Bahasa Melayu KSSR Bab 3 Penulisan Perenggan 164 Bab 3 Cara mendapat markah yang cemerlang dalam penulisan perenggan. Tip Penting Isi hendaklah relevan dengan bahan grafik. Huraian idea atau isi hendaklah padat dan jelas. Ayat yang digunakan hendaklah gramatis. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. Idea/ Isi dan Bahasa Tutorial Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti rekreasi bersama-sama keluarga. Tulis pendapat kamu tentang kebaikan melakukan aktiviti tersebut. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tema soalan Kata kunci soalan Jumlah patah perkataan yang harus dipatuhi Jumlah perenggan
Bahasa Melayu KSSR Bab 3 Penulisan Perenggan 165 Bab 3 Pada pendapat saya, aktiviti rekreasi bersamasama keluarga banyak faedahnya. Menerusi aktiviti ini, hubungan yang erat dan mesra sesama anggota keluarga dapat dijalinkan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menyihatkan badan. Akhir sekali, melakukan aktiviti yang disukai dapat menghilangkan tekanan. Kata kunci soalan Kebaikan pertama Kebaikan kedua Kebaikan ketiga Penggunaan wacana yang betul Perenggan dimulakan dengan frasa 'Pada pendapat saya…' Murid boleh memberikan tiga idea dalam satu perenggan. Pastikan ketiga-tiga idea tersebut diulas dengan baiknya. Gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan idea, pertautan antara ayat dengan ayat yang lain, atau antara isi dengan isi yang lain. Tip Penting Ingat Pendapat yang dikemukakan oleh murid haruslah yang berkaitan dengan bahan grafik. Model Penulisan Perenggan Model 1 Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti menjaga keselamatan di suatu kawasan perumahan. Tulis pendapat kamu tentang kelebihan tinggal di kawasan kejiranan yang selamat. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. INFO Tip Keselamatan untuk Kawasan Kejiranan
Bahasa Melayu KSSR Bab 3 Penulisan Perenggan 166 Bab 3 Model Jawapan Pada pendapat saya, tinggal di kawasan kejiranan yang selamat banyak kelebihannya. Apabila kita tinggal di kawasan tersebut, kita akan terhindar daripada pelbagai aktiviti jenayah seperti pecah rumah, ragut, samun, dan sebagainya. Hal ini amat penting kerana aktiviti jenayah boleh membahayakan nyawa dan menyebabkan kerugian harta benda. Selain itu, kejiranan yang selamat dapat mengelakkan kita daripada mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan. Ingat Isi hendaklah ditulis dengan tepat dan padat agar jumlah perkataan tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Kamus terhindar – terlepas ragut – menarik sesuatu secara paksa Model 2 Gambar di bawah ini menunjukkan poster kempen kesedaran kesihatan mental. Tulis pendapat kamu tentang cara-cara menjaga kesihatan mental. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Kempen Kesedaran Kesihatan Mental Tarikh: 12 Februari 20XX Tempat: Dewan Seri Mutiara Masa: 8:00 pagi hingga 4:00 petang Aktiviti: ► Senamrobik ► Tayangan Video ► Ceramah ► Cabutan Bertuah Model Jawapan Pada pendapat saya, terdapat pelbagai cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan mental. Antaranya, kita perlulah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kita perlu rajin melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam atau beriadah. Selain itu, kita perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakan. Seterusnya, kita perlu bijak mengawal emosi agar tidak mengalami stres.
Bahasa Melayu KSSR Bab 3 Penulisan Perenggan 167 Bab 3 Kamus gaya – cara hubungan – ikatan atau pertalian emosi – perasaan jiwa yang kuat stres – keadaan resah, cemas, dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal Model 3 Gambar di bawah ini menunjukkan tempat-tempat bersejarah di negara kita. Tulis pendapat kamu tentang faedah melawat ke tempat-tempat bersejarah. Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Model Jawapan Pada pendapat saya, amalan melawat ke tempat-tempat bersejarah banyak membawa kebaikan kepada kita. Menerusi lawatan tersebut, kita dapat melihat tempat-tempat tersebut secara lebih dekat. Kita juga dapat menambahkan pengetahuan tentang sejarah tanah air. Selain itu, lawatan tersebut dapat meningkatkan semangat patriotik dalam diri dan menjadikan kita lebih menghargai jasa tokoh-tokoh sejarah dan pemimpin negara. Kamus patriotik – bersifat sebagai seorang yang mencintai negara atau pembela negara menghargai – memberikan penghormatan INFO Bangunan Bersejarah di Malaysia
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 179 Bab 4 Penulisan Karangan 4 BAB • Menulis karangan yang mempunyai ciri-ciri wacana yang lengkap. • Menulis pelbagai jenis karangan, sama ada karangan berformat khusus atau karangan tidak berformat khusus. • Menghasilkan penulisan karangan yang cemerlang. Fokus Bab 179 Peta Konsep Jenis Karangan ✍ Laporan ✍ Catatan ✍ Surat Kiriman Rasmi ✍ Surat Kiriman Tidak Rasmi ✍ Berita ✍ Ucapan/ Syarahan/ Ceramah ✍ Dialog/ Wawancara ✍ Perbahasan ✍ Keperihalan ✍ Cerita/ Melengkapkan Cerita ✍ Fakta ✍ Perbincangan ✍ Autobiografi ✍ Biografi ✍ Peribahasa Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat SKOP Ujian 1. Soalan penulisan karangan disoal dalam Bahagian D, format terbaharu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 2. Soalan bahagian ini perlu diberikan penekanan memandangkan 20 markah daripada 50 markah keseluruhan diperuntukkan dalam bahagian ini. 3. Murid akan diberikan satu bahan rangsangan yang berbentuk bahan grafik. 4. Murid dikehendaki untuk menulis sebuah karangan berdasarkan arahan soalan dan bahan grafik yang diberikan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. 5. Murid diminta untuk menulis karangan dalam bentuk perenggan yang tidak kurang daripada 50 patah perkataan dan tidak lebih daripada 80 patah perkataan.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 180 Bab 4 Panduan Menulis Karangan A Sebelum Menulis Karangan 1. Baca dan fahami kehendak soalan serta bahan grafik yang diberikan. Kemudian, garis kata kunci soalan. 2. Murid diberikan pilihan untuk menulis karangan berformat atau karangan tidak berformat. 3. Murid hendaklah memilih jenis karangan yang bersesuaian dengan tajuk dan bahan grafik yang diberikan. 4. Murid perlu merangka karangan yang memuatkan pendahuluan, idea/ isi, dan penutup. Utamakan idea/ isi mengikut keutamaannya. 5. Dicadangkan masa yang diperuntukkan untuk menulis karangan Bahagian D ini ialah 15 minit. Murid diingatkan supaya tidak menghabiskan masa yang panjang untuk merangka karangan. Ingat Sekiranya murid memilih untuk menulis jenis karangan berformat, murid memerlukan penataan format yang betul dan tepat untuk mendapatkan markah yang baik. Sekiranya berlaku kesalahan format, markah akan ditolak daripada markah keseluruhan karangan tersebut. Dapat memastikan idea/ isi tidak berulang-ulang Menentukan isi-isi dapat dihuraikan dengan baik Dapat mengawal had panjangnya karangan Semua isi telah disenaraikan Tujuan Menyediakan Rangka Karangan Isi-isi disusun mengikut kepentingannya serta tidak terpesong daripada tajuk B Semasa Menulis Karangan Perenggan Pendahuluan 1. Karangan hendaklah dimulakan dengan perenggan pendahuluan. Sebaik-baiknya, pendahuluan hendaklah berkaitan dengan kehendak soalan dan mempunyai daya penarik. 2. Perenggan pendahuluan memadailah dengan dua atau tiga ayat. Ayat-ayat tersebut hendaklah dapat membawa pembaca memahami tajuk karangan. Murid perlu memahami semua jenis karangan. Selain mengetahui format, murid juga perlu membiasakan diri membuat latihan bagi tajuk- tajuk karangan popular. Tip Penting Ingat Jangan masukkan isi utama dalam perenggan pendahuluan.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 181 Bab 4 Jenis-jenis pendahuluan: • Definisi • Persoalan Tip Penting • Puisi • Peribahasa • Situasi • Fakta • Pendapat tokoh • Peribahasa • Sejarah • Tajuk berita Perenggan Isi 1. Idea atau isi karangan merupakan bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan. 2. Tidak ada ketetapan jumlah idea atau isi yang perlu dikemukakan oleh murid. Walau bagaimanapun, murid digalakkan untuk mengemukakan tiga idea atau isi dengan peluasan serta contoh yang sesuai. 3. Setiap idea atau isi hendaklah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan. 4. Semua idea atau isi karangan haruslah dikembangkan menggunakan bahasa dan ayat yang menarik serta mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan gaya bahasa merangkumi persembahan, pengolahan ayat, dan jenis karangan. 5. Bagi karangan jenis cerita, gaya bahasanya lebih puitis dan indah, tetapi penggunaan bahasa yang ringkas, tepat, dan padat lebih sesuai bagi karangan jenis fakta, perbincangan, pendapat, surat kiriman rasmi, dan laporan. 6. Elakkan penggunaan bahasa pasar dan rojak dalam karangan, terutamanya bahasa Inggeris meskipun perkataan atau frasa itu sudah lazim digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya pen marker sepatutnya pena penanda serta homestay sepatutnya inap desa. 7. Elakkan juga penggunaan ayat yang panjang dan berbelit-belit. Hal ini akan menjadikan karangan sukar difahami, tidak gramatis, dan tidak terarah. 8. Bagi menampakkan kesantunan dan pembugaran bahasa Melayu, disyorkan supaya peribahasa, kata-kata hikmat, atau kata-kata mutiara diselitkan dalam karangan yang ditulis. Elemen ini memberikan markah tambahan terhadap penulisan murid. 9. Pastikan karangan yang ditulis antara 50 hingga 80 patah perkataan. Sebaik-baiknya, kira bilangan perkataan untuk memastikan jumlah perkataan yang ditulis. Ingat Jangan menghuraikan idea atau isi secara meleret-leret, tidak logik, dan tidak dapat diterima oleh akal. Sebaik-baiknya, setiap perenggan diselang satu baris agar karangan yang dihasilkan itu kelihatan lebih kemas dan menarik. Tip Penting Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea atau isi antara dua ayat semasa menulis karangan. Penanda wacana juga digunakan dalam perenggan yang sama atau ayat perenggan yang baharu supaya ayat menjadi lebih teratur serta mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang seterusnya, Sekiranya sesuatu wacana itu tidak menggunakan penanda wacana yang tepat, maka hal ini akan menyebabkan keseluruhan perenggan berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan pertautan yang lengkap. Tip Penting
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 182 Bab 4 Perenggan Penutup 1. Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan penutup. 2. Lazimnya, perenggan penutup dimulakan dengan penanda wacana. Contohnya, perenggan penutup bagi jenis karangan cerita. Akhirnya, kami terselamat. Namun begitu, seluruh badan kami bengkak-bengkak disengat oleh lebah itu. Sungguhpun menyesal, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Itulah peristiwa yang tidak dapat kami lupakan. Tip Penting Kesimpulannya Tuntasnya Konklusinya Intihanya Akhirnya Akibatnya Dengan itu Natijahnya Contoh Penanda Wacana dalam Perenggan Penutup 3. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang beberapa idea atau isi karangan yang telah dikemukakan. 4. Dari segi kepanjangan, perenggan yang dibina mestilah seimbang dengan perenggan pendahuluan. 4. Dalam perenggan penutup, murid boleh menyertakan kata-kata hikmat, peribahasa, dan ungkapan menarik yang bersesuaian dengan tajuk karangan dan jenis karangan. C Selepas Menulis Karangan 1. Setelah karangan siap ditulis, murid-murid harus menyemak idea atau isi-isi karangan. Pastikan tiada isi yang tertinggal, tidak tepat, tidak logik, atau sebagainya. 2. Kemudian, semak aspek bahasa supaya tiada kesalahan dari segi tatabahasa seperti penggunaan perkataan atau kosa kata, peribahasa, ejaan, struktur ayat, tanda baca, dan sebagainya. Ingat Ayat yang lebih daripada 80 patah perkataan yang pertama tidak akan dinilai oleh pemeriksa, makanya murid perlu bijak menyusun isi, penerangan, dan contoh dengan baik. Pastikan karangan mengandungi tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan, isi, dan juga penutup.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 183 Bab 4 Kelemahan Penulisan Karangan 1. Kesalahan murid memilih jenis karangan Murid memilih jenis karangan yang tidak dikuasainya sehingga tidak dapat menulis karangan dengan baiknya. 2. Kesalahan menyatakan idea atau isi karangan Kesilapan ini berlaku kerana: (a) kegagalan murid memahami kehendak soalan (b) kegagalan murid mencari kata kunci soalan 3. Tidak merangka dan menyusun idea atau isi karangan Idea atau isi karangan yang tidak dirangka atau disusun akan menyebabkan: (a) karangan kekurangan idea atau isi (b) idea atau isi berulang (c) isi tidak diterangkan dan dihuraikan dengan jelas, iaitu tidak diikuti dengan contoh atau keterangan yang bernas dan tidak disokong dengan kesan atau huraian yang tepat dan tuntas di samping bahasa yang menarik (d) idea atau isi tidak disusun mengikut keutamaan 4. Kekurangan idea atau isi (a) Murid gagal memperoleh sekurang-kurangnya tiga isi. (b) Murid juga gagal menghuraikan setiap idea atau isi dengan jelasnya. 5. Pembahagian perenggan tidak mencukupi Kegagalan murid membahagi dan menghuraikan idea atau isi karangan kepada lima perenggan, iaitu karangan dimulakan dengan perenggan pendahuluan, diikutii oleh tiga perenggan idea/ isi, dan diakhiri perenggan penutup. 6. Tidak menguasai aspek tatabahasa Masih terdapat murid yang tidak dapat menulis karangan dengan bahasa yang tepat kerana tidak tahu akan perbezaan dan penggunaan beberapa aspek tatabahasa. Contohnya, kata tanya bila dengan kata hubung apabila, kata sendi dari dengan daripada, kata sendi di dengan pada, kata bantu boleh dengan dapat, dan pelbagai lagi. Dalam hal ini, murid haruslah rajin merujuk guru, kamus, dan buku tatabahasa yang lain. 1. Karangan murid terpesong daripada kehendak soalan kerana murid tidak memahami kehendak soalan atau tugasan yang diberikan. 2. Idea atau isi yang diberikan tidak mencukupi, iaitu kurang daripada tiga idea atau isi. 3. Huraian idea atau isi kurang jelas, tidak berkaitan, dan sukar difahami. Tidak ada pertalian atau kaitan antara isi dengan keterangan mahupun huraian. 4. Penggunaan bahasa agak lemah menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak menarik. 5. Penggunaan format karangan yang salah dan tidak lengkap. Yang Silap! Ingat Tindakan mencampurkan lebih daripada satu isi atau idea dalam perenggan yang sama merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid. Oleh itu, murid tidak harus melakukan kesalahan ini.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 184 Bab 4 Dalam proses pembinaan isi karangan, ada beberapa ayat yang perlu ditulis, iaitu: (a) Ayat judul - ayat yang mengandungi kata kunci jawapan (b) Ayat huraian - huraian lanjut tentang isi utama yang dikemukakan dalam karangan (c) Ayat contoh - ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi utama Tip Penting Kriteria Penskoran Rubrik Pemarkahan Penulisan Karangan (20 markah) Penskoran Panduan dan Ukuran Pencapaian (Kriteria) Cemerlang (19 – 20) Tinggi (17 – 18) Rendah 1. Menjawab tugasan, idea respons terbuka (SRTb). 2. Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai. 4. Pengolahan idea/karya yang sangat baik dengan penyampaian isi yang jelas dan menarik, idea respons terbuka (SRTb). 5. Penggunaan ejaan, tanda baca, dan imbuhan yang betul dan sesuai. Baik (14 – 16) Tinggi (11 – 13) Rendah 1. Menjawab tugasan, idea respons terbuka (SRTb). 2. Penggunaan ayat masih gramatis, bertepatan dengan tugasan. 3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai. 4. Pengolahan idea atau karya yang baik dengan penyampaian yang jelas dan menarik, idea respons terbuka (SRTb). 5. Terdapat beberapa kesalahan ejaan, tanda baca, dan imbuhan. Memuaskan (08 – 10) Sederhana (05 – 07) Rendah 1. Menjawab tugasan dengan beberapa idea/ isi respons terhad. 2. Penggunaan ayat kurang gramatis atau menggunakan ayat tunggal. 3. Penggunaan kata dan kosa kata tidak meluas atau agak terhad. 4. Pengolahan idea atau karya sangat mudah dan ringkas dengan penyampaian kurang menarik, idea respons terhad. 5. Penggunaan ejaan, tanda baca, dan imbuhan banyak kesalahan. Pencapaian Tahap Minimum (03 – 04) Rendah (01 – 02) Amat Rendah 1. Tidak menjawab tugasan, isi yang tidak berkaitan dengan soalan. 2. Penggunaan ayat yang tidak gramatis dan tidak sesuai dengan soalan. 3. Penggunaan kata dan kosa kata yang amat terhad serta tidak sesuai. 4. Pengolahan idea atau karya yang tidak tepat atau tidak berkaitan dan tidak sesuai dengan tema/tugasan. Penyampaian tidak menarik. 5. Tidak menguasai penggunaan ejaan, tanda baca, dan penggunaan imbuhan serta banyak kesalahan. 6. Tidak menjawab tugasan, isi tidak berkaitan dengan soalan.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 185 Bab 4 Model Penulisan Karangan Model 1 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Cameron Highlands Percutian yang Menyeronokkan Ladang Teh Taman Rama-rama Ladang Strawberi Pasar Malam di Brincang Karangan Berformat – Surat Kiriman Tidak Rasmi 1. Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi merupakan karangan berformat. 2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi dan ditulis kepada rakan, ahli keluarga, dan saudara-mara untuk bertanyakan khabar, mengundang, mengucapkan tahniah atau takziah, dan menceritakan sesuatu perkara atau peristiwa. 3. Penggunaan kata ganti diri penerima sangat penting dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Yang berikut ialah senarai kata ganti diri: ayah/ bapa saudara – ayahanda ibu/ ibu saudara – ibunda/ bonda anak – anakanda abang/ kakak – kakanda adik – adinda datuk/ nenek – nenda/ nenenda cucu – cucunda Tip Penting
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 186 Bab 4 4. Gunakan bahasa yang mudah, baku, dan tepat dalam karangan surat kiriman ini. Selain itu, murid boleh juga menggunakan ungkapan, kiasan, atau peribahasa agar isi surat menjadi lebih menarik. 5. Format surat kiriman tidak rasmi: (a) Alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kanan. (b) Tarikh surat ditulis di bawah alamat dengan meletakkan tanda noktah (.) di hujungnya. (c) Pembuka kata dimulakan di sebelah kiri surat. (d) Kata ganti diri penerima seperti ‘saudara’, ‘saudari’, atau ‘sahabatku’ ditulis di sebelah kiri surat. (e) Perenggan isi dimulakan di sebelah dalam sedikit. (f) Selepas penutup surat, tulislah Yang ikhlas atau Yang benar di sebelah kanan surat dan diikuti tanda koma (,). (g) Tandatangan pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat. Alamat pengirim Tarikh Pembuka kata Isi dan penutup Pengakuan pengirim Kata ganti nama penerima Tandatangan pengirim 1. Murid tidak menggunakan format surat tidak rasmi yang betul. 2. Murid tidak membuat pemerengganan isi dalam surat dengan betulnya. 3. Murid tidak menggunakan kata penghadapan yang betul, misalnya tidak menggunakan kata ayahanda untuk ayah dan bonda untuk ibu. 4. Murid banyak menggunakan bahasa pasar. Walaupun surat tidak rasmi bersifat peribadi, namun untuk tujuan ujian, murid harus menggunakan bahasa yang baku, ayat yang gramatis, serta tanda baca yang betul. Yang Silap! Rangka Karangan Pendahuluan: pembuka kata – bertanyakan khabar – mendoakan kesejahteraan sahabat Isi 1: menyatakan tujuan menulis surat – pengalaman percutian di Cameron Highlands – amat menyeronokkan – sungguh teruja – cuaca yang dingin – banyak tempat menarik yang dikunjungi
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 187 Bab 4 Isi 2: kehijauan pokok-pokok teh – mendamaikan jiwa – terpukau oleh kecantikan rama-rama yang berwarna-warni – berpeluang untuk memetik buah strawberi yang segar Isi 3: suasana waktu malam – sangat meriah – Pasar Malam di Brinchang – pelbagai jenis sayur dan cenderamata dijual Penutup: ucapan terima kasih Karangan Lengkap No. 35, Jalan Murai, Taman Berlian, 43300 Balakong, Selangor. 15 Februari 20XX. Menemui sahabatku, Azlan yang diingati selalu. Semoga saudara sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman percutian saya sekeluarga di Cameron Highlands. Saya sungguh teruja kerana dapat menikmati cuaca yang dingin. Saya juga berkesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat yang menarik seperti di ladang teh, taman rama-rama, dan ladang strawberi. Ketika berada di ladang teh, kehijauan pokok-pokok teh di sana mendamaikan jiwa. Di taman rama-rama pula, saya terpukau oleh kecantikan rama-rama yang berwarna-warni. Tempat yang paling menarik hati saya ialah ladang strawberi kerana saya berpeluang untuk memetik buah strawberi yang segar. Suasana waktu malam di Brinchang pula amat meriah kerana terdapat pasar malam. Pelbagai produk setempat seperti sayur-sayuran, strawberi, dan cenderamata dijual pada harga yang berpatutan. Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Zuhairi Kamus pengalaman – apa-apa yang pernah dilalui teruja – bersemangat jiwa – fikiran terpukau – terpikat
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 188 Bab 4 Karangan Tidak Berformat – Cerita 1. Karangan jenis cereka dan melengkapkan cerita merupakan karangan tidak berformat. 2. Karangan jenis cerita berpandukan tajuk tetapi kandungan cerita bebas berdasarkan imaginasi, rekaan, pembacaan, tontonan, pendengaran, atau penglihatan. 3. Setiap cerita perlu mempunyai gambaran yang jelas seperti awalan cerita, perkembangan, dan akhiran cerita serta diolah dengan gaya bahasa yang menarik dan mempunyai unsur-unsur saspens. 4. Pelbagai cara menulis karangan jenis ini sama ada menggunakan teknik imbas kembali atau penceritaan. 5. Kata-kata berbentuk dialog, kiasan, bidalan, pepatah, dan peribahasa boleh digunakan. 6. Begitu juga dengan karangan melengkapkan cerita. Karangan mestilah berpandukan perenggan permulaan atau perenggan akhiran. 7. Jalan cerita perlulah logik, terutama bagi karangan yang memerlukan tindakan. Tindakan yang hendak diambil mestilah sesuai dengan kemampuan calon. 8. Karangan jenis cerita mimpi boleh direka dengan cerita yang tidak logik. Walau bagaimanapun, karangan jenis pengalaman atau gambaran mestilah logik. Tip Penting Ingat Ada tiga jenis penceritaan yang boleh digunakan: • pencerita pertama (menggunakan kata ganti nama diri saya atau aku) • pencerita kedua (menggunakan kata ganti diri dia atau nama • pencerita yang mengetahui semuanya Rangka Karangan Pendahuluan: bercuti di Cameron Highlands – percutian yang menyeronokkan Isi 1: sungguh teruja – cuaca yang dingin – banyak tempat menarik yang dikunjungi Isi 2: melawat ke ladang teh – kehiajuan pokok teh – mendamaikan jiwa – terpukau kecantikan rama-rama di taman rama-rama – memetik strawberi yang segar Isi 3: suasana waktu malam – sangat meriah – pasar malam di Brinchang – pelbagai jenis sayur dan cenderamata dijual Penutup: pengalaman bercuti di Cameron Highlands indah sekali – dapat menikmati percutian yang menyeronokkan bersama-sama keluarga Karangan Lengkap Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga bercuti di Cameron Highlands. Kami bercuti di sana selama tiga hari. Saya sungguh teruja kerana dapat menikmati cuaca yang dingin. Saya juga berkesempatan untuk berkunjung ke tempat yang menarik seperti ladang teh, ladang strawberi, dan taman rama-rama. Semasa melawat ke ladang teh, fikiran saya berasa tenang. Kehijauan pokok-pokok teh di sana mendamaikan jiwa. Di taman rama-rama pula, saya terpukau oleh kecantikan rama-rama yang Permulaan cerita Perkembangan cerita
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 189 Bab 4 Penutup cerita bewarna-warni. Tempat yang paling menarik hati saya ialah ladang strawberi kerana saya berpeluang untuk memetik buah strawberi yang segar. Suasana pada waktu malam di Brinchang pula amat meriah. Terdapat pasar malam yang menjual beraneka produk setempat seperti sayur-sayuran, strawberi, dan cenderamata. Kami tidak melepaskan peluang berbelanja sepuas-puasnya. Pengalaman bercuti di Cameron Highlands indah sekali. Kami amat gembira kerana dapat menikmati percutian yang menyeronokkan bersama-sama. Perkembangan cerita Kamus segar – tidak layu beraneka – berjenis-jenis Model 2 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kesan Pencemaran Air Pendapatan para nelayan terjejas Masalah kesihatan seperti penyakit kulit dan ciritbirit Pihak berkuasa menanggung kos rawatan air yang tinggi Hidupan akuatik seperti rumpai air, ikan, udang, dan ketam mati Internet Guru Majalah Surat Khabar Karangan Berformat – Syarahan 1. Karangan jenis syarahan merupakan karangan berformat. 2. Karangan jenis ini, murid perlu memberikan penerangan atau mengupas tajuk dengan memberikan huraian dan contoh- contoh secara jelas, logik, dan berkesan. Terdapat dua jenis syarahan, iaitu syarahan berbentuk pertandingan dan syarahan bukan pertandingan. Bagi syarahan berbentuk pertandingan, murid perlu menujukan ucapan kepada barisan panel hakim. Tip Penting i-THINK Peta Bulatan
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 190 Bab 4 3. Untuk memantapkan gaya bahasa dalam karangan syarahan, murid boleh menggunakan peribahasa, bahasa kiasan, bidalan, atau perumpamaan yang sesuai. 4. Format syarahan: (a) Kata alu-aluan dimulakan dengan ucapan selamat sejahtera kepada pengerusi majlis dan diikuti oleh hadirin yang lain mengikut keutamaan. (b) Huraian isi-isi berserta contoh. (c) Dalam penutup, murid perlu menegaskan tajuk dan mengucapkan terima kasih. (d) Kata penegasan seperti Hadirin yang dihormati, Tuan-tuan dan puan-puan, dan Rakan sekalian perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali. 5. Perlu ditegaskan bahawa murid perlu banyak menguasai maklumat tentang isi-isi syarahan melalui latihan, pembacaan, dan perbincangan supaya teks syarahan murid mantap dengan gaya persembahan yang menarik. Rangka Karangan Pendahuluan: kata alu-aluan – ucapan selamat – menyatakan tajuk syarahan Isi 1: masalah pencemaran semakin serius – pelbagai kesan buruk – air yang tercemar amat berbahaya terhadap kesihatan manusia Isi 2: hidupan akuatik akan mati – menjejaskan pendapatan para nelayan Isi 3: kos yang tinggi diperlukan – merawat air yang tercemar Penutup: menyeru hadirin agar sentiasa menjaga kebersihan sumber air – masalah ini merugikan – ucapan terima kasih Karangan Lengkap Yang Dihormati Saudara Pengerusi Majlis, barisan para hakim, guru-guru, dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Kesan Pencemaran Air terhadap Kehidupan”. Hadirin yang dihormati, Masalah pencemaran air di negara kita semakin serius. Sebagai akibatnya, pelbagai kesan buruk terpaksa kita tanggung. Antaranya, sumber air yang tercemar amat berbahaya terhadap kesihatan manusia. Penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut, penyakit kulit, dan keracunan makanan akan meningkat. Di samping itu, pencemaran air juga mengakibatkan hidupan akuatik seperti rumpai air, ikan, udang, dan ketam akan mati. Hal ini akan menyebabkan pendapatan para nelayan akan terjejas. Selain itu, kos yang tinggi diperlukan untuk merawat air yang tercemar ini. Hal ini amat merugikan negara kerana wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menampung keperluan asas yang lain. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menyeru hadirin agar sentiasa menjaga kebersihan sungai, tasik, dan laut. Elakkan pencemaran air kerana masalah ini merugikan kita. Sekian, terima kasih. Kamus serius – tenat tanggung – mengalami
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 191 Bab 4 Karangan Tidak Berformat – Fakta 1. Karangan jenis fakta merupakan karangan tidak berformat. 2. Untuk menulis karangan ini, murid perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat serta mampu mempersembahkan isi karangan secara logik dan tidak menyalahi fakta sebenar. Contoh-contoh yang diberikan hendaklah tepat dan betul. 3. Gunakan ayat yang ringkas, jelas, dan padat. 4. Jangan menulis dalam bentuk cerita, memasukkan nama watak, atau apa-apa sahaja yang menjurus kepada konsep fakta yang salah. 5. Setiap perenggan hendaklah dihuraikan dengan isi yang berlainan. Nyatakan juga contoh-contoh yang bersesuaian. Cara menulis adalah seperti karangan biasa, iaitu ada pendahuluan (menerangkan tajuk), isi-isi penting serta huraian, dan penutup (kesimpulan atau rumusan). Tip Penting Ingat 1. Jelaskan atau terangkan tajuk secara ringkas terlebih dahulu pada perenggan pendahuluan. Kemudian, huraikan keseluruhan isi. 2. Elakkan kesalahan fakta dan sokong isi dengan huraian dan contoh yang bersesuaian. 3. Jika banyak isi yang diperoleh, utamakan isi-isi penting sahaja. 4. Berikan satu kesimpulan yang mantap pada perenggan penutup. Rangka Karangan Pendahuluan: masalah pencemaran semakin serius – menimbulkan pelbagai kesan buruk Isi 1: air yang tercemar amat berbahaya terhadap kesihatan manusia Isi 2: hidupan akuatik akan mati – menjejaskan pendapatan para nelayan Isi 3: kos yang tinggi diperlukan – merawat air – merugikan negara Penutup: menyeru hadirin agar sentiasa menjaga kebersihan sumber air – masalah ini merugikan – ucapan terima kasih Karangan Lengkap Masalah pencemaran air di negara kita semakin serius. Hal ini terjadi disebabkan oleh sikap sesetengah pihak yang membuang sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai, tasik, dan laut. Sebagai akibatnya, pelbagai kesan buruk terpaksa kita tanggung. Antaranya, sumber air yang tercemar amat berbahaya terhadap kesihatan manusia. Penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut, penyakit kulit, dan keracunan makanan akan meningkat. Di samping itu, pencemaran air juga mengakibatkan hidupan akuatik seperti rumpai air, ikan, udang dan ketam akan mati. Hal ini akan menyebabkan pendapatan para nelayan akan terjejas.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 192 Bab 4 Selain itu, kos yang tinggi diperlukan untuk merawat air yang tercemar ini. Hal ini amat merugikan negara kerana wang tersebut sepatutnya digunakan untuk keperluan asas yang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlulah bertindak bijak. Jaga kebersihan sungai, tasik, dan laut agar pencemaran air dapat dielakkan. Kamus cirit-birit – sakit terberak-berak kos – harga yang perlu dibayar untuk menyelenggara sesuatu 1. Karangan murid tidak mengikut kehendak soalan dan berubah jenisnya menjadi karangan jenis cerita. 2. Dalam karangan jenis ini, murid menggunakan bahasa yang berbunga-bunga atau berbentuk kreatif. Yang Silap! Model 3 Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Karangan Berformat – Laporan 1. Karangan jenis laporan ialah karangan berformat. 2. Karangan ini memerlukan murid melaporkan atau menerangkan maklumat atau perkara seperti kegiatan sukan, perasmian, lawatan, aktiviti persatuan, dan bencana alam. Tip Penting i-THINK Peta Alir
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 193 Bab 4 3. Format laporan: (a) Tajuk laporan ditulis sama ada kesemuanya menggunakan huruf besar atau setiap pangkal huruf ditulis menggunakan huruf besar dan digariskan. Contoh: Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah atau LAPORAN HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH (b) Isi-isi laporan. (c) Pengakuan pelapor atau penyedia laporan perlu ditulis. Tarikh ditulis setentang dengan pengakuan pelapor, tandatangan, nama penuh pelapor ditulis menggunakan huruf besar di dalam kurungan, dan diikuti dengan jawatan pelapor. Contoh: Laporan disediakan oleh, 11 FEBRUARI 20XX. Suhaili .......................................... (SUHAILI BINTI SAMAD) Setiausaha, Kelab Kompang Sri Kenanga. Rangka Karangan Pendahuluan: menulis tajuk laporan – lawatan sambil belajar ke kilang sawit – menyatakan tarikh – bilangan ahli rombongan Isi 1: tujuan lawatan – mendedahkan proses penghasilan produk berasaskan kelapa sawit kepada murid – menaikkan semangat keusahawanan Isi 2: disambut oleh pengurus kilang – mendengar taklimat – dibawa melawat ke kawasan kilang – menggunakan mesin yang berteknologi tinggi Isi 3: turut menghasilkan minyak masak dan barangan kosmetik – menggunakan loji dan mesin yang berlainan – pekerja memakai pakaian seragam dan sarung tangan sewaktu bekerja Penutup: sebelum pulang – jamuan ringan diadakan – diberikan cenderamata – para peserta berpuas hati Karangan Lengkap Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kilang Sawit Kurnia Sdn. Bhd. Pada 15 Mac 20XX, Kelab Usahawan Muda Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kilang Sawit Kurnia Sdn. Bhd. Kilang ini terletak di Teluk Intan, Perak. Lawatan ini disertai oleh 40 orang anggota kelab dan diiringi oleh empat orang guru. Mereka ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada proses penghasilan produk berasaskan minyak sawit. Selain itu, lawatan ini dapat menaikkan semangat keusahawanan mereka.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 194 Bab 4 Setibanya di kilang tersebut, para peserta lawatan disambut oleh pengurus kilang. Setelah mendengar taklimat ringkas, mereka dibawa ke tempat minyak kelapa sawit diproses menjadi marjerin. Hampir keseluruhan proses di tempat itu dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Selain marjerin, kilang itu juga menghasilkan minyak masak dan barangan kosmetik. Setiap produk menggunakan loji dan mesin yang berlainan. Para pekerja juga ditugaskan mengikut loji yang berbeza. Mereka memakai pakaian seragam dan sarung tangan sewaktu bekerja. Sebelum bertolak pulang, para peserta menikmati jamuan ringan di kafe kilang tersebut. Setiap peserta juga diberikan sebungkus marjerin kecil sebagai cenderamata. Lawatan ini berjaya mencapai objektifnya dan para peserta amat berpuas hati. Laporan disediakan oleh, 18 MAC 2XXX. Maisarah (MAISARAH BINTI SAZALI) Setiausaha, Kelab Usahawan Muda, Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya. Ingat 1. Kamu harus memastikan jenis laporan yang hendak ditulis, sama ada laporan tersebut merupakan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. 2. Berdasarkan soalan di atas, jenis laporan ialah laporan berdasarkan lawatan. Oleh itu, kamu harus menulis laporan berdasarkan apa-apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan tersebut terhadap pembelajaran. Karangan Tidak Berformat – Keperihalan 1. Karangan jenis keperihalan merupakan karangan tidak berformat. 2. Karangan ini menghendaki kamu menceritakan sesuatu yang telah berlaku semula. 3. Perkara yang kamu ceritakan itu mungkin sesuatu peristiwa, pemandangan, pengalaman, atau suasana. 4. Perkara yang kamu ceritakan itu bolehlah terdiri daripada sesuatu yang berbentuk kenyataan atau rekaan. 5. Kamu digalakkan supaya menggunakan ungkapan menarik atau peribahasa yang sesuai supaya karangan kamu lebih menarik. 6. Gunakanlah bahasa yang ringkas dan mudah tetapi betul dari segi tatabahasa. 7. Kamu juga boleh menyatakan perasaan kamu terhadap sesuatu peristiwa yang kamu perihalkan itu. 8. Kamu dikehendaki supaya menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutan yang logik. Tip Penting Kamus diiringi – disertai kosmetik – alat solek
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 195 Bab 4 Rangka Karangan Pendahuluan: menyatakan tarikh lawatan sambil belajar ke kilang sawit – bilangan ahli rombongan Isi 1: tujuan lawatan – mendedahkan proses penghasilan produk berasaskan kelapa sawit kepada murid – menaikkan semangat keusahawanan Isi 2: disambut oleh pengurus kilang – mendengar taklimat – dibawa melawat ke kawasan kilang – menggunakan mesin yang berteknologi tinggi Isi 3: menghasilkan minyak masak dan barangan kosmetik – menggunakan loji dan mesin yang berlainan – pekerja memakai pakaian seragam dan sarung tangan sewaktu bekerja Penutup: sebelum pulang – jamuan ringan diadakan – diberikan cenderamata – para peserta berpuas hati – sangat bermanfaat Karangan Lengkap Kamus loji – kilang bermanfaat – berfaedah Pada 15 Mac 20XX, Kelab Usahawan Muda Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya telah menyertai lawatan sambil belajar ke Kilang Sawit Kurnia Sdn. Bhd. Kilang ini terletak di Teluk Intan, Perak. Lawatan ini disertai oleh 40 orang anggota kelab dan diiringi oleh empat orang guru. Mereka ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada proses penghasilan produk berasaskan minyak sawit. Selain itu, lawatan ini dapat menaikkan semangat keusahawanan mereka. Setibanya di kilang tersebut, para peserta lawatan disambut oleh pengurus kilang. Setelah mendengar taklimat ringkas, mereka dibawa ke tempat minyak kelapa sawit diproses menjadi marjerin. Hampir keseluruhan proses di tempat itu dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Selain marjerin, kilang itu juga menghasilkan minyak masak dan barangan kosmetik. Setiap produk menggunakan loji dan mesin yang berlainan. Para pekerja juga ditugaskan mengikut loji yang berbeza. Mereka memakai pakaian seragam dan sarung tangan sewaktu bekerja. Sebelum bertolak pulang, para peserta menikmati jamuan ringan di kafe kilang tersebut. Setiap peserta juga diberikan sebungkus marjerin kecil sebagai cenderamata. Para peserta gembira dan berpuas hati kerana lawatan itu amat bermanfaat.
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 221 Bab 4 1. Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 2. Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN Praktis UASA 4
Bahasa Melayu KSSR Bab 4 Penulisan Karangan 222 Bab 4 3. Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PROGRAM KESELAMATAN PENDUDUK 4. Teliti bahan grafik di bawah ini. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. PAMERAN SAINS DAN TEKNOLOGI Kuiz 10
230 Bahasa Melayu KSSR Ujian Akhir Sesi Akademik Masa: Satu jam lima belas minit Bahagian A [10 markah] Soalan 1 dan 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Beberapa orang anggota pengakap sedang bekerjasama khemah. A menaikkan B mendirikan C menubuhkan D membangunkan 2. “Ampun, tuanku. Titah perintah tuanku itu akan sampaikan kepada rakyat jelata,” sembah Datuk Bendahara. A beta B patik C hamba D baginda Soalan 3 Pilih ayat yang betul. 3. A Nenek saya amat sukakan perabot antik dan ukiran kayu. B Zarina membeli seikat bunga demi dihadiahkan kepada kakaknya. C Cikgu Anuar menasihatkan murid-muridnya agar hormat pada ibu bapa. D Biskut coklat itu lemau kerana tidak disimpan di dalam bekas yang bertutup. Soalan 4 hingga 6 Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pokok buluh banyak terdapat di negara kita. Lazimnya, pokok ini tumbuh di tepi sungai. Pokok ini dikenal sebagai pokok serba guna kerana mempunyai pelbagai kegunaan. Batang buluh ialah bahagian yang paling berguna. Batang buluh dapat dibuat lantai, dinding, dan pagar rumah. Pada musim perayaan, batang buluh amat diperlukan untuk dibuat lemang. Selain batang buluh, rebung buluh juga berguna kerana boleh dimakan. Pelbagai barangan kegunaan harian dan kraf tangan dapat dihasilkan daripada buluh. Antara barangan tersebut termasuklah tikar, tabung, perabot, senduk, dan tudung saji. Bagi tujuan penangkapan ikan pula, buluh digunakan untuk membuat bubu, belat, dan joran. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 5 Skor 50
231 Bahasa Melayu KSSR Ujian Akhir Sesi Akademik 4. Mengapakah batang buluh amat diperlukan pada musim perayaan? A Untuk dijadikan lemang B Untuk dijadikan perabot C Untuk dijadikan tabung D Untuk dijadikan kraf tangan 5. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan. A Rebung buluh tidak boleh dimakan. B Pokok buluh tumbuh subur di tepi laut. C Pokok buluh sukar diperoleh di negara kita. D Batang buluh dapat digunakan untuk membuat perabot. 6. Yang berikut ialah peralatan menangkap ikan yang dibuat daripada buluh, kecuali A bubu. B belat. C joran. D senduk. Soalan 7 hingga 10 Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. BAHAN 1 BENGKEL ASAS JAHITAN PERCUMA Tarikh: Masa: Tempat: 15 April 20XX 8:00 pagi hingga 4:30 petang Balai Komuniti Taman Mahsuri ► Terbuka kepada golongan belia ► Komuniti Taman Mahsuri ► Terhad kepada 100 orang peserta ♦ Jika berminat, sila hubungi Puan Azharina Saleh. (012 9078501)
Bahasa Melayu KSSR Jawapan JAWAPAN 1 Sistem Bahasa BAB Praktis Formatif 1 1. Muzium Negara 4. angkasawan 2. rusa 5. kampung 3. Perdana Menteri 6. doktor Praktis Formatif 2 1. Gunung 4. ayahnya; sekolah 2. Hari; keluarga 5. bengkel 3. juara; badminton; tahun 6. kerbau; sawah Praktis Formatif 3 1. B 2. D 3. B 4. B 5. B 6. C 7. C 8. D 9. A 10. B Praktis Formatif 4 1. kita 4. kalian 2. dia 5. ini 3. siapa 6. mana-mana Praktis Formatif 5 1. B 2. D 3. B 4. D 5. B 6. A 7. C 8. D 9. D 10. C 11. B 12. D Praktis Formatif 6 1. Mereka 2. Kalian; nya 3. Beta 4. nya 5. Baginda 6. kami;nya Praktis Formatif 7 mengemas; mengelap; menyusun; menyapu; menampal Praktis Formatif 8 1. menebang 4. menaiki 2. menamatkan 5. menconteng 3. membawa 6. menyuruh; menutup Praktis Formatif 9 1. berlabuh 2. masuk 3. berkelah 4. datang 5. makan; berselera Praktis Formatif 10 1. ditendang 2. basuhkan 3. terpijak 4. dibeli 5. dilukis 6. disenangi Praktis Formatif 11 1. B 2. C 3. C 4. A 5. D 6. B 7. C 8. C 9. C 10. A 11. C 12. B Praktis Formatif 12 1. B 2. C 3. C 4. A 5. D 6. A Praktis Formatif 13 pagi; lewat; pahit; cermat; bengis Praktis Formatif 14 1. luas; rajin 2. halus 3. jernih 4. sesak 5. panas 6. mewah Praktis Formatif 15 1. C 2. C 3. B 4. A 5. B 6. A 7. D 8. B 9. A 10. D Praktis Formatif 16 1. C 2. C 3. A 4. C 5. B 6. C Praktis Formatif 17 1. Sungguhpun; untuk 4. sementara 2. Sekiranya; dengan 5. sehingga; sebelum 3. jika 6. apabila Praktis Formatif 18 1. C 2. D 3. B 4. A 5. B Praktis Formatif 19 1. Berapakah 5. Mengapakah 2. siapa 6. Bilakah 3. Bagaimanakah 7. Adakah 4. manakah 8. mana Praktis Formatif 20 1. Tolong 2. Jemput 3. Minta 4. Sila 5. Harap Praktis Formatif 21 1. Adapun 4. Hatta 2. Maka 5. Sekalian peristiwa 3. Syahadan Praktis Formatif 22 1. betul 2. betul 3. salah 4. salah 5. betul Praktis Formatif 23 1. amat 2. sungguh 3. sekali 4. agak 5. benar Praktis Formatif 24 1. hanya 2. lah 3. memang 4. sahaja 5. tah 244
245 Bahasa Melayu KSSR Jawapan Praktis Formatif 25 1. bukan 2. tidak 3. tidak 4. bukan 5. tidak Praktis Formatif 26 1. adalah 2. adalah 3. ialah 4. ialah 5. adalah 6. adalah Praktis Formatif 27 1. Ya 2. Benar 3. Ya 4. Betul 5. Benar Praktis Formatif 28 1. antara 2. luar 3. tepi 4. timur 5. belakang Praktis Formatif 29 1. lima 2. separuh 3. segelintir 4. Beberapa 5. semua 6. pertama Praktis Formatif 30 1. dengan 2. kepada 3. dari;hingga 4. oleh 5. sejak Praktis Formatif 31 1. D 2. C 3. C 4. B 5. A 6. D 7. B 8. D 9. A 10. C 11. D 12. A 13. C 14. C 15. A 16. B 17. A 18. C 19. D 20. A 21. B 22. C 23. B 24. A 25. D 26. A 27. D 28. B 29. A 30. D Praktis Formatif 32 1. Mula-mula; Kemudian 4. Tambahan lagi 2. Namun demikian 5. Lantaran itu 3. Selain itu Praktis Formatif 33 1. B 2. A 3. D 4. B 5. A 6. D 7. D 8. A 9. B 10. D Praktis Formatif 34 1. tunjuk ajar 4. kata putus 2. sampah sarap 5. uji kaji; batuk kering 3. tutur kata Praktis Formatif 35 1. B 2. A 3. B 4. B 5. D 6. C 7. A 8. A 9. A 10. C Praktis Formatif 36 1. Makanan; kesihatan; berkhasiat; mengandungi; perasa; tiruan 2. ditanggalkan; melekat 3. memperdalam; dilakukan; mengelakkan; berulang 4. penyokong; pasukan; dinasihati; bertindak; keterlaluan; semasa; berada 5. Selain; menerbitkan Praktis Formatif 37 1. bertanya; menjadi 2. dipilih; menjadi; jurucakap 3. membantu 4. pesakit; mengambil 5. pelajar; semalam Praktis Formatif 38 1. Kecederaan; dialami; kemalangan 2. diperuntukkan; pembangunan 3. keunikan 4. bersebelahan 5. menghadiahkan Praktis Formatif 39 1. B 2. D 3. B 4. C 5. C 6. B 7. B 8. C 9. A 10. D Praktis Formatif 40 1. pepohon 6. menggoyang-goyangkan 2. jejari 7. Kadang-kadang 3. jejantas 8. lauk-pauk 4. kecil-kecilan 9. kura-kura 5. berlegar-legar 10. Dedaun Praktis Formatif 41 1. A 2. D 3. D 4. A 5. C 6. B 7. A 8. B 9. A 10. B Praktis Formatif 42 1. Ayat penyata 4. Ayat larangan 2. Ayat tanya 5. Ayat permintaan 3. Ayat penyata 6. Ayat seruan Praktis Formatif 43 1. Adilia meminta Nurjannah meletakkan buku ini di atas meja. 2. Encik Zamani memberitahu anak-anaknya bahawa mereka akan bercuti ke Pulau Langkawi pada hari Khamis ini. 3. Sabrina menyuruh adiknya, Danish supaya memberikan berikan air minuman kepada nenek. 4. “Jangan tinggalkan barang-barang yang berharga di dalam kelas pada waktu rehat,” kata Cikgu Aiden kepada murid-murid. 5. Pak Cik Ramlan mendiami rumah peninggalan ibu bapanya itu sejak lima tahun yang lalu. Praktis Formatif 44 1. D 2. C 3. C 4. D 5. C 6. A 7. C 8. B 9. B 10. C Praktis Formatif 45 1. C 2. C 3. D 4. A 5. B 6. D 7. B 8. B 9. C 10. C
FOCUS KSSR Tahun 4 • 5 • 6 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid! W.M: RM??.?? / E.M: RM??.?? PELANGI W.M: RM19.95 / E.M: RM19.95 CRC299014 ISBN: 978-629-470-397-1 › Infografik Sistem Bahasa › Galeri i-THINK › Fokus Bab › Peta Konsep › Skop UASA REVISI › Praktis Formatif › Praktis UASA › Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 4, 5, & 6 › Jawapan Lengkap PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN › Tip Penting › Ingat › Yang Silap! › Kamus FOKUS › Kod QR CIRI-CIRI EKSTRA Bahasa Melayu • Bahasa Melayu Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 4 • Sejarah Tahun 4 • Tatabahasa Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 5 • Sejarah Tahun 5 • Penulisan Tahun 4.5.6 • Sains Tahun 6 • Sejarah Tahun 6 • English Year 4.5.6 • Matematik Tahun 4 • Matematik Tahun 5 • Matematik Tahun 6 JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI Beli eBook di sini! KSSR UASA SEMAKAN 4∙5∙6 TAHUN