SAINS Chong Chee Sian Chien Hui Siong (Guru Cemerlang) Sabariah Hakim @ Cikgu Abye (Guru Ikon Inovatif) Shazatul Ezma Mahfudz Bibiana Toh Siew Siew (Guru Cemerlang) SPM REVISI CEPAT PELANGI ONLINE TEST PELANGI ONLINE TEST 4 5 KSSM TINGKATAN Bonus Soalan Kertas 2 SPM Teknik Menjawab AUDIO Refleksi Bab & Contoh Penyelesaian PELANGI
Tingkatan 4 1 BAB Langkah Keselamatan di dalam Makmal 1 1.1 Peralatan Perlindungan Diri 2 1.2 Pembuangan Bahan Sisa 4 1.3 Pemadam Kebakaran 7 Praktis SPM 10 2 BAB Bantuan Kecemasan 14 2.1 Resusitasi Kadiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 15 2.2 Heimlich Manoeuvre 17 Praktis SPM 20 3 BAB Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan 23 3.1 Suhu Badan 24 3.2 Kadar Denyutan Nadi 26 3.3 Tekanan Darah 27 3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 28 Praktis SPM 30 4 BAB Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam 34 4.1 Kelestarian Alam Sekitar 35 4.2 Sektor Tenaga 37 4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 38 4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan 39 4.5 Sektor Pengangkutan 40 4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan 41 Praktis SPM 42 5 BAB Genetik 45 5.1 Pembahagian Sel 46 5.2 Pewarisan 53 5.3 Mutasi 57 5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik 62 5.5 Variasi 64 Praktis SPM 66 6 BAB Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan 71 6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan 72 6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia 82 6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan 88 Praktis SPM 92 ii
7 BAB Koordinasi Badan 96 7.1 Sistem Endokrin Manusia 97 7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan 100 7.3 Minda yang Sihat 103 Praktis SPM 106 8 BAB Unsur dan Bahan 109 8.1 Asas Jirim 110 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden 112 8.3 Isotop 116 Praktis SPM 118 9 BAB Kimia Industri 122 9.1 Aloi 123 9.2 Kaca dan Seramik 127 9.3 Polimer 129 Praktis SPM 132 10 BAB Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan 136 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari 137 10.2 Radikal Bebas 141 10.3 Bahan Antioksidan 143 10.4 Produk Kesihatan 145 Praktis SPM 146 11 BAB Daya dan Gerakan 149 11.1 Gerakan Linear 150 11.2 Graf Gerakan Linear 155 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas 158 11.4 Jisim dan Inersia 161 Praktis SPM 165 12 BAB Tenaga Nuklear 169 12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear 170 12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 171 12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear 175 12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 177 Praktis SPM 178 Tingkatan 5 1 BAB Mikroorganisma 182 1.1 Dunia Mikroorganisma 183 1.2 Mikroorganisma Berfaedah 193 1.3 Pencegahan dan Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma 194 Praktis SPM 198 2 BAB Nutrisi dan Teknologi Makanan 201 2.1 Gizi Seimbang dan Nilai Kalori 202 2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan 207 iii
2.3 Kitar Nitrogen 211 2.4 Teknologi Pengeluaran Makanan 213 2.5 Teknologi Pemprosesan Makanan 217 2.6 Makanan Kesihatan dan Suplemen Kesihatan 220 Praktis SPM 223 3 BAB Kelestarian Alam Sekitar 226 3.1 Kitaran Hayat Produk 227 3.2 Pencemaran Alam Sekitar 231 3.3 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 239 Praktis SPM 242 4 BAB Kadar Tindak Balas 246 4.1 Pengenalan Kadar Tindak Balas 247 4.2 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas 253 4.3 Aplikasi Konsep Kadar Tindak Balas 256 Praktis SPM 259 5 BAB Sebatian Karbon 262 5.1 Pengenalan Sebatian Karbon 263 5.2 Hidrokarbon 265 5.3 Alkohol 269 5.4 Lemak 272 5.5 Minyak Sawit 273 Praktis SPM 280 6 BAB Elektrokimia 283 6.1 Sel Elektrolitik 284 6.2 Sel Kimia 290 Praktis SPM 291 7 BAB Cahaya dan Optik 294 7.1 Pembentukan Imej oleh Kanta 295 7.2 Peralatan Optik 299 Praktis SPM 303 8 BAB Daya dan Tekanan 306 8.1 Tekanan dalam Bendalir 307 Praktis SPM 312 9 BAB Teknologi Angkasa Lepas 316 9.1 Satelit 317 9.2 Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System, GPS) 321 Praktis SPM 323 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 SPM (Bhgn A & C) 325 Kertas Model SPM 363 iv
1 5 Tingkatan 2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 4 Tingkatan Kertas Model SPM 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal Pembuangan Bahan Sisa Peralatan Perlindungan Diri Pemadam Kebakaran Di dalam makmal Jenis pemadam kebakaran Pada murid Langkah penggunaan alat pemadam kebakaran Audit alat pemadam kebakaran Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki Mengurus bahan sisa biologi Langkah Keselamatan di Dalam Makmal Refleksi Bab 1 BAB Peta Konsep Tema 1 Kaedah Saintifik Kandungan Bab 1.1 Peralatan Perlindungan Diri 1.2 Pembuangan Bahan Sisa 1.3 Pemadam Kebakaran 1
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 2 4 Tingkatan 1.1 Peralatan Perlindungan Diri Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya 1. Peralatan perlindungan diri (Personal protective equipment, PPE) ialah kelengkapan yang diperlukan semasa menjalankan eksperimen untuk memberi perlindungan kepada pemakainya daripada sebarang bahaya. 2. Rajah 1.1 menunjukkan peralatan perlindungan diri yang wajib dipakai oleh murid semasa berada di dalam makmal sains atau semasa menjalankan eksperimen. Rajah 1.1 Peralatan perlindungan diri pada murid Gogal Melindungi mata daripada bahan kimia yang berbahaya. Sarung tangan Sarung tangan diperbuat daripada getah digunakan semasa mengendalikan spesimen biologi serta melindungi tangan daripada bahan kimia yang berbahaya. Kasut bertutup / Kasut keselamatan Kasut bertutup sepenuhnya digunakan untuk mengelakkan terkena tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca pada kaki. Topeng muka Melindungi hidung dan mulut daripada asap, wap dan habuk serta bahan kimia yang mudah meruap dan boleh menjejaskan sistem pernafasan. Baju makmal (Lab coat) Baju yang mempunyai butang di hadapan dan mudah ditanggalkan apabila berlaku kecemasan dan digunakan untuk melindungi badan dan pakaian daripada terkena bahan kimia yang berbahaya dan sisa bahan biologi.
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 3 4 Tingkatan Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal 1. Peralatan perlindungan diri turut disediakan di dalam makmal untuk melindungi diri semasa melakukan eksperimen. 2. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa peralatan yang disediakan di dalam makmal. Kabinet aliran laminar (Laminar flow cabinet) Digunakan semasa menjalankan eksperimen mikrobiologi untuk mengelakkan sebarang kontaminasi semasa eksperimen dijalankan. Kebuk wasap (Fume chamber) Digunakan semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan yang mudah terbakar, beracun, mengakis, berbau dan meruap. Oleh itu, kebuk wasap dilengkapi kipas penyedut untuk mengeluarkan udara yang dicemari dengan wap tersebut keluar makmal. Pembilas mata (Eyewash station) Digunakan untuk membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera. Penyiram kecemasan (Safety shower) Digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia atau terbakar dengan segera. Rajah 1.2 Peralatan perlindungan diri di dalam makmal Cara Menggunakan Penyiram Kecemasan dan Pembilas Mata VIDEO
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 4 4 Tingkatan 1.2 Pembuangan Bahan Sisa Bahan yang Boleh Dibuang ke dalam Singki dan Bahan yang Tidak Boleh Dibuang ke dalam Singki 1. Terdapat dua jenis bahan sisa, iaitu: (a) bahan yang boleh dibuang ke dalam singki (b) bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki 2. Jadual 1.1 menunjukkan beberapa contoh jenis bahan sisa tersebut. Jadual 1.1 Jenis bahan sisa Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki • Bahan neutral (air suling, larutan sukrosa, pewarna) • Larutan alkali lemah (larutan ammonia) • Larutan asid lemah (asid etanoik, cuka) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Neutral Contoh keadaan pH Asid Alkali pH 2 Jus gastrik pH 4 Jus tomato pH 7 Air suling pH 7.4 Darah manusia pH 9 Sabun pH 13 Peluntur ✘ ✘ ✔ ✔ ✔ ✘ Rajah 1.3 Nilai pH bagi beberapa bahan • Sisa pepejal • Bahan yang mempunyai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9 • Logam berat (arsenik, plumbum) • Sisa organik (bangkai haiwan dan mikrob) • Bahan buangan radioaktif (uranium) • Bahan mudah meruap • Bahan reaktif (natrium, kalium) • Bahan toksik (merkuri, sianida) • Sebatian pelarut organik (petroleum, kloroform) • Bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak, hidrogen peroksida) 3. Antara kesan pembuangan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki adalah: (a) Bahan sisa pepejal menyebabkan singki tersumbat (b) Bahan berasid kuat menyebabkan paip terkakis (c) Bahan kimia adalah berbahaya kepada hidupan jika mengalir ke sumber air (d) Bahan sisa organik menyebabkan pencemaran air dan keracunan kepada hidupan jika mengalir ke sumber air Skala pH
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 5 4 Tingkatan Mengurus Bahan Sisa Biologi 1. Bahan sisa biologi ialah bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan kemudaratan atau bahaya biologi. 2. Prosedur pengurusan pelupusan sisa biologi di makmal adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (POS). 3. Sisa biologi diasingkan mengikut kategori. Rajah 1.4 merupakan carta alir Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi. Kategori A Peralatan tajam (picagari, jarum, bilah skalpel) Masukkan ke dalam bekas khas (bekas sisa tajam) Simpan sementara di dalam tempat penyimpanan khas seperti tong biobahaya dalam keadaan selamat, terkawal dan disejukkan Pelupusan berpusat dijalankan Kategori C Bangkai, organ (haiwan makmal dan haiwan uji kaji) Dibalut dalam bahan penyerap (kertas tisu) dan kemudian dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya Disimpan sementara di dalam penyejuk beku Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui singki makmal atau tandas Kategori B Pepejal tidak tajam (sarung tangan, tisu, medium kultur) Bungkuskan ke dalam beg autoklaf kalis bocor dan diautoklaf pada suhu 121°C, tekanan 15 psi selama 20 minit Selepas autoklaf, masukkan ke dalam beg biobahaya dan labelkan Kategori D Cecair (darah, serum) Dinyahkontaminasi secara autoklaf Rajah 1.4 Carta alir Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 6 4 Tingkatan Langkah Mengurus Kemalangan di dalam Makmal 1. Terdapat beberapa jenis kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal, iaitu: (a) Terkena serpihan kaca (b) Terkena asid atau alkali pekat (c) Kebakaran kecil (d) Terkena serpihan hasil daripada tindak balas logam reaktif (e) Termometer pecah / tumpahan merkuri (f) Kebocoran gas (g) Renjatan elektrik 2. Rajah 1.5 merupakan peta alir menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia. Segera memberitahu guru atau pembantu makmal Kaut tumpahan bahan kimia Buang dengan selamat Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan Rajah 1.5 Langkah keselamatan yang perlu dilakukan jika tumpahan kimia berlaku 3. Termometer yang pecah menyebabkan tumpahan merkuri. Tumpahan merkuri boleh mengakibatkan keracunan merkuri. 4. Keracunan merkuri berlaku jika seseorang tersentuh atau berlaku peresapan melalui kulit dalam kuantiti tertentu. Racun merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal. Jika seseorang terhidu wap merkuri, dia akan mengalami sesak nafas dan sakit kepala. 5. Rajah 1.6 merupakan carta alir yang menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku tumpahan merkuri. Rajah 1.6 Langkah keselamatan yang perlu dilakukan jika tumpahan merkuri berlaku
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 7 4 Tingkatan 1.3 Pemadam Kebakaran Jenis Pemadam Kebakaran 1. Alat pemadam kebakaran ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran. 2. Alat pemadam kebakaran boleh dikelaskan kepada empat jenis berdasarkan medium pemadam kebakaran. Air Warna label: merah • Memadam kebakaran seperti kain, kertas dan kayu • Tidak sesuai memadam kebakaran akibat peralatan elektrik kerana air ialah konduktor elektrik yang baik Karbon dioksida Warna label: hitam • Memadamkan kebakaran melibatkan peralatan elektrik, gas dan wap • Karbon dioksida merupakan gas yang tidak mengalirkan elektrik • Boleh memadam kebakaran di tempat yang tersorok Buih Warna label: krim • Memadamkan kebakaran seperti kayu dan kertas serta jenis cecair atau gas yang mudah terbakar contohnya minyak, cat dan gas asli • Berfungsi untuk menyelimuti dan menurunkan suhu • Kandungannya boleh menjadi beku sekiranya disimpan di tempat sejuk Serbuk kering Warna label: biru • Memadamkan semua jenis kebakaran seperti pepejal logam dan bukan logam, cecair, gas dan peralatan elektrik
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 8 4 Tingkatan 3. Kebakaran terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan bahan yang terbakar. 4. Jadual 1.2 menunjukkan jenis kebakaran dan alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan. Jadual 1.2 Jenis kebakaran dan jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan Jenis kebakaran Penerangan Alat pemadam kebakaran Kelas A Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal (kecuali logam) seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar • Air • Buih • Serbuk kering Kelas B Kebakaran melibatkan jenis cecair seperti petrol, kerosin, diesel, cat, varnis dan lain-lain • Buih • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas C Kebakaran melibatkan gas seperti LPG, LNG, oksigen dan lain-lain • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas D Kebakaran melibatkan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya • Serbuk kering Kelas E Kebakaran melibatkan peralatan elektrik • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas F Kebakaran melibatkan lemak dan minyak masak • Serbuk kering • Karbon dioksida 5. Alat pemadam kebakaran lain adalah jenis ABC, selimut kebakaran, pasir dan air dari pili atau sumber lain. Pemadam api ABC • Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran kecuali kebakaran disebabkan logam dan gas • Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan • Tidak mencemarkan tanah • Mudah diselenggara sekurang-kurangnya sekali setahun • Kelembapan yang dihasilkan adalah lebih lama dan menghalang api daripada merebak Selimut kebakaran (Fire blanket) • Diperbuat daripada dua lapisan gentian kaca • Mampu memadamkan api kecil atau sederhana yang sukar dipadamkan oleh air • Memadamkan api pada badan mangsa dengan menyelimuti badan mangsa • Tidak boleh digunakan semula Rajah 1.7 Pemadam api ABC Rajah 1.8 Selimut kebakaran
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 9 4 Tingkatan Kaedah Penggunaan Pemadam Kebakaran Tanggalkan pin keselamatan daripada pemadam kebakaran. Pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan. Tekan pemicit atas alat pemadam kebakaran. 1 Halakan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 2.0 – 2.5 meter dari api. 2 Ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnya dari sisi ke sisi. 4 3 Rajah 1.9 Kaedah penggunaan pemadam kebakaran Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Sekolah • Pastikan jenis alat pemadam kebakaran yang terdapat di sekolah. • Periksa label yang ditampal pada setiap alat pemadam kebakaran. Pada label tersebut ada tercatat tarikh luput alat pemadam kebakaran tersebut. • Pastikan jarum pada meter tekanan berada pada zon hijau. Sekiranya jarum terpesong ke arah kiri zon merah, tekanan sudah berkurang manakala jarum yang terpesong ke arah kanan di zon merah menunjukkan tekanan yang berlebihan dalam alat pemadam kebakaran. • Rekodkan bilangan pemadam kebakaran yang terdapat di sekolah anda mengikut jenis. • Pastikan alat pemadam kebakaran berada di lokasi yang betul mengikut pelan laluan kecemasan sekolah. Pastikan tiada objek lain yang menghalang kedudukan alat pemadam kebakaran tersebut sehingga menyukarkan seseorang untuk mendapatkannya sekiranya berlaku kecemasan. Adakah setiap rumah perlu mempunyai alat pemadam kebakaran? Kuiz Kuiz
10 4 Tingkatan 1. Antara yang berikut, yang manakah fungsi topeng muka? A Melindungi hidung dan mulut daripada asap, wap dan habuk serta bahan kimia yang mudah meruap B Melindungi mulut daripada mikroorganisma merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit C Melindungi hidung dan mulut daripada sinaran berbahaya ultra ungu dan sinaran radioaktif D Melindungi muka daripada percikan bahan kimia yang boleh merosakkan muka 2. Antara yang berikut, eksperimen manakah yang perlu dilakukan di dalam kebuk wasap? A Pendidihan air suling B Pemejalwapan iodin kepada gas C Penjanaan elektrik mengunakan asid sitrik D Tindak balas enzim amilase dan kanji 3. Antara bahan-bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki? P : Merkuri Q : Larutan berasid pH 5 - 6 R : Larutan beralkali pada pH 9 S : Sebatian pelarut organik A P dan Q B P dan S C Q dan R D R dan S 4. Antara yang berikut, manakah padanan yang betul berkaitan pelupusan sisa biologi? Sisa biologi Kaedah pelupusan A Picagari, jarum dan bilah skalpel Balut dengan beg plastik biobahaya dan buang ke dalam tong sampah B Sarung tangan dan medium kultur Bungkus dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf C Bangkai haiwan Bungkus dengan tisu dan tanam di dalam tanah D Darah Simpan di dalam beg plastik biobahaya dan diautoklaf 5. Semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal, seorang murid tidak sengaja menjatuhkan termometer sehingga menyebabkan bebuli termometer yang mengandungi merkuri telah pecah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan terhadap tumpahan merkuri tersebut? A Lap tumpahan dengan menggunakan kain B Tabur sulfur pada tumpahan dan hubungi bomba C Tabur pasir pada tumpahan dan hubungi bomba D Segera tinggalkan kawasan tumpahan merkuri Soalan Objektif PRAKTISSPM
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 11 4 Tingkatan 6. Bagaimanakah cara pelupusan bangkai haiwan dilakukan? A Dibungkus dengan tisu dan dinyahkontaminasi secara autoklaf B Dibungkus dengan tisu, disimpan di dalam plastik biobahaya dan disejukbekukan C Dibakar di dalam insinerator D Dibalut dengan kertas dan ditanam di kawasan lapang 7. Rajah 1 menunjukkan kebakaran kereta yang berlaku akibat kebocoran tangki minyak. Rajah 1 Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadam kebakaran tersebut? P : Air Q : Serbuk kering R : Buih S : Karbon dioksida A P dan S C Q dan R B P dan R D Q dan S 8. Mengapakah air tidak sesuai digunakan untuk memadam kebakaran daripada peralatan elektrik? A Air boleh mengalirkan elektrik dengan baik B Air boleh mencetuskan kebakaran yang lebih besar C Air boleh menyebabkan letupan yang lebih besar D Air merupakan penebat elektrik yang baik 9. Antara yang berikut, manakah urutan yang betul pengendalian alat pemadam kebakaran? A Tarik pin Halakan muncung ke sumber api Tekan pemicit Sembur dari hujung ke hujung B Halakan ke sumber api Tarik pin Tekan pemicit Sembur dari hujung ke hujung C Tekan pemicit Tarik pin Halakan ke sumber api Sembur dari hujung ke hujung D Tarik pin Tekan pemicit Halakan ke sumber api Sembur dari hujung ke hujung 10. Apakah perkara penting yang perlu dilakukan semasa melaksanakan audit alat pemadam kebakaran? M : Lakukan audit setiap hari N : Periksa tarikh luput alat pemadam kebakaran O : Periksa bacaan tekanan pada alat pemadam kebakaran P : Lakukan audit pada satu alat pemadam kebakaran sahaja A M dan N B N dan O C M, N dan O D M, N dan P
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 12 4 Tingkatan Soalan Subjektif Bahagian A 1. Rajah 1 menunjukkan keputusan eksperimen yang dilakukan untuk mengenal pasti kumpulan darah murid Tingkatan 4 Zamrud. A O AB O B O A B A A A O AB B B A O O O O Rajah 1 (a) Lengkapkan Jadual 1 berdasarkan Rajah 1 di atas. Jadual 1 Kumpulan darah Bilangan murid A 6 B 4 AB O 2 [1 markah] (b) Menggunakan data dalam Jadual 1, lukis carta palang bilangan murid melawan kumpulan darah. Bilangan murid 10 8 6 4 2 A B O AB Kumpulan darah Kumpulan darah [2 markah] (c) Selepas menjalankan eksperimen, murid perlu melupuskan jarum dan sisa darah. Apakah kaedah pelupusan yang betul untuk melupuskan kedua-dua sisa biologi tersebut? [2 markah] Bahagian B 2. Rajah 2 menunjukkan kebakaran yang berlaku di dalam makmal. Rajah 2 (a) Apakah punca kebakaran tersebut? [1 markah] (b) Tandakan (3) jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai untuk memadam kebakaran pada Rajah 2. (i) (ii) (iii) (iv) [2 markah] (c) Semasa kebakaran tersebut, pakaian seorang murid telah disambar oleh api menyebabkan kebakaran merebak ke seluruh badannya. Nyatakan jenis alat pemadam kebakaran yang paling sesuai untuk memadam kebakaran pada badan mangsa. Terangkan jawapan anda. [2 markah]
Sains SPM Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 13 4 Tingkatan (d) Apakah perkara penting yang perlu diperhatikan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran? [1 markah] Bahagian C 3. (a) Nyatakan dua jenis alat pemadam kebakaran. [2 markah] (b) Terangkan kaedah penggunaan alat pemadam kebakaran mengikut urutan yang betul. [2 markah] (c) Semasa berada di dapur, anda dapati berlaku kebakaran kecil akibat kebocoran gas semasa memasak air. Api tersebut telah marak dan menyambar sebahagian dapur memasak rumah anda. Anda mempunyai dua jenis alat pemadam kebakaran di rumah. I II Rajah 3.1 Pilih jenis alat pemadam kebakaran yang paling sesuai. Wajarkan pilihan anda. [4 markah] (d) Sekiranya tiada alat pemadam kebakaran, anda juga boleh mencipta alat pemadam kebakaran ringkas seperti dalam Rajah 3.2. Cuka Botol plastik Penyedut minuman plastik Serbuk penaik dibalut di dalam tisu Rajah 3.2 Terangkan bagaimana alat pemadam kebakaran ringkas tersebut berfungsi. [4 markah] Jawapan Bab 1
Pengelasan Bakteria Nutrien Perubatan Teknik aseptik Penggunaan sinaran Protozoa Kelembapan Pertanian Virus Suhu Fungi Cahaya Perindustrian Alga pH Faktor Persekitaran Kegunaan Pencegahan Mikroorganisma Pensterilan Pendidihan Penggunaan aseptik Penggunaan disinfektan Peta Konsep Kandungan Bab 1.1 Dunia Mikroorganisma 1.2 Mikroorganisma Berfaedah 1.3 Pencegahan dan Rawatan Penyakit yang Disebabkan oleh Mikroorganisma Mikroorganisma Refleksi Bab 1 BAB Tema 1 Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 182
Sains SPM Bab 1 Mikroorganisma 183 5 Tingkatan 1.1 Dunia Mikroorganisma 1. Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 2. Mikroorganisma hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop (Rajah 1.1). Flora Normal 1. Flora normal merupakan mikroorganisma yang ditemukan pada organisma termasuklah manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan penyakit. 2. Rajah 1.2 menunjukkan flora normal pada bahagian-bahagian berlainan badan manusia. Bahagian atas salur pernafasan • Staphylococcus sp. • Streptococcus sp. Uretra • Staphylococcus sp. • Corynebacterium sp. Kulit • Staphylococcus sp. • Corynebacterium sp. Usus kecil • Escherichia coli • Lactobacillus sp. • Streptococcus sp. Streptococcus sp. Corynebacterium sp. Staphylococcus sp. Escherichia coli Rajah 1.2 Flora normal pada bahagian-bahagian berlainan badan manusia Kepentingan flora normal Menghalang pembentukan koloni patogen Sintesis vitamin B12 dan Vitamin K Merangsang pertumbuhan tisu badan seperti tisu kolon Merangsang penghasilan antibodi yang melawan patogen dan penyakit Rajah 1.1 Mikroorganisma di bawah mikroskop
Sains SPM Bab 1 Mikroorganisma 184 5 Tingkatan Pengelasan Mikroorganisma Mikroorganisma lazimnya dikelaskan kepada lima kumpulan. Fungi Protozoa Alga Bakteria Virus Fungi (atau Kulat) 1. Fungi makroskopik seperti cendawan dapat dilihat dengan mata kasar. 2. Fungi mikroskopik seperti yis dan mukor berukuran antara 10 μm – 100 μm hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop. 3. Fungi unisel seperti yis berbentuk sfera kecil. Fungi multisel seperti mukor lazimnya terdiri daripada sporangium yang berbentuk sfera dan hifa yang berbentuk bebenang. Tunas Yis Mukor Hifa Sporangium Rajah 1.3 Contoh-contoh fungi 4. Sesetengah fungi merupakan saprofit yang memperoleh nutrien daripada organisma yang telah mati dan reput. 5. Sesetengah fungi lagi ialah parasit yang memperoleh nutrien daripada perumahnya. 6. Fungi biasanya hidup di tempat yang mempunyai bahan reput yang banyak, tinja, kulit haiwan dan makanan. Fungi juga sesuai tumbuh di persekitaran yang gelap dan lembap. 7. Fungi unisel seperti yis membiak secara aseks melalui pertunasan. Tunas Rajah 1.4 Pertunasan dalam yis 8. Fungi multisel seperti mukor membiak secara aseks melalui pembentukan spora atau membiak secara seks melalui konjugasi. Sporangium Spora Dua hifa bercantum Sporangium Spora Dua hifa bercantum Rajah 1.5 Pembentukan spora pada mukor Rajah 1.6 Konjugasi Alga 1. Alga makroskopik seperti alga laut dapat dilihat dengan mata kasar. 2. Alga mikroskopik seperti Chlamydomonas sp. dan Spirogyra sp. yang berukuran antara 1 μm hingga beberapa ratus μm hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop. Spirogyra sp. Chlamydomonas sp. Rajah 1.7 Contoh alga 3. Alga unisel seperti Chlamydomonas sp. dan alga multisel seperti Spirogyra sp. mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil. 4. Kebanyakan alga berwarna hijau disebabkan oleh kehadiran klorofil di dalam selnya. Klorofil membolehkan alga menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. VIDEO Pertunasan dalam Yis
Sains SPM Bab 1 Mikroorganisma 185 5 Tingkatan 5. Habitat alga ialah air tawar, air masin, tanah lembap dan kulit pokok yang terdedah kepada cahaya matahari. 6. Alga seperti Chlamydomonas sp. dapat membiak secara aseks melalui belahan dedua dan secara seks melalui konjugasi. 7. Alga seperti Spirogyra sp. pula membiak secara seks melalui konjugasi. Protozoa 1. Kebanyakan protozoa merupakan mikroorganisma unisel yang berukuran antara 5 μm – 250 μm dan dapat dilihat melalui mikroskop cahaya kuasa rendah. 2. Paramecium sp. berbentuk seperti bentuk selipar dan mempunyai struktur seperti mikronukleus, makronukleus, sitoplasma, vakuol makanan, vakuol mengecut, membran sel dan rerambut halus yang dikenali sebagai silia. 3. Amoeba sp. tidak mempunyai bentuk yang tetap. Bentuknya berubahubah semasa bergerak. Amoeba sp. mempunyai struktur seperti nukleus, sitoplasma, vakuol makanan, vakuol mengecut dan membran sel. Membran sel Vakuol Sitoplasma Amoeba Pseudopodium Silia Vakuol Membran sel makanan Nukleus Alur mulut Paramecium Vakuol mengecut Nukleus Membran sel Vakuol Sitoplasma Amoeba Pseudopodium Silia Membran sel Alur mulut Vakuol mengecut Nukleus Rajah 1.8 Contoh protozoa 4. Protozoa mengamalkan nutrisi yang pelbagai jenis. (a) Euglena sp. menjalankan fotosintesis. (b) Plasmodium sp. ialah protozoa parasit yang menyebabkan penyakit malaria. (c) Amoeba sp. mendapatkan nutrien melalui fagositosis. Amoeba sp. menggunakan unjuran sitoplasma yang dikenali sebagai pseudopodium atau ‘kaki palsu’ untuk bergerak dan mengepung makanan semasa fagositosis. 1 2 3 4 Rajah 1.9 Fagositosis dalam Amoeba sp. 5. Habitat Paramecium sp. ialah air tawar. Habitat Amoeba sp. pula termasuklah tanah yang lembap, air tawar, air laut dan perumah. 6. Paramecium sp. dan Amoeba sp. membiak secara aseks melalui belahan dedua. Sel induk membahagi dua untuk membentuk dua sel anak yang mempunyai bahan genetik yang serupa dengan induk. Rajah 1.10 Belahan dedua dalam Amoeba sp. 7. Paramecium sp. juga membiak secara seks melalui konjugasi. Pertukaran bahan genetik Rajah 1.11 Konjugasi dalam Paramecium sp.
Sains SPM Bab 1 Mikroorganisma 186 5 Tingkatan Bakteria 1. Bakteria merupakan mikroorganisma unisel yang berukuran antara 0.2 μm – 10 μm. Bakteria dapat dilihat melalui mikroskop cahaya kuasa tinggi. 2. Penamaan dan pengelasan bakteria adalah berdasarkan bentuk asas bakteria, iaitu sfera (kokus), pilin (spirilum), rod (basilus) dan koma (vibrio). Basilus (Bentuk rod) Spirilum (Bentuk berpilin) Kokus Diplokokus Streptokokus Kokus (sfera) Vibrio (Bentuk koma) Rajah 1.12 Pelbagai bentuk bakteria 3. Kebanyakan bakteria mempunyai dinding sel yang terdiri daripada asid amino dan polisakarida yang memberi bentuk kepada bakteria. Sesetengah bakteria mempunyai kapsul yang melindungi dinding sel. Sesetengah bakteria mempunyai rerambut halus yang dikenali sebagai pili yang membolehkan bakteria melekat pada permukaan tertentu. Ada bakteria yang mempunyai struktur seperti ekor yang dikenali sebagai flagelum untuk membantu dalam pergerakan. Kapsul DNA Ribosom Flagelum Sitoplasma Membran plasma Dinding sel Rajah 1.13 Struktur am bakteria 4. Bakteria mendapatkan makanan melalui pelbagai cara. (a) Bakteria yang mempunyai klorofil menghasilkan makanannya sendiri. (b) Sesetengah bakteria bersifat parasit yang mendapatkan nutrien daripada perumahnya. (c) Terdapat juga bakteria saprofit yang mendapatkan nutrien daripada organisma yang telah mati. 5. Bakteria boleh ditemui dalam udara, air, tanah dan kesemua organisma dan bahan yang mereput. 6. Bakteria membiak secara aseks, iaitu melalui belahan dedua dan juga membiak secara seks melalui konjugasi. Dinding sel Kromosom Dua sel anak dihasilkan Kromosom bereplikasi Sitoplasma membahagi Rajah 1.14 Bakteria membiak melalui belahan dedua DNA Tiub konjugasi DNA dipindahkan Rajah 1.15 Konjugasi dalam bakteria
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas KERTAS 2 SPM BHGN A & C CONTOH PENYELESAIAN SOALAN Teknik Menjawab Kemahiran Proses Sains Kertas 2 (Bhgn A & C) Bahagian A 1. Sekumpulan murid Tingkatan 4 Ibnu Sina menjalankan eksperimen untuk mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau. Selepas seminggu, mereka telah memperoleh data seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Hari Ketinggian (mm) Anak benih 1 Anak benih 2 Anak benih 3 Purata 1 1.2 1.1 1.3 1.2 2 2.1 2.3 2.2 2.2 3 3.4 3.4 3.4 3.4 4 4.5 4.4 4.4 4.4 5 4.8 4.8 4.8 4.8 6 5.5 5.4 5.4 5.4 7 5.6 5.6 5.8 5.6 (a) Berdasarkan jadual di atas, plotkan graf ketinggian anak benih kacang hijau melawan masa. Masa (hari) 1 2 3 4 Ketinggian anak benih kacang hijau (mm) 0 5 4 3 2 1 5 6 7 Bab 6 Tg4 325
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas Sains SPM Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 1. 5 titik diplot dengan betul (1 m) 2. 5 titik dicantum menjadi graf dengan licin dan betul (1 m) Data yang diplotkan MESTI merujuk kepada data dalam jadual. Paksi-X adalah pemboleh ubah dimanipulasikan. Paksi-Y adalah pemboleh ubah bergerak balas. Tip Menjawab [2 markah] (b) Apakah faktor yang perlu ditetapkan dalam eksperimen ini? Jenis anak benih Faktor yang perlu ditetapkan ialah pemboleh ubah dimalarkan / ditetapkan (rujuk kepada faktor yang sama / ditetapkan dalam eksperimen ini). Tip Menjawab [1 markah] (c) Berikan hubungan antara ketinggian anak benih kacang hijau dengan masa. Semakin bertambah masa, semakin tinggi anak benih kacang hijau. Cara menulis jawapan bagi soalan hubungan MESTI lah: Semakin PM …………. semakin PGB …………………… Lihat jadual keputusan, tentukan pola yang diperhatikan. Tip Menjawab [1 markah] (d) Graf pertumbuhan anak benih kacang hijau berbentuk sigmoid. Apakah yang diwakili oleh kecerunan graf tersebut? Pertumbuhan anak benih Kecerunan graf mewakili pemboleh ubah bergerak balas // faktor yang diperhatikan atau direkodkan. Tip Menjawab [1 markah] 2. Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 menunjukkan eksperimen bagi membandingkan kekerasan aloi dengan logam tulen. Pemberat Bola keluli Pita selofan Kaki retort Pembaris meter Benang Bongkah kuprum Pemberat Bola keluli Pita selofan Kaki retort Pembaris meter Benang Bongkah gangsa Rajah 2.1 Rajah 2.2 Bab 9 Tg4 326
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas Sains SPM Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2 Jenis bongkah Diameter lekuk (cm) Kuprum 5 Gangsa 3 (a) Apakah pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan keputusan eksperimen di atas? Diameter lekuk bongkah gangsa lebih kecil berbanding diameter lekuk bongkah kuprum. Mulakan ayat menggunakan pemboleh ubah bergerak balas yang kita nampak (berdasarkan keputusan eksperimen) dan buat perbandingan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini (dua jenis bongkah). Tip Menjawab [1 markah] (b) (i) Nyatakan faktor yang perlu diubah. Jenis bongkah Faktor yang perlu diubah ialah pemboleh ubah dimanipulasikan. Rujuk pada faktor yang diubah atau diganti dalam eksperimen ini. Lihat jadual keputusan, pemboleh ubah dimanipulasikan berada di lajur pertama. Tip Menjawab [1 markah] (ii) Nyatakan faktor yang perlu diperhatikan. Diameter lekuk Faktor yang perlu diperhatikan ialah pemboleh ubah bergerak balas. Rujuk pada keputusan eksperimen ini. Lihat jadual keputusan, pemboleh ubah bergerak balas berada di lajur kedua. Tip Menjawab [1 markah] (c) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini. Jika jenis bongkah adalah gangsa, maka diameter lekuk besar. atau Jika jenis bongkah adalah kuprum, maka diameter lekuk kecil. Hipotesis boleh ditulis dalam bentuk ayat perkadaran, iaitu Jika PM (rujuk pada jadual) maka PGB (rujuk pada jadual // keputusan eksperimen). Tip Menjawab [1 markah] 327
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas Sains SPM Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 1. Kaji dialog di bawah. Antara tulang berongga dan tulang yang padat yang manakah lebih kuat? Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat. Berdasarkan situasi dalam rajah di atas, rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji kekuatan tulang berongga dan tulang padat. Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut: (a) Pernyataan masalah Adakah tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat? Rujuk kepada situasi dalam rangsangan soalan atau simulasi soalan. Pernyataan masalah MESTI ditulis dalam bentuk soalan dan diakhiri dengan tanda soal. Mulakan ayat dengan kata soal Adakah/Bagaimanakah/Apakah. Tip Menjawab [1 markah] (b) Hipotesis Tulang berongga lebih kuat daripada tulang yang padat. Rujuk kepada situasi dalam rangsangan soalan atau simulasi soalan. Hipotesis MESTI ada pemboleh ubah dimanipulasikan + pemboleh ubah bergerak balas + perkaitan kedua-duanya. Tip Menjawab [1 markah] (c) (i) Faktor yang perlu diubah Jenis silinder Faktor yang perlu diubah ialah pemboleh ubah dimanipulasikan. Tip Menjawab [1 markah] Bahagian C Soalan 11 (Kertas 2) Bab 6 Tg4 341
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas Sains SPM Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 (ii) Faktor yang perlu dikawal Diameter silinder Faktor yang perlu dikawal ialah pemboleh ubah dimalarkan / ditetapkan. Tip Menjawab [1 markah] (d) Lakaran susunan radas yang berlabel Penutup kotak Silinder padat Silinder berongga Lukis dan labelkan rajah bagi bahan dan radas yang digunakan dalam eksperimen ini. Tip Menjawab [3 markah] (e) Jangkaan pemerhatian Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder berongga lebih banyak daripada bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder padat. Atau Silinder Bilangan buku teks yang boleh disokong Berongga 7 Padat 5 Boleh jawab menggunakan pernyataan atau membuat jadual. Namun, jika menggunakan jadual, perlulah dilengkapkan keputusan eksperimen. Mulakan ayat menggunakan pemboleh ubah bergerak balas yang kita nampak (berdasarkan keputusan eksperimen) dan buat perbandingan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini (dua jenis silinder). Tip Menjawab [1 markah] (f) Dua langkah berjaga-jaga 1. Pastikan diameter silinder dan panjang silinder berongga serta silinder yang padat mempunyai saiz yang sama dan ketinggian yang sama. 2. Buku teks yang sama jenis perlu diletakkan satu persatu sehinggalah silinder menjadi bengkok. Boleh tulis cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan // faktor yang perlu dimalarkan sebagai langkah berjaga-jaga. Tip Menjawab [2 markah] 342
2 Contoh Penyelesaian Soalan Kertas Sains SPM Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 2. Kaji situasi di bawah. Liyana mendapati kadar pertumbuhan anak kucingnya adalah berbeza ketika kucing masih kecil dan ketika kucingnya sudah dewasa. Liyana ingin menyiasat adakah pola pertumbuhan anak benih tumbuhan adalah sama seperti kucing. (a) Nyatakan satu pernyataan masalah daripada maklumat di atas. Adakah pola pertumbuhan bagi tumbuhan sama seperti pola pertumbuhan haiwan? Rujuk kepada situasi dalam rangsangan soalan atau simulasi soalan. Pernyataan masalah MESTI ditulis dalam bentuk soalan dan diakhiri dengan tanda soal. Mulakan ayat dengan kata soal Adakah/Bagaimanakah/Apakah. Tip Menjawab [1 markah] (b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. Pola pertumbuhan bagi tumbuhan adalah berbentuk sigmoid. Rujuk kepada situasi dalam rangsangan soalan atau simulasi soalan. Hipotesis MESTI ada pemboleh ubah dimanipulasikan + pemboleh ubah bergerak balas + perkaitan kedua-duanya. Tip Menjawab [1 markah] (c) Berdasarkan pernyataan yang diberi, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk menguji hipotesis anda menggunakan biji benih kacang hijau, kapas, air, piring Petri, penyepit dan pembaris. Huraian anda harus mengandungi aspek berikut: (i) Tujuan eksperimen Untuk mengkaji pola pertumbuhan anak benih kacang hijau Untuk mengkaji kesan PM terhadap PGB Untuk menyiasat hubungan antara PM dengan PGB Tip Menjawab [1 markah] (ii) Mengenal pasti pemboleh ubah Pemboleh ubah dimanipulasikan: Masa Pemboleh ubah bergerak balas: Ketinggian anak benih Pemboleh ubah dimanipulasi: Faktor yang hendak dikaji / diubah / diganti dalam eksperimen Pemboleh ubah bergerak balas: Keputusan eksperimen / hasil eksperimen / pemerhatian yang boleh diperhatikan Tip Menjawab [2 markah] Bab 6 Tg4 343
363 Kertas Model SPM 1. Rajah 1 menunjukkan topeng muka yang biasa dipakai di dalam makmal. Rajah 1 Apakah kegunaan topeng muka di dalam makmal ketika menjalankan sesuatu eksperimen? A Melindungi mata daripada percikan bahan kimia B Melindungi anggota badan daripada bahan kimia yang tertumpah C Mengelakkan gas toksik yang menjejaskan sistem pernafasan D Mengelakkan sentuhan dengan bahan organik berbahaya seperti bakteria 2. Pada bulan Januari 2021, hujan lebat telah menyebabkan banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Jika anda terserempak dengan seorang mangsa lemas akibat terjatuh ke dalam sungai, dan jantungnya berhenti berdegup lebih daripada 5 minit, apakah tindakan pantas yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan mangsa lemas tersebut? A Melakukan teknik Heimlich Manoeuvre KERTAS 1 1 jam 15 minit [40 markah] Soalan 1 hingga Soalan 40 diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan terbaik bagi setiap soalan. B Melakukan resusitasi kardiopulmonari C Menghubungi pihak berkuasa D Menghubungi pegawai perubatan 3. Pernyataan di bawah menerangkan penggunaan sejenis termometer. Tidak perlu bersentuhan dengan mana-mana anggota badan manusia Antara yang berikut, yang manakah termometer yang diterangkan dalam pernyataan di atas? A B C D SPM KERTAS MODEL
Sains SPM Kertas Model SPM 364 Kertas Model SPM 4. Ariq menjalani ujian SEGAK di sekolah. Dia memperoleh maklumatnya seperti di bawah. Jisim badan: 70 kg Tinggi: 170 cm Kira Indeks Jisim Badan (BMI) Ariq. A 24.2 kg m–2 B 41.2 kg m–2 C 33.1 kg m–2 D 18.6 kg m–2 5. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Teknologi Hijau? A Meningkatkan penghasilan sisa B Membantu mengawal degradasi kualiti persekitaran C Meningkatkan gas rumah hijau D Meningkatkan penggunaan sumber asli 6. Rajah 2 menunjukkan label penilaian kecekapan tenaga yang terdapat pada peralatan elektrik dan elektronik. Rajah 2 Apakah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap bilangan bintang pada label tersebut? A Label ini menunjukkan penggunaan tenaga purata setahun. B Bilangan bintang paling efisien ialah 3 bintang pada peralatan elektrik. C Semakin banyak bintang, semakin tinggi kecekapan tenaga. D Semakin kurang bintang, semakin jimat penggunaan tenaga elektrik. 7. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kromosom? A Unit asas pewarisan yang menentukan ciri- ciri individu B Terdiri daripada unit asas nukleotida C Struktur bebenang halus yang terdiri daripada asid nukleik dan protein D Terdiri daripada dua rantai polinukleotida yang berpintal secara antiselari 8. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai mitosis dan meiosis? Mitosis Meiosis A Mempunyai variasi Tiada variasi B Pembahagian sel berlaku sekali sahaja Pembahagian sel berlaku dua kali C Pindah silang berlaku Pindah silang tidak berlaku D Melibatkan sel pembiakan Melibatkan sel soma 9. Rajah 3 menunjukkan pewarisan sifat bagi kehadiran lesung pipit. P mewakili gen dominan bagi kehadiran lesung pipit manakala p mewakili gen resesif bagi ketiadaan lesung pipit. Ada lesung pipit Tiada lesung pipit Induk: Pp Gamet: Anak: P p p p pp Rajah 3 Berapakah bilangan anak yang mempunyai lesung pipit? A 1 C 3 B 2 D 4
Sains SPM Kertas Model SPM 365 Kertas Model SPM 10. Rajah 4 menunjukkan lengkung pertumbuhan bagi haiwan Q. Panjang badan (mm) Masa (hari) Telur Y Imago II I III V IV Rajah 4 Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai Y? A Proses ekdisis berlaku. B Haiwan akan menghembus udara bagi mengecutkan badan. C Pertumbuhan haiwan adalah pesat. D Ini ialah lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid. 11. Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada rangka manusia. P Q Rajah 5 Apakah P dan Q? P Q A Ulna Radius B Tibia Fibula C Fibula Tibia D Femur Patela 12. Rajah 6 menunjukkan graf pertumbuhan manusia. Pertumbuhan manusia Umur 1 I II III IV V 12 20 60 Rajah 6 Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai pertumbuhan pada peringkat IV? A Pertumbuhan paling cepat. B Pertumbuhan negatif. C Sel baharu yang terhasil menggantikan sel rosak dan mati. D Saiz badan berkurang. 13. Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai sistem endokrin manusia? A Sistem ini mengawal kadar pertumbuhan badan. B Gerak balas adalah cepat. C Sistem ini terdiri daripada saraf tunjang dan otak. D Maklumat dihantar dalam bentuk isyarat elektrik. 14. Semasa musim banjir yang berlaku di kampung Akib, dia terpaksa meredah banjir menggunakan kenderaannya untuk pulang ke rumah. P Q S R Rajah 7
Sains SPM Kertas Model SPM 371 Kertas Model SPM 1. Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan larutan yang berbeza terhadap pengoksidaan buah epal. Jus lemon Bikar D Bikar E Larutan natrium bikarbonat Rajah 1 Selepas satu minit, hirisan epal tersebut dikeluarkan dari setiap larutan dan dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit. Kemudian, perubahan warna terhadap hirisan epal tersebut diperhatikan dan direkodkan. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Jenis larutan Perubahan warna pada hirisan epal Jus lemon Tiada perubahan Larutan natrium bikarbonat Menjadi keperangan (a) Nyatakan hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah] (b) Nyatakan satu inferens bagi eksperimen ini. [1 markah] (c) Nyatakan faktor yang diubah dalam eksperimen ini. [1 markah] (d) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi pengoksidaan makanan. [1 markah] (e) Jus lemon boleh dijadikan sebagai bahan pengawet makanan semula jadi. Nyatakan bahan lain yang boleh menggantikan jus lemon. [1 markah] 2. Rajah 2.1 dan 2.2 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji sifat kekerasan antara logam tulen dan aloi. Pembaris meter Benang Kaki retort Bebola keluli Pita selofan Blok kuprum Pemberat Rajah 2.1 KERTAS 2 2 jam 30 minit Bahagian A [20 markah] Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
Sains SPM Kertas Model SPM 372 Kertas Model SPM Pembaris meter Benang Kaki retort Bebola keluli Pita selofan Blok loyang Pemberat Rajah 2.2 Selepas eksperimen, kedalaman lekukan bagi setiap blok diukur dan direkodkan dalam Jadual 2. Jadual 2 Jenis blok Kedalaman lekukan (cm) Blok kuprum Blok loyang 0.3 (a) Lengkapkan Jadual 2 dengan mengukur kedalaman lekukan yang terhasil pada blok kuprum dalam Rajah 2.3. Kedalaman lekukan Blok kuprum Rajah 2.3 [1 markah] (b) Nyatakan inferens berdasarkan keputusan eksperimen pada Jadual 2. [1 markah] (c) Nyatakan faktor yang diperhatikan dalam eksperimen ini. [1 markah] (d) Loyang ialah aloi. Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi. [1 markah] (e) Rajah 2.4 menunjukkan sebuah kapal terbang yang dimiliki oleh Malaysia Airlines Berhad. Rajah 2.4 Badan kapal terbang terdiri daripada duralumin. Mengapakah duralumin digunakan dalam pembinaan badan kapal terbang berbanding logam tulen? [1 markah] 3. Rajah 3 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia. Seketul plastisin dengan jisim 50 g diletakkan pada hujung bilah gergaji dan hujung bilah gergaji itu dilepaskan secara mengufuk. Masa untuk bilah gergaji melengkapkan 20 ayunan lengkap direkodkan. Bilah gergaji Plastisin Pengapit-G Rajah 3
Sains SPM Kertas Model SPM 373 Kertas Model SPM Eksperimen diulang dengan menggunakan jisim 100 g, 150 g dan 200 g. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1 Jisim plastisin (g) Masa untuk 20 ayunan (s) 50 10 100 20 150 30 200 40 (a) Menggunakan data dalam Jadual 3.1, lukis graf masa yang diambil untuk 20 ayunan lengkap melawan jisim plastisin. Masa untuk 20 ayunan lengkap (s) Jisim plastisin (g) 40 30 20 10 0 50 100 150 200 [2 markah] (b) Berdasarkan jawapan anda di 3(a), nyatakan hubungan antara masa yang diambil untuk 20 ayunan lengkap dan jisim plastisin. [1 markah] (c) Kirakan tempoh, T, untuk satu ayunan lengkap bagi jisim plastisin 200 g berdasarkan formula: Tempoh, T = t 20 (s) Tuliskan jawapan anda dalam Jadual 3.2. Jadual 3.2 Jisim plastisin (g) Masa untuk 20 ayunan (s) Tempoh, T (s) 200 40 [1 markah] (d) Seorang murid cuba menyelamatkan dirinya daripada dikejar oleh seekor khinzir hutan yang besar. Berdasarkan pengetahuan anda berkaitan inersia, nyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh murid tersebut untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan haiwan tersebut. [1 markah] 4. Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan bakteria pada agar nutrien steril yang ditekap oleh tangan yang tidak dibasuh dan tangan yang dibasuh dengan sabun dan air. Murid itu kemudiannya meletakkan piring Petri dalam keadaan telangkup di dalam almari selama 3 hari. Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan keputusan selepas 3 hari.
PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks W.M: RM20.95 / E.M: RM21.95 KC118044 ISBN: 978-629-470-439-8 SPM REVISI CEPAT Bahasa Melayu English Matematik Mathematics Sains Science Sejarah Pendidikan Islam Biologi Biology Fizik Physics Kimia Chemistry Matematik Tambahan Additional Mathematics Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek. Nota Padat KBAT & i-THINK Praktis SPM Teknik Menjawab Kertas 2 (Bhgn A & C) Kod QR Contoh Penyelesaian Soalan Kertas 2 (Bhgn A & C) Kertas Model SPM Jawapan Info, Audio, Video & Kuiz Kod QR Imbas, daftar dan masukkan Enrolment Key. Tingkatan 4 h#6vsYVQ Tingkatan 5 ^EXWgJ2A Cara Mengakses Cara Mengakses Kuiz MCQ Beli eBook di sini!