The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Harga - WM:RM20.95 EM:RM21.95

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-02-26 01:30:55

Ranger SPM 2024 Sejarah

Harga - WM:RM20.95 EM:RM21.95

SEJARAH Akashah Ismail Lee Sin Lian Masariah Mispari SPM REVISI CEPAT PELANGI ONLINE TEST PELANGI ONLINE TEST 4 5 KSSM TINGKATAN Bonus dengan JAWAPAN LENGKAP Soalan KBAT AUDIO Refleksi Bab PELANGI


ii Tingkatan 4 1 BAB Warisan Negara Bangsa 1 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 2 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 3 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 6 Praktis SPM 1 7 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 9 2 BAB Kebangkitan Nasionalisme 10 2.1 Maksud Nasionalisme 10 2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat 11 2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia 13 2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara 16 2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita 21 2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme 22 2.7 Perkembangan Nasionalisme 24 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme 28 Praktis SPM 2 30 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 32 3 BAB Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita 33 3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia 33 3.2 Latar Belakang Perang Dunia 34 3.3 Perang Dunia Kedua 37 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik 41 3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita 44 3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita 46 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun 50 3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun 55 3.9 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun 56 Praktis SPM 3 59 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 61 ii Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab


iii 4 BAB Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita 62 4.1 British Military Administration (BMA) 62 4.2 Gagasan Malayan Union 63 4.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union 65 4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British 70 4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak 72 4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British 75 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah 76 Praktis SPM 4 78 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 80 5 BAB Persekutuan Tanah Melayu 1948 81 5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 81 5.2 Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 85 5.3 Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 87 5.4 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 88 Praktis SPM 5 90 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 92 6 BAB Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 93 6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita 93 6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita 95 6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis 97 6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita 103 Praktis SPM 6 105 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 107 7 BAB Usaha ke Arah Kemerdekaan 108 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka 108 7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 110 7.3 Sistem Ahli 113 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan 115 7.5 Penubuhan Parti Politik 117 Praktis SPM 7 121 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 123 8 BAB Pilihan Raya 124 8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu 124 8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama 125 8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 128 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab


iv 8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 130 Praktis SPM 8 132 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 134 9 BAB Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 135 9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan 135 9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 137 9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka 138 9.4 Perjanjian Persekutuan TanahMelayu 140 Praktis SPM 9 142 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 144 10 BAB Pemasyhuran Kemerdekaan 145 10.1Pengertian Kemerdekaan 145 10.2Persediaan Menyambut Pemasyhuran Kemerdekaan Negara 147 10.3 Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara 150 10.4Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita 152 10.5Prinsip Kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu 156 Praktis SPM 10 158 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 160 Tingkatan 5 1 BAB Kedaulatan Negara 161 1.1 Konsep Kedaulatan 161 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 163 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat 164 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 165 Praktis SPM 1 167 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 169 2 BAB Perlembagaan Persekutuan 170 2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan 170 2.2 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 171 2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan 172 2.4 Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965 174 Praktis SPM 2 176 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 178 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab


v 3 BAB Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen 179 3.1 Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen 179 3.2 Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja 181 3.3 Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan 183 3.4 Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa 188 3.5 Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita 192 Praktis SPM 3 194 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 196 4 BAB Sistem Persekutuan 197 4.1 Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita 197 4.2 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 199 4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 202 4.4 Faktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan 206 Praktis SPM 4 208 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 210 5 BAB Pembentukan Malaysia 211 5.1 Konsep Gagasan Malaysia 211 5.2 Perkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia 212 5.3 Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia 215 5.4 Langkah Pembentukan Malaysia 218 5.5 Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia 221 5.6 Konfrontasi dan Usaha Menangani 223 Praktis SPM 5 225 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 227 6 BAB Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia 228 6.1 Cabaran Dalaman Malaysia 228 6.2 Pemisahan Singapura 230 6.3 Menangani Ancaman Komunis 232 6.4 Isu Pembangunan dan Ekonomi 237 6.5 Tragedi Hubungan antara Kaum 239 Praktis SPM 6 242 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 244 7 BAB Membina Kesejahteraan Negara 245 7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional 245 7.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan 249 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab


vi 7.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan 252 7.4 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 254 7.5 Sukan sebagai Alat Perpaduan 256 7.6 Rukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara 259 Praktis SPM 7 263 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 265 8 BAB Membina Kemakmuran Negara 266 8.1 Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 266 8.2 Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 267 8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 271 8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 273 8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 274 Praktis SPM 8 279 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 281 9 BAB Dasar Luar Malaysia 282 9.1 Latar Belakang Dasar Luar 282 9.2 Asas Penggubalan Dasar Luar 283 9.3 Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 285 9.4 Malaysia dalam Komanwel 289 9.5 Cabaran Mengukuhkan Dasar Luar 291 9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 293 9.7 Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) 295 9.8 Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) 296 Praktis SPM 9 299 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 301 10 BAB Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia 302 10.1Malaysia dalam Isu Global Kontemporari 302 10.2Peranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa 305 10.3Pelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan 307 10.4Usaha Mengekalkan Kelestarian Global 310 10.5Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan 313 Praktis SPM 10 316 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 318 Kertas Penilaian Tingkatan 4 319 Kertas Model SPM 330 Jawapan 341 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab


1 4 Tingkatan 1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat 1 Raja Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh pembesar. Raja merupakan tonggak utama kerajaan dan ditaati oleh rakyat. Raja dianggap suci seperti Raja Champa yang dikaitkan dengan Dewa Siva. 2 Rakyat Rakyat merupakan penduduk di dalam sesebuah wilayah yang memberi taat setia kepada raja. Rakyat kerajaan Srivijaya menjalani upacara persetiaan dan meminum air sumpah yang dituang ke atas inskripsi Telaga Batu sebagai bukti kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya. 3 Undang-undang Undang-undang diperkenalkan bagi menjamin kesejahteraan sesebuah kerajaan dan terpakai di seluruh wilayah. Kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa. Kesultanan Melayu Melaka menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. 4 Wilayah pengaruh Wilayah pengaruh merujuk kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja. Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra. 1.1 1. Berikan empat contoh kerajaan Alam Melayu. 2. Nyatakan kepentingan undang-undang kepada sesebuah kerajaan. KBAT PRAKTIS FORMATIF Warisan Negara Bangsa Tingkatan 4 Refleksi Bab 1 BAB


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 2 4 Tingkatan 1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka 1. Kerajaan (a) Kerajaan muncul kerana adanya raja. (b) Raja menjadi pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar. (c) Pemerintahan beraja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan. (d) Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka menggunakan gelaran sultan selepas kedatangan agama Islam. 2. Rakyat (a) Menumpahkan taat setia kepada sultan dan mematuhi undang-undang. (b) Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. (c) Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba. (d) Hubungan timbal balik antara pemerintah dan rakyat telah mewujudkan persefahaman dan kesejahteraan. 3. Kedaulatan (a) Lambang kekuasaan tertinggi dan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah. (b) Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diiktiraf oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing. (c) Kerajaan Dinasti Ming menghantar Laksamana Cheng Ho untuk menjalin hubungan China dengan Melaka. 4. Wilayah pengaruh (a) Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat. (b) Mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. (c) Diperoleh melalui penaklukan, naungan, dan perkahwinan. 5. Undang-undang (a) Menggunakan undang-undang bertulis, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. (b) Mengukuhkan kerajaan, melindungi rakyat serta menjadikan Kesultanan Melayu Melaka kerajaan yang unggul. 6. Lambang kebesaran (a) Menjadi identiti, keistimewaan dan simbol kedaulatan sultan yang memerintah. (b) Contoh adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor. (c) Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan. Pedir Pasai Padang Patani Kelantan Terengganu Pahang Kedah Perak Kelang Melaka JohorSayong Rokan Siak Kampar Inderagiri Jambi Palembang Bentan Riau Lingga Manjung U


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 3 4 Tingkatan 1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang 1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang lengkap dan tersusun dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan. 2. Sultan Melaka memberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau pulau kepada Pembesar Berempat yang dikenali sebagai kawasan pegangan. Sistem Pentadbiran 1. Sultan Melaka berkuasa dalam aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. 2. Sultan Melaka dibantu oleh Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 3. Pembesar lain ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, Hulubalang dan Penghulu. Zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka VIDEO Kuiz Kuiz Nyatakan peranan Bendahara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 1.2 1. Apakah tujuan Laksamana Cheng Ho datang ke Melaka? 2. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruh? KBAT PRAKTIS FORMATIF 4. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran jajahan.


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 4 4 Tingkatan 5. Peranan pembesar peringkat pusat: Jawatan Tugas Bendahara • Ketua pentadbir, Ketua Turus Angkatan Tentera. • Menjadi penasihat sultan dan pemangku sultan. Penghulu Bendahari • Mengurus perbendaharaan dan sistem kewangan dengan teratur. • Sumber pendapatan diterima daripada perdagangan, cukai dan ufti dari wilayah naungan dan taklukan. Temenggung • Menjaga keselamatan kota Melaka. Laksamana • Panglima angkatan laut Melaka. Syahbandar • Mengutip cukai di pelabuhan. 6. Di peringkat jajahan: (a) Pembesar menguruskan pentadbiran daerah dan kampung. (b) Dilantik oleh Sultan Melaka dan Pembesar Berempat. (c) Mengekalkan keamanan dan mengutip cukai. Undang-undang Hukum Kanun Melaka 1. Mengandungi 44 Fasal berkaitan: (a) Jenayah (i) Hukuman setimpal terhadap kesalahan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri. (ii) Fasal 5.1 – Dikenakan hukuman bunuh jika membunuh orang lain tanpa pengetahuan sultan dan pembesar. (iii) Fasal 4 – Dihukum bunuh jika ingkar arahan dan memalsukan titah sultan. (b) Peranan sultan dan pembesar (i) Sultan dan pembesar mempunyai peranan dalam pentadbiran. (ii) Fasal 1 – Menjelaskan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Sultan berkuasa melantik Bendahara dan Temenggung. (c) Kekeluargaan (i) Mewujudkan keharmonian dalam keluarga. (ii) Menyelesaikan masalah keluarga atau perkahwinan. (iii) Fasal 26 – Menyatakan pernikahan perlu ada empat saksi, jika tiada memadai dua orang. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi pernikahan. (d) Ekonomi (i) Peraturan yang jelas bagi mengawal perdagangan supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. (ii) Fasal 30 – Riba diharamkan. Mereka yang menjalankan pernigaan mestilah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 5 4 Tingkatan Undang-Undang Laut Melaka 1. Diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak. 2. Diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah. 3. Mengandungi perkara berkaitan: (a) Peranan Nakhoda (i) Diumpamakan sebagai raja dalam pelayaran dan arahannya harus dipatuhi. (ii) Fasal 13.1 – Nakhoda diberikan keutamaan berniaga selama empat hari. (iii) Fasal 13.3 – Nakhoda hendaklah bermesyuarat dan mendapatkan persetujuan semua orang di dalam kapal jika ingin singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan. (b) Pelayaran (i) Menjelaskan peranan jurumudi, malim dan jurubatu. (ii) Fasal 9 – Malim harus arif dalam ilmu pelayaran seperti mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan bintang agar pelayaran selamat. (iii) Jika malim lalai sehingga membawa pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh. (c) Jenayah (i) Menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal seperti mencuri, membunuh dan memberontak. (ii) Fasal 5 – Individu yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal dikenakan hukuman mati. (d) Percukaian (i) Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran seperti cukai perjalanan dan hasil perniagaan. (ii) Fasal 6.3 – Nakhoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang, iaitu 1/10 daripada hasil penumpang jika ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari. 1.3 1. Apakah kesalahan yang dijatuhi hukuman bunuh menurut Hukum Kanun Melaka? 2. Jelaskan kesan sekiranya Kesultanan Melayu Melaka tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. KBAT PRAKTIS FORMATIF


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 6 4 Tingkatan 1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 1. Hubungan pemerintah dan rakyat secara timbal balik mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 2. Hubungan tersebut selaras dengan konsep waadat, iaitu perjanjian antara pemerintah dan rakyat. 3. Masyarakat Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada: (a) Golongan pemerintah – Sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama. (b) Golongan diperintah – Rakyat terdiri daripada petani, nelayan, tukang dan peniaga. Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa. 4. Peranan Sultan (a) Mewujudkan perpaduan rakyat. (b) Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat. (c) Memastikan kemakmuran dan kestabilan kerajaan. (d) Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat. 5. Peranan pembesar (a) Mengutip hasil melalui sistem serah. (b) Membekal tenaga tentera melalui sistem kerah. (c) Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat. (d) Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat kawasan pegangan. 6. Peranan rakyat (a) Menunjukkan kesetiaan kepadaa pemerintah. (b) Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong. (c) Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang. (d) Menyumbang tenaga melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan. (e) Mematuhi arahan pemerintah dan tidak menderhaka kerana bimbang ditimpa tulah, iaitu kecelakaan yang boleh menimpa seseorang kerana melanggar perintah raja. 1.4 1. Mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada Sultan? KBAT 2. Jelaskan kesan jika hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak baik. KBAT PRAKTIS FORMATIF


7 4 Tingkatan Kertas 1 1. Rajah berikut berkaitan dengan negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Raja X Undang-undang Ciri-ciri Negara Bangsa Apakah X? A Adat resam B Wilayah pengaruh C Sistem kepercayaan D Pembesar Empat Lipatan 2. Gambar berikut berkaitan Inskripsi Telaga Batu pada zaman kerajaan Srivijaya. Apakah kepentingan inskripsi tersebut? A Peraturan kehidupan berkerajaan B Panduan kepada pembesar tempatan C Perlembagaan bertulis yang lengkap D Pelaksanaan istiadat taat setia rakyat 3. Apakah perubahan yang berlaku terhadap sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka selepas kedatangan Islam? A Penggunaan gelaran sultan B Penghapusan golongan hamba C Perluasan hubungan diplomatik D Pemansuhan undang-undang adat 4. Rajah berikut menerangkan hubungan timbal balik antara rakyat dengan sultan. Sultan Melaka Rakyat Apakah kesan hubungan tersebut? I Mengawal pengaruh pembesar II Mengiktiraf kekuasaan sultan III Menjamin kesejahteraan rakyat IV Meningkatkan kemajuan ekonomi A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Peta berikut menunjukkan wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka. Pedir Pasai Padang Patani Kelantan Terengganu Pahang Kedah Perak Kelang Melaka JohorSayong Rokan Siak Kampar Inderagiri Jambi Palembang Bentan Riau Lingga Manjung U Bagaimanakah wilayah pengaruh tersebut terbentuk? I Penaklukan II Perkahwinan III Kerelaan rakyat IV Penyebaran agama A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Maklumat berikut berkaitan undangundang zaman Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka Mengapakah undang-undang tersebut digubal? PRAKTISSPM 1


Sejarah SPM Bab 1 Warisan Negara Bangsa 8 4 Tingkatan A Melindungi rakyat B Mengawal kuasa pembesar C Menghapuskan peraturan adat D Mengukuhkan kedudukan sultan 7. Apakah tugas pembesar peringkat jajahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? I Memungut cukai II Mengekalkan keamanan III Menjalin hubungan diplomatik IV Mengetuai aktiviti ketenteraan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Apakah sumbangan pembesar berikut pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? • Nakhoda Diri • Nakhoda Jenal • Nakhoda Sahak A Mengasaskan sistem percukaian B Menjadi utusan ke negara China C Menyeragamkan sistem timbangan D Menggubal Undang-undang Laut Melaka 9. Apakah hukuman yang dikenakan jika nakhoda lalai sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran dan kerosakan kapal? A Dipenjarakan B Bayar ganti rugi C Hukuman bunuh D Pelucutan jawatan 10. Bagaimanakah sultan menjamin kestabilan politik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? A Menggubal undang-undang B Memperkenalkan sistem cukai C Menjalin hubungan diplomatik D Memantapkan adat istiadat istana Kertas 2 Bahagian A 1. Kemunculan kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula sebelum kedatangan Barat. (a) Apakah ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu? [3 markah] (b) Buktikan kesetiaan rakyat kerajaan Srivijaya kepada pemerintah. [3 markah] (c) Mengapakah kita harus taat setia kepada pemerintah? [4 markah] 2. (a) Senaraikan dua ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. [2 markah] (b) Jelaskan undang-undang yang diguna pakai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kelebihan undang-undang bertulis berbanding undang-undang lisan? [4 markah] Kertas 2 Bahagian B 1. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan sistematik menyebabkan Melaka mampu menjadi empayar terkenal. (a) Huraikan peranan sultan dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. [6 markah] (b) Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada peringkat pusat dan jajahan. Jelaskan pernyataan tersebut. [6 markah] (c) Apakah iktibar yang diperoleh daripada sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka? [8 markah]


9 4 Tingkatan SOALAN KBAT DENGAN JAWAPAN LENGKAP 1. Teliti gambar berikut. Sumber: https://www.google.com/imgres?imgurl=https://pbs.twimg.com/media/FOmkk-aaMAoy- (a) Jelaskan peranan rakyat mengikut Presiden Malaysia Community Crime Care. [8 markah] Peranan rakyat penting dalam menjaga keselamatan negara. Peranan pertama ialah kewajipan bagi rakyat untuk melantik wakil di Parlimen untuk mewujudkan peruntukan undang-undang bagi menjamin keselamatan negara. Peranan kedua ialah memilih pemimpin yang betul dan tepat bagi menguruskan negara dengan cekap dan amanah. Peranan ketiga ialah melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti yang boleh mengugat keselamatan negara. Peranan keempat ialah menanam sifat patriotisme dalam kalangan rakyat agar negara memiliki rakyat yang setia dan sangup berjuang demi kedaulatan negara. Peranan kelima ialah rakyat hendaklah mempelajari untuk menghormati dan bertoleransi sesama masyarakat agar dapat hidup secara aman dan hormoni. Peranan rakyat yang terakhir ialah menyahut kempen kesedaran tentang keselamatan negara agar sentiasa peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman terhadap negara. (b) Terangkan kepentingan prinsip setia kepada raja dan negara. [8 markah] Rakyat yang mengamalkan prinsip setia kepada raja dan negara akan mematuhi undang-undang negara dengan sempurna. Contohnya, semasa kegemilangan Melaka, rakyat Melaka setia dan taat kepada pemerintah dan pembesar. Kesannya, kedaulatan kerajaan Melaka terjamin dan menjadi kerajaan yang terkenal di Alam Melayu. Setiap warganegara Malaysia hendaklah menumpukan sepenuh taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan negara. Hal ini terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip kedua dalam Rukun Negara yang harus diamalakan oleh rakyat Malaysia. Pengamalan prinisip ini akan melahirkan rakyat yang menghormati simbol kedaulatan negara, berusaha meningkatkan imej negara dan berani mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.


161 • Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan. • Sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) 1.1 Konsep Kedaulatan 1. Latar belakang (a) Bermaksud kekuasaan tertinggi dan kewibawaan dalam sesebuah negara. (b) Kedaulatan juga ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan yang bebas. (c) Mempunyai hak untuk melaksanakan pentadbiran negara. (d) Kedaulatan negara kita sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. (e) Kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan pembentukan Malaysia (1963) memantapkan negara bangsa yang bebas dan berdaulat. 2. Takrif kedaulatan (a) Bahasa Yunani – Perkataan supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi. Merujuk negara yang bebas dan merdeka. (b) Bahasa Inggeris – Perkataan sovereignty yang bermaksud negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan. (c) Bahasa Arab – Perkataan daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan. (d) Bahasa Melayu – Perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara. Pandangan Tokoh tentang Kedaulatan • Kuasa tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara. • Kerajaan terikat oleh undang-undang. • Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. • Bersifat kekal dan kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya. • Kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara. • Berasaskan semangat kekitaan bangsanya. • Diiringi kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela berkorban demi mencapai cita-cita yang sama. Aristotle (Ahli falsafah Yunani) Jean Bodin (Ahli falsafah politik Perancis) Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam) Kedaulatan Negara Tingkatan 5 Refleksi Bab 1 BAB 5 Tingkatan


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 5 Tingkatan 162 Jenis Kedaulatan 1. Kedaulatan tradisional (a) Merujuk sistem pemerintahan berkuasa mutlak. Menguasai sepenuhnya segala urusan negara. Wujud sejak tamadun awal manusia. (b) Kedaulatan negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu. Terletak pada kekuasaan dan kewibawaan raja. Raja merupakan ketua pemerintah, kuasa tertinggi dan diperkukuh oleh taat setia rakyat. 2. Kedaulatan moden (a) Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa moden. Berlaku selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis. Dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan. (b) Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme. Menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa. (c) Kedaulatan negara kita ialah negara bangsa hasil gabungan negeri dalam persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963. 3. Kedaulatan undang-undang (a) Bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi. Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat. Menjadikan negara aman, stabil dan makmur. (b) Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara kedaulatan undang-undang. (c) Merupakan prinsip keempat Rukun Negara. 4. Kedaulatan antarabangsa (a) Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara. (b) Tidak boleh dicabuli oleh negara lain. (c) Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa. (d) Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan dunia mengiktiraf negara kita bebas, merdeka dan berdaulat. (e) Pada 17 September 1957, Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tunku Ja’afar menghadiri Perhimpunan Agung PBB ke-12 sewaktu Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota PBB ke-82. • Kedaulatan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa. • Hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing. Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara) 1.1 1. Nyatakan jenis kedaulatan. 2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang konsep kedaulatan? KBAT PRAKTIS FORMATIF


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 5 Tingkatan 163 1.2 Ciri Negara yang Berdaulat 1. Mempunyai pemerintahan (a) Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. (b) Pemerintahan dijalankan secara teratur. (c) Malaysia ialah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. (d) Ketua Utama Negara ialah Yang di-Pertuan Agong. (e) Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri. 2. Mempunyai sempadan (a) Merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. (b) Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. (c) Sempadan Malaysia diakui masyarakat antarabangsa, khasnya PBB. (d) Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara. 3. Mempunyai perundangan (a) Menjadi asas kepada peraturan negara. (b) Penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat. (c) Asas sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan. (d) Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita. 4. Mempunyai rakyat (a) Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara. (b) Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan. (c) Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam. (d) Disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama. 1.2 1. Senaraikan ciri negara yang berdaulat. 2. Malaysia berkongsi sempadan dengan negara jiran. Cadangkan langkah mengatasi jenayah merentasi sempadan. KBAT PRAKTIS FORMATIF


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 164 1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat Keberkesanan Pentadbiran 1. Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar. 2. Dasar pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian. 3. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran. 4. Sistem pentadbiran diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. Kemakmuran Ekonomi 1. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. 2. Selepas kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum. 3. Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan. 4. Diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara. Kesejahteraan Sosial 1. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat. 2. Negara dapat melahirkan generasi berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan. 3. Melalui pendidikan, rakyat dapat memberikan sumbangan untuk pembangunan negara. 4. Beberapa dasar berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memupuk perasaan muhibah dan perpaduan rakyat berbilang kaum. Kecemerlangan Hubungan Luar Negara 1. Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara menjalinkan hubungan dengan negara lain. 2. Hubungan luar dibentuk melalui penggubalan dasar luar negara. 3. Menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara lain. 4. Mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang. 5. Kesannya, Malaysia menikmati kelebihan dalam mempertahankan kedaulatan. 6. Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa meningkatkan imej negara. 7. Masyarakat antarabangsa mengakui peranan dan kebolehan negara kita setaraf dengan negara lain di dunia. 5 Tingkatan


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 5 Tingkatan 165 1.4 Langkah Mempertahankan Kedaulatan 1. Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi (a) Peranan pemerintah (i) Mewujudkan pentadbiran yang cekap. (ii) Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran. (iii) Memastikan agihan sumber kekayaan negara secara adil untuk semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi. (iv) Melaksanakan undang-undang negara berdasarkan perlembagaan. (b) Peranan rakyat (i) Memberikan kesetiaan kepada raja dan negara. (ii) Menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik. (iii) Memupuk kerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati bersama. (iv) Mematuhi undang-undang negara. 2. Mengekalkan perpaduan kaum (a) Peranan pemerintah (i) Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum dan integrasi nasional. (ii) Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh kementerian serta agensi. (iii) Merangka program dan kempen ke arah memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional. (iv) Memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk perpaduan. (b) Peranan rakyat (i) Menggunakan bahasa kebangsaan dan ideologi Rukun Negara bagi menjamin perpaduan kaum. (ii) Memahami dan menghormati agama dan budaya pelbagai kaum. (iii) Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati. (iv) Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan bagi memupuk kerjasama kaum. 1.3 1. Bagaimanakah pentadbiran negara dapat dijalankan dengan berkesan? 2. Cadangkan peranan anda sebagai warganegara Malaysia untuk meningkatkan imej negara di persada antarabangsa. KBAT PRAKTIS FORMATIF


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 5 Tingkatan 166 3. Memupuk patriotisme (a) Peranan pemerintah (i) Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan rasa cinta terhadap negara. (ii) Mewajibkan Sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam sistem persekolahan negara bagi melahirkan generasi yang peka dengan sejarah negara. (iii) Menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk semangat patriotisme. (iv) Memberikan pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada negara dengan mengabadikan nama pada bangunan dan jalan. (b) Peranan rakyat (i) Menghormati lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang, Jata Negara dan lagu Negaraku. (ii) Menyanjungi dan menghargai adat resam dan warisan bangsa. (iii) Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam pendidikan, sukan dan ekonomi. (iv) Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara. 4. Mengukuhkan pertahanan negara (a) Peranan pemerintah (i) Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara. (ii) Mengadakan perjanjian pertahanan dan latihan ketenteraan bersama dengan negara serantau dan antarabangsa. (iii) Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan. (iv) Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran semasa. (b) Peranan rakyat (i) Peka terhadap isu keselamatan negara. Contohnya, memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan negara. (ii) Mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. (iii) Menganggotai pasukan keselamatan dan pasukan sukarelawan untuk mempertahankan negara. (iv) Sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara. 1.4 1. Bagaimanakah anda mengekalkan perpaduan kaum? 2. Apakah kesan jika sistem pertahanan negara lemah? KBAT PRAKTIS FORMATIF


5 Tingkatan 167 Kertas 1 1. Apakah takrif kedaulatan mengikut bahasa yang tepat? Bahasa Perkataan A Arab Daulat B Melayu Daulah C Inggeris Supernuus D Yunani Superanus 2. Senarai berikut menerangkan prinsip kedaulatan oleh Tunku Abdul Rahman. • X • Kebebasan Apakah X? A Kekitaan C Kekuasaan B Keadilan D Kemakmuran 3. Apakah peristiwa yang mencetuskan kedaulatan moden di Eropah? A Revolusi Perancis B Perang Dunia Kedua C Kemerdekaan British D Penubuhan Liga Bangsa 4. Gambar menunjukkan sempadan Malaysia dengan negara jiran. Apakah kesan penentuan garisan sempadan tersebut? A Memperkuat pertahanan B Memantapkan patriotisme C Menamatkan persengketaan D Mengukuhkan hubungan luar 5. Apakah badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang negara? A Kabinet B Parlimen C Mahkamah D Badan kehakiman 6. Bagaimanakah kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilaksanakan? A Pemusatan kuasa B Pengagihan kuasa C Penubuhan parlimen D Peruntukan belanjawan 7. Apakah kepentingan pelaksanaan dasar berikut? • Dasar Bahasa Kebangsaan • Dasar Kebudayaan Kebangsaan A Menyatukan rakyat B Memupuk daya saing C Menjamin keselamatan D Mewujudkan keadilan 8. Apakah usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara? A Menutup sempadan B Memakmurkan ekonomi C Mengagungkan kuasa luar D Mengukuhkan parti politik 9. Bagaimanakah pemerintah mewujudkan kestabilan politik? A Menguatkan parti politik B Mengelakkan amalan rasuah C Menghormati lambang negara D Memodenkan aset ketenteraan 10. Apakah ciri rakyat Malaysia berikut? Menghormati bendera kebangsaan, Jata Negara dan lagu Negaraku. A Bersatu padu B Bekerjasama C Bertolak ansur D Bersemangat patriotik PRAKTISSPM 1


Sejarah SPM Bab 1 Kedaulatan Negara 5 Tingkatan 168 Kertas 2 Bahagian A 1. (a) Jelaskan takrif kedaulatan mengikut bahasa Melayu. [2 markah] (b) Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan sesebuah negara. Nyatakan jenis kedaulatan tersebut. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, adakah negara kita mengamalkan jenis kedaulatan moden? Buktikan. [4 markah] 2. Rajah berikut berkaitan ciri negara yang berdaulat. Mempunyai pemerintahan X Mempunyai sempadan Y Ciri negara yang berdaulat (a) Nyatakan ciri negara yang berdaulat berikut: (i) X (ii) Y [2 markah] (b) Jelaskan berkaitan sempadan negara kita. [4 markah] (c) Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan negara kita. Sebagai warganegara yang taat dan setia kepada negara, kita wajar memahami dan menghayati kerangka sistem pemerintahan negara, iaitu menggabungkan dua sistem utama, iaitu Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Berita Harian, 15 Jun 2020 Sistem pemerintahan negara kita yang sistematik berjaya mengekalkan kedaulatan. Jelaskan pernyataan tersebut. [4 markah] Kertas 2 Bahagian B 1. Senarai berikut berkaitan dengan usaha mempertahankan kedaulatan negara. • Memupuk patriotisme • Mengukuhkan pertahanan negara • Mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran negara (a) Jelaskan usaha pemerintah memupuk patriotisme di negara kita. [4 markah] (b) Bagaimanakah anda mengamalkan semangat bersatu padu dalam kehidupan seharian? [8 markah] (c) Berikan cadangan anda bagi memakmurkan ekonomi negara. [8 markah]


5 Tingkatan 169 SOALAN KBAT DENGAN JAWAPAN LENGKAP 1. Baca petikan berikut. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal konsisten dengan pendirian terhadap perlindungan kedaulatan, hak dan kepentingan dalam zon ekonomi eksklusif di Laut China Selatan. Perdana Menteri berkata, pada masa yang sama Malaysia tanpa rasa goyah akan terus berhadapan dengan cabaran dan tuntutan yang dikemukakan mana-mana pihak. Berdasarkan perkara ini, perlu ditekankan keselamatan Malaysia menjadi keutamaan demi keamanan di rantau ini terus dipelihara. Malaysia akan memanfaatkan lokasi geografi sama ada di darat dan maritim yang melintasi laluan perdagangan paling penting dan kedudukan ekonomi sebagai bahagian penting dalam pelbagai rantaian bekalan global untuk menggalakkan keselamatan serantau. Sumber: Berita Harian, 10 Ogos, 2023 (a) Jelaskan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan langkah untuk mencapai mesej tersebut. [8 markah] Mesej dalam petikan tersebut daripada YAB Perdana Menteri yang menegaskan pendirian negara Malaysia yang kekal konsisten dalam melindungi kedaulatan negara. Selain itu, Malaysia akan memelihara hak dan kepentingan zon ekonomi eksklusif di Laut China Selatan. Antara langkah bagi mencapai mesej tersebut adalah dengan menggunakan strategi diplomatik. Contohnya, Malaysia mengadakan rundingan dengan China berkaitan dengan insiden pencerobohan Kapal Pengawal Pantai China di perairan negara berhampiran Miri, Sarawak. Seterusnya, beliau dengan tegas menjelaskan wilayah tersebut diiktiraf melalui undang-undang antarabangsa. Selain itu, negara kita memodenkan aset ketenteraan bagi melindungi kedaulatan negara daripada sebarang ancaman asing khususnya membabitkan perairan berdaulat. Malaysia akan memastikan pasukan keselamatan darat dan maritim bersiap siaga bagi menjamin keamanan dan keselamatan serantau. (b) Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan negara? [4 markah] Kita perlu mempertahankan kedaulatan negara demi menjamin kestabilan politik. Hal ini bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dan sistematik. Pengurusan negara oleh Jemaah Menteri dapat dilakukan secara berkesan serta menjadikan negara kita aman. Keamanan negara dapat mengelakkan campur tangan kuasa luar. Seterusnya, kedaulatan dapat menjamin kemakmuran negara bagi membolehkan negara melaksanakan usaha memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Contohnya, selepas negara mencapai kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bertujuan membasmi kemiskinan rakyat. Rumusannya, kedaulatan perlu dipertahankan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.


319 1. Raja merupakan salah satu ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. Apakah fungsi raja dalam kerajaan Alam Melayu? A Pencetus tamadun B Pengasas kerajaan C Pengembang agama D Tonggak utama kerajaan 2. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, rakyat tergolong dalam golongan diperintah. Apakah peranan golongan diperintah? A Mengukuhkan ekonomi kerajaan B Menumpukan taat setia kepada sultan C Menjamin kecekapan dalam pentadbiran D Mengesahkan undang-undang kerajaan 3. Rajah berikut menunjukkan kedudukan Bendahara dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Penghulu Bendahari Temenggung Laksamana Bendahara Sultan Apakah peranan dan tanggungjawab bendahara? I Ketua pentadbir II Penasihat sultan III Ketua protokol istana IV Ketua turus angkatan tentera laut A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Apakah konsep yang mengaitkan hubungan antara pemerintah dan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka? A Daulat B Hormat C Waadat D Negara bangsa 5. Maklumat berikut berkaitan dengan pengertian nasionalisme. Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri. Siapakah tokoh yang memberikan pengertian tersebut? A Hans Kohn B Dato’ Onn Jaafar C Dr. Khoo Kay Kim D Dr. Burhanuddin al-Helmi TINGKATAN 4 KERTAS PENILAIAN Kertas 1 1 jam [40 markah] Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 320 6. Perisytiharan berikut berkaitan dengan idea nasionalisme di Barat. Sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu. –Thomas Jefferson Apakah kesan perisytiharan tersebut? A Perang Dunia B Revolusi Perancis C Revolusi Keagungan D Kemerdekaan Amerika 7. Gambar berikut berkaitan dengan tokoh nasionalis di Indonesia, Raden Adjeng Kartini. Bagaimanakah beliau mempelopori perjuangan nasionalisme? A Kemajuan pendidikan B Penguasaan ekonomi C Penentangan bersenjata D Pembebasan daripada penjajahan 8. Senarai berikut merupakan tokoh nasionalis di negara kita. • Abdul Rahim Kajai • Muhammad Rakawi Yusuf • Hajah Zainon Munshi Sulaiman • Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) Apakah persamaan perjuangan mereka? A Gerakan Islah B Penentangan bersenjata C Pertubuhan sosioekonomi D Penulisan kreatif dan akhbar 9. Perang Dunia Pertama (1914 – 1918) memberikan kesan terhadap negara Eropah dan negara kita. Bagaimanakah negara kita terkesan dengan Perang Dunia Pertama? A Rejimen Askar Melayu ditubuhkan B Pentadbiran tentera dilaksanakan C Pengeluaran bijih timah dan getah terhenti D Undang-undang baharu berkaitan dengan peperangan diperkenalkan 10. Pada 8 Disember 1941, Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour, Hawaii. Apakah kesan serangan tersebut? A Kuasa Paksi dibentuk B Jepun memulakan dasar peluasan kuasa C Perang Dunia Kedua bermula di Asia Pasifik D Jepun muncul menjadi kuasa Asia yang unggul 11. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pendidikan pada zaman pendudukan Jepun. Pendidikan Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) secara meluas Sekolah bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan Jepun (Kimigayo) Apakah matlamat utama yang hendak dicapai melalui sistem tersebut? A Memberi pendidikan sempurna B Menjamin kerjaya masa depan C Menggantikan sistem pendidikan British D Menumpukan taat setia kepada Maharaja Jepun


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 321 12. Apakah matlamat penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) di Tanah Melayu? A Membanteras komunis B Kemerdekaan bersama dengan Indonesia C Mengeratkan kerjasama dengan Jepun D Mengembangkan propaganda anti-British 13. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan British Military Administration (BMA) selepas Perang Dunia Kedua. BMA berusaha untuk memulihkan keamanan dan kestabilan dengan membubarkan MPAJA. Namun, BMA gagal membanteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum. Apakah iktibar yang anda peroleh daripada kegagalan tersebut? A Kita menentukan masa depan sendiri B Usaha mengelakkan kekacauan perlu diutamakan C Keganasan komunis mengancam keamanan negara D Kepentingan bergantung kepada pentadbiran British 14. Bagaimanakah Perlembagaan Malayan Union 1946 membawa kesan terhadap negeri-negeri Melayu? A Jawatan sultan dilucutkan B Negeri Melayu berstatus tanah jajahan C British memajukan negeri-negeri Melayu D Ekonomi negara dimanipulasikan oleh British 15. Mengapakah penduduk Sarawak membantah pekeliling berikut? Pekeliling No. 9/1946 (Circular No. 9) A Mengharamkan pembentukan kesatuan B Membubarkan Dewan Undangan Negeri C Mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan D Menyekat penglibatan kakitangan kerajaan dalam gerakan antipenyerahan 16. Mengapakah British mendesak SBUB menyerahkan Sabah pada 26 Jun 1946? A Membawa kemajuan B Memberikan kemerdekaan C Menguasai kekayaan hasil bumi D Meningkatkan taraf hidup rakyat 17. Mengapakah golongan nasionalis Melayu radikal seperti PKMM, API dan AWAS membidas kerajaan British dalam perbincangan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? A Usaha British tidak ikhlas B Rundingan diadakan secara tertutup dengan UMNO C British tidak melibatkan kaum lain dalam rundingan D Perjanjian mengetepikan Raja-raja Melayu 18. Apakah faktor-faktor yang mendorong British melakukan perubahan berikut? Malayan Union 1946 Persekutuan Tanah Melayu 1948 I Bantahan orang Melayu II Sokongan pegawai pentadbir British III Pengenalan proses pilihan raya umum IV Tanda sokongan terhadap institusi raja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 322 19. Majlis Raja-Raja dibentuk seiring dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah kepentingan pembentukan Majlis Raja-Raja? A Menggubal undang-undang B Menasihati Pesuruhjaya Tinggi British C Memberikan pandangan dalam perkara tertentu D Mengetuai pentadbiran kerajaan persekutuan 20. Mengapakah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dikatakan membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama kaum di negara kita? A Kerjasama PUTERA-AMCJA B Pembentukan Parti Perikatan C Pengenalan Perlembagaan Rakyat D Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) 21. British membekalkan senjata api serta memberi bantuan latihan, kewangan, perubatan dan bekalan logistik kepada MPAJA. Mengapakah British berbuat demikian? A Memerangi tentera Jepun B Melaksanakan tanggungjawab C Menanamkan keyakinan rakyat D Membanteras ancaman komunis 22. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan PKM selepas Perang Dunia Kedua. • Menyerang lombong bijih timah • Merosakkan ladang getah Mengapakah PKM mengambil tindakan tersebut? A Melemahkan kuasa British B Melumpuhkan ekonomi negara C Mengubah corak ekonomi negara D Memiliknegarakan kekayaan negara 23. Apakah peranan Special Constables (SC) semasa Rancangan Briggs dilaksanakan? A Memusnahkan kubu komunis B Membendung kegiatan jenayah C Mengawal ladang dan kawasan lombong D Mengesan tempat persembunyian komunis 24. Langkah berikut dilaksanakan dalam Perang Saraf. • Melonggarkan syarat kewarganegaraan • Menawarkan hadiah wang tunai • Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur Apakah yang hendak dicapai dalam Perang Saraf? A Memperkenalkan demokrasi B Menyediakan rakyat ke arah kemerdekaan C Mendapatkan sokongan rakyat terhadap pentadbiran British D Melibatkan rakyat dalam usaha membanteras pengganas komunis 25. Tokoh berikut telah mengasaskan Independence of Malaya Parti (IMP) untuk mencapai kemerdekaan. Apakah bentuk kemerdekaan yang diperjuangkan oleh IMP? A Kerjasama kaum B Sebagai negara Islam C Penentangan bersenjata D Merdeka bersama Indonesia


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 323 26. Apakah sumbangan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam proses perpaduan negara? A Mencadangkan rundingan ke arah kemerdekaan B Menggalakkan penubuhan parti politik C Mendesak kerajaan British untuk mengadakan pilihan raya D Meningkatkan kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum 27. Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri? A Mewujudkan kerjasama pemimpin kaum B Mengkaji hubungan kaum secara mendalam C Melatih penduduk tempatan untuk menerajui pentadbiran D Menggubal undang-undang yang bersifat tempatan 28. Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui kedua-dua usaha berikut? Tarikh Usaha Februari 1954 Persidangan Kebangsaan Ogos 1954 Konvensyen Kebangsaan A Perpaduan kaum B Kemerdekaan Tanah Melayu C Undang-undang bersifat tempatan D Kedudukan orang Melayu dan agama Islam 29. Apakah kepentingan proses pilihan raya peringkat awal di negara kita? A Melaksanakan birokrasi Barat B Menggalakkan kerjasama politik C Menyedarkan rakyat tentang demokrasi D Mencetuskan rundingan ke arah kemerdekaan 30. Pilihan Raya Umum Pertama diadakan untuk membentuk kerajaan sendiri. Apakah kepentingan pilihan raya tersebut? A Merintis jalan ke arah kemerdekaan B Mewujudkan jawatan Ketua Menteri C Membebaskan negara daripada penjajahan D Menggalakkan kerjasama antara pemimpin pelbagai kaum 31. Maklumat berikut berkaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1955. Parti Perikatan berjaya memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Apakah kesan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut? I Kabinet pertama dibentuk II Pentadbiran British berakhir di Tanah Melayu III Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan IV Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 32. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Apakah peranan utama Kabinet pertama? I Mengisytiharkan kemerdekaan II Mengurangkan kuasa pentadbiran British III Membincangkan isu keselamatan Persekutuan Tanah Melayu IV Menggantikan sistem pentadbiran berasaskan Model Westminster A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 324 33. Mengapakah pihak Raja-raja Melayu dan pemimpin mengadakan beberapa rundingan dengan British sebelum negara dapat mencapai kemerdekaan? A Mengiktiraf pemimpin negara B Memulihkan peranan institusi Raja-raja Melayu C Membincangkan soal berkaitan perlembagaan negara D Melibatkan pentadbir British dalam kerajaan yang merdeka 34. Apakah peranan Suruhanjaya Reid dalam kemerdekaan negara kita? A Membincangkan hala tuju negara B Menggubal undang-undang negara C Mencadangkan dasar politik dan ekonomi negara D Membincangkan, menyusun dan merangka perlembagaan baharu 35. Apakah perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? I Penubuhan Majlis Raja-Raja II Fungsi Majlis Perundangan Persekutuan III Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan IV Kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 36. Apakah peruntukan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan pengamalan agama masyarakat Persekutuan Tanah Melayu? I Agama Islam agama Persekutuan II Agama selain Islam tidak boleh diamalkan III Agama Islam diiktiraf sebagai agama tunggal IV Agama lain boleh diamalkan secara aman damai A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 37. Selain bebas daripada penjajahan, apakah kepentingan kemerdekaan kepada rakyat sesebuah negara? A Masa depan terjamin B Ekonomi berkembang pesat C Rakyat hidup dalam harmoni D Menentukan hala tuju negara 38. Apakah tujuan utama pembentukan Jawatankuasa Persediaan Fizikal? A Menonjolkan identiti negara B Memeriahkan suasana sambutan C Mengatur tatacara sambutan majlis D Melaksanakan protokol majlis sambutan 39. Apakah kepentingan peristiwa berikut? Pada pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack telah diturunkan dan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan diiringi lagu Negaraku. A Mengukuhkan identiti negara B Memperkenalkan bendera negara C Membuktikan kejayaan pemimpin negara D Menunjukkan kebebasan negara daripada penjajahan British 40. Apakah kesan politik kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu? I Jawatan Menteri Luar diwujudkan II Memulakan proses penubuhan parti politik III Majlis Perundangan Persekutuan dibentuk IV Parlimen berkuasa menggubal undang-undang negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 325 1. Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat. (a) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. [3 markah] (b) Kesinambungan ciri negara bangsa kerajaan awal Alam Melayu menjadi asas kukuh kepada kegemilangan kerajaan Alam Melayu seterusnya. Buktikan pernyataan tersebut. [3 markah] (c) Cadangkan langkah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh. [4 markah] 2. Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah. [3 markah] Kertas 2 Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan.


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 326 (b) Bagaimanakah Perang Dunia Kedua di Eropah berakhir? [3 markah] (c) Apakah iktibar yang dapat kita peroleh daripada Perang Dunia Kedua di Eropah? [4 markah] 3. (a) Apakah faktor-faktor yang mendorong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? [3 markah] (b) Petikan berikut menunjukkan Raja-raja Melayu turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Malcom MacDonald, Gabenor Jeneral dan Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengadakan pertemuan dan perundingan dengan Raja-raja Melayu di Kuala Kangsar pada 27 Mei 1946 bagi mengatasi konflik masyarakat Melayu dengan kerajaan British berhubung dengan isu Malayan Union. Dalam pertemuan tersebut, Raja-raja Melayu telah mengemukakan beberapa cadangan bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh Raja-raja Melayu. [3 markah]


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 327 (c) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membawa kesan besar terhadap kemerdekaan negara. Beri pendapat anda. [4 markah] 4. Persediaan rapi telah dibuat untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. (a) Namakan dua jawatankuasa yang dibentuk untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan. [2 markah] (b) Nyatakan dua elemen yang dapat menonjolkan identiti negara kita. [2 markah] (c) Gambarkan suasana di sekitar negara menjelang pemasyhuran kemerdekaan. [2 markah] (d) Baca pernyataan berikut. Pemasyhuran kemerdekaan negara wajar disambut secara besar-besaran. Beri ulasan anda. [4 markah]


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 328 Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5. Zaman sebelum Perang Dunia Kedua menyaksikan perjuangan nasionalisme tanah air melalui persatuan yang bersifat sosioekonomi dan sosiobudaya. (a) Jelaskan kepentingan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926. [6 markah] (b) Baca pernyataan berikut. Pada umumnya, masyarakat Cina masih menumpukan perhatian mereka kepada keadaan yang berlaku di China. Namun begitu, terdapat juga masyarakat Cina yang memberikan perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan di negara kita. Huraikan pernyataan tersebut. [6 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah untuk menggalakkan kegiatan berpersatuan dalam kalangan murid sekolah menengah. [8 markah] 6. (a) Mengapakah British memperkenalkan perlembagaan Malayan Union 1946? [6 markah] (b) Teliti gambar berikut. Mengapakah orang Melayu menentang Perlembagaan Malayan Union? [6 markah] (c) Cadangkan usaha-usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara. [8 markah]


Sejarah SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 329 7. Bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha telah dijalankan oleh kerajaan British. (a) Jelaskan penguatkasaan Undang-Undang Darurat. [6 markah] (b) Terangkan pelaksanaan Rancangan Briggs. [6 markah] (c) Andai kata anda hidup pada zaman darurat. Bagaimanakah anda dapat memastikan usaha membanteras pengganas komunis oleh kerajaan berjaya dilaksanakan? [8 markah] 8. (a) Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli. [6 markah] (b) Jelaskan kepentingan Sistem Ahli dalam proses ke arah kemerdekaan negara. [6 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Ahli bagi memastikan pelaksanaan Sistem Ahli mencapai matlamatnya? [8 markah] 9. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya dibentuk pada tahun 1955. (a) Jelaskan proses pembentukan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. [6 markah] (b) Terangkan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu. [6 markah] (c) Baca pernyataan berikut. Usaha gigih pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan kabinet pertama wajar kita hargai. Beri pandangan anda. [8 markah]


330 1. Rajah berikut berkaitan dengan kesinambungan warisan negara bangsa yang mengukuhkan kerajaan Alam Melayu. Funan X Melaka Apakah X? A Angkor B Srivijaya C Johor Riau D Gangga Nagara 2. Apakah peranan pembesar dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka? I Mewujudkan perpaduan rakyat II Mengutip hasil melalui sistem serah III Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat IV Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Senarai berikut berkaitan dengan gerakan menentang pemerintahan beraja di Eropah. • Revolusi Keagungan, England (1688) • Revolusi Perancis (1789) Apakah kesan gerakan tersebut? A Idea nasionalisme B Raja berkuasa mutlak C Raja Berperlembagaan D Sistem pemerintahan Republik 4. Gambar berikut berkaitan dengan perkembangan akhbar Melayu pada awal abad ke-20. Jelutong Press, Pulau Pinang Apakah kesan penubuhan syarikat percetakan tersebut? A Memakmurkan ekonomi negara B Menggalakkan persaudaraan Islam C Menyemarakkan kegiatan nasionalisme D Mengembangkan kegiatan kesusasteraan Melayu 5. Jadual berikut menunjukkan tokoh yang mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama. Negara Tokoh Itali Benito Mussolini Jerman Adolf Hitler Kertas 1 1 jam [40 markah] Arahan: Kertas ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. SPM KERTAS MODEL


Sejarah SPM Kertas Model SPM 331 Bagaimanakah usaha tersebut dilaksanakan? A Menyatupadukan rakyat B Memulihkan sistem beraja C Mengukuhkan angkatan tentera D Membangunkan semula ekonomi 6. Gambar berikut menunjukkan tindakan pentadbiran tentera Jepun di negara kita. Pembinaan Landasan Kereta Api Maut Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tindakan tersebut? A Kemajuan teknologi Jepun B Kejayaan menyatukan wilayah C Perkembangan dalam sistem pengangkutan D Kekejaman pentadbiran tentera Jepun 7. Mengapakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union? I Desakan daripada rakyat II Kedudukan raja dilucutkan III Memelihara kedaulatan raja IV Menentang penjajahan mutlak A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 8. Senarai berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke di Sarawak selepas Perang Dunia Kedua. • Masalah kesihatan • Masalah kewangan Apakah langkah yang diambil oleh beliau untuk mengatasi masalah tersebut? A Menyatupadukan penduduk B Menyerahkan Sarawak kepada British C Memberikan kemerdekaan kepada Sarawak D Memperkenalkan Perlembagaan baharu 9. Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Kerja 1946. • Pemimpin UMNO • Pegawai Kanan British • Wakil Raja-raja Melayu Apakah tujuan pembentukan jawatankuasa tersebut? A Mengeratkan kerjasama B Merangka Perlembagaan Rakyat C Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan D Menggubal Perlembagaan Persekutuan 10. Mengapakah pentadbir British menyokong konsep Persekutuan 1948 berbanding Malayan Union 1946? A Melicinkan pentadbiran B Mewujudkan keamanan C Melaksanakan dekolonisasi D Memelihara institusi Raja Melayu 11. Pasukan Special Constables telah ditubuhkan pada tahun 1948 ketika Rancangan Briggs dilaksanakan. Apakah tugas Special Constables? A Memelihara keamanan bandar B Mengawal ladang dan lombong C Melaksanakan Undang-undang Darurat D Memastikan catuan makanan dijalankan 12. Slogan berikut digunakan oleh Sarawak Rangers yang terdiri daripada orang Iban. Agi Idup Agi Ngelaban


Sejarah SPM Kertas Model SPM 332 Mengapakah Sarawak Rangers ditugaskan menjejak persembunyian komunis di dalam hutan? A Memastikan hutan selamat B Memikul tanggungjawab berat C Mahir selok belok dalam hutan D Pakar dalam kegiatan perisikan 13. Tokoh berikut merupakan pengasas Independence of Malayan Party (IMP). Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui IMP? A Membentuk Melayu Raya B Memupuk perpaduan kebangsaan C Mengusir pentadbiran kerajaan British D Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu 14. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan. X • Sistem pendidikan menggunakan bahasa rasmi Persekutuan. • Semua murid daripada pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem berorientasikan Tanah Melayu. Apakah X? A Laporan Barnes 1951 B Laporan Woodhead 1955 C Ordinan Pelajaran 1952 D Jawatankuasa Pelajaran 1956 15. Apakah kepentingan Pilihan Raya Umum Pertama kepada negara kita? A Membentuk kabinet pertama B Merintis jalan ke arah kemerdekaan C Memilih Ketua Menteri pertama D Memilih barisan pemimpin yang berkaliber 16. Apakah kepentingan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu? A Penyatuan parti politik B Pentadbiran yang licin C Perkongsian kuasa antara kaum D Pengekalan institusi Raja-raja Melayu 17. Apakah yang dipersetujui dalam perjanjian berikut? Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. A Pemansuhan Sistem Ahli B Penubuhan Majlis Raja-Raja C Pengisytiharan pembentukan Malaysia D Pembentukan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan 18. Mengapakah draf perlembagaan yang dihasilkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dikaji dan dipinda oleh kerajaan? A Menjamin kestabilan negara B Memperlihatkan identiti negara C Mengukuhkan kedudukan kerajaan D Mendapat bantahan penduduk tempatan


Sejarah SPM Kertas Model SPM 333 19. Antara berikut, yang manakah kesan kemerdekaan terhadap negara kita? I Majlis Raja-Raja II Kerajaan Persekutuan III Demokrasi Berparlimen IV Pembentukan dasar luar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20. Senarai berikut berkaitan dengan aspek kedaulatan negara kita. • Lambang kebesaran • Kedaulatan undang-undang • Pengiktirafan sebagai rakyat • X • Y Apakah X dan Y? I Kerajaan II Wilayah pengaruh III Angkatan bersenjata IV Dasar pembangunan negara A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 21. Maklumat berikut berkaitan dengan takrif kedaulatan. Kuasa tertinggi bagi menjalankan pemerintahan negara dengan bebas dan merdeka. Apakah kepentingan kedaulatan kepada negara kita? A Mengukuhkan kuasa politik B Membuktikan kekuatan tentera C Mewujudkan pentadbiran berkesan D Membentuk dasar luar mengikut situasi semasa 22. Apakah tanggungjawab rakyat untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh? I Mengelakkan kolaborasi II Menyertai pasukan keselamatan III Menggunakan bahasa kebangsaan IV Menggubal dasar dan undangundang A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 23. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Sabah pada tahun 1950-an. X Memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam sistem pemerintahan. Apakah X? A Majlis Negeri B Majlis Tertinggi C Majlis Raja-Raja D Majlis Undangan 24. Apakah faktor pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1965? A Pemisahan Singapura B Pengenalan Mahkamah Atasan C Pelaksanaan Akta Bahasa Kebangsaan D Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo 25. Apakah faktor yang mengukuhkan pemerintahan beraja dalam sistem Kesultanan Melayu Melaka? A Agama Islam B Bahasa kebangsaan C Kerajaan Persekutuan D Undang-undang British 26. Rajah berikut berkaitan dengan struktur pentadbiran Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong X Badan Kehakiman Badan Eksekutif Apakah peranan X? A Mentafsir undang-undang B Menggubal undang-undang C Menentukan dasar kerajaan D Melaksanakan undang-undang


Sejarah SPM Kertas Model SPM 334 27. Antara berikut, sistem manakah yang berupa kerajaan berbentuk kesatuan di bawah kuasa seorang Gabenor British? A Malayan Union B Negeri-negeri Selat C Negeri-negeri Melayu Bersekutu D Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 28. Apakah tujuan program berikut dilaksanakan? • Program Perumahan Rakyat (PPR) • Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) A Menyusun semula masyarakat B Mengatasi masalah kemiskinan C Menggalakkan industri perumahan D Membangunkan kawasan luar bandar 29. Senarai berikut berkaitan dengan nasionalis Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. • Ibrahim Haji Yaakob • Ahmad Boestamam • Dr. Burhanuddin al-Helmi Apakah idea pembentukan Malaysia yang diperjuangkan oleh mereka? A Konsep Melayu Raya B Penyatuan bekas tanah jajahan British C Gabungan Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah D Penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura 30. Pada 4 Ogos 1966, kerajaan Indonesia mengumumkan penamatan konfrontasi terhadap Malaysia. Apakah faktor utama yang membawa kepada penamatan konfrontasi? A Resolusi PBB B Penubuhan ASEAN C Campur tangan Komanwel D Peralihan kepimpinan di Indonesia 31. Apakah tujuan Operasi Hammer dijalankan di Sarawak pada tahun 1965? A Menawan hati rakyat B Membangkitkan nasionalisme C Membanteras ancaman komunis D Mengukuhkan kedudukan Kerajaan Persekutuan 32. Senarai berikut berkaitan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia. • Strategi Counterinsurgency (COIN) • Perjanjian Kerjasama Sempadan Apakah matlamat langkah tersebut? A Memakmurkan negara B Mempelbagaikan hasil eksport C Melindungi keselamatan rakyat D Meningkatkan pendapatan penduduk 33. Maklumat berikut berkaitan dengan proses pembinaan negara Malaysia. • X • Perpaduan kaum Apakah X? A Politik liberal B Integrasi nasional C Hubungan diplomatik D Kemakmuran ekonomi 34. Setiap murid daripada pelbagai kaum perlu menceburi bidang sukan yang diminati bagi memupuk semangat perpaduan dan setia kawan. Apakah yang boleh dikaitkan dengan tujuan tersebut? A Sekolah Sukan B Sukan Malaysia C Dasar 1 Murid 1 Sukan D Majlis Sukan Universiti Malaysia


Sejarah SPM Kertas Model SPM 335 35. Maklumat berikut berkaitan dengan strategi kerajaan untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum. Membasmi kemiskinan Menyusun semula masyarakat Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan? A Dasar Ekonomi Baru B Rancangan Buku Hijau C Rancangan Malaya Pertama D Dasar Pembangunan Nasional 36. Apakah matlamat penubuhan agensi berikut? • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) • Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) A Menggubal dasar ekonomi B Meningkatkan eksport negara C Mempelbagaikan kegiatan ekonomi D Melaksanakan program pembangunan wilayah 37. Apakah bentuk hubungan luar negara selepas merdeka? A Berkepentingan ekonomi B Probarat dan antikomunis C Mengutamakan negara Islam D Tidak memihak mana-mana kuasa 38. Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia? I Kepimpinan II Ikatan sejarah III Kegiatan ekonomi IV Pengaruh kuasa besar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 39. Maklumat berikut menunjukkan komitmen Malaysia dalam pemeliharaan alam sekitar. Tahun Peristiwa 1989 Pengisytiharan Deklarasi Langkawi 1992 Penyertaan dalam Sidang Kemuncak Bumi di Brazil Apakah rasional komitmen tersebut? A Kelestarian global B Sumbangan NGO C Pengiktirafan kuasa besar D Pelibatan dalam agensi antarabangsa 40. Malaysia telah melarang kapal yang membawa senjata nuklear daripada berlabuh atau mengadakan latihan di perairannya. Apakah rasional tindakan Malaysia? A Menjamin keselamatan B Mengelakkan pencemaran C Malaysia tiada senjata nuklear D Menunjukkan sikap tidak memihak


Sejarah SPM Kertas Model SPM 336 KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1. Setelah menduduki negara kita, Jepun melaksanakan pemerintahan tentera. (a) Jelaskan pelaksanaan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh pentadbiran tentera Jepun. [2 markah] (b) Pada tahun 1943, British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri Lanka dan membentuk unit khas yang dikenali sebagai Force 136. Terangkan peranan Force 136 dalam menentang pemerintahan Jepun di negara kita. [4 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah untuk memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara. [4 markah] 2. Gambar berikut menunjukkan Pilihan Raya Umum Pertama di negara kita.


Sejarah SPM Kertas Model SPM 337 (a) Apakah kepentingan Pilihan Raya Umum 1955 dalam konteks sejarah tanah air? [2 markah] (b) Berdasarkan keputusan pilihan raya umum, Majlis Perundangan Persekutuan telah dibentuk pada tahun 1955. Jelaskan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan. [4 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang calon bagi menjamin matlamat pilihan raya tercapai? [4 markah] 3. Rajah berikut menunjukkan jenis kedaulatan yang boleh diamalkan oleh sesebuah negara. Jenis kedaulatan Kedaulatan tradisional Kedaulatan moden Kedaulatan undang-undang Kedaulatan antarabangsa (a) Jelaskan takrif kedaulatan menurut tokoh berikut: (i) Aristotle [1 markah] (ii) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj [1 markah]


Sejarah SPM Kertas Model SPM 338 (b) Huraikan ciri-ciri kedaulatan tradisional. [4 markah] (c) Terangkan kepentingan meningkatkan pemahaman terhadap konsep kedaulatan dalam kalangan rakyat. [4 markah] 4. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan. (a) Jelaskan ciri-ciri Persekutuan yang diamalkan di negara kita. [2 markah] (b) Nyatakan sistem Persekutuan yang pernah dilalui oleh negara kita sehingga Persekutuan Malaysia 1963. [4 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem Persekutuan yang diamalkan pada hari ini wajar dipertahankan? [4 markah]


Sejarah SPM Kertas Model SPM 339 Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 5. Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. (a) Apakah faktor-faktor yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? [4 markah] (b) Jelaskan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. [8 markah] (c) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dapat diterima oleh semua rakyat Tanah Melayu. Beri penjelasan anda. [8 markah] 6. Gambar berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. (a) Lord Reid mempengerusikan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka. Terangkan peranan suruhanjaya tersebut dalam hal ini. [4 markah] (b) Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? [8 markah] (c) Jelaskan iktibar yang anda peroleh daripada kejayaan Persekutuan Tanah Melayu memperjuangkan kemerdekaan. [8 markah]


Sejarah SPM Kertas Model SPM 340 7. Majlis Raja-Raja dikekalkan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. (a) Terangkan fungsi Majlis Raja-Raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan. [4 markah] (b) Gambar berikut menunjukkan DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16. Huraikan kuasa dan peranan baginda yang meliputi aspek berikut: (i) Kuasa Eksekutif [4 markah] (ii) Kuasa Perundangan [4 markah] (c) Kesetiaan kepada Raja dan Negara merupakan prinsip Rukun Negara kedua. Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah anda dapat mendukung prinsip tersebut dalam kehidupan seharian? [8 markah] 8. Sejak negara mencapai kemerdekaan, usaha memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional telah diusahakan secara konsisten. (a) Terangkan usaha kerajaan memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional melalui bidang ekonomi. [4 markah] (b) Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan bertujuan merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional. Jelaskan cadangan laporan berikut: (i) Laporan Rahman Talib 1960 [4 markah] (ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 [4 markah] (c) Cadangkan langkah-langkah untuk memperkasakan sistem pendidikan negara kita sehingga mencapai taraf dunia. [8 markah] 9. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia berjaya menggubal dasar luarnya sendiri tanpa pengaruh daripada mana-mana kuasa asing. (a) Mengapakah Malaysia memerlukan dasar luar? [4 markah] (b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara kita. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah usaha memperkasakan dasar luar menjadi agenda penting kepada kerajaan Malaysia? [8 markah]


341 Tingkatan 4 1 BAB Warisan Negara Bangsa PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara dan Srivijaya. 2. Menjadikan kehidupan masyarakat teratur. Menjamin keselamatan dan keamanan. Mengelakkan huru-hara dan pertelingkahan. Melahirkan masyarakat berdisiplin dan bermoral. PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka. 2. Melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan. PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Seseorang yang membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar dan sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan. 2. Kerajaan kucar-kacir, keselamatan dalam negeri terjejas serta mengancam keamanan dan keharmonian hidup. PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang perlu dihormati dan menjadi simbol penyatuan rakyat. 2. Menjejaskan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi serta kuasa asing mudah mencampuri hal ehwal dalam negeri. PRAKTISSPM 1 KERTAS 1 1. B 2. D 3. A 4. C 5. A 6. A 7. A 8. D 9. C 10. A KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) F1 – Raja F2 – Undang-undang F3 – Rakyat F4 – Wilayah pengaruh (b) F1 – Rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan menjalani upacara persetiaan dan meminum air sumpah. F2 – Air akan dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu. F3 – Air itu akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah. (c) F1 – Menjamin keamanan dan keharmonian. F2 – Menjamin kestabilan politik dan sosial. F3 – Memastikan kemajuan negara terjamin. F4 – Memastikan perpaduan dan keharmonian terjamin. 2. (a) F1 – Kerajaan F2 – Rakyat F3 – Kedaulatan F4 – Wilayah pengaruh / Undang-undang / Lambang Kebesaran (b) F1 – Hukum Kanun Melaka F2 – Membincangkan hal jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan ekonomi. F3 – Undang-undang Laut Melaka F4 – Mengandungi perkara peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian. (c) F1 – Semua kesalahan dan hukuman telah termaktub dan tidak boleh diubah. F2 – Tidak dipengaruhi oleh unsur berat sebelah atau pilih kasih. F3 – Boleh diamalkan oleh pemerintah lain atau selepasnya. F4 – Melancarkan pentadbiran dan mengukuhkan sistem perundangan. Bahagian B 1. (a) F1 – Sultan mengetuai pemerintahan. F2 – Berkuasa dalam segala aspek. F3 – Pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama. F4 – Sultan dibantu oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan. F5 – Sultan memberi kuasa memerintah kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai dan pulau. F6 – Sultan menaungi dan menjaga keselamatan rakyat Melaka. F7 – Sultan bertanggungjawab menjaga kemakmuran dan kestabilan kerajaan Melaka. F8 – Sultan memperkenalkan undangundang untuk mengawal keamanan dan tingkah laku rakyat. (b) Peringkat pusat F1 – Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat. F2 – Bendahara mengetuai pentadbiran dan ketua turus angkatan tentera. F3 – Penghulu Bendahari menguruskan sistem kewangan negara.


Sejarah SPM Jawapan 342 F4 – Temenggung menjaga keselamatan Kota Melaka. F5 – Laksamana menjadi Panglima Angkatan laut Melaka. Peringkat jajahan F6 – Pembesar menguruskan pentadbiran daerah dan kampung. F7 – Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat. F8 – Berperanan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran. F9 – Pembesar dibenarkan mengutip cukai. (c) F1 – Berusaha mengekalkan kedaulatan. F2 – Memiliki sistem perundangan yang sistematik. F3 – Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. F4 – Rakyat taat setia kepada sultan dan pembesar. F5 – Menjalin hubungan baik dengan kerajaan asing. F6 – Hubungan baik antara rakyat tempatan dengan pedagang asing. F7 – Kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintah mentadbir kerajaan. F8 – Memiliki kekuatan sistem pertahanan dan ketenteraan. 2 BAB Kebangkitan Nasionalisme PRAKTIS FORMATIF 2.1 1. Nasionalisme ialah gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah yang bertujuan membebaskan bangsa dan negara daripada penjajahan. Gerakan ini menuju matlamat yang sama, iaitu membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat. 2. Mengekalkan kedaulatan negara, memajukan dan meningkatkan nama negara, mempertahankan negara daripada anasir negatif luar, mengukuhkan jati diri, bersatu hati, memupuk perpaduan serta sanggup berkorban demi bangsa dan negara. PRAKTIS FORMATIF2.2 1. Reaksi orang Amerika menentang dasar penjajahan British yang tidak melindungi hak penduduk Amerika. 2. Kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis. PRAKTIS FORMATIF2.3 1. Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah. Memperkuat persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan serta melepaskan diri daripada penjajahan. 2. Kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. PRAKTIS FORMATIF2.4 1. Membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat. 2. Berusaha mempertahankan kedaulatan negara. Membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing. Memodenkan dan memajukan negara. PRAKTIS FORMATIF2.5 1. Melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis, namun gagal. 2. Menggunakan akhbar dan menubuhkan persatuan sosioekonomi dan politik. PRAKTIS FORMATIF2.6 1. Kebangkitan Pan-Islamisme di empayar Uthmaniyah, kejayaan Jepun menewaskan Rusia, gerakan Revolusi China, perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal. 2. Pelajar melanjutkan pelajaran di Mesir terdedah dengan falsafah perjuangan gerakan Islah yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis. PRAKTIS FORMATIF2.7 1. Menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. 2. Mengisi masa lapang, bertukar-tukar pendapat, mengeratkan persaudaraan, menjaga kebajikan, menambah kenalan dan memupuk perpaduan. PRAKTIS FORMATIF2.8 1. Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung. Beliau merupakan penggerak utama majalah Bulan Melayu yang mengingatkan wanita kepentingan ilmu pengetahuan demi meningkatkan martabat wanita. 2. Mengadakan iklan patriotik di media massa. Mengadakan kempen cinta akan negara di peringkat kampung, daerah, dan bandar. PRAKTISSPM 2 KERTAS 1 1. A 2. A 3. C 4. A 5. C 6. A 7. C 8. C 9. C 10. B KERTAS 2 Bahagian A 1. (a) (i) Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.


PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks W.M: RM20.95 / E.M: RM21.95 KC118064 ISBN: 978-629-470-437-4 SPM REVISI CEPAT Bahasa Melayu English Matematik Mathematics Sains Science Sejarah Pendidikan Islam Biologi Biology Fizik Physics Kimia Chemistry Matematik Tambahan Additional Mathematics Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek. Nota Padat Praktis Formatif Praktis SPM Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap Kertas Penilaian Tingkatan 4 Kertas Model SPM Jawapan Info, Audio, Video & Kuiz Kod QR Beli eBook di sini! Imbas, daftar dan masukkan Enrolment Key. Tingkatan 4 #j@8EYNV Tingkatan 5 Qj4G%fgK Cara Mengakses Cara Mengakses Kuiz MCQ


Click to View FlipBook Version