The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-11 15:50:04

Focus KSSR 2024 Penulisan Tahun 4, 5 & 6

Harga - WM: RM16.95 WM: RM16.95

PELANGI BESTSELLER • Md. Ramli Sabran Penulisan RESOS DIGITAL PERCUMA UASA INFO VIDEO KUIZ GAMIFIKASI BANK SOALAN KSSR UASA SEMAKAN 4∙5∙6 TAHUN


BAHAGIAN PENULISAN PERENGGAN Kepentingan Hari Sukan Sekolah Kepentingan Hari Sukan Sekolah Isi 1: menyihatkan badan – mengeluarkan peluh Isi 2: menambah rakan – memupuk perpaduan kaum Isi 3: mengharumkan nama sekolah – memenangi pertandingan Isi 4: mengisi masa lapang – terhindar daripada gejala negatif Isi-isi Penting Peta Pemikiran Peta dakap123 123 123 Peta pokok Galeri THINK THINK!


Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan di Jalan Raya Peta Pemikiran Peta alir Peta pelbagai alir Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan di Jalan Raya • Mengubah sikap pemandu yang kurang berhemah • Menyelenggara kenderaan mengikut masa yang ditetapkan • Memperkasa penguatkuasaan undang-undang • Menyelenggara jalan raya


Manfaat Berbakti kepada Tanah Peta Pemikiran Peta titi Peta bulatan Isi 1: ● aktiviti berkebun – mengisi waktu lapang – tidak membuang masa Isi 2: ● menyihatkan tubuh badan – mengeluarkan peluh Isi 3: ● terhindar daripada aktiviti negatif – seperti melepak dan lain-lain Isi 4: ● memberikan pengetahuan/pengalaman – mengetahui teknik pertanian – menyemai, membaja pokok Isi 5: ● menambahkan pendapatan – menjual hasil kebun – simpanan masa hadapan


KANDUNGAN C Penulisan Perenggan 1 BAHAGIAN Fokus Bab 2 Skop UASA 2 Peta Konsep 2 Panduan Menulis Perenggan 3 Model Penulisan Perenggan 7 Model 1 Cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya 7 Model 2 Kepentingan Air kepada Manusia dan Hidupan Lain 8 Model 3 Kebaikan Buah Pisang kepada Kesihatan Manusia 9 Model 4 Kepentingan Pusat Sumber Sekolah 10 Model 5 Faedah Aktiviti Gotong-royong 11 Model 6 Sebab-sebab Anak Perlu Menghormati Ibu 12 Model 7 Cara-cara Mengelakkan Pencemaran Sungai 13 Model 8 Kebaikan Penggunaan Jentera Moden kepada Pesawah 14 Model 9 Cara-cara Melintas Jalan dengan Selamatnya 15 Model 10 Kesan-kesan Makan Makanan Ringan 16 Model 11 Cara-cara Menghabiskan Masa Lapang Bersama-sama Keluarga 17 Model 12 Khasiat Telur Ayam 18 Model 13 Cara-cara untuk Mencapai Cita-cita 19 Model 14 Tindakan ketika Diajak Menaiki Kereta 20 Model 15 Tindakan apabila Menerima Bantuan daripada Jiran 21 Model 16 Ciri-ciri Usahawan Berjaya 22 Model 17 Khasiat Sayur-sayuran Hijau 23 Model 18 Keburukan Bersikap Sombong 24 Model 19 Sebab-sebab Murid Patut Menghargai Jasa Guru 25 iii


iv Model 20 Cara-cara Membersihkan dan Menceriakan Kelas 26 Model 21 Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran di Makmal Komputer 27 Model 22 Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Perkhemahan 28 Model 23 Cara-cara Menghabiskan Cuti di Rumah 29 Model 24 Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah 30 Model 25 Faedah-faedah Melawat Tempat Menarik 31 Model 26 Kepentingan Temasya Sukan Sekolah Diadakan 32 Model 27 Cara-cara Menghargai Jasa Guru 33 Model 28 Tindakan semasa Berada di Pusat Beli-belah 34 Model 29 Adab ketika Menziarahi Datuk dan Nenek 35 Model 30 Kebaikan Mempopularkan Permainan Tradisional 36 Praktis Formatif 1 Aktiviti semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan 37 Praktis Formatif 2 Kebaikan Makan Bersama Keluarga 38 Praktis Formatif 3 Cara-cara Menjaga Haiwan Peliharaan 39 Praktis Formatif 4 Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang 40 Praktis Formatif 5 Cara-cara Menjaga Kebersihan di Luar Rumah 41 Praktis Formatif 6 Tindakan ketika Banjir 42 Praktis UASA 1 43 D Penulisan Karangan 45 BAHAGIAN Fokus Bab 46 Skop UASA 46 Peta Konsep 46 Panduan Menulis Karangan 47 Model Penulisan Karangan 53 Model 1 Lawatan ke Pulau Langkawi 53 Model 2 Pertandingan Menulis Cerpen 56


v Model 3 Pemburuan Haram 58 Model 4 Gangguan Bekalan Air Bersih 60 Model 5 Cemerlang dalam Bidang Sukan 62 Model 6 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 65 Model 7 Majlis Perkahwinan 67 Model 8 Pesta Buah-buahan Tempatan 69 Model 9 Tragedi Tanah Runtuh 71 Model 10 Sambutan Hari Komuniti 73 Model 11 Perlawanan Akhir Bola Sepak 75 Model 12 Sambutan Hari Keluarga 77 Model 13 Kegiatan Kokurikulum 79 Model 14 Kerja Rumah Murid 82 Model 15 Ibu Bapa Pembentuk Disiplin 84 Model 16 Barangan Tempatan 86 Model 17 Ciptaan Sains 88 Model 18 Sekolah dalam Taman 90 Model 19 Meraikan Kejayaan Rakan 92 Model 20 Hadiah Hari Lahir Adik 94 Model 21 Menziarahi Rakan di Hospital 96 Model 22 Tokoh Peladang Jaya 98 Model 23 Hari Kanak-kanak 100 Model 24 Bulan Menabung 103 Model 25 Majlis Perpisahan Murid Tahun Enam 105 Model 26 Kempen Keselamatan Jalan Raya 107 Model 27 Kempen Membaca 109 Model 28 Pusat Sumber Gedung Ilmu 111 Model 29 Aktiviti Melancong dalam Negara 113 Model 30 Menonton Televisyen 116 Model 31 Hidup Sepakat 118 Model 32 Satu Murid Satu Sukan 120


vi Model 33 Buah-buahan Tempatan 122 Model 34 Hobi Berkebun 124 Model 35 Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya 126 Model 36 Permainan Video 128 Model 37 Makanan Ringan Merosakkan Kesihatan 130 Model 38 Peranan Komputer 132 Model 39 Menaiki Kereta Api 134 Model 40 Aktiviti Memancing Ikan 136 Model 41 Gotong-royong Penduduk 138 Model 42 Televisyen 140 Model 43 Sepasang Kasut 142 Model 44 Guru Besar 144 Model 45 Legenda Bola Sepak 146 Model 46 Membantu Rakan 148 Model 47 Peristiwa ketika Hujan 150 Model 48 Kasih Ibu 152 Model 49 Malang Tidak Berbau 154 Model 50 Mengenang Budi 156 Praktis Formatif 1 Pasar Malam 158 Praktis Formatif 2 Keracunan Makanan 160 Praktis Formatif 3 Pemakanan Sihat 162 Praktis UASA 2 164 PRAKTIS PENGAYAAN UASA TAHUN 4 167 PRAKTIS PENGAYAAN UASA TAHUN 5 169 PRAKTIS PENGAYAAN UASA TAHUN 6 171 JAWAPAN 173 https://plus.pelangibooks.com/Resources/ FocusKSSR/PNS/BankSoalan.pdf Bank Soalan UASA


1 Bahagian C BAHAGIAN C PENULISAN PERENGGAN


Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Penulisan Perenggan C BAHAGIAN Bahagian C Penulisan Perenggan ✍ Menulis perenggan berdasarkan bahan grafik dan kehendak soalan ✍ Terdiri daripada satu soalan ✍ Bahan grafik ✍ Terdiri daripada satu bahan grafik ✍ Tulis jawapan ✍ 10 markah dalam bentuk perenggan ✍ Panjangnya jawapan tidak lebih daripada 50 patah perkataan 2 • Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia untuk membuat pertimbangan dan keputusan. • Membina dan menulis ayat, dan perenggan daripada bahan multimedia. • Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia. • Membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada sesuatu bahan multimedia. • Mencatat maklumat dan menjana idea berdasarkan bahan. Fokus Bab Peta Konsep 1. Soalan ini mengemukakan bahan rangsangan berbentuk grafik yang mengemukakan satu situasi. 2. Murid dikehendaki untuk memahami situasi tersebut dengan baiknya. 3. Murid perlu mengenal pasti kata kunci dan kehendak soalan. 4. Murid perlu menulis jawapan dalam satu perenggan. 5. Panjangnya jawapan murid hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. SKOP UASA


3 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C 1. Format penulisan perenggan lebih berfokus pada pendapat atau idea murid. 2. Soalan ini menguji murid dengan kemahiran menulis dan membaca seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 3. Panjang jawapan hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 4. Sekiranya jumlah perkataan melebihi had yang ditetapkan, markah tidak akan dipotong. Walau bagaimanapun, jawapan yang berlebihan daripada 50 patah perkataan itu tidak akan dinilai. 5. Tidak ada ketetapan jumlah isi atau idea yang perlu dikemukakan. Walau bagaimanapun, murid amat digalakkan untuk mengemukakan tiga isi atau idea dengan peluasan keterangan serta huraian. 6. Masa yang dicadangkan untuk menulis perenggan adalah 15 minit. Murid hendaklah menulis perenggan berdasarkan pemahaman atau pemerhatian berdasarkan situasi dalam bahan rangsangan dan bukannya dalam bentuk penceritaan. Tip Penting Teknik Menjawab Soalan Penulisan Perenggan 1. Baca dan fahami arahan soalan dengan baiknya. Kemudian, garisi kata kunci soalan. Lihat contoh seperti yang berikut: Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman sains di sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 2. Perhatikan bahan grafik atau bahan rangsangan yang diberikan. Garisi atau bulatkan kata kunci yang berkaitan dengan tajuk soalan atau bahan grafik, contohnya kesan, punca, faedah, cara, atau sebagainya. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara untuk memastikan kebersihan kawasan taman sains. 3. Sebelum menulis perenggan, senaraikan isi atau idea murid dalam bentuk peta minda atau rangka karangan. Contohnya seperti yang berikut: 1 perenggan Ayat pendahuluan + isi pertama Huraian isi pertama Isi kedua + huraian isi kedua Isi ketiga + kesimpulan 4. Semasa menulis perenggan, murid perlu memastikan perkara-perkara yang berikut: (a) Penggunaan ayat lengkap dan gramatis (b) Ejaan, tanda baca, dan tatabahasa adalah betul (c) Penggunaan penanda wacana adalah sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya, dan sebagainya Panduan Menulis Perenggan


4 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C (d) Pendapat murid positif dan rasional (e) Bilangan perkataan mengikut jumlah yang ditetapkan 5. Selepas menulis perenggan, murid haruslah menyemak jawapan. Semak jawapan dari segi bilangan perkataan, ejaan, tanda baca, penggunaan perkataan serta imbuhan, dan struktur ayat. 6. Murid layak diberikan markah penuh bagi penulisan perenggan yang mantap dan tiada kesalahan tatabahasa. Kriteria Penskoran Rubrik Pemarkahan Penulisan Perenggan (10 markah) Penskoran Panduan dan Ukuran Pencapaian (Kriteria) Cemerlang (09 – 10) • Isi atau idea menepati tugasan dan pendapat sangat jelas, tersusun, serta menarik. • Ayat yang betul, mengandungi peluasan subjek atau peluasan predikat dalam bentuk respons terbuka (SRTb). • Membina ayat yang gramatis dan menepati bahan rangsangan atau tugasan. • Penggunaan pelbagai kata yang sesuai (baik) dengan bahan tugasan. • Pengunaan ejaan, tanda baca, dan imbuhan yang betul dalam ayat. • Tiada atau sifar kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, laras ayat, dan laras bahasa dalam pendapat yang dibina. Baik (06 – 08) • Isi atau idea menepati tugasan dan pendapat jelas, tersusun, serta menarik. • Ayat yang mengandungi isi atau idea yang betul serta menepati tema daripada bahan rangsangan atau tugasan yang diberikan dalam soalan. • Isi atau idea dan ayat yang dibina menepati bahan rangsangan atau tugasan. • Terdapat kesalahan penggunaan kata atau frasa dalam ayat yang dibina. • Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan predikat. • Terdapat kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, laras ayat, dan laras bahasa dalam pendapat yang dibina. Memuaskan (03 – 05) • Isi atau idea masih menepati tugasan, pendapat ringkas dan mudah sahaja. • Ayat mengandungi isi yang terhad namun masih sesuai dengan tema. • Isi atau idea yang sederhana dan masih ada kaitan dengan tugasan. • Terdapat banyak kesalahan idea dalam peluasan subjek dan predikat. • Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, laras ayat, dan laras bahasa dalam pendapat yang dibina. Pencapaian Tahap Minimum (01 – 02) • Isi atau idea kurang menepati tugasan atau tidak menepati tugasan. • Ayat yang tiada isi atau idea yang betul serta tidak menepati soalan. • Isi atau idea dalam ayat yang dibina tidak ada kaitan dengan tugasan. • Terdapat kesalahan idea dalam peluasan subjek dan peluasan predikat. • Terdapat banyak kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan, dan laras ayat.


5 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Tutorial Grafik di bawah menunjukkan kebersihan di dalam rumah. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kebersihan di dalam rumah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 1. Perhatikan setiap perbuatan yang dilakukan dengan telitinya. 2. Gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan idea dan pertautan ayat dengan ayat yang lain atau antara isi dengan isi yang lain. Tip Penting Ingat Maksimum perkataan yang boleh ditulis adalah 55 patah perkataan sahaja. Ayat yang gramatis ialah ayat yang betul dari segi struktur dan maknanya. Contoh: • Azrul bermain bola di padang. (✓) • Kucing itu bermain bola di padang.(✗) Wadah Info Bahasa Melayu Bahagian C UASA VIDEO


6 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C 1. Tulis cara-cara menjaga kebersihan di dalam rumah dalam bahan grafik yang diberikan, seperti yang berikut. menggunakan pembersih hampa gas – menyedut habuk dan kotoran mengumpulkan surat khabar dan majalah – untuk dikitar semula mengelap habuk- habuk yang melekat pada kipas siling mengelap habuk-habuk yang melekat pada bunga plastik 2. Tulis perenggan atau jawapan berdasarkan setiap cara tersebut, seperti yang berikut. Pada pendapat saya, kita perlulah memastikan setiap ruang di rumah kita sentiasa bersih. Misalnya, kita hendaklah mengelap habuk-habuk yang melekat pada bunga plastik dan daun kipas siling di rumah kita. Selain itu, kita boleh menggunakan pembersih hampa gas untuk menyedut habuk dan kekotoran di atas lantai. Seterusnya, surat khabar dan majalah yang sudah tidak digunakan lagi boleh dikumpulkan supaya dapat dikitar semula. Rumah bersih, keluarga sihat. Isi 1 Isi 2 Isi 3 Pendahuluan Kesimpulan Ingat Sifar kesalahan ialah tiada kesilapan dari segi sistem ejaan (ES), tanda baca (TB), laras ayat (LA), dan laras bahasa (LB). Konstruk Kemahiran Menulis • Mengaplikasi • Menilai • Menganalisis • Mencipta Wadah Info


7 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Model Penulisan Perenggan Model 1 Grafik di bawah menunjukkan situasi di jalan raya. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • untuk menjaga keselamatan diri - mengamalkan beberapa cara • menggunakan lintasan belang - melintas jalan - sibuk • memakai topi keledar - melindungi kepala - berlaku kemalangan • mengenakan tali pinggang keledar - sepanjang perjalanan • amalkanlah slogan “Waspada Budaya Kita” Model Jawapan Untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya, kita hendaklah mengamalkan beberapa cara. Kita hendaklah menggunakan lintasan belang ketika hendak melintas jalan raya yang sibuk. Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal mestilah memakai topi keledar untuk melindungi kepala jika berlaku kemalangan. Akhir sekali, pemandu dan penumpang kereta hendaklah mengenakan tali pinggang keledar sepanjang perjalanan untuk menjaga keselamatan. Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan slogan “Waspada Budaya Kita” supaya keselamatan terjamin. Kamus pembonceng – orang yang menumpang naik motosikal, basikal, atau sebagainya FOKUS


8 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Model 2 Grafik di bawah menunjukkan penggunaan air. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan sumber air kepada manusia dan hidupan lain. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • air sangat penting dalam kehidupan • mandi - membasuh pakaian - bersih dan selesa • menyiram tanaman - subur - segar • kegunaan harian - mencuci pinggan mangkuk - memasak - membuat minuman • menggunakan air dengan bijaknya - semua keperluan hidup terpenuhi Model Jawapan Air sangat penting dalam kehidupan kita. Kita memerlukan air untuk mandi dan membasuh pakaian pada setiap hari. Selain itu, air digunakan untuk menyiram tanaman supaya tanaman tumbuh dengan suburnya dan kelihatan segar. Seterusnya, air juga penting untuk kegunaan harian seperti mencuci pinggan mangkuk, memasak, membuat minuman, dan sebagainya. Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan air dengan bijaknya supaya semua keperluan hidup kita terpenuhi. Kamus FOKUS subur – tumbuh dengan baiknya terpenuhi – sudah dipenuhi; dapat dilaksanakan Ingat Bina ayat yang mudah jika kurang pasti akan ketepatan struktur ayat.


9 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Model 3 Grafik di bawah menunjukkan buah pisang. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan buah pisang kepada kesihatan manusia. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • pisang - antara buah tropika popular di Malaysia • memberikan tenaga – mengandungi karbohidrat yang tinggi • memberikan rasa kenyang lebih lama – kaya dengan kandungan serat – mengurangkan berat badan • pelawas – membantu untuk mengatasi sembelit – sistem pencernaan lebih baik • disyorkan supaya makan pisang demi kesihatan Model Jawapan Pisang antara buah tropika popular di Malaysia. Antara kebaikan pisang ialah buah ini dapat memberikan tenaga kepada manusia. Hal ini demikian kerana pisang mengandungi jumlah tenaga dan karbohidrat yang tinggi. Selain itu, makan buah pisang dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kerana kaya dengan kandungan serat. Akhir sekali, buah pisang merupakan pelawas yang dapat membantu kita untuk mengatasi sembelit. Oleh itu, sistem pencernaan badan menjadi lebih baik. Kesimpulannya, kita disyorkan supaya makan pisang demi kesihatan. Kamus FOKUS karbohidrat – zat makanan yang memberi sumber tenaga serat – serabut seperti benang pelawas – apa-apa yang dapat melegakan atau melancarkan perjalanan sesuatu sembelit – susah membuang air besar pencernaan – penghadaman


10 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Model 4 Grafik di bawah menunjukkan aktiviti di pusat sumber sekolah. Tuliskan pendapat kamu tentang kepentingan pusat sumber sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • setiap sekolah mempunyai pusat sumber • tempat sesuai untuk mengulang kaji - membuat rujukan berita terkini - surat khabar • meminjam buku - di kaunter • bahan rujukan mudah didapati - buku disusun kemas - di rak - dilabelkan • pusat sumber - gedung ilmu - perlu dikunjungi - setiap murid Model Jawapan Setiap sekolah mempunyai pusat sumber. Pusat sumber sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama rakan. Kita boleh membuat rujukan berita terkini daripada surat khabar yang terdapat di pusat sumber. Selain itu, kita juga boleh meminjam buku rujukan di kaunter yang disediakan. Seterusnya, kita boleh mendapatkan buku atau bahan rujukan dengan mudah kerana buku-buku itu disusun dengan kemasnya di rak yang telah dilabelkan. Sesungguhnya, pusat sumber gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap murid. Kamus FOKUS kaunter – meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu atau menjalankan urus niaga dilabelkan – dilekatkan kepingan kertas kecil Ingat Elakkan menulis isi yang mempunyai maksud yang sama. Sejarah Pusat Sumber Sekolah INFO


11 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Model 5 Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong di sebuah kawasan perumahan. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah aktiviti gotong-royong. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. • aktiviti gotong-royong amat berfaedah • persekitaran kawasan rumah sentiasa bersih – hidup sihat dan ceria • memupuk kerjasama – memudahkan tugas-tugas dilakukan bersama • menjimatkan kos penyelenggaraan • aktiviti gotong-royong amat berfaedah Model Jawapan Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong amat berfaedah kepada kita. Menerusi amalan ini, persekitaran kawasan rumah sentiasa bersih. Kehidupan kita menjadi sihat dan ceria. Di samping itu, aktiviti ini memupuk kerjasama dan memudahkan tugas kerana tugas dilakukan bersama. Akhir sekali, aktiviti gotong-royong dapat menjimatkan kos penyelenggaraan. Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan gotong-royong supaya memperoleh faedahnya. Kamus FOKUS memupuk – menyemai penyelenggaraan – pengelolaan Amalan Gotong-royong INFO


37 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Praktis Formatif 1 Grafik di bawah menunjukkan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah. Lengkapkan perenggan tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan di bawah dengan perkataan yang sesuai. menyertai berhiaskan mengibarkan mewarna bertemakan Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang lazimnya dilakukan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah ialah muridmurid membantu guru Jalur Gemilang di kawasan sekolah. Selain itu, diadakan pertandingan melukis dan Jalur Gemilang untuk murid-murid tahap satu. Seterusnya, murid-murid tahap dua peraduan teka silang kata kemerdekaan. Akhir sekali, pertandingan basikal Jalur Gemilang turut diadakan. Kesimpulannya, kita hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti Bulan Kemerdekaan agar semangat patriotik dapat diperkukuh.


43 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Soalan 1 Grafik di bawah menunjukkan situasi ketika jerebu. Tuliskan pendapat kamu tentang tindakan kamu ketika musim jerebu. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Soalan 2 Grafik di bawah menunjukkan aktiviti perkelahan. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah berkelah bersama keluarga. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Praktis UASA 1


44 Penulisan KSSR Bahagian C Penulisan Perenggan Bahagian C Soalan 3 Grafik di bawah menunjukkan produk hasilan lembu. Tuliskan pendapat kamu tentang kegunaan produk hasilan lembu. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. SUSU Soalan 4 Grafik di bawah menunjukkan produk daripada pisang. Tuliskan pendapat kamu tentang kegunaan pokok pisang. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Kuiz Gamifikasi


45 Bahagian D BAHAGIAN D PENULISAN KARANGAN


Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Penulisan Karangan D BAHAGIAN • Menulis draf dan menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif. • Mendraf dan menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat. • Menghasilkan penulisan berformat dan tidak berformat secara koheren dan kohesi. Fokus Bab 1. Soalan ini mengemukakan bahan rangsangan berbentuk grafik yang mengemukakan satu situasi. 2. Murid dikehendaki untuk menulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat berdasarkan arahan soalan dan bahan grafik yang diberikan. 3. Panjangnya karangan murid hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 4. Markah yang diperuntukkan untuk soalan penulisan karangan ialah 20 markah. SKOP UASA Peta Konsep 46 Bahagian D Penulisan Karangan Format Cara Menjawab Jenis Karangan Pemarkahan ✍ Menulis karangan berformat atau tidak berformat berdasarkan bahan grafik yang diberikan ✍ Terdiri daripada satu soalan ✍ Berita ✍ Catatan ✍ Ceramah ✍ Dialog/Temu ramah/Wawancara ✍ Laporan ✍ Perbahasan ✍ Surat kiriman rasmi ✍ Surat kiriman tidak rasmi ✍ Syarahan ✍ Ucapan ✍ Autobiografi ✍ Biografi ✍ Cereka/Cerita ✍ Fakta ✍ Keperihalan ✍ Perbincangan ✍ Peribahasa ✍ 20 markah ✍ Tulis satu karangan sahaja ✍ Panjangnya karangan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan Ingat Murid perlu menjawab satu soalan sahaja, iaitu sama ada karangan berformat atau tidak berformat. Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat


47 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Panduan Menulis Karangan Panduan Umum 1. Format penulisan karangan lebih berfokus pada pendapat atau idea murid. 2. Soalan ini menguji murid dengan kemahiran menulis seperti yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). 3. Panjang karangan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 4. Sekiranya jumlah perkataan melebihi had yang ditetapkan, markah tidak akan dipotong. 5. Tidak ada ketetapan jumlah isi atau idea yang perlu dikemukakan. Walau bagaimanapun, murid amat digalakkan untuk mengemukakan tiga isi atau idea dengan peluasan keterangan serta huraian. Murid hendaklah menulis karangan berdasarkan pemahaman atau pemerhatian berdasarkan situasi dan tajuk dalam bahan rangsangan. Tip Penting Teknik Menulis Karangan 1. Penulisan karangan yang mantap haruslah mengandungi isi karangan berserta huraian yang lengkap. 2. Murid digalakkan supaya menggunakan teknik I.C.I (Isi/Contoh/Impak) dalam proses mengembangkan isi, di samping menghasilkan huraian yang mantap. 3. Cara-cara menulis perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan penutup menggunakan teknik I.C.I adalah seperti yang berikut. Contoh Soalan Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat.


48 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D (a) Perenggan pendahuluan Pendahuluan: mengikut keluarga membeli-belah – pasar raya – Karnival Jualan Mega – potongan harga yang istimewa Teknik I.C.I Kata Tanya Talian Minda (Soalan) Kerangka Isi (Isi Murid) Isi Apakah? Apakah tujuan ke pasar raya? untuk membeli-belah Contoh Nyatakan Nyatakan fokus pelanggan bersempena dengan Karnival Jualan Mega Impak Bagaimanakah? Bagaimanakah impaknya? Ada potongan harga yang istimewa Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan jualan murah bersempena dengan Karnival Jualan Mega. Potongan harga daripada 10 peratus hingga 70 peratus diberikan untuk barangan terpilih. (b) Perenggan isi Isi 1: promosi yang menarik hati pelanggan – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun dengan kemasnya dan sempurnanya Teknik I.C.I Kata Tanya Talian Minda (Soalan) Kerangka Isi (Isi Murid) Isi Apakah? Apakah promosi yang diadakan? dapat menarik hati para pelanggan Contoh Nyatakan Nyatakan contoh promosinya Iklan-iklan digantung dan ditampal Impak Bagaimanakah? Bagaimanakah cara promosi yang dilakukan? barangan disusun bagi memudahkan pelanggan membuat pemilihan Barangan yang dipromosikan itu disusun dengan kemasnya, rapinya, dan kreatifnya bagi menarik hati para pelanggan. Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun dengan sempurnanya dapat memudahkan para pembeli untuk mendapatkan barangan tersebut dan memilih barangan yang dikehendaki. (c) Perenggan penutup Penutup: memilih barangan yang dihajati – membeli permainan video – mendapat potongan harga istimewa Teknik I.C.I Kata Tanya Talian Minda (Soalan) Kerangka Isi (Isi Murid) Isi Apakah? Apakah yang dilakukan oleh kamu dan keluarga? memilih barangan yang dihajati Contoh Nyatakan Nyatakan perasaan kamu Berasa gembira kerana dapat membeli permainan video Impak Bagaimanakah? Bagaimanakah kesan promosi? Pihak pasar raya memberikan potongan harga kepada pelanggan


49 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Selepas memilih barang-barang yang dihajati, emak beratur untuk membuat bayaran di kaunter. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli permainan video yang saya idamidamkan. Ayah bersetuju untuk membeli permainan tersebut kerana pihak pasar raya memberikan potongan harga sebanyak 30 peratus. Kriteria Penskoran Rubrik Pemarkahan Penulisan Karangan (20 markah) Penskoran Panduan dan Ukuran Pencapaian (Kriteria) Cemerlang (19 – 20) Tinggi (17 – 18) Rendah 1. Menjawab tugasan, idea respons terbuka (SRTb). 2. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai. 4. Pengolahan idea/karya yang sangat baik dengan penyampaian isi yang jelas dan menarik, idea respons terbuka (SRTb). 5. Penggunaan ejaan, tanda baca, dan imbuhan yang betul dan sesuai. Baik (14 – 16) Tinggi (11 – 13) Rendah 1. Menjawab tugasan, idea respons terbuka (SRTb). 2. Penggunaan ayat masih gramatis, bertepatan dengan tugasan. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai. 4. Pengolahan idea atau karya yang baik dengan penyampaian yang jelas dan menarik, idea respons terbuka (SRTb). 5. Terdapat beberapa kesalahan ejaan, tanda baca, dan imbuhan. Memuaskan (08 – 10) Sederhana (05 – 07) Rendah 1. Menjawab tugasan dengan beberapa isi/idea respons terhad. 2. Penggunaan ayat kurang gramatis atau menggunakan ayat tunggal. 3. Penggunaan kata dan kosa kata tidak meluas atau agak terhad. 4. Pengolahan idea atau karya sangat mudah dan ringkas dengan penyampaian kurang menarik, idea respons terhad. 5. Penggunaan ejaan, tanda baca, dan imbuhan banyak kesalahan. Pencapaian Tahap Minimum (03 – 04) Rendah (01 – 02) Amat Rendah 1. Tidak menjawab tugasan, isi yang tidak berkaitan dengan soalan. 2. Penggunaan ayat yang tidak gramatis dan tidak sesuai dengan soalan. 3. Penggunaan kata dan kosa kata yang amat terhad serta tidak sesuai. 4. Pengolahan idea atau karya yang tidak tepat atau tidak berkaitan dan tidak sesuai dengan tema/tugasan. Penyampaian tidak menarik. 5. Tidak menguasai penggunaan ejaan, tanda baca, dan penggunaan imbuhan serta banyak kesalahan. 6. Tidak menjawab tugasan, isi tidak berkaitan dengan soalan. Murid sering melakukan kesilapan yang lazim sewaktu menulis karangan, misalnya: (i) Tidak memahami kehendak soalan/tugasan (ii) Isi karangan tidak mencukupi (iii) Huraian murid sukar untuk difahami/kurang jelas (iv) Penguasaan tatabahasa yang kurang mantap (iv) Murid mengemukakan format karangan yang salah Yang Silap!


50 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Sebuah karangan yang berkualiti dapat menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai idea dan buah fikiran atau pendapat yang matang. Oleh itu, penggunaan gaya bahasa yang menarik dan kreatif dalam penulisan karangan akan membantu untuk menghasilkan karangan yang cemerlang. Wadah Info Tutorial Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. MAJLIS PERPISAHAN GURU Karangan Berformat – Catatan Rangka Karangan Pendahuluan: mendengar khabar angin – guru kelas akan meninggalkan sekolah Isi 1: mencadangkan majlis perpisahan diadakan – bersetuju – sedih – menyambung pelajaran Isi 2: semua rakan bersetuju – membahagi-bahagikan tugas Isi 3: ucapan perpisahan – terharu – menangis – akan mematuhi nasihat dan ajaran guru Penutup: menghadiahi guru sebuah album – bersalaman dengan guru


51 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D TEKNIK: {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] / {I. C. I} : (Idea), (Keterangan), (Huraian) {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] Peluasan Idea: (Apakah? / Nyatakan ... / Bagaimana?) Model Jawapan Rabu, 10 Oktober 20XX 10:00 pagi Semua murid 6 Adil berkumpul di kelas. Kami membincangkan khabar angin tentang guru kelas kami, iaitu Cikgu Fadhilah akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi. Selaku ketua kelas, saya memberitahu rakan-rakan bahawa berita itu benar kerana saya telah mendapatkan pengesahan daripada guru lain semalam. 10:30 pagi Saya mencadangkan majlis perpisahan diadakan. Semua rakan bersetuju. Sebenarnya, kami berasa sedih dan berat hati untuk berpisah dengan guru kesayangan kami yang berdedikasi itu. Cikgu Fadhilah akan meninggalkan kami untuk menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 10:45 pagi Semua rakan bersetuju. Kami membahagi-bahagikan tugas agar kerja menjadi mudah dan lancar. Beberapa kumpulan murid ditugaskan untuk menyediakan makanan dan minuman. Kumpulan lain pula ditugaskan untuk menghias kelas. Khamis, 11 Oktober 20XX 9:30 pagi Semasa menyampaikan ucapan perpisahan, saya berasa terharu dan menangis. Saya juga mewakili rakan-rakan berjanji kepada Cikgu Fadhilah bahawa kami akan mematuhi nasihat dan ajaran beliau. Kami turut mendoakan kesejahteraan beliau walaupun jauh di mata. 10:30 pagi Saya sekali lagi mewakili rakan-rakan menghadiahi Cikgu Fadhilah sebuah album berisi semua gambar sepanjang kami menjalankan aktiviti sekolah bersama-sama. Selepas itu, kami bersalaman dengan beliau.


52 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Karangan Tidak Berformat – Cerita Rangka Karangan Pendahuluan: berita yang saya dengar itu benar – guru akan meninggalkan sekolah – minggu terakhir beliau mengajar – akan melanjutkan pelajarannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) Isi 1: sedih – guru yang sangat rajin, dedikasi, dan banyak berkorban – sibuk dengan tugas sebagai Guru Cemerlang – sempat mengadakan kelas bimbingan Bahasa Melayu pada waktu malam Isi 2: mencadangkan kelas mengadakan jamuan perpisahan – semua rakan bersetuju – segera membahagi-bahagikan tugasan Isi 3: segalanya berjalan dengan lancarnya – terkejut – kelas menjadi bilik jamuan yang ceria – gegantung “Selamat Maju Jaya” dan gambar guru menghiasi skrin komputer Penutup: guru menyampaikan ucapan penghargaan – air mata bergenang – lebih banyak berlinangan di pipi kami – tidak sanggup berpisah dengan beliau – akur dengan suratan takdir Model Jawapan Berita yang saya dengar itu benar. Cikgu Fadhilah akan meninggalkan sekolah. Minggu ini merupakan minggu terakhir beliau mengajar di sekolah ini. Minggu hadapan, beliau akan melanjutkan pelajarannya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Saya berasa amat sedih. Cikgu Fadhilah guru yang sangat rajin, dedikasi, dan banyak berkorban untuk kami. Walaupun beliau sibuk dengan tugas sebagai Guru Cemerlang, namun sempat juga beliau mengadakan kelas bimbingan Bahasa Melayu pada waktu malam. Selaku ketua kelas, saya mengusulkan kelas untuk mengadakan jamuan perpisahan buat Cikgu Fadhilah. Semua rakan bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami segera membahagibahagikan tugasan untuk menjayakan jamuan tersebut. Pada hari yang ditetapkan, segalanya telah berjalan dengan lancarnya. Alangkah terkejutnya Cikgu Fadhilah kerana kelas bertukar menjadi bilik jamuan yang ceria. Gegantung bertulis “Selamat Maju Jaya” dan gambar beliau menghiasi skrin komputer di bilik jamuan. Cikgu Fadhilah menyampaikan ucapan penghargaannya. Air mata bergenang di kelopak matanya, tetapi lebih banyak berlinangan di pipi kami. Kami tidak sanggup berpisah dengan beliau, namun kami akur dengan suratan takdir. Ingat Jika jawapan murid melebihi 80 patah perkataan, jawapan masih diterima dan tiada markah ditolak. Hal ini bermaksud bahawa idea bernas murid tidak dihalang. Walau bagaimanapun, pastikan masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini mencukupi.


53 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Model Penulisan Karangan Model 1 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. LAWATAN KE PULAU LANGKAWI Karangan Berformat – Surat Kiriman Rasmi 1. Surat kiriman rasmi ditulis untuk menyatakan aduan, membuat permohonan, membuat rayuan, menyampaikan undangan, dan membuat pesanan. 2. Format penulisan surat kiriman rasmi adalah seperti yang berikut. (a) Nama dan alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat. Baris akhir alamat pengirim ditulis dengan huruf besar. (b) Garisan panjang melintang dibuat selepas alamat pengirim. (c) Nama, jawatan, dan alamat penerima ditulis di bawah garisan. Baris akhir alamat penerima ditulis dengan huruf besar . (d) Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan noktah. (e) Kata ganti nama penerima ditulis di bawah baris akhir alamat penerima dan dibubuh tanda koma. (f) Perkara ditulis di tepi surat dan digariskan. Setiap awal perkataan ditulis dengan huruf besar kecuali kata sendi dan kata hubung. (g) Isi surat dimulakan dari tepi tanpa diberikan nombor . Isi-isi yang berikutnya diberikan nombor mengikut urutan dan ditulis dalam bentuk perenggan. (h) Pengakuan pengirim ditulis di sebelah kiri dan diakhiri dengan tanda koma. (i) Tandatangan ditulis selepas pengakuan pengirim. (j) Nama pengirim ditulis selepas tandatangan dengan huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan dan disusuli dengan nama jawatan. Tip Penting


54 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D 2. 3. ( ) 14243 123 123 123 1444444444444424444444444444443 Alamat pengirim Tarikh Perkara Isi dan penutup Pengakuan pengirim Tandatangan pengirim Nama penuh pengirim Jawatan pengirim dan persatuan (jika perlu) Kata ganti nama penerima 14243 Alamat penerima 123 123 123 123 Rangka Karangan Pendahuluan: maklumat pengirim dan penerima – tarikh surat – kata panggilan hormat Isi 1: Persatuan Bahasa Melayu – bercadang ingin mengadakan lawatan sambil belajar – ke Pulau Langkawi Isi 2: butiran lawatan – tarikh, hari, masa lawatan, jumlah peserta Isi 3: sesi lawatan – tiga hari dua malam – senarai tempat lawatan – tempat-tempat menarik Penutup: harapan – mendapat pertimbangan dan perhatian – ucapan terima kasih


55 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Model Jawapan Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sri Selama, 34100 Selama, PERAK DARUL RIDZUAN. _______________________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sri Selama, 34100 Selama, PERAK DARUL RIDZUAN. 8 OGOS 20XX. Tuan, Permohonan Kebenaran Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Pulau Langkawi Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Bahasa Melayu berhasrat hendak mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi, iaitu pulau legenda dan Pulau Bebas Cukai yang terkenal di negara kita. 3. Butiran tentang lawatan sambil belajar tersebut adalah seperti yang berikut. Tarikh lawatan: 24 hingga 26 September 20XX Tempoh lawatan: Tiga hari dua malam Bilangan peserta: 44 orang (Empat orang guru dan 40 orang murid) 4. Beberapa lokasi lawatan telah dipilih. Antara lokasi tersebut ialah Dataran Lang, Underwater World Langkawi, Gunung Machincang dengan menaiki kereta kabel, Makam Mahsuri, dan pekan Kuah. 5. Saya lampirkan sesalinan atur cara lawatan berkenaan bersama-sama dengan surat ini untuk rujukan dan penilaian pihak tuan. Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, Saidatul Nisha (SAIDATUL NISHA BINTI ADNAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Sri Selama. Kamus FOKUS legenda – cerita dongeng yang berkaitan dengan kisah bersejarah kereta kabel – kenderaan yang bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas lampirkan – sertakan pertimbangan – perhitungan; penelitian Langkawi INFO


118 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Model 31 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. HIDUP SEPAKAT Karangan Berformat – Syarahan Rangka Karangan Pendahuluan: kata alu-aluan – salam sejahtera – tajuk syarahan Isi 1: Kamus Dewan Edisi Keempat – hidup sepakat – saling bekerjasama – membawa berkat – mendatangkan kebaikan dan faedah – gotong-royong – contoh permuafakatan Isi 2: rakyat hidup harmoni – saling bekerjasama – berkaitan dengan keamanan negara – dipupuk sejak kanak-kanak Isi 3: menjana semangat kejiranan – suasana aman damai – pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancarnya Penutup: wajar menghayati ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” – ucapan terima kasih


119 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Model Jawapan Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan guru besar, barisan hakim penentu juara, guru-guru, dan rakan-rakan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”, begitulah tajuk syarahan saya pada pagi ini. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hidup sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama, manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Hadirin yang saya muliakan, Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara kita. Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah antara contoh permuafakatan dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat yang dinamik. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi, seperti kata bidalan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hadirin yang dikasihi, Amalan bantu-membantu dan saling bekerjasama juga berupaya menjana semangat kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna apabila terbentuknya suasana persekitaran yang aman dan damai. Di samping itu, pembangunan juga dapat dilaksanakan dengan lancarnya oleh kerajaan untuk faedah rakyat. Kesimpulannya, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat kerana banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat mahupun negara kita. Sekian, terima kasih. Kamus FOKUS dinamik – bertenaga; mampu membuat pembaharuan dan kemajuan ringan tulang – rajin bekerja melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar seseorang itu hendaklah ketika dia masih muda Peribahasa Jiran Sepakat Membawa Berkat VIDEO


158 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Praktis Formatif 1 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, lengkapkan karangan berformat dan karangan tidak berformat yang berikutnya dengan frasa yang sesuai. PASAR MALAM • perkakas dapur • seminggu sekali • memanggil pelanggan • mula beredar • meriah serta riuh • meninjau harga Karangan Berformat Sabtu, 1 Mei 20XX 5:30 petang Saya mengikut ibu dan kakak ke pasar malam di kawasan berdekatan. Pasar malam ini diadakan dan dibuka seawal pukul 4:00 petang. Berbagai-bagai barang dijual di pasar malam ini. Antara barang tersebut ialah barang dapur, , makanan, minuman, mainan kanak-kanak, pakaian, dan lain-lain. 6:00 petang Sejak mula sampai, kami berjalan-jalan sahaja sambil mencuci mata. Ada pengunjung yang telah membeli barang tetapi ada juga yang mundar-mandir sambil . Keadaan di situ riuh-rendah dengan suara penjual yang berteriak untuk membeli produk jualan mereka.


159 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Bahagian D Ibu membeli beberapa barang dapur, iaitu bawang, ikan bilis, dan halia. Selepas itu, kakak mengajak saya dan ibu ke kedai menjual pakaian kerana dia hendak membeli sepasang telekung. Sebelum pulang, kami membeli makanan dan beberapa jenis minuman yang diisi di dalam bekas plastik. 6:30 petang Setelah satu jam berada di pasar malam ini, kami pun meninggalkan kawasan tapak jualan. Keadaan pasar malam masih lagi dengan suara penjual dan pembeli. Karangan Tidak Berformat Pasar malam lazimnya dibuka seawal pukul 4:00 petang dan diadakan di sesuatu tempat. Laluan yang dijadikan tapak pasar malam ditutup lebih awal untuk memberi kemudahan kepada peniaga menyusun barang jualan mereka. Mereka mendirikan khemah di tempat yang dikhaskan. Berbagai-bagai barang dijual di pasar malam seperti bahan mentah, , minuman, dan makanan. Pakaian, aksesori wanita, dan mainan kanak-kanak juga boleh didapati di pasar malam. Kendatipun begitu, tidaklah semua pengunjung yang datang ke pasar malam berhasrat untuk berbelanja. Ada yang hanya menjamu mata. Ada pula yang mundar-mandir sambil barangan tertentu. Keadaan di pasar malam riuh-rendah dengan suara penjual yang berteriak untuk membeli produk jualan mereka. Gerai yang sering memonopoli kunjungan ialah gerai yang menggunakan kemudahan audio untuk mencanangkan barangan jualan mereka. Pembesar suara saling bergema dari pelbagai arah untuk mempropagandakan jualan murah, jualan lelong, dan memperkenalkan barangbarang baharu yang sedang hangat di pasaran. Pasar malam lazimnya dengan suara penjual dan pembeli sehingga beransur-ansur sepi menjelang pukul 9:45 malam. Pada ketika itu pengunjung sudah meninggalkan kawasan tapak jualan. Para peniaga pula sibuk berkemas dan menyimpan segala barang jualan serta membersihkan tapak gerai masing-masing.


164 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Soalan 1 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. KEGUNAAN ALAT PEMADAM API Soalan 2 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. KARNIVAL KOKURIKULUM Praktis UASA 2


165 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Soalan 3 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. GAYA HIDUP SIHAT Soalan 4 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PUSAT SAINS NEGARA


166 Penulisan KSSR Bahagian D Penulisan Karangan Soalan 5 Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. TAMAN PERMAINAN Kuiz Gamifikasi


167 Bahagian C [10 markah] Grafik di bawah menunjukkan pembiakan nyamuk aedes. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara membasmi pembiakan nyamuk aedes. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. PENCEGAHAN NYAMUK AEDES Praktis Pengayaan UASA Tahun 4


168 Penulisan KSSR Praktis Pengayaan UASA Bahagian D [20 markah] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PAMERAN DAN JUALAN BUKU


Penulisan KSSR Jawapan 173 JAWAPAN C Penulisan Perenggan BAHAGIAN Praktis Formatif 1 Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang lazimnya dilakukan semasa sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah ialah murid-murid membantu guru mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah. Selain itu, diadakan pertandingan melukis dan mewarna Jalur Gemilang untuk murid-murid tahap satu. Seterusnya, murid-murid tahap dua menyertai peraduan teka silang kata bertemakan kemerdekaan. Akhir sekali, pertandingan basikal berhiaskan Jalur Gemilang turut diadakan. Kesimpulannya, kita hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti Bulan Kemerdekaan agar semangat patriotik dapat diperkukuh. Praktis Formatif 2 Terdapat kebaikan makan bersama keluarga. Antaranya, kita dapat mempererat hubungan kekeluargaan kerana ahli keluarga menyediakan hidangan dan makan bersama-sama. Selain itu, makan bersama keluarga akan meningkatkan komunikasi dengan ahli keluarga. Ketika makan, ahli keluarga berbual tentang pelbagai topik. Akhir sekali, masakan di rumah lebih berkhasiat dan seimbang. Anak-anak akan terdorong untuk makan makanan tersebut sambil ibu bapa menerangkan khasiat makanan itu. Kesimpulannya, kita hendaklah membudayakan aktiviti makan bersama keluarga agar mendapat manfaatnya. Praktis Formatif 3 Haiwan peliharaan haruslah dijaga dengan baiknya. Antara cara menjaga haiwan peliharaan adalah selalu memberi makanan dan minuman kepada haiwan. Selain itu, kita haruslah menjaga keselamatan haiwan supaya haiwan tidak hilang atau ditimpa bencana. Akhir sekali, kita haruslah membawa haiwan peliharaan berjumpa dengan doktor sekiranya haiwan itu sakit. Kesimpulannya, kita haruslah menjaga haiwan peliharaan dengan baiknya agar sihat dan selamat. Praktis Formatif 4 Untuk menjadi murid cemerlang, kita boleh mengamalkan beberapa cara. Pertama, kita mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di kelas. Hal ini merupakan teknik pembelajaran yang paling berkesan. Selain itu, kita boleh belajar bersama rakan agar dapat meningkatkan pemahaman. Di samping itu, kita harus melakukan pembelajaran kendiri seperti selalu membuat ulang kaji di rumah. Akhir sekali, kita haruslah rajin bersukan agar sihat dan badan cergas. Kesimpulannya, kita haruslah mengamalkan beberapa cara untuk berjaya agar masa depan terjamin. Praktis Formatif 5 Grafik menunjukkan aktiviti membersihkan rumah. Antara cara menjaga kebersihan di luar rumah ialah kita wajar memotong rumput supaya kawasan persekitaran kediaman bersih dan ceria. Di samping itu, kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah. Selain itu, kita hendaklah membuang air yang bertakung di dalam pasu bunga bagi menghalang pembiakan nyamuk aedes. Akhir sekali, kita perlulah membersihkan longkang supaya tidak berlumut serta tidak berbau busuk. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memelihara kebersihan di dalam dan luar rumah agar dapat mengelakkan jangkitan penyakit. Praktis Formatif 6 Pada pendapat saya, beberapa perkara perlu dilakukan semasa banjir. Antara tindakan tersebut adalah berpindah ke pusat pemindahan sementara apabila diarahkan oleh pihak berkuasa. Kita janganlah bermain air banjir untuk mengelakkan nahas berlaku. Selain itu, kita hendaklah menutup semua suis elektrik untuk mengelakkan perkara buruk. Akhir sekali, kita hendaklah memastikan kita minum air yang bersih semasa dan selepas banjir berlaku untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri ketika banjir agar selamat. Praktis UASA 1 Soalan 1 Pada pendapat saya, terdapat beberapa tindakan yang dapat saya lakukan ketika musim jerebu. Antaranya, saya memakai penutup mulut dan hidung semasa berada di luar rumah. Saya juga banyak menghabiskan masa di dalam rumah ketika musim jerebu. Tingkap rumah sentiasa saya tutup untuk menghalang udara berjerebu masuk ke dalam rumah. Kesimpulannya, setiap orang haruslah menjaga kesihatan semasa musim jerebu agar kekal sihat. Soalan 2 Aktiviti berkelah bersama keluarga memberi banyak faedah. Hubungan kekeluargaan menjadi erat kerana setiap ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama. Selain itu, aktiviti berkelah dapat menenangkan minda ahli keluarga kerana kawasan perkelahan sunyi, indah, dan bersih. Akhir sekali, faedah aktiviti ini ialah keluarga dapat menghabiskan masa bersama-sama dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Kesimpulannya, kita digalakkan berkelah bersama keluarga agar memperoleh manfaatnya. Soalan 3 Terdapat beberapa kegunaan produk hasilan lembu. Pertama, daging dan tulang lembu boleh dimasak dan dimakan bersama nasi, mi, dan lain-lain. Seterusnya, daging lembu yang diproses sering dijadikan burger dan dapat disimpan lama. Di samping itu, kulit lembu dapat dijadikan barangan pakaian seperti baju dan tali pinggang. Kesimpulannya, pelbagai produk dapat dihasilkan daripada haiwan ternakan. Soalan 4 Pokok pisang banyak kegunaannya kepada manusia. Daun pisang dapat dijadikan pembalut makanan seperti nasi lemak, ikan bakar, dan kuih-muih. Selain itu, buah pisang yang sudah tua boleh digoreng dan dijadikan kerepek serta pencuci mulut. Seterusnya, jantung pisang dapat dijadikan ulam atau kerabu sebagai hidangan tengah hari. Akhir sekali, batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit. Kesimpulannya, kita harus memanfaatkan setiap bahagian pokok pisang kerana mempunyai kegunaannya tersendiri. D Penulisan Karangan BAHAGIAN Praktis Formatif 1 Karangan Berformat Sabtu, 1 Mei 20XX 5:30 petang


FOCUS KSSR Tahun 4 • 5 • 6 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM16.95 / E.M: RM16.95 CRC299214 ISBN: 978-629-470-386-5 › Galeri i-THINK › Fokus Bab › Peta Konsep › Yang Silap! › Wadah Info REVISI › Praktis Formatif › Praktis UASA › Praktis Pengayaan UASA (Tahun 4, 5, & 6) › Jawapan Lengkap PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Tip Penting › Ingat › Kamus FOKUS › Kamus Peribahasa CIRI-CIRI EKSTRA Penulisan • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI Beli eBook di sini! KSSR UASA SEMAKAN 4∙5∙6 TAHUN


Click to View FlipBook Version