The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-06-20 21:57:40

Focus KSSR Sejarah thn 6

Focus KSSR Sejarah thn 6

PELANGI BESTSELLERReserved.

SEJARAH KSSRBhd. All Rights
TAHUN
6
Sdn
Semakan
Pelangi
Lee Sin Lian
PenerbitanAkashah Ismail

SEJARAH KSSR

Lee Sin Lian 6
Akashah Ismail
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights RTAeHsUeNrved.Semakan

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

ISBN: 978-967-0025-23-0
eISBN: 978-967-0025-24-7 (eBook)

Cetakan Pertama 2022

Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).

GARIS MASA

AGAMA DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai agama di Malaysia. Penyebaran agama berlaku melalui
peranan pemerintah, pedagang dan golongan agama.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kitab al - Quran Kitab Bible Kitab Tipitaka Kitab Veda

Pada tahun Produk Pertanian
1985, kempen
“Beli Barangan
Buatan Malaysia”
dilancarkan bagi
mempromosikan
barangan jenama
Malaysia.

ii

Kitab Sri Guru Granth SahibPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Ajaran KonfusiusKitab Tao

PENCAPAIAN EKONOMI MALAYSIA

Produk
Petroleum

Produk
Automobil

iii

Kandungan

1Unit Pembentukan Malaysia 1

1.1 Idea dan Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 2
1.2 Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia 4
1.3 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia 6
1.4 Kajian Dokumen 8
1.5 Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia 9
Peta Konsep 10
Praktis Sumatif 1 11
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2Unit Negeri-negeri di Malaysia 13

2.1 Nama Negeri-negeri di Malaysia 14
2.2 Ketua-ketua Negeri di Malaysia 16
2.3 Ibu Negeri dan Bandar Diraja 17
2.4 Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri 17
Peta Konsep 20
Praktis Sumatif 2 20

3Unit Rukun Negara 22

3.1 Latar Belakang Rukun Negara 23
3.2 Sebab-sebab Pengenalan Rukun Negara 23
3.3 Matlamat dan Prinsip Rukun Negara 24
3.4 Peranan Rukun Negara 27
Peta Konsep 28
Praktis Sumatif 3 28

iv

1Unit Negara Malaysia 1

Pembentukan Malaysia
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Unit
Kata Kunci

Tokoh
Referendum
Keselamatan
Keseimbangan
Kemerdekaan
Kesejahteraan
Sosioekonomi

Pembentukan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963. Pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pemimpin tempatan bagi mencapai pembentukan Malaysia. Tahukah anda tokoh-tokoh yang
terlibat dalam pembentukan Malaysia?

1

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

1.1 Idea dan Sebab-sebab Pembentukan Malaysia

1 1. Pemimpin tempatan dan pihak British mencadangkan idea awal pembentukan Malaysia
yang melibatkan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura
dan Brunei.
2. Cadangan awal pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Lord Brassey, Pengarah British
North Borneo Company (Syarikat Borneo Utara British) pada tahun 1887.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Lord Brassey(1887)

Mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Negeri-negeri
Melayu dan Negeri-negeri Selat digabungkan.

3. Pada tahun 1938, tokoh-tokoh tempatan seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Harun Aminurrashid
memperjuangkan idea penggabungan melalui konsep Melayu Raya.

4. Konsep Melayu Raya menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, seluruh Kalimantan,
Kepulauan Filipina dan Kepulauan Indonesia.

5. Pada tahun 1951, Gabenor Jeneral British di Asia Tenggara, iaitu Malcolm MacDonald turut
mencadangkan idea penggabungan ini.

Sir Malcom MacDonald (1951)

Mengadakan beberapa perbincangan dengan pemimpin
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura
berkaitan idea penggabungan wilayah tersebut.

6. Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman yang merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu telah memberikan idea penggabungan.

Tunku Abdul Rahman (1955)

Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
menyertai PersekutuanTanah Melayu.

7. Kebijaksanaan tokoh dan para pemimpin yang mencadangkan idea pembentukan Malaysia
wajar kita hargai.

Tokoh Kita Nilai Patriotisme

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul • Menghargai kegigihan para
Hamid Halim Shah merupakan Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu dari tahun 1955 dan Perdana Menteri pertama pemimpin.

sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga tahun 1970. • Mencontohi kebijaksanaan

2 para pemimpin.

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia 

Sebab-sebab Pembentukan Malaysia 1

1. Para pemimpin tempatan dan pihak British telah lama mengemukakan idea pembentukan
Malaysia.

2. Kemunculan idea pembentukan Malaysia disebabkan oleh cabaran dan keadaan pada ketika
itu.

3. Justeru, kita hendaklah menghargai jasa dan kebijaksanaan pemimpin yang mencetuskan
idea pembentukan Malaysia.

4. Antara sebab pembentukan Malaysia ialah:
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
UnitMenjamin keselamatan negara

• Singapura dan Sarawak sedang menghadapi ancaman

komunis pada masa itu.

• Ancaman komunis tersebut boleh menggugat

keselamatan Persekutuan Tanah Melayu.

• Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman

dalam usaha membanteras ancaman komunis.

• Justeru, ancaman komunis boleh dibendung melalui Pasukan keselamatan sedang bertugas
untuk membanteras ancaman komunis
pembentukan Malaysia.

Mencapai keseimbangan kaum Kepelbagaian masyarakat

• Penyertaan Singapura sahaja dalam Persekutuan Tanah
Melayu akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan
antara kaum.

• Bilangan penduduk mencapai keseimbangan antara
kaum apabila Persekutuan Tanah Melayu bergabung
dengan Sarawak, Sabah dan Brunei.

Mempercepatkan kemerdekaan Permuafakatan antara pemimpin

• Kemerdekaan Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura Pembangunan infrastruktur
dipercepatkan melalui pembentukan Malaysia.
3
• Permuafakatan dan sokongan daripada semua pihak
diperlukan bagi merealisasikan kemerdekaan.

Membangunkan sosioekonomi

• Pembentukan Malaysia akan mempercepatkan
pembangunan infrastruktur, sosial dan ekonomi.

• Taraf hidup rakyat dapat dinaiktaraf melalui
penggabungan Persekutuan Malaysia.

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

1.2 Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia

1 1. Para pemimpin telah mengambil beberapa langkah bagi menjayakan pembentukan
Malaysia.
2. Antara langkah yang dilakukan termasuklah mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat,
menubuhkan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM), menubuhkan Suruhanjaya
Cobbold, penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dan mengadakan referendum.
3. Pembentukan Malaysia telah memberi iktibar kepada kita. Kegemilangan dan kemakmuran
dicapai oleh negara kita apabila terdapat permuafakatan dan keprihatinan semua pihak.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Cadangan pembentukan • Tujuan penubuhan • Laporan reaksi tersebut
Malaysia diumumkan JSKM ialah meyakinkan diserahkan oleh Suruhanjaya
oleh Tunku Abdul pemimpin Sarawak Cobbold kepada kerajaan
Rahman di Hotel Adelphi, dan Sabah tentang British dan Persekutuan
Singapura. pembentukan Malaysia. Tanah Melayu.

• Dua pertiga penduduk
Sarawak dan Sabah
menyokong pembentukan
Malaysia.

27 Mei Julai 23 Julai 17 Januari 21 Jun

1961 1961 1961 1962 1962

• Siri lawatan ke Sarawak • Pembentukan
diadakan oleh Tunku Suruhanjaya Cobbold
Abdul Rahman. bertujuan mendapatkan
reaksi penduduk di
• Menerangkan idea Sarawak dan Sabah.
pembentukan Malaysia
kepada pemimpin
tempatan.

Nilai Patriotisme Anggota Suruhanjaya Cobbold

• Mencontohi semangat permuafakatan

pemimpin negara.

• Kesungguhan para pemimpin

merealisasikan pembentukan
Malaysia.

4

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia 

1

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Referendum SingapuraPerjanjian Malaysia ditandatangani di
UnitLondon pada 9 Julai 1963
Jom Aktiviti

Secara berkumpulan, kumpulkan aktiviti-aktiviti Dokumen Pemasyhuran Malaysia
yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Setia
Kawan Malaysia (JSKM).

PAK-21 Kerja Berkumpulan

• Mengadakan rundingan • United Nations Malaysia
antara Persekutuan Tanah Mission (UNMM) diwujudkan
Melayu dengan Singapura. oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB).
• Keputusan referendum
menunjukkan bahawa rakyat • Bertujuan mengesahkan
Singapura bersetuju dengan persetujuan penduduk
pembentukan Malaysia. Sarawak dan Sabah.

30 Ogos 1 September 9 Julai 12 Ogos 16 September
1962 1962 1963 1963 1963

• Mengadakan Mesyuarat • Perjanjian Malaysia • Pemasyhuran Malaysia
Jawatankuasa Antara Kerajaan ditandatangani di diadakan di Kuala Lumpur,
(JAK). Malbourough House, Kuching, Sarawak, Kota
London oleh wakil kerajaan Kinabalu, Sabah dan City
• Dianggotai oleh wakil British, British, Persekutuan Tanah Hall, Singapura.
Persekutuan Tanah Melayu, Melayu, Singapura, Sabah
Sarawak dan Sabah. dan Sarawak.

• JAK peranan menyediakan
rangka perlembagaan bagi
melindungi kepentingan
Sarawak dan Sabah dalam
Malaysia.

Info Sejarah Ahli Perwakilan Penilai
Bangsa-Bangsa Bersatu
Selain meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah tentang pembentukan
Malaysia, Suruhanjaya Cobbold juga dipertanggungjawabkan untuk menyusun
semula perlembagaan untuk dijadikan Perlembagaan Malaysia.

5

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

1.3 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia

1 1. Kejayaan pembentukan Malaysia hasil daripada permuafakatan yang wujud antara
pemimpin.
2. Kegigihan dan kerjasama semua pihak membawa kejayaan pembentukan Malaysia.
3. Setiap warganegara perlulah menghormati tokoh-tokoh pembentukan Malaysia.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.• Menjadi pemimpin United Malays National Organisation
(UMNO).

• Menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
• Mengetuai perwakilan Persekutuan Tanah Melayu dalam

Perjanjian Malaysia di London.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

• Menjadi pemimpin United Malays National Organisation
(UMNO).

• Menjadi Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
• Berperanan dalam Jawatankuasa Antara Kaum (JAK).

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein

• Menjadi pemimpin Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).
• Menganggotai Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM).
• Pada tahun 1963, beliau terlibat dalam menandatangani

Perjanjian Malaysia di London.

Tun Temenggung Jugah anak Barieng

• Menjadi pemimpin United Sabah National Organisation (USNO).
• Berperanan menjelaskan kepada penduduk Sabah mengenai

pembentukan Malaysia.

Tun Datu Mustapha Datu Harun

• Menjadi pemimpin People’s Action Party (PAP) di Singapura. Lee Kuan Yew
• Menyokong idea pembentukan Malaysia untuk menghalang

ideologi komunis di Singapura.

6

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia  1

• Menjadi pemimpin Sarawak National Party (SNAP).
• Berperanan dalam pembentukan Perikatan Sarawak bagi

menyokong usaha pembentukan Malaysia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
UnitTan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan

• Menjadi pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO).
• Menjayakan rancangan pembentukan Malaysia dengan

mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
(JSKM).

Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens)

• Menjadi pemimpin Parti Negara Sarawak (PANAS).
• Menyokong pembentukan Malaysia.
• Terlibat dalam menandatangani Perjanjian Malaysia di London

pada tahun 1963.

Datu Bandar Abang Haji Mustapha

• Menjadi pemimpin United Malays National Organisation (UMNO).
• Menganggotai Suruhanjaya Cobbold.
• Semasa bertugas sebagai Ketua Setiausaha tetap Kementerian

Luar, beliau berperanan penting dalam pembentukan Malaysia.

Tun Muhammad Ghazali Shafie

• Menjadi pemimpin Malayan Chinese Association (MCA).
• Menjadi wakil Persekutuan Tanah Melayu dalam Suruhanjaya

Cobbold.
• Berperanan menemu ramah dan meneliti memorandum penduduk

Sarawak dan Sabah mengenai pembentukan Malaysia.

Tan Sri Wong Pow Nee

• Menjadi pemimpin Malayan Indian Congress (MIC).
• Berperanan meneliti draf laporan Suruhanjaya Cobbold bersama-

sama Jawatankuasa Kabinet Persekutuan Tanah Melayu.

Tun V.T. Sambanthan

7

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

1.4 Kajian Dokumen

1 1. Dokumen Pemasyhuran Malaysia terdapat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi.
2. Pemasyhuran Malaysia ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
3. Menurut Pemasyhuran Malaysia, Persekutuan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
4. Pembentukan Malaysia telah berjaya mengekalkan kemakmuran negara hingga hari ini.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Dokumen Pemasyhuran Malaysia dalam Pemasyhuran Malaysia
bahasa Melayu bertulisan Jawi
Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, segala puji-pujian
Jom Aktiviti bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dan selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi
Muhammod dan bagi sekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
Murid dikehendaki membaca dokumen
tersebut dan jawab soalan berikut. Bahawasanya oleh kerana suatu perjanjian yang diperbuat pada sembilan hari bulan
• Apakah dokumen tersebut? Julai tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga antara Persekutuan Tanah Melayu,
• Siapakah yang mengisytiharkan United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura, maka telah dipersetujui bahawa
hendaklah disekutukan Negeri Sabah, Negeri Sarawak, dan Negeri Singapura dengan
dokumen tersebut? Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu,
PAK-21 Kajian dokumen Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Negeri
Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri Melaka dan bahawa persekutuan itu
hendaklah dinamakan “MALAYSIA”.

Dan bahawasanya oleh kerana pihak-pihak dalm perjanjian yang tersebut telah
bersetuju bahawa mulai daripada penubuhan Malaysia maka Negeri Sabah, Negeri
Sarawak dan Negeri Singapura hendaklah tamat daripada menjadi jajahan takluk Duli
Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tiada lagi
mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam ketiga-tiga buah negeri itu:

Dan bahawasanya oleh kerana telah dimasyhurkan suatu perlembagaan bagi
Malaysia yang akan menjadi kanun yang maktamad di dalamnya:

Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu diadakan syarat
bagi menjaga keselamatan hak-hak asasi dan kebebabasan sekalian rakyat dan bagi
menggalakkan keamanan dan kemesraan di dalam Malaysia sebagai kerajaan yang
mempunyai Raja yang berperlembagaan dan yang berdasarkan demokrasi cara
berparlimen.

Dan bahawasanya oleh kerana perlembagaan yang tersebut itu telah disahkan oleh
suatu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu dan
Parlimen United Kingdom maka telah berjalanlah kuat kuasa perlembagaan itu pada
enam belas hari bulan September tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga.

Maka dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH,
Perdana Menteri Malaysia dengan persetujuan dan perkenan ke bawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Terutama Yang di-Pertuan
Negara Singapura, Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah dan Yang Terutama
Gabenor Negeri Sarawak dengan ini MENGISYTIHAR dan MEMASYHURKAN bagi
pihak umat Malaysia bahawa mulai dariapda enam belas hari bulan September tahun
seribu sembilan ratus enam puluh tiga bersamaan dengan dua puluh lapan hari bulan
Rabiulakhir tahun Hijrah seribu tiga ratus lapan puluh tiga, Malaysia yang mengandungi
Negeri Pahang, Negeri Terenggaru, Negeri Kedah, Negeri Johor, Negeri Sembilan, Negeri
Kelantan, Negeri Selangor, Negeri Perak, Negeri Perlis, Negeri Pulau Pinang, Negeri
Melaka, Negeri Singapura, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dengan izin dan kehendak
Allah Rabbul Alamin akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka lagi
berdaulat serta berasaskan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta
memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan di antara
segara bangsa di diunia ini.

Transliterasi Pemasyhuran Malaysia dalam tulisan Rumi
Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 6

8

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia 

Negeri-negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia 1

1. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura telah membentuk
Malaysia pada 16 September 1963.

2. Kemakmuran negara kekal sehingga hari ini hasil daripada pembentukan Malaysia.
3. Rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia pada setiap 16 September sebagai tanda syukur

dan bangga atas permuafakatan serta perpaduan rakyat Malaysia.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
UnitPETUNJUK:U

Negeri yang menyertai
Malaysia 1963

LAUT CHINA SELATAN

Persekutuan Sabah
Tanah
Melayu Sarawak

Singapura

1.5 Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia

1. Pelbagai cabaran yang dihadapi semasa proses pembentukan Malaysia.
2. Cabaran bermula dengan usaha untuk menjelaskan matlamat pembentukan Malaysia.
3. Malaysia turut menghadapi penentangan daripada negara Indonesia dan Filipina. Namun,

para pemimpin telah menggunakan kebijaksanaan untuk menangani cabaran tersebut.

• Tunku Abdul Rahman dan pemimpin negara
tidak berputus asa meyakinkan masyarakat
mengenai tujuan pembentukan Malaysia.

Mengadakan Mesyuarat Ketiga JSKM • Sarawak United People’s Party (SUPP)
menolak pembentukan Malaysia.

• SUPP mahu membentuk sebuah persekutuan
sendiri yang terdiri daripada Sarawak, Borneo
Utara dan Brunei.

9

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

Unit • Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia
dari tahun 1963 hingga tahun 1966.

1 • Indonesia menganggap pembentukan Malaysia mengancam
kedudukan negaranya.

• Filipina pula mendakwa Sabah menjadi sebahagian daripada
wilayahnya.

Keratan akhbar berkaitan
dengan konfrontasi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
4. Hubungan tegang Malaysia dengan Indonesia dan Filipina semakin pulih apabila para
pemimpin mengadakan permuafakatan.

5. Setelah melalui pelbagai cabaran, akhirnya pembentukan Malaysia dicapai pada 16
September 1963.

Peta Konsep

Pembentukan Malaysia

Idea daripada tokoh British dan tempatan
• Pemimpin tempatan dan tokoh British mencadangkan idea pembentukan Malaysia.

Langkah ke arah pembentukan Malaysia

• Mengadakan lawatan ke negeri yang terlibat. • Mengadakan referendum.

• Penubuhan JSKM. • Pemasyhuran Malaysia pada

• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold. 16 September 1963.

• Penubuhan JAK.

Tokoh dan negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia

• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj • Datu Bandar Abang Haji Mustapha

• Tun Abdul Razak Hussein • Tun Muhammad Ghazali Shafie

• Tun Temenggung Jugah anak Barieng • Tan Sri Wong Pow Nee

• Tun Datu Mustapha Datu Harun • Tun V.T. Sambanthan

• Lee Kuan Yew • Persekutuan Tanah Melayu,

• Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Sarawak, Sabah dan Singapura.

• Donald Stephens (Tun Muhammad Fuad Stephens)

Cabaran ke arah pembentukan Malaysia

• Sarawak United People’s Party (SUPP) menolak rancangan pembentukan Malaysia.
• Indonesia mengisytiharkan konfrontasi.
• Filipina mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya.

10

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia  1

Praktis Sumatif 1

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Soalan Objektif
Unit
1. Pada tahun 1887, Lord Brassey, Pengarah 7. Gambar berikut merupakan tokoh yang
terlibat dalam pembentukan Malaysia.
SBUB, mencadangkan penggabungan

Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan

_________________.

A Brunei C Kalimantan

B Singapura D Negeri-negeri Selat

2. Apakah yang menyebabkan keselamatan
Persekutuan Tanah Melayu tergugat?
A Ancaman komunis Tun Muhammad Ghazali Shafie
B Penentangan British
C Penutupan sempadan Apakah peranan tokoh tersebut?
D Persaingan perdagangan A Menyokong idea pembentukan
B Menggubal perlembagaan baharu
3. Apakah faedah yang diperoleh Sarawak, C Menganggotai Suruhanjaya Cobbold
Sabah dan Singapura melalui pembentukan D Menghadapi bantahan daripada
Malaysia? Indonesia
A Perlindungan British
B Kemajuan pelabuhan 8. Siapakah yang menandatangani dokumen
C Mempercepat kemerdekaan Pemasyhuran Malaysia?
D Pengiktirafan negeri berdaulat A Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
B Tun Temenggung Jugah anak Barieng
4. Di manakah Tunku Abdul Rahman C Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong
mengumumkan idea pembentukan Malaysia Ningkan
pada tahun 1961? D Datu Bandar Abang Haji Mustapha
A Padang Banda Hilir, Melaka
B Hotel Adelphi, Singapura 9. Bagaimanakah Indonesia melancarkan
C Kota Kinabalu, Sabah penentangan terhadap pembentukan
D Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Malaysia?
A Mengadakan rundingan
5. Apakah peranan Jawatankuasa Setia Kawan B Mengisytiharkan konfrontasi
Malaysia (JSKM) dalam pembentukan C Membuat tuntutan ke atas Sabah
Malaysia? D Melancarkan peperangan terbuka
A Menyusun perlembagaan baharu
B Mengeratkan perpaduan penduduk 10. Mengapakah Filipina menentang
C Meninjau reaksi penduduk Sarawak
D Meyakinkan pemimpin Sarawak dan pembentukan Malaysia?
Sabah
A Mendakwa Sabah milik Filipina
6. Antara berikut, pihak yang manakah
bertanggungjawab menyediakan laporan B Bimbang kedaulatan negara terjejas
tentang reaksi penduduk Sarawak dan Sabah?
A Kerajaan British C Memperkenalkan Konsep Filipina Raya
B Suruhanjaya Cobbold
C Jawatankuasa Antara Kerajaan D Ingin mendapatkan kemerdekaan sendiri
D Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia

11

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 1  Pembentukan Malaysia

Unit Soalan Subjektif
1. Nyatakan sebab pembentukan Malaysia.
(a)
1

(d)Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. (b)

Sebab pembentukan
Malaysia

(c)

2. Jawab soalan berikut.
(a) Nyatakan dua cabaran proses pembentukan Malaysia.
(i)
(ii)

(b) Bagaimanakah cara kita menghargai usaha pemimpin negara yang menyelesaikan cabaran
pembentukan Malaysia?






(c) Nyatakan nilai-nilai murni yang menjadi asas kekuatan perjuangan para pemimpin.





12

2Unit Negara Malaysia

Negeri-negeri di Malaysia

2

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.PerlisKelantan
UnitTerengganu
Kedah
Pulau Pinang

Perak

Selangor Pahang
Johor
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Negeri Sembilan

Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Melaka

Kata Kunci Sabah

Identiti Wilayah Persekutuan
Catatan Labuan
Sumber
Gelaran Sarawak
Asal usul
Lambang
Keunikan

Malaysia merangkumi 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Tahukah anda setiap negeri
mempunyai asal usul tersendiri? Bagaimanakah bendera, lagu dan jata negeri berkenaan?

13

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia

2.1 Nama Negeri-negeri di MalaysiaPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

1. Nama pada setiap negeri mempunyai asal usul yang tersendiri.
2. Pelbagai sumber yang mencatatkan asal usul nama negeri di Malaysia sama ada bertulis

atau lisan.

Perlis

2 • Berasal daripada perkataan Siam “prow-lowy” yang bermaksud

“kelapa hanyut”.
• Dikatakan berasal daripada “peroleh” yang dikaitkan dengan

peristiwa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang mengurniakan
mandat kepada Raja Syed Hussin Jamalullail kerana membantu Perlis
menentang Siam.

Kedah

• Berasal daripada perkataan “Kheddah” yang bermaksud perangkap
gajah.

• Terdapat pendapat yang mengatakan nama Kedah berasal daripada
perkataan Arab “Qadah” yang bermaksud cawan atau gelas berkaki
yang kerap dijual oleh pedagang Arab di Alam Melayu.

• Kedah juga dicatat sebagai “kadaram” atau “kalagam” dalam tulisan
Tamil.

Pulau Pinang

• Pulo Ka Satu merupakan nama asal Pulau Pinang.
• Orang Melayu dari Kedah memanggil Tanjong Penaga kerana

terdapat banyak pokok penaga di pulau tersebut.
• Dikaitkan dengan buah pinang yang merupakan bahan dagangan

yang penting.

Perak

• Dikatakan bersempena dengan “kilatan ikan di dalam air” yang
berkilau seperti perak.

• Mengaitkan nama Perak dengan warna bijih timah putih berkilat yang
banyak terdapat di negeri itu.

Johor

• Berasal daripada perkataan Arab, “Jauhar” yang bermaksud batu
permata yang bernilai.

• Nama Johor juga disebut sebagai Ujong Tanah dalam naskhah
Sulalatus Salatin.

14

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia  2

Selangor

• Bersempena dengan pokok mentagau yang banyak terdapat di
kuala sungai pada masa itu.

• Pedagang menyebut kuala selangau ketika singgah di kuala
sungai. Akhirnya menjadi “Kuala Selangor”.

• Dikaitkan dengan sejenis serangga, iaitu selangur (sangur) yang
banyak terdapat di sungai pada masa itu.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
UnitNegeri Sembilan

• Gabungan sembilan buah luak membentuk nama Negeri Sembilan.
• Pada tahun 1773 telah membentuk luak asal, iaitu Sungai Ujong,

Jelebu, Rembau, Johol, Jelai, Ulu Pahang, Naning, Segamat dan
Klang.
• Berasal daripada perkataan “nagari” (negeri) dalam dialek
Minangkabau yang bermaksud wilayah.

Melaka

• Menurut catatan Arab, Melaka disebut “Malakat” bermaksud
perhimpunan para pedagang.

• Bersempena nama pokok tempat Parameswara berehat.
• Parameswara menyaksikan kejadian pelanduk putih kecil

menendang anjing pemburuannya.

Pahang

• Bersempena dengan nama pokok mahang.
• Nama Pahang dikenali sebagai Inderapura atau Pura dalam

Sulalatus Salatin.
• Pura bermaksud bandar atau pekan.

Terengganu

• Berasal daripada sebutan “taring anu”, iaitu taring besar seperti
gading gajah atau binatang liar lain yang dijumpai di Pulau Duyong.

• Bersempena dengan perkataan “terangnya ganu” yang dikaitkan
dengan pelangi.

Jom Aktiviti INFO

Buat kajian ringkas mengenai asal usul nama tempat tinggal anda. Asal usul
PAK-21 Perbincangan bebas Terengganu

15

Unit   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia

Kelantan

• Berasal daripada perkataan “kilatan”, iaitu cahaya terang yang
dilihat oleh masyarakat Melayu Patani.

• Sebutan perkataan “kilatan“ itu lama-kelamaan menjadi Kelantan.
• Bersempena dengan nama pokok “gelam hutan” atau “kelam

hutan” yang ditemukan di pesisir pantai negeri Kelantan suatu

2 masa dahulu.

Sarawak

• Dikaitkan dengan Sungai Serak.
• Lama kelamaan nama ini berubah menjadi Sungai Sarawak.
• Bersempena dengan sejenis galian bijih yang disebut Sarawak.
• Nama Sarawak diambil daripada panggilan Portugis yang dikaitkan

dengan “cerava”, iaitu sejenis logam antimoni.

Sabah

• Dikaitkan dengan “pisang saba”.
• Pisang saba banyak ditanam di pantai barat Sabah sebagai

sumber makanan.
• Pada tahun 1877, nama Sabah tercatat dalam dokumen sejarah

bertajuk “Maharajah di Sabah”.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2.2 Ketua-ketua Negeri di Malaysia

1. Setiap negeri di Malaysia diketuai oleh ketua negeri.
2. Ketua negeri merupakan tonggak utama pemerintahan negeri berkenaan.
3. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menumpukan taat setia kepada ketua negeri.

Sultan atau Raja DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
• Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, bersama DYMM Tuanku Tengku Fauziah

Terengganu dan Kelantan menggunakan binti Almarhum Tengku Abdul
gelaran sultan.
• Perlis pula menggunakan gelaran raja.

16

Yang di-Pertuan Besar   Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia  2

• Hanya Negeri Sembilan yang Yang di-Pertua Negeri
menggunakan gelaran Yang di-Pertuan
Besar. • Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan
Sabah menggunakan gelaran Yang
di-Pertua Negeri.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.2.3 Ibu Negeri dan Bandar Diraja
Unit
1. Setiap negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri tersendiri. Setiap ibu negeri mempunyai
pusat pentadbiran.

2. Pembangunan pentadbiran, kemudahan asas, institusi pendidikan dan tumpuan pekerjaan
menyebabkan ibu negeri berkembang dengan pesat.

3. Terdapat beberapa buah negeri yang mempunyai bandar diraja. Bandar diraja mempunyai
warisan sejarah seperti istana, bangunan pembesar, kedai lama, muzium dan galeri serta
monumen.

4. Kita hendaklah mengetahui dan mengenali ibu negeri dan bandar diraja di negara kita.

KANGAR Arau Petunjuk: U
Anak Bukit Ibu negeri
ALOR SETAR KOTA BHARU Bandar diraja
KUALA TERENGGANU
GEORGE TOWN
Kuala KOTA
KINABALU
Kangsar

IPOH

KUANTAN Laut China Selatan

SHAH ALAM Pekan

Klang Seri Menanti

SEREMBAN Bandar
BANDAR Maharani
MELAKA
JOHOR
BAHRU

KUCHING

Peta menunjukkan ibu negeri dan bandar diraja

2.4 Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri

1. Setiap negeri di Malaysia mempunyai bendera, lagu dan jata tersendiri.
2. Lambang pada setiap negeri membentuk identiti negeri masing-masing.
3. Mengetahui dan mengenali bendera, lagu dan jata setiap negeri menjadikan kita sayang

akan negeri.
4. Justeru, kita hendaklah menghormati identiti negeri masing-masing yang menjadi lambang

kemegahan negeri.

17

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia

Bendera Lagu Jata

Unit Selamat Sultan SELANGOR

2 Terengganu

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.PerlisAamiin-Aaminn
Selangor
Negeri Sembilan Duli Yang Maha
Mulia
Johor
Berkatlah Yang
di-Pertuan Besar

Lagu Bangsa
Johor

Kelantan Selamat Sultan
Perak
Allah Lanjutkan
Usia Sultan

18

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia 

Bendera Lagu Jata
Kedah
Pahang Allah Selamatkan 2
Sabah Sultan Mahkota
Sarawak
MelakaPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Allah Selamatkan
UnitSultan Kami

Sabah Tanah Airku

Ibu Pertiwiku

Melaka Maju Jaya

Untuk Negeri Kita

Pulau Pinang

Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Kuala Lumpur Labuan

Wilayah Persekutuan
Putrajaya

19

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia

Peta Konsep

Negeri-negeri di Malaysia

Unit

Nama negeri-negeri Ketua negeri Ibu negeri dan bandar Bendera, lagu dan
• Sultan atau raja diraja jata
2 Mempunyai 13 buah • Yang di-Pertuan
negeri dan Wilayah • Setiap negeri Sebagai identiti
Persekutuan. Besar mempunyai ibu negeri. negeri masing-
• Yang di-Pertuan masing.
• Beberapa buah negeri
Negeri mempunyai bandar
diraja.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Praktis Sumatif 2

Soalan Objektif

1. Maklumat berikut berkaitan dengan asal usul 4. Apakah gelaran ketua negeri bagi Negeri
nama negeri. Sembilan?
A Raja
Cawan atau gelas berkaki yang dijual oleh B Sultan
pedagang Arab di Alam Melayu. C Yang di-Pertua Negeri
D Yang di-Pertuan Besar
Apakah negeri yang dikaitkan dengan asal

usul tersebut? 5. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bandar

A Johor C Selangor diraja?

B Kedah D Terengganu I Mempunyai pusat pentadbiran

2. Apakah perkara yang dikaitkan dengan asal II Mempunyai pusat perdagangan

usul negeri Sabah? III Mempunyai warisan sejarah

A Ikan C Pisang saba IV Mempunyai monumen

B Pokok mahang D Sungai Serak A I dan II C II dan III

3. Antara berikut, negeri yang manakah B I dan IV D III dan IV
menggunakan gelaran Yang di-Pertua Negeri?
I Perlis 6. Di manakah terletaknya ibu negeri Perak?
II Johor
III Melaka A Ipoh C Teluk Intan
IV Sarawak
A I dan II B Lumut D Kuala Kangsar
B I dan IV
C II dan III 7. Apakah lagu negeri Sarawak?
D III dan IV A Ibu Pertiwiku
B Selamat Sultan
C Aamiin-Aamiin
D Sabah Tanah Airku

20

  Sejarah KSSR  Tahun 6  Unit 2  Negeri-negeri di Malaysia 

Soalan Subjektif
1. Namakan negeri yang mempunyai kaitan dengan gambar berikut.

2

  (a)   (b)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Unit
  (c)   (d)
2. Kenali bendera-bendera berikut dan namakan negerinya.

  (a)   (b)

  (c)   (d)

  (e)   (f)

21

4Unit Kaum di Malaysia 30

4.1 Kepelbagaian Kaum di Malaysia 31
4.2 Petempatan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Malaysia Dahulu dan Kini 34
4.3 Alat Muzik dan Tarian Tradisional dalam Masyarakat Malaysia 35
4.4 Permainan Tradisional Masyarakat Malaysia 40
4.5 Cerita Rakyat Berunsur Tempatan dalam Masyarakat Malaysia 43
Peta Konsep 44
Praktis Sumatif 4 44
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
5Unit Agama dan Kepercayaan 46

5.1 Agama dan Kepercayaan di Malaysia 47
5.2 Agama Islam dalam Perlembagaan 51
5.3 Kedudukan Agama Lain dalam Perlembagaan 51
5.4 Rumah Ibadat di Malaysia 52
Peta Konsep 54
Praktis Sumatif 5 55

6Unit Perayaan Masyarakat di Malaysia 57

6.1 Perayaan Utama Masyarakat di Malaysia 58
6.2 Tujuan Perayaan Masyarakat di Malaysia 61
6.3 Cara Sambutan Perayaan Dahulu dan Kini 61
Peta Konsep 63
Praktis Sumatif 6 64

7Unit Pemimpin Negara Malaysia 66

7.1 Kenali Perdana Menteri Kita 67
7.2 Perdana Menteri Kebangaan Negara 67
7.3 Tugas-tugas Perdana Menteri 70
7.4 Pencapaian Negara di Bawah Kepimpinan Perdana Menteri 71
Peta Konsep 73
Praktis Sumatif 7 73

v

8Unit Kemajuan Ekonomi Malaysia 75

8.1 Perkembangan Awal Ekonomi Malaysia 76

8.2 Kegiatan Ekonomi Pemacu Kemajuan Negara 77

8.3 Pencapaian Ekonomi Malaysia 81
Peta Konsep 82
Praktis Sumatif 8 83

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
9Unit Sukan Kebanggaan Malaysia 85

9.1 Pencapaian Sukan Kebanggaan Malaysia 86
9.2 Sukan Alat Perpaduan dan Keharmonian Kaum 91
9.3 Sukan Antarabangsa di Malaysia 92
9.4 Tokoh Inspirasi Sukan Negara 94
Peta Konsep 96
Praktis Sumatif 9 97

10Unit Malaysia dan Dunia 99

10.1 Malaysia dalam Pertubuhan Serantau dan Antarabangsa 100
10.2 Malaysia dan Association of Southeast Asian Nations 101
10.3 Malaysia dan Komanwel 103
10.4 Malaysia dan Pertubuhan Kerjasama Islam 105
10.5 Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 106
Peta Konsep 108
Praktis Sumatif 10 109

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 111
JAWAPAN 118

vi

KSSR CRC296062 FOCUS KSSR

6

Semakan
SEJARAH Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.TAHUN

REVISI üInfo Sejarah FOCUS KSSR Tahun 6 – siri rujukan yang
üPeta Konsep lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa
üGaris Masa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara
üKata Kunci menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum
üInduksi Bab Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu
serta diolah berdasarkan buku teks. Pastinya satu
PENGUKUHAN & SEJARAH
PENTAKSIRAN sumber yang hebat bagi setiap murid!

üPraktis Sumatif üJawapan Lengkap REVISI
üKertas Pentaksiran PENGUKUHAN
PENTAKSIRAN
CIRI-CIRI EKSTRA
EKSTRA
üTokoh Kita üNilai Patriotisme
üJom Aktiviti üPAK-21

JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: TAHUN 6

• Bahasa Melayu Tahun 4,5,6 • Sains Tahun 5 • Matematik Tahun 6
• Tatabahasa Tahun 4,5,6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 4
Beli eBook • English Year 4,5,6 • Matematik Tahun 4 • Sejarah Tahun 5
di sini! • Sains Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Sejarah Tahun 6

KSSR

W.M: RM?13?.?9?5 / E.M: RM1??3.?9?5

CRC296062
ISBN: 978-967-0025-23-0

PELANGI


Click to View FlipBook Version