Status: CRC
Date: 12/08/2021
Book Format: 190mm x 260mm
Praktis Asas Kecemerlangan Spine: Sadle Stiching PRAKTIS PINTAR KSSR
PELANGI
Subjek TAHUN
FRC325212
1 2 3 4 5 6
Bahasa
Melayu ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
PENULISAN
PENULISAN TAHUN Tatabahasa ✔ ✔ ✔ Praktis PINTAR Praktis Asas Kecemerlangan
PENULISAN
5 English ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Penulisan
✔
✔ ✔
Grammar
✔ ✔
✔
SEMAKAN Writing ✔ ✔ ✔
KSSR
Matematik / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Siri PRAKTIS PINTAR KSSR menampilkan praktis Mathematics
topikal sebagai bahan tambahan kepada buku teks
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sains / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Science
Praktis yang dimuatkan boleh digunakan sebagai
bahan pengukuhan dan pengayaan, serta sebagai Sejarah ✔ ✔ ✔
pentaksiran formatif untuk mengukur tahap Penulisan
pembelajaran murid. Konsep KBAT dan i-THINK Pendidikan
turut diterapkan untuk memenuhi keperluan yang Islam ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
terkini.
Pentaksiran sumatif disediakan juga untuk menilai Pelajaran
pencapaian keseluruhan murid. Siri ini sememangnya Jawi ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
pilihan yang terbaik untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap subjek.
PENULISAN N
PENULISA
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Fauziah Ismail
Cetakan Pertama 2022 Tahun 5
Nota
TAHUN
Praktis Topikal
Praktis Berteraskan DSKP 5
Praktis Pengayaan
W.M: RM7.50 /E.M: RM7.80
FRC325212 KBAT & i-THINK
PELANGI ISBN: 978-967-2878-58-2 SEMAKAN
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Jawapan Lengkap
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. KSSR
Sila layarihttps://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
Kandungan
Bahagian A MEMBINA AYAT ..................................................1
Praktis 1 – 10
Bahagian B MENULIS ULASAN .............................................13
Praktis 1 – 10
Bahagian C MENULIS KARANGAN ..........................................25
• Surat Kiriman Rasmi ....................................................................................26
Praktis 1 – 2
• Surat Kiriman Tidak Rasmi ..........................................................................30
Praktis 1 – 2
• Laporan ......................................................................................................34
Praktis 1 – 2
• Berita ..........................................................................................................38
Praktis 1 – 2
• Catatan .........................................................................................................41
Praktis 1 – 2
• Dialog / Temu Ramah / Wawancara ........................................................45
Praktis 1 – 2
• Ucapan .......................................................................................................49
Praktis 1 – 2
• Menyambung / Melengkapkan Cerita ......................................................53
Praktis 1 – 2
• Fakta ...........................................................................................................57
Praktis 1 – 2
• Autobiografi ..................................................................................................61
Praktis 1 – 2
Praktis Pengayaan ...........................................................................................64
JAWAPAN .................................................................................................J1 – J12
Kandungan.indd 2 7/2/21 12:58 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Bahagian B Menulis Ulasan
Nota Bestari
Bagi menulis ulasan, kita mestilah menulis
apa-apa yang kita fahami berdasarkan
bahan rangsangan yang diberikan, bukan
bercerita tentang bahan rangsangan tersebut.
Selain itu, kita juga perlu
memahami arahan soalan dan
garis kata kuncinya. Ulasan Perkara yang penting ialah
kita juga mestilah ditulis lebih kita perlu berani memberikan
daripada satu perenggan. pendapat atau idea berpandukan
bahan rangsangan tersebut.
Jangan lupa untuk menggunakan Ulasan yang baik mestilah
penanda wacana supaya ulasan kita mempunyai isi tersurat dan
lebih mantap. Antaranya, selain itu, isi tersirat yang bersesuaian
seterusnya, di samping itu, dan akhir dengan bahan rangsangan
sekali. yang diberikan.
Gunakan juga kata penegas seperti
perlulah, hendaklah, haruslah, dan
sebagainya. Disamping itu, kata
hubung juga dapat menjadikan ulasan
kita menarik. Contohnya, dan, supaya,
agar, kerana, sambil, dan untuk.
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 13 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Model Soalan dan Jawapan
Gambar di bawah ini menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya.
Tulis ulasan tentang punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Kenderaan tidak Punca-punca Jalan rosak dan
diselenggara dengan baik Kemalangan berlubang
Jalan Raya
Melanggar peraturan Sikap pemandu yang cuai
Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku sejak belakangan ini berpunca daripada pelbagai
faktor.
Antaranya ialah keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik mengikut tempoh
masa yang ditetapkan. Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan mengalami gangguan
dan sukar untuk dikawal. Selain itu, keadaan jalan raya yang rosak dan berlubang-lubang juga
menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Kenderaan yang tidak sempat mengelak
lubang-lubang berkenaan akan berhadapan dengan kemungkinan berlakunya kemalangan. Di
samping itu, kecuaian pemandu, iaitu memandu dalam keadaan mengantuk dan menggunakan
telefon bimbit menyebabkan mereka hilang tumpuan dan terlibat dalam kemalangan. Seterusnya,
kemalangan juga berlaku berpunca daripada sikap pengguna yang mengabaikan peraturan jalan
raya yang telah ditetapkan seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan jika orang ramai sentiasa
menggunakan jalan raya secara berhemah.
Tip
Tip
Catatkan idea tersirat kepada idea tersurat yang diberikan dalam bahan rangsangan.
Contoh: • Idea tersurat – kenderaan tidak diselenggara dengan baik
• Idea tersirat – menyebabkan kenderaan mengalami gangguan dan sukar dikawal
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bahagian B.indd 14 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 1
Iklan menunjukkan program pameran buku.
Lengkapkan ulasan tentang pameran buku tersebut berdasarkan iklan dan frasa yang diberikan.
pameran Tarikh : 20 April – 22 April 2020
Buku Tempat : Ruang legar Pasar Raya Harian
: 9.00 pagi – 9.00 malam
Masa
✔ Pelbagai jenis buku untuk semua peringkat umur
✔ Pertandingan mewarna dan melukis
✔ Pertandingan bercerita sebuah
✔ Cabutan bertuah buku
✔ Sesi bertemu dengan penulis beribu
✔ Potongan harga sehingga 50% ilmu
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan program!
• pertandingan mewarna, melukis, dan bercerita • pelbagai bahan bacaan dengan potongan
• ruang legar Pasar Raya Harian harga yang istimewa
• pada 20 hingga 22 April 2020 • sebagai suatu bentuk daya penarik
• bertemu dengan para penulis buku • membolehkan orang ramai memiliki buku
• mencungkil bakat anak-anak yang digemari oleh mereka
Iklan menunjukkan suatu pameran buku. Pameran buku ini diadakan (1)
bertempat di (2) .
Pelbagai aktiviti seperti (3) turut
diadakan bertujuan untuk (4) . Orang ramai boleh membeli
(5) .
Potongan harga istimewa diberikan untuk (6) .
. Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk
(7) agar mereka dapat mengenali penulis buku
yang terkenal. Cabutan bertuah turut diadakan (8)
supaya lebih banyak pengunjung yang akan hadir ke pameran buku itu.
Kesimpulannya, kita digalakkan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak
sejak mereka kecil lagi.
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 15 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 2
Grafik menunjukkan cara-cara anak menghormati ibu bapa.
Lengkapkan ulasan tentang cara-cara anak menghormati ibu bapa.
Mematuhi suruhan
dan nasihat ibu
bapa
Mendoakan Cara-cara Anak
kesejahteraan Menghormati Ibu Membantu ibu bapa
ibu bapa Bapa
Bercakap dengan
lemah lembut
Sebagai anak, kita mestilah menghormati ibu bapa yang melahirkan kita. Pelbagai cara boleh kita
laksanakan untuk menghormati mereka.
Antaranya, kita (1)
kerana perintah dan ajaran mereka pastilah membawa kita ke arah kebaikan. Pada masa
yang sama, kita hendaklah (2)
supaya dapat meringankan beban tugas mereka.
Seterusnya, kita dapat melahirkan rasa hormat kepada mereka dengan cara (3)
. Ibu bapa tentu gembira sekiranya kita menghormati
mereka. Akhir sekali, kita wajar (4)
walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Kesimpulannya, kita wajib menghormati ibu bapa kita di samping berbakti kepada mereka
sementara hayat mereka masih ada.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
Bahagian B.indd 16 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 3
Sajak di bawah ini menceritakan ciri-ciri sahabat yang baik.
Lengkapkan ulasan tentang ciri-ciri tersebut.
Sahabat,
dirimu amat kusayangi
saat aku kesedihan
saat aku gembira
pastinya engkau sentiasa
di sisi setia menemaniku.
Sahabat,
engkau tidak pernah jemu
membimbing dan membantu aku
menuntut ilmu.
Engkau juga sangat pemurah
tidak lokek membeli makanan
tidak takut kehabisan wang.
Sahabat,
ketenangan sikapmu
mengagumkan aku.
• pemurah dan tidak sesekali berkira dengan rakannya
• setia bersama-sama kita, baik ketika kita susah mahupun ketika kita senang
• tidak pernah berasa jemu untuk menolong rakan-rakannya
• membantu kita dalam pelajaran
Hampir semua orang mempunyai sahabat yang akrab. Sahabat dianggap orang yang kedua
penting dalam hidup seseorang, selain keluarga.
Sahabat yang baik lazimnya disayangi kerana (1)
. Selain itu, sahabat yang baik juga ialah pembimbing yang akan
(2) .
Dia akan berusaha untuk memastikan sahabatnya menempa kejayaan bersama-samanya.
Di samping itu, ciri sahabat yang baik adalah (3) .
Dia bersikap (4) . Sahabat itu
tidak akan kedekut untuk membelanjai kita makan atau membelikan kita sesuatu.
Kesimpulannya, sahabat yang baik akan dikagumi dan menjadi idola bagi setiap orang. Oleh
itu, kita wajarlah berusaha untuk menjadi rakan yang disayangi dan dikagumi.
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 17 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 4
Petikan di bawah ini berkaitan dengan pantang larang yang terdapat dalam kehidupan masyarakat
Melayu.
Lengkapkan ruangan isi tersirat tentang pantang larang tersebut.
Masyarakat Melayu terkenal dengan pantang larangnya. Orang-orang dahulu mencipta
pantang larang yang pelbagai demi kebaikan semua pihak tanpa mengira peringkat usia.
Antara pantang larang yang dicipta oleh mereka ialah kita tidak boleh duduk di atas
bantal kerana dibimbangi mendapat bisul. Selain itu, masyarakat dahulu juga melarang
anak-anak mereka memotong kuku pada waktu malam. Orang yang memotong kuku pada
waktu malam dikatakan akan pendek umur.
Kejadian pelangi yang timbul selepas hujan amat indah dipandang. Namun begitu, orang
tua-tua sering mengingatkan agar tidak menunjukkan tangan ke arah pelangi. Sekiranya kita
berbuat demikian, jari kita dikatakan akan menjadi kudung.
Kebanyakan rumah masyarakat pada zaman dahulu merupakan rumah kayu dan
bertangga. Oleh itu, masyarakat Melayu zaman dahulu dilarang duduk di muka tangga. Rezeki
dikatakan payah masuk ke dalam rumah seandainya kita suka duduk di muka tangga.
Banyak lagi pantang larang masyarakat pada zaman dahulu yang menjadi amalan
turun-temurun. Sebahagian daripada pantang larang ini masih diamalkan sehingga kini.
Pendahuluan: Petikan menerangkan pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu
suatu ketika dahulu.
Isi tersurat Isi tersirat
1. Antaranya, kita tidak dibenarkan
duduk di atas bantal
2. Selain itu, kita juga dilarang
daripada memotong kuku pada
waktu malam
3. Di samping itu, kita juga tidak
boleh menunjukkan tangan ke
arah pelangi
4. Akhir sekali, kita tidak boleh
duduk di muka tangga
Kesimpulan: Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang untuk menjauhi pelbagai kesan
negatif dalam kehidupan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18
Bahagian B.indd 18 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 5
Petikan di bawah ini berkaitan dengan kebaikan amalan menabung.
Lengkapkan ruangan isi tersirat tentang kebaikan amalan menabung.
Menabung merupakan amalan berjimat cermat yang patut diasuh kepada anak-anak sejak
mereka kecil lagi. Apabila menabung, kita dapat menyimpan sebahagian daripada wang kita.
Wang ini dapat digunakan terutamanya pada waktu kecemasan nanti.
Selain itu, menabung juga dapat memberi kita peluang untuk mengumpulkan wang
supaya dapat dibelanjakan pada masa hadapan. Wang yang terkumpul dapat digunakan
untuk pelbagai tujuan sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga.
Amalan menabung yang dipupuk dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi akan menjadi
satu amalan rutin yang berterusan hingga dewasa. Hal ini dapat menjamin kehidupan kita
pada masa hadapan di samping menghindarkan diri daripada hidup dalam kesusahan dan
kepapaan.
Pendahuluan: Amalan menabung patut dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Amalan ini banyak memberikan kebaikan kepada kita.
Isi tersurat Isi tersirat
1. Kita dapat menyimpan sebahagian
daripada wang apabila menabung.
2. Selain itu, amalan menabung
juga memberi kita peluang untuk
mengumpulkan wang.
3. Amalan menabung yang dilakukan
sejak kecil akan menjadi satu amalan
rutin yang berterusan hingga dewasa.
4. Seterusnya, kehidupan kita akan
sentiasa terjamin jika kita menabung.
Kesimpulan: Sesungguhnya, amalan menabung banyak manfaatnya. Oleh itu, kita haruslah
menabung walaupun sedikit kerana “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.
19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 19 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 6
Graf menunjukkan peratus kehadiran murid Sekolah Kebangsaan Seri Pandan pada bulan Mei 2020.
Lengkapkan ulasan tentang kehadiran murid tersebut dalam bentuk perenggan berdasarkan
kedua-dua maklumat yang diberikan.
Peratus Kehadiran Murid Sekolah Kebangsaan Seri Pandan
pada Bulan Mei 2020
Peratus
100 93.8 93.8 94.7
92.5 93.4
90.5
80 ❐ peratusan yang hampir sekata
❐ murid gemar ke sekolah
60 ❐ program menarik
❐ keprihatinan ibu bapa
40
20
Tahun
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Graf menunjukkan peratus kehadiran murid Sekolah Kebangsaan Seri Pandan sepanjang bulan
Mei 2020.
Peratusan kehadiran murid dari tahun satu hingga tahun enam (1)
. Hal ini menggambarkan
bahawa (2) .
Peratus kehadiran murid yang paling rendah ialah (3)
. Hal ini mungkin berpunca daripada (4)
. Seterusnya, murid
tahun enam (5)
. Hal ini disebabkan oleh (6)
. Beberapa
(7) serta (8) turut
menyumbang kepada peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah.
Kesimpulannya, kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari akan menjadi penyumbang
kecemerlangan mereka dalam pelajaran.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20
Bahagian B.indd 20 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 7
Rajah menunjukkan kebaikan Internet kepada murid-murid.
Lengkapkan ulasan tentang kebaikan-kebaikan tersebut.
Kebaikan Internet
kepada Murid-murid
Pada masa ini, Internet sudah dianggap sebagai suatu keperluan oleh masyarakat, termasuk
golongan murid.
Murid-murid melayari Internet untuk (1)
.
Dengan demikian, murid dapat menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu bergantung pada
sumber maklumat yang lain, seperti surat khabar dan buku rujukan. Selain itu, Internet menjadi
sumber maklumat yang mudah dan pantas. Hal ini demikian kerana, (2)
.
Kebaikan Internet yang lain ialah murid-murid (3)
terutama bahasa Inggeris kerana terdapat
pelbagai laman web yang menyediakan pembelajaran bahasa itu. Seterusnya, murid-murid
(4)
melalui laman sosial seperti Facebook,
Twitter, dan lain-lain yang kini telah menjadi medan perantaraan dalam kalangan pengguna
Internet di seluruh dunia.
Kesimpulannya, (5)
.
Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal penggunaan Internet dalam
kalangan murid.
21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 21 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 8
Grafik menunjukkan cara-cara menjaga kesihatan diri.
Lengkapkan ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.
Mengamalkan
pemakanan yang
seimbang
Melakukan pemeriksaan Cara-cara Menjaga Bersenam dan
kesihatan Kesihatan Diri bersukan
Mendapatkan tidur dan
rehat yang cukup
Kesihatan amat penting kepada setiap individu kerana kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan dengan baik demi kesejahteraan hidup kita.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 22
Bahagian B.indd 22 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 9
Petikan di bawah ini memaparkan sambutan Hari Guru di sekolah.
Tulis ulasan tentang nilai murni yang diperoleh dalam petikan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini diraikan oleh
setiap sekolah di negara kita.
Para pengawas dilantik untuk merancang dan melaksanakan sambutan Hari Guru
pada peringkat sekolah. Oleh itu, mereka telah bermesyuarat untuk mengagihkan
tugasan sesama ahli. Setiap pasukan melaksanakan tugasan mereka mengikut
perancangan bagi memastikan guru-guru diraikan bersempena dengan hari yang amat
bermakna ini.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah acara sukaneka yang
disertai oleh guru-guru dan murid-murid. Murid-murid juga mengambil kesempatan untuk
memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Sambutan yang dijalankan sungguh meriah dan meninggalkan kenangan yang abadi.
23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian B.indd 23 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian B
Praktis 10
Poster menunjukkan pelancaran program Jom ke Sekolah yang dijalankan di seluruh negara.
Tulis ulasan tentang pelancaran program tersebut dalam bentuk perenggan berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam poster.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Pelancaran Program
Jom ke Sekolah
Tarikh : 5 Januari 2020 Ganjaran
Tempat : Dewan Sarjana, SK Seri Bentan Menanti
Masa : 7.30 pagi ✧ Anugerah kehadiran
terbaik
✧ Anugerah kehadiran
Objektif : awal
✔ Menyedarkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah
✔ Mengubah sikap murid bahawa sekolah ialah tempat yang
menyeronokkan
✔ Meningkatkan pencapaian akademik
✔ Meningkatkan peratus kehadiran
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24
Bahagian B.indd 24 7/17/20 4:39 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Berita
Model Soalan dan Jawapan
Sebagai wartawan sebuah akhbar, kamu dikehendaki supaya menulis berita tentang kejadian
banjir yang berlaku di tempat tinggal kamu.
Tulis berita tersebut selengkapnya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
PENGKALAN KUBUR, 28 Februari – Sebanyak 48 orang penduduk Kampung Kok Pauh dan 76 orang
penduduk Kampung Sepakat terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kampung Kok Pauh
kerana rumah mereka dinaiki air semalam. Terdahulu daripada itu, 65 orang penduduk Kampung
Jaya telah dipindahkan lebih awal apabila kediaman mereka dinaiki air sedalam dua meter.
Hujan lebat yang turun semalaman itu menyebabkan air naik secara mendadak. Tambahan
pula, kampung-kampung tersebut terletak berhampiran dengan Sungai Golok. Operasi memindahkan
kesemua mangsa banjir dilakukan oleh anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam.
Pihak penyelamat menggunakan beberapa buah bot untuk memindahkan semua mangsa.
Polis marin turut menghantar beberapa orang anggotanya untuk memberikan bantuan. Semua
mangsa diselamatkan pada malam itu juga ke pusat pemindahan mangsa banjir tersebut.
Pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Tumpat telah menyalurkan bantuan seperti
makanan, pakaian, ubat-ubatan, dan keperluan lain kepada semua mangsa banjir. Menurut
jurucakap jawatankuasa tersebut, sepasukan sukarelawan telah bersedia di pusat pemindahan
itu untuk membantu mangsa banjir. Mereka terdiri daripada mahasiswa sebuah universiti yang
berdekatan.
Tinjauan wartawan di pusat penempatan itu mendapati mangsa-mangsa banjir belum
dibenarkan pulang. Hal ini demikian kerana, air masih berada pada paras bahaya. Namun
demikian, tiada laporan tentang kehilangan nyawa dalam kejadian tersebut hingga kini.
Tip
Tip
Format penulisan berita mestilah dipatuhi untuk mengelakkan pemotongan markah.
Karangan perlulah menjawab persoalan yang berkaitan dengan apa, bila, di mana, siapa,
mengapa, dan bagaimana.
Penulisan berita mestilah menggunakan ayat-ayat yang mudah, ringkas, dan padat.
Petikan kata-kata atau pendapat orang atau pihak tertentu boleh disertakan supaya karangan
berita lebih menarik.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 38
Bahagian C.indd 38 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 1
Suatu kejadian kebakaran telah berlaku di kawasan tempat tinggal kamu.
Tulis berita tentang peristiwa tersebut selengkapnya berdasarkan dialog yang diberikan.
Sebaris kedai dua tingkat
musnah dalam kebakaran
awal pagi semalam. Kejadian
itu berpunca daripada kedai
nombor empat.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Kerugian akibat kebakaran itu sedang ditaksirkan.
39 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian C.indd 39 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 2
Sebagai pemberita, kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang perasmian sebuah bengkel
batik di tempat tinggal kamu.
Tulis berita itu selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 40
Bahagian C.indd 40 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Catatan
Model Soalan dan Jawapan
Kamu sekeluarga akan menyambut hari raya di kampung halaman. Bapa kamu merancang untuk
pulang awal ke kampung halaman, iaitu dua hari sebelum sambutan hari raya tersebut.
Tulis catatan perjalanan kamu sekeluarga pulang ke kampung.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Jumaat, 22 Mei 2020
6.00 pagi
Selesai menunaikan solat Subuh, kami sekeluarga memasukkan beg pakaian ke dalam ruang
bagasi kereta. Ibu memastikan semua suis elektrik ditutup serta pintu dan tingkap dikunci dengan
rapi kerana kami akan meninggalkan rumah dalam suatu jangka masa yang agak lama.
6.30 pagi
Kami bertolak ke kampung halaman ayah yang terletak di Perak. Sebaik-baik sahaja memasuki
kawasan lebuh raya, kenderaan mulai bertali arus. Oleh itu, ayah memandu dengan berhati-hati
untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
10.00 pagi
Kenderaan kami melepasi kawasan Negeri Sembilan dan menghampiri kawasan Selangor.
Kenderaan semakin banyak. Ayah terpaksa berhenti rehat sebentar di kawasan rehat dan rawat
Dengkil untuk menghilangkan kepenatan memandu. Saya dan adik-beradik yang lain mengambil
kesempatan ke tandas.
11.00 pagi
Selepas berehat selama satu jam, kami menyambung perjalanan menuju ke destinasi. Sepanjang
perjalanan, kami dapati ada juga beberapa buah kenderaan yang tersadai kerana mengalami
kerosakan kecil. Terdapat juga pemandu dan penunggang motosikal yang mengendalikan
kenderaan mereka secara berbahaya. Mujur ayah penyabar orangnya dan sentiasa berjaga-jaga
sepanjang perjalanan.
1.30 petang
Setelah tujuh jam dalam perjalanan, akhirnya kami tiba di kampung halaman dengan selamat.
Saya bersyukur kerana perjalanan kami tidak berhadapan dengan masalah walaupun bilangan
kenderaan yang menggunakan lebuh raya pada hari ini memang amat luar biasa. Datuk dan
nenek menyambut kepulangan kami dengan gembira kerana berpeluang untuk merayakan hari
raya bersama-sama pada tahun ini.
Tip
Tip
Catat peristiwa atau kejadian yang berlaku mengikut urutan.
Sertakan hari, haribulan, tahun, dan diikuti waktu kejadian untuk catatan sehari.
Untuk catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan tahun. Waktu kejadian dinyatakan
apabila perlu sahaja.
Gunakan bahasa yang mudah, padat, dan gramatis serta peribahasa yang sesuai.
41 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian C.indd 41 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 1
Sekolah kamu telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pada minggu lalu.
Tulis catatan tentang program tersebut berdasarkan rangka karangan yang diberikan.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI SEKOLAH
Pendahuluan
murid-murid, guru-guru, dan ibu Isi 1
bapa berkumpul di dewan sekolah – mendengar taklimat daripada ketua
ada yang membawa cangkul, sabit, program – pembahagian kawasan dan
sabun, baldi, dan lain-lain tugasan – mula bergotong-royong
Isi 2
membersihkan kawasan kolam ikan Isi 3
Berehat – menikmati jamuan ringan –
– meletakkan semua ikan ke dalam menyambung aktiviti gotong-royong –
sebuah besen – mencuci kolam –
membuang dan mengumpulkan mengisi kolam dengan air yang bersih
sampah sarap – memasukkan ikan
Penutup
Isi 4
gotong-royong tamat – sekolah guru besar menyampaikan ucapan
terima kasih – aktiviti gotong-royong
kelihatan bersih dan ceria – kerjasama akan diadakan lagi pada masa akan
yang erat dalam kalangan warga datang – berjanji akan menyertai aktiviti
sekolah, termasuk ibu bapa
murni ini
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 42
Bahagian C.indd 42 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian C.indd 43 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 2
Kamu telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh persatuan penduduk
di tempat tinggal kamu.
Tulis catatan tentang majlis tersebut selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 44
Bahagian C.indd 44 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Dialog / Temu Ramah / Wawancara
Model Soalan dan Jawapan
Guru kamu meminta kamu menulis karangan tentang kesan-kesan buruk vandalisme. Kamu
mengajak rakan kamu berbincang tentang perkara itu.
Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Petang semalam, saya ke rumah Faizal untuk mengajaknya berbincang tentang tajuk karangan
yang diberikan oleh Cikgu Amran. Tajuk karangan itu ialah kesan-kesan buruk vandalisme.
Asyraf : Faizal, mari kita berbincang tentang tajuk karangan yang diberikan oleh Cikgu Amran
pagi tadi.
Faizal : Bagus juga. Kemudahan awam disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk
kegunaan orang ramai. Akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap
kemudahan awam, pelbagai masalah telah wujud.
Asyraf : Misalnya, kita sering melihat telefon awam telah diconteng dan dirosakkan. Gagang
telefon dicabut, manakala peti syilingnya disumbat dengan pelbagai objek. Apabila
berlaku kecemasan atau malapetaka seperti kemalangan dan kebakaran, mangsa sukar
untuk menghubungi pihak yang berkenaan bagi meminta bantuan. Akibatnya, nyawa
terkorban dan harta benda musnah.
Faizal : Selain itu, peralatan di taman permainan kanak-kanak juga menjadi mangsa vandalisme.
Jika kanak-kanak bermain alat permainan yang rosak, sudah tentu akan membahayakan
keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja terjatuh, malahan berisiko untuk mendapat
kecederaan.
Asyraf : Sesetengah tandas awam diconteng dengan perkataan dan gambar yang tidak baik dan
dirosakkan. Hal ini memberikan gambaran buruk tentang peradaban masyarakat kita,
terutama kepada pelancong asing. Malahan, kerajaan terpaksa mengeluarkan wang
yang banyak untuk membaiki tandas-tandas awam tersebut.
Asyraf : Masalah ini sebenarnya dapat diselesaikan sekiranya setiap individu menyedari hak
pengguna kemudahan awam yang lain. Masyarakat juga patut melaporkan kegiatan
vandalisme yang dilihat kepada pihak berkuasa agar pihak yang bersalah dikenakan
hukuman. Hal ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan
perbuatan tersebut.
Faizal : Sekarang bolehlah kita mula menulis karangan ini.
Asyraf : Terima kasih, Faizal kerana sudi berbincang dengan saya tentang tajuk ini.
Faizal : Sama-sama.
Tip
Tip
Wujudkan suasana dialog seperti sesi
perbualan yang sebenar.
45 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian C.indd 45 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 1
Kamu ditugaskan untuk menemu ramah Tokoh Murid sekolah kamu.
Lengkapkan temu ramah di bawah ini selengkapnya.
Pada waktu malam, saya belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ibu saya. Saya
juga memberikan tumpuan terhadap ajaran guru di kelas. Selain itu, saya turut mengamalkan
perbincangan secara berkumpulan selepas waktu pembelajaran tamat untuk mendapatkan
lebih kefahaman tentang sesuatu topik.
Tentulah ibu bapa saya, guru-guru, dan rakan-rakan yang memberikan dorongan kepada
saya. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana tidak jemu-jemu memberikan
semangat dan mendoakan kejayaan saya. Saya berharap akan dapat membalas jasa
mereka kelak.
Saya berasa sungguh terkejut kerana tidak menyangka akan menerima anugerah ini. Pada
masa yang sama, saya gembira. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada pihak
sekolah kerana memilih saya.
Selain bidang akademik, saya turut menumpukan perhatian terhadap bidang kokurikulum.
Saya pernah dinobatkan sebagai olahragawati sekolah dan memenangi pertandingan pada
peringkat daerah seperti johan pertandingan syarahan dan naib johan kuiz sejarah. Pada
pendapat saya, kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum haruslah seiring.
Saya, Fateha binti Sulaiman telah menemu ramah Tokoh Murid Sekolah Kebangsaan Seri Medan,
iaitu Amelya binti Azlan semalam. Temu ramah ini telah diadakan di dewan sekolah.
Fateha : Selamat pagi, Amelya.
Amelya : Selamat pagi.
Fateha : Tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana diumumkan sebagai Tokoh Murid sekolah
kita pada tahun ini.
Amelya : Terima kasih.
Fateha : Apakah perasaan saudari apabila diumumkan sebagai penerima anugerah tersebut?
Amelya :
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 46
Bahagian C.indd 46 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Fateha : Apakah rahsia kejayaan saudari?
Amelya :
Fateha : Bagaimanakah saudari membahagikan masa belajar?
Amelya :
Fateha : Siapakah yang memberikan dorongan kepada saudari sehingga saudari berjaya?
Amelya :
Fateha : Baiklah, Amelya. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari sudi ditemu ramah pada
hari ini.
Amelya : Sama-sama.
47 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahagian C.indd 47 7/17/20 4:42 PM
Penulisan Tahun 5 Bahagian C
Praktis 2
Pada waktu rehat, kamu telah berbual dengan seorang rakan tentang kebaikan menabung wang
di bank.
Tulis perbualan tersebut selengkapnya.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 48
Bahagian C.indd 48 7/17/20 4:42 PM
JAWAPAN
Bahagian A: Membina Ayat 2. Kanak-kanak yang berumur sembilan hingga 13
Praktis 1 tahun layak menyertai kem ini kerana mereka telah
mampu berdikari.
1. berkejar-kejaran 3. Antara kelebihan setelah kanak-kanak menyertai
2. duduk kem ini ialah mereka akan lebih menyayangi diri
3. berjoging sendiri.
4. membelikan 4. Kem Bina Insan akan menyedarkan kanak-kanak
5. membuang tentang tanggungjawab mereka kepada keluarga
dan negara.
Praktis 2 5. Pendaftaran awal akan membuka peluang yang
cerah bagi kanak-kanak untuk menyertai kem ini.
1. perasmian
2. perbarisan Praktis 6
3. acara padang dan balapan
4. rumah tercantik 1. Banyak terdapat buku dan majalah yang disusun
dengan rapi di perpustakaan.
5. penyampaian hadiah
2. Beberapa orang murid sedang membaca buku dan
Praktis 3 mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
3. Seorang pustakawan sedang menyusun buku di rak
1. seperti cili, bawang, ikan bilis, minyak, nasi, dan buku yang telah ditetapkan supaya mudah dicari
garam. oleh pembaca.
2. cili, bawang, dan ikan bilis sehingga lumat. 4. Seorang murid sedang memilih buku yang sesuai
3. di atas api yang sederhana serta bubuh sedikit dari rak buku.
minyak untuk menumis. 5. Seorang pustakawan sedang melayan murid yang
4. yang telah ditumbuk lalu dimasukkan nasi serta ingin meminjam buku dengan sopan.
garam secukup rasa.
5. bahan hingga sebati dan masak selama beberapa Praktis 7
minit.
1. Kita boleh menghargai masa lapang dengan
Praktis 4 membaca buku atau surat khabar agar dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
1. mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri. 2. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan melukis
2. makanan rakyat Malaysia dihidangkan kepada orang yang bukan sahaja dapat mengasah bakat, malahan
ramai yang hadir. boleh dijadikan sebagai suatu kaedah meluahkan
3. dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional perasaan.
kaum Melayu. 3. Orang ramai juga digalakkan supaya bersukan atau
4. pakaian tradisional masing-masing bersesuaian bersenam pada masa lapang supaya badan menjadi
dengan tema majlis. sihat dan cergas.
5. beramah mesra bagi mengukuhkan ikatan perpaduan 4. Aktiviti bercucuk tanam pada masa lapang juga
kaum. amat digalakkan untuk menghijaukan persekitaran
di samping mengeluarkan peluh.
Praktis 5 5. Aktiviti memancing pada masa lapang sangat
berfaedah kerana kita bukan sahaja mendapat ikan,
1. Kem Bina Insan diadakan pada hari Selasa malahan dapat menguji tahap kesabaran.
bersamaan dengan 17 Mac 2020 di Kem Tagor,
Kelantan.
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Jawapan.indd 1 7/17/20 4:43 PM
Penulisan Tahun 5 Jawapan
Praktis 8 Bahagian B: Menulis Ulasan
1. Pertandingan berbalas pantun diadakan di dewan Praktis 1
sekolah bersempena dengan sambutan Minggu 1. pada 20 hingga 22 April 2020
Bahasa Melayu. 2. ruang legar Pasar Raya Harian
2. Murid-murid tahap dua menyertai pertandingan 3. pertandingan mewarna, melukis, dan bercerita
mendeklamasikan sajak yang diadakan selama dua
jam. 4. mencungkil bakat anak-anak
3. Pertandingan syarahan yang diadakan bersempena 5. pelbagai bahan bacaan dengan potongan harga
dengan Minggu Bahasa Melayu telah diadili oleh dua yang istimewa
orang juri jemputan. 6. membolehkan orang ramai memiliki buku yang
4. Murid-murid tahun tiga dapat mencabar ketajaman digemari oleh mereka
minda mereka dengan menyertai acara pertandingan 7. bertemu dengan para penulis buku
teka silang kata. 8. sebagai suatu bentuk daya penarik
5. Aktiviti mewarna poster bertemakan “Cintai Bahasa
Kita” disertai oleh murid-murid tahun satu dan tahun Praktis 2
dua di dewan terbuka. 1. hendaklah mematuhi suruhan dan nasihat ibu bapa
2. membantu ibu bapa di rumah
Praktis 9 3. bercakap dengan lemah lembut
1. Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh orang-orang Islam 4. mendoakan kesejahteraan mereka
selepas mereka berpuasa selama sebulan.
2. Perayaan Tahun Baharu Cina biasanya diraikan Praktis 3
oleh masyarakat Cina sebagai menyambut ketibaan 1. setia bersama-sama kita baik ketika kita susah
tahun baharu dalam kalendar masyarakat mereka. mahupun ketika kita senang
3. Pesta cahaya yang biasanya dikenal sebagai Hari 2. membantu kita dalam pelajaran
Deepavali disambut oleh masyarakat India sebagai 3. tidak pernah berasa jemu untuk menolong rakan-
perayaan mereka. rakannya
4. Hari kebesaran masyarakat Iban di Sarawak, iaitu 4. pemurah dan tidak sesekali berkira dengan rakannya
Hari Gawai pula biasanya disambut dengan meriah
pada penghujung bulan Mei setiap tahun. Praktis 4
5. Penganut agama Kristian akan merayakan Hari
Krismas pada 25 Disember setiap tahun. 1. untuk mengelakkan punggung daripada ditumbuhi
bisul yang menyakitkan.
Praktis 10 2. kerana dikhuatiri cepat mati dan meninggalkan
orang-orang yang tersayang.
1. Kita dapat membina keluarga bahagia dengan 3. kerana bimbang jari kita menjadi kudung. Hal ini akan
makan bersama-sama anggota keluarga pada setiap menyebabkan kita susah untuk melakukan sesuatu
hari. kerja.
2. Ibu bapa berperanan untuk memberikan tunjuk 4. untuk mengelakkan rezeki payah untuk masuk
ajar kepada anak-anak sebagai langkah membina disebabkan adanya halangan.
keluarga bahagia.
3. Kita boleh melakukan aktiviti riadah bersama-sama Praktis 5
keluarga agar dapat mengeratkan hubungan serta
memupuk kasih sayang sesama angota keluarga. 1. Wang tabungan ini dapat digunakan pada waktu
4. Sikap mengambil berat terhadap masalah dalam terdesak seperti ditimpa kemalangan.
keluarga boleh mewujudkan keluarga yang bahagia. 2. Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk
5. Kita digalakkan untuk bersiar-siar dan bercuti menyambung pelajaran, membeli barang keperluan
bersama-sama keluarga untuk membina ikatan diri, dan membantu keluarga.
kekeluargaan yang erat dan bahagia. 3. Hal ini dapat mendisiplinkan diri serta menjadi
amalan baik.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2
Jawapan.indd 2 7/17/20 4:43 PM
Status: CRC
Date: 12/08/2021
Book Format: 190mm x 260mm
Praktis Asas Kecemerlangan Spine: Sadle Stiching PRAKTIS PINTAR KSSR
PELANGI
Subjek TAHUN
FRC325212
1 2 3 4 5 6
Bahasa
Melayu ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
PENULISAN
PENULISAN TAHUN Tatabahasa ✔ ✔ ✔ Praktis PINTAR Praktis Asas Kecemerlangan
PENULISAN
5 English ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Penulisan
✔
✔ ✔
Grammar
✔ ✔
✔
SEMAKAN Writing ✔ ✔ ✔
KSSR
Matematik / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Siri PRAKTIS PINTAR KSSR menampilkan praktis Mathematics
topikal sebagai bahan tambahan kepada buku teks
dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Sains / ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
Science
Praktis yang dimuatkan boleh digunakan sebagai
bahan pengukuhan dan pengayaan, serta sebagai Sejarah ✔ ✔ ✔
pentaksiran formatif untuk mengukur tahap Penulisan
pembelajaran murid. Konsep KBAT dan i-THINK Pendidikan
turut diterapkan untuk memenuhi keperluan yang Islam ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
terkini.
Pentaksiran sumatif disediakan juga untuk menilai Pelajaran
pencapaian keseluruhan murid. Siri ini sememangnya Jawi ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔
pilihan yang terbaik untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam setiap subjek.
PENULISAN N
PENULISA
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman
atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Fauziah Ismail
Cetakan Pertama 2022 Tahun 5
Nota
TAHUN
Praktis Topikal
Praktis Berteraskan DSKP 5
Praktis Pengayaan
W.M: RM7.50 /E.M: RM7.80
FRC325212 KBAT & i-THINK
PELANGI ISBN: 978-967-2878-58-2 SEMAKAN
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd. Jawapan Lengkap
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan. KSSR
Sila layarihttps://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).