The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-12-08 02:33:48

PBD Plus BM T3 (EG)

WM: RM12.90
EM: RM13.50

Kandungan










Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid v – viii TEMA
9 Indah Seni, Endah Budaya
33
TEMA
1 Suluh Masa Depan 1 Nota Visual Praktis Ekstra Cetus idea Video Kuiz


TEMA
Praktis Ekstra Audio Cetus idea PAK-21 i-THINK
10 Sains dan Teknologi Pemacu
TEMA Kemodenan 37
2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa PAK-21 Praktis Ekstra
5 PAK-21 Video

Praktis Ekstra Pendidikan Sivik Audio PAK-21 i-THINK TEMA
11 Alam Anugerah Terindah
TEMA 41
3 Kecerdasan Meningkat,
Keterampilan Memikat
9
Praktis Ekstra Audio Info Kuiz
Praktis Ekstra Nota Visual Audio Info TEMA

12 Tuah di Bumi Permata
TEMA 45
4 Waspada Selalu!
13
Praktis Ekstra PAK-21 Video
Praktis Ekstra Keselamatan Cetus idea Video Kuiz
Jalan Raya TEMA
13 Perindustrian 49
TEMA
5 Dirgahayu Negaraku 17

Praktis Ekstra Info Video Kuiz
Praktis Ekstra Cetus idea
TEMA
TEMA Ekonomi Mapan, Negara
6 Integriti Tinggi, Sahsiah 21 14 Makmur 53
Terpuji

Praktis Ekstra i-THINK Cetus idea
Praktis Ekstra Nota Visual

TEMA
TEMA
7 Persaudaraan Tanpa 25 15 Destinasi Misteri 57
Sempadan

Praktis Ekstra Audio PAK-21 Cetus idea Video Kuiz Praktis Ekstra


TEMA TEMA
8 Subur Bahasa, Mekar Sastera 29 16 Mencapai Impian, Menuai 61
Kejayaan



Praktis Ekstra i-THINK Info PAK-21 Praktis Ekstra PAK-21 Cetus idea Kuiz



iii





00 Kand PBD Plus BM Tg3.indd 3 11/11/2022 7:25 AM

PRAKTIS MASTERI • Ulasan 109
– Model Ulasan 110
Praktis 111
Praktis Masteri 1
66
Praktis Masteri 4
Video Peta Konsep Nota Visual 121
SISTEM BAHASA 66
• Kata Nama Am dan Info
Kata Nama Khas 66 KARANGAN 121
• Kata Ganti Nama Diri 67 Bahagian A
• Kata Kerja 68 • Karangan Respons Terhad 121
– Model Karangan Respons Terhad
121

• Kata Adjektif 69
• Kata Hubung 70 Bahagian B
• Kata Seru / Kata Tanya / • Karangan Respons Terbuka 126
Kata Perintah 71 – Model Karangan Respons Terbuka 126
• Kata Bantu 72 A Karangan Surat Kiriman Rasmi 128
• Kata Sendi Nama 73 B Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi 129
• Kata Bilangan 74 C Karangan Laporan 131
• Kata Majmuk 75 D Karangan Ucapan/Syarahan/Ceramah 132
134
E Karangan Perbincangan/Pendapat
• Frasa 76 F Karangan Fakta 135
• Jenis-jenis Ayat 77 G Karangan Peribahasa 136
• Ragam Ayat 78 Praktis 138
• Ayat Tanya 79
• Ayat Susunan Biasa dan Kertas Model UASA
Ayat Susunan Songsang 80 (Ujian Akhir Sesi Akasemik) 139
• Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk 81
• Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 82
• Peribahasa 83


Ujian Pertengahan Tahun
Praktis Masteri 2
87 https://qr.pelangibooks.
com/?u=PBDPLUSPPTBMT3
PEMAHAMAN 87
Bahagian A
• Pemahaman Petikan 87
Bahagian B Jawapan
• Pemahaman Petikan 99 https://qr.pelangibooks.
• Novel 104 com/?u=PBDPLUSJwpBMT3


Praktis Masteri 3
108

Video Info Nota Grafik KOMSAS
PEMINDAHAN MAKLUMAT 108 https://qr.pelangibooks.
• Ringkasan 108 com/?u=PBDPLUSNotaBMT3
– Model Ringkasan 108








iv





00 Kand PBD Plus BM Tg3.indd 4 11/11/2022 7:25 AM

Rekod Pencapaian


Pentaksiran Murid Bahasa Melayu

Tingkatan 3




Kelas: .............................. Nama Murid: ........................................................... Nama Guru: ..........................................................
Tahap
Tema Kemahiran Standard Pembelajaran
Penguasaan
1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan,
Mendengar dan rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran
Bertutur
dengan betul, tepat dan jelas.
2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks
Membaca
1 dengan betul dan tepat.
Suluh Masa Depan 3.1.1 Menulis dan menerangkan makna kata, rangkai kata, istilah,
Menulis
ungkapan dan ayat dengan betul mengikut konteks.

4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan
Aspek Seni memberikan respons peribadi tentang maksud tersurat dan
Bahasa
tersirat dalam sesuatu puisi.
Mendengar dan 1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam
Bertutur pelbagai ujaran dengan intonasi yang sesuai dan jelas.

2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai
2 Membaca bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang
Bersih Selalu, sesuai.
Sihat Sentiasa 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
Menulis
dengan betul dan tepat.
Aspek 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama dan kata pinjaman
Tatabahasa dengan betul.

1.3.1 Mendengar dan mengkategorikan maklumat yang terdapat
Mendengar dan dalam pelbagai wacana, serta memberikan respons secara
Bertutur
lisan dengan betul, tepat dan bermakna mengikut konteks.
3 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat
Kecerdasan Membaca yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen.
Meningkat,
Keterampilan 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional
Memikat Menulis tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton
menggunakan ayat yang gramatis.
Aspek Seni 4.4.3 Mempersembahkan karya prosa dan puisi secara kreatif
Bahasa dalam pelbagai aktiviti berbahasa.
Mendengar dan 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan
Bertutur bertatasusila.

2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks
Membaca
4 dengan betul dan tepat.
Waspada Selalu! 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta
Menulis
menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Aspek 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat
Tatabahasa mengikut konteks.





v





00 REKOD PBD Plus BM TG3.indd 5 11/11/2022 7:26 AM

Tahap
Tema Kemahiran Standard Pembelajaran
Penguasaan

Mendengar dan 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
Bertutur ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.


2.2.1 Membaca dan menerangkan maksud istilah yang tepat dalam
Membaca pelbagai bahan menggunakan glosari, kamus dan tesaurus
5 dengan betul dan tepat.
Dirgahayu
Negaraku 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan
Menulis daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang
gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Aspek Seni 4.4.1 Mempersembahkan karya prosa dalam bentuk ilustrasi
Bahasa menggunakan pelbagai media secara kreatif.

1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu
Mendengar dan pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan
Bertutur
bahasa yang santun.

6 Membaca 2.1.2 Membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan
sebutan, intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Integriti Tinggi,
Sahsiah Terpuji
Menulis 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
dengan betul dan tepat.


Aspek Seni 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut
Bahasa konteks.


Mendengar dan 1.3.2 Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam
pelbagai wacana serta memberikan respons yang betul, tepat
Bertutur
dan bermakna.


7 Membaca 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan
maksud sesuatu bahan grafik.
Persaudaraan
Tanpa Sempadan
Menulis 3.4.1 Menulis kerangka penulisan dengan menyusun isi secara
terancang.


Aspek 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata ganda dalam
Tatabahasa ayat mengikut konteks dengan betul.


Mendengar dan 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
Bertutur ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.

2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan
Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
8 sesuai serta kepantasan yang wajar.
Subur Bahasa,
Mekar Sastera 3.3.2 Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan
Menulis
betul.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan
Aspek Seni menyatakan respons peribadi terhadap kekuatan dan
Bahasa
kelemahan sesuatu karya.




vi





00 REKOD PBD Plus BM TG3.indd 6 11/11/2022 7:26 AM

Tahap
Tema Kemahiran Standard Pembelajaran
Penguasaan

2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks
Membaca
dengan betul dan tepat.

3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa
Menulis
9 mengubah maksud asal.
Indah Seni, Endah
Budaya Aspek Seni 4.3.2 Menghasilkan puisi berdasarkan bahan rangsangan yang
Bahasa sesuai menggunakan bahasa yang indah dan menarik.

Aspek 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat
Tatabahasa mengikut konteks.


Mendengar dan 1.2.1 Mendengar dan menerangkan maksud perkataan, rangkai
kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan
Bertutur
betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.
2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan
10 Membaca berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang
Sains dan sesuai serta kepantasan yang wajar.
Teknologi Pemacu
Kemodenan 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional
Menulis tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton
menggunakan ayat yang gramatis.

Aspek 5.3.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata terbitan dalam
Tatabahasa ayat mengikut konteks dengan betul.


1.8.2 Mengulas dan menyatakan maklumat yang tersurat dan
Mendengar dan tersirat daripada sesuatu bahan audio visual dengan kritis
Bertutur
menggunakan ayat yang gramatis.

2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan
11 Membaca maksud sesuatu bahan grafik.
Alam Anugerah
Terindah 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan menggunakan
Menulis
bahasa yang menarik dan gramatis.

Aspek 5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa dalam ayat
Tatabahasa mengikut konteks.


1.2.2 Mendengar dan menerangkan maksud ayat dalam pelbagai
Mendengar dan ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara
Bertutur
bertatasusila.


Membaca 2.2.3 Membaca dan memahamai serta membuat ulasan
12 keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik.
Tuah di Bumi
Permata 3.6.1 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan prosa kepada
Menulis pelbagai bentuk penulisan yang baharu, betul, sesuai dan
menarik.

Aspek 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat
Tatabahasa mengikut konteks.





vii





00 REKOD PBD Plus BM TG3.indd 7 11/11/2022 7:26 AM

Tahap
Tema Kemahiran Standard Pembelajaran
Penguasaan

1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
Mendengar dan ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara
Bertutur
bertatasusila.


Membaca 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks
13 dengan betul dan tepat.
Perindustrian
3.6.2 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan grafik kepada prosa
Menulis
menggunakan ayat yang menarik dan gramatis.


Aspek 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat
Tatabahasa mengikut konteks.

Mendengar dan 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
Bertutur ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila.


2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks
Membaca dengan betul dan tepat.
14
Ekonomi Mapan,
Negara Makmur 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional
Menulis tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton
menggunakan ayat yang gramatis.

Aspek Seni 4.3.1 Menghasilkan cerpen secara terancang dengan menggunakan
Bahasa idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.

1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu
Mendengar dan kemasyarakatan dengan kritis dan jelas menggunakan ayat
Bertutur
yang gramatis.


2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat
Membaca yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan
15 fiksyen.
Destinasi Misteri

Menulis 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara
kritis dan kreatif.

Aspek Seni 4.4.2 Mempersembahkan puisi dalam pelbagai media secara kreatif.
Bahasa

Mendengar dan 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas,
Bertutur dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis.

2.2.1 Membaca dan menerangkan maksud istilah yang tepat dalam
Membaca pelbagai bahan menggunakan glosari, kamus dan tesaurus
16 dengan betul dan tepat.
Mencapai Impian,
Menuai Kejayaan
Menulis 3.4.4 Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta
menepati tema menggunakan ayat yang gramatis.

Aspek 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam
Tatabahasa ayat.




viii





00 REKOD PBD Plus BM TG3.indd 8 11/11/2022 7:26 AM

TEMA


1 Suluh Masa Depan






Buku Teks ms: 2 – 13


Kemahiran Mendengar dan Bertutur

SP 1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul, tepat dan jelas.

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, persembahkan idea dalam petikan tersebut untuk
mengujarkan perkataan, rangkai kata, istilah, dan ungkapan yang digunakan dengan betul,
tepat, dan jelas.
TRACK 1











































AKTIVITI PAK-21 Meja Bulat

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Guru meminta murid membincangkan tajuk “Kepentingan ilmu terhadap masa depan murid-murid”.
Murid perlu mencatat idea secara bergilir-gilir dalam satu kertas.
Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.





IDEA
CETUS







TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






01M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 1 11/11/2022 7:27 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 1
Kemahiran Membaca


SP 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.

Baca petikan di bawah, kemudian lengkapkan peta buih dengan betul dan tepat. KBAT Menganalisis

Sekecil mana sekalipun sudut bacaan keluarga di rumah, ibu bapa seharusnya menyediakan peruntukan untuk
merealisasikan sudut bacaan di rumah. Hal ini demikian kerana sudut bacaan keluarga banyak manfaat atau
kelebihannya.
Pengumpulan bahan-bahan bacaan sama ada akhbar, majalah, komik, buku resipi, manual, dan lain-lain patut
diamalkan oleh sesebuah keluarga. Bahan bacaan yang disusun rapi akan memudahkan ahli keluarga membuat
rujukan. Ibu bapa mudah mendapatkan maklumat manakala anak-anak dapat memanfaatkan bahan-bahan
tersebut untuk pembelajaran mereka. Di samping itu, tabiat membaca dapat disemaikan dalam kalangan keluarga.
Ibu bapa yang suka membaca menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan budaya membaca. Hal ini
selaras dengan kata-kata hikmat membaca jambatan ilmu.

Tabiat membaca dalam keluarga berupaya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.
Aliran perasaan ini akan mudah dirasai andainya ibu bapa meluangkan masa di sudut bacaan bersama anak-anak.
Selain membaca dan bertukar-tukar fikiran, seluruh keluarga dapat saling membantu untuk memperoleh ilmu
dan maklumat. Kewujudan sudut bacaan yang dipenuhi pelbagai bahan bacaan itu juga mampu menjadikan
anak-anak menghormati dan menghargai bahan tersebut serta menjadikan bahan bacaan sebagai teman karib
mereka. Tuntasnya, kewujudan sudut bacaan di rumah banyak kelebihannya.

i-THINK Peta Alir



Memudahkan ahli
keluarga membuat
rujukan



Anak-anak Ibu bapa mudah
menghormati dan mendapatkan
menghargai bahan
bacaan maklumat


Manfaat sudut
bacaan di rumah



Mengeratkan Anak-anak
hubungan memanfaatkan
kekeluargaan dan bahan bacaan untuk
kasih sayang pembelajaran




Menyemaikan tabiat
membaca







Praktis Ekstra
Tema 1


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






01M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 2 11/11/2022 7:27 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 1
Kemahiran Menulis


SP 3.1.1 Menulis dan menerangkan makna kata, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah. Kemudian, terangkan makna kata, rangkai kata, dan ungkapan yang berhuruf
tebal dengan betul mengikut konteks.



Setiap individu harus sedar bahawa tiada jalan singkat untuk berjaya. Kita perlu berusaha dan bersusah
payah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman, seumpama peribahasa
mutiara tidak dimuntahkan timbul oleh laut. Ilmu hanya diperoleh melalui pembelajaran dan
pengalaman.


Sehubungan itu, perkataan malas seharusnya tiada dalam kamus diri golongan pelajar. Mereka harus
mengutamakan pelajaran melebihi segala-galanya. Mereka juga seharusnya menumpukan sepenuh
perhatian dan masa terhadap pelajaran mereka. Semua ini perlu dilakukan demi memastikan kejayaan
dan masa depan mereka terjamin.

Golongan pelajar perlu berkorban masa dan tenaga demi mencapai kejayaan. Tanamkan dalam
minda bahawa kecemerlangan tidak akan dicapai dalam sekelip mata. Jika sikap ini diamalkan, nescaya
kejayaan dalam pelajaran dan sekali gus kejayaan dalam hidup akan jatuh dalam genggaman. Sikap rajin
berusaha ini bertepatan dengan pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-
sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kesimpulannya, setiap usaha dan keringat yang dicurahkan dalam proses mencapai kejayaan akhirnya
akan berbaloi dengan kejayaan yang menanti. Hanya dengan ilmu, seseorang itu akan dihormati. Kata
orang, biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.




1. jalan singkat

Maksud: cara/kaedah mudah/senang


2. mutiara tidak dimuntahkan timbul oleh laut

Maksud: ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah


3. sekelip mata
Maksud: sekejap mata, sesaat


4. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud: bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang


5. berbaloi

Maksud: berpadanan, seimbang

6. biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya

Maksud: kepintaran itu melebihi kekayaan






TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






01M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 3 11/11/2022 7:27 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 1
Aspek Seni Bahasa


SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang maksud tersurat dan tersirat dalam sesuatu puisi.

Baca dan fahami sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



Kijang yang Lelah

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.

Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.

Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)





1. Bagaimanakah perasaan dan keadaan kijang apabila kekuatannya semakin hilang?
Apabila kekuatannya semakin hilang, kijang berasa sedih dan resah.




2. Seseorang harus bersikap berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan. KBAT Menilai
Pada pendapat anda, apakah manfaat sekiranya kita mengamalkan sikap berhati-hati?
Pada pendapat saya, manfaat sekiranya kita mengamalkan sikap berhati-hati adalah dapat menyelamatkan
diri daripada kemalangan. Selain itu, kita juga dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang

negatif.





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






01M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 4 11/11/2022 7:27 AM

TEMA


2 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa






Buku Teks ms: 14 – 26


Kemahiran Mendengar dan Bertutur

SP 1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang sesuai dan jelas.

Dengar dan kenal pasti isu yang dikemukakan dalam petikan. Kemudian, berbincanglah tentang isu
tersebut dengan menggunakan pelbagai ujaran.


TRACK 2






















1 Remaja perlu mendapatkan

persetujuan ibu bapa sebelum
diberikan suntikan
2 Bergantung kepada bekalan vaksin


3 Keutamaan vaksin kepada remaja

18 tahun sebelum diberikan kepada
remaja berusia 17 tahun, disusuli
16 hingga 12 tahun





AKTIVITI PAK-21 Peta Pemikiran

Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
Guru mengagihkan sekeping kad manila dan mengemukakan satu topik, iaitu ‘Cara-cara Penjagaan Gigi’,
kemudian meminta murid mengemukakan pendapat atau kefahaman mereka tentang topik tersebut.
Seorang murid diminta untuk menulis topik di tengah-tengah kad manila itu.
Setiap ahli kumpulan diminta untuk menulis idea masing-masing dalam peta pemikiran secara bergilir-
gilir.
Kriteria Kejayaan:



TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






02M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 5 11/11/2022 7:29 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 2
Kemahiran Membaca


SP 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai.

Lihat poster dan baca panduan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, lengkapkan peta pelbagai alir
dengan maklumat yang betul.


PENYAKIT KOLERA
(TAUN)

Kolera (taun) merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang
disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholerae. Kolera berjangkit
melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya
ketika musim banjir.
Otot-otot menjadi tegang
Tanda-tanda/Gejala:
Loya dan muntah-muntah
Cirit-birit secara berterusan
tiba-tiba dan berterusan
Tekanan darah rendah
Mungkin tidak kencing serta denyutan jantung
kerana kekurangan air lemah dan perlahan

PENCEGAHAN:


Tudung semua
Minum air yang makanan supaya
telah dimasak tidak dihinggapi RAWATAN
lalat SEGERA, ELAK
KOMPLIKASI

Makan makanan Basuh tangan
yang baru dimasak dengan sabun
dan masih panas dan air bersih


i-THINK Peta Pelbagai Alir



1. Sistem rawatan air dan 1. Bakteria kolera ditemui pada
kumbahan di sesuatu tempat air atau di dalam makanan

tidak bagus yang telah tercemar oleh najis

pesakit taun di kawasan itu

PENYAKIT
KOLERA
(TAUN)


2. Pesakit mengalami gejala 2. Kehilangan air di dalam
yang teruk seperti cirit- badan yang cepat sehingga

birit berterusan, muntah, dan menyebabkan dehidrasi dan

otot menjadi tegang renjatan
Praktis Ekstra
Tema 2

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






02M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 6 11/11/2022 7:29 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 2
Kemahiran Menulis


SP 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.

Baca dan fahami maklumat di bawah. Tulis dan lengkapkan maklumat dalam petikan dengan betul dan
tepat.

1 2

Selera makan Kehilangan minat
berkurangan atau terhadap hobi atau
berlebihan perkara yang digemari
Tanda
Remaja Mengalami

3 Masalah Kesihatan 4
Mental
Kerap bersendirian Mencederakan diri
atau mengasingkan sendiri atau orang
diri lain





Langkah Mengatasi Masalah Kesihatan Mental

• Mengamalkan gaya hidup sihat
• Bergaul dengan rakan-rakan yang positif dan memberikan sokongan emosi
• Melakukan aktiviti yang disukai
• Mendapatkan nasihat kaunselor


Statistik golongan remaja yang menghadapi masalah kesihatan mental kian meningkat tahun demi tahun. Hampir
setiap hari kita melihat golongan remaja Malaysia meluahkan masalah dan tekanan yang dialami dalam media
sosial. Di alam realiti pula, ada yang bertindak lebih agresif seperti terjun dari bangunan, jambatan, dan sebagainya.
Persoalannya, apakah tanda-tanda remaja mengalami masalah kesihatan mental? Apakah pula langkah-langkah
yang harus dilakukan bagi mengatasi masalah kesihatan mental remaja?

Terdapat beberapa tanda remaja mengalami masalah kesihatan mental. Antaranya termasuklah
(1) selera makan remaja berkurangan atau berlebihan serta (2) kehilangan minat terhadap hobi

atau perkara yang digemari . Selain itu, remaja (3) kerap bersendirian atau mengasingkan diri ,

malahan (4) mencederakan diri sendiri atau orang lain .

Untuk merawat masalah kesihatan mental, beberapa langkah harus dilakukan oleh remaja. Satu

daripada langkah tersebut ialah remaja (5) mengamalkan gaya hidup sihat seperti
mengambil makanan seimbang, bersenam, dan tidak merokok. Di samping itu, remaja seharusnya
(6) bergaul dengan rakan-rakan yang positif dan memberikan sokongan emosi . Seterusnya, remaja disarankan

agar melepaskan tekanan perasaan dengan (7) melakukan aktiviti yang disukai seperti mendengar muzik,

berenang, mendaki gunung, dan lain-lain. Remaja perlu (8) mendapatkan nasihat kaunselor
sekiranya remaja tidak mampu mengatasi masalah kesihatan mental. Pendidikan Sivik dalam
Bahasa Melayu
Pendidikan Sivik: Nilai Kegembiraan
• Murid menjelaskan kepentingan menjaga kesihatan diri.
• Murid menitikberatkan penjagaan organ tubuh.


TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






02M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 7 11/11/2022 7:29 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 2
Aspek Tatabahasa


SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata pinjaman dengan betul.

Tulis maksud kata nama dan kata pinjaman yang diberikan. Kemudian, bina ayat berdasarkan kata nama
dan kata pinjaman tersebut.


Kata Nama / Kata Maksud Ayat
Pinjaman

1. teknologi aktiviti atau kajian yang menggunakan Kemajuan sains dan teknologi
pengetahuan sains sebenarnya mempunyai kebaikan dan

keburukan.


2. komunikasi perhubungan secara langsung atau Contoh komunikasi di sekolah ialah
melalui perantaraan perbualan murid sesama sendiri dan

guru dengan murid-murid.


3. produktiviti daya pengeluaran Produktiviti buruh Malaysia
mencatatkan penurunan pada suku

pertama tahun 2020.


4. risiko kemungkinan ditimpa bahaya atau Orang ramai dinasihatkan agar duduk di
kerugian rumah untuk mengurangkan risiko

dijangkiti virus COVID-19.


5. insulin hormon yang dikeluarkan oleh Seseorang menghidap kencing manis
pankreas untuk mengawal kepekatan kerana badannya tidak dapat

glukosa dalam darah menghasilkan insulin.


6. bakteria organisma yang hidup di dalam tanah, Bakteria dan virus tidak dapat dilihat
air, atau bahan organik dengan mata kasar.




7. sistem aturan untuk melakukan sesuatu Mereka yang tidak menjaga pemakanan
sering mengalami gangguan sistem
penghadaman.



8. imunisasi usaha untuk mendapatkan atau Ibu bapa disyorkan agar mematuhi
memberikan perlindungan daripada jadual imunisasi anak mereka.
penyakit tertentu menerusi suntikan








© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






02M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 8 11/11/2022 7:29 AM

TEMA


10 Sains dan Teknologi Pemacu
Kemodenan




Buku Teks ms: 117 – 130


Kemahiran Mendengar dan Bertutur

SP 1.2.1 Mendengar dan menerangkan maksud perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara
bertatasusila.

Dengar dan fahami petikan yang dibaca oleh guru anda. Kemudian, terangkan maksud perkataan, rangkai
kata, istilah, dan ungkapan dengan tepat.

Kita lazimnya menggambarkan robot sebagai sebuah Robot dapat membantu manusia menjalankan
mesin yang mempunyai ciri fizikal seperti wajah dan kerja yang berisiko tinggi, hambar, dan kotor.
badan seperti manusia tetapi menggunakan suara Contohnya, robot peralatan elektronik membantu
komputer dan mampu melakukan pelbagai perkara suri rumah membersihkan kipas atau tingkap yang
seperti manusia. Teknologi yang kian sofistikated tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga
kini telah memberi peluang untuk robot berkhidmat diubah suai khasnya untuk mengesan bahan-bahan
dalam bidang automobil, perubatan, dan lain-lain. radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun.


















Robot tidak bergantung pada keadaan fizikal dan Robot juga tidak akan mogok serta membantah
staminanya serta kurang melakukan kesilapan tindakan dan keputusan majikan. Jika pekerja ialah
kerana telah diprogramkan. Berdasarkan kriteria manusia, demonstrasi atau mogok secara besar-
tersebut, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak besaran akan menghalang operasi harian sesuatu
akan cuti dan tidak akan sakit. Oleh itu, produktiviti syarikat. Demonstrasi pekerja manusia juga akan
sesebuah syarikat akan meningkat kerana kualiti menjejaskan keharmonian masyarakat dan imej
dapat dikekalkan dan banyak dihasilkan. negara.


1. sofistikated – mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri yang kompleks, iaitu moden, rumit, pelbagai dan
lain-lain; canggih

2. automobil – kereta

3. radioaktif – mengandungi bahan, misalnya uranium dan radium yang menghasilkan sinar, iaitu alfa,
beta, dan gama yang sangat kuat dan berbahaya

4. produktiviti – daya pengeluaran

5. demonstrasi – tunjuk perasaan dengan berkumpul atau berarak beramai-ramai





TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 37 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 37 11/11/2022 7:38 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 10
Kemahiran Membaca


SP 2.1.1 Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.

Baca berita di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang
wajar.


KUALA LUMPUR, 5 Januari – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
membangunkan pakej teknologi pertanian tepat yang dapat membantu industri padi negara.
Pertanian tepat bermaksud teknologi berasaskan maklumat dalam sistem pengurusan pertanian yang
menggabungkan amalan pertanian yang sesuai bagi mengurus kebolehubahan di ladang untuk memastikan
keuntungan yang maksimum dan meningkatkan produktiviti serta pengeluaran pertanian mampan. Teknologi
yang dihasilkan itu berupaya untuk mengurangkan kos input dan kos operasi di samping mengekalkan hasil
yang tinggi. Di samping itu, penggunaan teknologi di kawasan estet padi berskala besar dijangka mampu
menarik golongan petani muda yang selama ini menjadi punca kekurangan tenaga kerja mahir dalam
kalangan golongan muda yang tidak berminat dalam sektor penanaman padi. Mekanisasi dan automasi
pelbagai peringkat dalam teknologi ini juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh dengan jangkaan
faedah melalui keuntungan yang optimum oleh sebab pengurangan input ladang dan penjimatan kos operasi
selain mesra alam.
Dalam pakej pertanian tepat ini, terdapat tiga teknologi yang dibangunkan, iaitu sistem penentuan indeks
perataan tanah secara automatik, sistem penaburan benih secara kadar boleh ubah, dan sistem pembajaan
kadar boleh ubah.
Menurut Dr. Badril Abu Bakar, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan dan Kejuruteraan
MARDI, pengurusan variabiliti kerataan tanah amat penting dalam bidang pertanian tepat kerana penyediaan
tanah sawah sebelum proses menabur benih merupakan perkara yang amat kritikal dan langkah pertama
dalam proses penanaman padi. Kawasan tanah sawah yang tidak rata menyebabkan masalah pengairan serta
dapat menjejaskan pertumbuhan tanaman dan hasilnya.
Tambah Dr. Badril, “Kelebihan pakej teknologi pertanian tepat ini membolehkan perataan tanah yang
cekap dan penaburan benih menggunakan mesin secara kadar boleh ubah bagi memastikan penapakan pokok
padi yang baik dan seragam. Sistem pembajaan secara kadar boleh ubah dapat menjimatkan penggunaan baja
antara 15 hingga 25 peratus sehektar, manakala aktiviti penaburan benih dan pembajaan melalui teknologi
sama mampu mengurangkan tenaga buruh sehingga 50 peratus”.









AKTIVITI PAK-21 Meja Mengikut Pusingan

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang berbeza atau sama, bergantung pada keperluan guru.
Murid diminta untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing dan seterusnya menulis jawapan
mereka pada kertas mahjung.
Semua kumpulan dikehendaki supaya menampalkan kertas mahjung mereka agar mudah dilihat.
Seorang murid akan dilantik daripada setiap kumpulan dan murid ini akan berperanan untuk
memberikan penerangan terhadap hasil kerja kumpulannya.
Setiap kumpulan kemudiannya akan bergerak dan melihat hasil kumpulan lain. Guru haruslah
memastikan wujudnya perkongsian / sesi soal jawab antara wakil kumpulan dengan kumpulan yang
melawat.





Modul Pembelajaran
Abad Ke-21


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 38 11/11/2022 7:38 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 10
Kemahiran Menulis


SP 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis.

Baca dan fahami maklumat di bawah. Kemudian, kemukakan pendapat anda berdasarkan maklumat
tersebut. KBAT Menganalisis


E-Panggilan Memudahkan Urusan Hidup




Makanan dan barangan Menjimatkan
Pengangkutan Mudah dan pantas
lain perbelanjaan


Perkhidmatan e-panggilan di Malaysia mula wujud sejak beberapa tahun lalu. Perkhidmatan ini kian berkembang

sejajar dengan keadaan kehidupan manusia masa ini, khususnya semenjak pandemik COVID-19 melanda
negara kita. Hal ini demikian kerana e-panggilan memudahkan urusan kehidupan seharian kita dan

mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut.

Penggunaan aplikasi e-panggilan bagi mendapatkan pengangkutan atas pelbagai urusan memudahkan

seseorang yang menghadapi masalah kenderaan untuk pergi ke sesuatu destinasi tertentu. Pelanggan hanya
perlu menempah kenderaan dengan menyatakan tempat dia berada pada masa itu dan tempat yang ingin

ditujunya dalam aplikasi tersebut. Pemandu kenderaan e-panggilan akan mengambilnya dalam beberapa minit

dan menghantarnya ke destinasi tersebut.
Selain itu, orang ramai boleh memesan makanan dan barangan lain, seperti barangan keperluan dapur,

pakaian, dan lain-lain melalui pelbagai aplikasi e-panggilan yang terdapat di pasaran tanpa perlu keluar dari

rumah. Mereka tidak perlu bersesak-sesak dan beratur di restoran dan pasar raya kerana makanan dan barangan

yang dibeli akan dihantar terus ke rumah mereka oleh penghantar syarikat e-panggilan tersebut.
Perkhidmatan e-panggilan memberi manfaat kepada pelanggan kerana menjadikan urusan mereka mudah

dan pantas. Melalui telefon dan capaian Internet, perkhidmatan e-panggilan dapat digunakan serta-merta

dengan cepat dan tanpa masalah yang memeningkan kepala, seperti perlu keluar dari rumah dan mencari
tempat untuk meletak kenderaan, dan sebagainya. Pada masa yang sama, pelanggan dapat meluangkan lebih

masa bersama keluarga di rumah.

Akhir sekali, perkhidmatan e-panggilan sudah pasti menjimatkan perbelanjaan pelanggannya. Pelbagai
aplikasi e-panggilan yang menawarkan penjualan pelbagai jenis produk dan promosi membolehkan pelanggan

membuat pilihan untuk membeli produk yang menawarkan harga yang lebih murah dan menjimatkan kos.

Pelanggan juga tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli minyak kereta kerana hanya perlu mengklik

butang yang disediakan untuk mendapatkan produk yang dikehendaki. Segalanya di hujung jari.







TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 39 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 39 11/11/2022 7:38 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Tema 10
Aspek Tatabahasa


SP 5.3.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata terbitan dalam ayat mengikut konteks dengan betul.
Video
Lengkapkan petikan di bawah dengan kata terbitan yang sesuai berdasarkan Kata
perkataan yang diberikan di dalam kurungan. Kemudian, bina ayat menggunakan Terbitan
sekurang-kurangnya enam kata terbitan tersebut mengikut konteks.




Telefon bimbit kini dimiliki oleh hampir semua remaja dan golongan dewasa di seluruh dunia.
Alat teknologi sains ini menjadi keperluan (perlu) bagi mereka memandangkan
keupayaan alat ini dalam merapatkan (rapat) jarak sesama manusia dan kemampuannya
menghubungkan manusia tanpa mengambil kira faktor pemisahan (pisah) ruang
dan waktu.

Telefon bimbit sangat memudahkan penggunanya kerana senang dibawa
(bawa) ke mana-mana. Permintaan yang tinggi dan populariti yang mendadak dalam kalangan
pelbagai lapisan (lapis) masyarakat di seluruh dunia amnya dan negara ini khususnya,
membuatkan (buat) harga telefon bimbit menjadi murah dan mampu dimiliki

(milik).
Remaja yang masih mencari-cari identiti diri mereka sendiri kerap berkomunikasi dengan
menggunakan telefon bimbit kerana telefon ini bersifat (sifat) peribadi.
Tinjauan (tinjau) wartawan sebuah akhbar terkenal (kenal) di negara ini

menyatakan bahawa remaja sering menggunakan telefon bimbit untuk merujuk (rujuk)
apa-apa sahaja kemusykilan (musykil) yang dihadapi oleh mereka dengan rakan sebaya. Remaja
di institusi pengajian (kaji) tinggi pula kerap berkomunikasi dengan pensyarah
(syarah) mereka untuk mendapatkan maklumat baharu, mengesahkan (sah) sesuatu maklumat
yang sedia diketahui, dan sebagainya.
Selain itu, golongan (golong) wanita yang dikaji telah menunjukkan bahawa
mereka akan berasa (rasa) tenang dengan memiliki telefon bimbit kerana dapat
menghubungi (hubung) ahli keluarga dan rakan. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa

telefon bimbit merupakan mesin pemudah (mudah) kehidupan. Hal ini demikian kerana
pengguna telefon bimbit dapat menjimatkan masa, tenaga, dan wang dalam urusan harian dan pekerjaan
apabila komunikasi dijalankan dengan menggunakan alat tersebut.
Namun demikian, penggunaan telefon bimbit mempunyai (punya) kesan buruk.
Para pelajar sanggup menggunakan wang pinjaman atau biasiswa untuk membeli telefon bimbit
dan menambah nilai prabayar (bayar). Mereka juga membazirkan (bazir)
masa untuk bersembang (sembang) dengan rakan-rakan. Selain itu, telefon bimbit tidak

dapat digunakan di tempat-tempat tertentu (tentu) seperti bank, stesen minyak,
dan bilik rawatan (rawat) kerana akan mengganggu (ganggu) sistem
pengemudian (kemudi).





Praktis Ekstra
Tema 10





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 40 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6






10M PBD PLUS BMELAYU TG3.indd 40 11/11/2022 7:38 AM

Praktis Masteri 3








PEMINDAHAN MAKLUMAT


Fokus Topik
Pemindahan Maklumat
1. Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, soalan Pemindahan Maklumat terdapat dalam Soalan Kertas 1 ((02/1), Ujian Bertulis
(Pemahaman) dan merupakan soalan subjektif respons terhad.
2. Terdapat satu soalan dikemukakan, iaitu sama ada soalan Ringkasan atau Ulasan.
3. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini ialah 15 markah.
4. Murid wajib menjawab soalan tersebut.

Video
Ringkasan Menulis
Ringkasan
Fokus Topik

Ringkasan (b) Berdasarkan isi-isi penting tersebut, binalah ayat-ayat
1. Dalam aspek ringkasan, satu petikan umum yang anda sendiri.
panjangnya kira-kira 250 hingga 300 patah perkataan (c) Seharusnya, setiap isi penting itu ditulis dalam satu
diberikan. ayat sahaja.
2. Murid dikehendaki supaya menulis ringkasan yang (d) Oleh sebab penulisan ringkasan terikat dengan
panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. bilangan patah perkataan yang terhad, maka ayat-
ayat yang digunakan hendaklah ringkas, tepat, dan
Panduan Menulis Ringkasan padat.
1. Memahami petikan dan kehendak soalan (e) Pemilihan kata yang tepat, ejaan dan tanda baca yang
(a) Baca keseluruhan petikan dan fahami maksud betul, berserta dengan penanda wacana yang sesuai
keseluruhan petikan tersebut.
akan menghasilkan penulisan ringkasan yang baik.
(b) Fahami penanda tugasan, iaitu kata kunci yang 3. Menyemak ringkasan
dinyatakan dalam arahan soalan.
Contoh: Tulis sebuah ringkasan tentang punca- (a) Semak penulisan ringkasan anda secara
keseluruhannya setelah selesai menulis.
punca penderaan kanak-kanak dalam kalangan (b) Buat pembetulan terhadap sebarang kesalahan
masyarakat.
tatabahasa, ejaan, dan tanda baca jika ada.
2. Menulis ringkasan (c) Pastikan panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi
(a) Gariskan isi-isi penting dalam petikan.
100 patah perkataan.



Model Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan
hutan kepada negara. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Kita sedia maklum bahawa hutan merupakan satu daripada sumber alam yang sangat bernilai. Hutan
negara kita kaya dengan flora dan fauna yang merupakan khazanah yang sangat bernilai serta menjadi
warisan kepada generasi akan datang. Sekiranya hutan dimusnahkan, flora dan fauna akan turut pupus.
Akibatnya, negara akan kerugian. Selain itu, hutan juga dapat mengekalkan keseimbangan alam. Hutan yang
dimusnahkan tanpa kawalan akan menyebabkan banyak bencana alam berlaku seperti banjir, tanah runtuh,
hakisan, dan sebagainya.
Hutan mengandungi pokok herba yang menjadi sumber dalam perubatan tradisional. Memang tidak
dinafikan, perubatan moden mampu merawat pelbagai penyakit, namun ada sesetengah penyakit dapat
dirawat melalui perubatan tradisional. Selain itu, sesetengah hutan negara kita yang berusia jutaan tahun
seperti hutan Taman Negara Pahang, menjadi ekopelancongan atau pusat rekreasi yang menarik pelancong
asing untuk bercuti di negara kita. Hal yang demikian kerana mereka ingin melihat keindahan alam semula
jadi di Malaysia. Dengan ini, negara mampu meningkatkan industri pelancongan melalui keindahan alam
semula jadi hutan.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 108






04 Maklumat BM TG3.indd 108 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Pelbagai usaha harus dilakukan agar keaslian hutan dapat dipelihara dan dikekalkan agar pelancong,
terutama pelancong asing akan menjadikan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Memang tidak
dinafikan bahawa kita memerlukan sumber kayu-kayan yang amat berharga untuk kepelbagaian kegunaan.
Namun begitu, penggunaan sumber alam semula jadi ini wajar dirancang sebaik-baiknya agar tidak pupus.
Kita haruslah menggantikan hasil hutan yang diteroka dengan menanam pokok-pokok baharu.
Pada masa yang sama, kita wajar menjalankan tanggungjawab bagi
menangani kemusnahan dan kepupusan hutan negara. Kita tidak harus Bestari Kata
membiarkan kerajaan menggalas tanggungjawab tersebut sendirian. Oleh • ekopelancongan –
itu, semua pihak harus prihatin dan bertindak untuk menyelamatkan hutan pelancongan yang
agar warisan semula jadi ini terus kekal. berasaskan sumber dan
pemeliharaan alam semula
jadi

Model Ringkasan Lengkap

Hutan antara khazanah yang amat bernilai kepada negara. Hutan kaya dengan flora dan fauna yang
menjadi warisan kepada generasi akan datang. Selain itu, hutan sangat penting untuk mengekalkan
keseimbangan alam. Di samping itu, hutan mengandungi pokok herba yang menjadi sumber dalam perubatan
tradisional. Seterusnya, hutan juga merupakan ekopelancongan atau pusat rekreasi yang menjadi tarikan kepada
pelancong. Hutan semula jadi yang terpelihara keasliannya merupakan kelebihan sebagai destinasi kunjungan
pelancong asing.


Ulasan


Fokus Topik
Ulasan
1. Dalam bahagian ini, murid diminta untuk menulis ulasan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.
2. Antara bahan rangsangan yang dikemukakan ialah gambar rajah, gambar foto, carta, jadual, pelan, graf, dan sebagainya.
3. Murid dikehendaki menulis ulasan antara 80 hingga 100 patah perkataan.
4. Semasa menulis ulasan, murid perlu memasukkan isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat dipaparkan dalam bahan
rangsangan manakala isi tersirat ialah impak daripada isi tersurat.
5. Murid perlu menulis ulasan dalam satu perenggan dengan ayat yang gramatis.

Cara Menulis Ulasan
Teliti dan fahami bahan Baca arahan soalan Analisis maklumat dalam
rangsangan dan maklumat dengan teliti dan fahami bahan rangsangan yang
yang diberikan. kehendak soalan. merupakan isi-isi tersurat.


Fikirkan isi-isi tersirat Tulis ulasan dengan
berdasarkan isi-isi tersurat binaan pendahuluan, isi-
yang diperoleh. isi, dan kesimpulan.

Panduan Menulis Pendahuluan
1. Pendahuluan ditulis dalam satu ayat yang ringkas berdasarkan tema bahan rangsangan.
2. Kemudian, teruskan dengan ayat yang berkaitan dengan kehendak soalan.
3. Pastikan setiap ayat yang dibina itu ringkas tetapi padat dan mengandungi sekurang-kurangnya 10 hingga 11 patah
perkataan.
Panduan Menulis Isi Tersurat dan Isi Tersirat
1. Murid-murid perlu menganalisis bahan rangsangan yang diberikan.
2. Selepas itu, kenal pasti isi tersurat dalam bahan rangsangan tersebut.
3. Isi tersurat ditulis dahulu, kemudian tulis isi tersirat.
4. Setiap isi haruslah dihubungkan dengan penanda wacana yang betul.
5. Sebaik-baiknya isi ditulis antara 60 hingga 70 patah perkataan.
Panduan Menulis Penutup / Kesimpulan
1. Penutup atau kesimpulan hendaklah menggambarkan idea daripada keseluruhan ulasan tersebut.
2. Sebaik-baiknya penutup atau kesimpulan ditulis antara 8 hingga 10 patah perkataan.
109 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 109 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Model Ulasan


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.














































Pendahuluan

Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat melancong di
dalam negara kita. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai faedah daripada aktiviti melancong di dalam
negara.
Isi Tersurat (Ayat Topik) Isi Tersirat (Ayat Huraian)

Aktiviti melawat ke tempat-tempat bersejarah dapat Dengan itu, masyarakat menghargai khazanah
meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang sejarah negara selain patriotisme dapat dipupuk
sejarah negara kita. dalam diri mereka.

Di samping itu, melancong dalam negara dapat Kita tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk kos
menjimatkan perbelanjaan rakyat. pengangkutan dan penginapan.

Seterusnya, melancong dalam negara juga dapat Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat meluangkan
mempererat hubungan kekeluargaan. masa dengan anak-anak dan saudara-mara yang
turut menyertai lawatan tersebut.

Akhir sekali, melancong di dalam negara berupaya Perkhidmatan dan perniagaan akan berkembang di
untuk memajukan industri pelancongan negara. destinasi yang menjadi tumpuan pelancong

Penutup

Kesimpulannya, pelbagai usaha harus dilaksanakan agar rakyat teruja untuk memilih destinasi di dalam
negara sebagai tempat percutian.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 110






04 Maklumat BM TG3.indd 110 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Model Ulasan Lengkap


Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat melancong
di dalam negara. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai faedah daripada aktiviti melancong di dalam negara.
Aktiviti melawat ke tempat-tempat bersejarah dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang sejarah
negara kita. Dengan ini, rakyat akan lebih menghargai khazanah sejarah negara selain patriotisme dapat dipupuk
dalam diri mereka. Di samping itu, melancong dalam negara dapat menjimatkan perbelanjaan kerana kita
tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk kos pengangkutan dan penginapan. Seterusnya, melancong dalam
negara juga dapat mempererat hubungan kekeluargaan. Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat meluangkan
masa dengan anak-anak dan saudara-mara yang turut menyertai lawatan tersebut. Akhir sekali, melancong di
dalam negara berupaya untuk memajukan industri pelancongan negara. Perkhidmatan dan perniagaan akan
berkembang di destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Kesimpulannya, pelbagai usaha harus dilaksanakan
agar rakyat teruja untuk memilih destinasi di dalam negara sebagai tempat percutian.


Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara
memajukan industri kecil dan sederhana (IKS). Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.


Pada zaman sains dan teknologi, bidang perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhnya untuk menjana
ekonomi negara. Namun begitu, industri kecil dan sederhana (IKS) dalam meningkatkan ekonomi negara
semakin terpinggir. Kerajaan harus memberikan bantuan khidmat nasihat dan modal kepada  pengusaha
yang baru sahaja menceburkan diri dalam industri ini. Kursus yang berkaitan dengan industri kecil dan
sederhana seperti kraf tangan dan makanan tradisional harus dianjurkan untuk generasi muda agar dapat
memupuk minat bagi mempelajari cara-cara pembuatan sesuatu produk IKS yang berdaya saing. Selain
itu, kerajaan boleh memperkenalkan konsep “Satu Daerah Satu Produk”. Melalui konsep ini, produk yang
dihasilkan mencerminkan keistimewaan sesuatu daerah dan mempunyai identiti tersendiri.
Sebenarnya, industri kecil dan sederhana berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan banyak
memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.  Oleh itu, pihak kerajaan melalui agensi tertentu harus
membimbing para pengusaha IKS tentang strategi untuk menjual dan memasarkan produk mereka. Produk
IKS harus dipamerkan dan dipromosi melalui laman sosial agar jualannya meningkat. Melalui usaha ini, dapat
menarik pelancong asing ke negara kita untuk melihat cara pembuatan produk IKS yang unik. Secara tidak
langsung, usaha ini dapat menjana ekonomi negara.

  Industri kecil dan sederhana juga dapat dimajukan jika  pengusaha mengambil inisiatif untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Industri ini harus
diberikan nafas baharu melalui penggunaan alat teknologi moden untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
produk supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia. Di samping itu, industri kecil dan sederhana
dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada generasi muda kerana permintaan yang semakin
meningkat.

Pihak kerajaan perlu menggalakkan rakyat Malaysia membeli produk IKS sebagai tanda sokongan
terhadap barangan tempatan. Para pengusaha akan lebih bersemangat Bestari Kata
dan proaktif untuk menembusi pasaran luar sekiranya masyarakat setempat
mengutamakan barangan IKS. Peranan media massa amat penting dalam • identiti – ciri atau sifat
usaha untuk mengembangkan industri desa ini dengan mempromosikan dan yang memperkenalkan
seseorang atau sesuatu
menyebarkan maklumat tentang keunikan produk IKS. Peranan media massa • nafas baharu – semangat
sememangnya tepat kerana kewujudan media elektronik seiring dengan baharu yang memulihkan
perubahan masa. sesuatu kegagalan









111 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 111 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Industri kecil dan sederhana (IKS) harus dimajukan dengan pelbagai langkah agar dapat meningkatkan

ekonomi negara. Khidmat nasihat, modal, dan kursus tentang industri kecil dan sederhana harus dilaksanakan
oleh kerajaan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam IKS. Selain itu, konsep “Satu Daerah Satu

Produk” dapat menggambarkan keistimewaan dan identiti sesebuah daerah. Para pengusaha IKS perlu dibimbing
tentang strategi penjualan dan pemasaran produk melalui laman sosial. Seterusnya, pengusaha industri ini
juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penggunaan teknologi moden. Masyarakat juga

harus digalakkan untuk membeli barangan IKS agar para pengusaha lebih giat mengeluarkan produk
mereka. Di samping itu, media massa dapat mengembangkan industri desa dengan mempromosikan dan

menyebarkan maklumat produk IKS. Industri ini harus dimajukan kerana dapat meningkatkan ekonomi negara.








Praktis 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan Info
tentang kepentingan pelancongan domestik. Panjangnya ringkasan anda hendaklah Industri
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat Pelancongan
di Malaysia
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Kerajaan melancarkan pelbagai kempen untuk menggalakkan rakyat melancong dalam negara. Kita tidak
wajar mengetepikan destinasi pelancongan di negara sendiri apabila ingin bercuti. Apabila kita melancong
dalam negara sendiri, kita berpeluang untuk mengenali kebudayaan dan warisan negara dengan lebih
dekat.


Negara kita kaya dengan pelbagai keindahan khazanah alam semula jadi. Sementelahan pula,
masyarakat majmuk di negara kita telah mewujudkan kepelbagaian kesenian, perayaan, dan makanan.
Dengan kata lain, kita akan lebih memahami budaya dan adat resam pelbagai kaum jika melancong dalam
negara. Oleh yang demikian, timbullah perasaan bangga dan cinta akan tanah air.

  Di samping itu, pertambahan bilangan pelancong domestik mampu menjana pertumbuhan ekonomi
negara. Hal ini secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan. Misalnya,
industri perhotelan, taman tema, restoran, dan pusat beli-belah menawarkan banyak peluang pekerjaan
dan perniagaan. Bagi menjamin pelancongan domestik ini terus menyumbang pendapatan negara, kita
tidak boleh bergantung kepada kemasukan pelancong asing. Pelancong tempatan memberikan impak
yang besar kepada kemajuan industri pelancongan domestik.


Aktiviti melancong dalam negara mampu menjadi wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Hal ini disebabkan kos melancong dalam negara agak lebih murah berbanding dengan melancong di luar
negara. Oleh itu, ibu bapa mampu membawa ahli keluarga dalam bilangan yang lebih besar, terutamanya
anak-anak. Dalam kesempatan ini, sambil berseronok ketika mengunjungi pelbagai destinasi pelancongan
pilihan, ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak.
Bestari Kata
Pelancongan domestik mampu memacu ekonomi negara yang
memberangsangkan. Pada masa yang sama, aktiviti melancong dapat • domestik – hal dalam
negeri
menyemai semangat patriotik yang seterusnya memperkukuh jati diri rakyat. • wadah – saluran untuk
Oleh itu, industri pelancongan domestik hendaklah disokong oleh rakyat melakukan sesuatu
demi kelestarian industri berkenaan. • kelestarian – keaslian





© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 112






04 Maklumat BM TG3.indd 112 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Melalui pelancongan domestik, kita dapat mengenali dan memahami kebudayaan, adat resam, dan warisan

negara. Dengan ini, perasaan bangga dan cinta akan negara timbul dalam diri kita. Selain itu, pelancongan
domestik juga dapat menjana ekonomi negara serta menambahkan peluang pekerjaan dan perniagaan

kepada rakyat. Di samping itu, pelancongan domestik juga dapat memberikan kesan terhadap industri
pelancongan. Seterusnya, melancong dalam negara dapat merapatkan hubungan kekeluargaan kerana semua
anggota keluarga bercuti bersama-sama. Kos melancong dalam negara juga agak lebih murah. Akhir sekali,

pelancongan domestik mampu memupuk semangat patriotik serta memperkukuh jati diri rakyat.






Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab
gengsterisme menular dalam kalangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Gengsterisme merujuk perilaku samseng dan buli. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan murid
pada masa ini. Murid bertindak liar dan melupakan moraliti masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi
bahasa. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak. Mereka perlu
memerhatikan pergerakan anak-anak di luar waktu sekolah. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini terlalu
sibuk dengan tugas dan kegiatan sendiri sehingga masa untuk bersama anak-anak terlalu terhad.
Sikap ibu bapa yang terlalu menyebelahi dan memanjakan anak-anak menyebabkan tindakan
membentuk moral murid sukar dijalankan. Segelintir pihak sekolah pula menyembunyikan kes-kes
gengsterisme di sekolah kerana tidak mahu dihebohkan dan berpanjangan. Hal ini menjadikan tindakan
undang-undang sukar diambil terhadap murid yang terlibat. Selain itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh
yang kuat berlakunya budaya buli dan samseng ini. Kes gengsterisme yang disiarkan melalui media massa
kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama. Hal ini berlaku apabila segelintir murid senior membuli
junior. Pemantauan yang lemah oleh pihak pengurusan asrama menyebabkan murid-murid mengambil
peluang untuk melakukan aktiviti ini. Di samping itu, sikap murid yang pantang dicabar menyebabkan
gengsterisme berleluasa.
Masalah gengsterisme hanya dapat ditangani sepenuhnya jika ibu bapa Bestari Kata
memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah. Pada masa yang sama,
ibu bapa mestilah memberikan kerjasama sama ada melalui Persatuan Ibu • senior – lebih tua
Bapa dan Guru (PIBG) atau datang ke sekolah terus. Penglibatan pihak polis • junior – lebih muda
merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.




Gejala gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan murid pada masa ini. Hal ini berpunca daripada
sikap kebanyakan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti sendiri, selain terlalu menyokong dan
memanjakan anak-anak. Di samping itu, segelintir pihak sekolah menyembunyikan kes-kes gengsterisme di

sekolah kerana tidak mahu diketahui umum dan berpanjangan. Selain itu, gengsterisme berlaku kerana murid
menyimpan dendam kepada rakan yang pernah membulinya. Seterusnya, pengawasan pihak pengurusan asrama

yang lemah menyebabkan gengsterisme berlaku. Malahan, sesetengah murid pula bersikap pantang dicabar.
Kesimpulannya, ibu bapa, pihak sekolah, dan polis haruslah bekerjasama bagi menyelesaikan gengsterisme
dalam kalangan murid.




113 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 113 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Pendekatan lama melalui Kempen Bulan Bahasa, Bulan Cintai Bahasa Kita, dan lain-lain jelas kurang
memberikan kesan yang berkekalan kepada masyarakat. Oleh itu, kita wajar mencari dan mencuba
pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu, terutama dalam kalangan generasi muda masa
ini.
Sejarah kegemilangan lampau bahasa Melayu menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
peribumi, berfungsi sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur, dan mudah dipelajari menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Oleh itu, pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai
usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut sistemnya, iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
peristilahan, kosa kata, dan laras bahasa.
Bahasa Melayu telah diangkat statusnya di negara kita sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila
menjadi bahasa pengantar pada peringkat universiti. Oleh itu, kita perlu meneruskan tradisi ini agar bahasa
Melayu tidak lenyap dalam arus pemodenan masa ini. Kejayaan bahasa Melayu itu dapat dilihat sebagai
wahana ilmu pengetahuan melalui penggunaan bahasa tersebut dalam syarahan-syarahan perdana. Usaha
memperkasakan bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) adalah dengan menggunakan bahasa
Melayu dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat cinta akan bahasa tersebut.
Sayugia diingatkan bahawa bahasa Melayu masih merupakan bahasa utama dan bahasa rasmi dalam
sidang Parlimen, urusan pentadbiran kerajaan, dan bidang perundangan. Bahasa Melayu dalam bidang
teknologi maklumat perlu jelas untuk menjadikannya lebih berkeupayaan dan digunakan oleh lebih banyak
pengguna. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu mengadakan lebih banyak kursus yang berkaitan
dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu juga wajar meliputi bidang teknologi maklumat yang kian berkembang pesat ini.
Dengan cara ini, bilangan golongan yang menggunakan bahasa Melayu pada peringkat kepimpinan
dalam industri perisian dapat diperbanyak dan ditingkatkan, terutama dalam kejuruteraan perisian.
Syarikat tempatan atau golongan penyelidik perlu bekerjasama dengan Bestari Kata
pengeluar peralatan CASE luar negara untuk menterjemahkan perisian atau
program kepada bahasa Melayu sepenuhnya agar bahasa Melayu akan terus • lingua franca – bahasa
berkembang mengikut peredaran zaman. perantaraan antara
masyarakat yang berlainan
Walaupun sesetengah pihak kurang gemar menggunakan bahasa bahasa
Melayu, namun sebagai warganegara Malaysia, kita patut mencintai bahasa • wahana – saluran/
ibunda kita. perantaraan
• sayugia – sepatutnya/
selayaknya


Kita wajar mencari dan mencuba pendekatan baharu untuk memartabatkan bahasa Melayu, terutama dalam
kalangan generasi muda kini. Antaranya, kita meneruskan usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa

pengetahuan. Selain itu, bahasa Melayu digunakan dalam syarahan-syarahan perdana dan dalam situasi rasmi.
Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan bahasa rasmi dalam sidang Parlimen, urusan
pentadbiran, dan bidang perundangan. Pada masa yang sama, bahasa Melayu juga digunakan dalam bidang

teknologi maklumat. Akhir sekali, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mengadakan kursus yang berkaitan
dengan kejuruteraan menggunakan bahasa Melayu. Kesimpulannya, kita patut mencintai bahasa ibunda kita

sendiri.








© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 114






04 Maklumat BM TG3.indd 114 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 5

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.







• Mengadakan promosi secara
meluas
• Memanfaatkan medium
media sosial
• Mengadakan kursus
• Menghasilkan produk sejajar
dengan aliran semasa








Pelbagai usaha yang proaktif harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri kraf tangan.
Antara usaha yang dapat dilakukan termasuklah mengadakan promosi secara besar-besaran bagi menggalakkan

pengusaha kraf tangan bergiat secara aktif. Dengan ini, sikap menghargai seni dan nilai barang kraf tangan

dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Usaha ini juga lebih dominan untuk meningkatkan produktiviti
kraf tangan. Selain itu, pihak berkenaan harus memanfaatkan medium media sosial untuk menjual kraf tangan

kepada anggota masyarakat. Para pengusaha kraf tangan harus bijak memanfaatkan medium media sosial

untuk mengembangkan perniagaan produk kraf tangan hingga peringkat antarabangsa. Hal ini demikian kerana

pembelian barang melalui talian sudah menjadi fenomena masyarakat yang ingin semuanya mudah dan cepat
hanya di hujung jari. Seterusnya, agensi yang berkenaan wajar menganjurkan kursus dan pendedahan kepada

pengusaha yang kurang mahir untuk memasarkan produk mereka. Kursus yang dianjurkan ini memberikan

peluang kepada pengusaha untuk memahami pemasaran, terutama peringkat antarabangsa. Akhir sekali,

pengusaha kraf tangan harus juga menghasilkan produk yang sejajar dengan aliran semasa. Oleh itu, kraf
tangan yang dihasilkan perlu unik dan kreatif serta bersesuaian dengan cita rasa semasa tetapi mengekalkan

keasliannya. Kesimpulannya, industri kraf tangan harus didedahkan kepada golongan muda kerana mampu

menjana pendapatan.




















115 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 115 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 6

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Info
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah Kemalangan di
Tempat Kerja dan
perkataan. Pencegahannya



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA










Mewajibkan majikan menghadiri induksi
keselamatan pekerja di tempat kerja



Memakai alat perlindungan keselamatan




Mengendalikan mesin atau peralatan
mengikut prosedur yang ditetapkan


















Kemalangan di tempat kerja tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak. Pelbagai langkah harus
dilakukan agar kes kemalangan di tempat kerja berkurangan. Antaranya termasuklah para pekerja perlu

menghadiri induksi keselamatan di tempat kerja. Dengan ini, para pekerja lebih peka terhadap aspek keselamatan

serta mengamalkan budaya kerja yang berhemah. Pada masa yang sama, para pekerja di bengkel atau di tapak
pembinaan wajib memakai alat perlindungan keselamatan. Pemakaian alatan keselamatan ini sedikit sebanyak

dapat mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan pekerja. Selain itu, para pekerja harus mengendalikan

mesin atau peralatan mengikut prosedur yang ditetapkan. Prosedur penggunaan mesin perlu dipatuhi untuk

mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Kesimpulannya, para pekerja perlu sentiasa
mengamalkan budaya kerja yang berhemah bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja.











© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 116






04 Maklumat BM TG3.indd 116 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 7
Info
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Demam Denggi


Kes Denggi di Malaysia pada Tahun 2012
hingga Tahun 2017

140000
120836
120000
103693 101357
100000 83849
Bilangan kes 80000



60000
43346
40000
21900
20000


0
2012 2013 2014 2015 2016 2017
Tahun



Rajah menunjukkan jumlah kes demam denggi dari tahun 2012 hingga tahun 2017. Pada tahun 2012,

sebanyak 21900 kes berlaku di negara kita. Bilangan ini paling sedikit mungkin kerana kesedaran yang tinggi
dalam kalangan ahli masyarakat tentang bahaya denggi. Pada tahun 2015, bilangan kes demam denggi

mencatatkan angka yang paling tinggi, iaitu 120836 kes. Hal ini mungkin disebabkan oleh ketidakcekapan

pengurusan sampah di kawasan penempatan sehingga menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak. Pada
tahun 2017, bilangan kes demam denggi semakin berkurang menjadi 83849 kes. Hal ini demikian kerana usaha

yang giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan seperti penyemburan asap di kawasan pembiakan

nyamuk aedes. Kesimpulannya, anggota masyarakat perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan

bagi menangani kes demam denggi yang merupakan antara penyakit yang berbahaya.























117 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 117 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 8

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster Info
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Pertanian
di Malaysia




PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR,
DAN AGROPELANCONGAN



22 November – 2 Disember 2023
Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang
10.00 pagi hingga 7.00 malam


Faedah Industri Pertanian dan Penternakan

✰ Menonjolkan teknologi dan inovasi pertanian
(agroteknologi) dalam industri agromakanan negara

✰ Menyediakan pelbagai peluang kerjaya dan bidang
keusahawanan kepada rakyat
✰ Membangunkan dan memajukan industri pertanian

✰ Mempamerkan produk pertanian dan penternakan
serta teknologi perkhidmatan agromakanan



Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agropelancongan Malaysia yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian

Malaysia (MAEPS), Serdang banyak menyumbang kepada kemajuan industri pertanian dan penternakan. Pameran

ini dapat menonjolkan agroteknologi pertanian dalam industri agromakanan negara. Dengan itu, banyak produk
makanan berasaskan pertanian dan penternakan dapat dihasilkan demi bekalan makanan negara. Selain itu,

pameran ini menyediakan peluang kerjaya dan bidang keusahawanan yang dapat diceburi oleh penduduk.

Dengan peluang tersebut, anggota masyarakat dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Seterusnya, kita dapat

mempamerkan produk pertanian, penternakan, teknologi, serta perkhidmatan agromakanan untuk pengetahuan
orang ramai. Hal yang demikian dapat meningkatkan eksport hasil pertanian dan penternakan yang mampu

menjana pendapatan negara. Kesimpulannya, pameran ini merupakan usaha yang efektif untuk membangunkan

serta meningkatkan mutu sektor pertanian dan penternakan negara.




















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 118






04 Maklumat BM TG3.indd 118 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 9

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



KEPENTINGAN MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL





































• Menjadi produk pelancongan • Mengekalkan warisan budaya
• Mengisi masa lapang • Menjadi sumber hiburan






Permainan tradisional kini semakin dilupakan oleh anggota masyarakat. Pelbagai kepentingan

mempopularkan permainan tradisional sehingga pihak kerajaan dan pihak swasta melaksanakan pelbagai
langkah. Antaranya, permainan tradisional dapat dijadikan produk pelancongan yang memberikan manfaat

kepada rakyat dan negara. Biasanya, kebanyakan pelancong yang berkunjung ke negara ini pasti ingin melihat

keunikan budaya warisan. Selain itu, permainan tradisional dapat dijadikan aktiviti mengisi masa lapang secara
berfaedah. Dengan ini, anggota masyarakat dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam aktiviti negatif.

Permainan tradisional merupakan warisan budaya yang harus dipopularkan. Oleh itu, permainan ini perlu

dikekalkan agar tidak lenyap ditelan zaman. Kita juga dapat menjadikan permainan tradisional sebagai sumber

hiburan yang menyeronokkan. Tuntasnya, kita perlu mengembalikan kegemilangan permainan tradisional
kerana permainan ini banyak kepentingannya kepada rakyat dan negara.









119 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






04 Maklumat BM TG3.indd 119 11/11/2022 7:51 AM

Bahasa Melayu Tingkatan 3 Pemindahan Maklumat
Praktis 10

Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PROGRAM BINA JATI DIRI




Tempat : Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam
Tarikh : 26 November hingga 28 November 2023
Masa : 8.00 pagi – 6.30 petang


Aktiviti:









Bengkel Aktiviti Ceramah Membina Menjelajah
Sahsiah Diri Kecergasan Jati Diri Alam Kita



RM200
Untuk menyertai program ini, sila hubungi:
03-2610 6000 / 012-5033456 termasuk
Emel: [email protected] makan
dan
Terbuka kepada murid berumur hingga 13 tahun hingga 16 tahun minum
Terhad kepada 40 orang peserta sahaja




Iklan menunjukkan Program Bina Jati Diri yang merupakan aktiviti cuti sekolah. Program diadakan
selama tiga hari bermula pada 26 November hingga 28 November 2023. Murid yang berminat dengan program

ini dikenakan bayaran sebanyak RM200 termasuklah makan dan minum. Penyertaan terbuka kepada murid

berumur 13 tahun hingga 16 tahun dan terhad kepada 40 orang murid sahaja. Pelbagai aktiviti diadakan
sepanjang program ini berlangsung, iaitu bengkel sahsiah diri, aktiviti kecergasan, ceramah, dan menjelajah

alam kita. Melalui program ini, murid-murid dapat meningkatkan jati diri demi kecemerlangan diri. Selain itu,

program ini merupakan salah satu cara murid mengisi masa cuti sekolah secara berfaedah. Kesimpulannya,
para murid harus merebut peluang menyertai program sedemikian demi kecemerlangan diri.




















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 120






04 Maklumat BM TG3.indd 120 11/11/2022 7:51 AM


Click to View FlipBook Version