Berdasarkan Format UASA Terkini SKOR Abdul Rahman Kamil TAHUN 6 6 Set Kertas Model Soalan KBAT Mengikut Keperluan UASA Terkini Jawapan Lengkap Set Dapat Dileraikan ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik (011) BAHASA MELAYU KSSR SEMAKAN
KM1 – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Melayu [011] 1 jam 15 minit ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan kelas kamu pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 10 10 B 1 5 2 5 C 1 10 D 1 20 Jumlah 50 Nama Kelas Kertas Model 1 SKOR Peratus Gred
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 2 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. Cikgu Anisah guru Bahasa Melayu di sekolah itu. berasal dari Negeri Sembilan. A Dia B Beliau C Mereka D Baginda 2. “Pertandingan syarahan untuk murid tahap dua bermula tidak lama lagi,” kata pengacara majlis. A telah B akan C belum D pernah Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Pemandangan di tepi tasik itu nian indah. B Baju kemeja yang dipakai oleh abang longgar agak. C Harga makanan yang dijual di restoran itu mahal sungguh. D Bunyi dentuman yang saya dengar pada petang semalam betul kuat.
KM1 – 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Datuk Lee Chong Wei ialah bekas pemain badminton negara. Beliau dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 21 Oktober 1982. Beliau amat tersohor dalam sukan badminton kerana pernah mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan. Kejayaan yang dicapai oleh Datuk Lee Chong Wei wajar dijadikan inspirasi kepada atlet negara yang lain. Beliau telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Beliau telah menjuarai kejohanan badminton pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga pernah bergelar pemain badminton nombor satu dunia. Atas sumbangan beliau itu, beliau telah dianugerahi pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) pada 30 Ogos 2008 yang membawa gelaran “Datuk”. 4. Bilakah Datuk Lee Chong Wei dilahirkan? A 30 Ogos 1982 B 30 Ogos 2008 C 21 Oktober 1982 D 21 Oktober 2008 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Datuk Lee Chong Wei tersohor kerana dilahirkan di Pulau Pinang. B Datuk Lee Chong Wei terkenal kerana beliau mempunyai gelaran “Datuk”. C Datuk Lee Chong Wei gagal menyerlah pada kejohanan peringkat antarabangsa. D Datuk Lee Chong Wei dihargai kerana beliau telah menaikkan nama Malaysia. 6. Berikut ialah pencapaian Datuk Lee Chong Wei berdasarkan petikan, kecuali A menjuarai kejohanan badminton peringkat kebangsaan. B menjuarai kejohanan badminton peringkat antarabangsa. C dianugerahi pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN). D menjadi pemain badminton negara pertama menjuarai kejohanan dunia.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 4 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 Encik Hashim dan keluarganya bersiap-siap mahu memulakan perjalanan. Mereka akan bertolak ke Arau, Perlis pada pagi itu. Encik Hashim akan menempuh perjalanan yang agak jauh dengan memandu keretanya. Sebelum bertolak, beliau memeriksa keretanya bagi memastikan perjalanannya selamat dan lancar. Semasa memandu kereta di lebuh raya, Encik Hashim sentiasa cermat. Beliau fokus terhadap pemanduannya. Beliau tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana tindakan itu berbahaya. Beliau juga sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan. Selain itu, beliau tidak mengekori kenderaan di hadapannya terlalu rapat bagi mengelakkan kemalangan. BAHAN 2 Pandu Cermat, Jiwa Selamat Tidak memandu kenderaan terlalu laju Tidak mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat Tidak memotong kenderaan lain secara berbahaya Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu
KM1 – 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 7. Sebelum memulakan perjalanan, Encik Hashim A memeriksa keretanya. B mengekori kenderaan lain. C fokus terhadap pemanduan. D menggunakan telefon bimbit. 8. Semasa memandu kereta di lebuh raya, Encik Hashim sentiasa cermat. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris dalam ayat di atas ialah A buah. B baris. C bidang. D batang. 9. Perkataan cermat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan A peka. B selamat. C perlahan. D berhati-hati. 10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas. A Encik Hashim memandu keretanya dari Arau, Perlis. B Tindakan mengekori kenderaan secara rapat digalakkan. C Perjalanan Encik Hashim sekeluarga bermula pada waktu malam. D Penggunaan telefon bimbit semasa memandu dapat mengancam keselamatan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 6 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN B [10 markah] Soalan 1 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada minggu lalu, penduduk Kampung Beringin telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Tujuan aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk mewujudkan tempat riadah yang indah dan bersih. Tempat tersebut akan digunakan oleh orang ramai, khususnya penduduk setempat. Aktiviti gotong-royong itu turut disertai oleh anak-anak remaja. Mereka mengutip sampah sarap dan membina pondok riadah bersama-sama. 1. (a) Aktiviti gotong-royong itu dijalankan oleh penduduk . [1 markah] (b) Mengapakah aktiviti gotong-royong itu diadakan? [2 markah] (c) Bulatkan satu kata ganda berentak yang terdapat dalam ayat yang diberikan. Aktiviti gotong-royong itu turut disertai oleh anak-anak remaja Kampung Beringin. [1 markah]
KM1 – 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 (d) Pilih dan tulis (BETUL) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Tempat tersebut akan digunakan oleh orang ramai, khususnya penduduk setempat. Orang ramai terutamanya penduduk setempat akan menggunakan tempat tersebut. Tempat orang ramai tersebut akan digunakan khusus oleh penduduk setempat. [1 markah] Soalan 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu sedang menunggu ketibaan bas sekolah. Kamu bimbang akan didenda oleh guru kerana sudah terlewat. Tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak dikenali mengajak kamu menaiki keretanya. Dia mahu membantu kamu. 2. Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? [5 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 8 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN C [10 markah] Grafik di bawah ini menunjukkan maklumat tentang penjagaan kebersihan bilik darjah. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kebersihan bilik darjah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. menyediakan jadual tugasan Cara-cara Menjaga Kebersihan Bilik Darjah mengelap tingkap yang berhabuk membuang sampah ke dalam tong sampah menyapu sampah dan menyusun meja membersihkan papan putih
KM1 – 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 [10 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 10 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 BAHAGIAN D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PROGRAM JUALAN AMAL 1. Tulis sebuah cerita berdasarkan gambar di atas. ATAU 2. Tulis sebuah laporan berdasarkan gambar di atas.
KM1 – 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 12 Bahasa Melayu Tahun 6 Kertas Model UASA 1 [20 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas Model 1 Bahagian A 1. B Kata ganti nama diri beliau sesuai dengan konteks ayat kerana bermaksud kata ganti nama diri ini digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainya. 2. B Kata bantu akan sesuai dengan konteks ayat yang menerangkan masa yang akan datang. 3. C Pilihan jawapan A salah kerana kata penguat nian merupakan kata penguat belakang dan sepatutnya berada selepas kata adjektif. Pilihan jawapan B salah kerana kata penguat agak merupakan kata penguat hadapan dan sepatutnya berada sebelum kata adjektif. Pilihan jawapan D salah kerana kata penguat betul merupakan kata penguat belakang dan sepatutnya berada selepas kata adjektif. 4. C Petunjuk jawapan terdapat pada ayat kedua, perenggan yang pertama. 5. D Petunjuk jawapan terdapat pada ayat kedua, perenggan yang kedua. 6. D Frasa menjadi pemain badminton negara pertama menjuarai kejohanan dunia bukan pencapaian Datuk Lee Chong Wei yang terdapat dalam petikan tersebut. 7. A Petunjuk jawapan terdapat dalam Bahan 1, ayat keempat, perenggan yang pertama, iaitu Encik Hashim memeriksa keretanya sebelum memulakan perjalanan. 8. D Penjodoh bilangan yang sesuai dengan lebuh raya ialah batang. Batang ialah penjodoh bilangan untuk benda-benda yang lurus, panjang, atau pendek. 9. D Perkataan cermat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan berhati-hati. 10. D Petunjuk jawapan terdapat pada ayat ketiga, perenggan kedua Bahan 1, iaitu Encik Hashim tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana tindakan itu berbahaya. Bahagian B 1. (a) Kampung Beringin (b) Aktiviti gotong-royong itu diadakan kerana penduduk Kampung Beringin mahu mewujudkan tempat riadah yang indah dan bersih. (c) Aktiviti gotong-royong itu turut disertai oleh anakanak remaja Kampung Beringin. (d) Orang ramai terutamanya penduduk setempat akan menggunakan tempat tersebut. BETUL 2. Saya akan menolak pelawaan lelaki itu secara baik. Saya tidak akan menaiki keretanya kerana saya tidak mengenalinya. Saya perlu berwaspada kerana mahu mengelakkan perkara yang tidak diingini. Saya tidak mahu mengambil risiko yang dapat membahayakan keselamatan diri. Bahagian C Pada pendapat saya, kebersihan bilik darjah amat penting dan perlu sentiasa dijaga. Untuk menjaga kebersihan bilik darjah, semua murid perlu menjalankan tugas seperti yang disediakan dalam jadual tugasan. Murid perlu membersihkan papan putih, menyapu sampah, dan menyusun meja. Selain itu, murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah dan mengelap tingkap yang berhabuk. Bahagian D 1. Pada minggu lalu, Persatuan Penduduk Taman Alam telah menganjurkan Program Jualan Amal. Program itu telah diadakan di Padang Komuniti Taman Alam. Tujuan program itu diadakan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Semasa program itu diadakan, pelbagai jenis barang dijual. Antara barang tersebut termasuklah pakaian dan buku terpakai. Semua barang itu masih elok dan didermakan oleh penduduk yang dermawan. Selain itu, terdapat juga gerai makanan dan minuman serta kraf tangan. Program itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mereka sangat prihatin terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan. Mereka membeli barangan yang dijual sambil menderma. Sebelum program itu berakhir, majlis penyerahan sumbangan telah diadakan. Hasil jualan amal itu diserahkan kepada pihak yang layak. Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam, iaitu Encik Amran bin Saidi. JAWAPAN
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Bahasa Melayu Tahun 6 Jawapan Kertas Model 2 Bahagian A 1. A Kata nama jurutera sesuai dengan konteks ayat kerana kata ini sesuai dengan pekerjaan di sebuah loji janakuasa elektrik. 2. D Kata ganda cobak-cabik sesuai dengan konteks ayat yang bermaksud cabik-cabik, koyak-koyak, robak-robak. 3. D Pilihan jawapan A salah kerana kata bantu hendak sepatutnya digantikan dengan kata adjektif hampir. Pilihan jawapan B salah kerana kata bantu telah sepatutnya digantikan dengan kata bantu akan. Pilihan jawapan C salah kerana kata bantu masih sepatutnya digantikan dengan kata bantu pernah. 4. D Petunjuk jawapan terdapat pada ayat ketiga dan keempat, perenggan yang pertama. 5. D Petunjuk jawapan terdapat pada keseluruhan petikan, iaitu pada perenggan pertama dan kedua. 6. A Frasa berlatih bukan merupakan kemahiran yang dimiliki oleh Izwan sebaliknya merupakan rutin bagi acara sukan yang disertainya. 7. D Petunjuk jawapan terdapat dalam Bahan 2, ayat kedua. 8. D Penjodoh bilangan yang sesuai dengan tikar mengkuang ialah bidang. Bidang ialah penjodoh bilangan untuk bendabenda yang luas seperti tanah, kain, sawah, permaidani, dan sebagainya. 9. B Perkataan khazanah dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan harta. 10. A Petunjuk jawapan terdapat pada ayat pertama dan kedua, perenggan kedua, Bahan 2, iaitu Anita mahu berjumpa dengan sepupunya, iaitu anak Puan Rosiah untuk memulangkan buku yang dipinjamnya daripada sepupunya itu. Bahagian B 1. (a) guru agama (b) Hazim sudah lama tidak berjumpa dengan datuk dan neneknya kerana mereka tinggal berjauhan sejak keluarga Hazim berpindah ke Sabah. (c) Setiap kali cuti sekolah, dia akan pulang ke kampung untuk menziarahi mereka. (d) Hazim bertanya kepada ayahnya sama ada mereka boleh pulang ke kampung pada musim sekolah nanti. BETUL 2. Saya akan membantu murid baharu itu untuk menyesuaikan diri. Saya akan memperkenalkan diri dan berbual-bual dengannya. Saya akan memberikan 2. Laporan Program Jualan Amal Penduduk Taman Alam Pada 4 Mei 2024, Persatuan Penduduk Taman Alam telah menganjurkan Program Jualan Amal. Program ini telah diadakan di Padang Komuniti Taman Alam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Semasa program ini diadakan, pelbagai jenis barang dijual. Antara barang tersebut termasuklah pakaian dan buku terpakai. Semua barang itu masih elok dan didermakan oleh penduduk yang dermawan. Selain itu, terdapat juga gerai makanan dan minuman serta kraf tangan. Program ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Mereka sangat prihatin terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan. Mereka membeli barangan yang dijual sambil menderma. Sebelum program ini berakhir, majlis penyerahan sumbangan telah diadakan. Hasil jualan amal itu diserahkan kepada pihak yang layak. Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Alam, iaitu Encik Amran bin Saidi. Disediakan oleh, 6 MEI 2024. Rashidi (RASHIDI BIN AZHAR) Setiausaha, Program Jualan Amal, Taman Alam. maklumat penting tentang sekolah itu. Pada waktu rehat, saya akan mengajaknya ke kantin untuk makan bersamasama. Jika dia mempunyai sebarang masalah, saya akan membantunya. Bahagian C Pada pendapat saya, amalan mengunjungi pusat sumber sekolah banyak membawa kebaikan. Menerusi amalan ini, kita berpeluang untuk membaca pelbagai bahan bacaan yang berkualiti di pusat sumber itu. Hasilnya, kita akan memperoleh pengetahuan dan maklumat yang berguna. Selain itu, kita juga dapat membuat rujukan bagi menyiapkan tugasan sekolah. Kita juga dapat menggunakan kemudahan Internet yang disediakan di pusat sumber itu.
BAHASA MELAYU QRC436014 Skor A Kertas Model UASA QRC436014 ISBN: 978-629-470-655-2 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks SKOR TAHUN 6 Tahun 6 KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN Jenis instrumen Ujian Bertulis: Pemahaman & Penulisan Jenis item Objektif Aneka Pilihan (OAP) Objektif Pelbagai Bentuk (OPB) Subjektif Respons Terhad (SRT) Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan soalan Bahagian A (10 markah): OAP Tatabahasa (3 – 5 soalan) Pemahaman Petikan (5 – 7 soalan) (Teks tunggal & Teks pelbagai) Bahagian B (10 markah): OPB dan SRT Tatabahasa dan Pemahaman Petikan (3 – 5 soalan) Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan) Bahagian C (10 markah): SRTb Penulisan Perenggan – 1 soalan Bahagian D (20 markah): SRTb Penulisan Karangan – 1 soalan Jumlah markah 50 markah Tempoh ujian 1 jam 15 minit BAHASA MELAYU (011) Bahasa Melayu English Sains/ Science Matematik/ Mathematics Sejarah Judul-judul dalam siri ini: SUBJEK/ TAHUN 4 5 6 Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkanlah buku ini segera untuk memahiri format UASA dan menjawab soalan dengan yakinnya! KSSR SEMAKAN Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95