Galeri PELANGI
TinP1gkE2atMaN3n UOLDPIESTLA3N
Panduan Merangkumi Model
dalam Kertas 1 (Bahagian C) Karangan
Kaedah Kertas 2 (Bahagian
Mengarang A & B) Mantap
Sudut Kata Koridor Peribahasa Segmen Info
Kandungan
Kriteria Penting dalam Penulisan vii – viii 21 Industri Pelancongan Negara 26
22 Program Kitar Semula di Rumah 27
Bahagian 1 Pemindahan Maklumat 1 23 Belajar secara Berkumpulan 29
24 Program Hari Kebangsaan 30
Panduan Umum 2 25 Kempen Tidak Berkesan 31
26 Kesan Peperangan 32
Bab 1 Ulasan 3 27 Gejala Ponteng Sekolah 33
28 Faktor Kelunturan Budi Bahasa 34
Panduan Menjawab Soalan Ulasan 3 29 Kepentingan Hobi 35
30 Bidang Pekerjaan Penduduk 36
1 Ketagihan Internet dalam 5 31 Kitar Semula 37
Kalangan Remaja 32 Pencapaian Calon PT3 38
33 Tingkatkan Penguasaan dalam Mata
2 Bahasa Kebangsaan 6 39
Pelajaran Bahasa Melayu
3 Bekal ke Sekolah 7
4 Keburukan Merokok 8
5 Bebanan Kos Hidup 9
6 Budaya Lepak dalam Kalangan Murid 10 34 Industri Kraf Tangan 40
7 Keluarga Cemerlang 11 35 Kes Penganiayaan Kanak-kanak 41
8 Destinasi Pelancongan 12 36 Kawasan Pelancongan Segara 42
9 Keracunan Makanan 13 37 Ramalan Kaji Cuaca 43
10 Kemalangan Jalan Raya 14 38 Sumbangan Industri Kraf Tangan 45
11 Kebaikan Amalan Gotong-royong 15 39 Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya
di Malaysia
12 Budaya Membaca 16 46
13 Keburukan Makanan Ringan 17 40 Cabaran Kenaikan Harga Petroleum 47
14 Eksploitasi Hutan 18 41 Langkah-langkah Menjaga 49
Keselamatan Murid di Sekolah
15 Amalan Gaya Hidup Sihat 19 42 Wabak Demam Denggi 50
16 Kepentingan Air dalam Kehidupan 20 43 Perkembangan Sektor Pelancongan
17 Semangat Kejiranan 21 Negara 51
18 Internet dalam Dunia Pendidikan 22 44 Ketagihan Merokok 52
19 Penjagaan Kesihatan Diri 23 45 Belilah Barangan Buatan Malaysia 53
20 Persediaan Pembelajaran 25 46 Menjaga Kebersihan Sungai 54
ii
47 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 55 Bahagian 2 Penulisan 95
48 Buah-buahan Tempatan Pilihan 56 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Tepat 57 (Karangan Pendek) 96
58
49 Program 1 Murid 1 Sukan Panduan Menulis Karangan Respons
Terhad 96
50 Keselamatan di Jalan Raya
Bab 2 Rumusan 60 1 Demam Denggi 100
2 Amalan Membaca 101
Panduan Menjawab Soalan Rumusan 60 3 Kepentingan Amalan Menabung 102
1 Bersukan 61
2 Rokok Elektronik 63 4 Masyarakat Penyayang 103
3 Pusat Sumber Sekolah 65
4 Peranan Media Massa 66 5 Masalah Jenayah dalam Kalangan
5 Permainan Video 68
6 Makanan Ringan 70 Remaja 104
7 Destinasi Menarik di Malaysia 71
8 Bilik Darjah yang Kondusif 73 6 Aku Sebuah Basikal 105
9 Budaya Menabung 74
10 Pusat Tuisyen 76 7 Semangat Kejiranan 106
8 Faedah Hobi 107
9 Menjaga Kesihatan 108
10 Tun Hussein Onn 109
11 Mencegah Kebakaran 110
12 Sukan Lasak 111
13 Kepentingan Hutan 112
Bab 3 Ringkasan 78 14 Bahasa Melayu di Persada 113
Antarabangsa
Panduan Menjawab Soalan Ringkasan 78 15 Membanteras Vandalisme 114
1 Obesiti 79 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
(Karangan Umum) 115
2 Gejala Rasuah 80
3 Amalan Merokok 82
4 Masalah Jerebu 83 Panduan Menulis Karangan Respons
Terbuka 115
5 Perpaduan Kaum 85
6 Penyalahgunaan Bahasa Melayu 87 A Surat Rasmi
7 Krisis Bekalan Air 88 Pengenalan 124
8 Peningkatan Kos Sara Hidup 90 1 Program Bulan Bahasa Melayu 126
9 Budaya Membaca 91 2 Permohonan Lawatan ke Syarikat
10 Semangat Kejiranan 93 Penerbitan Buku 127
iii
3 Aduan tentang Sungai Dicemari 129 D Laporan
Sisa Buangan Kilang
4 Cadangan Memajukan Koperasi 131 Pengenalan 157
Sekolah
18 Lawatan ke Tempat Bersejarah 159
5 Permohonan Bantuan dan Sumbangan
19 Hari Keusahawanan di Sekolah 161
bagi Program Gotong-royong
Perdana 133 20 Perasmian Sekolah oleh Menteri
Pendidikan 163
6 Aktiviti Demonstrasi Pencegahan
Kebakaran 134 21 Kejayaan Peserta Kuiz Sejarah
Peringkat Negeri
164
B Surat Tidak Rasmi 22 Pertandingan Reka Cipta Robotik 166
Pengenalan 137 23 Perjalanan Program Kem 167
Kepimpinan Pengawas
7 Tempat-tempat Menarik 139 E Perbahasan
di Malaysia
8 Pengalaman Menyertai Kursus 141 Pengenalan 169
Motivasi
9 Berkongsi Kejayaan Akademik dan 24 Semangat Patriotisme dalam 171
Kokurikulum 143 Kalangan Remaja
10 Ucapan Tahniah atas Penerimaan 25 Pekerja Asing Meningkatkan 172
Anugerah Olahragawan Harapan 144 Pembangunan Ekonomi Negara
11 Perkembangan Seni Kraf Tangan 26 Nilai Murni Kian Terhakis 174
di Malaysia
146 27 Sikap Pemandu Punca Utama
Kemalangan Jalan Raya
12 Tempat Tinggal Sahabat Dilanda 176
Banjir 147 28 Ibu Bapa Berperanan untuk
Membentuk Akhlak Remaja 177
C Berita 29 Penerokaan Alam Sekitar 179
Menyebabkan Bencana Alam
Pengenalan 149 F Ucapan
13 Kejayaan dalam Pertandingan Reka
Cipta Peringkat Kebangsaan 150 Pengenalan 181
14 Keracunan Makanan di Sekolah 152 30 Murid Berdisiplin Tonggak Kejayaan
Sekolah 183
15 Kejayaan Cemerlang dalam SPM 153
16 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat 31 Minggu Membaca Peringkat 184
Daerah 154 Sekolah
17 Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan 32 Meraikan Kunjungan Sekumpulan 186
Sekolah 155 Murid dari Negeri Lain
iv
33 Sambutan Hari Guru 187 I Wawancara / Temu Bual / Temu Ramah
34 Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Pengenalan 222
Kebangsaan 189
35 Majlis Meraikan Pengetua Sekolah 190 51 Pertandingan Catur Remaja
Peringkat Antarabangsa
224
G Syarahan 52 Kisah Perjuangan Tokoh 226
Kemerdekaan
Pengenalan 193 53 Punca Peningkatan Masalah 228
Jenayah Membabitkan Remaja
36 Kepentingan Penguasaan 195 54 Gejala Lumba Haram 230
Bahasa Melayu
55 Penerima Anugerah Peladang Jaya 232
37 Erti Kemerdekaan bagi Murid-murid 196
56 Masalah Pencemaran Sungai 233
38 Langkah-langkah Memelihara Alam
Sekitar 198
39 Murid Cemerlang Penggerak 200 J Dialog / Perbualan
Kemajuan Negara
40 Rakyat Bersatu, Negara Maju 202 Pengenalan 236
41 Perbelanjaan dalam Rumah Tangga 203 57 Anugerah Murid Terbaik Sekolah 237
42 Kepimpinan Berkualiti Teras 205 58 Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa 239
Pembangunan Negara
59 Remaja Kurang Mempunyai
43 Mencegah Penyakit Lebih Baik 206 Semangat Patriotik 240
daripada Merawat
60 Juara Pertandingan Perbahasan 242
61 Kebaikan Mengamalkan Sikap Berbudi
H Ceramah Bahasa dan Bersopan Santun 243
Pengenalan 208
44 Pencegahan Jenayah Tanggungjawab K Fakta
Bersama 210
45 Pengurusan Masa Asas Pengenalan 245
Kecemerlangan Murid
212 62 Persiapan yang Perlu Dilakukan oleh
Belia bagi Membangunkan Negara 246
46 Faedah-faedah Menyertai
Persatuan Seni Pertahanan Diri 214 63 Langkah Menggalakkan Remaja
Aktif dalam Bidang Sukan
47 Cara-cara Belajar secara Berkesan 215 247
48 Kesan-kesan Obesiti terhadap 64 Kebaikan Permainan Tradisional 249
Kesihatan 217
65 Amalan Gaya Hidup Sihat 250
49 Kepentingan Menjaga Kebersihan 66 Usaha Kerajaan Memupuk Amalan
Bersopan Santun dan Berbudi
Alam Sekitar 218
Bahasa
50 Kepentingan Pemanduan Berhemah 220 251
v
67 Kepentingan Sungai dalam 84 Situasi Pertandingan Kawad Kaki 282
Kehidupan
253 85 Kesesakan Jalan Raya Akibat
Kemalangan 283
68 Penyertaan Murid dalam Aktiviti
Kokurikulum 254 86 Pengalaman Melancong 285
69 Kemahiran bagi Menghadapi 256 87 Pengalaman Semasa Menjalankan
Cabaran Globalisasi Gotong-royong 286
70 Langkah Menangani Pembalakan 88 Pengalaman Terlibat dalam Hari
Haram 258 Keusahawanan 288
71 Masalah Disiplin Murid 259
72 Remaja Kini Kurang Hormat 261 89 Tempat Tinggal Dilanda Banjir 289
terhadap Orang-orang Tua Besar
L Perbincangan / Pendapat N Cereka
Pengenalan 263 Pengenalan 291
73 Pengambilan Makanan Segera oleh 90 Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
Ibu Bapa 264 Kemudian Tidak Berguna 292
74 Mengawal Ketagihan Internet 266 91 Malam yang Menakutkan 294
75 Kebaikan Amalan Rumah Terbuka 267 92 Persahabatan 296
76 Cara Menarik Minat Murid dalam 93 Usaha Gigih Menentukan Kejayaan 298
Kegiatan Kokurikulum 268 94 Prinsip Hidup 299
77 Amalan Menabung 270
78 Tabiat Merokok 271 95 Pengorbanan 301
79 Amalan Berjimat Cermat 273
80 Amalan Rasuah Menyebabkan O Peribahasa / Cogan Kata
Negara Mundur
274
81 Kedatangan Pekerja Asing 276 Pengenalan 304
82 Jati Diri Dapat Mengekang Remaja 96 Bagai Aur dengan Tebing 305
daripada Terjerumus dalam 97 Hidup Dikandung Tanah, Mati
Dikandung Adat
Pelbagai Masalah 277 307
83 Pembentukan Akhlak Anak-anak 278 98 Di Mana Ada Kemahuan, di Situ 308
Bermula dari Rumah Ada Jalan
M Gambaran / Keperihalan 99 Melentur Buluh Biarlah dari
Rebungnya 310
Pengenalan 280
100 Seperti Enau dalam Belukar,
Melepaskan Pucuk Masing-masing 311
vi
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
24Model Program Hari Kebangsaan
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
PROGRAM HARI KEBANGSAAN KEPADA MURID-MURID
• Mengibarkan
Jalur Gemilang
• Menerapkan
semangat cinta
akan negara
• Menghadiri
sambutan Hari
Kebangsaan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• mengibarkan Jalur Gemilang – tanda mencintai negara
• menerapkan semangat cinta akan negara sejak di bangku sekolah – mengadakan pertandingan
mendeklamasikan sajak dan tayangan filem berkaitan sejarah – menghargai jasa pejuang negara
• ibu bapa harus membawa anak menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan – memupuk semangat
patriotisme yang tinggi
Model Ulasan Mantap Sudut Kata
Hari Kebangsaan besar ertinya kepada negara. • patriotisme – perasaan cinta yang
Hari Kebangsaan menandakan negara kita bebas
kuat terhadap tanah air
daripada penjajah. Bersempena dengan program ini, • jati diri – sifat atau ciri yang unik
murid-murid haruslah mengibarkan Jalur Gemilang (dari segi adat, budaya, agama)
sebagai tanda mencintai negara. Semangat cinta yang menjadi teras dan lambang
keperibadian seseorang individu
akan negara perlu diterapkan kepada generasi kini dan sesuatu bangsa
sejak di bangku sekolah lagi. Pelbagai pengisian
dapat dijalankan di sekolah seperti pertandingan mendeklamasikan sajak serta tayangan
filem tentang sejarah negara. Hal ini dapat menanam sikap menghargai jasa pejuang negara
dalam diri murid. Dalam pada itu, ibu bapa harus membawa anak-anak mereka menghadiri
sambutan Hari Kebangsaan bagi memupuk semangat patriotisme yang tinggi kepada negara.
Kesimpulannya, Hari Kebangsaan perlu dihayati oleh murid-murid supaya mereka memiliki
jati diri dan berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
(100 patah perkataan)
30
Model 25 Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Kempen Tidak Berkesan
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Banyak kempen yang dijalankan di
negara kita. Tapi kebanyakannya
tidak berkesan. Salah satu
puncanya ialah sikap masyarakat
yang tidak prihatin.
Selain itu, kempen tidak
menyeluruh. Lagi pula, terlalu
banyak kempen yang dijalankan
pada satu-satu masa sehingga
masyarakat pun sudah lali.
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• kempen gagal mencapai matlamat kerana sikap masyarakat yang tidak prihatin
• sikap penganjur yang tidak bersungguh-sungguh – kempen bersifat setempat dan tidak menyeluruh
• terlalu banyak kempen yang dijalankan pada satu-satu masa – masyarakat lali terhadap kempen
Model Ulasan Mantap
Banyak kempen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Sudut Kata
atau pertubuhan badan bukan kerajaan di negara kita gagal • dibangkitkan – ditimbulkan
mencapai matlamatnya kerana sikap masyarakat yang • lali – hilang perasaan
tidak prihatin terhadap isu yang dibangkitkan. Masyarakat
menganggap kempen tersebut tidak penting dan tiada kaitan dengan dirinya. Selain itu,
sikap penganjur kempen yang hangat-hangat tahi ayam kerana kempen bersifat setempat
serta tidak menyeluruh kepada rakyat juga merupakan punca kegagalan kempen tersebut.
Dalam pada itu, terlalu banyak kempen yang dijalankan pada satu-satu masa menjadikan
rakyat lali terhadap kempen yang dijayakan. Kesimpulannya, masalah kempen kurang
mendapat sambutan harus dikaji punca-puncanya agar tidak membuang masa dan wang.
(98 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• hangat-hangat tahi ayam – tidak bersungguh-sungguh
31
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
26Model Kesan Peperangan
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Kesan peperangan:
• Penderitaan dan
kehilangan nyawa
• Pencemaran alam
sekitar
• Kemusnahan harta
benda
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• penderitaan dan kehilangan nyawa – krisis makanan – krisis kesihatan – kematian dalam skala besar
• kemusnahan harta benda – milik awam dan persendirian – prasarana hancur dalam sekelip mata
• pencemaran alam sekitar – penggunaan senjata kimia dan biologis
Model Ulasan Mantap Sudut Kata
Peperangan sinonim dengan kehancuran sesebuah • krisis – keadaan yang tidak
negara. Kesan paling ketara dalam peperangan ialah
stabil /keadaan yang lazimnya
penderitaan dan kehilangan nyawa yang serius. mendatangkan kesan buruk
Dalam Perang Dunia Kedua, sebanyak 50 juta orang
mati. Penderitaan akibat peperangan dalam bentuk • prasarana – kemudahan dan
krisis makanan dan krisis kesihatan sukar untuk perkhidmatan asas (kemudahan
digambarkan dengan kata-kata. Selain itu, peperangan pengangkutan, perhubungan,
bekalan kuasa elektrik) yang perlu
untuk pembangunan dan kemajuan
juga menyebabkan kemusnahan harta benda sama ada
milik awam mahupun persendirian. Prasarana seperti jambatan, lapangan terbang, dan jalan
raya hancur sekelip mata. Rumah kepunyaan rakyat dibom menyebabkan mereka terpaksa
menjadi pelarian. Seterusnya, pencemaran alam sekitar lantaran penggunaan senjata kimia
dan biologis meracuni alam sekitar yang mampu memusnahkan isinya. Kesimpulannya, jika
ada masalah bawalah berunding kerana dalam peperangan kalah jadi abu, menang jadi arang.
Koridor Peribahasa (94 patah perkataan)
• kalah jadi abu, menang jadi arang – pergaduhan yang merugikan kedua-dua pihak
32
Model 27 Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Gejala Ponteng Sekolah
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Apa yang kamu buat di sini? Aku bosanlah. Ibu bapa aku tidak
Kamu tidak pergi ke sekolah? ambil berat tentang aku. Jom kita
melepak di pasar raya tu.
Aku malaslah. Aku tidak pandai Boleh juga.
seperti murid lain. Kamu pun tidak
pergi ke sekolah?
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• murid tidak berminat untuk belajar, lemah dalam pelajaran, dan kurang mendapat perhatian guru – bosan
berada di dalam kelas
• pengaruh rakan sebaya – berasa seronok dalam kumpulan rakan sebaya – melakukan aktiviti sesuka hati
• sikap ibu bapa yang kurang memberikan perhatian dan sibuk bekerja – gejala ponteng tidak disedari
• masyarakat tidak prihatin – pengusaha kafe siber dan pusat video tidak mengendahkan kehadiran murid
di premis mereka
Model Ulasan Mantap
Gejala ponteng sering dikaitkan dengan alam persekolahan. Kebiasaannya, murid
yang ponteng tidak berminat untuk belajar, lemah dalam pelajaran, dan kurang mendapat
perhatian guru menyebabkan mereka bosan berada di dalam kelas. Selain itu, mereka mudah
terpengaruh oleh ajakan rakan, terutama yang telah meninggalkan bangku sekolah. Mereka
berasa seronok berada dalam kumpulan rakan sebaya dan melakukan apa-apa aktiviti sesuka
hati. Sikap ibu bapa yang sibuk dan kurang prihatin juga turut mendorong faktor ponteng
sekolah. Di samping itu, masyarakat juga tidak bersikap prihatin. Contohnya, pengusaha
kafe siber dan pusat video tidak mengendahkan kehadiran murid di premis mereka pada
masa yang tidak sepatutnya. Natijahnya, gejala ponteng sekolah merugikan semua pihak.
Oleh itu, bertindaklah sebelum nasi sudah menjadi bubur.
(100 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• nasi sudah menjadi bubur – sudah terlanjur tidak dapat diubah lagi
33
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
28Model Faktor Kelunturan Budi Bahasa
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Kasarnya budak itu Biasanya, mereka bersikap begitu
bercakap dengan kerana latar belakang keluarga,
orang tua. tersalah memilih kawan, dan
faktor persekitaran.
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• latar belakang keluarga – sudah mendengar maki hamun ibu bapa yang bermasalah sejak kecil
• salah memilih kawan – rendah moral dan agama – berkawan dengan samseng jalanan dan mat gian –
mempengaruhi bahasa pertuturan
• pengaruh media massa – penyiaran budaya luar mempengaruhi minda remaja – remaja terikut-ikut
oleh perkataan-perkataan yang tidak sopan
Model Ulasan Mantap
Bahasa yang kita tuturkan itu menggambarkan Sudut Kata
tinggi rendahnya akhlak kita. Pelbagai faktor
mendorong remaja berbahasa kasar sama ada dalam • moral – ajaran atau pegangan tentang
pertuturan mahupun penulisan. Faktor pertama buruk baik sesuatu perbuatan
• mat gian – penagih dadah
ialah latar belakang keluarga bermasalah. Sejak kecil
mereka mendengar maki hamun ibu bapa yang sering bergaduh. Faktor kedua ialah salah
memilih kawan yang rendah moral dan agamanya. Seseorang remaja yang berkawan dengan
samseng jalanan dan mat gian akan terpengaruh oleh bahasa pertuturan kasar, biadap, dan
lucah mereka. Selain itu, pengaruh media massa, iaitu penyiaran budaya luar mempengaruhi
minda remaja kita. Sebagai contoh, remaja terikut-ikut oleh perkataan-perkataan yang tidak
sopan yang selalu ditayangkan di televisyen. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah mendidik
anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(100 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• melentur buluh biarlah dari rebungnya – mendidik anak biarlah ketika usianya masih kecil
34
Model 29 Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Kepentingan Hobi
Lihat ilustrasi di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
Jika ada masa terluang, saya gemar Saya pula gemar melakukan
menulis cerpen. Dengan ini, saya dapat aktiviti lasak seperti mengembara
mengasah bakat dan kemahiran dalam dan bersukan. Hobi ini dapat
penulisan. Apakah hobi kamu, Zaini? mencergaskan badan saya.
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• mengelakkan pembaziran masa – mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah – menghindarkan
diri daripada aktiviti tidak sihat
• hobi yang melibatkan aktiviti lasak dapat mencergaskan badan – aktiviti yang dilakukan secara
berkumpulan dapat mengeratkan hubungan setia kawan
• hobi melancong dan mengembara – meluaskan pengalaman dan pengetahuan – mematangkan
fikiran
• hobi mengasah bakat dan kemahiran – dapat dikembangkan menjadi kerjaya dan sumber pendapatan
Model Ulasan Mantap Sudut Kata
Setiap orang mempunyai hobi. Hobi yang baik banyak
mempunyai faedah. Antaranya, dapat mengelakkan • lasak – selalu bergerak atau
pembaziran masa yang mendorong seseorang terjebak menggunakan banyak tenaga
dalam aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, • setia kawan – menunjukkan
perasaan bersatu
merempit, dan vandalisme. Hobi yang melibatkan aktiviti
lasak secara berkumpulan seperti mendaki gunung,
mengembara, merentas hutan, dan bersukan dapat mencergaskan badan, mengeratkan
hubungan, dan meningkatkan semangat setia kawan. Selain itu, hobi seperti melancong dan
mengembara mampu meluaskan pengalaman dan pengetahuan di samping mematangkan
fikiran. Dalam pada itu, hobi juga mengasah bakat dan kemahiran seperti menyanyi dan
menari yang dapat dikembangkan menjadi kerjaya dan sumber pendapatan yang lumayan.
Kesimpulannya, hobi memberikan banyak kebaikan kepada diri.
(98 patah perkataan)
35
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
30Model Bidang Pekerjaan Penduduk
Lihat graf di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
BIDANG PEKERJAAN PENDUDUK KAMPUNG SELASIH
Peratus
40
30
20
10
0 Bidang
Perikanan Perindustrian Pertanian Perkhidmatan
Rangka Ulasan Series 1
Isi tersurat / isi tersirat
• 40 peratus penduduk bekerja dalam bidang perindustrian – majoritinya disertai oleh golongan belia
• 30 peratus penduduk terlibat dalam bidang perikanan – kampung tersebut berdekatan dengan laut
• 20 peratus penduduk terlibat dalam bidang pertanian – kebanyakan golongan belia lebih berminat
dalam bidang perindustrian
• penduduk terlibat dalam bidang perkhidmatan tetapi bilangannya agak sedikit – kawasan kampung
agak terpencil
Model Ulasan Mantap pekerjaan penduduk Sudut Kata
Graf menunjukkan jenis
Kampung Selasih. Terdapat empat bidang pekerjaan • belia – golongan muda (pemuda
yang menjadi kerjaya penduduk kampung tersebut, iaitu dan pemudi)
pertanian, perindustrian, perikanan, dan perkhidmatan.
• setempat – di tempat itu sendiri
Sebanyak 40 peratus penduduk bekerja dalam bidang
perindustrian dan majoritinya disertai oleh golongan belia. Sebanyak 30 peratus penduduk
pula terlibat dalam bidang perikanan. Hal ini disebabkan kampung tersebut berdekatan
dengan laut. Dalam bidang pertanian pula, hanya 20 peratus penduduk yang terlibat. Hal
ini demikian kerana, kebanyakan golongan belia lebih berminat dalam bidang perindustrian.
Terdapat juga penduduk yang terlibat dengan bidang perkhidmatan tetapi kadarnya agak
sedikit kerana kawasan Kampung Selasih agak terpencil. Kesimpulannya, kepelbagaian
jenis pekerjaan penduduk kampung ini memberikan sumbangan yang besar terhadap
perkembangan ekonomi setempat.
(99 patah perkataan)
36
Model 31 Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Kitar Semula
Lihat carta pai di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP AKTIVITI KITAR SEMULA
10 %
20 %
Petunjuk: 70%
Bandar
Luar bandar
Lain-lain
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• Kempen Kitar Semula – menggalakkan rakyat mengamalkan kitar semula – mengurangkan
pembuangan sisa pepejal
• masyarakat bandar mempunyai kesedaran kitar semula yang tinggi berbanding masyarakat luar
bandar – banyak kemudahan kitar semula disediakan di bandar
• masyarakat luar bandar kurang kesedaran terhadap kitar semula – pembuangan barangan kitar
semula lebih rendah – kurang informasi tentang kitar semula
• penyampaian maklumat secara menyeluruh – tidak wujud jurang pengetahuan dalam kalangan
penduduk
Model Ulasan Mantap
Kerajaan melaksanakan Kempen Kitar Semula untuk menggalakkan rakyat mengamalkan
amalan kitar semula bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Masyarakat bandar
didapati mempunyai kesedaran kitar semula yang tinggi berbanding dengan masyarakat luar
bandar. Hal ini demikian kerana, banyak kemudahan kitar semula disediakan di bandar seperti
tong sampah kitar semula dan pusat pembelian barangan kitar semula. Bagi masyarakat
luar bandar, kesedaran mereka terhadap amalan kitar semula kurang kerana pembuangan
barangan kitar semula lebih rendah. Penduduk luar bandar kurang mendapat informasi
tentang kepentingan kitar semula. Seterusnya, masyarakat lain-lain mempunyai tahap
kesedaran yang paling rendah. Oleh itu, penyampaian maklumat secara menyeluruh perlu
dilakukan oleh pihak kerajaan supaya tidak wujud jurang pengetahuan antara penduduk.
(90 patah perkataan)
37
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
32Model Pencapaian Calon PT3
Lihat graf di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
PRESTASI CALON PT3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KELEDANG
Peratus
100 97 100 70 72 91 76 78
80 78
60
40 2018
2019
20 Subjek
0
B. Inggeris Matematik Sejarah
B. Melayu
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• semua subjek mengalami peningkatan – guru dan murid berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
melonjakkan prestasi sekolah
• subjek Matematik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi berbanding subjek lain – sebanyak 13
peratus
• subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah – peningkatannya masih sedikit – pihak sekolah harus merangka
pelbagai program bagi meningkatkan prestasi murid
• prestasi bagi subjek Bahasa Melayu cemerlang – mudah dikuasai oleh murid-murid
Model Ulasan Mantap
Graf menunjukkan prestasi calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Keledang bagi empat subjek utama pada tahun 2018 dan 2019.
Semua subjek mengalami peningkatan. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru dan murid-
murid berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melonjakkan prestasi sekolah. Subjek
Matematik menunjukkan peningkatan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 13 peratus. Subjek
Bahasa Inggeris dan Sejarah pula peningkatannya masih sedikit. Oleh yang demikian, pihak
sekolah harus merangka pelbagai program bagi meningkatkan prestasi murid bagi subjek-
subjek tersebut. Prestasi murid bagi subjek Bahasa Melayu pula cemerlang. Keadaan ini
mungkin disebabkan subjek ini mudah dikuasai oleh murid-murid. Walaupun prestasi semua
subjek meningkat, namun pihak sekolah harus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk
meningkatkan prestasi sekolah.
(96 patah perkataan)
38
Model 33 Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Tingkatkan Penguasaan dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu
Lihat graf di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
PERATUSAN MARKAH MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Markah Feb. Nama Murid: Lim Guat Yong Sep. Bulan
100 Tingkatan: 3 Cekal Okt.
90 Mac April Mei Jun Julai Ogos
80
70
60
50
40
30
20
10
Jan.
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• pelbagai cara meningkatkan penguasaan – menonton program berbahasa Melayu – banyak membaca
bahan bacaan – akhbar sumber termurah dan paling berinformasi
• bergaul rapat dan berkomunikasi dengan murid yang fasih berbahasa Melayu
• banyak membuat latihan – latihan tatabahasa dan penulisan – membiasakan diri dengan pelbagai
bentuk soalan
• menghadiri kelas tuisyen – meminta tunjuk ajar rakan dan guru – rajin bertanya
• mempunyai minat untuk mempelajari Bahasa Melayu – membantu murid menguasai mata pelajaran
Bahasa Melayu
Model Ulasan Mantap
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran penting di sekolah. Namun
begitu, sesetengah murid kurang menguasainya. Antara cara untuk meningkatkan penguasaan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah dengan menonton program berbahasa Melayu
di televisyen dan banyak membaca bahan bacaan, terutamanya surat khabar. Surat khabar
merupakan sumber yang termurah dan paling berinformasi. Selain itu, murid perlu bergaul
rapat dan rajin berkomunikasi dengan rakan-rakan. Dari segi pembelajaran, murid hendaklah
rajin membuat latihan dalam aspek tatabahasa dan penulisan untuk membiasakan diri
dengan bentuk soalan dalam peperiksaan. Selain menghadiri kelas tuisyen, murid juga
perlu meminta tunjuk ajar guru dan rakan-rakan. Sesungguhnya, murid perlu mempunyai
minat untuk mempelajari Bahasa Melayu supaya dapat membantu mereka menguasai mata
pelajaran tersebut dengan baik.
(100 patah perkataan)
39
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
34Model Industri Kraf Tangan
Lihat carta pai di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
PERATUSAN JUALAN KRAF KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Barangan Barangan Langkah memajukan industri kraf tangan:
piuter 20 % perak 20 %
• Mempelbagaikan produk
Barangan Batik 35 %
tembaga • Mengadakan karnival jualan kraf tangan
20 % • Meningkatkan produktiviti
• Menggalakkan penggunaan produk kraf
tangan
Lain-lain
5%
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• membangunkan produk kraf tangan dengan mempelbagaikan produk – meningkatkan kualiti
• kemahiran pembuatan dan penggunaan mesin serta harga yang berpatutan menjadikan barangan
bersifat kompetetif
• meningkatkan promosi – mengadakan pameran kraf tangan di kawasan tumpuan pelancong dan hotel
penginapan pelancong
• mengadakan karnival jualan kraf tangan – setiap tahun
• menggalakkan penggunaan kraf tangan seperti pemakaian batik – meningkatkan jualan batik
Model Ulasan Mantap Sudut Kata
Kerajaan memainkan peranan penting dalam
memajukan industri kraf tangan Malaysia. Langkah • kompetitif – mampu bersaing
pertama adalah dengan membangunkan produk • karnival – pesta besar-besaran,
kraf tangan, iaitu mempelbagaikan reka bentuk
biasanya disertai jualan dan
perarakan
barangan kraf tangan dan meningkatkan kualitinya.
Pembangunan produk dari segi kemahiran pembuatan, penggunaan mesin, serta harga yang
berpatutan dapat menjadikan barangan kraf tangan bersifat kompetitif. Selain itu, langkah
mengadakan pameran kraf tangan di kawasan tumpuan pelancong dan hotel turut membantu
dalam mempromosikan barangan ini. Seterusnya, mengadakan karnival jualan kraf tangan
pada setiap tahun dan langkah kerajaan menggalakkan pemakaian batik dalam kalangan
kakitangan mampu meningkatkan hasil tersebut. Kesimpulannya, dengan pembangunan
produk dan bantuan kerajaan, industri kraf tangan di Malaysia akan dapat dimajukan.
(95 patah perkataan)
40
Galeri JC107210
TinP1gkE2atMaN3n UOLDPIESTLA3N GALERI MODEL PENULISAN PT3
Galeri Model Penulisan PT3
sememangnya buku yang mantap dan
berkualiti untuk membimbing murid-murid
meningkatkan kemahiran dalam penulisan
secara efektif serta menepati skema
pemarkahan. Kandungan buku ini juga
padat dan menyeluruh serta memenuhi
format PT3 terkini.
W.M: RM17.95 / E.M: RM17.95
JC107210
ISBN: 978-967-2353-19-5