CVR_Top Class KSSM Bahasa Melayu (2021) Tingkatan 5-Edisi Guru.pdf 1 30/11/2020 1:47 PM
Tingkatan IC095011S
CLASS 5 5 KSSM
5
KSSM
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Top Class KSSM - Sumber bahan latihan berkualiti ke arah prestasi CLASS
unggul dalam peperiksaan sekolah dan SPM. Termuat dengan ciri-ciri
menarik serta pelbagai inisiatif digital ke arah pembelajaran abad ke-21.
Ciri-ciri Istimewa: JUDUL-JUDUL TOP KSSM: 3 4 5 CLASS
Subjek / Tingkatan 1 2
Nota Terancang Bahasa Melayu
Nota Terancang
Nota Terancang
English
Praktis SPM Bahasa Cina
Praktis SPM
Praktis SPM
5 5
Kod Mathematics / Matematik Tingkatan
QR
PAK-21 dalam Kod QR
PAK-21 dalam Kod QR Additional Mathematics / Matematik Tambahan Bahasa Melayu
PAK-21 dalam Kod QR
Biology / Biologi 5
KSSM
Kertas Model SPM Physics / Fizik KSSM
Kertas Model SPM
Kertas Model SPM
Chemistry / Kimia Edisi Guru
Jawapan Lengkap
Jawapan Lengkap Science / Sains
Jawapan Lengkap
Kod
Nota Bonus Peribahasa dan QR Geografi
Nota Bonus Peribahasa dan
Nota Bonus Peribahasa dan
Sejarah
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
Bahasa Melayu
Kod Pendidikan Islam
QR Ekonomi Bahasa Melayu
Modul Literasi Sivik
Modul Literasi Sivik
Modul Literasi Sivik
Prinsip Perakaunan
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE Perniagaan Tingkatan 5 Hazama Harun
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE
www.epelangi.com Khairil Izwan
www.epelangi.com
www.epelangi.com
Rakaman Audio untuk Aktiviti Mendengar
Teks Mendengar Alshaa Rani Ab
Praktis Topikal Wahab
Praktis SPM
www.PelangiBooks.com PAK-21
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • Pakej PdPR
W.M: RM11.35 / E.M: RM11.65 KBAT/i-THINK Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
IC095011S
ISBN: 978-967-2907-74-9 Rekod Pencapaian Lembaran PBD
Info Video Online Quick Quiz
Lengkap dengan Lembaran PBD Modul Literasi Sivik
untuk memenuhi keperluan Kertas Model SPM
Pentaksiran Bilik Darjah
Perbandingan SPM Bahasa Melayu 2000 dengan 2001
SPM BM 2000 SPM 2021
KERTAS 1 KERTAS 1
Ada 2 bahagian: Ada 2 bahagian:
• Bahagian A • Bahagian A
→ 1 soalan karangan berpandukan bahan → 1 soalan karangan kombinasi kepelbagaian
rangsangan (1 bahan ) bahan rangsangan (2 bahan atau lebih)
→ Wajib dijawab → Wajib dijawab
→ Markah: 30 → Markah: 30
• Bahagian B • Bahagian B
→ 5 soalan karangan umum → 4 soalan karangan umum
→ Wajib jawab 1 soalan *Setiap soalan disertakan petikan
→ Markah: 100 * Setiap soalan dinyatakan domain
→ Wajib jawab 1 soalan
→ Markah: 70
Jumlah markah: 130 Jumlah markah: 100
Masa: 2 jam 15 minit Masa: 2 jam
KERTAS 2 KERTAS 2
Ada 4 soalan: Ada 3 bahagian:
• Soalan 1 • Bahagian A
→ Soalan Rumusan ( 1 bahan – Teks) → Sistem dan Aplikasi Bahasa:
→ Markah: 30 (i) Morfologi
(ii) Sintaksis
(iii) Penyuntingan
• Soalan 2 (iv) Bahasa melayu standard
→ Soalan Pemahaman (v) Peribahasa
(a) Petikan Umum → 5 soalan
(b) Petikan Cerpen / Drama → Markah: 35
(c) Petikan Prosa Tradisional
(d) Petikan Puisi
→ Markah: 35
• Bahagian B
→ Pemahaman:
• Soalan 3 (i) Petikan umum ( 2 petikan)
→ Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Sistem (ii) Petikan sastera (3 petkan)
Bahasa (iii) Novel
(a) Morfologi
(b) Sintaksis → 3 soalan
(c) Sistem Ejaan → Markah: 35
(d) Kosa Kata dan Istilah
(e) Peribahasa
→ Markah: 30
• Soalan 3 • Bahagian C
→ Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Sistem → Rumusan (2 bahan : Teks dan Grafik)
Bahasa → 1 soalan
(a) Morfologi → Markah: 30
(b) Sintaksis
(c) Sistem Ejaan
(d) Kosa Kata dan Istilah
(e) Peribahasa
→ Markah: 30
• Soalan 4
→ Soalan Novel
→ Markah: 15
Jumlah markah: 110 Jumlah markah: 100
Masa: 2 jam 30 minit Masa: 2 jam 30 minit
Semua soalan wajib dijawab Semua soalan wajib dijawab (9 soalan)
Kandungan
Akan ditukar mengikut tema dan tajuk Buku
Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 baharu
Rekod Pencapaian Pentaksiran Murid iii – iv Praktis Berformat SPM
Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Karangan Berdasarkan Kombinasi
1 Bahan Rangsangan 42
TEMA Merealisasikan Impian 1
1
Aktiviti PAK-21 4 2 Karangan Esei 54
TEMA Memetik Bintang 5
2
3 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 119
Aktiviti PAK-21 7
TEMA A Morfologi 120
3 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah 9 B Sintaksis 124
C Sistem Ejaan dan Penggunaan Imbuhan 128
Online Quick Quiz 1 12 D Penggunaan Kata atau Istilah dan
TEMA Tatabahasa 131
4 Memacu Produktiviti 13 E Peribahasa 134
TEMA 4 Pemahaman 105
5 Demi Kedamaian 17 A Pemahaman Petikan Umum 106
B Pemahaman Petikan Sastera 109
Online Quick Quiz 2 20
C Pemahaman Novel 110
TEMA
6 Sayangi Malaysiaku 21
5 Rumusan 78
Aktiviti PAK-21 23
TEMA
7 Bahasa Bugar, Sastera Kekar 25 Pentaksiran Akhir Tahun 155
Jawapan J1 – J34
Aktiviti PAK-21 27
Online Quick Quiz 3 28
TEMA
8 Asli dan Kontemporari 29 Jawapan
Aktiviti PAK-21 32
Online Quick Quiz 4 32
TEMA
9 Sihat dan Bersih Pilihanku 33 Lembaran PBD Bab 1 - Bab 10
Aktiviti PAK-21 36
TEMA
10 Dipimpin untuk Memimpin 37 Modul Literasi Sivik dalam B. Melayu
Aktiviti PAK-21 37 untuk edisi guru sahaja (cyan)
Online Quick Quiz 5 40
ii
Bab 2 - pengemaskinian bab
Setiap soalan karangan diberikan petikan.
BAB 1 2 Perubahan pada bilangan patah perkataan
Setiap soalan ditandakan dengan domain.
Format lama - (lebih 350 patah perkataan)
Format baharu - (antara 350 hingga 500 patah
Karangan Esei
perkataan)
Perubahan dari segi bilangan soalan
Informasi tentang Format lama - (5 soalan jawab 1 soalan)
keperluan peperiksaan Format baharu - (4 soalan jawab 1 soalan)
SPM terkini (2021)
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
Bahagian B • Menulis sebuah karangan daripada empat soalan yang 100 markah /
[Kertas 1] diberikan. 1 jam 30 minit
• Soalan-soalan ini terdiri daripada empat domain, iaitu:
– awam
– peribadi
– pendidikan
– kerjaya
• Antara jenis karangan seperti:
– surat kiriman rasmi – wawancara / dialog
– surat kiriman tidak rasmi – ucapan / syarahan / ceramah
– laporan – gambaran / keperihalan
– berita / rencana akhbar – cereka / pengalaman / imaginasi
– fakta – peribahasa / cogan kata
• Panjang karangan hendaklah antara 350 hingga 500 patah
perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca dan telitilah arahan soalan. Pilihlah soalan yang anda benar-benar faham akan
maksud dan kehendaknya.
2. Bina rangka karangan yang secara amnya mengandungi:
(a) Pendahuluan – Ditulis dalam satu perenggan.
(b) Isi-isi – Sekurang-kurangnya tiga isi utama.
(c) Penutup – Cadangan atau pandangan untuk menyimpulkan idea.
3. Pendahuluan yang dibina hendaklah menarik supaya menambahkan minat pemeriksa
terhadap karangan yang anda tulis. Pendahuluan boleh terdiri daripada jenis definisi,
pendapat, peribahasa, suasana, persoalan, atau sejarah.
4. Pastikan isi karangan anda mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Selain itu,
anda digalakkan agar menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau
majalah.
5. Bagi karangan berformat khusus, patuhilah format yang sebenar agar anda tidak
kehilangan markah.
6. Gunakan bahasa yang gramatis, kosa kata yang tepat dan luas, ragam ayat yang bervariasi,
serta peribahasa atau ungkapan yang menarik.
9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
Sumber petikan
A Surat Kiriman Rasmi
Sebut sahaja lawatan sambil belajar, sudah pasti aktiviti di luar bilik darjah itu menimbulkan
keterujaan kepada setiap murid yang menyertainya.
Walaupun lawatan itu bersifat lebih santai, namun banyak pengalaman yang dapat diperoleh
daripada aktiviti ini kerana murid bukan sekadar berjalan-jalan dan bersuka ria, malah dapat
menimba banyak ilmu baharu.
Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Lawatan sambil Belajar”,
oleh Maria Uffa Zulkafeli, 8 April 2019, Berita Harian
Model Karangan
Petikan akhbar di atas menerangkan manfaat lawatan sambil belajar kepada murid-murid. Andaikan anda
sebagai setiausaha kelab reka cipta sekolah, anda ditugaskan untuk menulis sepucuk surat kepada sebuah
institusi pengajian bagi mengadakan lawatan sambil belajar.
Tulis surat anda selengkapnya. Domain: Pendidikan Domain pembelajaran
Rangka Karangan
Pendahuluan: nama dan alamat pengirim – nama dan alamat penerima – tarikh – tajuk surat
Perenggan / Isi Huraian Contoh
1 / makluman tujuan maklumat asas lawatan – tarikh, hari, masa, dan bilangan
menulis surat menyatakan butiran lawatan peserta lawatan serta bilangan
guru pengiring
2 / tujuan lawatan bertukar-tukar pengetahuan ilmu tentang robotik
diadakan tentang reka cipta –
menambahkan ilmu
pengetahuan
3 / persiapan untuk berhasrat merangkul kejayaan – melantik pelatih dari kolej
menyertai pertandingan mengeratkan hubungan dengan sebagai mentor dalam usaha
di peringkat daerah, pelatih kolej mencipta robot-robot bagi
negeri, dan kebangsaan menyertai pertandingan
4 / ahli kelab sangat sanggup menggunakan wang membeli alat-alat elektronik dan
berminat akan reka saku – membina robotik bahan-bahan bacaan tentang
cipta daripada bahan-bahan kitar robotik
semula
5 / berharap agar memberikan maklum balas
dibenarkan mengadakan dengan segera – memudahkan
lawatan persiapan dilakukan – akan
–
terus mengadakan jalinan
persahabatan antara kelab reka
cipta dengan pihak institusi
Penutup: ucapan terima kasih – tandatangan, nama, dan jawatan pengirim
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
P erkasa
Perkasa KaranganKarangan
• Surat rasmi meliputi surat
Kelab Reka Cipta, aduan, rayuan, pesanan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri, permohonan, jemputan,
09600 Padang Serai, penjelasan tentang sesuatu
perkara, dan bantahan.
Kedah. • Mempunyai format khusus yang
_________________________________________________________ perlu dipatuhi.
Pengarah,
Kolej Kemahiran Tinggi Mara, • robotik – bidang sains yang
11000 Balik Pulau, berkaitan dengan reka bentuk,
Pulau Pinang. pembuatan, dan penggunaan
26 JUN 2021. robot
• mekatronik – teknologi
yang menggabungkan ilmu
Tuan, kejuruteraan mekanikal dengan
elektronik
Permohonan Lawatan sambil Belajar Kelab Reka Cipta • mentor – pembimbing atau
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri penasihat
• kreativiti – kemampuan
mencipta
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Reka • inovatif – bersifat inovasi
Cipta Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri ingin
memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa Kelab Reka Cipta sekolah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Balik Pulau. Pihak
pentadbiran sekolah juga telah bersetuju dengan cadangan lawatan yang akan diadakan ini.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa lawatan ini akan disertai oleh 40 orang murid dan diiringi
oleh tiga orang guru penasihat kelab reka cipta. Butiran lawatan adalah seperti yang berikut.
Tarikh : 15 Julai 2021
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
3. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi murid-murid pengetahuan dan bertukar-tukar
pengalaman dengan pelatih-pelatih kolej tentang ilmu robotik. Kami mengetahui bahawa
kolej tuan menawarkan jurusan mekatronik dan hal ini bermakna pelatih-pelatih ini mahir
tentang fungsi papan litar, cip elektronik, dan hal-hal yang berkaitan dengan robotik. Melalui
bacaan, saya pernah melihat pelatih-pelatih tuan telah menyertai pertandingan robotik antara
kolej kemahiran di seluruh negara dan telah meraih tempat pertama. Kejayaan pelatih tuan
mendorong kami untuk mengadakan lawatan ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang robotik tersebut.
4. Sebagai makluman, kelab kami akan menyertai pertandingan robotik peringkat daerah
yang akan diadakan pada bulan hadapan. Pemenang dalam pertandingan ini akan mewakili
daerah ke peringkat negeri dan seterusnya ke pertandingan pada peringkat kebangsaan yang
akan diadakan pada hujung bulan September nanti. Walaupun Kelab Reka Cipta sekolah
kami ini baru ditubuhkan, namun kami bercita-cita tinggi untuk merangkul kejayaan dalam
pertandingan tersebut. Kami amat berharap agar perkongsian ini akan membuahkan kejayaan
yang gemilang.
5. Lawatan ini diharap dapat mendedahkan keadaan sebenar tentang robotik yang telah
dihasilkan oleh pelatih kolej tuan kepada para peserta. Sebagai sebuah kelab di sekolah, sudah
tentu kami menghadapi pelbagai kekurangan seperti kemahiran dan peralatan. Kebanyakan
11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
ilmu yang kami peroleh hanyalah daripada bahan-bahan bacaan dan menonton klip-klip
video tentang robotik. Lawatan ini sudah tentu memberikan pengalaman yang amat berharga
kepada kami. Kami berharap agar hasil lawatan ini akan mengeratkan hubungan para pelatih
kolej dengan ahli-ahli kelab reka cipta sekolah kami. Kami juga bercadang untuk melantik
pelatih dari kolej tuan sebagai mentor dalam usaha kami mencipta robot-robot bagi menyertai
pertandingan nanti.
6. Kebanyakan murid yang menyertai Kelab Reka Cipta Sekolah ini amat berminat akan
reka cipta. Mereka sanggup mengeluarkan wang saku sendiri untuk membeli alat-alat
elektronik dan bahan-bahan bacaan tentang robotik. Selain itu, jika kekurangan wang dan
tiada peruntukan, mereka akan menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan
robot-robot. Kreativiti dan sikap inovatif mereka telah berjaya menghasilkan robot-robot kecil
yang dipamerkan di makmal fizik sekolah. Saya juga berharap lawatan ini akan menambahkan
minat para murid terhadap bidang robotik dan berusaha mendalami bidang teknologi yang
mempunyai masa hadapan yang cerah ini. Saya juga berharap pihak tuan dapat memberikan
penerangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di kolej ini dan syarat-syarat kemasukan
yang diperlukan bagi memberikan peluang kepada para murid memilih institusi ini untuk
melanjutkan pelajaran selepas tamat peperiksaan SPM nanti.
7. Akhir sekali, saya berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan sambil belajar
ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Jawapan segera daripada pihak tuan amat
dialu-alukan bagi memudahkan kami membuat persediaan sebelum lawatan tersebut diadakan.
Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,
Azira Atira
…………………………………….
(AZIRA ATIRA BINTI RAMLI)
Setiausaha Kelab Reka Cipta,
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mahsuri.
Praktis SPM 1
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1
Penduduk mendakwa, projek berkenaan memberi mereka masalah apabila lori yang keluar masuk
mengambil pasir itu menyebabkan debu yang teruk sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Wakil penduduk, Nik Mohd Kamal Husin, 49, berkata pihak kerajaan negeri sepatutnya boleh
menjangkakan situasi seperti itu akan menimpa penduduk sebelum mengambil langkah terbaik bagi
menangani perkara itu.
Dipetik daripada Berita Harian Online, Penduduk Gesa Kerajaan
Selesai Isu Korek Pasir, bharian.com.my
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
Petikan akhbar di atas menerangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk di suatu kawasan. Masalah yang
hampir sama turut berlaku di kawasan tempat tinggal anda, iaitu kerja-kerja pemindahan tanah untuk projek
pembangunan yang berhampiran kediaman anda banyak menimbulkan masalah kepada penduduk. Selaku wakil
penduduk, anda ingin mengemukakan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis surat tersebut selengkapnya. Domain: Awam
Soalan 2
Dewan orang ramai penting untuk dijadikan tempat perjumpaan umum dengan tujuan sosial,
keraian dan rekreasi.
Tanpa dewan, komuniti di satu-satu kawasan sukar untuk menjalankan aktiviti berbentuk
kemasyarakatan yang akan memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.
Dipetik daripada Dewan Muafakat Johor dibina di Kampung Bakar Batu,
bharian.com.my
Petikan akhbar di atas menerangkan kebaikan mempunyai dewan orang ramai dalam sesebuah petempatan. Selaku
penduduk yang prihatin, anda telah memohon agar pihak yang berkaitan membina sebuah dewan orang ramai
bagi kegunaan penduduk setempat.
Tulis surat tersebut selengkapnya. Domain: Awam
B Surat Kiriman Tidak Rasmi
Model Karangan
“Keluaran Kraf Tangan” bermaksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau
sebahagiannya pada kemahiran tangan termasuklah apa-apa keluaran seperti batik; dan “keluaran
batik” ertinya apa-apa barang yang mempunyai reka bentuk batik pada mana-mana bahagian barang
tersebut.
Aneka kraf memuatkan pelbagai hasil kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara, dan lain-
lain lagi. Yabg berikut merupakan contoh produk hasil aneka kraf, iaitu lukisan pisau palet, bunga
roti, lukisan gelas, bonsai tiruan, napkin kertas, lukisan fabrik, stencilling, rantai mutiara, kasut dan
beg manik serta gubahan hantaran.
Dipetik daripada Bidang Kraf,
kraftangan.gov.my
Petikan menerangkan maksud keluaran kraf tangan. Rakan pena anda ingin mengetahui barangan kraf tangan
yang diusahakan oleh masyarakat di tempat anda.
Tulis surat anda itu selengkapnya. Domain: Awam
13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
Rangka Karangan
Pendahuluan: alamat pengirim – tarikh – kata penghadapan surat dan panggilan hormat
Perenggan / Isi Huraian Contoh
1 / terdapat pelbagai kebanyakannya dibuat dengan kraf tangan yang popular
jenis kraf tangan menggunakan kemahiran tangan di tempat saya – berasaskan
– tenunan, siratan dan anyaman – bakul,
anyaman, raga, serkap, dan bubu
barangan seramik,
dan lukisan batik
2 / hasil kerja zaman dahulu – bahan kegunaan dianyam dalam bentuk
yang unik – harian – zaman kini – dijadikan pelbagai corak dan kelarai
memerlukan perhiasan yang menarik
kemahiran yang
tinggi – diwarisi
secara turun-
temurun
3 / mengalami penggunaan teknologi moden – tidak lagi berorientasikan
anjakan bantuan mesin – bahan mentah seperti perusahaan keluarga atau
paradigma – telah buluh dan rotan ditanam milik masyarakat tertentu
dikomersialkan
4 / bantuan kewangan kaedah bayaran yang kompetitif – tidak membesarkan premis –
daripada pihak membebankan pengusaha membeli mesin dan bahan
kerajaan dan bank mentah
5 / sumber galeri dan premis jualan kraf tangan cenderamata kenang-
pendapatan – – lokasi pelancongan – pusat bandar – kenangan – hadiah kepada
tarikan pelancong dijual secara dalam talian rakan-rakan
Penutup: menjemput rakan datang ke rumah pada musim cuti nanti – melihat cara-cara membuat
seni kraf tangan secara langsung – contoh-contoh seni kraf tangan boleh dilihat di laman web –
tandatangan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
P erkasa
Perkasa KaranganKarangan
• Surat tidak rasmi meliputi surat
176, Kampung kepada keluarga, saudara-mara,
Sera, dan sahabat handai.
Jalan Batu Lima, • Kandungan surat bersifat
peribadi.
08200 Sik, • Mempunyai format khusus yang
Kedah Darul perlu dipatuhi.
Aman.
17 Jun 2019. • popular – terkenal
• unik – istimewa/ luar biasa
Menemui sahabatku, Zamzuri yang berada di Brunei, • inovasi – kaedah baharu
semoga sihat sejahtera bersama-sama keluarga tersayang.
Sahabatku,
Saya telah menerima surat saudara tiga hari yang lepas semasa pulang dari sebuah pekan
kecil yang terletak di pinggir bandar ini. Untuk pengetahuan saudara, terdapat pelbagai jenis kraf
tangan yang dihasilkan di negara saya. Antaranya, tenunan, anyaman, barangan seramik, dan
lukisan batik. Kebanyakan produk kraf tangan ini masih dibuat dengan menggunakan kemahiran
tangan. Kraf tangan yang popular di tempat saya pula ialah kraf tangan yang berasaskan siratan
dan anyaman seperti bakul, raga, serkap, dan bubu.
Produk kraf tangan ini merupakan hasil kerja unik yang memerlukan kemahiran yang
tinggi. Kemahiran ini dimiliki secara turun-temurun dalam kalangan ahli keluarga. Pada
zaman dahulu, kraf tangan ini dijadikan bahan kegunaan peribadi. Contohnya, bakul dan raga
digunakan untuk mengisi barang-barang keperluan harian seperti beras, ubi, dan sebagainya.
Serkap dan bubu pula ialah sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ikan. Alat-alat ini
digunakan sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada hari ini, alat-alat
ini sudah tidak digunakan lagi tetapi dijadikan perhiasan rumah dan sebagainya. Pembuatannya
masih diteruskan dengan pelbagai inovasi. Kebanyakan kraf tangan ini dianyam dalam pelbagai
corak dan kelarai yang menarik.
Kebanyakan kraf tangan pada masa ini sudah mengalami anjakan paradigma dari segi
pembuatannya dan telah dikomersialkan. Penggunaan teknologi moden seperti mesin-mesin
menyebabkan banyak produk dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bahan mentah pula
tidak lagi bergantung pada hasil yang dipungut di hutan, tetapi terdapat usaha-usaha menanam
pokok rotan dan buluh bagi menjamin bahan mentah yang berterusan. Selain itu, kraf tangan
ini tidak lagi menjadi perusahaan keluarga atau milik masyarakat tertentu sahaja.
Memandangkan produk-produk kraf tangan ini boleh dikomersialkan, penghasilannya
dalam jumlah yang banyak perlu dilakukan. Perusahaan perlu dilakukan dalam skala yang besar.
Pihak kerajaan dan pihak bank telah memberikan kemudahan bantuan kewangan dengan kaedah
bayaran yang tidak membebankan para pengusaha. Melalui pinjaman ini, para pengusaha boleh
membesarkan premis mereka atau membeli mesin-mesin baharu yang sesuai dengan produk
yang dihasilkan. Begitu juga dengan jumlah pekerja yang boleh ditambah bilangannya. Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) banyak memberikan nafas kepada kemajuan sektor kraf tangan ini.
Hasil seni kraf tangan ini boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di pusat
bandar dan di kawasan-kawasan pelancongan, galeri dan gerai jualan kraf tangan dibuka untuk
15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
pameran dan jualan. Kebanyakan pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong luar
negara akan membelinya sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan.
Terdapat juga produk kraf tangan ini dijual melalui dalam talian.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menjemput saudara
datang ke rumah saya pada musim cuti nanti untuk melihat secara langsung cara-cara membuat
kraf tangan ini. Produk kraf tangan ini juga boleh dilihat di laman-laman web. Saya berharap
agar kita dapat bertemu lagi di lembaran yang lain. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mikail
Praktis SPM 2
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1
Matrikulasi merujuk proses kemasukan rasmi ke universiti atau proses kelayakan untuk masuk ke
universiti.
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan prauniversiti bagi lepasan SPM
(90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti
ataupun kolej universiti.
Program prauniversiti ini sebelum ini dikendalikan oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) sendiri sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi
bertujuan untuk menyelaraskan dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.
Dipetik daripada Matrikulasi di Malaysia,
ms.wikipedia.org
Petikan menunjukkan program matrikulasi di Malaysia. Anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej
matrikulasi selepas tamat SPM nanti.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk memaklumkan dan meminta pandangan beliau. Domain: Pendidikan
Soalan 2
Pengawas sekolah merupakan murid-murid yang dipilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak
dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Namun begitu, ada juga murid yang memikul jawatan
ini secara sukarela. Selain itu, pengawas juga dipilih daripada kalangan murid yang mempunyai
pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
Dipetik daripada Pengawas sekolah,
ms.wikipedia.org
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
Petikan menerangkan fungsi pengawas di sesebuah sekolah. Dalam pada itu, anda menerima sepucuk surat
daripada rakan anda yang baru dilantik menjadi pengawas sekolah. Dia ingin tahu tentang tugas dan peranan
pengawas di sesebuah sekolah.
Balas surat tersebut selengkapnya. Domain: Pendidikan
C Wawancara / Temu Ramah / Dialog
Model Karangan
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan istilah “Halal”) 1975 adalah seperti
yang berikut:
Apabila istilah ini digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa bentuk sekalipun, dalam
proses perdagangan atau perniagaan sebagai satu aspek perdagangan atau sebahagian daripada
satu aspek perdagangan untuk makanan yang disebut, istilah ‘Halal’, ‘Dijamin Halal’ atau ‘makanan
Islam‘ atau apa-apa terma lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau mungkin difahamkan
sebagai bermaksud untuk menunjukkan halal dimakan oleh orang Islam dan dibenarkan dalam
agama mereka sebagai makanan yang disebut untuk dimakan.
Dipetik daripada Takrifan Halal, halal.gov.my
Petikan menerangkan takrifan halal di Malaysia mengikut perintah perihal dagangan 1975. Anda berpeluang
untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang makanan
halal di Malaysia.
Portal rasmi
halal Malaysia
Tulis wawancara itu selengkapnya. Domain: Awam
INFO
Rangka Karangan
Pendahuluan: maklumat ringkas tentang diri pewawancara dan pihak yang diwawancara – tarikh,
masa, dan tempat wawancara – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan wawancara
Perenggan / Isi Huraian Contoh
1 / maksud makanan yang bersih – binatang alkohol, makanan beracun,
makanan halal disembelih – bebas daripada yang anjing, khinzir, katak, kura-kura,
diharamkan syarak dan buaya
2 / tujuan kerajaan menjaga kepentingan makanan pelancong dari Asia Barat dan
menjadikan rakyat supaya terjamin kebersihannya Eropah makan makanan halal
negara ini – memudahkan pelancong luar
sebagai hab mendapat makanan halal – menjadikan
makanan halal negara ini pengeluar utama makanan
halal dunia
17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bab 3 - perubahan keseluruhan bab
Soalan/ latihan berdasarkan
BAB 1 3 pembahagian subtopik:
Format lama:
Format baharu:
(a) Morfologi;
(a) Morfologi;
Sistem dan Aplikasi Bahasa
(b) Sintaksis;
(c) Ejaan dan (b) Sintaksis;
(c) Penyuntingan,
Imbuhan (d) Bahasa Melayu
Informasi tentang (d) Kata atau
keperluan SPM Standard,
terkini Istilah dan (e) Peribahasa
Keperluan Peperiksaan SPM Tatabahasa
(e) Peribahasa
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
1. Morfologi – Menyenaraikan perkataan mengikut golongan kata
– Membina ayat daripada perkataan yang dipilih
2. Sintaksis – Ragam ayat
– Jenis-jenis ayat
– Memisahkan dan menggabungkan ayat
– Cakap ajuk dan cakap pindah
– Susunan ayat
– Pola ayat
35 Markah
3. Penyuntingan – Kesalahan bahasa
4. Bahasa Melayu – Menukarkan bahan teks klasik/ lama kepada Bahasa Melayu
Standard Moden/ Standard
5. Peribahasa – Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat/ petikan/ dialog
– Memberikan maksud peribahasa
– Membina ayat daripada peribahasa dan sebagainya
A Morfologi
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti. Fahamilah kehendak soalan.
2. Murid tidak dibenarkan untuk mengambil ayat dalam petikan atau pun keseluruhannya
kertas soalan, sebaliknya calon perlu membina ayat sendiri.
3. Jumlah ayat yang dibina bergantung pada arahan soalan. Oleh itu, murid hendaklah
membaca arahan soalan dengan teliti.
4. Jumlah markah tidak tetap bagi setiap pecahan soalan dan bergantung pada arahan soalan.
5. Skema pemarkahan ialah analitik.
Tugasan Berpandu 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata ganti nama diri orang dan dua kata ganti
nama diri tanya. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
43 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Reena : Hafiz, apakah yang sedang kamu baca?
Hafiz : Saya sedang membaca risalah tentang bidang penternakan. Bidang ini memberikan
keuntungan yang lumayan kepada kita jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menjayakannya.
Reena : Benarkah begitu?
Hafiz : Benar, Reena. Namun begitu, kita harus mendalami ilmu penternakan terlebih dahulu
dengan mengikuti kursus-kursus penternakan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar. Dengan demikian, kita dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul
dengan mudah.
Reena : Oh, begitu! Adakah kamu mengenali siapa-siapa yang mengusahakan bidang ini?
Hafiz : Ada, Reena. Bapa saudara saya menjalankan penternakan kambing Jamnapari dan
Boer di Perak. Sudah 10 tahun beliau menjalankan penternakan itu dan hasilnya amat
memberangsangkan. Kami sering berkunjung ke sana setiap kali cuti sekolah. Saya
membantu beliau membersihkan kandang kambing dan memberi kambing makan.
Golongan Kata Contoh Ayat
Saya sering membantu ibu mencuci pinggan di dapur pada
saya
masa lapang.
Kata Ganti Nama
Diri Orang
Kita hendaklah mematuhi setiap peraturan yang telah
kita
ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Siapa-siapa yang ingin membeli buku rujukan boleh datang ke
siapa-siapa
dewan sekolah sekarang.
Kata Ganti Nama
Diri Tanya
Cikgu Hana meminta murid-murid bertanyakan apa-apa sahaja
apa-apa
soalan yang ingin diketahui oleh mereka.
Tugasan Berpandu 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kes penipuan dalam alam siber sering berlaku dan banyak laporan telah dibuat oleh mangsa.
Mangsa yang terjerat dalam alam siber ini tidak mengira usia. Ada antara mereka daripada kalangan
golongan muda, tua, dan warga emas. Kebanyakan daripada mereka bukan sahaja kehilangan
wang berjumlah ribuan ringgit malahan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun begitu,
kegiatan jenayah ini seakan tiada berkesudahan. Penjenayah semakin berani dan menggunakan
pelbagai modus operandi untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Terkini, ada penjenayah yang
menyamar sebagai pegawai polis dan menghubungi mangsa untuk menyalurkan sejumlah wang
ke akaun yang diberikan. Bagi mangsa yang waswas akan permintaan pelik tersebut akan segera
menamatkan panggilan. Walau bagaimanapun, mangsa yang naif dan lurus pula tidak akan berfikir
panjang lalu melakukan tindakan seperti yang disuruh oleh si penjenayah. Akibatnya, wang di
dalam bank lesap dan tidak akan dapat dikembalikan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 44
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
B Sintaksis
Panduan Menjawab Soalan
1. Sintaksis merupakan bidang yang berkaitan dengan frasa dan ayat.
2. Murid perlu membaca dan memahami soalan yang diberikan sebelum menjawab.
3. Antara skop soalan sintaksis termasuklah membina ayat, menukar susunan ayat susunan
biasa kepada ayat susunan songsang atau sebaliknya, menukar ayat aktif kepada ayat pasif
dan sebaliknya, pola ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat, menukarkan cakap ajuk kepada
cakap pindah dan sebaliknya, dan sebagainya.
4. Jumlah soalan dan pemarkahan tidak tetap dan bergantung pada arahan soalan.
5. Skema pemarkahan ialah analitik.
Tugasan Berpandu 1
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
anda pilih seperti yang berikut.
Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), pembelajaran dalam talian yang dituntut
dalam norma baharu ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam pendidikan. Objektif PAK-21
adalah untuk melatih menjadi menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif, dan kritis berfikir.
Hal ini sudah pasti menuntut guru-guru supaya lebih maju dalam bidang teknologi agar dapat
berkongsi ilmu dengan lebih efektif. Guru tidak lagi berfungsi sebagai orang yang memberikan
ilmu tetapi menjadi moderator untuk mendidik murid-murid mendapatkan ilmu. Sejajar dengan
kemajuan teknologi, ilmu bisa diperoleh di hujung jari. Oleh itu, guru memberikan panduan tentang
cara murid-murid dapat memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber. Kemudian, ilmu tersebut
dipersembahkan melalui aplikasi khas untuk pendidikan yang tersedia dalam talian. Sebagai contoh,
subjek yang berasaskan pembacaan atau teori agak bosan jika pembelajarannya menuntut banyak
pembacaan dan menyalin nota.
Dipetik dan diubah suai daripada
Pembelajaran dalam Talian sebagai Norma Baharu,
usim.edu.my
1. Subjek : Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), pembelajaran dalam talian yang
dituntut dalam norma baharu ini
Predikat : bukanlah sesuatu yang janggal dalam pendidikan
2. Subjek : Objektif PAK-21
Predikat : adalah untuk melatih menjadi menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif, dan kritis
berfikir
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 48
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
3. Subjek : Guru
Predikat : tidak lagi berfungsi sebagai orang yang memberikan ilmu tetapi menjadi moderator
untuk mendidik murid-murid mendapatkan ilmu
Tugasan Berpandu 2
Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
KUALA LUMPUR, Sabtu – Sebanyak 25 kejadian bencana alam dilaporkan telah berlaku di Kuala
Lumpur akibat hujan lebat yang melanda ibu kota sejak empat petang hari ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, statistik kejadian
bencana alam itu membabitkan enam kes banjir jalan, satu kes banjir di tapak projek, satu kes tanah
mendap dan 17 kes pokok tumbang serta dahan sekah.
Menurutnya, sehingga 8.30 malam ini hujan belum berhenti di beberapa kawasan di ibu kota.
“Saya turun melawat ke Sungai Toba, Segambut dan Masjid Jamek dan kemungkinan hujan lebat
dan berpanjangan menyebabkan keadaan ini berlaku.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan semua anggota skuad petugas
bencana bagi membantu untuk menangani bencana ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Menurut beliau lagi, kerja mengalihkan pokok yang tumbang sedang dilaksanakan.
Dipetik dan diubah suai daripada 25 Kes Bencana Alam Akibat Hujan
hmetro.com.my
1. Berapakah bilangan kejadian bencana alam yang berlaku di Kuala Lumpur?
2. Mengapakah kejadian bencana alam berlaku di Kuala Lumpur?
3. Apakah kes-kes yang berlaku berdasarkan statistik kejadian bencana yang diperkatakan Datuk
Bandar Kuala Lumpur?
4. Apakah yang menyebabkan bencana alam ini berlaku di Kuala Lumpur?
5. Bagaimanakah cara yang diambil untuk menangani bencana alam ini?
49 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
C Penyuntingan
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti.
2. Kemudian, baca setiap ayat dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan bahasa sama
ada dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, atau
penggandaan.
3. Garisi kesalahan itu.
4. Tulis kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan.
Tugasan Berpandu 1
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Teknologi seperti penggunaan dron dan sistem pertanian pintar dapat mengubah lanskap
sektor agro-makanan negara di dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Kementerian
sentiasa memberikan galakan pada kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara
moden dengan aplikasi teknologi dan inovasi. Inisiatif ini dapat dilihat ketika penyampaian
Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukan bagi pembangunan Industri Pertanian 4.0.
Dipetik dan diubah suai daripada Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian
bharian.com.my
1. lanskap – landskap
2. agro-makanan – agromakanan
3. di dalam – dalam
4. pada – kepada
5. penyampaian – pembentangan
6. diperuntukan – diperuntukkan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 52
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 2
Bunga raya memilih sebagai bunga kebangsaan berdasarkan kriteria bunga ini sudah
terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama, mudah
dijumpai, dan tidak bunga kebangsaan mana negara lain di dunia pada ketika itu. Berdasarkan
kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj telah mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya
sebagai bunga kebangsaan dilihat sangat tepat kerana lima kelopak yang ada kepada bunga raya
melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai
bunga perpaduan.
Dipetik dan diubah suai daripada Bunga Kebangsaan
malaysia.gov.my
1. memilih – dipilih
2. tidak – bukan
3. mana – mana-mana
4. mengistiharkan – mengisytiharkan
5. kepada – pada
Tugasan Berpandu 2
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Bermula pada tahun 2000, istilah sambutan hari kebangsaan telah berganti dengan nama
“Perayaan Bulan Kemerdekaan”. Perayaan ini berjalan selama sebulan yang bermula daripada 17
Ogos sehingga 16 September. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dataran
Merdeka pada 17 Ogos. Acara kemuncak adalah Perayaan Ambang Merdeka peringkat nasional
yang diadakan pada malam 30 Ogos yang bertempat dari Dataran Shah Alam.
Dipetik daripada ‘Ulang Tahun Kebangsaan’ oleh Nurzuliana Kamaruzaman,
Dewan Siswa, Bil. 8/2020, Dewan Bahasa dan Pustaka
1. hari kebangsaan – Hari Kebangsaan
2. berganti – digantikan
53 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
3. berjalan – berlangsung
4. daripada – dari
5. adalah – ialah
6. dari – di
Petikan 2
Secara asasnya, pembentukkan sesebuah negara bergantung pada kekuatan jati diri rakyatnya
dan nilai yang baik dapat membentuk jati diri yang hebat. Sehubungan dengan itu, semangat
cintakan tanahair merupakan aspek yang perlu sentiasa ada dalam jati diri masyarakat. Hal ini
bagi memastikan keluhuran dan kestabilan sesebuah negara kekal dijaminkan. Apabila semangat
patriotisme kian pudar dan hilang, maka kedamaian sesebuah negara akan terjejas.
Dipetik daripada ‘Demimu Malaysia’ oleh Yusaida Yusof,
Dewan Siswa, bil. 8/2020 Dewan Bahasa dan Pustaka
1. pembentukkan – pembentukan
2. cintakan – cinta akan
3. tanahair – tanah air
4. dijaminkan – terjamin
5. patriotisme – patriotik
Tugasan Berpandu 3
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Penyakit Tibi atau Tuberkulosis mampu dijangkiti seseorang tanpa mengira bangsa dan
kedudukan geografinya. Oleh hal yang demikian, keturunan bukanlah faktur pemangkin seseorang
itu dijangkiti Tibi walaupun terdapat anggota-anggota keluarga yang pernah dijangkiti Tibi sebelum
ini. Tibi juga tidak boleh berjangkit melalui makanan dan minuman. Anggota keluarga lain turut
tidak akan dijangkiti Tibi jika pesakit Tibi telah menerima jagaan lebih dari dua minggu di hospital.
Dipetik dan diubah suai daripada “Ancaman Penyakit Tibi’ oleh Zulafiqar Mohd Yusof,
Dewan Siswa, bil. 12/2018 Dewan Bahasa dan Pustaka
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 54
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Berbanding dengan gejala buli tradisional yang berlaku secara bersemuka, buli siber
mempunyai kesan segera, meluas, dan kekal memandangkan pembuli dapat menyerang mangsa
24 jam sehari. Oleh kerana itu, terdapat kekuatiran bahawa intensiti buli siber adalah lebih tinggi
daripada buli tradisional. Antara jenis gangguan biasa yang mangsa buli siber hadapi dalam
talian adalah nama gelaran yang sering dijadikan sebagai satu bahan jenaka. Hal ini berbahaya
kerana nama gelaran merupakan cara untuk mendefinisikan seseorang. Sebagai contoh, dengan
menggelarkan seseorang sebagai gemuk, hitam, jongang, atau apa nama yang lain dapat menjatuhi
harga diri dan maruah mangsa. Lebih buruk lagi bila gelaran nama ini menjadikan mangsa semakin
kurang berkeyakinan diri.
Dipetik dan diubah suai daripada Buli Siber: Gejala Buli Zaman Moden
malaysiagazette.com
1. di – pada
2. ke-enam – keenam
3. paling terbanyak – paling banyak/ terbanyak
4. dari – daripada
5. yang – bahawa
6. di dalam – di
7. Oleh kerana itu – Oleh sebab itu
8. kekuatiran – kekhuatiran
9. mangsa buli siber hadapi – dihadapi oleh mangsa buli siber
10. adalah – ialah
11. apa – apa-apa
12. menjatuhi – menjatuhkan
13. bila – apabila
D Bahasa Melayu Standard
Panduan Menjawab Soalan
1. Calon dikehendaki untuk menukarkan bahan petikan bahasa Melayu klasik kepada bahasa
Melayu standard.
2. Perkataan yang digunakan mestilah daripada bahasa Melayu standard.
3. Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan.
57 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
4. Calon tidak boleh menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah atau menukarkan petikan
tersebut kepada karangan biasa.
5. Bahan dalam bahagian ini diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
6. Skema pemarkahan berbentuk holistik.
7. Jumlah markah tidak tetap, malah bergantung pada kehendak soalan dan markah yang
diberikan.
Tugasan Berpandu 1
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah.
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam
kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada mulanya, Laksamana memakai pakaian askar upahan lalu berjalan. Pada malam itu,
keadaan kelam-kabut dan hujan turun rintik-rintik. Setelah itu, Kertala Sari masuk ke kota. Kemudian,
Laksamana tidur di tengah pasar itu.
Tugasan Berpandu 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, tiada patik bertemu. Insya-Allah Taala, kelak
malam patik cuba main penjurit itu, dengan berkat ilmu arwah guru patik.”
Maka raja pun diamlah.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai
bau-bauan yang harum lalu masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itupun
habis aku curi.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 58
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Lalu dengan hormat Laksamana menyatakan “Daulat tuanku, patik tidak berjumpa.
Insya-Allah pada waktu malam patik akan mencuba untuk mempermainkan askar upahan itu
berbekalkan ilmu yang telah diajarkan oleh arwah guru patik.’
Raja diam setelah mendengar kata-kata Laksamana.
Setelah waktu malam, Kertala Sari memakai pakaian yang cantik-cantik dan memakai bau-bauan
yang harum lalu membakar dan mengamuk sambil mengatakan harta orang-orang Melaka
habis dicurinya.
Tugasan Berpandu 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan perak dan pakaian yang pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai
ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pada waktu itu, Kertala Sari telah sampai dari Daha, terlalu banyak harta yang diperolehnya
seperti emas, perak, dan pakaian serta wang yang bernilai puluhan juta daripada orang-orang yang
dicurinya.
Setelah Kertala Sari sampai di rumahnya, dia bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah
ayahku pergi kerana aku tidak nampak kelibatnya.”
Setelah ibunya mendengar pertanyaan anaknya itu, lalu ibunya menangis sambil berkata,
“Wahai anakku, bapamu sudah meninggal dunia kerana dibunuh oleh seorang berbangsa Melayu yang
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
59 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Setelah semua orang Siam pulang dan tiba di benua Siam, Awi Dicu datang menemui Paduka
Bubunnya, Paduka Bubunnya berasa sangat marah sehingga dia sendiri hendak pergi menyerang
Melaka.
Sementara itu, terdapat seorang anak Paduka Bubunnya yang bernama Cau Pandan.
Cau Pandan telah menyatakan kepada Duli Paduka Bubunnya bahawa dia hendak menyerang
Melaka dengan meminta kelengkapannya untuk mengalahkan Melaka itu.
E Peribahasa
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Bagi menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan
bahawa anda mengetahui maksud peribahasa tersebut agar jawapan anda tidak menyeleweng.
3. Bagi soalan lengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang
diberikan sebelum menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan
tersebut.
4. Bagi soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahami
situasi dalam petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.
5. aca buku dan layari laman web untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan
maksud setiap peribahasa tersebut.
6. Soalan peribahasa berdasarkan pelbagai bentuk seperti menyatakan peribahasa dalam
petikan, perbualan, gambar, situasi, ilustrasi, dan sebagainya.
7. Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.
8. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.
9. Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.
Tugasan Berpandu 1
Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Hazrina : Saya dan Maizura bersahabat baik sejak kecil. Hubungan kami bagai isi dengan kuku.
Saya mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsia. Rupa-
rupanya dia bukan seperti yang disangkakan.
Hasmadi : Apa yang telah dilakukannya?
Hazrina : Dia telah menceritakan rahsia saya kepada orang lain sedangkan dia pernah berjanji akan
menyimpan rahsia tersebut. Saya mempercayainya, bak kata orang kerbau dipegang
pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
Hasmadi : Benarlah kata orang tua-tua, kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
61 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. bagai isi dengan kuku
Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: bagai dakwat dengan kertas
2. rambut sama hitam, hati lain-lain
Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: lain dulang lain kakinya
Tugasan Berpandu 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan
tersebut.
Guru disiplin hendaklah menyiasat kes disiplin murid-murid dengan teliti supaya hukuman tidak
dijatuhkan kepada murid yang tidak bersalah. Walaupun sesetengah murid yang melakukan
kesalahan itu bijak untuk melepaskan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka
suatu hari nanti. Murid yang banyak menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan
buruk sesuatu perbuatan agar mereka tidak menyesal pada hari kemudian.
1. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya/ lain yang bengkak, lain yang
bernanah
2. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua/ belut kena getah
3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna/ sudah terhantuk baru tengadah
Tugasan Berpandu 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam
petikan tersebut.
Ayah menasihati abang supaya bersabar sewaktu melakukan apa-apa kerja sehingga mendapat
nikmatnya nanti kerana menurut ayah, tanpa bersabar, sesuatu kerja itu pasti tidak berjaya
dilakukan. Menurut ayah lagi, jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-
sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya kerana usaha dan kesungguhan itu ialah
anak kunci kecemerlangan. Oleh itu, ayah mengingatkan abang agar bersusah-susah terlebih
dahulu untuk mendapat kesenangan pada kemudian hari kerana tidak ada kesenangan yang
datang dengan tiba-tiba.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 62
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Tugasan Berpandu 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi petikan tersebut.
Bertahun-tahun Zaidi mengumpulkan wang sebagai modal sebelum berjaya membuka sebuah
restoran. Malangnya, restoran itu terpaksa ditutup apabila pengurus yang dilantik untuk
menguruskan restoran tersebut telah menipunya. Nasibnya bertambah malang apabila pihak bank
mengisytiharkannya sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Bagaimanapun Zaidi
tidak berputus asa. Dia berusaha untuk melunaskan hutangnya dengan berniaga secara kecil-kecilan.
1. Harapkan pagar, pagar makan padi/ Harapkan sokong, sokong membawa rebah
2. Sudah jatuh ditimpa tangga
3. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Praktis SPM 1
Bahagian B : Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]
Soalan 1 – Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Tatkala teknologi semakin mempengaruhi kehidupan manusia, kaedah penyampaian maklumat
semakin ringkas dan padat melalui kaedah pendigitalan. Kehidupan semakin pantas kerana
teknologi mengurangkan masa sama ada untuk berkomunikasi mahupun memperoleh maklumat.
Lantaran itu, dengan teknologi baharu seperti penghantaran mesej segera dan teks, penggunaan
ayat lengkap dan gramatis serta pengejaan perkataan penuh tidak lagi perlu.
(Sumber : “Bahasa Sembang Maya Era Digital”,
Mohidin Haji Malek, Dewan Bahasa dan Pustaka)
[8 markah]
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 64
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(i) Mempengaruhi – Penjual kosmetik itu telah mempengaruhi orang ramai dengan menggunakan
pelakon terkenal sebagai duta produk.
(ii) Kehidupan – Kita mestilah menjalani kehidupan yang sihat dan menghindari perkara-perkara
yang negatif.
(iii) Penyampaian – Penyampaian anugerah kepada murid-murid yang cemerlang itu telah berjalan
dengan lancar.
(iv) Mengurangkan – Kaedah berkongsi kereta dan menaiki kenderaan awam dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di bandar raya.
Soalan 2 – Sintaksis
Tulis perbualan di bawah ini semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah tanpa
mengubah maksud asalnya.
Haqim : Wah, sedap betul mi ini! Apakah namanya?
Wana : Mi Pedas.
Haqim : Yalah, mi ini pedas. Memang pedas tapi apakah namanya?
Wana : Mi Pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Haqim : Oh, begitu! Jadi, kamu ke sini untuk makan Mi Pedaslah?
Wana : Betul, Haqim. Lagipun, saya pernah berjanji untuk belanja kamu makan.
[6 markah]
Haqim yang teruja akan kesedapan mi tersebut bertanya kepada Wana tentang nama mi tersebut.
Wana memberitahu Haqim bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas. Haqim tahu bahawa mi itu pedas
dan dia bertanya sekali lagi tentang namanya mi itu kepada Wana untuk mendapatkan kepastian.
Wana menjelaskan bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas menurut Dolah. Haqim mula faham lalu
menyatakan bahawa Wana ke kedai tersebut untuk makan Mi Pedas. Wana mengiyakan lalu
mengingatkan Haqim bahawa dia pernah berjanji untuk belanja Haqim makan.
Soalan 3 – Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
65 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Petikan 1
Sektor pertanian ini menjadi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tambahan pula, peluang perkerjaan yang besar dapat dibuka melalui sektor pertanian dengan
menampung lebih 760 000 pekebun kecil atau hampir tiga juta ahli keluarga. Namun, kejayaan ini
dibayangkan cabaran kesan kehilangan kepelbagaian biologi di dalam hutan akibat penebangan
hutan untuk membina ladang. Tidak kurang juga terdapat masalah kehabisan beberapa speseis
haiwan liar termasuk orang utan dikesan berlaku disebabkan oleh pembangunan sektor ini. Selain
itu, sektor pertanian juga menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar turut dilapurkan seperti
baja kimia kepada tanah dan sungai serta bahan buangan kilang yang disalurkan ke sungai.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Reliti Pemisahan Komoditi Industri Makanan”
bharian.com.my)
[6 markah]
(i) sumbangan – penyumbang
(ii) perkerjaan – pekerjaan
(iii) dibayangkan – dibayangi
(iv) kehabisan – kepupusan
(v) speseis – spesies
(vi) dilapurkan – dilaporkan
Petikan 2
Malaysia bakal menonjolkan oleh robot sosial humanoid adalah warna kulitnya, keupayaan
bertutur bahasa Melayu dan mampu berpantun. Terdapat juga robot yang dicipta dapat menunjukkan
deskripsi muka neutral, gembira, terkejut dan sedih. Fungsi robot ini ialah untuk menjadi teman
bertutur bagi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kajian terdahulu di Jepun menunjukkan bahawa
robot dengan ekspresi wajah berupaya menggalakkan kanak-kanak sekolah rendah untuk lebih
pasif mengambil bahagian di dalam kelas pembelajaran Sains.
Dipetik dan diubah suai daripada
“Robot Sosial Humanoid : Ke Manakah Hala Tuju Kita?”
Dewan Kosmik, Jun 2019
[5 markah]
(i) menonjolkan – ditonjolkan
(ii) adalah – ialah
(iii) deskripsi – ekspresi
(iv) ialah – adalah
(v) pasif – aktif
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 66
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala
pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api.
Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,
“Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?
Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum
siang ini.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu
[6 markah]
Setelah waktu malam, Awi Dicu datang. Bendahara Paduka Raja mengarahkan supaya semua
pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api itu ditambat dengan punting api. Apabila orang Siam
melihat banyak api di Melaka, hulubalang Siam mengatakan bahawa perahu Melaka banyak dengan
kelengkapan dan bilangannya tidak terkira. Bagaimana jika Melaka datang menyerang mereka,
sedangkan sebuah perahunya tadi Siam tidak dapat melawannya.
Lalu Awi Dicu mengiyakan kata-kata hulubalang Siam dan mengajak mereka pulang sebelum
siang.
Lalu semua orang Siam pulang.
Soalan 5 – Peribahasa
Petikan di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Kepulangan Hazim ke kampung bagai belut pulang ke lumpur kerana sudah lama dia
merantau ke Kuala Lumpur. Dia merantau ke Kuala Lumpur setelah berselisih faham dengan
adiknya, Hizam. Pelbagai cabaran dihadapinya semasa mula-mula berhijrah ke bandar raya tersebut.
Namun begitu, lama-kelamaan dia dapat menyesuaikan diri di bandar. Bak kata orang alah bisa
tegal biasa.
Setelah sepuluh tahun tinggal di Kuala Lumpur, Hazim mengambil keputusan untuk pulang
ke kampung. Dia juga ingin berbaik-baik dengan adiknya. Baginya, hubungan adik-beradik ibarat
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
67 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(i) bagai belut pulang ke lumpur
(ii) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: bagai ikan pulang ke lubuk
(iii) carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iv) Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: air dicencang tidak akan putus
Praktis SPM 2
Bahagian B : Sistem dan Aplikasi Bahasa
[35 markah]
Soalan 1 – Morfologi
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan, hikmat itu daripada penjurit
yang tahu patik peroleh.”
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing
dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling di istana itu. Maka dibubuhnya
suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu,
terlalu gemuruh bunyinya.
(Sumber: “Kepimpinan Melalui Teladan”,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
[8 markah]
(i) banyak-banyak – “Jangan makan banyak-banyak, nanti kamu muntah,” kata ibu kepada adik.
(ii) radak-meradak – Dia radak-meradak keris itu pada musuhnya.
(iii) tetak-mentak – Kejadian tetak-menetak itu telah disaksikan penduduk kampung.
(iv) palu-memalu – Pasukan itu telah palu-memalu gendang dengan kuat untuk dinobatkan sebagai
pemenang.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 68
CVR_Top Class KSSM Bahasa Melayu (2021) Tingkatan 5-Edisi Guru.pdf 1 30/11/2020 1:47 PM
Tingkatan IC095011S
CLASS 5 5 KSSM
5
KSSM
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
Top Class KSSM - Sumber bahan latihan berkualiti ke arah prestasi CLASS
unggul dalam peperiksaan sekolah dan SPM. Termuat dengan ciri-ciri
menarik serta pelbagai inisiatif digital ke arah pembelajaran abad ke-21.
Ciri-ciri Istimewa: JUDUL-JUDUL TOP KSSM: 3 4 5 CLASS
Subjek / Tingkatan 1 2
Nota Terancang
Nota Terancang Bahasa Melayu
Nota Terancang
English
Praktis SPM
Praktis SPM
Praktis SPM Bahasa Cina
5 5
Kod Mathematics / Matematik Tingkatan
QR
PAK-21 dalam Kod QR
PAK-21 dalam Kod QR
PAK-21 dalam Kod QR Additional Mathematics / Matematik Tambahan Bahasa Melayu
Biology / Biologi 5
KSSM
Kertas Model SPM
Kertas Model SPM Physics / Fizik KSSM
Kertas Model SPM
Chemistry / Kimia Edisi Guru
Jawapan Lengkap Science / Sains
Jawapan Lengkap
Jawapan Lengkap
Kod Geografi
Nota Bonus Peribahasa dan QR Sejarah
Nota Bonus Peribahasa dan
Nota Bonus Peribahasa dan
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
KOMSAS dalam Kod QR
Bahasa Melayu
Kod Pendidikan Islam
QR Ekonomi
Modul Literasi Sivik Bahasa Melayu
Modul Literasi Sivik
Modul Literasi Sivik
Prinsip Perakaunan
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE Perniagaan Tingkatan 5 Hazama Harun
ONLINE RESOURCE
ONLINE RESOURCE
www.epelangi.com Khairil Izwan
www.epelangi.com
www.epelangi.com
Rakaman Audio untuk Aktiviti Mendengar
Teks Mendengar Alshaa Rani Ab
Praktis Topikal Wahab
Praktis SPM
www.PelangiBooks.com PAK-21
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • Pakej PdPR
KBAT/i-THINK
W.M: RM11.35 / E.M: RM11.65 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
IC095011S
ISBN: 978-967-2907-74-9 Rekod Pencapaian Lembaran PBD
Info Video Online Quick Quiz
Lengkap dengan Lembaran PBD Modul Literasi Sivik
untuk memenuhi keperluan Kertas Model SPM
Pentaksiran Bilik Darjah