Kertas Model 1 S SIJIL PELA PM JARAN MALAYSIA Kertas 1 SE JARA H NAMA: ......................................................................................... ANGKA GILIRAN: 1249/1 1 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. SPM Sejarah
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–2 SPM Sejarah Kertas MOdel SPM 1 1249/1 1. Senarai berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. • Raja • Rakyat • Undang-undang • X Apakah X? A Kerajaan B Pembesar C Alat kebesaran D Wilayah pengaruh 2. Pilih padanan yang betul tentang peranan pemerintah dan rakyat Kesultanan Melayu Melaka. Ciri Huraian A Sultan Mengetuai peperangan B Rakyat Menjadi tentera C Rakyat Membekalkan tenaga tentera D Pembesar Memperkenalkan undangundang 3. Maklumat berikut berkaitan dengan faktor berlakunya Revolusi Amerika pada tahun 1776. Menentang akta cukai yang diperkenalkan oleh British seperti Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Apakah kesan revolusi tersebut? A Penubuhan negara berasaskan bangsa B Pemerintahan beraja ditamatkan C Pengisytiharan kemerdekaan D Pemulihan kuasa parlimen 4. Apakah kesan tindakan British memperkenalkan Perlembagaan Burma pada tahun 1935? A Mempertahankan institusi beraja B Menyemarakkan usaha kemerdekaan C Menyekat peluasan fahaman komunis D Menggugat kepentingan golongan petani 5. Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 hingga 1918. Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut? A Pearl Harbour diserang B Bakal raja Austria dibunuh C Wilayah Jerman diceroboh D Liga Bangsa-Bangsa gagal berperanan 6. Senarai berikut berkaitan dengan wilayah yang berjaya dikuasai oleh Jepun. • Korea • China • Manchuria Apakah kesan penguasaan wilayah tersebut? A Dikenakan sekatan ekonomi B Meluaskan kawasan pasaran C Menguasai laluan perdagangan D Mendapat sumber tenaga buruh 7. Jadual berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Tarikh Sistem pentadbiran 12 September 1945 British Military Administration (BMA) Apakah tujuan pengenalan sistem tersebut? A Mengembalikan kuasa raja B Melatih rakyat menjadi tentera C Menyatukan pentadbiran negeri D Memulihkan kepercayaan rakyat 8. Rajah berikut berkaitan dengan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Pentadbiran Malayan Union Diketuai oleh Gabenor British Negeri-negeri disatukan X Apakah X? A Pelaksanaan pilihan raya B Pelantikan ahli tidak rasmi C Penubuhan Majlis Eksekutif D Pembentukan Jemaah Menteri 9. Senarai berikut berkaitan dengan tokoh nasionalis radikal pada tahun 1930-an. • Ahmad Boestamam • Ishak Haji Muhammad • Dr. Burhanuddin al-Helmi
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–3 SPM Sejarah 1249/1 Kertas Model SPM 1 Apakah matlamat perjuangan tokoh-tokoh tersebut? I Memulihkan kuasa pembesar II Menuntut kemerdekaan negara III Memperjuangkan hak semua kaum IV Membentuk sebuah negara republik A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara kita? A Memulihkan institusi beraja B Menyeragamkan pentadbiran C Menubuhkan kerajaan sendiri D Meningkatkan kerjasama ekonomi 11. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Apakah strategi yang digunakan oleh PKM bagi mengukuhkan pengaruh komunis pada awal penubuhannya? A Parti politik B Perlembagaan C Kesatuan sekerja D Badan kebajikan 12. Rajah berikut merujuk kepada usaha kerajaan menangani ancaman komunis di negara kita. Usaha Menangani Ancaman Komunis Perintah berkurung Rancangan Briggs Memperkasakan pasukan keselamatan X Apakah X? A Melaksanakan perang saraf B Mengadakan pungutan suara C Menyekat kemasukan imigran D Menggubal perlembagaan baharu 13. Apakah ciri persamaan perjuangan kedua-dua parti berikut? • Kesatuan Melayu Muda (KMM) • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) A Mengukuhkan kuasa raja B Menubuhkan Melayu Raya C Menubuhkan Jemaah Menteri D Memperkenalkan pemusatan kuasa 14. Tokoh berikut telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). • Dato’ Onn Jaafar • E.E.C. Thuraisingham • Tan Cheng Lock Apakah sumbangan tokoh tersebut terhadap pembinaan bangsa dan negara? A Menggubal perlembagaan B Memantapkan sistem pendidikan C Merundingkan tarikh kemerdekaan D Mengukuhkan persefahaman masyarakat 15. Rajah berikut nenunjukkan peringkat pilihan raya yang diadakan di negara kita sebelum merdeka. Peringkat Pilihan Raya X Majlis Perbandaran Majlis Perundangan Persekutuan Apakah X? A Negeri B Daerah C Wilayah D Bandar raya 16. Maklumat berikut berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Pertama negara kita. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 • Memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan • Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–4 SPM Sejarah Kertas MOdel SPM 1 1249/1 Apakah kepentingan pilihan raya tersebut? A Menamatkan darurat B Menamatkan penjajahan C Mengukuhkan institusi raja D Merintis kemerdekaan negara 17. Jadual berikut berkaitan dengan peristiwa yang mempengaruhi usaha kemerdekaan negara kita. Luar negara Dalam negara • Kemerdekaan Mesir, India, Burma dan Filipina • Jaminan British mempercepat kemerdekaan • X Apakah X? A Perang Dingin B Ancaman komunis C Pilihan raya umum D Desakan Komanwel 18. Apakah perkara yang dicadangkan dalam memorandum Raja-raja Melayu untuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka? A Kedudukan agama Islam B Sistem raja berkuasa mutlak C Jawatan Yang di-Pertuan Agong D Hak kewarganegaraan yang ketat 19. Rajah berikut menunjukkan identiti negara yang ditonjolkan semasa hari pemasyhuran kemerdekaan negara. Identiti Negara Lagu kebangsaan Stadium Merdeka X Apakah X? A Parlimen B Tugu Negara C Masjid Negara D Bunga kebangsaan 20. Pemimpin berikut memberikan sumbangan penting dalam pentadbiran negara selepas negara memperoleh kemerdekaan. • Dr. Ismail Abdul Rahman • Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie Apakah sumbangan pemimpin tersebut? A Memajukan prasarana negara B Mengukuhkan dasar luar negara C Memajukan kawasan luar bandar D Mengetuai rombongan kemerdekaan 21. Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya. Apakah ciri negara berdaulat? A Mempunyai raja B Mempunyai politik C Mempunyai ekonomi D Mempunyai sempadan 22. Bagaimanakah keberkesanan pentadbiran dapat diwujudkan di negara kita? I Memajukan taraf hidup rakyat II Melahirkan generasi yang berilmu III Mengamalkan pengagihan kuasa IV Menjalankan pentadbiran tanpa campur tangan asing A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 23. Apakah perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957? A Kabinet negara B Sistem pilihan raya C Agama rasmi negara D Kewarganegaraan yang sama 24. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pilihan raya sebagai asas sistem demokrasi di Malaysia. Apakah kesan pelaksanaan peruntukan perlembagaan tersebut? A Pemerintahan beraja B Pentadbiran negara diseragamkan C Rakyat bebas menubuhkan kerajaan D Kerajaan Persekutuan berkuasa penuh 25. Kedudukan raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih kukuh berbanding dengan raja-raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mengapakah hal demikian berlaku? A Raja berkuasa mutlak B Pentadbiran tradisional diteruskan C Pentadbiran oleh pembesar Melayu D Undang-undang Tubuh Kerajaan dirujuk
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–5 SPM Sejarah 1249/1 Kertas Model SPM 1 26. Apakah bidang kuasa Parlimen? I Menyemak dasar negara II Meminda undang-undang III Melaksanakan dasar negara IV Menentukan bentuk tindakan kerajaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia. • Menjaga kesihatan awam • Menyediakan kemudahan sukan Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut? A Kerajaan Persekutuan B Kerajaan Tempatan C Kerajaan Daerah D Kerajaan Negeri 28. Apakah kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri? A Menstabilkan politik B Mengukuhkan kuasa C Menjamin kesejahteraan rakyat D Memartabatkan undang-undang 29. Apakah bentuk idea gagasan Malaysia yang dikemukakan sebelum Perang Dunia Kedua? A Penyatuan semua wilayah di Asia Tenggara B Mewujudkan satu sistem Kerajaan Persekutuan C Penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara D Memerdekakan wilayah Alam Melayu daripada penjajah 30. Senarai berikut berkaitan dengan siri lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk merealisasikan pembentukan Malaysia. • Pada Julai 1961, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj melawat Sarawak dan Brunei • Pada November 1962, lawatan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ke Sarawak dan Sabah • Lawatan rombongan Dr. Burhanuddin alHelmi dan Tun Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah Apakah kepentingan siri lawatan tersebut? A Kemampuan mengekalkan kuasa B Kecekapan membangunkan wilayah C Kesepakatan menyelesaikan masalah D Kebijaksanaan mendapatkan kemerdekaan 31. Apakah peristiwa bersejarah yang berlaku berkaitan dengan Singapura pada 9 Ogos 1965? A Rusuhan antara kaum B Pemisahan daripada Malaysia C Pengiktirafan pelabuhan bebas D Komunis mengambil alih pentadbiran 32. Strategy Counterinsurgency (COIN) telah dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis. Apakah langkah yang diambil melalui strategi tersebut? A Menawarkan pengampunan B Mengadakan catuan makanan C Menempatkan semula penduduk D Memenangi hati dan fikiran rakyat 33. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? I Mewajibkan penggunaannya di sekolah II Dijadikan syarat untuk menjadi pengundi III Menjadi bahasa rasmi pentadbiran IV Memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34. Gambar berikut merupakan logo Sukan Malaysia (SUKMA). Apakah tujuan SUKMA diadakan? A Mengeratkan integrasi antara negeri B Menganjurkan pelbagai jenis sukan C Memupuk semangat kesukanan D Melahirkan atlet negara
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–6 SPM Sejarah Kertas MOdel SPM 1 1249/1 35. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada tahun 1970 hingga 1990? A Menghapuskan kemiskinan B Mencapai taraf negara maju C Mengekalkan pembangunan D Mewujudkan kestabilan politik 36. Maklumat berikut merupakan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam bidang ekonomi. • Penggunaan sains dan teknologi • Program penanaman semula • X Apakah X? A Pelibatan aktif pihak swasta B Pembentukan koperasi peniaga C Peningkatan tenaga buruh mahir D Pertambahan pasaran antarabangsa 37. Gambar berikut merupakan logo United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Bagaimanakah UNHCR menyelesaikan masalah pelarian dan golongan tidak bernegara? A Diasingkan mengikut negara B Dikumpulkan di negara maju C Diberikan bantuan kewangan D Ditempatkan ke negara dunia ketiga 38. Apakah faktor yang mendorong negara kita menjalin hubungan diplomatik dengan negara berikut? • Turki • Mesir • Arab Saudi A Ikatan keagamaan B Persamaan budaya C Keperluan nasional D Kepentingan ekonomi 39. Bagaimanakah kerjasama sosial dilaksanakan antara negara ASEAN? I Penganjuran Sukan SEA II Projek Industri ASEAN (AIP) III Penubuhan Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) IV Penubuhan Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40. Maklumat berikut berkaitan dengan isu global yang dihadapi oleh Malaysia. Tuntutan terhadap Pulau Batu Putih melibatkan Malaysia dengan Singapura. Bagaimanakah isu tuntutan Pulau Batu Putih diselesaikan? A Persidangan ASEAN B Pembayaran pampasan C Campur tangan Amerika Syarikat D Merujuk Mahkamah Antarabangsa
Kertas Model 1 S SIJIL PELA PM JARAN MALAYSIA Kertas 2 SE JARA H NAMA: ......................................................................................... ANGKA GILIRAN: 1249/2 2 jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. 3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 10 2 10 3 10 4 10 B 5 20 6 20 7 20 8 20 9 20 Jumlah 100 SPM Sejarah
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–8 SPM Sejarah Kertas MODEL SPM 1 1249/2 Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka Kerajaan Wilayah pengaruh Y Rakyat Lambang kebesaran X (a) Nyatakan ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka yang bertanda: (i) X: (ii) Y: [2 markah] (b) Senaraikan dua lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii) [2 markah] (c) Jelaskan ciri-ciri kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. [2 markah] (d) Usaha memajukan negara akan terjejas jika rakyat enggan bekerja keras untuk memajukan diri. Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah] 2. Gambar berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjuang menentang pendudukan Jepun di negara kita. X Y Z
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–9 SPM Sejarah 1249/2 Kertas MODEL SPM 1 (a) Namakan tokoh-tokoh tersebut. (i) X: (ii) Y: (iii) Z: [3 markah] (b) Apakah sumbangan tokoh-tokoh tersebut dalam perjuangan menentang Jepun? [3 markah] (c) Perang Dunia Kedua memberikan kesan yang besar terhadap negara kita. Buktikan pernyataan tersebut. [4 markah] 3. Rajah berikut menunjukkan ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Ciri Tradisional • Pemerintahan beraja • Agama Islam • X • Y Ciri Moden • Kerajaan Persekutuan • Demokrasi Berparlimen • Kewarganegaraan (a) Apakah ciri X dan Y? (i) X: (ii) Y: [2 markah] (b) Jelaskan ciri moden dalam perlembagaan tersebut. [4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–10 SPM Sejarah Kertas MODEL SPM 1 1249/2 (c) Gabungan ciri tradisional dan moden dalam Perlembagaan Persekutuan mewujudkan asas pentadbiran yang unik dan unggul di negara kita. Beri ulasan anda. [4 markah] 4. Jadual berikut menunjukkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Tahun Pertubuhan 1961 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) 1963 Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) 1967 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) (a) Namakan dua anggota ASEAN. (i) (ii) [2 markah] (b) Bagaimanakah Malaysia berperanan dalam penyelesaian konflik serantau? [4 markah] (c) Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) diumumkan pada tahun 1971 di Kuala Lumpur. Bagaimanakah perisytiharan ZOPFAN menjamin kestabilan negara anggota ASEAN? [4 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–11 SPM Sejarah 1249/2 Kertas MODEL SPM 1 Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5. Gagasan Malayan Union diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 bagi melicinkan sistem pentadbiran di Tanah Melayu. (a) Bagaimanakah kerajaan British mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan pentadbiran Malayan Union? [4 markah] (b) Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union? [8 markah] (c) Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada tindakan British melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu. [8 markah] 6. Dalam usaha membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. (a) Jelaskan inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu berkaitan dengan aspek kewarganegaraan. [4 markah] (b) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas dalam pembinaan negara bangsa. Jelaskan pernyataan tersebut. [8 markah] (c) Petikan berikut berkaitan dengan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan perlembagaan. Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan. Pada pendapat anda, apakah kesannya jika rakyat tidak mematuhi perlembagaan? [8 markah] 7. Pada 20 Januari 1963, Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. (a) Jelaskan dasar konfrontasi Indonesia. [4 markah] (b) Bagaimanakah Malaysia mengatasi konfrontasi tersebut? [8 markah] (c) Baca maklumat dalam petikan berikut. Malaysia menggunakan saluran diplomatik, iaitu rundingan dan perbincangan untuk menamatkan konflik dengan negara jirannya. Hasilnya, konfrontasi telah berakhir dengan Perjanjian Damai pada bulan Ogos 1966 dan pemulihan hubungan Indonesia dan Malaysia semakin baik sehingga kini. Sumber: https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara-cawangan-pahangkampus-jengka/national-kesatria-1/53-87-1-sm-essay/56673335 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara sekiranya langkah diplomatik tidak dilaksanakan. [8 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. KM1–12 SPM Sejarah Kertas MODEL SPM 1 1249/2 8. Maklumat berikut merujuk kepada prinsip-prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada tahun 1970. • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-undang • Kesopanan dan Kesusilaan (a) Jelaskan matlamat pembentukan Rukun Negara. [6 markah] (b) Terangkan prinsip Rukun Negara berikut: (i) Kepercayaan kepada Tuhan [3 markah] (ii) Keluhuran Perlembagaan [3 markah] (c) Petikan berikut berkaitan dengan kepentingan Rukun Negara sebagai asas pembinaan jati diri bangsa. Melalui semua prinsip ini, pasti satu sikap positif mengenai perwatakan nasional akan terbentuk dalam kalangan semua rakyat. Kehidupan etnik berlainan dalam tiga wilayah yang diikat sebagai satu yang dipunyai bersama, bersandar kepada pemahaman bersama tentang sejarah dan tradisi negara serta pembabitan bersekali dalam semua sistem negara. Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/02/123202/rukun-negarasebagai-asas-bina-jati-diri-bangsa Beri ulasan anda berkaitan dengan petikan tersebut. [8 markah] 9. Senarai berikut menunjukkan isu global yang dihadapi oleh Malaysia. • Penyalahgunaan dadah • Pertindihan sempadan • Kempen antiminyak sawit (a) Jelaskan usaha Malaysia dalam menangani penyalahgunaan dadah. [4 markah] (b) Terangkan isu pertindihan sempadan yang dihadapi oleh negara kita. [8 markah] (c) Petikan berikut berkaitan dengan kempen antiminyak sawit oleh negara maju. Malaysia adalah pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar di dunia, di mana negara menghasilkan lebih daripada 19.5 juta tan minyak sawit mentah. Pada tahun 2018, industri minyak sawit telah menyumbang sebanyak 37.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK). Ini menunjukkan bahawa industri kelapa sawit memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung, industri ini juga membantu meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan sosioekonomi para pekebun kecil. Namun, kempen antiminyak sawit Malaysia oleh negara-negara Eropah telah menggugat industri kelapa sawit negara. Sumber: https://www.ukm.my/kursimpobukm/2021/02/25/kesan-pensijilan-rspo-danmspo-kepada-pengeluaran-dan-analisis-perbandingan-faedah-ekonomi-perladanganpekebun-kecil-kelapa-sawit/ Beri ulasan anda berkaitan dengan petikan tersebut. [8 markah]
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. SPM Sejarah 1 Kertas 1 1. D Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu ialah raja, rakyat, undangundang dan wilayah pengaruh. 2. B Sultan berperanan menjaga keselamatan rakyat, mewujudkan perpaduan rakyat, menjamin kemakmuran dan kestabilan kerajaan serta memperkenalkan undang-undang. Pembesar pula berperanan memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan, perantara antara sultan dengan rakyat, mengutip hasil dan membekalkan tenaga tentera. Peranan rakyat pula ialah menunjukkan taat setia, mematuhi arahan pemerintah, menjadi tentera, menghadiri majlis umum dan menyumbang tenaga kerja. 3. C Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776 diluluskan oleh kongres. Pada tahun 1783, Revolusi Amerika berakhir apabila British mengakui Kemerdekaan Amerika. 4. B Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India telah menyemarakkan usaha mendapatkan kemerdekaan. 5. B Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah krisis di rantau Balkan yang berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia. Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya oleh pemuda Serbia merupakan kemuncak krisis Balkan. 6. A Penguasaan Jepun terhadap Korea, China, Manchuria dan Indochina menyebabkan Jepun dikenakan sekatan ekonomi. Aktiviti ekonomi dihentikan dan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Amerika Syarikat dan Belanda dibekukan. 7. D British Military Administration (BMA) diperkenalkan untuk memulihkan kepercayaan rakyat serta mengembalikan kestabilan dan keamanan. 8. C Antara pentadbiran Malayan Union ialah negeri-negeri disatukan, diketuai oleh Gabenor, penubuhan Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan, kewarganegaraan melalui prinsip jus soli serta sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9. C Matlamat perjuangan tokoh nasionalis radikal pada tahun 1930-an ialah menuntut kemerdekaan negara, menyatukan seluruh Tanah Melayu, memperjuangkan hak semua kaum, pembelaan terhadap ketidakadilan serta perjuangan melangkaui sempadan dan kenegerian. Mereka digelar tokoh politik nasional. 10. C Piagam Atlantik berkaitan dengan matlamat pelan tindakan untuk dunia selepas berlakunya peperangan supaya tiada lagi peluasan wilayah. Oleh itu, negara kita berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri. 11. C PKM menyusup dalam kesatuan sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis. Pada bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335 kesatuan sekerja. 12. A Antara usaha kerajaan menangani ancaman komunis di negara kita ialah pelaksanaan perang saraf, penguatkuasaan Undang-Undang Darurat, pemerkasaan pasukan keselamatan, sistem pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan, Rancangan Briggs, tawaran pengampunan, kempen “Bulan Rakyat Melawan Penjahat”, perintah berkurung dan Rundingan Baling. 13. B Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya. 14. D Sumbangan anggota Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ialah mengukuhkan persefahaman masyarakat. Hal ini bersesuaian dengan moto CLC, iaitu Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu. 15. A Pilihan raya di negara kita terbahagi kepada pilihan raya majlis perbandaran, pilihan raya peringkat negeri dan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan. 16. D Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 merintis jalan ke arah kemerdekaan negara. Proses demokrasi dilaksanakan bagi membentuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 17. C Usaha kemerdekaan negara kita dipengaruhi oleh keadaan selepas Perang Dunia Kedua yang menyaksikan usaha membebaskan negara daripada penjajahan. Kerajaan British memberikan jaminan untuk mempercepat kemerdekaan. Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.