The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-12-17 21:48:19

PRAKTIS TOPIKAL HEBAT TINGKATAN 4 BAHASA MELAYU

Harga - WM: RM7.95 EM: RM8.35

KSSM Tingkatan Najihah Ahmad BAHASA MELAYU SPM 4 Praktis Asas Kecemerlangan! Praktis Intensif Mengikut Topik Latihan Berorientasikan SPM Penerapan KBAT 1 Set Penilaian Akhir Tahun Jawapan Lengkap Format SPM Berdasarkan TERKINI


Kandungan Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan 1 – 5 Praktis 2 Esei 6 – 21 Praktis 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa 22 – 44 Praktis 4 Pemahaman 45 – 68 Praktis 5 Rumusan 69 – 76 PENILAIAN AKHIR TAHUN 77 – 88 Jawapan J1 – J24


1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. LATIHAN 1 30 MArkah Petikan grafik bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan kehidupan bersama-sama virus COVID-19. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah perlindungan diri yang perlu dipraktikkan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kementerian Kesihatan Malayisa Mengamalkan langkah pencegahan berterusan Mendapatkan vaksin dan dos penggalak Sentiasa melakukan penilaian risiko kendiri esanan COVIDn ujian pengegan kendiri a semua kontak TRIIS Test (Uji) Lakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri Report (Lapor) Laporkan keputusan ujian pengesanan kendiri Isolate (Asing) Lakukan pengasingan kendiri dengan segera Inform (Maklum) Maklumkan kepada semua kontak rapat Seek (Mendapatkan rawatan) Dapatkan rawatan segera jika gejala bertambah teruk Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia Kenali COVID-19 untuk Hidup Bersama-sama COVID-19 -Majlis Keselematan Negara, Mac 2022 KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN Praktis KERTAS 1 1 Panduan Menjawab Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan 1. Karangan berdasarkan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan dikemukakan dalam Bahagian A, Kertas 1, 1103/1 SPM. 2. Jenis instrumen ialah ujian bertulis respons terhad. Bahan rangsangan terdiri daripada petikan, pantun, gambar, iklan, poster, e-mel, graf, dan sebagainya. 3. Hanya satu soalan diberikan dalam Bahagian A dan wajib dijawab oleh murid. 4. Baca dan fahami arahan soalan. 5. Karangan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan yang mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup. 6. Setiap perenggan ditulis dengan ayat yang ringkas dan padat serta gaya bahasa yang gramatis dan tepat. 7. Hubungan antara satu idea dengan idea yang lain perlulah dijalin dengan baik menggunakan penanda wacana. 8. Setelah siap, semaklah karangan dari segi ejaan, tanda baca, dan struktur ayat. 9. Jumlah markah yang diperuntukkan ialah 30 markah dan masa menjawab yang dicadangkan ialah 30 minit. 10. Panjangnya karangan dalam Bahagian A adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 2 30 MArkah Gambar dan maklumat di bawah ini menunjukkan keadaan taman permainan di tempat tinggal anda. Sebagai penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah kerosakan taman permainan tersebut dan cadangkan tindakan yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. “ Taman Permainan Rosak Berisiko” – Harian Metro, Julai 2016 KERJA-KERJA MENAIK TARAF PERALATAN PERMAINAN KANAKKANAK YANG TELAH ROSAK TERMASUK MEMASANG PERALATAN PERMAINAN YANG BAHARU SERTA KERJAKERJA BERKAITAN DI TAMAN PERMAINAN SEDANG DIJALANKAN RANGKA KARANGAN Pendahuluan: hidup bersama-sama virus COVID-19 – norma baharu dalam kehidupan masyarakat – mengamalkan langkahlangkah perlindungan diri – tidak mudah dijangkiti – sentiasa ada kes pada kadar yang stabil serta rendah – mempersiap diri dari segi mental dan fizikal – kelangsungan hidup seterusnya Isi-isi relevan: (a) mengambil suntikan vaksinasi – membina daya tahan tubuh – tidak mendapat gejala yang teruk sekiranya dijangkiti oleh virus COVID-19 – dapat bertahan dan kembali sembuh – segera mendapatkan temu janji vaksinasi COVID-19 (b) mengamalkan langkah-langkah pencegahan – memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan menggunakan sabun atau sanitasi tangan – melindungi diri daripada virus – tidak terdedah dengan udara persekitaran (c) melakukan saringan – memastikan diri sentiasa sihat dan bebas virus – tidak menjangkiti orang lain – tidak menyebarkan virus – segera menjalani pemeriksaan jika mengalami demam berpanjangan, sukar bernafas, sakit dada, tiada selera makan dan minum Penutup: berganding bahu untuk bersama-sama memerangi COVID-19


3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 3 30 MArkah Petikan dan grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan fenomena El Nino. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kesan El Nino kepada rakyat dan negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bersediakah Kita Hadapi El Nino? Amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan pakar meteorologi mengenai kesan buruk El Nino sejak belakangan ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca panas dan kering melanda negara. Malah, kementeriannya sedang memantau kawasan terkesan terutama di bahagian utara Semenanjung dengan tumpuan terhadap masalah bekalan air, pembakaran terbuka, serta kebakaran tanah gambut. Jelasnya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga sudah mengadakan perbincangan dengan operator air di seluruh negara bagi memastikan bekalan air di setiap negeri mencukupi. Bagi rakyat sendiri, ada yang sudah membuat persiapan dengan menyimpan bekalan air secara lebih awal dalam kuantiti yang banyak. Air merupakan keperluan asas penting dan tentunya ramai yang bimbang jika berlakunya krisis bekalan air yang boleh menjejaskan urusan harian. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Bersediakah Kita Hadapi El Nino?’, Big Data Analytics, NRECC, 11 May 2023 Fenomena El Nino bukan lagi asing bagi masyarakat di negara ini. Kawasan seperti selatan benua Afrika, utara Australia, Indonesia, dan Malaysia akan mengalami kemarau disebabkan cuaca panas dan kering yang melampau. Keadaan cuaca yang lebih panas ketika El Nino menyebabkan vektor nyamuk dapat hidup dan matang dengan lebih cepat serta memendekkan tempoh pengeraman virus. Selain denggi, penyakit lain seperti taun, untut, dan malaria boleh merebak disebabkan peningkatan suhu. Jerebu yang menyebabkan pencemaran udara boleh mengundang penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk, dan selesema. Musim kering menyebabkan penyusutan air ketara di kawasan tadahan air seperti empangan, tasik, dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan Sumber: BH Online, 2015 El Nino Menjejaskan Kehidupan Seharian ✲ berlaku jerebu yang mengundang penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, dan sakit mata ✲ El Nino menyebabkan kemarau dan penyusutan air yang ketara di kawasan tadahan air ✲ Penduduk akan mengalami krisis air bersih


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 4 30 MArkah Petikan dan grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan amalan gaya hidup sihat. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Gaya hidup sihat ialah aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan, merawat, dan memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan mampu untuk melakukan sebarang aktiviti dengan selesa. Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat penting untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat demi mengekalkan kesihatan. Sumber: Amalan Gaya Hidup Sihat Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia LATIHAN 5 30 MArkah Iklan-iklan di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pasar Raya Mentari IKLAN JAWATAN KOSONG Yang berikut ialah jawatan kosong yang ditawarkan oleh Pasar Raya Mentari: Jawatan Gaji Tarikh Tutup 1. Pembantu Penyelia RM1300 – RM1500 5 Januari 2024 2. Pembantu Khidmat Pelanggan RM1650 – RM1800 3 Januari 2024 Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan tersebut. JAWATAN KOSONG Jururawat Terlatih Kelayakan: Warganegara Malaysia Berkelulusan diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang kejururawatan dari Politeknik/ IPTA/ IPTS yang diiktiraf Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia Sijil Perakuan Perjawatan Jururawat Tahunan yang masih sah Bersedia untuk bertugas di lokasi yang diarahkan Berumur tidak kurang daripada 23 tahun Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 03-892239934 (Puan Rasidah) Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2024 YAYASAN IKHLAS JAWATAN KOSONG 1. Pembantu Pengaturcaraan Komputer 2. Pembantu Pentadbiran dan Kewangan Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 2024 Mohon Sekarang


5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 4 Praktis 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan LATIHAN 6 30 MArkah Baca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan telitinya. Anda dikehendaki untuk menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Kraf Tangan Salam Fatin Nur, Apa khabar? Semoga kamu dan keluarga sihat wal afiat. Maaf kerana tidak menghantar e-mel kepada kamu sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, saya sibuk membantu ayah menguruskan perniagaan kraf tangan ayah saya yang baru dibuka. Perniagaan kraf tangan ayah saya masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan. Saya tahu bahawa kamu mempunyai pengalaman dalam membantu sepupu kamu menguruskan perniagaan kraf tangan semasa cuti persekolahan. Bolehkah kamu berkongsi tentang pengalaman tersebut dan cara-cara menguruskan perniagaan kraf tangan? Saya menantikan respons daripada kamu. Sahabatmu, Nurin Natasya E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Martabatkan Bahasa Melayu Salam sejahtera Shaswint, Apa khabar? Semoga kamu dan keluarga kamu sihat sentiasa. Saya ingin berkongsi berita gembira dengan kamu. Artikel saya tempoh hari telah diterima oleh pihak editor majalah Rakan. Pihak editor meminta saya membuat penambahbaikan artikel tersebut. Bolehkah kamu membantu saya dengan memberikan beberapa cadangan untuk memartabatkan bahasa Melayu? Apakah kesan yang diterima sekiranya bahasa Melayu dipinggirkan? Saya menantikan balasan e-mel daripada kamu. Terima kasih. Rakanmu, Ravin Raj


77 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kertas 1 Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [30 markah] Soalan ini mesti dijawab. Petikan dan grafik di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan aktiviti sukan lasak. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang kepentingan sukan lasak Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 1 100 PENILAIAN AKHIR TAHUN Sukan Lasak Mampu Rancakkan Ekonomi Pelancongan Langkawi Sumber: BH Online, Hamzah Osman, 19 JUN 2022 LANGKAWI, 19 Jun – Penganjuran lebih banyak sukan lasak ekstrem di pulau ini diyakini dapat membantu merancakkan lagi ekonomi setempat terutama dalam sektor pelancongan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata hal ini susulan sukan lasak ekstrem kini menjadi pilihan anak muda untuk mengadakan aktiviti riadah. PAKEJ ATV LUKUT, NEGERI SEMBILAN Pakej A – RM80 (20 minit) Pakej B – RM150 (40 minit) Pakej C – RM250 (90 minit) ALL TERRAIN VECHICLE (ATV) SUKAN EKSTREM Sukan Ekstrem Pupuk Semangat Berpasukan – Muka 2 Sukan Ekstrem Berpotensi Besar – Muka 5 • Tingkatkan ekonomi negara • Tarikan pelancong CABAR DIRI SERTAI – Sukan lasak sebagai terapi – Bina keyakinan diri SUKAN LASAK DUNIA SUKAN April 2024


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 78 Bahasa Melayu Ting. 4 KBSM Penilaian Akhir Tahun 1. 2. Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. Aktiviti membaca ialah proses menambah ilmu pengetahuan. Ilmu itu tamsil cahaya dan pekerjaan membaca itu usaha mencari cahaya untuk menerangkan kehidupan. Maka, membaca itu sepeti berjalan pada waktu malam. Andai banyak cahaya yang ditemukan, perjalanan malamnya tidak akan diselubungi oleh kegelapan. Akhirnya, cahaya yang bersinar akan memandu perjalanan manusia ke destinasi yang tidak menyesatkan. Dipetik daripada ‘Carilah Cahaya dengan Membaca’ oleh Dr. Shamsudin Othman, Pelita Bahasa, Mei 2023 Petikan di atas menjelaskan kelebihan membaca kepada seseorang. Semakin banyak membaca, semakin luas pegetahuan yang diperoleh. Walau bagaimanapun, budaya membaca masih kurang dipraktikkan di sekolah. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah memupuk minat membaca di sekolah. Meskipun kadar pengangguran telah menurun dengan statistik terkini untuk Suku Tahun Pertama 2023 mencatatkan 3.5 peratus, masih terdapat isu-isu di sektor pekerjaan yang perlu ditangani. Antaranya ialah pengangguran dalam kalangan belia, ketidaksepadanan penawaran dan permintaan, memastikan kadar upah yang bersesuaian, underemployment, kebergantungan kepada tenaga kerja asing, dan peningkatan produktiviti. Sumber: Kenyataan Media YAB Timbalan Perdana Menteri, Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara, Bilangan 1/2023, 22 Mei 2023 Petikan di atas berkaitan isu-isu di sektor pekerjaan dalam kalangan rakyat di negara ini. Setiap remaja haruslah mempunyai perancangan dalam memilih kerjaya yang bakal diceburi. Kerjaya yang baik akan menjamin masa depan yang cemerlang. Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 80 Bahasa Melayu Ting. 4 KBSM Penilaian Akhir Tahun Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Keupayaan bagi menentukan asalan geografi bagi mana-mana produk komoditi mahupun makanan merupakan nilai tambah yang dapat meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran serta meningkatkan keuntungan bagi pengusaha dan negara. Madu lebah terhasil daripada nektar bunga ataupun sap tumbuhan yang dikumpulkan oleh lebah. Madu kaya dengan nutrisi. Madu sangat bernilai tinggi dalam pasaran. Oleh sebab itu, madu tiruan merupakan satu daripada ancaman besar kepada perusahaan madu serta pengguna. Secara umumnya, madu tiruan dihasilkan dengan mencampurkan madu tulen dengan pemanis tiruan seperti sirap jagung berfruktosa tinggi untuk meningkatkan isi padu madu bagi memaksimumkan keuntungan jualan. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Penentuan Asalan Geografi Madu’ oleh Siti Aminah Omar, Dewan Kosmik, Jun 2023 [8 markah] 2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Terdapat beberapa cadangan yang sering diutarakan untuk mengelakkan peningkatan berat badan. Kita hendaklah mengawal pengambilan makanan harian. Kita boleh mengamalkan beberapa jenis diet, misalnya diet ketogenik. Diet ketogenik melibatkan pengurangan pengambilan karbohidrat pada tahap yang minimum dan menggantikannya dengan jumlah lemak sihat dan protein sederhana yang tinggi. Kebanyakan rakyat Malaysia telah mencuba diet ketogenik. Banyak dalam kalangan mereka melaporkan penurunan berat badan yang ketara. Melalui diet ketogenik, kita dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Diet ketogenik juga boleh meningkatkan kesihatan jantung. Diet ini juga dapat mengurangkan risiko kanser. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Populariti Diet Ketogenik: Benarkah Boleh Menyelesaikan Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia?’ oleh Zulkeflee Abdullah dan Mariam Md Ghazali, Dewan Kosmik, Jun 2023 [6 markah]


83 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 4 KBSM Penilaian Akhir Tahun Bahagian B: Pemahaman [35 markah] 6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Bencana ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks, dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, alam sekitar, atau menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Antara contoh bencana atau kemalangan termasuklah banjir, tanah runtuh, kebakaran, dan sengatan haiwan berbisa. Bencana dikategorikan kepada bencana semula jadi dan buatan manusia. Bencana semula jadi berpunca daripada alam seperti ribut, tsunami, dan tanah runtuh. Bencana buatan manusia pula ialah kesan negatif hasil daripada produk ciptaan manusia seperti runtuhan bangunan, kemalangan jalan raya, dan letupan kimia. Oleh sebab itu, dalam hal pengurusan bencana, kesiapsiagaan wajar diambil perhatian, khususnya oleh agensi pengurus bencana. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Memanfaatkan Teknologi Internet Benda dalam Pengurusan Bencana’ oleh Mohd Ridzuan Anuar dan Zulkurnain Shuib, Dewan Kosmik, Februari 2023 Bahan 2 Banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa buah kawasan utama di Kuala Lumpur wajar dijadikan sebagai peringatan bahawa bencana ini boleh melumpuhkan segala aktiviti ekonomi mahupun sosial kepada masyarakat. Walaupun kejadian hujan lebat dan banjir kilat diakibatkan oleh faktor semula jadi, namun, tindakan manusia yang terus mengeksploitasi kawasan dataran banjir menjadi sebab utama berlakunya peningkatan banjir kilat. Hal yang sama juga berlaku jika kawasan tersebut merupakan kawasan rizab, tetapi ditarah untuk tujuan pembangunan. Kejadian bencana alam hadir tanpa mengira masa. Siapa sangka kepadatan taburan hujan luar biasa yang turun dalam tempoh dua jam tanpa henti cukup membuatkan masyarakat di kawasan bandar terkandas akibat banjir kilat. Bencana alam tidak mengenal mangsa dan setiap individu berisiko untuk menghadapinya. Seperti yang telah diketahui umum, impak bencana alam mengakibatkan individu kerugian harta benda malahan menuntut korban nyawa. Namun begitu, perkara yang paling dibimbangkan ialah kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah. Kumpulan ini sememangnya telah sedia menghadapi cabaran hidup di kawasan bandar dan keadaan mereka terus bertambah buruk jika terlibat dengan impak bencana alam. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Bencana Alam Bersediakah Kita?’ oleh Naziatul Aziah Mohd. Radzi, Dewan Masyarakat, April 2023 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud perkataan kesiapsiagaan. [2 markah]


87 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 4 KBSM Penilaian Akhir Tahun Bahagian C: Rumusan [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Peningkatan kos sara hidup yang drastik ini amat mengganggu situasi rakyat akibat ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keperluan asas serta bebanan hutang yang ditanggung bagi menampung kenaikan kos barangan, perkhidmatan, dan juga keperluan harian. Implikasi buruk yang utama dikenal pasti adalah dari sudut psikologi. Psikologi seseorang akan terjejas akibat ketidakmampuan untuk menjelaskan bebanan hutang. Seseorang individu akan berasa tertekan apabila berhadapan situasi ini yang akan mengundang simptom-simptom tekanan seperti sukar tidur, hilang selera makan, sakit kepala, bimbang, mudah marah, dan sebagainya. Kenaikan kos sara hidup juga turut mempengaruhi aspek sosial. Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan, maka individu tersebut terpaksa mencari pekerjaan tambahan. Disebabkan kesibukan masa bekerja, masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan dan akhirnya akan memberikan kesan kepada institusi kekeluargaan. Sekiranya hal ini berterusan, masalah sosial akan berlaku seperti penceraian, pergaduhan, penderaan, dan juga gejala sosial dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini. Faktor keselamatan juga terjejas dengan peningkatan kos sara hidup rakyat pada masa ini. Aktiviti jenayah berat seperti kecurian, rompakan, dan penculikan banyak berlaku akhir-akhir ini dan menunjukkan peningkatan saban tahun. Faktor utama jenayah berat ini terus berleluasa adalah disebabkan oleh kesempitan wang untuk berbelanja di samping mendapatkan kemewahan segera selari dengan peningkatan harga barangan, perkhidmatan, serta keperluan asas yang begitu drastik. Dalam krisis ekonomi pada masa ini, pekerja dalam sektor swasta sama ada syarikat atau kilang mudah diberhentikan. Golongan lepasan universiti atau kolej pula sukar mendapat pekerjaan disebabkan oleh pihak majikan yang hendak mengurangkan kos penggajian pekerja serta kos operasi. Akibatnya, seseorang individu tiada sumber pendapatan dan situasi ini meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia. Kesan pengangguran ini akan menyebabkan kemiskinan berlaku dalam kalangan rakyat. Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Kenaikan Kos Sara Hidup, Kesan kepada Rakyat’ oleh Julizah Sabstu, Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan, 2014


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J1 KARANGAN BERDASARKAN KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN Praktis KERTAS 1 1 LATIHAN 2 Format: surat kiriman rasmi Pendahuluan: sebagai wakil penduduk saya bertanggungjawab untuk menjaga kawasan perumahan daripada masalah-masalah yang timbul – masalah kerosakan taman permainan – mengancam keselamatan kanak-kanak – tindakan oleh pihak sepatutnya Isi-isi relevan: (a) menggugat keselamatan pengguna taman permainan di taman perumahan ini, khususnya kanak-kanak – ibu bapa terpaksa mengawasi anak-anak mereka dengan ketat – mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku (b) kerosakan berlaku pada alat-alat permainan – buaian, jongkang-jongket, papan gelongsor, dan bangku – kanak-kanak tidak dapat bermain – ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di situ – bimbang akan keselamatan mereka (c) kerosakan alat pemainan disebabkan kegiatan vandalisme yang tidak bermoral – merosakkan harta benda awam – masyarakat perlu lebih prihatin – menjadi mata dan telinga – menegur atau melaporkan kegiatan vandalisme kepada pihak berkuasa Penutup: berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya – tindakan segera daripada pihak tuan amatlah diharapkan – menangani masalah ini sebelum berlaku perkara yang tidak diingini – warga penduduk sedia membantu sekiranya diperlukan LATIHAN 3 Pendahuluan: fenomena El Nino – cuaca panas dan kering melanda negara – pelbagai kesan buruk El Nino Isi-isi relevan: (a) mengalami musim kemarau – cuaca panas dan kering yang melampau – penyusutan air ketara di kawasan tadahan air seperti empangan, tasik, dan kolam – kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan (b) krisis bekalan air bersih – menjejaskan urusan harian – memastikan bekalan air di setiap negeri mencukupi – menyimpan bekalan air secara lebih awal dalam kuantiti yang banyak (c) menjejaskan kesihatan – meningkatkan risiko penyakit berkaitan dengan bawaan vektor seperti denggi dan malaria, jerebu menyebabkan pencemaran udara – mengundang penyakit berkaitan pernafasan Penutup: kerajaan dan masyarakat – memainkan peranan masingmasing dalam menangani fenomena El Nino – menjaga kesihatan – persiapan awal – memastikan urusan harian berjalan lancar LATIHAN 4 Pendahuluan: amalan gaya hidup sihat ialah aktiviti yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan badan – harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk memperoleh kebaikan daripadanya – masyarakat sekarang banyak mengalami masalah kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat Isi-isi relevan: (a) dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan dan otak – hidup yang berkualiti berpunca daripada tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas – bersukan dan beriadah dapat menjamin kesihatan badan seseorang – dapat hidup dengan aman dan harmoni – terhindar daripada pelbagai penyakit (b) anggota tubuh dalaman dapat berfungsi dengan baik – bahagian dalaman tubuh tidak dapat dilihat melalui mata kasar manusia – pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital atau klinik – dapat memastikan tahap kesihatan organ seseorang – mencegah lebih baik daripada merawat (c) dapat meningkatkan produktiviti kerja – dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik – tidak perlu mengambil cuti – dapat memberikan idea yang bernas – prestasi kerja akan meningkat Penutup: amalan gaya hidup sihat perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat – semua pihak perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian itu – rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara Jawapan


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Bahasa Melayu Ting. 4 Jawapan LATIHAN 5 Isi-isi relevan: (a) latar belakang diri dan maklumat pekerjaan yang ingin dipohon (b) maklumat peribadi – nama, alamat, jantina, nombor telefon, tarikh lahir, dan sebagainya (c) latar belakang pendidikan – pendidikan awal, diploma, dan ijazah (d) pengalaman kerja atau latihan industri – nama organisasi – jawatan yang disandang (e) kekuatan diri – kemahiran berbahasa – kemahiran kepimpinan – penglibatan dalam aktiviti kokurikulum LATIHAN 6 E-mel 1 Isi-isi relevan: (a) meminta bantuan daripada pihak kerajaan – pihak kerajaan boleh mempromosikan barangan kraf tangan pada mata dunia secara bijak – pihak kerajaan bertanggungjawab mengadakan promosi secara besar-besaran – masyarakat tempatan dan asing mendapat maklumat dan pengetahuan tentang kraf tangan masyarakat Malaysia (b) pengusaha kraf tangan perlulah kreatif dan inovatif – menghasilkan pelbagai kraf tangan yang unik dan moden – pengguna berminat dengan barangan yang mengikut perkembangan semasa – pengusaha haruslah mempelbagaikan hasil barangan kraf tangan agar lebih menarik perhatian pengguna (c) menyediakan kad diskaun – memberikan potongan harga istimewa setiap kali membeli barangan kraf tangan – memberikan hadiah istimewa bagi setiap mata yang terkumpul – mengubah suai kedai – menggantung iklan E-mel 1 Isi-isi relevan: (a) cadangan – menggesa semua urusan rasmi dan suratmenyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda – mewajibkan semua kakitangan jabatan kerajaan menghadiri kursus bahasa Melayu – berupaya untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu (b) peranan media massa juga tidak harus diperkecil – media massa seperti rangkaian televisyen hanya menayangkan rancangan dalam bahasa Melayu sepenuhnya – menyiarkan iklan-iklan dalam bahasa Melayu (c) kesan meminggirkan bahasa Melayu – akan wujud bahasa rojak – bahasa Melayu akan hilang keaslian – bahasa Melayu tidak dapat berdiri gah pada mata dunia – lama-kelamaan akan pupus ESEI Praktis KERTAS 1 2 A Domain Awam LATIHAN 4 Pendahuluan: bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi – nilai ekonomi bahasa Melayu dalam sektor swasta masih kurang memuaskan – sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu Isi-isi relevan: (a) sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah sangat penting – banyak bank di negara ini menaja rancangan untuk program bahasa Melayu di luar negara – ExxonMobil menaja rancangan pertandingan cerpen remaja, sajak, dan penulisan kreatif – membolehkan bahasa Melayu berkembang (b) sektor swasta lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu – paparan iklan dalam bahasa Melayu – nama-nama produk atau syarikat dalam bahasa Melayu – tidak memberikan nama asing kepada projek perumahan tempatan – mengikis prasangka terhadap kemampuan bahasa Melayu (c) dokumen urus niaga dalam bahasa Melayu – borang, notis, dan minit mesyuarat dipaparkan dalam bahasa Melayu – mempergiat penterjemahan dokumen kepada bahasa Melayu – dokumen yang disiarkan melalui akhbar harus menggunakan bahasa Melayu (d) memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan – institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan kolej swasta patut menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar – patut mewajibkan pelajar asing mendapat kelulusan bahasa Melayu sebelum menyambung pengajian – dapat melahirkan siswazah yang sebati dengan bahasa Melayu Penutup: peranan sektor swasta amat penting – gerakan memartabatkan bahasa Melayu haruslah dijalankan secara sukarela


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J3 Bahasa Melayu Ting. 4 Jawapan LATIHAN 5 Pendahuluan: pilihan raya penting kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen – remaja yang mencapai umur 18 tahun boleh mendaftar sebagai pengundi – remaja bertanggungjawab mengambil tahu tentang politik negara Isi-isi relevan: (a) remaja boleh memilih pemimpin yang berkaliber – remaja mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang disenangi – remaja mendapat maklumat tentang pemimpin melalui media sosial – memudahkan mereka untuk menolak pemimpin yang tidak melaksanakan tanggungjawab pada rakyat (b) remaja boleh menentukan bentuk kerajaan yang dikehendaki – remaja boleh memilih tampuk kerajaan yang boleh membantu dan memajukan rakyat – rakyat dapat menikmati kesenangan hidup jika tampuk pentadbiran negara cekap (c) mengundi membolehkan suara orang muda didengari – remaja mampu bersuara dan menyerlahkan kematangan-remaja mampu memberikan idea-idea bernas yang mampu menjamin kehidupan para remaja (d) sebagai bukti bahawa umur bukan kayu ukur kematangan dalam menyumbang sesuatu kepada negara – memanfaatkan platform yang diberikan dengan menunaikan tanggungjawab dengan mengundi Penutup: remaja harus mengundi untuk memperjuangkan pembaharuan yang diingini – remaja tidak harus menolak politik tanpa sebab LATIHAN 6 Pendahuluan: alamat pengirim, tarikh, dan kata penghadapan surat Isi-isi relevan: (a) Malaysia mempunyai pantai yang indah dan menarik – bersih dan tidak tercemar – contohnya, Pantai Juara, Pulau Tioman, Pantai Perhentian Kecil, dan Pulau Perhentian (b) hutan di negara ini masih terpelihara – kaya dengan flora dan fauna – tumbuh-tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubat – terdapat juga air terjun yang bersih dan cantik (c) terdapat kampung-kampung Melayu yang menyediakan perkhidmatan inap desa – mendedahkan corak kehidupan masyarakat kampung – dapat menikmati buah-buahan tempatan (d) terdapat tempat-tempat bersejarah – mengetahui sejarah negara ini – seperti Kota A Famosa di Melaka dan Pulau Langkawi dengan legenda Mahsuri, Beras Terbakar, dan Tasik Dayang Bunting (e) banyak terdapat kemudahan hotel dan chalet – murah dan selesa Penutup: banyak tempat yang menarik – bersedia untuk menemani sahabat – ucapan sekian, pengakuan pengirim, dan tandatangan B Domain Peribadi LATIHAN 4 Pendahuluan: setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan – tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya – tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya – bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan, atau masalah yang berkaitan dengan keluarga Isi-isi relevan: (a) melakukan aktiviti riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu – antara kegiatan riadah seperti berbasikal, berjoging, bermain futsal, dan memancing ikan – selepas aktiviti riadah peluh mengalir membasahi tubuh – kepenatan akan dapat dirasakan – keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata – dapat tidur dengan sangat lena (b) sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar – menerima kritikan atau teguran dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina – melakukan muhasabah diri dan membaiki segala kekurangan yang ada – sekiranya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut (c) sentiasa melakukan ibadat sebagai satu daripada cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi – selalu mendirikan solat – solat memberikan ketenangan – berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan – dapat menerima hakikat bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang (d) mendengar muzik kerana muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan – muzik merupakan satu wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran – alunan muzik dapat menghiburkan hati – berupaya untuk mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4 Bahasa Melayu Ting. 4 Jawapan Penutup: tekanan emosi tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar – perlu berusaha untuk mengatasinya secepat mungkin – jika kita melihat rakan yang sedang menghadapi tekanan emosi, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut LATIHAN 5 Pendahuluan: meminjam wang daripada ceti haram atau “Along” dan dikenakan kadar bunga yang tinggi – kegiatan ceti haram dapat menyebabkan peminjam melalui kehidupan yang mengerikan Isi-isi relevan: (a) berpunca daripada masalah kewangan meminjam wang daripada ceti haram kerana menghadapi masalah kekurangan modal pusingan – golongan berpendapatan rendah meminjam wang daripada ceti haram apabila tidak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen (b) kemudahan meminjam wang dengan segera – terdapat individu meminjam wang daripada ceti haram kerana tidak perlu melalui banyak prosedur seperti yang ditetapkan oleh institusi kewangan berlesen – kemudahan pinjaman yang disediakan oleh ceti haram tanpa penjamin atau cagaran (c) pelbagai masalah sosial – kegiatan ceti haram dapat menyebabkan berlakunya jenayah seperti membunuh, bunuh diri, pergaduhan, dan lain-lain – peminjam yang gagal membayar akan diugut dan dikasari oleh ceti haram (d) menjejaskan taraf hidup peminjam – peminjam akan dikenakan kadar bunga yang tinggi dan membebankan dari segi tempoh pembayaran balik pinjaman – peminjam terpaksa menjual harta benda semata-mata untuk melangsaikan hutang yang banyak Penutup: kegiatan ceti haram banyak memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada peminjam malah kepada ahli keluarga – semua pihak perlu mempunyai kesedaran tentang kesan meminjam daripada ceti haram LATIHAN 6 Pendahuluan: alamat pengirim, tarikh, dan kata penghadapan surat – harapan semoga rakan berada dalam keadaan sihat dan sejahtera – menyatakan tujuan menulis surat – menyatakan hobi memancing Isi-isi relevan: (a) mengisi masa lapang – melakukan kegiatan berfaedah – mengelakkan diri daripada membuang masa – mengelakkan gejala sosial (b) hasil tangkapan dijadikan lauk – membekalkan protein kepada badan – menjimatkan kos perbelanjaan harian (c) memupuk perasaan cinta akan alam sekitar – tidak melakukan pencemaran – mensyukuri keindahan alam (d) menyemai nilai-nilai murni – melatih diri bersabar apabila melakukan sesuatu pekerjaan – tekun berusaha – tidak mudah berputus asa (e) mengeratkan silaturahim – dapat berkenal-kenalan dengan banyak kenalan yang berlainan bangsa dan agama Penutup: seronok melakukan hobi – berharap agar rakan dapat menceritakan hobinya pula – ucapan sekian, pengakuan pengirim, dan tandatangan C Domain Pendidikan LATIHAN 4 Pendahuluan: bilangan siswazah yang menganggur di negara kita semakin meningkat – siswazah menganggur kerana tidak ada jawatan kosong yang mencukupi untuk menampung Isi-isi relevan: (a) siswazah menginginkan gaji yang tinggi – bersesuaian dengan kelayakan mereka – meskipun mereka tidak mempunyai pengalaman kerja – tidak mahu memohon jawatan yang menawarkan gaji yang rendah – sanggup menganggur daripada bekerja dengan menerima gaji yang rendah (b) siswazah yang terlalu memilih pekerjaan – hanya mahu melakukan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan – tidak menjejaskan imej mereka – tidak mahu bekerja di ladang-ladang walaupun ada kekosongan (c) siswazah yang bersikap selektif tentang syarikat mereka bekerja – hanya memilih syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh – memilih tempat pekerjaan yang kondusif (d) kurang kemahiran berkomunikasi – siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin semasa temu duga – ketidakupayaan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris – siswazah gagal mendapat pekerjaan


SPM Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. SPM Tingkatan 4 W.M: RM7.95 / E.M: RM8.35 FC064014 ISBN: 978-629-470-310-0 Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] BAHASA MELAYU Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM merupakan siri praktis topikal berdasarkan sukatan pelajaran KSSM dan format pentaksiran SPM yang terkini. Soalan-soalan tersedia yang berorientasikan peperiksaan bertujuan untuk membantu murid menguasai konsep-konsep yang dipelajari, di samping membiasakan diri mereka dengan format pentaksiran sekolah dan peperiksaan SPM. Dengan penerapan soalan dan praktis berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), murid akan dapat menempuh peperiksaan dengan lebih yakin. Jawapan lengkap turut disediakan untuk semua soalan. Bahasa Melayu English Matematik / Mathematics Matematik Tambahan / Additional Mathematics Sains / Science Fizik / Physics Kimia / Chemistry Biologi / Biology Sejarah Pendidikan Islam Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI TINGKATAN 4 5 Format Peperiksaan SPM Bahasa Melayu (1103) Perkara Kertas 1 Kertas 2 Kertas 3 Kertas 4 Jenis Item Bilangan Soalan Jumlah Markah Jenis Instrumen Tempoh Ujian • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka • Subjektif Respons Terhad • Subjektif Respons Terbuka Bahagian A • 1 soalan Bahagian B • 4 soalan (Jawab 1 soalan) Jumlah soalan: 5 Bahagian A • 30 markah Bahagian B • 70 markah Ujian Bertulis Ujian Bertulis Ujian Bertutur Ujian Mendengar 2 jam Bahagian A • Sistem dan Aplikasi Bahasa Bahagian B • Pemahaman Bahagian C • Rumusan Jumlah soalan: 9 100 markah 2 jam 30 minit Bahagian A • Individu Bahagian B • Kumpulan 70 markah • Individu - 3 hingga 5 minit • Kumpulan - 12 hingga 15 minit • 4 hingga 6 petikan • 20 hingga 25 soalan 30 markah 30 minit • Objektif Aneka Pilihan • Objektif Pelbagai Bentuk • Subjektif Respons Terhad PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks 4 Tingkatan FC064014 Praktis Topikal HEBAT! SPM KSSM BAHASA MELAYU


Click to View FlipBook Version