The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-05-17 07:53:16

SKOR A UASA SEJARAH KSSM Tingkatan 1 2024

Harga: WM - RM7.65 EM - RM7.95

KERTAS MODEL UASA Ujian Akhir Sesi Akademik SKOR A TINGKATAN 1 KSSM Berdasarkan Format UASA Terkini Set Dapat Dileraikan Jawapan Lengkap 6 Set Ujian Akhir Sesi Akademik ULASAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF SEJARAH Muganeswary Govindasamy [21]


SKOR Peratus Gred Nama No. Kad Pengenalan Kelas ARAHAN: 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan nama kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 – 20 20 B 1 10 2 10 3 10 4 10 C 1 20 2 20 Jumlah 80 Sejarah [21] 2 jam Ujian Akhir Sesi Akademik KERTAS MODEL 1 Tingkatan 1


1. Apakah tafsiran sejarah secara umum? A Pengetahuan tentang asal-usul B Penyelidikan tentang masa lampau C Peristiwa yang berlaku pada masa lalu D Pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang lalu 2. Rajah berikut berkaitan dengan contoh sumber primer. Merupakan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. X Apakah X? A Artifak B Bukan artifak C Surat peribadi D Ensiklopedia 3. Antara berikut, yang manakah berlaku pada Zaman Holosen? I Penciptaan roda II Penciptaan tulisan kuneiform III Pembentukan gunung-ganang IV Manusia telah tahu cara membuat api A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Peningkatan suhu dunia telah menyebabkan pencairan air batu sejak 8,500 tahun dahulu. Apakah kesan pencairan air batu? A Dunia terlalu sejuk dan dipenuhi salji B Peningkatan paras air laut dunia C Permukaan air laut membeku D Paras air laut rendah 5. Antara berikut, binatang yang manakah telah pupus akibat perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara? I Stegodon III Trilobite II Dipterus IV Pachycrocuta A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Pasangan yang manakah betul tentang ciri-ciri zaman prasejarah? Zaman prasejarah Ciri-ciri A Zaman Paleolitik Menjalankan aktiviti perdagangan B Zaman Mesolitik Membina kediaman tetap C Zaman Neolitik Mengamalkan pengkhususan kerja D Zaman Logam Menjalankan ekonomi bersifat sara diri 7. Gambar berikut berkaitan dengan upacara pengebumian manusia selepas mati. Mengapakah manusia Zaman Prasejarah melakukan upacara ritual tersebut? A Amalan penyembahan B Manusia prasejarah berkemahiran tinggi C Memberikan penghormatan kepada mayat D Mengutamakan adat dan pantang-larang masyarakat Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan. Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2


8. Apakah peranan lukisan gua dan ukiran batu semasa Zaman Prasejarah selain menggambarkan kehidupan harian manusia? A Menghasilkan lukisan bersifat realisme B Menunjukkan kebolehan manusia Zaman Prasejarah C Menunjukkan perkaitan antara manusia Prasejarah dengan budaya megalit D Berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka 9. Senarai berikut berkaitan dengan maksud tamadun. • Mudun • Madain • Madana Apakah maksud tamadun dalam bahasa Arab? I Kawasan II Kemajuan III Tinggi budi bahasa IV Pembukaan bandar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10. Tokoh berikut merupakan tokoh awal yang membicarakan tentang konsep Tamadun Islam. Apakah tajuk buku yang dihasilkan oleh beliau? A Sejarah dan Kebudayaan Melayu B Historical Fact and Fiction C A Study of History D Muqqadimah 11. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan. Manusia mencipta sistem tulisan dengan menggunakan abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea. Apakah tujuan penciptaan tulisan dalam tamadun awal manusia? A Wujud kepercayaan B Dapat menyimpan rekod C Memudahkan perdagangan D Perkembangan sistem pemerintahan 12. Ilustrasi berikut adalah zigurat yang dibina pada zaman Tamadun Mesopotamia. Apakah peranan zigurat? A Tempat ibadat B Pelabuhan utama C Pusat kegiatan pertanian D Kediaman keluarga diraja 13. Antara berikut, yang manakah punca kemerosotan Tamadun Indus? I Gempa bumi II Serangan orang Aryan III Kelemahan pemimpin IV Kemerosotan aktiviti perdagangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 14. Rajah berikut berkaitan dengan perkembangan sistem demokrasi di Athens. Monarki Aristokrasi Demokrasi Oligarki X Apakah X? A Agora C Acropolis B Tirani D Dewan Perhimpunan Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


15. Gambar berikut merupakan seni bina yang terkenal dalam Tamadun Rom. Apakah fungsi Pantheon? A Tempat tentera berehat B Mengadakan persembahan seni C Tempat penyembahan dewa-dewi D Tempat mengadakan pertandingan bersaiz besar 16. Senarai berikut berkaitan dengan kerajaan Magadha. • Terletak di timur laut India. • Muncul sebagai kuasa penting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India. Apakah faktor kejayaan kerajaan Magadha? A Kekuatan ketenteraan B Kecekapan pemerintah C Bantuan dari negara luar D Kedudukan yang strategik 17. Antara berikut, yang manakah matlamat sistem pendidikan dalam Tamadun China? I Memilih pegawai kerajaan II Mengawal tingkah laku manusia III Mahir dalam bidang perundangan IV Lulus peperiksaan perkhidmatan awam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 18. Apakah punca masyarakat Arab tidak dapat membina semula Empangan Maarib yang runtuh sekitar tahun 300 M? A Mengalami perpecahan kaum B Masyarakat Arab menyembah berhala C Tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya D Kemerosotan ekonomi dalam masyarakat Arab 19. Senarai berikut merupakan individu yang menerima dakwah Nabi Muhammad SAW secara rahsia. • Siti Khadijah • Ali bin Abi Talib • Zaid bin Harithah Apakah persamaan antara ketiga-tiga tokoh tersebut? A Individu terawal yang memeluk agama Islam B Menyediakan rumah untuk menyebarkan agama Islam C Individu yang berhijrah ke Madinah bersama Nabi Muhammad SAW D Menyebarkan agama Islam bersama Nabi Muhammad SAW 20. Apakah faktor kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota Makkah? A Kerjasama yang diberikan oleh penduduk Madinah B Mendapat kerjasama daripada tentera Parsi C Berunding dengan penduduk Makkah D Mengatur strategi yang berkesan Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4


Gambar berikut berkaitan dengan perpaduan dan semangat kebangsaan. 1. (a) Apakah kepentingan mempelajari sejarah kepada diri anda? [3 markah] (b) Bagaimanakah sejarah mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita? [3 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita pada hari ini. [4 markah] Bahagian B [40 markah] Jawab semua soalan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Peta berikut menunjukkan lokasi Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai. Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Huang He Tamadun Indus Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Huang He LAUTAN PASIFIK LAUTAN HINDU LAUT ARAB TELUK BENGGALA Petunjuk EROPAH AFRIKA ASIA U LAUT CHINA SELATAN LAUT KASPIA S.Huang He S.Tigris S.Brahmaputra S S.Ganges .Indus S.Euphrates S N. il 2. (a) Apakah peranan sungai terhadap Tamadun Mesir Purba? [3 markah] (b) Terangkan keistimewaan Sungai Huang He. [3 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6


(c) Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara sungai. [4 markah] Amalan demokrasi di Athens menjadi ikutan dan diamalkan oleh kebanyakan negara moden hingga kini. 3. (a) Senaraikan tiga ciri sistem demokrasi di Athens. [3 markah] (b) Nyatakan ciri-ciri keanggotaan Dewan Perhimpunan. [3 markah] (c) Malaysia merupakan salah sebuah negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi. Pada pendapat anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan di negara kita? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Berlaku kemerosotan ekonomi selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300 M. Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah. 4. (a) Jelaskan konsep jahiliah. [2 markah] (b) Jelaskan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dari aspek agama dan kepercayaan. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat perlu mengamalkan kehidupan beragama? [4 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8


Bahagian C [20 markah] Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini. Gambar berikut menunjukkan perubahan pada Zaman Air Batu Akhir. 1. (a) Jelaskan kesan pencairan air batu pada Zaman Air Batu Akhir. [4 markah] (b) Jelaskan ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir. [8 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


(c) Cadangkan langkah-langkah untuk melestarikan alam sekitar. [8 markah] Zaman Prasejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik sebagai Zaman Batu Pertengahan dan Zaman Neolitik sebagai Zaman Batu Baru. 2. (a) Nyatakan ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah yang berikut: (i) Zaman Batu Lama (ii) Zaman Batu Baru [6 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10


(b) Jelaskan penggunaan teknologi pada Zaman Logam. [6 markah] (c) Penggunaan teknologi semakin berkembang dalam kalangan masyarakat. Apakah kepentingan teknologi terhadap dunia pada masa kini? [8 markah] Untuk Kegunaan Pemeriksa Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 KM1–11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


Sejarah Tingkatan 1 Kertas Model UASA 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 NAMA:.............................................................................................................................. KELAS:............................................................................................................................ BORANG JAWAPAN UNTUK BAHAGIAN A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 A A A A A A A A A A A A A A A A A A A A B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B C C C C C C C C C C C C C C C C C C C C D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D


J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KERTAS MODEL 1 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. C Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu 2. A Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan 3. A Roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu 4. B Pencairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat 5. B Beberapa binatang seperti stegodon (gajah) dan pachycrocuta (hyena atau dubuk) bersaiz besar telah pupus 6. C Mengamalkan aktiviti perdagangan dengan menggunakan sistem barter dan pengkhususan kerja 7. C Manusia Zaman Prasejarah percaya bahawa kematian bukan penamat kepada kehidupan. Mereka amat menghormati mayat 8. D Lukisan gua dan ukiran batu ini merupakan cara komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka 9. D Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madana dan madain yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar 10. D Ibn Khaldun memperkenalkan konsep tamadun iaitu “umran” dan “hadharah” yang digunakan dalam bukunya bartajuk Muqqadimah 11. B Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan perkara penting tentang masyarakat dan diri mereka 12. A Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar. Binaanya berbentuk piramid yang dipanggil zigurat 13. A Serangan orang Aryan, gempa bumi dan banjir meruntuhkan Tamadun Indus 14. B Tirani merupakan pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat 15. C Pantheon merupakan binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom 16. D Kedudukan Magadha yang strategik di Lembah Ganges membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di Sungai Ganges 17. B Matlamat sistem pendidikan Tamadun China adalah lulus peperiksaan perkhidmatan awam dan memilih pegawai kerajaan 18. C Kehidupan sosial yang lemah menyebabkan masyarakat ketika itu tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya 19. A Individu awal yang memeluk Islam ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq 20. D Nabi Muhammad SAW telah mengatur strategi yang berkesan dengan membahagikan pasukan tenteranya kepada beberapa pemimpin tentera Bahagian B 1. (a) F1 Mengenal asal usul F2 Mengambil iktibar F3 Memupuk patriotisme F4 Mengukuhkan perpaduan F5 Membangunkan negara dan bangsa F6 Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah (b) F1 Memberikan kefahaman tentang masyarakat, negara dan dunia F2 Mengenal asal usul, adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita F3 Tidak mengulangi kesilapan yang sama F4 Menyemai rasa cinta akan negara F5 Menaikkan semangat kerjasama dalam masyarakat, tolong-menolong dan bantu-membantu JAWAPAN


© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2 Sejarah Tingkatan 1 Jawapan F6 Mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi F7 Memahami budaya dahulu F8 Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain F9 Menghadiri majlis rumah terbuka ketika perayaan pelbagai kaum di Malaysia F10 Tidak membangkitkan isu-isu perkauman (c) F1 Mengelakkan pertelingkahan antara kaum F2 Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan toleransi F3 Mewujudkan sebuah negara yang kuat, aman, makmur dan stabil F4 Dapat memajukan ekonomi negara F5 Berupaya menghadapi ancaman musuh F6 Mempunyai sikap patriotisme F7 Mengamalkan Rukun Negara F8 Menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara F9 Mewujudkan pentadbiran yang cekap F10 Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran F11 Mematuhi undang-undang negara [Mana-mana jawapan munasabah] 2. (a) F1 Membekalkan sumber makanan F2 Pembentukan kawasan petempatan F3 Menjadi alat perhubungan dan pengangkutan (b) F1 Menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Huang He F2 Membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian F3 Mengumpul hasil hutan dan berburu (c) F1 Memupuk kesedaran masyarakat dalam kepentingan memelihara sungai F2 Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang F3 Memastikan pembangunan secara lestari diasimilasikan F4 Mewartakan sungai sebagai pusat komuniti F5 Peranan media massa dalam menyedarkan masyarakat F6 Mengenakan cukai terhadap perusahaan yang menggunakan sumber air sungai dan menggunakan hasil kutipan tersebut untuk kebersihan sungai [Mana-mana jawapan munasabah] 3. (a) F1 Merupakan demokrasi langsung F2 Setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar dan peraturan F3 Termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik F4 Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens, badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Di bawahnya pula terdapat Majlis, Majistret dan Juri (b) F1 Anggota terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens F2 Setiap warganegara berpeluang memegang jawatan selama enam bulan sehingga setahun F3 Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan F4 Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan (c) F1 Rakyat mempunyai hak bersuara F2 Mempunyai hak berpolitik dan hak bersuara F3 Kerajaan yang lebih efisien dan stabil F4 Mengamalkan prinsip sama taraf F5 Rakyat berpeluang untuk memilih pemimpin yang dipercayai F6 Pemimpin yang dipilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin F7 Melindungi kepentingan rakyat F8 Melahirkan rakyat yang taat setia F9 Meningkatkan ekonomi negara [Mana-mana jawapan munasabah] 4. (a) F1 Berasal daripada perkataan Arab F2 Jahala yang bermaksud jahil F3 Tidak mempunyai nabi F4 Tidak mempunyai kitab suci F5 Menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai Islam sebagai panduan hidup (b) F1 Penganut agama Wathani menyembah berhala F2 Penganut agama Majusi menyembah api F3 Penganut agama Yahudi dan Nasrani dianuti oleh Bani Israel F4 Terdapat masyarakat yang mengamalkan kepercayaan animisme F5 Terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS (c) F1 Masyarakat mempunyai garis panduan F2 Mempunyai peraturan mengikut agama masing-masing F3 Hidup dengan cara baik, aman dan harmoni F4 Mengutamakan keadilan, keamanan dan kesejahteraan F5 Mengelakkan tercetusnya peperangan


J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Sejarah Tingkatan 1 Jawapan F6 Masyarakat mempunyai akhlak yang baik F7 Menjaga hawa nafsu F8 Menjauhi maksiat F9 Mementingkan ilmu pengetahuan F10 Mempunyai nilai-nilai murni [Mana-mana jawapan munasabah] Bahagian C 1. (a) F1 Paras air laut dunia meningkat F2 Terbentuknya bukit-bukau F3 Terbentuknya kawasan tanah tinggi C3 Tasik dan pulau F4 Memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza (b) F1 Permukaan air laut membeku dan paras air laut rendah H1a Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar H1b Memudahkan manusia dan binatang bermigrasi F2 Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk H2a Mereka hidup secara nomad dan memburu binatang F3 Permukaan air laut membeku H3a menyebabkan sebahagian besar bumi diliputi salji F4 Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk F5 Tumbuhan renek dan rumput menjalar F6 Suhu bumi terlalu sejuk H6a dunia dipenuhi oleh salji di kawasan kutub dan benua Eropah (c) F1 Menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui F2 Memberi kesedaran melalui kempen C2 Kempen Cintailah Sungai Kita, Kempen Kitar Semula dan Kempen Sahabat Alam F3 Menyertai aktiviti sukarelawan F4 Mengamalkan kitar semula H4 Menyediakan tong-tong kitar semula F5 Menanam semula pokok F6 Menggunakan air secara berhemah H6 Membersihkan sungai yang tercemar F7 Pendedahan melalui media massa H7 Termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar F8 Melalui kerjasama dengan organisasi C8 Sekolah, balai rakyat dan kelab remaja F9 Melalui pendidikan di sekolah, IPTA dan IPTS C9 Kursus Sains Alam dan Biologi Persekitaran [Mana-mana jawapan munasabah] 2. (a) (i) F1 Menggunakan teknologi batu yang serba ringkas F2 Menggunakan peralatan yang diperbuat daripada tulang binatang F3 Memburu binatang F4 Menangkap ikan (ii) F5 Perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik F6 Wujud kawasan petempatan F7 Mengamalkan aktiviti bercucuk tanam F8 Membuat tembikar F9 Menternak binatang (b) F1 Menggunakan teknologi gangsa dan besi F2 Melakukan inovasi logam besi dan gangsa dalam peralatan mereka F3 Melakukan aktiviti pelayaran F4 Peralatan berasaskan gangsa F5 Menggunakan peralatan besi H5 untuk memburu, bertani dan menjalankan aktiviti harian mereka C5 kapak, tulang mawas, beliung dan mata lembing (c) F1 Membantu perkembangan aktiviti pertanian H1a Dilakukan secara besar-besaran dalam bentuk ladang H1b Menggunakan peralatan moden C1 Jentera moden F2 Digunakan dalam bidang perindustrian H2a Berupaya meningkatkan kualiti pengeluaran makanan F3 Diaplikasikan dalam sistem pendidikan C3 Google Classroom F4 Mempercepatkan kerja C4 Google memudahkan untuk mencari maklumat F5 Berhubung dengan orang yang jauh C5 Skype [Mana-mana jawapan munasabah] KERTAS MODEL 2 Bahagian A Soalan Jawapan Ulasan 1. A Dalam bahasa Melayu, sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul


KERTAS MODEL SKOR A Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected] Pertanyaan: [email protected] Cetakan Pertama 2024 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada terlebih dahulu. WC231064 Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada). JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI: 1 2 3 BAHASA MELAYU ENGLISH SAINS | SCIENCE MATEMATIK | MATHEMATICS ASAS SAINS KOMPUTER SEJARAH GEOGRAFI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM Tingkatan 1 W.M: RM7.65 / E.M: RM7.95 WC231064 ISBN: 978-629-470-600-2 SUBJEK/ TINGKATAN TINGKATAN KSSM UASA 1 Ujian Akhir Sesi Akademik PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks PERKARA FORMAT PENTAKSIRAN Jenis instrumen Ujian Bertulis Jenis soalan Objektif Aneka Pilihan (OAP) Subjektif Respons Terhad (SRT) Subjektif Respons Terbuka (SRTb) Bilangan soalan Bahagian A: OAP – 20 soalan Bahagian B: SRT – 4 soalan Bahagian C: SRTb – 2 soalan Jawab 1 soalan sahaja Jumlah markah Bahagian A: 20 markah Bahagian B: 40 markah Bahagian C: 20 markah Jumlah: 80 markah Tempoh ujian 2 jam SEJARAH SEJARAH SKOR A KERTAS MODEL UASA SKOR A Kertas Model Ujian Akhir Sesi Akademik merupakan model pentaksiran PBD sumatif yang mempersiapkan murid Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik. Mulai sesi akademik 2024/2025, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) akan dilakukan dalam bentuk peratus dan gred. Ayuh, dapatkan buku ini sekarang untuk menempa kecemerlangan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik! [21]


Click to View FlipBook Version