KERTASMODEL 1 Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK Tingkatan 3 Sejarah [21] 2 jam 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 1 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 1. Apakah negeri yang mengamalkan sistem pemerintahan berikut? Sistem pemerintahan tradisional Sistem Kesukuan Sistem Kesultanan Sistem Ketua Bebas A Sabah B Sarawak C Kelantan D Negeri Sembilan 2. Senarai berikut menunjukkan sistem timbangan yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional. • Saga • Mayam • Bungkal Apakah barang dagangan yang ditimbang menggunakan sistem timbangan tersebut? A Emas C Rempah-ratus B Arang batu D Sayur-sayuran 3. Apakah peristiwa yang dimanipulasikan oleh Stamford Raffles untuk membolehkan beliau menduduki Singapura? A Lokasi Singapura B Kemerosotan Johor C Kelemahan Belanda D Pewarisan takhta Johor 4. Maklumat berikut berkaitan dengan Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat. Mohammad Eunos Abdullah merupakan orang Melayu pertama dilantik menganggotai Majlis Perundangan Negerinegeri Selat. Apakah peranan Majlis Perundangan tersebut? A Mengutip cukai negeri B Meluluskan undang-undang C Menguruskan hal pentadbiran D Menyelesaikan masalah orang Melayu 5. Apakah hasil yang dilombong di Jugra dan Lukut? A Emas B Perak C Bauksit D Bijih timah 6. Apakah kesan Perjanjian Pangkor terhadap pentadbiran Perak? A Sultan diturunkan takhta B British menguasai pungutan cukai C Warisan Kesultanan Perak runtuh D Menjadi tanah jajahan mahkota British 7. Apakah faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896? I Menyeragamkan pentadbiran II Mengatasi kelemahan Sistem Residen III Memelihara kedudukan Raja-raja Melayu IV Memajukan ekonomi negeri-negeri Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 2 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8. Apakah aspek pemodenan yang diperkenalkan oleh Maharaja Abu Bakar di Johor? I Pengukuhan ekonomi II Pembahagian wilayah III Kemajuan pelancongan IV Sistem pentadbiran moden A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9. Bagaimanakah pihak British menghadapi perkembangan berikut? Kuasa Eropah seperti Jerman, Perancis dan Rusia cuba meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Utara. A Memperbesar angkatan laut B Menguasai negeri-negeri Melayu C Melaksanakan konsep Beban Orang Putih D Membentuk pakatan dengan Raja Melayu 10. Apakah yang hendak dicapai oleh British melalui Perjanjian Sulit 1897? A Memajukan ekonomi B Mewujudkan keamanan C Menetapkan sempadan negeri D Mengukuhkan hubungan dengan Siam 11. Mengapakah wujud pemerintahan Ketua Bebas di Sabah? A Reaksi kepada kedatangan kuasa Barat B Warisan pemerintahan Kesultanan Brunei C Kelemahan pengaruh Kesultanan Brunei dan Sulu D Peningkatan kuasa dan pengaruh pembesar tempatan 12. Apakah muslihat James Brooke membantu Pengiran Raja Muda Hashim menamatkan kebangkitan di Sarawak? A Menguasai Sarawak B Menegakkan keadilan C Memelihara keamanan D Menjalinkan hubungan 13. Mengapakah ekonomi moden memperlihatkan pengeluaran dalam skala yang besar? A Berorientasikan eksport B Menjamin pasaran tempatan C Menggunakan tanah yang luas D Melibatkan tenaga buruh yang ramai 14. Apakah tujuan Land Settlement Order 1933 dikuatkuasakan oleh kerajaan Brooke di Sarawak? A Menjaga hak istimewa peribumi B Melindungi kepentingan pelabur British C Memudahkan urusan pentadbiran tanah D Memelihara kepentingan keluarga Brooke 15. Mengapakah tindakan British membina balai polis di Lubuk Terua menimbulkan kemarahan Dato’ Bahaman? A Pembinaan balai polis membazir B Kuasa beliau sebagai pembesar tercabar C Lubuk Terua tidak memerlukan balai polis D Melucut jawatan beliau sebagai Orang Kaya 16. Apakah persamaan faktor penentangan Dol Said dan Tok Janggut? A Kutipan cukai B Perundangan C Layanan buruk D Kehilangan jawatan 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 3 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 17. Mengapakah penduduk di Pasir Puteh, Kelantan sukar untuk membayar cukai? I Kadar cukai yang tinggi II Pejabat bayaran terletak jauh III Waktu operasi pejabat tidak sesuai IV Tidak memahami tujuan cukai dikenakan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18. Mengapakah gerakan kebangkitan masyarakat tempatan menentang kuasa British menemui kegagalan? A Kelemahan strategi B Hubungan British-Belanda C Rakyat tidak bersatu hati D Tidak mendapat sokongan 19. Mengapakah Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 – 1943) digelar “Bapa Kedah Moden”? A Melaksanakan pembangunan B Memelihara kedaulatan negeri C Mewujudkan perpaduan rakyat D Mengamalkan sistem birokrasi Barat 20. Gambar menunjukkan Sultan Muhammad II. Apakah faktor yang menyebabkan baginda diturunkan takhta negeri Terengganu? A Pemerintahan baginda kurang cekap B Menghalang dasar British di Terengganu C Terengganu enggan menerima Penasihat British D Penerimaan Penasihat British dianggap bertentangan dengan adat Melayu 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 4 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian London 1824. Tarikh 17 Mac 1824 Tempat London, England Pihak terlibat British dan Belanda Kandungan perjanjian Wilayah pengaruh, kewangan dan perdagangan (a) Nyatakan tiga kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Nyatakan tiga faktor yang membolehkan British menguasai Selat Melaka pada abad ke-19. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada Perjanjian London 1824. [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 5 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 2. Gambar berikut berkaitan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga dikenali sebagai Persekutuan 1896. (a) Jelaskan tiga ciri utama pentadbiran Persekutuan 1896. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Nyatakan tiga faktor British membentuk Persekutuan 1896. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Terangkan usaha yang dapat dilakukan oleh rakyat bagi memastikan kuasa Raja-raja Melayu tidak terhakis dalam Persekutuan 1896. [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 6 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Maklumat berikut berkaitan dengan pemantapan pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah. Pemantapan pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah Perundangan Pentadbiran berhierarki Pentadbiran berasaskan kaum X Y (a) Nyatakan usaha X dan Y. (i) X (ii) Y [2 markah] (b) Terangkan empat ciri utama dalam perkembangan perundangan di Sarawak. (i) (ii) (iii) (iv) [4 markah] (c) Jelaskan kepentingan rakyat mematuhi undang-undang negara. [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 7 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 4. Gambar berikut menunjukkan Durbar di Kuala Lumpur pada tahun 1903. (a) Nyatakan tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu kepada British dalam Durbar pada tahun 1903. (i) (ii) (iii) [3 markah] (b) Jelaskan tiga usaha pemerintah dan pembesar negeri Kedah mempertahankan hak dan identiti negeri selepas pengenalan Sistem Penasihat. (i) (ii) (iii) [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha mempertahankan identiti negara? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 8 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. 8. (a) Jelaskan penentangan Sharif Masahor di Sarawak dari aspek berikut: (i) Sebab penentangan [3 markah] (ii) Peristiwa penentangan [3 markah] (b) Terangkan peristiwa penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kesan jika rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang mendalam? [8 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 9 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 2. (a) Jelaskan peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berdasarkan faktor berikut: (i) Menghalang kemasukan kuasa Barat lain [3 markah] (ii) Kemakmuran dan kekayaan sumber hasil [3 markah] (b) Berdasarkan gambar berikut, terangkan rentetan peristiwa Perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian Bangkok 1909 Putera Devawongse Varaprakar [6 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 10 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (c) Pada pendapat anda, mengapakah British menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu Utara? [8 markah Untuk Kegunaan Pemeriksa 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 11 09/06/2023 11:05 AM
Sejarah Ting. 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 NAMA: ............................................................................................................................. KELAS: ........................................................................................................................... BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A ANSWER SHEET FOR SECTION A 1. A B C D 11. A B C D 2. A B C D 12. A B C D 3. A B C D 13. A B C D 4. A B C D 14. A B C D 5. A B C D 15. A B C D 6. A B C D 16. A B C D 7. A B C D 17. A B C D 8. A B C D 18. A B C D 9. A B C D 19. A B C D 10. A B C D 20. A B C D 01 Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 12 09/06/2023 11:05 AM
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTASMODEL 1 Bahagian A 1. A Sabah mengamalkan Sistem Kesukuan, Sistem Kesultanan dan Sistem Ketua Bebas. 2. A Bagi timbangan emas dan perak, pedagang menggunakan saga, mayam dan bungkal. 3. D Stamford Raffles telah memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau untuk membolehkan beliau menduduki Singapura. 4. B Majlis Perundangan ditubuhkan di Negerinegeri Selat untuk meluluskan undang-undang sendiri. 5. D Bijih timah dilombong di Jugra dan Lukut yang merupakan wilayah Kesultanan Selangor. 6. B Berdasarkan syarat Perjanjian Pangkor, British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak. 7. A Faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 ialah menyeragamkan pentadbiran dan mengatasi kelemahan Sistem Residen. 8. B Maharaja Abu Bakar bertanggungjawab mengukuhkan ekonomi dan memperkenalkan sistem pentadbiran moden di Johor. 9. B British perlu menguasai negeri-negeri Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk menghalang kemasukan kuasa Barat seperti Jerman, Perancis dan Rusia. 10. D Melalui Perjanjian Sulit 1897, British mengukuhkan hubungan dengan Siam dengan mengakui hak pertuanan Siam ke atas negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. 11. C Sistem pemerintahan Ketua Bebas dijalankan di kawasan yang kuasa Sultan Brunei dan Sulu agak lemah dan tidak berkesan. 12. A James Brooke membantu Pengiran Raja Muda Hashim menamatkan kebangkitan di Sarawak untuk menguasai Sarawak. 13. A Ekonomi moden memperlihatkan pengeluaran dalam skala besar yang berorientasikan eksport untuk memenuhi pemintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa. 14. A Land Settlement Order 1933 dikuatkuasakan oleh kerajaan Brooke di Sarawak untuk melindungi masyarakat peribumi. 15. B Dato’ Bahaman menentang British kerana hilang hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya mencabar kedudukannya sebagai pembesar Temerloh. 16. A Dol Said menentang bayaran cukai hasil tahunan 1/10 yang dikenakan oleh British terhadap Naning. Tok Janggut menentang peraturan cukai yang diperkenalkan oleh British pada 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah. 17. C Penduduk Pasir Puteh, Kelantan sukar untuk membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat tinggal mereka dan perlu dijelaskan semasa waktu pejabat. 18. A Gerakan kebangkitan masyarakat tempatan menentang British menemui kegagalan kerana kelemahan strategi. British mrnggunakan pelbagai strategi seperti kekuatan tentera, senjata moden, menggunakan istana dan tipu muslihat. 19. A Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 – 1943) digelar “Bapa Kedah Moden” kerana semasa pemerintahan baginda, Kedah melalui arus pembangunan dan pemodenan. 20. C Tindakan Sultan Muhammad II yang enggan menerima Penasihat British menimbulkan kemarahan British. Baginda turun takhta pada tahun 1920 dan digantikan dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Bahagian A 1. (a) (i) Alam Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh. (ii) Kesultanan Johor Riau mengalami perpecahan. (iii) Singapura menjadi tanah jajahan British. (iv) Berakhir Kesultanan Riau Lingga. (v) Pengisytiharan kedaulatan Pahang. (vi) Selat Melaka di bawah penguasaan British. (b) (i) British memiliki tiga pelabuhan strategik di sepanjang Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura selepas Perjanjian London 1824. (ii) British dapat menguasai perdagangan di Selat Melaka. JAWAPAN 07 Jawapan Skor A UASA Sejarah Tg3.indd 1 09/06/2023 11:43 AM