The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-11 03:39:47

Focus KSSR 2024 Sains Tahun 4

Harga - WM: RM15.95 EM: RM15.95

PELANGI BESTSELLER Sains RESOS DIGITAL PERCUMA UASA INFO VIDEO KUIZ GAMIFIKASI BANK SOALAN 4 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN • Ong Lay Tin • Suwaibah Borahan • Mohamed Abaidi bin Mohamed Noh


CIRI-CIRI EKSKLUSIF Bank Soalan UASA (kod QR) Soalan-soalan yang merangkumi Bahagian A, B dan C berformat UASA dan meliputi setiap unit. Fokus Unit Senarai Standard Pembelajaran dalam DSKP dan persembahan grafik yang merumuskan kandungan bagi sesuatu unit. Sains Tahun 4 Unit 4 Tumbuh-tumbuhan Unit 4 37 Tumbuhan Bergerak Balas terhadap Rangsangan 4.1 Gerak Balas Tumbuh-tumbuhan 1. Semua hidupan termasuk tumbuhtumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan. 2. Tumbuh-tumbuhan mempunyai cara yang tersendiri untuk bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan. 3. Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan ialah akar, pucuk, daun dan bunga. 4. Air, graviti, cahaya dan sentuhan ialah jenis-jenis rangsangan yang menyebabkan gerak balas sesuatu tumbuhan. Rangsangan tumbuhan Cahaya Sentuhan Air Graviti Jenis rangsangan tumbuh-tumbuhan Gerak Balas terhadap Air 1. Akar tumbuh-tumbuhan bergerak balas terhadap air. 2. Akar tumbuh ke arah sumber air. Mari Siasat Tujuan: Mengkaji gerak balas akar terhadap air Hipotesis: Akar bergerak balas terhadap air. Pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah dimanipulasi: Kehadiran air (b) Pemboleh ubah bergerak balas: Arah pertumbuhan akar (c) Pemboleh ubah malar: Jenis tumbuh-tumbuhan Alat dan bahan: Pasu, tanah, air dan anak benih keembung Kaedah: 1. Sebatang anak benih keembung ditanam lurus di dalam tanah. 2. Tanah di satu bahagian sisi pasu dilembapkan dengan air setiap hari selama tujuh hari. 3. Pertumbuhan akar anak benih keembung diperhatikan. 4. Pemerhatian pada hari ketujuh direkodkan dalam bentuk lakaran. Awal eksperimen Akar tumbuh ke arah air i-THINK Peta Buih Nota Nota dalam bentuk poin berangka, jadual, rajah, dan peta i-THINK untuk memudahkan murid mengulang kaji pelajaran. Info Ekstra Informasi yang berkenaan dengan teks untuk merangsang pemikiran murid. Mari Siasat Aktiviti atau eksperimen untuk murid lebih memahami dan mengaplikasikan kemahiran proses sains. Sains Tahun 4 Unit 7 Tenaga Unit 7 82 Bahagian C 1. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis sumber tenaga. (a) Tuliskan dua kebaikan menggunakan sumber tenaga tersebut. (i) (ii) [2 markah] (b) Penggunaan sumber tenaga di atas adalah sangat digalakkan. Berikan satu contoh situasi yang menggunakan sumber tenaga tersebut. Mengaplikasi KBAT [1 markah] (c) Dihasilkan di dalam perut Bumi dan mengambil masa yang lama untuk terbentuk. (i) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah sumber tenaga yang dimaksudkan? [1 markah] (ii) Berikan alasan kamu mengapa sumber tenaga yang dinyatakan di 1(c)(i) perlu digunakan secara berhemat. Menganalisis KBAT [1 markah] (d) Nyatakan dua sumber tenaga lain yang sama jenis dengan sumber tenaga dalam 1(c)(i). [2 markah] (e) Berikan satu contoh alat pengangkutan yang menggunakan sumber tenaga dalam 1(c)(i). [1 markah] Kuiz Gamifikasi 3 Unit 5 – 7 Kuiz Gamifikasi (kod QR) Kuiz didik hibur yang boleh dijawab secara dalam talian (online). ii Unit 5 5 Sifat Cahaya UNIT Tema 3 : Sains Fizikal Cahaya bergerak lurus Dihalang oleh objek legap dan lut cahaya Pembentukan bayang-bayang Sifat Cahaya Cahaya boleh dipantulkan Periskop Cermin cembung Cermin sisi kereta Kaleidoskop Cermin pergigian Digunakan pada Cahaya boleh dibiaskan Teleskop Kanta tangan Mikroskop Digunakan pada Selepas mempelajari unit ini, anda dapat: 5.1 Mengetahui cahaya bergerak lurus 5.2 Memahami cahaya boleh dipantulkan 5.3 Memahami cahaya boleh dibiaskan Fokus Unit 46 Sains Tahun 4 Unit 7 Tenaga Unit 7 74 Sumber dan Bentuk Tenaga 7.1 Tenaga dan Sumbernya 1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. 2. Tenaga adalah penting dalam kehidupan kita. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan tenaga bagi pelbagai tujuan. 3. Manusia dan haiwan memerlukan tenaga untuk bergerak manakala tumbuhan memerlukan tenaga daripada cahaya matahari untuk membuat makanan. 4. Benda bukan hidup juga memerlukan tenaga untuk berfungsi. Sebagai contohnya, kereta memerlukan minyak petrol untuk bergerak dan televisyen memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. 5. Kita boleh mendapat tenaga daripada pelbagai sumber, iaitu: Sumber tenaga Matahari Angin Air Biojisim Nuklear Bahan api fosil Ombak Matahari (a) Matahari merupakan sumber tenaga utama bagi Bumi. Matahari membekalkan cahaya dan haba bagi membolehkan hidupan terus hidup di Bumi. (b) Elektrik boleh dijana daripada cahaya matahari melalui panel suria. Peta Buih i-THINK (c) Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. Cahaya matahari Info Ekstra Tenaga yang tersimpan di dalam tumbuhtumbuhan dipindahkan kepada manusia dan haiwan yang memakannya. Tenaga yang diperoleh itu digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti harian seperti berjalan, berlari, bekerja dan bermain. Angin (a) Angin adalah udara yang bergerak. (b) Angin boleh membuatkan objek bergerak. (c) Tenaga angin digunakan untuk menggerakkan kincir angin dan menjana tenaga elektrik. Kapal layar digerakkan oleh angin KANDUNGAN 1 Kemahiran Saintifik UNIT 1 1.1 Kemahiran Proses Sains 2 Praktis UASA 1 11 2 Manusia UNIT 13 2.1 Pernafasan Manusia 14 2.2 Perkumuhan dan Penyahtinjaan 17 2.3 Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan 18 Praktis UASA 2 21 3 Haiwan UNIT 24 3.1 Organ Pernafasan Haiwan 25 3.2 Haiwan Vertebrata 28 Praktis UASA 3 33 4 Tumbuh-tumbuhan UNIT 36 4.1 Tumbuhan Bergerak Balas terhadap Rangsangan 37 4.2 Fotosintesis 42 Praktis UASA 4 44 5 Sifat Cahaya UNIT 46 5.1 Cahaya Bergerak Lurus 47 5.2 Pantulan Cahaya 55 5.3 Pembiasan Cahaya 57 Praktis UASA 5 59 6 Bunyi UNIT 64 6.1 Getaran dan Bunyi 65 Praktis UASA 6 71 7 Tenaga UNIT 73 7.1 Sumber dan Bentuk Tenaga 74 7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui 79 Praktis UASA 7 81 8 Bahan UNIT 83 8.1 Sumber Asas Bahan 84 8.2 Sifat Bahan 89 Praktis UASA 8 98 9 Bumi UNIT 100 9.1 Graviti Bumi 101 9.2 Putaran dan Peredaran Bumi 101 Praktis UASA 9 105 10 Mesin UNIT 108 10.1 Tuas 109 10.2 Mesin Ringkas dan Mesin Kompleks 111 Praktis UASA 10 117 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 121 Jawapan 129 https://qr.pelangibooks. com/?u=C98Mydxe Bank Soalan UASA iv i-THINK Fakta penting yang dipersembahkan dalam bentuk peta pemikiran.


Sains Tahun 4 Jawapan JAWAPAN Praktis Formatif 2.1 1. Hidung, trakea dan peparu 2. Semasa menarik nafas, dada naik dan mengembang. Semasa menghembus nafas, dada turun dan mengempis. Aplikasi Harian Makanan yang seimbang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sistem pencernaan manusia. Praktis Formatif 2.2 1. Proses menyingkirkan bahan buangan daripada badan. 2. Karbon dioksida, air kencing, wap air dan peluh. 3. Proses penyingkiran tinja melalui dubur. 4. • Mengekalkan kesihatan • Mengekalkan kepekatan darah dalam badan manusia • Mengawal suhu badan manusia Praktis Formatif 2.3 1. Mata, hidung, telinga, lidah dan kulit 2. Cahaya, bau, bunyi, rasa dan sentuhan 3. Untuk melindungi diri daripada bahaya Praktis UASA 2 Bahagian A 1. B 2. C 3. B 4. C 5. C 6. D 7. B 8. C Bahagian B 1. (a) (i) Kulit – Peluh (ii) Ginjal – Air kencing (b) (i) Trakea (ii) Peparu Bahagian C 1. (a) 1. Bilangan pesakit kanser peparu 2. Tahun TEMA 1: INKUIRI DALAM SAINS 1 Kemahiran Saintifik UNIT Praktis Formatif 1.1 1. Memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. 2. Mata, hidung, telinga, lidah, kulit. 3. (a) Berkomunikasi (b) Membuat hipotesis 4. 40 ml 5. Meningkat Praktis UASA 1 Bahagian A 1. B 2. B 3. D 4. D 5. D 6. C Bahagian B 1. (a) (i) Telinga (ii) Lidah (b) (ii) dan (iv) Bahagian C 1. (a) Menyiasat hubungan antara berat kain kapas dengan isi padu air yang diserap (b) Kain kapas yang mempunyai berat 30 g paling banyak menyerap air kerana kain itu paling tebal. (c) 1. Berat kain kapas 2. Isi padu air yang diserap (d) 10 ml (e) Semakin bertambah berat kain kapas, semakin bertambah isi padu air yang diserap. TEMA 2: SAINS HAYAT 2 Manusia UNIT Aplikasi Harian Tubuh badan lebih sihat dan kuat. (b) Meningkat, menurun, meningkat (c) (i) 10 / menurun (ii) Pesakit mendapat kanser peparu berkemungkinan daripada udara yang tercemar sahaja. (d) (i) Liang peluh (ii) Peluh (iii) Kadar pernafasan ialah pergerakan turun naik dada dalam masa 1 minit. 3 Haiwan UNIT Praktis Formatif 3.1 1. Penyu dan paus 2. Burung dan gajah 3. Udang dan ketam 4. Cacing dan lintah Praktis Formatif 3.2 1. Vertebrata ialah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. 2. Mamalia Lembu Zirafah Harimau Ikan Ikan emas Ikan talapia Ikan jerung Vertebrata Reptilia Cicak Buaya Biawak Katak Kodok Salamander Amfibia Burung Gagak Helang Burung unta 129 Praktis Formatif Soalan ringkas dan soalan KBAT yang berfungsi untuk menguji kefahaman murid terhadap subtopik yang dipelajari. Aplikasi Harian Soalan atau aktiviti yang dicadangkan untuk merangsang pemikiran murid. Jawapan Jawapan lengkap bagi Praktis Formatif dan Praktis UASA untuk memudahkan murid membuat semakan. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Soalan digubal untuk memenuhi keperluan format UASA terkini yang merangkumi Unit 1 sehingga Unit 10. Sains Tahun 4 Unit 7 Tenaga Unit 7 79 Aplikasi Harian Bincangkan contoh-contoh perubahan tenaga dalam alat-alat yang terdapat di rumah kamu. Praktis Formatif 7.1 1. Nyatakan sumber bagi jenis tenaga yang berikut: (a) Tenaga haba (c) Tenaga elektrik (b) Tenaga kimia 2. Nyatakan jenis tenaga yang terdapat pada objek di bawah. (a) Getah yang diregang (b) Bas yang sedang bergerak (c) Sebatang lilin 3. Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam situasi berikut: (a) (b) Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui 7.2 1. Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu: (a) Sumber tenaga boleh dibaharui (b) Sumber tenaga tidak boleh dibaharui 2. Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan. 3. Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana semula. i-THINK Peta Pokok Matahari Angin Biojisim Ombak Air Gas asli Arang batu Petroleum Bahan nuklear Boleh dibaharui Sumber tenaga Tidak boleh dibaharui 4. Minyak petrol dan bahan yang terhasil daripada petroleum merupakan sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui. Hal ini kerana petroleum memerlukan proses yang terlalu lama untuk dihasilkan melalui alam semula jadi. 5. Biojisim merupakan sumber tenaga yang boleh dijana daripada pereputan benda-benda hidup secara berterusan. Contohnya, tandan kelapa sawit yang telah diperah minyaknya boleh dijadikan sebagai sumber tenaga biojisim. 6. Jadual di bawah menunjukkan kelebihan sumber tenaga yang boleh dibaharui berbanding dengan sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui. Sumber tenaga boleh dibaharui Sumber tenaga tidak boleh dibaharui • Boleh diganti semula dalam masa yang singkat • Tidak boleh diganti selepas habis digunakan • Bekalan yang berterusan • Bekalan terhad • Tidak menyebabkan pencemaran • Menyebabkan pencemaran Sains Tahun 4 Unit 7 Tenaga Unit 7 81 Bahagian A 1. Rajah di bawah menunjukkan satu sumber tenaga. Mengapakah sumber tenaga ini merupakan satu sumber tenaga yang amat digalakkan penggunaannya? A Sumber tenaga itu dapat dibaharui. B Sumber tenaga itu mahal harganya. C Sumber tenaga itu tidak dapat dibaharui. D Sumber tenaga itu susah untuk dijumpai. 2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah alat. 7 7 8 9 % OFF 4 5 6 MRC CE 1 2 3 – M– ONC 0 . = + M+ Apakah sumber tenaga bagi alat di atas? A Angin C Petroleum B Matahari D Air 3. Rajah di bawah menunjukkan sejenis alat elektrik. Apakah perubahan bentuk tenaga yang berlaku semasa alat ini berfungsi? A Tenaga elektrik → tenaga cahaya → tenaga bunyi B Tenaga elektrik → tenaga kimia → tenaga bunyi C Tenaga elektrik → tenaga cahaya + tenaga haba D Tenaga elektrik → tenaga bunyi 4. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan bagi sumber tenaga. Sumber tenaga Petroleum Gas asli X Ombak Angin Y Apakah yang boleh diwakili oleh X dan Y? X Y A Arang batu Air B Minyak diesel Petrol C Biojisim Arang batu D Air Ombak 5. Maklumat di bawah menunjukkan dua jenis kenderaan yang terkini. • Kereta elektrik • Kereta hibrid Apakah kebaikan jika kita menggunakan jenis kenderaan seperti di atas? Menilai KBAT A Mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil B Menjimatkan tenaga C Mudah didapati dan murah D Dapat bergerak dengan lebih pantas 6. Antara amalan berikut, yang manakah menjimatkan tenaga? A Berkongsi kereta ke tempat kerja B Buka lampu dan kipas yang tidak digunakan sepanjang hari C Biarkan televisyen terpasang selama satu hari D Seterika baju dengan kerap Praktis UASA 7 Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 15 Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida Semasa Menarik dan Menghembus Nafas 1. Udara yang kita sedut mengandungi lebih banyak oksigen berbanding dengan udara yang dihembus keluar. 2. Udara yang kita hembus mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding dengan udara yang disedut masuk. 3. Udara yang dihembus keluar juga mengandungi wap air. Pergerakan Dada Semasa Menarik dan Menghembus Nafas Semasa menarik nafas, dada kita naik dan mengembang. Semasa menghembus nafas, dada kita turun dan mengempis. Peparu Udara masuk Menarik nafas Peparu Udara keluar Menghembus nafas Pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas dapat dirasa dengan meletakkan tangan di atas dada. Tip Tip Menarik nafas: Dada naik dan mengembang, udara masuk melalui hidung Menghembus nafas: Dada turun dan mengempis, udara keluar melalui hidung Kadar Pernafasan 1. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit. 2. Kadar pernafasan bergantung pada jenis aktiviti yang dilakukan. 3. Dalam keadaan rehat, kadar pernafasan kita adalah rendah. 4. Kadar pernafasan menjadi tinggi apabila kita melakukan aktiviti cergas. 5. Jadual di bawah menunjukkan kadar pernafasan dan beberapa contoh aktiviti. Kadar pernafasan Aktiviti Rendah Membaca Tidur Sederhana Berbasikal Berjalan Tinggi Berlari Berenang VIDEO Pergerakan Dada semasa Bernafas Sains Tahun 4 Unit 3 Haiwan Unit 3 27 Info Ekstra Jentik-jentik dan kepompong bernafas melalui spirakel. Jentik-jentik dan kepompong akan naik ke atas permukaan air untuk bernafas. Tip Tip Ingat bahawa belalang, lipas atau serangga lain yang direndam di dalam air pada bahagian kepala sahaja masih boleh bernafas dan tidak mati. Mari Siasat Tujuan: Memerhati rupa bentuk dan kedudukan organ pernafasan bagi ikan dan belalang Alat dan bahan: Kanta pembesar, ikan dan belalang Kaedah: A Ikan 1. Dengan kanta pembesar, bahagian mulut dan penutup insang ikan diperhatikan. 2. Penutup insang ikan dibuka. Insang ikan diperhatikan dengan teliti. 3. Lakaran ikan dibuat dan insang dilabelkan. B Belalang 1. Dengan kanta pembesar, liang-liang halus atau spirakel pada sisi badan belalang diperhatikan. 2. Pergerakan pada bahagian abdomen semasa belalang bernafas diperhatikan. 3. Lakaran belalang dibuat dan spirakel dilabelkan. Langkah Berjaga-jaga Berhati-hati semasa mengendalikan belalang yang mempunyai duri kecil pada kakinya. Pemerhatian: Ikan Belalang Perbincangan: 1. Insang ikan berbentuk melengkung dan berwarna merah. 2. Abdomen mengembang dan menguncup semasa belalang menarik dan menghembus nafas. Kesimpulan: Insang terletak di kedua-dua sisi badan yang berdekatan kepala ikan dan ditutupi oleh penutup insang. Spirakel pula terletak di kedua-dua belah sisi badan dan abdomen belalang. Spirakel Insang INFO Organ Pernafasan Haiwan 121 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1. Amin sedang berada di dalam kompleks membeli-belah. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi loceng kebakaran. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amin? A Meneruskan aktiviti membeli-belah B Menjerit untuk meminta pertolongan C Mencari alat pemadam api D Segera mencari jalan keluar dan menuju ke pintu kecemasan untuk keluar 2. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis haiwan. Saya bernafas dengan menggunakan peparu, namun saya tinggal di dalam air. Berdasarkan maklumat di atas, apakah haiwan tersebut? A C B D 3. Antara yang berikut, padanan yang manakah betul mengenai objek dan perubahan bentuk tenaga yang akan terhasil? Objek Perubahan bentuk tenaga A Seterika Tenaga elektrik → Tenaga haba → Tenaga cahaya B Lilin Tenaga kimia → Tenaga haba + Tenaga bunyi C Radio Tenaga elektrik → Tenaga bunyi → Tenaga haba D Kipas Tenaga elektrik → Tenaga kinetik 4. Ali ingin menjalankan penyiasatan tentang keperluan tumbuhan terhadap cahaya. Antara yang berikut, aktiviti yang manakah yang perlu dilakukan oleh Ali? A Meletakkan satu tumbuhan di tengah padang dan perhatikan perkembangan tumbuhan tersebut selama tiga hari. B Meletakkan satu tumbuhan di dalam kotak lut sinar dan meletakkan tumbuhan tersebut di halaman rumahnya. C Meletakkan sekeping papan di atas rumput di padang sekolahnya dan perhatikan keadaan rumput di bawah papan tersebut selepas lima hari. D Meletakkan satu tumbuhan di bawah lampu yang menyala. Masa: Satu jam lima belas minit BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan Praktis UASA Soalan objektif dan soalan subjektif berformat UASA untuk menguji kefahaman murid dalam setiap unit. Tip Menjawab Konsep penting yang perlu diambil perhatian atau diingati. Video (kod QR) Maklumat tambahan dalam bentuk video. Info (kod QR) Maklumat tambahan untuk murid lebih memahami sesuatu topik. iii


KANDUNGAN 1 Kemahiran Saintifik UNIT 1 1.1 Kemahiran Proses Sains 2 Praktis UASA 1 11 2 Manusia UNIT 13 2.1 Pernafasan Manusia 14 2.2 Perkumuhan dan Penyahtinjaan 17 2.3 Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan 18 Praktis UASA 2 21 3 Haiwan UNIT 24 3.1 Organ Pernafasan Haiwan 25 3.2 Haiwan Vertebrata 28 Praktis UASA 3 33 4 Tumbuh-tumbuhan UNIT 36 4.1 Tumbuhan Bergerak Balas terhadap Rangsangan 37 4.2 Fotosintesis 42 Praktis UASA 4 44 5 Sifat Cahaya UNIT 46 5.1 Cahaya Bergerak Lurus 47 5.2 Pantulan Cahaya 55 5.3 Pembiasan Cahaya 57 Praktis UASA 5 59 6 Bunyi UNIT 64 6.1 Getaran dan Bunyi 65 Praktis UASA 6 71 7 Tenaga UNIT 73 7.1 Sumber dan Bentuk Tenaga 74 7.2 Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui 79 Praktis UASA 7 81 8 Bahan UNIT 83 8.1 Sumber Asas Bahan 84 8.2 Sifat Bahan 89 Praktis UASA 8 98 9 Bumi UNIT 100 9.1 Graviti Bumi 101 9.2 Putaran dan Peredaran Bumi 101 Praktis UASA 9 105 10 Mesin UNIT 108 10.1 Tuas 109 10.2 Mesin Ringkas dan Mesin Kompleks 111 Praktis UASA 10 117 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 121 Jawapan 129 https://qr.pelangibooks. com/?u=C98Mydxe Bank Soalan UASA iv


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 Kemahiran Saintifik 1 UNIT Tema 1 : Inkuiri dalam Sains Kemahiran Proses Sains Memerhati Mengeksperimen Membuat hipotesis Mengawal pemboleh ubah Mendefinisi secara operasi Mentafsir data Menggunakan perhubungan ruang dan masa Berkomunikasi Meramal Membuat inferens Mengukur menggunakan nombor Mengelas Selepas mempelajari unit ini, anda dapat: 1.1 Memahami kemahiran proses sains Fokus Unit 1


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 2 Kemahiran Proses Sains 1.1 Memerhati 1. Memerhati ialah proses mengumpul maklumat tentang sesuatu fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. 2. Deria-deria tersebut ialah mata, telinga, hidung, kulit dan lidah. Setiap deria mempunyai fungsi yang tertentu. Deria manusia Deria manusia manusia Melihat Mendengar Menghidu Merasa Menyentuh Deria Fungsi Mata Melihat Telinga Mendengar Hidung Menghidu Kulit Menyentuh dan merasa 3. Alat atau instrumen boleh digunakan untuk membantu deria semasa membuat pemerhatian. Contoh 1 Memerhati perubahan pada lilin yang bernyala Kaedah: 1. Sebatang lilin dinyalakan dengan menggunakan mancis. 2. Bahagian bawah lilin bernyala dilekatkan pada sebuah piring Petri. 3. Perubahan yang berlaku pada lilin yang bernyala itu diperhatikan. Pemerhatian: 1. Lilin bernyala melebur. 2. Lilin bernyala menghasilkan tenaga haba. 3. Lilin bernyala menghasilkan tenaga cahaya. 4. Lilin bernyala semakin pendek. Mengelas 1. Mengelas ialah mengasing dan mengumpul sesuatu kepada kumpulan tertentu. 2. Kumpulan dapat ditentukan berdasarkan ciri-ciri yang dipunyai sesuatu objek. 3. Ciri-ciri objek dapat dinyatakan dengan melihat persamaan dan perbezaan.


1. Haiwan-haiwan dikelaskan mengikut ciri sepunya, iaitu cara haiwan itu membiak. 2. Haiwan-haiwan itu juga boleh dikelaskan mengikut litupan badan, iaitu berbulu dan tidak berbulu. Pengelasan: Katak, belalang, ayam, kucing, harimau, gajah Haiwan yang melahirkan anak Kucing, gajah, harimau Haiwan yang bertelur Katak, belalang, ayam Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 3 4. Rajah di bawah menunjukkan sebiji bola dan tembikai. Persamaan dan perbezaan antara kedua-dua objek itu dinyatakan dalam jadual di sebelah. Bola Tembikai Persamaan • Berbentuk bulat • Sama saiz Perbezaan Bola Tembikai • Suatu benda • Tidak boleh dimakan • Sejenis buah • Boleh dimakan Contoh 2 Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya dan berbeza Kaedah: 1. Beberapa keping gambar foto haiwan diperhati. 2. Ciri sepunya dan berbeza bagi haiwanhaiwan itu dicatatkan dalam jadual. Pemerhatian: Haiwan Cara membiak Melahirkan anak Bertelur Katak ✓ Belalang ✓ Ayam ✓ Kucing ✓ Gajah ✓ Harimau ✓


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 4 Mengukur Menggunakan Nombor 1. Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan peralatan. 2. Peralatan yang biasa digunakan untuk mengukur suatu kuantiti dinyatakan dalam jadual di bawah. Kuantiti Peralatan Panjang Pembaris, benang Isi padu Cawan, silinder penyukat Masa Jam, jam randik Jisim Neraca 3. Rajah di sebelah menunjukkan cara mengukur panjang sebuah buku menggunakan sebatang pembaris. 4. Pembaris digunakan kerana sisi buku yang lurus. Semasa mengukur, hujung pembaris bertanda sifar mestilah selari dengan satu hujung buku. Info Ekstra Pada zaman dahulu, manusia menggunakan anggota badan untuk mengukur panjang dan jarak. Bertahun-tahun yang lalu, 1 inci yang bersamaan 2.54 cm ditakrifkan sebagai lebar ibu jari seseorang individu. Contoh 3 Mengukur lilitan pelbagai jenis bola Peralatan: Bola keranjang Reben Pita pengukur Gunting Bola sepak Bola baling Bola hoki Kaedah: 1. Keliling bola keranjang dililit dengan reben. 2. Bahagian reben yang bertemu hujung dipotong dan ditampalkan pada jadual dalam buku jurnal sains. 3. Langkah 1 dan 2 diulangi dengan bola sepak, bola baling dan bola hoki. 4. Panjang potongan reben yang telah ditampal diukur dengan pita pengukur. Pemerhatian: Jenis bola Potongan reben Lilitan bola (cm) Bola keranjang 24.2 Bola sepak 22 Bola baling 12.8 Bola hoki 7.6 Membuat Inferens 1. Inferens ialah satu tafsiran untuk menerangkan tentang suatu peristiwa atau pemerhatian. 2. Tafsiran itu mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi mestilah logik atau munasabah. 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 5 Contoh 4 Membuat inferens tentang kepentingan air kepada tumbuhan Kaedah: 1. Dua biji anak benih kacang hijau ditanam di dalam dua bekas yang berasingan. 2. Satu daripada anak benih itu disiram dengan air setiap hari. 3. Anak benih yang satu lagi tidak disiram dengan air. 4. Selepas 5 hari, pemerhatian terhadap kedua-dua biji anak benih itu dibuat. Pemerhatian: Disiram Tidak disiram Inferens: 1. Anak benih yang disiram tumbuh subur kerana tumbuhan memerlukan air untuk hidup. 2. Anak benih yang tidak disiram terbantut dan layu kerana tumbuhan tidak boleh hidup tanpa air. Meramal 1. Meramal ialah membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku bagi suatu peristiwa berdasarkan pemerhatian, pengalaman lalu atau data yang boleh dipercayai. 2. Rajah di bawah menunjukkan mentol menyala apabila satu litar ringkas disambungkan dengan sebatang sudu keluli. 3. Jika sudu plastik yang digunakan, mentol itu tidak akan menyala. Hal ini demikian kerana plastik tidak mengalirkan arus elektrik. Contoh 5 Meramal bahan yang terapung dan bahan yang tenggelam di dalam air Alat dan bahan: Guli Papan kayu Bolt Gabus Batu Itik getah Kaedah: 1. Bahan-bahan yang terapung dan tenggelam di dalam air diramalkan. 2. Ramalan tersebut direkodkan. 3. Sebesen air disediakan. 4. Kemudian, bahanbahan dimasukkan ke dalam besen itu satu per satu. 5. Bahan yang terapung dan tenggelam dikenal pasti dan direkodkan. Keputusan: Bahan Ramalan Pemerhatian (Terapung / Tenggelam) Terapung Tenggelam Gabus ✓ Terapung Batu ✓ Tenggelam Itik getah ✓ Terapung Guli ✓ Tenggelam Papan kayu ✓ Terapung Bolt ✓ Tenggelam


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 6 Berkomunikasi 1. Maklumat atau idea yang diterima dan dipilih mestilah disusun dan direkod dalam bentuk yang sesuai. 2. Maklumat atau idea tersebut dapat dipersembahkan dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model. Contoh 6 Merekod contoh-contoh tabiat tidak sihat manusia 1. Beberapa contoh tabiat manusia yang boleh mengganggu proses hidup ialah: • makan makanan yang tidak seimbang • merokok • menghidu gam • menyalahgunakan dadah • minum minuman beralkohol 2. Maklumat di atas juga boleh dipersembahkan dalam bentuk peta minda seperti yang berikut. Tabiat tidak sihat manusia Makan makanan yang tidak seimbang Minum minuman beralkohol Menyalahgunakan dadah Menghidu gam Merokok Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa 1. Kemahiran ini memerihalkan perubahan parameter dengan masa. 2. Contoh parameter ialah lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim. 3. Rajah di bawah menunjukkan sebuah baldi digunakan untuk menadah titisan air dari paip. Berdasarkan situasi di atas, isi padu air di dalam baldi bertambah apabila masa bertambah. Contoh 7 Memerihalkan perubahan berat paku dengan masa Alat dan bahan: Paku, cawan plastik dan air Kaedah: 1. Sebatang paku diletakkan di dalam secawan air. 2. Selepas 2 hari, paku dikeluarkan dari air. Berat paku itu diukur dan dicatatkan dalam jadual. 3. Paku itu dimasukkan semula ke dalam air. 4. Langkah 2 dan 3 diulangi untuk tempoh 6 hari. Pemerhatian: Masa (hari) 2 4 6 Berat paku (g) 10 15 25


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 7 Perbincangan: 1. Berat paku bertambah kerana paku itu mengalami pengaratan. 2. Apabila masa bertambah, berat paku bertambah. Mentafsir Data 1. Mentafsir data ialah proses memberikan penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan. 2. Data-data boleh dikumpulkan melalui pemerhatian, uji kaji dan pemboleh ubah. 3. Data-data yang dikumpulkan itu ditafsirkan berdasarkan jadual, rajah, graf, gambar dan sebagainya. Contoh 8 Mentafsir data tentang jarak dan suhu untuk menyatakan pola dan kesimpulan Alat dan bahan: Mentol bernyala, termometer dan pembaris meter Kaedah: 1. Satu termometer diletakkan pada jarak 5 cm dari mentol bernyala. 2. Bacaan termometer diambil dan dicatatkan dalam jadual. 3. Langkah 1 dan 2 diulangi dengan meletakkan termometer pada jarak 10 cm, 15 cm dan 20 cm. Pemerhatian: Jarak (cm) Suhu (°C) 5 56 10 44 15 32 20 20 Perbincangan: 1. Mentol bernyala mewakili Matahari. Termometer mewakili planet. 2. Suhu permukaan planet berkurang apabila jarak planet dari Matahari bertambah. 3. Berdasarkan jadual, pola perubahan suhu adalah menurun. Kesimpulan: Semakin bertambah jarak termometer dari mentol bernyala, semakin berkurang suhu. Mendefinisi Secara Operasi 1. Mendefinisi secara operasi ialah memberi tafsiran tentang suatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. 2. Tafsiran dibuat hasil daripada tindakan yang dilakukan dan mengikut pengalaman sendiri. Contoh 9 Mendefinisi secara operasi bahan yang larut di dalam air Bahan: Garam Gula Kopi Tepung Kaedah: 1. Empat bekas diisikan dengan 30 ml air setiap satu. 2. Satu sudu teh bahan dimasukkan ke dalam setiap bekas secara berasingan.


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 8 3. Campuran dikacau. 4. Keadaan bahan di dalam air diperhatikan. Pemerhatian: 1. Garam dan gula tidak dapat dilihat lagi di dalam bekas. 2. Kopi dan tepung dilihat terkumpul di dasar bekas. Perbincangan: 1. Garam dan gula ialah bahan yang larut di dalam air manakala kopi dan tepung ialah bahan yang tidak larut di dalam air. 2. Bahan yang larut di dalam air ialah bahan yang tidak dapat dilihat lagi di dalam bekas. 3. Bahan yang tidak larut di dalam air ialah bahan yang masih dapat dilihat di dalam bekas. Mengawal Pemboleh Ubah 1. Kemahiran ini perlu mengenal pasti perkara atau faktor yang memberi kesan kepada hasil penyiasatan. 2. Perkara dan faktor yang mempengaruhi sesuatu penyiasatan itu adalah pemboleh ubah. 3. Terdapat tiga jenis pemboleh ubah: • Pemboleh ubah dimanipulasi • Pemboleh ubah bergerak balas • Pemboleh ubah malar 4. Pemboleh ubah melibatkan kuantiti fizik seperti isi padu, jarak, jisim, suhu, saiz dan sebagainya. 5. Dalam sesuatu penyiasatan, suatu pemboleh ubah dimanipulasi untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pada masa yang sama, pemboleh ubah yang lain dimalarkan. 6. Pemboleh ubah perlu dikawal untuk menentukan keberkesanan sesuatu penyiasatan. Contoh 10 Menentukan pemboleh ubah yang terlibat Pemerhatian: Saiz bikar Masa lilin padam (minit) 4 2 1 Pemboleh ubah: 1. Pemboleh ubah dimanipulasi: Saiz bikar 2. Pemboleh ubah bergerak balas: Masa lilin padam 3. Pemboleh ubah malar: Saiz lilin, jenis lilin, tinggi lilin 7. Pemboleh ubah bergerak balas bergantung pada pemboleh ubah dimanipulasi. 8. Pemboleh ubah bergerak balas berubah akibat perubahan pada pemboleh ubah yang lain.


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 9 Membuat Hipotesis 1. Hipotesis ialah pernyataan umum yang menerangkan tentang sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan pemerhatian. 2. Hipotesis boleh dibina berdasarkan inferens yang dibuat. Contoh 11 Membuat hipotesis tentang hubungan antara pemboleh ubah Pemerhatian: Suhu air (°C) Masa untuk garam melarut (minit) 90 (air panas) 1 60 (air suam) 3 30 (air kosong) 6 10 (air berais) 15 Pemboleh ubah: Pemboleh ubah dimanipulasi Suhu air Pemboleh ubah bergerak balas Masa untuk garam melarut Pemboleh ubah malar Isi padu air, jisim garam Hipotesis: Semakin berkurang suhu air, semakin bertambah masa untuk garam melarut. 3. Hipotesis juga merupakan hubungan antara dua pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Mengeksperimen 1. Mengeksperimen ialah suatu aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. 2. Mengeksperimen dilakukan dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan semua pemboleh ubah. 3. Seterusnya, mereka bentuk kaedah, mengumpul dan mentafsir data, menerangkan hasil eksperimen, dan membuat keputusan serta kesimpulan. Contoh 12 Mengeksperimen bagi menentukan hubungan antara isi padu air dengan nada bunyi yang dihasilkan. Pernyataan masalah: Bagaimanakah isi padu air di dalam botol yang sama saiz mempengaruhi nada bunyi yang dihasilkan? Hipotesis: Jika isi padu air di dalam botol bertambah, nada bunyi yang dihasilkan semakin rendah. Pemboleh ubah: Pemboleh ubah dimanipulasi Isi padu air di dalam botol Pemboleh ubah bergerak balas Nada bunyi yang dihasilkan Pemboleh ubah malar Saiz botol Alat dan bahan: Air, botol kaca dan sudu Kaedah: 1. Tujuh biji botol yang sama saiz diisikan dengan isi padu air yang berbeza.


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 10 2. Bahagian tepi mulut botol diketuk dengan menggunakan sudu. 3. Nada bunyi yang dihasilkan didengar dengan teliti. Pemerhatian: Isi padu air Nada bunyi 100 ml Paling tinggi 200 ml Tinggi 300 ml Sederhana tinggi 400 ml Sederhana 500 ml Sederhana rendah 600 ml Rendah 700 ml Paling rendah Perbincangan: 1. Botol dengan isi padu air yang sedikit menghasilkan nada bunyi yang tinggi apabila botol diketuk. 2. Botol dengan isi padu air yang banyak menghasilkan nada bunyi yang rendah apabila diketuk. 3. Pola nada bunyi yang dihasilkan semakin menurun. Kesimpulan: Semakin banyak isi padu air di dalam botol, semakin rendah nada bunyi yang dihasilkan. 4. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen. Menjalankan eksperimen adalah dengan hanya melaksanakan mengikut langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan. 5. Data yang dikumpul direkod sebagai hasil eksperimen dalam suatu laporan amali. 6. Analisis atau perbincangan menunjukkan tafsiran data yang dikumpul bagi mengenal pasti maklumat sebenar suatu penyiasatan. 7. Kesimpulan pula ialah rumusan yang dibuat berdasarkan bukti daripada penyiasatan yang dijalankan setelah dibandingkan dengan hipotesis. Praktis Formatif 1.1 1. Senaraikan 12 kemahiran proses sains. 2. Nyatakan lima deria yang terlibat untuk membuat pemerhatian. 3. Nyatakan kemahiran proses sains yang terlibat bagi aktiviti yang berikut: (a) Merekod maklumat dalam bentuk carta minda. (b) Membuat perhubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu penyiasatan. 4. Jadual 1 menunjukkan data yang dikumpul dalam suatu penyiasatan. Bilangan guli Bacaan pada silinder penyukat (ml) 2 10 4 20 6 30 Jadual 1 Apakah bacaan pada silinder penyukat jika bilangan guli yang digunakan ialah 8 biji? 5. Jadual 2 menunjukkan data yang dikumpul dalam suatu penyiasatan. Bilangan hari Bilangan daun 5 2 10 5 15 9 Jadual 2 Apakah pola perubahan bilangan daun sepanjang penyiasatan itu?


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik 11 Bahagian A 1. Padanan manakah yang betul? Deria Fungsi A Mata Menghidu B Telinga Mendengar C Hidung Merasa D Kulit Melihat 2. Rajah di bawah menunjukkan satu peta minda. Bahan Lut sinar Lut cahaya Legap Apakah kemahiran proses sains yang ditunjukkan dalam rajah di atas? A Meramal B Mengelas C Mengeksperimen D Mengukur menggunakan nombor 3. Maklumat yang berikut menunjukkan satu pemerhatian. Pelangi mempunyai tujuh warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Apakah deria yang digunakan dalam pemerhatian itu? A Lidah B Kulit C Telinga D Mata 4. Antara berikut, peralatan yang manakah digunakan untuk menyukat suhu air? A C B D 5. Rajah di bawah menunjukkan pokok yang layu di dalam sebuah pasu. Antara berikut, pernyataan yang manakah adalah inferens tentang keadaan pokok itu? A Pokok itu sejenis tumbuhan berbunga. B Pokok itu bergerak balas terhadap sentuhan. C Pokok itu akan mati selepas dua hari. D Pokok itu layu kerana tidak mendapat air. 6. Belalang manakah yang akan kekal hidup selepas tiga hari? A Penutup kaca B Penutup kaca C Kain D Kain Praktis UASA 1 Unit 1


Sains Tahun 4 Unit 1 Kemahiran Saintifik Unit 1 12 Bahagian B 1. (a) Nyatakan organ deria yang digunakan untuk membuat pemerhatian berikut. (i) Pemerhatian: Bunyi terhasil apabila sudu diketuk pada sebuah cawan. Organ deria: (ii) P Q Pemerhatian: Jus oren di dalam gelas P lebih manis daripada jus oren di dalam gelas Q. Organ deria: [2 markah] (b) Bulatkan objek yang boleh ditarik oleh magnet. (i) (ii) (iii) (iv) [2 markah] Bahagian C 1. Tiga helai kain kapas yang berlainan berat digunakan dalam suatu penyiasatan. Ketiga-tiga kain kapas itu adalah sama saiz. Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan dalam jadual di bawah. Berat kain kapas (g) 20 25 30 Isi padu air yang diserap (ml) 2 4 6 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini? [1 markah] (b) Berikan inferens tentang isi padu air yang diserap oleh kain kapas dengan berat 30 g. [1 markah] (c) Nyatakan dua maklumat yang boleh dikumpulkan dalam penyiasatan ini. 1. 2. [2 markah] (d) Ramalkan isi padu air yang diserap jika berat kain kapas ialah 40 g. [1 markah] (e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini? KBAT Menganalisis [1 markah] Kuiz Gamifikasi 1 Unit 1


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Manusia 2 UNIT Tema 2 : Sains Hayat Perkumuhan dan penyahtinjaan Gerak balas terhadap rangsangan Pernafasan Peparu Kulit Ginjal Mata Hidung Telinga Lidah Kulit Peparu Manusia Selepas mempelajari unit ini, anda dapat: 2.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang proses pernafasan manusia 2.2 Mengetahui tentang perkumuhan dan penyahtinjaan manusia 2.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan Fokus Unit 13


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 14 2.1 Pernafasan Manusia Organ Pernafasan Manusia 1. Manusia memerlukan udara untuk bernafas dan terus hidup. 2. Manusia bernafas dengan menyedut dan menghembus udara melalui organ pernafasan. 3. Organ pernafasan manusia ialah peparu. 4. Peparu ialah dua pundi udara yang besar dan terletak di bahagian dada manusia. 5. Selain peparu, manusia juga menggunakan hidung dan trakea semasa bernafas. 6. Trakea merupakan saluran udara yang membawa udara ke dalam peparu. Laluan Udara Semasa Menarik dan Menghembus Nafas 1. Jadual di bawah menunjukkan laluan udara semasa menarik nafas dan menghembus nafas. Hidung Trakea Peparu Bahagian yang terlibat semasa manusia bernafas Sistem Pernafasan VIDEO Menarik Nafas Menghembus Nafas Udara mengalir masuk ke peparu melalui hidung dan trakea. Udara mengalir keluar dari peparu melalui trakea dan hidung. Dada akan naik ke atas dan mengembang. Udara masuk ke dalam peparu. Dada akan turun dan mengempis. Udara keluar dari peparu. Udara yang disedut mengandungi lebih banyak oksigen dan kurang karbon dioksida. Udara yang dihembus mengandungi lebih banyak karbon dioksida dan kurang oksigen. Laluan udara semasa menarik nafas: Hidung Trakea Peparu Laluan udara semasa menghembus nafas: Peparu Trakea Hidung Peparu Udara masuk Peparu Udara keluar 14


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 15 Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida Semasa Menarik dan Menghembus Nafas 1. Udara yang kita sedut mengandungi lebih banyak oksigen berbanding dengan udara yang dihembus keluar. 2. Udara yang kita hembus mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding dengan udara yang disedut masuk. 3. Udara yang dihembus keluar juga mengandungi wap air. Pergerakan Dada Semasa Menarik dan Menghembus Nafas Semasa menarik nafas, dada kita naik dan mengembang. Semasa menghembus nafas, dada kita turun dan mengempis. Peparu Udara masuk Menarik nafas Peparu Udara keluar Menghembus nafas Pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas dapat dirasa dengan meletakkan tangan di atas dada. Tip Tip Menarik nafas: Dada naik dan mengembang, udara masuk melalui hidung Menghembus nafas: Dada turun dan mengempis, udara keluar melalui hidung Kadar Pernafasan 1. Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit. 2. Kadar pernafasan bergantung pada jenis aktiviti yang dilakukan. 3. Dalam keadaan rehat, kadar pernafasan kita adalah rendah. 4. Kadar pernafasan menjadi tinggi apabila kita melakukan aktiviti cergas. 5. Jadual di bawah menunjukkan kadar pernafasan dan beberapa contoh aktiviti. Kadar pernafasan Aktiviti Rendah Membaca Tidur Sederhana Berbasikal Berjalan Tinggi Berlari Berenang VIDEO Pergerakan Dada semasa Bernafas


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 16 6. Badan kita memerlukan lebih banyak udara semasa melakukan sesuatu aktiviti yang lebih cergas. Info Ekstra Semasa rehat, seseorang bernafas kira-kira 20 kali seminit. Semasa bersenam pula, seseorang bernafas kira-kira 30 kali seminit. 7. Kadar pernafasan bertambah apabila lebih banyak udara diperlukan oleh peparu. 8. Kadar pernafasan setiap orang adalah berbeza. Kanak-kanak mempunyai kadar pernafasan yang lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa. Aplikasi Harian Apakah kepentingan melakukan aktiviti kecergasan dalam kehidupan seharian? Situasi yang Memberikan Kesan kepada Pernafasan Manusia 1. Terdapat beberapa situasi yang boleh memberikan kesan yang baik dan kesan yang buruk kepada pernafasan manusia. 2. Situasi yang memberikan kesan yang baik ialah: (a) beriadah (b) berada di taman rekreasi 3. Antara situasi yang memberikan kesan buruk kepada pernafasan manusia ialah: (a) kawasan yang sesak (b) berhampiran dengan perokok (c) udara tercemar, contohnya jerebu Praktis Formatif 2.1 1. Nyatakan organ-organ pernafasan manusia. 2. Terangkan pergerakan dada semasa menarik nafas dan menghembus nafas. Mari Siasat Tujuan: Mengkaji kadar pernafasan bagi aktiviti yang berbeza Kaedah: 1. Aktiviti dijalankan secara berpasangan. 2. Murid membaca buku sambil duduk selama dua minit. 3. Kemudian, bilangan pergerakan dada dikira dalam satu minit. 4. Murid berlari setempat selama 30 saat. 5. Kemudian, bilangan pergerakan dada dikira dalam satu minit. 6. Pemerhatian dicatatkan dalam jadual. Pemerhatian: Jenis aktiviti Bilangan pergerakan dada Membaca buku 64 Berlari 82 Kesimpulan: Kadar pernafasan lebih tinggi apabila melakukan aktiviti yang lebih cergas.


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 17 Info Ekstra Asap rokok mengandungi nikotina, tar dan banyak lagi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan. Merokok boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan organ-organ di dalam badan. Selain perokok, orang di sekeliling yang menghidu asap rokok juga akan mengalami masalah yang sama. Perkumuhan dan Penyahtinjaan 2.2 Perkumuhan 1. Bahan buangan terhasil semasa badan berfungsi. Bahan buangan adalah tidak berguna dan mesti disingkirkan. Organ dan Hasil Perkumuhan 1. Bahan buangan yang disingkirkan daripada badan dikenal sebagai hasil perkumuhan. 2. Bahan buangan dihasilkan di dalam organ tertentu dalam bentuk yang berbeza. 3. Organ yang menghasilkan bahan buangan dikenal sebagai organ perkumuhan. 4. Organ-organ perkumuhan manusia ialah kulit, peparu dan ginjal. 5. Rajah di bawah menunjukkan organ perkumuhan, bahan buangan yang dihasilkan dan cara bahan buangan itu disingkirkan. Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan. Manusia berkumuh melalui tiga organ perkumuhan iaitu kulit, ginjal dan peparu. Peparu Ginjal Kulit Karbon dioksida dan wap air akan dikeluarkan daripada peparu semasa menghembus nafas. Menyingkirkan air kencing yang mangandungi urea, garam dan air. Menyingkirkan bahan kumuh iaitu peluh melalui liang peluh. Penyahtinjaan ialah penyingkiran sisa-sisa makanan melalui dubur sebagai tinja. Bahan buangan akan menjadi toksik dan memudaratkan kesihatan manusia jika tidak disingkirkan dari badan manusia. Organ Perkumuhan Manusia


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 18 Penyahtinjaan dan Hasilnya 1. Badan kita tidak boleh mencerna dan menyerap semua makanan yang kita makan. 2. Bahan makanan yang tidak dicerna semasa proses pencernaan ini akan menjadi tinja. 3. Tinja perlu dikeluarkan daripada badan untuk mencegah mudarat. 4. Proses menyingkirkan tinja melalui dubur dinamakan penyahtinjaan. Tinja Usus kecil Usus besar Dubur Tinja melalui usus besar sebelum disingkir keluar melalui dubur Kepentingan Perkumuhan dan Penyahtinjaan 1. Manusia perlu menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan untuk kekal sihat. 2. Bahan kumuh dan tinja yang tidak dikeluarkan daripada badan akan terkumpul dan menjadi toksik atau beracun. 3. Perkara ini membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit. 4. Contoh penyakit yang boleh dihidapi jika proses perkumuhan tidak berlaku adalah batu karang dan kencing berdarah. 5. Contoh penyakit yang boleh dihidapi jika proses penyahtinjaan tidak berlaku ialah kanser usus, radang usus dan sembelit. 6. Amalan yang berikut dapat membantu menjamin kesihatan badan kita. Segera ke tandas Makan makanan apabila perlu seimbang Aplikasi Harian Bagaimanakah amalan pemakanan seimbang dapat membantu sistem pencernaan manusia? Praktis Formatif 2.2 1. Berikan maksud perkumuhan. 2. Nyatakan bahan buangan yang dihasilkan oleh manusia. 3. Berikan maksud penyahtinjaan. 4. Jelaskan sebab manusia perlu menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan. Manusia Bergerak Balas terhadap Rangsangan 2.3 Gerak balas terhadap rangsangan 1. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. Rangsangan ialah perubahan keadaan persekitaran. 2. Gerakbalas ialah tindakan yang dilakukan terhadap rangsangan. 3. Setiap organ deria adalah peka terhadap rangsangan yang tertentu.


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 19 Mari Siasat 4. Kulit, mata, hidung, telinga dan lidah merupakan lima organ deria manusia. 5. Rangsangan yang dikesan oleh organ deria manusia termasuklah cahaya, rasa, bunyi, bau, sentuhan, sakit, panas dan sejuk. Tujuan: Menentukan gerak balas terhadap rangsangan yang diterima Alat dan bahan: Lampu suluh Sawi Limau Cawan berisi air Jam loceng panas Kaedah: 1. Aktiviti dijalankan secara berpasangan. 2. Tindakan-tindakan yang berikut dilakukan: (a) Cahaya lampu suluh diarahkan kepada rakan (b) Batang sawi dikunyah (c) Limau dihidu untuk beberapa ketika (d) Sisi cawan yang berisi air panas disentuh (e) Mata rakan ditutup, kemudian penggera jam loceng dibunyikan secara tiba-tiba 3. Setiap gerak balas dan organ deria yang terlibat terhadap tindakan tersebut diperhati dan dicatatkan. Pemerhatian: Rangsangan Gerak balas Organ deria Cahaya lampu suluh Menutup mata dengan tangan Mata Rasa batang sawi Mengerut-ngerutkan dahi Lidah Bau limau Menghidu beberapa kali Hidung Air panas Menarik tangan dengan pantas Kulit Bunyi jam loceng Menutup telinga dengan tangan Telinga Perbincangan: 1. Organ deria menerima rangsangan cahaya, rasa, bau, sentuhan, panas, sejuk, sakit dan bunyi. 2. Organ deria yang terlibat ialah mata, lidah, hidung, kulit dan telinga. Kesimpulan: Gerak balas terhadap rangsangan yang diterima melibatkan keseluruhan atau sebahagian tubuh manusia.


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 20 Kepentingan Gerak Balas Manusia terhadap Rangsangan 1. Umumnya, manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk melindungi diri daripada bahaya serta kemandirian diri. 2. Organ deria sangat penting kepada manusia. Jika organ deria gagal berfungsi, manusia akan menghadapi bahaya. 3. Kita perlu sentiasa menjaga organ deria kita supaya dapat berfungsi dengan baik. Menarik tangan dengan pantas apabila tersentuh objek panas dapat mengelakkan cedera akibat melecur. Menutup hidung apabila terhidu bau busuk atau bau yang tidak menyenangkan boleh mencegah masalah pernafasan dan kesihatan. Menutup telinga apabila mendengar bunyi yang sangat kuat. Bunyi yang kuat dapat merosakkan telinga kita. Mengerut-ngerutkan muka apabila merasa makanan yang sangat masam. Menutup atau mengecilkan mata apabila cahaya matahari terik. Cahaya yang terlalu terang dapat merosakkan mata. Tabiat yang Mengganggu Gerak Balas Manusia 1. Menonton televisyen pada jarak yang dekat adalah satu contoh tabiat yang tidak baik. 2. Mendengar radio atau bunyi terlalu kuat juga boleh merosakkan telinga. 3. Tabiat lain yang boleh mengganggu gerak balas seseorang terhadap rangsangan ialah menghidu gam dan menagih dadah. Kedua-dua tabiat ini boleh menyebabkan ketagihan dan merosakkan diri sendiri. 4. Selain itu, tabiat minum minuman beralkohol juga melambatkan gerak balas seseorang terhadap rangsangan. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan juga menyebabkan ketagihan. Praktis Formatif 2.3 1. Apakah organ deria manusia? 2. Apakah rangsangan yang dikesan oleh organ deria manusia? 3. Mengapakah manusia bergerak balas terhadap rangsangan?


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 21 Bahagian A 1. Rajah di bawah menunjukkan organ pernafasan manusia. X Apakah organ yang berlabel X? A Mulut C Larinks B Trakea D Jantung 2. Apakah gas yang banyak diserap ke dalam badan manusia semasa bernafas? A Udara B Wap air C Oksigen D Karbon dioksida 3. Apakah maksud perkumuhan? A Proses menyingkirkan bahan yang diperlukan oleh badan. B Proses penyingkiran bahan buangan dari badan. C Proses menyimpan bahan buangan di dalam badan. D Proses menyimpan sisa makanan yang tidak dicerna di dalam badan. 4. Apakah bahan buangan yang dikeluarkan melalui ginjal? A Tinja B Air peluh C Air kencing D Karbon dioksida 5. Antara berikut, yang manakah hasil penyahtinjaan manusia? A Udara C Tinja B Wap air D Air kencing 6. Rajah di bawah menunjukkan tindakan seorang murid apabila seekor lebah terbang menghampirinya. Apakah yang dapat disimpulkan daripada tindakan murid itu? A Manusia akan menjerit apabila dalam bahaya. B Manusia mengelakkan diri daripada disengat lebah. C Manusia menangis apabila diancam bahaya. D Manusia bergerak balas terhadap rangsangan. 7. Rajah di bawah menunjukkan seorang murid lelaki menghalakan lampu suluh ke arah seorang murid perempuan. Apakah tindak balas murid perempuan itu jika lampu suluh dinyalakan? A Murid itu akan merenung cahaya lampu suluh itu. B Murid itu akan memejamkan matanya secara spontan. C Murid itu akan melihat dari mana arah cahaya itu datang. D Murid itu akan menutup telinganya dengan tangan. Praktis UASA 2


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 22 8. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis aktiviti yang dilakukan oleh empat orang budak. R S T U Antara berikut, carta palang manakah yang mewakili kadar pernafasan yang semakin meningkat? A Kadar pernafasan Aktiviti R S T U C Kadar pernafasan Aktiviti R S T U B Kadar pernafasan Aktiviti R S T U D Kadar pernafasan Aktiviti R S T U Bahagian B 1. (a) Padankan organ perkumuhan dengan hasil perkumuhan dengan betul. Organ perkumuhan Hasil perkumuhan Air kencing Peluh Wap air (i) Kulit (ii) Ginjal • • • • • [2 markah] (b) Bernafas merupakan salah satu proses hidup manusia. Rajah di bawah menunjukkan penerangan tentang sistem pernafasan manusia. Isi tempat kosong dalam rajah di bawah bagi melengkapkan penerangan tersebut. Udara masuk melalui hidung. Udara juga masuk memalui mulut semasa menarik nafas. (i) ialah saluran udara yang membawa udara ke peparu. (ii) ialah dua pundi udara yang besar yang terletak di bahagian dada manusia. [2 markah]


Sains Tahun 4 Unit 2 Manusia Unit 2 23 Bahagian C 1. Rajah di bawah menunjukkan graf bilangan pesakit kanser peparu di sebuah hospital di bandar W. Bilangan pesakit kanser peparu Tahun 60 10 20 30 40 50 0 1983 1993 2003 2013 (a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpul berdasarkan graf itu. [2 markah] (b) Apakah corak perubahan bilangan pesakit kanser peparu dari tahun 1983 hingga 2013? [1 markah] (c) Kebanyakan pesakit kanser peparu itu ialah perokok atau bekas perokok. (i) Berdasarkan pernyataan di atas, ramalkan bilangan pesakit kanser peparu di bandar W jika orang ramai tidak lagi merokok. [1 markah] (ii) Berikan alasan bagi jawapan kamu di 1(c)(i). KBAT Menganalisis [1 markah] (d) Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem perkumuhan manusia. (i) Namakan bahagian Z. [1 markah] (ii) Apakah hasil perkumuhan yang dikeluarkan oleh Z? [1 markah] (iii) Ali berlari sejauh 1 km dalam masa 30 minit. Dia mendapati bajunya basah dan kadar pernafasannya semakin meningkat. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pernafasan? [1 markah] Z


121 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1. Amin sedang berada di dalam kompleks membeli-belah. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi loceng kebakaran. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amin? A Meneruskan aktiviti membeli-belah B Menjerit untuk meminta pertolongan C Mencari alat pemadam api D Segera mencari jalan keluar dan menuju ke pintu kecemasan untuk keluar 2. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis haiwan. Saya bernafas dengan menggunakan peparu, namun saya tinggal di dalam air. Berdasarkan maklumat di atas, apakah haiwan tersebut? A C B D 3. Antara yang berikut, padanan yang manakah betul mengenai objek dan perubahan bentuk tenaga yang akan terhasil? Objek Perubahan bentuk tenaga A Seterika Tenaga elektrik → Tenaga haba → Tenaga cahaya B Lilin Tenaga kimia → Tenaga haba + Tenaga bunyi C Radio Tenaga elektrik → Tenaga bunyi → Tenaga haba D Kipas Tenaga elektrik → Tenaga kinetik 4. Ali ingin menjalankan penyiasatan tentang keperluan tumbuhan terhadap cahaya. Antara yang berikut, aktiviti yang manakah yang perlu dilakukan oleh Ali? A Meletakkan satu tumbuhan di tengah padang dan perhatikan perkembangan tumbuhan tersebut selama tiga hari. B Meletakkan satu tumbuhan di dalam kotak lut sinar dan meletakkan tumbuhan tersebut di halaman rumahnya. C Meletakkan sekeping papan di atas rumput di padang sekolahnya dan perhatikan keadaan rumput di bawah papan tersebut selepas lima hari. D Meletakkan satu tumbuhan di bawah lampu yang menyala. Masa: Satu jam lima belas minit BAHAGIAN A [10 markah] Jawab semua soalan


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 122 5. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh seorang murid. Situasi 1: Cahaya dapat dilihat Situasi 2: Cahaya tidak dapat dilihat Apakah kesimpulan yang dapat dinyatakan berdasarkan aktiviti tersebut? A Cahaya dapat dipantulkan. B Cahaya bergerak dalam garis lurus. C Cahaya bergerak laju. D Cahaya boleh dibiaskan. 6. Penggunaan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik semakin bertambah dari tahun ke tahun. Antara yang berikut, apakah kesan yang dapat diperhatikan jika keadaan ini berterusan? A Bilangan kenderaan akan berkurangan di jalan raya. B Bahan api fosil akan menjadi semakin berkurangan. C Pencemaran udara akan dapat dikurangkan. D Penggunaan bahan api fosil akan semakin meningkat. 7. Carta palang di bawah menunjukkan tentang perubahan panjang bayangbayang yang direkodkan dari pagi sehingga petang. Panjang bayang-bayang Masa 8.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tengah hari 2.00 petang 4.00 petang Pernyataan yang manakah adalah betul berdasarkan carta palang tersebut? A Panjang bayang-bayang mula menurun sehingga pukul 12.00 tengah hari kemudian meningkat. B Panjang bayang-bayang terus menurun sehingga pukul 4.00 petang. C Panjang bayang-bayang menurun sehingga pukul 2.00 petang kemudian meningkat. D Panjang bayang-bayang menurun sehingga pukul 12.00 tengah hari kemudian meningkat dan menurun semula. 8. Raju dan Amin ingin menyeberangi sebatang sungai. Antara yang berikut, bahan yang manakah dapat digunakan oleh mereka untuk membina rakit dan menyeberangi sungai itu? A Kepingan papan dan tali B Batang pokok pisang, tali dan buluh C Tayar terpakai dan dawai D Botol kaca dan tali 9. Rajah di bawah menunjukkan satu situasi. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah adalah betul berdasarkan situasi tersebut? A Berat buah epal itu membuatkan buah epal tersebut jatuh ke bawah. B Burung yang terbang tidak terkesan oleh daya tarikan graviti. C Semua objek akan ditarik oleh daya tarikan graviti. D Daya tarikan graviti tidak sama di semua tempat.


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 123 10. Ah Chong meletakkan penyendal pintu bagi mengelakkan pintunya tertutup. Apakah jenis mesin ringkas yang digunakan oleh Ah Chong? A Takal B Tuas C Skru D Baji BAHAGIAN B [8 markah] Jawab semua soalan 1. (a) Padankan aktiviti di bawah dengan kadar pernafasan yang betul. Kadar pernafasan Aktiviti (i) Tinggi (ii) Rendah Berenang Membaca buku Berjalan [2 markah]


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 124 (b) Gariskan jawapan yang betul. (i) Semasa menarik nafas, udara yang kita sedut mengandungi lebih banyak (oksigen/ karbon dioksida) berbanding dengan udara yang dihembus keluar. (ii) Semasa menghembus nafas, dada akan turun dan (mengembang / mengempis). [2 markah] 2. (a) Rajah di bawah menunjukkan dua jenis sumber tenaga. Angin Petroleum Berdasarkan rajah di atas, isikan tempat kosong dengan betul. Boleh dibaharui Ombak (i) Tidak boleh dibaharui Gas asli (ii) Sumber tenaga [2 markah] (b) Padankan tenaga yang berikut dengan penerangan yang betul. Tenaga Penerangan Tenaga yang tersimpan di dalam makanan, bahan api fosil dan bateri. Tenaga yang terhasil daripada pengaliran cas-cas elektrik dalam litar yang lengkap. (i) Tenaga keupayaan (ii) Tenaga kimia Tenaga yang terhasil oleh getaran. Tenaga yang tersimpan di dalam objek dan bergantung kepada kedudukan atau keadaannya. [2 markah]


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 125 BAHAGIAN C [32 markah] Jawab semua soalan 1. Sekumpulan saintis telah menjalankan satu kajian tentang perbandingan jumlah bahan api fosil dan jumlah kenderaan. 0 200 400 600 800 1000 1200 2021 2022 2023 2024 Jumlah Tahun Perbandingan jumlah bahan api fosil dan jumlah kenderaan Bahan api fosil Kenderaan Graf palang di atas menunjukkan perbandingan antara jumlah bahan api fosil dan jumlah kenderaan yang direkodkan selama empat tahun di sebuah negara. (a) Nyatakan hubungan antara jumlah bahan api fosil dan jumlah kenderaan. [1 markah] (b) Apakah corak yang ditunjukkan pada jumlah bahan api fosil dalam graf tersebut? [1 markah] (c) Ramalkan apakah yang akan berlaku jika jumlah kenderaan semakin bertambah. [2 markah] (d) Cadangkan satu cara untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. [1 markah] (e) Selain bahan api fosil, nyatakan satu contoh lain sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui. [1 markah]


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 126 2. Carta palang di bawah menunjukkan kadar pernafasan bagi tiga orang murid selepas melakukan aktiviti di padang sekolah. Kadar pernafasan Nama Amin Ali Abu (a) Berdasarkan pemerhatian pada carta tersebut, ramalkan aktiviti yang dilakukan oleh Abu. [1 markah] (b) Berikan alasan bagi jawapan kamu di 2(a). [2 markah] (c) Kadar pernafasan Ali paling tinggi. Cadangkan satu cara untuk menurunkan kadar pernafasan Ali selepas melakukan aktiviti. [1 markah] (d) Jenis aktiviti mempengaruhi kadar pernafasan manusia. Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan satu hipotesis. [2 markah] 3. Haiwan yang berlainan mempunyai organ pernafasan yang berlainan. (a) Lengkapkan rajah di bawah. Insang Peparu (i) (ii) Organ pernafasan haiwan [2 markah]


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 127 (b) Kelaskan haiwan-haiwan berikut berdasarkan organ pernafasan di bawah. Kucing Rama-rama Bernafas melalui peparu Bernafas melalui spirakel (i) Burung Semut (ii) [2 markah] (c) (i) Seekor cacing tanah menjemurkan badannya di bawah cahaya matahari selama 20 minit. Ramalkan keadaan cacing tersebut selepas 20 minit. [1 markah] (ii) Berikan inferens bagi jawapan kamu di 3(c)(i). [1 markah] (iii) Apakah organ pernafasan bagi cacing tanah? [1 markah] (iv) Berikan dua contoh haiwan lain yang bernafas dengan organ pernafasan yang sama dengan cacing tanah. [2 markah] (v) Terdapat haiwan yang bernafas melalui dua organ pernafasan. Nyatakan satu contoh haiwan tersebut. [1 markah] 4. Pasukan penyelamat sedang menjalankan satu operasi mencari dan menyelamatkan sebuah bot yang tenggelam di dasar laut. (a) Kapal penyelamat telah menggunakan sonar untuk mengesan bot yang tenggelam di dalam dasar laut itu. Sonar tersebut berfungsi dengan menggunakan satu sifat bunyi. Nyatakan sifat bunyi yang digunakan oleh kapal tersebut dan terangkan bagaimana sonar itu berfungsi. [2 markah] Kedalaman


Sains Tahun 4 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 128 (b) Nyatakan dua lagi aplikasi yang menggunakan sifat bunyi yang sama di 4(a). (i) (ii) [2 markah] (c) Bunyi mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan kepada manusia. Nyatakan kebaikan dan keburukan bunyi pada jadual di bawah. Kebaikan bunyi Keburukan bunyi (i) (ii) [2 markah] (d) Kereta bomba dan ambulans akan membunyikan siren semasa dalam perjalanan ke kawasan kecemasan. BOMBA POLIS (i) Pada pendapat kamu, adakah siren tersebut perlu dibunyikan semasa dalam perjalanan ke kawasan kecemasan? [1 markah] (ii) Berikan sebab bagi jawapan kamu di 4(d)(i). [1 markah] (e) Amin ingin berucap dalam perhimpunan ahli pengakap di sekolahnya tetapi pembesar suara telah rosak. Dengan menggunakan bahan-bahan di bawah, cipta satu alat yang dapat membantu Amin menguatkan suaranya ketika dia berucap nanti. Lakarkan ciptaan kamu pada kotak di bawah dan labelkan bahan yang digunakan. Kad manila Kad manila Pita pelekat [2 markah]


Sains Tahun 4 Jawapan JAWAPAN Praktis Formatif 2.1 1. Hidung, trakea dan peparu 2. Semasa menarik nafas, dada naik dan mengembang. Semasa menghembus nafas, dada turun dan mengempis. Aplikasi Harian Makanan yang seimbang dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sistem pencernaan manusia. Praktis Formatif 2.2 1. Proses menyingkirkan bahan buangan daripada badan. 2. Karbon dioksida, air kencing, wap air dan peluh. 3. Proses penyingkiran tinja melalui dubur. 4. • Mengekalkan kesihatan • Mengekalkan kepekatan darah dalam badan manusia • Mengawal suhu badan manusia Praktis Formatif 2.3 1. Mata, hidung, telinga, lidah dan kulit 2. Cahaya, bau, bunyi, rasa dan sentuhan 3. Untuk melindungi diri daripada bahaya Praktis UASA 2 Bahagian A 1. B 2. C 3. B 4. C 5. C 6. D 7. B 8. C Bahagian B 1. (a) (i) Kulit – Peluh (ii) Ginjal – Air kencing (b) (i) Trakea (ii) Peparu Bahagian C 1. (a) 1. Bilangan pesakit kanser peparu 2. Tahun TEMA 1: INKUIRI DALAM SAINS 1 Kemahiran Saintifik UNIT Praktis Formatif 1.1 1. Memerhati, mengelas, mengukur menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. 2. Mata, hidung, telinga, lidah, kulit. 3. (a) Berkomunikasi (b) Membuat hipotesis 4. 40 ml 5. Meningkat Praktis UASA 1 Bahagian A 1. B 2. B 3. D 4. D 5. D 6. C Bahagian B 1. (a) (i) Telinga (ii) Lidah (b) (ii) dan (iv) Bahagian C 1. (a) Menyiasat hubungan antara berat kain kapas dengan isi padu air yang diserap (b) Kain kapas yang mempunyai berat 30 g paling banyak menyerap air kerana kain itu paling tebal. (c) 1. Berat kain kapas 2. Isi padu air yang diserap (d) 10 ml (e) Semakin bertambah berat kain kapas, semakin bertambah isi padu air yang diserap. TEMA 2: SAINS HAYAT 2 Manusia UNIT Aplikasi Harian Tubuh badan lebih sihat dan kuat. (b) Meningkat, menurun, meningkat (c) (i) 10 / menurun (ii) Pesakit mendapat kanser peparu berkemungkinan daripada udara yang tercemar sahaja. (d) (i) Liang peluh (ii) Peluh (iii) Kadar pernafasan ialah pergerakan turun naik dada dalam masa 1 minit. 3 Haiwan UNIT Praktis Formatif 3.1 1. Penyu dan paus 2. Burung dan gajah 3. Udang dan ketam 4. Cacing dan lintah Praktis Formatif 3.2 1. Vertebrata ialah haiwan yang mempunyai tulang belakang. Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang. 2. Mamalia Lembu Zirafah Harimau Ikan Ikan emas Ikan talapia Ikan jerung Vertebrata Reptilia Cicak Buaya Biawak Katak Kodok Salamander Amfibia Burung Gagak Helang Burung unta 129


W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM15.95 / E.M: RM15.95 CRC294044 ISBN: 978-629-470-390-2 Sains FOCUS KSSR Tahun 4 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI Beli eBook di sini! 4 KSSR UASA SEMAKAN TAHUN › Fokus Bab › i-THINK › Eksperimen › Aktiviti REVISI › Praktis Formatif › Praktis UASA › Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) › Jawapan Lengkap PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Cabaran KBAT › Aplikasi Harian › Tip Menjawab › Info Ekstra CIRI-CIRI EKSTRA


Click to View FlipBook Version