The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-06-27 21:33:56

Skor A SPM 2022 Bahasa Melayu

Skor A SPM 2022 Bahasa Melayu

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Kertas SPM
Model
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1

1103/1

Rights Reserved.
UJIAN BERTULIS

Kertas 1

2 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan
Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
BAHPeAnerSbitaAn PelManEgiLSdnA BYhd.UAll
Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa: Markah Penuh Markah Diperoleh
Soalan 30
70
Bahagian A 100
Bahagian B

Jumlah

NAMA: .........................................................................................
ANGKA GILIRAN:

KERTAS MODEL SPM 1 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
Soalan ini mesti dijawab.

Maklumat di bawah berkaitan dengan jenayah dalam kalangan remaja.
Huraikan pendapat anda tentang jenayah dalam kalangan remaja.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Pengaruh ICT punca remaja
12 tahun terbabit jenayah

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin – 31 Januari 2016 @ 12:54pm
[email protected]

Sumber: Berita Harian Online, 31 Januari 2016

Keluarga berperanan bendung jenayah dalam kalangan remaja

MyMetro
Oleh Muhammad Zafri
[email protected]

Sumber: MyMetro, 27 Julai 2015

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, remaja yang telah melakukan jenayah akan dihantar ke pusat pemulihan
akhlak. Hal ini diputuskan oleh pihak mahkamah.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/jenayah-remaja/

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 2 SPM Bahasa Melayu

1103/1 KERTAS MODEL SPM 1

Bahagian B
[70 markah]
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan.

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

1.
Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Sumber: Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia

Rakyat Malaysia yang bersatu padu akan dapat dibentuk sekiranya Rukun Negara dihayati pada setiap
masa.

Ulas pernyataan di atas.

2.
Obesiti ataupun kegemukan merupakan satu daripada masalah kesihatan yang semakin
membimbangkan. Menurut kajian terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak
41 juta orang kanak-kanak di seluruh dunia mengalami obesiti. Seseorang yang mengalami obesiti
berisiko tinggi menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, dan strok.

Sumber: Utusan Borneo Online, 8 Julai 2019

Petikan akhbar dalam talian di atas menerangkan masalah obesiti yang kian leluasa.
Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh golongan remaja untuk menangani masalah kesihatan ini.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 3 SPM Bahasa Melayu

KERTAS MODEL SPM 1 1103/1

3.
Pengurusan kewangan yang baik ialah amalan yang harus dipraktikkan oleh seseorang untuk
mengelakkan kesulitan dalam kehidupan. Amalan ini juga membolehkan seseorang menjalani
kehidupan yang lebih tenang kerana masalah kewangan dapat dielakkan sama sekali.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pengurusan kewangan yang baik sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita. Malangnya,
adik lelaki anda yang sedang bekerja di luar negara sering mengalami masalah kewangan kerana tidak
mengurus kewangannya secara bijak.

Tulis sepucuk surat kepada adik lelaki anda untuk menjelaskan proses pengurusan kewangan kepadanya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
4.
Koperasi sekolah ialah sebuah koperasi yang didaftarkan di bawah Ordinan Syarikat Koperatif Bil.
33/48 yang mempunyai undang-undang kecilnya sendiri. Dari segi keahlian pula, koperasi sekolah
mempunyai ahli yang terdiri daripada murid-murid yang berumur kurang daripada 18 tahun.

Sumber: http://gbyusri.blogspot.com

Gerakan koperasi sekolah merupakan satu daripada kegiatan kokurikulum sekolah yang mendatangkan
pelbagai faedah kepada murid-murid dan secara langsung dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan
Negara.

Tulis pendapat anda tentang faedah-faedah penubuhan koperasi sekolah kepada murid-murid.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 4 SPM Bahasa Melayu

Kertas SPM
Model
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
1

1103/2

Rights Reserved.
UJIAN BERTULIS

Kertas 2

2 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A,
Bahagian B, dan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan.
BAHPeAnerSbitaAn PelManEgiLSdnA BYhd.UAll
Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa: Markah Penuh Markah Diperoleh
Soalan 35
35
Bahagian A 30
Bahagian B 100
Bahagian C

Jumlah

NAMA: .........................................................................................
ANGKA GILIRAN:

KERTAS MODEL SPM 1 1103/2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved. 1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata kerja pasif. Kemudian bina
satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja pasif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Hutan paya bakau memainkan peranan yang penting untuk melestarikan alam sekitar. Selain
mengawal hakisan pantai, hutan paya bakau juga menjadi habitat pelbagai hidupan akuatik seperti
ikan, udang, ketam, dan sotong. Bukan itu sahaja, kayu bakau dari hutan ini digunakan untuk
menghasilkan arang. Kayu bakau yang sesuai untuk dijadikan arang ialah kayu bakau kurap dan kayu
bakau minyak. Sebenarnya, arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti
antara yang terbaik di dunia dan dieksport ke negara Jepun, Arab Saudi, dan Korea.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Halaman 60, Kementerian Pendidikan Malaysia

[8 markah]

2. Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek :

Predikat :

Masyarakat pada era modenisasi ini perlu bersedia untuk mendepani pelbagai perubahan
yang disebabkan oleh Revolusi Industri 4.0. Revolusi Industri 4.0 ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, dan lain-lain yang akan memudahkan
kehidupan manusia. Segala urusan harian seperti mencuci baju, memberikan makanan kepada haiwan,
dan mematikan alat pendingin hawa dapat dilakukan dengan menekan butang pada telefon pintar
masing-masing. Dengan mengadaptasi perubahan tersebut, taraf hidup masyarakat sudah tentu dapat
ditingkatkan.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Halaman 66, Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

3. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat
pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut.

Bahan 1

Perpaduan kaum adalah asas kekuatan sesebuah negara dan dapat menentukan jatuh bangunnya
sesebuah negara itu. Oleh itu, perpaduan kaum seharusnya diperkukuhkan agar kekuasaan sesebuah
negara dapat dipertahankan untuk selama-lamanya. Dalam hal ini, rakyat Malaysia yang berbilang

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 6 SPM Bahasa Melayu

1103/2 KERTAS MODEL SPM 1

bangsa dan agama mestilah saling hormat-menghormati serta bergaul mesra pada tiap masa. Dengan
adanya semangat perpaduan yang utuh, negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara maju di pentas antara bangsa.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan Perlu Jadi Agenda Utama Setiap Tindakan’,
Berita Harian Online, 2021

[6 markah]

Bahan 2
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Rakyat Malaysia disarankan agar menjaga kebersihan diri sepanjang masa untuk mengelakan
jangkitan COVID-19. Dalam hal ini, kita mestilah mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air
yang bersih sebelum menyentuh permukaan yang kotor. Jika sekiranya sabun dan air tidak disediakan,
kita haruslah menggunakan pesanitasi tangan untuk membersihkan tangan kerana mencegah lebih
baik daripada mengubati. Tegasnya, aspek kebersihan diri perlu diutamakan agar kes COVID-19
dapat dikurang.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Jaga Kebersihan Diri Elak Dijangkiti COVID-19’,
Berita Harian Online, 2021

[5 markah]

4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah
Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab
sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah
lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri
Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

5. Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan maksud peribahasa tersebut.

Ibu : Adakah kamu telah menyiapkan semua kerja sekolah kamu?
Ah Meng : Belum, ibu. Saya akan menyiapkannya nanti. Biarlah saya berehat sebentar.
Ibu : Siapkanlah kerja sekolah kamu selepas mandi. Bertangguh itu pencuri masa. Kamu pasti

dapat menyiapkannya kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ah Meng : Baiklah, ibu. Saya juga tidak mahu membazirkan masa kerana masa itu umpama emas.

Terima kasih ibu kerana tidak jemu memberikan nasihat kepada saya.

[4 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 7 SPM Bahasa Melayu

KERTAS MODEL SPM 1 1103/2

BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kebanyakan murid meminati mata pelajaran Sains kerana berpeluang untuk membuat pelbagai
eksperimen di makmal sains. Oleh hal yang demikian, aspek keselamatan di makmal sains tidak boleh
dipandang enteng sama sekali. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak
diingini kerana malang tidak berbau. Antara kemalangan yang mungkin berlaku di makmal sains
termasuklah kebakaran, letupan, kebocoran gas, tumpahan bahan kimia, dan lain-lain.
Untuk memastikan kemalangan tidak berlaku di makmal sains, guru Sains memainkan peranan
yang amat penting sekali. Guru Sains seharusnya memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid
tentang peraturan yang mesti dipatuhi ketika mereka berada di makmal sains. Dalam hal ini, murid-
murid mestilah membuka semua tingkap dan pintu makmal sains serta menunggu arahan guru
sebelum memulakan eksperimen.
Semasa melakukan eksperimen, murid-murid tidak boleh mengambil peralatan atau bahan-bahan
kimia yang lain selain yang telah disediakan oleh guru Sains. Sebelum meninggalkan makmal sains,
murid-murid perlu menutup semua suis lampu dan kipas.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahan 2

Peraturan Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Jangan masuk ke bengkel tanpa kebenaran guru.
Buka semua tingkap dan pintu untuk mendapatkan pengudaraan yang baik.
Gunakanlah peralatan dengan cermat untuk mengelakkan kecederaan.
Tunggu arahan guru sebelum memulakan kerja-kerja pertukangan.
Laporkan sebarang kemalangan kepada guru dengan serta-merta.
Simpan semua peralatan di tempat asal selepas menggunakannya.
Tutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan bengkel.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud dipandang enteng. [2 markah]

(ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan peraturan yang mesti dipatuhi oleh

murid-murid ketika berada di makmal sains dan di bengkel RBT. [3 markah]

(iii) Kemalangan di tempat kerja sentiasa berlaku sehingga mendatangkan pelbagai kesan kepada pekerja
dan majikan.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya kemalangan di sesuatu tempat kerja?
[3 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 8 SPM Bahasa Melayu

1103/2 KERTAS MODEL SPM 1

(iv) Semasa melakukan eksperimen di makmal sains, anda mendapati bahawa seorang rakan sekelas

anda telah mengambil sebotol bahan kimia yang disimpan di dalam almari tanpa pengetahuan guru

walaupun bahan kimia tersebut tidak digunakan dalam eksperimen yang sedang dijalankan.

Sebagai murid yang bertanggungjawab, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan rakan

sekelas anda tidak menyalahgunakan bahan kimia tersebut? [4 markah]

7. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Ahmad Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki kerusi
pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut
menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang
orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya,
perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur. “Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga
perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita akan merdeka, dan untuk
itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita....”
Akhirnya, selepas berbulan-bulan lamanya Ahmad Mutawakkil menghilang, satu hari, pecahlah
berita tentang kepulangannya. Oleh sebab namanya sebagai wartawan masyhur disebut orang di sana
sini, Tuan Booth mahu meraikan kejayaannya itu.

Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’, antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia


Bahan 2

Malaysia Tercinta

Malaysia negaraku tercinta Ayuh, sahabat
sudah jauh derap langkahmu kita teguhkan perpaduan
merempuh putaran waktu kita satukan hati dan jiwa
merintis cabaran baharu. kita tekadkan azam
mendaulatkan negara kita
Malaysia negaraku tercinta buat selama-lamanya.
kudoakan engkau terus gagah
menangkis anasir-anasir luar Alias Derais
saban waktu berusaha merobek
keamananmu.

(Sumber: Internet)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pecahlah berita. [2 markah]

(ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, apakah tanggungjawab rakyat sebelum dan selepas

kemerdekaan? [3 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 9 SPM Bahasa Melayu

KERTAS MODEL SPM 1 1103/2

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat

patriotik? [4 markah]

(iv) Rakan karib anda sering memburuk-burukkan negara Malaysia. Dia beranggapan bahawa negara

Malaysia merupakan sebuah negara yang mundur dan tidak setanding dengan negara-negara maju

yang lain. Dia juga bercadang untuk berhijrah ke negara lain apabila dewasa kelak.

Sebagai seorang yang patriotik, apakah yang wajar anda lakukan untuk menyedarkan rakan karib anda

bahawa dia sebenarnya amat bertuah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia? [4 markah]

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
8. Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“Kami amat kecewa,” kata salah seorang pengiring yang tertulis nama Utada pada pelekat
nama di dada kanannya itu.
“Kerana kami juga tidak boleh melihat kelip-kelip.”
Seusai kenyataan oleh pengiring yang bernama Utada itu, pelbagai persoalan timbul dalam
benak Nurul Hafsa, juga pelbagai alasan. Kenapa pula para pelawat ini tidak boleh melihat
kelip-kelip? Apa kaitan kelip-kelip di kawasan paya dan bintang di langit? Apa yang boleh
dilakukannya sedangkan hari ini hari pertama dia bekerja di Jabatan Falak Kuala Selangor?
Semua orang tahu Kuala Selangor ialah tempat bintang-bintang dan sejenis serangga yang
dipanggil kunang-kunang atau kelip-kelip. Kuala Selangor disebut di mana-mana seperti dalam
Internet, dalam poster promosi dan pada papan iklan.
Kuala Selangor: Habitat kelip-kelip. Kuala Selangor: Pusat kajian falak paling komprehensif
di Malaysia.
Namun, peristiwa yang telah terjadi pada malam ini telah merubah persepsi tentang
kerjayanya.

Dipetik daripada novel Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop,
Kementerian Pendidikan Malaysia



Nyatakan persoalan-persoalan yang timbul dalam benak Nurul Hafsa setelah Utada memberikan

kenyataannya. [4 markah]

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang dapat menggambarkan

semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel. [6 markah]

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 10 SPM Bahasa Melayu

1103/2 KERTAS MODEL SPM 1

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1

Negara Malaysia ialah sebuah negara yang bertuah kerana terletak berhampiran dengan garisan
Khatulistiwa. Oleh sebab itulah negara Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan
lembap sepanjang tahun. Min suhu tahunan yang tinggi, iaitu 27°C dan hujan tahunan kira-kira 2600
milimeter sememangnya menggalakkan pertumbuhan pelbagai jenis hutan di negara kita. Antaranya
termasuklah hutan hujan tropika, hutan gunung, hutan paya air masin, hutan paya air tawar, dan hutan
pantai.

Hutan yang tumbuh subur di bumi yang bertuah ini merupakan habitat pelbagai spesies flora dan
fauna. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan dan tumbuh-tumbuhan bergantung pada hutan untuk
mendapatkan sumber makanan dan tempat perlindungan. Sekiranya hutan dimusnahkan oleh manusia
yang tamak haloba, flora dan fauna yang berharga akan mengalami kepupusan. Selain itu, hutan
membekalkan pelbagai sumber bahan mentah kepada manusia seperti sumber kayu balak, buluh,
rotan, dan sebagainya. Hasil eksport hasil hutan dapat meningkatkan sumber pendapatan negara sekali
gus memangkinkan pertumbuhan ekonomi. Namun begitu, hasil hutan semakin berkurang akibat
penerokaan hutan tanpa kawalan.

Perubatan tradisional terbukti dapat mengubati pelbagai penyakit kronik. Tahukah kita bahawa
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan boleh digunakan dalam perubatan tradisional? Misalnya,
sembong, senduduk, dan pegaga mempunyai nilai perubatan. Malangnya, sumber perubatan yang
berharga ini semakin sukar ditemukan gara-gara penyahhutanan untuk tujuan pembangunan. Oleh hal
yang demikian, hutan mestilah dipelihara sepanjang masa sebelum kudis menjadi tokak.

Dalam usaha memelihara hutan, pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang. Sesiapa
yang didapati membinasakan hutan dengan sewenang-wenangnya akan dijatuhkan hukuman yang
berat agar pisang tidak berbuah dua kali. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga telah mewartakan
hutan simpan dan taman negara agar biodiversiti dapat dikekalkan. Pihak media pula mengadakan
kempen kesedaran secara berterusan. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang peri pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia’,
Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 11 SPM Bahasa Melayu

KERTAS MODEL SPM 1 1103/2

Bahan 2

Kesan-kesan Pemusnahan Hutan

Tanah runtuhPenerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.BanjirPemanasan global
Bahan 3

Sajak Hutan

Hutan,
engkaulah ciptaan Yang Esa,
melengkapi kehidupan manusia,
tapi lihatlah keadaan semasa,
engkau dirobek-robek manusia celaka.

Hutan,
manusia tidak mengerti,
hadirnya engkau begitu bererti,
menyeimbangkan udara sana sini,
menadah air hujan bersih dan suci,
namun, engkau dihukum gantung sampai mati.

Hutan,
manusia rakus tidak mempeduli,
asal poket sudah dipenuhi,
habitat flora fauna sentiasa dicuri,
kononnya demi sesuap nasi.

Hutan,
engkau tetap setia berbakti,
walau dihina serta dicaci,
tidak diminta disanjung tinggi,
oleh manusia yang mementingkan diri.

SHUIT SIEW CHOONG,
Seri Kembangan, 2021

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1 – 12 SPM Bahasa Melayu

JAWAPAN

Kertas Model 1 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan –
membincangkan dan menilai isu perpaduan
Kertas 1 negara – MPN menekankan pembentukan
ideologi negara – dikenali sebagai Rukun
Bahagian A Negara – diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 –
penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara
Pendahuluan: – membentuk rakyat Malaysia – bersatu padu
kes jenayah – melibatkan remaja – meningkat saban selaras dengan matlamat utama Rukun Negara
tahun – cendawan tumbuh selepas hujan – menjadi – mengukuhkan perpaduan kaum
paparan utama media massa – mendatangkan
implikasi negatif – masih dipandang enteng – semua Isi-isi:
pihak – punca-punca dikenal pasti – langkah-langkah
pragmatik – ampuh – diambil untuk menanganinya (a) kepercayaan kepada Tuhan – semua
agama menyeru umatnya berbuat baik
Isi-isi: sesama manusia tanpa mengambil kira latar
(a) tak ada ribut masakan daun bergoyang – jenayah belakang, warna kulit, dan status sosial –
menganggap kaum lain sebagai saudara
dalam kalangan remaja – berpunca daripada sendiri – melayan orang lain dengan baik dan
pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi mesra – menghulurkan tangan – seseorang
(ICT) – menyalahgunakan media elektronik menghadapi kesusahan – mengambil
– terikut-ikut – aksi yang tidak bermoral – berat – jiran yang hidup sebatang kara –
menonton video pornografi melalui telefon pintar menyediakan barang-barang keperluan –
– terlibat dalam kes rogol – pembuangan bayi – ukhuwah antara kaum – diperkukuh – bagai
menjejaskan imej diri dan ahli keluarga isi dengan kuku

(b) ahli keluarga memainkan peranan penting (b) kesetiaan kepada raja dan negara – Yang
– membendung jenayah remaja – ibu bapa di-Pertuan Agong – ketua negara – raja
memberikan didikan agama yang sempurna – simbol penyatuan rakyat – segala titah
– sejak anak-anak kecil lagi – melentur buluh raja mestilah dijunjung – kesejahteraan dan
biarlah dari rebungnya – menunaikan ibadat – kedamaian negara tercinta – titah Yang
membaca kitab-kitab agama – menerapkan di-Pertuan Agong – Al-Sultan Abdullah
nilai-nilai murni – dapat membezakan yang betul Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah – rakyat
dengan yang salah Malaysia berbilang bangsa, agama, dan
budaya – terus mengekalkan kemakmuran
(c) menghantar remaja yang melakukan jenayah dan perpaduan – tidak mencetuskan isu-isu
ke pusat-pusat pemulihan akhlak – tingkah perkauman – mengelakkan penderhakaan
laku mereka akan dipantau pada setiap masa terhadap negara
– perkhidmatan kaunseling disediakan – remaja
bertaubat serta bermuhasabah diri – tidak (c) keluhuran perlembagaan – Perlembagaan
mengulangi kesalahan yang sama – sesat di Malaysia – undang-undang tertinggi
hujung jalan, balik ke pangkal jalan – dianggap luhur, unggul, dan suci –
menerima, mematuhi, menyanjung, serta
Penutup: mempertahankannya – tidak membangkitkan
kes jenayah dalam kalangan remaja perlu ditangani isu-isu sensitif – menghormati kontrak sosial
dengan segera – tonggak kepemimpinan negara – disetujui bersama oleh generasi terdahulu
– pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – hak istimewa bumiputera – kedudukan
– menjamin keamanan dan ketenteraman negara – agama Islam sebagai agama rasmi –
memelihara nama baik negara Malaysia kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan – tidak boleh dipertikaikan
Bahagian B secara terbuka – mengelakkan kejadian
1. Pendahuluan: yang tidak diingini – pisang tidak berbuah
Rukun Negara dibentuk selepas berlakunya dua kali

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 – Majlis

J–1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

  Bahasa Melayu SPM  Jawapan lemak, gula, dan garam yang tinggi –

(d) kedaulatan undang-undang – menghormati dielakkan sama sekali selaras dengan
undang-undang – tidak melakukan
kesalahan di sisi undang-undang – slogan yang diuar-uarkan oleh Kementerian
memastikan undang-undang negara
didaulatkan – tidak dicabar oleh mana-mana Kesihatan Malaysia, “Makan Secara Sihat,
pihak yang tidak bertanggungjawab – tidak
boleh mencetuskan isu-isu perkauman – Sihat Sepanjang Hayat”
mengancam keselamatan – ketenteraman
awam – tidak bersikap prejudis – melayan (b) melakukan aktiviti fizikal secara konsisten
semua kaum dengan adil dan saksama
– meluangkan masa untuk melakukannya –
(e) kesopanan dan kesusilaan – mengamalkan
nilai-nilai murni – melambangkan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
keperibadian yang terpuji – bertolak ansur
antara satu sama lain – tidak berbuat – mendisiplinkan diri dengan melakukan
bising semasa azan berkumandang – tidak
memarahi jiran yang membakar colok – aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga
memberikan laluan kepada penganut agama
Hindu semasa perarakan keagamaan – kali seminggu – 30 minit bagi setiap
saling menghormati – menjamin kehidupan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
masyarakat – harmoni dan muhibah sesi – membakar kalori dan lemak yang

Penutup: berlebihan – berjoging dan berenang –
perpaduan kaum – diperkukuh oleh rakyat
Malaysia – menghayati dan mengamalkan melakukan senamrobik – mengajak ahli
kelima-lima prinsip Rukun Negara – semua
pihak – terutamanya ibu bapa dan guru-guru keluarga – rakan-rakan – turut serta – dapat
– mendidik generasi muda – makna tersirat
– setiap prinsip Rukun Negara – memahami meningkatkan motivasi diri
dan mempraktikkannya – kehidupan harian –
perpaduan teguh – mempertahankan kedaulatan (c) menjalani pemeriksaan secara berkala
negara – memacu kegemilangan negara –
pentas dunia – bersatu kita teguh, bercerai kita – berkunjung ke hospital atau ke klinik
roboh
kesihatan yang berdekatan – memantau
2. Pendahuluan:
obesiti – masalah kesihatan – melanda seluruh BMI – jika BMI sudah melebihi tahap normal
dunia pada era modenisasi ini – mengalami
obesiti – Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi – mendapatkan nasihat daripada pakar
30 – berat badan yang melebihi tahap normal
bukan sahaja menjejaskan kualiti kehidupan, perubatan yang bertauliah – mengetahui
malahan risiko – penghidap penyakit kronik
seperti diabetes, sakit jantung, dan strok turut cara-cara yang betul dan efektif –
meningkat – langkah-langkah pragmatik lagi
ampuh – diambil oleh golongan remaja – mengurangkan berat badan – mengambil
menangani masalah kesihatan ini – mencegah
lebih baik daripada mengubati makanan mengikut menu – disediakan oleh

Isi-isi: pakar pemakanan – aktiviti senaman yang
(a) mengamalkan pemakanan seimbang –
dicadangkan – perlu dijalani – di mana ada
mengambil makanan yang berzat dan
seimbang – berpandukan piramid makanan kemahuan, di situ ada jalan
– ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia – pengambilan sayur dan buah (d) mengelakkan pengambilan produk
yang kaya dengan serat dan vitamin perlu
diperbanyak – makanan yang mengandungi pelangsingan badan – tidak mendapat

kelulusan – Kementerian Kesihatan

Malaysia – mengandungi bahan-bahan

kimia – mendatangkan kesan sampingan

– membahayakan kesihatan – tidak

seharusnya terpedaya oleh iklan-iklan produk

pelangsingan badan – disebarluaskan

melalui media sosial – Facebook, Instagram,

dan WeChat – mendapatkan nasihat dan

pandangan – pakar perubatan dahulu

sekiranya benar-benar mahu menggunakan

sesuatu produk pelangsingan badan

Penutup:
sudah terang lagi bersuluh – pelbagai prakarsa
– diambil oleh golongan remaja – menangani
masalah obesiti – mengamalkan gaya hidup sihat
sepanjang masa – kesihatan dan kesejahteraan
hidup terjamin – Mahatma Gandhi pernah
berkata, “Kesihatan ialah kekayaan sebenar,
bukannya emas ataupun perak”

3. Pendahuluan:
alamat pengirim – tarikh – berharap agar adinda
berada dalam keadaan sihat dan ceria – keluarga
di sini sihat-sihat sahaja

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J–2

Bahasa Melayu SPM  Jawapan 

Isi-isi: jalan penyelesaian – mengurangkan liabiliti –
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
(a) baru-baru ini, kakanda mendapati – – membuat pembiayaan semula – ansuran
ayahanda dan bonda berbincang tentang bulanan – kadar faedah – lebih rendah –
masalah kewangan – adinda hadapi – mengukuhkan kedudukan kewangan adinda
mereka berasa risau – membuat keputusan
– mengirimkan wang – meringankan (e) mewujudkan pelan kewangan – membantu
beban – kakanda berpendapat – masalah adinda memantau aliran tunai – mengenal
kewangan – ditangani – pengetahuan – pasti sumber pendapatan adinda – gaji
pengurusan kewangan – mengutus surat – elaun – komisen – faedah – dividen –
ini – menjelaskan proses pengurusan aliran tunai masuk – merekodkan segala
kewangan kepada adinda perbelanjaan sama ada perbelanjaan tetap
– perbelanjaan tidak tetap – perbelanjaan
(b) menurut mantan Gabenor Bank Negara tetap – mesti dibayar – ansuran rumah –
Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, kenderaan – insurans – perbelanjaan tidak
pendidikan kewangan – amat penting tetap – berubah-ubah – gaya hidup adinda
– melahirkan masyarakat – cekap – – petrol – bil elektrik – air – aliran tunai
pengurusan kewangan – kemahiran keluar – mestilah mewujudkan aliran tunai
ini – diterapkan – usia muda – adinda – positif – jumlah pendapatan melebihi jumlah
mempelajari – mengurus kewangan – perbelanjaan – tidak berbelanja – boros –
bijak – masalah kewangan tidak terus besar pasak daripada tiang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.menghantui fikiran adinda – pengurusan
kewangan – suatu proses – melibatkan (f) melaksanakan pelan kewangan –
pengurusan sumber pendapatan –
simpanan – perbelanjaan – perlindungan menukarkan perancangan kepada
– pelaburan – beberapa langkah penting –
proses pengurusan kewangan tindakan yang dapat dilaksanakan –

(c) langkah pertama – proses pengurusan adinda disarankan agar mengikut pelan
kewangan – adinda – menetapkan
matlamat kewangan – mengikut keutamaan kewangan – adinda tetapkan – dua hingga
– terbahagi – matlamat kewangan jangka
pendek dan jangka panjang – matlamat tiga bulan yang pertama – membuat
jangka pendek – dicapai kurang daripada
setahun – tidak melibatkan jumlah – besar perbandingan antara perbelanjaan –
– pembelian peranti elektronik – perabot
– matlamat jangka panjang – melebihi dirancang – perbelanjaan sebenar – dapat
lima tahun – melibatkan amaun – besar –
simpanan – persaraan – pendidikan anak- mengenal pasti – pembaziran – berusaha –
anak – sediakan payung sebelum hujan
– mengutamakan keperluan daripada mengurangkan perbelanjaan – di mana ada
kehendak semasa menetapkan matlamat
kewangan – makanan – pakaian – tempat kemahuan, di situ ada jalan – mengubah
tinggal – tidak mengamalkan gaya hidup –
mewah – biar papa asal bergaya – bebas pelan kewangan – telah ditetapkan – jika
– masalah kewangan
– tidak sesuai – mendatangkan kesulitan
(d) adinda – menilai kedudukan kewangan
berdasarkan aset – liabiliti – menilai aset – mendapatkan nasihat – pakar kewangan
– adinda miliki – wang tunai – simpanan
– pelaburan hartanah – amanah saham – bertauliah – menetapkan pelan kewangan
– saham syarikat – aset – banyak –
kedudukan kewangan adinda – kukuh – realistik – dapat adinda laksanakan
– pada masa yang sama – menentukan
liabiliti adinda – jumlah hutang – adinda Penutup:
tanggung – pinjaman peribadi – pinjaman kakanda berharap agar apa-apa – kakanda
kenderaan – hutang kad kredit – mencari jelaskan – memahamkan adinda – proses
pengurusan kewangan – mudah-mudahan –
adinda – menguatkan semangat – membulatkan
tekad – mengatasi masalah kewangan – yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak
datang melayang – akhir kata, sambutlah
salam mesra daripada kakanda dan keluarga –
tandatangan pengirim

4. Pendahuluan:
koperasi sekolah – sebuah koperasi –
didaftarkan – Ordinan Syarikat Koperatif Bil.
33/48 – mempunyai undang-undang kecilnya
sendiri – koperasi sekolah mempunyai ahli-ahli
– terdiri daripada murid-murid – yang berumur

J–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.


Click to View FlipBook Version