Siti Kalsom Md. Taib
Sahabat FB (prelims).indd 1 10/9/15 9:02 AM
Siti Kalsom Md. Taib
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
Sahabat FB (prelims).indd 3 10/9/15 9:02 AM
Sahabat FB
oleh Siti Kalsom Md. Taib
Hasil Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM 2014
anjuran Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh
Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: [email protected]
© Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2015
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam
apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran
daripada Pelangi Novel Sdn. Bhd. terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Siti Kalsom Md. Talib, Dr., 1987-
Sahabat FB / Siti Kalsom Md. Taib.
ISBN 978-967-5671-91-3
1. Malay fiction. I. Judul.
899.2333
Dicetak di Malaysia oleh
The Commercial Press Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sahabat FB (prelims).indd 4 10/9/15 9:02 AM
Kudedikasikan karyaku ini,
untuk bonda tercinta, Khalipah Abd. Rahman
dan ayahanda tercinta, Md Taib Ab Rahaman,
guru-guruku yang jasa mereka melaut dalam relung
hatiku,
ahli keluarga, serta sahabat yang dikasihi,
tidak ketinggalan, anak-anak didikku di SK Taman
Mutiara Rini.
Kalian sumber inspirasiku untuk terus berkarya.
Sahabat FB (prelims).indd 5 10/9/15 9:02 AM
Kandungan
Prolog 1
Bab 1 Bukan Pelarian Jalanan 5
Bab 2 Yang Jauh Dekat Di Hati,
Yang Dekat
Tidak Terperi 25
Bab 3 Teman Hatiku 53
Bab 4 Awak Di mana 67
Bab 5 Bumi Mana Menerima
Aku? 85
Bab 6 Gelar Aku Bibik Super! 99
Bab 7 Dia Adik Maisa 115
Bab 8 Mengapa 129
Bab 9 Marabahaya 155
Bab 10 Wardah , Bunga Ros 175
Bab 11 Kemelut Berakhir 209
Epilog 219
Tentang Penulis 221
Sahabat FB (prelims).indd 7 10/9/15 9:02 AM
Sahabat FB.indd 1 10/9/15 9:17 AM
facebook Log In
Umairah Rosli Adam
22 hours ago via mobile
Betulkah apabila marah tandanya sayang?
Maknanya, apabila kita sayang seseorang, kita
perlu marah dia?
Apabila kita marah seseorang, bermakna kita
sayang dia?
Soalan aku, selain marah, tak ada ke cara lain
untuk sayang seseorang??
-feeling sad
Like • Comment • Share
Sahabat FB.indd 2 10/9/15 9:17 AM
Sahabat FB.indd 3 10/9/15 9:17 AM
Siti KalSom md. taib
Matahari sudah melimpahkan cahayanya
ketika sebuah bas Transit Link memasuki
pekarangan Terminal Bas Larkin Sentral.
Seperti bas-bas yang lain, bas turun
naik itu meluncur perlahan, dan sesekali
terhinggut-hinggut ketika meredah jalan
yang berlubang. Bangunan terminal yang
menganjur kemerahan, yang menempatkan
lebih daripada empat puluh platform tempat
bas mengangkut penumpang, tersergam di
kejauhan. Selain menjadi terminal perhentian
bas ekspres, bas bandar, dan perkhidmatan
teksi, Terminal Bas Larkin Sentral turut
menyediakan laluan perjalanan ke Singapura.
Bas berwarna merah putih yang dinaiki
gadis empat belas tahun itu tidak berhenti di
platform, sebaliknya berhenti di bahu jalan.
Seorang demi seorang penumpang bangun
dan beratur untuk turun dari dalam bas.
4
Sahabat FB.indd 4 10/9/15 9:18 AM
Sahabat FB.indd 5 10/9/15 9:18 AM
Siti KalSom md. taib
Umairah, gadis empat belas tahun itu yang
paling akhir. Ketika dia melangkah turun,
pemandu bas menggelengkan kepala, hairan
melihat dia di dalam bas itu.
Kaki Umairah sudah mencecah tanah.
Bau asap ekzos menerpa rongga hidungnya
lalu masuk ke peparu. Bau yang begitu
memualkan, membuat Umairah terasa
pening. Asap bas yang dilepaskan menebar ke
seluruh kawasan terminal, seolah-olah hanya
mengapung sahaja di udara, tidak melayang
ke mana-mana.
Mata Umairah terpaku pada bangunan
berwarna merah cair dan kejinggaan terminal
bas itu. Tulisan roman dan jawi ‘Larkin
Central’ terpampang di temboknya. Umairah
mengikut derap langkah orang lain dengan
pandangan melilau.
“Tunggu! Tunggu!”
Dua orang gadis awal dua puluhan
kelihatan sedang berlari-lari mengejar sebuah
bas ekspres yang sedang bergerak. Seorang,
tinggi lampai, berbaju kurung, dan bertudung
ala Fareeda, melambai-lambaikan tangan
6
Sahabat FB.indd 6 10/9/15 9:18 AM
Sahabat FB
kanannya ke udara sambil menarik sebuah
beg beroda yang besar dengan tangan kirinya.
Seorang lagi, berbadan rendah dan gempal
serta berblaus hitam, dengan selendang
bercorak yang dipadankan dengan skirt labuh
berwarna merah jambu, menyusul, tangan
kanannya kelihatan mengepit sebuah beg.
Melihat kedua-duanya terkocoh-
kocoh mengejar bas, timbul rasa kasihan
di hati Umairah. Mungkin mereka hampir
ketinggalan bas kerana lewat tiba daripada
masa yang dijadualkan, fikir Umairah. Atau
mungkin juga bas ekspres yang hendak dinaiki
bertolak lebih awal daripada yang dijadualkan.
Mungkin juga kedua-duanya leka berjalan-
jalan di kedai-kedai yang banyak terdapat di
terminal bas itu sehingga tidak sedar masa
beredar.
PINNN!
Leka memandang, hampir sahaja Umairah
dilanggar oleh sebuah bas ekspres Mayang
Sari yang meluncur keluar. Hanya kira-
kira sehasta sahaja lagi. Kalaulah Umairah
tidak cepat-cepat mengelak, sudah tentu dia
7
Sahabat FB.indd 7 10/9/15 9:18 AM
Siti KalSom md. taib
dilanggar oleh bas berwarna merah hitam dan
bercorak bunga raya tiga kuntum di badannya
itu. Mujur juga bas berkenaan meluncur
perlahan. Beberapa orang yang berada di situ
turut menoleh dengan riak wajah terkejut.
Umairah mengusap dadanya yang
berdegup kencang. Dia segera berlari-lari anak
ke ruang menunggu bas. Memang salahnya,
fikir Umairah, kerana tidak menoleh ke kiri
dan ke kanan. Umairah segera ke ruang
menunggu, dan berdiri di depan deretan
kedai runcit, kedai roti, dan restoran. Dia
menoleh ke kiri. Dilihatnya dua gadis sedang
memandangnya dengan pandangan curiga.
Umairah mula menjadi pemerhati setia.
Orang ramai sudah memenuhi ruang kaki
lima antara platform. Beberapa buah bangku
yang disediakan di situ juga sudah penuh
diduduki. Tempat itu sesak dengan orang yang
berdiri menunggu bas, dan yang lalu lalang.
Tentu ada yang hendak balik kampung, balik
bekerja… belajar… atau balik dari kampung,
fikir Umairah.
Antara mereka, adakah yang seperti aku?
8
Sahabat FB.indd 8 10/9/15 9:18 AM
Sahabat FB
Belum lama berdiri, Umairah didatangi
seorang wanita India berusia lewat 30-
an. Berblaus lusuh dan berseluar longgar,
dengan rambut keriting ke paras bahu, wanita
yang berpenampilan kemas itu tiba-tiba
menadahkan tangan ke arah Umairah. Dia
kemudian mengangkat jari telunjuk kanannya
ke atas sambil menunjukkan aksi menyuap
dengan tangan kiri. Umairah menyeluk
koceknya lalu menghulurkan wang kertas
RM1.00 kepada wanita itu. Wanita tersebut
menyambut wang tersebut dengan muka
selamba sebelum beredar.
Penat menunggu, Umairah menyusuri
deretan kedai di situ. Ada pasar mini dan kedai
runcit, serta kedai kek. Umairah kemudian
berjalan melalui satu lorong kecil. Di hujung
lorong, sebuah kedai buku yang agak besar
menyambutnya di sebelah kiri. Suara seorang
ustaz tanah air yang terkenal, berkumandang
dari CD yang dimainkan dan menjadi halwa
telinga. Seorang jurujual berpurdah kelihatan
sedang menyusun buku-buku dan majalah
sementara menunggu seorang pelanggannya
9
Sahabat FB.indd 9 10/9/15 9:18 AM
Siti KalSom md. taib
membelek sebuah buku.
Kaki Umairah terus melangkah, melintas
kedai-kedai pakaian. Tudung, selendang,
dan pelbagai jenis dan fesyen pakain,
bergantungan di kaki lima. Kerongsang dan
pelbagai aksesori wanita, turut dipamerkan.
Umairah berhenti seketika untuk membelek
satu, dua yang kelihatan berpatutan harganya.
Di kanannya kelihatan sedang
berlangsung satu pameran kereta. Ruang yang
disewa itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk
mempromosikan produk.
Kaki Umairah terus melangkah. Dia
melintas kiosk menjual jagung rebus dan
wafel, kedai gunting rambut, serta beberapa
buah kiosk yang menjual makanan ringan
dan majalah. Jika dia ke hadapan lagi, dia
akan melintas sebuah kaunter pengurup
wang, kedai menjual bahulu, kiosk menjual
beg dan aksesori wanita, serta sebuah pejabat
jualan tiket kapal terbang tambang murah.
Umairah berpapasan dengan seorang
gadis berusia 20-an yang bergaun berona oren
yang dipadankan dengan sehelai kardigan
10
Sahabat FB.indd 10 10/9/15 9:18 AM
Sahabat FB
labuh dan tudung half moon merah jambu.
Di sebelahnya, seorang lelaki berseluar
denim dan berkemeja merah jambu sedang
memimpin tangan gadis itu.
Senyuman ikhlas yang dilontarkan
Umairah ke arah mereka, anehnya dibalas
dengan pandangan curiga. Riak wajah
mereka kelihatan sinis, dan senyuman balas
yang dilontarkan sesaat kemudian kelihatan
dipaksa-paksa. Umairah berasa malu sendiri.
“Kuala lumpur! Kuala Lumpur!”
“Butterworth! Butterworth!
Laungan dua orang lelaki yang menjadi
ejen jualan tiket syarikat bas di depan deretan
kaunter tiket, membingitkan telinga. Umairah
melangkah pantas ke arah itu, bukan ke arah
suara lelaki tadi tetapi melencong ke kanan,
terus ke kaunter syarikat bas Transnasional.
Umairah dapat merasakan banyak mata
memandangnya, tetapi tidak diendahkannya.
Pelikkah kalau jalan sorang? Hati Umairah
mendongkol marah.
“Saya nak ke Kuala Lumpur,” kata Umairah
kepada petugas di kaunter tiket.
11
Sahabat FB.indd 11 10/9/15 9:18 AM
Siti KalSom md. taib
“Nak ke TBS ke?” lelaki di kaunter tiket
itu bertanya.
“TBS tu apa? Saya nak ke Kuala Lumpur,”
ulang Umairah, dengan suara lebih kuat
untuk menenggelamkan suara teriakan ejen-
ejen penjual tiket yang berlegar di situ.
“TBS tu Terminal Bersepadu Selatan. Betul
ke adik nak turun di TBS? Atau adik nak ke
Shah Alam atau Kelang?” tanya petugas itu,
mahukan kepastian. Dia curiga juga apabila
Umairah mahu membeli tiket bas ke Kuala
Lumpur tanpa ditemani sesiapa. Umairah
pula kelihatan terpinga-pinga apabila ditanya.
Umairah kebingungan. Dia mengeluarkan
telefon bimbit dari dalam beg sandangnya.
“Sekejap ya, bang,” kata Umairah kepada
petugas tadi. Dia terus membuka aplikasi
WeChat dalam telefon bimbitnya untuk
memeriksa perbualannya dengan Harith
Hakimi semalam.
“Ahah… betul! Saya nak turun di
Terminal Bersepadu Selatan,” kata Umairah
kepada petugas tadi sambil bermanis muka.
Lelaki di kaunter tiket tadi menghulurkan
12
Sahabat FB.indd 12 10/9/15 9:18 AM