The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-07-31 00:26:57

Ranger UASA SEJARAH T123

WM : RM19.95
EM : RM19.95

Nadira Yusop & Akashah Ismail Halaman Berwarna! Kod QR Sejarah PELANGI KC117064 Tingkatan 1.2.3 KSSM


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Galeri i-THINK 1 Bab Mengenali Sejarah 1 Galeri i-THINK 1 Tingkatan 1 Pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan Herodotus E.H. Carr Ibn Khaldun Khoo Kay Kim Muhd Yusof Ibrahim Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Sejarah merupakan suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. Pengertian Sejarah


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 2 1.1 Pengertian Sejarah 1. Secara umumnya, sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu. 2. Sejarawan akan mengkaji peristiwa masa lalu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat atau negara. 3. Ahli sejarah atau sejarawan menyelidiki rekod-rekod masa lalu dan menghasilkan kajian dalam bentuk buku, monograf (rencana), makalah, filem, dan sebagainya. 4. Sejarah memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada kita tentang masyarakat, negara dan dunia. 5. Pengertian sejarah daripada aspek bahasa: (a) Dalam bahasa Melayu, sejarah berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun bermaksud pokok, salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul. (b) Menurut Kamus Dewan, sejarah ialah asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, dan tambo (riwayat dahulu kala). Sejarah merupakan kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah lalu. (c) Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history yang bermaksud cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu historia yang bermaksud penyelidikan. Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarah 1.2 1. Herodotus (a) Sejarawan pertama menggunakan perkataan historia yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman. (b) Sejarah merupakan penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. (c) Karyanya yang terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War) berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar-benar berlaku. PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Nyatakan istilah yang merujuk kepada sejarah. 2. Apakah tugas sejarawan? KBAT


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 3 2. E.H. Carr (a) Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. (b) Sejarah merupakan suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. (c) Karyanya yang terkenal ialah What is History?. 3. Ibn Khaldun (a) Beliau merupakan pemikir yang unggul, sejarawan, dan ahli sosiologi Islam yang terkenal. (b) Beliau pernah menjadi hakim dan tokoh akademik di Universiti AlAzhar, Mesir. (c) Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. (d) Karyanya yang terkenal ialah Muqaddimah mengandungi enam bab menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula pada zaman primitif hingga kehidupan di bandar. 4. Khoo Kay Kim (a) Beliau merupakan sejarawan terkenal yang mengkaji sejarah Malaysia. (b) Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. 5. Muhd Yusof Ibrahim (a) Beliau merupakan sejarawan tempatan terkenal yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah. (b) Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. (c) Antara karya beliau ialah Sejarawan dan Pensejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi, dan Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, Kaedah, dan Pensejarahan. 1 PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Rumuskan pengertian sejarah. 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah dengan mempelajari sejarah, kita dapat menjamin kesilapan yang sama tidak berulang? KBAT


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 4 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 1. Masa silam ialah rentetan peristiwa yang telah berlaku. Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dipanggil kronologi. 2. Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. 3. Ruang masa dapat dibahagikan kepada: Istilah Maksud Dekad Jangka masa sepuluh tahun. Abad Jangka masa seratus tahun. Alaf Jangka masa seribu tahun. 4. Konsep masa dalam sejarah juga boleh diukur mengikut zaman seperti: (a) Zaman Sebelum Masihi (SM). (b) Zaman Masihi (M) bermula selepas kelahiran Nabi Isa AS. 5. Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka mengikut tema seperti ekonomi, politik, dan sosial. 6. Pembahagian mengikut tema tertentu memudahkan sejarawan membuat penyelidikan sebelum menulis karya sejarah. 7. Pembahagian mengikut tema tertentu juga akan menambahkan kepelbagaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah. 8. Ruang masa dalam Sejarah Malaysia dibahagikan kepada beberapa tempoh masa seperti: (a) Era Kesultanan Melayu Melaka (b) Kemunculan kuasa-kuasa luar (c) Zaman selepas kemerdekaan PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Terangkan secara ringkas kronologi sejarah Malaysia. 2. Mengapakah sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu seperti politik, ekonomi, dan sosial?


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 5 1.4 Sumber Sejarah 1. Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. Sumber sejarah terbahagi kepada: Sumber Primer Sekunder Ciri-ciri Sumber ini bersifat asli, belum ditafsir, belum diolah, atau diterbitkan. Bahan yang telah diolah, diterbitkan, dan tersebar kepada umum. Contoh Fosil, artifak, fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip, batu bersurat, dokumen rasmi, dan keterangan lisan. Risalah, akhbar, buku, majalah, jurnal, dan ensiklopedia. Kepentingan Sumber primer perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu peristiwa. Sumber sekunder membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dapatan penyelidikan sejarah yang telah diterbitkan. 2. Artifak (a) Peralatan ciptaan manusia daripada batu, kaca, atau logam yang digunakan untuk perburuan, pertanian, dan perdagangan. (b) Loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor menjadi sumber primer untuk mengkaji hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan. Loceng ini dihasilkan kira-kira 150 tahun Masihi bersamaan dengan perluasan kuasa kerajaan Funan. 3. Bukan artifak (a) Merupakan data arkeologi berkaitan budaya manusia di bawah tanah atau di atas permukaan tanah seperti dinding gua, dinding kota, dan struktur binaan. (b) Candi Lembah Bujang menjadi sumber primer untuk mengkaji adanya pengaruh Hindu-Buddha dan hubungan perdagangan antara Kedah dengan India. 4. Ensiklopedia (a) Merupakan sumber sekunder. (b) Kandungannya berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih. (c) The Encyclopedia of Malaysia mengandungi beberapa tema seperti sejarah awal, sejarah moden, seni bina, laut, dan tumbuh-tumbuhan. PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Di manakah sumber sekunder boleh didapati? 2. Mengapakah sumber sejarah penting kepada sejarawan? KBAT


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 6 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 1. Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh sejarawan semasa melakukan penyelidikan sejarah, iaitu: (a) Kaedah bertulis (b) Kaedah lisan (c) Kaedah arkeologi Kaedah Bertulis 1. Merupakan kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang ditulis, dipahat, dan dilakar. 2. Tulisan tertua di Asia Tenggara dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading, dan daun lontar. 3. Kaedah bertulis juga dikaji daripada catatan harian seseorang, diari, catatan pengembara, dan fail rasmi kerajaan. 4. Proses kaedah bertulis: Mengenal pasti sumber peristiwa, tokoh, atau institusi Sumber bertulis sejarah Malaysia boleh didapati di negara kita, Portugal, dan Belanda serta boleh ditemui dalam bahasa Sanskrit, Cina, dan Inggeris. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut Pengkaji akan ke muzium, arkib, dan perpustakaan untuk mendapatkan sumber bertulis tersebut. Bantuan ahli paleografi (pengkaji tulisan kuno) dan epigrafi diperlukan untuk mentafsir maklumat pada sumber bertulis tersebut. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh Sumber rujukan yang diperoleh dikumpul di suatu tempat, dicatat, dan disimpan bagi memudahkan pengkaji membuat rujukan semula kelak. Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan peralatan arkeologi) Penggunaan komputer untuk menganalisis data dan sumber, menyunting penulisan, menyusun bibliografi, dan membuat statistik. Jabatan Warisan Negara INFO


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 7 Membuat analisis hasil dapatan Pengkaji akan menganalisis maklumat yang diperoleh dan memberikan perspektif baharu terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian sebelumnya. Hasil dapatan tersebut perlu disebarkan bagi mengukuhkan teori, pemahaman, dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa sejarah. 5. Sumber catatan daripada daun lontar membantu kita mengetahui sejarah masyarakat tradisional di Asia Tenggara dalam bidang kebudayaan, keagamaan, dan perubatan. 6. Sumber bertulis daripada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi menceritakan tentang hukum Islam menjadi bukti Islam bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh itu. Kaedah Lisan 1. Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. 2. Tokoh yang ditemu bual digelar orang sumber. Orang sumber memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. 3. Tahap dalam kaedah lisan: Tahap pertama Persediaan • Menentukan tokoh. • Menentukan skop, tajuk, atau perkara yang akan ditemu bual. • Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. Tahap kedua Rakaman temu bual • Mengetahui perkara yang ingin dikaji dengan mengkaji sumber bertulis terlebih dahulu. • Menyakinkan orang sumber untuk memberi kerjasama dan menghargai tujuan kajian dilakukan. Tahap ketiga Memproses rakaman • Membuat senarai, menyalin, dan menyunting rakaman. • Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis. • Menyimpan rakaman dengan baik.


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 8 4. Sejak tahun 1960-an, Arkib Negara Malaysia telah menjalankan proses pendokumentasian sejarah lisan. 5. Laman Kenali Tokoh diwujudkan bagi memantapkan sejarah lisan di negara kita. Kaedah Arkeologi 1. Merupakan kajian secara saintifik untuk mencari maklumat daripada bahan tinggalan sejarah. 2. Menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi terhadap bahan tinggalan sejarah seperti fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu. 3. Proses aktiviti gali cari di tapak penemuan: (a) Perancangan grid, iaitu penandaan kawasan di tapak arkeologi. (b) Setiap petak grid akan diberikan nombor rujukan. (c) Menandakan kawasan berdasarkan pelan. (d) Melakukan ekskavasi, iaitu proses mengumpulkan data dengan mencatatkan semua penemuan. 4. Kerja-kerja di makmal arkeologi: (a) Melakukan pemunggahan dan pengisihan. (b) Membuat pengisihan mengikut jenis artifak atau lapisan tanah. (c) Melakukan pembersihan sebelum membuat kajian. (d) Membuat katalog bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan. (e) Membuat analisis bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak. 5. Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai, atau tasik. (a) Contoh, mengkaji kapal dagang yang tenggelam dan karam di dasar laut. (b) Jabatan Warisan Negara dan Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan bidang arkeologi bawah air. PRAKTIS FORMATIF 1.5 1. Apakah maksud ekskavasi? 2. Pada pendapat anda, apakah kelemahan kaedah lisan? KBAT Kuiz Kuiz Apakah tugas ahli arkeologi?


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 9 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 1. Tafsiran dalam sejarah bermaksud menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. 2. Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. 3. Sebab wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah: Pemilihan sumber yang pelbagai Perbezaan pandangan Perbezaan ideologi Tujuan penulisan (a) (b) (c) (d) 4. Kepentingan tafsiran dalam sejarah: (a) Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam menghasilkan penulisan sejarah dengan bukti yang kukuh. (b) Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji peristiwa sejarah dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. (c) Meminta kita menilai sesuatu peristiwa sejarah yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza. 5. Contoh tafsiran dalam sejarah: Perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan Sejarawan Barat Tok Janggut dianggap sebagai pemberontak kerana enggan mematuhi arahan dan undang-undang. Sejarawan tempatan Tok Janggut sebagai pejuang yang menentang dasar British yang membebankan rakyat tempatan. PRAKTIS FORMATIF 1.6 1. Mengapakah wujud tafsiran yang berbeza dalam penyelidikan sejarah? 2. Berikan satu contoh peristiwa sejarah di Malaysia yang menunjukkan perbezaan tafsiran dari pandangan sejarawan Barat dan sejarawan tempatan. KBAT


Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah 1 10 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah Mengenal asal usul • Kita dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita apabila mempelajari sejarah. • Kita juga dapat memahami adat istiadat, tradisi, dan budaya bangsa negara kita. Mengukuhkan perpaduan • Sejarah menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam mengekalkan dan meneruskan adat resam dan tradisi. • Apabila mempelajari sejarah, generasi masa kini akan meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum yang sudah terjalin. Mengambil iktibar • Sejarah memberi iktibar dan pengajaran daripada peristiwa masa lalu. • Mereka yang tidak belajar sejarah mungkin akan mengulangi kesilapan masa lalu. • Kita harus mengambil iktibar daripada Peristiwa Darurat (1948 – 1960) yang telah memusnahkan harta benda dan menjejaskan keamanan. Membangunkan negara dan bangsa • Kita dapat belajar daripada kejayaan bangsa dan negara serta menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan. • Kita dapat membandingkan budaya dahulu dan budaya kini bagi membangunkan negara dan bangsa pada masa akan datang. Memupuk patriotisme • Sejarah mengajar kita menghargai warisan negara supaya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. • Dengan mempelajari sejarah, generasi muda dapat memupuk rasa cinta akan negara dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah • Kita dapat membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah secara kritis dan analitis. • Sejarah mendorong generasi masa kini memahami peristiwa sejarah secara lebih empati (memahami perasaan orang lain). PRAKTIS FORMATIF 1.7 1. Berikan dua peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita. 2. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia mewajibkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam SPM? KBAT 1 2 3 4 5 6


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 Bab Kerajaan Alam Melayu 1 Galeri i-THINK Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman Kerajaan Alam Melayu yang masyhur Funan Champa Majapahit Kedah Tua Gangga Nagara Srivijaya Angkor Kerajaan luar yang sezaman Abad pertama Abad kesembilan • Dinasti Han • Empayar Rom • Empayar Parsi • Empayar Kushan • Dinasti Tang • Kerajaan Chola • Empayar Byzantine • Kerajaan Abbasiyah • Kesultanan Delhi • Empayar Mongol • Kerajaan Turki Uthmaniyah Abad ke-14 77 Tingkatan 2


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 78 1.1 Konsep Alam Melayu 1. Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Alam Melayu juga dikenali dengan pelbagai istilah seperti Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu. Istilah Alam Melayu berbeza-beza mengikut peredaran zaman. 2. Pada masa dahulu, gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan ini dikenali sebagai Pentas Sunda. Kawasan di Pentas Sunda ini mempunyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang hampir sama. 3. Konsep Alam Melayu boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa, dan budaya. 4. Dari sudut geografi: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Pendeta (Dr.) Ismail Hussein Profesor Dr. Ding Choo Ming Abdul Hadi Haji Hassan Alfred Russel Wallace Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik, dan sampai ke Taiwan. Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina. Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina. Dunia Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi Kepulauan Melayu hingga selatan Thailand. Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea. 5. Dari sudut bahasa: (a) Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar – Bahasa serumpun di Alam Melayu ada kaitan dengan bahasa etnik peribumi. Persamaan ini didapati melalui kata-kata tertentu. Terdapat pertalian kekeluargaan bahasa-bahasa ini dengan bahasa Melayu. (b) Sutan Takdir Alisjahbana – Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak awal Masihi lagi. Sifat orang Melayu yang suka belayar telah mengembangkan bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipelajari dan membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu.


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 79 6. Dari sudut budaya: (a) Dato’ A.Aziz Deraman – Budaya di Alam Melayu berkembang maju dengan kemunculan kepandaian dalam bidang kesenian. Pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri merupakan ciptaan asli di Alam Melayu. Nilai-nilai serumpun seperti gotongroyong wujud di Alam Melayu. Persembahan wayang kulit wujud di Kelantan dan Pulau Jawa. 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu 1. Kerajaan Alam Melayu bermula daripada petempatan kecil yang berkembang menjadi pelabuhan. 2. Pelabuhan ini akhirnya berkembang menjadi kerajaan yang gemilang. Kerajaan Masa Lokasi Pusat kerajaan Funan Abad Pertama Lembah Sungai Mekong Vyadhapura Champa Abad Kedua Selatan dan tengah Vietnam Indrapura Kedah Tua Abad Kelima Sungai Mas dan Sungai Bujang Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Gangga Negara Abad Keenam Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu Pangkalan Srivijaya Abad Ketujuh Lembah Sungai Musi, Sumatera Palembang Angkor Abad Kesembilan Lembah Sungai Mekong Hariharalaya Majapahit Abad Ketiga Belas Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur Kota Trowulan PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Mengapakah lokasi kerajaan Alam Melayu terletak di lembah sungai? 2. Apakah faktor pemilihan sesebuah pusat kerajaan? KBAT PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Jelaskan konsep Alam Melayu secara umum. 2. Apakah aspek budaya serumpun yang dimiliki oleh penduduk Alam Melayu?


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 80 1.3 Kerajaan Alam Melayu yang Masyhur Kerajaan Funan 1. Diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundinya yang berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di Sungai Mekong. 2. Kerajaan Funan masyhur pada zaman pemerintahan Fan Shih-man. Beliau meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga ke Teluk Camranh dan menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. 3. Kejayaan beliau menguasai wilayah tersebut membolehkan Funan menguasai jalan perdagangan utama antara Timur dan Barat dan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. 4. Rudravarman merupakan Raja Funan terakhir. Serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan. Kerajaan Champa 1. Diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M. Pusat kerajaan Champa terletak di Indrapura. 2. Kerajaan Champa sering diserang oleh kerajaan Dai Viet. Chu-Lien berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China. 3. Kerajaan Champa masyhur pada zaman pemerintahan Che Bong Nga yang meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga ke Lembah Sungai Merah. 4. Serangan Champa berjaya membunuh pemerintah Dai Viet, iaitu Raja Tran Due Tong dan mendapat pengiktirafan Dinasti Ming pada tahun 1369. 5. Kematian Indravarman pada tahun 1441 menyebabkan kemerosotan kerajaan Champa. 6. Pada tahun 1471, Champa berjaya ditawan oleh kerajaan Dai Viet. Kerajaan Srivijaya 1. Diasaskan sekitar abad ke-7 M oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa di Palembang pada tahun 683 M. 2. Pada zaman pemerintahan Sangramadhananjaya, Srivijaya berjaya menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah Melayu, dan Segenting Kra. 3. Penaklukan tersebut membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. 4. Srivijaya terkenal sebagai pusat perdagangan utama di Alam Melayu dan pusat pengajian agama Buddha. 5. Kerajaan Srivijaya menjadi lemah apabila diserang oleh tentera Chola dari selatan India pada tahun 1025. Kerajaan Srivijaya INFO


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 Kerajaan Angkor 1. Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla dan berpusat di Hariharalaya. Beliau telah menyatukan wilayah di lembah Sungai Mekong. 2. Suryavarman II berjaya meluaskan empayar Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong sehingga ke Myanmar dan mengatasi ancaman daripada Champa dan Dai Viet. 3. Beliau menjalinkan hubungan perdagangan antara pedagang tempatan dengan pedagang luar. 4. Kemasyhuran kerajaan Angkor diteruskan oleh Jayavarman VII yang meluaskan empayar Angkor hingga ke sempadan Annam dan membina Angkor Thom serta mendirikan 102 buah hospital. 5. Kerajaan Angkor menjadi lemah selepas kematian Jayavarman VII dan serangan Siam pada tahun 1594. Kerajaan Majapahit 1. Berpusat di Kota Trowulan. 2. Diasaskan oleh Raden Wijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1924. 3. Mencapai zaman kegemilangan semasa pelantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh pemerintah Tribuana Tunggadewi. 4. Beliau meluaskan jajahan hingga ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku. 5. Kerajaan Majapahit menjadi lemah apabila diserang kerajaan Demak pada tahun 1478 dan kematian Patih Gajah Mada. Kerajaan Kedah Tua 1. Kerajaan Kedah berkembang apabila masyarakat di Guar Kepah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang luar di Sungai Mas. 2. Pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang. Kewujudan kerajaan diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India, dan Arab-Parsi. Angkor Thom Lembah Bujang Sejarah PT3 Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 81


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 82 3. Berdasarkan sumber China, kerajaan Kedah Tua dikenali sebagai Chieh Ch’a. Manakala sumber dari India dan Arab merujuk kerajaan Kedah Tua sebagai Kataha dan Kalah-bar. 4. Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua disebabkan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang. Pedagang dari Timur dan Barat menjalankan kegiatan perdagangan dengan penduduk tempatan dan pedagang luar yang lain. 5. Kerajaan Kedah Tua menjadi pusat keagamaan bagi agama Buddha. 6. Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua menyebabkan kerajaan Srivijaya ingin menguasai Kedah Tua. 7. Pada tahun 1025, serangan tentera Chola dari India telah melemahkan kegiatan perdagangan di Kedah Tua. 8. Pemerintahan kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan apabila muncul Kesultanan Kedah pada abad ketujuh. Kerajaan Gangga Nagara 1. Pusat kerajaan ialah di Pangkalan. 2. Muncul pada abad keenam berdasarkan kajian arkeologi. 3. Pengasas kerajaan ialah Raja Ganji Sarjuna, namun ada pendapat lain mengatakan kerajaan ini dibuka oleh Raja Khmer dari Kemboja. 4. Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima dan sering dikunjungi pedagang luar kerana kekayaan galian emas dan bijih timah. 5. Kerajaan Gangga Nagara berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 Masihi. 6. Namun mulai lemah apabila diserang tentera Chola dari India pada tahun 1025 dan telah memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara. PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Apakah faktor kemasyhuran sesebuah kerajaan? KBAT 2. Sejauh manakah peranan pemimpin penting dalam kerajaan? KBAT Kuiz Kuiz Apakah faktor keruntuhan sesebuah kerajaan?


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 83 Kerajaan Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman 1.4 1. Kerajaan Alam Melayu muncul sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain. 2. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Alam Melayu membangun dan maju setanding dengan kerajaan tersebut. 3. Kerajaan Alam Melayu mempunyai hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik dengan kerajaan luar. Abad Kerajaan Alam Melayu Kerajaan Luar yang Sezaman Pertama Funan Dinasti Han Empayar Rom Empayar Parsi Empayar Kushan Kesembilan Champa Srivijaya Angkor Dinasti Tang Kerajaan Chola Empayar Byzantine Kerajaan Abbasiyah Ke-14 Champa Angkor Majapahit Kesultanan Delhi Empayar Mongol Kerajaan Turki Uthmaniyah 4. Hubungan perdagangan (a) Kedudukan kerajaan Alam Melayu strategik di laluan perdagangan Timur dan Barat. (b) Kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah menjadikan kerajaan Alam Melayu tumpuan pedagang asing. (c) Perkembangan hubungan perdagangan menunjukkan amalan sikap keterbukaan pemerintah kerajaan Alam Melayu. 5. Hubungan keagamaan (a) Penyebaran agama Hindu, Buddha, dan Islam mempengaruhi aspek kehidupan masyarakat seperti perundangan, pentadbiran, ekonomi, dan sosiobudaya. (b) Penyebaran agama tersebut menunjukkan sikap keterbukaan masyarakat Alam Melayu menerima perubahan dalam kehidupan mereka. (c) Agama Hindu disebarkan ke Alam Melayu melalui peranan pedagang, tentera, dan Brahmin. (d) Pemerintah empayar Maurya, iaitu Asoka menghantar sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha. (e) Islam tersebar ke Alam Melayu melalui peranan pedagang, pemerintah, dan pendakwah.


Sejarah Tingkatan 2 Bab 1 Kerajaan Alam Melayu 2 84 PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Apakah faktor yang mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalin hubungan dengan kerajaan luar? 2. Jelaskan kesan sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan luar. KBAT China India 6. Hubungan diplomatik Funan menghantar utusan pada abad ketiga bertujuan memohon bantuan ketenteraan untuk menewaskan Dai Viet. Champa menghantar utusan pada abad ketiga bertujuan memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet. Srivijaya menghantar utusan pada abad ketujuh bertujuan mendapatkan pengiktirafan, menjalin hubungan perdagangan, dan persahabatan. Kedah Tua menghantar utusan pada abad ketujuh bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan. Angkor menghantar utusan pada abad ke-12 bertujuan menjalinkan hubungan persahabatan dan perdagangan. Majapahit menghantar utusan pada abad ke-14 bertujuan menjalinkan hubungan perdagangan. Funan menghantar utusan pada abad ketiga untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan. Srivijaya menghantar utusan pada abad kesembilan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan keagamaan. Angkor menghantar utusan pada abad ke-12 untuk mengeratkan hubungan persahabatan. Majapahit menghantar utusan pada abad ke-14 untuk mengeratkan hubungan persahabatan. 7. Kesimpulannya (a) Kerajaan-kerajaan Alam Melayu bersifat terbuka dan saling menghormati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar. (b) Hubungan ini penting untuk membantu kemajuan kerajaan Alam Melayu. (c) Terbukti bahawa pemerintah kerajaan Alam Melayu bijak mengurus hubungan kerajaannya dengan kerajaan luar demi mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran.


3 Bab Kedatangan Kuasa Barat 1 Galeri i-THINK 159 Tingkatan 3 Kedatangan Kuasa Barat Strategi Kuasa Barat Menguasai Negara Kita Faktor kedatangan kuasa Barat Abad ke-16 • Mendapatkan barangan mewah • Keperluan pelabuhan persinggahan • Keperluan pusat pengumpulan barang • Faktor agama Kristian Abad ke-17 dan ke-18 • Revolusi Perindustrian Abad ke-19 dan ke-20 • Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi • Perkembangan industri kereta • Industri mengetin • Penciptaan kapal wap • Pembukaan terusan Suez • Penciptaan telegraf • Persaingan kuasa Barat Strategi kuasa Barat menguasai negara kita Serangan fizikal Pajakan Ugutan / paksaan Perjanjian Pakatan Tipu helah Manipulasi


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 160 1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita 1. Kestabilan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merupakan hasil kebijaksanaan pemerintah yang disokong oleh muafakat dengan rakyat untuk membangunkan negeri. 2. Kemakmuran negeri wujud hasil daripada kekayaan sumber hasil bumi dan hasil alam yang terdiri daripada hasil galian, kelautan, sumber makanan, kesuburan tanah, flora dan fauna. Kestabilan 1. Sistem pemerintahan dan struktur sosial (a) Negara kita mewarisi sistem pemerintahan beraja daripada Kesultanan Melayu Melaka. (b) Sistem pentadbiran, sistem perundangan, dan struktur sosial masyarakat tersusun dengan sistematik dan kesannya hubungan dengan negara luar dapat dijalin dengan berkesan. Sultan Pembesar Penghulu Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar Undang Lembaga Buapak Anak Buah dan Ibu Soko Sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu Hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan Sistem Pemerintahan di Sabah Sistem Kesukuan Sistem Kesultanan Sistem Ketua Bebas Sistem Pemerintahan di Sarawak Sistem Kesukuan Sistem Kesultanan Sistem pemerintahan di Sarawak Sistem pemerintahan di Sabah


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 161 2. Sistem perundangan (a) Terdapat dua jenis undang-undang. (b) Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat. Contohnya Adat Perpatih. (c) Undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak. (d) Di Sarawak dan Sabah, hukum adat diamalkan secara turun-temurun melalui kepercayaan suku kaum. 3. Hubungan luar (a) Hubungan luar terjalin dalam bentuk ekonomi, politik dan sosial. (b) Pemerintah menjalinkan hubungan perdagangan dengan British dan Belanda. (c) Pemerintah tempatan menjalinkan hubungan diplomatik dan hubungan perdagangan bertujuan meluaskan pengaruh, melindungi ancaman musuh, menstabilkan pemerintahan, dan memajukan ekonomi. Kemakmuran 1. Hasil bumi (a) Negara kita kaya dengan bijih timah, emas dan perak. (b) Menggunakan kaedah mendulang dan melampan. (c) Hasil hutan seperti kayu-kayan, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung, kayu gaharu, kayu cendana dan rempah-ratus. (d) Hasil hutan dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India. (e) Kekayaan hasil laut negara kita terdiri daripada sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara. 2. Hasil alam (a) Masyarakat Melayu kreatif dan berkemahiran tinggi. (b) Mereka menghasilkan kraf tangan daripada sumber alam. (c) Daun mengkuang, daun pandan, buluh dan daun nipah dianyam menjadi tikar atau bakul. (d) Masyarakat Melayu mahir bertukang kayu, membuat perabot daripada rotan, membuat perahu, dan menempa alat senjata tradisional. (e) Kegiatan menyulam selendang dan menenun kain pua dilakukan oleh masyarakat tempatan di Sarawak. 3. Sistem ekonomi (a) Setiap negeri terlibat dalam kegiatan perdagangan, mempunyai kemudahan pelabuhan, menggunakan mata wang, mengamalkan sistem percukaian dan sistem timbang dan ukuran yang berkesan. (b) Perdagangan dan pelabuhan (i) Negeri-negeri Melayu menjalankan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan yang strategik di muara sungai. (ii) Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur dan Barat. (iii) Syahbandar dilantik untuk mengurus pelabuhan. (iv) Pelbagai rempah-ratus didagangkan seperti buah keras, kayu manis dan cengkih.


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 162 (c) Timbang, sukat dan ukur (i) Orang Melayu menggunakan sukatan seperti kepul, leng, kal, cupak dan gantang. (ii) Oang Melayu kemudiannya menggabungkan sistem timbangan pedagang dari China, iaitu kati dan tahil. (iii) Bagi timbangan emas dan perak, orang Melayu menggunakan timbangan pedagang dari India, iaitu saga, mayam, dan bungkal. (d) Mata wang (i) Pada awalnya, pedagang menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan. (ii) Kemudian, mata wang logam daripada timah dan emas digunakan dalam urusan perdagangan. (iii) Negeri-negeri Melayu mengeluarkan mata wang logam masing-masing. (e) Sistem percukaian (i) Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil perlombongan, pertanian, hasil hutan dan perdagangan. (ii) Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah yang disalurkan untuk memakmurkan negeri. 4. Kegiatan keintelektualan (a) Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, berdikari dan berhemah tinggi. (b) Pendidikan dalam masyarakat tempatan dibahagikan kepada pendidikan tidak formal dan pendidikan formal. (c) Pendidikan tidak formal (i) Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga. Kanakkanak diajar kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan menghasilkan kraf tangan. Mereka juga diajar ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah. Disampaikan melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah, pantang larang serta cerita rakyat yang berbentuk teladan dan pengajaran. (ii) Pendidikan tidak formal di Sarawak diperoleh melalui cerita lisan yang berkaitan dengan amalan dan kepercayaan turun-temurun sesuatu etnik. Misalnya, cara berburu dan meramu hasil hutan (iii) Pendidikan tidak formal di Sabah dipelajari oleh kanak-kanak melalui keluarga atau masyarakat di tempat mereka tinggal. Mereka diajar kemahiran seperti bersawah, mentemak, bertukang, berburu, memanjat, memancing dan menyumpit. (d) Pendidikan formal (i) Pendidikan formal masyarakat Melayu bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan. (ii) Dilaksanakan di istana, masjid, surau, sekolah pondok dan madrasah. Mata wang pitis Mata wang Pahang


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 163 • Istana mempelajari hal pentadbiran negara dan sistem politik. • Masjid dan surau mengajar cara bacaan dalam solat, tajwid, hadis, fekah dan usuludin. • Sekolah pondok mempelajari al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab. • Madrasah mempunyai sukatan pelajaran, dilaksanakan secara kelas, mempunyai tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan, diawasi oleh mudir (guru besar) dan diselia oleh jawatankuasa kewangan. (iii) Pendidikan formal di Sarawak dijalankan di masjid dan sekolah agama. Etnik beragama Islam mempelajari pendidikan agama Islam seperti membaca alQuran dan menulis tulisan jawi. (iv) Mereka mempelajari cara melaksanakan ibadat daripada guru al-Quran, imam dan lebai. (v) Pendidikan secara formal di Sabah amat terhad. Etnik beragama Islam belajar membaca al-Quran dan belajar menulis tulisan jawi di surau, pondok dan rumah guru agama. Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita 1.2 PRAKTIS FORMATIF 1.1 1. Nyatakan peranan pembesar. 2. Apakah kepentingan pendidikan formal pada masa kini? KBAT 1. Kestabilan dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat untuk memiliki kekayaan tersebut. 2. Penjajahan kuasa Eropah melibatkan Portugis dan Sepanyol. 3. Portugis menjelajah ke Asia sehingga berjaya membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. 4. Sepanyol menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah dan kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa buah koloninya pada abad ke-16. 5. Abad ke-16 merupakan zaman kegemilangan kuasa Portugis dan Sepanyol. 6. Abad ke-17 menyaksikan kebangkitan kuasa Barat lain seperti Belanda, British dan Perancis. 7. Alam Melayu menjadi sasaran utama kuasa Eropah untuk menguasai hasil rempah-ratus.


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 164 Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-16 Mendapatkan barangan mewah (a) Kuasa Barat berminat mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu permata, gading dan hasil hutan. (b) Orang Eropah pula ingin mendapatkan barangan mewah dari China. Keperluan pelabuhan persinggahan (a) Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun. (b) Mereka memerlukan pelabuhan sebagai persinggahan kapal di Alam Melayu untuk memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton. Keperluan pusat pengumpulan barang (a) Sebagai tukaran, China mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus yang boleh didapati di Kepulauan Melayu. (b) Syarikat perdagangan Barat memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China. Penyebaran agama Kristian (a) Matlamat penjajahan kuasa Barat adalah untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran. 1 2 3 4 Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-17 dan ke-18 1. Revolusi Perindustrian (a) Revolusi Perindustrian berlaku di Britain sejak abad ke-17. (b) Jerman dan Perancis muncul sebagai negara perindustrian menjelang abad ke-18. (c) Selepas Revolusi Perindustrian, dasar kuasa Barat berubah. (d) Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan mentah bagi keperluan kilang secara berterusan. (e) Revolusi Perindustrian membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran. (f) Kesan daripada kepesatan pengeluaran barangan kilang, kawasan pasaran yang luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan. Revolusi Perindustrian


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 165 Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-19 dan ke-20 1. Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi (a) Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport seperti getah, tebu, tembakau dan padi. (b) Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum dan arang batu. 2. Perkembangan industri kereta (a) Perkembangan industri kereta dan penciptaan tayar meningkatkan permintaan terhadap getah asli. (b) Getah asli juga diperlukan dalam perusahaan penebat barangan elektrik. 3. Persaingan kuasa Barat (a) Kuasa Barat seperti Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat bersaing untuk menakluki kawasan atau wilayah di luar Eropah. (b) Mereka sanggup berperang untuk mendapatkan tanah jajahan dan menganggap semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang akan diterima. 4. Slogan “Beban Orang Putih” dan “Tugas Menyebarkan Tamadun” (a) Kuasa Barat menggunakan pelbagai slogan untuk mewajarkan tindakan mereka menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut. (b) Mereka menyatakan bahawa peradaban mereka lebih tinggi berbanding dengan kebudayaan penduduk yang dijajah. (c) Slogan “Beban Orang Putih” bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka. (d) Perancis menggunakan muslihat “Tugas Menyebarkan Tamadun” kepada penduduk di luar Eropah yang dianggap mundur. 5. Perkembangan industri mengetin (a) Pada abad ke-19, muncul ciptaan baharu di Amerika Syarikat yang memerlukan penggunaan bijih timah seperti industri mengetin makanan, mengetin minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak. (b) Kesannya, harga bijih timah melambung tinggi. Selepas tahun 1840, permintaan bijih timah dari negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat. 6. Penciptaan telegraf (a) Penciptaan teknologi telegraf membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat menghubungi ejen atau wakil mereka di Alam Melayu dengan pantas. (b) Penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia antarabangsa semakin penting. Industri mengetin


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 166 7. Pembukaan Terusan Suez (a) Pembukaan Terusan Suez pada 1869 menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. (b) Memendekkan perjalanan, mempercepat urusan perdagangan dan meningkatkan perdagangan di antara Alam Melayu dengan benua Eropah. 8. Penciptaan kapal wap (a) Kapal wap dicipta pada abad ke-19. (b) Kapal wap boleh membawa muatan yang banyak, perjalanan lebih cepat, menjimatkan kos dan memudahkan penghantaran barang dagangan. Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan 1.3 1. Zaman imperialis baharu berlaku pada kurun ke-19 apabila kuasa Barat berlumbalumba untuk mendapatkan tanah jajahan di benua Asia dan Afrika demi kepentingan ekonomi mereka. 2. Sepanyol, Britain, Belanda, Perancis dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dengan membina empayar masing-masing. 3. Kuasa Barat lain seperti Amerika Syarikat, Belgium, Jerman dan Itali turut bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. 4. Negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah yang kaya dengan bahan mentah menjadi sasaran peluasan kuasa Barat tersebut. 5. Kawasan Alam Melayu yang dikuasai oleh kuasa Barat menjelang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20: (a) Sepanyol menakluki Kesultanan Sulu. (b) Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu. (c) Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi. (d) Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang. (e) British menjadikan Kesultanan Brunei sebagai negeri naungan British. (f) Belanda berusaha mendapatkan seluruh Kepulauan Hindia Timur. (g) Perancis berusaha meluaskan kuasa ke Indochina dan merancang membina terusan di Segenting Kra. Terusan Suez PRAKTIS FORMATIF 1.2 1. Apakah kesan selepas berlakunya Revolusi Perindustrian? 2. Berikan cadangan untuk memajukan sektor perindustrian negara. KBAT


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 167 (h) Keluarga Brooke berjaya meluaskan kawasan pemerintahan di Sarawak hingga ke sempadan Brunei. (i) Syarikat Borneo Utara British membeli wilayah-wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu. PRAKTIS FORMATIF 1.3 1. Nyatakan tiga kuasa Barat yang berusaha meluaskan kuasa ke kawasan Alam Melayu. 2. Mengapakah British bimbang dengan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke Alam Melayu? KBAT Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita 1.4 1. Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi seperti strategi berdiplomasi dan bersifat agresif untuk menguasai negara kita. 2. Portugis menggunakan strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka 3. Belanda menggunakan strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk mendapatkan wilayah atau tanah jajahan. 4. British menggunakan strategi yang lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat. 5. Pada tahun 1873, pucuk pimpinan kerajaan Britain diambil alih oleh Parti Konservatif daripada Parti Liberal. 6. Kerajaan baharu ini menukarkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. 7. Dasar campur tangan merujuk kepada penglibatan British secara langsung dalam pentadbiran di Negerinegeri Melayu. 8. Langkah ini diambil setelah kerajaan British menerima desakan daripada pedagang Negeri-negeri Selat untuk campur tangan bagi memelihara kepentingan pelaburan mereka. 9. Andrew Clarke yang menggantikan Harry Ord sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat berusaha mencari alasan untuk memaksa pemerintah tempatan supaya menerima naungan dan campur tangan British. Andrew Clarke


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 168 Strategi Belanda untuk Menguasai Negara Kita Serangan fizikal Pakatan Perjanjian 1 2 3 (a) Tahun 1650 dan 1651 – Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor dan di Kuala Perak disebabkan oleh dasar monopoli bijih timah. (b) Tahun 1763 – Belanda berperang dengan angkatan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka. (c) Tahun 1782 – Belanda berperang dengan Johor disebabkan perselisihan mengenai perdagangan. (d) Tahun 1784 – Belanda berperang dengan angkatan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka. (e) Tahun 1784 dan 1785 – Belanda berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor. (a) Tahun 1641 – Belanda mengadakan pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. (b) Tahun 1824 – Belanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian lnggeris-Belanda atau lebih dikenali sebagai Perjanjian London 1824. (a) Tahun 1650 – Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah. (b) Tahun 1786 – Belanda mengadakan perjanjian dengan Selangor. Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda. Strategi British untuk Menguasai Negara Kita 1. Manipulasi (a) British menggunakan isu pewarisan takhta Johor bagi mendapatkan Singapura. (b) British campur tangan dalam isu perebutan takhta untuk menguasai Perak. (c) British menggunakan peristiwa lanun merompak kapal dagang di perairan Kuala Langat dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado sebagai alasan campur tangan di Selangor. (d) British mengambil kesempatan daripada konflik pembesar di Sungai Ujong untuk campur tangan di Negeri Sembilan. Tanjung Rachado VIDEO Kuiz Kuiz Bagaimanakah British menguasai negara kita?


Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat 3 169 2. Perjanjian (a) British mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British. (b) Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak yang merdeka. 3. Ugutan/Desakan (a) British membuat ugutan/desakan agar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing. (b) James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak. 4. Tipu helah (a) British mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah. (b) Francis Light melakukan tipu helah kepada Sultan Kedah. 5. Serangan fizikal (a) British menyerang Naning, apabila Penghulu Dol Said enggan tunduk kepada kekuasaan British di Melaka. (b) British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah perang saudara di Pahang serta masalah takhta Sultan Mahmud Lingga. 6. Pakatan (a) British dan Belanda berpakat memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. (b) Melalui perjanjian tersebut, British berjaya mendapatkan Melaka, manakala Belanda memperoleh Bangkahulu. 7. Pajakan (a) Melalui pajakan dan pemberian piagam kepada Syarikat British Utara Borneo, British dapat meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah. PRAKTIS FORMATIF 1.4 1. Senaraikan tiga strategi yang digunakan oleh Belanda untuk menguasai negara kita. 2. Apakah kesan strategi fizikal yang digunakan oleh kuasa Barat terhadap penduduk tempatan? KBAT


• Bahasa Melayu • English • Matematik • Mathematics • Sains • Science ✓Sejarah • Geografi • Reka Bentuk dan Teknologi • Pendidikan Islam Tingkatan 1.2.3 KSSM Siri RANGER TINGKATAN 1.2.3 ini merupakan siri khusus untuk memenuhi keperluan format UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik). Kandungan buku ini adalah komprehensif dan meliputi semua huraian sukatan pelajaran terkini. Buku ini boleh menjadi rujukan cepat bagi membantu murid meningkatkan pemahaman mereka sebagai persediaan untuk pentaksiran UASA. Beli eBook di sini! Jawapan Galeri i-THINK Praktis Formatif Nota Padat Kertas Model UASA & Jawapan Tingkatan 1/2/3 Kod QR Info & Video Kod QR W.M: RM19.95 / E.M: RM19.95 KC117064 ISBN: 978-629-470-107-6 KC117064 Sejarah


Click to View FlipBook Version