Penulisan Tahun 5 Bahagian B 1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. B Respons Kritis dan Kreatif B ahagian Mesti Kuasai Sebelum menulis respons kritis dan kreatif, murid perlu membaca soalan dengan teliti dan fahami situasi yang dikemukakan. Kemudian, kenal pasti kata kunci dan kehendak soalan. Murid perlu mencatatkan idea secara ringkas, iaitu sekurang-kurangnya dua isi/ idea. Selepas menulis respons kritis dan kreatif, murid perlu menyemak jawapan. Semak jawapan dari segi bilangan perkataan, ejaan, tanda baca, dan struktur ayat. Panduan Menulis Respons Kritis dan Kreatif Semasa menulis respons kritis dan kreatif, murid perlu memastikan hal-hal yang berikut: Gunakan ayat yang lengkap dan gramatis. Pastikan ejaan, tanda baca, dan tatabahasa yang betul. Gunakan penanda wacana yang sesuai. Kemukakan pendapat yang positif dan rasional. Pastikan bilangan perkataan mengikut jumlah yang ditetapkan.
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Model Soalan dan Jawapan Model 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu hendak pergi ke rumah rakan kamu. Semasa dalam perjalanan ke sana, kamu melalui sebatang sungai. Di situ, kamu ternampak beberapa orang lelaki sedang membuang bungkusan sampah yang banyak dari sebuah van ke dalam sungai. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Tindakan yang akan saya lakukan ialah saya akan merakam gambar lelaki-lelaki tersebut secara sembunyi. Saya juga akan mengambil gambar nombor pendaftaran kereta mereka. Selain itu, saya akan memberitahu ketua kampung tentang perkara itu secepat mungkin. [34 patah perkataan] Tip • Baca soalan dengan teliti dan fahami situasi yang diberikan. • Garisi kata kunci atau kehendak soalan. Model 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu menemani ibu kamu ke pasar tani. Semasa membeli sayur-sayuran, kamu ternampak seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis. Kanak-kanak itu seolah-olah tiada arah tujuan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Tindakan saya ialah saya akan bertanya kepada kanak-kanak itu tentang sebab dia menangis. Selain itu, saya akan membantu kanak-kanak itu mencari ibunya jika dia terpisah dengan ibunya. Saya juga akan membawanya ke balai polis jika perlu. [34 patah perkataan] Tip • Tulis ayat yang lengkap dan gramatis. • Pastikan tiada kesalahan ejaan, tanda baca, dan tatabahasa.
Penulisan Tahun 5 Bahagian B 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kamu banyak menerima duit raya daripada keluarga, sanak saudara, dan jiran tetangga. Wang itu berjumlah hampir RM400. Apakah yang akan kamu lakukan dengan jumlah wang yang kamu peroleh itu? • pada waktu kecemasan • membeli buku rujukan sekolah • menyimpan wang itu Tindakan saya ialah saya akan di bank kerana lebih selamat daripada menyimpan wang di rumah. Wang tersebut boleh digunakan . Selain itu, sebahagian daripada wang itu akan saya gunakan untuk . [35 patah perkataan] 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Kes demam denggi di taman perumahan anda semakin membimbangkan. Beberapa orang jiran kamu turut menghidap penyakit tersebut. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan untuk mengatasi masalah itu? • memasukkan ubat jentik-jentik • membuang air di dalam pelapik pasu • membersihkan kawasan rumah Tindakan saya ialah saya akan daripada sampah sarap. Selain itu, saya juga akan supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Selain itu, saya juga akan ke dalam air yang bertakung. [35 patah perkataan]
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 3 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Kamu lemah dalam mata pelajaran Sains tetapi cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Rakan kamu, Hanif pula lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi mahir dalam mata pelajaran Sains. Kamu dan Hanif bimbang kerana peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? • dalam mata pelajaran Bahasa Melayu • mengajak Hanif belajar bersama-sama • mengajarkan mata pelajaran Sains Tindakan yang akan saya lakukan ialah saya akan di rumah Hanif atau di rumah saya. Saya akan membantu Hanif . Selain itu, saya akan meminta Hanif kepada saya. [35 patah perkataan] 4 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Kawasan di belakang rumah kamu dipenuhi semak samun. Ayah kamu bimbang kawasan itu menjadi sarang haiwan liar. Apakah tindakan yang akan kamu dan keluarga lakukan untuk mengatasi masalah itu? • gunakan untuk kegunaan sendiri • menanam sayur-sayuran • membersihkan kawasan belakang rumah Tindakan saya dan keluarga ialah kami akan secara gotong-royong. Selain itu, kami akan seperti sawi, terung, tomato, dan sebagainya. Hasil tanaman itu dapat kami . [33 patah perkataan]
Penulisan Tahun 5 Bahagian B 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Rakan sekelas kamu menghidap demam denggi. Dia telah dirawat di hospital. Setelah beberapa hari, dia telah dibenarkan pulang ke rumah. Kamu bercadang untuk menziarahinya. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan ketika menziarahi rakan kamu itu? • mendoakan kesihatannya • memberikan kata-kata semangat kepadanya • membawa buah tangan Tindakan saya ialah saya akan semasa menziarahi kawan saya itu. Saya akan bertanyakan khabarnya dan supaya dia cepat sembuh. Saya juga akan dan berharap agar dia akan pulih seperti sediakala. [35 patah perkataan] 6 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang betul. Kamu hendak melintas jalan di lintasan belang untuk ke sebuah kedai buku. Pada masa itu, kamu terpandang seorang wanita tua membawa bakul berisi barangan basah, hendak melintas jalan di kawasan itu. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan? • bertanyakan tempat yang hendak ditujunya • memimpin tangan wanita tua itu • membawa bakul barangannya Saya akan menghampiri wanita tua itu untuk . Saya akan membantu wanita tua itu . Selain itu, saya akan ke seberang jalan. [34 patah perkataan]
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 7 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang diberikan. Kamu sangat gemar makan sayur-sayuran. Hal ini berbeza dengan adik kamu yang tidak gemar makan sayur. Ketika makan di kantin, adik kamu itu selalu mengasingkan sayur untuk dibuang. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? menasihati adik – makan sayur-sayuran – kuantiti sedikit – menerangkan kebaikan – kesihatan diri – menasihatinya – tidak membazirkan makanan Tindakan saya ialah saya akan . Selain itu, saya akan . Saya juga akan . [31 patah perkataan] 8 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang diberikan. Semasa berehat-rehat di rumah, kamu ternampak sebuah lori berhenti di sebuah rumah kosong di sebelah rumah kamu. Rumah kosong itu bakal ada penghuni baharu. Tidak lama kemudian, beberapa orang lelaki mula memunggah barang ke dalam rumah itu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? bertegur sapa – menawarkan diri – membantu jiran – memunggah barang – meminta jiran – singgah ke rumah – berkelapangan Tindakan saya ialah saya akan . Selain itu, saya akan . Sebelum pulang, saya akan . [35 patah perkataan]
Penulisan Tahun 5 Bahagian B 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 9 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang diberikan. Kamu berbasikal ke sekolah. Semasa dalam perjalanan, kamu terpandang sebuah dompet di tepi longkang. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? membuka dompet itu – pemiliknya – mengenali pemiliknya – memulangkan dompet itu kepada pemiliknya – tidak mengenali pemiliknya – menyerahkan dompet itu kepada pihak polis Tindakan saya ialah saya akan . Sekiranya saya , saya akan . Sekiranya , saya akan . [36 patah perkataan] 10 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Berdasarkan situasi tersebut, lengkapkan jawapan dengan frasa yang diberikan. Kamu tinggal seorang diri di rumah. Ibu bapa kamu menghadiri majlis kenduri kahwin di bandar. Semasa minum air di dapur, kamu ternampak asap hitam berkepul-kepul keluar dari dapur rumah jiran kamu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? menghubungi pihak bomba – memaklumkan hal itu – menghubungi jiran-jiran – memaklumkan kejadian itu – menenangkan jiran Tindakan saya ialah saya akan . Seterusnya, saya akan . Saya juga akan . [35 patah perkataan]
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 11 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Guru kelas kamu meminta murid untuk datang ke sekolah pada hari Sabtu. Beliau akan mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kelas. Rakan kamu dia tidak mahu menyertai aktiviti tersebut tanpa memberikan alasan. Sebagai rakan, apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 12 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Adik kamu selalu membiarkan suis kipas dan lampu terpasang walaupun tidak digunakan. Keadaan itu akan menyebabkan pembaziran elektrik. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?
Penulisan Tahun 5 Bahagian B 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 13 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Doktor menasihati rakan kamu supaya menurunkan berat badan. Doktor memberikan cadangan supaya rakan kamu itu bersenam dan menjaga pemakanan. Apakah tindakan kamu untuk membantu rakan kamu itu? 14 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Rakan baik kamu kehilangan orang yang tersayang. Kamu sering melihat dia bersedih di sekolah. Kamu sangat bersimpati akan nasib rakan kamu itu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 15 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Dalam kehidupan bermasyarakat, hubungan dengan jiran tetangga sangat penting. Kita perlulah menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga agar tidak timbul masalah kerana jiranlah orang yang paling dekat dengan kita. Apakah tindakan kamu untuk menjaga hubungan dengan jiran? 16 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Pada hujung minggu itu, kamu sibuk menyiapkan kerja sekolah. Semasa kamu menyiapkan kerja sekolah, ibu meminta kamu ke kedai runcit untuk membeli tepung dan gula. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
Penulisan Tahun 5 Bahagian B 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 17 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi. Pihak sekolah akan menganjurkan kem kepimpinan murid. Kamu sangat berminat untuk menyertai kem tersebut kerana banyak manfaatnya. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 18 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu mengikut kakak ke pasar untuk membeli barang dapur. Di pasar itu, kamu terlihat seekor anak kucing yang sakit sedang terbaring. Anak kucing itu kelihatan kurus dan tidak bermaya. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan?
Penulisan Tahun 5 Bahagian B © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 19 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Semasa melakukan kerja-kerja di bengkel Kemahiran Hidup, jari seorang rakan kamu terkena paku. Jarinya berdarah. Dia kelihatan cemas apabila melihat darah keluar daripada jarinya. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? 20 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Rakan baik kamu tidak hadir ke sekolah selama seminggu akibat dijangkiti COVID-19. Semasa dia tidak hadir ke sekolah, guru Matematik kamu mengajarkan suatu topik yang penting. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan untuk membantu rakan kamu itu?
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J1 B Respons Kritis dan Kreatif 1 Tindakan saya ialah saya akan menyimpan wang itu di bank kerana lebih selamat daripada menyimpan wang di rumah. Wang tersebut boleh digunakan pada waktu kecemasan. Selain itu, sebahagian daripada wang itu akan saya gunakan untuk membeli buku rujukan sekolah. 2 Tindakan saya ialah saya akan membersihkan kawasan rumah daripada sampah sarap. Selain itu, saya juga akan membuang air di dalam pelapik pasu supaya nyamuk aedes tidak dapat membiak. Selain itu, saya juga akan memasukkan ubat jentik-jentik ke dalam air yang bertakung. 3 Tindakan yang akan saya lakukan ialah saya akan mengajak Hanif belajar bersama-sama di rumah Hanif atau di rumah saya. Saya akan membantu Hanif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, saya akan meminta Hanif mengajarkan mata pelajaran Sains kepada saya. 4 Tindakan saya dan keluarga ialah kami akan membersihkan kawasan belakang rumah secara gotongroyong. Selain itu, kami akan menanam sayur-sayuran seperti sawi, terung, tomato, dan sebagainya. Hasil tanaman itu dapat kami gunakan untuk kegunaan sendiri. 5 Tindakan saya ialah saya akan membawa buah tangan semasa menziarahi kawan saya itu. Saya akan bertanyakan khabarnya dan memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya dia cepat sembuh. Saya juga akan mendoakan kesihatannya dan berharap agar dia akan pulih seperti sediakala. 6 Saya akan menghampiri wanita tua itu untuk bertanyakan tempat yang hendak ditujunya. Saya akan membantu wanita tua itu membawa bakul barangannya. Selain itu, saya akan memimpin tangan wanita tua itu ke seberang jalan. 7 Tindakan saya ialah saya akan menasihati adik saya supaya makan sayur-sayuran walaupun dalam kuantiti sedikit. Selain itu, saya akan menerangkan kebaikan makan sayur-sayuran kepada kesihatan diri. Saya juga akan menasihatinya supaya tidak membazirkan makanan. 8 Tindakan saya ialah saya akan bertegur sapa dengan jiran baharu itu. Selain itu, saya akan menawarkan diri untuk membantu jiran itu memunggah barang. Sebelum pulang, saya akan meminta jiran untuk singgah ke rumah saya jika berkelapangan. 9 Tindakan saya ialah saya akan membuka dompet itu untuk mengenali pemiliknya. Sekiranya saya mengetahui pemilik dompet itu, saya akan memulangkan dompet itu kepada pemiliknya. Sekiranya saya tidak mengenali pemilik dompet itu, saya akan menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. 10 Tindakan saya ialah saya akan segera menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan hal yang berkenaan. Seterusnya, saya akan menghubungi jiran-jiran untuk memaklumkan kejadian itu. Saya juga akan membantu menenangkan jiran yang terbabit dalam kebakaran itu. 11 Tindakan saya ialah saya akan memujuk rakan saya untuk menyertai aktiviti gotong-royong itu. Saya akan menerangkan kebaikan aktiviti itu terhadap murid-murid kelas kami. Selain itu, saya juga akan memberitahu rakan tersebut tentang keseronokan melakukan aktiviti tersebut bersama-sama. 12 Saya akan menutup kipas dan lampu yang terpasang itu. Selain itu, saya akan menasihati adik supaya menutup suis-suis tersebut jika tidak digunakan. Saya akan memberitahunya bahawa perbuatan itu dapat menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. Jawapan