iii KANDUNGAN Bahagian B: Respons Kritis dan Kreatif • Panduan Menulis Respons Kritis dan Kreatif 2 Model 1 Peristiwa Sewaktu Pulang dari Sekolah 3 Model 2 Pertandingan Reka Cipta 3 Model 3 Menu Pilihan 4 Model 4 Membantu Kanak-kanak 4 Model 5 Bungkusan Misteri 5 Model 6 Membantu Haiwan 6 Model 7 Kesalahan Penggunaan Bahasa 6 Model 8 Jagalah kebersihan Murid 7 Model 9 Buah tangan 8 Model 10 Lawatan ke Melaka 8 Model 11 Asas Pertolongan Cemas 9 Model 12 Ulang kaji Secara dalam Talian 9 Model 13 Seni Pertahanan Diri 10 Model 14 Pertandingan Ejaan 11 Model 15 Sahabat Saya 11 Model 16 Kesihatan Gigi 12 Model 17 Berkelah di Pantai 13 Model 18 Menjaga Kebersihan 13 Model 19 Persediaan Menduduki Ujian UASA 14 Model 20 Program NILAM 14 Model 21 Pemimpin di Sekolah 15 Model 22 Makanan Tambahan 16 Model 23 Berbudi pada Tanah 16 Model 24 Hidup Berjiran 17 Model 25 Aktiviti Cuti Sekolah 17 Model 26 Kemalangan di Taman Permainan 18 Model 27 Tragedi kebakaran 19 Model 28 Peristiwa Tidak Diingini 19 Model 29 Kepentingan Sayur-sayuran 20 Model 30 Sarapan Memberikan tenaga 20 Praktis Sumatif 22 Bahagian C: Penulisan Perenggan • Panduan Penulisan Perenggan 27 Model 1 Kebaikan Aplikasi TikTok 28 Model 2 Penggunaan Bahasa Singkatan dalam Laman Sosial 29 Model 3 Perasaan Gemuruh ketika Berucap 30 Model 4 Berpindah Ke Sekolah Baharu 31 Model 5 Kesan Tidak Mengambil Sarapan 32
iv Model 27 Kelebihan Pasar Tani 54 Model 28 Kepentingan Belajar Sejarah 55 Model 29 Penjimatan Penggunaan Tenaga Elektrik 56 Model 30 Punca Kepupusan Hidupan Liar 57 Praktis Sumatif 58 Bahagian D: Penulisan Karangan • Panduan Penulisan Perenggan 62 Model 1 Menghadiri Majlis Perkahwinan 68 Model 2 Penyediaan Makanan Sihat 71 Model 3 Tips Postur Badan Sihat 74 Model 4 Majlis Perasmian 77 Model 5 Kenderaan Satu Keperluan 80 Model 6 Murid Cemerlang 83 Model 7 Bantuan Kecemasan 86 Model 8 Sayangi Haiwan 89 Model 9 Peraturan Sekolah 92 Model 10 Latihan Kebakaran 95 Praktis Sumatif 58 Model 6 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 33 Model 7 Punca Mengantuk 34 Model 8 Program 1Murid 1Sukan 35 Model 9 Latihan Kebakaran di Sekolah 36 Model 10 Cara-Cara Menangani Stres 37 Model 11 Cara-Cara Menjaga Kesihatan Gigi 38 Model 12 Kemalangan Jalan Raya 39 Model 13 Keluarga bahagia 40 Model 14 Hapus Aedes, Cegah Denggi 41 Model 15 Pertanian Moden 42 Model 16 Murid Contoh 43 Model 17 Kebersihan Kantin Sekolah 44 Model 18 Berbuat baik kepada Jiran 45 Model 19 Menziarahi Rakan di Hospital 46 Model 20 Sambutan Hari Lahir 47 Model 21 Amalan Rumah Terbuka 48 Model 22 Persediaan Menyertai Kejohanan Hoki 49 Model 23 Kepentingan Hutan 50 Model 24 Membalas Jasa Ibu 51 Model 25 Kelab Doktor Muda 52 Model 26 Pencemaran Sungai 53
bahagian B Respons Kritis dan Kreatif (30 model penulisan)
1 Peristiwa Sewaktu Pulang dari Sekolah Model Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu dalam perjalanan pulang dari tempat latihan kriket di padang sekolah. Kamu menunggang sebuah basikal. Ketika melewati pagar rumah kamu, kamu terlihat beberapa ekor kucing sedang mengerumuni satu bungkusan yang meragukan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Model Jawapan Tindakan saya ialah saya akan meletakkan basikal di tempat yang selamat lalu meneliti bungkusan tersebut dari jauh untuk memastikan agar bungkusan tersebut tidak berbahaya. Seterusnya, saya akan menghampiri bungkusan tersebut dan mengusir kucing-kucing itu lalu meneliti maklumat pada bungkusan. Sekiranya perlu, saya akan membukanya. (40 patah perkataan) 2 Pertandingan Reka Cipta Model Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ketika Cuti Pertengahan Penggal yang lalu, kamu telah terbaca iklan Pertandingan Reka Cipta daripada bahan terbuang anjuran Majlis Perbandaran. Antara syarat pertandingan tersebut ialah penyertaan mestilah secara berkumpulan. Kamu sangat teruja untuk menyertainya. Tulis langkah-langkah yang akan kamu ambil agar tidak terlepas peluang tersebut. Bahasa Melayu KSSR Bahagian B – Respons Kritis dan Kreatif 3
Model Jawapan Langkah yang akan saya ambil ialah memaklumkan hasrat untuk menyertai pertandingan tersebut kepada ibu dan ayah. Kemudian, saya akan menghubungi rakan-rakan untuk membentuk kumpulan, berbincang, dan membina model rekaan. (30 patah perkataan) 3 Menu Pilihan Model Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Semasa mengikuti perkhemahan sekolah, kumpulan kamu diberikan dua pilihan menu untuk menyediakan minum petang. Pilihan pertama ialah menu berasaskan buah-buahan, manakala pilihan kedua pula berasaskan roti. Bahanbahan disediakan oleh kumpulan masing-masing. Sebagai ketua kumpulan, nyatakan menu pilihan kamu dan sebab-sebab kamu memilih menu tersebut. Model Jawapan Sebagai ketua kumpulan, saya memilih menu yang berasaskan buah-buahan/ roti kerana menu tersebut mudah disediakan. Selain itu, menu tersebut boleh dimakan oleh kebanyakan orang di samping proses penyediaannya yang bersih dan selamat. (30 patah perkataan) 4 Membantu Kanak-kanak Model Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Bahasa Melayu KSSR Bahagian B – Respons Kritis dan Kreatif 4
Kamu dan keluarga telah ke pameran buku di sebuah pasar raya berhampiran tempat tinggal kamu. Kamu terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis sendirian di suatu sudut. Kanak-kanak tersebut menoleh ke kiri ke kanan seolah-seolah sedang mencari seseorang. Kamu berasa sangat kasihan kepadanya. Nyatakan tindakan-tindakan kamu untuk membantu kanak-kanak tersebut. Model Jawapan Tindakan saya ialah menghampiri kanak-kanak itu dan bertanyakan namanya. Kemudian, saya akan memujuknya agar berhenti menangis dan membawanya ke kaunter pertanyaan untuk membuat pengumuman. Saya akan menemaninya sehingga dia bertemu dengan penjaganya. (32 patah perkataan) 5 Bungkusan Pos Model Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ketika pulang dari sekolah, kamu mendapati sebuah bungkusan pos diletakkan di anjung rumah kamu. Namun begitu, nama penerima pada bungkusan tersebut tidak kamu kenali. Syarikat penghantaran telah tersilap membuat penghantaran ke alamat yang betul. Sebaris alamat yang tertera pada bungkusan itu sudah tidak dapat dibaca tetapi nombor telefonnya masih jelas. Apakah tindakan-tindakan kamu? Model Jawapan Tindakan saya, meminta izin ibu dan ayah untuk menghubungi nombor telefon yang tertera untuk memaklumkan mereka tentang bungkusan tersebut. Sekiranya alamat rumah itu berhampiran, saya akan berbasikal/meminta bantuan ayah dan ibu untuk menghantarkan bungkusan tersebut. (34 patah perkataan) Bahasa Melayu KSSR Bahagian B – Respons Kritis dan Kreatif 5
Grammar Notes & Practices Sumatif Praktis Praktis 1 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Ayah kamu memberikan kamu RM6 wang perbelanjaan sekolah pada hari itu. Beliau berpesan kepada kamu supaya berbelanja dengan berhemat. Apakah tindakan kamu? Praktis 2 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu melihat iklan kitar semula di kaca televisyen. Sementara itu, di belakang rumah kamu banyak terdapat sampah yang dikumpulkan untuk dibuang ke dalam tong sampah utama di taman perumahan kamu. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Praktis 3 Baca dan fahami situasi di bawah ini. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Kamu melihat adik kamu sedang bermain sesuatu di suatu sudut dapur seorang diri. Kamu menghampirinya. Kamu terperanjat apabila melihat adik kamu sedang memegang sebuah alat tajam. Apakah tindakan kamu? Bahasa Melayu KSSR Bahagian B – Respons Kritis dan Kreatif 22
bahagian c penulisan perenggan (30 model penulisan) 02 Bahagian C – Penulisan Perenggan.indd 24 03/05/2023 12:26 PM
1. Dapat menjimatkan masa dalam melakukan sesuatu urusan 2. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sesuatu isu Isi Ekstra Tips Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Perenggan 26 1 Kebaikan Aplikasi TikTok Model Gambar di bawah ini menunjukkan antara tangkap layar daripada aplikasi TikTok. Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan aplikasi ini dalam kehidupan seharian kita. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Cikgu Alia 2J Anees_12 TQ ticeeer Hafizz OMG!! Hasya_aira Sya x fhm Komen... 23456 SIARAN LANGSUNG Alip_Dropship1 2J 12940 SIARAN LANGSUNG Taufeekk Bang pos cepattt!!!! Zue Ada open order lagi x? Paan_X2 Sya dah lock tadi! Komen... Model Jawapan [Idea 1] Antara kebaikan aplikasi TikTok ialah dapat memperoleh pelbagai maklumat tentang barangan dan perkhidmatan yang diiklankan dengan mudah. [Huraian] Oleh itu, kita dapat membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti. [Idea 2] Selain itu, aplikasi TikTok dapat menambahkan pengetahuan. [Huraian] Pelbagai maklumat dan isu semasa dipaparkan setiap hari. [Idea 3] Seterusnya, aplikasi TikTok menjadi medan perkongsian ilmu akademik, nasihat, dan pengajaran. [Huraian] Semua maklumat kini di hujung jari, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. (59 patah perkataan)
Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Perenggan 27 2 Penggunaan Bahasa Singkatan dalam Laman Sosial Model Gambar di bawah ini menunjukkan tentang penggunaan bahasa singkatan dalam laman sosial oleh pengguna. Tulis pendapat kamu tentang kesan penggunaan bahasa singkatan tersebut kepada murid sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Myra Liyana IKUTI 362 suka Mulakan hr ini dgn hal yg indah #srpan #ktemasak Mulakan hari ini dengan hal yang indah KKak Nad terakhir dilihat hari ini 13:25 petang Mesej 13:45 PM 13:25 PM Kat umh ada mknn. Lau lpr, akk dah ltk bwh saji. K, maceh kak. Di rumah ada makanan. Jikalau lapar, kakak sudah letak di bawah tudung saji. Harraz Faizal 2 j Carian Terima kasih semua!!! 345 12 komen Suka Komen Kongsi 9 Mf, tk dpt dtg smlm. sy ada kje. Daus Fir 1 jam lalu 1 Suka Balas Maaf, tidak dapat datang semalam. Saya ada kerja. Model Jawapan [Idea 1] Antara kesan penggunaan bahasa singkatan dalam laman sosial ialah murid tidak dapat menguasai ejaan bahasa Melayu dengan baik. [Huraian] Murid banyak melakukan kesalahan ejaan dalam penulisan karangan. [Idea 2] Selain itu, penggunaan singkatan akan mengakibatkan kekeliruan berbahasa. [Huraian] Generasi akan datang akan mengalami kesukaran dalam mempelajari bahasa Melayu. [Idea 3] Di samping itu, rutin ini dapat menjejaskan kemurnian bahasa Melayu. [Huraian] Hal ini mendorong bahasa menjadi rosak ekoran penyalahgunaanya. (59 patah perkataan) 1. Hilang minat terhadap bahasa Melayu 2. Menggugat kemahiran berbahasa seseorang penutur 3. Maklumat atau mesej yang disampaikan tidak jelas 4. Mengambil masa yang lama untuk memahami mesej yang disampaikan Isi Ekstra
Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Perenggan 31 6 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Model Maklumat di bawah ini menunjukkan antara tanggungjawab pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah. Tuliskan pendapat kamu tentang peranan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) Mematuhi etika kerahsiaan Membantu guru kaunseling Memimpin kumpulan perbincangan Tenaga pengajar kepada murid lemah Tanggungjawab Pem (P b R i S m ) bing Rakan Sebaya ggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya Model Jawapan Antara peranan pembimbing rakan sebaya (PRS) ialah membantu guru dalam menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kesannya, masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Seterusnya, PRS menjadi tenaga pengajar kepada murid-murid yang lemah. Mereka dapat membantu rakanrakan yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Seterusnya, PRS hendaklah mematuhi etika kerahsiaan. Sebagai perantara dan penghubung antara guru dengan murid, PRS tidak boleh menceritakan masalah murid kepada pihak lain. (62 patah perkataan) 1. Menjadi suri teladan kepada murid lain. 2. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah 3. Menjadi pendengar yang baik dan membantu rakan membuat keputusan yang bijak Isi Ekstra
Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Perenggan 33 8 Program 1Murid 1Sukan Model Gambar di bawah ini menunjukkan tentang Program 1Murid 1Sukan yang menjadi medan untuk murid-murid beraktiviti di sekolah. Tulis pendapat kamu tentang faedah program 1Murid 1Sukan (1M1S) kepada murid sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur 25 March 2023 (Sabtu) 7:15 pagi Amalkan Gaya Hidup Sihat dan Semarakkan Semangat Kesukanan yang Memacu Perpaduan Kaum Model Jawapan Antara faedah program 1Murid 1Sukan (1M1S) ialah menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti sukan atau permainan di sekolah. Murid-murid boleh menyertai aktiviti sukan yang diminati. Seterusnya, murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh itu, mereka akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial. Selain itu, murid dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Bersukan dapat mengeluarkan peluh bagi mengekalkan kesihatan. (60 patah perkataan) 1. Memberikan pengalaman dan rakan baharu kepada murid-murid. 2. Mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan 3. Memupuk semangat kesukanan dan perpaduan kaum Isi Ekstra
Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Perenggan 34 9 Latihan Kebakaran di Sekolah Model Gambar di bawah ini menunjukkan tentang latihan kebakaran yang dijalankan di sebuah sekolah. Tulis pendapat kamu tentang faedah latihan kebakaran kepada murid. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. BERITA SEMASA Program Latihan Kebakaran di Sekolah beri manfaat kepada guru dan murid Imandina Mohd. Syah [email protected] Stor peralatan/ pekerja pembersihan Tandas guru (P) Laluan Laluan Utama Laluan 1 Tandas guru (L) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Bilik sains Bengkel KH Kantin Garaj Garaj Bilik makan Tandas guru Bilik sukan L P Taman bunga Tahun 4 Tahun 6 Tahun 5 Bilik PJK Bilik SPBT Bilik komputer Bilik BBM PSS Bilik Guru Bilik GB/ Pejabat Bilik GPK Tapak Perhimpunan Gelanggang Bola Jaring Padang besar Pondok pengawal Pintu gerbang Laluan masuk Pondok bacaan Pondok bacaan Pondok bacaan Sudut MBM MBI Model Jawapan Antara faedah latihan kebakaran kepada murid ialah sebagai latihan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Murid lebih peka dan bijak menangani situasi apabila mendengar isyarat kecemasan. Selain itu, latihan kebakaran memberikan pengalaman kepada murid. Murid dapat mempelajari laluan selamat berdasarkan pelan yang disediakan. Seterusnya, latihan kebakaran mendidik murid tentang bahaya tragedi tersebut. Jadi murid akan lebih berhati-hati agar tidak mencetuskan kebakaran. (60 patah perkataan) 1. Melatih murid supaya sentiasa patuh kepada peraturan sekolah. 2. Melatih sikap bertindak pantas dan selamat. 3. Melatih murid bijak membuat keputusan. Isi Ekstra
Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Perenggan 37 12 Kemalangan Jalan Raya Model Beberapa keratan akhbar di bawah ini menunjukkan tentang berita kemalangan jalan raya di negara kita. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara untuk menangani kes kemalangan jalan raya. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. BERITA HARI INI “Nahas Jalan Raya Setiap 84 minit”. Apakah Puncanya? Imandina Mohd. Syah [email protected] “Patuhi Undang-undang, Elak kemalangan jalan raya”. Februari 28, 2023 @9:00 pagi Kesesakan lalu lintas di bandar utama – Kuala Lumpur “Sikap pemandu punca utama kemalangan jalan raya”. Februari 28, 2023 @9:00 pagi Model Jawapan Antara cara untuk mengelakkan kemalangan jalan raya termasuklah mengubah sikap pengguna jalan raya. Pandulah kenderaan secara berhemah. Seterusnya, mengenakan denda yang lebih berat kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang. Pengguna jalan raya akan serik dan tidak mengulangi kesalahan tersebut. Selain itu, kerajaan perlu mengadakan kempen keselamatan jalan raya. Tujuannya untuk memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya. (57 patah perkataan) Segmen Info Titik buta adalah kawasan disekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Hal ini berpunca daripada reka bentuk kenderaan yang mengehadkan penglihatan pemandu. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dengan titik buta iaitu di belakang dan tepi kereta semasa pemanduan terutamanya semasa jalan sesak.
Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Perenggan 56 Grammar Notes & Practices SUMATIF Praktis Praktis 1 Gambar di bawah ini menunjukkan situasi mesyuarat persatuan Bahasa Melayu bagi membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara untuk berkongsi maklumat tersebut dengan murid sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Praktis 2 Gambar di bawah ini menunjukkan tentang sudut pidato yang diwujudkan di sekolah bagi menggalakkan murid-murid menyampaikan karya dengan bimbingan guru. Tuliskan pendapat kamu tentang kesan penggunaan sudut pidato kepada murid sekolah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
bahagian D penulisan Karangan (60 model penulisan)
22 Aktiviti Perkhemahan Pengakap Model Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Berformat (Surat Kiriman Rasmi) Rangka Karangan Rangka Karangan Pendahuluan: kenalkan diri – menyatakan tujuaan tulis surat – kebenaran adakan perkhemahan Idea-idea: 1. nyatakan butiran – tarikh – tempat – jumlah peserta - jumlah guru 2. tujuaan – aktiviti tahunan – semai sifat-sifat positif 3. berharap pertimbangkan dan diluluskan Penutup: ucapkan terima kasih Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 122
Model Karangan Mantap Unit Pengakap, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor 1 MAC 20XX. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Pengakap Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. Saya, Mohamad Azfar bin Said ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan perkhemahan seperti butiran yang berikut: Tarikh: 20 Mac – 21 Mac 2023 (dua hari) Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya Jumlah peserta: 50 orang ahli Guru Penasihat: lima orang guru penasihat Pengakap 2. Untuk makluman pihak tuan, perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan pengakap untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli tentang ilmu pengakap. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menyemai sifat-sifat positif dalam diri semua ahli pengkap. 3. Pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kejasama dan perhatian daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian, Yang benar, Azfar (MOHAMAD AZFAR BIN SAID) Setiausaha Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya. Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Karangan 123
Karangan Tidak Berformat (keperihalan) Rangka Karangan Rangka Karangan Pendahuluan: musim cuti sekolah – menyertai perkhemahan pengakap – jumlah peserta perkhemahan Idea-idea: 1. hari pertama – berlaku hujan lebat berserta guruh pada sebelah malam – kawasan khemah dinaiki air – aktiviti perkhemahan tergendala – berpindah ke kawasan yang lebih tinggi 2. hujan belum reda – terpaksa bermalam di pejabat urus setia atau di surau – demi keselamatan 3. meninjau ke tapak perkhemahan – banyak khemah yang ranap – gotongroyong membersihkan kawasan tapak perkhemahan – cuaca baik Penutup: tapak perkhemahan kembali seperti sedia kala – khemah-khemah berjaya didirikan semula – meneruskan program – pengalaman yang tidak dapat dilupakan Model Karangan Mantap Pada cuti sekolah yang lalu, saya menyertai perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Gunung Ledang. Seramai 80 orang murid dan 12 orang guru penasihat menyertai perkhemahan ini. Pada hari pertama, berlaku hujan lebat berserta guruh pada sebelah malam. Kawasan khemah kami dinaiki air. Semua aktiviti pada malam itu tergendala. Guru mengarahkan kami berpindah ke pejabat urus setia kerana kawasannya lebih tinggi. Hujan masih belum reda. Demi keselamatan, kami dikehendaki bermalam di pejabat urus setia bagi peserta lelaki. Manakala, peserta perempuan perlu bermalam di surau yang berada bersebelahan dengan pejabat itu. Keesokkannya, kami meninjau ke tapak perkhemahan. Banyak khemah yang ranap. Kami membersihkan kawasan tapak perkhemahan secara gotong-royong. Cuaca pada hari itu amat baik. Akhirnya, tapak perkhemahan kami kembali bersih seperti sedia kala. Khemahkhemah berjaya didirikan semula. Program kami juga dapat diteruskan seperti biasa. Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Glosari • tergendala – tidak dapat diteruskan; terhalang Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 124
23 Ceramah Kesihatan Model Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Berformat (Surat Kiriman Rasmi) Rangka Karangan Pendahuluan: alamat pengirim – alamat penerima – tarikh Idea-idea: 1. memperkenalkan diri – menyatakan tujuan menulis surat – undangan menyampaikan ceramah 2. tujuan ceramah – memberikan penerangan dan kesedaran – lebih peka – merupakan program tahunan sekolah – butiran program 3. berharap agar dapat menerima undangan – memberikan jawapan segera – ucapan terima kasih Penutup: pengakuan pengirim – tandatangan dan nama pengirim Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Karangan 125
Model Karangan Mantap Kelab Doktor Muda, Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor. Pengurus, Hospital KPJ, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor. 8 FEBRUARI 20XX. Tuan, Undangan Menyampaikan Ceramah Penjagaan Kesihatan Gigi Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya, mewakili pihak sekolah bercadang untuk mengundang pihak tuan bagi menyampaikan ceramah. Topik ceramah berkisarkan penjagaan kesihatan gigi. Amalan penjagaan gigi haruslah dititikberatkan. 3. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan kesedaran kepada murid-murid supaya lebih peka akan kesihatan gigi. Program ini merupakan program tahunan sekolah. Untuk makluman pihak tuan, cadangan pihak sekolah adalah seperti yang berikut: Tarikh : 4 Mac 20XX Hari : Isnin Masa : 9:00 – 10:30 pagi Tempat : Dewan Bestari Peserta : 150 orang murid 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat menerima undangan ini dan memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Yang benar, Amir (AMIR BIN OMAR) Setiausaha Kelab Doktor Muda. Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 126
28 Kemalangan Jalan Raya Model Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Berformat (Dialog) Rangka Karangan Rangka Karangan Pendahuluan: meminta bantuan – menyiapkan tugasan sekolah – menyiapkan esei – punca-punca kemalangan jalan raya Idea-idea: 1. terdapat segelintir pemandu tidak mematuhi undang-undang jalan raya – memandu melebihi had laju yang ditetapkan – tidak mematuhi lampu isyarat 2. terdapat segelintir pemandu tidak mematuhi undang-undang jalan raya – memandu melebihi had laju yang ditetapkan – tidak mematuhi lampu isyarat 3. keadaan kenderaan yang tidak diselenggara – sebelum memulakan perjalanan, pemandu harus memeriksa brek, tayar, air – berfungsi dengan baik Penutup: terdapat segelintir pemandu tidak mematuhi undang-undang jalan raya – memandu melebihi had laju yang ditetapkan – tidak mematuhi lampu isyarat Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 140
Model Karangan Mantap Fahim meminta bantuan daripada abangnya, Aqil untuk menyiapkan tugasan sekolah. Ikuti perbualan mereka. Fahim: Saya mahu menyiapkan esei Bahasa Melayu. Bolehkah abang membantu saya? Aqil: Boleh. Apakah yang ingin kamu tahu? Fahim: Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Apakah puncapuncanya? Aqil: Banyak sebab berlaku kemalangan jalan raya di negara kita. Pertama, kecuaian pemandu itu sendiri. Sebagai contoh, mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Fahim: Oh, begitu! Apakah faktor lain lagi, abang? Aqil: Selain itu, terdapat segelintir pemandu yang tidak mematuhi undangundang jalan raya. Lazimnya, mereka memandu melebihi had laju. Mereka juga tidak mematuhi lampu isyarat. Fahim: Bagaimana pula dengan keadaan kenderaan yang tidak diselenggara? Aqil: Kenderaan yang tidak diselenggara juga menjadi punca kemalangan. Seharusnya, sebelum memulakan perjalanan, pemandu harus memeriksa brek, tayar, dan supaya berfungsi dengan baik. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan. Fahim: Oh, begitu. Jadi, kita mestilah berhati-hati semasa di jalan raya agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Saya sudah faham. Terima kasih, abang. Glosari • kecuaian – kelalaian • had laju – kelajuan maksimum yang dibenarkan • sediakan payung sebelum hujan – membuat persediaan sebelum menghadapi musibah atau kesukaran yang tidak dijangka Tips Gunakan tanda baca yang sesuai dengan nada percakapan. Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Karangan 141
Karangan Tidak Berformat (Peribahasa) Rangka Karangan Rangka Karangan Pendahuluan: berjalan kaki pulang dari sekolah – hujan renyai-renyai – mempercepat langkah – cepat sampai ke rumah Idea-idea: 1. terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat – mencari-cari arah datangnya dentuman itu – dua buah kereta kemalangan – tidak jauh dari situ 2. bergegas ke tempat kejadian – kereta mengalami kerosakan – pemandu mengalami kecedaraan – pendarahan pada anggota badan 3. menahan kereta yang lalu-lalang – meminta pertolongan – dibantu oleh seorang pemuda – menelefon ambulan – mangsa kemalangan dihantar ke hospital Rangka Karangan Penutup: hujan turun semakin lebat – pemuda itu mempelawa aku dan rakan untuk menghantar kami pulang – dalam perjalanan – teringat akan peribahasa biar lambat asalkan selamat Model Karangan Mantap Aku dan rakan berjalan kaki pulang dari sekolah. Hujan mula turun renyai-renyai. Kami mempercepatkan langkah agar cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Kami mencari-cari arah datangnya dentuman itu. Rupa-rupanya, dua buah kereta telah berlanggar tidak jauh dari arah belakang kami. Kami bergegas ke tempat kejadian. Kami mendapati dua buah kereta itu mengalami kerosakan. Seorang pemandu mengalami kecedaraan ringan, manakala seorang lagi pemandu mengalami beberapa pendarahan pada anggota badan. Aku menahan kereta yang lalu-lalang untuk meminta pertolongan. Seorang pemuda memberhentikan keretanya di bahu jalan dan mendapatkan kami. Beliau menelefon ambulan. Pemandu yang cedera itu dihantar ke hospital. Hujan turun semakin lebat. Lelaki itu mempelawa aku dan rakan untuk menghantar kami pulang. Dalam perjalanan, aku teringat akan peribahasa biar lambat asalkan selamat. Glosari • renyai-renyai – hujan rintik-rintik; gerimis • biar lambat asalkan selamat – membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 142
29 Amalan Berjimat Cermat Model Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Berformat (Dialog) Rangka Karangan Pendahuluan: Rangka Karangan berbual-bual tentang cara-cara untuk berjimat cermat – bertanyakan hal yang sedang dilakukan rakan Idea-idea: 1. menanam sayur-sayuran – mengusahakan tanah terbiar – dapat berjimat cermat – tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar 2. menitikberatkan amalan berjimat cermat – mengawal penggunaan elektrik dan air – menutup suis atau pili air setelah tidak digunakan.n 3. membawa bekal makanan ke sekolah – wang saku boleh disimpan di dalam tabung Penutup: amalan berjimat cermat harus dilakukan setiap masa – dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita – mengakhiri perbualan Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Karangan 143
Model Karangan Mantap Aqilah dan Farzana berbual-bual tentang cara-cara untuk berjimat cermat. Ikuti perbualan mereka. Aqilah: Farzana, apakah yang sedang kamu lakukan? Farzana: Oh, Aqilah! Terperanjat saya. Saya sedang menanam sayur-sayuran. Lagipun, tanah ini terbiar sahaja. Selepas ini, saya dapat berjimat cermat. Saya tidak perlu lagi membeli sayur-sayuran di pasar. Aqilah: Wah, rajinnya kamu! Saya juga menitikberatkan amalan berjimat cermat. Di rumah, saya mengawal penggunaan elektrik dan air. Saya akan menutup suis atau pili air setelah tidak digunakan. Farzana: Baguslah begitu. Sebenarnya, banyak cara yang dapat kita lakukan untuk berjimat cermat. Kita boleh membawa bekal makanan ke sekolah. Wang saku pula boleh disimpan di dalam tabung. Aqilah: Betul, Farzana. Amalan berjimat cermat harus dilakukan setiap masa. Oleh itu, kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian kita. Aqilah: Setuju. Baiklah, saya mahu pulang dahulu. Ibu saya sedang menunggu di rumah. Jumpa lagi. Farzana: Baiklah, jumpa lagi. Karangan Tidak Berformat (Cerita) Rangka Karangan Rangka Karangan Pendahuluan: nama saya Arifah – bapa seorang buruh kasar – ibu pula seorang suri rumah – mempunyai empat orang adik beradik – lahir dalam keluarga yang sederhana – harus berimat cermat Idea-idea: 1. membantu ibu menanam sayur-sayuran di belakang rumah - sawi, cili, dan tomato – dapat menjimatkan perbelanjaan harian – tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar 2. membawa bekal makanan ke sekolah – wang saku disimpan di dalam tabung – kegunaan kecemasan 3. mengawal penggunaan elektrik dan air di rumah – memastikan pili air dan suis elektrik ditutup selepas menggunakannya – mengelakkan pembaziran Penutup: amalan berjimat cermat haruslah sentiasa diamalkan – memberikan keuntungan Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 144
Grammar Notes & Practices SUMATIF Praktis Praktis 1 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 2 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bahasa Melayu KSSR Bahagian C – Penulisan Karangan 153
Praktis 3 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Praktis 4 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Bahasa Melayu KSSR C – Penulisan Karangan 154
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) BAHASA MELAYU (011) Penulisan Satu jam lima belas minit ARAHAN: 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2. Kamu hendaklah menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi Bahagian C, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa: Bahagian No. Soalan Markah A B C Jumlah 50 156 Bahasa Melayu KSSR – Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Bahagian B [5 markah] [Masa dicadangkan: 15 minit] Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. Suhaila dan ibunya pergi ke pasar tani. Ibunya mahu membeli buah-buahan sebagai pencuci mulut. Banyak gerai buah di pasar tani itu. Kamu berjalan sambil memerhatikan gerai-gerai di situ. Gerai pertama menjual buahbuahan tempatan, manakala gerai kedua menjual buah-buahan import. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan? Bahagian C [10 markah] [Masa dicadangkan: 25 minit] Gambar di bawah ini menunjukkan tentang lokasi-lokasi percutian bersama-sama keluarga. Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah meluangkan masa bercuti bersama-sama keluarga. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. 157 Bahasa Melayu KSSR Ujian Akhir Tahun
Bahagian D [20 markah] [Masa dicadangkan: 35 minit] Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Menggubah Jambangan Bunga 158 Bahasa Melayu KSSR Ujian Akhir Tahun
JAWAPAN Bahagian B Respons Kritis dan Kreatif Praktis Sumatif Praktis 1 Tindakan saya ialah saya akan membelanjakan wang tersebut dengan cermat. Saya tidak akan membeli barangan yang tidak perlu. Saya juga akan menyimpan baki wang tersebut ke dalam tabung. Saya tidak akan boros dan membazir. Praktis 2 Pada pendapat saya, saya akan mengasingkan sampah-sampah tersebut mengikut kategori. Saya akan menghantar bahan buangan tersebut ke pusat kitar semula bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memelihara sumber alam semula jadi. Praktis 3 Pada pendapat saya, saya akan memujuk adik supaya menyerahkan peralatan tajam itu. Kemudian, saya akan menyimpannya di tempat yang selamat. Selepas itu, saya akan menasihati adik supaya tidak bermain perlalatan tajam lagi kerana boleh membahayakan diri. Praktis 4 Tindakan saya ialah mendaftarkan diri dalam program Kem Kembara Cilik dan membuat persiapan awal. Saya akan menyenaraikan dan membawa peralatanperalatan yang bersesuaian untuk keselesaan ketika beraktiviti. Saya akan mendapatkan rehat yang mencukupi bagi persediaan mental dan fizikal. Praktis 5 Pada pendapat saya, saya akan memastikan nombor giliran dipakai dengan betul dan senang dilihat oleh para juri. Saya akan ingat pesanan guru. Saya akan mengurangkan perasaan gemuruh. Kemudian, Saya akan melangkah naik ke pentas dengan yakin untuk membuat persembahan. Praktis 6 Pada pendapat saya, saya akan membuat persedian awal dengan mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan. Kemudian, saya akan berlatih berkomunikasi dengan yakin dan berwibawa. Saya juga akan menjaga penampilan diri supaya kelihatan kemas dan bersedia. Bahagian C Penulisan Perenggan Praktis Sumatif Praktis 1 Antara cara untuk berkongsi sesuatu maklumat dengan murid-murid ialah menyediakan maklumat tersebut dalam bentuk grafik. Maklumat tersebut kemudiannya ditampalkan pada papan kenyataan persatuan. Selain itu, kita boleh menggunakan laman maya seperti aplikasi WhatsApps untuk menyampaikan maklumat. Kaedah ini lebih mudah dan menjimatkan masa. Seterusnya, kita juga boleh membuat pengumuman dari kelas ke kelas. Jadi, maklumat tersebut dapat disampakan secara menyeluruh. (60 patah perkataan) Praktis 2 Antara kesan penggunaan sudut pidato kepada murid sekolah ialah melatih murid agar boleh berucap dengan bertatasusila. Murid dapat menajamkan bakat mereka dalam berhujah. Selain itu, sudut pidato dapat membiasakan murid dan memberikan keyakinan untuk berhujah dengan bernas. Murid dapat menyampaikan pidato dengan lancar. Seterusnya, murid juga dapat mengisi masa senggang dengan lebih berfaedah. Jadi, waktu lapang tidak disia-siakan begitu sahaja. (60 patah perkataan) Praktis 3 Antara manfaat papan kenyataan di sekolah ialah murid boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang diperlukan. Jadi, murid boleh menambahkan pengetahuan. Selain itu, papan kenyataan dijadikan sebagai tempat rujukan murid. Murid boleh menyemak maklumat-maklumat yang diterima oleh murid lain untuk memastikan kesahihannya. Seterusnya, murid dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Dengan itu, murid tidak akan terlepas peluang untuk menyertai aktiviti tersebut. (60 patah perkataan) Praktis 4 Antara cara berbelanja dengan berhemah ialah merancang perbelanjaan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Jadi, kita dapat menguruskan wang dengan bijak. Seterusnya, berjimat cermat sewaktu berbelanja. Janganlah budayakan amalan boros. Simpan lebihan wang di dalam tabung untuk 159
kegunaan kecemasan. Seterusnya, belilah barangbarang yang diperlukan sahaja. Elakkan membazir dengan membeli barang yang tidak perlu. (51 patah perkataan) Praktis 5 Antara cara menggunakan peralatan elektronik dengan berhemah te rmasuklah melayari laman web yang berinformasi. Elakkan diri leka bermain permainan video, atau membaca berita yang negatif. Seterusnya, peralatan elektronik digunakan untuk menyertai program atau kelas dalam talian. Muridmurid bukan sahaja dapat mengisi masa lapang bahkan dapat menambahkan pengetahuan. Selain itu, hadkan masa penggunaan peralatan elektronik sehari-hari. Tujuannya untuk memelihara kesihatan mata dan telinga. (60 patah perkataan) Praktis 6 Antara cara mencegah keracunan makanan ialah mencuci tangan dengan sabun sebelum menyediakan makanan. Hal ini dapat memastikan kebersihan makanan yang disediakan. Seterusnya, makanan perlu dimasak dengan sempurna, terutama daging dan makanan laut. Tujuannya untuk menjamin makanan tersebut selamat untuk dimakan dan bebas kuman. Selain itu, makanan perlu ditutup supaya tidak dihinggapi lalat atau serangga lain. Makanan yang terdedah boleh mengakibatkan keracunan makanan. (62 patah perkataan) Bahagian D Karangan Praktis Sumatif Praktis 1 Karangan Berformat (Catatan) Pendahuluan: tiba di sekolah – guru bertugas – menyambut kedatangan murid Idea-idea: 1. bunyi loceng sekolah – murid beratur di tapak perhimpunan – mendengar ucapan guru-guru 2. masuk ke kelas selepas tamat perhimpunan – belajar dengan seronok – sesi suai kenal – guru kelas baharu 3. bergerak ke kantin – makan bekalan yang dibawa – rakan membeli nasi lemak di kantin – masuk ke kelas semula Penutup: beratur di luar kelas – hendak pulang – pengawas memantau pergerakan Karangan Tidak Berformat (Cerita) Pendahuluan: hari pertama persekolahan – berasa teruja – tdak sabar untuk ke sekolah – berjumpa rakan-rakan Idea-idea: 1. menaiki kereta – tiba di sekolah – pintu masuk sekolah agak sesak – ibu bapa menemani anakanak 2. menuju ke kelas – kelas kelihatan bersih dan cantik – meletakkan beg di atas meja – meja ada tertulis nama masing-masing 3. beratur di tapak perhimpunan – mendengar ucapan guru – bergerak ke kelas untuk belajar – berasa gembira kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan – makan di kantin bersama-sama sewaktu rehat Penutup: loceng sekolah berbunyi – waktu untuk pulang – pulang dengan seronok Praktis 2 Karangan Berformat (Berita) Pendahuluan: format berita - sekolah menganjurkan sambutan Bulan Kemederkaan – sambutan diadakan selama sebulan Idea-idea: 1. Tujuan sambutan – menyemai sikap patriotik – memberikan pendedahan tentang sejarah kemerdekaan negara 2. Majlis perasmian oleh guru besar – menyampaikan ucapan – persembahan bertemakan kemerdekaan oleh murid-murid – mendeklamasi sajak, kuiz, dan koir 3. aktiviti-aktiviti sepanjang bualan kemerdekaan – pertandingan pidato, menulis esei, melukis dan mewarna poster, dan pameran sejarah kemerdekaan – memupuk kesedaran murid Penutup: majlis penutup – guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang – trofi dan sijil penghargaan Karangan Tidak Berformat (keperihalan/pengalaman) Pendahuluan: setiap tahun – sekolah menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan – semua murid dan guru berhimpun di dewan sekolah Idea-idea: 1. dimulakan dengan bacaan doa – diikuti dengan nyanyian lagu sekolah, lagu negeri, dan lagu Negaraku - ucapan guru besar 2. bacaan perutusan Hari Kemerdekaan – persembahan oleh murid-murid – sketsa, 160 Bahasa Melayu KSSR Jawapan
syarahan, mendelamasikan sajak bertemakan kemerdekaan 3. pertandingan untuk murid tahap satu dan tahap dua – pertandingan melukis dan mewarna poster, kuiz kemerdekaan, basikal berhias – diadakan di dewan sekolah Penutup: majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang – sambutan kemerdekaan sangat meriah – pulang dengan gembira – mendapat hadiah Praktis 3 Karangan Berformat (Syarahan) Pendahuluan: kata alu-aluan kepada hadirin – ucapan selamat sejahtera – menyatakan tajuk syarahan – sukan aktiviti yang menyeronokan – banyak manfaat Idea-idea: 1. bersukan dapat menyihatkan tubuh badan – melakukan aktiviti sukan – badan mengeluarkan peluh – terhindar daripada penyakit 2. aktiviti sukan dapat memanfaatkan masa senggang – murid tidak membuang masa – tidak melepak atau berpelesiran dengan rakan-rakan – terhindar daripada gejala sosial 3. bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim – bermain bersama-sama – berinteraksi dan bekerjasama – memupuk semangat kesukanan sejak kecil Penutup: membuat penegasan – bersukan banyak memberikan manfaat – setiap murid digalakkan untuk bersukan Karangan Tidak Berformat (cerita/pengalaman) Pendahuluan: menonton perlawanan sukan di stadium – pergi bersama-sama keluarga – menyarung jersi pasukan kegemaran Idea-idea: 1. memasuki stadium – mengambil tempat duduk – menunggu perlawanan bermula – ribuan penonton – memberikan kelainan suasana – berbeza dengan menonton di kaca televisyen 2. Berasa teruja - melihat pemain-pemain di depan mata – memasuki padang – menyanyikan lagu kebangsaan – permaian dimulakan – berteriak memberikan sokongan 3. Perlawanan sengit – kedua-dua pasukan menunjukkan kehebatan – berasa risau – masa perlawanan hampir tamat – pemain menjaringkan gol – sorakan penonton menggamatkan stadium Penutup: perlawanan tamat – pasukan kegemaran memenangi perlawanan pada malam itu – berasa gembira dan bangga – akan menonton perlawanan bola sepak lagi di stadium Praktis 4 Karangan Berformat (Surat kiriman rasmi) Pendahuluan: Alamat pengirim – alamat penerima – tarikh Idea-idea: 1. wakil penduduk – menyatakan aduan tentang pencemaran sungai – berhampiran kawasan tempat tinggal – memohon tindakan segera 2. banyak pembuangan sampah – air menjadi busuk – mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan – memberikan ketidakselesaan kepada penduduk 3. air keruh – menjejaskan bekalan air bersih – memudaratkan kesihatan – air kegunaan domestik – menganggu rutin harian – banyak hidupan air mati Penutup: mengambil tindakan segera – mengucapkan terima kasih – pengakuan pengirim – tandatangan Karangan Tidak Berformat (fakta) Pendahuluan: pencemaran alam sekitar semakin kronik – berpunca daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab – perlu menjaga dan memelihara alam sekitar Idea-idea: 1. penguatkuasaan undang-undang – undangundang yang lebih tegas – memberikan pengajaran – hukuman yang lebih berat – membendung masalah ini 2. Menjalankan kempen kesedaran – memperbanyak kempen menerusi media massa – menyemai perasaan cinta akan alam sekitar 3. pendidikan alam sekitar – diajar pada peringkat sekolah – menerapkan kesedaran tentang alam sekitar – melentur buluh biarlah daripada rebungnya Penutup: semua pihak harus berkerjasama – mengatasi masalah pencemaran alam sekitar – kesejahteraan bersama Praktis 5 Karangan Berformat (ucapan) Pendahuluan: kata alu-aluan kepada hadirin – mengucapkan terima kasih – diberikan peluang untuk berucap 161 Bahasa Melayu KSSR Jawapan