SARIMAH HANIM AMAN SHAH DR MOHAMAD SIRI MUSLIMIN KARYA PENULIS BUKU POPULAR MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI PELANGI Professional MIKROEKONOMI SIRI TEKS PROFESIONAL IPT
Prakata Buku Mikroekonomi ini merupakan sebuah buku yang memperkenalkan anda kepada konsep asas ilmu ekonomi mikro. Panel pengarang yang berwibawa, mahir tentang silibus dan mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran telah menulis buku ini dengan mengambil kira keperluan buku teks dan silibus pelbagai institusi pengajian tinggi. Buku ini terdiri daripada sepuluh bab yang membincangkan topik-topik penting dalam ilmu ekonomi mikro. Susunan kandungan buku ini adalah seperti berikut: Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi Bab 2 Teori Permintaan dan Penawaran Bab 3 Keseimbangan Pasaran Bab 4 Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran Bab 5 Teori Pengeluaran Bab 6 Kos Pengeluaran Bab 7 Pasaran Persaingan Sempurna Bab 8 Pasaran Monopoli Bab 9 Pasaran Persaingan Bermonopoli Bab 10 Pasaran Oligopoli Buku ini direka khusus untuk membantu pembaca memahami konsep-konsep ekonomi mikro dengan cara yang mudah difahami. Buku ini disediakan dengan reka grafik yang menarik, nota yang disusun dengan kemas dan sistematik serta latihan pengukuhan bagi setiap topik. Ciri tambahan seperti penggunaan dwibahasa bagi terma ekonomi, nota ringkas di kolum sisi dan juga kata kunci yang bercetak tebal turut disediakan untuk memudahkan pemahaman pembaca. Akhir kata, buku ini merupakan panduan yang sempurna bagi para pembaca yang ingin mendalami topik Mikroekonomi. Kami berharap buku ini akan menjadi sumber daya yang berguna bagi para pelajar, golongan profesional dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu ekonomi mikro. Salam, Penulis v
Kerangka Bab Menyenaraikan senarai subtopik dalam bab. Fakta Penting Fakta-fakta penting dalam teks disenaraikan dalam bentuk yang ringkas supaya pelajar mudah membuat ulangkaji. Definisi Merupakan definisi bagi sesuatu konsep. Ciri Istimewa Buku Ini Istilah Dwibahasa Istilah Ekonomi dalam dwibahasa. Memudahkan pelajar untuk membuat rujukan di laman sesawang. Halaman Pengenalan Merangsang minat murid terhadap tajuk yang dipelajari dengan gambar foto yang menarik dan teks pengenalan yang mencungkil minat pelajar. vi
Info Ekonomi Maklumat tambahan untuk tujuan pengayaan. Rumusan Meringkaskan kandungan bab dalam bentuk nota padat. Latihan Pengukuhan Terdiri daripada Soalan Objektif, Soalan Pernyataan Betul atau Salah, Soalan Esei dan Soalan Pengiraan. Jawapan Jawapan lengkap bagi Latihan Pengukuhan disediakan dalam bentuk kod QR. vii
2 BAB 3 BAB 1 BAB KANDUNGAN Penulis Buku Ini iii Pendahuluan v Ciri Istimewa Buku Ini vi PENGENALAN KEPADA ILMU EKONOMI 1 1.1 Definisi Ekonomi 2 1.2 Sumber Ekonomi (Faktor Pengeluaran) 3 1.3 Klasifikasi Jenis Barangan 4 1.4 Bidang Kajian Ekonomi 6 1.5 Masalah Umum Ekonomi 7 1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran 8 1.7 Masalah Asas Ekonomi 13 1.8 Sistem Ekonomi 15 Rumusan 27 Latihan Pengukuhan 28 Teori Permintaan dan Penawaran 31 2.1 Definisi Permintaan 32 2.2 Jadual Permintaan dan Keluk Permintaan 32 2.3 Hukum Permintaan 33 2.4 Fungsi Permintaan 34 2.5 Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran 36 2.6 Faktor yang Mempengaruhi Permintaan 38 2.7 Perubahan dalam Kuantiti Diminta dan Perubahan Permintaan 45 2.8 Permintaan Luar Biasa 46 2.9 Jenis-jenis Permintaan 48 2.10 Definisi Penawaran 51 2.11 Jadual Penawaran dan Keluk Penawaran 52 2.12 Hukum Penawaran 53 2.13 Fungsi Penawaran 54 2.14 Penawaran Firma dan Penawaran Pasaran 56 2.15 Faktor yang Mempengaruhi Penawaran 58 2.16 Perubahan dalam Kuantiti Ditawar dan Perubahan Penawaran 61 2.17 Penawaran Luar Biasa 62 2.18 Jenis Penawaran yang Berkaitan 64 Rumusan 66 Latihan Pengukuhan 67 Keseimbangan Pasaran 71 3.1 Keseimbangan Pasaran 72 3.2 Penentuan Keseimbangan Pasaran 72 3.3 Lebihan Permintaan dan Lebihan Penawaran 74 3.4 Perubahan Keseimbangan 76 3.5 Lebihan Pengguna dan Lebihan Pengeluar 81 3.6 Kecekapan Pasaran 84 viii
4 BAB 5 BAB 6 BAB 7 BAB 3.7 Kegagalan Pasaran dan Tujuan Campur Tangan Kerajaan 86 3.8 Campur Tangan Kerajaan melalui Dasar Kawalan Harga 89 Rumusan 92 Latihan Pengukuhan 93 Keanjalan Permintaan dan Keanjalan Penawaran 97 4.1 Keanjalan Permintaan 98 4.2 Keanjalan Permintaan Harga 98 4.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan 113 4.4 Keanjalan Permintaan Silang 115 4.5 Keanjalan Penawaran Harga 117 4.6 Campur Tangan Kerajaan melalui Dasar Cukai dan Subsidi 124 Rumusan 131 Latihan Pengukuhan 133 Teori Pengeluaran 137 5.1 Teori Pengeluaran dan Terminologi Penting 138 5.2 Fungsi Pengeluaran 141 5.3 Pengeluaran Jangka Pendek 142 5.4 Jumlah Keluaran (TP), Keluaran Purata (AP) dan Keluaran Marginal (MP) 142 5.5 Tiga Tahap Pengeluaran 146 5.6 Hukum Pulangan Marginal Berkurangan 149 5.7 Pengeluaran Jangka Panjang 151 5.8 Hukum Pulangan Mengikut Skel 153 Rumusan 155 Latihan Pengukuhan 156 Kos Pengeluaran 159 6.1 Teori Kos Pengeluaran 160 6.2 Kos Pengeluaran Jangka Pendek 162 6.3 Kos Pengeluaran Jangka Panjang 172 6.4 Ekonomi Bidangan dan Tak Ekonomi Bidangan 176 Rumusan 183 Latihan Pengukuhan 185 Pasaran Persaingan Sempurna 188 7.1 Konsep Hasil dan Untung 189 7.2 Definisi dan Ciri-ciri Pasaran Persaingan Sempurna 191 7.3 Keluk Permintaan Industri dan Keluk Permintaan Firma dalam Pasaran Persaingan Sempurna 193 7.4 Keluk Jumlah Hasil, Keluk Hasil Purata dan Keluk Hasil Marginal dalam Pasaran Persaingan Sempurna 193 7.5 Penentuan Tingkat Output Keseimbangan Firma Persaingan Sempurna 195 7.6 Keseimbangan Firma dalam Jangka Pendek 198 7.7 Keseimbangan Firma dalam Jangka Panjang 202 7.8 Keluk Penawaran Firma dan Keluk Penawaran Industri dalam Pasaran Persaingan Sempurna 205 7.9 Kecekapan Ekonomi dalam Pasaran Persaingan Sempurna 206 ix
8 BAB 10 BAB 9 BAB 7.10 Kelebihan dan Kelemahan Pasaran Persaingan Sempurna 208 Rumusan 210 Latihan Pengukuhan 211 Pasaran Monopoli 215 8.1 Definisi dan Ciri-ciri Pasaran Monopoli 216 8.2 Sekatan Kemasukan Firma dalam Pasaran Monopoli 217 8.3 Keluk Permintaan Pasaran Monopoli 219 8.4 Keluk Hasil dan Keluk Kos Pasaran Monopoli 220 8.5 Penentuan Tingkat Output Keseimbangan Pasaran Monopoli 223 8.6 Keseimbangan Firma dalam Jangka Pendek 226 8.7 Keseimbangan Firma dalam Jangka Panjang 230 8.8 Diskriminasi Harga 231 8.9 Kecekapan Ekonomi dalam Pasaran Monopoli 236 8.10 Kelebihan dan Kelemahan Pasaran Monopoli 237 8.11 Perbandingan antara Pasaran Persaingan Sempurna dengan Pasaran Monopoli 239 8.12 Campur Tangan Kerajaan dan Dasar Kawalan Harga terhadap Pasaran Monopoli 241 Rumusan 245 Latihan Pengukuhan 246 Pasaran Persaingan Bermonopoli 250 9.1 Definisi dan Ciri-ciri Pasaran Persaingan Bermonopoli 251 9.2 Keluk Permintaan, Keluk Hasil Purata dan Keluk Marginal bagi Firma Persaingan Bermonopoli 252 9.3 Keseimbangan Pasaran Persaingan Bermonopoli 254 9.4 Keseimbangan Firma Pasaran Persaingan Bermonopoli dalam Jangka Pendek 256 9.5 Keseimbangan Firma dalam Jangka Panjang 259 9.6 Persaingan Bukan Harga 262 9.7 Kecekapan Ekonomi dalam Pasaran Persaingan Bermonopoli 264 9.8 Kelebihan dan Kelemahan Pasaran Persaingan Bermonopoli 265 9.9 Perbandingan antara Pasaran Persaingan Bermonopoli dengan Pasaran Persaingan Sempurna dan Pasaran Monopoli 266 Rumusan 272 Latihan Pengukuhan 273 Pasaran Oligopoli 276 10.1 Definisi dan Ciri-ciri Pasaran Oligopoli 277 10.2 Rasional Kewujudan Firma Oligopoli 279 10.3 Keluk Permintaan dan Keluk Hasil Marginal Firma Oligopoli yang Istimewa 280 10.4 Keseimbangan Pasaran Oligopoli 282 10.5 Pimpinan Harga dan Persepakatan Rahsia dalam Pasaran Oligopoli 283 10.6 Kecekapan Ekonomi dalam Pasaran Oligopoli 286 10.7 Kelebihan dan Kelemahan Pasaran Oligopoli 287 10.8 Perbandingan antara Keempat-empat Bentuk Pasaran 288 Rumusan 289 Latihan Pengukuhan 291 x
1 PENGENALAN KEPADA ILMU EKONOMI Kita selalu menggunakan istilah ‘ekonomi’ dalam kehidupan harian. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ekonomi? Ekonomi meliputi bidang yang luas dalam kehidupan masyarakat. Setiap bidang seperti bidang pendidikan, agama, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pertahanan dan lain-lain mempunyai aspek yang boleh dibincangkan melalui kaca mata ilmu ekonomi. Ringkasnya, ekonomi ialah teori yang menyentuh kehidupan individu dan masyarakat secara menyeluruh. Dalam topik ini, kita akan membincangkan ilmu ekonomi dari segi konsep, takrif dan kepentingan ilmu ekonomi dalam membuat keputusan penggunaan sumber yang cekap. Kerangka Bab 1.1 Definisi Ekonomi 1.2 Sumber Ekonomi (Faktor Pengeluaran) 1.3 Klasifikasi Jenis Barangan 1.4 Bidang Kajian Ekonomi 1.5 Masalah Umum Ekonomi 1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran 1.7 Masalah Asas Ekonomi 1.8 Sistem Ekonomi 1.9 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi 1 BAB "Economic is the science of how people make choice." - Paul Samuelson
2 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 1.1 Definisi Ekonomi Ekonomi ialah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam mengagihkan dan memperuntukkan faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan secara maksimum bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Kegiatan ekonomi bertumpu pada kegiatan isi rumah yang berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia yang tidak terbatas dengan kuantiti keluaran yang terhad. Beberapa tokoh ekonomi telah memberi pandangan yang berlainan mengenai ekonomi: Ekonomi sebagai Sains Kekayaan • Menurut Adam Smith, ekonomi merupakan kajian mengenai sebab-sebab wujud kekayaan bangsa. • F. A. Walker menegaskan ekonomi ialah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kekayaan. • J. B. Sau juga mengatakan ekonomi merupakan satu bidang sains yang mengkaji kekayaan. • Mereka berpendapat melalui ilmu ekonomi, individu, masyarakat atau negara boleh menjadi kaya-raya dan menikmati kemakmuran. Ekonomi sebagai Sains Kajian Bahan • Alfred Marshall, Lord Beveridge, Canna dan Pigou menganggap ekonomi sebagai sains kebajikan bahan. • Dengan kata lain, ekonomi merupakan bidang sains sosial yang mengkaji cara-cara manusia menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk memajukan kebajikan material. Ekonomi sebagai Sains yang Mengkaji Masalah Kekurangan dan Pilihan • Keynes mendefinisikan ekonomi sebagai bidang sains sosial yang mengkaji pengurusan sumber pengeluaran yang terhad, penentu pendapatan negara dan tingkat guna tenaga. Dengan perkataan lain, bidang ini mengkaji sebabsebab ketidakstabilan ekonomi berlaku dan cara untuk mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. • Benham mendefinisikan ekonomi sebagai bidang sains sosial yang mengkaji penentu-penentu yang mempengaruhi saiz, agihan, dan kestabilan pendapatan negara. Pada zaman sekarang, kajian tentang pertumbuhan ekonomi dan kestabilan ekonomi menjadi semakin penting, khususnya di negara-negara sedang membangun. Adam Smith (1723 – Julai 1790) merupakan bapa ekonomi moden yang terkenal dengan karyanya “Wealth of Nation”. Alfred Marshall (Julai 1842 – Julai 1924) merupakan ahli ekonomi neo-klasik yang terkenal.
3 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Unit-unit Ekonomi Unit-unit ekonomi merupakan unit yang membuat keputusan dalam ekonomi. Jadual 1.1 Definisi setiap unit ekonomi Unit ekonomi Definisi Isi rumah Individu / sekumpulan individu yang membuat keputusan ekonomi secara bersama. Isi rumah bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan barang dan perkhidmatan. Firma Unit ekonomi / organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang / perkhidmatan. Objektif firma adalah memaksimumkan keuntungan dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Kerajaan Unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma melalui undang-undang. Objektif kerajaan adalah meningkatkan taraf hidup rakyat dan memaksimumkan kebajikan masyarakat. Sektor luar / asing Unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan perdagangan antarabangsa apabila menjalankan kegiatan eksport dan import dengan negara lain. Objektifnya adalah memaksimumkan keuntungan. 1.2 Sumber Ekonomi (Faktor Pengeluaran) Faktor pengeluaran merupakan sumber yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Faktor pengeluaran merupakan input dalam proses pengeluaran. Faktor pengeluaran wujud dalam bentuk wang, harta benda atau keupayaan fizikal dan mental. Faktor pengeluaran terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan teknologi. Tanah Tanah merujuk kepada anugerah alam yang meliputi sumber alam semula jadi sama ada di permukaan, di dalam perut bumi atau di dasar laut. Contoh tanah adalah seperti hasil hutan, sumber laut dan sumber galian. Penawaran tanah adalah terhad dan tidak homogen dari segi kualiti, berkekalan dari segi lokasi dan geografi. Nilai tanah berbeza mengikut kualiti dan lokasi. Tanah tidak mempunyai mobiliti kawasan tetapi mempunyai mobiliti penggunaan. Pulangan kepada tanah ialah sewa. Faktor pengeluaran: • Tanah • Buruh • Modal • Usahawan • Teknologi Istilah Dwibahasa Isi Rumah – Household Firma – Firm Kerajaan – Government Sektor Luar – External Sector
4 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Buruh Buruh merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Buruh terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir. Buruh mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Buruh berbeza dari segi kecekapan dan daya pengeluaran. Buruh bersifat unik dan mempunyai perasaan. Pulangan kepada buruh ialah upah. Modal Modal merupakan benda ciptaan manusia yang digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Modal meliputi modal wang, modal tetap (peralatan dan jentera) dan modal kerja (bahan mentah). Modal mudah ditambah dan dikurangkan serta dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pulangan kepada modal ialah bunga. Usahawan (Pengusaha) Usahawan merupakan individu yang menggabungkan dan menyelaraskan sumber ekonomi seperti tanah, buruh dan modal bagi tujuan mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Usahawan mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk menguruskan sebuah firma secara cekap dan boleh mendapatkan keuntungan. Usahawan berperanan sebagai pemimpin, perancang, pengelola, pembuat keputusan, penyelaras, pengurus dan pengawal aktiviti firma. Pulangan kepada usahawan kerana sanggup mengambil risiko ialah keuntungan. Teknologi Teknologi bukan merupakan sumber ekonomi atau input pengeluaran. Teknologi merupakan salah satu daripada faktor pengeluaran dan merupakan hasil ciptaan manusia. Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan kecekapan sesebuah firma. Kesannya, kos pengeluaran dapat dikurangkan dan ekonomi dapat berkembang. Pulangan kepada teknologi ialah daya pengeluaran atau produktiviti. 1.3 Klasifikasi Jenis Barangan Barang Percuma dan Barang Ekonomi Barang percuma merupakan barang anugerah semula jadi yang boleh diperoleh tanpa melibatkan kos seperti udara, cahaya matahari dan air hujan. Klasifikasi jenis barangan: • Barang percuma • Barang ekonomi • Barang modal • Barang perantaraan • Barang pengguna • Barang awam • Barang persendirian
5 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Penawaran barang percuma adalah tidak terhad. Oleh itu, barang percuma tidak mempunyai harga dan kos lepasnya adalah sifar. Barang ekonomi ialah barang yang penawarannya terhad dan penggunaannya melibatkan harga dan kos lepas. Barang ekonomi terdiri daripada barang nampak dan perkhidmatan yang digunakan untuk memenuhi keperluan masyarakat. Contoh barang ekonomi termasuk makanan, pakaian, rumah dan lain-lain. Semua jenis barang yang ada di dalam dunia adalah barang ekonomi, kecuali barang percuma. Barang Modal, Barang Perantaraan dan Barang Pengguna Barang modal ialah barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain. Contoh barang modal ialah jentera dan bangunan kilang. Ciri-ciri barang modal: • Tidak hilang bentuk asal walaupun selepas digunakan. • Berlaku susut nilai. Barang perantaraan merupakan input yang digunakan bagi menghasilkan barang akhir. Contoh barang perantaraan termasuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan lain-lain. Ciri-ciri barang perantaraan: • Hilang bentuk asal apabila diproses. • Barang yang mesti diproses untuk dijadikan barang akhir atau barang siap. • Permintaannya dikenali sebagai permintaan berkait atau permintaan terbitan. Barang pengguna atau barang akhir merupakan barang yang dihasilkan untuk tujuan penggunaan. Barang pengguna dapat memberi kepuasan secara langsung kepada pengguna. Ciri-ciri barang pengguna: • Boleh digunakan secara terus oleh pengguna tanpa melalui proses pemprosesan. • Dapat dikelaskan kepada barang tahan lama (contoh: kipas angin dan dapur gas) dan barang mudah rosak (contoh: ikan, sayur-sayuran). Barang Awam dan Barang Persendirian Barang awam adalah barang yang tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian dan prinsip pilihan ternyata. Individu atau masyarakat tidak dapat dikecualikan daripada menggunakan barang awam. Contoh barang awam tulen ialah perkhidmatan rumah api yang dibiayai oleh kerajaan melalui kutipan cukai daripada orang ramai. Ciri-ciri barang awam: • Semua orang boleh menggunakan barang awam tanpa mengira sama ada mampu membayar ataupun tidak. • Penawarannya adalah terhad. • Ditawarkan kepada semua golongan masyarakat, sama ada golongan kaya atau golongan miskin. Istilah Dwibahasa Barang Percuma – Free Goods Barang Ekonomi – Economic Goods Barang Modal – Capital Goods Barang Perantaraan – Intermediate Goods Barang Pengguna – Consumer Goods Barang awam – Public Goods Barang Persendirian – Private Goods
6 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 • Biasanya disediakan oleh kerajaan bagi tujuan meningkatkan taraf kebajikan masyarakat. • Ada kos pengeluaran. • Melibatkan kos lepas. • Tidak dikenakan bayaran atau dikenakan bayaran minimum atas penggunaannya. Barang persendirian adalah barang yang dimiliki oleh orang persendirian. Barang persendirian juga dikenali sebagai barang swasta. Orang lain tidak boleh menggunakan tanpa kebenaran pemiliknya. Contoh barang persendirian termasuk rumah, kereta, komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Ciri-ciri barang persendirian: • Penawaran terhad. • Ada kos pengeluaran kerana disediakan oleh firma. • Wujud kos lepas. • Dimiliki oleh individu melalui kuasa beli masing-masing. • Melibatkan persaingan antara individu dengan syarikat yang memilikinya. • Motif kepuasan bagi pengguna dan keuntungan kepada firma. 1.4 Bidang Kajian Ekonomi Bidang kajian ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu mikroekonomi dan makroekonomi. Mikroekonomi Mikroekonomi ialah kajian dalam unit ekonomi yang lebih kecil, iaitu individu dan firma. Tumpuan kajian mikroekonomi atau teori harga ialah bagaimana unit ekonomi seperti isi rumah, firma dan industri membuat keputusan ekonomi bagi mencapai matlamat masing-masing. Mikroekonomi juga membincangkan bagaimana harga barang dan perkhidmatan serta harga faktor pengeluaran iaitu upah, sewa dan kadar bunga ditentukan. Makroekonomi Makroekonomi pula ialah kajian terhadap kegiatan ekonomi negara dan sektor utama ekonomi secara keseluruhan. Makroekonomi juga dikenali sebagai teori penentuan pendapatan. Analisis kajian makroekonomi bertumpu pada kajian ekonomi secara agregat dan menyeluruh. Misalnya, kajian makroekonomi tidak fokus pada harga suatu barang, tetapi memberikan tumpuan pada tingkat harga umum secara menyeluruh. Aspek yang berkaitan dengan pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, pengangguran, inflasi, penggunaan dan pelaburan agregat misalnya akan dikaji dalam bidang makroekonomi.
7 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 1.5 Masalah Umum Ekonomi Konsep masalah ekonomi terbahagi kepada tiga, iaitu masalah kekurangan, masalah pilihan dan masalah kos lepas. Kekurangan Masalah kekurangan berlaku kerana barang dan perkhidmatan yang dapat dihasilkan adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Masalah ini wujud kerana bekalan sumber semula jadi, masa, tenaga, kewangan dan faktor pengeluaran adalah terbatas. Contoh kekurangan: • Individu menghadapi masalah kekurangan masa untuk belajar dan aktiviti rekreasi. Individu juga kekurangan pendapatan untuk membayar yuran dan membeli makanan, minuman dan pakaian. • Firma menghadapi masalah kekurangan dari segi modal untuk menjalankan projek antarabangsa. • Kerajaan menghadapi masalah kekurangan hasil bagi membina kemudahan asas seperti sekolah, klinik dan jalan raya demi kebajikan masyarakat. Pilihan Masalah pilihan timbul apabila kita terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan. Kehendak yang tidak terhad disusun mengikut keutamaan dan pilihan yang terbaik dibuat berdasarkan matlamat dan kemampuan unit ekonomi. Contohnya, seseorang individu dengan pendapatan yang terhad perlu membuat pilihan untuk membeli baju atau kasut. Sekiranya membeli baju akan memberikan kepuasan yang lebih tinggi, maka individu tersebut akan membeli baju. Firma pula membuat pilihan berdasarkan matlamatnya, iaitu memaksimumkan keuntungan. Contohnya, firma boleh memilih untuk membuka perniagaan baharu atau mengambil alih perniagaan lain dengan sumber kewangan yang sedia ada. Kerajaan membuat pilihan supaya dapat memaksimumkan kebajikan rakyat. Contohnya, dengan mengambil kira jumlah kos yang terlibat, jika pembinaan hospital dapat meningkatkan kebajikan masyarakat tempatan, maka kerajaan akan memilih untuk membina hospital berbanding dengan pembinaan taman rekreasi. Kos Lepas Masalah pilihan akan mewujudkan kos lepas. Kos lepas merujuk kepada pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Contoh kos lepas: • Seorang individu mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada membeli baju atau kasut. Jika individu tersebut memilih untuk membeli kasut kerana ia memberi kepuasan yang lebih tinggi, maka kos lepasnya ialah baju yang terpaksa dilepaskan. • Sebuah firma mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada membuka perniagaan baharu atau mengambil alih perniagaan sedia ada. Jika firma tersebut memilih Masalah ekonomi: • Kekurangan • Pilihan • Kos lepas Unit ekonomi Matlamat pilihan Isi rumah Memaksimumkan kepuasan Firma Memaksimumkan keuntungan Kerajaan Memaksimumkan kebajikan masyarakat Istilah Dwibahasa Kekurangan – Scarcity Pilihan – Choice Kos Lepas – Opportunity Cost
8 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 untuk mengambil alih perniagaan sedia ada kerana ia dijangka membawa keuntungan yang lebih banyak, maka kos lepasnya ialah membuka perniagaan baharu. • Kerajaan boleh memilih untuk membina hospital atau taman rekreasi berdasarkan peruntukan yang sedia ada. Kerajaan memilih untuk membina hospital kerana kemudahan ini memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat awam. Dalam keadaan ini, kos lepas yang terlibat ialah membina taman rekreasi. Jadual 1.2 Contoh kekurangan, pilihan dan kos lepas unit-unit ekonomi Unit ekonomi Kekurangan Pilihan Kos lepas Individu / isi rumah Pendapatan Komputer riba atau kasut berjenama Kasut berjenama jika komputer riba dipilih atau sebaliknya Firma Faktor pengeluaran Intensif buruh atau intensif modal Intensif modal jika kaedah pengeluaran intensif buruh dipilih atau sebaliknya Kerajaan Hasil kerajaan Kem tentera atau sekolah Kem tentera jika sekolah dipilih atau sebaliknya 1.6 Keluk Kemungkinan Pengeluaran Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang dihadapi oleh sesebuah negara. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan tingkat maksimum pelbagai kombinasi dua barangan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi yang cekap pada tingkat teknologi tertentu. Andaian yang terlibat untuk menerangkan keluk kemungkinan pengeluaran adalah seperti berikut: • Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang. • Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. • Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah. • Sumber ekonomi adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti. Jadual Kemungkinan Pengeluaran Jadual 1.3 merupakan jadual kemungkinan pengeluaran bagi sebuah negara yang mengeluarkan dua jenis barang, iaitu makanan dan pakaian. Jadual 1.3 Jadual Keluk Kemungkinan Pengeluaran Kombinasi pilihan Makanan (unit) Pakaian (unit) A 0 10 B 1 9 C 2 7 D 3 4 E 4 0 Istilah Dwibahasa Keluk Kemungkinan Pengeluaran – Production Possibility Curve
9 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 • Negara ini mempunyai pelbagai kombinasi pilihan untuk menghasilkan barang, iaitu A, B, C, D dan E. • Jika kombinasi A dipilih, negara ini akan menggunakan semua faktor pengeluaran untuk menghasilkan 10 unit pakaian. • Apabila pengeluaran makanan ditambah, pengeluaran pakaian terpaksa dikurangkan. • Jika negara memilih kombinasi B, demi menambahkan 1 unit makanan, 1 (10 – 9) unit pakaian terpaksa dilepaskan. • Apabila pengeluaran makanan ditambah menjadi 2 unit seperti yang ditunjukkan dalam kombinasi C, 2 (9 – 7) unit pakaian terpaksa dilepaskan. • Jika pengeluaran makanan terus ditambah kepada 3 unit (kombinasi D), 3 (7 – 4) unit pakaian terpaksa dilepaskan. • Keadaan ini berlaku disebabkan kekurangan faktor pengeluaran dalam ekonomi. Kos lepas untuk mengeluarkan tambahan 1 unit makanan didapati meningkat. Keluk Kemungkinan Pengeluaran Rajah 1.1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran yang terbentuk dari Jadual 1.3. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 Pakaian (unit) Makanan (unit) A B C G D F E Rajah 1.1 Keluk kemungkinan pengeluaran • Paksi menegak menunjukkan kuantiti pakaian manakala paksi mendatar menunjukkan kuantiti makanan. • Titik A menunjukkan semua faktor pengeluaran digunakan untuk menghasilkan pakaian sahaja, iaitu 10 unit. • Titik E pula menunjukkan semua faktor pengeluaran digunakan untuk menghasilkan makanan sahaja, iaitu 4 unit. • Titik B, C dan D menunjukkan kombinasi pengeluaran pakaian dan makanan pada pelbagai tingkat pengeluaran. Keluk kemungkinan pengeluaran yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan seperti ditunjukkan pada Rajah 1.1 menggambarkan hubungan negatif atau songsang antara pengeluaran pakaian dengan pengeluaran makanan. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang dihadapi sesebuah negara dengan mudah. Titik A, B, C, D dan E • Pilihan kombinasi yang mencapai guna tenaga penuh Titik A • Semua sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan pakaian Titik E • Semua sumber ekonomi digunakan untuk menghasilkan makanan Titik F • Pembaziran sumber berlaku Titik G • Kombinasi yang tidak tercapai dengan sumber ekonomi dan tingkat teknologi yang sedia ada
10 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Masalah Kekurangan Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran. Kombinasi G hanya boleh dicapai jika wujudnya pertambahan faktor pengeluaran, peningkatan tingkat teknologi atau peningkatan produktiviti buruh. Selain itu, masalah kekurangan juga dapat ditunjukkan oleh kombinasi-kombinasi sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran. Masalah kekurangan menghalang masyarakat daripada menambahkan pengeluaran kedua-dua barang secara serentak. Untuk menambah satu barang maka satu barang lagi perlu dikurangkan pengeluarannya. Masalah Pilihan Masalah pilihan ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran, iaitu kombinasi titik A, B, C, D dan E. Ekonomi perlu memilih kombinasi pengeluaran yang boleh membawa keuntungan yang paling maksimum. Jika masyarakat lebih mementingkan pengeluaran makanan yang digambarkan oleh titik B, maka masyarakat akan memperuntukkan lebih banyak sumber ekonomi untuk mengeluarkan pakaian dan hanya sedikit sumber untuk mengeluarkan makanan. Titik F dalam Rajah 1.1 pula menunjukkan ketidakcekapan ekonomi. Ekonomi mampu mengeluarkan 3 unit pakaian dan 1 unit makanan, tetapi pembaziran dan pengangguran berlaku pada kombinasi tersebut kerana faktor pengeluaran tidak digunakan dengan sepenuhnya. Masalah Kos Lepas Kos lepas pula ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, iaitu jumlah pakaian dan makanan yang terpaksa dilepaskan untuk menambahkan jumlah pengeluaran barang lain. Pengiraan Kos Lepas Berdasarkan Jadual 1.3, rumus pengiraan kos lepas untuk menghasilkan makanan adalah seperti berikut: Kos lepas = –(Perubahan pengeluaran pakaian) Perubahan pengeluaran makanan Jadual 1.4 Kos lepas menghasilkan makanan Pergerakan Kos lepas makanan (dalam sebutan kuantiti pakaian) Titik A ke titik B – (9 – 10) 1 – 0 = 1 Titik B ke titik C – (7 – 9) 2 – 1 = 2 Titik C ke titik D – (4 – 7) 3 – 2 = 3 Titik D ke titik E – (0 – 4) 4 – 3 = 4
11 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Berdasarkan Jadual 1.4, didapati kos lepas untuk menghasilkan makanan adalah semakin bertambah. Ini bermakna semakin banyak makanan dikeluarkan, semakin banyak pakaian perlu dilepaskan. Rumus pengiraan kos lepas menghasilkan pakaian pula ditunjukkan seperti berikut: Kos lepas = –(Perubahan kuantiti makanan) Perubahan kuantiti pakaian Jadual 1.5 Kos lepas menghasilkan pakaian Pergerakan Kos lepas pakaian (dalam sebutan kuantiti makanan) Titik E ke titik D –(3 – 4) 4 – 0 = 0.25 Titik D ke titik C –(2 – 3) 7 – 4 = 0.33 Titik C ke titik B –(1 – 2) 9 – 7 = 0.5 Titik B ke titik A –(0 – 1) 10 – 9 = 1 Berdasarkan Jadual 1.5, didapati kos lepas untuk menghasilkan pakaian juga semakin bertambah. Ini bermakna semakin banyak pakaian dikeluarkan, semakin banyak makanan perlu dilepaskan. Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung dari titik asal menunjukkan kos lepas semakin meningkat. Keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk garis lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan pula menggambarkan kos lepas sesuatu barang adalah tetap. KKP berbentuk cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat. KKP berbentuk garis lurus menunjukkan kos lepas malar. Barang Y Barang X 1 0 1 1 1 2 1 X Y Z 2 3 4 5 6 7 8 2 3 4 5 6 7 8 Kos lepas semakin meningkat Barang Y Barang X 1 0 1 1 1 X Y Z 2 3 4 5 6 7 8 2 3 4 5 6 7 8 1 1 Kos lepas malar Rajah 1.2 Keluk kemungkinan pengeluaran yang menunjukkan kos lepas meningkat Rajah 1.3 Keluk kemungkinan pengeluaran yang menunjukkan kos lepas malar
12 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Perubahan Keluk Kemungkinan Pengeluaran Keluk kemungkinan pengeluaran akan berubah kesan daripada pertambahan faktorfaktor pengeluaran dan kemajuan teknologi. Pertambahan Faktor-faktor Pengeluaran Pertambahan faktor-faktor pengeluaran seperti pertambahan buruh, penemuan bahan-bahan galian baharu dan kemasukan modal asing akan menyebabkan perubahan keluk kemungkinan pengeluaran. Pertambahan faktor-faktor pengeluaran akan menyebabkan keupayaan pengeluaran barang X dan barang Y bertambah, maka keluk kemungkinan pengeluaran AB akan berpindah ke keluk kemungkinan pengeluaran CD seperti di dalam Rajah 1.4. A C 0 B D Barang Y (unit) Barang X (unit) Rajah 1.4 Peralihan KKP kesan daripada pertambahan faktor pengeluaran Kemajuan Teknologi Dalam jangka masa panjang, tingkat teknologi akan meningkat. Kemajuan teknologi akan meninggikan daya pengeluaran. Keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah ke kanan. Jika kemajuan teknologi bagi mengeluarkan barang X dan barang Y adalah sama, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah ke kanan secara selari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. P2 P1 F0 F1 0 Barang Y (unit) Barang X (unit) Rajah 1.5 Peralihan KKP kesan daripada kemajuan teknologi Sekiranya berlaku kemajuan teknologi di dalam pengeluaran barang X sahaja, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan bergerak daripada P0 F0 ke P0 F1 yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6(a). Faktor Peralihan KKP: • Pertambahan faktor pengeluaran • Berlaku kemajuan teknologi
13 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Jika kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang Y sahaja, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah dari P0 F0 ke P1 F0 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6 (b). P0 F0 F1 0 Barang Y (unit) Barang X (unit) F0 P0 P1 0 Barang Y (unit) Barang X (unit) (a) Peralihan KKP kesan daripada kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang X (b) Peralihan KKP kesan daripada kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang Y Rajah 1.6 Peralihan KKP kesan daripada kemajuan teknologi satu barang sahaja Jika peningkatan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X lebih besar daripada pengeluaran barang Y, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih dari P0 F0 ke P1 F1 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7(a). Sekiranya peningkatan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang Y adalah lebih besar daripada pengeluaran barang X, maka keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih dari P0 F0 ke P1 F1 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7(b). P0 P1 F0 F1 0 Barang Y (unit) Barang X (unit) P0 P1 F0 F1 0 Barang Y (unit) Barang X (unit) (a) Peningkatan teknologi pengeluaran barang X melebihi barang Y (b) Peningkatan teknologi pengeluaran barang Y melebihi barang X Rajah 1.7 Peralihan KKP akibat peningkatan teknologi pengeluaran dua barang 1.7 Masalah Asas Ekonomi Masalah asas ekonomi timbul akibat kehendak manusia yang tidak terhad berbanding faktor pengeluaran yang terhad. Kehendak manusia yang tidak terhad dan sentiasa melebihi apa yang dapat dicipta oleh faktor pengeluaran sedia ada dalam ekonomi telah mewujudkan empat masalah asas ekonomi. Apakah Jenis Barang dan Perkhidmatan yang Hendak Dikeluarkan? Ketidakmampuan sumber ekonomi yang sedia ada untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan masyarakat terpaksa menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan jenis barang yang sanggup dilepaskan pada suatu masa tertentu. Masalah asas ekonomi: • Apa yang hendak dikeluarkan? • Berapa yang hendak dikeluarkan? • Bagaimana hendak dikeluarkan? • Untuk siapa hendak dikeluarkan?
14 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Penentuan jenis barang yang harus dikeluarkan oleh sesebuah negara akan menetapkan corak peruntukan sumber ekonomi yang sedia ada untuk kegunaan pelbagai kegiatan ekonomi. Tujuan utama penentuan corak peruntukan sumber ekonomi adalah untuk memastikan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan maksimum kepada ekonomi secara keseluruhan. Berapakah Barang dan Perkhidmatan yang Hendak Dikeluarkan? Selain membuat pilihan tentang jenis barang yang harus dikeluarkan. Masyarakat juga terpaksa menentukan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Penentuan jumlah barang hendak dikeluarkan adalah penting kerana semakin banyak sesuatu barang dikeluarkan, semakin kurang barang lain yang dapat dihasilkan. Oleh itu, masyarakat harus menjamin jumlah setiap jenis barang yang dikeluarkan adalah mencukupi untuk memenuhi kehendak ekonomi secara keseluruhan. Untuk mengatasi masalah asas ekonomi ini, seseorang pengeluar perlu mengenal pasti jumlah permintaan dalam sesuatu pasaran. Sekiranya terdapat permintaan yang tinggi terhadap sesuatu barang dalam masyarakat, pengeluar akan mengeluarkan lebih banyak barang tersebut. Jika sesuatu barang kurang mendapat sambutan, pengeluar harus mengurangkan pengeluaran barang berkenaan. Bagaimanakah Barang Hendak Dikeluarkan? Masalah asas ekonomi ini merujuk kepada penentuan kombinasi faktor pengeluaran dan teknik pengeluaran yang digunakan. Pengeluar perlu menggabungkan faktor-faktor pengeluaran secara berkesan supaya barang dapat dihasilkan dengan kos minimum tetapi memperoleh keuntungan yang maksimum. Teknik pengeluaran selalunya dibezakan mengikut intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar akan memilih teknik pengeluaran berdasarkan harga relatif antara faktor buruh dengan faktor modal. Jika harga buruh lebih murah berbanding harga modal, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan buruh. Jika harga modal lebih murah berbanding harga buruh, pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran berintensifkan modal. Untuk Siapakah Barang Hendak Dikeluarkan dan Diagihkan? Masalah asas ekonomi ini merujuk kepada corak pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat. Corak pengagihan barangan bergantung pada corak agihan pendapatan, kemampuan dan kuasa beli masyarakat. Bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum, pengeluar akan mengeluarkan barang untuk kegunaan golongan yang mampu membayar. Ini bermakna golongan yang berpendapatan tinggi dapat menikmati jumlah barang yang lebih banyak manakala golongan yang berpendapatan rendah akan menikmati jumlah barang yang sedikit. Kaedah pengeluaran: • Kaedah intensif buruh • Kaedah intensif modal
15 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Oleh itu, bagi menjamin seluruh masyarakat dapat menikmati barang yang dikeluarkan, satu sistem pengagihan pendapatan yang adil harus diperkenalkan oleh pihak kerajaan. 1.8 Sistem Ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas (Kapitalis) Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa melibatkan sebarang campur tangan kerajaan. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran, sistem ekonomi kapitalis, sistem mekanisme harga, sistem harga, dan sistem laissez faire. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini, ialah Amerika Syarikat. Istilah Dwibahasa Sistem Ekonomi Pasaran Bebas – Free-Market Economy Jadual 1.6 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Ciri-ciri Penerangan Pemilikan faktor pengeluaran Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu dan digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Pembuat keputusan Individu dan swasta mempunyai kuasa untuk menentukan apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang tersebut dikeluarkan. Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Semua kegiatan ekonomi dijalankan oleh pihak swasta. Peranan kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara dan menguatkuasakan undangundang supaya kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar. Penentuan harga Semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Interaksi kuasa permintaan dan penawaran akan menentukan harga dan kuantiti barang di pasaran barangan dan pendapatan faktor di pasaran faktor untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. Kebebasan mencari keuntungan Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian mereka. Individu bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Kebebasan membuat pilihan Individu bebas bersaing dalam ekonomi untuk mencapai matlamat persendirian. Pemilik input bebas bersaing di antara satu sama lain dalam pasaran faktor untuk memperoleh pendapatan maksimum. Pengeluar bebas bersaing antara satu sama lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara cekap pada kos yang minimum. Pengeluar yang tidak cekap akan mengalami kerugian dan keluar daripada pasaran. Hanya pengeluar yang cekap sahaja yang kekal dalam pasaran. Objektif pengeluaran Objektif pengeluaran adalah untuk meningkatkan keuntungan dan pertumbuhan ekonomi dengan memaksimumkan kesejahteraan masyarakat melalui mekanisme harga yang efisien. Firma akan mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang mendapat permintaan sementara pengguna berusaha mendapatkan produk dan perkhidmatan dengan harga berpatutan dan kualiti yang baik.
16 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 INFO EKONOMI Tangan Ghaib “Tangan Ghaib” merupakan satu metafora yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi, Adam Smith. Menurut Adam Smith, tangan ghaib merupakan suatu kuasa tidak terlihat yang dapat mengawal dan mempengaruhi aktiviti ekonomi. Berdasarkan konsep tangan ghaib, kepentingan sendiri, persaingan dan motif keuntungan mempengaruhi pilihan ekonomi dan seterusnya secara tidak langsung memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. Sebagai contoh, Faiz biasa membeli roti croissant di Kedai A yang dibuka berdekatan dengan rumahnya dengan harga RM2.50 seunit. Tetapi, Faiz mendapati bahawa sebuah Kedai B yang baru dibuka di kawasan perumahannya menjual roti croissant dengan harga RM2.20 seunit, maka Faiz sebagai seorang pengguna yang rasional akan membeli roti croissant di Kedai B. Demi mendapat balik pembeli seperti Faiz, pemilik Kedai A telah menjual roti croissant dengan RM2.00 seunit dengan saiz yang lebih besar. Kedai B pula memasarkan pelbagai jenis roti croissant dengan isian yang berbeza dengan RM2.00 seunit untuk dipilih oleh pengguna. Akibatnya, persaingan antara Kedai A dan Kedai B dengan motif keuntungan masing-masing telah menyebabkan Faiz dapat menikmati produk yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah. Konsep tangan ghaib ini juga menerangkan bahawa pasaran akan mencapai keseimbangan sendiri tanpa campur tangan pihak kerajaan. Berdasarkan contoh roti croissant tersebut, proses tawar menawar antara Kedai A dan Kedai B akan berterusan sehingga pasaran roti croissant mencapai keseimbangan pada harga dan kuantiti keseimbangan tertentu yang dapat memenuhi kepentingan pengguna dan pengeluar masing-masing. Apabila pasaran berada dalam ketidakseimbangan seperti berlaku lebihan permintaan atau lebihan penawaran, kuasa tangan ghaib inilah yang mempengaruhi pasaran mencapai keseimbangan semula. Konsep tangan ghaib merupakan konsep penting dalam prinsip Laissez-Faire. BAKERY SHOP Laissez-Faire Laissez-Faire yang bermaksud “biarkan sajalah” dalam Bahasa Perancis, merupakan satu falsafah ekonomi yang diperkembangkan pada abad ke-18, yang menentang sebarang campur tangan kerajaan dalam pasaran. Laissez-Faire merupakan konsep yang penting dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Mengikut pendekatan Laissez-Faire, kerajaan tidak harus campur tangan dalam pasaran. Pengeluar bebas membuat sebarang keputusan ekonomi tentang jenis dan kuantiti pengeluaran. Hal ini menyebabkan firma-firma dalam pasaran dapat bersaing antara satu sama lain dengan bebas. Akhirnya, persaingan tersebut dapat meningkatkan kecekapan, inovasi, dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan masyarakat. Menurut Laissez-Faire, pasaran mempunyai mekanisme sendiri (kuasa tangan ghaib) yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi. Maka kerajaan tidak perlu campur tangan dalam pasaran. Sebaliknya, campur tangan kerajaan dalam pasaran akan menyebabkan ketidakseimbangan pasaran berlaku. Walau bagaimanapun, prinsip Laissez-Faire dapat menerangkan keseimbangan pasaran secara teori, tetapi pasaran di dunia sebenar adalah lebih rumit daripada apa yang diterangkan dalam buku.
17 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Kelebihan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Dapat membuat keputusan dengan cepat Semua keputusan ekonomi dapat dibuat melalui mekanisme harga. Harga pasaran akan naik apabila wujud lebihan permintaan, manakala harga pasaran akan jatuh apabila wujud lebihan penawaran. Daya usaha individu yang tinggi Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua individu bebas mengumpul harta kekayaan kerana semua ganjaran atau keuntungan akan menjadi milik persendirian individu atau firma. Keadaan ini menyebabkan individu dan firma terdorong untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk menikmati pendapatan atau keuntungan yang tinggi. Faedah persaingan Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma dalam pasaran bebas bersaing antara satu sama lain. Persaingan antara firma yang sihat dapat menggalakkan inovasi, kemajuan teknologi dan meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan. Ini dapat meningkatkan kepuasan pengguna dan taraf hidup masyarakat. Kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi Firma bebas menggunakan kaedah pengeluaran yang dapat meminimumkan kos dalam sistem ekonomi pasaran bebas demi mendapatkan keuntungan yang maksimum. Keadaan ini menyebabkan sumber ekonomi digunakan dengan cara yang paling optimum dan seterusnya dapat mengelakkan pembaziran. Tanggungiawab sosial terhadap masyarakat kurang diberikan perhatian oleh firma. Contohnya, firma akan tetap menjual mercun dan barang yang berbahaya kepada pengguna selagi barang tersebut mendapat permintaan daripada pengguna. Kelemahan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Pengabaian kebajikan masyarakat Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kebajikan masyarakat sering diabaikan kerana firma hanya mementingkan keuntungan persendirian semata-mata. Harga tidak stabil Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barang tidak dikawal oleh kerajaan. Sebaliknya, harga barang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apabila permintaan melebihi penawaran, harga barang akan naik dan seterusnya membebankan pengguna yang berpendapatan rendah. Kekurangan pengeluaran barang sosial Barang sosial ialah barang yang tidak boleh dikecualikan penggunaannya seperti taman permainan kanak-kanak. Biasanya, pengeluaran barang sosial bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan masyarakat dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan persendirian. Oleh itu, dalam sistem ekonomi pasaran bebas, barang sosial kurang dikeluarkan oleh sektor swasta kerana tidak menguntungkan. Kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas: • Dapat membuat keputusan dengan cepat • Daya usaha individu yang tinggi • Faedah persaingan • Kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas: • Pengabaian kebajikan masyarakat • Harga tidak stabil • Kekurangan pengeluaran barang sosial • Jurang pendapatan yang besar • Kesan eksternaliti negatif
18 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Jurang pendapatan yang besar Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud jurang pendapatan yang luas antara golongan kaya dengan golongan miskin. Jurang agihan pendapatan yang luas ini boleh menggugat keharmonian masyarakat. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kesan eksternaliti negatif Eksternaliti negatif merupakan kos yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang atau perkhidmatan. Kesan eksternaliti negatif seperti pencemaran udara, pencemaran air akibat daripada kegiatan industri akan berlaku di negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas. Oleh kerana pihak kerajaan tidak memainkan peranan, maka firma yang tidak berhemat mungkin membuang sisa atau toksik yang mencemarkan persekitaran demi menjimatkan kos. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan sepenuhnya dalam semua kegiatan ekonomi. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat, sistem ekonomi arahan, sistem ekonomi terancang, sistem ekonomi arahan kerajaan dan sistem ekonomi sosialis. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Persekutuan Rusia dan Korea Utara. Istilah Dwibahasa Sistem Ekonomi Perancangan Pusat – Centrally-Planned or Command Economy Jadual 1.7 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Ciri-ciri Penerangan Pemilikan faktor pengeluaran Pemilikan sumber pengeluaran adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Pihak individu atau firma tidak mempunyai hak dalam sumber pengeluaran. Kerajaan bertanggungjawab untuk mengatur dan menguruskan segala sumber pengeluaran untuk memenuhi keperluan masyarakat dan tidak bersifat keuntungan semata-mata. Pembuat keputusan Segala keputusan dibuat oleh kerajaan mengikut arahan unit perancang ekonomi. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan keperluan masyarakat bagi mencapai keseimbangan antara kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Penentuan harga Proses penentuan harga ditetapkan oleh kerajaan sepenuhnya. Mekanisme harga tidak bermain peranan. Kebebasan mencari keuntungan Pihak individu tidak mempunyai kebebasan dan kuasa dalam menentukan segala kegiatan ekonomi. Maka individu atau firma tidak boleh mengumpul kekayaan sendiri. Kebebasan membuat pilihan Kerajaan menentukan barangan yang harus dikeluarkan dalam ekonomi, maka pengeluar dan pengguna tidak dapat membuat pilihan. Pilihan barang juga terhad dalam sistem ekonomi perancangan pusat. Objektif pengeluaran Segala rancangan ekonomi ditentukan oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan bersama. Kerajaan akan mengutamakan kebajikan sosial dan masyarakat dalam perlaksanaan projek pembangunan. Kerajaan akan melangsungkan projek yang memberi faedah sosial kepada masyarakat sahaja. Kelebihan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Mengutamakan kebajikan masyarakat Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan yang mempunyai hak mutlak dalam menyelesaikan masalah ekonomi akan mengutamakan kebajikan masyarakat.
19 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Analisis kos dan faedah akan dilakukan sebelum sesuatu projek dijalankan. Jika kos sosial melebihi faedah sosial, projek tersebut tidak akan dijalankan. Sebaliknya, sekiranya didapati faedah sosial melebihi kos sosial, maka projek akan dilangsungkan. Merapatkan jurang agihan pendapatan Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, jurang agihan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin dapat dikurangkan. Kerajaan boleh mengenakan sistem cukai pendapatan progresif kepada firma dan isi rumah. Semakin tinggi pendapatan, semakin banyak cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui cara ini, jurang agihan pendapatan yang luas dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan. Peruntukan sumber yang lebih cekap Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, firma mungkin akan memperuntukkan sumber untuk mengeluarkan barang mewah yang lebih menguntungkannya. Ini menyebabkan barang yang diperlukan oleh masyarakat tidak dapat dikeluarkan. Peruntukan sumber yang cekap berlaku dalam sistem ekonomi perancangan pusat apabila kerajaan memperuntukkan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang lebih diperlukan oleh masyarakat. Perancangan yang lebih teratur Memandangkan semua kegiatan ekonomi telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan, ekonomi dapat berkembang dengan lebih menyeluruh dan pesat. Melalui campur tangan kerajaan, apa-apa kegiatan ekonomi yang tidak mencapai tahap piawai yang telah dirancang dan diunjurkan akan disemak semula dan seterusnya, langkah-langkah pembetulan akan diambil jika perlu. Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Pengurusan yang tidak efisien Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, segala keputusan harus dibuat oleh pihak kerajaan. Kerenah birokrasi (red tape) yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pula sering melambatkan proses membuat keputusan dan pelaksanaan urusan rasmi. Pembaziran sumber ekonomi mungkin berlaku akibat daripada tindak balas yang lambat terhadap perubahan mendadak dalam ekonomi. Daya usaha individu yang rendah Individu tidak mempunyai daya usaha yang tinggi dalam sistem ekonomi perancangan pusat. Pekerja-pekerja kurang bermotivasi kerana individu tidak dibenarkan mengumpul kekayaan, kenaikan pangkat pula tidak bergantung kepada kecekapan kerja. Firma juga tidak berusaha menghasilkan barang yang baharu kerana tidak dapat menikmati keuntungan. Kesannya, ekonomi tidak dapat berkembang dengan pesat. Kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat: • Mengutamakan kebajikan masyarakat • Merapatkan jurang agihan pendapatan • Peruntukan sumber yang lebih cekap • Perancangan yang lebih teratur Kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat: • Pengurusan yang tidak efisien • Daya usaha individu yang rendah • Pilihan terhad • Pembaziran sumber
20 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Pilihan terhad Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, pengguna tidak mempunyai kebebasan untuk membeli barang yang diinginkan. Memandangkan pengguna terpaksa membeli barang yang tidak disukai atau digemari oleh mereka, kepuasan pengguna tidak dapat dimaksimumkan. Pembaziran sumber Memandangkan kerajaan lebih mementingkan kebajikan pekerja, teknik pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan. Dalam keadaan ini, pembaziran sumber mungkin berlaku apabila terlalu ramai buruh digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran. Akibatnya, daya pengeluaran semakin menurun sehingga menimbulkan masalah pengangguran tidak ketara. Sistem Ekonomi Campuran Sistem ekonomi campuran merupakan sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi bersama-sama sektor swasta. Sistem ekonomi campuran boleh diamalkan sebagai langkah untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat. Kerajaan campur tangan dalam pasaran untuk mengurangkan kelemahan yang wujud dalam pasaran bebas. Contoh campur tangan kerajaan ialah seperti perlaksanaan dasar kawalan harga, dasar percukaian dan pemberian subsidi. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia. Istilah Dwibahasa Sistem Ekonomi Campuran – Mixed Economy Jadual 1.8 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Campuran Ciri-ciri Penerangan Pemilikan faktor pengeluaran Sumber ekonomi dalam sistem ekonomi campuran dimiliki oleh individu, firma dan kerajaan. Pembuat keputusan Individu dan pihak swasta bebas untuk membuat keputusan berkaitan dengan perniagaan masingmasing sementara kerajaan bertanggungjawab menguruskan barang awam bagi melindungi kebajikan dan kepentingan golongan berpendapatan rendah. Ringkasnya, keputusan dibuat bersama oleh pihak firma dan kerajaan. Penentuan harga Dalam sistem ekonomi campuran, harga barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran melalui mekanisme harga. Namun, kerajaan dapat mempengaruhi penentuan harga tersebut melalui dasar fiskal dan dasar kewangan, seperti memberikan subsidi atau menetapkan harga maksimum untuk barang keperluan yang dianggap penting untuk kepentingan sosial. Kebebasan mencari keuntungan Individu dan firma bebas untuk menghasilkan barang swasta tetapi kerajaan mengawal kadar untung minimum untuk pengeluaran barang awam. Wujud persaingan di antara firma dalam memaksimumkan keuntungan. Kebebasan membuat pilihan Pengguna bebas membuat pilihan (untuk barang swasta) sementara sebahagian barang dikawal oleh kerajaan (untuk barang awam). Kebebasan dalam membuat pilihan ekonomi diseimbangkan melalui peranan kerajaan dalam mengawal aktiviti pasaran bagi menjaga kebajikan sosial dan masyarakat. Objektif pengeluaran Pihak firma dan individu bebas untuk memaksimumkan keuntungan (untuk barang swasta) sementara pihak kerajaan mengutamakan kebajikan sosial (untuk barang awam) dan kebajikan rakyat.
21 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Kelebihan Sistem Ekonomi Campuran Harga barang yang berpatutan Walaupun harga barang ditentukan melalui mekanisme harga dalam pasaran, namun kerajaan akan campur tangan dalam pasaran supaya harga dikekalkan pada paras yang tidak merugikan mana-mana pihak. Misalnya kerajaan akan menetapkan harga maksimum untuk sesetengah barang keperluan seperti daging ayam dan telur semasa musim perayaan supaya pengguna dapat menikmati harga barang yang munasabah walaupun permintaan terhadap barangan tersebut melambung. Membuat keputusan bersama Dalam sistem ekonomi campuran, kerajaan dan firma membuat keputusan bersama melalui dialog dan kerjasama untuk mencapai tujuan ekonomi yang diinginkan. Kerajaan bertindak sebagai pengawal dan mempunyai kuasa dalam mengawal sektor-sektor tertentu dalam ekonomi negara, seperti pembangunan infrastruktur, pendidikan dan kesihatan awam. Sementara itu, firma atau sektor swasta bertanggungjawab dalam menguruskan operasi dan aktiviti perniagaan dan pengeluaran, serta berusaha untuk mencapai keuntungan yang optimum. Kedua-dua pihak bekerjasama dan berunding dalam memutuskan keputusankeputusan yang mempengaruhi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Contohnya, kerajaan dan firma mungkin berunding dalam hal-hal seperti penentuan gaji minimum, undang-undang keselamatan kerja, pemotongan cukai untuk usahawan serta pembangunan infrastruktur awam. Melalui dialog yang berterusan, kerajaan dan firma dapat memastikan keputusan yang diambil dapat memaksimumkan keuntungan dan kesejahteraan masyarakat secara bersepadu. Pengagihan pendapatan yang seimbang Kerajaan akan campur tangan untuk menjamin pengagihan pendapatan yang seimbang dalam kalangan ahli masyarakat. Kerajaan akan mengenakan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi dan memberikan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah. Keadaan ini dapat membantu mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan rakyat supaya masyarakat hidup secara harmoni. Eksploitasi pengguna dan eksternaliti negatif dikurangkan Dalam sistem ekonomi campuran, pihak kerajaan akan mengawal dan memantau aktiviti pengeluaran melalui pelaksanaan undang-undang dan peraturan, pengenaan cukai dan pemberian subsidi supaya tidak berlaku eksternaliti negatif atau eksploitasi pengguna. Undang-undang dan peraturan dapat mengawal selia kegiatan pengeluar supaya tidak menetapkan harga yang terlalu tinggi dan mengenakan dendaan terhadap pengeluar yang melanggar peraturan. Kelebihan sistem ekonomi campuran: • Harga barang yang berpatutan • Membuat keputusan bersama • Pengagihan pendapatan yang seimbang • Eksploitasi pengguna dan eksternaliti negatif dikurangkan • Menyediakan barang awam • Peningkatan infrastruktur
22 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Kerajaan boleh mengenakan cukai yang tinggi atas barang yang membahayakan kesihatan pengguna seperti rokok dan minuman keras. Kerajaan juga boleh memberikan subsidi dan insentif kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran, menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih mesra alam dan sebagainya. Menyediakan barang awam Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam bagi meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara. Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam yang strategik dan diperlukan oleh masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pertahanan dan sebagainya. Peningkatan infrastruktur Kerajaan dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur dalam negara, seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan sistem pengangkutan. Kemudahan infrastruktur yang maju dan lengkap di dalam negara dapat membantu merancakkan aktiviti pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara. Kelemahan Sistem Ekonomi Campuran Kurang efisien Sistem ekonomi campuran kadang-kadang kurang efisien kerana keputusan dibuat bersama antara kerajaan dengan pihak swasta. Perbincangan atau dialog yang berlaku antara pihak kerajaan dengan pihak swasta akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana terlalu banyak pendapat perlu diambil kira. Sebagai contoh, kelewatan kerajaan meluluskan projek pihak swasta dan pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilaksanakan oleh pihak swasta. Kebergantungan tinggi kepada kerajaan Pihak swasta kadang kala kebergantungan tinggi kepada kerajaan dalam penyelesaian masalah atau membuat keputusan dalam pasaran. Sesetengah firma mengharapkan dan bergantung kepada subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos pengeluaran. Ini menyebabkan firma tidak berinovasi dan kreatif dalam proses pengeluaran. Selain itu, kebergantungan peranan kerajaan dalam pasaran juga akan menimbulkan masalah sekiranya kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Potensi monopoli Dalam sistem ekonomi campuran, wujudnya potensi terbentuknya sistem monopoli atau oligopoli, yang dapat mengurangkan persaingan dalam pasaran dan merugikan pengguna. Kekurangan persaingan dalam pasaran akan mewujudkan penetapaan harga yang lebih tinggi dan pengguna perlu membayar lebih mahal untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kelemahan sistem ekonomi campuran: • Kurang efisien • Kebergantungan tinggi kepada kerajaan • Potensi monopoli • Ketidakstabilan pasaran dan ekonomi • Pengaruh politik
23 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Ketidakstabilan pasaran dan ekonomi Campur tangan kerajaan dalam pasaran mungkin juga akan menyebabkan mekanisme pasaran menjadi tidak stabil. Penetapan harga maksimum barang misalnya akan menyebabkan pengeluar mengalami kerugian yang berlanjutan sehingga pengeluar terpaksa mengurangkan keluaran atau memberhentikan operasi. Keadaan ini akan menyebabkan masalah yang berpanjangan terhadap mekanisme pasaran. Pengaruh politik Sistem ekonomi campuran sering terdedah kepada pengaruh politik, terutama dalam hal pemberian subsidi dan peraturan. Keputusan politik ini boleh mempengaruhi keputusan perniagaan dan mungkin tidak membawa manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan. Sistem Ekonomi Islam Sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang dijalankan berlandaskan hukum syarak dengan menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam ialah Arab Saudi dan Mesir. Konsep Teras Sistem Ekonomi Islam Hubungan Manusia dengan Pencipta Manusia wajib bersyukur terhadap segala nikmat yang dianugerah oleh Allah SWT. Perhubungan ini hendaklah dijadikan sebagai fokus segala aktiviti kehidupan dan kemasyarakatan serta memupuk dan memperkukuhkan sifat ketakwaan manusia kepada Pencipta. Hubungan Manusia dengan Manusia Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah adalah sama rata antara satu sama lain. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dan perlu bekerjasama untuk menegakkan kesaksamaan dan tidak menjalankan kegiatan yang boleh mengeksploitasi kebajikan yang lain. Setiap manusia berhak untuk menikmati sumber ciptaan Allah. Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar Manusia sebagai pentadbir di muka bumi dipertanggungjawabkan untuk mengolah serta memakmurkan bumi. Manusia mempunyai peranan sebagai pembina, pengindah dan penyelamat alam sekitar dan bukan melakukan kerosakan, kemusnahan serta memporak-perandakannya. Jadual 1.9 Ciri-ciri Sistem Ekonomi Islam Ciri-ciri Penerangan Pemilikan faktor pengeluaran Semua sumber ekonomi adalah hak milik Allah S.W.T.. Individu mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekonomi dan kekayaan asalkan tidak melanggar prinsip dan hukum syarak. Individu hanya pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi menjalankan kegiatan ekonomi yang diredai Allah dan sumber ini harus digunakan untuk mengeluarkan barangan yang halal dan berfaedah kepada manusia. Pembuat keputusan Segala keputusan individu dan pengeluar perlu berlandaskan prinsip dan rukun Islam tanpa melanggar hukum syarak. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat, bukan bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan dan keuntungan semata-mata.
24 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Ciri-ciri Penerangan Penentuan harga Harga pasaran ditentukan melalui mekanisme pasar yang bebas dan kompetitif atau dengan campur tangan pemerintah jika diperlukan untuk menjaga prinsip-prinsip Islam dan pematuhan hukum syarak. Kebebasan mencari keuntungan Dalam sistem ekonomi Islam, persaingan yang sihat diamalkan iaitu dengan cara yang adil dan saksama. Penindasan, makan riba, sorokan dan perkara-perkara yang diharamkan di dalam Islam adalah dilarang sama sekali. Kebebasan membuat pilihan Sistem ekonomi Islam memberikan kebebasan kepada pengeluar dan individu dalam pasaran seperti menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan, cara barang itu dikeluarkan, dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum Islam. Objektif pengeluaran Objektif pengeluaran dalam sistem ekonomi Islam adalah untuk memenuhi keperluan manusia dengan cara yang seimbang dan adil, serta mempromosikan kesejahteraan sosial dan ekonomi masyarakat secara keseluruhan. Keunikan Sistem Ekonomi Islam Mengutamakan keselamatan dan kebahagiaan Matlamat kegiatan ekonomi Islam ialah menjaga keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Menghapuskan kegiatan ekonomi yang mempunyai unsur riba Pembasmian amalan riba merupakan tanggungjawab utama kerajaan kerana amalan ini dianggap sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat, khasnya golongan miskin. Menjamin kebajikan masyarakat Harta kekayaan merupakan milik Allah dan manusia hanya bertindak sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga harta benda tersebut. Semua aktiviti ekonomi yang tidak bermanfaat kepada kebajikan masyarakat dilarang sama sekali. Kebajikan merupakan teras utama aktiviti pengeluaran. Mengharamkan kewujudan monopoli Setiap anggota masyarakat menerima jaminan terhadap keperluan hidup mereka, khasnya golongan yang lemah dan miskin. Pembentukan monopoli dilarang sama sekali kerana hanya menguntungkan sesetengah pihak dan memberi kesempatan kepada golongan kaya untuk menindas golongan miskin. Pengagihan kekayaan dan pendapatan yang saksama Ajaran Islam juga menekankan pengagihan kekayaan dan pendapatan secara adil dan saksama. Prinsip utama campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah untuk memastikan pengagihan pendapatan dilakukan secara adil dan mengelakkan pengumpulan kekayaan dalam tangan segelintir individu sahaja. Selain itu, kekayaan negara perlu disalurkan secara sama rata kepada semua sektor ekonomi. Keunikan Sistem Ekonomi Islam: • Mengutamakan keselamatan dan kebahagian • Menghapuskan kegiatan ekonomi yang mempunyai unsur riba • Menjamin kebajikan masyarakat • Mengharamkan kewujudan monopoli • Pengagihan kekayaan dan pendapatan yang saksama • Menjamin hak dan peluang yang sama
25 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Menjamin hak dan peluang yang sama Islam membenarkan perbezaan ekonomi dalam masyarakat tetapi menitikberatkan hak dan keperluan asas yang sama bagi setiap individu. Hak individu untuk memenuhi keperluan asas dan menikmati peluang yang sama merupakan ciri istimewa dalam negara Islam. Tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk memastikan setiap warganegara dapat memenuhi keperluan asas mereka menurut prinsip ‘hak untuk hidup’ tanpa mengira taraf, warna kulit dan agama. Kekangan Sistem Ekonomi Islam Sistem ekonomi Islam masih baharu jika berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat yang merupakan dominasi di dunia. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam memerlukan kesedaran pelakunya (individu, firma dan kerajaan) tentang kepentingan kejujuran dan keadilan sedangkan pada masa ini penerapan nilai-nilai tersebut sukar dilakukan. Perlaksanaan sistem ekonomi Islam juga menjadi agak sukar apabila manusia selaku pelaksana mempunyai kualiti akidah (moral dan akhlak) yang kurang baik. Ini akan menyebabkan sistem ekonomi Islam tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Ciri Sistem Ekonomi: Rumusan Jadual 1.10 Perbandingan ciri-ciri antara sistem-sistem ekonomi Ciri Sistem ekonomi Kapitalis Perancangan pusat Campuran Islam Pemilikan sumber Bebas dimiliki oleh individu dan pihak swasta Dimiliki oleh kerajaan sahaja Bebas dimiliki oleh individu dan pihak swasta manakala sebahagiannya dimiliki oleh kerajaan Hak milik mutlak Allah dan manusia hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk meneroka sumber yang dianugerahkan Pembuat keputusan Individu Kerajaan Individu dan pihak swasta untuk barang swasta dan kerajaan untuk barang awam Individu dan pengeluar berlandaskan prinsip dan rukun Islam Penentuan harga Mekanisme harga Kerajaan Mekanisme harga (barang swasta) dan kerajaan (barang kawalan dan awam) Pengguna dan pengeluar (kuasa pasaran) yang berlandaskan prinsip dan rukun Islam Kebebasan mencari keuntungan Kebebasan untuk mencari keuntungan menyebabkan individu mempunyai insentif bekerja yang tinggi Tidak bebas Bebas untuk pengeluaran barang swasta tetapi kerajaan mengawal kadar untung minimum untuk pengeluaran barang awam Bebas mencari keuntungan asalkan tidak melibatkan riba
26 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Ciri Sistem ekonomi Kapitalis Perancangan pusat Campuran Islam Kebebasan membuat pilihan Individu dan pengeluar swasta bebas membuat pilihan Ditentukan secara mutlak oleh kerajaan melalui badan perancang pusat Individu dan pengeluar swasta bebas membuat pilihan (untuk barang swasta) dan ditetapkan oleh kerajaan (untuk barang awam) Individu dan pengeluar swasta bebas membuat pilihan asalkan tidak melanggar prinsip dan rukun Islam Objektif pengeluaran Memaksimumkan keuntungan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan individu Mengutamakan kebajikan sosial dan masyarakat Memaksimumkan keuntungan (untuk barang swasta) dan mengutamakan kebajikan sosial (untuk barang awam) Perolehan untung dan kebajikan masyarakat dipentingkan mengikut prinsip dan rukun Islam 1.9 Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi Penyelesaian masalah asas ekonomi melibatkan pembuatan keputusan oleh institusi atau pihak tertentu tentang cara-cara menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak masyarakat yang tidak terhad. Cara menyelesaikan masalah asas ekonomi bergantung pada sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Jadual 1.11 Penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi yang berbeza Masalah asas ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran Sistem Ekonomi Islam Apa yang hendak dikeluarkan Ditentukan oleh kuasa permintaan atau corak perbelanjaan pengguna. Ditentukan oleh pihak pemerintah atau kerajaan melalui satu badan perancangan pusat. Individu tidak mempunyai kebebasan dalam menentukan jenis dan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan. Diselesaikan melalui mekanisme harga. Kerajaan membekalkan barang yang tidak dapat disediakan oleh sektor swasta. Ditentukan oleh mekanisme harga. Individu bebas memilih atau mengeluarkan jenis barang yang hendak dikeluarkan tetapi tertakluk kepada syariat Islam. Berapa yang hendak dikeluarkan Bergantung pada harga barang yang ditentukan dalam pasaran oleh kuasa permintaan dan penawaran. Individu tidak mempunyai kebebasan dalam menentukan jenis dan kuantiti barang yang hendak dikeluarkan. Keutamaan pengeluaran diberi kepada barang keperluan asas dan barang awam. Pihak swasta mengeluarkan barang berdasarkan mekanisme harga. Pihak kerajaan pula akan mengekalkan barang awam untuk kegunaan seluruh anggota masyarakat. Ditentukan melalui mekanisme harga. Barangan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta akan disediakan oleh pihak kerajaan.
27 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Masalah asas ekonomi Sistem Ekonomi Pasaran Bebas Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran Sistem Ekonomi Islam Bagaimana hendak dikeluarkan Firma akan memilih kombinasi faktor pengeluaran yang dapat meminimumkan kos di samping memperoleh keuntungan yang maksimum. Berdasarkan matlamat pihak kerajaan yang ingin mencapai output maksimum bagi memenuhi keperluan rakyat. Teknik pengeluaran yang akan dipilih juga bermatlamatkan kebajikan anggota masyarakat. Firma akan memilih kaedah pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos. Kerajaan pula akan mengambil kira faedah sosial dan kos sosial semasa menentukan kaedah pengeluaran yang akan digunakan. Firma akan cuba meminimumkan kos pengeluaran dengan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap. Namun, kegiatan ekonomi yang memudaratkan masyarakat tidak boleh dijalankan. Untuk siapa dikeluarkan Ditentukan berdasarkan kuasa beli atau pendapatan yang dimiliki individu. Firma akan menawarkan barang kepada pihak yang sanggup membayar sahaja. Barang diagihkan secara adil dan saksama kepada seluruh masyarakat. Kerajaan akan mengawal harga barang atau menjalankan dasar catuan bagi memastikan setiap individu dapat menikmati barang yang dikeluarkan. Ditentukan oleh mekanisme harga. Jurang pendapatan di kalangan masyarakat diselesaikan oleh kerajaan melalui dasar percukaian dan subsidi. Agihan barang dibuat berdasarkan kuasa beli dan pendapatan individu. Kerajaan mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat melalui zakat, cukai dan subsidi. RUMUSAN 1 Ilmu ekonomi dapat didefinisikan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 2 Sumber ekonomi dapat dibahagikan kepada tanah, buruh, modal dan usahawan. Semua sumber ekonomi mempunyai penawaran yang terhad berbanding dengan permintaannya. 3 Kehendak manusia adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad. Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi adalah terhad, manakala kehendak manusia adalah tidak terhad. Oleh itu, pilihan terpaksa dibuat dan tindakan ini akan melibatkan kos lepas. 4 Terdapat empat masalah asas ekonomi, iaitu apa barang hendak dikeluarkan, berapa banyak barang hendak dikeluarkan, bagaimana barang hendak dikeluarkan dan untuk siapa barang hendak dikeluarkan. 5 Keluk kemungkinan pengeluaran merupakan satu keluk yang menunjukkan kuantiti maksimum dua jenis barang yang boleh dikeluarkan apabila semua sumber ekonomi digunakan dengan cekap. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos lepas, perubahan tingkat teknologi, kecekapan dan pilihan. 6 Sistem ekonomi pasaran bebas ialah satu sistem ekonomi yang tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam semua kegiatan ekonomi. Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga. Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh pihak persendirian dan individu bebas menggunakan sumber ekonomi. Individu dan pengeluar juga bebas membuat pilihan. 7 Sistem ekonomi perancangan pusat ialah satu sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan secara langsung dalam merancang dan mengawal kegiatan ekonomi. Semua keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan. Pengguna dan pengeluar tidak mempunyai sebarang kebebasan untuk membuat pilihan. Kebajikan masyarakat diutamakan kerana lebih banyak barang sosial akan dikeluarkan.
28 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Soalan Objektif 1 Ekonomi adalah kajian bagaimana A kami memilih untuk menggunakan sumber yang tidak terhad B sumber yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak tanpa had C sumber yang tidak terhad digunakan untuk memenuhi keinginan tanpa had D masyarakat menggunakan banyak sumber untuk memenuhi keinginan yang tidak terhad 2 Antara berikut, kombinasi yang manakah betul? Faktor pengeluaran Pulangan I Tanah Untung II Modal Faedah III Buruh Upah IV Usahawan Sewa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3 Antara berikut, yang manakah kebaikan barang awam? A Sebaik sahaja barangan dihasilkan, semua orang dapat menikmati faedahnya, sama ada mereka telah membayar barangan tersebut atau tidak B Firma swasta tidak boleh menghasilkan barangan awam kerana mereka tidak mempunyai akses kepada teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan barangan tersebut C Barang-barang ini dihasilkan dengan kos sifar kepada sektor awam D Individu tidak mendapat manfaat daripada penggunaan barang awam, tetapi masyarakat secara keseluruhan mendapat manfaat daripada pengeluarannya 4 Mikroekonomi adalah kajian ekonomi dari sudut pandangan A unit kerajaan B seluruh ekonomi C unit ekonomi individu D semua firma 5 Antara berikut, yang manakah bermaksud “individu tidak dapat memenuhi semua keperluan dengan sumber yang terhad”? A Pilihan B Kos peluang C Kekurangan D Keinginan 6 Titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan A semua sumber produktif digunakan dengan cekap B peruntukan sumber produktif yang tidak cekap C pekerjaan penuh sumber yang terhad D kecekapan teknologi 7 “Terdapat teknik alternatif menghasilkan barangan dan perkhidmatan”. Kenyataan ini merujuk kepada A Di mana barang menghasilkan? B Bagaimana hendak barang menghasilkan? C Berapa banyak yang perlu dihasilkan? D Untuk siapa barang dihasilkan? 8 Antara yang berikut, yang manakah bukan kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas? A Kecekapan ekonomi dicapai B Keputusan ekonomi dibuat dengan cepat C Pembangunan dalam teknologi dan inovasi digalakkan D Kebajikan sosial diutamakan LATIHAN PENGUKUHAN 8 Sistem ekonomi campuran ialah satu sistem ekonomi di mana pihak swasta dan kerajaan akan membuat keputusan ekonomi secara bersama-sama. Kerajaan akan campur tangan sekiranya wujud kelemahan dalam mekanisme harga. 9 Sistem ekonomi Islam mengutamakan kesejahteraan masyarakat Islam dalam setiap kegiatan ekonomi yang dijalankan. Individu bebas mencari kekayaan asalkan tidak melanggar prinsip dan rukun Islam.
29 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Soalan Pernyataan Betul atau Salah No. Pernyataan Benar Salah 1 Mikroekonomi merupakan kajian yang mementingkan pandangan keseluruhan operasi dalam sistem ekonomi. 2 Barang siap ialah barang yang digunakan oleh pengguna untuk menghasilkan barang lain atau untuk tujuan tertentu. 3 Ilmu ekonomi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad bagi mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. 4 Masalah ekonomi “kekurangan” merujuk kepada kehendak dan sumber yang tidak terhad. 5 Masalah apa dan berapa banyak sesuatu barang hendak dikeluarkan melibatkan pilihan antara dua jenis barang yang hendak dikeluarkan. 6 Kekurangan berlaku apabila keperluan kita yang tidak terhad melebihi kemampuan untuk memenuhinya kerana sumber yang terhad. 7 Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk menerangkan konsep kos lepas, perubahan tingkat teknologi, kecekapan dan pilihan. 8 Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga. 9 Agihan pendapatan dan kekayaan yang tidak setara dan seimbang berlaku dalam sistem ekonomi perancangan pusat. 10 Sistem ekonomi Islam membenarkan individu bebas mencari kekayaan asalkan tidak melanggar prinsip dan rukun Islam. Soalan Esei 1 Usahawan dan buruh adalah sumber ekonomi yang berbeza. Terangkan empat (4) perbezaan tersebut. [4 markah] 2 Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara: (a) barangan percuma dengan barangan ekonomi [2 markah] (b) barangan awam dengan barangan persendirian [2 markah] (c) barang modal dengan barang pengguna [2 markah] 9 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang sistem ekonomi Islam? A Riba tidak dibenarkan B Semua aktiviti ekonomi mestilah berasaskan prinsip Islam C Individu tidak dibenarkan memiliki harta D Keutamaan akan diberikan kepada masyarakat secara keseluruhannya 10 Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, masalah berapa banyak barang yang perlu dihasilkan diselesaikan oleh A mekanisme pasaran B institusi perancangan pusat C mekanisme pasaran dan campur tangan kerajaan D kuantiti faktor pengeluaran dalam ekonomi
30 Mikroekonomi Bab 1 Pengenalan kepada Ilmu Ekonomi BAB 1 Soalan Pengiraan 1 Jadual di bawah menunjukkan kombinasi keluaran barang pertanian dan barang industri. Kombinasi Barang pertanian (unit) Barang industri (unit) A 0 120 B 10 115 C 20 100 D 30 80 E 40 50 F 50 0 (a) Hitung kos lepas per unit barang pertanian dan barang industri. [4 markah] (b) Nyatakan jenis kos lepas. [1 markah] (c) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran. [5 markah] (d) Apakah yang akan berlaku jika ekonomi mengeluarkan 20 unit barang pertanian dan 80 unit barang industri? [2 markah] (e) Adakah ekonomi dapat mengeluarkan sebanyak 50 unit barang industri dan 60 unit barang pertanian? Mengapa? [3 markah] 2 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y. Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit) A 0 100 B 10 90 C 20 70 D 30 40 E 40 6 (a) Hitungkan kos lepas per unit barang X. [3 markah] (b) Hitungkan kos lepas bagi seunit barang Y. [3 markah] (c) Nyatakan jenis kos lepas. [2 markah] (d) Lakar keluk kemungkinan pengeluaran. [2 markah] Jawapan Bab 1 https://qr.pelangibooks. com/?u=JawBab1