Format: 190mm X 260mm Binding Saddle Stitch 3imp_CRC
Praktis Tingkatan FC065011 Praktis Asas Kecemerlangan!
Praktis
Praktis Asas Kecemerlangan!
Bahasa 5
Praktis
Melayu Praktis
SPM
JUDUL-JUDUL TINGKATAN Praktis Hebat! SPM merupakan siri praktis topikal
DALAM SIRI INI 4 5 berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran
SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan
Bahasa Melayu Praktis HEBAT! SPM KSSM
peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai
English konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri
Mathematics/Matematik mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan
SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan
Additional Mathematics/
Matematik Tambahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat
menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap
Science/Sains turut disediakan untuk semua soalan.
Physics/Fizik
FORMAT PEPERIKSAAN
Chemistry/Kimia SPM MULAI 2021 BAHASA MELAYU (1103)
Biology/Biologi PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2 KERTAS 3 KERTAS 4
Sejarah
Pendidikan Islam
Ekonomi Tingkatan
Perniagaan Bahasa Melayu
Prinsip Perakaunan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021 5
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini Bahasa
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2021 Melayu
SPM
TINGKATAN 5
KSSM Praktis Intensif Mengikut Topik
Latihan Berorientasikan SPM
Penerapan KBAT
Joey Tan
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? Travis Shuit Jawapan Lengkap
W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. FC065011
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] ISBN: 978-967-2965-33-6 Kaithiri Arumugam
Pertanyaan: [email protected]
Pentaksiran Terkini SPM 2021
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Berdasarkan Format
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari www.ePelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
CVR_PraktisHebat_2021_BM_Tg4&5.indd 3-4 4/7/21 8:39 AM
KANDUNGAN
PRAKTIS
1 Karangan Respons Terhad 1 – 10
PRAKTIS
2 Karangan Respons Terbuka 11 – 27
PRAKTIS
3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 28 – 48
PRAKTIS
4 Pemahaman 49 –72
PRAKTIS
5 Rumusan 73 – 81
Penilaian Akhir Tahun 82 – 92
Jawapan J1 – J28
IFC.indd 1 09/04/2021 11:48 AM
Praktis
5 RUMUSAN
Panduan Menjawab Soalan Rumusan
1. Baca petikan dan teliti bahan-bahan sumber yang diberikan. Kemudian, buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan.
2. Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau fokus rumusan.
3. Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan.
4. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber yang berbeza seperti petikan, bahan
grafik, puisi, carta, gambar, dan sebagainya.
5. Bahan-bahan sumber yang diberikan berdasarkan tema yang sama.
6. Anda perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber.
7. Bahan sumber petikan mempunyai tidak kurang daripada dua fokus, manakala bahan sumber lain mempunyai
satu atau dua fokus.
8. Rumusan ditulis ialah:
(i) Pendahuluan
(ii) Isi-isi
(iii) Penutup
9. Rumusan mestilah mempunyai lapan isi. Setiap isi bernilai dua markah.
10. Rumusan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.
11. Markah bahasa sebanyak 10 yang dinilai secara holistik.
12. Kesimpulan ditulis berdasarkan tema bahan sumber.
MARKAH
30
LATIHAN 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 — Petikan
Fenomena siswazah menganggur menjadi mimpi ngeri kepada mereka dan ahli keluarga mereka. Hasrat
mendapatkan pekerjaan serta memperoleh pekerjaan dan pendapatan lumayan selepas menamatkan pengajian
di menara gading terus terlebur. Banyak pihak membuat kajian mengenai kebolehpasaran siswazah. Hasil
kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar siswazah berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan
selepas bergraduasi. Namun begitu, masih ada siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan biarpun telah dua
tahun menamatkan pengajian. Persoalannya, adakah kadar pengangguran di Malaysia dalam keadaan kritikal?
Hakikatnya, tidak. Kerajaan tidak lepas tangan untuk menangani masalah ini. Rakyat Malaysia bertuah kerana
peluang pekerjaan sentiasa terbuka. Suasana politik yang aman dan ditambah dengan dasar kerajaan yang
proaktif menyediakan pasaran pekerjaan yang berdaya saing.
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 73 09/04/2021 11:57 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
Banyak peluang pekerjaan dianggap tidak setimpal dengan kelulusan atau taraf pendidikan. Pihak swasta
khususnya syarikat multinasional amat mementingkan pekerja yang mempunyai kelulusan peringkat profesional
yang mampu menjalankan tugas dengan berkesan. Majoriti siswazah sekadar mendapat kelulusan peringkat
rendah. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk meyakinkan bakal majikan tentang tahap kemampuan tugas
jika diambil bekerja. Kelulusan yang rendah dianggap oleh bakal majikan sebagai sebenarnya tidak lulus. Jadi,
siswazah berkenaan tidak layak menjalankan tugas yang tentunya mencabar dan memerlukan tahap pengetahuan
dan kemahiran yang tinggi.
Siswazah yang baru lulus dari universiti berdepan dengan dua situasi ketika mendapatkan pekerjaan.
Pertamanya, majikan sering memberikan alasan bahawa siswazah tidak mempunyai pengalaman bekerja.
Keduanya, jika mereka diterima bekerja, banyak dalam kalangan mereka tidak menunjukkan prestasi dan
kesungguhan memajukan diri dalam bidang tugas yang dilakukan. Keadaan ini dijadikan alasan oleh majikan
untuk tidak mengambil pekerja dalam kalangan mereka yang baru menamatkan pengajian. Banyak jawatan
penting dalam syarikat bersaiz sederhana dipegang oleh pekerja berpengalaman biarpun tidak mempunyai
kelulusan tinggi. Hal ini bermakna siswazah yang baru tamat pengajian terpaksa bersaing dengan pekerja
berpengalaman untuk mengisi jawatan itu.
Disebabkan tidak mampu menghadapi cabaran kerjaya dalam sektor swasta, kebanyakan siswazah berharap
untuk menyertai sektor kerajaan sedangkan bilangan jawatan yang ditawarkan amat terhad. Dalam jabatan
tertentu, di setiap negeri hanya ada satu jawatan untuk pemegang ijazah.
Oleh hal yang demikian, siswazah perlu berubah kepada bidang yang masih memerlukan banyak pekerja,
seperti bidang insurans, jualan langsung, perniagaan, pertanian, dan perikanan. Paling penting ialah kesanggupan
bekerja dan membuktikan kemampuan dalam bidang akademik seiring dengan kemampuan sebenar dalam
kerjaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dilema Siswazah Menganggur’
oleh Lokman Ismail, Dewan Masyarakat, Januari 2013
Bahan 2 — Grafik
ALAH LAMBAK
S
S
AN
AN
ALAH LAMBAK
MA
MA
MASALAH LAMBAKAN
AN DI MALA
SIA
Y
RADU
G GRADUAN DI MALAYSIA
GRADUAN DI MALAYSIA
SEMAKIN KRITI
SEMAKIN KRITIKAL
AL
SEMAKIN KRITIKAL
K
Kerajaan perlu tampil
dengan langkah lebih
proaktif bagi menangani
masalah ini.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 74
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 74 09/04/2021 11:57 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
MARKAH
30
LATIHAN 2
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 — Petikan
Jenayah pemerdagangan orang dipandang serius oleh pihak berkuasa di negara ini. Skop jenayah ini
merangkumi pembekalan wanita untuk eksploitasi seksual dan kanak-kanak pula dipaksa untuk meminta sedekah,
dijadikan anak angkat, dan diambil organnya untuk dijual. Menurut sumber daripada Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, setiap tahun dianggarkan kira-kira 600 ribu orang hingga 800 ribu orang
diseludup merentasi sempadan antarabangsa dengan 50 peratus hingga 80 peratus daripadanya terdiri daripada
kanak-kanak dan wanita.
Penyeludupan menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit pemerdagangan orang kerana negara ini terletak
di tengah-tengah Asia Tenggara. Hal ini memudahkan penyeludup untuk menempatkan mangsa yang diseludup
di negara jiran sebelum dibawa masuk ke negara ini. Kos hidup yang relatifnya masih rendah di negara ini pula
menjadi daya tarikan kepada warga asing. Selain itu, raut wajah dan warna kulit yang hampir sama dengan
rakyat negara ini menjadikan warga asing yang diseludup masuk dari negara jiran sukar dikesan oleh pihak
berkuasa tempatan.
Penyeludup pula menjanjikan kehidupan yang selesa termasuklah pendapatan yang lumayan untuk
dikirimkan ke negara asal asalkan warga asing yang diseludup dari negara jiran sanggup bekerja di negara
ini. Segelintir individu di negara ini yang tamak, sanggup bersubahat dengan penyeludup kerana dijanjikan
dengan pendapatan yang lumayan. Keadaan pesisiran pantai yang panjang dan sempadan negara ini yang
luas memudahkan penyeludup beroperasi terutamanya pada waktu malam kerana sukar dikesan oleh pihak
berkuasa.
Kegiatan pemerdagangan orang ini lazimnya didalangi sindiket, kumpulan kongsi gelap, dan penjenayah
terancang. Mereka mempunyai dana yang cukup besar untuk mengupah pakar bagi membuat kerja-kerja
pemalsuan dokumen perjalanan seperti pasport, visa, dan sebagainya sehinggakan semua dokumen ini kelihatan
benar-benar tulen. Mereka turut menggunakan peralatan telekomunikasi yang canggih untuk menjalankan
kegiatan jenayah mereka.
Sekiranya semua pihak bersatu dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing, sudah pasti negara ini
akan bebas daripada masalah pemerdagangan orang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang’,
Dewan Masyarakat, Ogos 2010
75 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 75 09/04/2021 11:57 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
Bahan 2 – Grafik
MANGSA Malaysia kekal berdiri teguh dalam
usahanya memerangi isu pemerdagangan
PEMERDAGANGAN manusia dan pendirian ini dibuktikan
dengan penurunan jumlah mangsa
MANUSIA pemerdagangan di negara ini sejak
beberapa tahun lepas
MANGSA PEMERDAGANGAN MANUSIA
DITEMPATKAN DI RUMAH PERLINDUNGAN
TAHUN MANGSA
2017 2,945
2018 1,474
2019 543
(Jan - Jun)
Kerajaan memandang penyeludupan
manusia sebagai isu hak asasi manusia
selain satu jenayah kejam.
“ Pemerdagangan manusia satu
kesalahan yang serius dan satu
pencabulan hak asasi manusia. Tujuan
asalnya tidak lain untuk mengeksploitasi
hak asasi manusia bagi kepentingan sendiri
yang termasuk eksploitasi seksual dan
buruh paksaan. Mudah kata, ini
satu perhambaan moden.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sumber : Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO)
MARKAH
30
LATIHAN 3
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 — Petikan
Dunia yang semakin maju memperlihatkan kecenderungan banyak pihak yang mengambil kira penguasaan
bahasa Inggeris sebagai penanda aras bagi menilai tahap kebijaksanaan seseorang. Individu yang fasih berbahasa
Inggeris akan mendapat kelebihan, sama ada dalam hal kenaikan pangkat ataupun pengisian kekosongan kerja.
Lebih sedih lagi apabila ada pihak yang berfikiran dangkal dengan menganggap penggunaan bahasa kebangsaan
sebagai ketinggalan zaman. Namun demikian, yang menjadi kebimbangan ialah tindakan sesetengah pihak yang
tidak lagi menghiraukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Malaysia.
Bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar kepada negara. Hal ini dapat dibuktikan sejak sebelum
tarikh keramat 31 Ogos 1957. Ketika Tanah Melayu berusaha untuk menuntut kemerdekaan, British telah
meletakkan perpaduan kaum sebagai syarat penting. Pada waktu itu, semua anggota masyarakat musykil dan
bingung tentang kaedah bagi memastikan tiga kaum utama dari negara yang berbeza dan mempunyai sejarah
yang berlainan dapat dizahirkan perpaduannya dalam sesebuah negara.
Dalam kebuntuan itulah peranan bahasa Melayu dilihat sangat signifikan dan menjadi jalan penyelesaian
yang tepat sebagai tunjang dan alat perpaduan bagi sebuah negara yang berbilang kaum. Hasilnya, dengan
berbahasa Melayu semua kaum dapat bersatu padu, mengamalkan nilai toleransi dengan cemerlang, dan berusaha
untuk memahami satu sama lain. Perpaduan yang dicapai hasil daripada penggunaan bahasa Melayu oleh semua
kaum masih kekal dan dapat dilihat sehingga hari ini.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 76
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 76 09/04/2021 11:57 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
Dengan adanya bahasa Melayu, generasi muda berupaya untuk mengekalkan perpaduan sedia ada dan
merapatkan hubungan lagi. Lebih menyerlahkan kepentingan bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan,
penggunaan bahasa Melayu mampu menyatukan puluhan kaum minoriti yang ada di setiap pelosok Sabah dan
Sarawak. Selain itu, bahasa Melayu melambangkan kedaulatan dan identiti negara. Melihat peranan bahasa
Melayu dari aspek kemajuan perdagangan pula, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah bahasa ini pernah
menjadi lingua franca di Melaka yang pada ketika itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Melaka muncul
sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang tersohor di seantero dunia.
Secara kesimpulannya, penggunaan bahasa Melayu banyak memberikan manfaat kepada negara. Oleh itu,
penggunaan bahasa Melayu tidak seharusnya diambil mudah oleh sesetengah pihak yang lebih suka menggunakan
bahasa asing sebagai wadah untuk memajukan negara. Bahasa kebangsaan merupakan tanggungjawab kita.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Malu Berbahasa Melayu?’
oleh Muhammad Aiman Azahan, Dewan Siswa, Mac 2012
Bahan 2 – Grafik
1 MAC 2021
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa hingga
31 APRIL 2021
ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMK DATO PENGGAWA BARAT
MARKAH
30
LATIHAN 4
Baca petikan dan pantun di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan pantun.
Bahan 1 — Petikan
Akal merupakan alat berfikir untuk mendapatkan maklumat dan sumber penting untuk menjanakan ilmu.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pembentukan akal dan cara berfikir yang betul merupakan perkara yang harus
dititikberatkan bagi melahirkan generasi yang mampu berfikir secara logik dan rasional. Remaja ialah kelompok
yang berpotensi untuk membina aliran pemikiran, sama ada berbentuk positif dan sihat ataupun negatif dan
buruk. Kegagalan untuk membentuk cara pemikiran remaja pastinya membawa padah. Setiap pihak perlu
memainkan peranan bagi membantu remaja untuk membentuk akal dan fikiran yang baik. Cara berfikir mereka
seharusnya selari dengan ajaran agama dan adat budaya tempatan.
77 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 77 09/04/2021 11:57 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya meluangkan masa untuk bersama-sama anak, dengan mengadakan
sesi perbincangan atau berbual santai dan mendengar segala permasalahan mereka. Melalui cara ini, ibu bapa
berupaya untuk membentuk pemikiran anak pada peringkat remaja agar lebih mengutamakan keluarga dalam
segala hal. Guru seharusnya menjadi teladan yang baik kepada remaja untuk menyemai rasa cinta terhadap buku
dengan memilih bahan bacaan yang berkualiti yang mampu meluaskan pemikiran dan pandangan remaja untuk
dimanfaatkan dalam kehidupan harian mereka.
Pemikiran remaja masa ini terbentuk melalui apa-apa yang dilihat, dibaca, dan didengar di sekeliling
mereka. Media merupakan medium yang paling berkesan untuk membangunkan cara pemikiran yang sihat dan
positif dalam kalangan remaja. Majalah dan buku berbentuk ilmiah mampu untuk meningkatkan daya pemikiran
remaja ke arah yang tinggi dan berketerampilan. Namun demikian, media massa juga mampu untuk merosakkan
akal fikiran remaja ke arah yang negatif. Lambakan filem dan drama yang ditayangkan oleh televisyen banyak
berunsurkan keganasan, pembunuhan, dan gengsterisme yang berupaya untuk menyumbang masalah sosial
dalam kalangan remaja. Dalam dunia penulisan, media cetak remaja sering disogokkan dengan cerita tentang
artis dan hiburan semata-mata. Hal ini pasti menjejaskan daya pemikiran dan kreativiti mereka bagi melontarkan
idea dan pendapat tentang isu semasa.
Remaja acap kali dilabelkan sebagai tidak matang dan berkelakuan kebudak-budakan oleh segelintir
masyarakat. Masyarakat seharusnya memainkan peranan dengan memahami tahap pemikiran mereka. Jika tidak,
percanggahan ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan menghilangkan rasa hormat kepada golongan yang
lebih tua. Masyarakat yang lebih dewasa dan berpengalaman seharusnya memahami jiwa remaja kerana setiap
orang pernah merasai cabaran zaman remaja. Pemikiran remaja merupakan daya yang amat kompleks untuk
dikaji dan difahami oleh setiap orang. Golongan remaja itu sendiri seharusnya berusaha untuk meningkatkan daya
pemikiran mereka ke arah yang lebih baik seperti bertanya, membaca, dan berkomunikasi secara berhadapan.
Dalam usaha untuk membentuk pemikiran yang matang, menuntut ilmu berupaya untuk membuka fikiran remaja
dengan lebih meluas dan dapat menajamkan daya pemikiran seseorang agar kreatif dan kritis.
Secara tuntasnya, minda remaja harus diaktifkan dengan asas kemahiran berfikir. Berfikir secara kritikal,
kreatif, dan strategik amat perlu bagi remaja. Hal ini secara tidak langsung meletakkan mereka dalam keadaan
berfikir yang baik berdasarkan fakta yang sahih sehingga mampu untuk menghubungkaitkan semua aspek
tersebut dalam kehidupan mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Membentuk Pemikiran yang Sihat’
oleh Mohamad Farkhan Kamarolzaman, Dewan Siswa, Disember 2017
Bahan 2 — Pantun
Fitrah Sebagai Seorang Insan
Sakit kaki kerana memburu, Memetik tamar perlu sabar,
Terasa teruk mengejar buruan; Dibawa ke hulu terus ke Labuan;
Remaja miliki naluri meniru, Remaja gemar perkara mencabar,
Baik buruk jadi tiruan. Kita perlu berikan panduan.
Ikan cencaru dimasak jeruk, Puteri raja sedang bersikat,
Dicampur lada dicecah roti; Sikatnya lembut ditepuk-tepuk;
Kalau meniru perkara buruk, Setiap remaja memiliki bakat,
Pasti anda menyesal nanti. Bakat tersebut perlu dipupuk.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pantun Remaja Membina Akal Budi’
oleh Ismail Restu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2009
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 78
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 78 09/04/2021 11:58 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
MARKAH
30
LATIHAN 5
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan sajak.
Bahan 1 — Petikan
Rakan atau kawan bermaksud insan yang rapat dengan kita. Rakan juga merupakan insan yang paling
hampir dengan kita. Tanpa rakan, seseorang itu berada dalam kesunyian. Berkawan dengan rakan yang baik akan
membawa kita ke arah kebaikan. Jika kita berkawan dengan rakan yang sebaliknya, dapat membawa kita ke arah
kehancuran. Oleh hal yang demikian, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.
Peranan rakan sebaya yang baik adalah membantu kita sewaktu menelaah pelajaran. Ketika menelaah
pelajaran yang tidak difahami, kita dapat bertanya kepada rakan kita. Secara tidak langsung, kita dapat memahami
mata pelajaran tersebut dengan lebih mudah dan dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya. Kita juga
bebas bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal bangsa dan agama. Setiap rakan pastinya memberikan
kebaikan kepada kita. Contohnya, kita berkawan dengan murid berbangsa Cina yang mahir dalam subjek bahasa
Inggeris. Dengan persahabatan yang terjalin, kita tidak akan malu untuk belajar dan sahabat kita juga pasti
mudah untuk mengajar kita. Hal ini dapat membantu kita memantapkan pengetahuan bahasa Inggeris kita.
Sementelahan itu, rakan sebaya juga berperanan untuk membantu kita sewaktu menghadapi kesukaran.
Rakan yang baik akan membantu kita dalam apa-apa keadaan sekalipun. Amalan bantu-membantu sesama rakan
perlu disemai supaya ikatan persahabatan ini akan kekal sehingga akhir hayat. Hal ini diumpamakan bagai aur
dengan tebing. Selain itu, rakan menjadi tempat untuk kita meluahkan isi hati kita. Hal ini demikian kerana,
secara tidak langsung membolehkan kita menyelesaikan masalah dan kita akan berasa lebih tenang.
Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, pilihlah rakan sebaya yang
baik serta elok budi pekerti dan bahasa supaya tidak terjerumus ke arah perkara yang negatif. Janganlah sudah
terhantuk baru tengadah kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Rakan Sebaya’ oleh Nur Farhana Borhan,
Dewan Siswa, Ogos 2013
Bahan 2 — Sajak
Anugerah untuk Sahabat
Sahabat Sahabat adalah serumpun kata yang sejuk
Jalannya tak berjejak Sesejuk embun di pelupuk mata
Tak pula berpeluh keringat Yang menidurkan jiwa
Namun memberi semangat. Tanpa berjuta aksara.
Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa Sahabat
Bukan pula bara api rindu di dada Mungkinkah engkau menjadi sang jurupenyelamat?
Hanya seuntai benang sutera Atas anggur cinta yang memabukkan
Yang cukup erat mengikat Atau istana suka yang mengilusikan atau tsunami duka yang menenggelamkan.
Nurani yang jahat.
Warkah Cikgu Amirul, 2015
79 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 79 09/04/2021 11:58 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
MARKAH
30
LATIHAN 6
Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan sajak.
Bahan 1 — Petikan
Penulis buku di negara ini dikatakan tidak mampu mencapai taraf jutawan dengan hasil penulisan seperti
di negara Barat. Walaupun terdapat kira-kira 8184 syarikat penerbitan di negara ini, namun setakat ini hal
tersebut tidak berupaya untuk membebaskan 5150 penulis buku daripada belenggu kemiskinan. Bekas Menteri
Penerangan dan Kebudayaan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menjelaskan bahawa keadaan yang
berlaku sudah tentu ada sesuatu yang tidak betul. Hal ini menjadi tanggungjawab kementerian yang berkaitan,
penerbit, dan para penulis buku itu sendiri supaya mereka dapat mencari jalan supaya masalah ini dapat
diselesaikan.
Pengedaran di setiap kedai buku di seluruh negara perlu diutamakan dalam industri penerbitan buku,
bukannya memburu kuota jumlah judul. Penerbit hanyalah menjadi pihak yang menerbitkan buku, manakala
urusan pengedaran pula perlu diswastakan kepada syarikat pengedaran yang bergantung pada perolehan daripada
sejumlah buku yang diedarkan. Konsep pengedaran dan pemasaran rokok patut dieksplotasikan dalam pengedaran
bahan bacaan supaya setiap judul buku dijual di pelbagai toko buku seperti rokok yang mudah didapati di mana-
mana kedai. Sebenarnya, buku atau bahan bacaan sememangnya mendapat permintaan yang tinggi, namun agak
sukar untuk diperoleh.
Pihak penerbit perlu mencetak naskhah buku dengan bilangan yang banyak. Semakin besar jumlah naskhah
yang dicetak, maka semakin besarlah laba yang bakal diperoleh kerana saiz pasarannya pasti lebih luas. Penulis
mampu memperoleh pendapatan yang lumayan. Dengan perolehan keuntungan yang agak besar, sudah tentu
akan melonjakkan semangat penulis supaya lebih produktif untuk menghasilkan buku-buku yang seterusnya.
Selain itu, setiap judul buku seharusnya mudah diperoleh. Sebagai contoh, peminat antalogi karya Nawawee
Mohammad dari kampung tidak perlu datang ke kedai-kedai buku di Kuala Lumpur untuk mendapatkan antalogi
penyajak pujaan mereka. Jika dijual di Pekan Jertih, Pasir Mas, ataupun di Kuala Terengganu, tentulah mereka
senang untuk mendapatkannya. Secara mudahnya, purata bagi satu negeri, bekalan yang patut diperuntukkan
ialah 1000 naskhah.
Setiap judul buku yang baru diterbitkan seharusnya dipromosikan secara meluas di samping mendapat
publisiti seperti pengeluar produk yang lain mengiklankan dan menguar-uarkan produk keluaran mereka. Ertinya,
untuk meningkatkan jumlah pembaca, maka saiz pasaran perlu dilebarkan. Para penerbit dan golongan yang
terlibat dalam industri buku perlu menyemai sifat “cemburu” dan perlu melonjakkan semangat ingin bersaing
dengan mencabar kehebatan pengedaran penjualan rokok dan produk kecantikan. Seandainya sistem pemasaran
mantap dan proaktif buku atau apa-apa jua bahan bacaan mampu mencapai sasaran seperti tahap penjualan rokok
dan produk kecantikan.
Di samping itu, syarikat-syarikat penerbitan perlu mengambil individu yang menghargai buku dan mencintai
ilmu sebagai kakitangan untuk bertugas di syarikat mereka dan bukannya daripada kalangan yang hanya mahu
makan gaji dan terlibat dalam industri pembukuan kerana tidak ada pilihan lain. Bekerja kerana hanya mahukan
gaji tanpa minat dan tidak mencintai bidang yang dijadikan sumber rezeki menyebabkan individu yang diberikan
tugas akan menjadi parasit yang merosakkan industri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Industri Pembukuan dari Malap ke Gemerlap’
oleh Zuraida Hanim Md. Akhir, Dewan Masyarakat, Bil 9, 2017
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 80
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 80 09/04/2021 11:58 AM
Bahasa Melayu Ting. 5 Praktis 5 Rumusan
Bahan 2 — Sajak
Buku
Buku,
Ilmu berjilid
Maya bermaklumat
Mewakili cakerawala ilmu
Mendewasakan insan dengan pemikiran
Mematangkan kehidupan dengan pengalaman.
Buku,
Itulah panggilan untukmu,
Dalam tubuhmu tersimpan banyak khazanah
Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat
Kau menjadi rujukan
Setiap insan.
UNIT SPBT SKKRU, 2014
81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Praktis Hebat BM Tg5.indd 81 09/04/2021 11:58 AM
JAWAPAN
LATIHAN 3
PRAKTIS
1 Karangan Respons Terhad Pendahuluan:
alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh –
panggilan hormat – tajuk/perkara
LATIHAN 2
Pendahuluan: Isi-isi relevan:
pembelajaran abad ke-21 – pembelajaran yang berfokuskan (a) sedia maklum bahawa pihak berkuasa telah menggariskan
murid – tumpuan kepada lima aspek yang utama – komunikasi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi
murid dengan guru, kerjasama murid dengan guru, memupuk oleh semua orang – untuk memutuskan rantaian jangkitan
pemikiran yang kreatif dan kritis, serta nilai murid dan ciri-ciri penyakit COVID-19 – memahami dan mematuhi SOP
seseorang murid yang beretika – dalam jiwa murid ini – demi keharmonian dan keselamatan rakyat
(b) malangnya sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi
Isi-isi relevan: peniaga – masa operasi yang dipendekkan – menjadi
Kepentingan: keliru – ada tempat – masa operasi 6:00 pagi hingga
(a) meningkatkan kebolehpasaran murid – murid yang lebih 6:00 petang, ada pula 7:00 pagi hingga 7:00 malam – ada
kritis dan kreatif akan dilahirkan – semua aktiviti bermula juga yang 10:00 pagi hingga 10:00 malam – keadaan ini
daripada murid sendiri – lebih mementingkan faktor – amat mengelirukan – apatah lagi untuk kawasan yang
murid yang mengambil inisiatif – supaya masyarakat dan mempunyai pertindihan sempadan
negara kita seiring dengan keperluan zaman sekarang – (c) serba salah apabila ada pelanggan yang enggan
mampu bersaing dari aspek yang berlainan – sikap yang mematuhi SOP – duduk beramai-ramai di satu meja,
kompetitif – kemahiran dalam bidang teknologi maklumat tidak mencatatkan suhu badan dan maklumat peribadi
sama ada dalam buku ataupun mengimbas kod QR yang
Cabaran: telah disediakan, enggan memakai pelitup muka, dan
(a) sumber dan kemudahan yang terhad – kekurangan sebagainya – walaupun ditegur berulang kali – masih
sumber atau kemudahan terutamanya dari segi alat bantu degil – tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka
mengajar serta kemudahan teknologi yang digunakan – ialah sumber rezeki kami – lagipun tiada kuasa untuk
menyukarkan pelaksanaan PAK-21 – pembangunan yang berbuat apa-apa – malangnya – apabila penguat kuasa
kurang seimbang di kawasan pedalaman berbanding melakukan pemantauan dan pemeriksaan di kedai makan
dengan kawasan di bandar – dari segi kemudahan – semua akan terpalit dan didenda
teknologi komputer dan capaian Internet (d) ingin memohon masa operasi untuk setiap pekedai/
(b) kekangan masa – guru tersepit antara masa mengajar pegerai dijelaskan dengan terperinci dalam SOP – mudah
yang terbatas dengan masa yang lain untuk melakukan untuk melakukan persediaan – waktu yang sesuai untuk
kerja yang tiada kaitan dengan proses mengajar di membuka kedai/gerai dan sebagainya – dapat maklumkan
dalam kelas – kerja-kerja pentadbiran berat dan banyak masa beroperasi kepada bakal pelanggan – risau apabila
– contohnya memasukkan data murid dan sebagainya mereka datang – kedai/gerai sudah ditutup
(c) pengetahuan dan kemahiran – memerlukan pengetahuan (e) berharap agar keras diberikan kepada para pekedai
dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diajarkan untuk kali pertama atas faktor pelanggan mereka tidak
– oleh sebab itu memerlukan masa untuk menyediakan mematuhi SOP di tempat makan – sekiranya diulangi
bahan dan sebagainya barulah didenda – jumlah kompaun sebanyak RM10
000 amatlah berat bagi pekedai – pendapatan sebulan
pun tidak mencecah jumlah tersebut lantaran masa
Penutup: beroperasi terhad dan kapasiti pelanggan tidak mencapai
satu idea yang murni – untuk mengubah dunia pendidikan kita tahap maksimum seperti biasa – selain itu – ingin
– menjadi lebih menarik, lebih bersifat interaktif, dan bukan memohon pengecualian bayaran sewa premis perniagaan
melibatkan guru sekadar mengajar dengan sistem lama yang memandangkan sumber pendapatan yang amat terhad
dikenali sebagai sistem ‘kapur dan papan hitam’ – namun dan tidak menentu pada masa ini
perlu dikaji dengan lebih terperinci – tidak membebankan
semua pihak yang terlibat
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
07 Jawapan Praktis Hebat BM Tg5.indd 1 09/04/2021 12:00 PM
Bahasa Melayu Ting. 5 Jawapan
Isi-isi relevan:
Penutup: (a) tajuk – berminat untuk memohon jawatan pembancuh
berharap agar permohonan dipertimbangkan dan mendapat kopi yang diiklankan dalam surat khabar – nyatakan nama
perhatian yang sewajarnya – didahulukan dengan ucapan surat khabar dan tarikh iklan disiarkan – menyatakan
terima kasih – pengakuan, tandatangan, dan nama penuh maklumat diri
penulis (b) anugerah – mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam
subjek Ekonomi Rumah Tangga di sekolah selama
tiga tahun berturut-turut, iaitu sejak tingkatan 1 hingga
LATIHAN 4
tingkatan 3 – semasa tingkatan 3, keupayaan untuk
alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – menghasilkan susun atur meja makan yang sempurna
panggilan hormat – tajuk/perkara dan kebolehan untuk menghasilkan bancuhan air
kopi yang sedap dalam satu projek yang diberikan –
Isi-isi relevan: membolehkan mendapat markah yang tertinggi dalam
(a) pembuangan sisa industri sewenang-wenangnya telah subjek tersebut
menjejaskan pendapatan nelayan – dilakukan oleh (c) kemahiran bahasa – mampu bertutur dan menulis dalam
segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina
– tergamak membuang sisa-sisa toksik ke dalam dengan baik – pernah bersekolah di SJKC dari tahun 1
sungai dan laut – semata-mata untuk mengurangkan kos hingga tahun 6 – dapat membantu dari segi komunikasi
operasi – akibatnya, hidupan akuatik terancam – hasil dengan para pelanggan yang datang ke kafe ini
tangkapan nelayan semakin berkurang – ada yang telah (d) potensi diri – suka memasak, membuat kek, dan
kehilangan mata pencarian – tidak dapat menampung sebagainya pada masa lapang – berani untuk melakukan
kos sara hidup pelbagai eksperimen dalam dunia kulinari – berpendapat
(b) turut berdepan dengan masalah pencerobohan nelayan bahawa sesuatu yang baharu, menarik, dan sedap
asing – terutama dari Vietnam dan Indonesia – hal ini kian hanya akan muncul sekiranya kita sentiasa berani
membimbangkan – mereka sengaja memasuki perairan untuk mencuba dan tidak takut untuk menghadapi
negara kita – untuk mencuri hasil laut – hasil tangkapan kegagalan
dibawa pulang ke negara mereka – menggunakan pukat (e) kemahiran tambahan – menghasilkan corak yang asas
tunda – menyebabkan kepupusan ikan – merosakkan seperti corak flora pada permukaan bancuhan air kopi –
terumbu karang – habitat hidupan akuatik – nelayan keluarga mempunyai dua buah mesin kopi – semua ahli
tempatan kerugian besar keluarga termasuklah diri sendiri penggemar minuman
(c) berharap agar tindakan yang pragmatik diambil – kopi
menguatkuasakan undang-undang sedia ada – meminda
undang-undang di Dewan Parlimen – supaya hukuman Penutup:
berat dikenakan kepada nelayan asing – apabila rujukan dan alamat untuk dihubungi
didapati bersalah menceroboh perairan negara – juga
kepada pengusaha kilang yang telah mencemarkan
sungai dan laut – mengenakan hukuman denda yang LATIHAN 6
tinggi berserta hukuman penjara – sekali kena, dua kali Pendahuluan:
jalan tahu nama penuh – alamat lengkap – nombor telefon – e-mel
(d) berharap agar pihak berkuasa mengambil inisiatif – untuk
membela nasib nelayan – golongan nelayan banyak Isi-isi relevan:
memberikan sumbangan kepada ekonomi negara – (a) tajuk – berminat untuk memohon jawatan pegawai sains
tindakan yang diambil sudah tentu dapat mengurangkan yang diiklankan dalam surat khabar – nyatakan nama
penderitaan dalam kalangan nelayan negara ini surat khabar dan tarikh iklan disiarkan – menyatakan
maklumat diri
Penutup: (b) anugerah – memperoleh anugerah tesis terbaik dalam
berharap agar aduan mendapat perhatian dan tindakan yang projek penyelidikan bioperubatan pada peringkat
sewajarnya – didahulukan dengan ucapan terima kasih atas ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia – juga
kerjasama – pengakuan, tandatangan, dan nama penuh memperoleh anugerah pelajar terbaik dalam subjek
penulis
Mikrobiologi, Hematologi dan Biokimia Klinikal pada
peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia
– memenangi pingat emas bagi kategori pembentangan
LATIHAN 5
poster dalam Simposium Bioperubatan Malaysia
Pendahuluan: di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2019
nama penuh – alamat lengkap – nombor telefon – e-mel
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
07 Jawapan Praktis Hebat BM Tg5.indd 2 09/04/2021 12:00 PM
Format: 190mm X 260mm Binding Saddle Stitch 3imp_CRC
Praktis Tingkatan FC065011 Praktis Asas Kecemerlangan!
Praktis
Praktis Asas Kecemerlangan!
Bahasa 5
Praktis
Melayu Praktis
SPM
JUDUL-JUDUL TINGKATAN Praktis Hebat! SPM merupakan siri praktis topikal
DALAM SIRI INI 4 5 berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran
SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan Praktis HEBAT! SPM KSSM
Bahasa Melayu
peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai
English konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri
Mathematics/Matematik mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan
SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan
Additional Mathematics/
Matematik Tambahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat
menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap
Science/Sains turut disediakan untuk semua soalan.
Physics/Fizik
FORMAT PEPERIKSAAN
Chemistry/Kimia SPM MULAI 2021 BAHASA MELAYU (1103)
Biology/Biologi PERKARA KERTAS 1 KERTAS 2 KERTAS 3 KERTAS 4
Sejarah
Pendidikan Islam
Ekonomi Tingkatan
Perniagaan Bahasa Melayu
Prinsip Perakaunan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021 5
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini Bahasa
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Cetakan Pertama 2021 Melayu
SPM
TINGKATAN 5
KSSM Praktis Intensif Mengikut Topik
Latihan Berorientasikan SPM
Penerapan KBAT
Joey Tan
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? Travis Shuit Jawapan Lengkap
W.M: RM7.35 / E.M: RM7.65
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. FC065011
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected] ISBN: 978-967-2965-33-6 Kaithiri Arumugam
Pertanyaan: [email protected]
Pentaksiran Terkini SPM 2021
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Berdasarkan Format
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari www.ePelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
CVR_PraktisHebat_2021_BM_Tg4&5.indd 3-4 4/7/21 8:39 AM