SEMESTER2Kertas ModelSTPMSKORPELANGI BESTSELLER■ Noorazilah binti IsmailPENGAJIAN PERNIAGAANKertas 2 (946/2)• 8Set Kertas Model STPM• Jawapan LengkapBerdasarkan Skema Pentaksiran Peperiksaan Semester 2 STPM 2026Skor A Kertas Model STPM
iiKertas Model STPM 1 1Kertas Model STPM 2 6Kertas Model STPM 3 10Kertas Model STPM 4 14Kertas Model STPM 5 18Kertas Model STPM 6 23Kertas Model STPM 7 27Kertas Model STPM 8 32Jawapan J1 – J56KANDUNGAN0ii Kandungan.indd 2 04/02/2026 3:14 PM
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 STPM Pengajian PerniagaanPENGAJIAN PERNIAGAAN946/2(Dua Jam Tiga Puluh Minit)SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATION)Arahan kepada calon:JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Calon dikehendaki menjawab dua soalan dalam Bahagian A. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian B. Markah untuk tiap-tiap soalan dan bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].Untuk kegunaan pemeriksaBahagian A1234Bahagian B5JumlahKertas 2Kertas ModelSTPM 101 SKOR A KM STPM S2 (2026) P’NIAGAAN.indd 1 12/02/2026 10:58 AM
KERTAS MODEL STPM 1 946/2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 STPM Pengajian PerniagaanBahagian A [60 markah]Jawab dua soalan sahaja.1. (a) Jelaskan lima kaedah mengurus stres dari aspek individu. [20] (b) Terangkan tiga pendekatan kawalan kualiti. [10]2. (a) Huraikan lima prinsip takaful berlandaskan kepatuhan syariah. [20](b) Terangkan tiga pengurusan sumber manusia strategik. [10] 3. (a) Jelaskan enam langkah dalam proses tindakan disiplin dalam sesebuah organisasi. [24](b) Terangkan tiga jenis pengeluaran. [6]4. (a) Jelaskan lima faktor penentuan keperluan sumber manusia. [20](b) Terangkan tiga asas segmentasi. [10]01 SKOR A KM STPM S2 (2026) P’NIAGAAN.indd 2 12/02/2026 10:58 AM
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3 STPM Pengajian Perniagaan946/2 KERTAS MODEL STPM 1Bahagian B[40 markah]Jawab semua soalan.Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd.5. Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. merupakan peneraju dalam industri pembuatan roti di Malaysia. Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1986 melalui kerjasama antara QAF Limited, sebuah organisasi yang turut mengendalikan Gardenia Singapura, Gardenia Filipina, dan PadiBeras Nasional Berhad dari Malaysia. Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. telah memperoleh pengiktirafan melalui Anugerah Putra Brand Awards-Platinum Award 2022-2015, Anugerah Malaysia PR Award 2022 bagi kategori penjenamaan Corporate Branding Category (Gold) daripada Pertubuhan Perhubungan Awam dan Komunikasi Malaysia, Malaysia’s Top Ten Brands 2011- Gardenia Malaysia tempat ketiga dari The Nielsen Company melalui tinjauan penjenamaan.Keluaran roti daripada Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. sentiasa mengikuti perubahan cita rasa pengguna di Malaysia. Pelancaran produk QuickBites berperisa durian dan strawberi pada bulan Jun 2025, membuktikan bahawa Syarikat Gardenia sentiasa memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan. Penggunaan imej durian dan strawberi pada pembungkusan produk QuickBites juga merupakan salah satu tarikan kepada pengguna. Bagi meningkatkan jualan produk Gardenia, syarikat telah mengadakan peraduan QuickBites ke Gold Bites bermula 1 Ogos sehingga 25 Oktober 2025 yang menawarkan loket emas 999 tajaan Habib Jewel. Selain itu, Syarikat Gardenia Bakeries juga melancarkan program eksklusif ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’ bersama pensyarah dan penyanyi terkenal Najwa Latif.Selain produk QuickBites, Gardenia juga telah mengeluarkan pembungkusan baharu bagi produk Squiggles. Pembungkusan baharu ini bertujuan memberikan wajah baharu kepada produk sedia ada. Menjelang Oktober 2023, Gardenia Bakeries telah mengumumkan penjenamaan semula Gourmet Selections, merangkumi dua jenis roti istimewa berasaskan cita rasa Eropah, iaitu Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections dan Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections. Pengurus Pemasarannya, Ena Suhaila Abas berkata, rangkaian produk itu menampilkan slogan baharu, “Nikmati Kemewahan Setiap Hari”, menterjemahkan dedikasi jenama Gardenia untuk menjadikan pengalaman harian kepada sesuatu yang luar biasa dan istimewa. Produk Gardenia Gourmet Selections merupakan barisan roti premium yang menggabungkan kaedah pembakaran tradisional dengan bahan-bahan mewah dan sentuhan gaya Eropah. Menurut Ena Suhaila juga, Gardenia sememangnya terkenal dengan komitmennya dalam inovasi, kini memperkenalkan rotiroti bijirin dengan menggabungkan rasa dan nutrisi, mengangkat roti artisan ke tahap seterusnya. Misalnya, produk Bonjour Sesawhite Bread diperkaya dengan bijirin bunga 01 SKOR A KM STPM S2 (2026) P’NIAGAAN.indd 3 12/02/2026 10:58 AM
KERTAS MODEL STPM 1 946/2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 STPM Pengajian Perniagaanmatahari yang memberikan kerangupan dan rasa kekacang dalam rotinya. Manakala Sommerset Cottage pula menampilkan adunan istimewa 12 bijirin premium antaranya termasuklah biji chia, biji rami, kuinoa, dan barli bagi menghasilkan tenaga dan rasa yang berbeza yang semestinya menepati cita rasa pengguna. Pelabelan produk Gardenia meliputi aspek nama produk, senarai bahan, maklumat pemakanan, maklumat syarikat, tarikh luput, cara penyimpanan, dan logo halal. Bagi produk Toast’em, pelabelan mengandungi maklumat seperti perisa, harga, dan fakta nutrisi. Antara perisa yang terdapat dalam rangkaian produk Toast’em termasuklah Choco Perfecto, Butterscotch, Choco Raisin, Butter Raisin, dan Pandan Coconut. Fakta nutrisi yang terdapat dalam Toast’em ialah karbohidrat, gula, serat, dan protein per 100 gram. Gardenia Bakeries sentiasa mendekati pelanggan melalui peraduan yang menarik. Antaranya ialah ‘Gardenia Hari-Hari Tuah Pun Mari-Mari 2025. Peraduan ini diadakan bermula 1 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025. Peraduan ini memperoleh tajaan daripada Habib Jewels yang menawarkan hadiah utama, iaitu 150 gram emas 999. Seiring dengan perkembangan teknologi, Gardenia Bakeries turut mengadakan Peraduan Foto Paling Epik Bersama Squiggles yang turut menawarkan wang tunai bernilai RM2 000. Peraduan ini diadakan dari 1-31 Mei 2025. Selain itu, Gardenia juga menganjurkan peraduan Jejak Gardenia Breakthru pada 1 Ogos 2025 sehingga 31 Oktober 2025. Lapan pemenang akan diberikan hadiah berupa Baucar Hadiah Sport Direct bernilai RM200. Gardenia Bakeries KL menggunakan campuran strategi promosi tradisional dan digital secara konsisten untuk mengekalkan kepimpinan pasaran roti di Malaysia. Gardenia Bakeries KL telah memperuntukkan kewangan bagi pengiklanan melalui televisyen, akhbar, dan papan iklan untuk mengekalkan kesedaran jenama dan memperkenalkan produk baharu kepada pengguna umum. Dalam era digital, Gardenia aktif menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram serta laman web korporat untuk kandungan pemasaran, kempen interaktif, dan pengumuman korporat. Pendekatan digital ini membolehkan syarikat berinteraksi terus dengan pengguna muda dan memacu kesetiaan jenama melalui kandungan resepi, video pembuatan, dan kempen bertema. Selain itu, program lawatan kilang yang dilancarkan semula selepas pandemik digunakan sebagai alat promosi hubungan awam untuk meningkatkan keterlihatan dan kepercayaan terhadap proses kualiti mereka. Gardenia Bakeries KL juga dikenali dengan slogan “Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja” telah digunakan selama berpuluh tahun dan berjaya menyampaikan mesej utama produk, iaitu keenakan dan kesegarannya yang tidak memerlukan sebarang tambahan.Selain itu, bagi menghargai kesetiaan pelanggan, Gardenia Bakeries KL juga menawarkan harga promosi bagi produk Gardenia Original Classic 400 gram pada harga RM1.99 di Pasar Raya Well-Mart bermula 26-27 Jun 2025. Promosi ini dijalankan bagi menyokong Jualan Rahman Madani. Gardenia Bakeries KL juga amat prihatin dengan situasi COVID yang melanda Malaysia pada tahun 2020. Atas keperihatinan tersebut, pihak Gardenia Bakeries KL telah memperuntukkan bantuan bernilai lebih RM1 juta untuk 01 SKOR A KM STPM S2 (2026) P’NIAGAAN.indd 4 12/02/2026 10:58 AM
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5 STPM Pengajian Perniagaan946/2 KERTAS MODEL STPM 1komuniti. Bantuan dalam bentuk hamper produk ini telah diagihkan dalam beberapa fasa ke seluruh Semenanjung Malaysia, golongan isi rumah B40, petugas barisan hadapan, keluarga-keluarga Orang Asli dan pelajar-pelajar di bawah program Food Bank Siswa. Respons korporat dan aktiviti tanggungjawab sosial turut menjadi sebahagian daripada strategi promosi Gardenia dan komunikasi proaktif mengenai bekalan makanan untuk mengekalkan keyakinan pengguna serta imej korporat yang peduli. Inisiatif sebegini selain membantu komuniti juga meningkatkan reputasi jenama Gardenia Bakeries KL. Gardenia turut memperoleh pengiktirafan Anugerah PR Malaysia 2022 bagi kategori Penjenamaan Korporat (Emas) oleh Persatuan Perhubungan Awam & Komunikasi (PRCA Malaysia) menunjukkan keberkesanan pendekatan komunikasi mereka.(Disesuaikan daripada https://www.gardenia.com.my danhttps://www.sinarharian.com.my/article/629666/bisnes/gardenia-jenamakan-semulagourmet-selections yang dicapai pada 15 Ogos 2025)Berdasarkan kajian kes Gardenia Bakeries KL,(a) jelaskan atribut, pembungkusan, pelabelan, dan penjenamaan produk Gardenia Bakeries KL. [20](b) jelaskan campuran promosi bagi produk Gardenia Bakeries KL. [20]01 SKOR A KM STPM S2 (2026) P’NIAGAAN.indd 5 12/02/2026 10:58 AM
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Kertas Model 1Bahagian A1. (a) Lima kaedah mengurus stres dari aspek individu: (i) Amaran pemakanan• Amalan pemakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja.• Pekerja yang kurang sihat bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah melemahkan diri mereka secara perlahan.• Ilmu dan praktis amalan pemakanan secara sihat perlu diterapkan kepada pekerja.(ii) Amaran kerohanian• Ibadat khusus seperti solat, puasa, dan zakat dapat memberi ketenangan kepada pekerja.• Selain itu, ibadah umum seperti sedekah, berzikir, dan kuliah agama juga dapat memberikan ketenangan jiwa.• Bagi pekerja bukan Muslim, meditasi dapat dilakukan untuk menghilangkan ketegangan dan stres.(iii) Pengurusan masa• Pekerja harus dilatih menggunakan masa dengan betul dalam melakukan kerja mereka.• Kegagalan mereka menggunakan masa akan menyebabkan mereka tertekan.• Penjadualan kerja boleh dilakukan oleh pekerja agar kerja dapat disiapkan dalam waktunya.(iv) Pembangunan mental• Pekerja perlu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman bagi mempertajamkan minda dan memberi ketahanan minda.• Melakukan aktiviti mencabar dapat melatih ketahanan jiwa.• Kekuatan minda pekerja dapat mengurangkan ketegangan pada diri mereka. (v) Pembangunan fizikal• Ketegangan dapat dikurangkan jika badan pekerja sihat.• Seseorang individu mesti mengambil inisiatif bersukan, senaman, riadah agar fizikal mereka kuat.• Badan yang sihat juga mewujudkan ketahanan minda.[Mak. 5F=5m, 15H=15m](b) Tiga pendekatan kawalan kualiti: (i) Kawalan input• Dikenali sebagai kawalan awalan. • Merujuk kepada kawalan ke atas input pengeluaran seperti bahan mentah, peralatan, mesin, dan modal insan. • Organisasi memastikan input yang digunakan memenuhi piawaian yang ditetapkan.(ii) Kawalan proses• Merujuk kepada kawalan semasa proses pengeluaran berlaku bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar.• Sekiranya berlaku sebarang masalah, tindakan pemulihan dan penambahbaikan akan dilakukan dengan segera.(iii) Kawalan output• Merujuk kepada kawalan selepas proses pengeluaran selesai.• Pemeriksaan kualiti produk secara pelan persampelan atau pemeriksaan menyeluruh.[Mak. 3F=3m, 7H=7m]JAWAPANJAW SKOR A STPM P’NIAGAAN.indd 1 12/02/2026 2:53 PM
JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: Pengajian Am Bahasa Melayu Geografi Sejarah Ekonomi Pengajian PerniagaanKertas ModelSTPMSKORW.M: RM10.65 / E.M: RM10.95AAMTPN2675009A2ISBN: 978-629-498-885-9SEMESTER2Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaDapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalamSEMESTER 2 PENGAJIAN PERNIAGAANPENGAJIAN PERNIAGAANKertas 2 (946/2)Skema Pentaksiran STPMSemester PengajianKod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa PentadbiranSemester2946/2PengajianPerniagaan 2Ujian Bertulis 100(33.33%)2 jam 30minitPentaksiran berpusatBahagian A:4 soalan berbentukesei diberikan.Jawab 2 soalansahaja.60Bahagian B:1 soalan kajian kesdan termasuksebahagiannyasoalan berbentukprinsip atau konsepberkaitan dengantajuk-tajuk dalamsemester berkenaan.40