The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2020-12-17 20:29:49

Buaya Putih Tasik Biru

RAUZITA MOHD JUDIN



























Pelangi Pictures Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as PELANGI NOVEL SDN. BHD.)









2 Prelims Buaya Putih.indd 1 5/13/13 4:57 PM

BUAYA PUTIH TASIK BIRU
oleh Rauzita Bt Mohd Judin
Copyright © 2013 Rauzita Mohd Judin
Diterbitkan oleh
Pelangi Pictures Sdn. Bhd. (379269-A)
(Formerly known as Pelangi Novel Sdn. Bhd.)
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: [email protected]




© Pelangi Pictures Sdn. Bhd. 2013

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada Pelangi Pictures Sdn. Bhd.
terlebih dahulu.


Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Rauzita Mohd. Judin, 1979-
Buaya Putih Tasik Biru / Rauzita Mohd. Judin.
ISBN 978-967-5671-55-5
1. Malay fiction. I. Judul
899.2333

Dicetak di Malaysia oleh
Percetakan Impian Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Rosmerah 1/3, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.









2 Prelims Buaya Putih.indd 2 5/13/13 4:57 PM

Untuk anakku, Nur Amirah Syahirah,

sumber inspirasiku selama ini,

keluarga dan sahabat,


yang tidak jemu-jemu memberi dorongan,

dan muridku sekalian.

Terima kasih daun keladi.



























2 Prelims Buaya Putih.indd 3 5/13/13 4:57 PM

Kata Pengantar




Siri Pengkarya Guru ini merangkumi
8 buah novel mini, hasil karya warga

pendidik. Terbit daripada hasil Program
Pengkarya Guru yang dianjurkan oleh
Majlis Buku Malaysia bersama-sama

Kementerian Pelajaran Malaysia, buku-
buku dalam siri ini mengetengahkan
tema kekeluargaan, kemasyarakatan,
pembangunan insan, dan warisan bangsa,
yang merupakan isu manusiawi.


Disasarkan untuk pembaca muda
yang berumur antara 9 hingga 13
tahun, cerita-cerita dalam siri ini diharap

menjadi medan kesinambungan bagi para
guru dalam meneruskan usaha murni
mendidik anak bangsa. Semoga
usaha ini diberkati Allah dan

membuahkan hasil.











2 Prelims Buaya Putih.indd 4 5/13/13 4:57 PM

Hilang






Matahari sudah mulai condong. Namun

cahaya teriknya masih melimpahi deretan
rumah-rumah teres di kawasan perumahan
Taman Tasik Biru.


Seperti hari-hari sebelumnya, tiba sahaja
waktu makan, Sally akan tercari-cari Dora.
Masuk dapur, keluar dapur. Masuk bilik,
keluar bilik, ke sana sini dia menjejaki Dora.

Hari itu, bagaimanapun, tidak seperti hari-
hari biasa. Puas dicari. Di dalam bilik, di
bawah katil, di dalam almari, malah di

bawah meja, kelibat Dora tidak kelihatan.

“Cak!” sergah Sally sambil menjenguk ke

belakang pintu dapur.

Akan tetapi, Dora tiada di belakang




1




2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 1 5/13/13 4:56 PM

RAUZITA MOHD JUDIN


pintu. Sally mulai hilang sabar.


“Dora…! Dora…! Dora! Mari makan nasi!”
Sally memanggil anaknya itu berulang kali.

Sejak dahulu Dora memang tidak suka

makan nasi. Nasi dilihatnya seperti larva
lalat. Putih dan menggeliang-geliut. Loya
tekak Dora setiap kali nampak nasi. Setiap
kali diajak makan oleh ibunya, Dora akan

mengelak.

Sebenarnya sudah kerap benar Dora

cuba menyorok daripada ibunya semata-
mata kerana tidak mahu makan. Setiap kali
itu jugalah cubaannya gagal. Pertama kali

dahulu, dia bersembunyi di dalam almari.
Gagal. Menyorok di bawah katil, gagal juga.
Paling lama dia bersembunyi, di bawah meja
makan. Itu pun masih gagal.


Akhirnya, budak perempuan berusia
enam tahun itu bertindak nekad. Dia

tidak mahu dipaksa makan nasi lagi.
Nampaknya cubaan keseratus kalinya




2




2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 2 5/13/13 4:56 PM

2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 3 5/13/13 4:56 PM

RAUZITA MOHD JUDIN


itu tidak mengecewakan. Dora berjaya
menghilangkan diri.


Tok! Tok! Tok!

Pintu rumah Devi diketuk berulang

kali. Perempuan berusia 30-an itu segera
membuka pintu rumahnya.

“Devi, awak nampak Dora, tak?” tanya

Sally cemas sebaik sahaja pintu dibuka.

Devi yang tercegat di depan pintu rumah
teresnya, tergamam seketika. Dia memikir-

mikir sejenak, sebelum menggeleng.

“Mana Dora pergi?” tanya Devi pula.

“Tak tahu!” jawab Sally cemas.


Devi mula risau.

Sally dan Devi sudah lama berjiran. Sejak

Dora lahir. Keluarga Devi berpindah ke Bau
apabila suaminya dinaikkan pangkat. Selepas
Sally melahirkan Dora, selang beberapa hari,
Devi pula melahirkan Pavitha.





4




2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 4 5/13/13 4:56 PM

Buaya Putih tasik Biru

Dora baru enam tahun. Jangan-jangan Dora
kena culik, fikir Devi.


Devi bagaimanapun, tidak memberitahu
Sally akan hal itu. Dia tidak mahu Sally susah
hati. Dia juga tidak mahu Sally bimbang

tidak tentu fasal. Adab hidup berjiran,
mestilah saling menyokong satu sama lain.
Prinsip Devi ini memang disenangi oleh

semua penduduk Taman Tasik Biru.

vvv

“Puas kamek orang cari Dora, tapi nya sik

da,” kata Kak Timah setelah letih membantu
usaha mencari Dora di sekitar kawasan
perumahan Taman Tasik Biru.


Devi yang tidak faham maksud Kak
Timah, terpinga-pinga. Kak Timah yang
dianggap sebagai warga emas di Taman

Tasik Biru, memang sering menggunakan
bahasa daerah.


Tahu yang Devi tidak faham, Sally
menterjemahkan kata-kata Kak Timah tadi.



5




2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 5 5/13/13 4:56 PM

RAUZITA MOHD JUDIN


Barulah Devi faham bahawa Kak Timah dan
orang-orang lain yang berusaha mencari

Dora, tidak menemui kanak-kanak itu di
sekitar kawasan taman perumahan mereka.

Devi mula cemas. Dadanya berdebar-

debar. Dia bimbang bahawa hal yang
ditakutinya menjadi kenyataan. Devi teringat

kata-katanya kepada Dora semalam.

“Dora boleh datang sini main dengan
Pavitha. Mak cik suka Dora main dengan

Pavitha.”

Pavitha ada seorang abang. Akan tetapi,
abang Pavitha tidak suka bermain masak-

masak dengan Pavitha. Adik Pavitha pula
masih kecil. Baru pandai bertatih. Tidak dapat
diajak bermain bersama-sama. Dora anak
tunggal. Rumah mereka pula berhadapan.

Tidak jauh jaraknya. Cuma beberapa
meter sahaja. Kalau Dora selalu datang ke

rumahnya, Dora boleh menumpang kasih
adik-beradik Pavitha.





6




2 Buaya Putih Tasik Biru.indd 6 5/13/13 4:56 PM


Click to View FlipBook Version