The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-02 19:21:33

Supreme Model Karangan SPM Tingkatan 4 & 5

Harga - WM: RM19.95 EM: RM19.95

iii KANDUNGAN Panduan Umum 1 Bahagian A Karangan Respons Terhad 7 1 Karangan Respons Terhad 8 Model 1 Minggu Bahasa Melayu 8 Model 2 Faedah Gotong-royong 11 Model 3 Isu Kutipan dan Pelupusan Sampah 14 Model 4 Bulan Kemerdekaan di Sekolah 16 Model 5 Lindungi Diri daripada COVID-19 18 Model 6 Cara-cara Mengelakkan Penipuan Internet 20 Model 7 Punca-punca Jerebu 22 Model 8 Usaha Memajukan Industri Desa 25 Model 9 Cara-cara Mengisi Masa Lapang 26 Model 10 Obesiti dalam Kalangan Masyarakat 28 Model 11 Rokok Elektronik 31 Model 12 Perkhidmatan Syarikat Bas 34 Model 13 Generasi Berwawasan 36 Model 14 Memajukan Bidang Sukan 38 Model 15 Kecemerlangan Akademik 40 Model 16 Semangat Kejiranan 42 Model 17 Menyayangi Sekolah 44 Model 18 Bersatu Padu 46 Model 19 Wabak Penyakit Berbahaya 48 Model 20 Kenaikan Harga Barang 50 Model 21 Faedah Berekreasi 52 Model 22 Penggunaan Bahasa Melayu 55 Model 23 Kepentingan Industri Pelancongan 57 Model 24 Pembinaan Lebuh Raya 60 Model 25 Tempat Rekreasi 62 Model 26 Penderaan Kanak-kanak 64 Model 27 Penggunaan Telefon Pintar 67 Model 28 Melestarikan Alam Sekitar 68 Model 29 Keistimewaan Malaysia 71 Model 30 Kongsi Gelap 74 Model 31 Program Inap Desa 76 Model 32 Aktiviti Kokurikulum 78 Model 33 Ceramah Motivasi 80 Bahagian B Karangan Respons Terbuka 83 2 Surat Kiriman Rasmi 84 Tip Mengarang 84 Model 34 Kadar Jenayah dan Gejala Sosial 85 Model 35 Perlumbaan Motosikal Haram 88 Model 36 Pengaruh Siaran Televisyen 91 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 95 Tip Mengarang 95 Model 37 Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa 96 Model 38 Balik ke Pangkal Jalan 102 Model 39 Perpaduan 105 Model 40 Kesan-kesan Gejala Rasuah 108 Model 41 Cara-cara Belajar Secara Berkesan 111 Model 42 Kesan-kesan Merokok 114 4 Laporan 118 Tip Mengarang 118 Model 43 Sambutan Hari Raya 119 Model 44 Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 123 Model 45 Lawatan ke Pulau Langkawi 127 Model 46 Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara 130 Model 47 Aktiviti Persatuan Sepanjang Tahun 133 Model 48 Pemanasan Global 136 5 Berita / Rencana 139 Tip Mengarang 139 Model 49 Kesan Penggunaan Laman Sosial 140


iv Model 50 Program Gotong-royong 145 Model 51 Keharmonian dan Kestabilan Negara 149 Model 52 Permasalahan Vandalisme 152 Model 53 Kesan-kesan Program Televisyen Realiti 155 Model 54 Industri Pelancongan Negara 158 Model 55 Aktiviti Bersukan 161 6 Wawancara / Dialog 165 Tip Mengarang 165 Model 56 Ahli Sukan 165 Model 57 Penyakit Kencing Manis 170 Model 58 Murid Cemerlang 175 Model 59 Persiapan Menghadapi Pertandingan Silat Olahraga 178 7 Ucapan / Syarahan / Ceramah 182 Tip Mengarang 182 Model 60 Anugerah Tokoh Guru 183 Model 61 Penyalahgunaan Dadah 188 Model 62 Masyarakat Penyayang 193 Model 63 Majlis Persaraan Pengetua 196 Model 64 Persediaan Remaja dalam Menghadapi Cabaran Hidup 199 Model 65 Kesihatan Asas Kecemerlangan Diri 202 Model 66 Panduan Penggunaan Jalan Raya 205 Model 67 Bidang Teknologi dan Maklumat 208 Model 68 Cabaran-cabaran Remaja Kini 211 8 Fakta 215 Tip Mengarang 215 Model 69 Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa 215 Model 70 Pengaruh Negatif Internet 220 Model 71 Gaya Hidup Sihat 224 Model 72 Ceti Haram 229 Model 73 Faedah Aktiviti Kokurikulum 233 Model 74 Tuan Rumah Kejohanan Sukan Antarabangsa 236 Model 75 Amalan Membaca 239 Model 76 Pencemaran Alam Sekitar 242 Model 77 Manfaat Globalisasi 245 Model 78 Aktiviti Penebangan Hutan 247 Model 79 Faedah Bersukan 250 Model 80 Gaya Hidup Masyarakat 253 Model 81 Perpaduan Kaum 255 Model 82 Dasar 1 Murid 1 Sukan 258 9 Pendapat / Perbincangan / Ulasan 261 Tip Mengarang 261 Model 83 Kemalangan Jalan Raya 262 Model 84 Implikasi Pembacaan Bahan Picisan 266 Model 85 Kesan Penggunaan Robot 270 Model 86 Perubatan Tradisional 273 Model 87 Punca-punca Obesiti 275 Model 88 Aktif dalam Kokurikulum 278 Model 89 Tahap Keselamatan Negara 281 10 Perbahasan 284 Tip Mengarang 284 Model 90 Kebaikan Internet 284 Model 91 Pelancongan Lebih Penting daripada Pertanian 289 Model 92 Penduduk yang Berlebihan 295 Model 93 Jenayah dalam Kalangan Remaja 297 Model 94 Pencemaran Udara 300 11 Peribahasa / Cogan Kata 303 Tip Mengarang 303 Model 95 Berfikir Sebelum Berkata, Berunding Sebelum Dibuat 303 Model 96 Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya 307 Model 97 Sebab Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga 312 Model 98 Rezeki Kalau Secupak Takkan Jadi Segantang 315 Model 99 Ilmu Pelita Hidup 318 Model 100 Rumahku, Syurgaku 320 Galeri Ungkapan Menarik 324


1 PANDUAN UMUM Bahagian A Karangan Respons Terhad Panduan Menulis Karangan Respons Terhad 1. Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang dikemukakan antaranya ialah: (a) gambar foto (e) iklan (b) gambar (f) petikan (c) gambar rajah (g) e-mel (d) ilustrasi kartun (h) jadual Kertas 1103/1 Format Kertas 1103/1 Bahasa Melayu SPM


Bahasa Melayu SPM Panduan Umum 2 2. Anda dikehendaki meneliti kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang diberikan dan menulis karangan berdasarkan tugasan soalan, contohnya menulis surat rasmi, memberikan pendapat, menulis e-mel, menulis resume, menulis laporan, menulis rencana, dan lain-lain. 3. Panjang karangan anda itu hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 4. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi karangan ini. 5. Teliti setiap bahan rangsangan yang diberikan. Setiap bahan rangsangan mengandungi atau memperlihatkan perkara dan skop yang berbeza tetapi berdasarkan isu yang sama. Pastikan setiap perkara daripada setiap bahan rangsangan tersebut dinyatakan dalam karangan yang ditulis. 6. Bagi karangan ini, anda dicadangkan menulis pendahuluan, tiga isi, dan kesimpulan dengan setiap satunya dalam satu perenggan. 5 perenggan kesemuanya. 7. Pendahuluan dan penutup atau kesimpulan karangan cukup sekadar 15 hingga 20 patah perkataan yang ditulis dalam dua atau tiga ayat. 8. Setiap isi dihuraikan sekadar 35 hingga 45 patah perkataan tetapi huraian isi haruslah diolah dengan baik. 9. Rangkai kata yang menarik dan peribahasa atau cogan kata yang berkaitan hendaklah dimasukkan dalam karangan ini untuk memperoleh markah yang maksimum. 10. Setelah selesai menulis karangan, anda hendaklah membuat semakan tentang aspek bahasa, terutama ayat, imbuhan, ejaan, dan tanda baca. Jika ada kesalahan, potong kesalahan itu dengan satu garisan lurus dan tulis pembetulan di atas garisan lurus itu dengan telitinya. 11. Cadangan bilangan perkataan bagi setiap perenggan adalah seperti yang berikut: Pendahuluan 25 patah perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 50 patah perkataan 50 patah perkataan 50 patah perkataan Penutup 25 patah perkataan Jumlah 200 patah perkataan 12. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan bahagian ini ialah 30 minit, seperti yang berikut: Memahami soalan dan menulis rangka karangan 5 minit Menulis karangan 20 minit Menyemak karangan 5 minit Jumlah 30 minit


Bahasa Melayu SPM Panduan Umum 3 Bahagian B Karangan Respons Terbuka Panduan Menulis Karangan Respons Terbuka 1. Dalam Bahagian B dikemukakan 4 soalan mencakupi semua standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM. Anda dikehendaki untuk menjawab satu soalan sahaja. 2. Setiap soalan diberikan pernyataan dan arahan soalan berdasarkan domaindomain tertentu, seperti domain awam, domain peribadi, domain kerjaya, dan domain pendidikan. Murid harus memilih satu pernyataan berdasarkan domain tersebut dan menulis karangan berpandukan arahan soalan. 3. Untuk Bahagian B, markah yang diperuntukkan ialah 70 markah. 4. Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. 5. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 1 jam 30 minit. 6. Pada umumnya, terdapat dua bentuk karangan respons terbuka, iaitu: Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat • Surat kiriman rasmi • Surat kiriman tidak rasmi • Laporan • Wawancara / Dialog • Berita / Rencana • Perbahasan (Pertandingan) • Syarahan / Ceramah / Pidato / Ucapan • Pendapat / Perbincangan / Ulasan • Fakta • Peribahasa / Cogan kata • Perbahasan (Bukan pertandingan) 7. Setiap jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat mempunyai format yang berbeza-beza yang harus anda patuhi. Kegagalan anda menulis karangan berdasarkan format boleh menyebabkan markah anda dipotong. 8. Bentuk karangan tidak berformat pula ialah karangan yang tidak mempunyai format tertentu yang harus anda patuhi. Namun begitu, karangan yang ditulis haruslah mempunyai perenggan pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. Ketiga-tiga komponen ini haruslah mempunyai kesinambungan dari segi idea dan isi yang dikemukakan.


Bahasa Melayu SPM Panduan Umum 4 Panduan Memulakan Karangan Memilih Tajuk 1. Anda hendaklah memilih domain dan soalan yang bersesuaian dengan pengetahuan, pemahaman, dan keupayaan anda untuk menulis karangan itu dengan padat, tepat, dan bernas. 2. Selain itu, anda juga haruslah benar-benar memahami kehendak soalan sebelum membuat keputusan memilih sesuatu tajuk atau soalan. 3. Bagi menepati kehendak soalan, anda perlu membuat analisis soalan. Perhatikan contoh dan analisis soalan yang berikut: Contoh Soalan: Domain Awam Ketika ini jumlah warga asing di Malaysia melebihi jumlah keseluruhan penduduk Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis. Faktor ekonomi, peluang pekerjaan, globalisasi, dasar kerajaan, dan pelbagai gambaran kemewahan hidup di Malaysia menjadi magnet kehadiran warga asing. Sedikit demi sedikit negara dijajah dan dijarah dari segi budaya, ekonomi, serta corak hidup sosial. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada myMetro, 7 April 2022 Pada pendapat anda, selain kesan buruk yang dinyatakan dalam petikan di atas, apakah keburukan lain yang disebabkan oleh pendatang asing di negara kita? Analisis Soalan Memberikan pendapat tentang keburukan lain yang disebabkan oleh pendatang asing di negara kita selain kesan buruk yang dinyatakan dalam petikan yang diberikan. 4. Elakkan soalan-soalan yang anda tidak pasti tentang formatnya, kurang arif akan isi dan laras bahasanya, serta kurang yakin akan gaya penyampaiannya. Menyediakan Rangka Karangan 1. Tiga komponen penting dalam rangka karangan ialah pendahuluan, isi-isi, dan penutup. 2. Anda perlu menulis lima hingga enam isi dalam setiap karangan, tidak termasuk satu perenggan pendahuluan dan satu perenggan lain bagi penutup. 3. Isi yang ditulis hendaklah disusun mengikut keutamaannya, iaitu isi yang penting hendaklah didahulukan.


Bahasa Melayu SPM Panduan Umum 5 Menulis Pendahuluan 1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan lazimnya pendahuluan tidak perlu panjang, memadailah empat hingga enam ayat sahaja. Walau bagaimanapun, setiap pendahuluan harus mengandungi tiga komponen utama, iaitu huraian yang jelas tentang tajuk, mengemukakan isu utama, dan membuat penjelasan. 2. Pendahuluan yang baik ialah pendahuluan yang dapat menarik perhatian pembaca atau pemeriksa untuk terus membaca keseluruhan karangan. 3. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik ketika menulis pendahuluan, antaranya (a) teknik definisi (b) teknik latar belakang (c) teknik gambaran (d) teknik rujukan sumber (e) teknik perihalan peristiwa Menulis Isi Karangan 1. Anda dicadangkan menulis lima atau enam isi. Setiap isi ini hendaklah dikembangkan dalam perenggan-perenggan isi. Setiap perenggan harus mengandungi satu isi penting sahaja. 2. Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai: (a) huraian lanjut yang mungkin berupa ulasan, maklumat tambahan, dan sokongan bagi menjelaskan isi penting tadi (b) contoh sebagai bukti konkrit untuk memperkukuh isi penting dan huraian isi karangan anda 3. Lihat contoh kaedah menulis perenggan isi: Isi Huraian Apa Bagaimana Mengapa Lanjutannya Nyatakan isi yang tepat. Contohnya: Kempen ............... Jelaskan nama kempen dan cara kempen dijalankan. Jelaskan tujuan kempen tersebut diadakan. Nyatakan kesan / harapan daripada kempen tersebut. Menulis Perenggan Penutup 1. Perenggan penutup berisi kesimpulan atau rumusan tentang isi-isi yang telah dibincangkan, di samping pendirian anda berhubung dengan soalan atau tajuk karangan. 2. Kesimpulan dalam perenggan penutup mestilah bersifat umum tetapi padat.


Bahasa Melayu SPM Panduan Umum 6 3. Perenggan penutup hendaklah ditulis dalam satu perenggan dan panjangnya hendaklah lebih kurang sama panjang dengan perenggan pendahuluan. 4. Jangan masukkan isi baharu dalam perenggan penutup. Gaya Bahasa 1. Aspek-aspek bahasa yang dinilai termasuklah: (a) aspek tatabahasa yang meliputi aspek ayat dan kata (b) ejaan yang berdasarkan Sistem Ejaan Baharu (c) tanda baca seperti koma, titik, sempang, dan lain-lain (d) pemilihan kata yang tepat 2. Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan hendaklah bersesuaian dengan jenis karangan yang dipilih. Umpamanya, suatu karangan berunsurkan sains semestinya menggunakan laras bahasa sains. 3. Penggunaan penanda wacana yang baik akan menjadikan pengaliran idea lebih jelas dan mudah difahami. Lihat contoh penanda wacana di bawah ini sebagai panduan. selain itu secara umumnya begitu juga antaranya walau bagaimanapun dari aspek yang lain pula tambahan pula di samping itu namun begitu sebaliknya oleh itu seperkara lagi tegasnya kesimpulannya sesungguhnya Menyemak Karangan 1. Anda haruslah menyemak karangan anda terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada pemeriksa. 2. Ketika menyemak karangan, anda harus memastikan idea-idea atau isi-isi utama tidak tertinggal. Tambahkan contoh sekiranya isi utama tidak disertakan contoh. 3. Selain itu, semaklah aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, tanda baca, dan struktur ayat. Pemarkahan 1. Setiap kesalahan ejaan ditolak —1 2 markah. 2. Kesilapan format juga ditolak markah.


Bahagian A Karangan Respons Terhad


8 1 Karangan Respons Terhad Model 1 Minggu Bahasa Melayu Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan Minggu Bahasa Melayu yang diadakan di sebuah sekolah menengah. Berdasarkan maklumat tersebut, anda telah diminta menulis sebuah laporan tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Panjangnya laporan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Minggu Bahasa Melayu Anjuran PANITIA BAHASA MELAYU Objektif: Menimbulkan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN Tema: Pendidikan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 9 1 Menganalisis Soalan Murid hendaklah menganalisis soalan dengan mengenal pasti kehendak soalan. Kehendak soalan: Menulis sebuah laporan tentang tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program Minggu Bahasa Melayu berlangsung di sekolahnya. Tema: Pendidikan Kata kunci: Aktiviti-aktiviti yang diadakan 2 Menulis Pendahuluan tajuk laporan – latar belakang program Laporan Program Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ilham Bestari Pada 22 Julai 20XX hingga 30 Julai 20XX, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ilham Bestari telah mengadakan Program Minggu Bahasa Melayu. Tema program Minggu Bahasa Melayu tahun ini ialah ‘Mendaulatkan Bahasa Kita’. 3 Menulis Perenggan Isi 1 Ayat Topik Program dimulakan dengan pelancaran program Minggu Bahasa Melayu oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mazlan bin Jamuri. Ayat Huraian Dalam ucapannya, beliau berharap agar murid-murid mendaulatkan bahasa Melayu selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Ayat Penyimpul Sebagai rakyat, kita haruslah menumpahkan taat setia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 4 Menulis Perenggan Isi 2 Ayat Topik Program ini diserikan dengan majlis perbahasan ala parlimen yang melibatkan murid tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Ayat Huraian Sebanyak lapan buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. Ayat Penyimpul Juara pertandingan ini ialah murid Tingkatan 5 Tekun. 5 Menulis Perenggan Isi 3 Ayat Topik Aktiviti yang paling menarik ialah persembahan teater yang bertajuk ‘Datuk Bahaman Wira Semantan’. Ayat Huraian Teater ini memaparkan perjuangan tokoh pahlawan Melayu, iaitu Datuk Bahaman dalam menghadapi penjajahan British.


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 10 Ayat Penyimpul Keindahan bahasa dan lontaran intonasi yang cukup bertenaga telah menyebabkan para penonton teater begitu teruja menyaksikan teater ini sehingga tamat. 6 Menulis Perenggan Penutup Ayat Topik Program Minggu Bahasa Melayu ini telah mencapai objektifnya dalam usaha menimbulkan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Ayat Huraian Kami berharap agar program ini dapat diadakan pada tahun hadapan dengan lebih meriah lagi. Ayat Penyimpul pengakuan penulis – tandatangan penulis – tarikh Model Karangan Mantap Laporan Minggu Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ilham Bestari Pada 22 Julai 20XX hingga 30 Julai 20XX, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ilham Bestari telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu. Tema program Minggu Bahasa Melayu tahun ini ialah ‘Mendaulatkan Bahasa Kita’. Program dimulakan dengan pelancaran program Minggu Bahasa Melayu oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mazlan bin Jamuri. Dalam ucapannya, beliau berharap agar murid-murid mendaulatkan bahasa Melayu selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Sebagai rakyat, kita haruslah menumpahkan taat setia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Program ini diserikan dengan majlis perbahasan ala parlimen yang melibatkan murid tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Sebanyak lapan buah pasukan telah menyertai pertandingan ini. Juara pertandingan ini ialah murid Tingkatan 5 Tekun. Aktiviti yang paling menarik ialah persembahan teater yang bertajuk ‘Datuk Bahaman Wira Semantan’. Teater ini memaparkan perjuangan tokoh pahlawan Melayu, iaitu Datuk Bahaman dalam menghadapi penjajahan British. Keindahan bahasa dan lontaran intonasi yang cukup bertenaga telah menyebabkan para penonton teater begitu teruja menyaksikan teater ini sehingga tamat. Program Minggu Bahasa Melayu ini telah mencapai objektifnya dalam usaha menimbulkan rasa cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Kami berharap agar program ini dapat diadakan pada tahun hadapan dengan lebih meriah lagi. Sekian, terima kasih. Sudut Kata • mendaulatkan: menjadikan sesuatu berwibawa • teater: seni pentas • intonasi: tinggi rendah nada suara sewaktu bercakap


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 11 Laporan disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 20XX. Ain Najwa …………………………………….. (AIN NAJWA BINTI ZAKARIA) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Ilham Bestari. Koridor Peribahasa • di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung: mematuhi peraturan dan sebagainya tempat yang didiami Model 2 Faedah Gotong-royong Grafik dan petikan di bawah berkaitan dengan amalan gotong-royong. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang faedah gotong-royong. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Mengganti terung dengan kuini, Lain dimamah lain dirasa; Bergotong-royong amalan murni, Jadikan budaya setiap masa. Biji getah di dalam peti, Simpan bersama jarum dan benang; Jika kita bersatu hati, Segala kerja menjadi senang. Dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia, aktiviti gotong-royong mampu mewujudkan persefahaman antara kaum melalui semangat bantumembantu dan bekerjasama. Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama. Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 4 Januari 2021 Gotong-royong hidupkan semangat kejiranan November Tema: Perpaduan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 12 1 Menganalisis Soalan Murid hendaklah menganalisis soalan dengan mengenal pasti kehendak soalan. Kehendak soalan: Menulis pendapat tentang tentang faedah gotong-royong Tema: Bersatu Kita Teguh Kata kunci: Faedah gotong-royong 2 Menulis Pendahuluan Budaya gotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, aktiviti gotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan. 3 Menulis Perenggan Isi 1 Ayat Topik Aktiviti gotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Ayat Huraian Pembahagian tugas menyebabkan masyarakat dapat menjalinkan kemesraan. Ayat Contoh Antara tugas tersebut seperti membersihkan kawasan setempat, menyediakan hidangan kenduri, dan sebagainya. Ayat Penyimpul Masyarakat dapat meningkatkan hubungan sesama jiran, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 4 Menulis Perenggan Isi 2 Ayat Topik Amalan gotong-royong dapat menjimatkan masa dan tenaga. Ayat Huraian Kerja yang dilakukan secara beramai-ramai mengambil masa yang lebih singkat. Ayat Contoh Sebagai contohnya, masyarakat membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Ayat Penyimpul Penjimatan masa dan tenaga menguntungkan semua pihak yang terlibat. 5 Menulis Perenggan Isi 3 Ayat Topik Aktiviti gotong-royong juga berperanan sebagai agen perpaduan. Ayat Huraian Kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Ayat Penyimpul Apabila kita berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum lain kerana masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 13 6 Menulis Perenggan Penutup Ayat Topik Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Ayat Penyimpul Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu muafakat membawa berkat. Model Karangan Mantap Budaya gotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, aktiviti gotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan. Melalui aktiviti gotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Pembahagian tugas yang dilakukan semasa aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan setempat, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya menyebabkan masyarakat dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan secara beramai-ramai mengambil masa yang lebih singkat. Sebagai contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan balai raya atau sekolah cepat siap. Secara tidak langsung, kita dapat menjimatkan masa dan tenaga. Aktiviti gotong-royong juga berperanan sebagai agen perpaduan. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila kita berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum lain kerana masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu muafakat membawa berkat. Koridor Peribahasa • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing: susah senang sama-sama menanggung • seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing: tiada kata sepakat dalam sesuatu perbincangan • masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak: menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan • muafakat membawa berkat: sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama akan mendatangkan hasil yang baik Sudut Kata • ikhlas: rela • kebendaan: yang bersifat mementingkan harta benda • singkat: pendek • berinteraksi: berhubungan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 14 Model 3 Isu Kutipan dan Pelupusan Sampah Grafik di bawah menunjukkan isu kutipan dan pelupusan sampah yang dihadapi oleh penduduk di sebuah taman perumahan. Sampah yang tidak dikutip mengikut jadual telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Sebagai setiausaha persatuan penduduk di taman perumahan tersebut, anda telah diminta menulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah-masalah tersebut. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 1 Kompleks Majlis Daerah Kampar, Pekan Mambang Diawan Setiap hari sekali Bil Nama Kawasan (Kampar - Tronoh Mines) Jadual Kutipan Isnin, Rabu, Jumaat Selesa, Khamis, Sabtu Persiaran Jalan Iskandar, Kelab Kampar, Flat Taman Pelangi Taman Kampar Jaya, Taman Mutiara Taman Golden Dragon, Golden Dragon Villa Taman Melayu Jaya, RPT Batu Putih, RPT Batu Muhibah Taman Stesyen, Taman Sri Intan, New Wah Loong Taman Merdeka, Taman Damai, Taman Permai, Taman Diawan Kampung Baru Mambang Diawan, Tropika Diawan 2 3 4 5 6 7 8 NAMA SYARIKAT: MESRA ALAM SDN.BHD NO TELEFON: 011 - 1234 5678 MASA KUTIPAN: 6.00 PAGI - 5.00 PETANG JADUAL KUTIPAN DAN PELUPUSAN SAMPAH KACA KERTAS E-WASTE PLASTIK SAMPAH Rangka Karangan Pendahuluan: nama dan alamat penulis – nama dan alamat penerima – tajuk surat Isi 1: sampah di dalam tong di luar rumah tidak dikutip mengikut waktu dan tarikh yang ditetapkan – menimbulkan banyak masalah kepada penduduk Isi 2: kawasan kediaman menjadi kotor – berbau busuk – menjejaskan kesejahteraan penduduk Isi 3: mencadangkan cara penyelesaian – tindakan tegas kepada kontraktor Penutup: berharap agar masalah ini dapat diatasi dengan segera Tema: Kesihatan dan Kebersihan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 15 Model Karangan Mantap 265, Taman Sri Kasih, Mambang Diawan, 36700 Kampar, Perak. __________________________________________________________________________ Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kampar, Jalan Ding Choo, 36700 Kampar, Perak. 28 FEBRUARI 20XX. Tuan, Aduan tentang Kutipan dan Pelupusan Sampah Merujuk perkara di atas, saya selaku setiuasaha Persatuan Penduduk Taman Sri Kasih ingin menyuarakan masalah kami, iaitu sampah di tempat kami tidak dikutip mengikut jadual. Sampah seharusnya dikutip tiga kali seminggu tetapi ada ketikanya sampah tidak dikutip selama dua minggu. 2. Apabila sampah tidak dikutip, sampah berlonggok di hadapan rumah. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif. Tambahan pula, kawasan perumahan kami padat dengan penduduk. 3. Kesan negatif yang paling ketara ialah bau busuk. Hal ini sudah tentu menjejaskan kesejahteraan penduduk. Selain itu, haiwan seperti tikus, anjing, dan serangga seperti lalat, semut, dan lain-lain mengerumuni sampah tersebut. Akibatnya, sampah tersebut bertebaran di sana sini. 4. Kami berharap agar pihak tuan mengupah kontraktor lain untuk mengangkut sampah di kawasan kami. Kami yang membayar cukai pintu seharusnya mendapat perkhidmatan terbaik daripada pihak tuan demi menjamin keselesaan kami. Malahan, hal ini penting demi memastikan kesejahteraan penduduk terjamin. 5. Keprihatinan tuan terhadap masalah yang kami tanggung ini sangat kami harapkan. Segala kerjasama tuan dalam menyelesaikan masalah ini amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Badrul Nizam ……………………………………….. (BADRUL NIZAM BIN SHAARI) Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Kasih, Sudut Kata • menyuarakan: mengatakan; mengucapkan • mengerumuni: mengelilingi seseorang atau sesuatu • bertebaran: bertaburan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 16 Taman Sri Kasih, Kampar, Perak. Segmen Info Cukai pintu merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada penduduk sesebuah kawasan perbandaran. PBT akan menggunakan hasil pungutan cukai pintu ini bagi membiayai kos penyelengaraan bandar, seperti: (a) kos mengangkut sampah (b) kos membersihkan longkang (c) kos mengindahkan landskap (d) kos membayar bil lampu jalan (e) kos menyelenggara lampu-lampu isyarat, dan sebagainya. Model 4 Bulan Kemerdekaan di Sekolah Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan dengan program Bulan Kemerdekaan yang diadakan di sebuah sekolah menengah. Berdasarkan maklumat tersebut, anda sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah telah diminta untuk mewawancara guru sekolah anda yang menjadi pengerusi jawatankuasa program sambutan tersebut. Anda ingin mengetahui informasi penting mengenai program tersebut. Panjangnya wawancara anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan ● PERTANDINGAN RAKAMAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK ● PERTANDINGAN GUBAHAN MAKANAN ETNIK ● PERTANDINGANAN KAD DIGITAL HARI MERDEKA ● PERTANDINGAN MELUKIS BENDERA MALAYSIA ● PERTANDINGAN POSTER RUKUN NEGARA ● PERTANDINGAN BUSANA MERDEKA ● PERTANDINGAN KUIZ MERDEKA ● PENGISIAN KEMERDEKAAN Tarikh: 1 - 9 -202X Masa: 8.30 pagi Hari: Khamis Bulan 1 SEPTEMBER HINGGA 30 SEPTEMBER 202X ANJURAN: UNIT HAL EHWAL MURID KEMERDEKAAN 202X Tema: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan


Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 17 Model Karangan Mantap Hafizuddin: Selamat pagi, cikgu. Terima kasih kerana sudi diwawancara. Saya berharap agar wawancara ini dapat memberikan gambaran tentang sambutan Bulan Kemerdekaan sekolah kita. Cikgu Aini: Selamat pagi. Sama-sama. Saya akan menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan program Bulan Kemerdekaan agar semua murid memberi komitmen. Hafizuddin: Pertama sekali, mengapakah pihak sekolah kita begitu serius menjayakan program ini? Adakah kita tidak mahu menjadi seperti sesetengah pihak yang hanya menjalankannya bagaikan melepaskan batuk di tangga? Cikgu Aini: Pihak sekolah ingin menjayakan program ini secara serius kerana tahap patriotisme dalam kalangan remaja semakin menipis. Buktinya, semasa nyanyian lagu ‘Negaraku’, kebanyakan murid menyanyikannya dengan tidak bersemangat. Hafizuddin: Selama sebulan program ini dianjurkan, pihak sekolah telah mengatur banyak aktiviti yang bermanfaat. Bagaimanakah cikgu dapat memastikan semua aktiviti tersebut mencapai objektifnya? Cikgu Aini: Kita telah menubuhkan jawatankuasa induk bagi program ini. Jawatankuasa induk berperanan untuk memastikan semua murid terlibat dengan program yang akan kita jayakan. Murid-murid dilibatkan dalam aktiviti susulan seperti melukis, membaca puisi, dan menghasilkan poster. Hafizuddin: Apakah harapan cikgu terhadap kejayaan program ini? Cikgu Aini: Saya berharap agar semua pihak memberikan sokongan supaya program ini berjaya. Hafizuddin: Terima kasih, cikgu. Koridor Peribahasa • bagai melepaskan batuk di tangga: melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh Rangka Karangan Pendahuluan: memberi salam – mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara Isi 1: faktor pihak sekolah menjayakan program ini secara serius – patriotisme murid-murid semakin kurang Isi 2: penubuhan jawatankuasa induk – bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat Isi 3: aktiviti yang diadakan sepanjang bulan program – melibatkan murid dan ibu bapa murid Penutup: berharap agar matlamat program akan dapat dicapai – meningkatkan patriotisme murid Sudut Kata • komitmen: memberikan sepenuh tenaga dan perhatian kepada sesuatu • induk: yang besar; terutama


95 123 123 123 A B C D , E F   1444442444443 A Alamat pengirim – ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat B Tarikh – ditulis di bawah alamat pengirim dan dibubuh tanda noktah selepas tahun (diselang sebaris dari alamat terakhir pengirim) Tip Mengarang 1. Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang ditulis kepada seseorang, misalnya anggota keluarga (ibu bapa, adik, abang, atau kakak), saudaramara (bapa atau ibu saudara, sepupu, dan sebagainya) atau sahabat handai. 2. Kandungan surat ini bersifat peribadi, misalnya: (a) meminta nasihat tentang sesuatu masalah daripada seseorang (b) meminta wang daripada keluarga untuk sesuatu tujuan (c) menceritakan keadaan atau peristiwa yang berlaku kepada seseorang (d) balasan surat kepada rakan atas sesuatu perkara (e) menyampaikan ucapan tahniah / takziah kepada seseorang (f) mengundang seseorang bersempena dengan sesuatu majlis 3. Penulisan surat kiriman tidak rasmi haruslah menggunakan bahasa yang baku, tepat, dan mudah agar pembaca senang memahaminya. 4. Bahasa kiasan atau peribahasa boleh digunakan bagi menjadikan karangan surat itu menarik. 5. Gunakan tanda baca yang betul dan tepat. 6. Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti yang berikut: 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 96 F Penutup – biasanya merupakan ucapan penghargaan terima kasih G Pengakuan pengirim – ditulis di bahagian bawah sebelah kanan surat selepas diselang satu atau dua baris dari penutup (biasanya merupakan rangkai kata Yang benar, Yang ikhlas, Sahabatmu, Adindamu, atau sebagainya) H Tandatangan – diturunkan di bawah pengakuan pengirim C Pembuka kata – ditulis ke dalam sedikit selepas diselang satu atau dua baris dari tarikh D Kata ganti diri penerima – ditulis di bawah pembuka kata di sebelah kiri surat (contohnya Saudara, Saudari, Nenda, Bonda, Ayahanda, Kakanda, dan sebagainya) E Isi – setiap isi ditulis dalam satu perenggan tanpa dibubuh nombor dan sejajar dengan pembuka kata Model 37 Kepentingan Menguasai Pelbagai Bahasa Bahasa bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap hari manusia menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kita gunakan di negara kita. Walaupun begitu, kini kerajaan negara kita menggalakkan warganya untuk menguasai bahasa asing atas beberapa asbab. Tidak dinafikan marcapada ini semua sekolah dan institusi di Malaysia melatih murid-muridnya untuk menguasai bahasa asing. Tindakan ini bukanlah dianggap seperti mencurah garam ke laut kerana tindakan ini amatlah penting kerana mendatangkan banyak faedah dan manfaat kepada mereka yang menguasai bahasa asing. Sumber: Internet Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan kepentingan menguasai pelbagia bahasa, termasuk murid-murid. Andaikan bahawa anda yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara ingin memberikan nasihat kepada adik anda yang masih belajar supaya berusaha untuk mempelajari pelbagai bahasa melalui sepucuk surat. Tulis surat itu sepenuhnya. Pendahuluan Tema / Isu • menasihati adik supaya berusaha untuk mempelajari pelbagai bahasa Huraian • menasihati adik supaya belajar dengan tekun • pelajaran merupakan cahaya hidup untuk masa depan Tema: Bahasa dan Kesusasteraan Domain Peribadi


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 97 Fokus / Tugasan • kepentingan menguasai pelbagai bahasa Perenggan Isi 1 Apa • memberikan penjelasan tentang perlunya kita menguasai pelbagai bahasa Mengapa • menjejakkan kaki di universiti • berasa begitu terasing kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris Bagaimana • mengelakkan diri daripada bercampur dengan murid lain yang kebanyakannya mahir berbahasa Inggeris • dinasihati oleh rakan-rakan agar mencuba untuk menggunakan bahasa Inggeris Contoh • pada mulanya kurang lancar • setelah beberapa bulan, sudah tidak kekok lagi untuk berbicara dalam bahasa Inggeris Penegasan • perlunya kita menguasai lebih daripada satu bahasa • memudahkan kita melaksanakan urusan harian, terutama apabila berada di tempat orang Perenggan Isi 2 Apa • membolehkan kita meneroka pelbagai maklumat dalam berbagai-bagai bidang • mempunyai maklumat yang terhad berbanding dengan orang lain yang mengetahui lebih daripada satu bahasa Mengapa • dapat mengumpulkan maklumat yang tertulis dalam semua bahasa yang dikuasainya Bagaimana • maklumat bukan sahaja terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa-bahasa lain di dunia Contoh • bahasa Jepun, Perancis, Arab, dan lain-lain • terkandung dalam buku, jurnal, akhbar, dan melalui Internet Penegasan • mengetahui pelbagai bahasa, sudah tentu lebih banyak maklumat dapat diterokai Perenggan Isi 3 Apa • peluang untuk memenangi persaingan merebut peluang pekerjaan adalah lebih cerah


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 98 Mengapa • jawatan-jawatan tertentu yang melibatkan hubungan antarabangsa • mengutamakan calon yang berkeupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa Bagaimana • berpeluang untuk merebut sesuatu jawatan atau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional di luar negara Contoh • jawatan-jawatan tertentu seperti jurubahasa dan penterjemah Penegasan • memanfaatkan peluang yang ada • menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa lain Perenggan Isi 4 Apa • kebudayaan, adat resam, dan sensitiviti sesuatu kaum dapat kita pelajari dan fahami dengan lebih mendalam Mengapa • perasaan kekitaan akan lebih mudah terjalin Bagaimana • dapat bertindak dengan segera sekiranya pihak lain cuba berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap kita Contoh • bahasa Cina, Tamil, Iban, Kadazan, dan lain-lain Penegasan • tidak rugi menguasai berbagai-bagai bahasa • banyak faedah yang bakal kita nikmati Perenggan Isi 5 Apa • sukar untuk kita menguasai kesemua bahasa • tidak harus mencari alasan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris Mengapa • bahasa Inggeris dijadikan salah satu mata pelajaran penting • diajarkan di sekolah di negara kita Bagaimana • ketepikan perasaan malu Contoh • berbicara dalam bahasa Inggeris dengan rakan-rakan • rajin membaca buku-buku cerita dan akhbar berbahasa Inggeris untuk menambahkan kosa kata Penegasan • hindari sifat malu yang tidak bertempat • jadikan membaca sebagai amalan • tidak mustahil dapat menguasai bahasa tersebut


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 99 Penutup Rumusan • pada era globalisasi kini, mereka yang berilmu akan berjaya • banyak ilmu terdapat dalam berbagai-bagai sumber yang ditulis dalam pelbagai bahasa Huraian • penguasaan pelbagai bahasa amat penting untuk kita menerokai ilmu pengetahuan • mampu untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan pada masa akan datang Unsur KBAT • segala pesanan dapat membuka mata • bersedia untuk membantu adik demi menjayakan cita-cita • teruskanlah kecemerlangan dalam pelajaran • jangan lupa akan kewajipan kita terhadap ibu bapa, agama, bangsa, dan negara Model Karangan Mantap 440, William Street, Northbridge, West Australia. 10 Februari 20XX. Menemui Adinda Suzana, yang kini berada di Jalan Alor Akar, Kuantan, Pahang, dengan selamatnya. Adindaku yang dikasihi, Terlebih dahulu kakanda memohon maaf kepada adinda dan keluarga kerana agak lama tidak mengirimkan berita. Apa khabar adinda dan keluarga sekarang? Kakanda di sini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Kakanda berharap agar adinda dan keluarga begitu juga. Untuk pengetahuan adinda dan keluarga, keadaan di sini agak sejuk berbanding dengan tempat kita di Malaysia. Bagaimanakah dengan pelajaran adinda? Kakanda berharap agar adinda belajarlah dengan lebih tekun kerana pelajaran merupakan cahaya hidup untuk masa depan kita. Adinda harus insaf bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Tujuan kakanda menulis surat ini adalah untuk memberikan penjelasan tentang perlunya kita menguasai pelbagai bahasa. Apabila kakanda mula menjejakkan kaki di universiti ini, kakanda berasa begitu terasing kerana kakanda tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kakanda mencuba untuk mengelakkan diri daripada


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 100 bercampur dengan pelajar-pelajar lain yang kebanyakannya mahir berbahasa Inggeris. Namun begitu, kakanda dinasihati oleh rakan-rakan agar mencuba untuk bertutur dalam bahasa Inggeris apabila berbual dengan mereka. Walaupun pada mulanya kurang lancar, tetapi setelah beberapa bulan di sini, kakanda tidak kekok lagi untuk berbicara dalam bahasa antarabangsa itu. Benarlah kata orang, alah bisa, tegal biasa. Perkara yang ingin kanda nyatakan di sini ialah betapa perlunya kita menguasai lebih daripada satu bahasa untuk memudahkan kita melaksanakan urusan harian, terutama apabila berada di tempat orang. Untuk pengetahuan adinda, penguasaan lebih daripada satu bahasa juga penting untuk membolehkan kita meneroka pelbagai maklumat dalam berbagai-bagai bidang. Seseorang yang hanya mengetahui satu bahasa, sudah tentu mempunyai maklumat yang terhad berbanding dengan orang lain yang mengetahui lebih daripada satu bahasa. Hal ini demikian kerana dengan menguasai pelbagai bahasa, seseorang itu akan dapat mengumpulkan maklumat yang tertulis dalam semua bahasa yang dikuasainya. Pada hari ini, maklumat bukan sahaja terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa-bahasa lain di dunia, termasuklah bahasa Jepun, Perancis, Arab, dan lain-lain. Maklumat tersebut terkandung dalam buku, jurnal, akhbar, dan melalui Internet. Dengan mengetahui pelbagai bahasa, sudah tentulah lebih banyak maklumat dapat diterokai. Selain itu, peluang untuk sesiapa yang menguasai banyak bahasa memenangi persaingan merebut peluang pekerjaan adalah lebih cerah. Jawatan-jawatan tertentu yang melibatkan hubungan antarabangsa sudah tentu mengutamakan calon yang berkeupayaan untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Dengan perkataan lain, mereka yang menguasai pelbagai bahasa lebih berpeluang untuk merebut sesuatu jawatan atau melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional di luar negara. Jawatan-jawatan tertentu seperti jurubahasa dan penterjemah sudah tentu menjadi milik mereka yang menguasai pelbagai bahasa. Sehubungan dengan itu, kakanda berharap agar adinda memanfaatkan peluang yang ada sekarang untuk menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa lain yang diajarkan di sekolah adinda. Adinda yang diingati, Di Malaysia terdapat berbagai-bagai bahasa. Sekiranya beberapa bahasa itu dipelajari dan difahami, sudah tentu kebudayaan, adat resam, dan sensitiviti sesuatu kaum dapat kita pelajari dan fahami dengan lebih mendalam. Dengan demikian, secara tidak langsung semangat kekitaan akan lebih mudah terjalin. Dari aspek yang lain pula, kita dapat bertindak dengan segera sekiranya pihak lain cuba berbuat sesuatu yang tidak baik terhadap kita sekiranya bahasa yang digunakan oleh mereka dapat kita fahami. Antara bahasa yang boleh dipelajari termasuklah bahasa Cina, Tamil, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Tegasnya, tidak rugi sekiranya seseorang itu menguasai berbagai-bagai bahasa, sebaliknya banyak faedah yang bakal kita nikmati.


Bahasa Melayu SPM Bab 3 Surat Kiriman Tidak Rasmi 101 Kakanda sudah banyak memperkatakan kebaikan menguasai berbagai-bagai bahasa. Adinda dapat memahami penerangan kakanda? Memanglah sukar untuk kita menguasai kesemua bahasa di dunia ini. Namun begitu, sebagai murid, adinda tidak harus mencari alasan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa itu dijadikan salah satu mata pelajaran penting yang diajarkan di sekolah di negara kita. Untuk menguasainya, kakanda berharap agar adinda mengetepikan perasaan malu untuk berbicara dalam bahasa tersebut dengan rakan-rakan. Selain itu, untuk menambahkan kosa katanya, adinda hendaklah rajin membaca buku-buku cerita dan akhbar berbahasa Inggeris. Sekiranya sifat pemalu yang tidak bertempat itu kita hindari dan membaca dapat kita jadikan amalan, kakanda yakin bahawa tidak mustahil adinda dapat menguasai bahasa tersebut sebelum adinda meninggalkan alam persekolahan nanti. Adindaku yang disayangi, Sekali lagi kakanda ingatkan bahawa pada era globalisasi kini, mereka yang berilmu akan berjaya. Ilmu terdapat dalam berbagai-bagai sumber yang ditulis dalam pelbagai bahasa. Oleh itu, penguasaan pelbagai bahasa amat penting untuk kita menerokai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan pada masa yang akan datang. Untuk itu, kakanda berharap agar segala pesanan kakanda ini dapat membuka mata adinda tentang pentingnya penguasaan pelbagai bahasa. Kakanda sedia membantu adinda untuk menjayakan cita-cita adinda. Akhir kata, teruskanlah kecemerlangan adinda dalam pelajaran dan jangan lupa akan kewajipan kita terhadap ibu bapa, agama, bangsa, dan negara. Sehingga berjumpa lagi. Sampaikanlah salam kakanda kepada ayahanda, bonda, dan keluarga di kampung. Sekian, terima kasih. Kakandamu yang jauh, Zainal Zakaria Koridor Peribahasa • cahaya hidup: panduan hidup • alah bisa, tegal biasa: kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah • membuka mata: menyedarkan Sudut Kata • terasing: tersisih • kekok: kaku ketika berbuat sesuatu kerana belum biasa • meneroka: menyelidiki untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui • jurnal: terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu • sensitiviti: kepekaan • kekitaan: semangat bekerjasama; semangat persaudaraan • mustahil: tidak masuk akal


Click to View FlipBook Version