Selain itu, anda juga haruslah benar-benar memahami kehendak soalan sebelum
membuat keputusan memilih sesuatu tajuk atau soalan.
3. Bagi menepati kehendak soalan, anda perlu membuat analisis soalan. Perhatikan
contoh dan analisis soalan yang berikut:
Contoh Soalan: Domain Awam
Kebanjiran pendatang asing di negara kita meresahkan penduduk
tempatan. Mereka tanpa rasa takut mewujudkan koloni mereka seperti
kita berada di Dhaka, Bangladesh atau di Jakarta, Indonesia. Mereka
menjadikan kawasan tempat tinggal mereka seperti tanah air mereka
sendiri dengan mengabaikan aspek kebersihan, menguasai perniagaan
dan memonopoli kawasan tersebut.
Sumber : Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti
pendatang asing di negara kita dan sikap buruk mereka.
Bincangkan punca-punca keadaan di atas berlaku dan langkah-langkah
untuk menanganinya.
Analisis Soalan
Tugasan 1: Menghuraikan punca-punca aktiviti pendatang asing di negara
kita menimbulkan keresahan masyarakat.
Tugasan 2: Langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut.
4. Elakkan soalan-soalan yang anda tidak pasti tentang formatnya, kurang arif
akan isi dan laras bahasanya, serta kurang yakin akan gaya penyampaiannya.
Menyediakan Rangka Karangan
1. Tiga komponen penting dalam rangka karangan ialah pendahuluan, isi-isi, dan
penutup.
2. Anda perlu menulis lima hingga enam isi dalam setiap karangan, tidak termasuk
satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan lain bagi penutup.
3. Isi yang ditulis hendaklah disusun mengikut keutamaannya, iaitu isi yang
penting hendaklah didahulukan.
4
0ii Panduan KM SPM.indd 4 15/03/2021 2:46 PM
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
Menulis Pendahuluan
1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan lazimnya
pendahuluan tidak perlu panjang, memadailah empat hingga enam ayat
sahaja. Walau bagaimanapun, setiap pendahuluan harus mengandungi tiga
komponen utama, iaitu huraian yang jelas tentang tajuk, mengemukakan isu
utama, dan membuat penjelasan.
2. Pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat menarik perhatian
pembaca atau pemeriksa untuk terus membaca keseluruhan karangan.
3. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik ketika menulis pendahuluan,
antaranya
(a) teknik definisi
(b) teknik latar belakang
(c) teknik gambaran
(d) teknik rujukan sumber
(e) teknik perihalan peristiwa
Menulis Isi Karangan
1. Anda dicadangkan menulis lima atau enam isi. Setiap isi ini hendaklah
dikembangkan dalam perenggan-perenggan isi. Setiap perenggan harus
mengandungi satu isi penting sahaja.
2. Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai:
(a) huraian lanjut yang mungkin berupa ulasan, maklumat tambahan, dan
sokongan bagi menjelaskan isi penting tadi
(b) contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian
isi karangan anda
3. Lihat contoh kaedah menulis perenggan isi:
Isi Huraian
Apa Bagaimana Mengapa Lanjutannya
Nyatakan isi yang Jelaskan nama Jelaskan tujuan Nyatakan
tepat. kempen dan kempen tersebut kesan / harapan
Contohnya: cara kempen diadakan. daripada kempen
Kempen ............... dijalankan. tersebut.
Menulis Perenggan Penutup
1. Perenggan penutup berisi kesimpulan atau rumusan tentang isi-isi yang telah
dibincangkan di samping pendirian anda berhubung dengan soalan atau tajuk
karangan.
2. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah bersifat umum tetapi padat.
5
0ii Panduan KM SPM.indd 5 15/03/2021 2:46 PM
Bahasa Melayu SPM Panduan Umum
3. Perenggan penutup hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan panjangnya
hendaklah lebih kurang sama panjang dengan perenggan pendahuluan.
4. Jangan masukkan isi baharu dalam perenggan penutup.
Gaya Bahasa
1. Aspek-aspek bahasa yang dinilai termasuklah:
(a) aspek tatabahasa yang meliputi aspek ayat dan kata
(b) ejaan yang berdasarkan Sistem Ejaan Baharu
(c) tanda baca seperti koma, titik, sempang, dan lain-lain
(d) pemilihan kata yang tepat
2. Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan hendaklah bersesuaian dengan
jenis karangan yang dipilih. Umpamanya, suatu karangan berunsurkan sains
semestinya menggunakan laras bahasa sains.
3. Penggunaan penanda wacana yang baik akan menjadikan pengaliran idea lebih
jelas dan mudah difahami. Lihat contoh penanda wacana di bawah ini sebagai
panduan.
selain itu secara umumnya begitu juga
antaranya walau bagaimanapun dari aspek yang lain pula
tambahan pula di samping itu namun begitu
sebaliknya oleh itu seperkara lagi
tegasnya kesimpulannya sesungguhnya
Menyemak Karangan
1. Anda haruslah menyemak karangan anda terlebih dahulu sebelum
menghantarnya kepada pemeriksa.
2. Ketika menyemak karangan, anda harus memastikan idea-idea atau isi-isi
utama tidak tertinggal. Tambahkan contoh sekiranya isi utama tidak disertakan
contoh.
3. Selain itu, semaklah aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan
struktur ayat.
Pemarkahan
1
1. Setiap kesalahan ejaan ditolak — markah.
2
2. Kesilapan format juga ditolak markah.
6
0ii Panduan KM SPM.indd 6 15/03/2021 2:46 PM
BAB
Peribahasa / Cogan Kata
Tip Mengarang
1. Penulisan karangan peribahasa atau 4. Calon boleh menulis karangan
cogan kata terbahagi kepada dua jenis ini dalam bentuk penulisan
jenis, iaitu: kreatif dan hendaklah ditulis
(a) menulis cerita berdasarkan mengikut teknik karangan cereka,
peribahasa atau cogan kata yang iaitu pendahuluan, kemuncak, dan
diberikan peleraian.
(b) menulis huraian atau 5. Selain itu, calon perlulah
memberikan penerangan tentang menjelaskan perkaitan antara
peribahasa yang diberikan peribahasa atau cogan kata itu
dengan kehidupan masyarakat pada
2. Sebelum menulis karangan jenis ini, hari ini.
calon perlulah memahami maksud 6. Kaitkan peribahasa itu dengan
peribahasa atau cogan kata yang peribahasa lain yang mempunyai
diberikan. persamaan maksud untuk
3. Latar belakang sesuatu peribahasa menunjukkan bahawa anda faham
atau cogan kata hanya perlu akan maksud peribahasa itu.
diterangkan jika soalan menghendaki
calon menghuraikannya.
MODEL Berfikir Sebelum Berkata, Berunding Sebelum
95 Dibuat Domain Peribadi
Sering kali kita menyesal atas sesuatu perkara yang kita lakukan. Sikap terburu-
buru ketika mengambil keputusan penting adakalanya mendatangkan kesan kepada
kita. Seharusnya, kita “berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat” dalam
menentukan sebarang tindakan.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan perasaan kesal setelah berlaku sesuatu kesilapan.
Tulis karangan berdasarkan peribahasa tersebut untuk menggambarkan
kepentingannya.
303
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Pendahuluan
Tema / Isu • berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara
• mengelakkan masalah atau kesusahan pada masa akan datang
Huraian • adakalanya kita menyesal setelah melakukan sesuatu
• disebabkan oleh sikap terburu-buru
Fokus / • terkandung dalam maksud peribahasa berfikir sebelum berkata,
Tugasan berunding sebelum dibuat
Perenggan Isi 1
• maksud peribahasa berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Apa
wajar dipraktikkan
Mengapa • kenaikan harga barangan hari ini membebankan rakyat
• amalan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis perlu dijadikan
Bagaimana
teras dalam menguruskan perbelanjaan
• fenomena kenaikan harga minyak dunia yang turut memberikan kesan
Contoh kepada kita
• menjejaskan kehidupan terutama kepada golongan berpendapatan rendah
Perenggan Isi 2
Apa • perlu dikaitkan dengan kehidupan murid
Mengapa • harus memikirkan baik buruknya sesuatu tindakan yang ingin dilakukan
Bagaimana • menyedari kesan perbuatan tersebut terhadap masa depan
• tidak melanggar peraturan atau tatacara murid
Contoh
• ponteng sekolah atau mengabaikan pelajaran
• akan lahirlah generasi yang berkualiti jika peribahasa ini menjadi
Penegasan
tunjang kehidupan
Perenggan Isi 3
Apa • remaja perlu mengamalkan maksud peribahasa ini
304
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
• tidak akan besar kepala
Mengapa
• tidak akan terlibat dalam pelbagai gejala sosial
Bagaimana • remaja pandai menilai kesan perbuatan mereka
• tidak akan wujud “mat rempit” dan “minah rempit”
• tidak membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya yang lain
Contoh
• remaja perempuan tidak terbabit dalam gejala sosial
• anak luar nikah dan pembuangan bayi
Perenggan Isi 4
Apa • mengutamakan peribahasa ini dalam hal berpolitik
• tindakan yang membabi buta mengakibatkan keburukan yang dapat
Mengapa
menjejaskan imej
• tidak memikirkan buruk baik sesuatu tindakan itu
Bagaimana • menjejaskan kredibiliti rakyat dan negara kita di mata dunia
• tepuk air di dulang terpercik muka sendiri juga
• terlafaznya sebarang kata-kata tanpa tapisan
Contoh
• tuding-menuding kerendahan moral sesama sendiri
Perenggan Isi 5
Apa • amalan peribahasa ini membantu untuk mengekalkan perpaduan bangsa
• membendung tindakan yang dapat menjejaskan keharmonian dalam
Mengapa
masyarakat dan mencetuskan konflik perkauman
Bagaimana • tidak akan bernanah dalam kehidupan hari ini
• isu lancang mulut dan batu api pastinya akan dapat dielakkan
Contoh • tiada anasir-anasir yang mampu untuk menggugat pembangunan
masyarakat Malaysia
Penutup
Rumusan • sikap berhati-hati penting dalam melakukan sesuatu
Huraian • demi kebaikan diri, masyarakat, dan negara
Unsur • dilabelkan sebagai masyarakat cemerlang, gemilang, dan terbilang
KBAT
305
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Karangan Mantap
Orang yang bijak biasanya akan memikirkan buruk baik dan mempertimbangkan sesuatu
perkara sehalus-halusnya sebelum melakukannya. Langkah ini amat baik sekali untuk
mengelakkan sebarang masalah atau kesusahan yang melanda kita pada masa akan datang.
Hal ini terkandung dalam maksud peribahasa berfikir sebelum berkata, berunding sebelum
dibuat.
Mempraktikkan maksud peribahasa ini dalam kehidupan seharian akan banyak
memberikan manfaat kepada kita. Hal ini dapat dikaitkan dengan fenomena kenaikan
harga minyak dunia yang turut memberikan kesan kepada kita di Malaysia. Seiring dengan
melambungnya harga bahan mentah ini, barangan keperluan harian yang lain turut menerima
tempiasnya. Rata-rata harga barangan hari ini menjadi lebih tinggi dan hal ini menjejaskan
kelangsungan dan kelancaran hidup kita terutamanya bagi golongan yang berpendapatan
rendah. Jadi, amalan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis perlu dijadikan teras
dalam menguruskan perbelanjaan kita sehari-hari.
Jika dikaitkan ungkapan ini dengan kehidupan murid juga banyak benar untungnya.
Murid-murid seharusnya mengingatkan diri masing-masing tentang baik buruknya sesuatu
tindakan yang ingin dilakukan oleh mereka. Umpamanya, mereka tidak akan berani melanggar
peraturan atau tatacara hidup seorang murid dengan ponteng sekolah atau mengabaikan
pelajaran mereka jika mereka menyedari kesan perbuatan tersebut terhadap masa depan
mereka. Pastinya, akan lahirlah generasi akan datang yang berkualiti jika peribahasa ini
menjadi tunjang kehidupan murid hari ini.
Golongan remaja yang mengamalkan peribahasa ini juga tidak akan besar kepala dan
terbabit dengan pelbagai gejala sosial yang begitu menular dalam masyarakat kita hari ini.
Gelaran “mat rempit” dan “minah rempit” pastinya tidak akan wujud andainya remaja menilai
akibat perbuatan mereka yang beraksi ala-ala “stuntman” ketika menunggang motosikal dan
berlumba secara haram. Bahayanya terhadap nyawa mereka khasnya dan nyawa pengguna
jalan raya lain amnya tentu sekali tidak semurah harga ikan kembung di pasar suatu masa
dahulu. Begitu juga halnya jika remaja perempuan hari ini menjunjung nilai berfikir sebelum
berkata, berunding sebelum dibuat dalam mengharungi kehidupan mereka. Pastinya golongan
ini tidak akan menurut kata hati dan hawa nafsu dalam hal berkasih sayang sekiranya mereka
sedar akan gejala lahirnya anak luar nikah dan pembuangan bayi yang seakan-akan tiada
titik noktahnya hari ini.
Dalam hal berpolitik juga, sewajarnya peribahasa ini diutamakan. Tanpa berfikir akan
buruk baik sesuatu tindakan itu atau terlafaznya sebarang kata-kata tanpa tapisan akan
mengakibatkan keburukan yang berpanjangan. Hari ini, ahli politik tuding-menuding akan
kerendahan moral sesama sendiri hingga dikaitkan dengan pelbagai salah laku yang tidak
306
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
pernah terjadi dalam arena politik zaman ibu bapa kita dahulu. Akibatnya, masyarakat dalam
dan luar negara dicelikkan dengan hal-hal yang sama sekali tidak menguntungkan malah
menjejaskan kredibiliti rakyat dan negara kita di mata dunia. Kita jugalah yang rugi kerana
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
Seterusnya, kesejahteraan dan perpaduan masyarakat kita yang berbilang bangsa
ini akan terus dapat dikekalkan andai kata kita mengamalkan peribahasa ini. Isu lancang
mulut dan batu api pastinya akan dapat dielakkan dan sebarang tindakan membabi buta
hingga menjejaskan keharmonian dalam masyarakat dan mencetuskan konflik perkauman.
Oleh itu, segala provokasi tidak akan menjadi nanah dalam kehidupan hari ini. Natijahnya,
aman damailah kita tanpa ada anasir-anasir yang mampu untuk menggugat pembangunan
masyarakat Malaysia.
Jelaslah, sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu mahupun ketika membuat
keputusan tentang sesuatu tindakan amat Sudut Kata
penting demi kebaikan diri, masyarakat, dan
negara. Barulah sesuai kita dilabelkan sebagai • fenomena: kejadian atau kenyataan
masyarakat cemerlang, gemilang, dan terbilang. • kredibiliti: perselisihan / perbentangan
• natijahnya: kesimpulannya
Koridor Peribahasa
• beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis: hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak
terpedaya dan kehabisan harta
• besar kepala: bongkak; sombong
• menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri: menceritakan keaiban keluarga akan memalukan
diri sendiri juga
• batu api: penghasut
• membabi buta: melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang
MODEL Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan
96 Dapat Sagunya Domain Peribadi
Untuk mencapai kejayaan, peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya” perlu kita junjung sebagai suatu pedoman hidup.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan bahawa sikap rajin berusaha penting untuk berjaya.
Buktikan ungkapan ini dengan menulis karangan selengkapnya.
307
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Pendahuluan
• peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
Tema / Isu
perlu kita junjung sebagai suatu pedoman hidup
• peribahasa ini penting diamalkan untuk mencapai kejayaan
Huraian • maksudnya berusahalah dengan bersungguh-sungguh
• orang yang kuat berusaha pasti berjaya
Fokus /
Tugasan • membuktikan pernyataan peribahasa tersebut
Perenggan Isi 1
Apa • menyatakan maksud peribahasa
• peribahasa ini menekankan kekuatan semangat dan iltizam yang perlu
Mengapa
ditanam dalam diri
• harus rela dan bersedia untuk berdepan dengan cabaran
Bagaimana
• tiada perkara yang boleh dicapai dengan mudah tanpa melalui kesusahan
• “yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan
Contoh datang bergolek”
• menuntut kekuatan minda dan ketahanan fizikal yang amat tinggi
Perenggan Isi 2
Apa • lebih berpuas hati jika kejayaan dicapai atas usaha sendiri
Mengapa • hasil penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan
• saat-saat manis yang dikecap ketika kejayaan itu digenggam menjadi
Bagaimana
saat yang paling bermakna
• kejayaan itu didorong oleh semangat jati diri, keutuhan hati, dan
dipasrahkan dengan doa kepada Tuhan
Contoh
• berani berhadapan dengan risiko menjadi tunjang dalam misi untuk
mencapai kejayaan
Perenggan Isi 3
Apa • persamaan maksud beberapa peribahasa
308
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
• banyak peribahasa Melayu lain yang mendukung maksud yang lebih
Mengapa kurang sama dengan peribahasa “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”
Bagaimana • usaha yang bersungguh-sungguh teras kejayaan seseorang
• genggam bara api biar sampai jadi arang
• alang-alang berdakwat biar hitam
• patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan
• Thomas Alva Edison, pencipta mentol tersohor dunia
Contoh • Abu Ali Hussien bin Abdullah atau lebih dikenal sebagai Ibnu Sina, Ahli
Falsafah Islam dan pakar bidang anatomi yang terkenal
• Datuk Paduka Sharifah Mazlina, wanita pertama Malaysia dan Asia
yang berjaya merentasi Kutub Selatan
• Nicol Ann David, pemain skuasy nombor satu dunia
• Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, artis tersohor tanah air
Perenggan Isi 4
Apa • penerapan peribahasa ini dalam konteks seorang murid
Mengapa • penting untuk memastikan kejayaan murid-murid
• menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran
Bagaimana • usaha yang berterusan
• yakin akan kemampuan diri
• kejayaan Nur Amalina Che Bakri
Contoh
• kejayaan Azali Azlan
Perenggan Isi 5
• penerapan peribahasa ini dalam konteks peladang dan penternak
Apa • peladang dan penternak perlu mengaplikasikan maksud peribahasa ini
untuk berjaya
Mengapa • perlu gigih mengharungi cabaran dalam bidang pekerjaan
• menggunakan tulang empat kerat dan tidak hanya berpeluk tubuh
Bagaimana
menunggu hasil
• menimba ilmu pengetahuan untuk memajukan bidang yang diceburi
Contoh
• ketahanan mental dan fizikal serta tekad yang kuat juga penting
309
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Penutup
Rumusan • bulatkan tekad untuk berjaya
• berusahalah dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan
Huraian
batuk di tangga sahaja
• hanya orang yang tidak mengenal erti putus asa dan bersedia untuk
Unsur
KBAT berjuang dengan sepenuh jiwa raga yang dapat menggenggam kejayaan
dalam kehidupan mereka
Karangan Mantap
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah kata-kata yang sering kita
dengar. Maksudnya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh kerana cita-cita atau sesuatu
hajat itu tidak akan tercapai jika kita tidak bersusah payah terlebih dahulu. Kejayaan selalunya
menjadi kepunyaan orang yang kuat berusaha dan hal ini memberikan kewajaran kepada
kita agar menjadikannya sebagai suatu pedoman hidup.
Maksud peribahasa ini turut menekankan bahawa dalam usaha untuk menggapai
sesuatu kejayaan, kita haruslah menanam semangat dan iltizam yang kuat dalam diri. Selain
itu, kita juga harus rela dan bersedia berdepan dengan segala bentuk cabaran hidup sebelum
kejayaan menjadi kenyataan. Dalam hal ini, kata-kata yang bulat tidak datang menggolek,
yang pipih tidak datang melayang memang ada benarnya. Inti pati kata-kata ini menjurus
kepada pernyataan bahawa tiada suatu perkara yang dapat dicapai dengan mudah tanpa
melalui susah payah dan pahit getirnya. Segala-galanya menuntut kekuatan minda dan
ketahanan fizikal yang amat tinggi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa seseorang yang berjaya dalam hidup akan
lebih berpuas hati sekiranya kejayaan itu terhasil daripada penat lelah dan pengorbanannya
selama ini. Pasti sekali, saat-saat manis yang dikecapi ketika kejayaan itu digenggam menjadi
suatu saat yang paling bermakna bagi dirinya. Apatah lagi yang lebih membanggakan diri
seandainya kejayaan mahupun kekayaan itu didorong oleh semangat jati diri, keutuhan
hati, dan dipasrahkan dengan doa kepada Tuhan. Pendeknya, segala-galanya termaktub oleh
tuntutan usaha kita sendiri bukannya dihadiahkan oleh sesiapa, waima ibu bapa sendiri.
Jelaslah, kesanggupan dalam mengharungi segala bentuk cabaran dan dugaan serta berani
berhadapan dengan risiko menjadi tunjang dalam misi untuk mencapai kejayaan.
Memang banyak peribahasa Melayu lain yang mendukung maksud yang lebih kurang
sama dengan peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Antaranya
termasuklah, genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang berminyak biar sampai
310
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
licin, dan patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan. Semua peribahasa dan
pepatah ini menjulang maksud yang hampir sama, iaitu kita tidak boleh mudah patah hati
atau mahu berpatah balik terhadap sesuatu perkara yang kita usahakan demi suatu kejayaan.
Thomas Alva Edison, pencipta mentol tersohor dunia antara tokoh yang tidak pernah jemu
berusaha dalam penciptaannya walaupun bukan sekali dua kegagalan menghiasi perjalanan
hidupnya. Begitu juga dengan tokoh-tokoh dunia yang lain seperti Abu Ali Hussien bin
Abdullah atau lebih dikenal sebagai Ibnu Sina, ahli falsafah Islam dan pakar bidang anatomi
yang terkenal itu. Di negara kita sendiri, banyak tokoh yang dapat kita contohi iltizam
mereka seperti Datuk Paduka Sharifah Mazlina, wanita pertama Malaysia dan Asia yang
berjaya merentasi Kutub Selatan, Datuk Nicol Ann David, pemain skuasy nombor satu dunia,
dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, artis tersohor tanah air yang kini dilimpahi kejayaan dan
kemewahan atas usahanya sebagai penyanyi. Itu pun sekadar menyebut beberapa nama
sedangkan hakikatnya begitu banyak tokoh negara kita yang kejayaan mereka dapat dijulang.
Alangkah baiknya seandainya peribahasa ini diterap dalam diri setiap murid untuk
memastikan kejayaan mereka. Tumpuan yang tidak berbelah bahagi seharusnya diberikan
ketika mengikuti ajaran guru di kelas mahupun ketika mengulang kaji pelajaran. Sikap malas
dan berlengah-lengah tidak akan menguntungkan kerana hari ini masa sememangnya tidak
menunggu kita. Usaha yang berterusan dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri akan
mencetuskan kejayaan seseorang murid itu walaupun dia bodoh. Ungkapan belakang parang
pun jikalau diasah nescaya tajam juga turut wajib dijadikan pegangan untuk merangkul
arca kejayaan. Kejayaan luar biasa Nur Amalina Che Bakri dengan 17A1 dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia 2004 disusuli dengan kejayaan 20A1 dan satu A2 oleh Azali Azlan
dalam SPM 2007 merupakan contoh terbaik murid yang menjadi sejarah manis dalam bidang
pendidikan negara. Sayugia, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan sewajarnya turut
dijadikan pegangan oleh kita semua.
Begitu juga halnya jika kita aplikasikan hal ini kepada seseorang peladang atau
penternak. Mereka juga perlu gigih mengharungi cabaran dalam bidang pekerjaan mereka.
Selain menggunakan tulang empat kerat yang menjadi tunjang dalam setiap pekerjaan,
mereka tidak seharusnya berpeluk tubuh menunggu hasil tanaman atau ternakan mereka.
Usaha untuk memajukan bidang pekerjaan mereka itu haruslah seiring dengan ilmu
pengetahuan tentang bidang tersebut yang perlu ditimba oleh mereka. Kaedah-kaedah
moden dalam kedua-dua bidang tersebut perlu diadaptasi demi memastikan hasil tuaian
yang lumayan. Masa dan wang ringgit yang dikorbankan untuk menjadi jagoan dalam
bidang mereka seharusnya dibayar tunai selaras dengan usaha yang bersungguh-sungguh
serta ketahanan mental dan fizikal yang bukan sedikit. Tekad mereka yang kuat ditambah
dengan usaha yang berlipat kali ganda pastinya akan membuahkan hasil dan akhirnya
akan dapat menjawat gelaran Peladang Jaya yang seterusnya menjadi idola bagi mereka
yang baru bercambah bibit-bibit cintanya terhadap bidang penternakan dan perladangan
ini.
311
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Keseluruhannya, walau apa-apa sekalipun yang Sudut Kata
mahu kita lakukan, lakukanlah dengan sepenuh hati. • pedoman: petunjuk
Bulatkan tekad untuk berjaya dan berusahalah dengan • iltizam: komitmen
bersungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan batuk • termaktub: tertulis
di tangga sahaja. Hakikatnya, hanya orang yang tidak • waima: sama ada / walaupun
• bertelekan: berteleku
mengenal erti putus asa dan bersedia untuk berjuang • anatomi: kajian mengenai
dengan sepenuh jiwa raga yang dapat menggenggam kehidupan
kejayaan dalam kehidupan mereka. • idola: orang yang sangat
dikagumi
Koridor Peribahasa
• yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang: sesuatu yang dihajatkan
mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya
• genggam bara api biar sampai jadi arang: jika melakukan sesuatu yang susah haruslah dengan
sabar sehingga mendapat hasil
• alang-alang berminyak biar sampai licin: jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan
• patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan: tidak putus harapan
• belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam: orang yang bodoh kalau diajar betul-betul pasti
berjaya juga akhirnya
• di mana ada kemahuan, di situ ada jalan: jika kita berhasrat kepada sesuatu, pasti akan beroleh
cara untuk mendapatkannya
• tulang empat kerat: anggota badan (kaki dan tangan)
• berpeluk tubuh: tidak membuat apa-apa
• melepaskan batuk di tangga: melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh
MODEL
Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga
97 Domain Peribadi
Kita kerap diingatkan supaya berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Nafsu
sering mendorong manusia melakukan kejahatan. Sekiranya kita tewas oleh nafsu,
kesannya turut menimpa orang lain.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan perbuatan jahat yang
dilakukan dan kesan buruk akibat perbuatan tersebut terhadap orang lain.
Peribahasa ada menyatakan “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.
Huraikan pendapat anda tentang maksud peribahasa tersebut.
312
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Rangka Karangan
Pendahuluan: orang-orang tua banyak menggunakan kiasan dalam kehidupan masyarakat Melayu –
antaranya peribahasa sebab nila setitik, rosak susu sebelanga – bermaksud – kesilapan yang sedikit
habis semua kebaikan yang dilakukan sebelumnya – disebabkan oleh kesalahan seorang, nama orang
lain turut tercemar
Isi 1: seseorang yang baik dan terpuji – hilang apabila dia melakukan kesilapan atau kejahatan – menjadi
buah mulut – seperti panas setahun terhapus oleh hujan sehari
Isi 2: murid yang terbabit dengan gejala tidak sihat – menjejaskan nama dan masa depannya – turut
merosakkan nama sekolah atau institusi pengajian – berlaku salah-menyalah
Isi 3: dalam konteks yang melibatkan pemimpin – maruah diri dan keluarga terjejas – dihina – menjejaskan
kredibiliti pucuk pimpinan negara – mencalar imej masyarakat dan negara
Isi 4: sama maksudnya dengan peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semuanya
Penutup: memberikan pengajaran – jangan melakukan perkara yang tidak baik – bukan saja menjejaskan
nama sendiri tetapi menyusahkan pihak lain juga
Karangan Mantap
Pelbagai kiasan yang digunakan oleh orang-orang tua dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Antaranya termasuklah peribahasa sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Maksud
peribahasa ini adalah kerana kejahatan atau kesilapan yang sedikit, habis semua kebaikan
yang telah dilakukan. Selain itu, peribahasa ini turut mendukung maksud disebabkan
seorang berbuat jahat, semua orang dalam kumpulan atau keluarga mendapat nama yang
tidak baik.
Maksud peribahasa ini dapat dibuktikan kerana setitik nila yang berwarna biru dapat
menjejaskan warna sebelanga susu yang berwarna putih jika nila itu jatuh ke dalamnya.
Hakikatnya, perubahan warna susu yang banyak itu akan hapus ditelan oleh warna biru
yang sedikit itu apabila bercampur dengannya. Umpamanya, bagi seseorang yang selama ini
terkenal oleh sikapnya yang baik dan terpuji, namun atas satu kesilapan mahupun kesalahan
yang dilakukannya, tiba-tiba sahaja namanya menjadi busuk. Dia akan lebih dikenang dan
disebut-sebut melalui satu sikap atau kesalahan yang dilakukannya itu berbanding dengan
semua sikap baik dan terpuji yang pernah ditunjukkannya sebelum ini. Hal ini dapat
disamakan dengan ungkapan panas setahun terhapus oleh hujan sehari. Akhirnya, individu
yang terbabit itu akan dilabelkan atau dikaitkan dengan kesalahannya itu. Maka, akan
berlakulah pandangan negatif dan tohmahan terhadap individu tersebut hingga adakalanya
menjejaskan maruah diri, keluarga, mahupun masa depan individu terbabit.
Seterusnya, maksud peribahasa ini dapat juga dikaitkan dengan senario yang berikut.
Katakanlah, seseorang murid itu telah melakukan kejahatan yang serius seperti terlibat
dalam gejala gengsterisme, gejala penyalahgunaan dadah, gejala sosial seperti keterlanjuran
perhubungan antara lelaki dengan perempuan, dan seumpamanya. Perbuatan jahat sebegini
tentu sekali akan menjejaskan nama dan masa depan murid itu. Bukan itu sahaja, malah
313
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
nama baik keluarganya turut terpalit noda meskipun hanya murid itu seorang yang terbabit
dengan gejala tidak sihat itu. Sekali gus, nama sekolah ataupun institusi tempat pengajiannya
turut menerima tempiasnya. Lebih-lebih lagi jika berita itu tersiar dalam akhbar dan akhirnya
menjadi buah mulut orang ramai. Masyarakat akan terus-terusan memperkatakan perkara
tersebut dan secara tidak langsung akan menyalahkan pihak-pihak yang terlibat kerana tidak
mampu untuk mengawal dan membendung salah laku itu.
Jika berlaku pula senario sebegini dalam konteks yang lebih luas pula, lagi teruk
akibatnya. Umpamanya, salah laku moral yang membabitkan pemimpin masyarakat mahupun
ahli politik ternama akan merosakkan nama bangsa seterusnya mencalarkan nama dan imej
negara Malaysia. Pemimpin terbabit dan seluruh anggota keluarganya mula dipandang hina
jauh sekali dihormati dan disanjung oleh masyarakat keliling. Impaknya yang besar dan
berpanjangan menyebabkan masyarakat dunia akan mula memandang kredibiliti pemimpin
dengan sinis dan secara tidak langsung menggambarkan kerendahan dan kelemahan pucuk
pimpinan negara. Hal ini pasti akan menjejaskan kemantapan ekonomi kita yang bergantung
kepada pelaburan dari negara-negara luar. Siapakah yang mahu melabur di negara yang iklim
politiknya tidak keruan? Akhirnya, siapakah yang rugi? Tepuk dada, tanya selera. Sepatutnya,
sebagai rakyat yang cinta akan Malaysia, perkara ini sewajarnya dielakkan kerana tentu sekali
kita tidak mahu dikenal sebagai masyarakat yang mempunyai pemimpin yang dipersoalkan
keperibadiannya. Disebabkan masalah seorang, seluruh masyarakat tercalar imej dan turut
menanggung beban.
Peribahasa ini juga sama maksudnya dengan peribahasa seekor kerbau membawa
lumpur, semuanya terpalit. Seperti contoh-contoh yang dinyatakan di atas, malulah kita
hanya kerana perbuatan keji yang dilakukan oleh salah seorang daripada anggota masyarakat
kita.
Kesimpulannya, peribahasa ini memberikan Sudut Kata
kita pengajaran supaya jangan melakukan sesuatu
perbuatan yang tidak baik. Kesan daripada kelakuan • kiasan: pengajaran atau contoh
buruk kita itu bukan sahaja menjejaskan nama baik diri • sebelanga: seperiuk
• tohmahan: tuduhan yang
sendiri, malah menyusahkan pihak lain. Janganlah kita berdasarkan syak wasangka
menjadi duri dalam daging, sebaliknya muhasabahlah • kredibiliti: kebolehpercayaan
diri agar menjadi lilin untuk menerangi orang keliling.
Koridor Peribahasa
• panas setahun terhapus oleh hujan sehari: segala kebaikan yang dilakukan tidak akan dipedulikan
apabila melakukan kejahatan walaupun sekali
• buah mulut: percakapan orang
• tepuk dada, tanya selera: sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan dengan baik
• seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit: seorang yang berbuat salah, semuanya terlibat
sama
• duri dalam daging: sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati
314
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
MODEL Rezeki Kalau Secupak Takkan Jadi
98 Segantang Domain Peribadi
Ada pihak yang mengatakan bahawa peribahasa “rezeki kalau secupak takkan jadi
segantang” menyebabkan masyarakat kita mengalami kemunduran. Bagi seseorang
peniaga, peribahasa ini memainkan peranan yang besar dalam membentuk gerak
kerjanya bagi menjayakan perniagaannya.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat tentang rezeki dan kaitannya dengan usaha.
Bincangkan pernyataan tentang peribahasa tersebut.
Rangka Karangan
Pendahuluan: nenek moyang kita dahulu tidak meninggalkan banyak harta – mereka meninggalkan
khazanah ilmu – peribahasa, bidalan, pantun, seloka, syair – memperlihatkan kebijaksanaan nenek
moyang kita mengungkapkan buah fikiran mereka
Isi 1: peribahasa ini bersifat memujuk masyarakat agar bersikap terbuka, tenang hati serta reda akan
ketentuan Tuhan apabila usaha mereka tidak berjaya – umpama penawar kepada masyarakat agar
tidak kecewa atau berputus asa
Isi 2: peribahasa ini tidak langsung menyekat masyarakat untuk bekerja keras – tidak mengetahui had
rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan – kalau kita tidak berusaha, sudah tentu rezeki tidak akan
datang
Isi 3: peribahasa ini membina tautan kita kepada Tuhan yang memberikan rezeki – urusan rezeki ialah
urusan Tuhan – kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata – kita haruslah
berusaha dengan bersungguh-sungguh
Isi 4: peribahasa ini merupakan cabaran kepada masyarakat agar membuktikan bahawa rezeki secupak
dapat jadi segantang – peribahasa ini menggesa masyarakat agar berfikiran lebih kritis dan kreatif
untuk menafikan pemikiran yang terdapat dalam peribahasa ini
Penutup: peribahasa rezeki kalau secupak takkan jadi segantang tidak harus dijadikan alasan untuk
menyekat kemajuan masyarakat kita – menggesa masyarakat agar melipatgandakan usaha untuk
mencapai kejayaan
Karangan Mantap
Nenek moyang kita dahulu tidak meninggalkan banyak harta untuk kita. Hal ini demikian
lantaran, kemiskinan yang melingkari kehidupan mereka. Namun begitu, mereka meninggalkan
khazanah ilmu yang tiada tolok bandingnya kepada kita. Antara khazanah ilmu tersebut
ialah peribahasa, bidalan, pantun, seloka, syair, dan lain-lain lagi. Kesemua khazanah ilmu
ini memperlihatkan kebijaksanaan nenek moyang kita mengungkapkan buah fikiran mereka
demi mencapai sesuatu matlamat. Namun demikian, ada sesetengah pihak yang mengatakan
315
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
bahawa terdapat khazanah ilmu tersebut yang menyekat kemajuan masyarakat seperti yang
terdapat dalam peribahasa “rezeki kalau secupak takkan jadi segantang”.
Sebelum kita membuat dakwaan sama ada peribahasa ini mengundang konotasi
yang negatif, ada baiknya kita mengkaji maksud peribahasa ini. Berdasarkan maksud yang
dipersetujui oleh masyarakat, peribahasa ini bermaksud jika rezeki kita ditentukan dalam
kadar tertentu, maka kadar tersebut tidak akan bertambah walaupun pelbagai usaha kita
lakukan untuk menambahkan kadarnya. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tidak
adil jika kita mengatakan bahawa peribahasa ini menyekat kemajuan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, peribahasa ini bersifat memujuk masyarakat agar bersikap terbuka dan
tenang hati serta reda akan ketentuan Tuhan apabila usaha mereka menambahkan rezeki
tidak berjaya. Dalam perkataan lain, peribahasa ini umpama penawar kepada masyarakat agar
tidak kecewa atau berputus asa apabila usaha mereka untuk melipatgandakan pendapatan
tidak kesampaian. Jelas sekali, peribahasa ini mendidik masyarakat agar mensyukuri rezeki
yang dikurniakan oleh Tuhan kerana kesyukuran tersebut dapat menghilangkan perasaan
keluh kesah dan kecewa masyarakat.
Peribahasa ini tidak langsung menyekat masyarakat untuk bekerja keras dalam hidup.
Hal ini demikian kerana, kita tidak mengetahui jumlah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan
kepada kita. Jika kita tidak berusaha sudah tentu rezeki tidak akan datang. Hal ini dapat
dilihat menerusi peribahasa yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang
melayang. Namun begitu, jika kita berusaha sudah tentu akan ada rezeki dan ganjaran
yang akan kita peroleh. Oleh itu, kita perlu berusaha bagi mendapatkan rezeki tersebut.
Sehingga satu tahap, rezeki yang kita peroleh sudah mencukupi dan kita berusaha lagi
untuk menambahkan rezeki tersebut. Pada ketika ini, adakalanya usaha kita membuahkan
hasil tetapi ada ketikanya usaha kita tidak berjaya. Apa-apa pun yang kita peroleh, kita
sekurang-kurangnya sudah berusaha untuk meningkatkan reseki kita. Sebagai analoginya,
peserta lompat tinggi dalam satu kejohanan sukan. Pelompat tersebut sudah berjaya melepasi
beberapa meter dan dia telah diisytiharkan sebagai pemenang. Maka, dia akan meneruskan
lompatan lagi bagi mencipta rekod baharu. Jika dia berjaya dalam lompatan tersebut, maka
akan terciptalah rekod baharu. Sebaliknya, jika gagal, sekurang-kurangnya dia sudah mencuba
untuk melakukan lompatan.
Secara positifnya, peribahasa ini membina tautan kita kepada Tuhan yang memberikan
rezeki. Hal ini secara langsung menyedarkan kita bahawa urusan rezeki ialah urusan Tuhan.
Namun begitu, kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata menunggu
rezeki turun dari langit kerana para nabi pun bekerja untuk memperoleh rezeki. Oleh sebab
rezeki urusan Tuhan, maka kita haruslah berusaha sebagaimana yang dianjurkan oleh agama.
Dalam satu hadis, Nabi bersabda “hendaklah kamu bekerja seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya dan hendaklah kamu beribadat seolah-olah kamu akan mati esok hari”. Hadis
ini jelas menunjukkan agar kita berusaha sehabis daya untuk mencari rezeki. Di samping
316
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
itu, bagi menjamin rezeki yang berkat, kita haruslah memastikan sumber rezeki yang kita
peroleh itu melalui cara yang halal. Oleh itu, penipuan, penyelewengan, dan rasuah harus
dielakkan kerana hal ini akan menjadikan sumber rezeki kita tidak berkat. Malahan, kita
digalakkan agar menggunakan rezeki yang kita peroleh itu di jalan yang berfaedah seperti
mendermakan wang kepada anak yatim atau membantu golongan yang kurang bernasib
baik. Apabila perkara ini kita lakukan, nescaya rezeki yang kita peroleh akan melimpah ruah
kerana Tuhan sebagai pemberi rezeki memberkati usaha yang kita lakukan.
Di samping itu, peribahasa ini merupakan cabaran kepada masyarakat agar
membuktikan bahawa rezeki kalau secupak dapat jadi segantang. Hal ini demikian kerana,
secara tersiratnya peribahasa ini menggesa masyarakat agar berfikiran lebih kritis dan
kreatif untuk menafikan pemikiran yang terdapat dalam peribahasa ini. Kita melihat bahawa
pada hari ini, semakin banyak usahawan kita yang berjaya dengan bermula secara kecil-
kecilan. Sebagai contohnya, tokoh korporat terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
bermula dengan perniagaan daging. Beliau yang tidak memiliki latar belakang pendidikan
tinggi telah membuktikan kejayaannya dengan mengusahakan pelbagai jenis perniagaan
sehingga dinobatkan sebagai antara korporat terkaya di negara kita. Demikian juga yang
dilakukan oleh ikon penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez yang
bermula secara kecil-kecilan dalam industri penerbangan. Kejayaan kedua-dua orang tokoh
perniagaan ini merupakan hasil usaha mereka yang cuba menafikan pemikiran dalam
peribahasa rezeki kalau secupak takkan jadi segantang. Mereka telah berjaya membuktikan
bahawa rezeki secupak memang dapat jadi segantang jika kita berusaha dengan gigih
untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Kesimpulannya, peribahasa rezeki kalau secupak Sudut Kata
takkan jadi segantang tidak harus dijadikan alasan untuk
menyekat kemajuan masyarakat kita. Hal ini demikian • konotasi: idea yang
dimaksudkan oleh sesuatu
kerana, dalam peribahasa tersebut terkandung pelbagai kata selain maknanya yang
mesej baik tersurat mahupun tersirat yang menggesa tersurat
masyarakat agar melipatgandakan usaha untuk mencapai • analogi: perbandingan
kejayaan. Dengan itu, singsinglah lengan dan oraklah • melimpah ruah: banyak
• tersirat: tersembunyi
langkah untuk membina kejayaan berasaskan rezeki kalau • ikon: contoh ikutan
secupak memang dapat jadi segantang. • tersurat: tertulis
Koridor Peribahasa
• buah fikiran: pendapat
• yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang: rezeki perlu diusahakan
dan tidak datang dengan sendiri
• berpeluk tubuh: tidak berbuat apa-apa
317
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
MODEL
Ilmu Pelita Hidup
99 Domain Pendidikan
Peribahasa “ilmu pelita hidup” menekankan kepentingan ilmu pengetahuan kepada
setiap individu agar dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Dalam hal ini, ibu bapa
mempunyai peranan untuk mendidik anak-anak agar mencintai ilmu pengetahuan.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan rasional peribahasa "ilmu pelita hidup" dan peranan
ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang berilmu.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak yang mencintai ilmu
pengetahuan.
Rangka Karangan
Pendahuluan: ilmu perkara yang paling penting dalam menjalani hidup yang sempurna – selain
menjurus kepada pelajaran, ilmu juga berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai
bidang kehidupan – seseorang yang berjaya tidak semestinya berpelajaran tinggi tetapi berilmu untuk
menjalani hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan – ibu bapa perlu menanam semangat cinta
akan ilmu kepada anak-anak
Isi 1: ibu bapa mestilah menjadi suri teladan – contoh terdekat bagi anak-anak – harus menunjukkan
teladan yang baik – antaranya membaca surat khabar setiap hari dan membaca bahan bacaan lain
beberapa kali dalam sebulan – menjadi ikutan anak-anak – bagaimana acuan begitulah kuihnya
Isi 2: ibu bapa tidak lokek mengeluarkan belanja untuk menimba ilmu pengetahuan – misalnya,
membelikan anak-anak buku yang digemari, peralatan muzik, pemainan, atau alat-alat kemahiran
yang lain – mengasah minat dan bakat anak-anak – kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
Isi 3: ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat dan majlis ilmu – menghabiskan masa
lapang dengan membawa anak-anak ke tempat dan majlis yang dapat melonjakkan peningkatan
ilmu anak-anak – antara lokasi tersebut ialah perpustakaan, pameran, karnival, dan ekspo yang
berkaitan dengan pelajaran anak-anak
Isi 4: ibu bapa memberi dorongan dan perangsang kepada anak-anak dalam pembelajaran – menghantar
anak yang meminati bidang tertentu ke institusi pendidikan yang berkaitan – misalnya, memasukkan
anak yang berminat dan berpotensi dalam bidang sukan ke sekolah sukan dan sebagainya – dapat
membina dan mengembangkan bakat anak-anak – belakang parang pun jikalau diasah nescaya
tajam
Isi 5: ibu bapa membelikan anak-anak hadiah yang menggalakkan anak-anak mencintai ilmu –
umpamanya, menghadiahkan buku atau benda yang dapat menggalakkan aktiviti pembelajaran
anak – ketika meraikan majlis hari jadi anak-anak, ketika anak-anak memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran, dan sebagainya – sebagai ganjaran dan dorongan untuk anak-anak
terus melakar kejayaan dan mencintai ilmu
Penutup: ibu bapa mempunyai peluang yang tinggi untuk menggalakkan anak-anak mencintai ilmu –
meskipun kebanyakan ibu bapa kini sibuk dengan tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menanggung
anak-anak, mereka tidak seharusnya mengabaikan peranan untuk mendidik anak-anak agar mencintai ilmu
318
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Karangan Mantap
Bagi setiap individu di atas muka bumi ini, ilmu pengetahuan perkara yang paling penting
dalam menjalani hidup yang sempurna. Ilmu pengetahuan bukan sahaja menjurus kepada
aspek pelajaran, bahkan juga berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai
bidang kehidupan. Individu yang berjaya tidak semestinya berpelajaran tinggi tetapi berilmu
untuk menjalani hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa perlu menanam semangat cinta akan ilmu kepada anak-anak supaya anak-anak terdidik
untuk menimba ilmu bagi mendapatkan kehidupan yang sempurna. Pelbagai kaedah harus
dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mencapai objektif ini.
Pertamanya, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan anak-anak. Sejak kecil, anak-anak
didampingi oleh ibu bapa di rumah, maka sudah pasti sifat dan kelakuan ibu bapa menjadi
contoh terdekat bagi anak-anak. Dalam usaha ibu bapa memupuk semangat cinta akan ilmu
pengetahuan kepada anak-anak, mereka haruslah menunjukkan teladan yang baik supaya
menjadi ikutan cahaya mata mereka. Antaranya ialah ibu bapa membaca surat khabar setiap
hari dan membaca bahan bacaan lain, seperti buku dan majalah beberapa kali dalam sebulan.
Sekiranya perkara ini menjadi amalan ibu bapa, pastilah akan menjadi budaya anak-anak
kelak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Seterusnya, ibu bapa janganlah lokek mengeluarkan belanja untuk anak-anak menimba
ilmu pengetahuan. Wang ringgit dapat dicari, tetapi ilmu pengetahuan yang ditimba oleh
anak-anak tidak dapat dijual beli. Malahan, ilmu yang dimiliki itu dapat melengkapkan
kehidupan anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah sanggup memperuntukkan sebahagian
wang mereka khas untuk pembelajaran anak-anak. Misalnya, ibu bapa membelikan anak-anak
buku yang digemari, peralatan muzik, pemainan, atau alat-alat kemahiran yang lain. Hal
ini sudah tentu dapat mengasah minat dan bakat anak-anak dan sesuai dengan peribahasa,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Peranan ibu bapa yang lain adalah membawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat
dan majlis ilmu. Apabila mempunyai masa terluang, ibu bapa wajar menghabiskan masa
lapang mereka dengan membawa anak-anak ke tempat dan majlis yang dapat melonjakkan
peningkatan ilmu anak-anak. Antara lokasi tersebut ialah perpustakaan, pameran, karnival,
dan ekspo yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak. Misalnya, karnival kerjaya, ekspo
kesihatan, pameran antidadah, dan sebagainya. Dengan usaha tersebut, anak-anak mendapat
pendedahan tentang pelbagai perkara yang berkaitan. Hal ini juga selanjutnya menyemai
kecintaan anak-anak terhadap ilmu pengetahuan.
Di samping itu, ibu bapa seharusnya memberikan dorongan dan perangsang kepada
anak-anak dalam pembelajaran. Mereka digalakkan agar menghantar anak yang meminati
bidang tertentu ke institusi pendidikan yang berkaitan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak
yang berminat dan berpotensi dalam bidang sukan, mereka boleh mendaftarkan anak mereka
319
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
itu ke sekolah sukan, anak yang meminati bidang seni Sudut Kata
dihantar ke sekolah seni, dan sebagainya. Bagai air
mencari jenisnya, kaedah ini dapat mengembangkan • menjurus: tertumpu kepada
• suri teladan: contoh yang baik
bakat dan memberikan kepuasan kepada anak-anak dan patut ditiru
mereka kerana melakukan perkara yang sememangnya • ditimba: diambil / diperoleh
menjadi minat masing-masing. • ekspo: singkatan bagi eksposisi
Akhir sekali, ibu bapa boleh membelikan anak-anak hadiah bagi menggalakkan
anak-anak mencintai ilmu. Sesuai dengan usia dan tahap pemikiran anak-anak yang masih
muda, ibu bapa haruslah mendekati anak-anak dengan cara yang unik. Pemberian hadiah
merupakan perkara yang menguja hati anak-anak. Ketika meraikan majlis hari jadi anak-
anak atau apabila anak-anak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, ibu
bapa digalakkan agar menghadiahkan buku atau benda yang dapat menggalakkan aktiviti
pembelajaran anak sebagai ganjaran dan dorongan untuk anak-anak terus melakar kejayaan
dan mencintai ilmu.
Sesungguhnya, ilmu pelita hidup. Ilmu pengetahuan menjadi pedoman hidup dalam
melayari kehidupan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan
peranan untuk mendidik anak-anak agar mencintai ilmu meskipun kebanyakan ibu bapa kini
sibuk dengan tanggungjawab untuk mencari rezeki. Ilmu pengetahuan menjadi penyuluh
hidup anak-anak pada masa hadapan.
Koridor Peribahasa
• cahaya mata: anak
• bagaimana acuan begitulah kuihnya: anak mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
• kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya: tidak akan tercapai cita-cita jika tidak
berusaha
• bagai air mencari jenisnya: usaha yang tidak kenal penat dan berterusan
• ilmu pelita hidup: ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
MODEL
100 Rumahku, Syurgaku Domain Awam
Slogan “Rumahku, Syurgaku” merupakan suatu usaha kerajaan yang berhasrat untuk
mengembalikan institusi keluarga sebagai tempat untuk membina kebahagiaan dan
memberikan keseronokan kepada anak-anak.
Sumber: Internet
320
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Petikan di atas menyatakan maklumat tentang slogan "Rumahku, Syurgaku" dan
kepentingannya terhadap institusi keluarga.
Pada pendapat anda, mengapakah slogan ini penting dijayakan oleh institusi
keluarga di negara kita?
Rangka Karangan
Pendahuluan: ungkapan yang berbunyi “rumahku, syurgaku” – rumah berfungsi untuk membina
kebahagiaan dan keseronokan kepada anak-anak – realitinya, bilangan rumah yang benar-benar menjadi
syurga kepada anak-anak dapat dibilang dengan jari
Isi 1: ibu bapa semakin sibuk dengan kerjaya – anak-anak dibiarkan tinggal bersama dengan pengasuh
atau dengan pembantu rumah – hubungan antara anak dengan ibu bapa menjadi renggang
Isi 2: “rumahku, syurgaku” penting sebagai asas membina kebahagiaan dalam sesebuah institusi
kekeluargaan – anak-anak daripada keluarga bahagia berpotensi besar untuk mencapai kejayaan
dalam hidup.
Isi 3: slogan “rumahku, syurgaku” penting dijayakan kerana cabaran hidup remaja – berhadapan dengan
tekanan – sifat prihatin dan penyayang ibu bapa dapat memberikan kekuatan kepada remaja untuk
menghadapi cabaran
Isi 4: anak-anak perlu memiliki keterampilan dan ilmu pengetahuan yang luas – ibu bapa merupakan
insan yang terhampir dan berpengaruh untuk menyuntik kesedaran – ibu bapalah yang berjaya
dalam membina kebahagiaan rumah tangga sudah tentu dapat menyedarkan anak-anak tentang
kepentingan pendidikan
Penutup: ibu bapa haruslah mengembalikan institusi keluarga sebagai pembina kebahagiaan dan
keseronokan – dapat melahirkan generasi yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sahsiah
Karangan Mantap
Kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi “rumahku, syurgaku”. Ungkapan ini
bermaksud, rumah bukan sekadar menjadi tempat berlindung daripada panas dan hujan
tetapi lebih penting daripada itu, rumah berfungsi untuk membina kebahagiaan dan
keseronokan bagi anak-anak. Namun demikian, sejak sekian lama ungkapan ini dicanang-
canangkan, ungkapan tersebut sekadar menjadi halwa telinga kerana realitinya bilangan
rumah yang benar-benar menjadi syurga kepada anak-anak dapat dibilang dengan jari.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk melakukan muhasabah diri tentang rumah yang
didiami oleh mereka menjadi syurga bagi anak-anak. Yang lebih penting lagi, ibu bapa
perlu sedar tentang peri mustahaknya mereka merealisasikan slogan ini dalam keluarga
mereka.
Pada masa ini, kita dapat melihat ibu bapa semakin sibuk dengan kerjaya masing-
masing. Natijahnya, anak-anak dibiarkan tinggal bersama dengan pengasuh atau pembantu
rumah. Apabila keadaan ini berlaku, hubungan antara anak dengan ibu bapa menjadi
renggang. Malahan, selepas pulang daripada bekerja dan kepenatan, ibu bapa tidak
321
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
mempunyai masa untuk menyelami perasaan anak-anak. Lebih mendukacitakan apabila
terdapat ibu bapa yang menggunakan ruang masa yang terhad itu untuk mencari salah
anak-anak. Lantaran itu, anak-anak berasa tertekan kerana semua yang dilakukan oleh
mereka dianggap salah oleh kaca mata ibu bapa mereka. Dengan itu, syurga yang
diharapkan tidak kunjung tiba, sebaliknya rumah lebih dianggap sebagai neraka oleh
mereka. Bagi menghilangkan tekanan tersebut, remaja melepak dengan rakan-rakan yang
senasib dengan mereka. Keadaan ini harus dibaiki segera oleh ibu bapa kerana anak-
anak mengharapkan sentuhan, belaian, dan kasih sayang ibu bapa. Seharusnya ibu bapa
memanfaatkan masa yang ada untuk memahami dan berinteraksi dengan anak-anak.
Keadaan ini akan memperkukuh institusi keluarga. Anak-anak harus dididik dengan nilai-
nilai mulia, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, slogan “rumahku, syurgaku” penting sebagai asas membina kebahagiaan
dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kajian mendapati anak-anak yang lahir dan
membesar dalam keluarga bahagia berpotensi besar untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Kejayaan golongan ini penting sebagai aset untuk melonjakkan kemajuan negara dalam
pelbagai bidang. Sebaliknya, anak-anak yang lahir dan membesar dalam keluarga yang
porak-peranda akan mencetuskan pelbagai masalah dalam masyarakat. Golongan inilah
yang menjadi pelumba haram, penjenayah jalanan, dan terlibat dengan penagihan dadah.
Bagi menangani isu gejala sosial yang bagaikan tiada penghujungnya ini, ibu bapa harus
memperkukuh institusi keluarga semula berasaskan slogan, “rumahku, syurgaku”. Dalam
konteks ini, anak-anak harus diberikan perhatian, bimbingan, dan pendidikan agama agar
mereka mempunyai jati diri yang utuh. Keutuhan jati diri menyebabkan mereka tidak
mudah terpengaruh oleh gejala sosial yang dapat membinasakan masa depan mereka.
Dalam hal ini, kesedaran dan pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa menjadi benteng
bagi mengelakkan gejala sosial dalam kalangan anak-anak.
Di samping itu, slogan “rumahku, syurgaku” penting diijayakan kerana cabaran hidup
remaja sekarang semakin besar. Mereka berhadapan dengan tekanan dalam pelajaran,
pergaulan, dan pengaruh Internet yang begitu dahsyat. Ada ketikanya remaja bagaikan
berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup yang amat berat dalam usia yang agak
mentah. Dalam hal ini, sifat prihatin dan penyayang ibu bapa dapat memberikan kekuatan
kepada remaja untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Ibu bapa tidak
harus membiarkan anak-anak bertindak sendirian, apatah lagi membiarkan anak mereka
dipandu dan dibimbing oleh rakan yang tidak menentu kerana hal ini dapat mengundang
padah kepada anak-anak. Remaja yang diberikan kasih sayang dan perhatian oleh ibu
bapa terutama pada ketika mereka menghadapi tekanan atau cabaran akan menjadi
lebih bermotivasi, tenang, dan yakin akan keupayaan mereka. Malahan, apabila mereka
gagal atau jatuh dalam mencapai sesuatu cita-cita, ibu bapa menjadi insan terawal untuk
memberikan inspirasi untuk mereka bangkit dan terus melangkah. Perkara ini hanya dapat
dibentuk menerusi keluarga yang bahagia.
322
Bahasa Melayu SPM Bab 11 Peribahasa / Cogan Kata
Dunia persaingan hari ini menuntut anak-anak memiliki keterampilan dan ilmu
pengetahuan yang luas. Dalam hal ini, ibu bapa merupakan insan yang terhampir dan
berpengaruh untuk menyuntik kesedaran pendidikan dan peningkatan keterampilan
dalam kalangan anak. Ibu bapa yang berjaya untuk membina kebahagiaan rumah tangga
sudah tentu dapat menyedarkan anak-anak tentang kepentingan pendidikan. Apatah
lagi jika ibu bapa menyediakan rumah sebagai institusi pendidikan tidak formal kepada
anak-anak. Anak-anak dididik tentang adab-adab dan ilmu pengetahuan agar mereka
dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Di sesetengah negara maju, peranan guru
mengajar anak-anak di sekolah turut diperkukuh oleh ibu bapa di rumah. Pengukuhan
pelajaran ini hanya dicapai apabila keluarga bahagia berjaya untuk dibina. Apabila hal
ini dilakukan, sudah tentu usaha untuk melahirkan anak-anak yang berketerampilan dan
ilmu pengetahuan yang luas mudah dilakukan.
Kesimpulannya, semua pihak khususnya ibu bapa Sudut Kata
haruslah mengembalikan institusi keluarga sebagai pembina • kaca mata: pandangan
kebahagiaan dan keseronokan kepada anak-anak. Hal ini • padah: keburukan
demikian kerana, kebahagiaan dan keseronokan ini dapat • inspirasi: ilham
melahirkan generasi yang seimbang daripada segi jasmani, • keterampilan: kebolehan
• institusi: badan
emosi, rohani, intelek, dan sahsiah. • intelek: akal budi
Koridor Peribahasa
• melentur buluh biarlah dari rebungnya: mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih kecil
kerana proses pendidikan mudah dilakukan pada ketika itu
323
SUKSES
SUKSES
SUKSES
JC108212
SUKSES MODEL
SUKSES
SUKSES MODEL
MODEL
4 5
KARANGAN SPM
KARANGAN Tingkatan SUKSES MODEL
•
sememangnya buku yang berkualiti dan mantap
untuk pembelajaran yang berkesan bagi membantu
KARANGAN
murid menghadapi Kertas 1 SPM Bahasa Melayu. SUKSES MODEL KARANGAN
Dengan kandungan yang intensif dan efektif, buku KARANGAN
Model Karangan SPM sewajarnya dijadikan buku
pilihan murid untuk meningkatkan pemahaman dan
memperkukuh keyakinan dan seterusnya mencapai
4 5
•
kecemerlangan dalam peperiksaan. SPM Tingkatan
Nawi Ismail KSSM
(Tokoh Guru
SPM
Beli eBook Kebangsaan 2019)
di sini! Nazli Ali Format SPM Baharu
Azahar Bahari Mulai 2021
• Panduan Menulis Karangan dalam SPM
www.PelangiBooks.com
• Koridor Peribahasa
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
PelangiBooks
WM:RM18.95 / EM:RM18.95 • Sudut Kata
• Galeri Ungkapan Menarik
JC108212
ISBN 978-967-2720-02-7 • Model Karangan SPM