PELANGI BESTSELLER
KARANGAN SPM
Tingkatan
4∙5
KSSM
Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) FORMAT PENTAKSIRAN
Najihah Ahmad • Alshaa Rani Ab Wahab
Azizul Rahman Abdul Rahman (Tokoh Guru Kebangsaan) 2021BAHARU SPM
mulai
KARANGAN SPM
Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) Tingkatan
Najihah Ahmad
Alshaa Rani Ab Wahab 4∙5
Azizul Rahman Abdul Rahman (Tokoh Guru Kebangsaan)
KSSM
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
ISBN: 978-967-2930-56-3
eISBN: 978-967-431-645-7 (eBook)
Cetakan Pertama 2021
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh Gains Print Sdn. Bhd.
No. 5, Lorong 7/3A, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Selangor Darul Ehsan.
Sila layari www.ePelangi.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).
BahaBgianKKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Karangan Esei
• Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
• Surat Kiriman Tidak Rasmi
• Ceramah
• Laporan
• Perbahasan
• Wawancara / Temu Ramah / Dialog
• Berita
• Ucapan
• Syarahan / Pidato
• Taklimat
• Peribahasa
• Fakta dan Rencana
• Perbincangan
• Pendapat
• Ulasan
57
Bab3 SSuurraatt kKeirpimadaanPReansgmairadnagn KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Fikirkan...
Apakah tujuan penulisan surat kiriman rasmi dan surat kepada pengarang?
Bagaimanakah format penulisan surat kiriman rasmi dan surat kepada pengarang?
Apakah kemahiran menghasilkan penulisan bukan kreatif?
Bagaimanakah cara-cara untuk menghasilkan surat kiriman rasmi dan surat kepada pengarang dengan menggunakan
ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul?
Tema Rangkuman Soalan
Sosial • Aduan kemerosotan disiplin murid dan cadangan untuk mengatasi masalah itu.
Pendidikan • Memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang.
Pendidikan • Aduan mutu perkhidmatan pengendali kafeteria.
Kemudahan Awam • Aduan masalah gangguan bekalan air dan langkah-langkah mengatasinya.
Perkhidmatan Awam • Aduan masalah kutipan sampah tidak mengikut jadual.
Pendidikan • Undangan mengadakan demostrasi pencegahan kebakaran.
Pendidikan • Undangan memberikan ceramah sempena sambutan Bulan Bahasa.
Alam Sekitar • Aduan tentang pemusnahan hutan.
Gejala Sosial • Kegiatan mencuri harta benda awam semakin berleluasa kini.
Kesusasteraan • Memohon penyiaran cerpen dalam sebuah majalah.
Pembangunan Negara • Khidmat negara dalam kalangan belia di negara ini wajar dilaksanakan.
Kesusasteraan • Sastera dapat membentuk peribadi yang mulia.
Sukan • Memohon kebenaran menggunakan pusat sukan.
Pendidikan • Memohon peruntukan wang daripada sebuah syarikat untuk menjadi penaja.
Pendidikan • Cara-cara meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.
Alam Sekitar • Masalah jika hutan tidak dipelihara dan cara untuk mengatasi masalah perhutanan di dunia.
Perindustrian • Ketidakpuasan hati terhadap pembinaan sebuah kilang kelapa sawit dan akibat yang mungkin
wujud daripada pembinaan kilang tersebut.
Kemudahan Asas • Ketidakpuasan hati ekoran kampung ketinggalan dalam mendapatkan kemudahan asas yang
sewajarnya jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain.
58
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Surat Kiriman Rasmi 123123123 14243(H ) ,
1. Surat kiriman rasmi ialah surat yang dikirimkan (I) ,
kepada pihak-pihak tertentu bagi tujuan rasmi
dan bukan atas urusan peribadi. (J ) ( )
2. Terdapat beberapa jenis surat kiriman rasmi, (K ) ,.
seperti yang berikut:
(a) surat aduan
(b) surat rayuan (A) Alamat pengirim – di bahagian atas di
(c) surat pesanan sebelah kiri surat
(d) surat permohonan
(e) surat penjelasan tentang sesuatu (B) Garisan panjang melintang – di bawah
perkara/edaran/pekeliling alamat terakhir pengirim
(f) surat bantahan
(g) surat jemputan/undangan (C) Nama dan alamat penerima – ditulis di
bawah garis melintang di sebelah kiri
3. Bahasa yang baku, mudah, tepat, dan padat surat (selepas diselang satu baris) dan
hendaklah digunakan. baris terakhir mestilah digariskan
4. Ejaan dan tanda baca yang digunakan juga (D) Tarikh – ditulis di sebelah kanan surat,
hendaklah betul dan tepat. iaitu pada baris yang sama dengan baris
akhir alamat penerima, nama bulan ditulis
5. Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus dengan huruf besar, dan dibubuh tanda titik
yang berikut. selepas tarikh
, 123 (E) Kata penghormatan atau penghadapan Bab 3
(A ) ,14243123 14243123 123 surat, misalnya Tuan, Puan, Yang
Berbahagia Dato’, dan sebagainya –
, ditulis di bawah alamat akhir penerima
. (selepas diselang satu baris)
(B )
(F) Perkara – ditulis di bawah kata
, penghormatan (selepas diselang satu
(C ) , baris) menggunakan huruf besar pada
, (D) setiap awal kata
. .
59 (G) Isi – setiap isi ditulis dalam satu perenggan
(E) , dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat
(F) dengan diberikan nombor kecuali pada
. perenggan pertama dan terakhir (setiap
2. perenggan diselang satu atau dua baris)
.
3. (H) Pengakuan pengirim (misalnya Saya yang
. menjalankan tugas) – ditulis di sebelah
(a) . kiri surat (setelah diselang dua atau
(G ) (b) . tiga baris dari perenggan akhir) dengan
(c) . menggunakan huruf besar pada huruf
4. pertama kata pertama dan dibubuh tanda
. koma pada kata terakhir
. (I) Tandatangan – ditulis di bawah pengakuan
pengirim (selepas diselang satu baris)
(J) Nama pengirim – ditulis dengan huruf
besar di bawah tandatangan (di dalam
kurungan)
(K) Nama jawatan dan persatuan (sekiranya
perlu)
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Surat kepada Pengarang kurang sempurna. Misalnya, pembaca
boleh menulis tentang kelemahan
1. Biasanya, setiap akhbar dan majalah pentadbiran sesuatu jabatan kerajaan
mengadakan satu ruangan khas untuk atau swasta tanpa sebarang prasangka.
membolehkan para pembaca atau orang Pembaca juga boleh mengajukan
ramai meluahkan perasaan, buah fikiran, permohonan kepada pihak yang berwajib
dan pendapat mereka dalam ruangan tentang keperluan asas yang patut ada di
tersebut. Setiap akhbar dan majalah lazimnya tempat mereka.
memberikan nama yang berbeza-beza untuk
ruangan ini. Antara nama yang diberikan ialah: Bagaimana Menulis Surat kepada
– Surat daripada Pembaca Pengarang?
– Forum Pembaca
– Mimbar Pembaca dan lain-lain 1. Setiap tulisan mestilah tidak menyentuh tentang
peribadi seseorang, perkara yang sensitif,
2. Tujuan utama pihak akhbar dan majalah perkara yang menyentuh soal perkauman
mengadakan ruangan ini adalah untuk dan keagamaan serta perkara yang dapat
memberikan peluang kepada para pembaca menimbulkan perasaan tidak senang hati
menyumbangkan hasil tulisan mereka bagi dalam kalangan masyarakat.
renungan masyarakat umum. Hasil tulisan
para pembaca dapat dibahagikan kepada dua 2. Perkara yang perlu anda lakukan sebelum
bahagian, iaitu: menulis karangan adalah seperti:
(i) Meluahkan pendapat atau buah fikiran
serta cadangan tentang sesuatu isu ❁ Menentukan tema atau pokok persoalan
semasa. Sebagai contoh, semasa orang yang hendak disampaikan.
ramai memperkatakan kemasukan
pendatang haram, maka pembaca juga ❁ Menulis pendahuluan.
dapat meluahkan pendapat mereka ❁ Mendahulukan isi-isi yang penting
dalam ruangan ini serta turut
memberikan sebab-sebab dan cadangan- daripada yang kurang penting.
cadangan untuk mengatasi masalah ❁ Penutup.
tersebut. ❁ Nama penuh atau nama samaran mesti
(ii) Membuat pengaduan tentang kelemahan
sesuatu pihak atau kemudahan asas yang ditulis pada bahagian bawah penjuru
sebelah kiri.
Karangan Cemerlang 21
Domain: Awam
Ibu bapa perlu lebih banyak memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan keluarga, memandangkan
sebanyak 95 peratus kes disiplin murid berpunca daripada keluarga yang bermasalah, kata pakar motivasi
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
Beliau berkata, menurut kajian, golongan yang bermasalah ini terdiri daripada mereka yang
mempunyai ibu bapa tetapi telah bercerai, selain tindakan ibu bapa yang melayan anak dengan kasar
seperti menengking dan memukul.
“Kasih sayang perlu bermula dari rumah, iaitu daripada ibu bapa sendiri supaya masalah ini
tidak akan berterusan sehingga mewujudkan masalah sosial. Kasih sayang juga perlu dipupuk di
sekolah. Guru-guru dan murid perlu mempamerkan kasih sayang. Dengan ini, masalah displin akan
berkurangan,” katanya.
(Dipetik daripada rencana “95% Masalah Disiplin Berpunca daripada
Keluarga Bermasalah”, BERNAMA, 3 April 2016)
60
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin
anak-anak. Sejak akhir-akhir ini, mutu disiplin murid di sekolah anda semakin merosot. Sebagai murid yang
prihatin, anda ingin menulis surat aduan kepada guru disiplin sekolah anda tentang hal tersebut dengan
menyatakan masalah-masalah yang berlaku.
Tulis surat tersebut sepenuhnya. Pengurusan
Disiplin Pelajar
VIDEO
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,
36750 Langkap,
Perak Darul Ridzuan.
Ketua Guru Disiplin, 15 FEBRUARI 20XX.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok,
36750 Langkap,
Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
Aduan tentang Masalah Disiplin Murid Sekolah
Merujuk perkara di atas, saya, Dharma Dharishini, murid Tingkatan Lima Cekal ingin membuat aduan Bab 3
tentang masalah disiplin murid di sekolah kita yang pada pendapat saya semakin serius sejak kebelakangan
ini.
2. Antara masalah disiplin yang paling membimbangkan ialah semakin banyak murid sekolah ini yang
menghisap rokok di kawasan sekolah. Aktiviti yang membahayakan kesihatan ini biasanya dilakukan oleh
murid tingkatan tiga, empat, dan lima. Mereka menghisap rokok di belakang blok Kemahiran Hidup
yang agak terpencil dari bangunan-bangunan lain. Biasanya, mereka menghisap rokok di situ pada waktu
rehat dan selepas waktu persekolahan berakhir. Memang ada pengawas yang mengetahui kegiatan ini
tetapi tidak ada sesiapa yang berani membuat laporan kepada tuan kerana bimbang akan keselamatan
mereka.
3. Selain itu, masalah disiplin yang agak kritikal ialah masalah murid ponteng sekolah. Murid yang
ponteng sekolah ini biasanya melepak di sebuah rumah kosong yang terletak di kawasan belukar di
hadapan sekolah. Pada setiap hari, dianggarkan 15 orang murid tingkatan empat yang ponteng sekolah.
Murid-murid itu terdiri daripada murid Tingkatan Empat Tabah dan Tingkatan Empat Gigih. Hal yang
membimbangkan adalah pada waktu itu mereka menghisap rokok dan turut menonton video pornografi.
Tuntasnya, sepanjang tempoh ponteng itu, mereka bebas melakukan aktiviti yang negatif.
4. Sekolah ini juga turut berhadapan dengan masalah disiplin yang lain, iaitu budaya peras ugut demi
mendapatkan wang. Kegiatan ini dilakukan oleh murid-murid yang senior kepada murid tingkatan
satu dan dua. Kegiatan ini menyebabkan murid-murid yang menjadi mangsa peras ugut berada dalam
ketakutan dan mereka terpaksa tunduk terhadap ugutan murid tersebut. Murid-murid yang menjadi
mangsa peras ugut tidak berani melaporkan kegiatan itu kepada ibu bapa atau guru kerana bimbang
akan diambil tindakan oleh murid senior berkenaan. Saya telah beberapa kali terserempak dengan murid
yang melakukan perbuatan ini dan menasihati mereka supaya tidak melakukan aktiviti ini tetapi nasihat
saya langsung tidak diendahkan.
5. Satu lagi masalah disiplin murid di sekolah ini ialah tidak prihatin terhadap kebersihan sekolah.
Murid sewenang-wenangnya membuang sampah di merata-rata tempat tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
61
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Natijahnya, sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat di sekolah kita. Hal ini amat menyedihkan
kerana sebuah sekolah yang cemerlang seharusnya mempunyai persekitaran yang bersih dan ceria.
Malahan, ada dalam kalangan murid sekolah ini yang seolah-olah membuli pekerja sekolah supaya
mengutip sampah yang dibuang oleh mereka.
6. Berdasarkan masalah-masalah yang saya utarakan tadi, saya suka mengesyorkan langkah-langkah
yang proaktif untuk menanganinya. Pertama sekali, saya memohon jasa baik tuan dan guru-guru disiplin
yang lain membuat rondaan di kawasan bangunan Kemahiran Hidup. Jika perlu, mintalah kepada tuan
pengetua untuk memasang kamera litar tutup di bangunan tersebut. Bagi mengatasi masalah ponteng
sekolah pula, pihak sekolah perlu memanggil ibu bapa murid yang terlibat. Hal ini demikian kerana, ada
ibu bapa yang tidak tahu tentang kegiatan ponteng yang dilakukan oleh anak mereka. Satu lagi, untuk
mengatasi masalah peras ugut, pihak sekolah patut bertindak tegas terhadap murid-murid yang terbabit.
Sementara itu, bagi mengatasi masalah kebersihan, pihak sekolah patut mengadakan kempen kebersihan
dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
7. Saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah disiplin
sekolah kita sejajar dengan seruan Kementerian Pelajaran yang mahu mewujudkan sekolah selamat. Segala
usaha dan tindakan proaktif yang bakal tuan ambil saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………D…ha…rm…a…………
(DHARMA DHARISHINI)
Murid Tingkatan Lima Cekal,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jelok.
Fokus
Tujuan utama pelaksanaan program sekolah selamat adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif agar
warga sesebuah sekolah itu berasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan
kegiatan kokurikulum tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari luar ataupun dari dalam. Anda boleh
mendapat penerangan lanjut tentang program sekolah selamat dengan melayari laman web yang berikut.
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Sekolah_Selamat
Karangan Cemerlang 22
Domain: Awam
Lawatan sambil belajar merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran(PdP) yang memberikan impak
mendalam kepada murid-murid. Belajar melalui pengalaman adalah sangat penting untuk murid. Oleh
sebab itu, program lawatan sambil belajar diadakan untuk murid-murid supaya mereka mendapat
pengalaman daripada lawatan tersebut.
Objektif lawatan:
• Merealisasikan pengetahuan murid dalam PdP dengan pengalaman yang sebenar.
• Memberikan pendedahan kepada murid tentang adab-adab semasa bermusafir.
• Memberikan nilai tambah kepada pengetahuan am murid-murid tentang prosedur Mahkamah
Syariah menetapkan hukuman berkaitan dengan kes munakahat khususnya.
• Murid-murid berminat untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.
62
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
• Meningkatkan motivasi murid supaya lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan.
• Membuka minda murid tentang pelbagai bidang kerjaya yang dicita-citakan.
(Dipetik daripada artikel “Kertas Cadangan Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tingkatan 5”
oleh Dina Deena Hana, ACADEMIA)
Petikan di atas menyatakan kepentingan murid mengikuti lawatan sambil belajar. Selaku setiausaha
jawatankuasa majalah sekolah, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada pengurusan sebuah kilang
untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang berkenaan.
Tulis surat itu selengkapnya.
Jawatankuasa Majalah “Bagus”,
Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby,
Jalan Deshon,
96000 Sibu,
Sarawak.
Pengarah Urusan, 1 APRIL 20XX.
Syarikat Penerbitan Ilham Bestari,
2888, Jalan Oya,
96000 Sibu,
Sarawak.
Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Lawatan sambil Belajar Bab 3
Merujuk perkara di atas, saya mewakili jawatankuasa majalah sekolah ini ingin memohon kebenaran
daripada pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke premis tuan.
2. Lawatan yang akan kami adakan ini bertujuan untuk memberikan informasi kepada
jawatankuasa tentang prosedur penerbitan buku dan majalah. Informasi ini penting untuk kami
jadikan panduan dalam usaha kami menerbitkan majalah sulung sekolah kami pada tahun ini. Selain
itu, maklumat ini juga berguna kerana terdapat sesetengah jawatankuasa ini yang berminat untuk
menjadi penulis dan terlibat dalam industri penerbitan apabila dewasa kelak. Selain itu, lawatan ini
sebagai memenuhi takwim jawatankuasa majalah sekolah yang telah kami rancang sejak awal tahun lagi.
3. Selain itu, objektif lawatan ini juga untuk memberikan pengetahuan kepada jawatankuasa
tentang proses pencetakan buku. Hal ini penting kerana, kami difahamkan bahawa syarikat tuan
memiliki mesin yang canggih dalam industri pencetakan di negeri ini. Di samping itu, kami juga
ingin mengetahui sejarah penubuhan syarikat ini yang telah beroperasi selama 100 tahun. Maklumat
ini penting kepada kami sebagai inspirasi tentang perlunya usaha gigih dan inovasi dalam sesuatu
bidang terutama dalam bidang perniagaan jika ingin bertahan lama.
4. Kami juga berharap agar tuan dapat menyediakan seorang pegawai perhubungan pelanggan
yang berkualiti agar dapat memberikan informasi kepada kami sepanjang lawatan ini berlangsung.
Penerangan dengan menggunakan alat teknologi maklumat dan komunikasi sangat kami harapkan supaya
memudahkan jawatankuasa kami menyerap informasi yang akan kakitangan tuan sampaikan.
5. Untuk pengetahuan tuan, maklumat tentang lawatan ini akan kami siarkan dalam majalah
sekolah kami. Majalah ini akan diedarkan kepada semua guru dan murid sekolah kami. Dengan itu,
63
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
lawatan ini akan menguntungkan syarikat tuan kerana secara tidak langsung kami turut mempromosi
perniagaan yang tuan jalankan.
6. Kami ingin mengadakan lawatan ini pada 18 Mei 20XX. Pada hari tersebut, dijangkakan sebanyak
20 orang jawatankuasa akan turut serta dalam lawatan ini dengan diketuai oleh penyelaras majalah
sekolah, iaitu Encik Yusman bin Zakaria. Kami dijangka tiba di syarikat tuan pada pukul 9.00 pagi
dan akan berada di sana selama dua jam setengah. Kami berharap agar tuan dapat menyediakan
program-program yang bersesuaian untuk memenuhi masa kami sepanjang berada di sana.
7. Saya berharap agar permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Segala kerjasama tuan dalam hal ini sangat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………E…rw…in…a ……
(ERWINA EHSAN)
Setiausaha Jawatankuasa Majalah “Bagus”,
Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby.
Karangan Cemerlang 23
Domain: Awam
Pengusaha kafeteria seharusnya sedar bahawa kebersihan makanan yang dijual dan persekitaran
kafeteria merupakan satu perkara yang sangat penting demi kesihatan pelanggannya. Oleh itu kebersihan
peralatan makanan perlulah diambil perhatian dengan memastikan peralatan makanan tersebut tidak
rosak mahupun berkarat.
Dari aspek persekitaran, pihak pengusaha kafeteria perlu peka dalam memastikan pekerja
kafeteria memakai sarung tangan baik menyediakan mahupun menghidangkan makanan. Hal ini
bertujuan mengelakkan makanan yang dihidang bebas daripada sebarang kekotoran dan sebagainya.
Selain itu, pihak pengusaha juga perlulah memastikan meja, kerusi, dan lantai kafeteria sentiasa berada
dalam keadaan bersih.
(Dipetik daripada rencana “Tahap Kepuasan Pelanggan terhadap Kualiti Perkhidmatan Kafeteria
di Kafeteria Kolej Komuniti Ledang” oleh Rusnani Yahya dan Faridah Shariyah Sharuddin,
Kolej Komuniti Ledang Johor, 2015)
Petikan di atas menjelaskan tentang tanggungjawab pengusaha kafeteria dalam memastikan kebersihan premis.
Andaikan bahawa anda menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi swasta. Anda tidak berpuas hati dengan
mutu perkhidmatan pengendali kafeteria di tempat anda belajar. Anda ingin membuat aduan kepada pihak
yang berkenaan tentang masalah-masalah yang berlaku.
Tulis surat itu selengkapnya. Kepentingan Kebersihan
dan Keselamatan
VIDEO Makanan
64
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Kolej Kediaman Putera 3,
Kolej Seri Sentosa,
10, Bandar Darulaman Jaya,
Bandar Darul Aman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tuan Penyelia, 7 MAC 20XX.
Kolej Kediaman Putera 3,
Kolej Seri Sentosa,
10, Bandar Darulaman Jaya,
Bandar Darul Aman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
Aduan tentang Mutu Perkhidmatan Kafeteria
Merujuk perkara di atas, saya Mohd. Adib bin Zulkarnain, penuntut Diploma Pengurusan Pelancongan,
mewakili sebahagian besar penuntut kolej ini ingin membuat aduan tentang mutu perkhidmatan kafeteria
di kolej kami yang sejak akhir-akhir ini amat mendukacitakan.
2. Antara masalahnya ialah para pekerja kafeteria kolej ini mengabaikan aspek kebersihan. Mereka Bab 3
sengaja membiarkan kerusi dan meja kotor dengan tumpahan makanan. Malahan, mereka jarang-jarang
membersihkan lantai kafeteria walaupun sampah kelihatan bertaburan di sana sini. Akibat kekotoran itu,
keadaan di kafeteria menyakitkan mata yang memandang sekali gus menghilangkan selera kami untuk
makan. Keadaan yang kotor ini dapat memberikan imej negatif kepada kolej ini jika dibiarkan.
3. Selain itu, pengendali kafeteria dan para pekerjanya tidak prihatin terhadap punca-punca keracunan
makanan. Mereka menjual makanan yang tidak berkualiti dan sudah basi semata-mata tidak mahu
mengalami kerugian. Natijahnya, beberapa orang penuntut mengalami cirit-birit dan sakit perut hampir
setiap hari setelah makan makanan yang dijual di kafeteria itu.
4. Pengendali kafeteria juga menjual makanan dengan harga yang tinggi. Antaranya, minuman dijual
dengan harga RM2.00 segelas, kuih dijual dengan harga RM0.50 sepotong, dan nasi lemak RM2.50
sepinggan. Akibat harga makanan yang tinggi itu, terdapat penuntut yang datang daripada keluarga yang
miskin dan berpendapatan rendah, terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu membeli makanan
tersebut. Pengendali kafeteria juga tidak meletakkan tanda harga makanan bagi memudahkan para
penuntut membeli makanan mengikut kemampuan mereka.
5. Masalah yang lain ialah pengendali kafeteria dan para pekerjanya bersikap kasar terhadap penuntut.
Mereka bersikap sedemikian walaupun penuntut melakukan kesalahan yang kecil, seperti tidak beratur
semasa membeli makanan atau penuntut tidak mempunyai wang kecil untuk membeli makanan. Sikap
kasar ini tidak patut ditampilkan oleh pekerja kafeteria kerana akan menakutkan penuntut, terutama
penuntut baharu. Kami juga khuatir jika perkara ini berlarutan, akan timbul pertengkaran atau
pergaduhan antara pekerja kafeteria dengan penuntut yang terlibat.
6. Saya berharap agar tuan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah mutu
perkhidmatan kafeteria di kolej kami. Tindakan yang positif daripada tuan amat kami harapkan supaya
mutu perkhidmatan pengendali dan pekerja kafeteria kolej kami dapat dibaiki demi menjamin kesihatan
dan keselamatan kami.
65
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………A…dib…………………
(MOHD. ADIB BIN ZULKARNAIN)
Pelajar Kolej Kediaman Putera 3,
Kolej Seri Sentosa.
Fokus
Makanan yang selamat, bebas daripada pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat sangat penting untuk mencegah
keracunan makanan. Layarilah laman web yang berikut untuk mendapatkan informasi yang terperinci tentang makanan selamat.
• http://www.myhealth.gov.my/5-panduan-makanan-selamat/
Karangan Cemerlang 24
Domain: Awam
Sebanyak 12 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Selangor, mengalami gangguan bekalan air tidak
berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Andalas, Klang, hari ini.
Kawasan terjejas ialah Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan
Sungai Jati, Jalan Temenggong, Jalan Laksamana, Taman Bijaya, Taman Rakyat, Jalan Seri Sarawak,
Bandar Puteri, dan Bandar Putera 2, Klang.
(Dipetik daripada rencana “12 Kawasan Klang/Shah Alam Alami Gangguan Bekalan
Air Tidak Berjadual” oleh Mahani Ishak, Berita Harian Online, 20 Disember 2020)
Petikan akhbar di atas menyatakan beberapa kawasan telah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual
yang pastinya akan menjejaskan aktiviti seharian penduduk. Kawasan tempat tinggal anda juga sering
mengalami gangguan bekalan air sehingga menimbulkan kesulitan kepada penduduk. Sebagai setiausaha
jawatankuasa persatuan penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk
mengadukan hal tersebut dengan menyatakan masalah-masalah yang timbul.
Tulis surat itu sepenuhnya. Tips Jimat Air, Guna
‘Produk Cekap Air’?
VIDEO
Persatuan Penduduk Kampung Aman,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang, 30 MEI 20XX.
Cawangan Sungai Dua,
Jalan Haji Tuan Said,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
66
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang Bab 3
Tuan,
Aduan tentang Kekerapan Gangguan Bekalan Air
Merujuk perkara di atas, saya mewakili seluruh penduduk Kampung Aman ingin membuat aduan tentang
gangguan bekalan air yang selalu kami hadapi.
2. Kekerapan gangguan bekalan air di tempat kami sebenarnya sudah berlarutan dalam tempoh
masa yang agak lama, iaitu sejak lima tahun. Dalam tempoh sebulan, sekurangnya-kurangnya tiga kali
bekalan air di tempat kami terputus. Biasanya setiap kali terputus, kami terpaksa menunggu sehari suntuk
sebelum bekalan air tersebut disambung semula.
3. Kekerapan gangguan bekalan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. Aktiviti harian
kami, seperti mencuci pakaian dan memasak bukan sahaja terbantut, malahan kegiatan ekonomi kami
turut terjejas. Hal ini demikian kerana, terdapat penduduk di sini yang mengusahakan kedai makan,
dobi, kedai cuci kereta, dan projek pertanian fertigasi. Malahan, ada dalam kalangan penduduk yang
menjalankan program inapan keluarga yang menjadi kunjungan para pelawat, terutama pelancong asing.
Keadaan ini sudah tentu menjejaskan sumber pendapatan penduduk yang terlibat sekali gus memberikan
imej yang negatif terhadap negara kita.
4. Gangguan bekalan air juga selalu menimbulkan masalah kepada kami ketika mahu menjayakan
majlis kenduri kendara, termasuk kenduri kahwin. Misalnya, pada minggu lepas, satu majlis perkahwinan
terpaksa dijalankan dalam keadaan yang amat sukar kerana bekalan air terputus selama dua hari. Mujurlah,
sebuah syarikat perkhidmatan menjual air menyediakan khidmat membawa air ke rumah berkenaan.
Keadaan sebegini sudah tentu menyulitkan tuan rumah sekiranya tiada perkhidmatan sedemikian.
5. Kekerapan gangguan air ini pernah kami suarakan kepada pihak yang terlibat tetapi
sehingga sekarang tidak ada usaha yang diambil untuk menangani masalah ini. Oleh itu, saya mahu
mengesyorkan beberapa langkah untuk menangani masalah ini. Pertama, saya meminta supaya
pihak Perbadanan Perbekalan Air Pulau Pinang mengenal pasti punca sebenar kekerapan gangguan
air terputus di kawasan ini. Menurut sumber yang tidak rasmi, gangguan ini berlaku kerana banyak
projek pembinaan yang dijalankan di kawasan ini sehingga mengganggu kelancaran bekalan air. Oleh
itu, pihak tuan harus berbincang dengan pemaju yang terbabit supaya masalah ini dapat diminimumkan.
6. Selain itu, kami berharap agar tuan dapat memaklumkan berita kepada penduduk di sini secepat
mungkin sekiranya berlaku gangguan air. Makluman ini penting supaya kami dapat menyediakan
simpanan air yang mencukupi. Di samping itu, kami juga memohon agar tuan menyediakan lori-lori air
untuk memberikan bekalan air kepada penduduk selama bekalan air terputus.
7. Besarlah harapan kami agar pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah
bekalan air yang kerap terputus ini supaya kesulitan yang kami hadapi selama ini dapat diatasi. Terima
kasih atas kerjasama yang akan pihak tuan berikan.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
…………Z…am…ri …………
(ZAMRI BIN HAMZAH)
Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Aman.
Kepala Batas,
Pulau Pinang.
67
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Karangan Cemerlang 25
Domain: Awam
Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Daerah Baling (MDB) supaya penghuni-penghuni
dapat melupuskan sampah ialah:
• pungutan sampah dari rumah ke rumah (tiga kali seminggu).
• kutipan sampah dijalankan selang sehari.
• semua sampah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat dengan kuat-kuat sebelum
dimasukkan ke dalam tong.
• tong sampah boleh diletakkan di hadapan atau belakang rumah untuk memudahkan pekerja-pekerja
mengosongkannya.
(Dipetik daripada artikel “Pengurusan Sisa”, Portal Rasmi Majlis Daerah Baling,
http://www.mdbaling.gov.my/ms/rakyat/perkhidmatan/pengurusan-sisa)
Petikan di atas menjelaskan antara perkhidmatan yang diberikan oleh sesuatu majlis daerah di sesebuah
kawasan. Kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah tidak dikutip mengikut jadual sehingga
menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk menyatakan
masalah-masalah yang timbul akibat kegagalan pihak berkenaan mematuhi jadual pengutipan sampah itu.
Tulis surat anda itu selengkapnya. Pengurusan
Sisa Pepejal
VIDEO
Persatuan Penduduk Taman Sinaran,
Bukit Besar,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Yang Dipertua, 24 JANUARI 20XX.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,
Tingkat 4-8,
No. 88, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tuan,
Aduan tentang Mutu Perkhidmatan Pengutipan Sampah di Taman Sinaran
Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk di taman ini tidak berpuas hati dengan mutu
perkhidmatan pengutipan sampah oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan dan ingin membuat
aduan tentang perkara tersebut.
2. Perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk taman ini timbul oleh sebab kontraktor pengutip
sampah tidak mengutip sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mengikut peraturan, sampah di
taman kami ini sepatutnya dikutip sebanyak tiga kali seminggu, iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu, dan
Jumaat. Namun demikian, sejak dua bulan ini, kontraktor berkenaan mengutip sampah hanya sekali dalam
seminggu. Natijahnya, banyak sampah yang berlonggok di hadapan rumah kami sehingga menyakitkan
mata yang memandang.
68
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang Bab 3
3. Akibat kegagalan kontraktor terbabit mematuhi jadual pengutipan sampah tersebut, longgokan
sampah di kawasan taman kami semakin membukit dari hari ke hari, kesannya kawasan perumahan
kami berbau busuk sehingga menimbulkan suasana yang tidak selesa. Bayangkanlah rumah kediaman
yang sepatutnya menjadi syurga kami membina kebahagiaan bersama-sama keluarga tetapi sebaliknya
menyebabkan kesengsaraan kepada kami. Di samping itu, longgokan sampah ini menjadi tempat tumpuan
vektor penyakit, seperti anjing, tikus, nyamuk, dan lalat. Kami berasa amat bimbang sekiranya keadaan
ini berlanjutan kerana akan mengundang pelbagai penyakit kepada kami.
4. Selain itu, longgokan sampah yang semakin menimbun ini telah memberikan imej negatif kepada
taman perumahan kami. Sebagai akibatnya, saudara-mara dan sahabat handai kami tidak mahu
berkunjung ke rumah kami lagi. Malahan, semasa majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk di
taman ini baru-baru ini, tidak ramai tetamu yang hadir disebabkan oleh bau sampah yang memualkan
ini. Keadaan ini memalukan dan mendukacitakan tuan rumah kerana segala perancangan dan persiapan
telah dibuat tetapi bilangan tetamu yang hadir amat sedikit.
5. Malahan, kegagalan pihak kontraktor mengutip sampah telah menjejaskan perniagaan
peniaga-peniaga di kawasan ini. Hal ini demikian kerana, kekotoran dan bau busuk yang menusuk
menyebabkan pengunjung tidak mahu datang ke premis mereka. Sebagai contoh, peniaga kedai makan
terjejas teruk akibat ketiadaan pelanggan kerana mereka berasa tidak selesa untuk menjamu selera di
situ. Di samping itu, lalat banyak menghurungi makanan yang dijual oleh peniaga yang turut menjadi
punca peniaga tersebut kekurangan pelanggan.
6. Besarlah harapan kami agar tuan dapat bertindak dengan segera untuk menangani masalah yang
membelenggu kami ini. Hal ini demikian kerana, kami tidak sanggup untuk tinggal dalam kawasan
perumahan yang serba berbau busuk ini lagi. Kerjasama tuan dalam hal ini sangat kami harapkan dan
kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
…L…oo…K…ea…t S…e…on…g …
(LOO KEAT SEONG)
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sinaran.
Karangan Cemerlang 26
Domain: Awam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk memberikan khidmat
pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan
aspek keselamatan, dan memadam kebakaran, serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap
dan berkesan. Dari segi kualiti, jabatan ini bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti
M.S ISO 9001 – 2015.
Untuk memenuhi objektif tersebut, antara fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukan di
bawah seksyen 5(1) & (2) dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) adalah seperti yang berikut:
• memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran.
• melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
• menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan, dan pengawalseliaan yang sempurna.
• menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca, dan hal kebakaran.
69
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
• melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya
apa-apa bencana.
(Dipetik daripada artikel “Objektif dan Fungsi”, Portal Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
https://www.bomba.gov.my/index.php/pages/view/38?mid=167)
Petikan di atas antara tugas bomba dan penyelamat. Bersempena dengan sambutan Hari Kokurikulum, sekolah
anda bercadang untuk mengadakan program dan demonstrasi pencegahan kebakaran. Selaku setiausaha Kelab
Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah, anda diminta untuk menyediakan sepucuk surat kepada pihak berkenaan
untuk meminta kerjasama mereka bagi mengadakan aktiviti tersebut.
Tulis surat itu selengkapnya.
Kelab Kadet Bomba dan Penyelamat,
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki,
36200 Ipoh,
Perak.
Pengarah, 8 OGOS 20XX.
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
36200 Ipoh,
Perak.
Tuan,
Undangan Mengadakan Program dan Demonstrasi Pencegahan Kebakaran Peringkat Sekolah
Merujuk perkara di atas, Kelab Kadet Bomba dan Penyelamat sekolah kami akan mengadakan program
dan demonstrasi pencegahan kebakaran pada pertengahan bulan September nanti. Program ini
merupakan lanjutan daripada kursus kebakaran yang dijalankan baru-baru ini. Sekiranya mendapat
persetujuan daripada pihak tuan, kami bercadang akan mengadakan program tersebut seperti yang berikut:
Tarikh : 19 September 20XX
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli kelab dan
murid-murid tentang aspek pencegahan kebakaran sama ada di sekolah atau di rumah. Hal ini
penting kerana, sebahagian besar murid tidak mengetahui tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka
apabila berlaku kebakaran. Sememangnya, pendedahan ini akan memberikan sedikit panduan kepada
murid-murid agar dapat menangani kebakaran yang berlaku dengan segera sementara menerima bantuan
daripada pihak Bomba dan Penyelamat. Tindakan segera yang diambil dapat menyelamatkan harta benda
dan nyawa mereka. Program ini juga amat perlu bagi menyedarkan murid-murid betapa pentingnya
mengambil langkah-langkah awal bagi mengatasi kejadian kebakaran.
3. Kebakaran merupakan satu tragedi yang memberikan implikasi buruk terhadap mangsa. Selain
kehilangan harta benda, kebakaran juga dapat membawa maut, malah mangsa yang tercedera dan
kehilangan ahli keluarga akan mengalami trauma yang berpanjangan. Pihak tuan juga boleh mengadakan
tayangan filem atau memaparkan gambar-gambar kebakaran yang telah berlaku di negara ini. Pihak tuan
70
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
juga hendaklah mendedahkan murid-murid tentang punca-punca kebakaran seperti kelalaian, litar pintas,
dan panahan petir. Di samping itu juga, murid perlu diberitahu tentang cara-cara untuk mengelakkan
tragedi ini daripada berlaku.
4. Selain itu, program ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang bidang
tugas dan peranan yang dimainkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat seperti membantu mangsa
kemalangan di jalan raya. Secara tidak langsung, murid-murid boleh memilih bidang ini sebagai kerjaya
mereka apabila tamat pengajian nanti. Sehubungan dengan itu, saya ingin meminta kerjasama daripada
pihak tuan agar menghantar beberapa orang pegawai untuk memberikan ceramah serta mengadakan
pameran dan demonstrasi kebakaran di sekolah kami. Pihak kami akan menyediakan kemudahan tempat
bagi melaksanakan dan melancarkan aktiviti-aktiviti tersebut. Kami juga akan menyediakan beberapa
orang ahli Kadet Bomba dan Penyelamat untuk membantu pihak tuan semasa mengadakan demonstrasi
kebakaran nanti.
5. Kami amat berharap pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera agar kami
dapat membuat persediaan yang rapi. Harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang
sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
…………K…am…ar…ul…A…rif…in……………
(KAMARUL ARIFIN BIN HASHIM)
Setiausaha Kelab Kadet Bomba dan Penyelamat,
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.
Karangan Cemerlang 27 Bab 3
Domain: Awam
“Bulan bahasa kebangsaan merupakan usaha kerajaan untuk menyemarakkan rasa cinta
masyarakat terhadap bahasa kebangsaan melalui pelbagai program yang dirancangkan. Memperkasakan
bahasa kebangsaan juga bermakna kita mendukung perlembagaan negara yang memaktubkan bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara juga seiringan dengan prinsip ketiga
rukun negara, iaitu mendukung “keluhuran perlembagaan.”
(Dipetik daripada ucapan Ybhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian
Kerja Raya (KKR), Bulan Bahasa Kebangsaan KKR, 2014)
Ucapan di atas tentang usaha kerajaan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Persatuan Bahasa Melayu
sekolah anda akan mengadakan sambutan Bulan Bahasa peringkat sekolah. Sebagai setiausaha, anda diminta
untuk menulis sepucuk surat kepada seorang tokoh bahasa untuk menjemput beliau memberikan ceramah di
sekolah anda.
Tulis surat itu selengkapnya. Usman Awang
INFO
71
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Agama Baling,
91000 Baling,
Kedah.
Encik Ahmad Razali bin Mahmud,
Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cawangan Utara,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang. 10 Oktober 20XX.
Tuan,
Jemputan Memberikan Ceramah Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan sambutan Bulan Bahasa sepanjang
bulan Oktober tahun ini. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput tuan bagi menyampaikan
ceramah yang merupakan satu daripada acara yang diadakan sempena sambutan Bulan Bahasa. Butiran
tentang ceramah tersebut seperti yang berikut:
Tarikh : 24 Oktober 20XX
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Agama Baling
3. Tajuk ceramah yang akan disampaikan nanti adalah tentang perkembangan bahasa Melayu dan
peranan serta cabarannya dalam sistem pendidikan di Malaysia kini. Isu-isu semasa yang berkaitan
dengan bahasa juga boleh tuan kemukakan seperti bahasa rojak dan persaingan bahasa Melayu dengan
bahasa Inggeris. Selain itu, tuan boleh menyatakan kepentingan bahasa Melayu kepada murid-murid,
di samping menceritakan sejarah perkembangan bahasa Melayu yang pernah menjadi “lingua franca”
pada masa dahulu dan sewaktu kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa
itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan utama antara pedagang dari Timur dengan Barat.
Namun begitu, kegemilangannya semakin pudar apabila kebanyakan negara di Timur mula dikuasai oleh
kuasa imperialisme.
4. Pelancaran Bulan Bahasa ini telah dirasmikan oleh seorang penulis terkenal di negeri ini, iaitu
Tuan Haji Azizi bin Abdullah pada 1 Oktober yang lalu. Walaupun majlis perasmian ini diadakan secara
ringkas, tetapi cukup bermakna kepada semua murid. Program Bulan Bahasa kali ini mendapat sokongan
daripada beberapa pihak lain seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Penulis Kedah.
Beberapa buah kedai buku turut menyumbangkan hadiah dan sejumlah buku kepada murid.
5. Program yang diadakan ini merupakan aktiviti tahunan persatuan, selain menyemarakkan semangat
cinta akan bahasa Melayu dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang bahasa seperti
penyair, novelis, dan wartawan. Pelbagai aktiviti yang melibatkan bahasa juga diadakan seperti
pertandingan berbalas pantun, peraduan menulis esei, pidato, bercerita, dan mengarang sajak. Pada
minggu lepas, pihak persatuan telah menganjurkan kursus penulisan esei yang disertai oleh murid
sekolah ini. Penceramah yang dijemput ialah Yang Dipertua Persatuan Penulis Kedah (ASASI). Kursus
ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid.
72
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
6. Sambutan Bulan Bahasa pada peringkat sekolah ini merupakan lanjutan daripada pengisytiharan
Bulan Bahasa pada peringkat kebangsaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru
ini. Sambutan Bulan Bahasa di peringkat sekolah telah diamanahkan kepada Persatuan Bahasa Melayu
untuk mengendalikan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Pihak Persatuan Bahasa Melayu telah
membuat persiapan dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa agar program yang dijadualkan berjalan
dengan lancar. Pada kemuncak sambutan Bulan Bahasa ini akan diadakan pertandingan perbahasan
antara tingkatan. Hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan. Majlis penutupan Bulan Bahasa ini
akan disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada akhir bulan ini.
7. Harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk menyampaikan ceramah ini. Saya
juga berharap agar tuan dapat memaklumkan kehadiran tuan dengan segera. Kerjasama daripada pihak
tuan dapat memeriahkan sambutan Bulan Bahasa kali ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas
kerjasama dan sumbangan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
..............M....u..h.d....F....a..r..i.d................. Fokus
(MUHD FARID BIN ISMAIL)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Kerajaan telah mengisytiharkan bulan Oktober setiap tahun
Sekolah Menengah Agama Baling. sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan.
Karangan Cemerlang 28
Domain: Awam Bab 3
Malaysia kini diancam masalah kepupusan flora dan fauna yang serius akibat penerokaan hutan.
Natijahnya, hutan terus diceroboh dan dimusnahkan. Tindakan segelintir manusia yang tamak dan
penting diri mendorong kemusnahan hutan. Pembalakan yang rakus telah mengancam fungsi sokongan
hayat hutan yang berperanan utama sebagai penyerap karbon bagi menangani perubahan iklim dan
juga sumber air. Aktiviti berisiko tinggi seperti pembalakan haram bukanlah satu amalan lestari kerana
akan menimbulkan pelbagai kesan dan menjerumus kepada kemusnahan ekosistem serta kepelbagaian
biodiversiti.
(Dipetik daripada artikel “Hentikan Pencerobohan, Pelihara Khazanah Hutan Kita”
oleh Haliza Abdul Rahman, Portal Institut Pengajian Sains Sosial,
Universiti Putra Malaysia, 2020)
Petikan di atas menerangkan bahawa kesan kemusnahan hutan. Hutan ialah khazanah negara yang paling
berharga dan perlu dipulihara untuk kesejahteraan manusia. Anda selaku setiausaha Persatuan Alam Sekitar
cawangan daerah anda tidak berpuas hati terhadap pemusnahan hutan yang berleluasa di tempat anda sehingga
meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati anda itu.
Jenis Hutan
INFO
73
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Sahabat Alam Malaysia,
19, Jalan Soga,
Kampung Muhibah,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Pegawai Jabatan Hutan Batu Pahat, 20 APRIL 20XX.
Bangunan Tengku Mahkota Ismail,
Jalan Bakau Condong,
83000 Batu Pahat,
Johor.
Tuan,
Pemusnahan Hutan di Kampung Muhibah, Batu Pahat
Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai ahli Sahabat Alam Malaysia, mewakili rintihan para
penduduk Kampung Muhibah ingin mengutarakan beberapa perkara kepada pihak tuan tentang masalah
yang kami hadapi, iaitu pemusnahan hutan yang berlaku secara berleluasa berhampiran dengan kawasan
kediaman kami sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
2. Kira-kira satu kilometer dari kawasan perkampungan kami, terdapat kawasan hutan tebal yang
menjadi habitat flora dan fauna serta menjadi kawasan bagi sesetengah penduduk di sini untuk mencari
nafkah yang halal seperti mengumpulkan rotan dan akar-akar kayu telah diceroboh. Kehidupan yang
selama ini bahagia, aman, damai, dan tenteram serta keadaan udara yang segar dan nyaman, kini telah
diganggu oleh kegiatan yang dilakukan pihak yang tidak dikenali. Pihak yang tidak bertanggungjawab
ini telah memusnahkan kehijauan hutan tersebut. Terdapat sebuah syarikat yang tidak dikenali telah
melakukan kegiatan pembalakan di kawasan ini tanpa memikirkan kebajikan penduduk sehingga banyak
menimbulkan masalah kepada kami.
3. Syarikat yang rakus dan tidak bertanggungjawab ini telah melakukan kegiatan penebangan
pokok-pokok tanpa keizinan pihak yang berkuasa. Kegiatan ini secara tidak langsung telah merosakkan
keindahan alam semula jadi apabila kawasan berkenaan digondolkan. Hasil perbincangan saya dengan
penduduk kampung, kami mengambil keputusan untuk memaklumkan hal ini kepada pihak tuan
kerana kegiatan mereka akan memusnahkan khazanah negara yang tidak ternilai selain melanggar
undang-undang negara.
4. Di samping melakukan penebangan pokok-pokok yang berharga, mereka juga melakukan aktiviti
pembakaran hutan secara terbuka dan pembakaran ini dilakukan pada waktu malam. Mungkin mereka
berpendapat bahawa pihak penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar tidak dapat mengesan pencemaran udara
dengan melakukan pembakaran pada waktu malam. Sebagai akibatnya, asap daripada pembakaran ini
telah menimbulkan pelbagai penyakit kepada kami seperti batuk dan pedih mata. Golongan yang paling
tinggi menerima risiko ialah kanak-kanak, orang tua, dan orang yang berpenyakit kronik seperti asma
atau lelah. Buat masa ini, kami cuma mampu membataskan pergerakan di luar rumah supaya tidak
banyak terdedah kepada udara yang tercemar itu.
74
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang Bab 3
5. Sebagai penghuni tetap di kampung ini, kami terpaksa menanggung segala risiko akibat aktiviti
haram ini. Kawasan yang telah ditebang dan dibakar ini menjadi tandus dan botak. Keadaan nyaman
dan segar di kampung kami dahulu telah bertukar menjadi panas dan berbahang. Kamilah yang menjadi
mangsa keadaan. Sebagai bukti, kami tidak lagi dapat tidur dengan lena akibat hawa yang panas pada
waktu malam. Pembakaran yang dilakukan telah mengakibatkan udara persekitaran kampung dipenuhi
asap dan habuk. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila habuk dan debu hitam melekat serta meliputi
cermin-cermin tingkap rumah, kenderaan, dan pakaian yang dijemur di luar rumah. Banyak rungutan
telah kami dengar daripada suri-suri rumah bahawa mereka penat membersihkan rumah dan pakaian
yang kotor semula akibat pembakaran tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, kami terpaksa memasang
kipas angin hampir sepanjang masa. Apabila perkara ini berlaku, maka semakin bertambahlah kos
elektrik kami. Bayaran bil yang bertambah ini sudah pastinya membebankan penduduk kampung
yang kebanyakan mereka tidak berpendapatan tetap. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, nescaya
kesihatan kami dalam keadaan bahaya kerana tiada udara yang bersih untuk kami nikmati lagi.
6. Selain itu, masalah lain yang kami hadapi ialah banjir kilat. Kira-kira dua minggu yang lalu, satu
tragedi bersejarah telah berlaku buat pertama kalinya di sini. Kampung kami mengalami banjir kilat
berlumpur setelah hujan lebat selama tiga jam. Sebelum ini, air hujan segera menyerap ke dalam bumi
atau mengalir melalui sungai besar yang terdapat di kampung kami. Lumpur-lumpur merah daripada
kawasan yang digondolkan jelas telah melimpah ke tempat kami. Kami mengalami kerugian harta benda
yang agak besar, khususnya perabot dan peralatan elektrik.
7. Seterusnya, kami berasa bimbang akan masalah ini kerana banjaran bukit-bukit tinggi di situ
mula terhakis dan gagal menyerap air hujan dengan cepat. Tidak dapat dibayangkan, sekiranya
tanah-tanah di situ runtuh dan menimbus rumah-rumah yang berhampiran. Pastinya akan berlaku
kematian seandainya kediaman tersebut tertimbus. Perkara yang perlu pihak tuan ketahui ialah kawasan
tersebut sebenarnya merupakan kawasan tadahan air bagi daerah Batu Pahat. Bagi jangka masa yang
panjang, seluruh penduduk daerah Batu Pahat akan turut merasai kegawatannya.
8. Aduan juga kami terima daripada penduduk yang mengatakan bahawa tanaman mereka telah
dirosakkan oleh sekumpulan gajah liar yang keluar dari hutan berkenaan. Hal ini mungkin disebabkan
kawasan berkenaan telah dimusnahkan. Di samping itu, kedamaian suasana kampung turut terganggu
oleh bunyi bising jentera pemotong pokok. Akibatnya, bunyi bising itu telah mengganggu ketenteraman
kami untuk berehat, apatah lagi kepada anak-anak kecil yang sedang tidur.
9. Kami berharap agar pihak tuan dapat memahami dan mempertimbangkan situasi yang kami hadapi.
Kami memohon agar tindakan segera dapat diambil demi menjaga keindahan alam dan kesejahteraan
penghuni di sini. Segala kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“SAYANGILAH ALAM SEKITAR”
Yang benar,
..................N...u..s.i..m...a.......................
(NUSIMA BINTI MUHAMED)
Setiausaha,
Sahabat Alam Malaysia,
Batu Pahat.
75
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Karangan Cemerlang 29
Domain: Peribadi
Seorang lelaki yang melakukan jenayah mencuri dan merosakkan harta benda dihukum penjara selama
11 bulan oleh Mahkamah Majistret, baru-baru ini.
Majistret Dewi Norlewati binti Haji Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu ke atas Abdul Hakim
bin Abdullah, 19, yang mengaku bersalah mencuri wayar tembaga berukuran 100 meter dan pada masa
sama telah merosakkan wayar milik syarikat DST Sdn Bhd ketika memotongnya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Komersil Bumiputra di ibu negara pada 9
April 2018.
(Dipetik daripada rencana “Kena 11 Bulan Penjara kerana Mencuri, Rosakkan Harta Benda”
oleh Rafidah Jumat, Media Permata, 13 April 2018)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa jenayah mencuri harta benda awam semakin berleluasa kini.
Sebagai masyarakat yang prihatin, anda ingin memberikan pendapat untuk disiarkan dalam sebuah akhbar.
Tulis surat kepada pengarang untuk memaklumkan perkara tersebut.
69, Lorong 3,
Taman Makmur,
09600 Lunas, Kedah.
Editor, 10 MEI 20XX.
Akhbar Utusan Malaysia,
Cawangan Utara,
Kawasan Perusahaan Mak Mandin,
12330 Butterworth,
Pulau Pinang.
Tuan,
Rencana Bertajuk “Kecurian Harta Benda Awam” untuk Disiarkan
Segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. Sebagai masyarakat yang prihatin, saya amat kecewa
terhadap kejadian kecurian harta benda awam yang sering berlaku kini. Bersama-sama ini, saya
lampirkan sebuah rencana yang bertajuk “Kecurian Harta Benda Awam” untuk disiarkan dalam akhbar tuan.
2. Kecurian harta benda awam semakin menjadi-jadi, terutamanya di kawasan pedalaman dan
kawasan yang sunyi. Harta benda awam yang sering dicuri ialah kabel elektrik, besi penutup longkang,
besi pembahagi jalan, tembaga pengalir cas elektrik pada bangunan tinggi, dan sebagainya. Kecurian
harta benda awam ini semakin berleluasa disebabkan oleh harganya yang tinggi dan mudah didapati
di mana-mana sahaja. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan penagih-penagih dadah dikenal
pasti sebagai orang yang tidak berhati perut telah mencuri harta benda awam ini. Kecurian peralatan
ini memberikan kesan kepada keselamatan masyarakat selain merugikan negara.
3. Rencana ini bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan harta benda awam. Kecurian
kabel telefon menyebabkan masyarakat setempat terputus hubungan. Hal ini bertambah buruk
sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan apabila pihak berwajib tidak dapat dihubungi untuk
76
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
memberikan bantuan dan pertolongan kecemasan. Selain itu, rencana ini juga bertujuan memberikan
kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan menjaga harta benda awam dan memastikan harta
benda ini berada dalam keadaan yang selamat. Kecurian harta benda awam juga menyebabkan kerajaan
terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaik pulih sekali gus menyebabkan kos
penyelenggaraan meningkat.
4. Beberapa langkah dicadangkan untuk mengatasi gejala kecurian harta benda awam ini. Antaranya,
masyarakat perlu peka terhadap perubahan dan setiap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Mereka juga harus bekerjasama dengan menangkap pencuri tersebut atau melaporkan kejadian
kecurian harta benda awam kepada pihak berkuasa. Di samping itu, media massa juga harus menyiarkan
iklan-iklan yang berkaitan agar masyarakat sedar akan keburukan akibat kecurian harta benda ini. Pihak
berkuasa perlu memantau kejadian ini seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang
berpotensi berlakunya kecurian. Pencuri hendaklah dikenakan tindakan yang tegas seperti denda dan
penjara. Sikap pemborong yang bersubahat dengan pencuri menyebabkan gejala ini sukar untuk diatasi.
5. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyiarkan rencana ini untuk tatapan masyarakat. Saya juga
berharap rencana ini mencapai objektifnya, iaitu menyedarkan masyarakat dan mengurangkan gejala
kecurian harta benda awam yang semakin berleluasa kini.
Kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Yang benar,
..........V....i.k..n..e..s..w..a..r..y............................
(VIKNESWARY A/P KASEVAN)
Masyarakat Prihatin,
Taman Makmur.
Koleksi Peribahasa Fokus Bab 3
• berhati perut – (a) mempunyai perasaan/fikiran Vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah,
(b) bertimbang rasa iaitu Vandal. Mereka telah memusnahkan kota Rome pada
tahun 445.
Karangan Cemerlang 30
Domain: Pendidikan
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta yang dicampur dengan imaginasi. Manakala sastera pula sukar
untuk diberikan definisi yang universal, maka sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama
yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Ciri-ciri khas cerpen
(konvensional) ialah:
• singkat, padu, dan intensif (ada perkara yang ditekankan).
• ada adegan, watak, dan pergerakan.
• bahasa yang tajam dan menarik.
• interpretasi pengarang terhadap kehidupan.
• dapat menimbulkan sesuatu kesan.
• membangkitkan perasaan pembaca.
• gambaran yang jelas terhadap peristiwa yang dipilih.
• ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar, dan suasana.
(Dipetik daripada artikel “Bimbingan Berkarya – Cerpen”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017)
77
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Petikan di atas menyatakan serba sedikit tentang kriteria yang perlu ada pada sesebuah cerpen yang dihasilkan.
Anda seorang yang kreatif dan telah menghasilkan sebuah cerpen untuk disiarkan dalam sebuah majalah.
Tulis sepucuk surat kepada ketua editor majalah tersebut untuk memohon penyiaran cerpen anda itu.
14, Jalan Padi Mahsuri 7,
Bandar Baru Uda,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Ketua Editor,
Dewan Siswa,
Lot 1037, Jalan AU 3/1,
54200 Ampang,
Selangor. 26 SEPTEMBER 20XX.
Tuan,
Memohon Penyiaran Karya Bertajuk “Titisan Perjuangan”
Merujuk perkara di atas, saya selaku masyarakat yang prihatin amat kecewa akan sikap remaja
sekarang yang kurang mempunyai semangat patriotik. Gelagat dan gaya hidup mereka melambangkan
mereka seolah-olah langsung tidak mengendahkan dan mempedulikan betapa pentingnya semangat
patriotik ini. Remaja kian leka dengan perkembangan semasa sehingga terlupa bahawa Malaysia yang
aman dan damai mungkin akan dijajah semula jika rakyatnya hilang semangat cinta akan tanah air.
Bersama-sama ini saya lampirkan sebuah cerpen yang bertemakan semangat patriotisme untuk disiarkan
dalam majalah tuan.
2. Antara inti pati kandungan cerpen ini ialah punca-punca remaja hari ini tidak mempunyai semangat
patriotik. Banyak faktor yang mempengaruhi remaja pada masa ini yang menyebabkan mereka tidak
mempunyai semangat patriotik. Hal ini disebabkan pengaruh media massa dan kehidupan yang serba
moden lantas para remaja tidak merasai kesempitan hidup seperti yang dialami oleh masyarakat pada
zaman penjajahan. Kesenangan hidup menyebabkan mereka alpa dan tidak bertanggungjawab terhadap
negara.
3. Selain itu, langkah-langkah yang wajar perlu diambil dengan segera agar remaja terus dipupuk
dengan semangat patriotisme. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan mewajibkan pelajar
lulus dalam mata pelajaran Sejarah sebagai syarat melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi. Begitu juga, cadangan agar mata pelajaran Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah.
Ibu bapa juga berperanan membawa anak-anak mereka melawat ke tempat-tempat bersejarah bagi
menyedarkan mereka bahawa negara kita pernah dijajah selama 446 tahun. Ibu bapa juga hendaklah
menceritakan pelbagai kesulitan dan kepayahan yang telah dihadapi oleh masyarakat pada masa itu
kepada anak-anak mereka.
4. Di samping itu, cerpen ini juga menjelaskan beberapa kebaikan sekiranya kita mempunyai semangat
patriotik, antaranya ialah negara dapat membangun dengan pesat dan keselamatan negara juga terjamin
daripada anasir-anasir yang dapat menggugat kedaulatan negara. Rakyat juga bebas bergerak dan
melakukan sebarang pekerjaan tanpa dikongkong oleh penjajah. Malahan, negara dapat membangun
dengan pesat dan mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya negara dijajah semula
menyebabkan kekayaan sumber bumi negara akan dieksploitasi oleh penjajah untuk kepentingan mereka.
Rakyat pula hidup sengsara dan nasib mereka tidak terbela.
5. Saya amat berharap agar karya ini dapat disiarkan dalam majalah tuan. Hal ini demikian kerana, isi
kandungannya patut dihayati oleh masyarakat agar dapat dijadikan teladan dan pengajaran. Setiap rakyat
78
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
perlu memiliki semangat patriotik agar negara yang tercinta ini terus membangun dengan jayanya dan
terselamat daripada pencerobohan dan penjajahan kuasa asing semula sama ada dalam bentuk fizikal
ataupun mental.
Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Yang benar,
..........I....m...r.a...n...N...u..r..i.m...a..n.................
(IMRAN NURIMAN ISMAIL)
Karangan Cemerlang 31
Domain: Pendidikan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat
Latihan PLKN di seluruh Malaysia bagi remaja yang terpilih apabila berumur 17 tahun ke atas. Program
Khidmat Negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti yang berikut:
• meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
• memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
• membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
• menyemarakkan semangat kesukarelaan.
• melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas, dan yakin diri.
(Dipetik daripada rencana “Program Latihan Khidmat Negara”,
Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, 26 November 2020)
Petikan diatas menjelaskan tujuan Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan di negara ini sebelum ini. Bab 3
Anda berpendapat bahawa khidmat negara dalam kalangan belia wajar dilaksanakan. Bagi membolehkan
pandangan anda dikongsi bersama-sama, tulis pendapat anda kepada ketua pengarang sebuah akhbar terkemuka
di negara ini.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
54, Jalan Ati-ati,
Taman Perdana,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Ketua Pengarang 17 JANUARI 20XX.
Utusan Malaysia,
46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin,
50926 Kuala Lumpur.
Tuan,
Program Khidmat Negara Wajar Dilaksanakan
Saya Edriyana binti A. Aziz merupakan seorang daripada remaja yang akan menjadi aset negara dalam
mempertahankan dan memimpin negara pada masa hadapan. Di sini, saya ingin menarik perhatian tuan
tentang pelaksanaan program khidmat negara.
79
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
2. Negara Malaysia kini sedang mengalami kemajuan dari pelbagai aspek. Antaranya dalam
bidang ekonomi, pendidikan, teknologi maklumat, dan sebagainya. Hal ini menjadikan Malaysia
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, kemajuan ini tidak akan dapat dikecapi
untuk selama-lamanya sekiranya benteng pertahanan diabaikan. Oleh itu, wajar sekiranya khidmat negara
direalisasikan.
3. Antara objektif khidmat negara adalah untuk menangani masalah disiplin remaja yang kian
meruncing. Pelbagai gejala sosial dalam kalangan remaja seperti melepak, gengsterisme, jenayah, dan
sebagainya dapat diatasi. Bukan itu sahaja, malah personaliti para remaja juga dapat diubah. Para remaja
yang berambut panjang dan berpakaian tidak senonoh, umpamanya memakai seluar yang sengaja
dikoyakkan dan remaja yang kurang sopan pertuturannya jika diserapkan dalam khidmat negara akan
berubah sikap dan jika dengan izin Allah mereka akan lebih berdisiplin. Pertuturan mereka akan lebih
manis dan keadaan diri mereka juga turut terurus. Selain itu, mereka juga mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dalam menghadapi apa-apa jua cabaran. Remaja yang sebeginilah yang akan mengemudi
negara menuju negara maju.
4. Selain itu, khidmat negara juga dapat mempertahankan negara daripada serangan anasir-anasir
luar. Kemungkinan terdapat musuh yang ingin menawan Malaysia. Hal ini mungkin juga akan terjadi
kerana mereka cemburu akan kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Setiap pandangan dan idea dari
negara kita begitu dihormati oleh kebanyakan negara dunia. Hal ini secara tidak langsung menggugat
kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat. Walaupun ada sesetengah pendapat yang menyatakan
bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku kerana kita mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan
negara lain, namun perkara ini tidak mustahil kerana kita tidak mahu ada musuh dalam selimut. Oleh
itu, wajarlah kita sediakan payung sebelum hujan.
5. Pelbagai faedah akan dapat kita peroleh apabila program ini dijalankan. Faedah ini bukan sahaja
diterima oleh seluruh masyarakat, malah negara juga. Melalui khidmat negara, para remaja diajar secara
asas menggunakan senjata, diberikan semangat untuk berjuang, dan banyak lagi. Dalam jangka masa
yang ditetapkan, para remaja mempunyai taktik dan teknik asas untuk mempertahankan negara dengan
berkesan sekiranya diserang oleh musuh kerana malang tak berbau. Semua ini dapat membantu dalam
mempertahankan negara kita daripada musuh sama ada dari dalam dan luar negara. Pelbagai kebaikan
sekiranya benteng pertahanan negara kuat. Antaranya, keseimbangan ekonomi akan terjamin dan terus
berkembang. Selain itu, disiplin para remaja akan menjadi lebih mantap. Mereka tidak mudah dipengaruhi
oleh anasir luar kerana semangat cinta dan setia kepada negara yang mendalam.
6. Pada hemat saya, program ini sememangnya wajar dilaksanakan kepada para remaja sebaik-baik
sahaja tamat SPM. Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai banyak masa yang terluang. Selain itu,
pemikiran mereka juga sudah matang dan dapat memikirkan perkara yang baik dan yang buruk. Bagi
para remaja yang sihat tubuh badan, wajar menyertai program ini. Walau bagaimanapun, para remaja
yang mempunyai penyakit amat dialu-alukan.
7. Kesimpulannya, program khidmat negara ini wajar diteruskan bagi memelihara masa hadapan rakyat
Malaysia kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Negara kita seharusnya
mengikut jejak langkah Singapura yang begitu mengambil berat akan khidmat negara ini. Program
khidmat negara dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia mengikut acuan Malaysia. Saya berharap agar
pandangan saya ini dapat dipaparkan dalam ruangan akhbar tuan.
Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
Edriyana
......................................
(EDRIYANA A. AZIZ)
80
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Fokus
Sila layari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang Program Latihan Khidmat Negara.
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Latihan_Khidmat_Negara
Koleksi Peribahasa
• musuh dalam selimut – musuh yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri
• sediakan payung sebelum hujan – hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
• malang tak berbau – kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya
• sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna – sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah
difikirkan habis-habisan
Karangan Cemerlang 32
Domain: Pendidikan Bab 3
Di Malaysia, banyak organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang boleh dimanfaatkan
bagi mengangkat karya Malaysia sebagai wajah kreativiti dan bahagian penting tamadun bangsa, seperti
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), GAPENA, PENA, Yayasan Karyawan dan Persatuan
Penterjemah Malaysia. Setiap organisasi ini mempunyai keahlian, pengalaman, dan kepandaian
masing-masing. Masalahnya ialah masing-masing lebih mengutamakan kehidupan masing-masing dan
bergiat dalam dunia sendiri.
(Dipetik daripada artikel “Sastera Melayu Mengimpikan Dunia Lebih Luas”
oleh Baha Zain, Sasterawan Negara Ke-12, Klik Web DBP)
Petikan diatas menyatakan pandangan seorang Sasterawan Negara tentang badan-badan yang mempunyai
peranan penting dalam mengangkat karya sastera di mata dunia. Terdapat segelintir masyarakat yang
berpendapat bahawa dunia sastera merupakan dunia untuk orang yang suka berangan-angan. Sebaliknya,
anda berpendapat bahawa sastera dapat membentuk peribadi yang mulia.
Tulis pendapat anda dalam ruangan “Surat kepada Pengarang” sebuah akhbar terkemuka.
Sasterawan Negara
INFO
Sastera Membentuk Peribadi Mulia
Saudara Pengarang,
Bilakah mata pena dapat menikam mata hati? Bilakah mata hati dapat membaca lakonan kehidupan?
Bilakah kehidupan menjadi imej pantulan seseorang insan? Jawapannya tersirat dalam pengertian
sastera. Kehebatan sastera bukan sahaja bersangkutan dengan pemberian impak positif kepada individu
dan masyarakat, bahkan juga pendefinisian secara total dalam aspek kehidupan manusia melalui
karya-karya sastera yang nyata atau abstrak maksudnya. Tambahan pula, hasil manifestasi ideologi,
pemikiran atau intelektualiti seorang sasterawan, motif yang jelas serta natijah jangkaan dapat disalurkan
kepada masyarakat. Tugas sastera seperti yang disarankan oleh Horace: Dulce and Utile – Indah dan Manfaat.
81
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Pelayaran dalam menelusuri cara sastera membentuk peribadi mulia akan menemukan keakraban
hubungan penghasil karya sastera dengan masyarakat. Dalam edisi khas Sasterawan Negara, Shahnon
Ahmad yang bertajuk “Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan”, sifat lengkapnya dan penyerapan antara
pengarang bersama-sama karyanya dengan masyarakat merupakan hubungan yang lebih bersifat
“berterima-terima beri”. Seseorang pengarang bukan sahaja dipengaruhi oleh masyarakatnya, bahkan
juga pengarang itu mencuba untuk mempengaruhi masyarakat itu sendiri. Hal ini jika diaplikasikan
akan meyakinkan masyarakat bahawa curahan idea penghasil karya sastera yang sememangnya menjurus
kepada perkara baik akan membantu proses pembentukan peribadi mulia dalam skop individu atau
masyarakat melalui karya sastera yang signifikan dan kreatif.
Dalam pada itu, persembahan karya sastera dalam kehidupan bertindak sebagai wahana
penganalisisan diri sendiri atau komuniti seolah-olah membawa pahit maung kehidupan anggota
masyarakat kepada perkongsian bersama. Lazimnya, gambaran senario tertentu dalam kehidupan akan
mereformasikan tahap membaiki diri serta tahap pemahaman emosi orang lain. Hal ini demikian kerana,
perbezaan penekanan dalam plot-plot atau bait-bait tertentu akan menghasilkan penerimaan yang
pelbagai. Sebagai contoh menerusi novel “TIVI” (1995) karya Shahnon Ahmad, bukan sahaja berpesan
tentang masalah pekerja kilang dan imigrasi muda-mudi desa, bahkan tentang masalah keruntuhan
akhlak yang disebabkan oleh penyebaran budaya keji secara meluas yang telah mengakibatkan orang
lain terjebak dalam lembah kehinaan.
Seandainya pembacaan karya sastera dipergiat dengan penglibatan keseluruhan anggota masyarakat,
sastera mampu memupuk perpaduan antara kaum di negara ini dan rumpun bangsa yang sama di tempat
lain. Pendekatan sastera untuk merealisasikan visi ini merupakan cernaan idea menarik dan bernas kepada
bentuk kreatif yang mendapat keprihatinan masyarakat untuk difikirkan sebelum berlaku penterjemahan
isi. Selain itu, pelbagai aktiviti kesusasteraan dapat memberikan implikasi yang baik ke arah perpaduan
seperti sayembara, pertandingan penulisan, penubuhan kelab, dan sebagainya. Maka, tidak hairanlah
Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan yang bertemakan “Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional” telah
dianjurkan. Sesungguhnya, bertepatanlah hasil nukilan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam
“sekapur sirih” buku cenderamata Pelancaran Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) menyatakan
bahawa sastera merupakan suatu wadah yang dapat memberikan manfaat tanpa batas etnik dan agama,
tanpa sekatan ekonomi atau politik.
Perihal sastera yang indah tetapi kadangkala kabur dalam pemilihan gaya bahasa mahupun
penyusunan isi membuatkan kita sedar bahawa sastera menjadi batu loncatan dalam pembentukan
individu yang tajam akalnya, terbuka fikirannya, dan kaya mindanya dengan ilmu pengetahuan. Hal
ini terbukti apabila ilmu pengetahuan, penguasaan bahasa, dan keterbukaan minda amat diperlukan
untuk menjadi latar belakang seseorang yang ingin memahami sastera. Dalam nada yang berbeza,
pertembungan prinsip dan pengklasifikasian input yang melayakkan seseorang untuk menangkap motif
karya sastera. Karya sastera memang pelbagai dan cukup tepu dengan pelbagai teori. Sebagai contoh tiga
dekad terakhir ini menyaksikan perkembangan teori sastera, terutama di Eropah dan Amerika daripada
strukturalisme kepada semiotik, daripada feminisme kepada “hermeneutik”, daripada retorik kepada
resepsi, dan sebagainya.
Selain itu, sejarah menyaksikan sastera memainkan peranan penting seiring dengan ketamadunan
dan kedinamikan sesuatu peristiwa. Sastera telah membantu pengaturcaraan hidup, pendisiplinan diri,
pemapanan peribadi, dan pembangkitan semangat manusia. Lebih-lebih lagi, karya sastera secara psikologi
mencetus inspirasi dan membentuk kesedaran sejagat. Tambahan pula, sastera pernah berperanan
untuk membangkitkan semangat kebangsaan melalui ceraiannya seperti puisi, sajak, dan novel. Karya
“Sedarlah” oleh Mahmud Ahmadi, “Seruan Kebangsaan” oleh Melati Pahang, dan “Serunai Pujangga”
oleh Anum adalah antara puisi yang menerbitkan kesedaran, manakala “Hikayat Faridah Hanum” oleh
Syed Syeikh al-Hadi dan “Putera Gunung Tahan” oleh Pak Sako merupakan novel-novel yang sinonim
82
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
dengan kesemarakan obor kebangkitan di Tanah Melayu. Demikian juga halnya dengan karya sastera
yang sehebat Tamadun Yunani, iaitu epik Iliad dan Odysey yang ditulis oleh Homer, karya sastera yang
semasyhur Tamadun India, iaitu epik Mahabrata dan Ramayana, dan karya sastera yang seunik Tamadun
China, iaitu Analekta yang terkandung dalam ajaran Confucius. Peribadi seorang pejuang, pengkritik,
dan intelek dapat dicorakkan melalui sastera.
Sesungguhnya, telah zahirlah pelbagai kemuliaan peribadi ekoran daripada pembacaan karya-karya
sastera yang mengajar erti kehidupan, keprihatinan, keinsafan, dan ketuhanan melalui pendekatan yang
pelbagai. Lebih-lebih lagi langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek Komponen
Wajib Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) yang difikirkan sebagai titik tolak kesedaran menyeluruh dalam
kalangan anggota masyarakat. Pendekatan dalam karya sastera mampu menyentuh hati manusia, mengajar
manusia erti kehidupan, dan mengajak manusia untuk mencermin diri sendiri, lalu menjadikan mereka
kritis, berfikiran terbuka, kreatif, dan sebagainya. Jika cernaan manfaat sastera mendapat penggarapan
semua pihak, maka kemadanian masyarakat sudah memenuhi satu syaratnya.
Yang benar, Fokus
....M........A...d..i.b...B....a..h..r..o.m......
(M. ADIB BAHROM) Angkatan Sasterawan ‘50 (ASAS 50) ditubuhkan untuk
Kuala Kangsar. menyatukan dan memajukan usaha karang-mengarang
dan bahasa dalam sastera Melayu.
Koleksi Peribahasa
• batu loncatan – orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Draf Karangan 1 Bab 3
Domain: Awam
Kekurangan kemudahan sukan yang berkualiti di negeri ini antara faktor potensi bakat-bakat baharu
dalam bidang itu tidak dapat dikembangkan dengan berkesan. Menteri Muda Belia dan Sukan berkata,
masalah itu lebih ketara berlaku di kawasan luar bandar dan perlu diberikan perhatian bermula sekarang.
“Banyak infrastruktur dan peralatan sukan sudah lama, tidak diselenggara dan lebih menyedihkan
apabila ada kawasan di luar bandar langsung tidak mempunyai kemudahan sukan. Sedangkan, banyak
barisan pelapis di negeri ini datang dari luar bandar. Jika kita mahu atlet yang berkualiti dan mampu
bersaing pada peringkat yang lebih tinggi, kita perlulah menyediakan infrastruktur yang berkualiti,”
katanya.
(Dipetik daripada rencana “Kekurangan Kemudahan Sukan Berkualiti antara Faktor Potensi Bakat
Terbantut”, Utusan Borneo Online, 12 Mei 2020)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kekurangan kemudahan sukan sukar melahirkan atlet yang
berkualiti. Sekolah anda akan mengadakan sukan tahunan tetapi menghadapi masalah untuk membuat
latihan kerana ketiadaan padang. Oleh itu, sebagai setiausaha jawatankuasa kejohanan sukan sekolah, anda
ditugaskan untuk menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk memohon kebenaran menggunakan
pusat sukan di tempat anda.
Tulis surat itu selengkapnya.
83
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Pendahuluan:
alamat pengirim dan tarikh – tajuk surat – alamat penerima – kata panggilan hormat kepada penerima
Isi-isi:
• menyatakan tujuan surat ditulis – memudahkan murid sekolah ini menjalankan latihan sukan
bersempena kejohanan sukan kali ke-25
• padang sekolah sedang dibaik pulih – menyukarkan murid untuk menjalankan latihan sukan
• padang di pusat sukan awam besar dan rumputnya dijaga dengan kemas – memberikan keselesaan
kepada murid-murid
• berjanji akan menjaga padang dan kemudahan lain yang disediakan dengan baik – menjaga kebersihan
dan keselamatan para peserta, mematuhi peraturan yang ditetapkan, dan mematuhi arahan para
pegawai pusat sukan
• menyatakan tarikh bermula penggunaan padang sehingga kejohanan sukan berakhir – masa latihan
dan kejohanan sukan
Penutup:
berharap agar permohonan akan diluluskan – mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama
– tandatangan dan jawatan pengirim
Draf Karangan 2
Domain: Awam
Karnival Sains dan Teknologi: Robotik, Inovasi, Alam Sekitar, dan Kerjaya akan diadakan pada
29 Julai ini di Sekolah Kebangsaan Behrang 2020.
Pelbagai pertandingan diadakan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya ialah
pertandingan robotik peringkat negeri, ciptaan inovasi pengurusan persekitaran, pertandingan reka
cipta bahan terbuang selain pameran jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Program ini bertujuan mencungkil bakat anak muda sejak bangku sekolah dalam bidang inovasi
selain mahu menanamkan rasa sayang dan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang.
(Dipetik daripada rencana “Karnival Sains dan Teknologi Berjaya Cungkil
Bakat Pelajar Sekolah”, GPS Bestari, 3 Julai 2017)
Petikan akhbar di atas menyatakan kepentingan menganjurkan Karnival Sains dan Teknologi di sekolah.
Persatuan Sains sekolah anda terlibat dalam program Karnival Sains peringkat daerah. Bagi menjayakan
karnival tersebut, persatuan anda diminta untuk memohon peruntukan wang sebanyak RM10 000 daripada
sebuah syarikat untuk menjadi penaja. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda dikehendaki untuk menulis
surat kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.
Tulis surat anda itu selengkapnya.
Pendahuluan:
alamat pengirim dan tarikh – tajuk surat – alamat penerima – kata panggilan hormat kepada penerima
Isi-isi:
• menyatakan objektif karnival tersebut – membina dan memupuk minat murid-murid yang bersekolah
di daerah tersebut terhadap mata pelajaran Sains – pameran produk dan jualan barangan
84
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang Bab 3
• menyatakan butiran penting Karnival Sains – para peserta, aktiviti yang diadakan, pertandingan
mencipta produk yang kreatif, dan bilangan hari program itu akan diadakan
• menyatakan masalah yang dihadapi, iaitu masalah kewangan untuk menjayakan program itu –
memerlukan peruntukan sebanyak RM10 000 – memohon syarikat terbabit menjadi penaja – sebagai
imbalannya, iklan syarikat itu akan dipaparkan di tapak karnival
• berharap agar syarikat terbabit bermurah hati untuk mengeluarkan peruntukan tersebut – karnival
itu penting demi menyemarakkan minat murid terhadap sains
• memberitahu bahawa Karnival Sains ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri – karnival
turut mendapat liputan meluas daripada media massa – menjadi penaja akan memberikan keuntungan
kerana memberikan imej yang baik kepada syarikat
Penutup:
berharap agar syarikat sanggup menjadi penaja – mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan
syarikat – tandatangan dan jawatan pengirim
Draf Karangan 3
Domain: Pendidikan
Kajian menunjukkan bahawa faktor dorongan ibu bapa penting bagi menggalakkan murid
mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hakikatnya, isu dorongan ibu bapa untuk mempelajari bahasa
Melayu berlaku di semua sekolah tetapi lebih rendah di sekolah jenis kebangsaan. Keadaan ini berkait
rapat dengan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi utama di rumah. Perkara ini
menjadi cabaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memberikan kesedaran kepada ibu
bapa tentang kepentingan mendorong anak-anak mempelajari bahasa Melayu di semua sekolah.
(Dipetik daripada artikel “Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu
2016 – 2025”, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017)
Petikan di atas menyatakan bahawa dorongan ibu bapa penting dalam menarik minat murid mempelajari
bahasa Melayu di sekolah. Sebagai guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah, anda mempunyai idea dan pendapat
untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Tulis idea dan pendapat anda kepada
ketua pengarang sebuah akhbar terkem uka melalui ruangan “Surat kepada Pengarang”.
Tulis pendapat anda selengkapnya.
Format: surat kepada pengarang
Pendahuluan:
masih banyak murid yang belum menguasai bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan seperti yang
diharapkan – keadaan ini dapat diatasi melalui pelbagai cara
Isi-isi:
• kempen membaca – tanpa membaca, murid tidak dapat menguasai bahasa Melayu – mendedahkan
murid kepada bahan bacaan yang bermutu seperti majalah Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan
Masyarakat, dan sebagainya – menggalakkan murid membaca novel dan bahan-bahan akademik
– melengkapi perpustakaan sekolah dengan bahan-bahan bacaan bermutu – menggunakan Kamus
Dewan, buku daftar ejaan, dan sebagainya
• mengikis sikap yang mengatakan bahawa bahasa Melayu mudah – murid mesti belajar dengan
85
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
bersungguh-sungguh – ada jadual belajar – selalu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, khasnya di sekolah
• kaedah mengajar bahasa Melayu perlu menyeronokkan – guru tidak bergantung pada buku teks
semata-mata – menggunakan bahan-bahan lain seperti majalah, akhbar, dan lain-lain – memberikan
peluang kepada murid turut serta dalam pembelajaran bahasa Melayu
• guru terlatih – guru-guru ingin menambahkan ilmu melalui pembacaan, kursus, dan bengkel –
mewujudkan banyak program latihan berkembar bersama-sama pusat-pusat pengajian tinggi
• peranan media massa seperti radio, televisyen, akhbar, dan majalah mesti menggunakan bahasa
Melayu baku – mengelakkan pencemaran bahasa – mewujudkan ruangan mempelajari bahasa Melayu
Penutup:
yakin bahawa masalah ini dapat diselesaikan jika semua pihak bekerjasama dan berfikiran positif
Draf Karangan 4
Domain: Pendidikan
Antara langkah mengatasi masalah kemusnahan hutan ialah menjalankan penanaman semula pokok
serta mewartakan hutan simpan dan Taman Negara. Pihak Jabatan Perhutanan perlu menjalankan usaha
pemuliharaan hutan simpan, iaitu penanaman semula pokok-pokok di kawasan yang telah ditebang.
Pokok-pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies yang cepat tumbuh dan matang serta bermutu
seperti pokok Akasia, Batai, dan Yamane boleh ditanam dalam projek penghutanan semula. Langkah
ini dapat memastikan bekalan yang berterusan bagi spesies kayu hutan yang bermutu. Selain itu, hutan
simpan dan taman-taman hendaklah dilindungi agar pelbagai spesies flora dan fauna tidak pupus.
Di samping itu, petani-petani digalakkan menggunakan kaedah biologi dalam pertanian dengan
menggunakan baja organik, iaitu baja asli untuk menggantikan baja kimia. Baja organik diperoleh
daripada sisa tanaman dan najis haiwan yang tidak mencemarkan atau memusnahkan alam kerana baja
ini tidak mengandungi bahan toksik.
(Dipetik daripada artikel “Pupuk Kesedaran Atasi Kemusnahan Hutan”
oleh Nurfarhan Nabilah, Minda Pembaca, Pelita Brunei, 13 April 2016)
Petikan di atas menyatakan masalah kemusnahan hutan. Anda berpendapat bahawa terdapat beberapa masalah
jika kawasan hutan di dunia tidak dipelihara. Di samping itu, anda mempunyai beberapa cara untuk mengatasi
masalah perhutanan di dunia.
Tulis pendapat anda dalam ruangan “Forum” dalam sebuah akhbar tempatan tentang perkara tersebut
selengkapnya.
Format: surat kepada pengarang
Pendahuluan:
hutan amat penting kepada kehidupan makhluk di dunia – hutan membekalkan air dan mempengaruhi
iklim dunia – hutan sumber ekonomi, rekreasi, dan pelancongan
Isi-isi:
• masalah hutan dieksploitasi – untuk tujuan pembalakan, pertanian, sumber tenaga, dan sebagainya
– menyebabkan pemendapan – pemulihan hutan memerlukan wang yang banyak
• kekurangan sumber air dan risiko banjir – menyebabkan ketidakstabilan aliran sungai – menjejaskan
pengeluaran pertanian – banjir seperti di Bangladesh dan Kuala Lumpur
• cara mengatasi – melalui pendidikan
86
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
• masyarakat mesti didedahkan dengan keburukan akibat penebangan hutan yang tidak terkawal –
pendidikan di sekolah – peranan media massa, kesedaran keseluruhan, dan kempen
• usaha pemeliharaan – pengawalan hutan yang cekap – penanaman semula – mencari ganti bahan
bakar daripada kayu kepada sumber tenaga gantian seperti biogas dan tenaga solar
• kerjasama antarabangsa – negara-negara maju membantu negara miskin dan negara membangun
dengan sumber kewangan – supaya mereka tidak menebang hutan – membantu penyelidikan
Penutup:
masalah ini dapat diatasi melalui tindakan masyarakat, kerajaan, dan antarabangsa
Latihan
Surat Kiriman Rasmi
Pilih dan jawab satu daripada empat soalan di bawah ini. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350
hingga 500 patah perkataan.
1. Domain: Awam
Setinggan atau pendudukan haram sering menimbulkan masalah yang rumit kepada
kerajaan tempatan, khususnya dalam menangani masalah ekonomi dan sosial di sesebuah kawasan.
Kehadiran pendatang tanpa izin juga merumitkan keadaan kerana mereka turut menyumbang
kepada pertumbuhan dan pertambahan kawasan setinggan. Pelbagai masalah berkaitan seperti
kesesakan penghuni, masalah sosial, kemiskinan, keburukan estetik alam sekitar dengan pola
petempatan yang berselerak, serta kekurangan kemudahan insfrastruktur, dan sebagainya telah
wujud di kawasan setinggan dan kawasan sekitarnya.
(Dipetik daripada rencana “Setinggan dan Permasalahannya serta Penyelesaian Bab 3
ke Arah Setinggan Sifar” oleh Mohamed Ismail, Latihan Ilmiah,
Universiti Teknologi Malaysia, Mei 2005)
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan masalah perumahan setinggan.Di kawasan
tempat tinggal anda, banyak petempatan haram dibina oleh pendatang asing. Keadaan ini menimbulkan
pelbagai masalah dan membimbangkan penduduk setempat. Sebagai setiausaha persatuan penduduk, anda
diminta untuk menulis surat kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.
Tulis surat anda itu selengkapnya.
2. Domain: Awam
Hujan lebat di daerah Jitra pada malam tadi menyebabkan beberapa buah rumah penduduk di lima
buah kampung ditenggelami air sedalam 0.5 hingga 0.7 meter.
Kawasan terjejas akibat banjir kilat itu termasuklah Kampung Padang Panjang, Mukim
Malau, Kampung Lahar, Kampung Perupok, dan Kampung Lubuk Ipoh. Pegawai Pertahanan Awam
Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa, berkata, hujan lebat sejak pukul 9.45 malam tadi
menyebabkan paras air di Sungai Bukit Wang melimpah dan menenggelamkan rumah penduduk.
(Dipetik daripada rencana “5 Kampung di Jitra Dilanda Banjir Kilat”
oleh Zuliaty Zulkiffli, Berita Harian Online, 7 Oktober 2018)
87
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa banyak kawasan terjejas ekoran kejadian banjir kilat. Masalah
banjir kilat kerap berlaku di kawasan tempat tinggal anda sehingga menimbulkan pelbagai kesulitan kepada
penduduk. Bagi mewakili penduduk, anda selaku setiausaha persatuan penduduk bercadang untuk menulis
surat kepada wakil rakyat kawasan anda untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
3. Domain: Awam
Dalam mendepani penularan pandemik COVID-19 di Sabah, Kementerian Kesihatan (KKM) telah
meningkatkan keupayaan mereka untuk menangani situasi di negeri itu. Selain menambah kapasiti
katil untuk pesakit, ratusan anggota perubatan dan kesihatan awam dari negeri lain turut dihantar
bagi membendung situasi penularan virus di Sabah. Realitinya, masalah infrastruktur kesihatan ini
harus diberikan perhatian tinggi oleh kerajaan negeri demi kebaikan rakyat Sabah.
Sehingga kini, lebih satu pertiga daripada penduduk Sabah tinggal melebihi lima kilometer
daripada segala jenis kemudahan kesihatan. Kekurangan pakar dan peralatan perubatan memaksa
pesakit yang ingin menerima rawatan atau mendapatkan rawatan lanjutan terpaksa dirujuk
ke hospital kerajaan lain.
(Dipetik daripada rencana “Sabah Perlu Infrastruktur, Sistem Kesihatan Lebih Baik”
oleh Amanda Yeo, Berita Harian Online, 31 Oktober 2020)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kekurangan kemudahan kesihatan menyebabkan kualiti
hidup penduduk menurun. Kawasan anda tinggal tidak terdapat pusat kesihatan dan hal ini menyulitkan
penduduk. Sebagai setiausaha persatuan penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada
pihak yang berkenaan untuk memohon sebuah pusat kesihatan dibina di tempat anda.
Tulis surat itu selengkapnya.
4. Domain: Peribadi
Atlet karate negara, Lim Chee Wei, 26, bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, tetapi turut
berjaya dalam bidang akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Istiadat
Konvokesyen ke-55, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Rahsia kejayaan atlet yang memenangi dua pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
(KL 2017) ini ialah beliau hanya memberikan fokus di dalam kelas serta perlu bijak membahagikan
masa antara pelajaran dan latihan karate.
Menurut beliau juga, selain dorongan keluarga, rakan sekelas banyak membantu terutama
ketika dia tidak dapat hadir ke kuliah bagi menyertai pertandingan.
(Dipetik daripada rencana “Cemerlang dalam Sukan, Akademik Baik”
oleh Zuhainy Zulkiffli, MyMetro, 31 Oktober 2017)
Sebagai respons terhadap kandungan petikan di atas, anda ditugaskan untuk menemu ramah seorang
bekas murid sekolah anda yang telah berjaya dalam bidang sukan. Oleh itu, selaku sidang redaksi majalah
sekolah, anda bercadang untuk menulis sepucuk surat kepada beliau untuk memohon kebenarannya untuk
ditemu ramah.
Tulis surat itu selengkapnya.
88
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang Bab 3
Surat kepada Pengarang
Pilih dan jawab satu daripada empat soalan di bawah ini. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350
hingga 500 patah perkataan.
1. Domain: Pendidikan
Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya kejayaan dari segi
kurikulum, iaitu peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat ditingkatkan. Saban
tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan, murid, serta masyarakat akan
memandang kepada peningkatan pencapaian murid. Hal ini demikian kerana, murid-murid pada
hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang.
Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik dalam
akademik, iklim sekolah yang merangsang pengajaran dan pembelajaran, komitmen dalam
kalangan guru, ibu bapa, waris, dan seluruh masyarakat, malahan kepada gaya kepemimpinan
pihak pengurusan sekolah tersebut.
(Dipetik dan diubah suai daripada artikel “Sekolah yang Berjaya” oleh Huzaidy Hussain,
Ramly Berahan, Mohd.Faudzi Abd. Hamid, dan Mohamad Baharom,
Universiti Utara Malaysia)
Petikan di atas menyatakan bahawa kecemerlangan murid lambang kejayaan sesebuah sekolah. Prestasi
peperiksaan dan kecemerlangan sukan sesebuah sekolah antara faktor yang menarik minat ibu bapa untuk
menempatkan anak-anak mereka di sesebuah sekolah.
Tulis pendapat anda selengkapnya dalam ruangan “Surat kepada Pengarang” dalam sebuah akhbar.
2. Domain: Peribadi
Penggunaan Internet dalam kalangan belia di negara ini semakin membimbangkan apabila golongan
itu memperuntukkan kira-kira lapan jam sehari berada dalam talian.
Hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun lepas
menunjukkan bahawa golongan belia telah terjebak dengan permasalahan era digital yang dikenal
sebagai dadah digital.
Amalan tidak sihat ini pastinya membimbangkan semua pihak dan mendedahkan rakyat
di negara ini dengan pelbagai jenayah siber termasuk penipuan dalam talian.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Penggunaan Internet dalam Kalangan
Remaja Membimbangkan”, Bernama, 6 November 2019)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa penggunaan Internet yang tidak terkawal dalam kalangan belia
mendatangkan implikasi buruk. Begitulah persoalan yang sedang anda fikirkan. Anda ingin meluahkan
persoalan tersebut dalam ruangan “Forum” sebuah akhbar tempatan untuk membolehkan pembaca lain
turut membincangkan perkara ini.
Tulis pendapat anda itu selengkapnya.
89
KKaarraannggaann SPM Bab 3 Surat Kiriman Rasmi dan Surat kepada Pengarang
3. Domain: Peribadi
Dua individu ditahan selepas dikesan meninggalkan mayat bayi perempuan mereka di hadapan
sebuah masjid di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, kedua-dua individu masing-masing
lelaki tempatan dan wanita warga asing berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan selepas polis meneliti
rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
(Dipetik daripada rencana “Pasangan Tinggal Mayat Bayi Depan Masjid Ditahan
oleh Izwan Rozlin, Sinar Harian, 23 November 2020)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa saban hari jenayah pembuangan bayi semakin berleluasa.
Anda berpendapat bahawa gejala pembuangan bayi berkait rapat dengan kehadiran pendatang asing di
negara ini.
Tulis pendapat anda itu dalam ruangan “Surat daripada Pembaca” sebuah akhbar.
4. Domain: Peribadi
Kemerosotan aspek mutu bahasa berkait rapat dengan sikap kurang sensitif sebahagian anggota
masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya
dalam konteks rasmi seperti pentadbiran, penyiaran, dan pendidikan.
Percampuran ragam bahasa basahan dengan bahasa Melayu baku dalam situasi rasmi
menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
(Dipetik daripada rencana “Usah Izin Peredaran Masa Hakis Martabat Bahasa Melayu”
oleh Norzila Baharin, Berita Harian Online, 7 Julai 2017)
Petikan akhbar menerangkan bahawa mutu bahasa Melayu dalam bidang penulisan kian terhakis. Pada
pendapat anda, kemunculan banyak majalah hiburan di Malaysia telah menjejaskan mutu bahasa Melayu.
Nyatakan perasaan dan pendapat anda kepada pengarang sebuah akhbar tempatan selengkapnya.
90
Ba1b 7 Ulasan / Komentar KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Fikirkan...
Apakah keperluan dan kehendak Kertas 1103/1 SPM (Bahagian B)?
Apakah kemahiran menghasilkan penulisan bukan kreatif yang berkaitan dengan pelbagai bidang?
Apakah kemahiran mengulas pernyataan berdasarkan logik yang disertakan huraian dan contoh-contoh?
Bagaimanakah cara-cara menghasilkan karangan ulasan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan
ejaan yang betul?
Tema Rangkuman Soalan
Semangat Patriotik • Ulasan cerpen yang bertemakan kemerdekaan negara.
Kebudayaan/Kesenian • Ulasan pementasan teater “Muzikal Puteri Gunung Ledang”.
Kemasyarakatan • Semangat kejiranan.
Lawatan • Lawatan Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah ke sebuah hospital.
Kekeluargaan • Peranan ibu bapa untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Kesihatan dan Perubatan • Sebab-sebab tahap kesihatan masyarakat semakin merosot.
Peranan Belia • Belia Malaysia dan masalah yang berkaitan dengan mereka.
Novel • Ulasan novel remaja.
Gejala Sosial • Masalah vandalisme dalam kalangan murid.
Teknologi Maklumat • Teknologi maklumat di negara ini.
1. Ulasan bermaksud lanjutan atau sambungan (iv) Mengulas sesuatu kejohanan yang telah
tentang suatu perkara yang menjadi topik anda saksikan
perbincangan.
(v) Mengulas sesuatu topik yang diberi kepada
2. Hal ini bermaksud tugas anda adalah untuk anda
menyebarkan topik yang diberi di samping
memberikan komen, pandangan, dan cadangan 4. Sebelum menulis ulasan, anda seharusnya
yang ada hubung kait dengan tajuk tersebut. telah menyaksikan, membaca atau menonton
sesuatu hal yang ingin diulas itu.
3. Sebenarnya, pelbagai jenis ulasan dapat
dibuat dan dijadikan soalan. Yang berikut ialah 5. Anda harus memberikan alasan yang munasabah
beberapa bentuk ulasan yang dijadikan soalan: tentang sebab-sebab anda mengatakan sesuatu
(i) Mengulas sesuatu pertandingan menulis itu baik, lemah atau sebagainya. Alasan itu
(anda sebagai panel hakim) perlu disokong dengan contoh yang konkrit.
(ii) Menulis ulasan buku
(iii) Mengulas filem dan drama yang disiarkan 6. Anda juga harus mempunyai pengalaman atau
melalui televisyen atau panggung wayang pengetahuan yang luas dalam bidang yang
hendak diulas itu. Jika tidak, ulasan anda pasti
tidak tepat.
314
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
7. Kesimpulan karangan bergantung pada sikap Format Ulasan Drama atau Filem
anda. Namun demikian, anda haruslah rasional
dan adil ketika membuat kesimpulan tersebut, Judul : Zuriat
iaitu tidak mengikut perasaan. Penulis Skrip : Azaman Adnan
Penerbit : Ku Jaafar Ku Ali
Media : RTM 2 Bab 17
Format Ulasan Waktu tayangan : 9.00 – 11.00 malam
Format Ulasan Buku Pengulas : Tuah Ahmad
Perenggan 1 : Pengenalan drama atau
Judul : Terperangkap di Sempadan filem tersebut
Penulis : Yusuf Abdul Rahman
Penerbit : Penerbitan Kejora Perenggan 2 & 3 : Memperkatakan filem atau
drama secara keseluruhan
Tebal : 208 halaman Perenggan 4 : Kelebihan drama atau
Harga : RM19.90
Pengulas : Rahman Ahmad filem
Perenggan 5 : Kelemahan drama atau
Perenggan 1 : Pengenalan buku tersebut filem
secara keseluruhan
Perenggan 2 & 3 : Memperkatakan isi dan Perenggan 6 : Cadangan atau pandangan
untuk membaikinya
kandungan buku secara Perenggan 7 : Penutup atau
ringkas
Perenggan 4 : Kelebihan buku kesimpulannya
Perenggan 5 : Kelemahan buku
Perenggan 6 : Penutup atau kesimpulannya
Format Ulasan Jemaah Hakim dalam
Format Ulasan Isu Semasa Pertandingan
Maksud ulasan isu semasa ialah komen
anda tentang sesuatu yang sedang hangat Perenggan 1 : Kata alu-aluan (seperti dalam
diperkatakan, misalnya tentang mutu sukan karangan jenis ceramah,
negara, Wawasan 2020, masalah remaja, syarahan, dan pidato)
dan sebagainya. Hal ini bermakna formatnya
sama seperti karangan jenis perbincangan Perenggan 2 : Memperkatakan sebab atau
kecuali cara pengolahannya sahaja yang agak tujuan pertandingan diadakan
berbeza.
Perenggan 3 : Perbandingan mutu pertandingan
Karangan Cemerlang dan penyertaan tahun ini dengan
tahun-tahun sebelumnya
Perenggan 4 : Ulasan secara keseluruhan
Perenggan 5 : Ulasan khas untuk para
pemenang
Perenggan 6 : Mengumumkan keputusan
Perenggan 7 : Penutup
120
Domain: Pendidikan
SAYEMBARA MENULIS CERPEN MERDEKA 2020
Sayembara ini memupuk dan menyemarakkan semangat cinta akan negara serta perpaduan
dalam kalangan murid sekolah menengah melalui aktiviti penulisan dan sastera. Program ini bertujuan
untuk mencungkil bakat peserta dalam bidang penulisan sajak di samping memperkasakan penggunaan
Bahasa Kebangsaan.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan pertandingan menulis cerpen. Sempena ulang
tahun kemerdekaan negara sebuah persatuan penulis di tempat anda telah menganjurkan pertandingan menulis
cerpen yang bertemakan kemerdekaan negara. Anda telah membaca cerpen yang memenangi tempat pertama
dalam pertandingan tersebut. Anda ingin membuat ulasan tentang cerpen tersebut.
Tulis ulasan tersebut selengkapnya.
315
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Judul: Titik-titik Kemerdekaan
Penulis: Ahmad Naim Ishak
Pengulas: Muhd Kamil Wijaya
Kemerdekaan bererti kebebasan daripada penjajahan sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
Kemerdekaan sungguh bermakna kepada rakyat Malaysia yang telah dijajah selama 446 tahun. Tanggal
31 Ogos yang lalu, sambutan Hari Kebangsaan negara telah diadakan. Berbagai-bagai acara diatur bagi
memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. Antara program yang diadakan di tempat saya
ialah pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Pulau Pinang (PPNP).
Saya berkesempatan membaca cerpen berjudul “Titik-titik Kemerdekaan” karya Ahmad Naim Ishak
yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Cerpen tersebut banyak mempunyai
keistimewaan yang melayakkan penulisnya dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut.
Tema yang ingin diutarakan oleh penulis ialah sikap penjajah yang tidak jujur, iaitu berjanji untuk
memberikan kesenangan kepada penduduk setempat tetapi sebaliknya mengaut segala kekayaan yang
ada demi kepentingan mereka. Faktor inilah yang menyebabkan penduduk kampung bangkit menentang
mereka. Persoalan-persoalan pula merupakan subtema yang hadir bersama-sama tema. Antara persoalan
yang hendak disampaikan oleh penulis ialah semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Semangat patriotik
yang dimiliki rakyat akan menentukan sama ada kemerdekaan negara yang diperoleh akan kekal atau
sebaliknya. Selain itu, sikap suka berselindung di sebalik kata-kata manis juga merupakan satu persoalan
yang cuba digarapkan oleh penulis.
Plot ialah jalinan peristiwa yang berlaku dalam sesebuah cerita berdasarkan sebab dan akibat.
Plot menentukan sesebuah cerita itu menarik atau tidak. Plot yang digarap oleh penulis dalam cerpen
“Titik-titik Kemerdekaan” ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Cerpen ini dimulakan dengan
memperkenalkan watak utama yang bernama Rustam. Rustam seorang pemuda kampung yang terpilih
untuk mewakili golongan muda ke Majlis Persidangan Rakyat di Kuala Lumpur. Persidangan itu diadakan
untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh seluruh persatuan penduduk di negara
ini untuk mencapai kemerdekaan. Plot mula berkembang sebaik-baik sahaja Kampung Telok Wang
menjadi sasaran keganasan komunis. Orang kampung sibuk membina kubu sebagai tempat perlindungan
daripada serangan pengganas komunis. Pak Salleh yang merupakan ayah kepada Rustam sanggup
berhenti kerja kerana ingin bergiat dalam persatuan yang menentang penjajah. Cerpen ini bertambah
menarik apabila sampai ke puncaknya ketika Pak Salleh dan rakan-rakannya masuk ke dalam hutan
untuk memburu pengganas komunis yang kian bermaharajalela.
Penulis menggunakan nilai estetika gaya bahasa untuk melahirkan satu bentuk penulisan yang
gramatis. Cerpen ini mudah difahami dan gaya bahasa yang digunakan menarik menyebabkan pembaca
tidak jemu membaca sehingga akhir cerpen. Penulis juga menggunakan peribahasa untuk menguatkan
kandungan cerpen seperti musang berbulu ayam, tali barut, dan banyak lagi. Malah, penulis turut
menggunakan gaya bahasa simile dan hiperbola. Contoh gaya bahasa simile ialah “hidung mancung
seperti hidung orang Arab” dan “kedengaran tepukan gemuruh bagai memecah bandar Kuala Lumpur”.
Hiperbola bermaksud perbandingan yang berlebih-lebihan atau melampau, contohnya “ucapannya berapi
dengan penuh semangat”.
Penulis juga menggunakan pelbagai latar dalam cerpennya yang kelihatan lebih realistik dan menarik.
Latar masa yang digunakan cukup membuktikan seolah-olah penulis pernah hidup atau berada pada
zaman penjajahan dan keganasan komunis. Latar tempat seperti Bukit Melawati, Bukit Kepong, Kota
Ipoh, suasana di dalam hutan, dan kawasan perkampungan, membuktikan penulis telah membuat kajian
tentang kegiatan British dan tempat-tempat yang menjadi sarang komunis.
316
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan Bab 17
Kesimpulannya, cerpen ini telah berjaya membuka mata setiap pembaca tentang kepentingan
semangat patriotik dan kemuafakatan dalam menghadapi musuh. Generasi sekarang perlulah berterima
kasih kepada pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup menggadaikan nyawa dan harta demi kebebasan
tanah air untuk mewariskan kepada mereka. Oleh itu, hargailah kemerdekaan yang telah dicapai ini.
Koleksi Peribahasa Fokus
• musang berbulu ayam – orang jahat yang menyamar Antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara
sebagai orang baik melalui penulisan ialah Pak Sako, Usman Awang, Ibu Zain,
Harun Aminur Rashid, dan Ahmad Bakhtiar.
• tali barut – barua (penyampai rahsia orang lain)
Karangan Cemerlang 121
Domain: Pendidikan
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Dr. Azman Rahmat,
berkata, teater kanak-kanak sudah lama tidak dipentaskan dan kali terakhir kira-kira lapan tahun lalu. Ada
persoalan bahawa adakah teater masih releven? Dr Azman menegaskan bahawa teater masih relevan kerana
boleh ‘menukar’ budaya masa kini kanak-kanak yang lebih cenderung bermain alatan elektronik.
“Perkara ini menyebabkan keseronokan mereka untuk menikmati dunia sebenar sudah tiada
dan sebaliknya hanya melihat menerusi alatan elektronik atau televisyen. Kami ingin mengubahnya dan
memberikan pendedahan kepada mereka dengan menjemput murid dari lima buah sekolah berhampiran
IPG ini untuk menonton pementasan teater,” katanya.
(Dipetik daripada rencana “Perjuang Seni Teater”, Harian Metro, 6 Jun 2018)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa pementasan teater masih relevan pada zaman ini. Sebuah
pementasan teater telah diadakan sempena majlis pelancaran inapan keluarga bagi menggalakkan kedatangan
pelancong asing. Pementasan tersebut amat menarik dan unik.
Berikan ulasan tentang keistimewaan pementasan teater tersebut.
Tajuk: Muzikal Puteri Gunung Ledang
Pengulas: Nik Sufian bin Nik Mustafa
Semasa pelancaran bagi merasmikan program inapan keluarga yang diadakan di Kampung Sena,
sebuah badan kesenian negeri telah menganjurkan suatu persembahan pentas yang bertujuan
menarik kedatangan pelancong berkunjung ke situ. Penggiat-penggiat teater terkenal tanah air dijemput
untuk membuat persembahan khas bagi menghiburkan para pelancong. Penggiat teater terkenal dan
gabungan beberapa orang artis tempatan telah mengadakan suatu persembahan teater yang berjudul
“Muzikal Puteri Gunung Ledang”. Persembahan teater ini merupakan julung kali diadakan di tempat
ini kerana penduduk kampung jarang sekali didedahkan dengan seni persembahan ini. Biasanya,
persembahan teater hanya dilakonkan di tempat-tempat tertentu seperti di Istana Budaya dan dihadiri
oleh golongan yang benar-benar berminat dengan seni teater. Namun begitu, kini persembahan teater
dipertontonkan pada khalayak ramai yang terdiri daripada penduduk kampung dan para pelancong di
tempat yang terbuka.
317
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Kebanyakan penonton terpukau oleh persembahan teater ini. Jalan ceritanya yang menambat hati
menyebabkan penonton tidak berasa bosan semasa menontonnya. Teater ini mengisahkan peminangan
Tuan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah. Syarat-syarat yang diberikan oleh tuan puteri
begitu aneh sehinggakan sultan tidak mampu menunaikannya. Antara perkara yang menarik dalam cerita
ini ialah rombongan sultan yang terdiri daripada ratusan orang itu gagal menemukan Puteri Gunung
Ledang. Sebaliknya, Tun Mamat seorang sahaja yang berjaya mendaki Gunung Ledang dan bertemu
dengan wakil tuan puteri. Oleh itu, kecantikan tuan puteri yang bagai bulan purnama empat belas itu
hanya dapat dilihat oleh Tun Mamat.
Selain itu, tema yang hendak disampaikan dalam persembahan teater ini dapat memberikan
pengajaran kepada penonton. Tema drama ini ialah sikap mementingkan diri sendiri dan mementingkan
darjat serta kedudukan menyebabkan diri sendiri mengalami perasaan malu. Sultan Mahmud Syah tidak
mahu berkahwin dengan anak-anak raja yang lain kerana baginda tidak mahu dianggap setaraf dengan
raja-raja yang lain. Baginda ingin dipandang tinggi. Oleh itu, baginda berhasrat ingin berkahwin dengan
Tuan Puteri Gunung Ledang yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai beberapa kelebihan. Tema ini
patut dijadikan pengajaran kerana tidak semua perkara yang dihajati dapat dicapai walaupun seseorang
itu mempunyai darjat dan kekayaan.
Latar dalam persembahan teater ini menarik kerana dapat menghidupkan suasana dalam cerita.
Meskipun di atas pentas, hiasan latar yang dibuat mampu menjadikan persembahan ini seolah-olah
hidup dan benar-benar berlaku di tempat yang sebenarnya. Selain latar, iringan muzik latar dengan
bunyi mergastua rimba menjadikan peristiwa dalam cerita benar-benar sedang berlaku dan bukannya
satu lakonan. Pelakon-pelakon juga memakai kostum pakaian tradisional pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka yang segak dan bergaya. Jika dilihat dari sudut pemakaian kostum ini, sudah tentu banyak
perbelanjaan yang diperuntukkan untuk menjayakan persembahan teater ini.
Begitu juga dengan gaya bahasa yang digunakan oleh para pelakon yang mudah difahami walaupun
mereka menggunakan bahasa klasik. Sistem pembesar suara yang berkualiti menyebabkan penonton dapat
mendengar semua dialog yang dituturkan pelakon dengan jelas. Selain bahasa biasa yang digunakan,
terdapat juga unsur-unsur bahasa yang lain seperti metafora dan hiperbola. Bahasa berirama seperti
pantun dan syair juga diselitkan dalam persembahan ini.
Setiap adegan yang dipersembahkan mempunyai nilai murni yang dapat dijadikan pengajaran dan
teladan, antaranya ialah patuh dan taat kepada perintah sultan. Sikap taat kepada sultan sememangnya
sinonim dengan sifat masyarakat zaman dahulu. Selain itu, semangat bekerjasama juga cuba digarapkan
dalam teater ini seperti orang ramai bekerjasama membuat persiapan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang. Teater ini juga mempamerkan adat dan budaya masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
Oleh hal yang demikian, persembahan teater “Muzikal Puteri Gunung Ledang” ini sangat menarik dan
patut ditonton oleh semua orang. Pihak penganjur perlu mengadakan persembahan teater ini di seluruh
negara. Meskipun persembahan drama pentas ini tidak sebaik drama televisyen, namun persembahan
kali ini dapat memberikan kepuasan kepada para penonton. Para penonton beredar sebaik-baik sahaja
persembahan tamat.
Koleksi Peribahasa Seni Budaya
(Seni Teater)
• menambat hati – menarik hati
• bagai bulan purnama empat belas – peri keelokan muka VIDEO
perempuan
318
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Karangan Cemerlang 122
Domain: Peribadi Bab 17
Tindakan pantas dan berani dua orang jiran telah berjaya menangkap seorang lelaki yang memecah masuk
ke dalam sebuah rumah di Bertam Perdana, Butterworth, pagi tadi. Jiran mangsa menghubungi mangsa
dan mangsa meminta bantuan bagi mengawasi pergerakan suspek ketika lelaki terbabit masuk ke dalam
rumah sebelum mengambil barang kemas yang disimpan dalam almari di bilik utama.
Polis merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang berjaya membantu dalam
membuat tangkapan terhadap suspek tanpa mencederakannya.
“Semangat kejiranan ini harus dipuji terutama dalam memastikan kejiranan kita bebas daripada
aktiviti jenayah,” katanya lagi.
(Dipetik daripada rencana “Nasib Baik Jiran Nampak” oleh Zuhainy Zulkiffli,
MyMetro, 3 Februari 2020)
Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa semangat kejiranan berjaya membanteras jenayah. Semangat
kejiranan dapat dieratkan melalui pelbagai cara seperti bekerjasama, bersopan santun dan berbudi bahasa,
kunjung-mengunjungi, bergiat dalam aktiviti yang berfaedah serta menghindari sifat buruk sangka.
Berikan komen anda.
Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan perhubungan dan pertalian sesama
insani. Semangat kejiranan begitu penting untuk dipupuk dalam kalangan anggota masyarakat demi
kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara. Tambahan pula, jiran ialah orang yang paling rapat
dan dekat dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, kepentingan jiran memang tidak dapat dinafikan.
Slogan “Jiran Muafakat Membawa Berkat” begitu tepat dengan maksud semangat kejiranan kerana
hanya anggota masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama dapat membentuk dan melahirkan
kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Hakikat ini terkandung dalam cogan kata “Jiran
Sepakat Membawa Berkat” kerana keberkatan hidup hanya dapat dihasilkan dengan adanya semangat
kejiranan yang utuh sesama jiran tetangga. Perumpamaan Cina juga ada mengatakan bahawa jiran yang
dekat lebih baik daripada saudara yang jauh. Perumpamaan ini memang benar dan tepat kerana kita
mungkin ditimpa kemalangan atau malapetaka dan penyelesaian pada masalah ini hanyalah kepada jiran
tetangga sebelum tibanya saudara-mara kita.
Dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, semangat kejiranan amat perlu bagi mewujudkan
kedamaian dan kesejahteraan sesama masyarakat. Perpaduan anggota masyarakat dapat diperkukuh
dengan adanya semangat kejiranan. Semangat kejiranan dapat menyelesaikan masalah perkauman.
Semangat kejiranan yang menekankan sifat hormat-menghormati dan kenal-mengenal antara satu sama
lain dapat mengelakkan prasangka buruk dan rasa iri hati yang wujud dalam kalangan masyarakat.
Semangat bantu-membantu dapat dipupuk melalui semangat kejiranan dan seterusnya menepati
kehendak ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dalam pekerjaan seharian kita. Setiap individu
tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah dalam kehidupan. Oleh itu, kita memerlukan bantuan
daripada jiran tetangga untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika kita perlu
meninggalkan rumah untuk beberapa hari kerana sesuatu urusan, kita bolehlah meminta bantuan jiran
untuk mengawasi rumah sepanjang peninggalan kita. Selain itu, kita juga dapat memberikan bantuan
kepada jiran yang mengadakan majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, hari jadi, kenduri, dan
sebagainya.
319
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan
dan masyarakat dalam usaha untuk mengeratkan perhubungan antara jiran tetangga. Sebenarnya, jika
diteliti dan dihalusi masalah ini timbul dari dalam jiwa masyarakat itu sendiri. Pada zaman yang
serba moden ini kebanyakan penghuni hanya sibuk dengan urusan mereka sendiri sehingga tidak
mengambil berat tentang jiran tetangga. Tambahan pula, mereka tiada inisiatif untuk mengambil tahu
dan mengenali jiran. Sesetengah individu pula lebih gemar bersikap cemburu, sombong, berprasangka
buruk, iri hati, dan angkuh terhadap jiran lantaran memiliki kelebihan tertentu. Jadi, mereka tidak
mahu bertegur sapa dengan jiran tetangga dan mengamalkan sikap suka mengasingkan diri. Tambahan
pula, jika jiran mereka berlainan agama, budaya, dan berbeza taraf sosial atau taraf ekonomi.
Sebagai akibatnya, berlaku perbalahan kerana tidak menghormati dan bertolak ansur dalam soal agama
dan budaya. Hal ini merupakan satu ancaman yang besar kepada negara sekiranya perkara ini menjadi
semakin genting. Dengan itu, proses pemupukan semangat kejiranan perlu diambil perhatian oleh setiap
lapisan masyarakat.
Masalah semangat kejiranan lebih ketara di bandar berbanding dengan kawasan luar bandar.
Masyarakat di bandar lebih mementingkan material berbanding dengan soal kejiranan. Sikap materialistik
yang menganggap wang dapat menyelesaikan segala masalah menyebabkan semangat kejiranan menjadi
lebih parah. Sikap ini lebih jelas kepada mereka yang digolongkan sebagai golongan atasan yang suka
memandang rendah terhadap golongan bawahan. Hal ini berbeza daripada masyarakat luar bandar yang
masih utuh semangat kejiranan mereka dengan mengekalkan semangat bergotong-royong atau wujud
pelbagai pakatan yang bermatlamat untuk membentuk semangat kerjasama. Amalan ziarah-menziarahi dan
bertegur sapa apabila berjumpa dengan jiran masih tetap diamalkan. Hal ini menjadikan semangat kejiranan
menjadi lebih akrab. Walaupun kehidupan mereka serba kekurangan, namun dengan adanya semangat
kejiranan, kehidupan mereka menjadi aman dan harmoni. Dalam hidup berjiran mereka berpegang pada
peribahasa cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.
Semangat kejiranan perlu diambil berat oleh setiap ahli masyarakat. Kegiatan yang mendorong
pembentukan semangat yang murni ini perlu disokong. Program-program yang dianjurkan oleh
pihak kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Perbandaran, serta
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu disertai. Program bersama-sama
menjaga keamanan melalui sektor Rukun Tetangga perlu dihidupkan semula. Hari Keluarga yang
dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk di taman-taman perumahan perlu supaya kita dapat berinteraksi
dan memperkukuh silaturahim sesama jiran tetangga. Anak-anak perlu dibentuk dan dibimbing supaya
melahirkan hubungan baik antara jiran dan menghormati jiran kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Pemimpin-pemimpin kawasan perlu mengadakan perjumpaan mingguan atau bulanan untuk
penghuni-penghuni di taman perumahan atau di kampung-kampung sebagai penggalak bagi mencetuskan
semangat kejiranan. Pemimpin-pemimpin masyarakat perlu merancang pakatan yang dapat memberikan
pertolongan, khususnya ketika jiran tetangga mengadakan kenduri-kendara atau memberikan pertolongan
kecemasan seperti kebakaran, kematian, atau kemalangan. Tabung-tabung kebajikan atau “khairat
kematian” yang ditubuhkan perlu diteruskan dan diperluas fungsi dan manfaatnya. Kita harus mempunyai
inisiatif yang tinggi untuk berkenal-kenalan dengan jiran tetangga dan perlu meluangkan masa berjumpa
dan bertegur sapa dengan jiran. Bertanyakan khabar dan sentiasa mengambil tahu akan hal jiran dapat
membantu ke arah merealisasikan matlamat ini. Setiap individu perlu mengamalkan nilai-nilai murni
seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, mengamalkan nilai bertolak ansur, dan
hormat-menghormati untuk meningkatkan semangat kejiranan. Menghormati adat resam, budaya, dan
agama jiran kita juga sangat penting kerana isu-isu sensitif ini dapat mencetuskan pergaduhan jika kita
tidak bertolak ansur.
320
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Semasa hari-hari perayaan, kita boleh mengadakan rumah terbuka supaya jiran-jiran yang berbilang Bab 17
kaum dapat hadir dan sama-sama merayakan perayaan yang disambut itu walaupun berlainan agama
dan keturunan. Pada Hari Raya Aidilfitri misalnya, kita boleh berkunjung ke rumah-rumah jiran yang
berketurunan Melayu untuk sama-sama menyambut perayaan tersebut. Begitu juga semasa sambutan
hari jadi, anak-anak dapat dipupuk semangat kekitaan dan setia kawan sebagai pemangkin kepada
semangat kejiranan ini. Sebagai insan yang serba kekurangan, peranan jiran memang tidak dapat dinafikan
dalam kehidupan kita. Tidak kira kita berada dalam apa-apa jua keadaan atau di mana-mana tempat
sekalipun, kita pasti memerlukan bantuan jiran. Dalam sebuah kawasan perumahan juga kita tidak
terkecuali daripada menghadapi masalah harian yang memerlukan bantuan daripada jiran tetangga.
Dengan itu, jiranlah yang menjadi pohon untuk kita berteduh ketika hari hujan. Apabila amalan
ini sudah sebati dalam jiwa kita, tidak akan timbul
masalah perbezaan kaum, keturunan, budaya, agama, Koleksi Peribahasa
dan taraf sosial atau ekonomi dalam membentuk • cubit paha kanan, paha kiri sakit juga – sekiranya
semangat kejiranan. Kita akhirnya dapat bergerak seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri,
seiring dengan kemajuan sains dan teknologi dan
seterusnya dapat sama-sama menggembleng tenaga mereka pun akan berasa kesusahannya juga
dalam pembangunan negara ke arah sebuah negara • melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar
Malaysia yang maju menjelang tahun 2020.
seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau
sudah besar, tidak akan berhasil lagi
Karangan Cemerlang 123
Domain: Awam
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) akan terus berterima kasih kepada mereka yang berterusan
membantu komuniti dan mengurangkan kesukaran mereka sewaktu mendepani penularan pandemik
COVID-19, selain keperluan menyesuaikan diri dengan norma baharu dan penjarakan sosial.
Pengerusi Kebangsaan, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’azam
Shah, berkata, pergerakan itu memberikan tumpuan kepada petugas barisan hadapan, sukarelawan, dan
responden kepada pandemik itu, dan bersatu bagi menunjukkan sokongan kepada sukarelawan di seluruh
dunia.
(Dipetik daripada rencana “PBSM Terus Sokong Barisan Hadapan Kekang COVID-19”
oleh Azrul Hakimie, Ismaweb, 8 Mei 2020)
Petikan akhbar menerangkan peranan Persatuan Bulan Sabit Merah sewaktu menghadapi situasi yang
memerlukan. Baru-baru ini, Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil
belajar ke sebuah hospital di daerah anda.
Selaku setiausaha persatuan, tulis ulasan lengkap tentang lawatan tersebut.
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Hospital Daerah Bukit Mertajam pada hari Khamis bersamaan
5 November 20XX, pada pukul 9.00 pagi. Rombongan murid sebanyak 38 orang disertai oleh dua orang
guru penasihat, iaitu Encik Yusof Abdullah dan Puan Wong Yok Lim. Rombongan ini disertai oleh murid
tingkatan empat selepas tamat peperiksaan akhir tahun.
321
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Rombongan sekolah menaiki bas sekolah yang telah disewa khas ke hospital tersebut. Dalam
perjalanan ke hospital berkenaan, guru penasihat telah memberikan sedikit nasihat dan penerangan
kepada murid-murid. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berdisiplin dan tidak berbuat bising
apabila sampai di destinasi demi menjaga imej sekolah. Bas yang dinaiki rombongan sekolah tiba di
hospital tersebut pada pukul 9.45 pagi.
Sebaik-baik sahaja rombongan sekolah sampai di hospital tersebut, mereka disambut oleh
pegawai perubatan hospital dengan mesra. Beliau membawa rombongan sekolah ke dewan makan yang
terletak berhampiran dengan asrama jururawat. Beliau memberikan taklimat tentang sejarah penubuhan
hospital tersebut. Menurut beliau, hospital tersebut telah didirikan pada tahun 1920 dan pernah
dibom oleh pesawat tentera Jepun ketika Jepun menyerang tanah air kita. Beliau juga memberikan
sedikit penerangan tentang kursus yang perlu diambil oleh seseorang doktor sebelum memegang
jawatannya. Murid-murid diberitahu bahawa hospital tersebut mempunyai 32 buah wad yang terdiri
daripada pelbagai kelas, dua buah makmal, lima buah dewan pembedahan, dan beberapa buah bilik
dan bangunan.
Selepas itu, rombongan sekolah dibawa melawat ke beberapa wad di hospital tersebut. Mereka
melawat wad kanak-kanak dan orang dewasa. Lawatan ke wad berkenaan bukan sahaja meluaskan
pengetahuan murid-murid tentang pengurusan wad tetapi juga menerapkan perasaan belas kasihan
terhadap pesakit. Ada antara murid yang turut mengalirkan air mata semasa melihat seorang pemuda
menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil akibat kemalangan jalan raya. Selepas melawat ke
wad-wad di hospital tersebut, rombongan sekolah dibawa ke dewan pembedahan, bilik makmal, dan bilik
X-ray. Di bilik-bilik berkenaan mereka diberikan penerangan tentang kegunaan beberapa alat perubatan.
Sebelum rombongan sekolah meninggalkan hospital tersebut, demonstrasi pertolongan cemas seperti
pernafasan mulut ke mulut dan pernafasan Holger-Nielson ditunjukkan kepada mereka. Beberapa orang
murid termasuk guru turut mencuba kaedah pertolongan cemas tersebut dengan menggunakan patung
bagi menggantikan manusia.
Rombongan sekolah meninggalkan hospital tersebut pada pukul 12.30 tengah hari. Lawatan tersebut
telah menambahkan pengetahuan murid-murid tentang pengurusan hospital dan cara-cara perubatan
moden yang berkesan. Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di hospital, lawatan tersebut
sedikit sebanyak telah membuka mata dan meluaskan pengalaman mereka.
Karangan Cemerlang 124
Domain: Awam
Terengganu Development Management (TDM) Berhad menjadi pelopor dalam membudayakan amalan
membaca dengan penganjuran Pasar Buku Ganu yang julung kalinya diadakan di Bandaraya Kuala
Terengganu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, berkata, program
sebegini banyak manfaatnya kepada warga masyarakat dalam memupuk budaya cinta akan amalan
membaca terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan remaja.
(Dipetik daripada rencana “Pasar Buku Ganu, Pupuk Budaya Membaca” oleh
Urus Setia Penerangan Darul Iman, Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu)
322
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan Bab 17
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan langkah memupuk budaya membaca. Tabiat
gemar membaca dalam kalangan generasi muda kurang diamalkan. Ibu bapa sebenarnya mempunyai peranan
untuk memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.
Ulas pernyataan di atas.
“Membaca Jendela Ilmu”. Demikianlah ungkapan yang selalu kita dengar tentang kepentingan amalan
membaca buku. Ungkapan ini jelas menunjukkan kepentingan amalan pembacaan demi meningkatkan
ilmu pengetahuan seseorang itu. Namun demikian, dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan
telekomunikasi kini, tabiat membaca dalam kalangan generasi muda kurang diamalkan, malahan tidak
menjadi budaya sehari-harian kerana kebanyakan mereka membaca sekadar untuk menghadapi peperiksaan.
Dalam hal ini, prakarsa ibu bapa amat penting. Ibu bapa perlu melaksanakan langkah-langkah yang berkesan
agar dapat menaut hati generasi muda untuk mengamalkan tabiat membaca.
Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Antara inisiatif yang perlu diambil oleh ibu
bapa adalah membina sudut bacaan di dalam rumah mereka sebagai tempat khusus untuk menyemai dan
menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan ahli keluarga. Sudut pembacaan itu boleh dijadikan
tempat untuk menghimpunkan khazanah ilmu daripada pelbagai bahan bacaan. Sebaik-baiknya sudut
tersebut dihias dengan cantik dan dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi supaya menjadi tarikan
kepada anak-anak. Kewujudan suasana yang ceria dan kondusif ini sudah tentu akan merangsang
anak-anak untuk membaca buku di situ.
Peribahasa kita juga ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Corak pendidikan ibu
bapa akan menentukan hala tuju dan minat anak-anak. Oleh itu, ibu bapa patut menjadi suri teladan
kepada anak-anak dalam menyuburkan budaya membaca buku dalam kalangan anak-anak. Maka, ibu
bapa patut menggunakan masa senggang untuk membaca buku. Apabila anak-anak sudah terbiasa melihat
ibu bapa mereka membaca buku, maka mereka pun akan meneladani sikap positif tersebut. Galakan
menerusi teladan ini dikatakan lebih ampuh kesannya berbanding dengan cara memberikan nasihat
atau membelikan buku untuk mereka. Hal ini demikian kerana, ibu bapa sudah menjadi model kepada
anak-anak dalam membudayakan tabiat membaca buku.
Selain itu, ibu bapa juga patut acap kali membawa anak-anak mereka mengunjungi kedai-kedai
buku. Oleh hal yang demikian, kunjungan ini boleh dijadikan sebagai satu acara yang mesti dilakukan
pada setiap bulan. Semasa berkunjung ke kedai buku, ibu bapa patut memberikan kebebasan kepada
anak-anak mereka membeli buku-buku terbaharu yang diminati. Bagi menjayakannya, ibu bapa patut
menyediakan bajet pada setiap bulan bagi membeli buku-buku tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa tidak
harus bersikap tangkai jering kerana pembelian buku merupakan pelaburan yang amat bernilai bagi
anak-anak pada masa hadapan. Tuntasnya, sikap pemurah ibu bapa terhadap pembelian buku untuk
anak-anak dapat menyemarakkan minat membaca mereka.
Langkah yang seterusnya ialah ibu bapa membawa anak-anak mengunjungi pusat sumber setempat.
Hal ini dapat menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak. Anak-anak harus digalakkan
untuk menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan bagi merangsang minat membaca. Antaranya
ialah pertandingan mengulas buku dan banyak membaca buku. Selain itu, aktiviti diskusi buku yang
membabitkan pengarang terkenal yang digemari oleh anak remaja boleh dihadiri. Kesemua aktiviti ini
dapat menambat hati anak-anak terhadap amalan membaca.
Konklusinya, pembentukan budaya membaca dalam kalangan anak-anak perlu digerakkan oleh
ibu bapa. Hal ini demikian kerana, peranan ibu bapa amat besar dalam membentuk minat membaca
anak-anak. Namun begitu, peranan masyarakat setempat dan sekolah juga penting ke arah memantapkan
budaya tersebut.
323
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan Fokus
Koleksi Peribahasa Tema program Kem Membaca 1 Malaysia 2016 (KM1M
2016) ialah “Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia”.
• melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar
seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau
sudah besar, tidak akan berhasil lagi
• bagaimana acuan begitulah kuihnya – anak mengikut
sikap ibu bapa
• tangkai jering – kedekut
Karangan Cemerlang 125
Domain: Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan kajian tentang kesedaran orang ramai berkaitan kesihatan
dan mendapati hanya 6.6 peratus rakyat Malaysia yang celik kesihatan berbanding dengan 12 peratus
rakyat Amerika Syarikat. Kajian itu mengambil kira pengetahuan tentang gaya pemakanan sihat
termasuk pengambilan kalori, jumlah hidangan, dan pengambilan lemak.
Selain pengambilan makanan tidak seimbang, merokok, pengambilan alkohol, masalah emosi,
dan tekanan juga merupakan salah satu punca kesihatan merosot dan kemudian timbulnya penyakit.
(Dipetik daripada rencana “Ubah Gaya Hidup Lebih Sihat”, Sinar Harian, 21 Februari 2020)
Petikan akhbar menerangkan tahap kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri. Kesihatan
merupakan anugerah yang amat bernilai. Namun demikian, tahap kesihatan masyarakat kita pada masa ini
semakin merosot. Hal ini berpunca daripada beberapa sebab.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa kamu ialah apa-apa yang kamu makan. Berdasarkan pepatah ini,
makanan mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap seseorang, terutama dari aspek kesihatannya.
Di Malaysia, statistik menunjukkan peningkatan pesakit yang menghidap penyakit kronik tahun demi
tahun. Hal ini membuktikan bahawa tahap kesihatan masyarakat kita kian merosot.
Gaya hidup masyarakat masa ini yang sibuk dan aktif menyebabkan segelintir rakyat Malaysia yang
tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan sendiri. Oleh itu, mahu tidak mahu mereka terpaksa
makan di luar. Namun begitu, keadaan gerai atau restoran yang kotor dan makanan yang tercemar
menyebabkan mereka mudah terdedah kepada masalah keracunan makanan dan mengalami penyakit
berjangkit, seperti kolera. Tuntasnya, persekitaran tempat makanan yang kotor menjadi punca masalah
penyakit kepada para pelanggan.
Selain itu, terdapat kecenderungan masyarakat kita gemar menikmati makanan laut. Hakikatnya,
makanan laut juga mudah tercemar dan menyebabkan jangkitan penyakit. Hal ini demikian kerana,
banyak kawasan sungai di Malaysia tercemar akibat sisa haiwan dan manusia dibuang di situ. Pembuangan
najis ini menyebabkan bakteria E-coli membiak. Natijahnya, hidupan laut akan tercemar dengan bakteria
berkenaan. Jika kita mengambil makanan yang tercemar, kita akan mendapat penyakit hepatitis. Tegasnya,
pengambilan makanan laut dapat menjejaskan tahap kesihatan seseorang kerana keadaan air yang mudah
tercemar.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar juga merupakan punca penyakit berjangkit. Hal ini
demikian kerana, alam sekitar yang kotor dan longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan air
324
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
bertakung. Natijahnya, air bertakung ini menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan nyamuk tiruk. Bab 17
Gigitan nyamuk-nyamuk ini dapat menyebabkan penyakit denggi dan malaria. Selain itu, penyakit
Japanese Encephalitis (JE) merebak di sekitar kandang khinzir yang kotor. Apabila najis khinzir tidak
diurus dan dirawat dengan baik, hal ini akan menyebabkan pembiakan virus nipah yang membiak melalui
nyamuk Culeks. Jelaslah bahawa sikap masyarakat menjadi punca kepada pelbagai wabak yang berlaku
yang seterusnya memberikan kesan terhadap kesihatan.
Kajian juga mendapati penyakit berjangkit kerap berlaku di negara kita kerana terdapat masyarakat
yang suka berkongsi barang peribadi, seperti tuala dan pinggan mangkuk. Natijahnya, amalan berkongsi
akan menyebabkan penyakit kulit mudah merebak. Selain itu, terdapat juga golongan yang mengamalkan
hubungan seks rambang sehingga menyebabkan mereka dihinggapi pelbagai penyakit termasuk penyakit
yang berbahaya, seperti AIDS. Tegasnya, gaya hidup yang tidak sihat turut menjadi faktor kepada masalah
penyakit yang berlaku kepada sesetengah anggota masyarakat.
Sikap masyarakat yang acuh tidak acuh terhadap usaha-usaha pencegahan penyakit turut memberikan
kesan terhadap kemerosotan tahap kesihatan mereka. Sebagai contoh, kempen yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan untuk memusnahkan denggi, tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, seperti
yang diharapkan. Menerusi kempen ini, setiap rakyat diingatkan agar memperuntukkan masa selama
10 minit seminggu untuk membersihkan kediaman mereka dan membuang air yang bertakung. Namun
demikian, kempen ini tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Kesedaran masyarakat kita tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan berada pada tahap yang
rendah. Rata-rata masyarakat hanya akan berubat setelah mereka ditimpa penyakit, bak kata bidalan
sudah terhantuk baru tengadah. Malahan, ada pesakit yang sudah berada pada tahap kronik barulah
hendak berjumpa dengan doktor walhal masa sudah terlambat. Setiap rakyat Malaysia terutama yang
berumur 40 tahun ke atas dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun supaya
dapat mengetahui tahap kesihatan sendiri. Rawatan awal boleh diberikan sekiranya ada dalam kalangan
mereka yang menghidap penyakit sekali gus dapat menyelamatkan nyawa.
Intihanya, kesihatan merupakan harta yang amat bernilai kepada setiap orang. Oleh itu, kesihatan
perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana sekali kita menghidap penyakit, amat sukar untuk kita
sihat kembali. Amalan gaya hidup sihat dan
bersikap selektif dalam memilih makanan perlu Koleksi Peribahasa
dipraktikkan supaya matlamat untuk melahirkan • sudah terhantuk baru tengadah – sesudah terkena atau
rakyat yang cergas dan cerdas mampu dicapai.
mendapat kesusahan, baru beringat-ingat
Draf Karangan 1
Domain: Awam
Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi, dan spiritual dengan pelbagai
gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai
masalah sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara.
Banyak kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ke arah kebaikan demi menjadi insan yang
berguna, namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan
dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah, seks bebas, lumba haram, dan seumpamanya semakin
berleluasa dari sehari ke sehari. Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan
kemudaratan baik kepada diri sendiri mahupun orang lain.
325
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
(Dipetik daripada rencana “Program Pencegahan Masalah Sosial Remaja” oleh Asmaliah Ismail,
Portal Rasmi MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia, 31 Januari 2017)
Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan permasalahan remaja. Selaku tokoh belia yang
terkemuka di negara ini, anda telah didatangi oleh pemberita televisyen yang meminta anda membuat ulasan
tentang “Belia Malaysia dan masalah yang berkaitan dengan mereka”.
Tulis ulasan anda itu selengkapnya.
Format: ulasan isu semasa
Pendahuluan:
belia merupakan 46 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini – oleh itu, belia banyak mendapat
perhatian daripada masyarakat, khasnya ahli-ahli psikologi, sosiologi, dan para pemimpin negara
Isi-isi:
• masalah utama – terdapat dua golongan belia yang menimbulkan kerenah, iaitu kumpulan yang
sering melakukan jenayah berat dan jenayah kolar putih
• masalah penagihan dadah – semakin hari semakin meningkat walaupun pelbagai cara dilaksanakan
oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini – mereka melakukannya kerana berputus asa, ingin
mencuba, pantang dicabar, dan lain-lain lagi
• pengaruh budaya kuning dan krisis identiti – pengaruh media massa (cetak dan elektronik) – belia
mudah meniru – membelakangkan orang tua dan ibu bapa
• masalah pengangguran – terlalu memilih pekerjaan – belia yang berkelulusan tinggi tidak mahu
menceburi lapangan pertanian dan perniagaan tetapi hanya memikirkan pekerjaan makan gaji
Penutup:
belia merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan – masalah yang dihadapi oleh mereka
akan menjejaskan harapan dan impian negara – langkah tertentu harus diambil sebelum terlewat
Draf Karangan 2
Domain: Awam
Murid diingatkan supaya menjauhi vandalisme dan tidak merosakkan kemudahan awam yang disediakan
di sekolah.
Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, murid perlu sedar bahawa kemudahan
seperti meja dan kerusi penting dalam usaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Beliau berkata, kemudahan itu mampu bertahan lama dan digunakan oleh murid lain jika dijaga dengan
baik.
(Dipetik daripada rencana “Pelajar Perlu Elak Vandalisme” oleh Mary Victoria Dass,
Berita Harian Online, 17 April 2018)
Petikan akhbar menerangkan bahawa murid perlu menjauhi vandalisme. Sebagai pakar psikiatri, anda telah
diminta untuk membuat ulasan tentang masalah vandalisme dalam kalangan remaja.
Tulis ulasan anda itu selengkapnya.
326
KKaarraannggaann SPM Bab 17 Ulasan
Bab 17
– perbuatan ini kian menular Isi-isi Persoalan
– harta benda awam telah dirosakkan dengan – adakah sistem pendidikan kita gagal membentuk
sewenang-wenangnya dan melahirkan insan yang seimbang dari segi
– perbuatan vandalisme telah mengundang rohani dan jasmani?
– adakah mereka tidak dapat memanfaatkan
pelbagai komplikasi subjek agama dan moral?
– kerajaan telah membelanjakan wang – di manakah hilangnya nilai murni yang
diterapkan dalam semua mata pelajaran di
berjuta-juta ringgit untuk membaiki semula sekolah?
kemudahan awam yang telah dirosakkan – mungkinkah pemikiran rakyat Malaysia masih
apakah yang mendorong mereka merosakkan dibelenggu dan tidak bertamadun?
harta benda awam?
– apabila dilanda rasa kecewa vandalisme lain:
– tidak berjaya mengawal emosi – kutu rayau
– ingin membalas dendam – penagih dadah
– gangguan jiwa – penjaga kereta haram
– pengaruh rakan sebaya – pesakit jiwa waras (pemabuk, pemurung)
Cadangan – pesakit jiwa serius
– mengenakan tindakan yang tegas
– mengamalkan sikap tegur-menegur Penutup
– kaunseling pihak yang berwajib perlu memahami jiwa remaja
– tindakan undang-undang – tidak menghukum pesalah tetapi menyelidik
– kempen kesedaran sesuatu perkara itu terlebih dahulu
Draf Karangan 3
Domain: Awam
Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan penggunaan media dalam
bidang pendidikan bagi membantu para pendidik dan murid dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Pengunaan teknologi media amat penting pada era moden kini kerana
memberikan manfaat kepada pendidikan negara dalam membentuk modal insan yang berpengetahuan.
Penggunaan teknologi media dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) amat digalakkan kepada warga
pendidik dan murid-murid sebagai satu usaha memudahkan PdP bagi membantu dalam meningkatkan
kefahaman murid terhadap pelajaran yang disampaikan.
(Dipetik daripada jurnal “Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi
Maklumat dalam Pendidikan IPTA” oleh Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan
Zurinah Tahir, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, 2017)
327