HAMIDAH ABDULLAH
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as PELANGI PICTURES SDN. BHD.)
1 Prelims Seharum Koningau.indd 1 6/24/13 2:04 PM
Keningau Seharum Koningau
oleh Hamidah Abdullah
Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru 2013
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
e-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
e-mel: [email protected]
© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2013
(Formerly known as Pelangi Pictures Sdn. Bhd.)
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd.
terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Hamidah Abdullah, 1972-
Keningau seharum koningau / Hamidah Abdullah.
ISBN 978-967-567-154-8
1. Malay fiction. I. Judul
899.2333
Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Rosmerah 1/3, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
1 Prelims Seharum Koningau.indd 2 6/24/13 2:04 PM
Kimanis
Musim cuti sekolah sudah bermula. Seperti
semua murid lain, aku begitu teruja. Akan
tetapi, mungkin tidak seperti murid lain,
cuti kali ini amat bermakna bagiku. Sudah
sekian lama aku menantikan saat-saat ini.
Hampir sepuluh tahun aku dan keluarga
tidak pulang ke kampung di Keningau. Tidak
bertemu dengan saudara-mara di sana.
Sejak usiaku dua tahun. Itu yang membuat
aku begitu gembira. Mama dan Papa pun
nampaknya sama teruja. Mereka sudah
mengambil cuti panjang.
Aku dapat mengagak perasaan Mama
dan Papa ketika ini. Khasnya Mama.
Keningau kampung halaman Mama. Sudah
lama Mama tidak pulang ke Keningau.
1
1 Seharum Koningau.indd 1 5/13/13 4:56 PM
HAMIDAH ABDULLAH
Maklumlah, sebagai doktor gigi di sebuah
hospital kerajaan di Kuala Lumpur, Mama
begitu sibuk. Papa juga tidak kurang
sibuknya.
Sebulan yang lalu, Mama dan Papa
berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah, selepas
berkhidmat di Semenanjung. Inilah peluang
kami untuk bertemu sanak saudara di sini.
Untuk aku lebih mengenali keluarga sebelah
Mama. Sejak hampir sepuluh tahun lalu, aku
hanya mendengar cerita tentang kampung
halaman Mama dari mulutnya. Walaupun
aku berketurunan Dusun, aku langsung
tidak mengenali budaya bangsaku sendiri.
“James!” panggil Mama.
“Ya, Ma,” aku bergegas mendapatkan
Mama.
“Dah masukkan semua beg di dalam
kereta?”
“Dah,” jawabku ringkas.
2
1 Seharum Koningau.indd 2 5/13/13 4:56 PM
Keningau Seharum Koningau
“Tanya papa, bila nak bertolak?”
Aku segera mendapatkan Papa. Kulihat
Papa masih memeriksa enjin kereta. Papa
memang seorang yang amat mementingkan
keselamatan. Mungkin sebab Papa seorang
pegawai polis.
“Papa, Mama tanya bila nak bertolak,”
kataku sopan.
“Sekaranglah,” jawab Papa ringkas.
Perjalanan pulang ke Keningau
begitu menyeronokkan. Banjaran Crocker
menganjur indah. Laluan Kimanis menjadi
pilihan Papa. Menurut Papa kami akan dapat
cepat sampai ke Keningau kalau melalui
Kimanis. Satu jam setengah sahaja. Lebih
cepat berbanding dengan menggunakan
jalan lama, iaitu melalui Gunung Emas.
Sabah memang hebat. Aku bangga
menjadi anak Sabah. Bangga menjadi rakyat
Malaysia. Sabah sudah maju berbanding
sepuluh tahun dahulu. Mata pelajaran
3
1 Seharum Koningau.indd 3 5/13/13 4:56 PM
1 Seharum Koningau.indd 4 5/13/13 4:56 PM
Keningau Seharum Koningau
Kajian Tempatan yang kupelajari di sekolah
banyak membantu aku mengenali tanah
kelahiran Mama dan Papa ini.
Sepanjang perjalanan, aku melihat
kehijauan flora dan fauna. Jarang-jarang
benar aku melihat pemandangan seindah
ini. Aku lahir di ibu kota Kuala Lumpur. Di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Aku membesar
di kota raya itu. Bangunan pencakar langit
sudah biasa kulihat. Akan tetapi, keindahan
yang terbentang di depan mata, jauh
memukau daripada yang kulihat di kota-
kota besar. Hampir tidak jemu dipandang.
Sedar tidak sedar, kami sudah sampai di
Keningau.
Hotel Juta menyapa pandanganku. Hotel
Juta. Nama yang begitu menarik. Unik.
Agaknya sudah berjuta-juta orang menginap
di hotel itu. Hebatnya!
Kereta Papa melalui jalan-jalan kecil di
sebuah kawasan perumahan.
5
1 Seharum Koningau.indd 5 5/13/13 4:56 PM
HAMIDAH ABDULLAH
“Jauh lagikah, Papa?” tanyaku. Aku
sudah tidak sabar-sabar untuk sampai ke
rumah nenek.
“Sekejap lagi sampailah,” jawab Papa
ringkas. Mama hanya tersenyum.
Kami menyurusi tebing sebatang sungai
yang cetek. Kereta Papa melalui lorong kecil
yang merentangi sungai tersebut.
Eh, ini rupa-rupanya jalan ke rumah nenek,
hatiku berbisik.
Kereta Papa berhenti di depan sebuah
rumah papan bertiang kayu yang agak
besar. Rumah nenekku. Di sekeliling rumah
itu kulihat berderetan pokok yang sama
besar dan jenisnya. Pokok apa, aku kurang
pasti. Aku bercadang untuk bertanyakan hal
itu kepada Papa nanti.
Kedatangan kami disambut oleh ahli
keluarga dan sanak saudara Mama. Suasana
begitu mengharukan hati. Aku melihat Mama
memeluk seorang perempuan tua dengan
6
1 Seharum Koningau.indd 6 5/13/13 4:56 PM
Keningau Seharum Koningau
erat. Agaknya itulah nenek. Tetapi mengapa
wajahnya tidak sama dengan gambar nenek
yang tergantung di dinding rumah kami?
Mungkin sebab gambar itu gambar lama.
Sekarang tentulah nenek sudah tua.
Aku melihat Papa juga memeluk
perempuan tua itu. Aku hanya tercegat
berdiri sambil terpinga-pinga melihat Mama
dan Papa berbual mesra dengan orang
sekeliling.
“James, mari sini!” panggil Mama. “Ini
Nenek Eyoi. Nenek Eyoi ni adik nenek. Yang
ini, Auntie Lucy, anak Nenek Eyoi. Sepupu
Mama,” Mama memperkenalkan satu
demi satu orang-orang yang berada di situ.
“Edward dengan Elly ini anak Auntie Lucy.
Macam sepupu kamu jugalah.”
Aku tersenyum malu.
“Mama, mana nenek?”
Kulihat wajah Mama serta-merta berubah.
7
1 Seharum Koningau.indd 7 5/13/13 4:56 PM
HAMIDAH ABDULLAH
“Er… ada…” jawab Mama teragak-agak.
“Nenek Nonong di kebun,” Edward,
sepupuku, pantas menjawab. Aku
memandangnya kehairanan. Dia kelihatan
sebaya denganku.
“Hai, budak KL!” tiba-tiba Elly, sepupuku
yang seorang lagi, adik James, menyapaku
sambil mengusik.
Semua ketawa, kecuali aku. Mama yang
wajahnya sugul tadi, turut ketawa. Muka
aku menjadi merah padam kerana malu
dengan gelaran ‘budak KL’ yang diberi.
“Jangan marah, ya, James!” pujuk
Elly sambil tersenyum. Aku membalas
senyumannya.
“Bah, mari kita masuk makan,” pelawa
Auntie Lucy.
Sebaik sahaja naik ke rumah, aku
melihat makanan tengah hari sudah
terhidang di atas meja makan. Kelihatan
8
1 Seharum Koningau.indd 8 5/13/13 4:56 PM
Keningau Seharum Koningau
begitu menyelerakan. Ada kari ayam, sup
sayur, ayam masak kicap, dan sirap limau.
Kari ayam memang lauk kegemaranku.
Akan tetapi, aku rasa kari orang Dusun
berbeza sedikit daripada kari orang
Semenanjung. Karinya agak pekat. Tidak
sama dengan kari mamak yang biasa aku
makan.
Sedap betul kari orang Dusun ini!
Luar biasa rasanya. Terasa ramuan kayu
manisnya. Aku makan dengan begitu
berselera.
“Sedap, budak KL?” tanya Edward.
Aku mengangkat ibu jariku ke atas,
mengiyakan.
“James bah. Bukan budak KL,” Auntie Lucy
menegur anaknya. Aku hanya tersenyum.
Edward mengangguk-angguk tanda faham.
Dua kali aku menambah nasi. Sedap betul
kari ayam yang dihidangkan. Kesedapannya
9
1 Seharum Koningau.indd 9 5/13/13 4:56 PM
HAMIDAH ABDULLAH
terasa sampai ke otak. Kalau sebulan aku
duduk di rumah ini, tentu boleh memboyot
perutku jadinya.
Aku tersenyum sendiri memikirkannya.
“Kenapa, James?” tegur Papa melihat aku
tersenyum-senyum. Mungkin Papa perasan
akan keanehanku tadi.
Aku hanya menggelengkan kepala.
10
1 Seharum Koningau.indd 10 5/13/13 4:56 PM