SB – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kata Makna Ayat Contoh alamat • tanda • butir-butir keterangan • Cuaca mendung alamat hujan akan turun. • Aleeya menulis alamat rumahnya pada sehelai kertas. dingin • tidak panas; sejuk • tidak meriah • Udara pagi di atas bukit ini sangat dingin. • Program itu mendapat sambutan yang dingin daripada murid-murid. melepaskan • membebaskan • menyerahkan sesuatu yang disandang • Halim melepaskan burung-burung yang terkurung di dalam sangkar itu. • Puan Lim melepaskan jawatannya setelah didesak oleh suaminya. gugur • jatuh • tewas dalam pertempuran • Ayah mengutip buah-buah durian yang gugur pagi tadi. • Beberapa oang perajurit telah gugur di medan perang. besar • tidak kecil • berpengaruh; berkuasa; ketua • banyak • Rumah Dato’ Musa sangat besar dan cantik. • Barisan kerusi yang paling hadapan di dewan itu dikhaskan untuk orang-orang besar. • Projek jambatan baharu itu menelan belanja yang agak besar. dalam • bahagian atau ruang di balik bahagian yang di luar • tidak cetek • luas (pengetahuan) • Guru-guru itu sedang berbincang di dalam bilik guru. • Sungai di belakang rumahnya sangat dalam. • Doktor Aiman mempunyai pengetahuan yang dalam tentang penyakit ini. menyambut • menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan • menerima kedatangan tetamu • menerima perkhabaran atau cadangan • Ammar menyambut hadiah yang diberikan oleh rakannya. • Encik Ramlan menyambut kedatangan pak ciknya dengan mesra. • Pengurus itu menyambut baik cadangan kami. Kata Banyak Makna SUDUTBAHASA
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SB –2 Kata dan Makna Ayat Contoh 1. menghirup – menyedut dan menelan benda cair 2. menghisap – memasukkan sesuatu ke dalam mulut dengan tarikan udara 3. meneguk – menelan sesuatu benda cair 4. menjilat – merasa atau mengambil makanan dengan lidah 1. Ayah dan kawannya berbual-bual di beranda rumah sambil menghirup air kopi panas. 2. Seekor rama-rama sedang menghisap madu bunga itu. 3. Danish duduk di bangku lalu meneguk air sirap yang dibeli oleh ibunya. 4. Kucing itu menjilat air susu yang diletakkan oleh Suzi ke dalam piring itu. 5. menganyam – menyusun sesuatu agar bersilang-silang 6. menenun – membuat kain daripada benang 7. menyulam – menjahit perhiasan pada kain (menekat) 8. memilin – memintal tali 5. Kakak membantu nenek menganyam tikar mengkuang. 6. Puan Suriwati mengajarkan cara-cara menenun kain songket kepada anaknya. 7. Baju kurung ini bertambah cantik setelah Maya menyulam corak bunga di bahagian bawah baju. 8. Mereka memilin sabut kelapa itu untuk membuat tali. 9. menyimbah – menyiram dengan air sehingga basah 10. merenjis – memercikkan air pada sesuatu 11. menyiram – menjirus pada sesuatu dengan air 12. merendam – menaruh sesuatu di dalam air untuk beberapa lama 9. Kakak menyimbah lantai yang berlumpur itu dengan sebaldi air. 10. Puan Azlina dan suaminya merenjis pengantin dengan air mawar. 11. Setiap pagi, Azhar menyiram tanaman di kebunnya. 12. Puan Devi merendam pakaian sekolah anak-anaknya yang kotor itu. Kata Hampir Sama Makna
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian A 10 Tatabahasa Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Puan Salma pergi ke untuk membeli barangan keperluan harian. A balai raya B jalan raya C pasar raya D lebuh raya 2. Pak Cik Hamdi bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk keluarganya. A menyara B membina C mengurus D mengawal Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Adik ketakutan lalu menjerit sekuat-kuat hatinya. B Datuk menjolok dengan sebatang kayu buah mangga itu. C Encik Sunil telah membelikan anaknya sebuah basikal baru. D Baju kurung yang dipakai oleh kakak kelihatan amat sesak. TEMA 1 Skor 50 Tarikh: 1 Kekeluargaan UASA Ujian
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, Azri dan keluarganya pulang ke kampung mereka di Perak. Kepulangan mereka disambut oleh datuk dan nenek dengan gembiranya. Mereka mengambil keputusan untuk pulang lebih awal kerana mahu membuat pelbagai persiapan sebelum menjelangnya hari raya. Selain itu, mereka mahu mengelakkan masalah kesesakan jalan raya yang teruk. Sehari sebelum menjelangnya 1 Syawal, Azri membantu ibu dan kakaknya menganyam ketupat. Selain itu, dia juga membantu abangnya membakar lemang di belakang rumah. Azri berasa amat gembira kerana seluruh anggota keluarganya tolong-menolong bagai aur dengan tebing. Kemeriahan amat dirasai terutamanya pada pagi hari raya. Azri dan ahli keluarganya bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan sesama mereka. 4. Bilakah Azri dan keluarganya pulang ke kampung? A Pada pagi hari raya B Menjelang 1 Syawal C Sehari sebelum hari raya D Tiga hari sebelum hari raya 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Azri merupakan anak sulung dalam keluarganya. B Datuk dan nenek Azri telah lama meninggal dunia. C Keluarga Azri saling membantu ketika melakukan kerja. D Azri dan abangnya membakar lemang tiga hari sebelum hari raya. 6. Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh Azri sebelum tibanya hari raya kecuali A bermaaf-maafan. B membakar lemang. C menganyam ketupat. D pulang ke kampung.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Pakej Hari Keluarga (3 Hari 2 Malam) Pakej termasuk: • penginapan • makan (sarapan, makan tengah hari, makan malam) • sukaneka (10 jenis permainan) • kemudahan rekreasi • karaoke Harga: • RM200.00 (dewasa) • RM100.00 (kanak-kanak) BAHAN 2 Sufian amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Ibu bapa dan adik-beradiknya amat penyayang dan bertanggungjawab. Selain itu, hubungan keluarga Sufian dengan saudara-mara mereka juga kekal erat. Walaupun tinggal berjauhan, hubungan mereka tidak pernah terputus. Pada hujung tahun lalu, keluarga Sufian dan saudara-mara mereka mengadakan Majlis Hari Keluarga di Teratak Bonda, Kuantan. Jumlah anggota keluarga Sufian yang menyertai majlis tersebut ialah kira-kira 98 orang. Mereka menyewa calet di tepi laut selama tiga hari dua malam. Sepanjang program itu berlangsung, pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik telah diadakan seperti sukaneka, senamrobik, dan permainan mencari harta karun.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 7. Hubungan keluarga Sufian dengan saudara-mara mereka A agak jauh. B kekal erat. C sangat penyayang. D bertanggungjawab. 8. Mereka menyewa calet di tepi laut selama tiga hari dua malam. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A helai. B buah. C batang. D rumpun. 9. Perkataan rekreasi dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A riadah. B fizikal. C aktiviti. D permainan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Saudara-mara Sufian tinggal berdekatan antara satu dengan yang lain. B Penyewa tidak dibenarkan menjalankan aktiviti rekreasi di Teratak Bonda. C Hampir 100 orang anggota keluarga Sufian menyertai Majlis Hari Keluarga. D Pakej Hari Keluarga di Teratak Bonda tidak mengenakan bayaran kepada kanak-kanak. Bahagian B 10 Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Puan Rosnah mengetuk pintu bilik sambil memanggil nama anaknya berkali-kali. Setelah pintu bilik itu dibuka, beliau terkejut apabila melihat keadaan anak tunggalnya itu yang masih belum bersiap untuk pergi ke sekolah. Waktu itu, jam sudah menunjukkan pukul 7:00 pagi. “Saya tidak sihat, ibu,” kata Umar dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar. Puan Rosnah segera memeriksa keadaan anaknya itu. Beliau agak cemas apabila mendapati badan anaknya sangat panas dan dipenuhi bintik-bintik merah. Tanpa berlengah, beliau segera membawa anaknya itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1. (a) Umar ialah anak tunggal . [1 markah] (b) Mengapakah Puan Rosnah berasa cemas? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Tanpa berlengah, beliau segera membawa anaknya itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Saya tidak sihat, ibu,” kata Umar dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar. Dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar, Umar memberitahu ibunya bahawa dia tidak sihat. Dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar, Umar memberitahu ibunya tidak sihat. [1 markah] Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ibu bapa kamu mengajak kamu pulang ke kampung untuk menziarahi bapa saudara kamu yang sedang sakit tenat. Namun begitu, kamu banyak mempunyai kerja sekolah yang perlu disiapkan. Kamu bimbang jika kamu pulang ke kampung, kerja sekolah itu mungkin tidak dapat disiapkan. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah]
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Bahagian C 10 Penulisan Perenggan Gambar di bawah ini menunjukkan suasana percutian sebuah keluarga. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan bercuti bersama-sama keluarga. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. [10 markah]
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian D 20 Penulisan Karangan Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga Saling menghormati dan bertimbang rasa sesama anggota keluarga Ibu bapa memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak Memastikan kesihatan dan keselamatan keluarga Cara-cara Membentuk Keluarga Bahagia 1. Tulis karangan syarahan berdasarkan gambar di atas. ATAU 2. Tulis karangan fakta berdasarkan gambar di atas.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 1 Ujian 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 [20 markah]
33 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Anggota polis trafik bertugas menjaga keselamatan pengguna jalan raya. A oleh B untuk C dengan D tentang 2. Pada setiap hari Ahad, ayah menemani ibu berbelanja di pasar raya. A akan B oleh C sudah D sedang Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A “Sila tolong berhati-hati semasa menunggang basikal,” kata ayah. B Encik Kamal membawa anaknya ke hospital untuk mencari rawatan. C Puan Normah membeli sebentuk anting-anting untuk anak kesayangannya. D Pelancong itu memuji sikap rakyat Malaysia yang mementingkan perpaduan. TEMA 1 _ TEMA 4 Skor 50 Tarikh: Ujian Pertengahan Sesi 5 Akademik (UPSA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 5 Ujian 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 34 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Musa senang hati apabila diajak oleh ayahnya pergi ke Sungai Serai pada pagi itu. Dia sudah lama teringin hendak mengikut ayahnya memancing ikan di sungai yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Musa dan ayahnya pergi ke sana dengan menaiki motosikal. Ibu Musa mengingatkan Musa agar sentiasa berwaspada dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mengancam keselamatannya semasa memancing di tepi sungai. Sebelum pergi ke sungai, Musa membantu ayahnya mencari cacing tanah untuk dijadikan umpan. Setelah itu, mereka pun memulakan perjalanan dengan menaiki motosikal. Ayah Musa menunggang motosikal dengan berhati-hati kerana jalan menuju ke sungai itu sempit dan berlopak-lopak. Musa memeluk badan ayahnya erat-erat. Setelah tiba di tebing sungai, mereka pun memancing ikan sambil berbual-bual mesra. 4. Apakah nasihat ibu Musa kepada anaknya itu? A Membantu ayahnya memancing ikan B Tidak melakukan aktviti yang berbahaya C Membawa motosikal dengan berhati-hati D Menyediakan kelengkapan untuk memancing ikan 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Hubungan Musa dengan ayahnya sangat mesra. B Sungai Serai terletak agak jauh dari rumah Musa. C Musa berat hati hendak mengikut ayahnya ke sungai. D Musa dan ayahnya pergi ke sungai dengan menaiki kereta. 6. Berikut ialah aktiviti yang dilakukan oleh Musa kecuali A memancing ikan. B mencari cacing tanah. C menunggang motosikal. D bersembang dengan ayahnya.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 5 Ujian 5 35 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Nazir: Hai, Halim, Farid! Rancak sungguh kalian berbual. Boleh saya duduk bersama-sama kalian? Halim: Boleh, Nazir. Silakan. Sebenarnya, kami sedang berbual tentang pengumuman yang baru disampaikan oleh guru kita tentang Minggu Kebersihan dan Kesihatan. Farid: Kami teruja untuk menyertai Bengkel Gaya Hidup Sihat yang akan diadakan dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan Daerah. Saya mahu mempelajari cara pemakanan yang sihat. Halim: Saya pun begitu juga. Saya dengar acara cabutan bertuah akan diadakan. Wah, gembiranya jika saya berjaya mendapat hadiah utama! Nazir: Saya berharap agar program seperti ini dapat diadakan selalu bagi mengatasi masalah obesiti di sekolah kita yang semakin membimbangkan. BAHAN 2 Acara cabutan bertuah akan diadakan. Hadiah berupa hamper yang mengandungi buah-buahan segar seperti anggur, belimbing, jambu, dan oren menanti untuk dimenangi. Bersempena dengan Program Minggu Kebersihan dan Kesihatan, semua murid dipelawa untuk menyertai Bengkel Gaya Hidup Sihat. Butir-butir yang berkaitan dengan bengkel ini adalah seperti yang berikut: Tarikh: 15 Mei 2024 Tempat: Dewan Cempaka Hari: Rabu Masa: 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 5 Ujian 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 36 7. Halim teruja untuk menyertai Bengkel Gaya Hidup sihat kerana A mahu memenangi acara cabutan bertuah. B ingin mempelajari cara pemakanan yang sihat. C hendak menyelesaikan masalah obesiti di sekolahnya. D mahu bekerjasama dengan Unit Pendidikan Kesihatan Daerah. 8. Hadiah berupa hamper yang mengandungi buah-buahan segar seperti anggur, belimbing, jambu, dan oren menanti untuk dimenangi. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A sikat. C jambak. B gugus. D tandan. 9. Perkataan pengumuman dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A pernyataan. B perasmian. C persembahan. D pemakluman. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Nazir mahu mempelajari cara pemakanan yang sihat. B Bengkel Gaya Hidup Sihat diadakan selama seminggu. C Masalah obesiti di sekolah Nazir berada pada tahap yang merisaukan. D Bengkel Gaya Hidup sihat dibuka kepada murid yang mengalami obesiti sahaja. BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Zainul sekeluarga tinggal di Taman Belimbing. Mereka telah tinggal di taman perumahan tersebut selama 15 tahun. Mereka mempunyai jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jiran tetangga mereka seperti Pak Cik Harjit dan Pak Cik Kim sangat baik hati dan suka membantu. Pada suatu hari, kereta yang dipandu oleh ayah Zainul mengalami kerosakan enjin. Ketika itu, Zainul sekeluarga dalam perjalanan menuju ke pusat bandar. Ayah Zainul terpaksa memberhentikan keretanya di bahu jalan. Sementara menunggu ayahnya memeriksa kerosakan tersebut, Zainul dan ibunya duduk di bawah sebatang pokok di tepi jalan itu. Tidak lama kemudian, Pak Cik Harjit tiba di tempat kejadian. Beliau telah menawarkan bantuan untuk menghantar Zainul dan ibunya pulang dengan menaiki vannya. Beliau juga telah menghubungi seorang mekanik untuk membaiki kereta ayah Zainul.
81 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Warga sekolah berganding bahu semasa menjayakan Majlis Malam Budaya. bekerjasama dari awal hinggalah majlis berakhir. A Dia B Kita C Kami D Mereka 2. Pokok cili itu kerana tidak disiram selama beberapa hari. A layu B kecut C kering D lembik Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Amir memohon maaf dari rakannya kerana dia mungkir janji. B “Tudung yang saya beli ini ialah untuk anak saya,” kata Puan Rohani. C Ceramah tentang kepentingan integriti disampaikan oleh Encik Lokman. D Oleh kerana tarikh persembahan sudah dekat, para penari itu giat berlatih. TEMA 5 _ TEMA 9 Skor 50 Tarikh: Ujian Akhir Sesi Akademik 11 (UASA) UASA Ujian BAHAGIAN A [10 markah]
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 11 Ujian 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 82 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Namaku Samko. Aku alat penapis air yang berkualiti. Tuan aku amat memerlukanku kerana tugas aku sangat penting. Aku bekerja siang dan malam tanpa henti untuk membersihkan air di rumahnya. Sejak aku digunakan, tuan aku memperoleh pelbagai kebaikan. Kesihatannya bertambah baik kerana dia dapat minum air yang sangat bersih. Urusannya menjadi lebih mudah kerana dia tidak perlu menggunakan cerek elektrik untuk menjerang air. Aku sentiasa menyediakan air panas dan sejuk untuknya. Oleh sebab itu, bil elektrik rumahnya dapat dijimatkan. Selain itu, rumahnya menjadi lebih kemas kerana dia tidak perlu menyimpan air di dalam bekas. 4. Apakah tugas Samko? A Mengemas rumah B Membersihkan air C Menggantikan cerek D Menjimatkan elektrik 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Samko ialah alat penapis air di sebuah kilang. B Bil elektrik meningkat sejak Samko digunakan. C Khidmat Samko membawa faedah kepada tuannya. D Samko bekerja di rumah tuannya pada waktu siang sahaja. 6. Berikut ialah kelebihan Samko berdasarkan petikan kecuali A menjamin kebersihan air. B menjadikan rumah lebih kemas. C memudahkan penyediaan air panas. D menggalakkan penyimpanan air di dalam bekas.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 11 Ujian 11 83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Encik Zainul usahawan muda yang berjaya. Beliau mempunyai sebuah kilang memproses makanan. Kilangnya terletak di Kapar, Klang. Kilangnya menghasilkan tepung daripada kulit pisang. Produk itu dijual di pasaran tempatan. Tepung keluaran kilang Encik Ismail mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna. Tepung tersebut dapat digunakan untuk mengantikan tepung gandum. Tepung itu bukan sahaja berkualiti tetapi juga mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Para pengguna menggunakan tepung tersebut untuk membuat pelbagai jenis makanan seperti kek, biskut, lempeng, dan kuih-muih. BAHAN 2 Cara Menghasilkan Tepung Kulit Pisang Bersihkan kulit pisang Keringkan kulit pisang di dalam mesin pengering Asingkan kulit pisang daripada isi pisang Kisar kulit pisang di dalam mesin pengisar Rendam kulit pisang di dalam air panas dan garam
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 11 Ujian 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 84 7. Kilang Encik Zainul memproses kulit pisang untuk dijadikan A kek. B biskut. C tepung. D lempeng. 8. Kilangnya menghasilkan tepung daripada kulit pisang. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah A ruas. C rumpun. B tandan. D tangkai. 9. Perkataan menghasilkan dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A menjadi. B membuat. C melakukan. D mengadakan. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Encik Zainul mengeksport keluaran kilangnya ke luar negara. B Tepung kulit pisang tidak boleh digunakan untuk membuat kek. C Kilang Encik Zainul memproses isi pisang untuk dijadikan tepung. D Kulit pisang perlu dikeringkan dan dikisar sebelum dijadikan tepung. BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Azmir sangat gembira kerana dapat menghadiri majlis perkahwinan abang sepupunya. Majlis itu diadakan di Dewan Seri Delima. Majlis itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah kerana banyak tetamu dan saudara-mara yang hadir. Majlis perkahwinan itu dijalankan mengikut adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Pasangan pengantin mengenakan busana songket dan bersanding di atas pelamin. “Wah, anggun sungguh pasangan pengantin di atas pelamin itu!” kata Azmir kepada ibunya. Sebelum pulang, Azmir dan ibu bapanya sempat bergambar bersama-sama pasangan raja sehari itu.
Bahasa Melayu Tahun 6 Ujian 11 Ujian 11 85 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1. (a) Majlis perkahwinan abang sepupu Azmir diadakan di . [1 markah] (b) Bagaimanakah suasana majlis perkahwinan abang sepupu Azmir? [2 markah] (c) Bulatkan kata ganda separa yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Majlis itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah kerana banyak tetamu dan saudara-mara yang hadir. [1 markah] (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. “Wah, anggun sungguh pasangan pengantin di atas pelamin itu!” kata Azmir. Azmir mengakui keanggunan pasangan pengantin di atas pelamin itu. Azmir memuji kecantikan pasangan pengantin di atas pelamin itu. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Encik Zulkifli membeli beberapa helai pakaian di sebuah pasar raya. Ketika mahu membuat bayaran, beliau mendapati wang tunainya tidak mencukupi. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Zulkifli? [5 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian 1 Bahagian A Tatabahasa 1. C 2. A 3. A Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. D 5. C 6. A 7. B 8. B 9. A 10. C Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 (a) Puan Rosnah (b) Puan Rosnah berasa cemas apabila mendapati badan anaknya sangat panas dan dipenuhi bintik-bintik merah. (c) berlengah; membawa; mendapatkan (d) Dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar, Umar memberitahu ibunya bahawa dia tidak sihat. (BETUL) Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 Saya akan mengikut ibu bapa saya menziarahi bapa saudara saya yang sedang sakit tenat. Hal ini penting kerana hubungan kekeluargaan amat penting dan perlu diutamakan. Saya akan mencuba untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut sekembalinya saya dari kampung. Jika saya gagal, saya akan menjelaskan perkara itu kepada guru dan memohon maaf daripadanya. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, percutian bersama-sama keluarga banyak manfaatnya. Menerusi aktiviti ini, hubungan kekeluargaan menjadi bertambah erat dan mesra. Seisi keluarga dapat meluangkan masa berkualiti dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama. Dengan cara ini, sikap tolong-menolong, bertolak ansur, dan bekerjasama dapat diterapkan. Selain itu, aktiviti ini baik untuk kesihatan mental kerana dapat mengurangkan stres. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya, guru-guru, dan hadirin yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Membentuk Keluarga Bahagia”. Hadirin sekalian, Setiap orang pastinya mengidamkan keluarga yang bahagia. Untuk membentuk keluarga yang bahagia, perkara-perkara yang berikut perlulah kita amalkan. Kita perlu mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga. Hal ini bermakna bahawa kita perlu menyayangi anggota keluarga kita dengan sepenuh hati. Dengan adanya kasih sayang, barulah keluarga yang bahagia dapat diwujudkan. Selain itu, seisi keluarga perlulah saling menghormati dan bertimbang rasa. Sikap ini penting kerana dapat mengelakkan persengketaan dalam keluarga. Keharmonian yang wujud dapat membentuk keluarga bahagia. Seterusnya, ibu bapa perlulah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini penting kerana pendidikan ialah kunci kejayaan. Apabila anak-anak berjaya, keluarga akan bahagia. Akhir sekali, setiap anggota keluarga perlulah memastikan kesihatan dan keselamatan keluarganya. Jika faktor ini diabaikan, keluarga yang bahagia sukar dibentuk. Kesimpulannya, keluarga bahagia amat penting bagi kita. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mewujudkan keluarga bahagia. Sekian, terima kasih. 2. Karangan Tidak Berformat Setiap orang pastinya mengidamkan keluarga yang bahagia. Untuk membentuk keluarga yang Jawapan
Bahasa Melayu Tahun 6 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 bahagia, perkara-perkara yang berikut perlulah kita amalkan. Kita perlu mengamalkan nilai kasih sayang dalam keluarga. Hal ini bermakna bahawa kita perlu menyayangi anggota keluarga kita dengan sepenuh hati. Dengan adanya kasih sayang, barulah keluarga yang bahagia dapat diwujudkan. Selain itu, seisi keluarga perlulah saling menghormati dan bertimbang rasa. Sikap ini penting kerana dapat mengelakkan persengketaan dalam keluarga. Keharmonian yang wujud dapat membentuk keluarga bahagia. Seterusnya, ibu bapa perlulah memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini penting kerana pendidikan ialah kunci kejayaan. Apabila anak-anak berjaya, keluarga akan bahagia. Akhir sekali, setiap anggota keluarga perlulah memastikan kesihatan dan keselamatan keluarganya. Jika faktor ini diabaikan, keluarga yang bahagia sukar dibentuk. Kesimpulannya, keluarga bahagia amat penting bagi kita. Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mewujudkan keluarga bahagia. Ujian 2 Bahagian A Tatabahasa 1. D 2. D 3. B Pemahaman Petikan (Teks Tunggal dan Teks Pelbagai) 4. B 5. D 6. B 7. B 8. B 9. B 10. C Bahagian B Pemahaman Petikan dan Tatabahasa Soalan 1 (a) pelitup muka (b) Orang yang menghidap selesema atau batuk perlu memakai pelitup muka supaya dia tidak menyebarkan virus penyakit itu kepada orang lain. (c) panas; merah (d) Rania memberitahu Shima bahawa sesiapa yang mengalami selesema atau batuk perlu memakai pelitup muka. (BETUL) Respons Kritis dan Kreatif Soalan 2 Saya akan berusaha untuk mengurangkan berat badan saya. Saya akan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga tabiat pemakanan saya. Saya akan mengurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak dan gula seperti makanan segera. Selain itu, saya juga akan aktif melakukan aktiviti fizikal untuk mengeluarkan peluh. Bahagian C Penulisan Perenggan Pada pendapat saya, kesihatan mental amat penting. Masalah kesihatan mental dapat mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kita jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Masalah ini dapat menyebabkan seseorang mengalami gangguan emosi yang teruk atau kemurungan. Masalah ini dapat mengganggu seseorang untuk belajar atau bekerja. Selain itu, masalah ini juga dapat menjejaskan kesihatan fizikal. Seseorang yang mengalami stres mudah diserang penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung. Bahagian D Penulisan Karangan 1. Karangan Berformat No. 23, Jalan Nuri, Taman Cempaka, 31200 Ipoh, Perak. 26 April 2024. Menemui sahabatku, Syamsul. Semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan aktiviti yang saya lakukan di rumah. Saya suka mengemas dan membersihkan kawasan rumah kerana saya amat mementingkan kebersihan. Antara kawasan yang sering saya bersihkan termasuklah ruang tamu dan ruang makan, bilik tidur, serta bilik air. Saya membersihkan bilik air sekurangkurangnya sekali seminggu. Saya membersihkan singki, mangkuk tandas, dan lantai bilik air dengan menggunakan sabun pencuci dan cecair pembasmi kuman. Selepas dicuci, bilik air saya bersih dan berbau harum.