Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM
KANDUNGAN
Bab 2.2.1 Falsafah Pendidikan Islam 207
1 Masyarakat, Pemerintah, Pertahanan, 2.2.2 Perkembangan Pendidikan 232
dan Perhubungan Luar 1
2.3 Perkembangan Intelektual 246
1.1 Masyarakat Jahiliah 2 2.3.1 Perkembangan Ilmu 246
2.3.2 Sumbangan Tokoh 261
1.2 Masyarakat Islam 22
2.4 Penerokaan 273
1.3 Sistem Pemerintahan 52
2.5 Seni Bina 279
1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. 62
Rumusan 288
1.5 Institusi khalifah 68 Praktis STPM 288
1.5.1 Pemilihan Khalifah 70
1.5.2 Sumbangan Khalifah / Tokoh 75
1.6 Bentuk Pemerintahan 103
1.6.1 Pemerintahan Pusat dan Wilayah 103 Bab Nasionalisme dan Pembentukan
3
1.6.2 Pemerintahan Raja dan Amir 110
Negara Bangsa 289
1.7 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah 121
1.7.1 Jihad 124 3.1 Peluasan Kuasa Barat 290
1.7.2 Peperangan 126
1.7.3 Kepemimpinan 138 3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan 299
1.8 Perhubungan Luar 142 3.3 Gerakan Nasionalisme 306
1.8.1 Diplomatik 142 3.4 Perang Dunia Pertama 311
1.8.2 Naungan 147
1.8.3 Perjanjian 150 3.5 Pembentukan Negara Bangsa 316
Rumusan 154 Rumusan 325
Praktis STPM 155 Praktis STPM 325
Kertas Model STPM 326
Bab
2 Pembangunan dan Panduan Kerja Kursus (Kerja Projek) 327
Penerokaan 156
Jawapan 329
2.1 Ekonomi 157
2.1.1 Sistem Ekonomi 158 Glosari 350
2.1.2 Institusi Ekonomi 177
2.2 Pendidikan 207 Bibliografi 352
vi
00-iii Kandungan.indd 6 9/25/18 4:55 PM
BAB
2 PEMBANGUNAN DAN
PENEROKAAN
PENGENALAN
Bab ini membincangkan perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan penerokaan.
Topik yang dibincangkan di bawah subtopik ekonomi ialah sistem ekonomi dan institusi ekonomi. Di bawah
subtopik kebudayaan pula ialah pendidikan dan perkembangan intelektual. Topik lain yang dibincangkan
ialah penerokaan dengan melihat sumbangan tokoh-tokoh dan seni bina Islam.
Peta Konsep
PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
Ekonomi Pendidikan Perkembangan Penerokaan Seni bina
intelektual
Sistem ekonomi Falsafah Sumbangan Ciri-ciri
• Konsep pendidikan Perkembangan tokoh seni bina
• Ciri-ciri ekonomi • Falsafah ilmu
• Kegiatan ekonomi • Ciri-ciri • Ilmu Naqli
• Ilmu Aqli • Khalifah • Andalusia
Umayyah (Abad
• Nabi Muhammad • Khalifah (Abad ke-13)
s.a.w. (Abad ke-7) Abbasiyah ke-11 – • India
• Bani Abbasiyah (Abad ke-11 – • Khalifah ke-13) (Abad
(Abad ke-11 – 12) ke-12) Abbasiyah (Abad • Khalifah ke-16 –
• Kesultanan Melaka • Khalifah ke-11 – ke-13) Abbasiyah ke-17)
(Abad ke-15) Umayyah (Abad • Khalifah Umayyah (Abad
ke-7 – ke-8) Andalusia ke-9 –
(Abad ke -11 – ke-13)
Institusi ekonomi Perkembangan ke-13)
• Peranan dan pendidikan
pelaksanaan institusi • Jenis institusi
– Baitulmal • Sistem Sumbangan • Khalifah
– Cukai pendidikan tokoh
– Zakat Abbasiyah (Abad
• Menilai ke-11 – ke-13)
sumbangan • Mesir (Abad ke-15)
• Khalifah al-Rasyidin • Mesir (Abad ke-8)
(Abad ke-7 – ke-8) • Acheh
• Khalifah Abbasiyah (Abad ke-16 –
(Abad ke-9 – ke-11) ke-17)
02 PraU Sejarah P2.indd 156 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
2.1 Ekonomi
Konsep Ekonomi
BAB
1 Sarjana ekonomi, L.Robbins dalam karyanya An Essay on the Nature and Hasil Pembelajaran 2
Significance of Economic Sciences mentakrifkan ekonomi sebagai sains
yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan antara matlamat Menghuraikan konsep dan
akhir dan barangan terhad yang mempunyai kegunaan alternatif. ciri-ciri sistem ekonomi.
2 J.S. Mill menyatakan bahawa ekonomi sebagai sains praktikal
mengenai pengeluaran dan pengagihan kekayaan. Manakala Holton
dalam bukunya, Economy and Society menyatakan bahawa komponen-
komponen ekonomi harus mempunyai penggunaan dan pengeluaran,
produkiviti dan inovasi teknologi, pasaran, kontrak, wang simpanan,
organisasi ekonomi, pembahagian buruh, ekonomi masyarakat, dan
sebagainya. Bagi Adam Smith pula, ekonomi ialah kajian tentang sifat-
sifat dan sebab-sebab kekayaan negara (Sivachandralingam Sundara Raja,
Ayadurai Letchumanan, 2001: 301).
3 Routledge Dictionary of Economics mentakrifkan ekonomi ialah pengkajian
tentang kaedah-kaedah umum terhadap manusia atau individu yang
bekerjasama untuk memenuhi kehendak material mereka.
4 Adam Smith menyatakan bahawa ekonomi ialah suatu disiplin ilmu
yang mengkaji kekayaan bangsa-bangsa dengan memusatkan perhatian
secara khusus tentang sebab-sebab kebendaan daripada kemakmuran,
seperti hasil industri, pertanian, atau seumpamanya. Bagi Marshall pula,
ekonomi ialah ilmu tentang kehidupan manusia berhubung persoalan
bagaimana manusia memperoleh pendapatan dan menggunakannya
(Mahayudin Hj Yahaya, 1998: 233).
5 Ekonomi menurut pandangan Islam ialah mengkaji aktiviti manusia Amalan ekonomi Islam
selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, melatih dan mendidik
pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat, dan negara bagi jiwa manusia agar dapat
mendisiplinkan diri, mengawal
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Pandangan ini menjelaskan bahawa nafsu serta melahirkan manusia
ekonomi Islam menyeluruh dan merangkumi aspek rohani dan jasmani. yang berjiwa bersih, amanah,
Malahan, memperlihatkan bahawa asas ekonomi Islam tidak dipisahkan dan bertakwa kepada Allah
s.w.t..
dengan ilmu agama. Sebaliknya, ekonomi Islam adalah kewujudan
hubungan Allah s.w.t. sebagai Pencipta dan Penguasa ke atas segala
makhluk-Nya, manusia sebagai hamba yang menerima, mematuhi
perintah, dan menikmati anugerah Maha Pencipta, serta kekayaan alam
yang dimanfaatkan oleh manusia menurut hukum yang mencipta, iaitu
Allah s.w.t..
6 Sehubungan itu, ekonomi Islam berperanan memudahkan manusia
mencapai matlamat kejadian mereka, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t..
Melalui ibadah ini, jiwa manusia akan menjadi bersih seterusnya layak
untuk menikmati kesenangan hidup di akhirat di samping menikmati
kebahagiaan hidup di dunia (Dr. Abdul Karim Zaidan, 2002: 268).
157
02 PraU Sejarah P2.indd 157 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
’08 7 Maka jelaslah bahawa ekonomi Islam ialah sistem yang berkaitan dengan
perolehan dan penggunaan sumber-sumber ekonomi untuk kehidupan
yang berdasarkan kepada kaedah dan prinsip yang telah digariskan oleh
al-Quran dan hadis (Hassan Ahmad, 2008: 115).
BAB 2.1.1 Sistem Ekonomi
2
Asas-asas Ekonomi Islam
1 Barat menganggap ekonomi sebagai ilmu kekayaan yang memperlihatkan
manusia mempunyai kemahuan dan hasil yang diperolehi adalah
untuk manusia semata-mata. Matlamat mencari kekayaan adalah untuk
memuaskan nafsu, memenuhi arahan pemerintah, dan mendapatkan
Dapatkan maklumat tentang ganjaran kehidupan semata-mata.
ekonomi Islam di laman web
berikut: 2 Ringkasnya, konsep ekonomi bagi Barat memperlihatkan perolehan
• http://ms.wikipedia.org/ atau tingkah laku manusia untuk mendapatkan kepuasan fizikal dan
wiki/Sistem Ekonomi Islam
melupakan aspek rohani dan moral. Maka, asas-asas ekonomi Islam
menekankan Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang mencipta alam ini. Asas
ekonomi Islam dikaitkan dengan:
INFO (a) Konsep rububiyyah (ketuhanan) menjadi konsep utama yang
menekankan sifat Allah s.w.t. sebagai Penguasa yang membuat
peraturan dan bertujuan menjaga dan memelihara kehidupan
makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah s.w.t.
sahaja yang mengerti perjalanan dan pengisian yang terbaik untuk
alam dan makhluk-Nya. Dalam konteks ekonomi, ia merupakan
peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t. bagi meningkatkan kualiti
kehidupan manusia di dunia untuk menjadi bekalan alam akhirat.
(b) Konsep tazkiyah (kesucian jiwa) yang berkait rapat dengan proses
pembentukan sahsiah dan akhlak. Para rasul yang diutus adalah
untuk memurnikan dan mensucikan hati nurani manusia dalam
hubungannya dengan Allah s.w.t., manusia, dan alam.
(c) Konsep ubudiyah (kehambaan). Manusia sebagai hamba Allah
dan khalifah disuruh menerima dan patuh segala suruhan-Nya.
Manusia sebagai khalifah Allah adalah pemegang amanah yang
bertanggungjawab memakmurkan dunia dengan unsur-unsur
tauhid dan rububiyyah.
(d) Persaudaraan dan pengorbanan sesama manusia. Perhubungan
sesama manusia adalah berdasarkan unsur persaudaraan, kasih
sayang, hormat-menghormati serta tanggungjawab dan rela
berkorban demi agama, masyarakat, dan negara. Hal ini akan
mendorong kepada nilai-nilai murni dan memupuk keamanan
sejagat. Dengan ini, manusia akan mengurus aktiviti ekonominya
dengan cara yang diredhai Allah s.w.t.. Maka, dalam ekonomi
Islam, tiada konsep tindas-menindas, memeras, mengeksploitasi,
sifat bakhil, dan sifat-sifat negatif yang lain.
Petua Pemeriksa Prinsip Ekonomi Islam
Calon harus mengetahui Prinsip ekonomi Islam terbahagi kepada tiga, iaitu hak milik, kebebasan
prinsip asas ekonomi Islam.
terpimpin, dan campur tangan pihak berkuasa.
158
02 PraU Sejarah P2.indd 158 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
1 Hak Milik Galeri Info
(a) Hak milik sebenarnya ialah Allah s.w.t. sebagai pencipta segala
kejadian. Allah s.w.t. ialah pemilik mutlak ke atas alam dan segala isi Islam menetapkan beberapa
garis panduan cara-cara
kandungannya di bumi, laut, dan udara. Manusia hanya bertindak seseorang itu mendapatkan
sebagai pengurus dan mengambil manfaat daripada anugerah Allah harta:
s.w.t. sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. • Menerusi jalan yang BAB
halal, tidak mengambil
Firman Allah s.w.t. dalam surah Taha, ayat 6 bermaksud: riba, penipuan, rasuah, 2
Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di eksploitasi, dan sebagainya.
bumi, serta yang ada di antara kedua-duanya, dan juga yang ada • Harta yang cukup nisab dan
haul hendaklah dikeluarkan
di bawah tanah basah di perut bumi. zakat, cukai, sedekah, atau
(b) Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak dan terikat dengan sumbangan ke jalan Allah
s.w.t.
hukum dan peraturan Ilahi untuk menjamin keadilan dan • Agihan harta hendaklah
kesejahteraan masyarakat dan negara. Manusia mempunyai dielakkan daripada
tanggungjawab yang sudah ditentukan terhadap harta bendanya berlakunya jurang
dan memberi hak kepada manusia menggunakan kekayaan dan pendapatan yang terlalu
besar atau melakukan
harta miliknya dalam hal-hal yang diharuskan sahaja. pembekuan harta sehingga
(c) Hak milik dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu hak milik khusus orang lain tidak dapat
menikmati hasil daripada
dan hak milik umum. pengembangan harta
(i) Hak milik khusus tersebut.
• Fitrah manusia ialah berkeinginan memiliki harta dan Islam • Harta tidak boleh disalah
gunakan sehingga
membenarkan pemilikan harta secara individu. Dalam membawa kemudaratan
masa yang sama, Islam mensyaratkan pemilik harta supaya kepada orang lain.
memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan keselamatan
harta, serta melarang memperoleh harta secara haram.
• Islam juga mensyaratkan agar setiap prinsip pemilikan
harta dan tujuan pemilikan harta mesti dipatuhi kerana
pemilikan harta yang banyak boleh mendatangkan bahaya
kepada umat Islam. Antara bahaya tersebut ialah kecintaan
terhadap harta boleh melalaikan manusia daripada
melakukan ibadat dan cintakan dunia serta menjadi
sombong dan bongkak.
• Khalifah Umar ibn al-Khattab menitiskan air mata ketika
membawa balik harta rampasan perang pulang ke Madinah
dan kata Khalifah Umar, “Aku menangis kerana menyedari
bahawa kemewahan, lazimnya menjadi punca pergeseran
dan permusuhan”.
• Firman Allah dalam surah al-Kahf, ayat 6, bermaksud,
“Harta benda dan anak-anak hanyalah perhiasan hidup
di dunia manakala amal soleh yang berkekalan itu lebih
baik di sisi Tuhanmu sebagai ganjaran untuk dicapai.”
• Sebaliknya, jika tiada harta atau hidup dalam kemiskinan
boleh membawa kepada kehinaan dan kekufuran. Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “kefakiran itu
hampir-hampir membawa kepada kekufuran”.
• Pemilikan harta individu boleh diperolehi menerusi harta
pusaka, wasiat, pemberian derma dan hadiah, berniaga,
bertani, dan sebagainya.
159
02 PraU Sejarah P2.indd 159 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
(ii) Hak milik umum
• Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum
atau kepentingan masyarakat. Contoh, harta umum ialah
jalan raya, talian air paip, sungai, tempat rekreasi, padang
rumput, laut, udara, dan sebagainya.
BAB • Harta milik umum yang sedia ada (ciptaan Allah) seperti
2 air hujan, udara, air sungai, air laut, sumber galian, sumber
laut, sumber perhutanan, alam dan sebagainya perlulah
dikongsi bersama dan dijaga.
Foto 2.1 Air sungai merupakan • Harta ini dijaga dan diuruskan oleh pihak pemerintah dan
contoh hak milik umum diagihkan secara adil dan saksama antara sesama manusia.
2 Kebebasan terpimpin
(a) Islam memberi garis panduan dalam melaksanakan aktiviti
ekonomi. Terdapat aktiviti ekonomi yang diharuskan dan aktiviti
ekonomi yang diharamkan.
Galeri Info (i) Aktiviti ekonomi yang diharuskan
Rasulullah s.a.w. telah • Seorang muslim yang memenuhi keperluan hidupnya
memperlihatkan contoh dan dengan aktiviti ekonomi secara halal.
adab peraturan dalam urusan
perniagaan iaitu: • Aktiviti ekonomi yang dilakukan haruslah:
• mendapatkan dan – Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul
menikmati rezeki secara tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan
halal. serta menjaga hak pekerja. Pekerja pula menjaga kualiti
• mengharamkan perniagaan
barangan dan perkhidmatan pengeluaran dan nama baik syarikat.
yang haram. – Barangan yang dikeluarkan dalam pasaran haruslah
• berkelakuan baik semasa bersih, suci, bermutu, berguna, dan tidak membahayakan
berurus niaga.
• menjauhkan diri daripada masyarakat.
amalan riba. – Pengguna tidak boleh bersifat boros, bakhil, dan
• menjalankan urus niaga membazir. Digalakkan berjimat cermat, berhemah, dan
dengan jujur dan amanah.
saling membantu dalam semua perkara yang diharuskan.
• Kesemua garis panduan ini adalah untuk melatih jiwa
seseorang muslim melaksanakan aktiviti ekonomi yang
diharuskan dan dalam masa yang sama dapat mendisiplinkan
diri, mengawal hawa nafsu, serta melahirkan seseorang
muslim yang berjiwa bersih dan bertakwa kepada Allah.
(ii) Aktiviti ekonomi yang diharamkan
• Larangan kepada aktiviti ekonomi yang diharamkan ialah
aktiviti penggunan dan pengeluaran yang melibatkan riba,
judi, pelacuran, pembaziran, menyorok barangan keperluan
asas atau kepentingan umum, menipu timbangan dan
sukatan, mencampurkan barangan lama dengan yang
baharu, melakukan aktiviti jual beli tanpa mengetahui
atau memiliki sesuatu barang tersebut, dan semua aktiviti
ekonomi yang boleh mengganggu keselamatan fizikal,
psikologi, dan mental.
3 Campur tangan pihak berkuasa
(a) Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti
ekonomi sama ada dalam bentuk pengurusan, perancangan, dan
pengagihan.
160
02 PraU Sejarah P2.indd 160 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
(b) Hak campur tangan ini telah ditetapkan sejak zaman Nabi
Muhammad s.a.w.. Tugas seorang pemimpin ialah melaksanakan
sistem ekonomi Islam dan membanteras sebarang penyelewengan
bagi mewujudkan keadilan sosial, menjamin kestabilan, dan
keseimbangan dari segi agihan harta secara individu.
(c) Hal ini memperlihatkan bahawa Islam memberi jaminan kepada BAB
setiap anggota masyarakat mendapat keperluan hidup minimum 2
atau had al-kifayah. Jaminan ini adalah meliputi seluruh anggota
masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.
(d) Selain itu, pihak berkuasa juga harus memastikan tidak berlaku
perbezaan pendapatan yang besar bagi mengelakkan sebarang
permusuhan. Hal ini ditegaskan dalam al-Quran, firman Allah s.w.t.
dalam surah al-Hasyr, ayat 7, yang bermaksud “Supaya kekayaan
itu jangan beredar di tangan segelintir orang kaya sahaja.”
(e) Selain itu, Islam memberi peluang yang luas dalam sebarang
perkara termasuklah menempatkan seseorang pada tempat yang
sebenarnya. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis
yang bermaksud, “Jika sesuatu perkara (kerja) diserahkan kepada
orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya”.
(f) Seterusnya, pihak berkuasa juga harus campur tangan dalam urusan
pasaran bagi mengelakkan tipu helah yang membawa kerugian
kepada pihak pengguna.
(g) Pihak berkuasa juga memastikan pengamalan riba, rasuah, dan Larangan amalan riba
monopoli dalam aktiviti ekonomi tidak menganggu masyarakat. ditekankan dalam al-Quran,
surah ali-Imran, ayat 130
Para ulama sepakat menyatakan bahawa pengamalan aktiviti ini bermaksud: “Wahai orang
akan menghancurkan masyarakat dan konsep keadilan dalam yang beriman! Janganlah
sistem ekonomi Islam. kamu makan atau mengambil
riba dengan berlipat-lipat
(h) Hak buruh juga perlu ditangani oleh pihak berkuasa daripada ganda, tetapi hendaklah kamu
menjadi mangsa ketidakadilan golongan majikan. Pihak berkuasa bertakwa kepada Allah supaya
haruslah melindungi dan menjaga hak asasi para pekerja seperti kamu benar-benar dapat
kejayaan.”
gaji, kemudahan hidup, pasaran buruh, dan sebagainya. Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud,
“Bayarlah upah buruh sebelum peluhnya kering.”
Ciri-ciri Ekonomi Islam
1 Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah
(a) Dalam sistem Islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan,
pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah Apakah ciri-ciri ekonomi
kepada Allah s.w.t.. Dalam konteks ini, tiada sebarang aktiviti Islam?
ekonomi boleh dilaksanakan selain dasar ini.
(b) Oleh itu, aktiviti ekonomi haruslah dilakukan secara berhemah,
bertanggungjawab, dan tidak mengetepikan aspek nilai dan
kebajikan masyarakat.
2 Matlamat jangka panjang diutamakan
(a) Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan
kesejahteraan kepada masyarakat.
(b) Bagi individu yang mengusahakan perniagaan, matlamat jangka
panjang dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di akhirat.
161
02 PraU Sejarah P2.indd 161 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
3 Memberi kemakmuran kepada masyarakat
(a) Tujuan aktiviti perniagaan dan ekonomi adalah untuk memberi
kemakmuran dan kesenangan kepada masyarakat.
(b) Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk
meningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat.
BAB (c) Perkhidmatan pelacuran, perjudian, dan seumpamanya tidak ada
2 sama sekali dalam senarai aktiviti ekonomi Islam kerana ia membawa
kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
4 Keuntungan dunia dan akhirat
(a) Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat
keuntungan material dan pahala daripada aktiviti yang dilakukan.
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa, “Peniaga yang amanah
berada di bawah naungan Arash pada hari pengadilan.”
(b) Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan
perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta
sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi
keistimewaan.
(c) Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi,
semakin tinggi usaha yang dilaksanakan.
(d) Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong-
menolong, jujur, dan mengutamakan golongan yang lemah kerana
matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah
s.w.t..
Kegiatan Ekonomi pada Zaman Nabi Muhammad s.a.w. (Abad
’14
ke-7 M.)
1 Secara geografinya, Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya
Hasil Pembelajaran sebuah oasis. Madinah merupakan kawasan yang subur dan kaya dengan
Membincangkan kegiatan kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian. Dalam sektor
ekonomi pada zaman Nabi pertanian, tanaman yang ditanam ialah tamar, anggur, barli, dan gandum.
Muhammad s.a.w..
Pokok tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah besar
kepada penduduk Madinah. Pokok ini dianggap sebagai pokok serba
guna di mana selain buahnya boleh dimakan, batangnya dijadikan bahan
binaan, bahan bakar, dan makanan binatang.
2 Oleh yang demikian, tidak menghairankan jika Madinah menjadi pusat
perusahaan pertukangan yang penting. Dalam perusahaan pertukangan,
orang Yahudi merupakan tukang yang mahir. Misalnya, orang Yahudi
(Bani Qunaiqa’) pandai bertukang emas dan menjalankan aktiviti
perniagaan dan memberi pinjaman dengan riba yang tinggi di tengah
kota Madinah.
3 Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, masyarakat
Yahudi di Madinah berjumlah 4 400 orang. Kaum Yahudi merupakan
orang yang pintar, mempunyai kebun yang luas dan subur, rumah batu
yang besar, dan mempunyai benteng atau kubu. Ekonomi di Madinah
dimonopoli oleh golongan Yahudi. Mereka merupakan usahawan,
petani, dan peniaga di samping mengamalkan riba. Barangan yang
diperniagakan ialah kurma, bijirin, bahan galian seperti emas dan
Foto 2.2 Pokok kurma zamrud, dan arak yang diimport dari Syria.
162
02 PraU Sejarah P2.indd 162 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
4 Pada masa yang sama, puak Aus dan Khazraj hanya mengusahakan tanah Galeri Info
yang kering-kontang dan hidup dalam kemiskinan. Namun, semuanya
berubah setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Allah berfirman dalam surah al-
Anfal, ayat 72, yang bermaksud:
5 Bumi Madinah atau Yathrib merupakan sebuah kawasan yang subur “ Sesungguhnya orang-orang
dan penduduknya melakukan aktiviti pertanian sebagai kegiatan yang beriman dan berhijrah
serta berjihad dengan harta
ekonomi yang utama. Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang dan jiwanya di jalan Allah BAB
pertanian. Abu Ayub al-Ansari memiliki rumah tingkat, kebun kurma dan orang-orang yang 2
yang luas, dan hartanah lain. Sa’ad bin Mu’az dan Umarah bin Hazm memberikan tempat kediaman
dan pertolongan kepada
antara golongan Ansar yang kaya di Madinah. orang-orang Muhajirin, mereka
6 Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bersama kaum Muhajirin ke itu satu sama lain lindung-
melindungi.”
Madinah telah mengubah Madinah. Baginda telah mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar. Tali persaudaraan ini banyak mengubah
kehidupan golongan Muhajirin.
7 Kewujudan kerjasama yang tidak terbatas antara golongan Ansar dan
golongan Muhajirin telah membuahkan kejayaan kepada golongan
Muhajirin. Golongan Muhajirin terkenal sebagai pedagang dan
pengurus kewangan yang cekap dalam perdagangan serta melaksanakan
aktiviti perdagangan di Makkah dengan jayanya. Oleh yang demikian,
pertolongan yang diberikan telah membolehkan golongan Muhajirin
memulakan kehidupan baharu. Contohnya:
(a) Abdul Rahman bin Auf yang menolak tawaran saudara seagamanya
yang kaya, iaitu Sa’ad bin al-Rabi telah berurus niaga di pasar
Qunaiqa’. Abdul Rahman berjaya mengumpulkan pendapatan
untuk menyara keperluan hidupnya. Beliau seterusnya meluaskan
perniagaannya dan menjadi antara orang paling kaya di Madinah.
(b) Abu Bakar membuka kilang kain di Sakh berhampiran Madinah
dan berniaga tekstil.
(c) Umar al-Khattab berniaga sehingga ke Parsi.
(d) Uthman pada mula terbabit dalam perniagaan kurma di pasar
Qunaiqa’ dan kemudiannya terbabit dalam perniagaan hamba abdi
bersama Abdul Rahman bin Auf.
8 Aktiviti perniagaan di Madinah terbukti apabila wujudnya beberapa
pasar harian dan bermusim di dalam dan sekitar Madinah. Muhammad
bin Habib al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat pelbagai jenis pasar
di bumi Arab. Terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim
sepanjang tahun pada zaman sebelum kedatangan Islam. Pasar-pasar
ini terus berkembang pada zaman Islam seperti Ukaz, Majannah, Zu
al-Majaz, dan Hubashah.
9 Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus, dan
menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar. Contohnya, Asma binti
Abu Bakar serta suaminya Zubair al-Awwam mempunyai sebidang tanah
kebun baharu, seekor unta, dan keldai. Setiap hari, Asma menguruskan
binatang-binatangnya di samping mengairi kebunnya. Di rumah pula,
beliau bekerja membancuh tepung untuk dijadikan roti. Selain Zubair,
keluarga Abu Bakar, Umar, Ali, dan lain-lain turut terlibat dalam
ekonomi pertanian (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1981: 46).
163
02 PraU Sejarah P2.indd 163 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
10 Selain daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan di Madinah semasa
zaman Nabi Muhammad s.a.w., sumber kewangan Islam juga didapati
daripada derma, rampasan tunai dan harta benda, rampasan hartanah,
jizyah, dan sadaqat.
(a) Derma
BAB (i) Derma merupakan sumber kewangan utama umat Islam di
2 Madinah pada zaman awal yang mencabar sehingga negara
Islam sampai ke kemuncak kegemilangannya. Derma yang
disumbangkan adalah dengan rela hati dan tanpa paksaan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta umat Islam supaya
memberikan sumbangan kepada kebajikan satu kabilah
yang baharu memeluk Islam. Masyarakat Islam berlumba-
lumba memberi sumbangan masing-masing. Ada yang
membawa makanan dan pakaian, sementara golongan Ansar
mendermakan wang yang banyak. Malahan, penyaraan
tawanan perang Makkah selepas Perang Badar adalah semata-
mata tertakluk kepada semangat dermawan orang Islam dan
6 000 tawanan perang dari kabilah Hawazin diberi pakaian
oleh orang Islam selepas Perang Hunain dan Ta’if (Muhammad
Yasin Mazhar, 1993: 288).
(ii) Orang Islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk
derma kepada tabung bersama. Contohnya, dalam Perang
Khandak, Sa’ad bin Ubadah, Jabir bin Abdullah, dan lain-lain
mendermakan makanan dan kurma kepada tentera Islam.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mengisytiharkan perang,
orang Islam berlari pulang ke rumah masing-masing untuk
mengumpulkan pelbagai jenis barangan sebagai derma dan
dilonggokkan di hadapan baginda. Contohnya, Abu Bakar
menyerahkan semua wang dimilikinya berjumlah 4 000
dirham dan Umar pula mendermakan separuh daripada
kekayaannya.
(iii) Antara para dermawan Islam ialah Abbas bin Abdul Muttalib,
Talhah bin Ubaidullah, Sa’ad bin Ubadah, dan Muhammad bin
Maslamah. Sumbangan Abdul Rahman bin Auf berjumlah 200
uqiyah (8000 dirham), Asim bin Adi menderma sebanyak 90
wathaq kurma dan Uthman bin Affan memberi sumbangan
satu pertiga daripada tentera Islam (kira-kira 70 000 dirham).
(iv) Selain derma dalam bentuk wang, masyarakat Islam juga
menderma dalam bentuk hartanah. Buktinya, sewaktu Nabi
Muhammad s.a.w. berhijrah, baginda tinggal di rumah
Kulthum bin al-Hidm di Quba dan bercadang mendirikan
masjid. Kulthum menyedekahkan tanah bagi tapak masjid yang
dicadangkan oleh baginda. Golongan Ansar sering berkongsi
hartanah seperti kebun, dusun, dan rumah dengan golongan
Muhajirin. Contohnya, Harithah bin Nu’man menghadiahkan
rumah dan ladangnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan
pengikut baginda. Seorang kaum Ansar daripada Bani
Najjar menghadiahkan istana (qasr) atau kubu kepada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk kegunaan umum.
164
02 PraU Sejarah P2.indd 164 9/25/18 1:42 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Bab 2 Pembangunan dan Penerokaan
(v) Derma turut disumbangkan oleh orang Yahudi yang percaya
dengan keikhlasan Nabi Muhammad s.a.w.. Contohnya,
Mukhairiq daripada Bani Nadhir yang memeluk Islam sebelum
Perang Uhud telah mewasiatkan tanaman kurma yang luas,
iaitu tujuh buah dusun kepada Nabi Muhammad s.a.w..
Ibnu Ishaq menyatakan bahawa zakat yang dikeluarkan oleh BAB
Mukhairiq di Madinah adalah hasil daripada dusun-dusun 2
berkenaan (Muhammad Yasin Mazhar, 1993:290).
(b) Rampasan tunai dan harta benda
(i) Umat Islam diwajibkan berjihad atau berperang untuk agama
sekiranya mereka diperangi oleh musuh yang berniat untuk
menghalang penyebaran Islam. Firman Allah dalam Surah
al-Hajj, ayat 39, bermaksud:
“Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi kerana
sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha
Kuasa menolong orang itu”.
(ii) Berdasarkan ayat tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. bersama Galeri Info
tentera Islam menentang tentera Quraisy pada 623 M.. Dengan Perang Khaibar menaksirkan
kekuatan tentera Islam hanya 313 orang, tentera Islam berjaya jumlah rampasan adalah
memenangi Perang Badar dan mengalahkan tentera Quraisy dengan membuat anggaran
yang seramai 1 000 orang. Ini adalah kemenangan yang nilai pengumpulan keperluan
untuk 10 000 pejuang Yahudi
pertama dan menghasilkan harta rampasan yang besar kepada dan rampasan terbesar
umat Islam. Umat Islam mendapat rampasan seperti senjata, adalah dalam bentuk amwal
150 ekor unta, 10 ekor kuda, tikar kulit, dan pakaian. Nabi atau hartanah khaibar yang
termasuk kawasan tanaman
Muhammad s.a.w. diberi hak untuk melakukan safiy atau dan kebun yang luas.
pilihan pertama dan menentukan khumus atau bahagian untuk
kerajaan Islam.
(iii) Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan Islam
daripada bayaran tebusan tawanan perang. Tawanan Perang
Badar telah membayar sejumlah wang untuk membebaskan
diri mereka, iaitu seramai 20 tawanan membayar 75 000
dirham; 10 orang membayar 4 000 dirham setiap seorang,
seorang membayar 2 000 dirham; dan seorang membayar
1 000 dirham (Muhammad Yasin Mazhar, 1993: 291).
(iv) Seterusnya, sumber pendapatan berdasarkan harta rampasan
perang terus dinikmati oleh umat Islam selepas peperangan
yang disertai. Jadual berikut menunjukkan peristiwa perang
atau pertempuran dan harta rampasan yang diperolehi.
Perang / Pertempuran Harta rampasan
Peperangan Senjata dan alat pertukangan emas. Nabi
menentang Bani Muhammad s.a.w. menerima safiy dan
Qunaiqa’ khumus serta membahagikan empat perlima
rampasan itu dalam kalangan umat Islam.
Perang al-Kudr 500 ekor unta: 400 ekor dibahagi dalam
kalangan 200 pejuang Islam dan 100 ekor
diserahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai khumus.
165
02 PraU Sejarah P2.indd 165 9/25/18 1:42 PM
JAWAPAN
BAB 1 MASYARAKAT, – Semangat assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau
menyebabkan mereka sering berperang sesama mereka. Perasaan
PEMERINTAHAN, kesukuan turut menyebabkan mereka sanggup menuntut bela
PERTAHANAN, DAN demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
PERHUBUNGAN LUAR – Faktor geografi dan persekitaran yang kering-kontang turut
mempengaruhi bentuk kehidupan serta bersatu menghadapi
Soalan 1 setiap masalah yang timbul.
– Peperangan sering tercetus dalam kalangan masyarakat kerana
Pendahuluan ingin menuntut bela. Contohnya, Peperangan al-Basus antara
– Zaman keruntuhan kerajaan Saba’ berlaku dalam tiga abad puak Bani Taghlib dan Bani Bakar.
sekitar tahun 300 M. sehingga turunnya wahyu kepada Nabi Aspek ilmu pengetahuan
Muhammad s.a.w..
– Pada zaman ini, tiada nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan – Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kebanyakan
buta huruf.
petunjuk dalam kehidupan. Manusia hidup dalam kejahilan.
Isi-isi penting – Contohnya, bilangan orang Quraisy yang pandai membaca dan
menulis hanya 17 orang (al-Bladhuri).
Aspek sosial – Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan tertentu sahaja seperti
– Terbahagi kepada dua golongan, iaitu Badwi dan Hadari. Kaum golongan atasan.
Badwi tinggal di kawasan pedalaman, iaitu bahagian tengah Penutup
Semenajung Tanah Arab. Kaum Hadari menetap di kawasan – Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab berada dalam
bandar dan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. kegelapan dan kucar-kacir, tidak ada pedoman hidup, dan
– Masyarakat Jahiliah mengamalkan perbuatan tidak bermoral mengikut naluri dan emosi.
seperti berjudi, berzina, dan meminum arak. Kemampuan – Dengan turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada
meminum arak sehingga mabuk menjadi lambang lelaki sejati. tahun 610 M., maka bermulalah era baharu dalam sejarah
– Kedudukan wanita sangat rendah kerana seorang lelaki boleh tamadun masyarakat Arab.
mengahwini beberapa orang wanita sekaligus kerana tiada – Penurunan wahyu tersebut menjadi tanda pemisah antara zaman
peraturan dalam perkahwinan. Wanita juga tidak berhak jahiliah dengan zaman Islam.
mewarisi harta pusaka.
– Bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap boleh Soalan 2
menjatuhkan maruah keluarga.
Aspek ekonomi Pendahuluan
– Mereka mengamalkan riba dan penindasan untuk mengaut – Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang terawal di
keuntungan. dunia yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan
– Kegiatan merompak dan merampas barangan kafilah lain di wahyu Allah s.w.t..
padang pasir menjadi punca pendapatan bagi masyarakat – Penggubalan Piagam Madinah mendapat persetujuan orang
Jahiliah. Malah, amalan merompak oleh ahli kabilah dianggap Islam dan bukan Islam di Madinah.
sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan. – Dokumen atau piagam bertulis mengenai hak pemerintahan dan
– Golongan miskin ditindas dan dieksploitasi oleh golongan kaya. yang diperintah.
Aspek agama dan kepercayaan Isi-isi penting
– Terdapat empat bentuk kepercayaan yang diamalkan oleh Pemerintahan
masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama wathani (menyembah – Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi
berhala), anismisme (memuja alam seperti pokok), samawi dan unggul.
(Kristian dan Yahudi), dan kepercayaan (menilik nasib, sihir, – Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul dan
dan percaya roh orang mati menjadi burung). berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah yang
– Terdapat juga masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya, dan agama.
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. Masyarakat Madinah menerima baginda sebagai ketua negara
yang digelar sebagai Hunafa. Namun, mereka melupakan ajaran Madinah.
tersebut dan mencampuradukkannya dengan amalan tradisi. – Pemerintahan baginda memberi tumpuan terhadap aspek akidah
Aspek struktur masyarakat dan juga aspek duniawi. Piagam Madinah meletakkan baginda
sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul.
– Mereka mengamalkan sistem kabilah, iaitu hidup secara berpuak- Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang
puak dan berkelompok. dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum
– Ahli kabilah terdiri daripada satu suku kaum tertentu sahaja. berdasarkan hukum Allah s.w.t. dan keputusan baginda. Masalah
– Setiap kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah. Baginda
masing-masing. juga mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk
– Syeikh merupakan ketua kabilah serta berperanan sebagai menyelesaikan masalah yang timbul.
lambang perpaduan kaum mereka. Proses pemilihan syeikh Perpaduan umat Islam
dibuat berdasarkan syarat-syarat tertentu, antaranya ialah – Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada dua kumpulan, iaitu
hendaklah mendapat persetujuan ramai, berfikiran matang, golongan Ansar dan Muhajirin. Oleh itu, penekanan berkaitan
gagah, berani, dan pandai berpidato.
329
06 Jawapan.indd 329 9/25/18 1:46 PM
Sejarah Penggal 2 STPM Jawapan
dengan kerjasama dan perpaduan antara masyarakat ini terdapat dijadikan khalifah menyambung tugasannya. Contohnya, Abu
dalam Piagam Madinah. Bakar al-Siddiq menjadi imam sembahyang sewaktu Nabi
– Selain daripada masyarakat Islam, piagam ini juga merangkumi Muhammad s.a.w. sedang sakit.
kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti – Masyarakat Islam harus menentukan pengganti. Saidina Abu
kaum Yahudi, Aus, Khazraj, Quraisy, Parsi, dan Habsyi. Bakar al-Siddiq dibaiahkan melalui syura sebagai khalifah
– Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam pertama pada tahun 632 - 634 M. (11 - 13 H.).
dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik Isi-isi penting
masyarakat menjadi anggota masyarakat atau ummah yang
kuat tanpa mengira kaum, keturunan, dan tempat tinggal. Konsep khalifah
Persaudaraan adalah berlandaskan akidah dan keimanan kepada – Khalifah bermaksud pengganti. Ketua negara Islam berperanan
Allah SWT. menegakkan agama dan mentadbir kerajaan berpandukan al-
– Penekanan ini dapat mengelakkan perpecahan antara masyarakat Quran dan al-Hadis bagi kebaikan dunia dan akhirat.
Madinah. – Dalam sejarah pemerintahan Islam, gelaran khalifah hanya untuk
Kebebasan beragama pemerintah-pemerintah Islam.
– Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Proses pelantikan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
Yahudi dan penganut agama lain. – Terdapat tiga golongan bersaing, iaitu Bani Hashim, golongan
– Kebebasan ini diberikan kerana Islam menghormati kebebasan Muhajirin, dan golongan Ansar dengan hujah tersendiri.
beragama, iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu. – Sebaik sahaja berita kewafatan Nabi s.a.w. pada 8 Jun 632 M.
Ianya juga untuk menghindari permusuhan antara masyarakat. (12 Rabiul Awal 11 H.), golongan Ansar memilih Saad bin Abu
Di samping mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan Ubaidah sebagai khalifah dalam perhimpunan di Saqafah.
agama mereka di Madinah. – Perhimpuan tersebut tidak diketahui oleh keluarga Nabi
Menyatupadukan masyarakat Madinah Muhammad s.a.w. kerana menguruskan jenazah baginda di
– Masyarakat Madinah khususnya umat Islam dapat disatukan rumah Saidatina Aishah.
menerusi Piagam Madinah. – Dua orang penduduk Madinah, Awaim bin Saidah dan Man
– Piagam ini juga menitikberatkan hubungan baik antara bin Adi datang memberitahu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan
masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam seperti saling Saidina Umar al-Khattab.
hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya. – Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab ditemani oleh
– Melalui Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa Abu Ubaidah al-Jarrah, Usayd bin Hudayr, dan Zaid bin Thabit
masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi ke Saqafah.
jahiliah seperti mementingkan diri telah berubah dengan – Namun, keputusan belum dibuat kerana golongan Aus tidak
menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam. bersetuju.
Mewujudkan keadilan – Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencadangkan khalifah daripada
golongan Muhajirin. Hubab al-Mundhir mencadangkan supaya
– Bagi mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan berlaku melantik dua orang khalifah, seorang daripada golongan
dalam masyarakat Madinah, Piagam Madinah telah menetapkan Muhajirin dan seorang daripada golongan Ansar. Namun,
persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan, cadangan itu ditolak oleh Saidina Umar al-Khattab kerana
bangsa, dan kedudukan seperti antara golongan pemerintah memecah-belahkan umat Islam.
dengan golongan yang diperintah. Kekayaan dibahagikan sama
rata antara masyarakat untuk mengelakkan penindasan golongan – Saidina Abu Bakar al-Siddiq lebih terbuka bagi menenangkan
golongan Ansar dengan mengatakan, “kami adalah ketua (umara)
kaya ke atas golongan miskin.
– Setiap masyarakat juga bertanggungjawab untuk melaksanakan dan kamu pembantu”. Saad bin Ubaidah bersetuju.
keadilan berlandaskan ajaran Islam agar mereka sentiasa hidup – Saidina Umar al-Khattab mengangkat tangan Saidina Abu Bakar
al-Siddiq dan membaiahkannya. Ada riwayat lain menyatakan
dalam keadaan aman dan sejahtera.
– Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariah Islam ini sebelum itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina
Umar al-Khattab dan Abu Ubaidah al-Jarrah.
memberi hak dan kebaikan kepada mereka. Hal ini juga dapat
menghalang sebarang keburukan berlaku ke atas masyarakat – Kedua-duanya menolak dengan alasan Saidina Abu Bakar al-
Siddiq lebih layak.
tersebut.
– Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak – Dipersetujui oleh semua yang hadir di Saqafah kecuali Saidina Ali
Abu Talib dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
boleh bersikap zalim seperti menindas golongan yang lemah.
Mereka perlu memiliki sikap tolong-menolong antara satu sama Penutup
lain. – Saidina Abu Bakar al-Siddiq dipilih melalui syura dan dibaiahkan
Penutup oleh seluruh umat Islam.
– Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mewujudkan perpaduan – Khalifah Abu Bakar memerintah pada tahun 632 - 634 M. (11 -13
dalam satu ikatan politik dan agama. H.) sebagai khalifah pertama Khalifah al-Rasyidin.
– Membentuk sebuah negara Islam yang kuat dan dihormati oleh Soalan 4
negara luar di sekitar dan di Semenanjung Tanah Arab.
Pendahuluan
Soalan 3 – Permusuhan antara orang-orang Islam dengan Quraisy Makkah
Pendahuluan tidak berakhir selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Kota
– Aspek pemerintahan dan pentadbiran penting dalam Madinah, sebaliknya pertembungan kedua-dua pihak semakin
pemerintahan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. hebat yang mencetuskan beberapa siri peperangan seperti Perang
kerana baginda tidak meninggalkan wasiat siapa pengantinya. Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab.
– Namun, isyarat umum telah diberikan kepada siapa yang sesuai – Kemenangan Islam dalam Perang Badar meletakkan Nabi
330
06 Jawapan.indd 330 9/25/18 1:46 PM