The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-05-17 08:02:28

SKOR A UASA B. MELAYU KSSM Tingkatan 2 2024

Harga: WM - RM7.65 EM - RM7.95

Irsyad Khir Jamaludin KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik SKOR A TINGKATAN 2 KSSM Berdasarkan Format UASA Terkini Set Dapat Dileraikan Jawapan Lengkap 6 Set Ujian Akhir Sesi Akademik ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF BAHASA MELAYU [02]


KM1 –1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 2 SKOR Peratus Gred


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Pasukan hoki sekolah layak ke peringkat akhir setelah menewaskan juara bertahan,” kata Jayden kepada Thinakaran. A kami C kalian B kita D patik Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2. Ahli panel yang diundang dalam program itu mengupas persoalan yang diajukan kepadanya dengan fakta yang jitu. A temu murni B janji temu C temu bual D temu duga Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Puan Asmah akan menebus rantai emas yang dipajaknya setelah wang beliau cukup. II Dengan menjuarai Piala Malaysia baru-baru ini, pasukan bola sepak Johor Darul Takzim berjaya menebus kekalahan mereka pada tahun lepas. III Ibu menebus jagung dan keledek untuk hidangan petang kami sekeluarga. IV Kerajaan China berhasrat untuk menebus gunung bagi membina terowong. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] 4. I Pelbagai faedah perlu direncanakan oleh kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang. II Sikap perkauman yang menebal akan membawa faedah kepada keharmonian negara. III Penggunaan bioteknologi dalam pertanian perlu digiatkan untuk faedah bersama. IV Bank Negara mengumumkan bahawa kadar faedah asas tidak akan dinaikkan pada tahun ini. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Haikal memperolehi segala maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursusnya. A memperolehi segala maklumat B memperoleh segala maklumat C memperoleh segala maklumat-maklumat D memperolehi segala maklumat-maklumat 6. Kebanyakan murid-murid sukakan Cikgu Sofea kerana beliau seorang guru yang prihatin. A Kebanyakan murid-murid suka akan B Banyak murid sukakan C Kebanyakan murid suka akan D Kebanyakan murid-murid sukakan Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Pemandangan matahari terbenam di Pulau Perhentian terlalu amat indah. II PASKAL ialah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. III Dompet yang saya temukan itu saya telah serahkan kepada pemiliknya. IV Majlis perkahwinan anak Tan Sri Rahim berlangsung dengan sangat gilang-gemilang. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 11. Berdasarkan rangkap kedua sajak, mengapakah selera penulis semakin bertambah? A Roti terhidang di depan mata B Menunggu roti siap dibakar C Perutnya lapar D Roti kelihatan rangup dan segar 12. Apakah maksud frasa terkecur liur dalam sajak di atas? A Menginginkan sesuatu yang masam B Lidah sakit kerana air liur keluar C Berasa sangat lapar D Terliur untuk makan sesuatu 13. terhidang seumpama permaidani terhampar. Gaya bahasa yang sesuai dengan baris sajak di atas ialah A simile. B metafora. C hiperbola. D inversi. 14. Berdasarkan sajak, apakah ciri seseorang yang memiliki iman? A Bersendawa selepas makan B Mendengar rintihan orang miskin C Mengingati orang miskin yang kelaparan D Berkongsi roti dengan orang miskin 15. Pilih nilai murni yang tidak terdapat dalam sajak di atas. A Kesabaran B Keprihatinan C Ketaatan D Kesyukuran Bahagian B [30 markah] 1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Yuran: RM20.00 sahaja Hubungi Encik Zafran melalui talian 010-574 9771 untuk pendaftaran. (i) (ii) [2 markah]


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ciri-ciri pemimpin yang berkarisma. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Karisma ialah daya kepimpinan, daya penarik, atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang mampu mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada orang lain. Oleh itu, pemimpin berkarisma bererti pemimpin yang mampu memberikan inspirasi dengan mempengaruhi pengikut, pekerja, atau orang bawahannya untuk mencapai matlamat. Oleh sebab itu, pemimpin yang berkarisma tidak akan terkesima dalam kepimpinannya. Pemimpin yang terkesima mencerminkan seorang yang lemah dan mempunyai karakter yang negatif. Pemimpin berkarisma mempunyai jati diri dan berintegriti tinggi. Pemimpin sebegini akan memastikan orang bawahannya dapat melaksanakan tugas dengan baiknya dan memenuhi aspirasi yang ingin dicapai. Dari sudut pemimpin negara pula, pemimpin perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk menyampaikan hujah atau penjelasan supaya difahami oleh rakyat apabila sesuatu isu penting dibincangkan. Jika pemimpin berunding dengan delegasi negara asing, tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, negara akan menanggung kesan negatif seperti gagal menarik pelaburan dalam konteks hubungan perdagangan. Seorang pemimpin juga sewajarnya tegas dalam pembuatan keputusan. Keputusan yang dibuat pula seharusnya tidak dipengaruhi oleh kepentingan diri dan orang bawahan tertentu. Dari perspektif lain pula, pemimpin berkarisma akan menunjukkan kesungguhan terutamanya ketika menyelesaikan masalah berbangkit. Oleh itu, pemimpin sama sekali tidak boleh lari daripada masalah atau mencipta pelbagai alasan. Dalam hal ini, pemimpin harus bijak merangka strategi atau pelan terbaik untuk mengurus dan membangunkan organisasi. Keadaan ini berbeza dengan pemimpin yang lemah kerana akan menghancurkan organisasi secara perlahan-lahan. Tuntasnya, nilai kepimpinan memerlukan pemimpin yang berfikir, bertindak, dan membuat keputusan terbaik demi kepentingan organisasi atau negara. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Pemimpin Berkarisma Tidak Terkesima’ Dewan Masyarakat, Oktober 2023


KM1 –9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 2 SKOR Peratus Gred


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEPENTINGAN AMALAN RUMAH TERBUKA acara jamuan – menyambut perayaan tertentu – mengeratkan perpaduan kaum – berinteraksi – berkenalkenalan – memahami budaya kaum lain – kepelbagaian makanan tradisional – menarik kedatangan pelancong asing – kaya dengan budaya yang unik – menghidupkan amalan rumah terbuka


KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 1 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. KARNIVAL PERPADUAN ~ Ucapan Perasmian ~ Persembahan Perpaduan ~ Pertandingan ~ Gerai Jualan ~ Pameran Rumah terbuka Menjamin keharmonian Mengukuhkan ekonomi Aktiviti kokurikulum 1. Bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu, anda telah menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia.” Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya. 2. Sekolah merupakan agen penting untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Jelaskan peranan sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa. 3. Anda telah menyertai Karnival Perpaduan yang diadakan di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda menyertai karnival tersebut.


KM2 – 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 15 15 B 1 2 2 2 3 4 4 2 5 10 6 10 C 1 15 Jumlah 60 Bahasa Melayu [02/1] 1 jam 30 minit Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 2 Tingkatan 2 SKOR Peratus Gred


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM2–2 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Pengerusi Taman Anjung Puteri kesal kerana mesyuarat agung tahunan yang diadakan di taman perumahan itu mendapat sambutan yang daripada penduduk. A hangat B suam C dingin D lembab 2. Wang veteran tentera akan dinaikkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. A pesara B bersara C saraan D persaraan Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Menurut Hikayat Hang Tuah, bisa keris Taming Sari sukar digambarkan. II Bisa kala jengking dapat membawa maut. III Wanita tua itu memang bisa mulutnya. IV Perdebatan yang bisa telah terjadi dalam mesyuarat itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja 4. I Mereka berjalan sambil berpaut tangan semasa menyeberangi jalan. II Budak lelaki itu berpaut pada dahan pokok dalam tragedi kepala air itu. III Pokok petola itu berpaut pada junjungnya. IV Anak orang utan yang baru dilahirkan itu berpaut pada tubuh ibunya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah] Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Kerjasama di antara murid dalam Kem Jati Diri itu sungguh membanggakan. A Kerjasama antara murid-murid B Kerjasama di antara murid-murid C Kerjasama antara murid D Kerjasama di antara murid 6. Tiap ekor ayam yang dipelihara oleh datuk diberikan makanan organik. A Tiap-tiap ekor ayam B Tiap-tiap ayam C Setiap ekor ayam D Tiap ekor ayam Soalan 7 – 8 Pilih ayat-ayat yang betul. 7. I Saudagar itu kecurian tujuh uncang emas pada malam tadi. II Akan kutempuhi segala kesulitan hidup ini dengan tabahnya. III Ketiga orang murid itu telah didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. IV Setengah mangsa banjir tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan sementara. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja 8. I Daripada dibuang, lebih baik sisa makanan itu diberikan kepada kucing. II Makanan yang dihidangkan dalam majlis perkahwinan itu sungguh enak sekali. III Meskipun kakinya patah, Dani tetap pergi ke sekolah menggunakan tongkat. IV Hasha tidak menduduki peperiksaan semalam oleh kerana dia mewakili sekolah dalam pertandingan bicara berirama. A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM2–4 11. Apakah tuduhan yang dikenakan terhadap Bulat bin Leper? A Menyebabkan kematian penduduk Taman Gagak Putih B Mengakibatkan kematian seorang warga emas yang tinggal di Taman Gagak Putih C Menjadi punca kematian Mek Teh bin Jali D Tidak menggunakan khidmat peguam 12. HAKIM: Oh, itu tak jadi masalah ... kita ada peguam percuma. Sedia berkhidmat untuk orang miskin macam kamu. Apakah perwatakan Hakim yang paling tepat berdasarkan penyataan di atas? A Bertanggungjawab C Adil B Mudah simpati D Prihatin 13. HAKIM: Baiklah, kes kamu akan dibicarakan. Adakah kamu memakai peguam? TERTUDUH I: Saya orang miskin, tuan. Saya tak ada duit nak bayar peguam. Berdasarkan penyataan di atas, apakah peribahasa yang sesuai? A Bagai ayam disambar helang B Bagai kerakap tumbuh di batu C Bagai murai dicabut ekor D Bagai aur ditarik songsang 14. Yang berikut merupakan nilai yang terdapat dalam petikan, kecuali A kesyukuran. B kepatuhan. C keberanian. D keadilan. 15. Antara yang berikut yang manakah benar tentang petikan? A Bulat bin Leper mengupah seorang peguam untuk membela kesnya. B Hakim memerintahkan pegawai untuk memanggil peguam bela bagi pihak Bulat bin Leper. C Bulat bin Leper faham bahawa dia bertanggungjawab atas kematian Mek Teh. D Pendakwa Raya yakin bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Bahagian B [30 markah] 1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. (i) (ii) [2 markah] CERAMAH KESELAMATAN DAN KEBAKARAN Anjuran: Unit Kedet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah Kebangsaan Alam Megah • Tarikh:23Jun2024 • Hari: Khamis • Masa: 11:00 pagi–1:00 tengahhari • Tempat: Dewan BudimanSekolah Kebangsaan Alam Megah Disampaikan oleh: Tuan Azmi bin Osman (Ketua Balai Bomba Shah Alam) Semua murid diwajipkan hadir.


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 2 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM2–8 Bahagian C [15 markah] Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan alternatif baharu kepada guru di sekolah untuk menggantikan pendekatan konvensional. Pada hari ini, para guru semakin mahir memanfaatkan aplikasi pembelajaran secara dalam talian selaras dengan era globalisasi ini. Secara tidak langsung, penggunaan TMK membolehkan gambaran digunakan dalam pengajaran untuk meningkatkan memori murid. Guru yang celik teknologi dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan, serta kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan pelantar pembelajaran digital, iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) untuk memudahkan proses PdPc guru. Pengaplikasian TMK dalam aktivti PdPc juga memberikan peluang keemasan kepada murid untuk merapatkan jurang pencapaian akademik dengan murid lain. Pengintegrasian TMK dalam pembelajaran juga membolehkan murid mengakses maklumat dengan cepatnya dan efektifnya. Dalam hal ini, murid boleh memanfaatkan enjin pencarian seperti Google dan Yahoo untuk mengakses maklumat atau informasi yang diperlukan. Murid juga dapat menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian untuk mengikuti proses pembelajaran bersama-sama guru melalui aplikasi Google Meet dan Zoom. Pada masa yang sama, guru juga dapat menghantar kerja kursus, video pembelajaran, dan bahan bacaan kepada murid-murid melalui medium seperti Telegram dan WhatsApp. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam kalangan murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Dengan pelbagai medium komunikasi baharu yang ada pada hari ini, murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai peluang yang lebih luas untuk bertanyakan soalan kepada guru mahupun rakan-rakan. Akhir sekali, penggunaan TMK banyak membawa kemaslahatan kepada guru dan murid dalam proses PdPc. Diharapkan agar negara kita semakin maju seperti negara lain dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dapat direalisasikan. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Memanfaatkan TMK dalam Pendidikan’, Dewan Siswa, Disember 2022


KM2 – 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan, dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 B 1 30 Jumlah 40 Bahasa Melayu [02/2] 1 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 2 Tingkatan 2 SKOR Peratus Gred


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM2–10 Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 2 Arahan: Jawab soalan dalam Bahagian A serta satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [10 markah] Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEPENTINGAN AMALAN KERJASAMA DALAM HIDUP BERMASYARAKAT menjimatkan masa dan tenaga – sesuatu pekerjaan dilakukan bersama-sama – kebersihan kawasan kediaman dijaga oleh setiap anggota masyarakat – meringankan beban jiran tetangga – mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat – mengambil berat – musibah yang menimpa orang lain – mestilah diamalkan oleh setiap anggota masyarakat – aman dan harmoni


KM2 – 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kertas Model UASA 2 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Objektif: • Memupuk budaya keusahawanan dalam diri murid-murid • Menerapkan ciri usahawan seperti bijak dan berani. Datanglah beramai-ramai KARNIVAL KEUSAHAWANAN Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam 27 MEI 2024 10:00 pagi hingga 3:00 petang 1. Tulis rencana yang bertajuk “Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya.” 2. Sebagai wartawan sekolah, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang usahawan berjaya. Tulis wawancara anda itu selengkapnya. 3. Anda telah menyertai Karnival Keusahawanan yang diadakan di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda menyertai karnival tersebut.


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS MODEL 1 Kertas 1 Bahagian A 1. B: Pilihan jawapan B, iaitu kita tepat kerana kata ganti nama diri yang melibatkan dua pihak yang sama ialah kita. 2. C: Pilihan jawapan C, iaitu temu bual tepat kerana merujuk pertemuan yang diadakan oleh dua pihak untuk berbual secara terperinci tentang sesuatu perkara. 3. A: Penggunaan kata menebus dalam ayat III sepatutnya digantikan dengan perkataan merebus, manakala dalam ayat IV digantikan dengan perkataan menebuk. 4. B: Penggunaan kata faedah dalam ayat I sepatutnya digantikan dengan perkataan kaedah, manakala dalam ayat IV sepatutnya digantikan dengan perkataan kesan. 5. B: Penggunaan kata memperolehi tidak gramatis. Yang sepatutnya ialah memperoleh. Frasa segala maklumat-maklumat adalah lewah. Bentuk yang betul ialah segala maklumat atau maklumat-maklumat. 6. C: Perkataan kebanyakan sudah membawa maksud jamak. Oleh itu, frasa ini tidak boleh diikuti oleh kata ganda. Perkataan sukakan pula dianggap salah kerana kata adjektif perasaan perlu diikuti oleh akan. Frasa yang tepat ialah kebanyakan murid suka akan. 7. A: Frasa saya telah serahkan dalam ayat III salah. Oleh itu, frasa yang sepatutnya digunakan ialah telah saya serahkan. Frasa sangat gilang-gemilang dalam ayat IV salah kerana kata penguat tidak boleh hadir bersama-sama kata ganda. 8. B: Penggunaan kata pantas dalam ayat I sepatutnya digantikan dengan perkataan lancar. Penggunaan kata sendi nama di dalam dalam ayat II salah kerana kata sendi nama di merujuk tempat, manakala kata sendi nama dalam digunakan untuk menyatakan tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Oleh itu, penggunaan kata sendi dalam adalah lebih tepat. 9. C: Jawapan ini paling sesuai bagi menyatakan ayat yang sama maksud serta menepati konteks ayat yang terdapat dalam soalan tersebut. 10. A: Peribahasa yang paling sesuai berdasarkan pernyataan bakat bermain piano yang diwarisi oleh ibu ialah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. 11. B: Jawapan ini ada pada rangkap kedua sajak. Selera penulis semakin bertambah kerana menunggu roti siap dibakar. 12. D: Maksud frasa terkecur liur ialah membangkitkan selera/ kelakuan keluar air liur kerana terliur akan sesuatu makanan. 13. A: Penggunaan gaya bahasa simile dapat dilihat pada perkataan seumpama dalam penyataan. 14. C: Seseorang yang beriman tidak akan melupakan orang miskin yang sedang kelaparan. Jawapan ini ada pada rangkap keempat sajak. 15. C: Nilai ketaatan tidak benar dan tidak terdapat dalam sajak. Bahagian B 1. (i) tengahari – tengah hari (ii) mengalakkan – menggalakkan 2. (i) dinasihati – dinasihatkan (ii) mencantas – menebas 3. (i) Pemikiran generasi muda kini sungguh kritis. (ii) Surat yang saya terima ini daripada Pusat Zakat Selangor. (iii) Wanita di stesen bas itu mahasiswi Universiti Malaya. (iv) Kereta tempatan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia. 4. (i) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya (ii) usaha tangga kejayaan 5. Kriteria bagi soalan 3 markah 3 markah Isi cukup/ lengkap dan ayat gramatis 2 markah • Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis 1 markah Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis 0 markah Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis (i) • pesawah tidak lagi perlu bersusah payah mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong bertutup separuh layar • penggunaan jentera tuai dapat mempercepat proses pembersihan petak sawah [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan petikan Bahan 1] JAWAPAN


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Berdasarkan Bahan 1, pesawah tidak lagi perlu bersusah payah mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong bertutup separuh layar. Selain itu, penggunaan jentera tuai, dapat mempercepat proses pembersihan petak sawah. (ii) • masyarakat yang menceburi bidang pertanian • masyarakat yang berpandangan jauh. [Petunjuk jawapan berdasarkan keseluruhan petikan cerpen Bahan 1 dan Bahan 2] Dua latar masyarakat yang sama yang terdapat dalam kedua-dua bahan ialah masyarakat yang menceburi bidang pertanian dan masyarakat yang berpandangan jauh. 6. Kriteria bagi soalan 4 markah Markah Kriteria 4 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis. 3 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis. 2 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis. 1 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis. 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis. • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis. Isi cukup: 2 isi daripada isi yang dicadangkan atau isi-isi lain yang relevan (iii) • ibu bapa perlu memberikan pendedahan awal kepada anak-anak tentang bidang pertanian – bercucuk tanam dengan anakanak di halaman rumah pada masa lapang • pihak sekolah hendaklah mengadakan program pertanian di sekolah seperti kebun mini sekolah – murid-murid meminati bidang pertanian [Jawapan lain yang relevan boleh diterima.] [Minimum 2 isi] Pada pendapat saya, peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan anak muda menceburi sektor pertanian ialah ibu bapa perlu memberikan pendedahan awal kepada anakanak tentang bidang pertanian seperti bercucuk tanam dengan anak-anak di halaman rumah pada masa lapang. Selain itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan program pertanian di sekolah seperti kebun mini sekolah agar muridmurid meminati bidang pertanian. 6. Pembahagian Markah Perincian Markah Isi 6 markah Bahasa 4 markah Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 4 markah • Bahasa baik dan lancar • Ayat gramatis • Ejaan dan tanda baca yang betul Baik 2 – 3 markah • Bahasa masih baik dan masih lancar • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Kurang Memuaskan 1 markah • Bahasa tidak cekap • Ayat tidak gramatis • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Jalan ke Puncak Watak utama: Laiman • Seorang yang gigih bekerja – Laiman gigih mengusahakan pelbagai projek pertanian seperti kebun tembikai, ternakan ikan air tawar, ternakan udang harimau, dan lain-lain. • Seorang yang berani – Laiman berani mengambil risiko dengan bekerja sendiri dan mengusahakan pelbagai projek pertanian walaupun pernah ditawarkan bekerja dengan kerajaan. • Seorang yang berkeyakinan tinggi – Laiman begitu yakin bahawa usahanya untuk menjadi petani moden akan berjaya. Akhirnya, usahanya itu telah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Projek ternakan ikan air tawar akan dijadikan projek contoh. Novel yang saya kaji di Tingkatan 2 ialah Jalan ke Puncak. Watak utama dalam novel ini ialah Laiman. Antara perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang gigih bekerja. Laiman gigih mengusahakan pelbagai projek pertanian seperti kebun tembikai, ternakan ikan air tawar, ternakan udang harimau, dan lain-lain. Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang berani. Laiman berani mengambil risiko dengan bekerja sendiri dan mengusahakan pelbagai projek pertanian walaupun pernah ditawarkan bekerja dengan kerajaan. Akhir sekali, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang berkeyakinan tinggi. Laiman begitu yakin bahawa usahanya untuk menjadi petani moden akan berjaya. Akhirnya, usahanya itu telah mendapat pengiktirafan pihak kerajaan. Projek ternakan ikan air tawar akan dijadikan projek contoh.


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Jawapan J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Meniti Impian Watak utama: Zahar • Seorang yang penyayang – Zahar menyayangi ibunya dan dua orang adik lelakinya. Setiap kali bercuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan mereka. • Seorang yang berpandangan jauh – Zahar bercitacita untuk membuka bengkel perabot kepunyaannya sendiri. Zahar menolak tawaran bekerja daripada syarikat tempat dia menjalani latihan. • Seorang yang setia – Zahar amat setia kepada Suhaili pada permulaan perhubungan mereka sehingga dia terpaksa melupakannya apabila melihat Suhaili akrab dengan seorang lelaki lain. Zahar juga begitu setia kepada Norimi yang merupakan salah seorang pelatih di IKM. Novel yang saya kaji di Tingkatan 2 ialah Meniti Impian. Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Antara perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang penyayang. Zahar menyayangi ibunya dan dua orang adik lelakinya. Setiap kali bercuti, dia akan pulang ke kampung untuk bertemu dengan mereka. Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang berpandangan jauh. Zahar bercita-cita untuk membuka bengkel perabot kepunyaannya sendiri. Zahar menolak tawaran bekerja daripada syarikat tempat dia menjalani latihan. Akhir sekali, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang setia. Zahar amat setia kepada Suhaili pada permulaan perhubungan mereka sehingga dia terpaksa melupakannya apabila melihat Suhaili akrab dengan seorang lelaki lain. Zahar juga begitu setia kepada Norimi yang merupakan salah seorang pelatih di IKM. Jejak MONPUS Watak utama: Zahar • Seorang yang penyayang – Dia amat sayang akan ibunya Qistina. Zahar tidak menginap di universiti kerana dia tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendirian di rumah. • Seorang yang minat akan serangga sejak kecil lagi – Zahar mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga, iaitu ulat bulu sejak kecil lagi. Antara ulat yang paling disayangi oleh Zahar ialah spesies Pus-Pus. • Seorang yang gigih dan rajin melakukan penyelidikan – Zahar gigih dan rajin melakukan penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan racun serangga hasil daripada kacukan spesies ulat Morgan dan Pus-Pus. Racun serangga tersebut dinamakan MONPUS. Novel yang saya kaji di Tingkatan 2 ialah Jejak MONPUS. Watak utama dalam novel ini ialah Zahar. Antara perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang penyayang. Dia amat sayang akan ibunya Qistina. Zahar tidak menginap di universiti kerana dia tidak sampai hati meninggalkan ibunya sendirian di rumah. Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang minat akan serangga sejak kecil lagi. Zahar mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga, iaitu ulat bulu sejak kecil lagi. Antara ulat yang paling disayangi oleh Zahar ialah spesies Pus-Pus. Akhir sekali, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang gigih dan rajin melakukan penyelidikan. Zahar gigih dan rajin melakukan penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan racun serangga hasil daripada kacukan spesies ulat Morgan dan Pus-Pus. Racun serangga tersebut dinamakan MONPUS. Darah Titik di Semantan Watak utama: Datuk Bahaman • Seorang yang berani – Datuk Bahaman seorang pejuang yang berani menentang pihak Inggeris. Beliau telah kembali seorang diri ke Lubuk Terua setelah mengetahui bahawa pihak Inggeris telah membakar dan membunuh penduduk kampung. • Seorang yang penyabar dan berhati-hati – Datuk Bahaman menyuruh pengikut-pengikutnya bersabar dan mengisi ilmu di dada terlebih dahulu sebelum melawan pihak Inggeris. • Seorang yang memiliki ilmu kebatinan yang tinggi – Datuk Bahaman mempunyai ilmu batin, iaitu ilmu pukau. Beliau telah menggunakan ilmu pukau untuk mengambil mayat Pak Uda Ismail yang telah dibunuh oleh Inggeris di Rumah Pasung Temerloh. Novel yang saya kaji di Tingkatan 2 ialah Darah Titik di Semantan. Watak utama dalam novel ini ialah Datuk Bahaman. Antara perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang berani. Datuk Bahaman seorang pejuang yang berani menentang pihak Inggeris. Beliau telah kembali seorang diri ke Lubuk Terua setelah mengetahui bahawa pihak Inggeris telah membakar dan membunuh penduduk kampung. Selain itu, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang penyabar dan berhati-hati. Datuk Bahaman menyuruh pengikut-pengikutnya bersabar dan mengisi ilmu di dada terlebih dahulu sebelum melawan pihak Inggeris. Akhir sekali, perwatakan watak utama dalam novel ini ialah seorang yang memiliki ilmu kebatinan yang tinggi. Datuk Bahaman mempunyai ilmu batin, iaitu ilmu pukau. Beliau telah menggunakan ilmu pukau untuk mengambil mayat Pak Uda Ismail yang telah dibunuh oleh Inggeris di Rumah Pasung Temerloh. Bahagian C Markah Isi: 10 markah Bilangan Isi Markah 5 10 4 8 3 6 2 4 1 2


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Jawapan © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4 Markah Bahasa: 5 markah • Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan • Bahasa dinilai secara gambaran keseluruhan • Kriterian pemeringkatan markah Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 4 – 5 • Bahasa baik dan lancar • Menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis • Penanda wacana sesuai • Ejaan dan tanda baca betul Baik 2 – 3 • Bahasa baik dan lancar • Masih berupaya untuk menggunakan ayat sendiri, pemilihan kata masih tepat, ayat masih gramatis • Penanda wacana masih sesuai • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang yang minimum Memuaskan 1 • Bahasa kurang lancar • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan, dan tanda baca • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Pelbagai ciri pemimpin yang berkarisma, antaranya ialah pemimpin yang mampu memberikan inspirasi dengan mempengaruhi pengikut, pekerja, atau orang bawahannya untuk mencapai matlamat. Selain itu, pemimpin yang berkarisma tidak akan terkesima dalam kepimpinannya. Pemimpin berkarisma mempunyai jati diri dan berintegriti tinggi. Pemimpin berkarisma mempunyai kemahiran berkomunikasi untuk menyampaikan hujah atau penjelasan. Seorang pemimpin juga sewajarnya tegas dalam pembuatan keputusan. Di samping itu, pemimpin yang berkarisma akan menunjukkan kesungguhan terutamanya ketika menyelesaikan masalah berbangkit. Akhir sekali, pemimpin harus bijak merangka strategi atau pelan terbaik untuk mengurus dan membangunkan organisasi. Kertas 2 Bahagian A Rumah terbuka merupakan acara jamuan untuk menyambut perayaan tertentu. Antara kepentingannya ialah amalan ini dapat mengeratkan perpaduan kaum kerana jiran tetangga berpeluang untuk berinteraksi dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Selain itu, kita dapat memahami budaya kaum lain. Seterusnya, kita dapat menikmati kepelbagaian makanan tradisional yang disediakan. Akhir sekali, amalan rumah terbuka mampu menarik kedatangan pelancong asing kerana masyarakat kita kaya dengan budaya yang unik. Kesimpulannya, masyarakat perlulah menghidupkan amalan rumah terbuka agar manfaatnya dapat dinikmati bersama-sama. Bahagian B 1. Format: Khusus (Syarahan) Kehendak soalan (i) Murid diandaikan telah menyertai pertandingan syarahan. Murid dikehendaki untuk menulis teks syarahan tentang kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. (ii) Teks syarahan yang ditulis mestilah mengikut format yang betul seperti kata alu-aluan, kata sapaan, dan diakhiri ucapan terima kasih. Pendahuluan: kata alu-aluan – ucapan selamat – menyatakan tajuk syarahan Isi-isi penting: (i) menjamin keharmonian negara – masyarakat saling menghormati biarpun berbeza budaya dan agama – menghormati amalan beragama dan perayaan kaum lain – semangat kerjasama “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” dapat diperkukuh (ii) meningkatkan imej negara di mata dunia – negara dipandang tinggi – kestabilan dan keharmonian yang dimiliki – menjadi suri teladan kepada negara lain – tiada perbalahan dan pertumpahan darah – tampil sebagai negara yang disegani dan dihormati (iii) memacu pertumbuhan ekonomi yang mapan – menarik pelabur asing – kemasukan pelabur asing meningkatkan peluang pekerjaan – ekonomi negara semakin kukuh (iv) dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia – asas perpaduan yang kukuh, kebudayaan yang unik, kepelbagaian adat resam – membentuk identiti sesebuah masyarakat – memikat hati para pelancong berkunjung ke negara ini – menonjolkan imej negara – kedatangan pelancong menjana pendapatan negara Penutup: perpaduan elemen penting – mewujudkan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara – pemimpin berusaha – mengukuhkan perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat – bukan sahaja membentuk negara maju – memupuk semangat cinta dalam kalangan masyarakat – ucapan terima kasih 2. Format: Umum (Fakta) Kehendak soalan (i) Murid dikehendaki untuk menjelaskan peranan sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid. (ii) Karangan murid mestilah merangkumi guruguru, pihak sekolah, dan murid-murid.


Bahasa Melayu Tingkatan 2 Jawapan J5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Pendahuluan: perpaduan – asas kestabilan dan kesejahteraan sesebuah negara – perlu disemai sejak bangku sekolah – pelbagai peranan perlu dilakukan oleh pihak sekolah Isi-isi penting: (i) guru-guru perlu mendedahkan murid dengan semangat perpaduan – melalui sukatan pelajaran – mata pelajaran Bahasa Melayu – menjelaskan kepentingan perpaduan dan kesan sekiranya perpaduan diabaikan – pendedahan yang diberikan dapat menyedarkan murid tentang perlunya bergaul dengan semua murid tanpa mengira kaum (ii) aktiviti kokurikulum – menggalakkan murid untuk berinteraksi antara satu sama lain – aktiviti perkhemahan – setiap murid tanpa mengira kaum perlu bekerjasama – komunikasi yang wujud dapat membentuk perpaduan yang erat (iii) menganjurkan program bertemakan perpaduan – menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti yang diadakan – menganjurkan Karnival Perpaduan peringkat sekolah – semangat perpaduan dapat disuburkan dalam diri muridmurid (iv) mengadakan aktiviti sukan di sekolah – acara sukan tahunan – penganjuran hari sukan dapat mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan, dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah – pelbagai aktiviti – permainan, perarakan, dan perhiasan khemah – melaksanakan aktiviti dengan bersatu padu dan bekerjasama – mengekalkan kesihatan dan perpaduan dalam kalangan murid Penutup: pelbagai peranan dapat dilakukan oleh pihak sekolah – memupuk perpaduan dalam kalangan murid – pihak sekolah perlu memainkan peranan yang siginifikan – memastikan perpaduan dalam kalangan murid – kekal subur – perpecahan kaum pada masa akan datang – dapat dielakkan 3. Format: Umum (Keperihalan) Kehendak soalan (i) Murid dikehendaki untuk menceritakan pengalaman menyertai Karnival Perpaduan di sekolah. (ii) Karangan murid mestilah merangkumi pengalamannya menyertai karnival tersebut pada permulaan program sehingga program berakhir. (iii) Karangan murid mestilah mempunyai kronologi yang jelas. Pendahuluan: pada minggu lepas, saya berpeluang untuk menyertai Karnival Perpaduan di sekolah – dianjurkan oleh Kelab Rukun Negara – objektif program untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa Isi-isi penting: (a) Karnival Perpaduan dirasmikan oleh Tuan Pengetua – menyeru semua murid agar mengamalkan semangat perpaduan – persembahan pentas telah disampaikan oleh murid-murid – tarian, nyanyian, dan sketsa yang bertemakan perpaduan – mendapat tepukan yang gemuruh (b) menyertai ceramah perpaduan – disampaikan oleh pegawai daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional – mengunjungi gerai pameran – mengetahui pelbagai maklumat tentang usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat – sebelum negara memperoleh kemerdekaan hingga kini (c) pelbagai pertandingan telah diadakan – menulis esei, pidato, deklamasi sajak – penyertaan murid sangat menggalakkan – turut menyertai pertandingan pidato – dinobatkan sebagai juara (d) pihak sekolah turut mengadakan gerai jualan – menjual makanan, minuman, pakaian, dan cenderamata – urus niaga menggunakan kupon – pengunjung dari luar turut memeriahkan suasana Penutup: Karnival Perpaduan berakhir – sungguh penat tetapi berasa amat gembira – karnival berlangsung dengan meriahnya – berharap agar karnival tersebut akan diadakan lagi – tahun hadapan KERTAS MODEL 2 Kertas 1 Bahagian A 1. C: Pilihan jawapan C, iaitu dingin tepat kerana kata adjektif ini bermaksud tidak meriah. Oleh itu. Kata dingin paling sesuai untuk merujuk situasi sesuatu majlis yang kurang mendapat sambutan. 2. D: Pilihan jawapan D, iaitu persaraan tepat kerana wang persaraan bermaksud wang pencen. 3. C: Penggunaan kata bisa bagi ayat IV sepatutnya digantikan dengan perkataan sengit atau hangat. 4. D: Penggunaan kata berpaut bagi ayat I sepatutnya digantikan dengan perkataan berpegangan atau berpimpin. 5. C: Frasa sendi nama di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Manakala, kata sendi nama antara berfungsi untuk menunjukkan perbandingan yang biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Oleh itu, frasa Kerjasama antara murid adalah tepat.


KERTAS MODEL SKOR A Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. WC232014 Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: 1 2 3 BAHASA MELAYU ENGLISH SAINS | SCIENCE MATEMATIK | MATHEMATICS ASAS SAINS KOMPUTER SEJARAH GEOGRAFI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM WC232014 ISBN: 978-629-470-603-3 SUBJEK/ TINGKATAN TINGKATAN UASA 2 KSSM Ujian Akhir Sesi Akademik PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks Tingkatan 2 SKOR A KERTAS MODEL UASA BAHASA MELAYU SKOR A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan model pentaksiran PBD sumatif yang mempersiapkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik! BAHASA MELAYU W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95 PERKARA KERTAS 1 (02/1): UJIAN BERTULIS (PEMAHAMAN) KERTAS 2 (02/2): UJIAN BERTULIS (PENULISAN) Bilangan soalan Bahagian A • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (10 soalan OAP) • Pemahaman Petikan (5 soalan OAP) Bahagian B • Morfologi/Frasa/Sintaksis/ Peribahasa (4 soalan OPB) • Pemahaman Petikan (3 soalan SRT) • Novel: KOMSAS (1 soalan SRT) Bahagian C • Pemindahan Maklumat (1 soalan SRT) - Ringkasan (Ting 1) - Ringkasan/Rumusan (Ting 2) - Ringkasan/Ulasan (Ting 3) Bahagian A • Karangan (1 soalan SRT) Bahagian B • Karangan (3 soalan SRTb) (Jawab 1 soalan sahaja) Jumlah markah Bahagian A: 15 Bahagian B: 30 Bahagian C: 15 Jumlah: 60 markah Bahagian A: 10 Bahagian B: 30 Jumlah: 40 markah Tempoh ujian 1 jam 30 minit 1 jam [02]


Click to View FlipBook Version