The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-02-26 01:53:32

Ranger SPM 2024 Bahasa Melayu

Harga - WM:RM19.95 EM:RM20.95

BAHASA MELAYU Najihah Ahmad Khairil Izwan Azahar Bahari (Penulis Buku Teks) SPM REVISI CEPAT PELANGI ONLINE TEST PELANGI ONLINE TEST 4 5 KSSM TINGKATAN Bonus AUDIO Teks Mendengar IMBAS KUIZ UNTUK JAWAPAN PELANGI


1 BAB Karangan Respons Terhad 1 1.1 Panduan Umum 2 1.2 Panduan Menjawab 2 Praktis SPM 12 2 BAB Karangan Respons Terbuka 14 2.1 Panduan Umum 15 2.2 Panduan Menjawab 16 2.3 Surat Kiriman Rasmi 16 2.4 Surat Kiriman Tidak Rasmi 19 2.5 Wawancara/ Temu Ramah/ Dialog 22 2.6 Perbahasan 24 2.7 Laporan 27 2.8 Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/ Taklimat 29 2.9 Berita/ Rencana Akhbar 31 2.10 Fakta 33 2.11 Pendapat/ Perbincangan 35 2.12 Ulasan 38 2.13 Peribahasa/ Cogan Kata 39 Praktis SPM 42 3 BAB Sistem dan Aplikasi Bahasa 53 3.1 Morfologi 54 3.2 Sintaksis 61 3.3 Penyuntingan 66 3.4 Bahasa Melayu Standard 72 3.5 Peribahasa 73 Praktis SPM 76 4 BAB Pemahaman 84 4.1 Pemahaman Umum 85 4.2 Pemahaman Petikan Sastera 88 Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul – Tingkatan 4 89 Analisis Puisi Tradisional 89 Syair Bidasari 89 Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 91 Analisis Puisi Moden 92 Sang Gembala Kuda 92 Aku Membaca Lagi 94 www.sibermerdeka.com.my 95 Gelanggang 97 Analisis Prosa Tradisional 98 Kepimpinan Melalui Teladan 98 Analisis Cerpen 101 Kaduk, Ayam dan Raja 101 Munsyi 104 Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 107 iii


Analisis Drama 111 Berkhidmat untuk Negara 111 Antologi Sejadah Rindu – Tingkatan 5 114 Analisis Puisi Tradisional 114 Beberapa Petua Hidup 114 Berbuat Istana Zaman Dahulu 117 Analisis Puisi Moden 118 Sejadah Rindu 118 Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus 120 Erti Hidup Bererti 122 Kudup Perang 123 Analisis Prosa Tradisional 125 Burung Terbang Dipipiskan Lada 125 Analisis Cerpen 129 Cinta Ahmad Mutawakkil 129 Hipertensi 134 Gerhana Manusia 137 Analisis Drama 141 Bukan Gila 141 4.3 Pemahaman Novel 147 Analisis Novel Tingkatan 4 148 Jendela Menghadap Jalan 148 Leftenan Adnan Wira Bangsa 155 Di Sebalik Dinara 162 Pantai Kasih 169 Analisis Novel Tingkatan 5 175 Songket Berbenang Emas 175 Tirani 183 Bimasakti Menari 190 Silir Daksina 198 Praktis SPM 208 5 BAB Rumusan 219 5.1 Panduan Umum 220 5.2 Panduan Membuat Rumusan 220 Praktis SPM 225 6 BAB Lisan Bertutur 233 6.1 Panduan Umum 234 6.2 Panduan Menjawab Bahagian A – Pentaksiran Individu 234 6.3 Panduan Menjawab Bahagian B – Pentaksiran Kumpulan 237 Praktis SPM 239 7 BAB Lisan Mendengar 245 7.1 Panduan Umum 246 7.2 Panduan Menjawab 246 Praktis SPM 251 Kertas Model SPM 1 255 Kertas Model SPM 2 267 Jawapan 279 Bahan Audio 308 iv


1 Bab Karangan Respons 1 Terhad BAB Peta Konsep 1 Kertas 1103/1 Bahagian A Bahan Rangsangan • Puisi • Poster • Petikan • Catatan • Gambar • Ilustrasi kartun • Gambar rajah • E-mel • Iklan • Jadual Tema/ Isu • Alam Sekitar dan Teknologi Hijau • Keselamatan • Bahasa dan Kesusasteraan • Kesihatan dan Kebersihan • Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan • Pelancongan • Pendidikan • Integriti • Pengangkutan • Jati Diri, Patriotisme, dan Kewarganegaraan • Pentadbiran dan Politik • Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika • Perindustrian • Kekeluargaan • Pertanian, Penternakan, dan Perikanan • Kemasyarakatan • Sejarah dan Warisan • Kerjaya • Sukan dan Rekreasi Masa yang dicadangkan : 30 minit Wajib menjawab satu soalan berdasarkan kepelbagaian bahan rangsangan yang diberikan Panjang karangan antara 150 hingga 200 patah perkataan Markah : 30 markah


1 Bab 1.1 Panduan Umum 1. Soalan karangan respons terhad terdiri daripada satu soalan sahaja dan wajib dijawab. 2. Markah untuk soalan karangan respons terhad ialah 30 markah dan cadangan masa yang diperuntukkan ialah 30 minit. 3. Panjang karangan hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 4. Bahan-bahan rangsangan yang diberikan terdiri daripada kombinasi antara petikan teks, puisi sama ada pantun, syair, sajak, atau lain-lain, gambar rajah sama ada jadual, graf, atau lain-lain, ilustrasi, iklan, poster, dan lain-lain yang membantu anda menulis karangan berdasarkan tema atau isu tertentu. 5. Karangan hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Pendahuluan (b) Isi-isi (c) Penutup 6. Untuk memperoleh markah yang baik, patuhilah aspek-aspek penilaian yang berikut: (a) Karangan bertepatan dengan tema atau isu dan memenuhi tugasan atau kehendak soalan, contohnya memberikan pendapat, menulis e-mel, menulis surat, dan lainlain. (b) Struktur ayat betul dan mudah difahami, tiada kesalahan tatabahasa, penggunaan kosa kata tepat dan luas, serta menggunakan penanda wacana yang sesuai. (c) Karangan diolah dengan menarik. (d) Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. (e) Menggunakan peribahasa, ungkapan menarik, atau kata-kata hikmat yang sesuai. 1.2 Panduan Menjawab 1. Lihat kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan yang diberikan dengan telitinya. Meskipun setiap bahan rangsangan mengandungi perkara dan skop yang berbeza, tetapi isu yang dikemukakan adalah sama. Anda harus memastikan perkara dan skop daripada setiap bahan rangsangan ada dinyatakan dalam soalan. 2. Baca dan telitilah arahan atau tugasan soalan. Pastikan kata kunci yang diberikan, seperti Huraikan pendapat anda …, Tulis sepucuk surat…, Sediakan resume diri …, Jawab e-mel …., dan sebagainya. 3. Catatkan isi-isi yang berkaitan dengan tajuk tersebut. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi. Mulakan dengan isi yang paling penting kepada isi yang kurang penting. Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 2


1 Bab 4. Bina rangka karangan anda mengikut susunan yang berikut: (a) Pendahuluan – Tulis ayat yang berkaitan dengan tajuk atau tema yang diberikan dalam soalan. (b) Isi-isi – Gunakan maklumat dalam setiap bahan rangsangan dan huraikan isi dengan jelas. Selitkan peribahasa, ungkapan menarik, atau kata-kata hikmat yang sesuai. (c) Penutup – Berikan penutup yang sesuai berdasarkan tugasan anda. 5. Semak karangan anda dari segi ejaan, tanda baca, imbuhan, ayat, dan bahasa. 1.3 Menghuraikan Pendapat 1. Dua atau tiga kombinasi bahan rangsangan diberikan berdasarkan tajuk atau tema karangan. 2. Anda dikehendaki untuk menghuraikan pendapat anda berdasarkan tajuk atau tema karangan tersebut dalam masa 30 minit. 3. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Contoh Mirip SPM Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ketagihan permainan video dalam talian terhadap remaja. Huraikan pendapat anda tentang ketagihan permainan video dalam talian terhadap remaja. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memandang serius isu yang dinamakan ‘gaming disorder’ ini. Kehidupan sosial mereka yang taasub bermain permainan video ini amat merisaukan kerana mereka kurang bergaul dengan dunia luar. Antara ciri pemain video ini ialah kecenderungan melakukan tingkah laku ganas, kekurangan empati, desensitisasi dengan tindakan ganas, dan kurang perasaan untuk membantu orang lain. Sumber: Astro Awani, 15 Disember 2018 Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 3


1 Bab Ketagihan Permainan Video Jejas Tumpuan Pelajar Ketagihan menyebabkan pemain mengalami tekanan, perubahan corak pemakanan dan tidur, kurang tumpuan semasa belajar ‘’ ‘’ Sumber: Berita Harian, 12 Jun 2020 Jawapan Sejak ledakan teknologi maklumat, kebanyakan remaja mempunyai telefon pintar yang dilengkapi Internet. Malah terdapat remaja yang tidak dapat berpisah dengan alat komunikasi tersebut. Mereka sudah ketagihan terutama terhadap permainan video dalam talian masa ini. Keasyikan bermain permainan ini membawa pelbagai kesan negatif kepada mereka. Ketagihan remaja dalam permainan video memberikan implikasi negatif terhadap kesihatan sekiranya dilakukan secara berlebihan. Mereka memperuntukkan masa yang lama untuk bermain sehingga tidak mengendahkan waktu makan, tidur, dan belajar. Mereka turut berhadapan dengan risiko rabun jauh kerana fokus antara mata dengan alat peranti itu terlalu dekat dan mata mereka terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan fokus terhadap permainan secara berterusan. Seterusnya, permainan video yang ganas dapat meningkatkan risiko tingkah laku agresif dalam kalangan remaja. Mereka terdorong untuk bertindak demikian kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik dan tidak dapat membezakan fantasi dengan realiti. Keganasan yang disimulasikan dapat mensensasikan remaja yang membawa kepada kesan yang tidak diingini. Di Rusia, ada satu kes yang melibatkan seorang remaja lelaki membunuh seorang wanita semata-mata kerana mahu merasai sendiri pengalaman membunuh di dunia nyata. Tindakannya itu ekoran pengaruh daripada permainan video yang mempunyai unsur ganas. Akhir sekali, para remaja tersebut juga kurang melibatkan diri dalam aktiviti luar. Mereka lebih gemar bersendirian untuk menghabiskan masa bermain permainan tersebut. Akibatnya, mereka tidak tahu bersosial dan berinteraksi dengan orang sekeliling secara berkesan. Implikasinya, mereka sering dianggap kera sumbang dan tidak mampu mengasah keyakinan diri untuk berkomunikasi di hadapan umum. Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 4


1 Bab Kesimpulannya, masalah ketagihan permainan video haruslah ditangani oleh remaja sendiri. Mereka haruslah menanam azam yang kuat untuk bebas daripada ketagihan permainan video. Perkara ini sudah pasti memerlukan sokongan dan kerjasama ibu bapa dengan memantau aktiviti anak remaja, bak kata orang ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Remaja yang merupakan aset negara haruslah bebas daripada gejala ketagihan ini kerana ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. 1.4 Surat Rasmi dan Surat Tidak Rasmi 1. Dua atau tiga kombinasi bahan rangsangan diberikan berdasarkan tajuk atau tema karangan. 2. Anda dikehendaki supaya menulis karangan surat rasmi atau surat tidak rasmi berdasarkan tajuk atau tema karangan tersebut dalam masa 30 minit. 3. Panjang surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 4. Anda mestilah menguasai format penulisan surat rasmi dan tidak rasmi. Markah akan ditolak sekiranya anda tidak mematuhi format tersebut. Contoh Mirip SPM Gambar dan maklumat di bawah ini menunjukkan masalah gangguan bekalan elektrik yang berlaku di tempat anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku dan cadangkan tindakan yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Lebih 15 000 orang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik Sumber: Harian Metro, 14 Januari 2020 Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 5


1 Bab Jawapan 21, Jalan Delima, Taman Delima Sakti, 51100 Setapak, Kuala Lumpur. _________________________________________________________ Pengurus, Tenaga Nasional Berhad, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad, 51100 Setapak, Kuala Lumpur. 12 DISEMBER 20XX. Tuan, Aduan tentang Masalah Gangguan Bekalan Elektrik Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya, Mohd Hafiz bin Zainudin mewakili penduduk Taman Delima Sakti ingin membuat aduan berkenaan dengan gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku di kawasan tempat tinggal kami. 3. Untuk pengetahuan tuan, gangguan bekalan elektrik ini mula berlaku sejak 2 Disember yang lalu. Gangguan ini berpunca daripada kerosakan kabel di Jalan Usahawan akibat kerja-kerja pengorekan oleh pihak ketiga. 4. Apabila bekalan elektrik terputus, kami terpaksa menunggu masa yang agak lama sebelum bekalan elektrik dipulihkan. Akibatnya, banyak kerja harian kami terganggu dan hal ini menimbulkan pelbagai masalah kepada kami. 5. Saya ingin mencadangkan pihak tuan sentiasa memantau kerja-kerja pengorekan agar bekalan elektrik tidak terputus dan mengambil inisiatif segera untuk memperbaik kabel yang rosak. Pihak tuan juga haruslah memastikan pihak ketiga merujuk pihak tuan terlebih dahulu sebelum membuat kerja pengorekan. 6. Kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Hafiz ............................................................... (MOHD. HAFIZ BIN ZAINUDIN) Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 6


1 Bab 1.5 Resume 1. Dua atau tiga kombinasi iklan diberikan. 2. Anda dikehendaki supaya menulis resume berdasarkan iklan-iklan tersebut dalam masa 30 minit. 3. Panjang resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 4. Anda mestilah menguasai format penulisan resume. Markah akan ditolak sekiranya anda tidak mematuhi format tersebut. Contoh Mirip SPM Iklan-iklan di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. GAJI KASAR ➙ RM2300 (Gaji + Elaun + Kerja lebih masa) KELAYAKAN √ Minimum diploma √ Lelaki/ Wanita berumur 22 hingga 35 tahun √ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan personaliti yang menyenangkan √ Mahir menggunakan komputer √ Berpengalaman dalam bidang khidmat pelanggan dan pemantauan berpusat adalah satu kelebihan √ Boleh bekerja syif dan lebih masa √ Memiliki lesen B2 dan kenderaan sendiri TANGGUNGJAWAB √ Membuat panggilan masuk dan keluar kepada pekerja dalaman dan pelanggan TEGUH BINA menawarkan jawatan sebagai PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN Sila hubungi AZMAN 0112345678 WATI 0129876543 JAWATAN KOSONG KELAYAKAN • Warganegara Malaysia • Berkelulusan diploma atau ijazah muda dalam bidang pengurusan pelancongan dari IPTA/ IPTS yang diiktiraf • Mempunyai kemahiran pengurusan dan operasi pelancongan, pemasaran, dan pembangunan produk • Dapat berkomunikasi dengan baik • Dapat memberi tunjuk ajar kepada orang bawahan dan bekerja dalam kumpulan • Boleh bekerja lebih masa dan hari cuti umum Pengurus Pusat Pelancongan Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Puan Rohayah (03-89223443) Tarikh tutup permohonan: 31 Mei 20XX Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 7


1 Bab Jawapan MOHAMAD ARIF BIN HASSAN Saya mempunyai perawakan yang menarik dan mesra. Saya memohon jawatan ini kerana sejak kecil saya bercita-cita untuk berkhidmat dalam bidang perkhidmatan pelanggan. MAKLUMAT PERIBADI Nama: Mohamad Arif bin Hassan Kad pengenalan: 970202-02-2251 Alamat: 560, Kampung Sungai Baru, Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Jantina: Laki-laki Agama: Islam Umur: 23 tahun Nombor telefon: 01967344221 E-mel: [email protected] PENGALAMAN KERJA Jurujual (Melayan pelanggan, menyediakan bil, mengira stok, dan mempromosikan produk) PASAR RAYA BILLION - 6 Bulan ..................................... ..................................... Penyambut tetamu (Menyambut tetamu/ pelanggan, menyediakan bil, dan mengambil tempahan) HOTEL GEMILANG - 1 Tahun 6 Bulan PENDIDIKAN 1. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA 2. Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA 3. Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Wakil sekolah dalam aktiviti sukan badminton peringkat daerah 2. Menyertai perkhemahan badan beruniform mewakili Persatuan Bomba 3. Wakil forum remaja bahasa Melayu peringkat daerah RUJUKAN Encik Khusairi bin Baharom Pengurus Hotel Gemilang, Alor Setar 01673450123 [email protected] KEMAHIRAN BAHASA Bahasa Melayu Pertuturan – Fasih Penulisan – Baik Bahasa Inggeris Pertuturan – Fasih Penulisan – Baik KEMAHIRAN KOMPUTER Microsoft Word – Cekap Excel – Cekap PowerPoint – Cekap KEKUATAN PERIBADI Saya mempunyai pengalaman dalam bidang perkhidmatan pelanggan di hotel dan pernah menjadi pelatih di hotel selama enam bulan. Saya seorang yang rajin dan komited ketika menjalankan tugas, gemar bekerja secara berpasukan, dan mampu bekerja tanpa penyeliaan daripada pihak atasan. INFO 1 Cara-cara Membuat Resume Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 8


1 Bab 1.6 E-mel 1. Dua e-mel diberikan. 2. Anda dikehendaki untuk membalas satu daripada dua e-mel tersebut dalam masa 30 minit. 3. Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. 4. Anda mestilah menguasai format penulisan e-mel. Markah akan ditolak sekiranya anda tidak mematuhi format tersebut. Contoh Mirip SPM Baca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan telitinya. Anda dikehendaki untuk menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. e-mel 1 Salam sejahtera. Apa khabar, Khairol? Doa dan harapan saya agar saudara sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Saya selalu mengikuti kandungan yang saudara persembahkan menerusi saluran Youtube saudara. Resipi masakan tersebut senang diikuti dan kebanyakannya menggunakan bahan yang mudah didapati dan murah. Saya juga telah mencuba beberapa resipi saudara. Saya gembira dan bersyukur kerana masakan saya itu menjadi. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara-cara untuk menjadi seorang penggiat Youtube seperti saudara dan manfaat yang diperoleh daripadanya. Saya berharap agar saudara dapat menjelaskan hal ini kepada saya. Sekian, terima kasih. Faiz Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Penggiat Youtube Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 9


1 Bab e-mel 2 Salam sejahtera, Fauziah. Apa khabar? Sudah lama kita tidak berhubung. Saya berharap agar kamu seisi keluarga sihat wal afiat hendaknya. Saya dan keluarga sihat sejahtera. Fauziah, Apakah kegiatan kamu semasa cuti sekolah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, selain mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)? Sepanjang pengetahuan saya, kamu ada membuat kraf tangan. Hal ini saya ketahui apabila melihat hasil-hasil kraf tangan yang kamu pamerkan dalam media sosial Instagram. Saya sangat tertarik melihat kerja tangan kamu itu. Apakah yang kamu lakukan dengan kraf tangan tersebut? Adakah sekadar mengisi masa lapang kamu atau kamu menjual kraf tangan itu? Apakah kebaikan yang kamu peroleh daripada aktiviti membuat kraf tangan tersebut? Saya berharap agar kamu sedia berkongsi maklumat tersebut dengan saya. Saya sudi menunggu balasan e-mel daripada kamu. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Amalina Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Hobi Membuat Kraf Tangan Jawapan Salam sejahtera, Saudara Faiz Umar. Maaf agak lewat membalas e-mel saudara. Semoga saudara dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Saya di sini sihat-sihat sahaja. Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Penggiat Youtube Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 10


1 Bab Saudara Faiz, Saya pun tidak menjangka bahawa saya akan menjadi seorang penggiat Youtube. Pada mulanya, saya hanya ingin merakamkan cara-cara memasak sesuatu menu untuk koleksi peribadi supaya saya senang merujuk video tersebut sekiranya ingin memasak menu yang sama lagi. Maklumlah mungkin saya terlupa cara-cara atau bahan-bahan yang digunakan semasa memasak menu tersebut. Pada masa yang sama, saya juga ingin berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang lain. Lama-kelamaan, aktiviti ini menjadi suatu perkara yang menyeronokkan pula, lebih-lebih lagi setelah menerima komen yang positif daripada penonton saluran Youtube saya itu. Menjawab persoalan saudara tentang cara-cara untuk menjadi seorang penggiat Youtube, langkah pertama ialah seseorang itu mestilah membuka akaun google, iaitu gmail dan mendaftar dengan akaun Youtube. Selepas itu, barulah fikirkan idea dan kandungan yang ingin disampaikan kepada penonton. Penonton video saya pada mulanya tidak banyak. Hal ini mungkin kerana banyak terdapat video tentang cara-cara memasak di saluran Youtube, namun akhirnya penonton bertambah dari sehari ke sehari. Kita juga mestilah mempunyai pengetahuan dalam membuat rakaman dan mengedit kandungan video, selain memiliki keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang baik untuk menyampaikan kandungan video kita itu kepada umum. Pada pendapat saya, keberanian dan keyakinan diri kita amat membantu dalam menarik perhatian penonton untuk menyaksikan persembahan video kita. Banyak manfaat yang saya peroleh apabila menjadi penggiat Youtube. Selain saya dapat menjanakan pendapatan, saya dapat membina jaringan komunikasi dengan penggiat Youtube yang lain serta para penonton. Jaringan komunikasi itu membolehkan kami saling bertukar idea dan ilmu pengetahuan. Malahan, fikiran saya sentiasa berfikir secara kreatif bagi meningkatkan mutu video dan persembahan saya. Semoga saudara berpuas hati dengan penjelasan saya. Sekiranya saudara berminat untuk menjadi penggiat Youtube, saya memberikan sokongan penuh kepada saudara. Saya berdoa agar apa-apa jua yang saudara cita-citakan akan tercapai dengan jayanya. Sekian, terima kasih. Salam daripada saya. Yang benar, Khairol Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 11


1 Bab Gambar dan maklumat di bawah ini merupakan sebahagian daripada penggunaan aplikasi TikTok yang kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang impak aplikasi TikTok kepada masyarakat di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PRAKTISSPM Praktis 1 Huraian Statistik Pengguna TikTok di Malaysia Mengikut Peringkat Umur Setakat Jun 2023 40 35 30 25 20 15 10 5 0 Bawah 19 26 33 40 46 dan 18 hingga hingga hingga hingga ke atas 25 32 39 46 Peringkat Umur Sumber: statista.com BERITA SETIAP DIMENSI Selasa, 23 Januari 2024 IMANDINA MOHD. SYAH, [email protected] TikTok Perlu Lebih Proaktif Mengekang Penyebaran Berita Palsu dan Unsur Pornografi – Muka 11 12


1 Bab Baca kedua-dua e-mel di bawah ini dengan telitinya. Anda dikehendaki untuk menjawab satu daripada e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. e-mel 1 Salam sejahtera, Apa khabar, sahabatku? Saya berharap agar kamu dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan ceria. Saya mendapat tahu bahawa kamu terpilih untuk mewakili sekolah pada peringkat negeri dalam pertandingan bola sepak bawah umur 18 tahun. Tahniah saya ucapkan. Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kamu sampai ke peringkat tersebut. Sudilah kamu menceritakan pengalaman tersebut kepada saya. Sahabatmu, Nazmi Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pengalaman Mewakili Pasukan Bola Sepak pada Peringkat Negeri e-mel 2 Salam sejahtera, sahabatku. Apa khabar? Semoga kamu dalam keadaan sihat sejahtera. Saya mendapat tahu bahawa kamu serta dua rakan lain telah tersesat di dalam hutan semasa ekspedisi mendaki Gunung Angsi menerusi kiriman status yang dimuat naik di aplikasi Facebook kamu. Saya berasa sungguh simpati. Sudilah kamu bercerita kepada saya tentang pengalaman kamu sesat di dalam hutan tersebut sehinggalah dijumpai oleh pasukan penyelamat. Sahabatmu, Nadia Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Pengalaman Sesat di Hutan Praktis 2 E-mel Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan Respons Terhad 13


255 Kertas Model SPM 1 Gambar dan maklumat di bawah ini berkaitan dilema murid lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Sebagai seorang murid yang telah mendapat tempat di salah sebuah pusat pengajian tinggi, tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk memohon bantuan kewangan pendidikan untuk membolehkan anda melanjutkan pelajaran. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. BERITA SEMASA Selasa, 23 Januari 2024 [email protected] Yuran Pengajian di Universiti Awam Tinggi? Kuala Lumpur – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa untuk mengkaji isu yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Yuran yang tinggi membebankan pelajar yang kurang berkemampuan. Yuran tersebut turut melibatkan caj lain misalnya asrama, fasiliti sukan, makmal, bilik kuliah, dan sebagainya. Tidak dinafikan, kos sara hidup yang kian meningkat hari ini menuntut ibu bapa menyediakan perbelanjaan harian yang lebih tinggi untuk anak-anak. KERTAS 1 Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B. BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] SPM 1 KERTAS MODEL


Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mempunyai empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding mata wang utama dunia seperti Dolar Amerika Syarikat (AS$) memberikan implikasi yang sangat negatif kepada ekonomi negara dan rakyat. Pensyarah Kanan Perbankan Islam dan Kewangan di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr. Mohd Faisol Ibrahim berkata, tidak dinafikan kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang dunia memberikan kesan baik kepada ekonomi negara tetapi keburukan kejatuhan nilai ringgit lebih besar berbanding dengan kebaikan. Sumber: MyMetro, Jun 2023 Berdasarkan maklumat di atas, kejatuhan nilai mata wang negara kita telah memberikan implikasi kepada ekonomi negara. Bincangkan. 2. Pelajar mempunyai alternatif lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, iaitu dengan memohon untuk menyambung pengajian di luar negara. Maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi luar negara boleh didapati melalui karnival-karnival pendidikan yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Selain itu, terdapat juga portal yang menawarkan informasi mengenai institusi atau universiti luar negara seperti Study in UK British Council, Study in Australia, Study in Germany, Study in Japan, dan sebagainya. Sumber: Laman web My Government Petikan di atas berkaitan alternatif untuk pelajar melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Saban tahun banyak pelajar di negara ini menyambung pelajaran ke luar negara. Bincangkan kebaikan belajar di luar negara. Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1 257 Kertas Model SPM 1


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1 259 Kertas Model SPM 1 KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan terhadap usaha untuk memajukan industri desa dalam kalangan bumiputera di negara ini. Kawasan luar bandar merupakan aset penting negara. Oleh yang demikian, usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan itu terus diberikan perhatian oleh kerajaan. Pihak kerajaan akan membantu para usahawan untuk mengembangkan industri desa menerusi bantuan pembangunan infrastruktur, modal, dan latihan yang berdaya maju. [8 markah] 2. Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis pola ayat yang lengkap bagi enam ayat yang anda pilih seperti yang berikut: Ayat: Pola ayat: Istilah kutu sering menimbulkan salah faham oleh kebanyakan orang. Kutu ialah sejenis serangga tetapi kutu bukan pepijat, kumbang, ataupun sengkenit. Kutu tergolong dalam order Phthiraptera. Phthiraptera ini mempunyai lebih kurang 5000 spesies. Kutu mempunyai saiz genom yang paling kecil dalam dunia serangga. Saiz kutu kecil. Kutu hidup di atas kepala dan badan manusia. Gigitan kutu dapat menyebabkan kegatalan dan alergi kulit. Kutu dijadikan sebagai model kepada penyelidikan genetik. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kutu Bantu Penyiasatan Kes Forensik’ oleh Heo Chong Chin, Dewan Kosmik, Jun 2019. [6 markah]


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1 261 Kertas Model SPM 1 4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Dipetik daripada prosa tradisional ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Sarimah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan untuk menemui suaminya. Suaminya kini ditahan oleh pihak polis atas kesalahan rasuah. Suaminya yang bekerja di sebuah syarikat itu telah disabitkan dengan kesalahan mengambil rasuah. Suaminya menyesal atas tindakannya itu, namun belukar sudah menjadi rimba. Sepatutnya dia berfikir dengan rasional dan menolak rasuah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. [6 markah] Bahagian B: Pemahaman [35 markah] 6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pembiakan aedes berpunca daripada bekas-bekas yang boleh menakung air yang lazimnya boleh dikitar semula. Bekas-bekas yang menakung air inilah punca pembiakan aedes dan boleh menyebabkan denggi. Oleh itu, kita harus melakukan pengasingan sisa pepejal. Pengasingan sisa yang bermula dari dapur ini dapat mengurangkan risiko penularan penyakit seperti leptospirosis, denggi, dan sebagainya yang berpunca daripada persekitaran yang tidak sanitasi. Amalan


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 1 265 Kertas Model SPM 1 Bahagian C: Rumusan [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Rakan atau kawan bermaksud insan yang rapat dengan kita. Rakan juga merupakan insan yang paling hampir dengan kita. Tanpa rakan, seseorang itu berada dalam kesunyian. Berkawan dengan rakan yang baik akan membawa kita ke arah kebaikan. Jika kita berkawan dengan rakan yang sebaliknya boleh membawa kita ke arah kehancuran. Oleh hal yang demikian, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Peranan rakan sebaya yang baik ialah membantu kita sewaktu menelaah pelajaran. Ketika menelaah pelajaran yang tidak difahami, kita dapat bertanya kepada rakan kita. Secara tidak langsung kita dapat memahami mata pelajaran tersebut dengan lebih mudah dan dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya. Kita juga bebas bersahabat dengan sesiapa sahaja tanpa mengenal bangsa dan agama. Setiap rakan pastinya memberikan kebaikan kepada kita. Contohnya, kita berkawan dengan murid berbangsa Cina yang mahir dalam subjek Bahasa Inggeris. Dengan persahabatan yang terjalin, kita tidak akan malu untuk belajar dan sahabat kita juga pasti mudah untuk mengajar kita. Hal ini dapat membantu kita memantapkan pengetahuan Bahasa Inggeris. Sementelahan itu, rakan sebaya juga berperanan untuk membantu kita sewaktu menghadapi kesukaran. Rakan yang baik akan membantu kita tidak kira dalam apa-apa keadaan sekalipun. Amalan bantu-membantu sesama rakan perlu disemai supaya ikatan persahabatan ini akan kekal sehingga akhir hayat. Hal ini diumpamakan bagai aur dengan tebing. Selain itu, rakan menjadi tempat untuk kita meluahkan isi hati kita. Hal ini dikatakan demikian kerana secara tidak langsung membolehkan kita menyelesaikan masalah dan kita akan berasa lebih tenang. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, pilihlah rakan sebaya yang baik serta elok budi pekerti dan bahasa supaya tidak terjerumus ke arah perkara yang negatif. Janganlah sudah terhantuk baru tengadah kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tiada gunanya lagi. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Rakan Sebaya’ oleh Nur Farhana Borhan, Dewan Sisiwa


267 Kertas Model SPM 2 KERTAS 2 Dua jam 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B. BAHAGIAN A [30 markah] [Masa dicadangkan: 30 minit] Petikan dan gambar di bawah ini menunjukkan maklumat berkaitan masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan di negara kita. Sebagai wartawan, anda dikehendaki untuk mewawancara seorang pegawai di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tentang cara mengatasi masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan di negara kita. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Jadilah Pengguna Bijak Harga Runcit RM46.00 Harga Runcit RM26.00 SPM 2 KERTAS MODEL


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2 269 Kertas Model SPM 2 Bahagian B [70 markah] Bahagian ini mempunyai empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) melalui anak syarikatnya PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB) bakal membangunkan 2 252 unit rumah idaman di mukim Rawang, Gombak. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata, projek bermula suku kedua tahun 2024 bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan 200 000 unit rumah mampu milik. Dijangka akan mengambil tempoh antara tiga hingga lima tahun untuk disiapkan, beliau berkata pembinaan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat operator terbesar pengangkutan bas awam, iaitu Epicon Berhad. Sumber: Portal Selangor Kini, December 2023 Berdasarkan maklumat di atas, setiap orang mengimpikan kawasan petempatan idaman untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri kawasan petempatan idaman anda. 2. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi gerak-geri anak-anak mereka bagi mengelakkan generasi muda terjebak dalam gejala sosial. Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka, Datuk Latipah Omar berkata, peranan ibu bapa penting kerana antara faktor utama berlakunya masalah sosial adalah disebabkan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, terutamanya didikan agama dan moral. Sumber: Laman Web My Government Petikan di atas berkaitan peranan ibu bapa dalam memastikan anak-anak terhindar daripada gejala sosial. Anda menyertai pertandingan pidato yang bertajuk “Ibu Bapa Memainkan Peranan Penting dalam Mencegah Anak-anak daripada Terlibat dalam Gejala Sosial.” Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2 271 Kertas Model SPM 2 KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan. Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa [35 markah] 1. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Ciptaan baharu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan menyelesaikan masalah pengguna. Konsepnya, kenderaan masa hadapan dicipta dengan berdasarkan keperluan dan penyelesaian masalah masa hadapan. Ciri-ciri kenderaan masa hadapan ialah boleh terbang dan tidak memerlukan kawasan yang luas untuk berlepas dan mendarat. Kenderaan tersebut berkelajuan tinggi di jalan raya, mewah, glamor, dan memanfaatkan teknologi hijau. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kenderaan Masa Hadapan’, Buku Teks Bahasa Melayu, Tingkatan 4 [8 markah] 2. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Adakah anda tahu bahawa hobi tertentu dapat menjadikan anda seorang yang bijak? Hobi tersebut temasuklah membaca dan bermain alat muzik. Jika anda gemar membaca buku, ilmu pengetahuan anda akan bertambah. Di samping itu, anda juga dapat mengupas isu-isu semasa. Hobi bermain alat muzik seperti piano atau gitar banyak. Anda dapat meningkatkan kecekapan jari anda bermain alat muzik. Anda juga dapat meningkatkan keyakinan diri demi menyerlahkan keterampilan diri. Malahan, kreativiti, fokus, dan memori anda juga akan turut meningkat. Oleh itu, milikilah hobi yang bermanfaat demi meningkatkan kebijaksanaan diri. [6 markah]


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2 273 Kertas Model SPM 2 4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan telitinya. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Dipetik daripada prosa tradisional ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia [4 markah] 5. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Sikap toleransi dan bekerjasama dalam kalangan rakyat amat penting kepada sesebuah negara. Sikap tersebut jika diamalkan dapat membangunkan negara ke arah kecemerlangan dan sebaliknya akan hancur jika diabaikan. Rakyat tidak sepatutnya mengutamakan hal-hal persendirian apabila negara berhadapan dengan masalah tanpa untuk menanganinya. Situasi begini sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa tetapi semua pihak akan kehilangan segala-galanya. [6 markah] Bahagian B: Pemahaman [35 markah] 6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Masalah utama pencemaran laut ialah pembuangan sampah seperti plastik, pembuangan sisa industri, dan tumpahan minyak. Tindakan ini mengganggu ekosistem di laut sekali gus membunuh habitat dan hidupan marin. Malahan, semua bahan buangan tersebut membantutkan kehidupan marin untuk membiak dan membesar.


Bahasa Melayu SPM Kertas Model SPM 2 277 Kertas Model SPM 2 Bahagian C: Rumusan [30 markah] 9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Filem pendek hasil usaha Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menampilkan pelakon Zahiril Adzim dan Mia Sara memberikan mesej kepada ibu bapa agar melibatkan diri sepenuhnya dalam kehidupan anak mereka. Kempen ini mampu mendidik masyarakat supaya berganding bahu dalam menangani masalah ini. Ibu bapa wajar memantau kehidupan anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan didikan agama secukupnya supaya anak-anak dapat membezakan perkara baik dan buruk. Penularan kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja, seperti yang ditayangkan dalam filem berkenaan berpunca daripada pergaulan rakan sebaya. Seterusnya, desakan hidup atau keinginan untuk memperoleh wang dengan cepat mungkin menjadi punca kepada remaja bertindak nakal. Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi remaja untuk berubah menjadi remaja “nakal”. Antaranya termasuklah tindakan media massa memaparkan filem yang mengandungi gejala tidak sihat atau berunsurkan keganasan remaja yang mengangkat watak remaja bermasalah sebagai “hero”. Secara tidak langsung, penonton yang terdiri dalam kalangan remaja menyalahtafsirkannya sebagai sesuatu yang positif dan tidak salah untuk diikuti. Teknologi di hujung jari kini menjadikan segalanya begitu mudah untuk diperoleh, termasuklah video lucah yang pastinya dapat meracuni fikiran remaja untuk melampiaskan nafsunya dengan cara yang salah seperti melakukan jenayah rogol. Selain itu, permainan video berkomputer yang melibatkan perlumbaan kereta dan motosikal, peperangan, atau perlawanan fizikal, mungkin menjadi pendorong kepada remaja untuk bersikap agresif dan mencuba perbuatan tersebut di dunia realiti seperti membentuk kumpulan samseng. Di samping itu, banyak terdapat novel cinta dan bahan bacaan yang mengetengahkan kegiatan seks luar nikah dan perhubungan sumbang. Hal ini seolah-olah telah berleluasa dan menjadi sebahagian daripada perlakuan normal masyarakat. Perbuatan sebegini jelas menunjukkan kurangnya didikan agama dan bimbingan ibu bapa terhadap remaja. Dengan pendidikan agama yang minima, remaja mudah tertarik oleh gaya hidup bebas. Dipetik dan diubah suai daripada “Remaja Nakal Tidak Perlu Disangkal” oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa


279 1 BAB Karangan Respons Terhad PRAKTISSPM Praktis 1 Pendahuluan: TikTok merupakan aplikasi media sosial yang kian diminati oleh generasi masa ini – Malaysia antara negara yang mempunyai pengguna TikTok yang ramai – penggunaan aplikasi TikTok memberikan kebaikan dan keburukan Isi-isi: Kebaikan (a) TikTok sebagai medium/ platform untuk menyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang – dapat berkongsi tip dalam bidang tertentu – berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan maklumat berguna – menjimatkan masa dan tenaga (b) dapat menjana pendapatan – mempromosikan dan menjual produk – di samping mempelajari selok-belok perniagaan – dimanfaatkan sebagai peluang kerjaya – meningkatkan taraf hidup Keburukan (c) penyebaran berita palsu – bukan semua kandungan yang disampaikan adalah benar – mungkin khabar angin atau berita palsu – menimbulkan fitnah – terdapat unsur pornografi yang tidak sesuai untuk golongan muda – mempengaruhi minda anak-anak – merosakkan imej seseorang – memberikan tekanan dan gangguan mental Penutup: pengguna aplikasi TikTok perlu bijak memilih kandungan yang boleh memberikan manfaat – pastikan maklumat yang dikongsikan melalui aplikasi ini berguna kepada pengguna lain Praktis 2 E-mel 1 Pendahuluan: bertanyakan khabar – mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar e-mel Isi-isi: (a) menyatakan minat terhadap sukan bola sepak sejak sekolah rendah – mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah pada peringkat daerah – menyihatkan badan di samping melakukan hobi pada waktu lapang (b) pengalaman pada peringkat sekolah rendah memberikan motivasi untuk terus maju – menyambung minat dalam sukan bola sepak di sekolah menengah – menyertai dan mewakili pasukan bola sepak sekolah – memenangi beberapa pertandingan – terpilih untuk mewakili peringkat daerah – permainan semakin mantap – terpilih mewakili peringkat negeri (c) bermain di posisi penyerang – berhasil menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan – berasa sangat seronok dan teruja – berazam untuk terus berjaya dalam dunia bola sepak – semasa mewakili pasukan negeri, kami ditempatkan di kem latihan – menjalani latihan pada setiap hari – jurulatih yang berkaliber Penutup: berharap agar dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan – mendoakan kejayaan – terus berjaya dalam sukan bola sepak – semoga pengalaman tersebut dapat memberikan motivasi kepada rakan yang berminat dalam sukan bola sepak – ucapan terima kasih E-mel 2 Pendahuluan: bertanyakan khabar – mengucapkan terima kasih kerana sudi menghantar e-mel Isi-isi: (a) kejadian berlaku ketika pasukan ekspedisi bersiapsiap untuk turun dari Gunung Angsi setelah berjaya menawan puncak gunung itu – saya dan dua orang rakan terpisah daripada kelompok ekspedisi – leka melihat bunga-bungaan dan pokok yang indah di sekitar kawasan tersebut – menyedarinya setelah terpisah jauh daripada kelompok tersebut (b) mencuba untuk berpatah balik – semakin tersesat jauh ke dalam hutan – berasa sungguh panik, takut, dan seram – pelbagai perasaan bermain di fikiran – mencuba untuk memberanikan diri untuk terus berjalan mencari jalan keluar – mengikut arah aliran sungai supaya kami mendapat bekalan air (c) lima hari kami tersesat di dalam hutan tersebut – kami hanya bergantung kepada bekalan roti yang ada di dalam beg sandang dan bekalan air sungai – ditemui oleh pasukan penyelamat – berasa gembira dan bersyukur kerana dapat pulang ke rumah Penutup: pengalaman sesat di dalam hutan memberikan pengajaran agar sentiasa mematuhi arahan dan berwaspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan – pengalaman yang tidak akan dilupakan – ucapan terima kasih


Bahasa Melayu SPM Jawapan 280 2 BAB Karangan Respons Terbuka PRAKTISSPM Praktis 1 Surat Kiriman Rasmi 1. Pendahuluan: alamat pengirim, alamat penerima, dan tarikh – kata panggilan hormat penerima – menyatakan tajuk surat Isi-isi: (a) menyatakan tujuan menulis surat kepada pihak berkenaan – memohon untuk memperbaiki dan melengkapkan prasarana di taman rekreasi di tempat tinggal anda (b) menyatakan keadaan peralatan di taman rekreasi yang uzur dan rosak – kebanyakan peralatan permainan dan senaman rosak dan berkarat (c) kemudahan di taman rekreasi tidak diselenggara – berbahaya dan tidak selamat untuk digunakan – terpaksa beriadah di taman rekreasi lain yang berada jauh daripada tempat tinggal (d) hiasan landskap tidak bersesuaian – terdapat pokok-pokok lama yang besar dan berakar – banyak pokok besar yang sudah mati – mengundang bahaya dan kecederaan kepada pengunjung (e) taman rekreasi terbiar – sepi tanpa pengunjung – penduduk tidak menggunakannya – khuatir akan menjadi lokasi mat gian menghisap dadah Penutup: berharap agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera – memperbaiki dan melengkapkan taman rekreasi – selamat dan selesa untuk para pengunjung 2. Pendahuluan: alamat pengirim, alamat penerima, dan tarikh – kata panggilan hormat penerima – menyatakan tajuk surat Isi-isi: (a) menyatakan tujuan menulis surat – menjemput wakil pegawai perubatan yang bertauliah bagi menyampaikan ceramah kepada murid-murid – menyatakan tajuk ceramah – kesan perubahan cuaca kepada masyarakat dan persekitaran serta langkah untuk mengatasinya (b) menyatakan maklumat dan butir-butir program – tarikh, masa, tempat, dan bilangan murid yang akan menyertai program tersebut (c) memberikan ceramah bagi memupuk kesedaran murid – menasihati murid supaya menjaga kesihatan – banyak minum air putih – mengelakkan diri terhidrat (d) berharap agar maklumat yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada muridmurid dan guru-guru – berkongsi maklumat dengan ahli keluarga (e) menyeru murid-murid supaya bijak menangani situasi cuaca panas yang melampau – mengamalkan tip-tip yang diberikan – supaya badan kekal sihat – dapat belajar dengan selesa Penutup: berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat menyalurkan maklumat – tindakan yang perlu diambil dari semasa ke semasa – menghadapi perubahan cuaca Praktis 2 Surat Kiriman Tidak Rasmi 1. Pendahuluan: alamat pengirim, tarikh, bertanyakan khabar – menyatakan cita-cita anda untuk menjadi seorang wartawan Isi-isi: (a) menjelaskan skop kerja seorang wartawan – tugas yang sangat mencabar – mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, trend, dan isu-isu yang relevan (b) pernah menjadi wartawan untuk majalah sekolah – seronok melakukan tugas tersebut – ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kewartawanan – suka akan cabaran – berusaha untuk mencapai citacita (c) menyatakan kriteria untuk menjadi seorang wartawan – mempunyai kemahiran berbahasa – melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum melaporkan sebarang berita – memastikan kesahihan sesuatu berita – seseorang wartawan juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan berkesan – mematuhi etika kewartawanan (d) menyatakan cabaran yang dihadapi oleh seorang wartawan – menghadapi tugas yang mencabar untuk mendapatkan maklumat di lokasi kejadian – di medan perang atau jenayah (e) berani menghadapi risiko – mendapat ancaman daripada pihak tertentu yang tidak mahu wartawan membuat liputan berita – berkorban demi mengumpulkan maklumat yang benar – mengelakkan maklumat palsu Penutup: berharap agar pengalaman tersebut dapat mencetuskan motivasi kepada rakan – sehingga berjumpa dalam lembaran yang akan datang 2. Pendahuluan: alamat pengirim, tarikh, bertanyakan khabar – berharap agar rakan dan keluarga berada dalam keadaan sihat


308 TRACK 1 Petikan Cerpen Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul “Pandai juga orang Turki ni. Dia tak suruh kita bertiga cuba. Maklumlah kita tembam-tembam. Mau rabak jaket tu,” tambah Hajah Zalehon sambil ketawa berderaiderai. Aku turut tersenyum. Entah kerana ingin mengambil hati kawan-kawan atau rasa terhutang budi kerana secawan teh epal, aku akhirnya berkata, “Let me try”. Pekedai Turki berkumis rapi itu kelihatan begitu gembira. Matanya bercahayacahaya. Dia cuba membantu aku menanggalkan jaket yang kupakai. Aku segera menolak. Sebenarnya aku mengenakan baju-T berleher tinggi yang agak lusuh di sebelah dalam. Baju itu sebenarnya cukup selesa dipakai pada musim sejuk di rantau orang. Selesa di badan tidak semestinya selesa di mata orang. Aku tidak mahu menjatuhkan imej rakyat Malaysia di mata peniaga jaket kulit Turki itu. Apatah lagi untuk membiarkan mereka tahu bahawa baju-T lusuh itu juga kubeli dari kedai menjual pakaian terpakai. Mujurlah jaket kulit bersaiz M itu agak longgar. Barangkali saiz M untuk wanita Eropah yang lazimnya bertubuh tinggi besar. Walaupun aku mengenakannya bersamasama dengan jaket kain dan baju-T tebalku, namun jaket kulit itu kelihatan begitu terletak. Aku hampir tertipu dengan pantulan imejku di cermin kedai. Imej seorang wanita Melayu yang nampak begitu anggun, mewah dan bergaya. “You look! I have said before. You like an artist! Wonderful!” puji pekedai itu sambil bertepuk tangan. “Yalah, cantik jaket tu. Berapa harganya?” tanya Kak Chah. “Saya bukan nak beli. Orang dah bagi, saya cubalah. Dapat juga jadi model sekejap,” balasku sambil ketawa. Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Cerpen) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. BAHAN AUDIO


Bahasa Melayu SPM Bahan Audio 309 TRACK 2 Petikan Umum Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar petikan umum berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Rumah Terbuka Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apabila tiba sahaja musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Hari Natal, Tadau Kaamatan, dan Hari Gawai, masyarakat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka yang diadakan oleh jiran tetangga, pihak kerajaan tempatan, mahupun mengunjungi rumah terbuka yang diadakan pada peringkat negara atau peringkat kebangsaan. Rumah terbuka ini diadakan untuk menerima tetamu berkunjung ke rumah sempena sambutan perayaan yang diraikan pada satu masa yang ditetapkan. Tuan rumah akan memilih satu hari yang ditetapkan untuk mengadakan rumah terbuka bagi meraikan tetamu dan jiran tetangga serta rakan taulan, jauh dan dekat. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu tetamu yang diundang. Selain itu, rumah terbuka ini juga bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa tuan rumah. Tuan rumah menyediakan jamuan secara serentak untuk para tetamu. Berbanding dengan adat kunjungan terbuka yang diamalkan sebelum ini, iaitu tetamu boleh berkunjung pada bila-bila masa sepanjang tempoh perayaan tersebut. Kekangan tugas menyebabkan masyarakat tidak ada masa untuk menerima tetamu tanpa masa yang ditentukan. Pada asasnya, rumah terbuka sekadar untuk mengumpulkan sanak saudara, rakan-rakan, dan jiran tetangga. Namun begitu, tradisi ini dapat juga mengeratkan hubungan persaudaraan atau mengukuhkan perpaduan tanpa mengira kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana, pertemuan ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk beramah mesra dan bercerita tentang perkembangan terkini antara satu sama lain. Di samping itu, amalan rumah terbuka ini juga dapat menyaksikan dan memahami budaya masyarakat lain, makanan tradisi, pakaian, dan amalan mulia yang menjadi budaya setiap kaum di negara ini. Dengan itu, secara tidak langsung, rumah terbuka ini dapat mendidik jiwa masyarakat pelbagai kaum ini untuk menerima kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan umum akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Umum) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks W.M: RM19.95 / E.M: RM20.95 KC118014 ISBN: 978-629-470-459-6 SPM REVISI CEPAT Bahasa Melayu English Matematik Mathematics Sains Science Sejarah Pendidikan Islam Biologi Biology Fizik Physics Kimia Chemistry Matematik Tambahan Additional Mathematics Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek. Nota Padat KBAT & i-THINK Praktis Berformat SPM Kertas Model SPM Jawapan Info, Audio, Video & Kuiz Kod QR Imbas, daftar dan masukkan Enrolment Key. Tingkatan 4 S43@QRfB Tingkatan 5 zB@3L^%V Cara Mengakses Kuiz MCQ Beli eBook di sini!


Click to View FlipBook Version