The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-05-17 08:01:04

SKOR A UASA B. MELAYU KSSM Tingkatan 3 2024

Harga: WM - RM7.65 EM - RM7.95

Azahar Bahari Irsyad Khir Jamaludin KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik SKOR A TINGKATAN KSSM Berdasarkan Format UASA Terkini Set Dapat Dileraikan Jawapan Lengkap 6 Set Ujian Akhir Sesi Akademik ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF 3 BAHASA MELAYU [02]


KM1–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 SKOR Peratus Gred


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Kerajaan telah lesen radio pada tahun 1989 dan televisyen pada tahun 1999 meskipun hal itu mengurangkan pendapatan negara kira-kira RM42 juta. A menolak C meniadakan B menafikan D memansuhkan 2. Ibu bapa harus lebih akan sikap anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif yang dibawa oleh media sosial. A peka C risau B bimbang D prihatin Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya. 3. I Tubuh saya berasa segar setelah mendapat tidur yang cukup pada malam tadi. II Pasar raya itu menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dengan harga yang berpatutan. III Kerja itu mesti awak siapkan dengan segar kerana tarikh tutupnya sudah semakin dekat. IV Kemasukan pekerja asing perlu ditangani dengan segar agar tidak menimbulkan kesan negatif terhadap negara kita. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Kita haruslah sentiasa berwaspada sepanjang masa ketika di jalan raya kerana malang tidak berbau. II Nasib malang yang menimpa diri seseorang kadang-kadang berpunca daripada kecuaian diri. III Malang sungguh nasib pemuda itu kerana kehilangan wang simpanan dalam sekelip mata. IV Pada waktu malang, saya suka mengulang kaji pelajaran dengan rakan-rakan sekolah saya. Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Perjalanan kami sekeluarga ke bandar itu berjalan dengan lancar sekali berpandukan pada aplikasi navigasi satelit. A berpandukan aplikasi B berpandukan kepada aplikasi C berpandukan daripada aplikasi D berpandukan pada aplikasi 6. Para pekerja pembersihan kawasan itu melonggokkan timbunan-timbunan sampah di tepi jalan bagi memudahkan kerja mereka. A melonggokkan timbunan sampah-sampah B melonggokkan timbunan sampah C melonggokkan sampah-sampah yang bertimbun D melonggokkan timbunan-timbunan sampah Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Mereka akan berbincang tentang perkara itu bagi mencari jalan penyelesaiannya. II Pihak berkuasa akan memantau kes kemalangan di kawasan itu dari masa ke masa. III Setengah usahawan enggan membuat pinjaman wang bagi memulakan perniagaan mereka. IV Pemuda itu dan rakannya saling bersalamsalaman sebelum menaiki bas masingmasing.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Encik Musa suka membawa keluarganya berjalan-jalan di tepi pantai di hujung minggu. II Mereka mengcat bangunan lama itu semula dalam usaha mengekalkan bangunan yang mempunyai nilai sejarah. III Kasut bola baharu ini ayah saya belikan kerana mahu saya mengembangkan bakat dalam sukan tersebut. IV Majlis Perbandaran Teluk Intan akan melakukan kerja-kerja memperindah bandar itu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 9 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 9. Kami terpaksa menangguhkan lawatan ke kawasan tanah tinggi itu kerana masalah hujan lebat yang kerap turun pada masa ini. A Kami terpaksa membatalkan lawatan kerana masalah hujan lebat yang kerap turun pada masa ini di kawasan tanah tinggi itu. B Oleh sebab masalah hujan lebat yang kerap turun pada masa ini, mahu tidak mahu kami menangguhkan lawatan ke kawasan tanah tinggi itu. C Masalah hujan lebat yang kerap turun pada masa ini menyebabkan kami tidak dapat mengadakan lawatan ke kawasan tanah tinggi itu. D Pada masa ini, kami terpaksa membatalkan lawatan ke kawasan tanah tinggi itu kerana masalah hujan lebat. Soalan 10 Pilih peribahasa yang paling sesuai. 10. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa di atas ialah A bagaimana contoh begitulah gubahannya. B biduk lalu kiambang bertaut. C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. D bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. Baca bahan di bawah dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Soalan 11 – 15 berdasarkan bahan di bawah. Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarnya menguncup di perdu harap. Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Kijang yang Lelah Dipetik daripada Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 11. Berdasarkan sajak, rangkai kata pepohon batin akhirnya tumbang membawa maksud A tiba-tiba rebah. B menyerah kalah. C berasa amat kecewa. D semangat yang kuat menjadi lemah. 12. Bagaimanakah sikap Sang Kijang apabila menghadapi hari-hari yang semakin sukar dalam hidupnya? A Lemah dan tidak bersemangat B Kecewa dan bersikap menyerah C Terus tabah dan bersemangat D Bersikap seperti biasa dan tiada perubahan 13. Pengajaran yang diperoleh daripada keseluruhan sajak di atas ialah A kita haruslah bersabar dengan setiap ujian hidup. B kita janganlah mudah menyerah kalah dengan ujian hidup. C kita tidak harus menyalahkan pihak lain atas sesuatu perkara. D kita haruslah bersikap gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan. 14. Sebak menyentap dahan kalbu Berdasarkan baris sajak di atas, apakah peribahasa yang sesuai? A Bagai kaca terhempas ke batu B Bagai sirih pulang ke gagang C Bagai duri dalam daging D Bagai gergaji dua mata 15. Pernyataan yang benar berdasarkan petikan sajak di atas ialah A Sang Kijang reda dengan keadaan hidupnya. B Sang Kijang sedih akan keadaan habitatnya kini. C Sang Kijang berhasrat hendak berpindah ke hutan lain. D Sang Kijang menyalahkan manusia atas apaapa yang berlaku. Bahagian B [30 markah] 1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Satay Wak Samuri terkenal di negara kita kerana mempunyai banyak cawangan dan rasanya yang enak sekali. (ii) Kedai perabut itu menawarkan harga istimewa bersempena dengan musim perayaan yang akan menjelang tidak lama lagi. [2 markah] 2. Dalam setiap bahan di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kerajaan akan memperdalam longkang di bandar itu bagi mengelakkan banjir kilat dari berlaku.


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (ii) Mereka akan berbincang dari hati kepada hati bagi menyelesaikan masalah yang sudah lama berlarutan. [2 markah] 3. Baca arahan dengan telitinya dan jawab semua soalan yang diberikan. Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah. Kemudian, tulis jawapan pada ruang jawapan yang disediakan. (i) Kami belum menyiapkan lagi kerja itu walaupun waktu sudah suntuk. Subjek: Predikat: (ii) Ayah membeli kereta itu dengan menggunakan wang bonusnya. Subjek: Predikat: 4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai. Shahrul yatim piatu. Dia telah dipelihara dan dididik oleh keluarga Pak Majid dengan penuh kasih sayang dan sempurnanya. Setelah menamatkan pengajiannya, Shahrul mendapat pekerjaan yang baik di Kuala Lumpur. Sejak itu, dia mula sombong. Dia jarang pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga Pak Majid. (i) (ii) [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 5. Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. BAHAN 1 Bintang Dipetik daripada Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. BAHAN 2 Syair Anakku Engkaulah Bintang Wahai anakku dengarlah pesanan, Daripada ayah harapnya berkesan, Menjadi ingatan tiada berhabisan, Jadi pegangan secara berterusan. Wahai anakku engkaulah bintang, Rumah menjadi terang-benderang, Akhlak baik hendaklah dipegang, Menjadi amalan pagi dan petang. Ayuh perkukuh jati dirimu anak, Agar kuatlah kauhadapi onak, Walau cabaran sebesar ombak, Semangat tinggi harus kaupasak. Pergilah engkau merantau jauh, Menuntut ilmu janganlah jenuh, Semangat kuat sentiasa penuh, Sikap malas cepatlah kaubunuh. Pulang kaunanti bawa kejayaan, Jadi bintang menjadi kebanggaan, Kami gembira kejayaan ditumpang, Kejayaanmu kelak jadi perangsang. Azahar bin Bahari Pusat Pendidikan Ilham Bestari, Teluk Intan. (i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah persamaan mengenai peranan anak kepada ibu bapanya? [3 markah] (ii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam bahan 2. [3 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (iii) Pada masa ini, remaja menghadapi pelbagai cabaran seperti cabaran Internet dan pengaruh rakan sebaya. Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat mengatasi cabaran tersebut? [4 markah] 6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar (ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim (iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya (iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah Tema merupakan persoalan pokok yang terdapat dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan tema yang diberikan. Ketabahan seorang atlet dalam menghadapi rintangan dan cabaran sebelum bergelar juara Justeru Impian di Jaring Kegigihan remaja menghadapi cabaran dan rintangan hidup Tawanan Komander Caucasus Kegigihan remaja berusaha untuk memulihkan perniagaan keluarga Hempasan Ombak Kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan Chot [10 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menangani pemanasan global. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pemanasan global telah memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan manusia kini. Antara kesannya ialah kehidupan manusia semakin sengsara dengan suhu yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Langkah yang perlu diambil oleh masyarakat dunia ialah kita perlu melipatgandakan usaha untuk menanam pokok kerana pokok mampu menyerap haba panas. Selain itu, masyarakat juga harus mengurangkan sebarang aktiviti yang menyebabkan pelepasan klorofluorokarbon. Klorofluorokarbon merupakan bahan yang menyebabkan lapisan ozon di atmosfera menjadi semakin nipis yang gagal membendung penembusan cahaya lembayung ungu yang dipancarkan oleh matahari. Malahan, masyarakat juga kini semakin rancak menggunakan kenderaan yang dijanakan oleh kuasa elektrik kerana kenderaan elektrik kurang membebaskan karbon monoksida yang turut menjadi punca penipisan lapisan ozon. Tambahan lagi, masyarakat kini juga kurang melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka dikenal pasti sebagai punca alam menjadi semakin panas. Seterusnya, pemanasan global dapat ditangani dengan mengurangkan pembinaan bangunan konkrit yang berdindingkan kaca. Pada peringkat dunia pula, semua negara bersetuju untuk memperkasakan kempen menangani pemanasan global. Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini tidak dapat ditangani secara bersendirian oleh sesebuah negara. [15 markah]


KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 3 SKOR Peratus Gred


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Amalan Kitar Semula amalan kitar semula – mengurangkan longgokan sampah – mengurangkan kemusnahan sumber alam – membina masyarakat prihatin – kesedaran harus ditingkatkan – kempen melalui media massa dan media sosial – masyarakat lebih prihatin – membudayakan amalan kitar semula [10 markah]


KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan telitinya. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. PENDIDIKAN NEGARA KITA SEKOLAH DALAM TAMAN GURU BERKUALITI KEMUDAHAN BERTARAF MODEN AKTIF DALAM KOKURIKULUM 1. Sebagai murid, sudah pasti anda ingin belajar di sekolah idaman anda. Huraikan ciri-ciri sekolah idaman anda. 2. Seorang sahabat pena anda yang tinggal di luar negara akan berpindah ke negara ini kerana mengikut bapanya yang bertugas di negara ini. Sahabat anda itu ingin mengetahui kelebihan belajar di sekolah menengah kebangsaan. Balas surat tersebut dengan selengkapnya. 3. Saban tahun kerajaan memperuntukkan belanjawan yang besar untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Hal ini amat penting untuk melahirkan insan yang berpendidikan tinggi dan berakhlak mulia. Huraikan cara-cara yang anda lakukan untuk menyokong hasrat kerajaan itu.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kertas Model UASA 1 [30 markah]


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS MODEL 1 Kertas 1 Bahagian A 1. D: Pilihan jawapan D, iaitu memansuhkan tepat kerana perkataan ini membawa maksud membatalkan atau menghapuskan. 2. A: Pilihan jawapan A, iaitu peka tepat kerana perkataan ini bermaksud sensitif atau menyedari dengan sesungguhnya. 3. A: Penggunaan kata segar bagi ayat III dan IV sepatutnya diganti dengan perkataan segera. 4. C: Penggunaan kata malang bagi ayat IV sepatutnya diganti dengan perkataan malam. 5. A: Frasa kerja berpandukan pada aplikasi salah. Perkataan berpandukan merupakan kata kerja aktif tak transitif yang memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud kata kerja tersebut. Dalam ayat ini, pelengkap bagi kata kerja aktif tak transitif berpandukan ialah aplikasi. 6. B: Kata timbunan tidak perlu digandakan untuk membawa maksud jumlah yang banyak. 7. A: Kata bilangan setengah dalam ayat III salah. Kata bilangan yang tepat ialah sesetengah untuk menunjukkan maksud beberapa. Dalam ayat IV, perkataan saling merujuk maksud berbalas-balas antara dua pihak manakala perkataan bersalam-salaman juga merujuk perbuatan berbalas-balas salam antara beberapa orang. Oleh itu, kata saling bersalam-salaman salah kerana menyebabkan pertindihan maksud. 8. B: Penggunaan kata sendi nama di dalam ayat I salah kerana digunakan untuk menunjukkan maksud waktu sedangkan kata sendi yang tepat untuk menunjukkan waktu ialah pada. Ejaan mengcat dalam ayat II sepatutnya mengecat. 9. B: Jawapan ini paling sesuai bagi menyatakan ayat yang sama maksud serta menepati konteks ayat dalam soalan tersebut. 10. A: Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan bagaimana contoh begitulah gubahannya bermaksud anak mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. 11. D: Maksud rangkai kata pepohon batin akhirnya tumbang ialah semangat yang kuat menjadi lemah. 12. C: Jawapan ini diperoleh daripada perenggan terakhir sajak. 13. B: Maklumat ini diperoleh daripada perenggan terakhir sajak. 14. A: Peribahasa bagai kaca terhempas ke batu merujuk maksud sangat sedih. 15. A: Hanya pernyataan Sang Kijang reda dengan keadaan hidupnya benar berdasarkan sajak tersebut. Bahagian B 1. (i) Satay – Sate (ii) perabut – perabot 2. (i) dari – daripada (ii) kepada – ke 3. (i) Subjek: kami Predikat: belum menyiapkan lagi kerja itu walaupun waktu sudah suntuk (ii) Subjek: ayah Predikat: membeli kereta itu dengan menggunakan wang bonusnya 4. (i) umpama menatang minyak yang penuh (ii) seperti kacang lupakan kulit 5. Kriteria bagi soalan 3 markah Markah Kriteria 3 markah Isi cukup/ lengkap dan ayat gramatis 2 markah • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1 markah • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis (i) • persamaan – anak sangat bermakna kepada ibu bapa • anak membawa kebahagiaan kepada ibu bapa Persamaan peranan anak kepada ibu bapa berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 ialah anak sangat bermakna kepada ibu bapa. Selain itu, anak membawa kebahagiaan kepada ibu bapa. [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan bahan 1 dan bahan 2] JAWAPAN


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 (ii) • hemah tinggi – sikap anak yang berakhlak mulia dapat membawa kejayaan dalam hidupnya • berdikari – anak mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya Satu nilai yang terdapat dalam bahan 2 ialah hemah tinggi. Sikap anak yang berakhlak mulia dapat membawa kejayaan dalam hidupnya. Selain itu, terdapat nilai berdikari. Anak mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjaya. [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan syair bahan 2.] Kriteria bagi soalan 4 markah Markah Kriteria 4 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis 3 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis 2 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis 1 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis Isi cukup: 2 isi daripada isi yang dicadangkan atau isi-isi lain yang relevan (iii) • berdisiplin semasa menggunakan Internet – mengehadkan masa tertentu – supaya tidak hilang fokus untuk belajar • mempunyai jati diri yang kukuh – tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif terutama pengaruh rakan sebaya Pada pendapat saya, remaja dapat mengatasi pelbagai cabaran seperti cabaran Internet dengan berdisiplin semasa menggunakan Internet. Remaja hendaklah mengehadkan masa tertentu untuk menggunakan Internet supaya tidak hilang fokus untuk belajar. Selain itu, remaja haruslah mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif terutama pengaruh rakan sebaya. [Jawapan lain yang relevan boleh diterima.] 6. Pembahagian Markah Perincian Markah Isi 6 markah Bahasa 4 markah Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 4 markah • Bahasa baik dan lancar • Ayat gramatis • Ejaan dan tanda baca yang betul Baik 2 – 3 markah • Bahasa baik dan masih lancar • Ayat gramatis • Ejaan dan tanda baca yang betul Kurang Memuaskan 1 markah • Bahasa masih baik dan masih lancar • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara (i) Justeru Impian di Jaring tema – ketabahan seorang atlet badminton dalam menghadapi rintangan dan cabaran sebelum bergelar juara • pada awal penyertaannya dalam sukan badminton, Syahir tidak mendapat sokongan ayahnya meskipun dinobatkan sebagai johan peringkat negeri – kategori perseorangan bawah 15 tahun – ayahnya mematahkan raket – menghempas piala yang dimenanginya – ingin mengendurkan semangat Syahir – tidak lemah semangat untuk terus aktif dalam sukan yang diminatinya itu • sering bersabar apabila menghadapi sindiran Engku Aiman dan kerenah Syed Amiri yang tidak menyukainya – tidak membalas perbuatan mereka – fokus terhadap latihan badminton • serba salah untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta, Indonesia kerana ibunya dirawat di Hospital Universiti akibat menghidap strok – menumpukan perhatian sehingga bergelar juara Tema novel Justeru Impian di Jaring ialah ketabahan seorang atlet badminton dalam menghadapi rintangan dan cabaran sebelum bergelar juara. Antara peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut ialah Syahir tabah ketika berhadapan dengan tentangan ayahnya pada awal penyertaannya dalam sukan badminton. Ketika dinobatkan sebagai johan peringkat negeri kategori perseorangan bawah 15 tahun, ayahnya mematahkan raket dan


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Jawapan J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. menghempas piala yang dimenanginya kerana ingin mengendurkan semangat Syahir. Namun demikian, Syahir tidak lemah semangat untuk terus aktif dalam sukan yang diminatinya itu. Selain itu, Syahir sering bersabar apabila menghadapi sindiran Engku Aiman dan kerenah Syed Amiri yang tidak menyukainya. Syahir tidak membalas perbuatan mereka, sebaliknya menumpukan fokus terhadap latihan badminton seperti yang dinasihatkan oleh jurulatihnya, Haji Marzuki. Akhir sekali, Syahir tabah mengharungi cabaran ketika menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta, Indonesia apabila mendapat tahu bahawa ibunya dirawat di Hospital Universiti akibat menghidap strok. Syahir mengetepikan perasaannya, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlawanan tersebut sehingga akhirnya bergelar juara. (ii) Hempasan Ombak tema – kegigihan remaja berusaha untuk memulihkan perniagaan keluarga • berusaha untuk mengatasi bebanan hutang Syarikat Batik Nusantara – menjual van dan lori syarikat – menggadaikan tanah dan emas milik ibunya • cekal menghadapi ancaman pesaingnya – terutama Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali – melaporkan kejadian kebakaran bengkel batiknya yang didalangi oleh Mukhtar kepada pihak polis • berusaha untuk menambahkan ilmu perniagaan – baru berusia 19 tahun – berjumpa dengan Mokhsein, pemilik Syarikat Nadi Zaman – menyusun strategi perniagaan bersama-sama Tema novel Hempasan Ombak ialah kegigihan remaja berusaha untuk memulihkan perniagaan keluarga. Antara peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut ialah Farid berusaha untuk mengatasi bebanan hutang Syarikat Batik Nusantara milik arwah ayahnya. Dia terpaksa menjual van dan lori syarikat serta menggadaikan tanah dan emas milik ibunya untuk melangsaikan hutang. Selain itu, Farid cekal menghadapi ancaman pesaingnya, terutama Mukhtar, iaitu pemilik Syarikat Batik Rajawali. Farid melaporkan kejadian kebakaran bengkel batiknya yang didalangi oleh Mukhtar kepada pihak polis. Akhir sekali, Farid berusaha untuk menambahkan ilmu perniagaan. Oleh sebab dia baru berusia 19 tahun, Farid berjumpa dengan Mokhsein, iaitu pemilik Syarikat Nadi Zaman. Muksein yang juga bekas pekerja ayah Farid membantu Farid untuk menyusun strategi perniagaan bersama-sama. (iii) Tawanan Komander Caucasus tema – kegigihan remaja menghadapi cabaran dan rintangan hidup • berusaha untuk melepaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus – dalam keadaan huru-hara, Farhani bersama Kim Yong segera melarikan diri dengan bantuan Bara dan Dara Bintik • Farhani, Kim Yong, Dara Merah, dan kunangkunang berusaha untuk membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath, dan Wei yang telah dipenjarakan oleh Komander Caucasus • Farhani dan keempat-empat orang rakannya berusaha sedaya upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing – dengan bantuan Dara Merah, selamat pulang Tema novel Tawanan Komander Caucasus ialah kegigihan remaja menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Antara peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut ialah Farhani berusaha untuk melepaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus. Dalam keadaan huru-hara, Farhani bersama Kim Yong segera melarikan diri dengan bantuan Bara dan Dara Bintik. Selain itu, Farhani tabah menghadapi rintangan untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera, Bara, dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath, dan Wei yang telah dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani mengatur strategi bersama Kim Yong, Dara Merah, dan kunang-kunang. Akhir sekali, Farhani dan keempat-empat orang rakannya berusaha sedaya upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Dengan bantuan Dara Merah, mereka berjaya keluar dari alam kumbang dan selamat pulang ke rumah masing-masing. (iv) Chot tema – kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan • Alias menjaga dan menyara ibunya yang lumpuh dengan penuh kasih sayang – mengambil upah mengait buah kelapa menggunakan beruknya, Chot untuk membeli makanan dan ubat-ubatan • Alias sangat menyayangi beruknya, Chot – mencari Chot di sekeliling kampung apabila Chot hilang walaupun menyedari dia sudah lewat ke sekolah • haiwan juga menyayangi manusia – Chot amat menyayangi Alias – ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu mengapa-apakan Alias – menerkam dan menggigit lengan guru itu


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4 Tema novel Chot ialah kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan. Antara peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut ialah Alias menjaga dan menyara ibunya yang lumpuh dengan penuh kasih sayang. Alias mengambil upah mengait buah kelapa menggunakan beruknya, Chot untuk membeli makanan dan ubat-ubatan. Selain itu, Alias sangat menyayangi beruknya, Chot. Dia mencari Chot di sekeliling kampung apabila Chot hilang walaupun menyedari dia sudah lewat ke sekolah. Akhir sekali, haiwan juga menyayangi manusia. Chot amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu mengapa-apakan Alias lalu menerkam dan menggigit lengan guru itu. Bahagian C Markah Isi: 10 markah Bilangan Isi Markah 5 10 4 8 3 6 2 4 1 2 Markah Bahasa: 5 markah • Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan • Bahasa dinilai secara gambaran keseluruhan • Kriteria pemeringkatan markah: Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 4 – 5 • Bahasa baik dan lancar • Menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis • Penanda wacana sesuai • Ejaan dan tanda baca betul Baik 2 – 3 • Bahasa baik dan lancar • Masih berupaya untuk menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis • Penanda wacana masih sesuai • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Memuaskan 1 • Bahasa kurang lancar • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan, dan tanda baca • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Pemanasan global dapat ditangani dengan cara kita melipatgandakan usaha untuk menanam pokok kerana pokok mampu menyerap haba panas. Selain itu, masyarakat juga harus mengurangkan sebarang aktiviti yang menyebabkan pelepasan klorofluorokarbon. Malahan, penggunaan kereta elektrik perlu disokong kerana kurang membebaskan karbon monoksida. Seterusnya, aktiviti pembakaran terbuka haruslah dihentikan sama sekali. Di samping itu, pembinaan bangunan konkrit yang berdindingkan kaca juga patut dikurangkan. Akhir sekali, negara-negara di dunia bersetuju untuk memperkasa kempen bagi menangani pemanasan global. Kertas 2 Bahagian A Amalan kitar semula di negara kita masih kurang dipraktikkan walaupun amalan ini banyak kebaikannya. Antara faedahnya, amalan kitar semula dapat mengurangkan longgokan sampah. Malahan, amalan kitar semula juga dapat mengurangkan kemusnahan sumber alam. Contohnya, kita dapat mengurangkan aktiviti menebang pokok untuk menghasilkan kertas. Seterusnya, amalan kitar semula mampu membina masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar. Tuntasnya, banyak kebaikan yang diperoleh melalui amalan ini. Oleh itu, kesedaran masyarakat haruslah ditingkatkan menerusi kempen melalui media massa dan media sosial. Impaknya, masyarakat akan terbuka hati untuk membudayakan amalan kitar semula. Bahagian B 1. Format: Umum (Fakta) Kehendak soalan (i) Murid diminta untuk menghuraikan ciri-ciri sekolah idaman murid. (ii) Murid boleh menggunakan bahan dan maklumat yang diberikan sebagai panduan menulis. Selain itu, murid boleh juga menulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian murid. Pendahuluan: sekolah institusi penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sahsiah – sekolah perlu menjadi tempat idaman murid-murid


Bahasa Melayu Tingkatan 3 Jawapan J5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Isi-isi penting: (i) ciri sekolah idaman saya – murid yang pelbagai kaum – memiliki sikap saling menghormati dan bertoleransi – pada masa yang sama, semua murid saling bekerjasama untuk mencapai kejayaan (ii) sekolah dalam taman – mempunyai banyak pokok yang menghijau – menimbulkan kesegaran – mampu memberi impak positif (iii) sekolah yang memiliki kemudahan asas bertaraf moden – bilik kelas dilengkapi dengan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), perpustakaan yang moden, dan kantin yang menyediakan makanan berkualiti dan berkhasiat (iv) guru-guru yang penyayang – bersikap prihatin kepada murid – tekun dan komited dalam membangunkan potensi diri murid Penutup: saya berharap agar saya dapat bersekolah di sekolah yang mempunyai ciri-ciri idaman saya – perkara ini tidak mustahil 2. Format: Khusus (Surat kiriman tidak rasmi) Kehendak soalan (i) Murid diminta untuk menulis sepucuk surat tidak rasmi kepada seorang sahabat pena yang tinggal di luar negara untuk membalas persoalannya tentang kelebihan belajar di sekolah menengah kebangsaan. (ii) Murid boleh menggunakan bahan dan maklumat yang diberikan sebagai panduan menulis. Selain itu, murid boleh juga menulis surat tersebut berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Pendahuluan: alamat pengirim – tarikh – kata penghadapan – bertanyakan khabar sahabat – berharap agar sahabat berada dalam keadaan sihat – berasa gembira kerana sahabat akan berpindah ke sekolah di negara ini Isi-isi penting: (i) guru yang berkualiti dan mahir dalam subjek yang diajar – lulusan universiti – terlatih dalam bidang pendidikan – komited terhadap tugas – sanggup berkorban untuk kejayaan murid (ii) mempunyai fasiliti yang baik – bilik kelas selesa – dilengkapi kipas – sesetengah kelas dipasang pendingin hawa – tandas bersih – kantin luas dan menyediakan pelbagai jenis juadah (iii) silibus yang memenuhi keperluan pendidikan masa ini – bagi melahirkan murid yang berketerampilan dalam bidang akademik dan kokurikulum (iv) menyatupadukan penduduk pelbagai kaum – tidak bersikap perkauman, sebaliknya berusaha untuk melahirkan penduduk yang bersatu padu sejak bangku sekolah Penutup: banyak kebaikan yang diperoleh apabila belajar di sekolah menengah kebangsaan – berharap agar sahabat berpuas hati dengan penerangan 3. Format: Umum (Fakta) Kehendak soalan (i) Murid diminta untuk menghuraikan cara-cara yang dilakukan oleh murid untuk menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita serta melahirkan insan yang berpendidikan tinggi dan berakhlak mulia dengan memperuntukkan belanjawan yang besar. (ii) Murid boleh menggunakan bahan dan maklumat yang diberikan sebagai panduan menulis. Selain itu, murid boleh juga menulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian murid. Pendahuluan: kerajaan mengeluarkan belanjawan yang besar untuk meningkatkan mutu pendidikan negara – hal ini menunjukkan bidang pendidikan amat penting untuk melahirkan modal insan yang berkualiti – saya sebagai modal insan negara pada masa depan haruslah bersikap proaktif untuk menyokong usaha kerajaan Isi-isi penting: (i) saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh – melengkapkan diri dengan ilmu akademik – saya akan menyambung pelajaran pada peringkat tertinggi agar dapat menyumbangkan idea dan kepakaran saya (ii) saya akan aktif dalam kegiatan kokurikulum – dapat mengembangkan potensi diri saya – sebagai pelengkap keterampilan diri – agar saya mampu berucap dengan baiknya, memiliki keyakinan diri yang tinggi, dan dapat bekerjasama dengan baiknya untuk menjayakan matlamat organisasi (iii) saya akan memperkukuh jati diri – berpegang teguh pada ajaran agama – tidak mudah tunduk kepada pengaruh liberalisasi, hedonisme, dan apa-apa pengaruh negatif yang datang dari luar (iv) saya menjadi pendukung kuat kepada perpaduan kaum – saya menjalinkan hubungan yang baik dengan murid kaum lain – membina semangat kerjasama berpasukan demi kejayaan sekolah dan kejayaan negara pada masa hadapan Penutup: murid antara pihak yang berperanan penting untuk menjayakan agenda pendidikan negara – saya akan menggunakan seluruh kudrat saya untuk menyokong usaha kerajaan


KERTAS MODEL SKOR A Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. WC233014 Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: 1 2 3 BAHASA MELAYU ENGLISH SAINS | SCIENCE MATEMATIK | MATHEMATICS ASAS SAINS KOMPUTER SEJARAH GEOGRAFI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM WC233014 ISBN: 978-629-470-609-5 SUBJEK/ TINGKATAN TINGKATAN UASA 3 KSSM Ujian Akhir Sesi Akademik PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Tingkatan 3 SKOR A KERTAS MODEL UASA BAHASA MELAYU SKOR A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan model pentaksiran PBD sumatif yang mempersiapkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik! BAHASA MELAYU W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95 PERKARA KERTAS 1 (02/1): UJIAN BERTULIS (PEMAHAMAN) KERTAS 2 (02/2): UJIAN BERTULIS (PENULISAN) Bilangan soalan Bahagian A • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (10 soalan OAP) • Pemahaman Petikan (5 soalan OAP) Bahagian B • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (4 soalan OPB) • Pemahaman Petikan (3 soalan SRT) • Novel: KOMSAS (1 soalan SRT) Bahagian C • Pemindahan Maklumat (1 soalan SRT) - Ringkasan (Ting 1) - Ringkasan/Rumusan (Ting 2) - Ringkasan/Ulasan (Ting 3) Bahagian A • Karangan (1 soalan SRT) Bahagian B • Karangan (3 soalan SRTb) (Jawab 1 soalan sahaja) Jumlah markah Bahagian A: 15 Bahagian B: 30 Bahagian C: 15 Jumlah: 60 markah Bahagian A: 10 Bahagian B: 30 Jumlah: 40 markah Tempoh ujian 1 jam 30 minit 1 jam [02]


Click to View FlipBook Version